Post on 02-Jun-2018
8/10/2019 Sosioekonomi di FELDA Sungai Behrang
http://slidepdf.com/reader/full/sosioekonomi-di-felda-sungai-behrang 1/33
HSM3033 - Sejarah Sosioekonomi Malaysia
Tajuk : Sosioekonomi di FELDA Sungai Behrang
Kumpulan : D
Masa : 2.00PM - 4.00PM
Tempat : B01-1-BK08
Nama pensyarah : Dr Khairi bin Ariffin
NAMA NO.MATRIK FAKULTI
SITI NAQIAH FARAIAN BINTI OMAR D20112052049 SAINS KEMANUSIAAN
AGNESTINA BINTI BONIFACE D20112052064 SAINS KEMANUSIAAN
DING AN QI D20112052058 SAINS KEMANUSIAAN
NOR HASWINA BINTI ZAHARI D20112052062 SAINS KEMANUSIAAN
MOHD ZULKARNAIN BIN MAHMAT D20112052070 SAINS KEMANUSIAAN
8/10/2019 Sosioekonomi di FELDA Sungai Behrang
http://slidepdf.com/reader/full/sosioekonomi-di-felda-sungai-behrang 2/33
1.0 Pendahuluan
Kajian kes ini merupakan kajian terhadap sosioekonomi dengan memberi tumpuan yang
khusus terhadap penempatan di FELDA Sg. Behrang. Kawasan ini dipilih kerana ia
merupakan salah satu kawasan yang strategik kerana wujudnya pelbagai jenis kegiatan
ekonomi yang diusahakan oleh masyarakat. Apa yang menarik perhatian kami, kesemua
aktiviti sama ada dari segi ekonomi, perkhidmatan dan kemasyarakatan dilakukan sendiri
oleh masyarakat setempat yang terdiri dari pelbagai peringkat. Tujuan kajian ini adalah untuk
mengalami sendiri kegiatan ekonomi dan sosial yang diusahakan oleh masyarakat di kawasan
FELDA Sg Behrang. Selain itu, kajian ini juga bertujuan memberi pengetahuan yang luas
kepada kami untuk mengetahui lebih mendalam mengenai latar belakang dan sejarah
penubuhan FELDA Sg. Behrang.
Hasil daripada kajian ini, kami mendapati bahawa masyarakat FELDA Sg Behrang
menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi yang terdiri daripada perladangan, penternakan,
usahawan dan perniagaan dan sebagainya. Selain terlibat dengan aktiviti ekonomi, masyarakat
setempat juga menjalankan pelbagai kegiatan sosial yang dianjurkan oleh pentadbiran
FELDA Sg. Behrang seperti aktiviti kemasyarakatan. Sebagai contohnya, aktiviti gotong
royong, program pengambilan anak angkat, Program Jelajah Aktiviti anjuran FELDA dan
sebagainya. FELDA Sg Behrang juga merupakan sebuah kawasan yang dianggap strategik
kerana wujudnya kemudahan serta infrastruktur yang lengkap seperti sekolah, klinik, tempat
rekreasi seperti taman permainan dan juga gelanggang futsal dan bola tampar.
Pelbagai kajian digunakan semasa menjalankan kajian di kawasan ini. Antara kaedah
yang digunakan ialah kaedah pemerhatian, kaedah temu bual, kaedah penilaian dan kaedah
pembacaan.
8/10/2019 Sosioekonomi di FELDA Sungai Behrang
http://slidepdf.com/reader/full/sosioekonomi-di-felda-sungai-behrang 3/33
2.0 Penghargaan
Bismillahirahmanirahim,
Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat ILLAHI dengan limpahan rahmat serta nikmat
masa, nyawa, tenaga yang dianugerahkan kepada kami, akhirnya dapat juga kami menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya.
Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan kami kepada pensyarah
kami iaitu, Dr Khairi bin Ariffin kerana dengan tunjuk ajak serta bimbingan beliau, akhirnya
dapat membuka ruang kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini.
Kami juga ingin mengucapkan terima kasih buat kedua ibu bapa kami kerana sentiasa
memberi sokongan moral kepada kami untuk sentiasa tabah dan sabar dalam mengharungi
cabaran dan liku-liku sebagai seorang pelajar. Tanpa mereka, mungkin kami tidak berada mampu
untuk berada di sini pada hari ini. Terima kasih juga buat ibu bapa kami yang sentiasa memberi
bantuan kepada kami dari sudut kewangan bagi memudahkan kami untuk menjalankan kajian-
kajian di kawasan yang dipilih yang sememangnya memerlukan sedikit perbelanjaan sepanjang
tempoh dalam membuat kajian tersebut.
Seterusnya, ucapan penghargaan ditujukan kepada penduduk kampung FELDA Sungai
Behrang yang banyak membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini. Penduduk FELDA Sungai
Behrang banyak membantu kami dalam mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan
berkaitan dengan kampung tersebut. Mereka banyak meluangkan masa untuk kami dan memberi
kesempatan kepada kami untuk merasai pengalaman di kampung tersebut.
Ucapan terima kasih turut ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan yang saling
memberikan kerjasama dalam menyiapkan tugasan ini. Semangat kerjasama dalam kalangan ahli
kumpulan memudahkan kami semua menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Akhir kata, kami
mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau secara tidak
langsung dalam pembikinan tugasan ini. Terima kasih.
.
8/10/2019 Sosioekonomi di FELDA Sungai Behrang
http://slidepdf.com/reader/full/sosioekonomi-di-felda-sungai-behrang 4/33
3.0 Objektif kajian
1. Mengetahui lebih dalam tentang perkembangan FeldaSg. Behrang mengikut
kronologinya.
2. Mengkaji aktiviti ekonomi yang dapat mempengaruhi sosial masyarakat di FELDA Sg.
Behrang.
3. Menjelaskan hubungan di antara ekonomi dan masyarakat di sesuatu kawasan.
4. Menganalisis struktur sosioekonomi di FELDA Sg. Behrang.
5. Mengeratkan hubungan ukhuwah pelajar universiti dengan para peneroka di FELDA Sg.
Behrang.
4.0 Kaedah kajian
Kami menggunakan kaedah kajian seperti berikut dalam menyiapkan kerja kumpulan berkaitan
sosioekonomi di FELDA Sungai Behrang.
1.
Kaedah temu bual
Melalui kaedah temu ramah, kami telah menemu bual penduduk FELDA Sungai Behrang untuk
mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang kajian ini.
2.
Kaedah lawatan dan pemerhatian
Kami telah melawat kawasan FELDA Sungai Behrang selama dua hari. Kami dapat mengkaji
bentuk muka bumi tempat tersebut, ekonomi yang dijalankan oleh penduduk dan memahami gaya
hidup mereka. Banyak maklumat berguna dapat diperoleh berdasarkan pemerhatian kami di sini.
3. Kaedah analisis dokumen
Kami juga turut merujuk dokumen dari pejabat FELDA Sungai Behrang untuk memastikan
kesahihan fakta yang ada. Dengan ini, penulisan kajian saya tidak akan diragui akan
kebenarannya.
4.
Kaedah penyelidikan perpustakaan
Kami juga turut mengunjungi perpustakaan Tuanku Bainun UPSI untuk menjalankan
penyelidikan sumber-sumber yang ada di situ. Dengan penyelidikan sumber yang pelbagai seperti
buku ilmiah, akbar, majalah dan sebagainya akan menguatkan lagi kajian kami.
8/10/2019 Sosioekonomi di FELDA Sungai Behrang
http://slidepdf.com/reader/full/sosioekonomi-di-felda-sungai-behrang 5/33
5.
Muat turun internet
Kami turut menggunakan ICT yang terdapat dalam negara kita dengan melayari laman web
produk yang dikaji malah turut memuat turun bahan yang terdapat sebagai rujukan.
6.
Kaedah Audio visual
Kami juga turut menggunakan kaedah audio visual dalam kajian ini. Kami merakam temu bual
dengan penduduk tempatan dan mengambil gambar kawasan kampung FELDA Sungai Behrang.
Dengan maklumat yang diperoleh lagi kajian yang saya lakukan.
5.0 Latar belakang kawasan kajian
FELDA Sungai Behrang merupakan salah satu rancangan FELDA di Malaysia. FELDA
Sg. Behrang ini terletak di Bantang Padang, Tanjung Malim. Selain itu, FELDA ini terletak lebih
kurang 15 km dari Pekan Tanjung Malim, 5 km dari Behrang 2020 dan 10 km dari Slim River.
