Post on 26-Dec-2019
TEKS UCAPAN
YAA DATO‟ HAJI MUKHYUDDIN BIN HAJI IBRAHIM
KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE
JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA
SEMPENA
WACANA KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM
TAHUN 2019
BERTEMPAT
DEWAN UTAMA
KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
PUTRAJAYA
PADA
12 FEBRUARI 2019 (SELASA)
TEKS UCAPAN YAA DATO‟ HAJI MUKHYUDDIN BIN HAJI IBRAHIM WACANA KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM TAHUN 2019
1
يل ىل مل خل ٱ
السالم عليكم ورحمة اهلل وبركاته
...هلل راب اللعاالاميلن االل امل د
راف اللمدرلساليلن ...واالصالاةد واالسالامد عالاى ااشل
ماعيلن ابه ااجل ...واعالاى آله واااصل ا
Yang dihormati Saudara/Saudari Pengacara Majlis
YA Dato‟/Datuk/Tuan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM
YAA Dato‟ Seri/Datuk-Dato‟ Ketua Hakim Syarie Negeri-Negeri
YBrs. Puan Ketua Pendaftar JKSM
YBhg. Dato‟ Pakar Rujuk JKSM
Yang dikasihi Ketua Pendakwa Syarie Wilayah
Persekutuan/Pegawai-Pegawai Syariah Kanan di Jabatan
Peguam Negara, Jabatan Bantuan Guaman dan JKSM.
Yang Arif Hakim-hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Hakim-
Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Ketua-Ketua Pendaftar
Negeri-Negeri, Ketua Pendakwa Syarie Negeri-Negeri,
TEKS UCAPAN YAA DATO‟ HAJI MUKHYUDDIN BIN HAJI IBRAHIM WACANA KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM TAHUN 2019
2
Pegawai-Pegawai Sulh, Pegawai-Pegawai Penyelidik,
Peguam-Peguam Syarie Jabatan Bantuan Guaman, Pegawai-
Pegawai Syariah Jabatan Peguam Negara, Penolong
Penasihat Undang-Undang Syariah Negeri-Negeri, Pegawai-
Pegawai Syariah Kader dari pelbagai Jabatan dan tidak lupa
juga Pegawai-Pegawai Syariah dari JKSM, tuan-tuan dan
puan-puan yang dihormati sekalian
1. PENDAHULUAN
1.1. Saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah ,
selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad , ahli
keluarga dan para sahabat baginda, dengan rahmat dan keizinan-
Nya, sekali lagi kita dapat bertemu dalam majlis Wacana Ketua
Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah
Malaysia bagi tahun 2019 ini. Selamat datang dan terima kasih
saya ucapkan kepada delegasi Pegawai-Pegawai Syariah dari
seluruh Malaysia, kerana sudi melapangkan masa dalam
kesibukan tugasan harian bagi mendengar amanat yang akan
saya sampaikan. Tujuan amanat ini tidak lain dan tidak bukan
bagi mewujudkan kesatuan fikrah para Pegawai Syariah dan
memastikan gerak kerja Jabatan Kehakiman Syariah Negeri/
Mahkamah Syariah Negeri bergerak seiring dengan hala tuju
yang akan saya gariskan.
TEKS UCAPAN YAA DATO‟ HAJI MUKHYUDDIN BIN HAJI IBRAHIM WACANA KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM TAHUN 2019
3
2. STATUS PELAKSANAAN HALA TUJU KETUA PENGARAH /
KETUA HAKIM SYARIE TAHUN 2018
2.1. Sebelum saya meneruskan kepada hala tuju tahun 2019, saya
ingin menyingkap kembali lapan (8) hala tuju yang telah saya
gariskan pada tahun 2018. Tahun 2018 telah menyaksikan
perubahan landskap politik negara selepas Pilihanraya Umum ke-
14 pada Mei 2018 di mana pertukaran kerajaan telah berlaku.
Perubahan ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada
pentadbiran JKSM di mana terdapat perubahan-perubahan
dasar yang telah digariskan oleh Kerajaan Pakatan Harapan,
terutama yang berkaitan dengan Agama Islam umumya, dan
Mahkamah Syariah khususnya.
3. HALA TUJU PERTAMA: MEMARTABATKAN SISTEM
KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN SYARIAH
3.1. Hala tuju pertama iaitu memartabatkan sistem kehakiman dan
perundangan syariah, Kluster Pengurusan dan Penstrukturan
Mahkamah Syariah di bawah Jawatankuasa Pemandu
Memperkasakan Mahkamah Syariah telah digerakkan seperti
mana yang telah diarahkan oleh Mantan YB Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, YB Mejar Jeneral Dato‟ Seri Jamil Khir Bin
Baharom. Keanggotaan kluster ini yang terdiri daripada pakar-
pakar dalam pelbagai bidang melengkapi jawatankuasa ini untuk
menggembleng tenaga mengeluarkan idea-idea bernas bagi
memperkasakan institusi Kehakiman Syariah di Malaysia.
TEKS UCAPAN YAA DATO‟ HAJI MUKHYUDDIN BIN HAJI IBRAHIM WACANA KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM TAHUN 2019
4
3.2. Walau bagaimanapun, perubahan kerajaan telah menyaksikan
kluster-kluster yang telah diwujudkan tidak lagi diteruskan.
Usaha bagi memartabatkan sistem kehakiman dan perundangan
Syariah tidak terhenti dengan perubahan ini. Agenda-agenda yang
telah digariskan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri, di
bawah kerajaan yang baru akan terus disokong dan dilaksanakan
bagi memperkasakan perundangan dan kehakiman syariah
melalui reformasi pentadbiran kehakiman, penggubalan undang-
undang dan peningkatan profesionalisme Hakim-Hakim Syarie.
