Post on 12-Feb-2021
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest
Tahap SM4
Prosa Tradisional
Nama : _____________________________
Prosa Tradisional
“Kepimpinan Melalui Teladan”
Sinopsis
Cerita ini bermula dengan peristiwa Seri Betara Majapahit dan Patih
Gajah Mada mendapat khabar sedih tentang kematian tujuh orang penjuritnya
yang telah dibunuh oleh laksamana di Melaka. Orang suruhan Patih Gajah
Mada telah pergi menemui Kertala Sari untuk menjemputnya ke kediaman Patih
Gajah Mada. Patih Gajah Mada telah membawa Kertala Sari berjumpa dengan
Seri Betara di Istana Seri Betara, Majapahit. Seri Betara akan melantik Kertala
Sari sebagai penggawa agung. Mereka berbincang tentang cara untuk
membunuh laksamana dan Raja Melaka sekali gus menumpaskan kerajaan
Melaka. Seri Betara mengarahkan Kertala Sari ke Melaka untuk menuntut bela
atas kematian tujuh orang penjuritnya dengan cuba membunuh Ratu Melaka dan
laksamana.
Kertala Sari bersemangat waja dan bersedia menjunjung perintah Seri
Betara. Kertala Sari telah belayar ke Melaka bersama-sama dengan sepuluh
orang pengikutnya. Kertala Sari menyamar dirinya sebagai orang Jawa untuk
bersama-sama dengan penduduk kampung yang berketurunan Jawa di Melaka.
Kertala Sari telah menyamar sebagai orang Patih Kerma Wijaya. Dia telah
berjaya mengecam Laksamana yang telah membunuh bapanya.
Pada suatu malam, Kertala Sari telah menceroboh rumah seorang
saudagar yang kaya. Semua harta benda milik saudagar itu telah disamun dan
isteri saudagar itu turut dicabul. Pada malam-malam berikutnya, Kertala Sari
telah menceroboh rumah saudagar dan orang kaya yang lain. Semua harta benda
mereka itu disamun Kertala Sari. Raja Melaka terkejut apabila dikhabarkan
tentang kecurian itu. Baginda telah menitahkan Temenggung agar mengerahkan
Program Bahasa Melayu Edubest SM4 Prosa Tradisional 1
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
pengawal untuk berkawal bagi menjaga keselamatan rumah-rumah dan
kampung.
Pada malam yang berikutnya, Kertala Sari menggunakan ilmu saktinya
untuk menundukkan para pengawal yang berkawal di rumah orang kaya itu.
Habis harta benda orang kaya itu dicurinya dan isteri orang kaya itu turut juga
dicabul Kertala Sari. Sekali lagi Raja Melaka mengarahkan Temenggung
memperkukuh barisan pertahanan bagi mengawal negeri Melaka daripada
ancaman pencuri. Temenggung telah mengerahkan lima ratus orang pengawal
menjaga negeri Melaka. Pada malam berikutnya, rumah Bendahara pula
dimasuki pencuri. Laksamana memberitahu raja bahawa pencuri yang sedang
mengganas di Melaka mempunyai kuasa sakti dan berasal dari luar Melaka.
Laksamana memohon kebenaran raja untuk cuba menangkap pencuri itu.
Laksamana memasang lembing, tombak, dan kayu di keliling istana Raja
Melaka. Laksamana cuba mengalihkan perhatian Kertala Sari agar tidak
memasuki istana Raja Melaka dengan tipu muslihat itu. Pada waktu malam,
Laksamana memakai pakaian serba hitam dan dia ternampak Kertala Sari cuba
memasuki istana Raja Melaka. Laksamana menyembunyikan dirinya untuk
melihat perkembangan penjahat itu. Kertala Sari cuba memasuki istana itu
untuk mencuri dan mengganggu bini raja yang muda-muda itu. Ketika dia
sampai di istana, dia terdengar bunyi senjata dan kayu yang dipalu dengan
begitu bising. Kertala Sari tidak jadi masuk ke istana Raja Melaka.
