Post on 08-Feb-2018
PROGRAM BERMALAM DI MUZIUM "SLEEPOVER @ THE MUSEUM" PERBADANAN MUZIUM MELAKA
Mohamad Azri Bin Abdul Wahab
Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni)
2011
Pq At Khidmat Maklumat Akademik � VNIVERSIT[ MALAYSIA SARAWAK
PROGRAM BERMALAM DI MUZIUM "SLEEPOVER @ THE MUSEUM" PERBADANAN MUZIUM MELAKA
MOHAMAD AZRI BIN ABDUL WAHAB
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk
Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian
(Pengurusan Seni)
Fakulti Seni Gunun dan Kreatif
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2011
UNIVERSm MALAYSIA SARAWAK
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PROGRAM BERMALAM DI MUZIUM (SLEEPOVER (g THE MUSEUM), PERBADANAN MUZIUM MELAKA
SESI PENGAJIAN: 2008 / 2051
Saya MOHAMAD AZRI BIN ABDUL WAHAB
mengaku membenarkan tesis * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
Membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Makiumat Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi 5. ** sila tandakan ()
SULIT (mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti tennaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
I'Almrý (T
ý , ýý"., GAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) ý-ý
FL-7-
Alamat Tetap: No. 107 Felda Kekwa Jengka 5, 26500 Maran, Pahang. Darul Malanur.
Tarikh: 05 - MEi. 1011 Tarikh: r1 t5- Z. o 11
Catatan: * Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi ljazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda **Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada phak berkuasa/oiganisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis mi perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
i
Projek bertajuk `Program Bermalam di Muzium "Sleepover @ The Museum" Perbadanan
Muzium Melaka' telah disediakan oleh Mohamad Azri Bin Abdul Wahab dan telah diserahkan
kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda
Seni Gunaan dengan Kepujian Pengurusan Seni.
Diterima untuk diperiksa oleh:
k (Cik Karen Samy)
Penyelia Program Pengurusan Seni
Tarikh:
ýSýI
11
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Syukur ke
hadrat Allah (S. W. T) kerana saya telah berjaya menyiapkan projek tahun akhir. Jutaan
terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan ingin saya tujukan buat Cik Karen Samy
selaku penyelia paling banyak membantu dengan memberi bimbingan dan tunjuk ajar
dalam menyiapkan projek tahun akhir pengurusan seni.
Penghargaan nu juga ditujukan khas buat setnua pensyarah yang banyak
memberi dorongan dan juga kakitangan Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif yang turut
menyumbangkan kerjasama dan keprihatinan sepanjang tip tahun pengajian di
Universiti Malaysia Sarawak.
Sekalung budi diucapkan kepada organisasi Perbadanan Muzium Melaka yang
memberikan kerjasama semasa penyelidikan dijalankan. Terima kasih yang tidak
ternilai ditujukan kepada peserta bagi program bermalam di muzium pada 17
Disember 2010.
Ingatan tulus ikhlas dan jutaan terima kasih yang tidak ternilai buat keluarga
yang tersayang di Jengka, Pahang. Khas buat insan tersayang emak, Hajah Hatiyah Bt.
Sabran, ayah, Haji Abdul Wahab Bin Abd. Hamid, serta ahli keluarga. Segala
pengorbananmu amat bernilai dan dorongan yang diberikan adalah merupakan
suntikan semangat untuk terus berjaya. Khas buat orang tersayang (Wan Nurzahira)
dan teman seperjuangan di Sarawak Bumi Kenyalang, terima kasih tidak terhingga.
iii
I'usat Khidmit Maklumat Akademik UMVERSITI MALAYSIA SARAWAK
KANDUNGAN
Halaman
Pengesahan
Pengakuan
Penghargaan
Jadual Kandungan
Abstrak
Abstract
Tajuk Muka surat
i
li
!Ü
iv - iiv
Z
Ili
Bab 1 Pengenalan
1.1 Pengenalan
1.2 Latar belakang kajian
1.3 Objektif kajian
1.4 Hipotesis
1.5 Skop Kajian
1.6 Permasalahan Kajian
1.7 Kepentingan Kajian
1
2-12
13
14
15
16
17
IV
Bab 2 Sorotan Kesusasteraan
2.1 Pengenalan 18
2.2 Program bermalam di muzium 19
2.2.1 "Night in the museum" Perzim Tawar 20
Peluang Bermalam Di Muzium
2.2.2 `Bermalam di Muzium' produk baru 20
perlancongan
2.2.3 Program tidur di muzium hangat 21
2.2.4 Pelajar praktikal PERZIM dan 22
Tourism Malaysia sertai Sleepover @
The Museum
2.2.5 Pelajar KYM sertai Sleepover @ The 23
Museum
2.2.6 Pelajar Korea sertai Sleepover @ The 24
Museum
2.2.7 Program Bermalam Dalam Muzium di 25
Seluruh Dunia.