3.3. Dalam hala tuju yang pertama ini juga saya telah menyatakan
untuk lebih proaktif mendepani isu-isu yang berbangkit dan
menyentuh secara langsung sistem kehakiman syariah di
Negara kita. Oleh itu, berhubung dengan keputusan
Mahkamah Persekutuan yang telah mengejutkan kita semua,
iaitu kes pembatalan penukaran agama tiga anak M. Indira
Gandhi, satu jawatankuasa telah dibentuk bagi mengkaji dan
membincangkan pindaan undang-undang berhubung
pemelukan agama anak. JKSM di samping Jabatan Peguam
Negara dan JAKIM turut terlibat secara langsung dengan
memberikan input dan pandangan dalam memastikan isu ini dapat
diselesaikan secara tuntas.
3.4. Seterusnya dalam hala tuju pertama yang telah saya gariskan
dalam wacana pada tahun lepas, saya juga telah berjanji untuk
memperhebatkan semula perjanjian guna sama persekutuan
antara JKSM dengan negeri-negeri yang menandatanganinya
iaitu antaranya untuk saya mengunjungi YB Setiausaha-
Setiausaha Kerajaan Negeri, Majlis-Majlis Agama Islam Negeri
TEKS UCAPAN YAA DATO‟ HAJI MUKHYUDDIN BIN HAJI IBRAHIM WACANA KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM TAHUN 2019
5
dan Istana negeri dalam usaha untuk terus mengeratkan
hubungan antara persekutuan dan negeri. Alhamdulillah, pada
tahun 2018, saya berkesempatan melaksanakan kunjungan
hormat kepada YB Setiausaha Kerajaan Negeri bagi Sabah,
Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Perlis bagi memberikan
penjelasan dan membincangkan isu-isu berhubung penempatan
Pegawai-Pegawai Syariah di negeri-negeri tersebut. Kunjungan
hormat ini akan saya teruskan pada tahun 2019 kepada semua
YB Setiausaha Kerajaan negeri-negeri guna sama supaya isu
ini dapat diselesaikan secara harmoni demi menjaga hubungan
baik di antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
YANG ARIF DATO‟-DATUK, YANG AMAT ARIF DATO' SERI,
DATUK-DATO‟, TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI
SEKALIAN
4. HALA TUJU KEDUA: MENTASQIFKAN (PROSES
MEINTELEKTUALKAN) PEGAWAI SYARIAH MELALUI
PENGUASAAN ILMU SECARA BERTERUSAN
4.1. Bagi hala tuju kedua yang telah saya gariskan iaitu mentasqifkan
pegawai syariah melalui penguasaan ilmu secara berterusan,
JKSM melalui Bahagian Latihan telah menyusun dan
melaksanakan program-program latihan. Antaranya ialah
Program Tafaquh Hukkam di setiap zon seluruh negara, Kursus
Istinbat Hukum, Pembacaan Kitab Fathul Muin dan program
pemantapan Hukum Syarak. Program-program yang disusun dan
dilaksanakan di setiap peringkat Pegawai Syariah serta melibatkan
TEKS UCAPAN YAA DATO‟ HAJI MUKHYUDDIN BIN HAJI IBRAHIM WACANA KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM TAHUN 2019
6
para Hakim Syarie, Pendakwa Syarie, Pegawai-Pegawai Sulh dan
juga Peguam Syarie di Jabatan Bantuan Guaman.
4.2. Seterusnya, Bahagian Dasar dan Penyelidikan JKSM turut
mengatur program bagi melengkapi agenda penguasaan ilmu
dalam kalangan Pegawai Syariah dengan menganjurkan
Program Halaqah Tanweer an-Nusus as-Syar‟iyyah yang telah
dilaksanakan sebanyak tiga kali pada tahun lepas.
4.3. Demi meningkatkan profesionalisme Pegawai Syariah melalui
penguasaan ilmu pengetahuan, saya amat menekankan supaya
program-program latihan seperti ini diberi perhatian dan agenda ini
akan diteruskan seperti mana yang telah ditegaskan oleh YB
Menteri di JPM.
4.4. Saya juga mengakui terdapat keperluan rujukan khusus bagi
para Pegawai Syariah melaksanakan tugasan mereka.
Suhubungan itu, terjemahan kitab-kitab arab ke Bahasa
Melayu moden giat dijalankan oleh JKSM melalui Bahagian
Dasar dan Penyelidikan (BDP). Bagi memastikan terjemahan
yang dibuat adalah berkualiti, pakar-pakar dari Universiti Sains
Islam Malaysia (USIM) turut dilibatkan dalam usaha ini.
4.5. Antara usaha yang telah berjaya dilaksanakan ialah Multaqa Akbar
Pentashihan dan Penterjemahan Kitab yang bertajuk “Al-Hukmu Bi
Isbatinnasab Aw Nafyihi Bil Basmati Al-Warosiyyah”. Ia telah
diadakan sebanyak 4 kali pada tahun 2018 dan telah berjaya
disiapkan penterjemahannya. Ini juga adalah termasuk dalam
usaha JKSM untuk mentasqifkan (proses meintelektualkan)
TEKS UCAPAN YAA DATO‟ HAJI MUKHYUDDIN BIN HAJI IBRAHIM WACANA KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM TAHUN 2019
7
pegawai syariah melalui penguasaan ilmu secara berterusan.
Suka saya memetik firman Allah dalam surah Az-Zumar ayat 9
untuk peringatan buat kita bersama.
٩: الزمر مكجل لك خك حك جك مق حق مف ٱ
Yang bermaksud: Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang
mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?".
Semoga ayat ini menjadi pemangkin semangat buat kita semua
dalam menimba ilmu pengetahuan tanpa mengenal erti jemu
mahupun penat lelah.
