Post on 30-Dec-2019
Naskhah belum disemak
PENYATA RASMI PARLIMEN
DEWAN RAKYAT
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PENGGAL KEDUA
MESYUARAT KETIGA
Bil. 44 Rabu 23 Oktober 2019
K A N D U N G A N
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2020 (Halaman 44) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 43) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 204) Anggaran Pembangunan 2020 (Halaman 44)
DR. 23.10.2019 1
MALAYSIA
DEWAN RAKYAT
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PENGGAL KEDUA
MESYUARAT KETIGA
Rabu, 23 Oktober 2019
Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi
DOA
[Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Mesyuarat]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said [Kuala Krau]: Tuan Yang di-
Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Ya.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said [Kuala Krau]: Peraturan
mesyuarat Tuan Yang di-Pertua. Cukup bilang bagi sesuatu Mesyuarat. Kuorum tidak
cukup ya Tuan Yang di-Pertua, ini peraturan mesyuarat.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Setiausaha, sila bilang.
Pembangkang ramai tidak ada.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Tuan Yang di-Pertua, kita
lihat di sebelah pembangkang hanya tiga orang sahaja. Mana pergi yang lain-lain?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said [Kuala Krau]: Sama juga
kerajaan, lagi ramai yang tidak ada.
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [Kuala Terengganu]:
Tidak pandai bilang kah? Mana ada tiga orang?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Pembangkang yang gaji
buta. Selalu salahkan sebelah sini sahaja pagi-pagi.
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [Kuala Terengganu]: Kira
pun tidak pandai.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said [Kuala Krau]: Ini pengalaman
kita, pembangkang dan kerajaan biasa.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Ahli Yang Berhormat yang
lain, sila duduk apabila Setiausaha menghitung. Cukup ya. Ahli Yang Berhormat, ada
cukup kuorum, setelah dihitung oleh Setiausaha Dewan. Puas hati Yang Berhormat
Kuala Krau?
DR. 23.10.2019 2
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Tuan Yang di-Pertua, saya
minta diberi amaran...
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said [Kuala Krau]: Semasa saya
mengusulkan peraturan mesyuarat, memang tidak cukup. Itu saya pastikan. Terima
kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Memang ada cukup kuorum,
jangan kita bangkitkan perkara yang tidak memberi manfaat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Saya minta diberi amaran
kepada Yang Berhormat Kuala Krau, sengaja ingin mengucar-ngacirkan Dewan pagi-
pagi ini.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Yang Berhormat Jelutong
pun...
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Ini di bawah peraturan mesyuarat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Saja hendak kacau,
perangai UMNO.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Terima kasih kepada semua.
JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Ya, pada pagi yang
sebenarnya penuh berkat ini, marilah kita mulakan majlis Mesyuarat dengan dua
rangkap pantun patriotik yang dipetik daripada mimbar kata,
“Hari cerah mencemuh kekabu,
Hinggap burung di ranting nangka,
Sayangi Malaysia ku tanah air ku,
Setia kasih berbahagi tiada.
Kalau gugur embun di padang,
Daun berbalut runtuk memberat,
Malaysia tersayang gilang-gemilang,
Tiada bandingan tempat berpuak”.
Ahli Yang Berhormat, sekarang saya jemput Yang Berhormat Cheras.
DR. 23.10.2019 3
1. Tuan Tan Kok Wai [Cheras] minta Menteri Pembangunan Usahawan menyatakan tindakan kerajaan untuk merancakkan perkembangan ekonomi dan membantu pengusaha perniagaan kecil-kecilan dalam waktu yang mencabar ini.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan [Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin
Md. Ramli]: Terima kasih, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam
sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Cheras atas soalan
berkaitan dengan peniagaan dan usahawan kecil-kecilan.
Kementerian Pembangunan Usahawan memang peranannya ialah untuk
merancakkan aktiviti perniagaan di kalangan peniaga-peniaga kecil, sederhana dan juga
yang mikro. Melalui Dasar Keusahawanan Nasional yang telah dirangka, kita
mengadakan pelbagai strategi dan inisiatif. Namun, kerancakan ekonomi negara bukan
hanya bergantung kepada situasi dalaman negara tetapi juga perkara di luar negara
yang kita tidak boleh pengaruhi.
Walau macam mana pun, kalau melihat kepada apa yang telah dibentangkan di
dalam Belanjawan 2020 memang usaha untuk merancakkan peniaga-peniaga kecil ini
kita laksanakan. Pertamanya Tuan Yang di-Pertua, kemudahan akses kepada
pembiayaan. Melalui TEKUN Nasional, kita menawarkan pelbagai skim mikro kredit
daripada serendah-rendah RM1,000 hingga RM100,000 kepada usahawan kecil dan
sederhana bagi membantu pembiayaan usaha-usaha mereka.
Pada tahun 2019 sahaja, lebih daripada 18,000 usahawan telah dibantu melalui
skim ini dengan pembiayaan sejumlah RM248.6 juta. Pada tahun akan datang, ia akan
dirancakkan lagi dengan penyediaan pembiayaan sebanyak RM300 juta, RM105 juta
darinya disebut di dalam bajet yang lalu yang lebihnya adalah daripada pembiayaan
dalaman. Termasuk juga dalam usaha merancakkan ini ialah penyediaan RM20 juta
daripada belanjawan untuk pembiayaan usahawan masyarakat India ataupun SPUMI di
bawah TEKUN. Ini kita jangka akan dapat membina usahawan baharu seramai 1,300
orang.