2.3 Muzium 26-31
2.3.1 Muzium sebagai pusat keilmuan 33
2.3.2 Muzium sebagai rujukan generasi bare 34
2.3.3 Muzium sebagai pusat perkembangan 34
sektor perlancongan
V
2.3.4 Muzium sebagai pusat pengabadian 35
kebudayaan dan kesenian
Bab 3 Metodologi Kajian
3.1 Pengenalan
3.2 Lokasi Kajian
3.3 Data
3.3.1 Data Primer
3.3.2 Data Sekunder
3.4 Populasi
3.5 Persampelan
3.6 Instrumen Kajian
3.7 Limitasi Kajian
3.8 Rumusan dan Kesimpulan
37
38
39
40 - 46
47
48
49
49
50
51
Bab 4 Analisa & Dapatan Kajian
4.1 Pengenalan 52
4.2 Penganalisaan Data 53
4.2.1 Borang Soal Selidik 53
4.2.1.1 Analisa jantina peserta keseluruhan 54
4.2.1.2 Analisa umur peserta keseluruhan. 55
4.2.1.3 Analisa status peserta keseluruhan. 56
vi
4.2.1.4 Analisa bangsa peserta keseluruhan. 57
4.2.1.5 Analisa agama peserta keseluruhan. 58
4.2.1.6 Analisa taraf pendidikan peserta 59
keseluruhan.
4.2.1.7 Analisa status pekerjaan peserta 60
keseluruhan.
4.2.1.8 Analisa status negeri peserta 61 - 62
keseluruhan.
4.2.1.9 Analisa kekerapan peserta ke Muzium 63
Samudera.
4.2.1.10 Analisa mengenai peserta mendapat 64
maklumat tentang program bermalam
di muzium
4.2.1.11 Analisa pendapat peserta merasakan 65
program bermalam di muzium sesuai
dilaksanakan
4.2.1.12 Analisa peserta tertarik dengan 66
program bermalam di Muzium
4.2.1.13 Analisa peserta sukar untuk 67 - 68
melelapkan mata semasa program
berlangsung
vii
4.2.1.14 Analisa peserta mendapat banyak 69
pengetahuan berkaitan warisan Melaka.
4.2.1.15 Analisa peserta dapat belajar mengenai 70
sejarah Melaka
4.2.1.16 Analisa peserta dapat belajar mengenai 71
sejarah kelautan Melaka
4.2.1.17 Analisa peserta mendapat pengalaman 72
yang menyeronokkan semasa bermalam di muzium.
4.2.1.18 Analisa peserta mendapat pengalaman 73 - 74
yang menyeramkan semasa bermalam
di muzium. 4.2.1.19 Analisa peserta tentang prasarana di 75
muzium untuk program ini selesa. 4.2.1.20 Analisa peserta tentang prasarana di 76
muzium untuk program ini adalah
lengkap.
4.2.1.21 Analisis tentang pengalaman peserta 77 - 78
sebelum dan semasa mengikuti
Program Bermalam di Muzium
(Sleepover @ The Museum)
Perbadanan Muzium Melaka.
4.2.1.22 Analisis tentang perbezaan sebelum 79 - 80
dan selepas mengikuti program
viii
bermalam di muzium.
4.2.1.23 Analisis tentang adakah program 81 - 82
bermalam di muzium telah
meningkatkan pengetahuan peserta
terhadap warisan sejarah Melaka.
4.2.1.24 Analisis tentang adakah pengalaman ini 82 - 83
telah menambah semanagat cinta akan
warisan sejarah Melaka.
