Post on 07-Feb-2018
PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP
PERKHIDMATAN BIMBINGAN KERJAYA DI SEKOLAH
MENENGAH TIKNIK SEKITAR NEGERI SEMBILAN
TAN PEI KHUN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP PERKHIDMATAN BIMBINGAN KERJAYA DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK SEKITAR NEGERI SEMBILAN.
SESI PENGAJIAN: 2003/2004
Saya TAN PEI KHUN (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD √
Disahkan oleh
______________________________ _________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:
51, JALAN SYED ALI, 71600 KUALA KLAWANG, DR. TAN SOO YIN JELEBU, NEGERI SEMBILAN. Nama Penyelia
Tarikh: 12 MAC 2004 Tarikh : 12 MAC 2004 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perLu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Awam).”
Tandatangan : ________________________
Nama Penyelia : _____Dr. Tan Soo Yin_____
Tarikh : ______10 MAC 2004______
PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP
PERKHIDMATAN BIMBINGAN KERJAYA DI SEKOLAH
MENENGAH TIKNIK SEKITAR NEGERI SEMBILAN
TAN PEI KHUN
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Awam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC, 2003
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ………………………….
Nama Penulis : Tan Pei Khun
Tarikh : .………………………...
iii
DEDIKASI
Untuk
ayah yang disanjungi
Tan Peck Ling
dan ibu yang tersayang
Che Ah Tho
Segala jasa dan pengorbanan ayah ibu
yang telah bersusah payah mendidikku dan memeliharaku
agar menjadi seorang manusia yang berguna
serta
kakak dan adik yang dikasihi
Bee Fong, Bee Er, Wei Tee, Chuey Chuan, Full Chang dan Bee Chin
Segala kerinduan, kesabaran, dan doa kalian yang diberikan
amat dihargai serta besar ertinya.
Kejayaan ini adalah milik bersama.
Terima Kasih
iv
PENGHARGAAN
Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
penyelia Projek Sarjana Muda, Dr. Tan Soo Yin, atas bimbingan, dorongan,
perbincangan serta nasihat pakar yang beliau berikan tanpa berasa jemu sejak dari awal
kajian ini dirancang sehinggalah projek ini dapat disempurnakan.
Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan kepada Bahagian Perancangan
dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan
Pendidikan Negeri, atas kebenaran bertulis bagi menjalankan kajian ini.
Terima kasih yang tidak terhingga juga penulis rakamkan untuk semua
Pengetua, Penolong Kanan Kurikulum, guru-guru bimbingan dan kaunseling dan
pelajar-pelajar Sekolah Menengah Teknik atas kerjasama yang telah diberikan.
Akhir sekali, penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu penulis menjayakan
projek penyelidikan ini.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan meninjau persepsi pelajar terhadap perkhidmatan
bimbingan kerjaya dari segi tahap sambutan pelajar, tahap kepuasan dan persepsi
pelajar terhadap perkhidmatan bimbingan kerjaya ke arah meningkatkan pengetahuan
mereka. Enam buah Sekolah Menengah Teknik di sekitar Negeri Sembilan telah
terlibat dengan responden terdiri daripada 318 orang pelajar Tingkatan Empat. Bagi
tujuan mengumpul data, soal selidik berdasarkan Skala Likert ditadbirkan dan data yang
diperolehi dianalisis menggunakan ujian statistik dengan perisian SPSS versi 11.0.
Analisis deskriptif dilakukan dengan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai untuk
melihat tahap persepsi terhadap perkhidmatan bimbingan kerjaya. Statistik inferensi
digunakan untuk mencari perbezaan persepsi nerdasarkan faktor jantian, pekerjaan dan
pendidikan bapa. Hasil kajian menunjukkan pelajar-pelajar yang terlibat dalam kajian
ini mempunyai tahap sambutan dan tahap kepuasan yang tinggi tetapi menganggap
perkhidmatan bimbingan kerjaya yang dilaksanakan kurang membantu dan
membimbing mereka dalam meningkatkan pengetahuan mereka. Kajian ini juga
menunjukkan terdapat perbezaaan kepuasan hati berdasarkan faktor jantina serta
perbezaaan persepsi terhadap perkhidmatan bimbingan kerjaya ke arah meningkatkan
pengetahuan berdasarkan faktor jantinan dan pekerjaan bapa. Implikasi kajian dan
cadangan tindakan serta kajian lanjutan turut dibincangkan.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study was to determine students’ perceptions of the
vocational guidance services in term of their participation, satisfaction and the level of
students’ perception about vocational guidance in increasing their knowledge. Three
hundred and eighteen Form Fours’ students from six technical schools in Negeri
Sembilan were involved in this research . The questionnaire was in Likert Scale and
data gathered was analyzed by using statistical method specifically SPSS 11.0 Version.
