Post on 13-Oct-2019
2018
ABDUL SHOKOR ABD TALIB
eUsahawanILPKL
9/20/2018
Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah
Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
ISI KANDUNGAN
PERKARA HALAMAN
BAB 1 FACEBOOK FANPAGE 1
PENGENALAN 1
FACEBOOK UNTUK PERNIAGAAN 2
JENIS-JENIS LAMAN FACEBOOK 2
KELEBIHAN MEMPROMOSIKAN PERNIAGAAN
MENGGUNAKAN FACEBOOK FANPAGE 4
CARA MEMBUAT JUALAN MENGGUNAKAN FACEBOOK 5
KOMUNITI DIGITAL 6
BAB 2 TEKNIK MEMBINA FACEBOOK FANPAGE 7
PENGENALAN 7
TEKNIK MEMBINA FACEBOOK FANPAGE 8
1
BAB 1
FACEBOOK FANPAGE
PENGENALAN
Facebook ialah aplikasi sosial yang digunakan untuk menghubungkan
seseorang dengan orang lain yang berada di sekeliling mereka yang terdiri daripada
keluarga, sahabat handai, bekas rakan sekerja atau sekolah atau sesiapa sahaja yang
mempunyai minat dan hobi yang sama.
Statistik yang dikeluarkan oleh SKMM menunjukkan bilangan pemilik media
sosial di Malaysia pada tahun 2016 ialah seramai 21.9 Juta orang, daripada jumlah
tersebut 97.3% mendakwa mereka mempunyai akaun Facebook, Instagram (56.1%),
Youtube (45.3%) , Twitter (26.6%), Linkedin (9.1%) dan Tumblr (4.8%), jumlah ini
semakin meningkat berbanding tahun sebelumnya seperti yang ditunjukkan di dalam
Rajah 2.15. Berdasarkan dari statistik di atas terbukti Facebook adalah salah satu
medium pemasaran yang baik kerana Facebook hampir semua pengguna Internet
memiliki akaun Facebook.
Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
FACEBOOK UNTUK PERNIAGAAN
Facebook digunakan oleh entiti perniagaan yang besar dan kukuh untuk
menghebahkan maklumat mengenai produk atau perkhidmatan yang ditawarkan
kerana Facebook menawarkan kos pengiklanan yang murah dan merupakan alat yang
berkesan untuk mengenali dan membina hubungan yang baik dengan prospek.
Lazimnya Facebook digunakan oleh entiti perniagaan untuk mempromosikan Blog,
video atau bahan promosi yang lain.
Facebook turun menyediakan fungsi analisis yang dikenali sebagai Insight
yang digunakan untuk mengkaji minat pengguna, bilangan Like, bilangan Dislike,
gaya hidup dan tabiat membeli pengguna. Pangkalan data ini penting untuk
merancang strategi penjenamaan dan pemasaran produk untuk menghasilkan lead,
pertanyaan pembelian dan trafik ke laman web.
JENIS-JENIS LAMAN FACEBOOK
Facebook menyediakan dua jenis akaun iaitu profil dan Fanpage. Profil
merujuk kepada laman Facebook untuk kegunaan peribadi manakala Fanpage pula
merujuk kepada laman Facebook untuk kegunaan perniagaan atau organisasi.
Perbezaan utama antara profil dan Fanpage seperti yang ialah Facebook profil hanya
boleh menerima freind seramai 5000 orang sahaja, manakala tiada had ditetapkan
Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
untuk fan sesebuah Facebook Fanpage. Post yang disiarkan di dalam sesebuah
Facebook Fanpage atau profil hanya boleh dilihat oleh antara 3% hingga 5% freind
atau fan sahaja. Untuk menyasarkan kumpulan yang lebih besar dan tersasar penjual
perlu membuat iklan dengan menggunakan Fb Ads.
Facebook Fanpages membantu perniagaan, jenama dan organisasi berkongsi
maklumat dan berhubungan dengan pengguna. Pengguna akan “Like” Facebook
Page yang bersesuaian dengan minat mereka. Dengan hanya menekan butang “Like”
pada Facebook Fanpages, pengikut sesebuah Facebook Fanpages akan mendapat
kemas kini berkaitan aktiviti yang berlaku di Facebook Fanpages berkenaan.
Terdapat beberapa jenis Facebook Fanpages yang boleh dibina ia terdiri daripada:
Perniagaan tempatan atau tempat;
Syarikat, organisasi atau institusi;
Jenama atau produk;
Artis, kumpulan muzik atau tokoh;
Hiburan; atau
Komuniti.dan kerja amal.
Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
Facebook boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat kepada golongan
sasaran yang berbeza. Penjenamaan produk atau perkhidmatan boleh dilakukan
dengan membuat posting berbentuk maklumat, gambar, video dan cerita.
Penjenamaan boleh berlaku dengan cara;
Membawa pengguna ke blog perniagaan anda;
Menarik lebih banyak trafik ke laman web;
Mendidik dan meningkatkan kesedaran berkaitan produk atau perkhidmatan
anda; dan
Mempromosikan budaya organisasi anda.