YANG ARIF DATO‟-DATUK, YANG AMAT ARIF DATO' SERI,
DATUK-DATO‟, TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI
SEKALIAN
5. HALA TUJU KETIGA: MENGAMALKAN BUDAYA KERJA
BERINTEGRITI DAN BERAKAUNTABILITI DALAM AMALAN
KERJA SEHARIAN
5.1. Unit Integriti JKSM telah memainkan peranan penting dalam
melaksanakan hala tuju ketiga iaitu mengamalkan budaya kerja
berintegriti dan berakauntabiliti dalam amalan kerja seharian.
Selaras dengan dasar kerajaan yang menitik beratkan
pembudayaan integriti dalam kalangan penjawat awam, Unit
Integriti telah dan akan mengadakan Program Pemantapan
Integriti dan program-program berkaitan di setiap JKSN/MSN
dalam usaha membudayakan integriti dalam kalangan warga
kerja JKSN/MSN. Saya selaku Ketua Perkhidmatan, tidak akan
berkompromi dengan mana-mana Pegawai Syariah yang terlibat
TEKS UCAPAN YAA DATO‟ HAJI MUKHYUDDIN BIN HAJI IBRAHIM WACANA KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM TAHUN 2019
8
dengan apa-apa perkara yang menyalahi undang-undang negara
atau mana-mana peraturan yang berkuat kuasa demi menjaga
imej dan nama baik perkhidmatan.
5.2. Allah telah berfirman dalam surah An-Nisa‟ ayat 58 yang
berbunyi:
خضمض حض مصجض خص حص مس خس حس جس مخ جخ مح جح مج حج ٱ
٥٨: النساء مق حق مف خف حف جف جغمغ مع جع مظ حط
Yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya
menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak
menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara
manusia, maka hendaklah kamu menghukum dengan adil”.
5.3. Saya suka untuk mengulangi sekali lagi dengan apa yang telah
saya nyatakan pada Wacana tahun 2018, iaitu peri pentingnya
menjaga sakhsiyyah atau keperibadian kita sebagai Pegawai-
Pegawai Syariah terutama sekali bagi mereka yang menjawat
jawatan Hakim Syarie. Kita perlu menjaga profesionalime kita
secara ketat dan penuh berdisplin agar kita sentiasa dan dilihat
adil dalam menjalankan tugas kita sebagai Hakim Syarie. Jauhi diri
kita daripada bergaul rapat dengan para peguam syarie dan
pelanggan-pelanggan mahkamah syariah kecualilah dalam
keadaan yang tidak mencurigai dan hanya di dalam majlis-majlis
rasmi sahaja. Adab-adab Qadi yang tertulis di dalam kitab-kitab
muktabar yang telah pun kita adaptasi di dalam Etika Hakim
TEKS UCAPAN YAA DATO‟ HAJI MUKHYUDDIN BIN HAJI IBRAHIM WACANA KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM TAHUN 2019
9
Syarie yang kita baca setiap hari perlulah diamalkan sebaik-
baiknya.
YANG ARIF DATO‟-DATUK, YANG AMAT ARIF DATO' SERI,
DATUK-DATO‟, TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI
SEKALIAN
6. HALA TUJU KEEMPAT: MENINGKATKAN „ALAQAH DAN
KERJASAMA STRATEGIK DENGAN AGENSI-AGENSI
PERSEKUTUAN DAN NEGERI
6.1. Setelah diberi tanggungjawab untuk mengemudi jabatan ini, saya
mengimpikan untuk meningkatkan martabat Sistem Kehakiman
dan Perundangan Syariah di Malaysia. Dengan itu, saya telah
menggariskan hala tuju keempat iaitu, meningkatkan „alaqah dan
kerjasama strategik dengan agensi-agensi persekutuan dan
negeri. JKSM melalui Bahagian Latihan dan Bahagian Dasar
dan Penyelidikan (BDP) telah menyahut seruan saya dengan
menjalinkan kerjasama dengan Universiti Sains Islam
Malaysia (USIM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
(UTHM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti
Teknologi Malaysia (UTM).
6.2. Menyentuh perkara ini, pada Persidangan Pegawai Syariah Se
Malaysia kali yang Ke-17 pada 23 Oktober 2018, Memorandum
Persefahaman di antara JKSM dengan pihak USIM dan UTHM
telah pun ditandatangani bagi menyatakan hasrat dan komitmen
jabatan dalam usaha-usaha meningkatkan kemajuan kerjaya
pegawai Syariah dan sekaligus memartabatkan sistem
TEKS UCAPAN YAA DATO‟ HAJI MUKHYUDDIN BIN HAJI IBRAHIM WACANA KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM TAHUN 2019
10
perundangan dan kehakiman Syariah. Objektif jalinan kerjasama
ini adalah antaranya untuk pembangunan modul pengajian di
peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah bagi Pegawai Syariah serta
latihan-latihan kepada Pegawai Syariah khususnya kepada Hakim-
Hakim Syarie. Hasilnya, pada tahun 2018, seramai DUA (2)
Pegawai Syariah telah mendaftar untuk melanjutkan pelajaran
pada peringkat Sarjana dan SEORANG (1) pada peringkat Doktor
Falsafah dalam pelbagai bidang yang menyangkut profesionalisme
perundangan dan kehakiman syariah.
6.3. Selain itu, pakar-pakar daripada universiti awam juga dipanggil
bagi membantu dalam penterjemahan nas syarak, pelaksanaan
kajian-kajian seperti Prosedur Operasi Standard (SOP)
Pernikahan Bawah Umur di Mahkamah Syariah Seluruh Malaysia
dan juga sebagai penasihat atau fasilitator kajian-kajian di JKSM.