Jarak dari ibu negeri iaitu Bandar Ipoh adalah sejauh 110 km dan jarak dari ibu negara Kuala
Lumpur adalah sejauh 104 km. Selain itu, FELDA Sungai Behrang berada dalam kawasan Majlis
Daerah Tanjung Malim, Dewan Undangan Negeri Kawasan Behrang Dan Parlimen Bahagian
Tanjung Malim.
Lokasi yang paling hampir adalah Politeknik Sultan Azlan Shah. Sehubungan dengan itu,
plaza tol yang terdekat adalah Plaza Tol Behrang (124), Projek Lebuh raya Utara Selatan (PLUS)
dan jarak dari plaza tol tersebut ke FELDA Sungai Behrang adalah sejauh 5 km.
Dari segi kuantiti peneroka, FELDA Sg. Behrang terdiri daripada lebih 400 buah
keluarga yang kebanyakannya berbangsa Melayu. Oleh itu, jumlah penduduk pada masa kini
adalah lebih kurang 2700 orang termasuk ahli keluarga para peneroka. FELDA ini dibuka pada
tahun 1968 apabila kumpulan peneroka pertama untuk mengusahakan ladang getah. FELDA
Sungai Behrang pernah keluar dari Tanah Rancangan FELDA bermula tahun 2000 hingga 2005.
Dalam tempoh itu, FELDA Sungai Behrang telah dikenali sebagai Kampung Sungai Behrang.
Pada tahun 2006, FELDA Sungai Behrang telah disenaraikan semula sebagai salah satu tanah
rancangan FELDA di negeri Perak.
8/10/2019 Sosioekonomi di FELDA Sungai Behrang
http://slidepdf.com/reader/full/sosioekonomi-di-felda-sungai-behrang 6/33
Kawasan tanah rancangan FELDA merupakan kawasan yang berpotensi berekonomi
yang dapat menguntungkan dua pihak. Menurut Muhammad Sulong dalam bukunya Penempatan
FELDA: Perspektif Perancangan Bandar dan Desa, keluasan ditentukan bagi pembahagian
mengikut suatu saiz ekonomi yang ingin dikerjakan atas tanah rancangan FELDA bagi para
peneroka.1Keluasan rancangan FELDA Sg. Behrang ini adalah 2,259.69km
2. keluasan ini
termasuklah kawasan tanaman kelapa sawit, getah dan kawasan kampung peneroka FELDA.
Dalam FELDA ini bukan saja bagi tanaman kelapa sawit dan getah malah sesetengah peneroka
turut mengerjakan penternakan seperti lembu dan ikan. Keluasan bagi tanaman kelapa sawit
adalah seluas 907.54km2. Keluasan tanah bagi tanaman getah sejumlah 1221.132km
2. Dengan
keluasan yang ada, seorang peneroka akan dibekalkan 10 ekar tanah dan setengah ekar bagi
tapak rumah yang dapat menempatkan seramai 4 orang ahli keluarga. Selain itu, keluasan bagi
kawasan kampung pula adalah seluas 166.73km2. Keluasan kawasan kampung ini dapat
menampung sebanyak 4 buah kampung iaitu Kampung Bahagia, Kampung Tengah, Kampung
Sekolah dan Kampung. Setiap kampung mempunyai 24 blok dan setiap blok mempunyai kira-
kira 20 lebih buah rumah. Menurut salah seorang ketua blok di kampung FELDA ini,
pembahagian blok sebegini adalah bagi memudahkan pengurusan peneroka agar tidak tercicir
bantuan atau ketidakseimbangan pengurusan.
Keberterusan rancangan FELDA ini disokong dengan adanya infrastruktur bagi
keselesaan para peneroka. Antara infrastruktur yang terdapat di FELDA Sg. Behrang adalah
sekolah rendah, sekolah agama rakyat, sekolah tadika, masjid, 4 buah surau, klinik desa, padang
bola, gelanggang takraw, gelanggang bola tampar, gelanggang serba guna, taman permainan
kanak-kanak, tanah perkuburan, pasar ikan, rumah rehat dan beberapa kedai runcit dan kedai
makan.2
1Mohamad Sulong. 1985. Petempatan Felda : Perspektif Perancangan Bandar dan Desa. Dewan
Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia : University Of California. Hal 19.
2http://feldasungaibehrang.wordpress.com/. Diasses pada 7 Oktober 2013.
8/10/2019 Sosioekonomi di FELDA Sungai Behrang
http://slidepdf.com/reader/full/sosioekonomi-di-felda-sungai-behrang 7/33
6.0 Hasil kajian - Pemantauan aktiviti sosioekonomi penduduk
6.1 Komuniti FELDA Sungai Behrang
Komuniti merupakan suatu kumpulan manusia yang mempunyai persefahaman dalam
sesuatu matlamat dan saling bergantung antara satu sama lain. Keadaan ini dipengaruhi oleh
penglibatan mengerjakan sesuatu tugas yang sukar dikerjakan oleh satu tenaga atau seorang
sahaja. Sebagai contoh, suatu kelompok komuniti perlu menyediakan kemudahan untuk komuniti
berhubung sesama mereka agar proses pembelajaran akan menjadi lebih baik, pantas dan murah.
Tambahan pula, seiring dengan era globalisasi dan suasana ekonomi yang berasaskan
ilmu pengetahuan yang kritis (k-ekonomi), sesuatu kerja tidak lagi dilakukan secara
berseorangan. Penyelesaian masalah yang kompleks dan kepentingan mendapatkan maklumat
yang pantas memerlukan manusia bersepakat, berkongsi maklumat, menyelesaikan masalah,
belajar dan berkomunikasi lebih cekap dan pantas dari sebelumnya. Misalnya, secara realitinya
manusia berada di merata tempat, bekerja di pejabat dan luar pejabat perlu berhubungan melalui
telefon dan internet. Selain itu, sesuatu kerja boleh dilakukan merentasi organisasi dan sempadan
geografi.3 Namun kadangkala terdapat beberapa halangan seperti aplikasi komunikasi yang
kurang ramah antara pengguna atau komuniti, peralatan perhubungan yang kurang berkesan,
infrastruktur yang tidak sempurna akan mengecewakan pengguna.
Menurut , terdapat beberapa kategori komuniti yang membentuk sesebuah organisasi.
Pertama, komuniti sematlamat. Komuniti jenis ini merupakan sekumpulan manusia dari berbagai
disiplin bekerjasama dalam merentasi organisasi secara formal dalam sesuatu tempoh masa
projek yang telah ditetapkan. Misalnya, projek pembangunan. Kedua, komuniti pengamal yang
dapat diertikan dengan sekumpulan manusia dari disiplin profesional yang sama bersatu untuk
berkongsi belajar secara tidak formal, menyelesaikan masalah, rangkaian profesional dan saling
bantu membantu. Contohnya, pengurusan komuniti sesebuah kampung. Ketiga, komuniti
pelanggan adalah organisasi yang membentuk kumpulan pelanggan yang bertindak sebagai
penyampaian maklumat yang biasanya dalam perdagangan. Ahli-ahli komuniti akan memberi
3 Nicolaas Warouw. Jurnal Analisis Sosial Vol. 10 No. 2 Oktober 2005. Hal 75.
8/10/2019 Sosioekonomi di FELDA Sungai Behrang
http://slidepdf.com/reader/full/sosioekonomi-di-felda-sungai-behrang 8/33
maklum balas, membantu mengenal pasti masalah dan mengemukakan pandangan-pandangan
untuk memperbaiki perkhidmatan atau pengeluaran.
Seterusnya, keempat, komuniti rantai penyumbang. Komuniti jenis ini merupakan
organisasi yang menghubungkan penyumbang-penyumbang utama mereka bagi mengurangkan
kos operasi dan membentuk amalan pembelian yang lebih berkesan. Kelima, komuniti
pembelajaran yang melibatkan sekumpulan manusia yang bersedia untuk berbahas dan
mengikuti secara formal pengalaman pembelajaran. Komuniti ini biasanya menceburi ke dalam
komuniti pengamal. Akhir sekali ialah komuniti bergabung yang melibatkan sekumpulan
manusia yang berkongsi minat membentuk komuniti untuk pembelajaran yang berterusan,
berhubung, berbincang tentang perkembangan baru, berkongsi sumber, sokongan emosi dan
penyelesaian masalah. Tuntas nya, pembentukan komuniti memberi faedah kepada sesuatu
organisasi kerana hasil dari pengalaman bekerja lebih meningkat, mendapat kepuasan daripada
hubungan peribadi, membentuk kumpulan yang lebih rapat dan membina jati diri dan identiti.
