Post on 30-May-2018
8/14/2019 The Tombs of Ayutthayan Kings - Mistis Files
1/24
The Tombs of Ayutthayan Kings
Sekitar April 2007,peminat sejarah negeri Kedah telah dikejutkan dengan kewujudan
blog,sejarahnagarakedah.blogspot dan menariknya,penulis blog yang dikenali sebagai
Anai-anai telah mendakwa berasal dari keturunan pemerintah Kerajaan Ayutthaya,sebuahkerajaan Siam Purba yang pernah mendominasi Indochina pada masa lampau.Dakwaan
beliau lebih menarik apabila selepas itu muncul pula beberapa orang yang mendakwa
menyembunyikan identiti mereka dengan masing-masing memiliki nama 'kerabat diraja'
dengan pangkai nama 'Nai'.Malahan keturunan dari 'Nai' ini pernah membuat majlisperhimpunan keluarga dan sumber utamanya merangkap waris maharaja,Nai Long
Kassim Nai Long Ahmad pernah menyertai satu forum bersama persatuan sejarah.
Saya (Srikandi) akan mengulas dakwaan Anai-anai secara kritis dan seimbang.Saya akan
menyorot dari segi sejarah Benua Siam dan cuba untuk mengaitkan semua dakwaan ini
dengan sejarah realiti tidak kira sejarah yang cuba digelapkan ataupun secara kronologilogik.Saya juga akan mengambilkira kemusykilan semua pihak terutama pihak yang
menentang usaha Anai-anai.
Anai-anai,atau nama sebenarnya Mazlan Abdul Majid telah membentangkan satu kajian
yang agak luarbiasa dari sejarah yang kita baca di buku-buku teks sekolah.Beliaumendakwa Kerajaan Ayutthaya adalah sebuah kerajaan Siam yang beragama Islam dan
raja-raja mereka berasal dari Kedah.Siam dan Thai juga adalah dua kaum yangberbeza.Beliau juga mendedahkan bahawa kejatuhan Ayutthaya adalah disebabkan
pakatan antara Burma dan Thai sekian lama,kemudian sejarah Ayutthaya telah ditutup
dan diubah serta keturunan raja-raja Ayutthaya juga diburu dan dibunuh.
http://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/tombs-of-ayutthayan-kings.htmlhttp://mistisfiles.blogspot.com/2010/01/tombs-of-ayutthayan-kings.html8/14/2019 The Tombs of Ayutthayan Kings - Mistis Files
2/24
The Tombs of Ayutthayan Kings
Hanyut tanah tak bertuanRakyat tidak bertuan
Ditabal aku di Segara Masin
Raja gelar..."
(Silkhannaz -Merong Mahawangsa)
8/14/2019 The Tombs of Ayutthayan Kings - Mistis Files
3/24
Kerajaan Ayutthaya adalah sebuah kerajaan purba yang dikesankewujudannya sekitar tahun 1351 hingga kejatuhannya pada tahun 1767 Masehi.Kerajaan
ini berpusat di sebuah kawasan seperti pulau di Sungai Chao Phraya.Nama 'Ayutthaya'
dikatakan diberi oleh pengasas kerajaan ini,U Thong yang bermaksud 'Kota Raja-raja'.
Sejarah Thailand tidak lengkap jika tidak menyebutkan tentang kewujudan Kerajaan
Ayutthaya ini,ini kerana ketika zaman keemasannya,ia menjadi kota paling makmur
dengan urusan perdagangan dalam dan luar negara.Kerajaan-kerajaan sepertiChina,Parsi,Belanda sehingga Perancis pernah menghantar duta dan rombongan
perdagangan ke kota Ayutthaya.Kota ini menjadi antara kota terkaya di dunia dengan
kepadatan penduduk dan kemewahan yang didapati hasil perdagangan.Hubungan
diplomatik antara negara luar semakin rancak terutamanya dalam pemerintahan RajaNarai yang menyaksikan utusan dihantar ke istana raja Perancis.Ayutthaya juga adalah
kerajaan yang kuat dan pernah menakluk Angkor,ibukota kerajaan Khmer,yang semakin
lemah di mana sebelum itu pernah menjadi satu empayar yang besar dan menakluk
sebahagian besar Indochina.Satu-satu kerajaan yang bersaing dengan Empayar Khmeradalah Empayar Melayu Srivijaya ketika itu.Ayutthaya juga berjaya menjinakkan
Sukothai,satu kerajaan di utara Indochina yang merupakan musuh dan pesaing kepadaAyutthaya.
Di dalam Sejarah Melayu,kerajaan ini dikenali sebagai Syahrul Nuwi dengan
panglimanya dikenali sebagai Awi Dicu (Sihadecho?) dan raja-rajanya bergelar PadukaBubunnya.Salah seorang anak raja Syahrul Nuwi ini bernama Cau Pandan (Chao?),mati
akibat ditikam dengan panah semasa mahu menyerang Melaka.
Dalam sejarah Thailand,kerajaan ini dikatakan jatuh kerana diserang Burma dibawah
pimpinan Alaungpaya.Ketika saat-saat kejatuhannya juga,kerajaan ini berdepan dengan
konflik dengan kemaraan Dai-Viet (Ngu Yen) dari arah Kemboja yang sebelum itu telahmenjinakkan saki-baki kekuasaan Khmer dan Champa.
Dalam sejarah Thailand juga disebut raja-raja Ayutthaya adalah berasal dari kaum Taidan berbahasa Tai.Mereka menganut ajaran Buddha.Ini adalah sejarah umum yang dibaca
dibuku-buku sejarah.
Kekeliruan mula terjadi apabila ahli-ahli sejarah Thai menemukan jumlah tapak masjidyang begitu banyak di sekitar puing-puing kota Ayutthaya.Para pengkaji juga
menemukan bekas-bekas ukiran yang dirosakkan atau dibuang dari dinding-dinding
runtuhan kota.Seorang pakar sejarah Thailand juga mencadangkan nama Thailand ditukarsemula ke nama 'Siam'.Kuasa raja Thai yang semakin dikurangkan memungkinkan kajian
yang lebih mendalam dan ahli sejarah Thai semakin berani mengemukakan hasil kajian.
8/14/2019 The Tombs of Ayutthayan Kings - Mistis Files
4/24
Mempelajari misteri dari sejarah Ayutthaya,membolehkan kita mencari kunci yang hilang
di Indochina,sekurang-kurangnya mengetahui sampai manakah wilayah-wilayah orangMelayu di Indochina.
