Post on 07-Sep-2015
description
TERHAD
ARAHAN KEPADA GURU: 1. Pentaksiran ini mengandungi satu tugasan. 2. Tugasan disertakan dengan Panduan Rubrik Penskoran
(Lampiran 2). 3. Pastikan calon melaksanakan tugasan berdasarkan
Kerangka Pelaksanaan Tugasan (Lampiran 1).
4. Lampiran 3, 4 dan 5 disertakan.
TUGASAN
TERHAD
TERHAD
2
TUGASAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)
MATA PELAJARAN SEJARAH (21)
TAHUN 2015
1.0 ARAHAN KEPADA GURU
1.1 Memastikan calon melaksanakan tugasan ini mengikut tempoh yang
ditetapkan.
1.2 Dijalankan secara one off mengikut jadual yang ditetapkan.
1.3 Merancang pelaksanaan dan penilaian tugasan mengikut masa yang
ditetapkan.
1.4 Memberi taklimat kepada calon mengenai tugasan dan perinciannya.
1.5 Membimbing calon bagi menentukan kerangka dan sumber rujukan
dalam melaksanakan tugasan.
1.6 Hasil kerja mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru
daripada mana-mana pihak. Calon tidak dibenarkan melakukan
plagiat. Plagiat adalah mengambil hasil kerja orang lain sepenuhnya
atau sebahagian daripadanya dan menjadikannya sebagai hasil
kerja sendiri. Sekiranya calon mengambil petikan atau grafik
daripada sumber lain hendaklah menyatakan sumber rujukannya.
Jika calon didapati melakukan plagiat, calon boleh digagalkan atau
diberikan gred F.
1.7 Dilarang menyediakan jawapan kepada calon.
1.8 Tiada tugasan ulangan dan peruntukan masa tambahan.
1.9 Merujuk Kerangka Pelaksanaan Tugasan (Lampiran 1) dan
Panduan Rubrik Penskoran (Lampiran 2) yang disediakan sebagai
panduan untuk membimbing calon menghasilkan tugasan yang baik
bagi mendapat skor cemerlang.
1.10 Memastikan calon mementingkan aspek tatabahasa dalam
penulisan.
1.11 Memastikan calon menulis sumber rujukan dengan betul
(Lampiran 3).
1.12 Memperakukan tugasan murid dalam Borang Akuan Pengesahan
(Lampiran 4).
TERHAD
TERHAD
3
1.13 Memeriksa dan memberi skor kepada hasil tugasan calon
berpandukan rubrik penskoran yang disediakan oleh Lembaga
Peperiksaan. Skor hendaklah dimasukkan ke dalam Borang
Pentaksiran Individu (Lampiran 5) yang disediakan oleh Lembaga
Peperiksaan.
1.14 Skor calon hendaklah dihantar ke Lembaga Peperiksaan.
2.0 ARAHAN KEPADA CALON
2.1 Tugasan Pentaksiran Tingkatan 3 mata pelajaran Sejarah wajib
dilaksanakan oleh calon Tingkatan 3 tahun 2015.
2.2 Penghasilan tugasan ini dalam tempoh lapan waktu pengajaran dan
pembelajaran dalam bulan Julai 2015.
2.3 Penulisan dan penghasilan tugasan ini hendaklah dilaksanakan
di sekolah dengan bimbingan guru.
2.4 Melaksanakan semua aspek tugasan mengikut format penulisan yang
ditetapkan.
2.5 Gunakan Kerangka Pelaksanaan Tugasan (Lampiran 1) sebagai
panduan untuk melaksanakan tugasan dengan baik dan mendapat
skor cemerlang.
2.6 Aktiviti mencari dan mengumpul maklumat boleh dilakukan di luar
waktu pengajaran dan pembelajaran.
2.7 Boleh melaksanakan kajian secara berkumpulan tetapi hasil kerja
mestilah dibuat secara individu.
2.8 Digalakkan menyertakan foto / gambar / rajah / grafik yang relevan
untuk menjelaskan lagi hasil kajian.
2.9 Digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
untuk mencari dan mengumpul fakta.