FELDA Sungai Behrang mempunyai pengurusan yang sistematik dan kondusif. Dalam
FELDA ini bukan sahaja menguruskan dan meneruskan misi Rancangan Malaysia ke- 4 dalam
Dasar Ekonomi Baru tetapi bagi mengurangkan kadar kemiskinan dalam masyarakat di
Malaysia.4 Namun ianya juga menyentuh kepentingan komoditi dalam FELDA Sungai Behrang.
Pengurusan komuniti yang baik tidak menghairankan kita apabila seluruh peneroka dalam
FELDA ini memiliki nilai-nilai yang disanjung. Misalnya, semasa penyelidikan kami ke FELDA
Sungai Behrang, kami disambut dengan hati terbuka. Kami juga dilayan seperti anak-anak
mereka sendiri seperti menyediakan tempat tinggal, makanan dan turut bekerjasama dalam
memberikan maklumat tentang perkembangan FELDA ini sejak 1963 sehingga kini.
Selain itu, pembangunan komuniti FELDA Sungai Behrang semakin meningkat. Hal ini
demikian supaya para peneroka tidak berasa kosong dengan hanya mengerjakan penanaman dan
perladangan, penternakan dan sebagainya. Pembangunan komuniti ini dijalankan bagi penglibatan orang dewasa, belia dan kanak-kanak di samping menjalin ikatan ukhuwah antara
4Just Faaland, Jack Parkinson dan Rais Saniman. 1991. Dasar Ekonomi Baru : Pertumbuhan
Negara Dan Pencapaian Ekomoni Orang Melayu. Kuala Lumpur : Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd. Hal 92-98.
8/10/2019 Sosioekonomi di FELDA Sungai Behrang
http://slidepdf.com/reader/full/sosioekonomi-di-felda-sungai-behrang 9/33
mereka mahupun dengan FELDA lain. Sebagai contoh, pembangunan komuniti yang pernah
dilaksanakan di FELDA Sungai Behrang sejak 2009 iaitu kutip dan angkut sampah di
perkampungan, menebas dan meracun kawasan kampung, pembinaan landskap, penjagaan
pokok, membina wakaf di Taman Selesa dan sebagainya.
FELDA Sungai Behrang juga melaksanakan pelbagai program dalam pembangunan
komuniti. Pendek kata, aktiviti sosial dalam kalangan para peneroka FELDA Sungai Behrang.
Menurut Pembantu Pengurus, aktiviti komuniti dan sosial yang dilaksanakan sekurang-
kurangnya sebulan sekali. Dengan itu, penulis mengkategorikan pembangunan komuniti ini
kepada beberapa pengurusan seperti fisiologi atau keperluan infrastruktur bagi keselesaan para
peneroka FELDA Sg. Behrang, keselamatan dan kebersihan komuniti, kebajikan komuniti dan
penghargaan kepada komuniti yang terdapat dalam FELDA ini
i ) Pengurusan Fisiologi Atau Keperluan Infrastruktur.
Pengurusan fisiologi dapat kita lihat dalam perkhidmatan yang disediakan dalam
komuniti di FELDA Sg. Behrang seperti diskusi untuk berbincang topik berkaitan perkhidmatan,
rujukan pakar untuk nasihat dan penyelesaian masalah, bantuan untuk pertolongan rakan
komuniti, polisi dan garis panduan ICT kerajaan, pembangunan kerjaya, URL pilihan, FAQ
pengguna baru.
Selain itu, dalam keperluan infrastruktur pula, FELDA ini mempelbagaikan aktiviti
keagamaan bagi mendekatkan masyarakat kepada akidah dan syariah serta menjadikan masjid
sebagai perantaraan ukhuwah seluruh warga peneroka di FELDA Sungai Behrang. Sebagai
contoh, pengukuhan masjid dilaksanakan memandangkan semua peneroka FELDA Sg. Behrang
beragama Islam. Pelaksanaan program pengukuhan masjid pada April 2011 ini melibatkan
seluruh warga peneroka dan rancangan. Oleh itu, menurut Ketua Blok dan juga AJK Biro
Pendidikan, Puan Dan, ekoran pengukuhan keagamaan di Kampung Sekolah, terdapatnya aktiviti
nasyid dan kompang dijalankan yang disertai oleh remaja sekolah dan juga golongan suri rumah.
ii ) Pengurusan Keselamatan Dan Kebersihan Komuniti
Tahap kebersihan FELDA Sungai Behrang turut terjaga. Contohnya Program Gotong-
Royong yang biasanya dijalankan dalam bulan April, Jun, September dan Disember. Program ini
8/10/2019 Sosioekonomi di FELDA Sungai Behrang
http://slidepdf.com/reader/full/sosioekonomi-di-felda-sungai-behrang 10/33
bertujuan menggalakkan warga peneroka mengamalkan program gotong-royong yang pernah
dijalankan di awal kemasukan rancangan. Dalam program ini melibatkan semua warga Felda.
Keceriaan kawasan kampung juga dijalankan bagi mewujudkan persekitaran kawasan
kampung yang selari dengan konsep dan pendekatan rancangan felda. Seluruh warga peneroka
dan rancangan melibatkan diri dalam program keceriaan kawasan kampung.
Selain itu juga, keselamatan komuniti terjamin dengan adanya perondaan sekitar
kampung yang bermula pukul 12 malam oleh pengawal keselamatan dan juga para pengurusan
yang bertanggungjawab bagi menjamin keselamatan para peneroka. Dengan ini, para peneroka
berasa aman dan damai sejahtera.
iii ) Pengurusan Kebajikan Komuniti
Lantaran itu, Program Pelaburan Peneroka (KPF) dilaksanakan sepanjang tahun yang
melibatkan seluruh warga peneroka dan generasi muda FELDA Sungai Behrang. Program ini
merupakan salah satu pengurusan di FELDA ini bagi menjaga kebajikan komuniti mereka.
Malahan, program ini menambah peluang pendapatan melalui pulangan dividen tahun KPF.
Sehubungan dengan itu, pengurusan rancangan FELDA Sungai Behrang sangat prihatin
terhadap kesihatan warga peneroka. Hal ini kerana pengurusan rancangan FELDA Sungai
Behrang hendak menjadikan warga FELDA yang sihat dan menjaga kesihatan. Oleh itu salah
satu program yang dilaksanakan di FELDA ini adalah Program Kesihatan yang dijalankan
sepanjang bulan April hingga Julai 2011.
Selain itu, Timbalan Pengerusi dan Pengerusi GPW ( Gerakan Persatuan Wanita), ketua-
ketua Blok yang terlibat dan petugas-petugas turut menganjurkan program Lawatan ke rumah
peneroka pada setiap hari Rabu. Program ini dijalankan sepanjang tahun kerana ianya bertujuan
mewujudkan hubungan baik dan mesra di antara pengurusan FELDA dengan warga FELDA dan
menyampaikan maklumat terkini program dan aktiviti FELDA.
Pengurusan rancangan FELDA Sungai Behrang bijak dalam menyelesaikan masalah
yang dihadapi seluruh warga peneroka. Oleh itu, Program Isu dan Aduan dijalankan sepanjang
tahun bagi menangani masalah secara cekap dan tepat bagi setiap permasalahan yang timbul di
8/10/2019 Sosioekonomi di FELDA Sungai Behrang
http://slidepdf.com/reader/full/sosioekonomi-di-felda-sungai-behrang 11/33
peringkat rancangan. Pengurusan rancangan program ini melibatkan AJK JKKR, GPW dan
pengurusan rancangan FELDA.
Sehubungan dengan itu, Tabung Bantuan Kebajikan Peneroka yang melibatkan para
pengurusan rancangan turut dijalankan sepanjang tahun. Program ini dilaksanakan bagi
mendapatkan maklumat keperluan dan keutamaan bagi membantu warga peneroka yang
memerlukan.
iv ) Pengurusan Penghargaan Komuniti
Bagi menghargai jasa dan perit menjayakan keberterusan FELDA ini, maka Program
Kepimpinan Peneroka yang bertujuan memberi latihan kepimpinan dan nilai tambah kepada
barisan kepimpinan JKKR dan GPW. Program ini melibatkan semua ketua blok JKKR atau
GPW serta AJK JKKR. Selain itu, AJK JKKR dan pengurusan rancangan FELDA juga
menyertai dalam pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh pihak kerajaan di peringkat Parlimen
seperti program Urusan Parlimen.
