Post on 14-Jun-2015
description
M u j a h i d m u j a h i d a h | 1
YANG BERHORMAT TUAN GURU HAJI ABDUL HADI BIN HAJI
AWANG
1.0 LATAR BELAKANG
1.1 Peribadi
Yang Berhormat Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang
(Jawi: اوڠ الهادي عبد حاج ), lahir pada 6 Zulhijjah 1366 bersamaan 20
Oktober 1947 di Kampung Rusila Marang, Terengganu. Yang
Berhormat Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Haji Awang adalah anak
jati Kampung Rusila, Marang, Terengganu. Beliau adalah anak ke 5
dari 9 orang adik beradik. Beliau merupakan Presiden Parti Islam Se-
Malaysia (PAS) dan bekas Menteri Besar Terengganu dan
merupakan seorang pemimpin yang sentiasa mendekati rakyat
terutamanya kaum petani dan para nelayan.1
Berbekalkan ilmu agama yang telah disemai dalam jiwanya
sejak kecil lagi, beliau telah menjadi insan yang dihormati dan
disegani terutama di persada politik tanah air mahupun
antarabangsa. Kepimpinan beliau sejak awal sering berdepan
dengan ujian getir samaada yang datang dari tekanan luar parti
mahupun permasalahan dalaman parti. Kesabaran dan ketabahan
beliau mendepani segalanya adalah suatu yang sangat 1 http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Hadi_bin_Awang
M u j a h i d m u j a h i d a h | 2
mengkagumkan. Semoga Allah swt terus mengurniakan kesihatan
dan kesejahteraan kepada beliau.
1.2 Keluarga
Tuan Guru Hj.Abdul Hadi Hj. Awang merupakan anak ke-5
daripada 9 orang beradik tetapi 4 daripadanya telah meninggal
dunia. Ayahandanya, Hj. Awang Mohamad bin Abd Rahman
merupakan seorang ulama tempatan dan aktivis politik yang
dikenali ramai di Terengganu. Manakala bonda beliau Hajjah Aminah
Yusuf juga merupakan tempat rujukan bagi muslimat di
kawasannya2. Kedua-duanya telah meninggal dunia. Ayah dan
bonda beliau merupakan anak jati di kampung Rusila tempat Tuan
Guru Hj. Abdul Hadi tinggal sekarang. Ayahanda beliau merupakan
Tok Guru di Kampung Rusila begitu juga dengan bondanya menjadi
tempat rujukan dan tumpuan masyarakat terutama dalam hal-hal
berkaitan agama.3
Beliau mempunyai dua orang isteri iaitu Puan Hajah Zainab bt
Awang dan Dr. Norzita Taat. Hasil perkahwinan dengan isteri beliau
yang pertama pada tahun 1976, beliau dikurniakan 11 orang anak.
Anak sulung beliau berumur 22 tahun dan kini belajar di Universiti
Iman, Yaman. Puan Hajah Zainab bt Awang mempunyai akhlak yang
baik, lemah lembut dan begitu merendah diri. Dan tak hairan kalau
tuan guru beristeri 2. Memang layak dengan perwatakan tuan guru
dan Puan Hajah Zainab bt Awang sendiri.
Manakala hasil perkahwinan beliau dengan Dr. Norzita Taat
berasal Negeri Sembilan dianugerahkan 3 orang anak. Dr Norzita
Taat , isteri ke dua tuan guru seorang yang lembut dan warak.
bertuah tuan guru punya dua isteri yang berakhlak mulia dan
bersama-sama berjuang bersama suami tercinta.
2 Abdul Hadi Awang. Murabbi, Ideolouge, Pemimpin. Riduan Mohamad Nor. (2009).3 http://presiden.pas.org.my/index.php?option=com_content&task=blogsection&id=4&Itemid=27.
M u j a h i d m u j a h i d a h | 3
1.3 Pendidikan
YB Tuan Guru Hj. Abd Hadi mendapat pendidikan awal dari
ayahandanya tahun 1955, seterusnya di Sekolah Kebangsaan
Rusila, Marang tahun 1961. Beliau meneruskan pengajian di Sekolah
Arab, Marang selama 5 tahun. Dari tahun 1965 hingga 1968 beliau
mendapat peluang melanjutkan pengajian di Sekolah Menengah
Ugama Sultan Zainal Abidin (SMUZA), Kuala Terengganu dan
mengambil aliran Thanawi. Di samping itu beliau belajar agama,
Bahasa Arab serta politik dari ayah beliau sendiri iaitu Tuan Guru
Haji Awang Muhamad.4
YB. Tuan Guru Hj. Abd Hadi meneruskan pengajian di
Universiti Islam Madinah di peringkat Ijazah Pertama dengan tajaan
biasiswa oleh kerajaan Arab Saudi. Kemudian melanjutkan
pengajian pada tahun 1974 hingga 1976 untuk peringkat Sarjana
Siasah Syariah (MA) dari Universiti Al-Azhar, Mesir dan berjaya
menamatkannya hanya dalam masa 2 tahun (1974-1975). YB. Tuan
Guru Hj. Abdul Hadi pernah memegang jawatan Pegawai Yayasan
Islam Terengganu dari tahun 1977 hingga 1978. Pada tahun yang
sama juga beliau diamanahkan sebagai Pengerusi Angkatan Belia
Islam Malaysia (ABIM) negeri Terengganu. Tuan Guru Mula aktif
sejak tahun 1964 iaitu semasa belajar lagi sebagai Setiausaha
Ranting (sekarang cawangan) PAS kampung Rusila , Marang.5
1.4 Pengalaman/Perubahan Yang Dilakukan
Beliau mula aktif sejak tahun 1964 iaitu semasa belajar lagi
sebagai Setiausaha Ranting (sekarang cawangan) PAS kampung
Rusila, Marang. Pada 1976, setelah tamat belajar dan pulang ke
4 Abdul Hadi Awang. Murabbi, Ideolouge, Pemimpin. Riduan Mohamad Nor. (2009).5 http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Hadi_bin_Awang
M u j a h i d m u j a h i d a h | 4
tanah air dilantik menjadi Ketua Pemuda PAS Terengganu serta
EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat. Pada tahun 1977 dipilih menjadi
Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan kemudiannya disahkan ke
jawatan tersebut pada tahun 1980. Pada tahun 1989 di pilih menjadi
Timbalan Presiden PAS setelah Dato' Fadzil Mohd Noor dipilih
menjadi Presiden PAS.6
Antara pengalaman kerja yang pernah beliau sandang:7
(i). Pengerusi Yayasan Islam Negeri Terengganu Kemudian
Dilantik Untuk Mengetuai Yayasan Berkenaan Yang Ketika Itu
Diletakkan Di Bawah Jabatan Agama Islam Terengganu (1977
- 1978).