Frequency, percentage, mean and standard deviantion were used to determine the
levels of students’ perception to the vocational guiding programme. Inferency statistic
was also conducted in order to determine the differences in perceptions based on
gender, fathers’ occupation and academic attainment. The findings showed that
students had high perception about vocationanl guidance. For the level of vocational
guidance help to increase their vocational knowledge, the result showed moderate.
Implications of the research and suggestions for actions to be taken and suggestions for
future research were also indicated.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
HALAMAN JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xi SENARAI LAMPIRAN xiii
BAB I PENDAHULUAN 1 1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 2
1.3 Penyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Hipotesis Kajian 6
1.7 Kepentingan Kajian 7
1.8 Batasan Kajian 8
1.9 Definisi Konsep dan Operasional Kajian 8
1.9.1 Persepsi 9
1.9.2 Pelajar 9
1.9.3 Bimbingan 10
1.9.4 Kerjaya 10
viii
1.9.5 Bimbingan Kerjaya 10
1.9.6 Guru kaunseling 11
1.10 Kesimpulan 11
BAB II SOROTAN PENULISAN 12
2.1 Pengenalan 12
2.2 Kajian-kajian Lepas Tempatan 12
2.3 Kajian-kajian Lepas Luar Negara 16
2.4 Kerangka Teori Kaunseling Kerjaya 17
2.4.1 Teori Perkembangan Donald Super 17
2.4.2 Perhubunagn Latar Belakang Keluarga
Dengan Pemilihan Kerjaya 20
2.5 Perkhidmatan Bimbingan Kerjaya di Sekolah 21
2.5.1 Penilaian Diri 21
2.5.2 Maklumat Kerjaya 22
2.5.3 Peranan Guru Kaunseling Kerjaya 23
2.6 Kesimpulan 24
BAB III METODOLOGI 25 3.1 Pengenalan 25
3.2 Rekabentuk Kajian 25
3.3 Tempat Kajian 26
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 27
3.5 Kajian Rintis 27
3.6 Instrumen Kajian 28
ix
3.7 Prosedur Mengumpul Data Kajian 30
3.8 Analisis Data 30
3.8.1 Statistik Deskriptif 31
3.8.2 Statistik Inferensi 32
3.9 Kesimpulan 33
BAB IV PENGANALISAAN DATA KAJIAN 34 4.1 Pengenalan 34
2.2 Analisis Taburan Responden Berdasarkan Ciri-ciri
Domegrafi 34
4.3 Analisis Deskriptif Tahap Persepsi Responden
Terhadap Perkhidmatan Bimbingan Kerjaya 36
4.3.1 Persoalan 1 36
4.3.2 Persoalan 2 37
4.3.3 Persoalan 3 38
4.4 Analisis Inferensi 39
4.4.1 Pengujian Hipotesisi 1 39
4.4.2 Pengujian Hipotesisi 2 40
4.4.3 Pengujian Hipotesisi 3 40
4.4.4 Pengujian Hipotesisi 4 41
4.4.5 Pengujian Hipotesisi 5 42
4.4.6 Pengujian Hipotesisi 6 43
4.4.7 Pengujian Hipotesisi 7 44
4.4.8 Pengujian Hipotesisi 8 45
4.4.9 Pengujian Hipotesisi 9 46
4.5 Penutup 46
x
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 48 5.1 Pengenalan 48
5.2 Profile Responden Mengikut Ciri-ciri Demografi 48
5.3 Perbincangan Tahap Persepsi Responden 49
5.4 Perbincangan Hasil Hipotesis 50
5.5 Rumusan Dapatan kajian 52
5.6 Implikasi Kajian 53
5.7 Cadangan Tindakan 54
5.8 Cadangan Kajian Lanjutan 56
5.9 Kesimpulan 57
RUJUKAN 58 LAMPIRAN A - D 64- 74
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN 2.1 Tugas-tugas perkembangan kerjaya Super 19 3.1 Bilangan item mengikut dimensi persepsi pelajar terhadap
perkhidmatan bimbingan kerjaya 29 3.2 Cara pemberian skor item 30 3.3 Pengelasan tahap skor 32 4.1 Taburan responden mengikut jantina 35 4.2 Taburan responden mengikut pekerjaan bapa 35 4.3 Taburan responden mengikut pendidikan bapa 36 4.4 Analisis tahap sambutan responden terhadap perkhidmatan