Hasil daripada “alaqah” ini “Prosedur Operasi Standard (SOP)
Pernikahan Bawah Umur Di Mahkamah Syariah Seluruh
Malaysia” telah berjaya disiapkan dan telah dilaksanakan oleh
beberapa buah negeri. Begitu juga dengan Arahan Amalan
berhubung dengan “Pengurusan Digital/Elektronik Di
Mahkamah Syariah” juga telah berjaya dibangunkan pada tahun
2018.
6.4. Bahagian Sokongan Keluarga juga dalam meningkatkan mutu
perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan, turut menjalinkan
kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (SKMM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
(LHDNM) dalam aspek pengesanan maklumat penghutang
penghakiman, bagi memastikan kelancaran proses
TEKS UCAPAN YAA DATO‟ HAJI MUKHYUDDIN BIN HAJI IBRAHIM WACANA KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM TAHUN 2019
11
penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah. Selain itu,
BSK juga giat mempromosikan perkhidmatan kepada golongan
sasar seperti Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan
Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) melalui program-program
anjuran bersama. Saya berharap supaya usaha-usaha ini akan
membuahkan hasil di mana akhirnya, martabat perundangan dan
kehakiman syariah dapat ditingkatkan.
YANG ARIF DATO‟-DATUK, YANG AMAT ARIF DATO' SERI,
DATUK-DATO‟, TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI
SEKALIAN
7. HALA TUJU KELIMA: MENYEMARAKKAN BUDAYA INOVASI
DAN KREATIVITI
7.1. Suka saya jelaskan di sini, berhubung dengan hala tuju yang
kelima iaitu menyemarakkan budaya inovasi dan kreativiti, JKSM
sentiasa menyokong dan mendorong anggota kerja
JKSM/JKSN/MSN untuk sentiasa menyemarakkan dan mendepani
proses mewujudkan inovasi-inovasi baru di jabatan masing-
masing walaupun kerajaan baru sekarang masih belum
menggerakkan semula budaya inovasi dan kreativiti secara aktif
kerana lebih memberi tumpuan kepada perkara yang lebih utama
iaitu pengukuhan integriti anggota perkhidmatan awam dan
pemulihan semula ekonomi Negara.
7.2. Di sini saya mengambil kesempatan mengucapkan TAHNIAH
kepada semua JKSN/MSN amnya dan khasnya kepada Jabatan
Kehakiman Syariah Terengganu, Jabatan Kehakiman Syariah
TEKS UCAPAN YAA DATO‟ HAJI MUKHYUDDIN BIN HAJI IBRAHIM WACANA KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM TAHUN 2019
12
Negeri Pulau Pinang, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri
Sabah, Jabatan kehakiman Syariah Negeri Kedah, Jabatan
Kehakiman Syariah Negeri Selangor, Jabatan Kehakiman
Syariah Negeri Kelantan dan Mahkamah Syariah Negeri
Melaka yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam
program-program inovasi dengan penyertaan dan kejayaan yang
telah diraih pada tahun 2018. JKSM menyokong penuh usaha
JKSN/MSN negeri-negeri dalam sebarang program inovasi dan
berharap pencapaian terbaik akan diteruskan pada masa-masa
akan datang.
YANG ARIF DATO‟-DATUK, YANG AMAT ARIF DATO' SERI,
DATUK-DATO‟, TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI
SEKALIAN
8. HALA TUJU KEENAM: KEBAJIKAN DAN KEMAJUAN
KERJAYA
8.1. Selaku Ketua Perkhidmatan Skim Pegawai Syariah, saya sentiasa
mengambil berat akan kebajikan dan kemajuan kerjaya para
Pegawai Syariah bagi memastikan tuan-tuan dan puan-puan tidak
akan terlepas peluang sekiranya telah memenuhi syarat
kelayakan. Sehubungan itu, saya telah menggariskan hala tuju
bagi menjaga kebajikan dan kemajuan kerjaya para Pegawai
Syariah. Setiap perakuan kenaikan pangkat Pegawai Syariah akan
diperhalusi oleh Jawatankuasa Panel Pembangunan Sumber
Manusia, manakala bagi kumpulan pelaksana, Lembaga Kenaikan
Pangkat Perkhidmatan Awam Kumpulan Pelaksana akan
mengambil peranan yang dipengerusikan oleh saya sendiri.
TEKS UCAPAN YAA DATO‟ HAJI MUKHYUDDIN BIN HAJI IBRAHIM WACANA KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM TAHUN 2019
13
8.2. Adalah diingatkan bahawa, pelaksanaan kenaikan pangkat sama
ada bagi pegawai mahupun kumpulan pelaksana adalah dibuat
berdasarkan kekosongan jawatan sedia ada dan bukan secara
sembrono. Bagi tahun 2018, seramai 22 orang telah diperakukan
kenaikan pangkat oleh Jawatankuasa dan Lembaga, daripada
Gred LS22 sehinggalah ke Gred Utama A, manakala seramai 58
orang telah ditawarkan pemangkuan ke Gred jawatan yang lebih
tinggi dari Gred LS28 sehinggalah ke Gred Utama B.
8.3. Kelab-kelab Kebajikan yang dinaungi oleh JKSM/JKSN/MSN di
setiap negeri yang mana Ketua Hakim Syarienya menjadi
penasihat kepada kelab-kelab tersebut, sentiasa cakna dan
mengambil peduli akan hal ehwal kebajikan warga kerja masing-
masing. Begitu juga dengan Persatuan Pegawai Syariah Malaysia
(PPSM) yang menaungi seluruh pegawai syariah di Negara ini.