(ii). Pembantu kepada Mufti Terengganu, seterusnya diberi tugas
sebagai pembantu Jabatan Agama Islam Terengganu dalam
perkara-perkara berhubung dengan tauliah mengajar dan
menangani ajaran-ajaran sesat yang terdapat di Negeri
Terengganu disamping beberapa tugas yang lain lagi.
(iii). Menteri Besar Terengganu (1977 - 1978).
(iv). Ketua Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Negeri
Terengganu (1977 – 1978).
Jawatan Dalam Parti:
(i). Presiden PAS Malaysia
(ii). Penasihat PAS Negeri Terengganu
6 http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Hadi_bin_Awang7 http://presiden.pas.org.my/index.php?option=com_content&task=blogsection&id=4&Itemid=27
M u j a h i d m u j a h i d a h | 5
1.5 Strategi Perjuangan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Bin Haji
Awang8
Tuan Guru Abdul Hadi telah berjaya membentuk cara berfikir
dan bekerja ahli-ahli PAS pada dekad 80-an kerana beliau
mempunyai beberapa kekuatan dan daya tarikan politiknya yang
tersendiri. Menurut Riduan Mohd Nor di dalam bukunya, kekuatan
Tuan Guru Haji Hadi Awang terletak kepada keupayaan ilmunya
yang merangkumi pelbagai disiplin ilmu Islam, kefasihannya
membaca ayat al-Quran dalam berhujah dan berpidato, mampu
menggabung-jalinkan ilmu agama dan isu semasa, dilatih secara
haraki (pergerakan) oleh tokoh-tokoh besar Ikhwanul Muslimin,
berketurunan ulama, menjaga akhlaknya sebagai pimpinan gerakan
Islam dan beliau mempunyai daya tarikan sebagai pemidato.
Beliau telah menunjukkan contoh yang baik kepada ahli-ahli
dalam kehidupan dan cara hidup seharian malah tidak suka
membuang masa. Ketokohannya turut terserlah dengan
kebolehannya menulis. Beliau turut dikagumi oleh pemuda-pemuda
PAS kerana latar belakang pendidikan dan pengalamannya yang
terus ditarbiah oleh tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin.
Abdul Haji Awang telah banyak menulis buku-buku sebagai
panduan kepada ahli-ahli PAS terutama sebagai rujukan dalam
progam usrah seperti Muqqadimah Aqidah Muslim, Pemerintahan di
dalam Islam, Penghujung Kehidupan, Islam: fikrah, harakah dan
daulah, Tafsir at Tibyan, Fiqh Al Harakah, Koleksi Khutbah Jumaat
dan Hari Raya dan pelbagai lagi jenis buku. Di dalam matlamat
mewujudkan negara Islam, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah
menggariskan kepada tiga perkara di dalam bukunya iaitu:-
(i). Khalifah
Menegakan Islam
8 http://presiden.pas.org.my/index.php?option=com_content&task=blogsection&id=4&Itemid=27
M u j a h i d m u j a h i d a h | 6
Melaksanakan Islam
Menegakan keadilan di kalangan manusia
Membentuk pandangan yang mulia dan kebebasan
pendapat yang bermaruah
Menghormati taraf kemanusiaan
Menegakan keamanan dan kestabilan
Menyediakan keperluan Rakyat
Menggalakkan perkembangan kemajuan negeri dan
rakyat.
(ii). Amanah
(iii). Ibadah
1.6 Buku-buku Karangan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
1. Islam Adil Untuk Semua9
Buku karangan terbaru Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ini
berkisarkan mengenai maksud keadilan dalam Islam yang kian
dicemari oleh kepelbagaian definisi-definisi barat yang mendoktrin
definisi adil yang nyata songsang dengan adil dalam ruang lingkup
Islam. Keadaan kian serius lagi apabila orientalis barat kian
menyusupkan rasa kebencian terhadap Islam dan menggaburi
makna keadilan yang sebenarnya. Isu-isu perkauman juga
memburukkan lagi keadaan yang sedia ada.
Intisari buku ini juga mengupas secara jelas konsep dan
aplikasi Islam menjaga dan memelihara keadilan kepada semua
kelompok masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama, yang
9 http://presiden.pas.org.my
M u j a h i d m u j a h i d a h | 7
turut merangkumi pentadbiran politik, transaksi dan kegiatan
ekonomi, kesaksamaan dalam sistem kehakiman, hak dan keadilan
wanita dan juga hak orang bukan Islam.