bimbingan kerjaya 37 4.5 Analisis tahap kepuasan hati responden terhadap
perkhidmatan bimbingan kerjaya 37 4.6 Analisis tahap persepsi responden terhadap perkhidmatan
bimbingan kerjaya ke arah meningkatkan pengetahuan mereka 38
4.7 Analisis Ujian-t bagi perbandingan sambutan
berdasarkan faktor jantina 39 4.8 Analisis Ujian-t bagi perbandingan kepuasan hati
berdasarkan faktor jantina 40
xii
4.9 Analisis Ujian-t bagi perbandingan persepsi responden terhadap perkhidmatan bimbingan kerjaya ke arah meningkatkan pengetahuan mereka berdasarkan faktor jantina 41
4.10 Analisis ANOVA Sehala bagi perbandingan sambutan
berdasarkan faktor pekerjaan bapa 42 4.11 Analisis ANOVA Sehala bagi perbandingan sambutan
berdasarkan faktor pendidikan bapa 43 4.12 Analisis ANOVA Sehala bagi perbandingan kepuasan
hati berdasarkan faktor pekerjaan bapa 43 4.13 Analisis ANOVA Sehala bagi perbandingan kepuasan
hati berdasarkan faktor pendidikan bapa 44 4.14 Analisis ANOVA Sehala bagi perbandingan persepsi
responden terhadap perkhidmatan bimbingan kerjaya ke arah meningkatkan pengetauan mereka berdasarkan faktor pekerjaan bapa 45
4.15 Analisis ANOVA Sehala bagi perbandingan persepsi
responden terhadap perkhidmatan bimbingan kerjaya ke arah meningkatkan pengetahuan mereka berdasarkan faktor pendidikan bapa 46
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN A Set Soal Selidik 64 B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Daripada Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia 70 C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Daripada Jabatan
Pendidikan Negeri Sembilan Darul Khusus 72 D Carta Krejcie dan Morgan 74
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Bimbingan dan kaunseling merupakan satu bidang yang telah lama wujud dalam
kehidupan manusia. Ia merupakan perkhidmatan yang menyeluruh dengan meliputi
semua aktiviti dan perkhidmatan yang dijalankan untuk membuat dan melaksanakan
perancangan yang mencukupi serta mencapai penyelesuaian yang memuaskan dalam
semua aspek kehidupan harian (Suradi Sulim, 1996).
Dalam konteks pendidikan moden hari ini, bimbingan dan kaunseling
merupakan suatu bahagian yang terpenting dalam usaha memberikan perkhidmatan
kepada pelajar-pelajar baik di peringkat rendah, menengah mahupun di peringkat
pengajian tinggi (Amir Awang, 1984).
Pelaksanaan bimbingan dan kaunseling dalam pendidikan dapat diamalkan
dalam tiga peringkat iaitu peringkat Sekolah Rendah, peringkat Sekolah Menengah dan
Institusi Pendidikan Tinggi. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling perlu diamalkan
di setiap peringkat pendidikan disebabkan keperluan dan kehendak pelajar adalah
berbeza di peringkat pendidikan yang berbeza (Zunker, 1994).
2
Persekolahan dianggap mempunyai pengaruh yang kuat terhadap perkembangan
kerjaya seseorang (Amla, 1992). Unit bimbingan dan kaunseling di sekolah
bertanggungjawab untuk merekabentuk program dan aktiviti bimbingan kerjaya yang
dapat membimbing pelajar-pelajar dengan memberi maklumat dan pengetahuan tentang
kerjaya. Dalam melaksanakan program sedemikian, unit ini perlu mengambilkira
keperluan-keperluan pemilihan dan pembangunan kerjaya pelajar. Keselarasan antara
perkhidmatan unit kaunseling dan kerjaya dengan keperluan-keperluan pelajar adalah
penting dalam menentukan keberkesanan perkhidmatan bimbingan di sekolah dalam
membantu pelajar memilih kerjaya yang sesuai.