Dalam blogsejarahnagarakedah,saudara Anai-anai telah mendedahkan secara terperincisalasilah raja-raja Ayutthaya.Mula-mula kita mesti tahu dahulu apa yang menyebabkan
kajian Anai-anai ini berbeza langsung dari sejarah kontemporari.Antara ciri-ciri dakwaan
beliau mengenai Ayutthaya ialah:
-Siam adalah nama satu kaum yang berbeza bahasa dan agama dengan Tai.Siam berasaldari Kedah dan beragama Islam,manakala Tai dari selatan China.Raja-raja Ayutthaya
adalah dari keturunan Siam dan beragama Islam.
-Siam (Ayutthaya) ialah satu keturunan dengan orang Melayu.
-Siam adalah hasil pencampuran orang Cina Islam dari negara China pada zaman dahulu
dan keturunan orang-orang Melayu di Nusantara.
-Setiap nama raja Ayutthaya mempunyai nama Siam dan nama Islam mereka.
8/14/2019 The Tombs of Ayutthayan Kings - Mistis Files
5/24
-Kerajaan Ayutthaya adalah kerajaan yang diperintah oleh raja-raja Islam.
-Kerajaan Ayutthaya adalah sebahagian dari Empayar Monggol (Moghul) Islam berpusat
di India.Setidak-tidaknya ada hubungan dengan Kerajaan Moghul itu kerana adaketurunan mereka menjalinkan tali perkahwinan dengan raja-raja Siam Ayutthaya.
-Keturunan raja-raja Ayutthaya telah lari ke semenanjung Tanah Melayu dan diburu oleh
kerajaan Thai yang menakluk Ayutthaya sebelum itu.Mereka memakai gelaran 'Nai'.
-Mereka yang mempunyai talian persaudaraan kerabat Ayutthaya ini mengenali antara
satu sama lain,contohnya bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi jugadidakwa ada namanya yang lain berpangkal dengan gelaran 'Nai'.
-Kerajaan Ayutthaya ini amat besar mengikut dakwaan Anai-anai,sehingga dikatakansemua raja-raja Melayu di semenanjung ini adalah 'raja daerah' kepada Empayar Islam
Ayutthaya sahaja termasuk Kesultanan Melaka.Melaka itu pula dikatakan hanyalah salah
satu pelabuhan Ayutthaya untuk mengawal Selat Melaka.
8/14/2019 The Tombs of Ayutthayan Kings - Mistis Files
6/24
-Raja-raja daerah ini mempunyai peluang untuk menjadi Maharaja Ayutthaya melalui
sistem giliran.
-Raja-raja dan tentera Kerajaan Ayutthaya ini punya budaya berkeris menunjukkan
hubungan keturunan mereka dengan alam Melayu (menariknya ini ada bukti yangjelas,bukan sahaja dari sumber Thai sendiri,malah sumber Perancis).
-Sejarah Ayutthaya ada kaitan dengan Merong Mahawangsa.
-pengetahuan salasilah keturunan raja-raja Ayutthaya adalah wasiat yang dijaga turun-
temurun oleh kerabat pemerintah Ayutthaya yang bersembunyi dari buruan tentera Thaiterutama sejak tahun 1821 yang digelar 'Tahun Musuh Bisik'.
Ini adalah antara ciri-ciri di dalam penjelasan blog sejarahnagarakedah.Penulis blog ini
mempunyai satu sumber bertulis yang amat dipercayai,iaitu kitab Undang-undang Kedah
yang manuskrip aslinya berjaya dikembalikan atas usaha Kerajaan Malaysia dari tangan
Kerajaan Britain sekitar tahun 2003.Bukan itu sahaja,sumber-sumber sejarah lain sepertiCempakasari Negeri Perak dan Sejarah Melayu juga dilihat selari dengan Undang-undang
Kedah ini.Penulis blog itu juga merujuk kepada kitab Hikayat Merong Mahawangsa.
Mari kita mengenal raja-raja yang pernah memerintah Ayutthaya.Raja-raja Ayutthaya
dikatakan berjumlah 33 orang kesemuanya.Kita lihat dahulu senarai umum raja-raja
Ayutthaya dari kacamata Thai dan sejarah umum:
http://2.bp.blogspot.com/_U9_BT-QesB4/S1MyQrpqjpI/AAAAAAAABvQ/jb01Qtv9M24/s1600-h/ayutthayakeris.jpg8/14/2019 The Tombs of Ayutthayan Kings - Mistis Files
7/24
Uthong Dynasty (pemerintahan pertama, 1350-1370)
Ramathibodi I (dahulu dikenali Prince U Thong 1350 - 1369)
Ramesuan (1369 - 1370) (pemerintahan kali pertama,kemudian turun takhta)
Suphannaphum Dynasty (pemerintahan pertama, 1370-1388)
Pha Ngua (Boromma Ratchathirat I 1370 - 1388)
Thong Lan (1388)
Uthong Dynasty (pemerintahan kedua, 1388-1409)
Ramesuan (1388 - 1395) (pemerintahan kali kedua)
Ramracha Thirat (1395 - 1409)
Suphannaphum Dynasty (pemerintahan kedua, 1409-1569)
Intha Racha(Nakharinthara Thirat 1409 - 1424)
Borommaracha Thirat II (Sam Phraya 1424 - 1448)Boromma Trailokanat (1448 - 1488)
Borommaracha Thirat III (1488 - 1491)
Ramathibodi II (Chettha Thirat 1491 - 1529)
Borommaracha Thirat IV (Nor Phutthangkun 1529 - 1533)
Ratsadathiratcha Kuman (1533); raja kanak-kanakChaiya Racha Thirat (1534 - 1546)
Kaeo Fa (Yot Fa) -menyertai tampuk kuasa (1546-1548); raja kanak-kanak & permaisuriSi Sudachan
Voravonsadiraj (1548)
Phra Maha Chakkraphat (memerintah 1548-1568) & permaisuri Suriyothai (d.1548)Mahinthara Thirat (1568 - 1569)
8/14/2019 The Tombs of Ayutthayan Kings - Mistis Files
8/24
Sukhothai Dynasty (1569-1629)
Maha Thammaracha Thirat (Sanphet I 1569 - 1590)
Naresuan, the Great (Sanphet II 1590 - 1605)
Ekathotsarot (Sanphet III 1605 - 1610)
Si Saowaphak (Sanphet IV 1610 - 1611)Drongdharm (Intha Racha 1611 - 1628)
Chejthathraj (1628 - 1629)
Artitthayawongs (1629)
Prasat Thong Dynasty (1630-1688)
Prasat Thong (Sanphet V 1630 - 1655)
Chao Fa Chai (Sanphet VI 1655)
Si Suthammaracha (Sanphet VII 1655)
Narai, the Great (1656 - 1688)
Ban Phlu Luang Dynasty (1688-1767)
Phet Racha (1688 - 1703)
Luang Sorasak or Phrachao Sua ('Raja Harimau') (Sanphet VIII) (1703 - 1709)
Tai Sa (Sanphet IX 1709 - 1733)Borommakot (Borommaracha Thirat III 1733 - 1758)
Uthumphon (Borommaracha Thirat IV 1758)
Suriyamarin or Ekkathat (Borommaracha Thirat V 1758 - 1767)
Sekarang kita bandingkan senarai di atas dengan salasilah raja-raja Ayutthaya versipendedahan oleh Nai Long Kassim Nai Long Ahmad,yang mendakwa waris dari raja-raja
Siam Islam Ayutthaya.