Laksamana membuat tipu helah dengan menyamar sebagai penjahat dan
berbaring di tengah pasar pada suatu malam. Laksamana berjaya membunuh
Kertala Sari dengan menikam dadanya. Selepas membunuh Kertala Sari,
Laksamana telah mengambil keris dan memotong alat sulit Kertala Sari sebagai
bukti bahawa dialah pembunuh Kertala Sari itu. Orang ramai menghadap Raja
Melaka dengan membawa anggota tubuh Kertala Sari dan mengaku bahawa
merekalah yang membunuh Kertala Sari. Bendahara Melaka tidak mempercayai
Program Bahasa Melayu Edubest SM4 Prosa Tradisional 2
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
dakwaan mereka. Laksamana masuk menghadapRaja Melaka dengan membawa
bukti keris dan alat sulit milk Kertala Sari yang telah dipotongnya. Raja Melaka
menganugerahinya anugerah atas keberaniannya menewaskan Kertala Sari.
Raja Melaka menitahkan Bentara Tun Kasturi mengerahkan rakyat untuk
mendapatkan semula harta yang dicuri dan disembunyikan oleh Kertala Sari di
Bukit Cina. Raja Melaka mengagihkan segala harta yang diperoleh semula itu
kepada tiga bahagian, iaitu dua bahagian diberikan kepada Laksamana dan satu
bahagian diserahkan kepada pemilik asal harta yang berkenaan. Semua rakyat
bersetuju dengan cadangan raja itu. Laksamana telah mengagihkan pula separuh
harta yang diterimanya itu kepada tiga bahagian. Negeri Melaka kembali aman
dan sentosa selepas Kertala Sari berjaya dibunuh. Sementara itu, Patih Gajah
Mada mendapat berita tentang kematian Kertala Sari yang dibunuh oleh
Laksamana di Melaka. Patih Gajah Mada berusaha sedaya upaya mencari
hulubalang yang mampu membunuh Laksamana dan menawan negeri Melaka
itu.
Tema
1. Tema prosa ini ialah kepahlawanan seorang Laksamana yang
mempertahankan negara daripada ancaman musuh dan anasir luar.
2. Keberanian dan kegagahan Laksamana mempertahankan negeri Melaka
daripada ancaman tujuh orang penjurit Majapahit serta ancaman Kertala Sari
yang juga dari Majapahit telah berjaya mengembalikan keamanan kepada
kerajaan Melaka.
Persoalan
1. Kegagahan dan kehebatan pahlawan Melayu. Contohnya, Laksamana
digambarkan sebagai seorang pahlawan yang handal dan gagah sehingga
digeruni oleh pihak lawan dan musuh.
Program Bahasa Melayu Edubest SM4 Prosa Tradisional 3
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
2. Kebijaksanaan menggunakan strategi dan akal fikiran untuk menewaskan
musuh. Contohnya, Laksamana telah mengenakan pakaian yang serba hitam,
menyamar sebagai seorang penjurit dan berbaring di tengah pasar pada suatu
malam dengan harapan untuk menangkap dan membunuh Kertala Sari.
3. Taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi terhadap pemerintah. Contohnya,
rakyat dan hulubalang Melaka taat kepada perintah Tuanku Syah Alam bagi
menjejaki pencuri yang telah mencuri harta benda sehingga mencetuskan huru-
hara di Melaka.
4. Penuntut bela atas kematian orang tersayang. Contohnya, Kertala Sari ingin
membunuh Ratu Melaka dan Laksamana bagi menuntut bela atas kematian
bapanya, Perala Bumi yang telah dibunuh oleh Laksamana.
5. Amanah dalam melaksanakan tugas. Contohnya, Laksamana menjalankan
tugasnya mengawal keamanan negeri Melaka dengan amanah dan dedikasi
tanpa mengharapkan sebarang ganjaran.
Watak dan Perwatakan
1. Watak utama - Laksamana.
2. Watak-watak sampingan - Kertala Sari, Raja/Ratu Melaka, Seri Betara
Majapahit, Bini Perala Bumi, tujuh orang penjurit, Saudagar yang kaya,
Temenggung, Bendahara, dan sebagainya.
Laksamana
1. Beliau merupakan salah seorang hulubalang Melaka.
2. Beliau berjaya menewaskan Kertala Sari dan tujuh orang penjurit
termasuklah Perala Bumi.
3. Seorang yang bijaksana. Contohnya, laksamana memaikai baju berwarna
hitam ketika dia keluar menjejaki pencuri yang membuat huru-hara di Melaka
pada waktu malam.
Program Bahasa Melayu Edubest SM4 Prosa Tradisional 4
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
4. Seorang yang berani dan gagah. Contohnya, Laksamana berani bertarung dan
berjaya menewaskan musuh-musuhnya.
5. Seorang yang digeruni oleh pihak lawan. Contohnya, Kertala Sari berasa
gerun ketika pertama kali melihat Laksamana yang begitu gagah perkasa.