KELEBIHAN MEMPROMOSIKAN PERNIAGAAN MENGGUNAKAN
FACEBOOK FANPAGE
Berikut adalah beberapa kelebihan penggunaan Fanpage untuk mempromosikan
perniagaan menggunakan Facebook:
1. Facebook Fanpage membenarkan lebih dari seorang pentadbir dilantik untuk
menguruskan sesuatu akaun, jika salah seorang pentadbir yang dilantik
berhenti, tugas mengemas kini Fanpage boleh diambil alih oleh pentadbir yang
lain.
Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
2. Facebook Fanpage dikelaskan sebagai laman umum, Facebook Fanpage akan
disenaraikan di dalam enjin pencarian seperti Google dan Yahoo.
3. Facebook Fanpage dikategorikan kepada beberapa bahagian seperti yang
ditunjukkan di dalam Rajah 2.16. Pembahagian kategori ini akan memudahkan
usaha mencari maklumat.
4. Pemilik profil perlu memberi keizinan untuk seseorang menjadi rakan kepada
sesebuah Facebook profil, sebaliknya dengan menggunakan Facebook
Fanpage sesiapa sahaja boleh menjadi ahli dengan tanpa memerlukan
kebenaran dari pentadbir.
CARA MEMBUAT JUALAN MENGGUNAKAN FACEBOOK
Rajah dibawah menunjukkan kitaran perniagaan menggunakan Facebook.
Proses ini bermula dengan penjual membuat post di dalam Facebook Fanpage
perniagaan mereka. Untuk menyebarkan luaskan sesuatu iklan atau promosi penjual
perlu berkongsi post tersebut kepada seramai mungkin pengguna dengan
menggunakan kaedah berbayar atau organik (percuma). Diantara kaedah pemasaran
pemasaran percuma di Facebook ia berkongsi post di dalam group Facebook yang
mengumpulkan orang yang mempunyai minat yang sama.
Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
KOMUNITI DIGITAL
Aset terpenting yang boleh dibina dengan menggunakan media sosial ialah
komuniti. Dalam dunia nyata bilangan ahli di dalam sesebuah komuniti adalah terhad
dan dipengaruhi seperti oleh faktor seperti lokasi, umur, bahasa, pendidikan,
pekerjaan, minat dan sebagainya. Dunia digital atau maya membenarkan komuniti
yang besar dibina dengan tanpa batasan geografi dan sempadan negara. Komuniti
digital boleh terdiri daripada:
1. Kenalan langsung: Keluarga, saudara mara, sahabat handai dan rakan
sepejabat.
2. Kenalan tidak langsung: Mereka yang mengenali kenalan langsung dan
melibatkan diri dalam komuniti secara atas talian (on line).
3. Bukan kenalan: Mereka yang mengenali kenalan tidak langsung dan
melibatkan diri dalam komuniti yang diwujudkan secara atas talian.
Ahli di dalam sesebuah komuniti boleh berkembang dengan cepat disebabkan
oleh multiplier effect. Multiplier effect ialah keadaan di mana ahli komuniti menjadi
semakin ramai akibat penambahan kenalan tidak langsung dan bukan kenalan.
Komuniti yang ramai keahliannya boleh digunakan oleh usahawan sebagai platform
untuk memasarkan produk/perkhidmatan kepada golongan sasar yang lebih besar
dengan kos yang murah dan mudah.
Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
BAB 2
TEKNIK MEMBINA FACEBOOK FANPAGE
PENGENALAN
Facebook Fanpage ialah laman media sosial yang disediakan oleh Facebook
untuk membolehkan organisasi berasaskan keuntungan atau organisasi bukan
berasaskan keuntungan atau orang perseorangan membuka laman yang boleh
digunakan untuk mengumpulkan sekumpulan orang untuk tujuan tertentu.
Antara kelebihan menggunakan Facebook Fanpage untuk mempromosikan
perniagaan ialah Facebook Fanpage dilengkapi dengan kemudahan untuk membuat
iklan berbayar yang dikenali sebagai Fb Ads.
Buku ini hanya akan membincangkan mengenai kaedah membina Facebook
Fanpage sahaja. Kaedah menjalankan iklan dengan menggunakan Fb Ads akan
dikongsi di dalam buku yang lain.
Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
TEKNIK MEMBINA FACEBOOK FANPAGE
1. Log masuk ke profil Facebook anda.
2. Buka Facebook profile dan klik Create Page.
3. Untuk membina Fanpage perniagaan pergi ke Business or Brand dan klik Get
Started.
Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
4. Isikan nama halaman perniagaan Facebook serta kategori perniagaan.
Klik Continue.
5. Masukkan Profile Picture.
Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
6. Masukkan Cover Photo.
7. Tahniah! Fanpage anda telah tercipta.
8. Klik pada About untuk edit maklumat perniagaan.
Teknik membina Facebook Fanpage : Langkah demi langkah https://eusahawanilpkl.blogspot.com/
9. Tambah maklumat seperti laman web, emel dan nombor telefon.
10. Edit butang “Call to Action (CTA)” untuk memudahkan prospek menghubungi
anda dengan klik pada Add a Button.
11. Kini anda telah bersedia untuk memulakan perniagaan on line anda. Jom...