4.2.1.25 Cadangan dan pandangan 84 - 85
4.2.2 Temuduga 86-100
4.3 Kesimpulan 101 -102
Bab 5 Cadangan & Rumusan Kajian
5.1 Pengenalan 103
5.2 Rumusan 104 - 105
5.3 Cadangan 106 - 107
5.4 Cadangan untuk Kajian akan Datang 108
5.5 Kesimpulan 109 -110
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
111-112
113-135
ix
ABSTRAK
Program Bermalam di Muzium (Sleepover @ The Museum) Perbadanan Muzium Melaka,
memberi peluang kepada orang ramai untuk merasai sendiri pengalaman bermalam di
muzium, di mana Melaka merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang menawarkan
peluang ini. Program ini secara tidak langsung mampu melahirkan generasi yang menghargai
warisan dan artifak serta sejarah unik yang dimiliki. Skop kajian pengkaji melibatkan pihak
pengurusan dan peserta bagi program ini. Kepentingan kajian ialah tentang mengenalpasti
pengalaman para peserta dapat daripada mengikuti program program bermalam di muzium.
x
ABSTRACT
The Sleepover @ The Museum, Programme at the Melaka Museums, provides an opportunity
for people participants to experience a night at the museum, where Malacca is one of the few
states in Malaysia that offer this opportunities. This programme indirectly is able to produce a
generation that appreciates heritage, artifacs and unique history of Malacca. The importance of
this research is to study on participants experience to this programme.
xi
Bab 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Warisan menjadi budaya yang penting dalam kehidupan seseorang kerana bukan sahaja
melibatkan budaya perdagangan atau komersial tetapi juga untuk membina atau
mengekalkan unsur budaya pada satu-satu kawasan. Muzium berperanan untuk
menyelamat, mengumpul, menyimpan, memelihara, menyelidik, mendidik dan
menginterprestasi serta mempamerkan bahan-bahan sejarah ke arah kemajuan.
peranan yang djonainkan oleh muzium sangat penting untuk membangkitkan kesedaran
terhadap kepentingan muzium sebagai sebahagian daripada tanggungjawab masyarakat.
Muzium berperanan sebagai satu gedung khazanah yang boleh dijadikan pusat maklumat
kepada penuntut dan pengkaji. Muzium menyimpan berbagai-bagai khazanah yang
menceritakan perkembangan dari peringkat awal sehingga kini.
Melaka amat dikenali kerana keunikan sejarahnya. Bandar raya warisan dunia, Melaka
memiliki warisan sejarah sejak lebih 600 tahun dulu. Warisan sejarah Kesultanan Melayu
Melaka menjadi kebanggaan negeri dan Perbadanan Muzium Negeri Melaka (Perzim)
yang diamanahkan untuk memelihara khazanah warisan Negara. Usaha pemuliharaan
I
sejarah di Melaka sememangnya dikagumi masyarakat dunia apabila Melaka diiktiraf
sebagai Bandaraya Warisan Dunia oleh United Nations Educational, Scientific and
Cultural Organisation (Unesco), pads 7 Julai 2008.
1.2 Latar belakang kajian
1.2.1 Perbadanan Muzium Melaka
Melaka kini terdapat lebih daripada 24 muzium. Ini membuktikan bahawa
kesungguhan Kerajaan Negeri Melaka untuk menjadikan muzium sebagai sebuah
destinasi tarikan dan mengadakan pelbagai aktiviti promosi. Muzium Melaka
merupakan institusi warisan sejarah dan budaya bangsa, negara dan alam sejagat
kepada generasi muda. Ia manifestasi evolusi peradaban manusia dalam menangani
cabaran, berbudaya dan bermasyarakat. Oleh kerana itu muzium ini amat berguna
sebagai pencerita dan pendokumentasi pencapaian bangsa dan negara sepanjang
zaman.
2
1.2.2 FUNGSI, VLSI DAN MISI (PERZIM)
Fungsi
Mengumpul , memulihara dan menyalurkan maklumat atau bahan secara professional
dan berkualiti berkaitan warisan sejarah untuk tatapan generasi sekarang dan akan
datang.
Visi
Untuk menjadikan sektor permuziuman di Negeri Melaka sebagai sektor pendidikan
dan pelancongan bertaraf dunia.
Misi
Untuk menyemarakkan sektor pendidikan dan pelancongan melalui pembangunan
muzium-muzium dan tempat-tempat bersejarah secara profesional dan berkualiti.