Warga kerja jabatan yang kurang bernasib baik,diberi perhatian
dan seboleh mungkin dibantu dari segala sudut bagi meringankan
beban yang ditanggung. Program-program seperti Tanggungjawab
Sosial Korporat atau CSR turut dilaksanakan oleh PPSM dan
kelab-kelab kebajikan JKSM/JKSN/MSN sebagai salah satu
sumbangan semula kepada masyarakat di samping mendidik
masyarakat akan fungsi penting yang dimainkan oleh Mahkamah
Syariah. Usaha-usaha seperti ini hendaklah diteruskan pada
masa-masa hadapan dan diberi sokongan sepenuhnya. Oleh itu,
Presiden atau pengerusi Kelab-kelab Kebajikan dan Sukan
JKSM/JKSN/MSN perlulah sentiasa menggembleng tenaga
bersama Jabatan masing-masing dalam usaha menjaga kebajikan
warga kerja jabatan.
TEKS UCAPAN YAA DATO‟ HAJI MUKHYUDDIN BIN HAJI IBRAHIM WACANA KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM TAHUN 2019
14
YANG ARIF DATO‟-DATUK, YANG AMAT ARIF DATO' SERI,
DATUK-DATO‟, TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI
SEKALIAN
9. HALA TUJU KETUJUH: MENGAMBIL ISTIFADAH DARIPADA
APLIKASI E-SYARIAH
9.1. Saya telah menekankan peri pentingnya menambahkan
pengetahuan dalam bidang statistik memandangkan terdapat
keperluan yang mendesak dalam mendapatkan statistik yang tepat
bagi mengukur pencapaian dan prestasi jabatan kita. Bagi
mencapai hala tuju ini, JKSM melalui Bahagian Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (BTMK), telah menggerakkan latihan
aplikasi SPKMS (Business Intelligence) kepada semua ICT negeri.
9.2. Projek e-Syariah versi 3 yang masih di peringkat
pembangunan juga turut menekankan keperluan bagi
mendapatkan statistik melalui modul Business Intelligence
yang lebih mesra pengguna serta lebih efektif. Saya juga
mengharapkan, sistem e-Syariah versi 3 yang akan disiapkan
kelak, digunakan secara optimum oleh warga kerja
JKSM/JKSN/MSN bagi memastikan peruntukan yang dibelanjakan
bagi pembangunan sistem ini mendapat pulangan dari segi
perkhidmatan yang lebih pantas dan efisyen kepada pelanggan
mahkamah, memudahkan proses kerja dan sekaligus imej
Mahkamah Syariah dapat ditingkatkan.
9.3. Saya juga menyeru kepada semua pentadbir di JKSM/JKSN/MSN
supaya meningkatkan kemahiran dalam penggunaaan teknologi
TEKS UCAPAN YAA DATO‟ HAJI MUKHYUDDIN BIN HAJI IBRAHIM WACANA KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM TAHUN 2019
15
terkini di dalam kerja kita seharian supaya kita tidak ketinggalan di
dalam arus perdana teknologi maklumat.
9.4. Kini dunia berdepan dengan era besar Revolusi Perindustrian
Keempat (4IR). Kehadiran 4IR menekankan pembinaan teknologi
realiti maya tanpa banyak menggunakan tenaga manusia dan
pasti memberi kesan terhadap kehidupan dan cara kerja. Revolusi
ini dikenali dengan kemunculan seperti super komputer, robot
pintar, kenderaan tanpa pengemudi dan perkembangan
neuroteknologi. Sektor awam juga tidak terkecuali dan turut
terkesan dengan tamparan hebat Revolusi Perindustrian Keempat
ini. Namun, mampukah kita mendepaninya? Selain meningkatkan
pengetahuan, Pegawai Syariah perlulah melengkapkan diri
dengan keupayaan dan kemahiran yang tinggi agar kekal relevan
dan signifikan seiring dengan gelombang arus teknologi yang
semakin sukar diduga terutama sekali dengan kehadiran 4IR ini.
YANG ARIF DATO‟-DATUK, YANG AMAT ARIF DATO' SERI,
DATUK-DATO‟, TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI
SEKALIAN
10. HALA TUJU KELAPAN: MEMPERKASAKAN
PROFESSIONALISME WANITA DALAM INSTITUSI
KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN SYARIAH
10.1. Sepanjang menakhodai jabatan ini, saya tidak pernah
mendiskriminasi Pegawai Syariah wanita baik dari segi peluang
dan peningkatan kerjaya. Saya telah mengaturkan perjumpaan
dengan Pegawai Syariah wanita pada tahun lepas dan
TEKS UCAPAN YAA DATO‟ HAJI MUKHYUDDIN BIN HAJI IBRAHIM WACANA KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM TAHUN 2019
16
memberikan pandangan berhubung hala tuju yang telah saya
gariskan. Saya tegaskan sekali lagi, peluang di antara pegawai
Syariah lelaki dan wanita tidak pernah dibezakan, tetapi
bergantung kepada dasar yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.
10.2. JKSM turut mendokong hasrat dan dasar kerajaan yang telah
mensasarkan 30% wanita di peringkat pembuat keputusan baik di
sektor awam mahu pun swasta. Saya turut mengharapkan dasar
ini akan menjadi pertimbangan dalam proses kenaikan pangkat
yang akan dilaksanakan di JKSM atau di JKSN/MSN.
10.3. Saya menyeru pentadbir-pentadbir JKSN/MSN agar turut
mendokong dasar kerajaan dalam pelantikan pegawai wanita di
peringkat pembuat keputusan. Mereka seharusnya diberi peluang
untuk menunjukkan bakat mereka di dalam apa jua bidang yang
diceburi tanpa ada rasa perbezaan jantina.