6. Seorang yang baik hati. Contohnya, Laksamana mengagihkan harta benda
yang diterimanya kepada tiga bahagian termasuklah bahagian golongan fakir
miskin.
7. Seorang yang patuh akan perintah raja. Contohnya, Laksamana menjunjung
segala titah Raja Melaka tanpa sebarang bantahan.
8. Seorang yang bertanggungjawab. Contohnya, Laksamana menjalankan
tugasnya sebagai hulubalang Melaka dengan penuh tanggungjawab.
Kertala Sari
1. Seorang hulubalang kerajaan Majapahit.
2. Bapanya, Perala Bumi telah dibunuh oleh Laksamana.
3. Seorang yang berani bertindak. Contohnya, Kertala Sari berani menjalankan
kegiatan mencuri secara bersendirian tanpa sedikit pun berasa bimbang.
4. Seorang yang kejam dan ganas. Contohnya, Kertala Sari bukan sekadar
mencuri harta benda, malah turut mencabul kehormatan isteri-isteri orang kaya
dan saudagar.
5. Seorang yang memiliki ilmu kesaktian. Contohnya, Kertala Sari telah
menggunakan ilmu saktinya bagi membolehkannya menjadi halimunan ketika
mencuri di rumah mangsanya.
6. Seorang yang pendendam. Contohnya, Kertala Sari berdendam dan berniat
untuk membunuh Laksamana dan Raja Melaka yang telah membunuh bapanya,
Perala Bumi.
7. Seorang yang patuh akan perintah pemerintah. Contohnya, Kertala Sari patuh
akan perintah Seri Betara Majapahit yang menitahkannya ke Melaka bagi
membunuh Raja Melaka dan Laksamana.
Program Bahasa Melayu Edubest SM4 Prosa Tradisional 5
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
Raja/Ratu Melaka
1. Baginda juga dikenal sebagai Tuanku Syah Alam.
2. Seorang yang adil dan saksama. Contohnya, baginda telah mengagihkan harta
benda milik rakyat dan pembesar semula secara sama rata dan adil.
3. Seorang yang mementingkan keharmonian negara. Contohnya, baginda
berasa resah dan bimbang setelah mendapat berita bahawa negeri Melaka
diancam kes kecurian.
4. Seorang yang mengenang jasa hulubalang. Contohnya, baginda Tuanku Syah
Alam telah memberikan anugerah kepada Laksamana atas jasanya
memakmurkan bumi Melaka semula.
5. Seorang yang rasional dalam membuat tindakan. Contohnya, baginda
mengarahkan Temenggung mengetatkan lagi kawalan di kawasan kampung dan
negeri bagi mengawal kegiatan kecurian yang semakin menjadi-jadi.
Patih Gajah Mada
1. Beliau merupakan pembesar kerajaan Majapahit.
2. Seorang yang pendendam. Contohnya, Patih Gajah Mada berusaha sedaya
upaya mencari hulubalang atau pahlawan yang handal bagi menentang
Laksamana dan Raja Melaka.
Latar
Latar Tempat
1. Majapahit. Seri Betara Majapahit menitahkan Kertala Sari ke Melaka untuk
membunuh Ratu Melaka dan Laksamana.
2. Rumah Petala Bumi. Orang suruhan Patih Gajah Mada telah pergi menemui
Kertala Sari untuk menjemputnya ke kediaman Patih Gajah Mada.
3. Bukit Cina. Kertala Sari telah menyimpan dan menyembunyikan harta yang
dicurinya di Bukit Cina.
Program Bahasa Melayu Edubest SM4 Prosa Tradisional 6
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
4. Istana Tuanku Syah Alam/Raja Melaka. Laksamana telah membawa bukti
keris dan alat kemaluan Kertala Sari yang telah dipotong sebagai bukti bahawa
beliaulah yang telah membunuh Kertala Sari.
5. Tengah pasar. Laksamana telah berpakaian serba hitam dan menyamar
sebagai penjurit untuk menangkap penjurit sebenar yang telah menghuru-
harakan negeri Melaka.
6. Melaka. Keadaan huru-hara berlaku di Melaka selepas banyak rumah rakyat
dan pembesar dimasuki pencuri.
Latar Masa
1. Zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Peristiwa yang berlaku
dalam prosa ini berlaku pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.
2. Waktu pagi. Bendahara terkejut apabila mendapati rumahnya telah dimasuki
pencuri dan semua harta bendanya telah habis dicuri pada waktu pagi.