Di samping itu, TEKUN juga sedang melaksanakan program pembangunan
usahawan dalam bidang kemahiran khusus seperti ukiran kayu dan pembiayaan kepada
usahawan sebanyak 285,009 orang usahawan dan fertigasi pertanian di bawah projek
PRINT di Terengganu dengan pembiayaan kepada 20 peserta sebanyak 400,000 dan
sambutannya cukup baik.
Selain TEKUN, Bank Rakyat juga menyediakan beberapa program
pembangunan usahawan seperti Modal Usahawan Kecil dan Micro Enterprise Fund dan
sehingga kini lebih daripada 7,024 orang usahawan telah menerima manfaat dan
DR. 23.10.2019 4
pembiayaan berbaki RM84 juta, masih ada lagi wang yang ada disediakan untuk
usahawan-usahawan yang baharu.
Selain daripada itu, kita juga aktif dalam penyediaan latihan seperti yang dibuat
oleh SME Corp., INSKEN dan ini dapat membantu usahawan-usahawan kita
meningkatkan kepelbagaian industri mereka.
■1010
Sedikit Tuan Yang di-Pertua, dalam bajet juga kita menyediakan melalui SME
Bank, Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan sebanyak RM500 juta, untuk membantu
‘Titan’ RM300 juta, usahawan kecil wanita RM200 juta. Jadi ini adalah peluang-peluang
untuk kita merancakkan usahawan-usahawan kecil dan sederhana kita.
Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: Terima kasih. Menurut tinjauan Bank Dunia dan
IMF, pertumbuhan global yang lemah dan juga ketegangan perdagangan yang naik
melampau adalah dijangka ekonomi kebanyakan negara termasuk Malaysia akan
dilembapkan dan oleh itu apakah strategi khas ataupun strategi pembaharuan utama
kementerian yang akan dilaksanakan untuk membantu usahawan-usahawan sederhana
atau kecil mengelak daripada dilanda krisis ekonomi. Ini kerana walaupun saya dengar
ada skim dan mikro kredit ataupun dana jaminan yang akan membantu peniaga-peniaga
kecil tetapi kalau sekiranya ada krisis kewangan atau ekonomi yang melanda mereka,
kemungkinan mereka tidak dapat diselamatkan oleh apa yang telah dirancangkan
kepada mereka. Saya mohon dijawab.
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Cheras. Sememangnya kita tidak dapat meramalkan
suasana pada masa akan datang. Akan tetapi kerajaan bersedia untuk membantu
usahawan-usahawan kecil khususnya dan sederhana ini untuk menangani isu-isu ini
melalui penyediaan-penyediaan mereka di dalam keusahawanan yang sustainable dan
melalui bantuan-bantuan dari segi menyediakan platform-platform pemasaran,
contohnya. Membantu usahawan-usahawan kita bersedia dengan kemudahan-
kemudahan supaya mereka boleh mengeksport barangan mereka, ada disediakan di
bawah program kementerian ini.
Kita juga pergi ke seluruh negara untuk mengatur program-program seperti yang
dibuat seperti Satu Daerah, Satu Industri. Begitu juga yang disediakan oleh kementerian
lain, Kementerian Pembangunan Luar Bandar misalnya, membangunkan usahawan-
usahawan kecil. Jadi kita yakin dengan nada yang sedia ada ini kita tidak akan terjejas
untuk masa terdekat ini oleh sebarang perubahan di dalam ekonomi dunia, kita akan
dapat bertahan. Insya-Allah.
DR. 23.10.2019 5
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar]: Paya Besar.
Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi [Tumpat]: Tumpat, Tumpat.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Terima kasih. Sekarang saya
menjemput Yang Berhormat Putrajaya.
Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor [Putrajaya]: Terima kasih Tuan
Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya dengan kerajaan, apakah hala tuju kerajaan untuk
membantu usahawan-usahawan kecil ini? Seperti apa yang telah disebut oleh Yang
Berhormat Cheras tadi, sorry, because of the new economic situation of the world, krisis
ekonomi ini kalau hala tuju tidak ada, kita tidak tahu ke mana usahawan-usahawan kecil
ini akan berada akhirnya. Jadi, saya minta hala tuju kerajaan terhadap membantu
usahawan-usahawan kecil ini. Terima kasih.
Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Putrajaya. Hala tuju telah kita tetapkan di dalam Dasar
Keusahawanan Negara kita iaitu untuk memastikan SME ataupun kecil dan sederhana
ini menyumbang kepada KDNK sebanyak 50 peratus menjelang tahun 2030.
Jadi, tentulah usaha-usaha yang dibuat ialah untuk meramaikan usahawan-
usahawan ini dengan menyediakan platform-platform keusahawanan yang lebih baik,
bantuan-bantuan pembiayaan dan di sesetengah tempat, kita membantu mereka
membuka pasaran-pasaran untuk mereka di dalam dan juga di luar negara. Jadi ke arah
itu kita akan cuba membantu ekonomi negara, cuba membantu eksport SME ini daripada
sekarang ini lebih kurang 70 peratus sahaja eksport kita ke luar negara daripada SME
kepada 35 peratus pada tahun 2030.
