Sistem integumentari by imana

Post on 10-Dec-2014

1.877 views 3 download

description

Silakan download sebagai rujukan,,

Transcript of Sistem integumentari by imana

SISTEM INTEGUMENTARI(KULIT)

Disediakan oleh:Nur Imana Agnes Binti BarnabasNur Afifah Binti Mat Yajid

Pengenalan • Kulit merupakan organ terbesar yang ada pada badan

manusia.• Kulit mempunyai banyak fungsi yang amat menarik dan

penting untuk tubuh kita.• Terdapat beberapa struktur yang ada dalam kulit dan harus

kita ketahui fungsi setiap struktur tersebut.

• Kulit mempunyai 3 lapisan iaitu:• Lapisan Epidermis• Lapisan Dermis• Lapisan Hypodermis (lapisan

lemak)

Terdapat 5 jenis reseptor pada kulit iaitu:• Reseptor sakit• Reseptor sejuk • Reseptor panas• Reseptor sentuhan• Reseptor tekanan

Reseptor-reseptor

• Sensitiviti kulit dipengaruhi oleh:

• Ketebalan epidermis• Semakin nipis lapisan epidermis, semakin sensitif

bahagian tersebut.

• Bilangan reseptor • Semakin banyak bilangan reseptor pada kulit,

semakin tinggi tahap sensitivitinya.

PERATUS BILANGAN RESEPTOR

Lapisan Epidermis

• Tidak mempunyai saluran darah.• Bergantung kepada bekalan darah daripada dermis.• Tempat terletaknya reseptor sakit (pain receptor).• Reseptor sakit: sensitif kepada rasa sakit, dekat

dengan permukaan kulit untuk mengesan rasa sakitt.• Terhasil daripada sel mati.• Kalis air.

• Lapisan epidermis yang nipis mempunyai sensitiviti yang tinggi.

Bahagian yang sensitif Bahagian tidak sensitifBibir, jari, ketiak, kelopak mata, bahagian belakang telinga, belakang tengkuk.

Siku, lutut, tapak tangan, tapak kaki,

Lapisan Epidermis

Lapisan germinatif (Malphigi)

Lapisan granul

Lapisan jernih

Lapisan terkematu

Lapisan Germinatif

Lapisan paling bawah pada epidermis.

Sel-sel lapisan germinatif: sel yang paling aktif membahagi.

Hasil pembahagian sel-sel akan tersasar keluar ke permukaan di atas lapisan germinatif.

Lapisan tersebut ialah lapisan granul.LAPISAN GERMINATIF

Lapisan Granul

Berada di atas lapisan germinatif.

Sel-sel lapisan germinatif mempunyai banyak granul.

Terdiri daripada keratin.Merupakan zat penyusun rambut dan kuku

Keratin : bahan keras berprotein. keratinosit : membuat keratin.

LAPISAN GRANUL

Filamen keratin di dalam sel..

• Kuku adalah struktur yang separa keras dan sedikit runcing yang terletak di hujung jari haiwan atau manusia.

• Bahan asas yang membentuk kuku ialah keratin.

Lapisan Jernih

Berada di atas lapisan granul.

Sel-sel lapisan granul sukar diwarnakan.

Semakin pipih apabila menjauhi bekalan darah.

Akan mati apabila bekalan darah tidak diterima/mencukupi.

LAPISAN JERNIH

Lapisan Terkematu

Berada di atas lapisan jernih.

Merupakan bekas sel-sel jernih: sel-sel tanduk yang pipih dan telah mati akibat tidak menerima bekalan darah.

Berfungsi untuk membentuk penutup luar iaitu utk melindungi kulit.

Sama seperti kepingan nipis yang sentiasa digugurkan dan diganti dengan sel-sel dibawahnya dalam lapisan terkematu.

LAPISAN TERKEMATU

Lapisan Dermis • Lapisan yang mempunyai bekalan darah atau kapilari

darah.

• Terdapat otot-otot dan kelenjar tertentu yang berfungsi untuk kawalaturan homeostasis.• Terdapat akar rambut.

LAPISAN DERMIS

• Antara reseptor yang terdapat dalam dermis ialah:• Reseptor sentuhan: sensitif terhadap sentuhan, mengesan

setiap sentuhan dan mengenalpasti tekstur objek. • Reseptor suhu atau termoreseptor : sensitif terhadap suhu,

mengesan suhu sama ada sejuk atau panas. • Reseptor tekanan: sensitif terhadap tekanan, mengesan

sebarang tekanan pada kulit.