3. Waktu siang. Raja Melaka menitahkan Bentara Tun Kasturi mengetuai rakyat
untuk mendapatkan harta milik mereka semula yang telah dicuri dan
disembunyikan oleh Kertala Sari di Bukit Cina.
4. Waktu malam. Kertala Sari telah menceroboh dan mencuri harta benda di
rumah Bendahara pada waktu malam.
Latar Masyarakat
1. Masyarakat Melayu yang hidup pada zaman pemerintahan feudal yang taat
dan patuh akan perintah raja. Contohnya, rakyat dan hulubalang menurut
perintah Tuanku Syah Alam supaya menjejaki pencuri yang telah mencuri harta
benda di Melaka.
2. Golongan istana yang terdiri daripada pemerintah, menteri-menteri, dan
hulubalang. Contohnya, Tuanku Syah Alam sebagai pemerintah dan
Temenggung serta Bendahari sebagai menteri.
Program Bahasa Melayu Edubest SM4 Prosa Tradisional 7
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
3. Masyarakat yang ingin menuntut bela atas kematian orang tersayang.
Contohnya, Kertala Sari ingin membunuh Ratu Melaka dan Laksamana bagi
menuntut bela atas kematian bapanya, Perala Bumi yang telah dibunuh oleh
Laksamana Melaka.
4. Masyarakat yang bijak menggunakan tipu muslihat untuk menjerat musuh.
Contohnya, Laksamana telah mengenakan pakaian serba hitam dan turut
menyamarkan dirinya sebagar penjurit yang telah mati dengan berbaring di
tengah pasar bagi menjerat musuh yang melalui kawasan itu.
5. Masyarakat yang mengamalkan ilmu kesaktian dalam melaksanakan tugas.
Contohnya, Kertala Sari telah membaca jampi ilmu kesaktian ketika dia
melakukan perbuatan mencuri di rumah Bendahara dan di rumah orang kaya.
6. Masyarakat yang berani melawan musuh. Contohnya, Laksamana berani
berlawan dengan musuh sehingga keberaniannya itu digeruni oleh pihak lawan
dan musuh.
Gaya Bahasa
1. Penggunaan kata penanda wacana. Contohnya:
hatta, alkisah, maka
2. Bahasa Arab. Contohnya:
(a) Insya-Allah Taala (hlm. 36)
(b) syahwat (hlm. 36)
(c) Demi Allah (hlm. 37)
3. Bahasa istana. Contohnya:
tuanku; putih, baginda, titah
4. Bahasa Melayu klasik. Contohnya.
manira, pakanira, karar.
5. Simile. Contohnya:
Program Bahasa Melayu Edubest SM4 Prosa Tradisional 8
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
Maka dilihatnya Kertala Sari sedang berkata-kata dengan ibunya seperti
laku orang berkelahi. (hlm. 28)
6. Personifikasi. Contohnya:
...maka dilihatnya senjata dan kayu palu-memalu, tikam-menikam dan
radak-meradak. (hlm. 35)
7. Hiperbola. Contohnya:
Maka didengar oleh Laksamana kaki Kertala Sari itu terlalu gemuruh
bahananya. (hlm. 36)
8. Perulangan kata/Repetisi. Contohnya:
Maka sembah Laksamana, "Daulat tuanku, mohonkan ampun dan
kurnia; adapun penjurit ini bukan penjurit negeri ini, penjurit negeri
lain." (hlm. 33)
Nilai
1. Nilai kasih sayang. Contohnya, Kertala Sari amat menyayangi bapanya,
Perala Bumi yang telah mati dibunuh oleh Laksamana.
2. Nilai kegigihan. Contohnyu, Laksamana gigih menjejaki penjurit atau pencuri
yang telah mencuri harta benda serta membuat kekacauan di Melaka.
3. Nilai ketaatan. Contohnya, Kertala Sari taat dan patuh menjunjung titah Seri
Betara yang mengarahkannya ke Melaka untuk membunuh Raja Melaka dan
Laksamana.
4. Nilai semangat bermasyarakat. Contohnya, rakyat jelata dan pembesar
Melaka bersatu hati mengawal kawasan kampung masing-masing daripada
diceroboh oleh pencuri.
5. Nilai kebijaksanaan. Contohuya, Laksamana bijak menggunakan akal bagi
menyusun strategi untuk memerangkap penjurit/pencuri yang mencetuskan
kekacauan di Melaka itu.