(Dipetik daripada: Perbadanan Muzium Melaka, http: //www. perzim. htp)
3
1.2.3 Lokasi Muzium Melaka
(Dipetik daripada: Perbadanan Muzium Melaka, http: i/www. perzim. htp)
4
Pusat Khidmat 111aklumat Akademiº, UNIVERSITI MALAYSIA SAR4N! ^ MC
1.2.4 Makna bagi Logo PERZIM
mam PERZIM ý\v
Melambangkan keberanian dan semangat waja yang dimiliki oleh warga
PERZIM memikul setiap tanggungjawab yang diamanahkan.
Mewakili prinsip keteguhan perinsip yang menjadi amalan Perbadanan
Muzium Melaka memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.
Mengimbas kembali kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka suatu ketika
dahulu diteruskan oleh PERZIM dengan tradisi " Kegemilangan Berulang
Kembali ".
Segala peninggalan dari zaman kesultanan Melayu Melaka dan kuasa-kuasa
selepasnya tetap terpelihara dengan PERZIM sebagai badan yang menyokong
warisan sejarah dan budaya negeri Melaka.
5
MM Segala peniggalan dari zaman kesultanan Melayu Melaka dan kuasa-kuasa
(di atas dan selepasnya tetap terpelihara dengan PERZIM sebagai badan yang menyokong
di bawah) warisan sejarah dan budaya negeri Melaka.
(Dipetik daripada: Perbadanan Muzium Melaka, http: //www. perzim. htp)
1.2.5 Objektif Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)
1.2.5.1 Sebagai gedung ilmu bagi menyebarkan pengetahuan di samping memberi
hiburan dan sumber aspirasi kepada masyarakat dalam mengenal sejarah, kebudayaan,
adat resam dan kekayaan semulajadi negeri Melaka.
1.2.5.2 Sebagai penyelamat dan penyimpan warisan sejarah dan kebudayaan bagi
tatapan generasi akan datang.
1.2.5.3 Menjadi pusat rujukan utama kepada pelajar dan sesiapa yang berminat
terhadap sejarah, kebudayaan, adat resam dan alam semulajadi negeri Melaka.
1.2.5.4 Menggalak dan menarik minat masyarakat berbilang kaum mengenai asal-usul
mereka bagi mewujudkan suasana harmoni dan mengeratkan perpaduan.
1.2.5.5 Membantu dalam usaha mengembangkan industri perlancongan negara.
6
1.2.6 Muzium Samudera (Replika Kapal Flor De La Mar)
Muzium Samudera dibina pads awal tahun 1990 berdasarkan sebuah replica kapal
Portugis yang bernama Flor de La Mar, majlis perasmian muzium telah disempunakan
oleh Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad pads 13 Jun
1994. Dibina berdasarkan repl'ka Kapal Portugis berukuran 34 meter tinggi, 36 meter
panjang dan 8 meter lebar. Fokus utama muzium ini ialah sejarah kelautan Melaka dan
zaman kegemilangan Melaka sebagai Emporium Timur.
Ianya terletak di Jalan Merdeka berhampiran muara Sungai Melaka. Paparan utama
muzium adalah berkaitan sejarah kelautan Melaka dan juga perkembangan
perdagangan dari Zaman Kesultanan Melaka hingga ke era Portugis, Belanda dan
Inggeris. Bahan pameran terdiri daripada peta-peta lama, model- model kapal, senjata
serta kelengkapan artifak berkaitan maritim, diorama-diorama di samping sebuah sudut
khas mengenai Panglima Awang sebagai tokoh pelayar agung berbangsa Melayu.
7
1.2.7 Program Bermalam di Muzium (Sleepover (§ The Museum).
Pernahkan anda menonton filem Night At The Museum?. Filem komedi penuh debaran
itu mengisahkan seorang pengawal keselamatan menempuhi pelbagai peristiwa aneh
ketika dia bertugas berjaga' pada sebelah malam. Segala-galanya bermula apabila
semua pengunjung sudah pulang dan malam mula berlabuh. Program bermalam di
muzium (Sleepover @ The Museum) Perbadanan Muzium Melaka im memberi
peluang kepada orang ramai untuk merasai sendiri pengalaman bermalam di muzium.
Banyak muzium negeri terbiar dan sunyi daripada ddcujungi pengunjung. Malah ada
juga mengatakan muzium merupakan sebuah kawasan misten dan mesti dijaubi.