Dengan adanya nilai tambah dalam kepimpinan dan pengurusan tanah rancangan
FELDA, maka FELDA Sungai Behrang bukan sahaja terdapat perladangan tanaman kelapa sawit
dan getah, penternakan dan perkhidmatan malah keusahawanan juga dilaksanakan. Oleh itu,
pengurusan rancangan FELDA mewujudkan Program Bidang Keusahawanan yang melibatkan
warga peneroka dan generasi-generasi peneroka. Program yang melibatkan seluruh warga
peneroka dan generasi ini memberi peluang kepada warga peneroka menambah pendapatan
selain mendapat hasil dari ladang dan penternakan. Program ini dijalankan sepanjang tahun bagi
melahirkan bakal generasi peneroka yang berkualiti.
8/10/2019 Sosioekonomi di FELDA Sungai Behrang
http://slidepdf.com/reader/full/sosioekonomi-di-felda-sungai-behrang 12/33
6.2 Sektor Perladangan
I. Getah
Sektor perladangan merupakan kegiatan utama masyarakat FELDA Sungai Behrang. Hal ini
dapat dilihat daripada penduduknya yang majoritinya terdiri daripada peneroka. Peneroka
FELDA majoritinya berumur 70 tahun dan ke atas. Mereka ini ialah peneroka terawal pada
peringkat pertama dan kedua yang memasuki tanah rancangan FELDA pada awal tahun 1968.
Peneroka pada peringkat ketiga pula memasuki tanah rancangan FELDA pada penghujung tahun
1968. Manakala peneroka pada peringkat keempat pula memasuki tanah rancangan FELDA pada
tahun 1981. Dasar kerajaan mengenai kemajuan tanah di negara ini adalah untuk memenuhi dua
objektif utama iaitu mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan
golongan yang tidak mempunyai tanah. Penubuhan agensi-agensi berkaitan dengan kemajuan
tanah seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) adalah untuk mencapai objektif-
objektif tersebut.5
Kegiatan perladangan yang diusahakan oleh penduduk kampong FELDA Sungai Behrang
ialah perladangan getah dan kelapa sawit. Namun kegiatan penanaman getah dijalankan terlebih
dahulu pada peringkat awal pembukaan tanah rancangan FELDA Sungai Behrang. Maklumat
yang diperoleh dalam kajian ini banyak diperoleh melalui kaedah temu bual yang dilakukan
terhadap salah penduduk-penduduk kampong FELDA Sungai Behrang. Antaranya ialah encik
Mohd Badridulzaman. Beliau menceritakan tentang pengetahuan dan pengalaman beliau
sepanjang beliau terlibat dalam kegiatan perladangan di kawasan tanah rancangan FELDA di
kawasan tersebut.
Menurut encik Mohd Badridulzaman, setiap peneroka diberikan 10 ekar tanah untuk
mengerjakan ladang pokok getah atau kelapa sawit khususnya. Setiap peneroka juga akan
diberikan suku ekar/ 0.25 ekar tanah untuk membina penempatan mereka di sebuah kampung
terancang yang dibina oleh FELDA. Keadaan ini bagi memudahkan mereka menguruskan tanah
perladangan mereka. Menurut encik Mohd Badridulzaman lagi, getah mula ditanam secara
5 Mohd Taib Osman, Wan Kadir Tusoff (1986). Kajian Budaya dan Masyarakat di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka. Ms 168
8/10/2019 Sosioekonomi di FELDA Sungai Behrang
http://slidepdf.com/reader/full/sosioekonomi-di-felda-sungai-behrang 13/33
besar-besaran pada bulan November tahun 1969.Selepas 5 tahun daripada tempoh tersebut, getah
mula mengeluarkan hasil.
Sejak FELDA ditubuhkan pada tahun 1956, FELDA merupakan agensi pembangunan tanah
yang terbesar di negara ini. Misalnya dalam masa 18 tahun dari tahun 1956 sehingga tahun 1975,
FELDA telah berjaya membuka seluas 730,000 ekar tanah, menempatkan 34,000 keluarga
peneroka dalam 167 buah rancangan yang terbesar di seluruh negara. Felda bertanggungjawab
besar dalam menguruskan perladangan di negara ini. Antaranya, FELDA bertanggungjawab
dalam mencari buruh-buruh/ tenaga kerja untuk menguruskan ladang tersebut dan FELDA juga
bertanggungjawab dalam membekalkan segala kemudahan untuk perladangan seperti baja dan
sebagainya. Dalam Rancangan Malaysia Kedua, terdapat kira-kira 11,247 peluang pekerjaan
yang disediakan oleh FELDA.6Matlamat pembangunan yang dijalankan oleh ialah bercorak
sosio-ekonomi. Di samping menukar kawasan-kawasan hutan kepada lading-ladang yang boleh
mendatangkan keuntungan dari segi ekonomi. FELDA juga bertujuan untuk mewujudkan
komuniti-komuniti yang maju dan stabil dari segi sosial, responsif kepada perubahan dan
cabaran moden di kawasan-kawasan penempatannya.
FELDA juga telah membantu peneroka-peneroka melalui program pembangunan peneroka di
mana FELDA telah memperkenalkan pengetahuan-pengetahuan teknik yang moden kepada
peneroka supaya mereka dapat menghasilkan pengeluaran yang maksimum dari lading-ladang
mereka. FELDA juga bertujuan memupuk semangat berdikari supaya mereka betul-betul
menjadi peneroka yang bertanggungjawab dan maju kepada perubahan dan cabaran moden.
Selain itu, menurut encik Mohd Badridulzaman yang pernah menjadi penoreh getah pada
satu ketika dahulu, beliau telah menceritakan banyak pengalaman beliau yang mula menoreh
getah pada usia 11 tahun. Selain menoreh getah, beliau juga bertanggungjawab untuk menjaga
ladang getah, meracun lalang dan membersihkan kawasan sekitar ladang. Gaji yang diperoleh
beliau pada ketika itu ialah sebanyak RM 1.80 sehari untuk tempoh lapan jam bekerja. Menurutencik Mohd Badridulzaman lagi, pada tahun 1974, getah mula mengeluarkan hasilnya setelah
hampir 5 tahun ia ditanam. Pada ketika itu juga, encik Mohd Badridulzaman juga
bertanggungjawab menjaga stor pengumpulan getah, selain bertanggungjawab mengangkat
6 Ibid. Ms 169
8/10/2019 Sosioekonomi di FELDA Sungai Behrang
http://slidepdf.com/reader/full/sosioekonomi-di-felda-sungai-behrang 14/33
getah, menimbang getah dan mengukur kepekatan susu getah. Pendapatan yang diterima beliau
pada ketika itu telah meningkat sebanyak RM 3.00 sehari. Walau bagaimanapun, pada tahun
1978, encik Mohd Badridulzaman telah memasuki bidang ketenteraan dan telah meninggalkan
kerjayanya sebagai penoreh getah. Tambah encik Mohd Badridulzaman, pada tahun 2012,
tanaman kelapa sawit mula ditanam di FELDA Sungai Behrang kerana hasilnya yang lebih cepat
diperoleh berbanding dengan tanaman getah.
Hasil daripada temu bual daripada encik Mohd Badridulzaman dan penduduk kampung
FELDA Sungai Behrang, terdapat beberapa masalah yang dihadapi dengan penanaman tanaman
getah. Antara masalah yang sering dihadapi ialah masalah kecurian getah sekerap. Hal ini
berlaku terutamanya semasa berlaku kenaikan harga getah. Masalah ini menimbulkan
kebimbangan kepada pekebun-pekebun kecil getah dan peneroka-peneroka khususnya bagi
mereka yang menjual hasil torehan dalam bentuk getah sekerap. Walau pun kerjanya agak
mudah, tetapi ia berdepan dengan risiko kecurian. Misalnya, apabila menoreh di waktu pagi,
pencuri akan datang mengutip hasil tanaman pada sebelah petang. Apabila menoreh pada sebelah
petang pula, pencuri akan datang mencuri pada sebelah malam.
Oleh itu, disebabkan masalah ini, ramai di kalangan pekebun kecil dan peneroka yang
lebih suka menjual hasil torehan dalam bentuk susu cair (latex) bagi mengelakkan hasil kerja
mereka dicuri terutamanya semasa harga getah melambung tinggi. Walau bagaimanapun, kerja
ini agak remeh dan memakan masa yang lama untuk pekebun berada di ladang, tetapi ianya
dapat mengelakkan daripada berlakunya kecurian susu getah.