Kerajaan Ayutthaya Siam Islam NagaraKedah Pasai Ma
8/14/2019 The Tombs of Ayutthayan Kings - Mistis Files
9/24
-SULTAN MAD ZAFAR SYAH III IBNI TUANKU MUHAMAD SYAH
BERPINDAH KE AYUTHIA (gelaran Siam:RAMA TIBODI I @ U THONG)
-TUANKU NAZREEN IBNI SULTAN MAD ZAFAR SYAH III ( gelaran
Siam:RAMESUAN 1369 1395)
-SULTAN SALEHUDDIN MUADZAM SYAH (gelaran Siam:BOROMORACHA I
1370 - 1388)
-TUANKU MOHAMMAD CHAN (@ TOK TEMENG) IBNI TUANKU NAZREEN
@RAMASUAN (gelaran Siam:THONG CHAN 1388 1395)
-SULTAN RAHMAN LAKSEMANA (gelaran Siam:RAMARATCHA 1395 - 1409)
-SULTAN RAZAK IBNI SULTAN MAHMUD (gelaran Siam:INTHARATCHA I 1409
1424)RAJA TOUNG OO
-SYAH ALAM YANG MAHA MULIA
SULTAN RIJALUDDIN MUHAMMAD JOHAN SYAH IBNI TUANKUMOHAMMAD CHAN
@SULTAN MUHAMMAD SYAH III, PARAMESWARA MELAKA (gelaran
Siam:RAMATIBODI II @ Boromoraja II? memerintah 1424 1448)
-SULTAN JALIL YAACOB SYAH (gelaran Siam:BOROMOTAILOKANAT 1448
1491)
-TUNKU MUHAMMAD YUSUF ibni SULTAN RIJALUDDIN MUHAMMAD
JOHAN SYAH
RAJA PASAI (gelaran Siam:BOROMORAJA II 1491 1533)
8/14/2019 The Tombs of Ayutthayan Kings - Mistis Files
10/24
-RATSADA (1533 - 1547)
-KAIFA TABIM SHEIKH ALI @ TABIN SHWEHTI (Ayahanda kepada Puteri Nang
Che Yam, Raja Patani,memerintah 1547 1548 dengan gelaran Siam:YOT FA)
-PUTERA JALIL YAACOB SYAH
SYAHBANDAR KOTA SETAR (gelaran Siam:KHUN WARAN WANGSA 1548)
-PADUKA SERI SULTAN MOHAMMAD
RAJA PASAI
ADINDA KEPADA SULTAN JALIL (gelaran Siam:CHAKRAPHAT 1548 1569)
-TUANKU NUR AISYAH IBNI TUANKU SULTAN RIJALUDDIN MUHAMMAD
JOHAN SYAH III (gelaran Siam:MAHIN INTA TIRAL,gelaran di Toungu Burma:BA
YIN NAUNG,gelaran di India:AISYAH SULTAN BEGUM,memerintah 1498 -1530)
8/14/2019 The Tombs of Ayutthayan Kings - Mistis Files
11/24
-NAI(SYED)HASSAN, PUTERA SANTUBONG
RAJA BORNEO (gelaran Siam:NARUESAN/NARESUAN 1530 1605)
-TUANKU SHAARI RIAYAT SYAH
SULTAN RIAU, PAGOH (gelaran Siam:EKATOTSAROT 1605 1610)
-NAI (SYED)HISBU MUADZAM SYAH IBNI SULTAN ZAHIRUDDIN BAHADUR
SYAH(gelaran Siam:INTARAJA II @ SONG THAM AYUTHIA 1610 - 1628)
-TEH ABU ADINDA SULTAN MAHMUD,PUTERA KEPADA TUANKU SHAARIRIAYAT SHAH
SULTAN RIAU (gelaran Siam:CHETTHA 1628 - 1629)
-SULTAN ALI IBNI SHAARI RIAYAT SYAHSULTAN RIAU (gelaran Siam:ATTHINAWONG 1629)
-PENGGIRAN RAJA KECIL BONGSU, BRUNEI (gelaran Siam:PRASAT THONG1629 1655)
-TUANKU JAAFAR
SULTAN SELANGOR (gelaran Siam:CIAO FA JAI 1655- 1656)
8/14/2019 The Tombs of Ayutthayan Kings - Mistis Files
12/24
-SULTAN MAHMUD SYAH IBNI NAI(SYED)HISBU MUADZAM SYAHKEKANDA SULONG KEPADA TUN SAABAN DAN PER ABU.
SULTAN MELAKA (gelaran Siam:SRI SUTHAMMARACHA 1656 1688)
-TUN SAABAN IBNI NAI HISBU MUADZAM SYAH (gelaran Siam:NARAI,gelaran
di Aceh:ISKANDAR MAHKOTA ALAM memerintah 1656 1688)
-PIR ABU IBNI NAI (SYED) HISBU MUADZAM SYAH (gelaran Siam:PRAPETRARAJA 1656 - 1688)
-SUA @ SULTAN MANSOR SYAH IBNI SULTAN ISMAIL JAMMU PATANI
(gelaran Siam:PIJA TUK NAKPHA 1703 - 1709)
-NANG CHE PUAN,PERMAISURI KEPADA SULTAN MUHAMMAD JIWA NAI
NAL ADILIN II (gelaran Siam:PHUMINTHARAJA 1709 - 1733)
8/14/2019 The Tombs of Ayutthayan Kings - Mistis Files
13/24
-SULTAN MUHIYIDDIN MANSOR SYAH IBNI SULTAN MAHMUD SYAH
(gelaran Siam:BOROMAKOT CHAO PIJA KERSAN ATAU TURUT DIKENALISEBAGAI SRI SU TAMMARAJA II 1733 1758)
-SULTAN MUZAFFAR SYAH IBNI SULTAN ISMAIL(gelaran Siam:UTHUMPON 1758 -1765)
-SYAH ALAM YANG MAHA MULIA,KHALIFAH SHARIF ABU BAKAR SYAHIBNI SULTAN MUHIYUDDIN MANSOR SYAH (gelaran Siam:MAHA
TAMMARAJA II dan gelaran istana Ayutthaya:KAHA EKATAAT Disebut didalam
buku Undang-Undang Kedah sebagai Sharif Yang Di Pertuan 1758-1767-1821) -Raja
Ayutthaya terakhir memerintah sebelum serangan Burma dan Thai.