2. Islam dan Demokrasi10
Buku ini mengutarakan prinsip politik dalam Islam, yang memberi
fokus kepada persoalan demokrasi dari kaca mata Islam yang kian
dicemari oleh sistem sekularis yang menutupi situasi dan kondisi
sebenar, di samping memberikan perbezaan antara demokrasi Islam
dan demokrasi barat. Selain itu, subjek pilihan raya juga disentuh
dalam memastikan keselarasan kefahaman mengenai pendekatan
yang telah diambil oleh PAS ini.
3. Fiqh Al-Harakah Fi Al-Sirah Nabawiyyah11
Buku Fiqh Al-Harakah Fi Al-Sirah Nabawiyyah ini merangkumi
penuliasan sirah yang menekankan kaedah gerakkan Islam dan
perjuangan dakwah pada zaman Rasulullah S.A.W. Setiap kisah
penting dihurai dengan menyertakan pengajaran dan iktibar yang
boleh diambil berdasarkan suasana dan peristiwa penting yang
ditekankan dalam sesuatu topic.
**Banyak lagi buku karang beliau yang telah memecahkan pasaran
buku-buku Islam. Antara buku lain karangan beliau adalah
Muqadimmah Aqidah Muslim dan Mutiara 2 Tok Guru.
1.7 Kuliah Ilmu dan Ceramah Tuan Guru Haji Abdul Hadi
Awang
10 http://pts.com.my/index.php/buku/islam_dan_demokrasi/11 http://www.nufairshop.com
M u j a h i d m u j a h i d a h | 8
Sepanjang menjadi menteri besar, Tuan Guru Haji Abdul Hadi
Awang tidak pernah melupakan tanggungjawab sosial malah lebih
cergas bergiat dalam mengusahakan dan menyampaikan kuliah-
kuliah ilmu di sekitar Terengganu, malah turut menerima jemputan
untuk menyampaikan pengisian diseluruh pelusuk semenanjung.
Dalam antara kuliahnya yang terbaru, bertarikh 9 November
2009 (Isnin), telah mengupas mengenai tajuk penolakkan hukum-
hukum Islam umpama haiwan yang tidak mendengar seruan.
Amaran ini sebagai peringatan keras kepada umat Islam yang
matanya dilitupi keindahan hiasan dunia. Beliau bekata,
“Kalau kita memanggil ayam atau kambing yang jinak, binatang itu
semua datang kepada kita tetapi sebaliknya yang liar biasanya
tidak ada datang kepada kita setelah dipanggil. Soalnya seruan kita
sekarang ialah kepada manusia yang jinak hatinya dengan dakwah.
Manusai yang liar lebih teruk daripada kambing lagi dalam
persoalan ini iaitu mereka tidak mahu mendengar seruan Islam”.
Selain itu, dalam kuliah beliau sempena Nuzul Quran
ramadahan baru-baru ini, beliau telah menekankan kepentingan Al-
Quran dalam dijadi sebagai rujukan utama menyelesaikan masalah
dan perselisihan pendapat. Beliau berkata,
“Sekiranya kamu bertelingkah dalam apa-apa masalah sekalipun,
kembalilah kepada al-Quran maka bertemulah yang mana betul dan
yang mana salah. Kebiasaanya orang Islam bertelingkah kerana
mereka tidak mengetahui. Yang tidak mengetahui mestilah kembali
kepada al-Quran dan hadis Nabi Muhammad s.a.w sehingga apabila
kembali kepadanya semua menjadi betul dan baik. Inilah dia cara
Islam.”
M u j a h i d m u j a h i d a h | 9
Ini hanya antara isi kuliah yang telah diusahakan oleh Tuan
Guru Haji Abdul Hadi Awang sepanjang kehadiran beliau dalam
kancah politik. Jelasnya, berpolitik tidak pernah melekakan beliau
dalam menyampaikan dakwah umum kepada masyarakat, dalam
usaha menyedarkan umat Islam Malaysia akan situasi ‘tenat’ Islam
zaman sekarang.
Tuan Guru Haji Abdul Hadi telah membina tapak
perjuangannya melalui Masjid Rusila Terengganu di mana kuliahnya
bermula sejak tahun 1976 sekembali beliau dari bumi Mesir. Beliau
mempunyai visi dan misi yang jelas dalam menjayakan
kemenangan PAS di Malaysia, Beliau yakin dengan penyebaran dan
kekuatan ilmu serta tarbiah yang berterusan adalah merupakan pra
syarat kemenangan:-
“Ilmu menjadi salah satu ciri terpenting di dalam kepimpinan
harakah Islamiyyah kerana ia laksana cahaya yang menyuluh akal &
hati bagi makrifah Allah dan segala tuntutannya serta memandu
dengan betul & mengendalikan urusan dengan tepat samada
terhadap Khaliq atau makhluk, iaitu ilmu yang memberi manfaat,
ilmu yang berdasarkan kepada Deen Allah bagi membentuk
peribadi, memimpin umat dan membina Negara ilmu kerap kali
disebut di dalam al-Quran. Ilmu adalah konteks aqidah seseorang
itu mestilah faham & berfikir ke arah menyuburkan iman yang
membuahkan amal, mengaji & mengkaji al-Quran yang menjadi
kitab kepada harakah ini, tonggak pergantungannya yang kuat,
pemandu & pengawalnya, penyata & penterjemahannya, menjadi
tempat rujukan setiap pendakwah untuk berpandu kepadanya di
dalam beramal & harakah & menajdi bekal penting kepada
perjalanan perjuangan kita.”