SME juga akan menyediakan 80 peratus daripada employment ataupun
pekerjaan di negara ini menjelang tempoh yang sama melalui usaha-usaha yang dibuat
oleh kerajaan. Jadi hala tuju itu sangat jelas. Terima kasih.
2. Datuk Aaron Ago Dagang [Kanowit] minta Menteri Luar Negeri menyatakan jumlah rakyat dari Sarawak yang bekerja dengan pelbagai syarikat (pembalakan, pembinaan, minyak dan gas) di luar negara (seperti di Solomon Island, Surinam, benua Afrika dan Arab). Adakah kerajaan sedar selalunya berlaku masalah di antara pekerja dan majikan yang akhirnya membebankan kerajaan dan wakil rakyat.
Timbalan Menteri Luar Negeri [Dato’ Haji Marzuki bin Yahya]: Bismillahir
Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat pagi. Tuan
Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kanowit atas
pertanyaan yang dikemukakan.
DR. 23.10.2019 6
Tuan Yang di-Pertua, seperti mana Dewan yang mulia ini sedia maklum, di
antara tugas dan tanggungjawab Kementerian Luar Negeri ialah memastikan hak dan
kebajikan rakyat Malaysia yang berada di luar negara sentiasa terjaga dan terpelihara.
Pejabat perwakilan Malaysia di luar negara sentiasa bersedia memberi perkhidmatan
atau bantuan kaunselor kepada warganegara Malaysia yang memerlukan atau
menghadapi masalah di luar negara.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini juga, kementerian tidak mempunyai
rekod secara khusus tentang jumlah rakyat Malaysia daripada Sarawak yang bekerja di
luar negara. Walau bagaimanapun, bagi tahun ini sehingga bulan Julai 2019, terdapat
seramai 35,783 orang rakyat Malaysia yang telah mendaftarkan diri dengan pejabat-
pejabat perwakilan Malaysia di luar negara.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sentiasa prihatin terhadap isu-isu yang dihadapi
oleh rakyat Malaysia di luar negara tanpa mengira negeri asal mereka dalam hal ini.
Kerajaan sentiasa menekankan supaya rakyat Malaysia yang ingin bekerja di luar
negara agar berhati-hati dengan tawaran kerja yang diberikan. Memahami kontrak yang
dikemukakan dan memastikan undang-undang tempatan termasuk undang-undang
buruh sedia ada dipatuhi sewajarnya. Ini penting bagi mengelakkan mereka daripada
menjadi mangsa penipuan dan ditimpa masalah di kemudian hari. Dalam hubungan ini
juga, kerajaan sentiasa menggalakkan rakyat Malaysia untuk berdaftar dengan pejabat
perwakilan Malaysia sebelum bertolak ke luar negara. Terima kasih.
Datuk Aaron Ago Dagang [Kanowit]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih atas jawapan Menteri. Soalan ini timbul kerana baru-baru ini beberapa kes
rakyat kita dari Sarawak salah faham dengan majikan mereka terutama dari Surinam
dan Solomon Island. Mereka ini telah melarikan diri dan ingin balik ke Sarawak. Kita
sebagai wakil rakyat adalah mereka yang pertama kali dihubungi untuk membantu
mereka balik ke Sarawak.
Soalan saya di sini adalah adakah kementerian atau kerajaan melalui duta dan
konsulat di negara-negara tersebut mempunyai prosedur ataupun cara untuk
menguruskan mereka ini supaya mereka ini dapat balik ke Sarawak? Ada beberapa kes
di mana Menteri dari Sarawak menggunakan wang sendiri untuk membawa mereka
balik.
Soalan kedua yang amat penting Yang Berhormat Menteri ialah banyak
accusation dilemparkan oleh negara-negara di mana syarikat kita bekerja seperti di
Solomon Island. Kita baru-baru ini melihat satu video viral di mana penduduk ataupun
kerajaan di sana melemparkan beberapa accusation kepada syarikat-syarikat kita yang
DR. 23.10.2019 7
tidak mengikut perjanjian apabila mereka masuk untuk mengambil balak di kawasan
tersebut seperti tidak mengikut praktis code of practice, logging instead of selective
logging dia buat clear, tidak mengikut minimum wages dan sebagainya dan menipu dari
segi production dan keuntungan untuk melarikan membayar levi dan royalti dan
sebagainya.
Ini amat membawa nama yang tidak bagus bagi negara kita. Adakah
kementerian ataupun kerajaan kita di negara-negara tersebut sedar dan mempunyai
tanggungjawab ke atas masalah-masalah seperti ini? Terima kasih.
Dato’ Haji Marzuki bin Yahya: Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman
Yang Berhormat bahawa isu-isu di antara pekerja dan majikan di luar negara ini adalah
di luar bidang kuasa Kementerian Luar Negeri. Akan tetapi walau bagaimanapun, wakil-
wakil kita di luar negara sentiasa memberi perhatian untuk menyelesaikan masalah-
masalah sebegini iaitu dengan kita mengadakan lawatan kepada majikan-majikan
tersebut dan juga mengambil berat tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh
pekerja-pekerja tersebut.