Selain daripada itu, masalah lain yang dihadapi oleh peneroka dan pekebun-pekebun
kecil ialah harga getah yang tidak menentu dan sering berubah-berubah serta masa yang diambil
terlalu lama untuk pokok getah mengeluarkan hasil. Keadaan ini memberi impak kepada
pendapatan pekebun dan peneroka. Jumlah pendapatan mereka tidak tetap dan sering berubah-
berubah mengikut harga getah semasa.Ini kerana harga getah berkait rapat dengan harga di pasaran dunia. Kenaikan harga getah biasanya berkait rapat dengan kenaikan harga petroleum di
pasaran antarabangsa. Keadaan ini menyebabkan tumpuan pengeluar barangan berasas getah
sintetik yang diperbuat daripada petroleum bertikar kepada getah asli. Maka permintaan terhadap
getah asli meningkat secara mendadak dan menyebabkan harganya juga meningkat. Pastinya
harga getah akan menurun semula sekiranya berlaku penurunan terhadap harga petroleum di
8/10/2019 Sosioekonomi di FELDA Sungai Behrang
http://slidepdf.com/reader/full/sosioekonomi-di-felda-sungai-behrang 15/33
pasaran antarabangsa. Selain itu, pokok getah dapat ditoreh setelah berusia empat setengah tahun
di mana purata peningkatan ukur lilit ialah 10 sentimeter setahun. Keadaan ini merupakan antara
cabaran yang dihadapi oleh penoreh dan peneroka dalam memperoleh hasil daripada tanaman
ini.
II. Kelapa Sawit
Tanaman kelapa sawit mula ditanam di FELDA Sungai Behrang pada tahun 2012.Menurut
penduduk kampung FELDA Sungai Behrang, tanaman kelapa sawit ditanam bagi menggantikan
tanaman getah yang mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan hasilnya. Namun,
walaupun tanaman kelapa sawit ditanam, tanaman getah masih terus ditanam. Pokok yang
matang mempunyai satu batang pokok yang tunggal dan tumbuh sehingga 20 meter tingginya.
Menurut temu bual daripada penduduk kampung, buah kelapa sawit memakan masa hampir 5-6
bulan untuk masak dari pendebungaan. Ia terdiri daripada lapisan luar yang berisi dan berminyak
dengan biji tunggal yang juga kaya dengan minyak. Penanaman kelapa sawit adalah melalui
penyemaian biji-biji.
Kelapa sawit termasuk dalam tumbuhan pohon. Bunga dan buahnya berupa tandan serta
bercabang banyak. Buahnya kecil dan apabila masak berwarna merah kehitaman. Isi dan kulitnya
mengandungi minyak. Minyaknya dapat digunakan sebagai minyak goreng, sabun dan lilin.
Hampasnya dapat dimanfaatkan untuk makanan ternak, khususnya sebagai salah satu bahan
pembuatan makanan awam. Tempurungnya pula dapat digunakan sebagai bahan bakar dan
arang. Kelapa sawit menyukai tanah yang subur dan tempat terbuka dan mempunyai kelembapan
yang tinggi. Kelembapan yang tinggi itu antaranya ditentukan dengan adanya curah hujan yang
tinggi sekitar 2000-2500 mm setahun.
Kesimpulannya, peneroka di kampung FELDA Sungai Behrang ini telah menjalankan dua
jenis kegiatan perladangan iaitu getah dan kelapa sawit. Getah merupakan tanaman yang mula-
mula sekali ditanam di kawasan tersebut. Memandangkan getah mengambil masa yang lama
untuk mengeluarkan hasil, peneroka di sini beralih pula kepada tanaman kelapa sawit. Terdapat
juga cabaran-cabaran tertentu yang terpaksa dilalui oleh peneroka-peneroka ini dalam
menguruskan tanaman mereka ini. Walau bagaimanapun peneroka di sini sentiasa mendapat
bantuan dan sokongan daripada kerajaan untuk sentiasa terus memajukan kegiatan penanaman
8/10/2019 Sosioekonomi di FELDA Sungai Behrang
http://slidepdf.com/reader/full/sosioekonomi-di-felda-sungai-behrang 16/33
ini. Selain tanaman lain, getah dan kelapa sawit sememangnya memberi sumbangan yang besar
terhadap perkembangan ekonomi negara.
6.2 Penternakan
Aktiviti penternakan di FELDA Sg. Behrang terdiri daripada penternakan Lembu , kambing dan
penternakan air tawar. Pada permulaan aktiviti penternakan ini bermula secara persendirian
bermula dari hobi sehingga menjana pendapatan yang tetap kepada peneroka seterusnya
diteruskan oleh generasi seterusnya. Penternakan lembu telah memenuhi permintaan untuk
ibadah korban dan kenduri kahwin penduduk sekitar FELDA.
Gambar 1 : Penternakan Lembu di FELDA Sg. Behrang.
Ahmad Fuad Bin Yasin, 35 merupakan anak peneroka FELDA Sg. Behrang yang bermula
menternak lembu sekitar 5 tahun yang lalu bermula dengan menternak 3 ekor lembu sahaja pada
mulanya kini bilangan ternakan mencecah 30 ekor. Beliau menjadikan aktiviti penternakan
sebagai pekerjaan sampingan sebelah petang dan bekerja tetap sebagai penyelenggara di lebuh
raya PLUS. Kesihatan penternakannya dipantau secara berkala oleh Jabatan Veterinar dan beliau
dibekalkan vitamin khas untuk kesihatan lembu bagi menjamin kesihatan ternakan. Menurut
beliau, penternakan lembu memerlukan kesabaran dan kecekalan secara berlaku sebarang
perkara di luar jangkaan sekiranya ternakan mengalami jangkitan. Penternakan yang diusahakan
8/10/2019 Sosioekonomi di FELDA Sungai Behrang
http://slidepdf.com/reader/full/sosioekonomi-di-felda-sungai-behrang 17/33
oleh beliau dipantau oleh pihak FELDA dalam usaha untuk menyalurkan modal tambahan
sebanyak RM14,000 kepada beliau untuk menambah lagi jumlah ternakan.
Di sekitar kawasan penternakan lembu, terdapat kolam ternak ikan air tawar seperti ternakan
ikan puyu. Hanya beberapa kolam sahaja yang beroperasi dan terpaksa ditutup disebabkan kes-
kes tertentu. Terdapat juga, ternakan ikan yang diusahakan sendiri di belakang kediaman mereka.
Ini dapat membantu dalam meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat dan memenuhi
keperluan penduduk FELDA tanpa mengharap sepenuhnya keperluan asas terhadap pasaran luar.
Penternakan kambing juga diusahakan di FELDA Sg.Behrang. Penternakan kambing diusahakan
secara kecil-kecilan di mana dananya disuntik sekitar RM1,000 kepada penternak untuk
memajukan penternakan kambing. Permintaan kambing diperlukan untuk ibadah aqiqah dan
kenduri kecil-kecilan di samping dapat memenuhi permintaan penduduk setempat. Selain itu
juga, penternakan ini dapat dipasarkan sekitar kawasan Behrang untuk menjamin pendapatan
yang berterusan kepada peneroka.
8/10/2019 Sosioekonomi di FELDA Sungai Behrang
http://slidepdf.com/reader/full/sosioekonomi-di-felda-sungai-behrang 18/33
6.3 Kemudahan Infrastruktur
Kemudahan adalah keperluan yang perlu ada dalam kehidupan FELDA Sungai Behrang.
Kemudahan di FELDA Sungai Behrang disediakan oleh kerajaan untuk memudahkan dan
memberikan keselesaan peneroka. Penyediaan pelbagai kemudahan awam dan sosial umumnya
telah disediakan lebih awal di FELDA Sungai Behrang. Jalan raya yang dibina telah
membolehkan penduduk bergerak ke kawasan-kawasan lain. Telefon talian tetap dan telefon
bimbit juga boleh diperoleh dengan mudah. Kemudahan elektrik dan air tidak menjadi masalah
kepada semua peneroka kerana ia disalurkan sepanjang masa. Usaha untuk mempertingkatkan
kemudahan awam ini sentiasa diteruskan selaras dengan perkembangan penduduk yang semakin
bertambah.
