Post on 21-Jun-2015
description
PENGENALAN
Rekabentuk keratan rentas selalunya melibatkan rekabentuk semua unsur yang
terdapat, bergantung sama ada keratan lintang pada pemotongan atau tambakan.
Secara amnya, lebar keratan rentas lebuh raya hendaklah mencukupi bagi menanggung
sejumlah lalulintas yang bakal menggunakan lebuh raya. Agensi kerajaan yang terlibat
dalam menetapkan syarat-syarat rekabentuk ialah JKR dan LLM.
1
KERATAN RENTAS LEBUH RAYA JKR DAN LLM
Keratan rentas lebuh raya JKR dan LLM yang ditunjukkan dalam rajah bawah. Keratan
rentas yang tripikal terdiri daripada beberapa atau kesemua unsure berikut :
1. Jenis bahan lapisan permukaan turapan (Layers of Pavement)
2. Cerun Lintang (Cross Slope) dan Puncak Turapan
3. Kamber (Camber)
4. Hak laju atau Hak lalu (Right Of Way)
5. Lorong lalulintas atau Lebar Turapan
6. Bahu jalan (Shoulder)
7. Jalur Jidar (Marginal Strip)
8. Pembahagi tengah atau median.
9. Cerun dinding benteng dan pemotongan
10. Rel Adang (Guard Rail)
11. Pagar
2
KERATAN RENTAS LEBUH RAYA JKR (JABATAN KERJA RAYA)
3
KERATAN RENTAS LEBUH RAYA LLM
(LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA)
4
JENIS BAHAN TURAPAN LAPISAN PERMUKAAN TURAPAN
Lapisan turapan di Ireland
Tekstur permukaan turapan yang bergantung pada jenis bahan, mempengaruhi
kederasan memandu dan kadar penyaliran air permukaan. Tekstur licin dan cerun
tinggi dihajatkan untuk memudahkan penyaliran tetapi bahay untuk kenderaan yang
dipandu deras sewaktu hujan. Dalam perkiraan kos, jenis bahan yang dipilih haruslah
berkadaran dengan laju rekabentuk dan hierarki jalan.
5
NILAI REKABENTUK
Arahan Teknik (Jalan) 8/86 membahagikan turapan ke dalam tiga kategori iaitu
tinggi(T), perantara(P) dan rendah (R). Pengelasannya menurut hierarki jalan
ditunjukkan di dalam jadual di bawah
Hierarki Jalan Jenis Permukaan Jenis Bahan
R6
R5
R4
R3
R2
R1
R1a
T
T
P
P
P
R
R
Konkrit berasfalt
Konkrit berasfalt
Macadam berbitumen tumpat
Macadam berbitumen
Rawatan permukaan
Kelikir tanah
Rawatan permukaan
Jadual menunjukkan pengelasannya turapan menurut hierarki jalan
CERUN LINTANG DAN PUNCAK TURAPAN
6
Cerun Lintang yang berada di lebuh raya Ireland
Takungan air di atas permukaan turapan boleh mendatangkan mudarat jika dilihat dari
tiga sudut yang berikut :
i. Rintangan yang berlaku di antara permukaan jalan dan tayar kenderaan akan
menurun jika turapan dibasahi air. Akibatnya, kenderaan mudah tergelincir.
Selain itu, Air yang bertakung akan menyebabkan percikan air yang berlebihan
sehingga menganggu kenderaan lain yang sedang bergerak.
ii. Air yang terkumpul di atas turapan mungkin menyusup ke subgred , dan kuasa
sokongan subgred yang basah akan menurun. Oleh itu, ia juga kemungkinan
boleh memusnahkan keseluruhan turapan.
iii. Air akan menjejaskan rekatan antara bahan berbitumen dengan aggregate dan
seterusnya menyebabkan masalh permukaan jalan yang serius sehingga
memendekkan hayat jalan tersebut.
Keratan rentas jalan haruslah dicuramkan dari titik tengah jalan menuju kedua-dua sisi
turapan untuk tujuan penyaliran air permukaan.Selain itu, Garis tengah turapan yang
ditinggikan bagi menghasilkan satu titik tertinggi dikenali sebagai Puncak Turapan.
Perbezaan aras turapan dengan sisi turapan tertakluk kepada cerun lintang.