■1020
Akan tetapi yang menjadi masalahnya adalah perjanjian di antara majikan dan
pekerja itu adalah di luar bidang kuasa kementerian. Oleh sebab itu kita selalu sarankan
bahawa mana-mana pekerja yang ingin bekerja di luar negara, rujuklah dahulu kepada
konsulat kita di dalam dan juga di luar negara untuk memastikan bahawa terma-terma
kontrak yang dibuat itu mematuhi dan juga menepati apa yang diperlukan, Yang
Berhormat. Terima kasih.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib [Maran]: Seperti Yang
Berhormat Timbalan Menteri sebutkan tadi bahawa kita ada lebih kurang 35,700 lebih
pekerja-pekerja negara kita di negara asing yang didaftarkan. Namun saya perhatikan
bahawa perwakilan kita di negara-negara luar ini tidak berupaya untuk melihat mereka
ini, memerhatikan pergerakan pekerja-pekerja sehingga mungkin mereka dieksploitasi
oleh negara asing termasuklah dari segi pemerdagangan orang.
Saya ingin tahu, apakah kerajaan bercadang untuk menubuhkan satu badan
khas dalam mengendalikan pekerja-pekerja di luar negara ini. Saya juga ingin tahu kalau
di negara kita lebih kurang hampir RM40 bilion hasil pekerja asing dibawa— wang kita
dibawa keluar. Apakah pekerja-pekerja kita di negara asing, luar ini, lebih kurang 35,000
tadi membawa balik wang negara asing ke negara kita dan berapa jumlahnya kalau
Yang Berhormat ada rekod. Terima kasih.
DR. 23.10.2019 8
Dato’ Haji Marzuki bin Yahya: Terima kasih Yang Berhormat. Pertama sekali
tentang soal wang yang dibawa masuk itu, kita tidak mempunyai data dan rekod yang
lengkap. Cuma yang saya boleh jelaskan di sini bahawa kemungkinan besar kalau
sekiranya satu cadangan yang diberikan Yang Berhormat dari semasa ke semasa.
Sekiranya perkara ini terus berlarutan, mungkin ia menjadi satu cadangan untuk kita
adakan satu jawatankuasa untuk memastikan bahawa perkara-perkara ini dapat kita
atasi dan juga memberi bantuan kepada rakyat kita yang berada di luar negara. Terima
kasih.
3. Tuan Pang Hok Liong [Labis] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan memandangkan operasi sindiket ceti haram atau 'Ah Long' ganas dan berbahaya semakin meningkat setiap hari dan ramai telah menjadi mangsa sindiket, sama ada pihak Kementerian akan menggubal Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 untuk mengenakan hukuman penjara mandatori dan penyitaan/pelucutan hak semua harta-harta alih dan tidak alih milikan pesalah dan keluarganya.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Puan Hajah Zuraida binti
Kamaruddin]: Bismillahir Rahmanir Rahim. Terima kasih Yang Berhormat Labis di atas
soalan. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Labis, KPKT tidak mengeluarkan lesen
untuk along ya. So, KPKT mengeluarkan lesen untuk peminjam wang yang sekarang
dinamakan credit community. So, jadi dalam bawah credit community ini ada aktanya.
Jadi, sekiranya ada kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pemberi, peminjam wang
di bawah credit community ini, mereka akan dikompaun. Kompaunnya, setiap kesalahan
adalah sebanyak RM5,000.
Akan tetapi untuk kes-kes along adalah di bawah bidang kuasa PDRM. Jadi
PDRM ada banyaklah dia punya langkah-langkah dan juga akta-akta yang boleh
mengambil tindakan kepada along-along ini. Akan tetapi untuk pengetahuan Yang
Berhormat Labis, mungkin minat untuk mengetahui tentang statistik along yang telah
ada kes, yang telah kita dapat laporan adalah sebanyak 798 kes along yang telah
ditangani oleh pihak polis yang melibatkan sebanyak RM10 bilion ringgit. So, itu di
bawah pengelolaan PDRM. Itu makluman untuk Yang Berhormat Labis. Terima kasih.
Tuan Pang Hok Liong [Labis]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas
jawapannya. Akan tetapi kegiatan along masih berleluasa. Persepsi orang awam adalah
bahawa penguatkuasaan terhadap sindiket along ini masih lemah dan tidak berkesan.
Jadi along bukan sahaja bertindak agresif tetapi sekarang mencabar pihak
penguatkuasaan, mereka juga have zero respect for law enforcement, dengan izin.
DR. 23.10.2019 9
Jadi, pada soalan tambahan saya adalah apakah langkah yang lebih efektif wajar
diambil untuk melumpuhkan komunikasi along tersebut. Apa yang lebih canggih, mereka
mempromosikan kegiatan mereka, pinjaman along melalui laman web dan juga FB dan
sebagainya. Apa langkah yang wajar perlu diambil? Minta jawapan dari Yang Berhormat
Menteri, terima kasih.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin: Okey Yang Berhormat Labis. Seperti
yang saya maklumkan, tindakan ke atas along adalah di bawah bidang kuasa PDRM.
Akan tetapi namun demikian kalau sekiranya ada kes-kes peminjam wang credit
community yang tidak mengikut peraturan dan sebagainya, mereka akan diambil
tindakan oleh pihak KPKT dengan kompaun setiap kesalahan RM5,000. Jadi untuk
makluman kepada Yang Berhormat Labis, setakat ini kalau di peringkat credit
community, kita ada terima aduan daripada tahun 2017 sampai tahun 2019. Ada
sebanyak 1,416 aduan, 469 tuduhan, 251 dikenakan kompaun dan sebanyak 299 tidak
ada action ya.