1.2 Latar Belakang Kajian
Dunia pekerjaan, satu fenomena yang sangat penting dalam kehidupan
seseorang individu dan pemilihan kerjaya juga merupakan perkara yang pasti akan
mereka lalui. Pekerjaan atau kerja adalah satu proses yang melibatkan satu jangka masa
yang panjang, seseorang individu itu akan membuat banyak pilihan sebelum mereka
tiba pada satu keputusan yang agak muktamad. Dalam jangka masa membuat
pemilihan kerjaya, ia banyak dipengaruhi persekitaran, potensi, bakat dan kebolehan
seseorang individu (Tolbert,1974).
Ahli-ahli psikologi juga berpendapat bahawa setiap manusia dilahirkan dengan
memiliki bakat dan potensi untuk berkembang, melalui perkhidmatan bimbingan yang
baik pelajar dapat mengembangkan bakat dan potensi mereka ke tahap maksimum
(Suradi Sulim, 1996).
Pada zaman persekolahan, pelajar-pelajar akan melalui satu peringkat percubaan
dan memasuki peringkat awal realistik. Di akhir peringkat tersebut, pelajar terpaksa
membuat keputusan dan perancangan kerjaya yang kemungkinan besar akan
mempengaruhi pemilihan kerjaya apabila dewasa (Hushim,1997). Maka, pelajar perlu
3
dilengkapkan dengan pelbagai maklumat tentang pekerjaan, ia merangkumi aspek-aspek
tentang prospek pekerjaan itu, kelayakan, latihan, kemahiran dan kursus yang
diperlukan, tugas, tanggungjawab dan keadaan kerja serta maklumat lain yang berkaitan
supaya mereka dapat menilai diri mereka dan melihat kesesuaian diri mereka dengan
pekerjaan itu. Maklumat yang tepat dapat membantu mereka membuat pemilihan
kerjaya yang realistik (Suradi Sulim, 1996).
Selain itu, maklumat kerjaya juga dapat mengurangkan keraguan pelajar dan
membolehkan mereka maju dalam pelajaran dengan mengetahui wujudnya pekerjaan
yang sesuai dengan kebolehan mereka (Eh Ah Meng, 1996). Mereka perlu
mengambilkira faktor-faktor yang boleh membantu mereka memilih pekerjaan yang
sesuai dengan mendapatkan bimbingan dan bantuan daripada pihak unit bimbingan dan
kaunseling sekolah. Inilah adalah kerana perkhidmatan bimbingan kerjaya diperlukan
oleh para pelajar untuk membuat pemilihan kerjaya yang sesuai dengan minat,
kebolehan, bakat dan ciri-ciri keperibadian mereka (Amir Awang, 1982).
Crites (1969) juga menyatakan bahawa dalam konteks membuat pemilihan
kerjaya, pengetahuan mengenai diri sendiri dan pekerjaan adalah tidak lengkap tanpa
proses atau aktiviti bimbingan dan kaunseling. Ketiga-tiga unsur tersebut perlu
digabungkan bagi memastikan keupayaan memilih kerjaya yang tepat. Pandangan ini
turut disokong oleh fakta berikut:
“ Knowledge of self + knowledge of work + counseling = ability to choose,
assign career information a central role.”
(Srebalus, 1982: 96)
Bimbingan kerjaya diperlukan bukan sahaja kerana ia dapat membantu
seseorang pelajar itu dengan keterangan-keterangan tentang kerja semata-mata, tetapi
juga menyedarkan seseorang pelajar itu dengan persiapan bagi menghadapi pekerjaan
itu. Dalam konteks bimbinagn kerjaya, pelajar dibimbing untuk menyakinkan diri
4
sendiri dalam membuat pilihan yang tepat dan berkesan semasa memilih kerjaya mereka
(Mansur Abdullah, 1996).