-SYAH ALAM YANG MAHA MULIA
SULTAN MADZAFAR SYAH III IBNI KHALIFAH SHARIF ABU BAKAR SYAH
TUANKU SULONG ATAU KOYA LONG (gelaran Siam:Po Chun,menjadi RajaKemboja tahun 1758,'memerintah' Ayutthaya tahun 1821-1824)
Senarai ini sebenarnya lebih panjang sehingga sampai ke salasilah NAI LONG KASIM
IBNI TUANKU NAI LONG HAJI AHMAD yang menjadi sumber rujukan Anai-
anai.Apa pandangan anda apabila melihat kedua-dua senarai ini?
Mungkin kali pertama kita mendengar pendedahan ini,dakwaan Anai-anai ini adalah
sesuatu yang sukar untuk diterima dan bersifat khayalan.Namun saya cuba untuk bersikapadil,lebih-lebih lagi dakwaan ini bukan seperti tin kosong,tetapi Anai-anai mempunyai
sumber bertulis yang sah,iaitu manuskrip Undang-undang Kedah.SEJAK KITA TAHU
BAHAWA INGGERIS TELAH BANYAK MEMUTARBELITKAN SEJARAHKITA,PENDEDAHAN INI PERLU DIBERI PERHATIAN DARI SEGI AKADEMIK.
Stamford Raffles,R.O Windsted,W.G Shellabear (sekadar menyebutkan beberapa nama)juga 'anak murid' mereka seperti Munshi Abdullah dan ramai lagi...ya terlalu
ramai,adalah penulis-penulis sejarah moden kita sebenarnya.Adakah sejarah bertulis kita
tiada sehingga terpaksa bangsa asing menilai semula sejarah kita?TIDAK SAMA
SEKALI.MEMANG ADA,TETAPI TELAH DIRAMPAS ATAU
DIMUSNAHKAN.Contohnya Undang-undang Kedah,ini satu contoh.Bagaimana dengan
Arkib Istana Melaka yang hancur musnah terbakar oleh serangan Portugis?Bagaimana
dengan beribu-ribu manuskrip yang dicuri sepanjang era penjajahan?
SEJARAH BERTULIS KITA SEBAHAGIAN BESAR DISIMPAN OLEH PIHAK
ISTANA.Ini kerana umumnya kerabat diraja adalah mereka yang celik huruf danterpelajar.Namun peperangan dan penjajahan telah memusnahkan atau menghilangkan
sebahagian besar sumber-sumber ini.Sebab itu peranan raja-raja Melayu amat
penting,UNTUK MEREKODKAN BUDAYA DAN WARISAN MELAYU TURUN-
TEMURUN.
8/14/2019 The Tombs of Ayutthayan Kings - Mistis Files
14/24
Apa yang tinggal pada kita ialah salinan kitab SEJARAH MELAYU oleh Tun Seri
Lanang yang telah di'moderate' kan oleh ahli-ahli akademik Inggeris seperti R.O Winsteddan Shellabear.Nasib baik kerajaan berjaya membawa balik kitab Undang-undang
Kedah.NAMUN BERIBU LAGI KITAB SEJARAH BERADA DI TANGAN BANGSA
ASING.
Bagi saya,pendedahan ini ada pro dan kontra.Sebelum kemunculan blog
sejarahnagarakedah lagi saya sudah tahu sejarah Melayu di Indochina (BenuaSiam),cuma butiran terperincinya belum habis dijejaki.Saya menunggu-nunggu pasti ada
pendedahan dari seseorang kerana saya tahu sejarah kedatangan orang-orang Tai ke
Benua Siam.Untuk mengetahui sejarah orang Tai (Thailand),kita tidak digalakkan untuk
mengambil dari sumber Thai yang dipengaruhi konspirasi raja-raja Thai.Kita perludengar dari mulut orang Mon,Pyu,Khmer,Cham dan aborigine Benua Siam.Orang Tai
adalah sama dengan Dai-Viet ('Dai' adalah han yu pin yin atau sistem sebutan-tulisan
Cina dari kata 'Tai'),mereka kaum terdesak dari Selatan Cina yang diasak oleh orang Han
dan Monggol.Jika orang Melayu Cham dahulu pernah mempunyai kerajaan di pesisirpantai Vietnam pada zaman dahulu,masakan tiada orang Melayu/Jawi yang pernah
menguasai wilayah Thailand pada hari ini?
Orang-orang Aceh berasal dari pelarian Champa yang lari dari kebuasan orang Dai-
Viet.Orang Cham adalah penduduk asli Benua Siam,sama seperti orang Mon,Pyu dan
lain-lain.Orang Mon sendiri pernah berkerajaan di Benua Siam lama sebelum orangKhmer naik memerintah Angkor selepas kejatuhan Funan (sebuah lagi kerajaan Melayu
Kuno) dan orang Mon itu sebenarnya lah yang mengajarkan ajaran Buddha kepada raja-
raja Khmer.Kerajaan Orang Mon telah dimusnahkan oleh orang Burma,satu lagi kaumpendatang yang ganas (sehingga ke hari ini keganasan mereka,lihat sahaja apa yang
terjadi di Myanmar) dan orang Mon pada hari ini tiada bernegara dan menjadi
minoriti.Siapa orang Mon?Merekalah pembina Pagoda Shwe Dagon yang menakjubkanitu.Jika mampu membina pagoda besar dari emas,bayangkan bagaimana hebatnya
kerajaan orang Mon pada zaman purba.Jika orang Mon dahulunya amat hebat dan kaya-
raya,hari ini menjadi mundur,miskin,minoriti,tertindas dan tidak bernegara,itulah yangterjadi kepada orang Melayu Cham pada hari ini dan TIDAK MUSTAHIL AKAN
BERLAKU KEPADA ORANG MELAYU DI MALAYSIA.