Tuan Guru merupakan salah seoarang tenaga penting dalam
PAS yang terlibat menyusun skema tarbiah. Beberapa kertas
M u j a h i d m u j a h i d a h | 10
kerjanya telah dijadikan rujukan usrah seperti Pra-Syarat Kejayaan
Hizbul Allah dan Hizbul Syaitan. Beliau telah memberikan
penerangan yang begitu serius kepada persoalan tarbiah dalam
membina organisasi PAS sebagaimana gerakan Ikhwanul Muslimin
di Mesir. Keseriusan PAS terhadap persoalan tarbiah telah
menyebabkan pelbagai perubahan berlaku kepada PAS terutama
aspek tarbiah Islam yang syumul. Dalam hal ini, beliau
menegaskan:-
“Di antara sifat-sifat tarbiah Islamiah itu, ia mestilah syumul
sebagaimana syumulnya Islam. Ia tidak boleh ditumpukan kepada
sebahagian daripada aspek fitrah manusia & tanggungjawab
mereka diatas bumi ini. Ia tidak boleh ditumpukan kepada aspek
kerohanian & akhlak sahaja seperti penumpuan yang dinyatakan
oleh bidang tasawwuf & akhlak tanpa menafikan bahawa itu juga
adalah wajib. Ia tidak boleh ditumpukan kepada aspek
mengemukakan teori-teori akliah sahaja seperti dibincangkan oleh
ahli-ahli falsafah. Dengan menyedari bahawa akal juga menpunyai
peranannya meliputi roh & jasad, hati & akal, akhlak dan sikap yang
menjadi bekalan di masa senang dan susah, gembira & derita,
damai & perang yang memungkinkan seseorang itu menghadapi
segala cabaran di dalam diri & masyarakat. Maka tarbiah itu
mestilah meliputi tarbiyah rohaniah, tarbiyah ijtima’iah, tarbiyah
jihadiah & sebagainya berdasarkan kesyumulan Islam di dalam
aspek aqidah & kaedah, syariat & nizam.”
Dengan penekanan kepada persoalan tarbiah, maka dekad
80an telah menyaksikan munculnya markaz-markaz tarbiah PAS di
seluruh negara, berkembangnya kelas-kelas pengajian umum di
seluruh negara yang digerakkan oleh aktivis-aktivis PAS. Manakala
program-program kaderasasi seperti usrah, tamrin, mukhayyam,
ijtimak dan sebagainya mula dibudayakan dalam organisasi PAS
dalam semua peringkat.
M u j a h i d m u j a h i d a h | 11
Dengan kehadiran Tuan Guru juga boleh dikaitkan dengan
hubungan pemikiran perjuangan Ikhwanul Muslimin dengan PAS dan
beliau menjadi penghubung dan penyalur kepada pemindahan
fikrah atau ideologi ini secara besar-besaran ke dalam PAS pada
tahun-tahun 80an.
Satu elemen yang dapat dikesan daripada penulisan karya-
karya Tuan Guru ialah penekanan kepada soal akidah terutama
yang berkaitan dengan ideologi moden. Inilah tema-tema yang
selalu diungkapkan di dalam penulisan tokoh-tokoh Ikhwanul
Muslimin seperti Hassan al-Banna dan Sayyid Qutb. Contohnya
Tafsir Al-Tibyan yang dikarang oleh Tuan Guru cukup terkesan
dengan Tafsir Fi-Zillal al-Quran yang dikarang oleh Sayyid Qutb.
Begitu juga dengan kitab Akidah Muslimin yang dikarang oleh beliau
yang membicarakan pertembungan Islam dengan ideologi moden.
2.0 SUMBANGAN
2.1 Diperingkat Nasional12
2.1.1Era-70-an
Perjuangan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam kancah
politik bermula dengan memegang jawatan sebagai Setiausaha
PAS, Cawangan Kg. Rusila sehingga tahun 1969, dimana beliau juga
masih menuntu ilmu ketika itu di Universiti Islam Madinah. Pada
tahun 1977 hingga 1978, beliau juga pernah memegang jawatan
sebagai Pegawai Yayasan Islam Terengganu pada tahun. Di samping
itu, beliau juga diamanahkan sebagai Pengerusi Angkatan Belia
Islam Malaysia (ABIM) Negeri Terengganu juga pada masa yang
sama.
12 http://www.malaysia-today.net
M u j a h i d m u j a h i d a h | 12
Sekembalinya beliau dari luar Negara, beliau telah memegang
jawatan Ketua Pemuda PAS Terengganu pada tahun 1976,
kemudian pada 1977 menjadi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Kesibukan beliau dalam menggerakkan Pas telah menenggelamkan
fungsi beliau sebagai Pengerusi ABIM Negeri Terengganu.
Kehebatan beliau terserlah dengan meningkat secara mendadaknya
program kaderisasi dikalangan mahasiswa kampus baik dalam
mahupun luar negara.
Jasa beliau dalam bidang ilmu dan dakwah juga semakin
menyerlah di Terengganu dengan penyampaian kuliah-kuliah ilmu
dan ceramah, serta stail pidatonya yang yakin dan bertenaga telah
menarik minat ramai dari kalangan golongan masyarakat untuk
mengikuti seterusnya mendalami ilmu agama, selain Al-Quran dan
As-Sunnah tidak pernah lekang dari bibir beliau sebagai bukti dan
dalil yang kukuh dalam setiap perkataan yang beliau sampaikan.