Antara kemudahan dan kemudahan yang terdapat di FELDA Sungai Behrang adalah
sekolah rendah, sekolah agama rakyat, sekolah tadika, masjid, 4 buah surau, klinik desa, padang
bola, gelanggang takraw, gelanggang bola tampar, gelanggang serba guna, taman permainan
kanak-kanak, tanah perkuburan, tanah perkuburan, pasar basah, home stay dan beberapa kedai
runcit dan kedai makan.
Pendidikan
Sekolah Kebangsaan Sungai Behrang (S.K.S.B)
Sekolah Kebangsaan Sungai Behrang (S.K.S.B) telah mula beroperasi pada tahun 1968. Sekolah
ini terletak di Jalan L, Felda Sungai Behrang dan berada di kawasan bukit. Pada 6 Mei 1968,
S.K.S.B hanya terdiri daripada 3 buah bangunan, 9 bilik darjah, pejabat kantin, tandas , 3 buah
rumah guru dan padang sukan. Bilangan murid pada waktu itu sebanyak 99 orang dan bilangan
guru sebanyak 3 orang. Pada tahun 190, bilangan murid telah bertambah kepada 405 orang dan
sekolah mula dibahagikan kepada 2 sesi, iaitu pagi dan petang. Pada April 2002, sebuah blok 4
tingkat telah disiapkan dan ini merangkumi penggunaan bagi 8 bilik darjah, bilik muzik, bilikcomputer, bengkel kemahiran hidup, bilik guru, bilik kaunseling, bilik mesyuarat, bilik sains dan
dewan terbuka. Makmal komputer telah didirikan dengan permulaan sebanyak 11 buah
komputer. Pada awal 2003 pula, kelas pra sekolah, Pra Wawasan telah mula dibuka dan bilangan
murid yang pertama menjalani kelas tersebut ialah seramai 25 orang. Pada tahun 2004, Bilik J-
8/10/2019 Sosioekonomi di FELDA Sungai Behrang
http://slidepdf.com/reader/full/sosioekonomi-di-felda-sungai-behrang 19/33
Qaf telah mula beroperasi dan kelas pra sekolah telah ditambah, Pra Gemilang. Pusat akses telah
diwujudkan pada tahun 2008 dengan menggunakan 10 buah computer.
Gambar 1.1 Sekolah Kebangsaan Sungai Behrang( sumber diperoleh pada 28 September 2013)
Pusat akses Sekolah Kebangsaan Sungai Behrang
Pusat Akses Sekolah Kebangsaan Sungai Behrang mengamalkan konsep ala “cyber café” tetapi
lebih menjurus kepada pembelajaran. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan
bagi membolehkan murid membuat pembelajaran secara kendiri ( self learning ) dan
mempelbagaikan gaya pembelajaran mereka. Murid boleh mencari dan memilih sumber
pembelajaran secara sendiri mengikut kadar kendiri.
Matlamat & Objektif Pusat Akses Sekolah Kebangsaan Sungai Behrang ini ditubuhkan adalah:
Membudayakan penggunaan ICT di sekolah Mengurangkan nisbah komputer dengan murid
Meningkatkan masa penggunaan komputer oleh murid
Meningkatkan kemahiran murid dalam mencapai maklumat
8/10/2019 Sosioekonomi di FELDA Sungai Behrang
http://slidepdf.com/reader/full/sosioekonomi-di-felda-sungai-behrang 20/33
Membolehkan murid melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri dan akses
kendiri dengan lebih berkesan.
Meningkatkan penggunaan dan penguasaan kemahiran ICT murid untuk pengajaran dan
pembelajaran
Pusat Akses Sekolah beroperasi semasa dan selepas waktu persekolahan. Ia juga digalakkan
beroperasi pada hujung minggu dan cuti sekolah dengan syarat ada pengawasan oleh pihak
sekolah yang menjamin keselamatan peralatan dan boleh memantau penggunaan.
Murid boleh menggunakan Pusat Akses Sekolah ini untuk :
Mencari maklumat daripada Internet untuk pengajaran dan pembelajaran
Mengakses sumber maklumat seperti buku-buku, bahan bercetak atau bahan digital yang
berkaitan
Menyediakan tugasan dan slaid persembahan berkaitan dengan pembelajaran
Berkomunikasi dengan guru dan murid melalui e-mel
Berkolaborasi dengan murid lain.
Keutamaan menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah diberikan kepada murid. Warga
sekolah lain termasuk pentadbir sekolah, guru, dan staf sokongan juga menggunakan kemudahan
Pusat Akses Sekolah ini.
Taman rekreaksi
FELDA Sungai Behrang mempunyai sebuah taman rekreasi. Ia dilengkapi dengan pelbagai
kemudahan untuk tujuan beriadah. Lokasi taman ini adalah bersebelahan dengan jalan utama dan
ini menjadikan tempat ini mudah dikunjungi oleh warga tempatan. Penduduk tempatan
menamakan tanah ini dengan nama „Taman Selesa‟. Taman ini juga amat sesuai untuk
menenangkan fikiran dan aktiviti kekeluargaan. Taman ini juga dilengkapi dengan trek pejalan
kaki yang boleh digunakan untuk aktiviti jogging. Selain itu, kawasan ini dilengkapi dengan
tempat duduk yang boleh digunakan untuk tujuan berehat serta beberapa kemudahan permainan
kanak-kanak.
8/10/2019 Sosioekonomi di FELDA Sungai Behrang
http://slidepdf.com/reader/full/sosioekonomi-di-felda-sungai-behrang 21/33
Padang bola sepak
FELDA Sungai Behrang juga mempunyai sebuah padang bola sepak yang terletak berhampiran
dengan kawasan Sekolah Agama Rakyat. Padang ini lebih dikenali dengan nama „Padang Botak‟
mengikut kebiasaan panggilan oleh penduduk tempatan. Beberapa kejohanan bola sepak
tempatan pernah dijalankan di padang bola sepak ini. Kebiasaannya, padang bola sepak ini
sering digunakan oleh belia-belia pada waktu petang.
Gelanggang sukan pelbagai guna
FELDA Sungai Behrang mempunyai sebuah gelanggang sukan pelbagai guna yang
dibina oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Gelanggang sukan pelbagai guna ini boleh
digunakan dalam aktiviti sukan futsal, sepak takraw dan bola jaring. Gelanggang sukan ini
terletak bersebelahan dengan taman permainan kanak-kanak yang terletak bersebelahan jalan
utama di FELDA Sungai Behrang.
Seperti yang diselaraskan oleh Kementerian Belia dan Sukan, gelanggang sukan
pelbagai guna ini diuruskan dan dikendalikan oleh persatuan penduduk dan persatuan belia
setempat. Ini kerana Kementerian Belia dan Sukan berharap agar ia dapat memupuk minat
persatuan penduduk dan persatuan belia setempat bagi menggerakkan aktiviti-aktiviti sukan di
kawasan yang terlibat. Pihak pengurusan akan terus berkhidmat dari semasa bagi menguruskan
dan mengendalikan gelanggang pelbagai guna ini mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan
agar objektif pembinaan gelanggang sukan pelbagai guna ini dapat mencapai maklumat yang
diharapkan.
8/10/2019 Sosioekonomi di FELDA Sungai Behrang
http://slidepdf.com/reader/full/sosioekonomi-di-felda-sungai-behrang 22/33
Gambar 1.2 Gelanggang Sukan Pelbagai Guna
( sumber diperoleh pada 28 September 2013)
Dewan JKKR
Dewan JKKR terletak bersebelahan dengan pejabat Sungai Behrang. Dewan ini digunakan dalam
pelbagai aktiviti seperti mesyuarat, taklimat, perbincangan, jamuan dan sebagainya
Metadata Stesen Meteorologi
Felda Sungai Behrang adalah satu kawasan yang bertuah kerana memiliki sebuah stesen
meteorology yang dikendalikan oleh kementerian Sains Teknologi dan Inovasi. Antara peralatan
meteorologi yang terlibat di stesen tersebut adalah tolok hujan dan AWS. Stesen ini terletak di
hadapan pejabat Felda, Felda Sungai Behrang.
