Post on 06-Dec-2015
description
REFLEKSI
Bersyukur kehadirat ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNYA dapatlah saya
dan kawan sekelas saya menyiapkan satu lagi tugasan untuk Bina Insan Guru (BIG )
dengan jayanya. Tugasan yang saya maksudkan ini ialah Program Khidmat
Kemasyarakatan ” Sayangi Kawasan Sekolah Anda ” dan kami telah menganjurkan
satu program iaitu ‘Latihan Kebakaran Di Sekolah’. Untuk menjayakan program ini kami
telah memilih sebuah sekolah luar dari negeri Terengganu iaitu Sekolah Kebangsaan
Teruntum yang terletak di Daerah Kuantan Pahang.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih saya kepada
penyarah bagi Bina Insan Guru (BIG ) iaitu Tn Haji Abdul Samad Bin Taib yang telah
banyak membatu kami dalam menjayakan program yang dianjurkan ini. Selain daripada
itu jutaan terimkasih dan penghargaan juga saya berikan kepada pihak sekolah
kebangsaan Teruntum yang banyak membantu dan memberi kerjasama sepenuhnya
kepada kami dari awal program hingga akhir program. Jutaan terimakasih juga saya
berikan kepada pihak bomba daerah Kuantan kerana kerjasama yang begitu baik
diberikan kepada kami serta menunjukkan kesungguhan dalam menjayakan program
yang dianjurkan oleh kami ini.
Ucapan jutaan terimakasih ini juga saya tujukan kepada sahabat-sahabat
seperjuagan dengan saya yang banyak membantu dan memberikan kerjasama yang
amat baik dalam proses menjayakan dua program ini dengan jayanya. Tidak lupa juga
terima kasih saya pada keluarga saya yang banyak memberikan sokongan dalam saya
menjayakan program yang dianjurkan ini.
Latihan kebakaran diadakan pada setiap tahun, dari masa ke semasa. Latihan ini
perlu bagi mempersiapkan murid-murid dan warga sekolah dengan pengetahuan dan
tindakan serta langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan atau
kebakaran. Sememangnya sesuatu bencana, kemalangan atau musibah boleh berlaku
bila-bila masa tanpa diduga. Justeru semua warga sekolah perlu memahami dengan
jelas mengenai langkah-langkah yang perlu di ambil sekiranya berlaku kebakaran atau
bencana alam serta dapat bertindak secara spontan.
Bagi program latihan kebakaran yang dianjurkan di sekolah ini saya dapati
banyak kekuatan yang saya perolehi. Antara kekuatan yang dapat dikongsikan ialah
kepentingan mengadakan latihan kebakaran ini disekolah. Ini juga adalah kerana dengn
mengadakan latihan ini dapat memberi kesedaran kepada murid-murid dan warga
sekolah agar sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan kebakaran yang
berlaku. Kesedran ini penting kepada semua pihak kerana jika kebakaran yang sebenar
berlaku murid dan juga guru-guru tidak akan merasa penik. Selain itu juga ia dapat
melatih murid-murid dan warga sekolah agar dapat mengambil tindakan yang betul
sekiranya berlaku kebakaran dan mampu mengamalkan langkah-langkah keselamatan
bagi menyelamatkan nyawa diri sendiri dan juga orang sekeliling.
Selain dari itu juga dengan mengadakan latihan kebakaran ini kita juga dapat
menguji keupayaan pihak sekolah untuk berdepan sekiranya kebakaran ini betul-betul
berlaku disekolah seperti contoh loceng kecemasan yang sentiasa berfungsi, alat
pemadam api yang sentiasa dalam berkeadaan baik dan di selia sempurna oleh yang
berwajib serta dapat mengawal keadaan murid yang ramai untuk memastikan
keselamatan semua murid terjamin.
Selain menguji pihak sekolah kita juga dapat melihat sejauh mana kecekapan
pihak bomba melakukan kerja menyelamat dalam program yang dirancang ini. Pihak
bomba yang dipanggil tidak dimaklumkan tentang program ini hanya melibatkan
pegawai sahaja dan apayang saya dapati kecekapan pihak bomba ini amatlah baik
kerna hanya mengambil masa selam 6 minit sahaja untuk sampai di tempat kejadian
berlaku kebakaran yang dirancang ini. Program latihan kebakaran ini juga dapat
memberikan pengalaman baru kepada murid-murid sekolah dimana mereka
didedahkan dengan cara untuk menyelamatkan nyawa.
Oleh sebab itu program yang kami anjurkan ini iaitu program latihan kebakaran
ini amatlah berguna kepada kami. Sebagai seorang pendidik yang sentiasa bersama-
sama dengan pelajar dan sentiasa memastikan keselamatan pelajar adalah wajar untuk
kami tahu tentang langkah-langkah keselamatan ini. Dengan melakukan aktiviti ini juga
banyak ilmu dan pengalaman yang saya perolehi untuk saya aplikasikan semula di
tempat saya bertugas kelak. insyakAllah.
Akhir sekali jutaan terimakasih sekali lagi saya tujukan kepada semua yang telah
terlibat samada secara langsung atau sebaliknya dalam menjayakan program Latihan
kebakaran ini. Sekian Terima kasih
Gambar Aktiviti
Latihan keselamatan kebakaran
Gambar aktiviti 2
Taklimat keselamatan bangunan