Suatu inspirasi yang teguh untuk generasi anak muda Islam.
Selain jasa beliau dalam perkembagan ilmu dan agenda
dakwah, nama beliau juga sinonim sebagai tenaga pendidik yang
mewarnai sistem pendidikan di Terengganu. Beliau pernah
mengajar di Institut Berakan (Maahad Ikhwan) Kuala Terengganu
sekitar tahun 1977-1978. Sepanjang menjadi pendidik di Institut
tersebut, sesi pengajaran beliau antara yang paling popular hingga
guru-guru juga tidak melepaskan untuk belajar dan mengutip mutira
dari beliau.
Pada tahun 1978, Tuan Guru terlibat dalam pilihanraya
dimana beliau bertanding DUN Marang. Namun, beliau kalah tipis
iaitu sebanyak 64 undi sahaja kepada calon Barisan Nasional,
Tengku Zahid tetapi menang pada pilihanraya 1982.
M u j a h i d m u j a h i d a h | 13
2.1.2Era 80-an
Kemenangan beliau dalam pilihanraya Dun Marang pada
tahun 1982 membuktikan ketokohan beliau sebagai pemimpin yang
disanjungi oleh rakyat sekeliling. Pada 1983, beliau telah dilantik
sebagai Naib Presiden PAS selaras dengan peralihan kepimpinan
ulama. Pada tahun 1986, beliau menang di DUN Rhu Rendang
(nama baru DUN Marang selepas persempadanan semula) namun
kalah di Parlimen Marang dengan majority yang tipis. Pada tahun
yang sama, beliau juga telah mengasaskan Mahaad Darul Quran
bersama pimpinan PAS Terengganu yang bertujuan untuk
melahirkan amilin jemaah dalam masa panjang.
2.1.3Era 90-an
Selepas kemenangan PAS di Terengganu pada November,
1999, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dilantik menjadi Menteri
Besar Terengganu sehingga Mac, 2004 disamping menjadi Ahli
Parlimen sebelum dipertanggungjawabkan sebagai Ketua
Pembangkang dari tahun 2003 hingga 2004. Keadaan ini berlaku
akibat pemecatan Anwar Ibrahim yang telah membangkitkan
semangat reformasi dimana impaknya telah menyebabkan
kejatuhan Terengganu ke tangan PAS.
Sepanjang pemerintahan beliau sebagai menteri besar
Terengganu, pimpinan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah
memartabatkan pendidikan warga Terengganu terutama kepada
generasi muda dengan penubuhan beberapa institusi-institusi
pendidikan Islam. Antara institusi yang ditubuhkan adalah Kolej
Islam Sain Terengganu (KIST), Kolej Sains Dan Teknologi Al-Quran
(KOSTAQ), dan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB). Jelasnya,
pendidikan Islam diselarikan dengan ilmu sains sejajar dengan
M u j a h i d m u j a h i d a h | 14
kehendak dan waqi’ semasa negara. Ini jelas menunjukkan
kesyumulan agama Islam dalam bidang pendidikan.
Banyak perubahan lain yang telah dilakukan selama Tuan
Guru memerintah bumi Terengganu. Jelasnya, pangharaman judi
telah dikuatkuasakan selama beliau memerintah. Tidak seperti
UMNO, dimana secara terangnya bersikap sangat toleransi dengan
kegiatan judi hingga membarah dalam masyarakat. Buktinya, pusat
kasino terbesar di Asia Tenggara telah dibina iaitu Genting
Highlands. Keadaan ini jelas kontara dengan pemerintahan Tuan
Guru yang berkeras memartabatkan hukum Islam dan
mendaulatkan Al-Quran dan As-Sunnah. Naman apabila Terengganu
kembali diampas UMNO pada 2004, kegiatan judi ini kian tumbuh
dan menyubur kembali.
Di sektor kesihatan dan perubatan pula, Tuan Guru telah
menubuhkan Pusat Perubatan Islam Darul Iman (DIIMC), dan Kem
Seliaan dan Latihan Pemadam Negeri Terengganu (KESIHAT).
Kedua-dua institusi ini ditubuhkan bagi menjaga kebajikan rakyat
dengan berkonsepkan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan
dalam masa yang sama member perkhidmatan yang mampu
dibayar oleh rakyat. Perkhidmatan ini jelas menggambarkan sikap
profesionalisme pimpinan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
disamping syariat tetap utuh ditegakkan.
Tidak lengkap pemerintahan tanpa penguatkuasaan undang-
undang Islam. Dengan ini, semasa memerintah Terengganu, Tuan
Guru Haji Abdul Hadi Awang telah mewartakan hukum hudud
bersama negeri Kelantan. Tindakan ini telah dikecam hebat malah
diperlekehkan dan hukum Islam ini telah dipolitikan oleh UMNO
demi mencapai niat jahat mereka.
