Post on 27-Jun-2015
Personaliti Kerjaya & Perniagaan
Personaliti Kerjaya & Perniagaan
Personaliti Kerjaya & Perniagaan
KATA PENGANTAR
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sebagai menghargai sahabat-sahabat yang sentiasa mengikuti
perkembangan dan memberi komen dalam blog saya
http://www.mautauka.blogspot.com, dengan serba kedaifan dan ilmu
yang sedikit, saya cuba hasilkan ebook ini dengan harapan dapat
memudahkan sahabat-sahabat mengikuti apa yang saya
ketengahkan dalam blog saya.
Untuk makluman sahabat-sahabat semua, apa yang saya cuba
tampilkan dalam ebook ini merupakan sebahagian ilmu daripada
pengajian saya berkenaan Rahsia Tarikh Lahir dan kajian beberapa
kitab yang berkaitan dengan numerologi.
Mungkin isi ebook ini dianggap tidak releven bagi sesetengah orang,
tapi sekiranya sahabat-sahabat menerimanya atas dasar ilmu tidak
ada salahnya.
suka untuk saya tegaskan di sini bahawa numerologi bukanlah
kaedah menilik nasib, tetapi pengunaan hasil kajian berkaitan
tingkahlaku manusia dan kajian ini sentiasa dilakukan oleh ahli-ahli
numerologi sehingga kini dan keputusannya mungkin berubah
berdasarkan faktor masa dan cuaca.
Ebook ini boleh diberikan kepada sesiapa sahaja.
Personaliti Kerjaya & Perniagaan
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita
bersama. InsyaAllah.
BERILMU UNTUK BERJAYA
yang masih mencari ilmu
SHAHRIZAD
Personaliti Kerjaya & Perniagaan
Asas Pengiraan
Kaedah pengiraan yang ingin saya ketengahkan ialah pengiraan
secara berpasangan.
Sebelum pengiraan dilakukan, semua angka dalam tarikh lahir
disusun secara berpasangan dan 4 pasangan nombor akan terhasil.
Kemudian satu garis akan dibuat dibawah setiap pasangan nombor.
Setiap nombor akan ditambah dengan pasangannya dan hasil
penambahan (hanya satu angka) diletakkan dibawah garis. Kita akan
dapat lihat 2 pasangan nombor terhasil dan proses yang sama
dilakukan sehingga tinggal hanya 1 angka dan nombor tersebut
dipanggil NOMBOR ASAS.
Contohnya 3/12/1980
Kita dapati ada 4 pasangan nombor iaitu 03, 12, 19, dan 80.
Setiap pasangan nombor digariskan dan kemudian setiap nombor
akan ditambah dengan pasangannya dan hasil penambahan (hanya
satu angka) diletakkan dibawah garis seperti dibawah.
03 12 19 80
________ ________ ________ ________
3 3 1 8
* Perhatikan 1 + 9 = 10 = 1 + 0 = 1
Personaliti Kerjaya & Perniagaan
Seterusnya setiap pasangan nombor digariskan dan proses pengiraan yang sama diulang seperti dibawah.
03 12 19 80 ________ ________ ________ ________
3 3 1 8 ______________________ _______________________
6 9 __________________________________________
6
* Perhatikan 6 + 9 = 15 = 1 + 5 = 6 Hasil akhir pengiraan iaitu nombor 6 adalah NOMBOR ASAS
Kita lihat contoh ke-2 iaitu individu yang lahir pada 29/09/2000
Kita dapati ada 4 pasangan nombor iaitu 27, 09, 20, dan 00.
Seperti contoh sebelum ini, garis dibuat dibawah setiap pasangan
nombor dan kemudian setiap nombor akan ditambah dengan
pasangannya dan hasil penambahan (hanya satu angka) diletakkan
dibawah garis seperti dibawah.
29 09 20 00
________ ________ ________ ________
2 9 2 5
* Perhatikan 2 + 9 = 11 = 1 + 1 = 2 dan 0 + 0 = 5 . Seterusnya setiap pasangan nombor digariskan proses pengiraan
yang sama diulang seperti berikut.
Personaliti Kerjaya & Perniagaan
29 09 20 00
________ ________ ________ ________
2 9 2 5 ______________________ _______________________
2 7 __________________________________________
9
* Perhatikan seperti di atas 2 + 9 = 11 = 1 + 1 = 2 ∴ NOMBOR ASAS = 9 Elemen(unsur) dan Kitaran Kawalan
Mengikut kajian I-Ching, terdapat 5 elemen yang boleh dikaitkan
dengan manusia iaitu LOGAM, AIR, API, KAYU, dan TANAH
Elemen-elemen tersebut ditentukan berdasarkan NOMBOR ASAS.
Lihat Jadual
Nombor Asas
Elemen
1 atau 6 LOGAM
2 atau 7 AIR
3 atau 8 API
4 atau 9 KAYU
5 TANAH
Personaliti Kerjaya & Perniagaan
Berdasarkan konsep kitaran kawalan, ”logam dikatakan mengawal
kayu”, ”kayu mengawal tanah”, ”tanah mengawal air”, ”air mengawal
api”, dan ”api mengawal logam”.
Lihat gambar
Pekerjaan yang terbaik atau paling sesuai bagi kita ialah daripada elemen yang kita kawal manakala yang paling tidak sesuai ialah daripada elemen yang mengawal elemen kita.