Lapisan Hypodermis (lemak) • Merupakan lapisan penebat haba. • Mengurangkan kehilangan haba ke persekitaran dalam iklim yang

sejuk.• Terdiri daripada sel lemak.• Terletaknya reseptor tekanan. • Banyak mengandungi vena, saraf, arteri.• Kelenjar peluh berada pada lapisan ini.

Kelenjar Peluh • Menghasilkan peluh.• Terletak pada lapisan hipodermis.• 2 jenis utama :

• Kelenjar peluh Ekrin • hampir di seluruh tubuh, walaupun kepadatan berbeza dari

kawasan ke kawasan lain. • Terletak di tapak tangan dan tapak kaki. • Digunakan sebagai bahan utama penyejukan. • Tidak berbau dan mengeluarkan sisa metabolisme tubuh.

• Kelenjar peluh Apokrin• Lebih besar berbanding Ekrin, terhad kepada bahagian ketiak,

lipat paha, sekeliling anus dan payudara.• Menyumbang sedikit untuk penyejukan badan manusia.• Berbau. • Mengandungi banyak lemak dan protein yang diuraikan oleh bakteria.

• Prof. Ed Coyle (Universiti Texas) – lelaki mempunyai peluh yang lebih masin berbanding perempuan.

Kelenjar sebum • merembeskan minyak.• Melicinkan kulit .• Menjadikan kulit kalis air.

• Didapati dengan banyak pada muka dan kulit kepala, kecuali tapak tangan dan tapak kaki.

• Pada kelopak mata, kelenjar sebum meibomian merembeskan sejenis sebum khas ke dalam air mata.

• Masalah kesihatan:• Jerawat• Hyperplasia• Sebaceous adenoma

FUNGSI KULIT

Perlindungan

Mencegah dehidrasi.

Rangsangan luar

Menyimpan lemak.

Sintesis Vitamin D

Menghasilkan bau dan penyamaran.

Kawalaturan suhu.

Perlindungan • Lapisan epidermis/lapisan terkematu merupakan lapisan

perlindungan daripada kemasukan bakteria. (perlindungan tahap pertama)

• Lapisan terkematu sentiasa gugur.• Menyebabkan bakteria sukar membiak dan bertapak tetap pada

kulit.

• Melindungi tisu-tisu dalaman tubuh daripada kecederaan.

Mencegah Dehidrasi • Dehidrasi: kehilangan air dalam tubuh yang berlebihan.• Lapisan berkematu mencegah kehilangan air ke persekitaran.• Berkesan untuk mencegah kehilangan air. • Sifatnya yang kalis air.

Rangsangan Luar

• Peka kepada rangsangan sakit, sejuk, kepanasan, tekanan dan sentuhan.• Lapisan dermis yang mempunyai banyak reseptor

membolehkan kulit peka terhadap perubahan persekitaran.

Menyimpan Lemak • Lapisan paling bawah kulit merupakan lapisan lemak.• Lapisan penebat ini merupakan lapisan yang kaya dengan

lemak. • Lapisan lemak ini juga merupakan haba. • Fungsi lemak:• Membekalkan tenaga.• Melindungi organ. (ginjal, hati, dsb)• Melarutkan vitamin ( A,D,E,K)

• Sintesis: proses menyatukan pelbagai unsur, bahagian, bahan dsb menjadi suatu kesatuan atau keseluruhan yang kompleks. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

• Apabila lapisan kulit terdedah kepada sinaran ultraungu sinaran tersebut akan diserap oleh kulit dan bertindak ke atas prekursor menukarkannya kepada vitamin D.

Sintesis Vitamin D

Kawalaturan Suhu

• Ini adalah proses homeostasis.• Pengekalan atau mekanisme kawal atur persekitaran dinamik

dalaman yang malar. • Organ terlibat : hati, ginjal dan kulit.

• Kelenjar peluh : mengeluarkan peluh mencegah suhu darah daripada meningkat badan sejuk.

Menghasilkan Bau dan Penyamaran• Bau berguna untuk tujuan pertahanan terutamanya bagi

haiwan yang diburu oleh pemangsa. • Bau bertujuan untuk membeza antara haiwan-haiwan lain.• Pigmen dalam kulit sesetengah haiwan mampu meniru atau

mengikut perubahan warna persekitaran.

Video

Proses penyembuhan luka

Video

Pembentukan jerawat

SEKIAN TERIMA KASIH