Post on 20-Jul-2015
Pua Kumbu
Pua Kumbu merupakan kain kapas berpola pelbagai warna yang digunakan oleh
kaum Iban, dihasilkan dan digunakan di Sarawak, Malaysia. Pua kumbu ditenun
oleh wanita dayak dan dianggap objek suci. Alat tenun pua kumbu dinamakan
“Kek Iban “.Antara corak kain pua kumbu termasuklah corak buaya , corak biawak
,pucuk rebung dan buaya.
Pada zaman dahulu , pua kumbu digunakan dalam upacara dan peristiwa penting
termasuk kelahiran anak, sampai usia, menerima barangan penting kepada
rumah panjang, perkahwinan dan bagi tabir mayat yang diletakkan di rumah
panjang sebelum pengkebumian. Sekarang penggunaannya telah berubah , pua
kumbu dijadikan hiasan dinding , alas meja dan beg galas.Selain Pua Kumbu,
terdapat juga Pua Songket dan Pua Karap.