Post on 03-Mar-2019
PANDUAN PENGISIAN BORANG PERMOHONAN NAMA BORANG: SURAT AKUAN NOMBOR SIRI BUKU PELABURAN (BS 3A)
Ruangan Maklumat
Tujuan Borang Permohonan daripada pemegang unit / Penjaga Berdaftar bagi menyelesaikan masalah perbezaan nombor siri buku pelaburan di antara Buku pelaburan dan Sistem ASNB. (Sistem UTS)
Unit Amanah
Tandakan (x) pada akaun unit amanah yang terlibat bagi tujuan pembetulan nombor siri buku pelaburan di Sistem ASNB.
Maklumat Akaun
1. Nama Isikan nama pemegang unit seperti yang didaftarkan di ASNB.
2. Alamat Isikan alamat surat menyurat terkini pemohon seperti yang didaftarkan di ASNB.
3. Nombor siri buku pelaburan Isikan nombor siri buku pelaburan seperti yang tercatat di buku pelaburan pemegang unit.
4. Baki di buku pelaburan Isikan baki unit terkini yang tercatat di buku pelaburan.
5. No Telefon Isikan nombor telefon terkini yang boleh dihubungi.
6. No Ahli Isikan nombor ahli pemegang unit seperti yang didaftarkan di ASNB.
7. No Kad Pengenalan Isikan nombor kad pengenalan pemegang unit / Penjaga Berdaftar seperti yang didaftarkan di ASNB.
8. No K.P. Lama Awam/ Tentera/Polis.
Isikan nombor dokumen pengenalan diri pemohon dengan tepat dan betul selain nombor Mykad (sekiranya ada)
9. Tarikh Isikan tarikh permohonan dibuat.
10. Cap Ibu Jari Kiri Turunkan Cap Ibu Jari Kiri pemegang unit / Penjaga Berdaftar bagi tujuan pengesahan.
Pengesahan oleh Cawangan / Ejen
Ruangan ini adalah untuk kegunaan ASNB atau Ejen ASNB bagi tujuan pengesahan ke atas permohonan yang dibuat oleh pemegang unit / Penjaga Berdaftar.
Untuk Kegunaan ASNB/EJEN sahaja
Ruangan ini adalah untuk kegunaan ASNB atau Ejen ASNB yang dilantik sahaja.