Inilah pentingnya mempelajari sejarah.Kesan dari akibat tidak mengambil iktibar daripengajaran sejarah adalah amat sadis dan kejam WALAUPUN SESUATU BANGSA
ITU DARI SEGI ZAHIRNYA KAYA DAN MAJU.Bila masa musuh-musuh
menyerang?KETIKA SESUATU BANGSA ITU MULA LALAI DAN LEKA
DENGAN KESELESAAN DAN KEMEWAHAN YANG ADA.
Kra Isthmus adalah wilayah Melayu pada zaman dahulu iaitu Segenting Kera.Krabukanlah perkataan Thai,ia adalah perkataan Melayu 'KERA',ya...haiwan yang bernama
kera.Dinamakan Segenting Kera kerana memiliki tanah yang sempit,ia adalah
perumpamaan Melayu lama yang sejenis dengan kata 'sekangkang kera'.Kera digunakan
sebagai perumpamaan sebagai perbandingan ruang yang kecil.Dari sini kita tahu sampai
8/14/2019 The Tombs of Ayutthayan Kings - Mistis Files
15/24
mana sempadan negeri-negeri yang diduduki orang Melayu.JIka sudah satu Segenting
Kra adalah wilayah Melayu dahulu atau wilayah Patani,adakah orang-orang Melayu
sukar untuk mencapai Ayutthaya?Ayutthaya bukanlah terletak di tengah-tengah BenuaSiam atau jauh ke utara.Ia terletak berdekatan Teluk Siam (Gulf of Thailand).Lihat nama-
nama tempat yang asalnya dari bahasa Melayu tetapi di'Thai'kan:
Phuket (Bukit). Nama lain ialah Tongkah.
Thalang (Tanjung Salang)
Yala (Jala)
Betong (Betung)
Bannang Sata (Benang Setar)
Raman (Reman)Kabang (Kabae / Kabe)
Krong Pinang (Kampung Pinang)
Narathiwat (Menara)Tak Bai (Tabal)
Rueso (Rusa)Su-ngai Kolok (Sungai Golok)
Su-ngai Padi (Sungai Padi)
Tanyongmat (Tanjung Mas)
Buketa (Bukit Tar)
Pattani (Pantai Ini)
Sai Buri (Selindung Bayu @ Teluban)Yaring (Jaring)
Krue Sae (Gersik)
Panare : (Penarik)Yarang : Jarang @ Binjai Lima
Songkhla (Singgora) bermaksud Bandar SingaChana (Chenok)
Na Thawi (Nawi)
Thepha (Tiba)
Saba Yoi (Sebayu)Ranot (Renut)
Sadao (Sendawa)
Samila Beach (Pantai Bismillah)
Satun (Setul)
Khuan Don (Dusun)
Phang Nga (Pungah). Ada sumber lain mengatakan daripada nama 'Kuala Bunga'.
Takua Pa (Kupa)
Phattalung (Bedalong / Merdelong)
8/14/2019 The Tombs of Ayutthayan Kings - Mistis Files
16/24
Trang (Terang)
Ranong (Rundung)
Krabi (Ghraibi)Chaiya (Cahaya)
Nakhon Si Thammarat (Nagara Sri Dharmaraja / Bandar Sri Raja Dharma). Nama lama
bagi negeri ini ialah Tambralingga / Ligor.
(dipetik dariIbnu Rusydi)
Dari sini kita dapat menyelami betapa luasnya wilayah yang diduduki orang Melayu pada
zaman dahulu.Jadi adakah orang Melayu memang hanya wujud di semenanjung?Atau dipulau-pulau Indonesia?SUDAH TENTU TIDAK.Orang Melayu (tidak kira yang
Jawanya,Champa atau Pataninya) pernah menduduki seluruh Benua Siam.Dari mana
orang-orang Khmer belajar menubuhkan kerajaan?Dari orang-orang CHAM DAN JAWA
SAILENDRA!
Jadi selepas ini marilah kita menghulurkan simpati dan kasih sayang kepada saudara-saudara kita di selatan Thai ini.Mereka adalah Melayu Patani yang pernah mempunyai
kerajaan hebat dahulu.Orang Melayu Patani kerap datang ke Malaysia sebagai peniaga
atau meminta derma untuk sekolah-sekolah agama dan masjid.Pernah tak kita melihat
orang Melayu Patani membawa barangan jualan dengan menjunjung di kepala kekampung-kampung?Anak-anak kita menjerit-jerit "orang Siam,orang Siam datang!"
padahal merekalah orang Melayu sama seperti kita (Ya,betul juga..mereka MELAYU
SIAM).Namun jaga-jaga juga orang Siam yang menyamar meminta derma untuk menipuorang Malaysia yang terkenal amat pemurah.
Berbalik kepada Anai-anai,penulisan beliau yang saya tidak gemar ialah kadangkalamelebih-lebihkan keturunan 'diraja' Siam beliau sehingga merendah-rendahkan sejarah
Kesultanan Melaka.Beliau kerap mempersoalkan mengapa sejarah Melaka dilebih-
lebihkan padahal ia cuma pelabuhan Ayutthaya (benarkah begitu?).Bila disanggah,beliaukerap berkata,
"Apa boleh buat,sejarah negeri Kedah memang hebat dan raja-raja kami memerintah
seluruh semenanjung dahulu"
Nasihat saya ialah,menceritakan kehebatan sejarah sendiri jangan sampai merendah-
rendahkan sejarah negeri orang lain.Padahal beliau juga berkata,raja-raja daerah bergilirberpeluang duduk menjadi Maharaja Ayutthaya sehingga Raja Naresuan dikatakan
berasal dari Borneo (ya,saya setuju inilah sebab ahli sejarah Thai tidak menjumpai
makamnya),jadi taraf raja-raja Melayu (dalam versi sejarah Anai-anai) adalah samasahaja,walaupun dikatakan ia dimulakan oleh pengasas dari Kedah.Tidak perlu mendabik
dada kehebatan keturunan anda,walau dari 'bangsa harimau' atau 'berdarah naga'
sekalipun.