Jabatan Pendidikan Teknikal (JPTek), Kementerian Pendidikan Malaysia
ditubuhkan pada tahun 1964 dan dipertanggungjawabkan untuk memajukan pendidikan
teknik dan vokasional dalam negara. Penubuhan Sekolah Menengah Teknik berfungsi
untuk memberi pendidikan asas dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar yang
mempunyai kecenderungan terhadap bidang tersebut dan mengekalkan kecenderungan
ini supaya membolehkan mereka melanjutkan pengajian dalam bidang yang berkaitan di
institusi pengajian tinggi. Ia menawarkan program teknologi yang lebih rigorous bagi
membolehkan pelajar berpotensi menjadi separa professional atau professional dalam
pebagai bidang teknikal dan kejuruteraan.
Secara keseluruhan, pendidikan di Sekolah Menengah Teknik memberi
persediaan yang komprehensif kepada pelajar-pelajar menengah atas dari segi
kemahiran yang spesifik dan pengetahuan yang luas berdasarkan jurusan yang diikuti
oleh mereka.
Di Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional, program-program bimbingan
kerjaya dapat memperkukuhkan lagi pilihan kerjaya pelajar-pelajar,
memperkembangkan lagi potensi-potensi pelajar, menilai semula minat kerjaya mereka
dan membantu mereka membuat persediaan untuk melangkah ke alam Institusi
Pengajian Tinggi serta dunia pekerjaan.
1.3 Penyataan Masalah
Setiap tahun beribu-ribu pelajar menamatkan alam pesekolahan dan memasuki
pasaran buruh dalam negara. Pada persoalannya, adakah mereka telah bersedia untuk
5
memasuki sesuatu sektor pekerjaan sama ada dari segi mental, fizikal, pengetahuan,
kemahiran dan sebagainya? Sudahkah mereka mempunyai pilihan kerjaya yang seiras
dengan minat mereka? Adakah sektor kerjaya yang akan mereka ceburi memenuhi
kehendak mereka?
Sejauh mana para pelajar mempunyai pandangan yang positif ke atas
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling untuk mereka mendapatkan panduan dalam
menyelesaikan masalah penentuan kerjaya masih lagi kabur. Oleh itu, kajian ini akan
meninjau persepsi pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Teknik terhadap perkhidmatan
bimbingan kerjaya di sekolah masing-masing.
1.4 Objektif Kajian Matlamat kajian ini dijalankan adalah untuk mencapai objektif-objektif yang berikut:
i. Untuk mengenal pasti tahap sambutan pelajar terhadap perkhidmatan
bimbingan kerjaya.
ii. Untuk mengenal pasti tahap kepuasan hati pelajar terhadap perkhidmatan
bimbingan kerjaya.
iii. Untuk mengenal pasti tahap persepsi pelajar terhadap perkhidmatan bimbing
kerjaya ke arah membantu meningkatkan pengetahuan mereka.
iv. Untuk membandingkan sambutan dan kepuasan hati pelajar terhadap
perkhidmatan bimbingan kerjaya serta persepsi pelajar terhadap
perkhidmatan bimbingan kerjaya ke arah meningkatkan pengetahuan mereka
berdasarkan faktor jantina.
v. Untuk membandingkan sambutan dan kepuasan hati pelajar terhadap
perkhidmatan bimbingan kerjaya serta persepsi pelajar terhadap
perkhidmatan bimbingan kerjaya ke arah meningkatkan pengetahuan mereka
berdasarkan faktor pekerjaan dan pendidikan bapa.
6
1.5 Persoalan Kajian Soalan-soalan kajian yang akan diajukan dalam kajian ini adalah seperti berikut:
i. Apakah tahap sambutan pelajar terhadap perkhidmatan bimbingan kerjaya?
ii. Apakah tahap kepuasan hati pelajar terhadap perkhidmatan bimbingan
kerjaya?
iii. Apakah tahap persepsi pelajar terhadap perkhidmatan bimbingan kerjaya ke
arah membantu meningkatkan pengetahuan mereka?
iv. Adakah terdapat perbezaan antara sambutan dan kepuasan hati pelajar
terhadap perkhidmatan bimbingan kerjaya serta persepsi pelajar terhadap
perkhidmatan bimbingan kerjaya ke arah meningkatkan pengetahuan mereka
berdasarkan faktor jantina?
v. Adakah terdapat perbezaan antara sambutan dan kepuasan hati pelajar
terhadap perkhidmatan bimbingan kerjaya serta persepsi pelajar terhadap
perkhidmatan bimbingan kerjaya ke arah meningkatkan pengetahuan mereka
berdasarkan faktor pekerjaan dan pendidikan bapa?