Dari sudut keberkesanan penyaliran, cerun lintang yang curam akan menimbulkan
beberapa masalah iaitu :
i. Menyebabkan kenderaan menyendeng. Kenderaan susah dikawal, tidak member
keselesaan kepada pemandu.
ii. Tekanan atau daya sentuh tayar dengan permukaan turapan tidak sekata.
Magnitud tekanan lebih tinggi berlaku berhampiran bahu jalan. Ini akan
menyebabkan turapan akan menjadi lebih haus dengan cepat.
iii. Kenderaan memerlukan tenaga pecut yang tinggi ntuk memotong kenderaan di
hadapan tetapi kos minyak akan tinggi.
7
KAMBER
8
Bentuk kecembungan keratan rentas lebuh raya pada bahahgian tangent disebut
kamber atau cerun lintang. Objektif utama pencembungan ialah untuk penyaliran
permukaan. Bentuk Kamber telah pun disarankan oleh tokoh-tokoh lebuh raya yang
ulung pada seketika dahulu seperti John Metcalf, Thomas Telford dan John Macadam
untuk maksud yang sama.
Kamber permukaan lebuh raya yang berbentuk cembung membolehkan air
mengalir dengan mudah dari puncak ke pinggir lebu raya pada tempat terletaknya
sitem penyaliran. Pada jalan raya yang mempunyai 2 lorong dua hala, terdapat satu
puncak di pertengahan turapan dan menurun ke bawah menuju kedua-dua sisi
lebuh raya. Pada lebuh raya terbahagi, tiap-tiap jalan raya dicuramkan pada satu
arah dari puncak ke pinggir.
Kaedah di atas memerlukan penyediaan dua sistem penyaliran pada sebelah kiri
dan kanan lebuh raya. Daripada sudut ekonomi, lebih baik jika kedua-dua lorong
jalan dicuramkan menuju ke pembahagi tengah supaya satu system penyaliran
sepunya sahaja yang diperlukan. Namun , sewaktu hujan, banyak air yang bertakung
9
pada lorong dalam. Lorong dalam pula selalunya digunakan oleh kenderaan yang
bergerak dengan deras. Oleh itu, daripada sudut keselamatan, percikan yang
berlebihan ke atas kenderaan perlahan mengganggu serta membahayakan pemandu
itu sendiri.
Bentuk keratin rentas seperti lengkung parabola lebih sesuai diambil guna
daripada bentuk lengkung bulat. Seperti dalam penjajaran tegak, lengkung parbola
lebih mudah dikirakan untuk offset dan cerun pinggirnya lebih tinggi untuk
menyingkir air yang lebih banyak dengan cepat.
Pada selekoh, lebuh raya bukan dikemberkan, tetapi disendengkan. Di sini, air
dialirkan searah ke pinggir sebelah dalam lebuh raya.
Bentuk kamber dapat dipastikan dengan terlebih dahulu mengandaikan dalam
air minimum yang dapat diterima. Dalam air permukaan ini diandaikan sekata di
sepanjang keratan rentas turapan
Kamber juga dinyatakan oleh cerun lintang. Nilai cerun lintang tertakluk kepada
jenis bahan dan tekstur permukaan lebuh raya serta keamatan lebat hujan. Semakin
licin atau rata permukaan , semakin sedikit kamber yang diperlukan .Umpamanya,
kamber lebuh raya Telford ialah 1:30 kerana permukaan lebuh raya ini sangat kasar.
10
NILAI REKABENTUK
Nilai cerun yang diberikan di dalam Arahan Teknik (Jalan) 8/86 dikait dengan jenis
permukaan dan ditunjukkan di dalam jadual bawah .Pada ITESM (Inter Urban Toll
Expressway System of Malaysia), cerun lintang minimum keratan rentas di jalan
lurus yang disarankan ialah 2%.
Jenis permukaan Kadar cerun lintang (%)
Tinggi
Perantaraan
Rendah
2.5
2.5 - 3.5
2.5 - 6.0
Arahan Teknik (Jalan) 8/86 - Lebar minimum hak lalu
HAK LALU (Right Of Way)
11
Hak lalu ialah selajur tanah yang diperuntukkan khusus untuk lebuh raya awam.