Namun demikian kalau kita lihat kes-kes yang melibatkan credit community ini
adalah lebih kepada kesalahan administration yang mana mereka tidak mengatakan
rekod, tidak ada dokumen dan sebagainya. Untuk kes-kes along ini, di bawah KPKT, di
bawah kerajaan tempatan. Di bawah kerajaan tempatan, kita mengambil tindakan
seperti advertisements ataupun iklan-iklan yang melalui FB media dan sebagainya, kita
membuat— kumpulkan maklumat-maklumat ini dan kita cuba mengesan nombor-
nombor telefon yang telah diiklankan di merata-rata. Jadi, ini yang dapat kita lakukan
dan sekiranya ada kes, kita akan membuat laporan kepada polis. Terima kasih.
Timbalan Tuan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Ramai yang berminat.
Keutamaan diberi kepada Ketua Pembangkang.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan saya. Pada zaman IT ini, pemberi pinjaman wang ini bukan lagi membuat urusan
secara konvensional tetapi melakukan secara atas talian dan sebagainya. Jadi, adakah
pihak kementerian mempunyai mekanisme untuk memantau dan juga untuk mengawal
kegiatan pemberi pinjaman wang ini melalui atas talian ini. Adakah pihak kementerian
bercadang untuk menggubal akta dan sebagainya bagi memastikan penipuan tidak
dilakukan secara atas talian bagi pemberi pinjaman wang ini? Adakah setakat ini
mempunyai statistik dari segi tangkapan dan sebagainya?
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin: Terima kasih di atas soalan tambahan
itu kerana ia adalah satu soalan yang sangat baik kerana ketika ini KPKT sedang
menggubal, sedang mengkaji— ada beberapa permohonan untuk membuatkan,
DR. 23.10.2019 10
menjalankan operasi pinjaman wang ini melalui digital seperti BigPay dan sebagainya.
Ketika ini belum ada yang diluluskan lagi. Masih lagi dalam peringkat penggubalan SOP
ataupun pindaan akta-akta yang membolehkan kita membuat pinjaman secara digital
dan tidak secara konvensional.
Jadi, kita akan melihat perkara ini sebagai satu perkara yang positif kerana
memudakan transaksi di antara peminjam dengan yang tukang pinjam. So, ini sedang
diteliti dan insya-Allah kita akan memperketatkan juga kawalan peminjam dan meminjam
dengan kita sedang menggubal juga Akta Kredit Pengguna yang akan melindungi
pengguna dengan lebih baik dan supaya mereka tidak dianiayai. Terima kasih.
4. Datin Mastura binti Mohd Yazid [Kuala Kangsar] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan konsep sebenar klinik U.n.i dan apakah keistimewaan dan kelainan klinik tersebut berbanding dengan Klinik 1Malaysia dari aspek perkhidmatan kesihatan awam kepada golongan B40.
Menteri Pembangunan Luar Bandar [Datuk Seri Rina binti Mohd Harun]:
Bismillahir Rahmanir Rahim. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Salam Luar Bandar
Sejahtera. Terima kasih kepada [Ketawa] Yang Berhormat Kuala Kangsar yang
bertanyakan tentang U.n.i Klinik. Untuk makluman Yang Berhormat, nama sebenar U.n.i
Klinik ini ya. [Sambil menunjukkan senaskhah dokumen] Ini dia punya klinik ya. Konsep
U.n.i ini sebenarnya untuk meningkatkan kapasiti dan capability dalam bidang
perubatan. Sekarang kita ada U.n.i Klinik dan insya-Allah kita akan besarkan lagi untuk
farmasi pula, U.n.i Farmasi.
Jadi, Majlis Amanah Rakyat ataupun MARA telah merangka strategi dalam
usaha untuk mewujudkan usahawan dalam bidang profesional melalui Program
Pembangunan Usahawan Profesional ataupun nama pendeknya adalah ProSPEC yang
dimulakan dalam bidang perubatan dengan memperkenalkan jaringan klinik di bawah
satu jenama iaitu U.n.i Klinik. Klinik kita lah, you and I Klinik. Okey, bermula tahun 2019
yang telah pun didaftarkan, kita mulakan daripada– program ini asalnya daripada bulan
Julai 2018 di mana kita jemput daripada kalangan doktor yang ingin membuka klinik dan
menjadi usahawan. Saringan telah pun dibuat, latihan telah pun dibuat dan telah pun
dimulakan daripada bulan Januari 2019.
■1030
Program ini merangkumi seluruh ekosistem, keusahawanan seperti seminar,
latihan keusahawanan, konsultasi, khidmat nasihat, pinjaman perniagaan, promosi dan
juga pemantauan prestasi syarikat. U.n.i Klinik menawarkan perkhidmatan premium di
DR. 23.10.2019 11
bawah satu sistem yang cekap dengan harga yang mampu milik. Program ini memberi
peluang kepada doktor yang telah pun tamat latihan housemanship dan juga doktor-
doktor yang sekarang berkhidmat hendak jadi usahawan yang mempunyai lesen
perubatan serta pengalaman bekerja untuk mempunyai peniagaan dan klinik sendiri.