Klinik Desa Felda Sungai Behrang
Klinik Desa Felda Sungai Behrang terletak di sebelah gelanggang sukan pelbagai guna
menjadikannya pilihan penduduk untuk mendapat kemudahan kesihatan. Kemudahan rawatan
bagi ibu mengandung, kanak-kanak, luka kecil atau sakit ringan disediakan di sini. Peneroka
yang mendaftar sebagai pesakit luar akan dikenakan bayaran RM1.00. Bagi pengawai dan
kakitangan kerajaan yang membawa surat akuan jabatan, boleh mendapatkan rawatan kesihatan
dengan percuma. Penduduk di kampung juga sentiasa memastikan kesihatan mereka berada
dalam keadaan yang baik. Selain menjalankan aktiviti senaman dan mengamalkan gaya hidup
8/10/2019 Sosioekonomi di FELDA Sungai Behrang
http://slidepdf.com/reader/full/sosioekonomi-di-felda-sungai-behrang 23/33
sihat, mereka juga turut mendapat nasihat daripada Jururawat Masyarakat yang bertugas jika
terdapat sebarang masalah berkaitan kesihatan.
Gambar 1.3 Klinik Desa FELDA Sungai Behrang
( sumber diperoleh pada 28 September 2013)
Keselamatan
Dalam FELDA Sungai Behrang, keselamatan kawasan dijaga oleh polis bantuan dan
Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR). Ini adalah untuk memastikan satu kawasan yang
selamat dan aman. Terdapat juga Pertubuhan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) yang membantu
JKKR dan polis bantuan untuk menjaga keamanan FELDA Sungai Behrang. Rondaan secara
berkala akan dibuat bersama-sama dengan JKKR, FELDA Sungai Behrang bagi memastikantiada aktiviti-aktiviti yang mencurigakan.
8/10/2019 Sosioekonomi di FELDA Sungai Behrang
http://slidepdf.com/reader/full/sosioekonomi-di-felda-sungai-behrang 24/33
6.4 Keusahawanan
Tenaga manusia merupakan salah satu input utama yang mempengaruhi perkembangan
sosioekonomi bagi kawasan FELDA Behrang. Melalui dapatan kajian yang telah kami
laksanakan, kami mendapati bahawa suasana liberalisasi ekonomi yang berlaku dalam kawasan
FELDA Behrang telah mengakibatkan berlaku persaingan hebat dalam pasaran tempatan sama
ada dalam kawasan FELDA Behrang itu sendiri mahupun kawasan luar FELDA. Jika dilihat
pada latar belakang sejarah penubuhan FELDA Behrang mendapati bahawa masyarakat di
FELDA Behrang hanya mengusahakan tanaman getah sebagai sumber pertanian mereka. Namun
pada hari, Felda Behrang bukan sahaja mengusahakan tanaman getah malahan turut mewujudkan
tanaman kelapa sawit di setiap ladang-ladang yang telah diperuntukkan oleh FELDA kepada
setiap peneroka. Kajian ini berbentuk kajian kes ke atas 3 usahawan yang dipilih secara rawak
daripada senarai ahli yang berdaftar di bawah FELDA Sungai Behrang. Metodologi kajian
adalah berdasarkan kaedah soal selidik dan pemerhatian yang dilakukan ke atas semua usahawan
terpilih. Usahawan di kawasan ini mempunyai keupayaan yang tinggi berkaitan dengan
kemahiran membentuk hubungan manusia yang baik dan menentukan keperluan pelanggan.
Secara amnya, usahawan di kawasan ini berkeupayaan sederhana tinggi dalam aspek
mengendalikan kemahiran pengurusan. Namun tidak dapat dinafikan juga, terdapat segelintir
usahawan yang lebih berjaya hasil usaha mereka sendiri.
Melalui kaedah soal selidik dan pemerhatian, kami telah menemu bual tiga orang
usahawan FELDA Sg. Behrang yang terdiri daripada usahawan kek lapis Sarawak dan FCC
(Farmasi Colour Cosmetic), usahawan kerepek dan makanan ringan serta usahawan sulam dan
jahitan.
i) Usahawan Kek Lapis dan FCC ( Farmasi Colour Cosmetics)
ii) Usahawan Kerepek dan Kuih Tradisional
iii)
Usahawan Jahitan dan Sulaman
8/10/2019 Sosioekonomi di FELDA Sungai Behrang
http://slidepdf.com/reader/full/sosioekonomi-di-felda-sungai-behrang 25/33
a) Usahawan Kek Lapis dan FCC (Farmasi Colour Cosmetics)
i. Latar Belakang Usahawan
Nama : Siti Noraishah Binti Sulong Jamil
Umur : 27 Tahun
Asal : Felda Sungai Behrang
Nama Perniagaan : Ann Nur Niaga
Lokasi perniagaan : Pekan Tg Malim (Belakang Agro Bank) dan sekitar
Felda Sg Behrang.
Pengusaha kek lapis dan FCC merupakan salah seorang usahawan yang dianggap
berjaya dan membanggakan seluruh warga FELDA Sungai Behrang. Dengan
berbekalkan modal permulaan sebanyak RM2000.00 sahaja, usahawan ini mampu
menjadikan perniagaannya maju dan terus mendapat sokongan daripada pelanggannya.
Beliau baru sahaja memulakan perniagaannya pada tahun 2012 selepas mengikuti
beberapa kursus yang telah dianjurkan pelbagai pihak termasuklah dari UPSI. Pada
asalnya, lokasi perniagaan hanya terletak di sekitar kawasan FELDA Sg Behrang
sahaja, namun sehingga hari ini usahawan ini mampu meluaskan cawangannya ke
daerah lain. Sebagai contoh, beliau telah melebarkan sayap perniagaannya yang terletak
di Pekan Tanjung Malim (belakang Agro Bank). Bukan sahaja menyediakan
perniagaan kek lapis malahan beliau juga turut menjual dan menyediakan perkhidmatan
kosmetik kepada pelanggannya. Produk kosmetik yang berasal dari Istanbul, Turki
merupakan produk keluaran FCC yang mampu menjamin kualiti kepada pengguna
kerana ianya merupakan salah satu produk halal yang dijual di pasaran.
Ann Nur Niaga juga terdiri daripada tiga pemilik iaitu Maidatul Akmal, Nor
Raihan dan Normah. Ketiga-tiga individu ini bertanggungjawab dalam mengusahakan
perniagaan mereka. Pelbagai kaedah dan pendekatan telah digunakan bagi memajukan
dan meluaskan sayap perniagaannya mereka. Sebagai contoh, mereka menggunakan
kaedah pengiklanan mengguna media sosial seperti facebook dan juga blog. Selain itu,
mereka juga menggunakan khidmat tenaga dari beberapa individu lain yang menjadi
8/10/2019 Sosioekonomi di FELDA Sungai Behrang
http://slidepdf.com/reader/full/sosioekonomi-di-felda-sungai-behrang 26/33
pengedar untuk memasarkan produk mereka. Hasil pendapatan yang diperoleh oleh
usahawan ini hampir mencecah RM2000.00 sehari dan ianya merupakan satu tahap
yang sangat menguntungkan bagi perniagaan ini.
b) Usahawan Kerepek dan Kuih Tradisional
i. Latar Belakang Usahawaan
Nama : Saadoh Binti Ahmad
Umur : 42 Tahun
Asal : Felda Sungai Behrang
Nama Perniagaan : Zaza Sri Kandi Resource
Lokasi perniagaan : No.20, Jalan T, Felda Sungai Behrang, Slim River
Pn.Saadoh atau lebih dikenali sebagai Cik Nab juga merupakan salah seorang
usahawan dalam rancangan FELDA Sg.Behrang. Perniagaan yang telah dijalankan
selama 3 tahun ini memberi peluang kepada usahawan ini untuk terus berkecimpung
dalam bidang ini. Sebagai permulaan kepada perniagaannya, beliau menggunakan
modal sendiri dengan berbekalkan RM1000.00 sahaja selain mendapat pinjaman dari
agensi lain seperti Amanah Ikhtiar. Semua peralatan atau mesin yang digunakan untuk
memproses kerepek dan kuih adalah hasil dari permohonan yang dibuat terhadap
beberapa agensi termasuklah FELDA dan 1AZAM. Di samping itu, beliau turut dibantu
oleh ahli keluarga terutama anak-anak dan suami sebagai tenaga pekerja dan penyokong
kepada beliau dalam menjalankan perniagaan beliau.
Selain mengusahakan kerepek, beliau juga turut menyediakan beberapa jenis
kuih tradisional. Antaranya ialah kuih goyang, kuih tiram, keropok jejari atau
keropok gunting dan maruku. Produk atau hasil keluaran beliau bukan sahaja
mendapat tempat dalam kalangan penduduk FELDA Sg Behrang namun beliau juga
turut memasarkan produknya ke luar kawasan atau daerah termasuklah daerah
Gopeng dan Shah Alam. Pelbagai kaedah digunakan untuk memasarkan produk
beliau seperti penjualan secara online seperti blog, facebook dan sebagainya.