M u j a h i d m u j a h i d a h | 15
2.2 Pemerintahan Tuan Guru pada Zaman Moden
Setelah Terengganu dirampas kembali oleh UMNO, beliau
kembali memberi fokus kepada perjuangan PAS selaku Presiden
PAS. Banyak cabaran dan dugaan ditempuhi selama beliau
memegang tampuk kepimpinan hinggalah PAS berada di aras yang
membanggakan sekarang. Antara isu-isu yang diketengahkan dan
disokong oleh pimpinan PAS antaranya adalah pemansuhan PPSMI
yang jelas pelaksanaannya memakan ratusan juta wang rakyat, dan
lebih teruk lagi kajian teliti dan telus tidak dilaksanakan hingga
menyebabkan perbezaan yang ketara antara pelajar bandar dan
pelajar luar bandar dalam subjek sains dan matematik. Tuan Guru
Haji Abdul Hadi Awang berkata
“Pertama, dasar yang sebegini besar dan melibatkan
beberapa generasi pelajar khususnya, seharusnya melalui proses
kajian dan perbahasan yang lebih mendalam sebelum ianya dapat
dilaksanakan. Ianya bukan sahaja melibatkan perbelanjaan yang
menjangkau ratusan juta ringgit, tetapi juga telah menjadikan
pelajar sebagai satu objek ujikaji dengan membuat dasar
berpandukan kepada pandangan satu dua orang pemimpin negara
semata-mata ”
Pembaziran wang rakyat ini amat mudah dibuktikan. Contoh
yang paling mudah adalah pembaziran wang yang digunakan atas
kertas peperiksaan dwi bahasa. Bayangkan jumlah kertas dan wang
yang dilaburkan untuk membelinya jika melibatkan keseluruhan
pelajar di Malaysia. Ini hanya bukti yang mudah dan banyak lagi
contoh pembaziran wang rakyat lantaran pengenalan sistem ini.
M u j a h i d m u j a h i d a h | 16
Menyentuh isu yang kedua, mangenai pembayaran royalti
minyak kepada Kelantan dan Terengganu, jelas isu ini telah
diselewengkan oleh UMNO, dimana Perdana Menteri sendiri
menafikan kewujudan Perjanjian Petroleum antara Terengganu dan
Kelantan dengan Petronas yang ditandatangani oleh semua Menteri
Besar, meskipun hakikatnya, hasil royalti ini sebenarnya tercatat
dalam penyataan rasmi parlimen melalui jawapan rasmi menteri,
ucapan mantan Perdana Menteri, dan ia juga ditulis dalam bujet
kerajaan negeri yang menerima royalti ini. Namun, kerajaan pusat
berkeras menafikan kewujudan perjanjian ini. Tuan Guru Haji Abdul
Hadi Awang mengulas isu ini berkat
“ Terdapat begitu banyak bukti dokumen bertulis yang dapat dibaca
oleh rakyat menerusi catatan penyata rasmi parlimen yang
menjelaskan bahawa terimaan oleh negeri Terengganu umpamanya
adalah terimaan royalti dari minyak dan gas – antaranya lihat dalam
Penyata Rasmi Dewan Rakyat 19 Oktober 1993 dan 30 April 1997,
Penyata Rasmi Dewan Negara 28 Julai 1999 dan lain-lain”
Menyetuh isu terkini mengenai kerajaan perpaduan, banyak
spekulasi telah direka oleh media dan pihak UMNO dalam usaha
memburukan Imej pemimpin PAS ini, dan juga dalam rangkaan
memburukkan keadaan dan menimbulkan syakwasangka buruk
terhadap pimpinan PAS. Teguran telus dari Mursyidul Am PAS, Tuan
Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat mengenai kepimpianan PAS juga
telah dimanipulasikan. Namun, ketelusan bariasan pimpinan
berbincang nyata member kesan baik atas kemelut ini. Usaha
memburukan pimpinan PAS ini hanya satu alat melemahkan
sokongan terhadap pimpinan PAS itu sendiri.
Bagi menjernihkan keadaan yang kusut, Seminar Politik PAS
telah dilakukan pada 7 November 2009, menggantikan Muktamar
Khas yang dicadangkan oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.
Perbahasan perwakilan jarang menyentuh "halatuju PAS" pada
M u j a h i d m u j a h i d a h | 17
masa depan, tetapi lebih dari perspektif perbalahan antara dua
orang ulama dalam parti. Namun dipengakhiran seminar, beberapa
perkara telah dipersetujui. Berikut merupakan hasil seminar.
2.2.1Seminar Politik Memperkasakan Parti menyedari dan
memahami bahawa: 13
1. PAS dan Pakatan telah melepasi ujian setahun setengah
mengurus pemerintahan empat buah negeri dalam penggal
parlimen ke-12 ini. Baik-buruk, kejayaan-kegagalan negeri-negeri
Pakatan ini telah mula mendapat perhatian umum. Pengiktirafan
kejayaan telah pun diktiraf seperti Laporan Ketua Audit Negara
2008.
2. PAS dan Pakatan mutakhir ini terperangkap dalam kemelut-
kemelut yang merosakkan imej dan tanggapan umum terhadap
kredibiliti dan kesepaduan Muafakat Politik ini. Benar media BN
jahat memainkan isu-isu ini, tetapi PAS/Pakatan wajar menginsafi
bahawa punca-sumber laporan-laporan tidak wajar kita salahkan
pihak lain sebab kita juga bertanggungjawab.
3. PAS dan Pakatan sangat-sangat berhajatkan untuk terus
memperbaikki "Persepsi" rakyat dan pengundi bahawa Muafakat
Politik Pakatan adalah mantap dan matang, bersedia memikul
tugasan menjadi Pemerintahan di peringkat Persekutuan bagi
membawa Negara ini ke garis prestasi yang lebih berdaya saing,
makmur dan sejahtera. Keutuhan dan kemantapan ukhuwwah
dalam saff yang menjadi asset dan anasir kekuatan utama dalam
jamaah dan parti telah sedikit terjejas dalam pergolakan
mutakhirini.
13 http://www.buletinonline.net
M u j a h i d m u j a h i d a h | 18
2.2.2Seminar Politik Memperkasa Parti dengan ini
merakamkan bahawa:
1. Peri-pentingnya PAS menyerlahkan keupayaan satu kepimpinan
parti yang bijak, kompeten dan matang dalam mengurus perbedaan
dalam parti dalam semangat musyawwarah memlalui mekanisme
parti secara berkesan.