2.10 Menulis sumber rujukan dengan betul (Lampiran 3).
2.11 Hasil tugasan mestilah ditulis dengan tangan.
TERHAD
TERHAD
4
2.12 Hasil kerja mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru
daripada mana-mana pihak. Anda tidak dibenarkan melakukan
plagiat. Plagiat adalah mengambil hasil kerja orang lain sepenuhnya
atau sebahagian daripadanya dan menjadikannya sebagai hasil kerja
sendiri. Sekiranya calon mengambil petikan atau grafik daripada
sumber lain hendaklah menyatakan sumber rujukannya. Jika calon
didapati melakukan plagiat, calon boleh digagalkan atau diberikan
gred F.
2.13 Pentaksiran / penilaian proses kerja calon dilakukan sepanjang masa
tugasan dilaksanakan.
2.14 Memperakukan tugasan dalam Borang Akuan Pengesahan
(Lampiran 4).
TERHAD
TERHAD
5
3.0 TUGASAN
Kaji petikan dokumen persetiaan berikut dengan teliti.
PERSETIAAN PERSEKUTUAN 1895
Perjanjian antara Gabenor Negeri-negeri Selat, yang bertindak bagi pihak
Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen, Maharani India dengan Raja-raja
Negeri Melayu yang berikut:- iaitu Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan.
1. Sebagai mengesahkan pelbagai Perjanjian terdahulu, maka Sultan Perak,
Sultan Selangor, Sultan Pahang dan Pembesar-pembesar Negeri-negeri
yang membentuk wilayah yang dikenali sebagai Negeri Sembilan, dengan
ini secara berasingan meletakkan diri mereka dan Negeri mereka di bawah
naungan Kerajaan British.
2. Raja-raja dan Pembesar-pembesar masing-masing bagi Negeri-negeri yang
dinamakan di atas, dengan ini bersetuju membentuk negeri-negeri mereka
dalam sebuah Persekutuan, dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu
Naungan, yang ditadbir di bawah nasihat Kerajaan British.
3. Maka hendaklah difahami bahawa Perkiraan yang dengan ini dipersetujui
tidak bermaksud bahawa mana-mana seorang Raja atau Pembesar akan
menjalankan apa-apa kuasa atau wibawa berkaitan dengan mana-mana
Negeri selain yang kini dimilikinya di Negeri yang diiktiraf sebagai Raja
atau Pembesar.
4. Raja-raja yang dinamakan di atas bersetuju untuk menerima seorang
Pegawai British, bergelar Residen Jeneral, sebagai agen dan wakil
Kerajaan British di bawah Gabenor Negeri-negeri Selat. Mereka mengaku
janji menyediakan untuknya tempat penginapan yang sesuai, memberi gaji
seperti mana yang ditentukan oleh Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda
Queen, dan mengikuti nasihatnya dalam semua perkara pentadbiran selain
yang menyentuh agama Islam. Pelantikan Residen Jeneral tidak akan
menjejaskan kewajipan Raja-raja Melayu terhadap Residen British yang
sedia ada atau yang dilantik selepas ini bagi menyandang jawatan di
Negeri-negeri Naungan yang tersebut di atas.
TERHAD
TERHAD
6
5. Raja-raja yang dinamakan di atas juga bersetuju memberi kepada Negeri-
negeri dalam Persekutuan yang memerlukan apa-apa bantuan berupa tenaga
manusia, wang atau lain-lainnya sebagaimana yang dinasihati oleh Kerajaan
British, melalui pegawainya yang dilantik dengan sewajarnya; dan mereka
selanjutnya mengaku janji bahawa sekiranya tercetus perang antara Kerajaan
Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan mana-mana kuasa yang lain,
mereka, atas permintaan Gabenor, akan menghantar sepasukan askar India
yang lengkap bersenjata untuk berkhidmat di Negeri-negeri Selat.
Tiada apa-apa pun dalam Perjanjian ini yang bertujuan menyekat apa-apa kuasa
atau wibawa yang kini dipegang oleh mana-mana Raja Negeri yang dinamakan di
atas di Negeri masing-masing, dan ia juga tidak mengubah hubungan sedia ada
antara mana-mana Negeri yang dinamakan dengan Empayar British.