Pendapatan untuk hasil penjualan produk beliau boleh mencecah RM1000.00 dan
8/10/2019 Sosioekonomi di FELDA Sungai Behrang
http://slidepdf.com/reader/full/sosioekonomi-di-felda-sungai-behrang 27/33
melalui hasil tersebut beliau menggunakannya semula sebagai modal pusingan untuk
memproses produk beliau. Selain mengusahakan produk ini, beliau juga turut
membuat kerja sampingan seperti menorah getah di kebun milik ayah dan ibu beliau
yang terletak tidak jauh dari FELDA Sg, Behrang.
c) Usahawan Jahitan dan Sulaman
i. Latar Belakang Usahawan
Nama : Nurhamijan Binti Hamidin
Umur : 51 Tahun
Asal : Felda Sungai Behrang
Nama Perniagaan : -
Lokasi perniagaan : Jalan T, FELDA Sungai Behrang, Slim River
Usahawan kelahiran Bagan Datoh, Perak ini mula berjinak-jinak dalam aktiviti
jahitan sejak sebelum beliau mendirikan rumahtangga pada tahun 1981. Beliau yang
juga merupakan anak kepada peneroka FELDA Sg Behrang dan dikategorikan
sebagai peringkat kedua dalam FELDA. Beliau mengambil upah menjahit untuk
masyarakat setempat. Antara jahitan yang diusahakan oleh beliau ialah jahitan baju
kurung, baju kebaya dan semua jenis baju kurung. Beliau menjahit baju kurung
dengan menerima upah sebanyak RM23.00 sehelai. Selain menjahit baju kurung,
beliau juga baru mula berjinak-jinak dalam aktiviti sulaman. Beliau telah melibatkan
diri dalam beberapa aktiviti atau kursus sulaman yang dianjurkan oleh beberapa
agensi lain seperti Giat Mara, P1, Kemas dan turut termasuk beberapa aktiviti yang
dianjurkan oleh FELDA Sg.Behrang. Selain itu, beliau juga turut mengikuti beberapa
pertandingan gubahan bunga dan hiasan kek yang dianjurkan oleh beberapa pihak
termasuklah UPSI.
8/10/2019 Sosioekonomi di FELDA Sungai Behrang
http://slidepdf.com/reader/full/sosioekonomi-di-felda-sungai-behrang 28/33
7.0 Kesimpulan
Syukur alhamdulillah, kumpulan kami telah menyiapkan kajian ini dalam tempoh masa yang ditetapkan
oleh pensyarah kami iaitu, Dr Khairi bin Ariffin. Beliau telah banyak memberi panduan dan ilmu kepada
kami untuk menjalankan kajian di FELDA Sg. Behrang untuk mengenal pasti aktiviti sosioekonomimasyarakat setempat.
Hasil daripada kajian ini, kami mendapati kegiatan ekonomi di FELDA Sg. Behrang
tertumpu pada sektor perladangan kelapa sawit, diikuti dengan tanaman getah yang merupakan nadi
utama peneroka FELDA. Sektor penternakan pula, dipelopori oleh generasi kedua FELDA dengan
mendapat suntikan modal dan bantuan daripada pihak FELDA di samping dapat meningkatkan taraf
hidup masyarakat. Selain itu juga, aktiviti keusahawanan juga membantu meningkatkan taraf hidup
keluarga peneroka di samping dapat mencari pendapatan tambahan untuk keluarga. Pihak FELDA juga
memberi kursus kemahiran sepenuhnya kepada generasi muda FELDA untuk menceburi bidang
keusahawanan dengan harapan mereka menggunakan peluang yang ada. Dalam sektor perkhidmatan pula,
kemudahan yang terdapat di FELDA Sg. Behrang sangat memuaskan. Perkhidmatan seperti Klinik
Kerajaan, Dewan, sekolah dan kemudahan yang lain telah memudahkan penduduk. Perkhidmatan jalur
lebar 1 Malaysia juga menjadi nadi kepada generasi muda celik IT di kawasan ini. Peluang ini digunakan
sebaik mungkin oleh penduduk untuk tidak ketinggalan untuk memperoleh maklumat dan membantu
usahawan untuk mempromosikan produk mereka luar dari kawasan FELDA.
Antara kaedah yang telah kami gunakan untuk mendapatkan maklumat denganmenggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan pengumpulan data daripada pihak pengurusan
FELDA Sg. Behrang. Dalam kajian ini, kami telah meneliti hubung kait aktiviti ekonomi yang
berbeza terhadap kehidupan masyarakat peneroka di samping melihat lebih dekat kehidupan
masyarakat FELDA. Kami juga berkesempatan untuk bermalam di rumah peneroka semasa
menjalankan kajian ini. Layanan yang diberikan oleh warga FELDA sepanjang kajian kami,
sangat baik dan mereka sentiasa meraikan kehadiran kami pada masa akan datang.
Secara keseluruhannya, kajian ini membuatkan kami lebih faham secara terperincimengenai perkembangan sosioekonomi masyarakat FELDA Sg. Behrang. Kami dapat mengenal
pasti jenis-jenis ekonomi yang dijalankan dan impaknya kepada mereka serta dapat mengetahui
aktiviti/kegiatan sosial yang dilalui oleh warga peneroka.
8/10/2019 Sosioekonomi di FELDA Sungai Behrang
http://slidepdf.com/reader/full/sosioekonomi-di-felda-sungai-behrang 29/33
Hasil kerjasama kami berlima, bimbingan daripada pensyarah, warga peneroka dan
kerjasama pengurusan FELDA Sungai Behrang yang menerangkan sedikit sebanyak tentang
sosioekonomi kawasan kajian telah membantu kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Sekian, Terima Kasih.
7.0 Bibliografi
http://feldasungaibehrang.wordpress.com/. Diasses pada 7 Oktober 2013.
Nicolaas Warouw. Jurnal Analisis Sosial Vol. 10 No. 2 Oktober 2005.
Just Faaland, Jack Parkinson dan Rais Saniman. 1991. Dasar Ekonomi Baru : Pertumbuhan
Negara Dan Pencapaian Ekomoni Orang Melayu. Kuala Lumpur : Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Mohamad Sulong. 1985. Petempatan Felda : Perspektif Perancangan Bandar dan Desa. Dewan
Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia : University Of California.
Rujukan tambahan
Zhulaiha Bt. Abdul Aziz.Pemberian Hakmilik Tanah Dan Kesannya Ke Atas Felda Sungai
Behrang Dan Trolak, Utara Perak, 1962-1997. Penyelia : Prof Madya Dr. Mahayudin Hj. Yahya
[1997/98].http://jebatukm.tripod.com/pustakaan/data/lkpfelda.htm. Diasses pada 5 Oktober 2013.
Mustaffa Kamal Idris, FELDA : Sejarah Penubahan, Perkembangan dan Peranannya Dalam
Sosio-Ekonomi Bumiputera. Penyelia : En. Yahya Abu Bakar.
[1991/92].http://jebatukm.tripod.com/pustakaan/data/lkpfelda.htm. Diasses pada 5 Oktober 2013.
8/10/2019 Sosioekonomi di FELDA Sungai Behrang
http://slidepdf.com/reader/full/sosioekonomi-di-felda-sungai-behrang 30/33
8.0 Lampiran
Gambar-gambar kemudahan yang terdapat di Sungai FELDA Sg. Behrang
Gambar 1.4 Masjib di Felda Sungai Behrang ( sumber diperoleh pada 28 September 2013)
Gambar 1.5 Pusat internet Malaysia( sumber diperoleh pada 28 September 2013)
8/10/2019 Sosioekonomi di FELDA Sungai Behrang
http://slidepdf.com/reader/full/sosioekonomi-di-felda-sungai-behrang 31/33
Gambar 1.6 Mini market D’ Mart( sumber diperoleh pada 28 September 2013)
Gambar 1.7 Pejabat Felda Sungai Behrang( sumber diperoleh pada 28 September 2013)
8/10/2019 Sosioekonomi di FELDA Sungai Behrang
http://slidepdf.com/reader/full/sosioekonomi-di-felda-sungai-behrang 32/33
Gambar 1.8 Kedai runcit yang dibuka oleh peneroka
( sumber diperoleh pada 28 September 2013)
8/10/2019 Sosioekonomi di FELDA Sungai Behrang
http://slidepdf.com/reader/full/sosioekonomi-di-felda-sungai-behrang 33/33