http://ibnurusydi.blogspot.com/http://ibnurusydi.blogspot.com/http://ibnurusydi.blogspot.com/8/14/2019 The Tombs of Ayutthayan Kings - Mistis Files
17/24
Bila ada orang mempertikaikan keturunan beliau dan mendakwa Nai Long Kassim
menuntut takhta dari raja-raja Melayu,malangnya saudara Anai-anai melenting sehingga
meleret-leret menyebut-nyebut keburukan orang Melayu semua sekali dan seolah-olahorang Melayu di Tanah Melayu ibarat orang hutan yang merampas takhta orang Siam
Islam.Emosi berlebih-lebihan ini mempengaruhi juga satu blog yang menjadi 'sekutu'
rapat Anai-anai,iaitu The Malay Press.Di dalam blog ini terdapat satu posting dimanasengaja diletakkan gambar-gambar yang menunjukkan keadaan 'Melayu' pada masa
dahulu,mungkin sekitar 1880-an kerana teknologi kamera secara moden bermula pada
tahun 1884 selepas penemuan sistem filem yang baru menggunakan lapisan kertas dangelatin.Kemudian diletakkan ulasan berbentuk persoalan tentang keadaan orang-orang
Melayu yang nampak seperti 'menyedihkan'.Padahal dimana orang-orang 'Siam Islam'
ketika itu?Sekurang-kurangnya orang Melayu yang dikutuk-kutuk 'orang laut,lanun dan
nelayan' ini malah menjadi 'mangsa pergaduhan' Siam Islam dan Thai yang berebutwarisan kemelayuan ini boleh bertahan mempertahankan negara dan masih wujud
bernegara sehingga semua Siam Islam boleh duduk menumpang menjadi ahli
fotografi,pensyarah dan penulis blog di Tanah Melayu yang merdeka ini.Bayangkan
Malaysia ini sebahagian dari Thailand,bukan sahaja nak kutuk Raja Thai pun tidakboleh,menjeling pun sudah ditangkap tentera Thai,dipaksa meniarap beramai-ramai dan
disumbat dalam trak seperti ayam yang nak dijual di pasar.Jadi bersyukurlah dapatbersaudara dengan orang-orang Melayu semenanjung ini.Jangan menghiris perasaan
mereka seperti yang dilakukan oleh Hindraf dan Ultrakiasu,lebih-lebih lagi Melayu Siam
bersaudara dengan Melayu semenanjung dan dikuatkan ikatan dengan agama yang sama.
Penulis blog itu juga mendakwa semua raja-raja Melayu adalah Siam Islam ini termasukraja-raja Perlis (ada orang Perlis yang tahu salasilah diraja Perlis merpersoalkan versi
Anai-anai ini),Pahang.Perak dan Melaka.Bukan itu sahaja,Hang Tuah lima bersaudara
juga didakwa adalah keturunan Ayutthaya juga!
Satu lagi ialah berkenaan dengan bahasa,saudara Anai-anai seolah-olah begitu obses
dengan bahasa Siam sehingga semua tempat di Malaysia didakwa berasal dari perkataan
Siam.'Nusantara' dikatakan dari kata 'no-san-ta-ra' bermaksud 'tunas-muda-menanti-merebak',perkataan 'Beruas' (nama tempat di Perak) dikatakan bermaksud 'Puak-Kaya'
8/14/2019 The Tombs of Ayutthayan Kings - Mistis Files
18/24
dalam bahasa Siam.Malahan Perak itu adalah sebenarnya 'Phe-Raq' iaitu 'abang-yang
dikasihi'.Ini sungguh menghairankan.
'Mengkuang' ialah 'Meang Kuang' dari bahasa Siam juga (bukankah ia adalah pokok
mengkuang?),malah Australia dan Albania juga didakwa berasal dari perkataan Siam
Ayutthaya!Ini ditahap melucukan.
Banyak lagi contoh nama bahasa Melayu malah Inggeris yang dikatakan berasal dari
perkataan Siam,malah bahasa Arab juga! 'Siam' atau bermaksud 'berpuasa' dalam bahasaArab pun didakwa menunjukkan bersempena 'bangsa Siam Islam'.Ini benar-benar obses
bahasa sendiri.
Jadi bagi saya penulis blog itu tidak patut 'mencemar'kan mood pembaca dengan perkararemeh-temeh begitu.Tambahan pula jika saya sentuh keturunan raja-raja Ayutthaya yang
ada ada kaitan dengan haiwan mitos seperti naga dan garuda seperti kata Anai-anai lagi
membingungkan!SEBENARNYA SAYA FAHAM 'RAHSIA' DARAH NAGA ITU
DAN TAHU CERITANYA TETAPI CARA ANAI-ANAI MENDEDAHKANNYATIDAK AKADEMIK DAN KEBUDAK-BUDAKAN.Seperti kisah kartun Ultraman
pula.Saya membuat andaian,saudara Anai-anai tahu sedikit perkara,tetapi 'syok' menulissehingga melebih-lebih sampai keluar dari fakta sebenar.Sebab itu saya nasihatkan
jangan sampai terlalu banggakan keturunan sehingga hilang punca dalam
penulisan,kerana bukan sahaja orang Melayu,malah orang Thai juga akan ketawakan
anda.
Kadangkala nada Anai-anai begitu marahkan pengkritiknya sehingga melalut merendah-
rendahkan orang-orang Melayu.Dituduh orang Melayu hanya berasal dari keturunanpelaut (padahal sebelum itu mengaku Melayu) dan ini saya perhatikan sama seperti
'bebelan' pengkritiknya,seorang warga Malaysia keturunan Thai yang membuka satu blog
lain (sejarahnagarakedag) yang juga 'marahkan' orang Melayu dengan tuduhan yangsama.Selepas itu bila ditegur,beliau menukar nada dengan mengatakan orang Melayu
yang dikecamnya ialah 'Melayu Baru' atau 'Melayu Umno' yang lupakan sejarah dan
mengikut sahaja penipuan Inggeris.Siam Islam dan 'Siam' Kafir bertekak sesamasendiri,yang menjadi mangsa tidak semena-mena orang Melayu.Padahal masing-masing
duduk dalam negeri orang-orang Melayu.Istilah 'Melayu' beliau juga berubah-
ubah.Sekejap mengaku orang Siam,sekejap mengaku Melayu Siam,sekejap mengaku
orang Yunnan,malah didakwa dahulu orang Melayu adalah orang 'Fei',baru sekarangbergelar 'Melayu'.Sepatutnya perkara begini tidak seharusnya berlaku kerana beliau
seorang pensyarah dan terpelajar.Namun saya faham bahawa pengkhususan beliau bukan
dalam bidang sejarah,namun ini tidak bermakna boleh menulis fakta sejarah seolah-olahmengarang komik anime.
Namun,sebenarnya 70% cerita dari blog itu adalah fakta sejarah yang tidak harusdipandang sepi.Mengapa saya kata begitu?Kesampingkan kekhilafan penulis blog
itu,kerana sebenarnya apa yang diceritakan tentang hubungan kerajaan Ayutthaya atau
Sharul Nuwi itu dengan orang Melayu amat rapat kerana ia tercatat dalam UNDANG-
UNDANG KEDAH!Keturunan dan waris dari kerabat Ayutthaya ini juga percaya Raja
8/14/2019 The Tombs of Ayutthayan Kings - Mistis Files
19/24
Thai masih menyimpan manuskrip-manuskrip Kerajaan Ayutthaya di 'peti kebal' milik
keturunan Raja Thai itu.Kita juga maklum bahawa tokoh ulama Sufi,Hamzah Fansuri
juga belajar agama dari ulama di kota Sharul Nuwi (Ayutthaya),jadi fikirkan misteriini.Baca buku Undang-undang Kedah terbitan DBP dan hayati misteri orang-orang
Melayu di Benua Siam di dalamnya.