Perjanjian di atas telah ditandatangani dan dimeterai oleh Raja-raja dan Pembesar-
pembesar pelbagai Negeri yang tersebut di bawah pada bulan Julai 1895:
Duli Yang Maha Mulia Sultan Idris, Sultan Perak
Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Samad, Sultan Selangor
Duli Yang Maha Mulia Sultan Ahmad, Sultan Pahang
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhammad ibni Tuanku Antah,
Yam Tuan Besar Sri Menanti
Dato Haji Ahmad, Dato Bandar Sungai Ujong
Dato Ato, Dato Undang Johol
Dato Syed Ali bin Syed Zain, Dato Undang Jelebu
Dato Serun bin Sidin, Dato Undang Rembau
Tengku Dewa Tampin
Dipetik dari buku Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia
Old Treaties & Documents Of Malaysia 1791 1965
Terbitan Institut Terjemahan & Buku Malaysia, 2013
TERHAD
TERHAD
7
Berdasarkan petikan dokumen persetiaan tersebut, buat kajian dan hasilkan laporan yang panjangnya tidak kurang daripada 300 patah perkataan. Tugasan anda hendaklah mengandungi aspek berikut:
(a) Tajuk kajian
(b) Nama penulis
(c) Isi kandungan:
(i) Pengenalan menjelaskan latar belakang perjanjian dan menggambarkan keseluruhan kajian secara umum.
(ii) Menjelaskan faktor pemeteraian persetiaan.
(iii) Menganalisis kesan setiap butiran perjanjian dalam persetiaan tersebut terhadap negeri-negeri Melayu.
(iv) Menghubungkait pembentukan Persekutuan dengan kedaulatan Malaysia.
(d) Membuat rumusan
(e) Menyenaraikan sumber rujukan
TUGASAN TAMAT
TERHAD
TERHAD
8
Lampiran 1
KERANGKA PELAKSANAAN TUGASAN
Bil. Senarai Semak
Tugasan Aktiviti / Tindakan
1
Perancangan
Jadual kerja / senarai
semak
Objektif kajian
Kaedah kajian
Tajuk
Menyediakan perancangan yang sangat lengkap,
tepat dan realistik serta mempamerkan
kesungguhan.
(8 markah)
2
Proses awal
Mengumpul maklumat
berdasarkan pelbagai
sumber rujukan.
Maklumat yang sangat tepat,lengkap dan sangat
sesuai dengan tugasan dari pelbagai sumber.
(10 markah)
3
Menyediakan
kerangka kasar
penulisan
Menyediakan kerangka penulisan yang sangat
lengkap, tepat dan realistik serta mempamerkan
kesungguhan.
(10 markah)
4
Pengenalan Menulis pengenalan yang sangat sesuai dengan
tugasan dan menggambarkan keseluruhan
kandungan hasil penulisan.
(5 markah)
5
Faktor pemeteraian
Persetiaan
Persekutuan
Menjelaskan semua faktor dengan terperinci,
sangat tepat serta menunjukkan pengetahuan
yang sangat luas terhadap fakta sejarah.
(20 markah)
6
Kesan Persetiaan
Persekutuan terhadap
Negeri-negeri Melayu
Menganalisis keseluruhan kesan dengan
terperinci, sangat tepat serta menunjukkan
pengetahuan dan pemahaman yang sangat luas
terhadap fakta sejarah.
(20 markah)
TERHAD
TERHAD
9
7
Perkaitan
Pembentukan
Persekutuan dengan
kedaulatan Malaysia
Membuat perkaitan dengan terperinci, sangat
tepat serta menunjukkan pengetahuan dan
pemahaman yang sangat luas terhadap fakta
sejarah.
(15 markah)
8
Rumusan
pengetahuan
nilai / unsur-unsur
patriotisme dan
harapan
Rumusan yang merangkumi keseluruhan aspek
dan sangat relevan dengan tugasan.
(5 markah)
9
Rujukan Sumber rujukan autentik, relevan dan pelbagai.
(5 markah)
10
Penilaian umum Kemas, tersusun dan penggunaan bahasa yang
gramatis.
(2 markah)
* Perancangan dan proses awal dilaksanakan di luar 8 waktu pengajaran
dan pembelajaran.
TERHAD
TERHAD
10
Lampiran 2
PANDUAN RUBRIK PENSKORAN
KRITERIA
SKOR / RUBRIK
PERANCANGAN AWAL (08 MARKAH)
07 08 05 06 03 04 01 02
Jadual kerja /
senarai semak
Objektif kajian
Kaedah kajian
Tajuk
(8 markah)
Menyediakan
perancangan yang
sangat lengkap,
tepat dan realistik
serta
mempamerkan
kesungguhan.
Menyediakan
perancangan
yang hampir
lengkap, tepat
dan realistik.
