Post on 12-Jul-2015
Teknik Penghasilan Skrip dan Efek Yang Menarik
Bercerita bersama boneka
Dalam aktiviti bercerita, kanak-kanak digalakkan
menggunakan boneka untuk mereka cerita sendiri
atau
melakonkan watak-watak dalam buku cerita.
Melakonkan watak-watak dalam buku cerita
Boneka juga boleh digunakan untuk melakonkan watak-watak dalam buku cerita.
Cara ini dapat menggalakkan kanak-kanak membaca dialog dalam text dan membincangkan unsur-unsur moral dalam buku cerita yang dipilih.
Kanak-kanak digalakkan untuk bercerita dengan menggunakan boneka dengan cerita-cerita yang biasa mereka dengar.
Mereka cerita berdasarkan boneka yang sedia ada atau membuat boneka
Kanak-kanak boleh menggunakan;
boneka yang sedia ada atau membuat boneka yang ringkas dan mudah
untuk mereka cerita berdasarkan imaginasi dan kreativiti masing-masing.
Kanak-kanak perlu dibimbing untuk mereka cerita berdasarkan boneka di tangan mereka.
Mereka cerita berdasarkan boneka yang sedia ada atau membuat boneka
Sebaik-baiknya cerita yang direka berdasarkan struktur drama yang merangkumi ;
PendahuluanPerkembanganKlimaks Penyelesaian
STRUKTUR DRAMA
Fokus Logik Perwatakan
(Laman web Rasmi: Dewan Bahasa dan Pustaka)
Fokus
Sebuah cerita perlu mempunyai kesatuan, watak-watak dan cara mereka berfungsi memerlukan fokus.
Cerita memberikan tumpuan yang kukuh berdasarkan watak-watak, latar, sifat dan perkembangan.
Fokus juga memerlukan perwatakan dan cerita secara keseluruhan mempunyai matlamat yang jelas.
(Laman web Rasmi: Dewan Bahasa dan Pustaka)
Logik
Cerita dihasilkan dengan adanya perwatakan, tema dan ruang tempat.
Perwatakan, tema dan ruang masa dan tempat dicipta mengikut peraturan.
Drama meniru realiti (kehidupan). Realiti sesebuah drama perlu dilihat dalam
konteks cerita, perwatakan dan tema.
(Laman web Rasmi: Dewan Bahasa dan Pustaka)
Perwatakan
Watak-watak mampu membawa cerita untuk terus berkembang.
Watak-watak menghidupkan cerita. Watak ialah elemen terpenting dalam drama
dan menggerakkan plot cerita. Terdapat watak utama dan watak sampingan. Watak protagonis (watak yang menyokong) dan
watak antogonis (watak yang menentang ). Pertentangan idea ini akan menimbulkan konflik
dan seterunya membentuk struktur konflik dramatik yang menarik.
(Laman web Rasmi: Dewan Bahasa dan Pustaka)
ELEMEN DRAMA
Tema/PemikiranPlotLatarBabakAdeganBahasa
Tema/Pemikiran
Idea atau persoalan yang dapat dirumuskan daripada keseluruhan inti pati cerita.
Pemikiran disampaikan menerusi dialog dan aksi watak-watak.
Penonton akan dapat menangkap idea atau persoalan selepas selesai membaca skrip atau menonton persembahan.
(Laman web Rasmi: Dewan Bahasa dan Pustaka)
Plot
Pembinaan struktur drama. Struktur drama dibina melalui dialog dan aksi
setiap watak.Dialog terbina melalui kata-kata. Melalui dialog inilah konflik dan perkembangan
cerita berlaku. Konflik memainkan peranan penting dalam
membangunkan struktur drama. Plot merupakan jalan cerita yang memberikan
maklumat cerita. (Laman web Rasmi: Dewan Bahasa dan Pustaka)
Latar
Elemen tempat, masa serta masyarakat dijelaskan melalui latar.
Perlu untuk tujuan pementasan untuk menjelaskan tentang tempat dan masa.
Filem, televisyen, drama pentas menghadapi kekangan dalam menukar set atau prop menunjukkan latar yang berlainan.
(Laman web Rasmi: Dewan Bahasa dan Pustaka)
Babak
Babak ialah bahagian dalam drama yang menjelaskan peristiwa yang berlaku dalam sesuatu latar tempat dan masa.
Pertukaran latar tempat dan masa dalam drama membawa perubahan babak.
(Laman web Rasmi: Dewan Bahasa dan Pustaka)
Adegan
Adegan ialah pecahan dalam sesuatu babak cerita
Menjelaskan sesuatu peristiwa yang berlaku dalam sesuatu latar tempat tetapi pada masa yang berbeza.
(Laman web Rasmi: Dewan Bahasa dan Pustaka)
Bahasa
Perkataan atau dialog ialah asas dalam drama.
Drama terbentuk oleh dialog dan aksi.Bahasa yang dituturkan oleh pelakon
menyampaikan pemikiran pengarang. Bahasa yang ringkas, padat dan mudah
difahami digunakan.
(Laman web Rasmi: Dewan Bahasa dan Pustaka)
Efek
Tata cahayaTata bunyi
Persembahan boneka di sekolah merupakan salah satu medium untuk mempromosikan pendidikan penjagaan kesihatan pergigian dan pencegahan penyakit pergigian kanak-kanak
Persembahan Boneka Di Sekolah Rendah
Kanak-kanak membuat boneka
sendiri dan membuat
persembahan
Persembahan Boneka untuk Kanak-kanak Prasekolah
Pelajar-pelajar Diploma
Pendidikan Awal Kanak-kanak
Universiti Pendidikan Sultan
Idris membuat persembahan
untuk kanak-kanak prasekolah
TERIMA KASIH