2. Pimpinan tertinggi parti wajar melaksanakan tugasan utama
pimpinan sebagai 'ta alluf al-quluub' yakni mempertautkan ahli-ahli
dalam saff yang kukuh.
3. PAS wajar mengingatkan kepada kepimpinan negeri yang
memerintah kerajaan negeri, ahli-ahli EXCOnya yang menganggotai
kerajaan negeri-negeri Pakatan yang lain supaya senantiasa
memelihara semangat muafakat politik Pakatan dengan tidak
melakukan sesuatu yang boleh dipersepsi sebagai menjejaskan dan
memudharatkan keutuhan kerajaan negeri.
4. PAS wajar segera mempertegaskan kepada semua peringkat
keahlian dari kepimpinan tertinggi sehingga ke akar umbi bahawa
telah dikunci (dengan ketat) segala pintu-pintu perbincangan dalam
parti tentang agenda "Kerajaan Perpaduan".
2.2.3Seminar Politik Memperkasakan Parti mengesyorkan
pimpinan tertinggi parti untuk:
1. Terus memperkukuhkan Pakatan dan meningkatkan persiapan
untuk mengahadapi PRU ke-13 dengan sentiasa proaktif dalam
memudahkan Pakatan melaksanakan serta menguruskan urusan
kerajaan-kerajaan Pakatan dengan penuh keikhlasaan serta
semangat setiakawan yang tinggi.
2. Kepimpinan Kawasan yang memilikki penduduk-pengundi bukan-
M u j a h i d m u j a h i d a h | 19
Islam yang ramai supaya bertindak dengan lebih agresif untuk
mengaktifkan Kelab-kelab Penyokong PAS di kawasan masing-
masing.
3. Memantapkan rumusan pendirian-pendirian parti berdasarkan
maklumat dan penyelidikan (informasi), kemudian menurunkan dan
menyalurkan kesemua ini dalam pengarahan yang jelas dan
berkesan sehingga ke akar umbi keahlian parti di semua kawasan
dan cawangan di seluruh negara.
4. Membuat pengarahan yang jelas kepada Dewan Pemuda dan
Nisa’ dengan KPIsnya, supaya segmen pengundi muda yang sedikit
terjejas terhadap PAS mutakhir ini, dikembalikan keyakinan dan
sokongan mereka kepada PAS. Juga dipertegaskan pentingnya
untuk memugarkan kegiatan Unit ‘Amal dengan mempraktikkan
modul yang telah sedia ada.
5. Membuat satu "Pelan Tindakan" bagi menghadapi PRU ke-13,
bagi memperkukuhkan sokongan yang sedia ada di kalangan orang
Islam-Melayu dan memuatkan satu ‘Roadshow Nasional’ bagi
menerangkan tema “Pas For All” atau PAS untuk Semua” bagi
melebarkan tapak sokongan merentasi semua agama, kaum dan
budaya.
2.3 Diperingkat Antarabangsa
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mula melibatkan diri dalam
bidang kepimpinan di peringkat antarabangsa di Madinah apabila
M u j a h i d m u j a h i d a h | 20
beliau menjadi Ketua Pelajar Malaysia Universiti Islam Madinah di
samping menjadi Setiausaha Agung Gabungan Pelajar-pelajar Asia
Tenggara di Madinah.
Semasa di Asia Barat, beliau aktif bersama Gerakan Ikhwanul
Muslimin bersama Dr. Said Hawa, Profesor Muhamad Al Wakeel
serta Dr. Abdul Satar Al Khudsi. Di Mesir pula, beliau menjadi
Setiausaha Seksyen Syariah dan Undang-undang Persatuan Melayu
Republik Arab Mesir. Sebagai pemimpin kanan PAS, Tuan Guru
Abdul Hadi Awang banyak terlibat di peringkat antarabangsa
samada gerakan Islam atau gerakan rakyat.