Terdapat juga muzium negen sudah uzur dan tiada tarikan landskap dan seperti
peninggalan rumah lama. Di waktu ia gelap seolah-olah seperti rumah seram dan
berhantu. Muziüm sebenarnya melambangkan identiti nasional negara kita. Sikap
rakyat Malaysia pada masa kini menjauhi muzium merupakan satu perkara yang amat
membimbangkan. (Dipetik daripada: Utusan Malaysia, http: // www. utusanmelaka
@utusan. com. my)
Malaysia jugs mempunyai sebuah muzium yang membolehkan anda tidur dan merasai
bagaimana bermalam dengan pelbagai himpunan koleksi yang terdapat di dalamnya.
Muzium yang dimaksudkan ialah Muzium Samudera sebuah muzium replika kapal
Flor De La Mar yang dibina pads awal tahun 1990.
8
Melaka merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang menawarkan peluang ini.
Dengan adanya program seperti mi adalah cara yang terbaik untuk menarik pengguna
atau masyarakat terlibat dengan program-program yang dilaksanakan oleh pihak
pengurusan muzium.
1.2.8 Objektif Skepover @ The Museum
Objektif utama program ini adalah mendekatkan serta merapatkan jurang antara orang
ramai dengan warisan. Secara tidak langsung mampu melahirkan generasi yang
menghargai artifak serta sejarah unik yang dimiliki. lanya juga memberi peluang
kepada orang ramai merasai sendiri pengalaman bermalam di dalam muzium yang
sememangnya unik. Diharapkan semangat mencintai serta menghargai warisan akan
timbul dengan program seumpama ini.
Selain itu juga program seperti ini menambah nilai status negeri Melaka sebagai
peneraju industri pelancongan di Malaysia. Program bermalam di muzium ini
merupakan satu-satunya yang terdapat di Malaysia serta Melaka sebagai peneraju
program ini. Ianya akan memberi peluang kepada pelancong untuk bermalam bersama
artifak di dalam muzium serta merasai sendiri pengalaman hin yang mana merupakan
tarikan kuat terutama kepada pelancong luar negara.
9
1.2.9 Aturcara Program bermalam di muzium (Skepover @ The Museum).
Menurut Pemandu Pelancong Melaka, Shaukani Abbas, program Bermalam di
Muzium Samudera atau 'Sleepover @ the Museum' akan bermula dengan sesi taklimat
kepada peserta di Hotel Naza pada pukul 7 malam sebelum peserta di bawa ke Taman
Rempah bagi menyusuri Sungai Melaka dengan bot River Cruise Melaka.
Program menyusuri Sungai Melaka dimasukkan ke dalam salah satu pakej 'Sleepover
@ the Museum' bertujuan untuk memberi peluang kepada peserta menikmati panorama
indah waktu malam yang terdapat di sepanjang laluan Sungai Melaka.
Pakej yang ditawarkan mengandungi aktiviti menarik dan ini merupakan kelainan
yang cuba ditonjolkan dalam usaha mempelbagaikan lagi produk pelancongan yang
terdapat di negeri Melaka.
Pelancong yang menaiki River Cruise Melaka akan turun di Padang Nyiru sebelum
berjalan kaki melawat beberapa lokasi terpilih sekitar kawasan Warisan Sejarah di
Banda Hilir sebelum dibawa ke Muzium Samudera Fasa I (Replika Kapal Flor De La
Mar) untuk melihat sejarah laut Melaka dan zaman kegemilangan Melaka sebagai
Emporium Timur Berta sesi bermalam.
10
1.2.10 Aktiviti semesa program bermalam di muzium
Antara aktiviti- aktiviti yang dilaksanakan semasa Program Bermalam di Muzium
(Sleepover @ The Museum), Perbadanan Muzium Melaka. Harga Pakej: RM95.00
seorang
Antara pakej seperti bililc penginapan di Hotel Naza Melaka, minuet Selamat Datang,
kemudahan bermalam (tilam, bantal dan selimut), makan lewat malam di muzium,
sampan di Hotel Naza Melaka, sijil penyertaan, pengangkutan bot dan perkhidmatan
pemandu pelancong.
Jadual program bermalam di muzium: -
2.00 petang: Daftar masuk di Hotel Naza, Melaka
7.30 malam: Taldimat oleh pemandu lawatan
8.00 malam: Bergerak ke Taman Rempah
8.15 malam: Mengikuti River Cruise
9.00 malam: Turun di Jeti Padang Nyiru
9.15 malam: Mengikud lawatan persisir sungai
10.00 malam: Lawatan di Muzium Samudera bersama pemandu pelancong
10.30 malam: Makan lewat malam dan aktiviti bermalam
11