Simpulan bahasa untuk murid tahun dua

Post on 17-Aug-2015

24 views 6 download

Transcript of Simpulan bahasa untuk murid tahun dua

Simpulan Bahasa Untuk Murid Tahun DuaBilangan Simpulan Bahasa Maksud Simpulan Bahasa

1 Alas perut Makan sedikit untuk menahan lapar

2 Ambil berat Memeberi perhatian

3 Ambil hati Menjaga perasaan

4 Anak angkat Anak orang lain yang dipelihara seperti anak sendiri

5 Anak kandung Anak sendiri

6 Anak buah Anak saudara / orang di bawah kuasanya

7 Anak tiri Anak isteri atau suami daripada perkahwinan terdahulu

8 Kaki lima Kawasan laluan di hadapan bangunan

9 Keras kepala Degil

10 Keras hati Tidak mahu mengalah

11 Mandi kerbau Mandi tidak bersih

12 Mandi peluh Bekerja bersungguh-sungguh

13 Minta diri Minta izin untuk beredar

14 Mulut murai Orang yang suka bercakap banyak

15 Murah hati Tidak kedekut

16 Otak cair Cerdik

17 Sagu hati Hadiah atau ganjaran

18 Tangkai jering Kedekut

19 Ulat buku Suka membaca buku

20 Sakit hati Rasa marah