YANG ARIF DATO‟-DATUK, YANG AMAT ARIF DATO' SERI,
DATUK-DATO‟, TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI
SEKALIAN
11. HALA TUJU PERTAMA TAHUN 2019: MENDOKONG
WAWASAN MENTERI DI JPM (HAL EHWAL AGAMA)
11.1. Firman Allah dalam Surah Al-Anbiya‟ Ayat 107:
١٠٧: األنبياء مل يك ىك مك لك اك ٱ
TEKS UCAPAN YAA DATO‟ HAJI MUKHYUDDIN BIN HAJI IBRAHIM WACANA KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM TAHUN 2019
17
11.2. Semenjak YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga
Hal Ehwal Agama, Dato‟ Seri Dr. Mujahid Bin Yusof dilantik
sebagai menteri, beliau telah mengutarakan prinsip utama
pengurusan hal ehwal Islam melalui pendekatan Rahmatan Lil
Alamin yang bersendikan Maqasid Syariah dan dengan harapan
akan melahirkan model Malaysia sebagai dasar serta hala tuju
Malaysia Baharu. Ia bukanlah satu ajaran dan fahaman baru.
Bahkan ia merupakan kesegaran kepada risalah Islam yang
syumul. JKSM akan mendokong serta menyokong sepenuhnya
prinsip utama pengurusan hal ehwal Islam yang telah menjadi
dasar kepada pentadbiran baru kerajaan sekarang ini.
11.3. Wawasan Menteri ini selari dengan Visi Agensi-Agensi Agama
yang telah diputuskan oleh beliau sendiri iaitu “Menjadikan
Malaysia Sebagai Model Pentadbiran Islam Terunggul Yang
Progresif dan Inklusif Menjelang 2025”. Oleh itu, segala kerja
buat kita baik di peringkat JKSM atau JKSN/MSN, hendaklah
berteraskan kepada visi ini sehingga ke tahun 2025. Pelaksanaan
semua program dan aktiviti yang bakal dirangka dan dilaksanakan
mulai tahun 2019 hendaklah mengambil kira dan berteraskan tiga
item utama falsafah pentadbiran dan pengurusan Islam iaitu
Rahmatan lil ‘alamin, yang dirangkum dalam kerangka Maqasid
Syariah dan diterjemahkan melalui Model Malaysia yang saya
sebutkan tadi.
11.4. Manakala misi yang telah digariskan pula oleh YB Menteri untuk
mencapai visi yang telah ditetapkan tersebut ialah “Menerajui
Pengurusan Komprehensif Umat Islam Bersendikan Maqasid
TEKS UCAPAN YAA DATO‟ HAJI MUKHYUDDIN BIN HAJI IBRAHIM WACANA KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM TAHUN 2019
18
Syariah Dalam Mencapai Cita-Cita Malaysia Baru Melalui
Gagasan Rahmatan Lil Alamin”.
11.5. Justeru, semua agensi termasuklah juga JKSM dan semua
JKSN/MSN sewajarnya tidak bergerak secara solo, bersendirian
dan terkurung dalam kelompok tersendiri di dalam melaksanakan
gerak kerja seharian. Malahan perlu bergerak dan meneroka
secara bersama sebagai satu pasukan kerja yang pro aktif dan
mantap sesuai dengan bidang kepakaran masing-masing.
Kerjasama perlu dibentuk dalam penganjuran program/aktiviti
supaya tidak berlaku pertindihan mengikut keutamaan fungsi serta
mengamalkan perbelanjaan secara berhemah beradasarkan
Pekeliling Perbendaharaan 3.1 yang sedang berkuat kuasa.
11.6. Selain daripada itu, Hala Tuju Pentadbiran Hal Ehwal Agama
Islam telah digariskan oleh Menteri kita kepada 7 Kluster yang
melibatkan secara langsung JKSM dan JKSN/MSN seluruhnya
iaitu termasuk di dalam Kluster yang pertama yang dinamakan
sebagai Kluster Perundangan dan Kehakiman. Kluster ini
bertujuan untuk “Memperkasakan Perundangan dan
Kehakiman Syariah melalui reformasi berterusan pentadbiran
kehakiman, penggubalan undang-undang dan peningkatan
profesionalisme hakim-hakim syarie”. Di samping itu telah
ditetapkan juga teras strategik kluster iaitu “Memperkasakan
perundangan dan kehakiman Syariah ke arah pelaksanaan
undang-undang Syariah yang lebih berhikmah”. Manakala KPI
atau Keberhasilan Utama yang telah ditetapkan kepada Kluster ini
yang semestinya dicapai pada akhir visi nanti, oleh kita sebagai
pendokong-pendokong utama kluster ini ialah untuk
TEKS UCAPAN YAA DATO‟ HAJI MUKHYUDDIN BIN HAJI IBRAHIM WACANA KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM TAHUN 2019
19
“Mewujudkan model institusi kehakiman Syariah yang bebas,
bertaraf dunia dan dihormati”.
11.7. Seterusnya beberapa strategi telah ditetapkan untuk kita
laksanakan di bawah Kluster Perundangan dan Kehakiman
Syariah yang melibatkan institusi kita secara langsung iaitu:
- Meningkatkan ketelusan fungsi penguatkuasaan dan
pendakwaan;
- Meningkatkan kecekapan pengendalian dan penyelesaian kes;
- Memperkasa institusi kehakiman Syariah;
- Menaiktaraf hierarki Mahkamah Syariah;
- Menyelaras pelaksanaan undang-undang Islam; dan
- Menggubal model undang-undang utama/undang-undang
subsidiari.
11.8. Semua strategi yang telah digariskan tersebut memerlukan
komitmen kerja yang tinggi dan berterusan daripada kita untuk
dilaksanakan dengan jayanya dalam masa 5 tahun mendatang ini.
Ini adalah merupakan cabaran yang amat besar kepada kita
semua untuk mencapainya. Kita perlu bergerak dari sekarang
tanpa menoleh lagi ke belakang. Kita perlu bekerjasama baik di
peringkat persekutuan mahupun negeri untuk mencapai KPI yang
telah ditetapkan ini. Masa yang ada kepada kita hanyalah selama
5 tahun bermula dari tahun 2019 sehingga 2025.