Sebarang pembangunan di sebelah kiri dan kanan turapan di dalam kawasan hak
lalu tidak dibenarkan.
Lebar hak lalu bergantung pada hierarki jalan, tetapi harus memadai untuk
menampung pembinaan semua untuk keratan rentas dan pembangunan masa
depan. Pada sesetengah lebuh raya, lebar hak lalu asalnya sangat kecil. Ini
menyulitkan kos mendapatkan hartanah terbangun di sepanjang lebuh raya.
Keadaan lebih mendesak sekiranya lebuh raya merentasi kawasan yang kos tanah
amat tinggi, di pinggir bandaraya contohnya. Pengalaman membuktikan bahawa
pembinaan lebuh raya secara tabii menjadi daya gerak yang menarik pembangunan
kawasan sekitarnya. Lama-kelamaannya lebuh raya menjadi semakin sesak dan
perlu dilebarkan.
NILAI REKABENTUK
12
Untuk Lebuh raya desa JKR yang merentasi kawasan datar, lebar minimum hak lalu
adalah seperti yang dipaparkan di dalam jadual 1.3(a). Nilai ini perlu
dipertingkatkan di kawasan yang melibatkan pemotongan dan tambakan yang
banyak.
Hierarki Jalan R6 R5 R4 R3/R2 R1/R1a
Lebar minimum hak
lalu(m)
60 50-60 30-40 20 12
Arahan Teknik (Jalan) 8/86 - Lebar minimum Hak lalu
LORONG LALULINTAS / LEBAR TURAPAN
13
Contoh sebuah lorong lalulintas di Ireland
Di Malaysia, kebanyakan lebuh raya ialah jalan raya 2-lorong dua hala , iaitu satu
lorong untuk tiap-tiap satu arah perjalanan. Jumlah lorong ditentukan daripada
kajian isipadu dan kerencaman lalulintas. Biasanya , jumlah lorong minimum ialah
dua. Terdapat juga lebuh raya yang nilai rekabentuk isipadu yang melebihi muatan
lebuh raya 2-lorong sehala. Dalam kes ini, lebuh raya 3-lorong dua hala akan dibina
Potensi kemalagan lebuh raya 3-lorong dua hala tinggi terutama sekali isipadu serta
serta laju tinggi kenderaan tinggi dan jarak memotong berterusan tidak disediakan
di sepanjang lebuh raya.
Oleh sebab itu, lebuh raya 2-lorong dua hala menjadi rekabentuk keratan
minimum yang diamalkan oleh LLM. Walau bagaimanapun, di antara matlamat
rekabentuk lebuh raya ialah bahawa lebuh raya direkabentuk supaya dapat
menanggung sejumlah isipadu lalulintas tinggi yang dijangka akan berada di atas
lebuh raya sepanjang jangka waktu tertentu.
14
Lebuh raya 2-lorong sekitar negeri Kedah
Lebar lorong mempegaruhi kelancaran kelajuan kenderaan. Secara psikologi, semakin
sempit lorong, semakin perlahan kenderaan dipandu . Di samping kelajuan, lebar
kenderaan (berat kenderaan) turut mempengaruhi lebar lorong yang diperlukan,
tertama bila dua kenderaan berselisih. Jika kenderaan berselisih pada jarak yang dekat,
gangguan udara boleh mengakibatkan kenderaan ringan menghuyung. Pada jalan raya
sempit, Aktiviti memotong menjadi bertambah sukar tetapi untuk lebuh raya yang
berisipadu rendah, lorong yang agak sempit dianggap memadai.
NILAI REKABENTUK
JKR menetapkan lebar lorong (tanpa mengira sifat rupa bumi) berdasarkan hierarki
(maka isipadu lalulintas lebuh raya). Ini ditunjukkan di jadual di bawah.