Saya berpendapat raja-raja Ayutthaya ini mungkin benar beragama Islam,dan bukan
orang Tai.Namun rakyatnya terdiri dari orang Tai,Khmer,Melayu
(Jawa,Bugis,Kedah,Patani dll),Mon,Cham,Cina,Parsi dan sebagainya.Para penasihat ataupanglima tentera diambil dari pelbagai kaum.Ini samalah seperti di Malaysia.Apabilakedudukan orang Tai sudah kuat dalam kerajaan,mereka menjalinkan kerjasama sulit
dengan Burma,yang mengintai peluang dari luar untuk menakluk Ayutthaya.Apabila
Burma datang menyerang,kelompok Thai yang belot ini 'membuka' pintu kota Ayutthayauntuk penjajah Burma.Apabila raja Ayutthaya lari,orang-orang Thai menabalkan diri
mereka menjadi raja.Cerita selepas itu adalah kisah bagaimana raja-raja Thai mahu
menghapuskan pengaruh Burma dari 'menyibuk' dalam negeri baru mereka itu.
Ini hasil 'channeling' saya pada awal tahun lepas.
Saya boleh terima istilah 'Melayu Siam' itu atau Siam itu adalah salah satu keturunanMelayu,sama seperti Jawa,Kelantan,Aceh atau Sulu.Ini kerana jika anda mahu bercakap
dengan orang Sulu misalnya,amat sukar memahami bahasa mereka,namun kita tahu
mereka sama akar budaya dengan kita,mereka bertanjak dan berkeris juga.Dan sayafaham dengan keadaan orang Siam ini,sama seperti saya faham keadaan orang Cham dan
Patani.KITA TIDAK TAHU BERAPA RAMAI 'ORANG THAI' YANG BOLEH
DIJEJAK KETURUNAN ASAL MELAYU MEREKA,yang bersembunyi di seluruh
8/14/2019 The Tombs of Ayutthayan Kings - Mistis Files
20/24
Thailand.Adakah Aishah,keturunan ketujuh Mahsuri boleh bercakap Melayu seperti
moyangnya Mahsuri?RENUNGKAN MASALAH YANG MENYEDIHKAN INI.
Ini barulah dinamakan dasar penghapusan etnik.Kita boleh belajar perkara ini.Bayangkan
Hindraf boleh menuduh kerajaan Malaysia melakukan dasar penghapusan etnik,akibat
sikap berlembut kerajaan orang-orang Melayu ini,padahal orang-orang Tamil di Thailanddiam.senyap terkebil-kebil tidak berkutik sedikit pun.Sepatutnya para simpatisan Hindraf
belajar dari kata-kata pemimpin MIC terdahulu yang amat berterimakasih kepada orang
Melayu dalam keadaan orang Sinhala di Sri Lanka sekalipun menolak orang-orangTamil.Orang Tamil di sini bebas dengan nama dan identiti mereka malah jumlah kuil pun
melebihi jumlah masjid,itu pun dibebelkan,berarak dan memaki hamun orang Melayu (ini
perangai Hindraf,bukan orang-orang India yang berkawan baik dengan
Melayu).Menariknya hari ini pemimpin-pemimpin Hindraf dikecam orang-orang Indiasendiri malah India DAP juga kerana melesapkan wang derma simpatisan Hindraf.Malah
Hindraf menyaman balik ahli politik DAP itu dan akhbar Tamil juga.
Pemimpin-pemimpin Hindraf bersenang lenang di luar negara tanpa menghiraukankebajikan anak-anak India di Malaysia yang akhirnya terpaksa mengemis dengan
kerajaan orang-orang Melayu tadi yang dimakihamun hasil hasutan pemimpin Hindrafyang meniru lagak samseng India dalam filem-filem Tamil dan Bollywood.Ini sungguh
melucukan dan bagus untuk difilemkan.Kenang kembali aksi para 'zombie' Hindraf yang
terkinja-kinja di Batu caves tempoh hari sehingga merosakkan pagar kuil mereka sendiri.
Berbalik kepada sejarah Ayutthaya,banyak perkara yang boleh dipelajari dari kejatuhankerajaan Melayu di Indochina.Taktik 'buka pintu kota' adalah taktik biasa para
pembelot.Ingat lagi kisah Kota Singapura yang diserang oleh Majapahit?Siapa yang
membuka pintu kota?Orang yang kecewa kerana anak perempuannya dibunuh oleh rajaSingapura.Pintu kota kerajaan Champa juga dibuka oleh kebodohan Bendahari Champa
sehingga memudahkan kemaraan tentera-tentera barbarian Dai-Viet membumihanguskan
Champa.Siapa yang membuka 'pintu kota' sehingga orang-orang Inggeris menjajah Tanah
Melayu?Orang-orang Melayu yang berebutkan kekuasaan sesama sendiri.Pelajari kescampurtangan Inggeris Di Perak.
8/14/2019 The Tombs of Ayutthayan Kings - Mistis Files
21/24
Percayalah,sejarah adalah satu pengajian aliran-aliran peristiwa yang berulang-
ulang.Siapa yang tidak peka dengan sejarah,akan termasuk lubang biawak dua kali.
Ada rahsia dan misteri yang tidak mampu diungkapkan ketika merenung kuburan 'raja-raja Ayutthaya' ini.Mungkin pakar sejarah Malaysia perlu berjumpa dengan Nai Long
Kassim ini sebelum beliau menutup mata untuk mengetahui kisah sebenar,apa yang
terjadi ketika serangan orang-orang Burma dan Thai dan peranan orang Melayu di
Indochina.
Saya tertarik dengan kenyataan Prasat Preah VI Hear,sebuah 'kuil' yang direbutkan oleh
Thailand dan Kemboja sebenarnya sebuah istana seorang raja bernama Po Chan atau
nama 'Melayu'nya Sultan Mud Zaffar Syah.Anehnya,kuil ini tidak mengandungi patung-patung Buddha dan ini membangkitkan rasa sangsi bahawa munasabah raja-raja Thai
telah meletakkan patung-patung dan menambah ukiran di semua kesan-kesan binaan
Ayutthaya atau kerajaan Melayu purba dahulu.Pengkaji dari Eropah juga telahmengesahkan ada patung-patung yang baru diletakkan di binaan-binaan lama di
8/14/2019 The Tombs of Ayutthayan Kings - Mistis Files
22/24
Thailand.Pintu-pintu kota dan istana juga pasti ada kesan dikikis,dan menurut Nai Long
Kassim,asalnya ada tulisan jawi di situ pada masa dahulu.