11.9. Oleh itu, saya menyeru kepada semua Pegawai Syariah dan
pegawai pelaksana untuk bekerja dengan lebih tekun, dedikasi
dan penuh berintegriti untuk merealisasikan pencapaian visi, misi
TEKS UCAPAN YAA DATO‟ HAJI MUKHYUDDIN BIN HAJI IBRAHIM WACANA KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM TAHUN 2019
20
dan KPI yang telah ditetapkan oleh YB Menteri. Sentiasalah
berusaha semaksimum mungkin dan di luar dari kemampuan
biasa, maka hasilnya juga pasti luar biasa.
YANG ARIF DATO‟-DATUK, YANG AMAT ARIF DATO' SERI,
DATUK-DATO‟, TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI
SEKALIAN
12. HALA TUJU KEDUA: MEREMAJAKAN STRUKTUR
PERJAWATAN JKSM
12.1. Selari dengan usia penubuhan JKSM yang telah pun mencecah 2
dekad pada 2018 yang lalu, pihak pengurusan JKSM berhasrat
untuk meremajakan struktur perjawatan JKSM dalam usaha
untuk menjadikan JKSM sebagai sebuah agensi yang mampan
dan berdinamik. Hal ini selaras dengan hasrat pemerkasaan
mahkamah syariah yang telah lama dibincangkan sebelum ini
kerana JKSM nanti akan menjadi tonggak kepada JKSN/MSN di
dalam menerajui usaha pemerkasaan mahkamah syariah.
Menyedari akan hakikat ekonomi semasa dan kekangan sumber
kewangan negara, cadangan meremajakan JKSM ini perlu dibuat
dengan perancangan yang teliti, sistematik dan berperingkat.
12.2. Sebagai usaha awal, JKSM bercadang untuk memantapkan
sektor dasar perundangan dan kehakiman JKSM. Pemantapan
sektor dasar perundangan dan kehakiman ini menyasarkan lebih
banyak agenda perancangan dan penyelidikan dasar utama
Jabatan dilaksanakan. Dengan cara ini, pelbagai pembaharuan
(reformasi), transformasi perkhidmatan dan peningkatan
TEKS UCAPAN YAA DATO‟ HAJI MUKHYUDDIN BIN HAJI IBRAHIM WACANA KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM TAHUN 2019
21
tahap penyampaian perkhidmatan dapat ditawarkan kepada
stakeholders dan pelanggan yang terdiri daripada JKSN/MSN
seluruh Malaysia. Fasa awal ini juga akan memperlihatkan strategi
JKSM untuk meremajakan struktur perjawatan sedia ada tanpa
sebarang implikasi kos seperti pertambahan bilangan jawatan
atau menaik taraf gred jawatan. Konsep redeployment dan trade
off akan dilaksanakan dalam perbincangan idea peremajaan
struktur ini di samping elemen multitasking dan multiskilling
dalam kalangan warga kerjanya. Apa yang penting, elemen
latihan dan pembangunan kompetensi perlulah dibangunkan
dan direncanakan secara komprehensif bagi menyokong usaha
ini.
12.3. Setiap lapisan pegawai di JKSM juga perlulah sentiasa bersiap
sedia untuk mendepani cabaran globalisasi, keluar dari
kepompong atau zon selesa masing-masing dan meneroka bidang
tugas baharu. Golongan tokoh pemikir atau think tank perlu
diwujudkan bagi menyokong idea meremajakan struktur
perjawatan JKSM ini. Jika tidak, akan timbul masalah
ketidakseimbangan (imbalance) antara struktur perjawatan dengan
tenaga sumber manusia yang ada jika yang kekal “remaja”
hanyalah struktur organisasi semata-mata sedangkan penghuni
dalam organisasi tersebut terus dimamah usia dari aspek
rohaniah, spiritual, jasmaniah dan intelektualnya.
TEKS UCAPAN YAA DATO‟ HAJI MUKHYUDDIN BIN HAJI IBRAHIM WACANA KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM TAHUN 2019
22
YANG ARIF DATO‟-DATUK, YANG AMAT ARIF DATO' SERI,
DATUK-DATO‟, TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI
SEKALIAN
13. HALA TUJU KETIGA: MENGANTARABANGSAKAN ATAU
MENGGLOBALISASIKAN JKSM/JKSN/MSN
13.1. Dunia hari ini berdepan dengan pelbagai perkembangan pesat
baik dari sudut positif dan negatif. Perkembangan pesat ini
pastinya memerlukan juga sumbangan dari kita, warga JKSM
untuk bergerak seiring sejalan dengan dunia luar. Oleh yang
demikian, JKSM akan mula mengorak langkah ke arah
mengglobalisasikan JKSM selaras dengan visi baharu agensi-
agensi agama yang telah ditetapkan oleh YB Menteri di Jabatan
Perdana Menteri iaitu Menjadikan Malaysia sebagai Model
Pentadbiran Islam Terunggul yang Progresif dan Inklusif
Menjelang 2025.
13.2. Bagi mencapai maksud ini, JKSM bercadang untuk mewujudkan
Bahagian Pembangunan Dasar dan Hal Ehwal Antarabangsa
bagi meneliti dan mengkaji semua keperluan ke arah
mengglobalisasikan JKSM hingga ke peringkat antarabangsa.
Antara usaha awal yang boleh dilaksanakan oleh Bahagian ini
kelak adalah dengan mewujudkan dan memperkukuhkan
hubungan bilateral dan multilateral dengan negara/pihak luar yang
mempunyai perkaitan dalam bidang perundangan dan kehakiman
syariah. Selain daripada itu, Bahagian Pembangunan Dasar dan
Hal Ehwal Antarabangsa ini juga boleh memainkan peranan
mencari peluang dan ruang bagi membolehkan keterlibatan
TEKS UCAPAN YAA DATO‟ HAJI MUKHYUDDIN BIN HAJI IBRAHIM WACANA KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM TAHUN 2019
23
Pegawai Syariah dari pelbagai bidang kepakaran untuk menyertai
konvensyen, persidangan, perbincangan dua hala, perkongsian
pintar dan kolaborasi strategik dengan agensi di peringkat global
baik sama ada di peringkat ASEAN, Timur Tengah dan Eropah.