Hierarki jalan R6 R5 R4 R3 R2 R1 R1a
Lebar Lorong (m) 3.5 3.5 3.25 3.00 2.75 (5.00) (4.50)
Arahan Teknik (Jalan) 8/86 - Syarat lebar lorong yang dibenarkan
15
BAHU JALAN
Contoh bahu jalan lebuh raya di Lebuh raya di Ireland
Bahu jalan ialah unsur keratan rentas yang selanjar dengan lorong lebuh raya dan
memainkan peranan berikut :
i. Menyediakan ruang untuk kenderaan yang terpaksa atau ingin berhenti
kerana kecemasan atau yang mahu berehat.
ii. Bahu jalan dapat berfungsi sebagai lorong tambahan apabila lorong biasa
terpaksa ditutup untuk melaksanakan kerja-kerja penyengggaraan dan
pembaikan.
iii. Menjauhkan penunggang basikal dan pejalan kaki daripada menceroboh
ke dalam lorong biasa dan seterusnya mengganggu operasi kenderaan.
iv. Meningkatkan jarak penglihatan pada bahagian pemotongan, terutama
sekali di kawasan selekoh, dan selanjutnya mengurangkan potensi
berlakunya kemalangan.
16
v. Memberi sokongan sisi turapan.
vi. Menurunkan kadar kemalangan kerana kenderaan dapat membantu
pemberhentian kecemasan.
vii. Pada lebuh raya utama, bahu jalan dijadikan lorong menjalar apabila
panjang cerun mendaki melebihi panjang genting. Di dalam kes ini,
kekuatan struktur bahu menyerupai kekuatan lorong lazim.
viii. Menjadi ruang untuk perletakan perhidmatan jalan 2-lorong dua hala,
seperti tanda jalan, lampu isyarat, pencahayaan dan system penyaliran.
Bahu jalan di lebuh raya ke Ipoh
Bahu jalan hendaklah disediakan di sepanjang lebuh raya. Bahu jalan yang kuat lagi
licin meningkatkan lebar berkesan dan seterusnya muatan lebuh raya. Semakin
meningkat isipadu kenderaan, semakin banyak kenderaan yang akan menggunakan
bahu jalan.Namun begitu, ini bergantung pada keadaan jalan.
Bahu jalan lebuh raya luar Bandar JKR kebanyakan tidak berturap dan dilapisi
dengan kelikir, batu merah atau seumpamannya .Ada juga bahu jalan yang
berumput, yang walaupun baik daripada sudut landskap tetapi boleh
menggelincirkan dan menterbalikkan kenderaan laju yang mencuba berhenti
17
dengan mengejut. Di dalam sebarang keadaan, bahu jalan mesti disenggara dengan
baik supaya mampu menyokong beban kenderaan tanpa mengira keadaan cuaca.
Bahu jalan kebuh raya LLM diturap. Bahu jalan harus dibezakan daripada lorong
lazim, kerana kekuatannya tidak standing. Banyak kaedah yang diamalkan untuk
membezakan kedua-dua tetapi di Malaysia bahu jalan banyak yang dicat dengan
garisan lajur nipis secara berterusan.
Magnitud cerun lintang bahu jalan harus melebihi magnitude cerun lorong biasa
untuk mengizinkan aliran air yang lebih deras ke sistem penyaliran.
NILAI REKABENTUK
Lebar bahu jalan bergantung pada hierarki jalan dan keadaan rupa bumi. Secara
ideal, lebarnya harus mencukupi untuk menampung ruang berkerja di keliling
kenderaan yang berhenti. Lebar ruang lebih kurang 3.35 meter diperlukan untuk
menukarkan tayar lori dengan tidak membahayakan keselamatan pemandu. Kereta
penumpang memerlukan ruang yang kecil.
Lebar bahu jalan minimum lebuh raya JKR bergantung pada hierarki jalan dan
keadaan rupa bumi, seperti yang diberikan jadual di bawah.
Lebar bahu jalan minimum lebuh raya JKR
18
Magnitud cerun lintang bahu jalan bergantung pada jenis bahan
Cerun lintang bahu jalan bergantung pada cerun lintang (cross slope) lalulintas
19
JALUR JIDAR (MARGINAL STRIP/RUMBLE STRIP)
Jalur jidar di lebuhraya Ireland
Pada kedua-kedua sisi turapan, terdapat satu jalur yang diturap sama seperti
struktur turapan. Jalur ini disebut jalur jidar. Di dalam kes lebuh raya terbahagi,
jalur jidar disediakan pada kedua-kedua sisi lebuh raya tunggal. Jalur jidar ialah
sebahagian daripada lebar bahu jalan (bukan lebar lorong lalulintas)
20
NILAI REKABENTUK
Kewujudan jalur jilar diketahui dengan adanya tanda garisan lurus yang berterusan
di sepanjang sisi turapan. Nilai rekabentuk jalur jidar yang diberikan di dalam
Arahan Teknik (Jalan) 8/86 adalah seperti di bawah
Arahan Teknik (Jalan) 8/86 - Nilai rekabentuk jalur jidar
Lebar jalur Jidar pada ITESM (Inter Urban Toll Expressway System of Malaysia)
ialah 0.2 meter . Lebar ini merupakan sebahagian daripada lebar bahu jalan.