Program Bahasa Melayu Edubest SM4 Prosa Tradisional 9
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
6. Nilai tanggungjawab. Contohnya, Laksamana bertangaungjawab memulihkan
keamanan negeri Melaka dengan berusaha sedaya upayanya menangkap
pencuri/penjurit itu.
7. Nilai keberanian. Contohnya. Laksamana berani melawan musuh yang
mengancam keharmonian negeri Melaka.
Pengajaran
1. Kita hendaklah cekap menyusun strategi bagi menumpaskan pihak musuh.
Contohnya, Laksamana menggunakan kebijaksanaan akalnya dengan
berpakaian serba hitam dan menyamar sebagai penjurit untuk membunuh
musuhnya.
2. Kita mestilah bijak menggunakan tipu muslihat untuk menjerat musuh.
Contohnya, Laksamana telah mengenakan pakaian serba hitam dan turut
menyamarkan dirinya sebagai penjurit yang telah mati dengan berbaring di
tengah pasar bagi menjerat musuh yang melalui kawasan itu.
3. Kita mestilah berani menghadapi ancaman musuh.Contohnya, Laksamana
berani melawan musuh yang mengancam keharmonian negeri Melaka apabila
beliau berjaya menewaskan penjurit tujuh bersaudara dan Kertala Sari dari
Majapahit.
4. Kita hendaklah mempunyai sikap taat dan setia terhadap pemerintah tanpa
berbelah bahagi. Contohnya, Kertala Sari taat dan patuh menjunjung titah Seri
Betara yang mengarahkannya ke Melaka untuk membunnh Raja Melaka dan
Laksamana.
5. Kita hendaklah menghindarkan diri daripada menyimpan perasaan dendam
terhadap orang lain. Contohnya, Kertala Sari ingin membunuh Ratu Melaka dan
Laksamana kerana ingin melunaskan dendamnya dan menuntut bela atas
kematian bapanya, Petala Bumi yang telah dibunuh oleh Laksamana Melaka.
Program Bahasa Melayu Edubest SM4 Prosa Tradisional 10
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
Latihan
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-
soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Setelah hari hampir siang maka orang pun lalu. Maka dilihatnya seorang
perlente mati; maka segera dikeratnya telinga dibawa kepada raja, sembahnya,
"Ya tuanku, inilah tandanya patik membunuh penjurit yang terlalu buas itu."
Maka datang pula seorang lagi, dikeratnya kepala, lalu dibawa
menghadap raja katanya, "Inilah tandanya patik membunuh penjurit pada
malam tadi."
Dengan demikian habislah kaki tangan Kertala Sari dikeratnya dibawanya
kepada raja. Maka baginda pun menjadi hairan.
Maka titah baginda kepada Bendahara, "Ayo mamak Bendahara, kita pun
hairan kelakuan ini. Siapakah juga yang sungguh ini?"
Maka sembah Bendahara, "Ya tuanku, pada bicara patik, dua pertandaan
lagi maka sungguh; tambahan Laksamana belum datang."
Seketika lagi maka laksamana pun datang membawa syahwat dan keris
Kertala Sari. Maka sembah Bendahara, "Inilah, tuanku pertandaan yang
sungguh. Pada bicara patik, jika lain daripada Laksamana, tiada akan dapat
membunuh penjurit itu. Janganlah membunuh dia, menentang matanya pun
tiada dapat." Maka segala mereka itu pun masing-masing tunduk kemalu-
maluan, lalu kembali.
(Dipetik daripada prosa "Kepimpinan Melalui Teladan" dalam antologi Jaket
Kulit Kijang dari Istanbul. Dewan Bahasa dan Pustaka)
Program Bahasa Melayu Edubest SM4 Prosa Tradisional 11
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
(i) Berikan maksud penjurit yang terlalu buas. [2 markah]
___________________________________________________________
__________________________________________________________
(ii) Apakah reaksi Bendahara setelah melihat Laksamana masuk menghadap
Raja Melaka?
Nyatakan reaksi-reaksi tersebut. [3 markah]
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
________________________________________________________
(iii) Sekiranya anda Raja Melaka, apakah tindakan- tindakan yang akan anda
ambil terhadap orang-orang yang membuat pengakuan palsu bahawa
merekalah yang telah membunuh Kertala Sari? (KBAT) [4 markah]
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
Program Bahasa Melayu Edubest SM4 Prosa Tradisional 12
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
Pelan Lokasi
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650
http://www.edubest.com.my