Menyediakan
perancangan yang
kurang lengkap.
Perancangan
tidak lengkap.
PROSES AWAL (20 MARKAH)
08 10 06 07 04 05 01 03
Mengumpul
maklumat
berdasarkan
pelbagai sumber
rujukan.
(10 markah)
Maklumat yang
sangat tepat,
lengkap dan
sangat sesuai
dengan tugasan
dari pelbagai
sumber.
Maklumat tepat,
lengkap dan
sesuai dengan
tugasan dari
beberapa
sumber.
Maklumat sesuai
dengan tugasan
tetapi dari sumber
yang terhad
Maklumat tidak
lengkap / tiada
sumber rujukan.
Menyediakan
kerangka kasar
penulisan.
(10 markah)
08 10 06 07 04 05 01 03
Menyediakan
kerangka
penulisan yang
sangat lengkap,
tepat dan realistik
serta
mempamerkan
kesungguhan.
Menyediakan
kerangka
penulisan yang
hampir lengkap,
tepat dan
realistik.
Menyediakan
kerangka
penulisan yang
kurang lengkap.
Kerangka
penulisan tidak
lengkap.
LAPORAN AKHIR (72 MARKAH)
04 - 05 03 02 01
Pengenalan (5 markah)
Menulis
pengenalan yang
sangat sesuai
dengan tugasan
dan
menggambarkan
keseluruhan
kandungan hasil
penulisan.
Menulis
pengenalan yang
agak sesuai
dengan tugasan
dan
menggambarkan
hampir
keseluruhan
kandungan hasil
penulisan.
Menulis
pengenalan yang
kurang sesuai
dengan
kandungan hasil
penulisan dan
kurang
menyeluruh.
Pengenalan
tidak sesuai
dengan
kandungan hasil
penulisan.
TERHAD
TERHAD
11
KRITERIA SKOR / RUBRIK
Faktor
pemeteraian
Persetiaan
Persekutuan.
(20 markah)
15 -20 10 - 14 05-09 01-04
Menjelaskan
semua faktor
dengan terperinci,
sangat tepat serta
menunjukkan
pengetahuan yang
sangat luas
terhadap fakta
sejarah.
Menjelaskan
hampir semua
faktor dengan
agak terperinci,
tepat serta
menunjukkan
pengetahuan
yang luas
terhadap fakta
sejarah.
Menjelaskan
sedikit faktor
dengan ringkas
serta
menunjukkan
pengetahuan yang
terhad terhadap
fakta sejarah.
Menyatakan
faktor secara
umum / ringkas
dan tidak
menguasai fakta
sejarah.
Kesan
Persetiaan
Persekutuan
terhadap
Negeri-negeri
Melayu
(20 markah)
15 -20 10 - 14 05-09 01-04
Menganalisis
keseluruhan
kesan dengan
terperinci, sangat
tepat serta
menunjukkan
pengetahuan dan
pemahaman yang
sangat luas
terhadap fakta
sejarah.
Menganalisis
hampir
keseluruhan
kesan dengan
agak terperinci ,
tepat serta
menunjukkan
pengetahuan dan
pemahaman
yang luas
terhadap fakta
sejarah.
Menganalisis
sedikit kesan
dengan ringkas
serta
menunjukkan
pengetahuan dan
pemahaman yang
terhad terhadap
fakta sejarah.
Menyatakan
kesan secara
umum/ringkas
serta tiada
pengetahuan
dan
pemahaman
terhadap fakta
sejarah.
Perkaitan
Pembentukan
Persekutuan
dengan
kedaulatan
Malaysia
(15 markah)
11-15 08 - 10 04-07 01-03
Membuat
perkaitan dengan
terperinci, sangat
tepat serta
menunjukkan
pengetahuan dan
pemahaman yang
sangat luas
terhadap fakta
sejarah.
Membuat
perkaitan
dengan agak
terperinci, tepat
serta
menunjukkan
pengetahuan dan
pemahaman
yang luas
terhadap fakta
sejarah.
Membuat sedikit
perkaitan dengan
ringkas serta
menunjukkan
pengetahuan dan
pemahaman yang
terhad terhadap
fakta sejarah.
.
Membuat
perkaitan secara
umum/ringkas
serta tiada
pengetahuan
dan
pemahaman
terhadap fakta
sejarah.