21
PEMBAHAGI TENGAH / MEDIAN
Gambar menunjukkan Lebuhraya di Ireland
Pembahagi tengah atau simpanan tengah ialah kawasan tanah membujur yang
memisahkan dua lebuh raya terbahagi ,iaitu zon pertengahan yang memisahkan dua
arus lalulintas yang berlawanan.Ia terdapat pada lebuh raya terbahagi yang mempunyai
sekurang-kurangnya 2-lorong laulintas pada setiap arah.Unsur ini memainkan fungsi
berikut,
i. Sebagai kawasan pelindung untuk pejalan kaki dan kenderaan yang ingin
berhenti untuk memusing atau membelok.
ii. Sebagai kawasan simpanan untuk menambahkan lorong pada masa depan
apabila perlu.Oleh kerana itulah pembahagi tengah juga disebut simpanan
tengah.
22
iii. Meminimumkan silauan lampau depan yang dialami oleh pemandu pada waktu
malam.
iv. Memerangkap dan menghalang kenderaan daripada menceroboh ke dalam
lorong lawan dan seterusnya mengakibatkan kemalangan yang serius.
v. Sebagai ruang melanskap jika ruang pembahagi tengah mencukupi.
vi. Menyediakan ruang untuk peletakan perkhidmatan jalan,seperti papan tanda
jalan, lampu isyarat, pencahayaan jalan dan sistem penyaliran.
Contoh Pembahagi jalan yang dipasang rumput
23
Contoh syarat rekabentuk lebar median
Lebar pembahagi tengah juga tidak semestinya malar malah Lebarnya boleh berubah-
ubah. Pertukaran lebar harus dibuat secara berunsur-unsur.
24
Terdapat beberapa jenis pambahagi tengah (A-F) ditunjukkan di dalam rajah
seterusnya. Ada yang berbendul dan ada yang tidak berbendul. Jenis A lebih sesuai
untuk lebuh raya bandar.
25
Simpanan tengah kadangkala dibuka untuk menizinkan kenderaan menukarkan arah
dengan memusing balik, membelok atau melintas. Jika pembukaan ini dihajatkan,
susunatur yang ditunjukkan rajah di bawah dapat digunakan.
Rajah di atas menunjukkan lokasi pembahagi tengah
NILAI REKABENTUK
Tiada pembahagi tengah disediakan pada lebuh raya JKR hierarki R3 hingga R1a.Pada
hierarki jalan R6 hingga R4, lebar dan jenis pembahagi tengah telah ditunjukkan di
dalam jadual 8.9
Untuk ITESM searas, lebar pembahagi tengah minimum bergantung pada laku
rekabentuk dan ditunjukkan di dalam jadual di bawah.
Jadual di atas menunjukkan lebar pembahagi tengah minimum (JKR)
26
Jika lebar pembahagi kurang daripada 6.00 meter, sediakan rel adang(sebagai pagar
keselamatan) dan layar silauan. Pagar keselamatan dapat diabaikan jika lebar
pembahagi tengah melebihi 11.5 meter.
CERUN BENTENG DAN PEMOTONGAN
Cerun dinding benteng dan pemotongan bergantung pada jenis tanah dan ketinggian
benteng atau kedalaman pemotongan. Cerun selamat maksimum dapat dihitung dengan
tepat daripada teori mekanik tanah. Daripada sudut ekonomi,cerun yang curamlah yang
dihajatkan. Namun begitu, nilai maksimum ini lazimnya tidak diambil guna,malahan
cerun yang lebih landai yang dipraktikkan untuk,
(a) Meningkatkan keselamatan lalulintas. Kenderaan yang terbabas akan memanjat
cerun dan memasuki semula lorongnya dengan selamat jika cerun dinding
pemotongan landai.