Kelainan antara U.n.i Klinik dengan Klinik 1Malaysia yang kini dikenali sebagai
klinik komuniti ialah U.n.i Klinik dibangunkan untuk membantu golongan profesional
dalam bidang perubatan untuk membuka klinik kesihatan swasta dengan kadar bayaran
yang berpatutan. U.n.i Klinik mempunyai strategi juga untuk membantu golongan B40
melalui perkhidmatan kepada penduduk setempat melalui Skim Peduli Kesihatan untuk
kumpulan PeKa B.40 sebagai salah satu teras pelaksanaan.
Maka PeKa B40 adalah salah satu inisiatif kerajaan melalui Kementerian
Kesihatan Malaysia yang bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan
berpendapatan rendah dengan memberi fokus terhadap penyakit yang tidak berjangkit.
Di samping itu U.n.i Klinik tersebut juga turut meliputi kawasan bandar dan juga luar
bandar bagi membantu Kumpulan B.40 seperti golongan miskin bandar.
Sejak program ini diperkenalkan daripada mula daripada Januari 2019 sehingga
kini sebanyak 18 buah klinik telah diluluskan dan disalurkan pembiayaan sebanyak 5.4
juta untuk memulakan perniagaan bagi kumpulan yang pertama. Manakala bagi
kumpulan yang kedua, seramai 20 peserta telah menghadiri program latihan inkubator
khas U.n.i Klinik pada 21 hingga 29 September 2019 yang lalu. Terima kasih.
Datin Mastura binti Mohd Yazid [Kuala Kangsar]: Terima kasih Yang
Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri, Klinik
U.n.i adalah inisiatif MARA. Kita tahu misi MARA sebenarnya adalah memajukan,
menggalakkan, memudahkan serta merancang pembangunan ekonomi masyarakat luar
bandar.
Saya akhir-akhir ini Yang Berhormat Menteri amat cemas sebab di bawah
kerajaan ini banyak agensi yang berkaitan dengan orang kampung dan juga luar bandar
semakin terhakis. Saya mohon kepada Yang Berhormat Menteri dalam soalan saya
adalah adakah Yang Berhormat Menteri setuju U.n.i Klinik ini perlu mengutamakan
lokasi-lokasi dalam kawasan luar bandar supaya matlamat MARA yang sebenarnya
tidak tersasar. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun: Untuk makluman Yang Berhormat apabila
kita membuat U.n.i Klinik, objektifnya adalah untuk melahirkan lebih ramai usahawan di
kalangan profesional. Apabila saya turun ke padang berjumpa dengan doktor-doktor ini
kata ketika mereka ini belajar untuk menjadi doktor tidak diajar bagaimana hendak
DR. 23.10.2019 12
menjadi usahawan, bagaimana hendak buka klinik. Ini yang kita hendak lahirkan supaya
mereka ini juga— kalau kita lihat sekarang ini kita ada 18 buah U.n.i Klinik yang ada di
luar bandar dan ada di bandar. Dia ada sampai di Kedah, ada di Muar, ada di Bukit Katil
dan ada dari Merlimau. Ada banyak lagi. Even di Indera Mahkota pun ada, di Kuala
Kerteh, di Mata Air dan di Bertam. Ini dia scattered.
Tujuan utamanya sebab kita lihat sekarang ini untuk kita membangunkan
masyarakat luar bandar mereka ini kebanyakannya pun datang daripada luar bandar.
Apabila mereka menjadi usahawan, menjadi klinik dan hendak membuka klinik sendiri
dan akhirnya dapat meningkatkan pendapatan mereka dan juga dapat membantu juga
keluarga di luar bandar. Sekian, terima kasih.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Terima kasih Tuan Yang
di-Pertua. Saya melihat program prospect ini bakal membantu doktor-doktor kontrak
yang telah habis housemanship tetapi tidak tentu hala tujunya. Jadi saya ingin bertanya
kepada Yang Berhormat Menteri, apakah kelayakan dari segi pengalaman doktor-doktor
yang akan diambil dalam program pembangunan usahawan profesional ini. Adakah
kerajaan bersedia untuk menambahkan dana dan mengambil lebih lagi malah
meletakkan dan mengadakan U.n.i Klinik ini di semua negeri dan di daerah-daerah yang
mana memerlukannya?
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun: Terima kasih Yang Berhormat. Seperti yang
saya katakan tadi untuk kumpulan yang pertama ini kita ada 18 klinik. Untuk proses yang
seterusnya untuk 20 klinik lagi. Kita bukan sahaja hendak mewujudkan U.n.i Klinik tetapi
rangkaiannya itu akan ada juga untuk U.n.i Farmasi. Ini pun yang kita wujudkan yang
sedang dalam untuk pengambilan peserta mana-mana yang berminat, ahli-ahli farmasi
yang berminat untuk bersama-sama untuk diberikan taklimat bagaimana mereka ini
yang dari golongan profesional ini untuk menjadi usahawan. Insya-Allah macam kata
diluas— ditambah memang itu dalam proses pun untuk lagi 20 U.n.i Klinik yang akan
dibuka. Terima kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Tuan Yang di-Pertua,
soalan saya soalan kelima. Akan tetapi sebelum mengemukakan soalan, saya
mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali
kepada semua yang beragama Hindu. Deepavali nal valthukkal. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Deepavali nal valthukkal.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Bagi pihak Kerajaan
Pakatan Harapan.