Rumusan
pengetahuan
nilai / unsur-
unsur
patriotisme dan
harapan
(5 markah)
04 - 05 03 02 01
Rumusan yang
merangkumi
keseluruhan
aspek dan sangat
relevan dengan
tugasan.
Rumusan
merangkumi
hampir semua
aspek dan
relevan dengan
tugasan.
Membuat sedikit
rumusan yang
kurang relevan
dengan tugasan.
Rumusan tidak
relevan dengan
tugasan.
TERHAD
TERHAD
12
KRITERIA SKOR / RUBRIK
Rujukan (5 markah)
04 - 05 03 02 01
Sumber rujukan
autentik, relevan
dan pelbagai.
Sumber rujukan
autentik dan
relevan tetapi
kurang pelbagai.
Sumber rujukan
kurang relevan
dan tidak
pelbagai.
Sumber rujukan
tidak relevan.
Penilaian umum (2 markah)
01 - 02
Kemas, tersusun dan penggunaan bahasa yang gramatis.
TERHAD
TERHAD
13
Lampiran 3
CONTOH PENULISAN SUMBER RUJUKAN
Buku
Lofti Ismail,1988. Sejarah Malaysia 1400-1963. Kuala Lumpur:Utusan Publications
and Distributors Sdn.Bhd.
Mohamad Noordin Sopiee,1967. From Malayan Union to Singapore Separation:
Political Unification in the Malaysia Region 1945-1965. Kuala Lumpur:Universiti
Malaya Press.
Jurnal
Ahmad Masjidin. Malayan Union Dalam Ruangan Akhbar Warta Negara dalam
Jurnal Malaysia dari Segi Sejarah. Bil 8, April 1979.
Ishak bin Tadin,1960. Dato Onn and Malay Nationalism 1946-1951, dalam
JSEAH. Vol 1, Mac 1960.
Ensiklopedia
Tajuk, jilid dan tahun.
Akhbar
Utusan Malaysia, 17 Jun 1992, halaman 5.
Orang Sumber
Encik Ismail bin Mohd Kassim, 43 tahun, No 21, Jalan Lundu 7, Taman Beringin
52000 Kuala Lumpur.
Puan Hamidah binti Daudshah, 57 tahun, No 7, Jalan SG 1/ 30, Taman Sri
Gombak,68100 Selangor.
TERHAD
TERHAD
14
Melawat Tempat Kajian
Pejabat Pelancongan Malaysia, Tingkat 17, Menara Dato Onn, Pusat Dagangan
Dunia Putra, 45 Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur.
Arkib Negara Malaysia, Jalan Tuanku Abdul Halim, 50605 Kuala Lumpur.
Tapak Ekskavasi Tingkayu, Kunak, Sabah. Tapak Ekskavasi Gua Niah, Niah, Miri,
Sarawak.
VCD
Tajuk program, terbitan.
Radio
Tajuk program, tarikh, masa, rangkaian.
Televisyen
Tajuk program, tarikh, masa, rangkaian.
Majalah
Nama majalah, tarikh, tahun.
Sumber lain:
Jenis sumber, alamat/punca sumber.
Internet
http://geocities.com/kamashara/unionsm.htm
http://cikgu.net/edisimerdeka/sejarah.php3.htm
http://www.geocities.com/tokohagung/TokohPMTunkuAbdul Rahman.htm
TERHAD
TERHAD
15
Lampiran 4
PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)
MATA PELAJARAN SEJARAH
TAHUN 2015
BORANG AKUAN PENGESAHAN
PERAKUAN CALON TENTANG KETULENAN TUGASAN
Saya memperakui bahawa tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri, melainkan petikan,
grafik dan gambar rajah yang dinyatakan sumber rujukannya.
RESPONDEN NAMA TANDATANGAN TARIKH
Murid
Pentaksir (Guru)
Ketua Pentaksir Sekolah / Pentaksir Luar
TERHAD
TERHAD
16
Lampiran 5
PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)
MATA PELAJARAN SEJARAH
TAHUN 2015
BORANG PENTAKSIRAN INDIVIDU
Nama Sekolah : .......................................................................................................
Nama Calon : . .....................................................................................................
Tingkatan : .......................................................................................................
Tugasan : .......................................................................................................
No. Kad Pengenalan :
Angka Giliran :
BIL. KRITERIA SKOR CATATAN
1 Perancangan (8 peratus)
2 Proses Awal (20 peratus)
3 Laporan Akhir (72 peratus)