(b) Meningkatkan jarak penglihatan ,terutama sekali di kawasan selekoh tajam.
(c) Mengurangkan kadar hakisan dinding.
(d) Memudahkan pertumbuhan rerumput.
(e) Menurunkan kos penyengaraan
Benteng atau pemotongan bersambung dengan bahu jalan. Kawasan titik setemu elok
dibulatkan untuk keperluan estetik.
27
NILAI REKABENTUK
Nilai rekabentuk cerun sukar disebut secara umum. Nilai sebenar bergantung pad
kajian terperinci keatas tapak dan jenis tanah. Daripada sudut estetik, kaedah
membulatkan cerun seperti yang ditunjukkan di dalam jadual di bawah disarankan oleh
Jawatankuasa Geometrics And Esthetics Of Highway Location And Design.
28
REL ADANG ATAU PAGAR KESELAMATAN
Pada sesetengah lebuhraya, rel adang atau pagar keselamatan dibina di sebelah tepi
luar selekoh tajam yang terletak di atas benteng yang tinggi ,kawasan
perparitan,tanjakan dan kawasan persekitaraan gangguan fizikal, seperti tiang
jambatan, tembok penahan tiang lampu atau papan tand adan sebagainya.Rel adang
berfungsi memerangkap kenderaan yang terbabas supaya tidak terbalik, terhumban
keluar atau melanggar sebarang objek gangguan ang terdapat di lebuh raya.
Terdapat beberapa jenis rel adang.Jenis yang paling masyur ialah rasuk’W’ yang
diperbuat daripada kekuli, seperti yang ditunjukkan di dalam Gambar bawah.Rasuk ‘W’
ini dipasang pada tiang-tiang yang diperbuat daripada konkrit atau kayu.
29
NILAI REKABENTUK
Di sepanjang ITESM, rel adang disediakan,
(a) Pada pembahagi tengah.Di dalam ke sini,pastikan terdapat jarak lega datar
minimum sebanyak 1.8 meter dari sisi lebuh raya
(b) Pada sebelah kiri lebuh raya jika terdapat:
(i) Gangguan fizikal sejauh 3.50 meter.
(ii) Benteng yang ketinggian dan nisbah cerunnya melebihi 3.0 meter dan 2:3
secara berturutan.
(iii) Anak sungai,jalan raya lain,landasan keretapi dan lain lain lagi sejauh 10.0
meter.
(iv) Terowong untuk keselamatan pekerja senggara.
Mulakan rel adang sekurang-kurangnya 10.0 meter sebelum adanya gangguan.Setiap
bahagian rela adang mesti mampu menyokong beban sisi sekurang-kurangnya 400kN.
30
PAGAR
Lebuhraya ITESM yang merentasi luar bandar dipagari untuk melindungi lebuh raya
daripada pencerobohan manusia, binatang, basikal, kenderaan dan jentera. Untuk
menepati keperluan kawalan masuk, jejambat dibina untuk membolehkan orang ramai
menyeberangi lebuh raya.Melintasi beberapa lebuh raya membawa lalulintas laju
sangat membahayakan. Oleh kerana itulah lebuh raya dipagari untuk keselamatan
orang ramai di samping menjamin kelancaran lalulintas.Pagar juga menandakan hak
lalu lebuh raya dan sekaligus dapat mengawal pembangunan di dalam kawasan hak lalu.
31
RUJUKAN
1. REKABENTUK GEOMETRI JALAN DAN LEBUH RAYA – Meor Othman Hamzah (1989)
2. Malaysia Jabatan Kerja Raya.A guide on geometric design of roads.Kuala Lumpur, Cawangan Jalan, Jabatan Kerja Raya 1987.Arahan teknik (Jalan)8/86.
3. Lembaga Lebuhraya Malaysia.Interurban toll expressway system of Malaysia-design standards.Kuala Lumpur:1986
4. http://en.wikipedia.org/wiki/Highway_engineering
5. http://www.google.com.my/search?q=Road%20camber&oe=utf-8&rls=org.mozilla:en-US:official&client=firefox-a&um=1&hl=en&biw=1280&bih=619&ie=UTF-8&sa=N&tab=iw
32