DR. 23.10.2019 13
5. Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong] minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kementerian untuk mengurangkan kejadian bunuh diri yang makin meningkat di negara kita.
Timbalan Menteri Kesihatan [Dr. Lee Boon Chye]: Terima kasih. Tuan Yang
di-Pertua, saya memohon untuk menjawab pertanyaan ini secara bersekali bersama-
sama dengan satu soalan lain yang menyentuh isu sama iaitu pertanyaan bertarikh 11
November 2019 yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pengkalan Chepa yang
bertanya soal jumlah dan statistik kematian akibat kes bunuh dan juga strategic plan
action. Saya bermohon... [Disampuk] Okey. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Kementerian Kesihatan Malaysia komited untuk melaksanakan tindakan dalam
pencegahan masalah kesihatan mental dan mengurangkan kejadian bunuh diri. Kajian
Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun 2017 mendapati bahawa tingkah laku
bunuh diri dalam kalangan remaja berumur antara 13 tahun dan 17 tahun menunjukkan
peningkatan trend bagi prevalent idea bunuh diri iaitu 10 peratus dalam tahun 2017
berbanding 7.9 peratus dalam tahun 2012.
Berdasarkan statistik dan makluman daripada pihak Polis Diraja Malaysia, dari
tahun 2014 sehingga Jun 2019 sebanyak 356 ke bunuh diri telah dilaporkan di seluruh
Malaysia. Dilaporkan bahawa jumlah kematian paling tinggi adalah melibatkan kaum
Cina iaitu sebanyak 147 kes, kaum India sebanyak 76 kes, kaum Melayu sebanyak 47
kes dan 17 kes bagi kaum-kaum lain dan 69 kes bagi bukan warganegara. Bagi
menghadapi masalah ini, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyediakan
perkhidmatan saringan dan rawatan bagi masalah kesihatan mental di 60 buah hospital-
hospital kerajaan, 1,001 buah klinik kesihatan di peringkat kesihatan premier dan 25
pusat komuniti kesihatan mental.
Individu yang mempunyai masalah berkaitan isu-isu kesihatan mental boleh juga
mendapat bantuan melalui talian hotline bebas tol 24 jam iaitu 03-79568145 yang
dikendalikan oleh the Befrienders. Aktiviti-aktiviti kesedaran kesihatan mental juga
dilaksanakan melalui kempen cara hidup sihat yang memfokuskan kepada menangani
stres. Program kesihatan mental di komuniti turut menawarkan perkhidmatan di klinik
kesihatan yang meliputi aktiviti, promosi dan pengesanan awal melalui saringan untuk
mengesan awal tahap stres, keresahan dan kemurungan serta individu yang berisiko
mengalami masalah kesihatan mental serta pelaksanaan intervensi.
Di samping itu di peringkat kebangsaan, kempen ‘Let’s TALK Minda Sihat’
merupakan satu inisiatif baharu yang akan dikendalikan setiap bulan Oktober dengan
melibatkan beberapa agensi kerajaan dan NGO bagi membina kesedaran rakyat
DR. 23.10.2019 14
mengenai kepentingan kesejahteraan kesihatan mental dan kesihatan minda serta
usaha bagi membanteras stigma terhadap kesihatan mental.
Untuk makluman satu majlis pelancaran kempen ‘Let’s TALK Minda Sihat’
sempena sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia telah diadakan pada 17 Oktober
2019 di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan dirasmikan oleh Yang
Berhormat Menteri Kesihatan. Sambutan pada tahun 2019 ini memberi fokus kepada
golongan remaja dan dewasa. Kementerian juga sedang dalam peringkat akhir untuk
membangunkan Pelan Tindakan Strategik Kesihatan Mental Kebangsaan. Pelan
tindakan ini dijadualkan untuk dilancar dan dilaksanakan bermula tahun 2020.
■1040
Fokus bagi pelan tindakan ini adalah perkongsian pintar antara agensi-agensi
kerajaan, NGO dan badan profesional dalam meningkatkan kesedaran serta
kepentingan dalam mendapatkan bantuan dan rawatan bagi masalah kesihatan mental
dan juga meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi kesihatan mental. Sekian, terima
kasih.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Terima kasih Yang
Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan. Kita lihat bahawa kerajaan telah
mengambil inisiatif untuk mengatasi masalah ini dengan memberi panggilan percuma
kepada pihak Befrienders seperti yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri
Komunikasi iaitu Yang Berhormat Puchong.
Selain daripada itu, kita lihat saya telah teliti jawapan tadi, bukan orang yang
mengalami kesihatan mental sahaja yang cenderung kepada membunuh diri. Ada orang
yang biasa tetapi mengalami masalah kemurungan juga cenderung untuk cuba
membunuh diri. Masalahnya adalah mereka tidak mendapat peluang untuk berjumpa
dengan doktor psikiatri secara sulit tanpa diketahui oleh umum.