13.3. Selain daripada itu, Bahagian ini akan sentiasa berkolaborasi
dengan pegawai-pegawai di Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa
Kementerian Luar Negara untuk menjawab dan memberi ulasan
kepada beberapa konvensyen atau perjanjian antarabangsa yang
melibatkan hal ehwal Syariah seperti CEDAW, CRC, HCPIL, UPR,
Hak-Hak Asasi Manusia serta lain-lain lagi dan pegawai-pegawai
kita juga akan dihantar bersama delegasi kerajaan Malaysia di
dalam persidangan-persidangan yang melibatkan isu-isu tersebut.
13.4. Suatu ketika dahulu, kita telahpun berusaha untuk menyediakan
Pegawai Syariah supaya ditempatkan di kedutaan negara kita di
beberapa buah negara luar di dalam usaha kita menyelesaikan
pelbagai permasalahan rakyat Malaysia di luar negara dalam hal
ehwal kekeluargaan terutama sekali yang berkaitan hal ehwal
mahkamah syariah. Walau pun begitu, usaha tersebut telah
tergendala oleh sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
13.5. Oleh itu, kajian semula akan dilaksanakan oleh Bahagian
Pembangunan Dasar dan Hal Ehwal Antarabangsa, bagi
kemungkinan untuk mewujudkan jawatan Pegawai Syariah untuk
ditempatkan di beberapa buah kedutaan di tiap-tiap benua seperti
benua Amerika, Eropah, Asia dan Asia Ocenia. Ia perlu
digerakkan semula sesuai dengan hala tuju baru Agensi Agama
seperti yang telah ditetapkan oleh Menteri di JPM untuk
TEKS UCAPAN YAA DATO‟ HAJI MUKHYUDDIN BIN HAJI IBRAHIM WACANA KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM TAHUN 2019
24
menjadikan Malaysia Sebagai Model Pentadbiran Islam Terunggul
Yang Progresif dan Inklusif menjelang 2025 yang KPInya telah
ditetapkan di dalam Kluster Perundangan dan kehakiman Syariah
iaitu Mewujudkan model institusi kehakiman Syariah yang bebas,
bertaraf dunia dihormati. Jika tidak pun sampai kita dapat
meletakkan Pegawai Syariah di beberapa buah negara di luar
negara, kita akan usahakan supaya Pegawai Syariah ditempatkan
di Kementerian Luar Negara untuk membantu pegawai
Kementerian dalam hal ehwal perundangan dan kehakiman
syariah yang melibatkan warganegara kita di luar negara.
YANG ARIF DATO‟-DATUK, YANG AMAT ARIF DATO' SERI,
DATUK-DATO‟, TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI
SEKALIAN
14. PENUTUP
14.1. Sebagai kesimpulan, saya telah menjelaskan status
pelaksanaan lapan (8) hala tuju yang telah saya gariskan pada
tahun 2018 sewaktu saya mengambil alih tampuk kepimpinan
JKSM. Hala tuju yang pertama, memartabatkan sistem Kehakiman
dan Perundangan Syariah, kedua, mentasqifkan Pegawai Syariah
melaui penguasaan ilmu secara berterusan, ketiga, mengamalkan
budaya kerja berintegriti dan berakauntabiliti dalam amalan kerja
seharian, keempat, meningkatkan „alaqah dan kerjasama strategik
dengan agensi-agensi persekutuan dan negeri, kelima,
menyemarakkan budaya inovasi dan kreativiti, keenam, kebajikan
dan kemajuan kerjaya, ketujuh, mengambil istifadah daripada
aplikasi e-Syariah, dan yang terkahir, memperkasakan
TEKS UCAPAN YAA DATO‟ HAJI MUKHYUDDIN BIN HAJI IBRAHIM WACANA KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM TAHUN 2019
25
professionalisme wanita dalam institusi kehakiman dan
perundangan Syariah.
14.2. Bagi memastikan kesinambungan dan memantapkan hala tuju
yang sedia ada selaras dengan visi dan misi YB Menteri, saya
turut menggariskan untuk mendokong sepenuhnya wawasan
YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato‟ Seri Dr.
Mujahid bin Yusof. Kami di JKSM sentiasa bersedia dan telah
menggerakkan usaha bagi mencapai visi dan misi yang telah
digariskan oleh YB Dato‟ Seri. Semoga usaha ini diberkati dan
dipermudahkan oleh Allah SWT hendaknya.
14.3. Seterusnya, struktur perjawatan di JKSM akan diremajakan
bagi memastikan jabatan ini sentiasa dinamik mengikut
perubahan. Dan yang terakhir, adalah menjadi hasrat saya untuk
mengangkat JKSM/JKSN/MSN ke tahap yang global dan menjadi
model pentadbiran Mahkamah Syariah yang unggul di peringkat
antarabangsa.
14.4. Justeru itu, saya menyeru kepada semua Pegawai Syariah di
seluruh Malaysia, marilah kita sama-sama menyinsing lengan,
berganding bahu, dan mengorak langkah bagi mencapai hala tuju
yang telah saya gariskan. Semoga segala usaha tuan/puan
diganjari dengan sebaik-baik ganjaran oleh Allah . Saya dengan
ini menutup ucapan saya dengan wabillahi taufiq wal hidayah,
wassalamu‟alaikum warahmatullahi wabarakatuh.