Lihatlah,pada masa dahulu,kaum-kaum lain berebut-rebutkan budaya dan warisanMelayu.Penjajah Eropah pula berebutkan manuskrip-manuskrip Melayu.Istana Melayu
direbutkan oleh orang Tai,Khmer,Vietnam dan Burma.Mereka yang berjaya merebut
binaan-binaan ini kemudiannya menambah-nambah ukiran dan meletakkan patung-patung mengikut citarasa mereka.Kemudian dengan bangganya mengaku itu semua
warisan nenek moyang mereka.Apabila Inggeris tiba,semua binaan orang-orang Melayu
yang masih ada di semenanjung dimusnahkan,dibedil dengan meriam dan diratakan.Bukti
sejarah dirampas.Binaan Melayu di Indochina terjaga rapi sebab sudah jadi milik oranglain.Kaji Cham Tower dan kompleks sejarah My Son di Vietnam.Kaji peradaban Funan
yang membina Angkor Wat.Cuba kaji mengapa pelan Angkor Wat menunjukkan seolah-
olah ia adalah pelan sebuah kota pertahanan,dengan kedudukan pintu dan tembok sertadikelilingi terusan air.Ia menjadi bercitarasa kuil setelah ditinggalkan orang Melayu
Funan dan diduduki oleh orang Khmer kemudiannya.Kaji persamaan gaya ukiran
BOrobudur dan Angkor Wat.Kaji,kaji dan kaji lagi.Semuanya jadi milik orang lainsehingga apabila anak-anak Melayu membaca buku-buku sejarah rekaan Stamford
Raffles dan ahli sejarah 'pemalas' Malaysia,mereka percaya bangsa mereka adalah bangsa
yang tidak punya binaan batu yang hebat.Nenek moyang mereka dahulu hanya tinggal dihutan-hutan dan selekeh.
Cuba hayati filem Queen of Langkasuka,ratu-ratu pemerintah itu sebenarnya adalah
pemerintah Patani.Dan sebenarnya lanun-lanun yang berpakat menyerang 'Langkasuka'
adalah tentera Thai.Lihat,produser filem Thai amat menyanjungi warisan sejarahwalaupun bekas musuh mereka.Orang-orang Melayu Patani digambarkan amat maju
dengan kota yang kukuh,mewah dan memiliki meriam-meriam,senapang dan pistoldisamping tidak lekang dengan keris mereka.Kostum istana Patani amat mewah dan tidak
kalah dengan kostum permaisuri Thai malah lebih kemas dan memikat dari puteri-puteri
Thai yang berkemban sahaja.Pakatan Thai dan penjajah Eropah telah menghancurkansejarah manis Patani ini.Lihat filem Ong Bak 2,hayati kostum,rumah dan perhiasan
pegawai Ayutthaya yang mirip putera Jawa.Perhatikan suasana Benua Siam pada masa
8/14/2019 The Tombs of Ayutthayan Kings - Mistis Files
23/24
dahulu,dan konflik antara pembelot dalam kerajaan Ayutthaya dan orang-orang yang
setia dengan raja Ayutthaya.Ini yang perlu dikaji,bukan setakat terpesona dengan aksi
siku terbang Tony Jaa.Pada masa depan dijangka ramai pembuat filem Thailand makinberani menyelongkar sejarah mengikut kepercayaan mereka.Siapakah di sebalik nama-
nama pembuat filem Thai ini?Adakah mereka orang-orang Melayu yang 'bersembunyi' di
sebalik nama-nama Thai mereka?
Bagaimana dengan filem sejarah di sini?Asyik-asyik pondok buruk,warung berdinding
buluh dan rumah-rumah beratap rumbia.Amat menyedihkan.Ini kerja orang malas.
Batu-batu nisan sepi di celah-celah semak yang ditunjuk oleh Nai Long Kassim sebagai
moyangnya,raja-raja Ayutthaya,menimbulkan perasaan misteri dan sayu.Betapa jika
orang-orang Melayu tidak sedar dan bersatu,musuh-musuh mereka akan cuba sedayaupaya merampas 'The Golden Chersonese' ini dari tangan mereka.Dari dulu sampai
kini,tanah tumpah darah kita ini sentiasa menjadi rebutan pelbagai kaum.Semoga Tuhan
memperkuatkan diri kita semua untuk mempertahankannya.SEpertimana sejarah hitamkerajaan Ayutthaya,begitulah juga akan terjadi kepada Malaysia ini jika semua pemimpin
Melayu masih bermimpi,bergaduh dan berpecah-belah.Ada yang jadi ejen CIA,ada yang
jadi talibarut Ultrakiasu,ada yang kerjanya mengisi perut sendiri 24jam tanpa
menghiraukan nasib anak bangsa sendiri.Renungkanlah batu-batu nisan sepi yangmenceritakan sejarah getir mereka lari dari buruan musuh mereka.Kita tidak boleh
membangunkan raja-raja Ayutthaya ini dari kubur-kubur mereka,namun kita boleh
bertanyakan waris-waris mereka yang masih hidup.Tanyakan mereka dengan jujur danminta mereka menjawab dengan jujur,atas nama Allah s.w.t...apa yang terjadi kepada
raja-raja Ayutthaya ini dan orang Melayu suatu ketika dahulu.
Dari 33 orang raja Ayutthaya,hanya 3 makam mereka sahaja yang dikenalpasti berada di
Thailand,mungkin setelah merenung batu-batu nisan misteri ini,kita boleh bertanya
kepada orang Thai,khususnya para penyelidik Thai,ataupun Raja Thai sendiri....
8/14/2019 The Tombs of Ayutthayan Kings - Mistis Files
24/24
Di manakah makam raja-raja Ayutthaya yang lain?
__________________________________________________
Credit:
Pro:
Sejarahnagarakedah
Sejarahnagaraketag
The Malay Press
Kontra:
Sejarahnagarakedag
http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/http://sejarahnagaraketag.blogspot.com/http://themalaypress.blogspot.com/http://sejarahnagarakedag.blogspot.com/http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/http://sejarahnagaraketag.blogspot.com/http://themalaypress.blogspot.com/http://sejarahnagarakedag.blogspot.com/