Antaranya ialah Ahli Sekretariat Perjuangan Rakyat
mempertahankan Baitul Maqdis yang berpusat di Amman, Jordan
pada tahun 1990. Di dalam sekretariat tersebut, Tuan Guru telah
dilantik menjadi ahli jawatankuasa penyelaras bagi menangani
pelbagai isu yang merangkumi isu umat Islam sedunia iaitu Isu
Palestin pada tahun tersebut. Beliau sentiasa mengambil berat isu–
isu berkaitan umat Islam dari semasa ke semasa. Sehinggalah pada
27 Disember 2008, serangan Israel laknatullah ke atas Gaza telah
mengorbankan ribuan para syuhada’ dan mencederakan ribuan
yang lain, ia sekaligus mendesak kerajaan Malaysia untuk
membincangkan isu tersebut di dalam sidang khas Parlimen, beliau
dipilih sekali lagi untuk memberikan ucapan dalam sidang
tersebut.14
Selain itu, Tuan Guru juga pernah menjadi ahli deligasi dalam
sidang Parlimen parti-parti Islam yang dipimpin oleh Dr. Necmetin
Erbakan, bekas Perdana Menteri Turki menemui Setiausaha Agung
PBB, Butros Butros Ghali serta menemui Ahli Senat Amerika Syarikat
pada tahun 1990. Pada tahun yang sama juga, Tuan Guru telah
menyertai deligasi ahli-ahli Parlimen Parti Islam melawat Eropah
14 Riduan Mohamad Nor, Abdul Hadi Awang : Murabbi, Ideolouge, Pemimpin, Penerbit Jundi Resources (2009), Kuala Lumpur.
M u j a h i d m u j a h i d a h | 21
yang diketuai oleh Dr. Erbakan pada tahun 1990 bagi
membincangkan pelbagai isu antarabangsa berkaitan umat Islam.15
Bagi meneruskan kesinambungan dan keberlangsungan
perjuangan Islam, Tuan Guru Haji Hadi sekali lagi telah dilantik
untuk menjadi ahli Penyelaras Sekretariat Gerakan Parti-parti Islam
Sedunia yang berpusat di Istanbul Turki pada tahun 1994. Namun
demikian, perjuangan Islam masih belum terhenti di situ, beliau
menempatkan dirinya di dalam politik antarabangsa apabila beliau
telah dipilih menjadi Ahli Majma' Taqrir Mazhab Islami di kalangan
mazhab-mazhab Islam yang berpusat di Tehran, Iran. Bagi
meneruskan pejuangan mata rantai Islam, beliau telah menyertai
deligasi pemimpin parti Islam seluruh dunia menemui raja-raja serta
presiden negara-negara Asia Barat sebelum Perang Teluk. Di sini,
jelas terpancar kelantangan dan keikhlasan seorang pimpinan
ulama’ dalam menyuarakan keprihatinan beliau terhadap masalah
dan musibah yang melanda umat akhir zaman saban hari dan
tahun.
Tuan Guru juga pernah mengiringi Presiden PAS, Almarhum
Dato' Fadzil Mohd Noor bersama deligasi pemimpin Jerman Islam
seluruh dunia untuk mendamaikan kumpulan-kumpulan mujahidin
Afghanistan.16 Rasa keakraban dan kebersamaan ini jelas tergambar
apabila beliau dengan lantang menyuarakan bantahan terhadap
pencerobohan Rusia ke atas Afghanistan melalui ceramah, doa dan
pidatonya pada tahun 1979. Apabila tentera Rusia mengundurkan
diri, Tuan Guru bersama Almarhum Ustaz Fadzil menyertai
rombongan Tokoh Gerakan Islam Antarabangsa telah bergegas ke
Afghanistan bagi membantu penegakan negara Islam dan
menyelesaikan jurang konflik yang timbul antara Jemaah Islam yang
15 http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Hadi_bin_Awang16 http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Hadi_bin_Awang
M u j a h i d m u j a h i d a h | 22
agak kucar-kacir dan tidak stabil selepas peristiwa pengunduran
tersebut.17
Selain dijemput menyertai deligasi undangan di dalam Ijtima’
Am yang dianjurkan oleh Parti Islam Pakistan (Jamiat Islami), beliau
juga sangat aktif dalam berkongsi idea dan pendapat bagi
menyelesaikan masalah yang dihadapi umat Islam Nusantara dalam
beberapa Gerakan Islam di Indonesia seperti Parti Keadilan
Sejahtera, Partai Bulan Bintang, Dewan Dakwah Islamiah Indonesia
dan sebagainya.
3.0 KEGIATAN LUAR18
Walaupun Tuan Guru Hj. Abdul Hadi merupakan seorang
ADUN, tetapi beliau tetap memberikan khidmatnya kepada
penduduk Kampung Rusila khususnya memberi kuliah, ceramah
seterusnya menjadi pakar rujuk dalam bab-bab agama.
Tanggungjawab Tuan Guru Hj. Abdul Hadi untuk memberi ilmu
dan nasihat kepada rakyatnya, tidak pernah diabaikan walaupun
beliau sibuk dengan tugas rasminya di DUN dan Parlimen. Hari
Jumaat, Sabtu dan Ahad merupakan masa beliau menyampaikan
ilmu kepada rakyat.
17 Riduan Mohamad Nor, Abdul Hadi Awang : Murabbi, Ideolouge, Pemimpin, Penerbit Jundi Resources (2009), Kuala Lumpur.
18 http://presiden.pas.org.my/index.php?option=com_content&task=blogsection&id=4&Itemid=27
M u j a h i d m u j a h i d a h | 23
Hobinya suka memancing, menjala dan menaiki bot tidak
pernah dilupakan. Beliau juga gemar ke laut untuk menikmati
keindahan alam. Kebijaksanaan Tuan Guru Hj. Abdul Hadi
membahagikan masa antara tugas sebagai wakil rakyat,
pendakwah, ayah dan suami menyebabkan beliau amat disenangi
oleh seluruh rakyat khususnya pengundi di Marang.
Semuanya ini menjadi hobi Tuan guru sebelum menjadi wakil
rakyat lagi. Gelaran Yang Berhormat tidak sedikit pun menjejaskan
imejnya untuk turun ke sungai memancing dan menjala ikan, serta
memelihara kuda yang disayangi. Pendek kata kewibawaan,
keilmuan, kesufian, serta sifat tawadhuknya meletakkan Tuan Guru
Hj Abdul Hadi amat disenangi rakyat dan merupakan seorang
pemimpin yang wajar dicontohi dan memang ditunggu-tunggu
untuk membawa perubahan kepada negara ini.
M u j a h i d m u j a h i d a h | 24
Salam buat ayahnda yang dihormati..
Buat Ayahnda Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang kusayangi seperti
bapaku,
kuhormati sebagai pemimpinku,
pada setiap siang malam jerih payah ketidakcukupan rehat penat lelah
sabar tabah kata-kata perjuangan amal ibadahmu,
moga Allah memberimu kekuatan,
moga Allah membalas amal ikhlasmu dengan kebaikan..
Allahuakbar!!!