Kitaran
Kawalan
Personaliti Kerjaya & Perniagaan
Contohnya orang yang mempunyai nombor asas 1 atau 6 iaitu daripada elemen logam paling sesuai memilih pekerjaan / perniagaan daripada elemen kayu dan sebaliknya pekerjaan / perniagaan daripada elemen api adalah yang paling tidak sesuai untuk dipilihnya. JADUAL 1 (ELEMEN DAN PERSONALITI)
Nombor asas
Elemen Ringkasan Analisis
1 LOGAM Kepimpinan, Berdikari, Sendirian, Menarik Pengkhianat, Cemburu
2 AIR Suka Bercakap, Berhati Lembut, Menarik Perempuan
3 API Agresif, Tidak Sabar, Panas Baran, Pantas / Cepat, Semangat, Kejiwaan
4 KAYU Perancang, Kebijaksanaan, Berpendidikan, Mencari Pengetahuan
5 TANAH Degil, Emosional, Pemarah, Sibuk, Berprinsip (berhati-hati)
6 LOGAM Kekayaan, Kebijaksanaan, Kepimpinan, Pentingkan Kekeluargaan
7 AIR Bertuah, Sokongan (banyak sokongan), Menarik Perempuan
8 API Banyak Tekanan, Emosional, Desakan, Bertanggungjawab, Sibuk, Menarik Lelaki
9 KAYU Berfikiran Perniagaan, Aset, Kejayaan, Menarik Lelaki
Personaliti Kerjaya & Perniagaan
JADUAL 2 (Elemen dan Kerjaya/Perniagaan)
ELEMEN KERJAYA/PERNIAGAAN
LOGAM
Firma Perundangan, Bank, Institusi Kewangan, Pajak Gadai, Pejabat Kerajaan, Pemburu, Lawan Pedang, Peralatan Sukan, Pengedaran Automotif, Kedai Perkakas Elektrik, Tenaga Kerja Industri Kewangan, Syarikat berkaitan dengan Bursa Saham, Penguatkuasa Polis, Tentera, Kerjaya berkaitan dengan Perundangan, Pusat Sains dan Penyelidikan, Alatan Jentera, Pengangkutan, Kejuruteraan, Perlombongan, Barangan Logam, Perniagaan Barang Kemas atau Syarikat Pengawal Keselamatan
AIR
Perniagaan berasaskan Perkhidmatan, Minuman, Tenaga Buruh, Agensi Pembantu Rumah, Makanan Laut, Perkapalan, Loji, JanakuasaAir, Kafe, Pakaian Renang, Agensi Pelancongan, Agensi Insurans, Pengurup Wang, Perdagangan, Pertunjukan Kebudayaan, Pekerja Bebas, Jurujual, Peniaga Gerai, Penapis Air, Internet, Ahli Silap Mata, Stesen TV, Penyampai Berita, Wartawan, Posmen, Pemandu, Nelayan, Ahli Matematik, Ahli Falsafah, Diplomat
API
Makanan, Restoran, Berita, Majalah, Telekomunisi, Penerbangan, Kargo, Minyak & Gas, Loji Penjana Tenaga, Kabel Janakuasa, Bahan Api, Kosmetik, Penjenamaan, Perhubungan Awam, Pengiklanan, Tenaga Kerja, Makanan segera, Kantin, Fesyen, Pencahayaan, Gedung Serbaneka, Perhiasan Pakaian, Senjata, Minuman Panas, Pereka, Penulis, Karyawan Filem, Jururawat, Fund Raiser, Penyambut Tetamu atau Ahli Psikologi
KAYU
Perabot, Kertas, Pendidikan, Perpustakaan, Pertukangan, Pakaian, Kebudayaan Manusia, Buku, Studio Rekaan, Fabrik, Penanaman, Perladangan, Hortikultur, Perkebunan, Perhutanan, Kilang Papan, Perubatan Cina, Hospital, Perubatan, Keagamaan, Pelukis, Doktor, Ahli Farmasi, Guru, Penerbit, Profesor, Pegawai Perhubungan atau Pentadbir Pejaba
TANAH
Hartanah, Pusat Kewangan, Pembuatan Pasu, Kedai Antik, Perundingan, Perakaunan, Batu Permata, Marmar, Kontraktor, Perlombongan, Kebajikan, Pembinaan, Broker Saham dan Sekuriti, Arkitek, Pekebun atau Peladang
Personaliti Kerjaya & Perniagaan
Ruang Iklan
SUCI LAGI SELAMAT! Penapis air Imtiyaaz menggunakan teknologi Nano daripada Jepun dengan 5 tabung penapis berkesan. Harga seunit RM598. (BUKAN PRODUK DIRECT SELLING YANG RM2300 TU WALAUPUN
HAMPIR SAMA FUNGSINYA) MEMBELI SAMBIL MEMBANTU EKONOMI
UMAT PRODUK BUMIPUTERA ISLAM TEMPATAN
Sekiranya berminat sila hubungi Azlan Mohd Noor 013-5907715
Personaliti Kerjaya & Perniagaan
Ingin memulakan perniagaan internet? Dapatkan Pakej Lengkap Perniagaan Internet Anda tentu akan berpuas hati dengan pakej ini kerana anda
mampu menjana pendapatan dengan mudah walaupun
laman web anda belum siap. InsyaAllah saya akan
kongsikan dengan anda. Klik sini
Personaliti Kerjaya & Perniagaan
Bagi anda yang menceburi perniagaan MLM (Multi Level Marketing)
Satu panduan yang berguna buat anda sekiranya anda
ingin berjaya dalam MLM. Anda tentu akan berterima
kasih kepada pangarangnya. Klik sini
Personaliti Kerjaya & Perniagaan
Ini yang paling best Teknik Menjana Pendapatan dengan internet tanpa menjual
produk dan yang pastinya HALAL serta dihasilkan oleh salah
seorang PAKAR INTERNET MARKETING yang telah
berjaya menjana pendapatan 5 hingga 6 angka setiap bulan.
klik sini.