Saya ingin tanya, apakah langkah yang akan diambil oleh kerajaan dan
berapakah jumlah pakar psikiatri yang telah ditempatkan di hospital-hospital di seluruh
negara di mana kita boleh memastikan bahawa orang-orang yang ingin berjumpa
dengan pakar psikiatri ini dapat berjumpa dengan mereka secara sulit tanpa diketahui
umum supaya mereka dapat rawatan yang mencukupi untuk mengelakkan mereka
daripada membunuh diri. Terima kasih.
Dr. Lee Boon Chye: Terima kasih Yang Berhormat Jelutong. Apabila kita lihat
masalah kemurungan dan usaha untuk membunuh diri, apabila mereka yang
menghadapi masalah. orang yang mereka akan cari untuk dapat nasihat bukan pakar
psikiatri, bukan doktor. Biasanya, jiran ataupun rakan karib yang paling dekat dengan
DR. 23.10.2019 15
mereka. Kedua, mungkin dia akan mendapat bantuan daripada adik-beradik ataupun ibu
bapa mereka. Jadi, adalah paling penting untuk kita membangunkan kapasiti di kalangan
komuniti untuk memberi kaunseling kepada mereka yang ada kemungkinan masalah
kemurungan.
Jadi untuk Kementerian Kesihatan, setakat ini kita ada pakar psikiatri sebanyak
400 pakar psikiatri di seluruh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan dan ditambah juga
ada sejumlah 298 family medicine specialist yang juga boleh memberi nasihat rawatan
untuk mereka yang mengalami masalah kemurungan. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Soalan ini memang cukup
ramai peminat. Oleh sebab, Yang Berhormat Menteri jawab sekali dengan Yang
Berhormat Pengkalan Chepa. Yang Berhormat Pengkalan Chepa, lepas itu Yang
Berhormat Bandar Kuching. Yang Berhormat Pengkalan Chepa dahulu.
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh [Pasir Puteh]: Yang Berhormat
Pengkalan Chepa, tiada.
Dato Haji Jalaliddin bin Haji Alias [Jelebu]: Jelebu Yang di-Pertua, saya buat
tesis.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Yang Berhormat Kubang
Kerian. Sila.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man [Kubang Kerian]: Terima kasih Tuan Yang
di-Pertua. Saya ingin mendapat penjelasan. Kalau kita tengok kadar yang berlaku
mutakhir ini. Kadar bunuh diri sampai peringkat kanak-kanak 12 tahun. Ada yang
berpunca pada kes dituduh mencuri handphone cikgu, bunuh diri. Ada di kalangan
pelajar bunuh diri dapat 10A kerana gagal mencapai target ibu bapa yang hendakkan
anaknya mendapat 12A.
Kita berdasarkan kes-kes begini, kita dapati punca bunuh diri ini bukan sahaja
faktor kemurungan tetapi kerana faktor tekanan. Persoalan saya, apakah mekanisme
bagi proses pembinaan jati diri ataupun disebut sebagai pembinaan insan. Spiritual
manusia sebagai faktor penting untuk mengatasi kadar bunuh diri di kalangan
masyarakat kita sama ada Islam dan bukan Islam.
Kedua, apakah langkah-langkah awal yang boleh kita ambil supaya kejadian ini
dapat dibendung di peringkat awal sebelum kejadian itu berlaku. Terima kasih.
Dr. Lee Boon Chye: Terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Memang
kita lihat apabila seseorang itu kurang keupayaan untuk menangani stres, ini yang
menjadi masalah. Jadi, untuk isu ini adalah penting untuk kita melibatkan komuniti
khususnya NGO-NGO dan juga kementerian agensi yang lain. Misalannya, Kementerian
DR. 23.10.2019 16
Pendidikan. Memang kerjasama antara Kementerian Pendidikan dan juga Kementerian
Kesihatan memang erat sekali supaya kita boleh ada program bersama.
Akan tetapi, saya juga hendak tekankan sekali lagi adalah supaya kita
meningkatkan dari segi keupayaan komuniti untuk mengesan dan juga untuk menangani
masalah kemurungan, masalah di kalangan rakan-rakan mereka yang ada kemungkinan
hadapi stres yang tidak dapat mengatasi unsur stres tersebut. Jadi, inilah yang saya
maksudkan tadi mesti ada penglibatan dari kalangan NGO dan agensi-agensi yang lain
dan bukan bergantung pada Kementerian Kesihatan sahaja. Sekian, terima kasih.
Dr. Kelvin Yii Lee Wuen [Bandar Kuching]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan tadi. Sebenarnya saya
cuma hendak bertanya, adakah atau apakah kehendak kementerian untuk revive
national suicide registry? Yakni yang saya diberitahu telah defunct sejak 2009. Ini kerana
data yang kita perlu dapat dari PDRM kadangkala is under reporting because ada kes
yang mereka classify sebagai sudden death rather than suicide itself. Jadi, itu soalan
pertama.
Soalan kedua, satu golongan kumpulan yang lebih berisiko tinggi adalah health
givers themselves. Apakah langkah-langkah kerajaan yang akan diberikan untuk
menjaga kesihatan dan kesejahteraan mental health givers that we have psychologist,
doktor, klinikal, psikiatri dan semua. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Ya, doktor bertanya kepada
doktor. Sila, doktor jawab.
Dr. Lee Boon Chye: Terima kasih Yang Berhormat Bandar Kuching. Saya jawab
soalan kedua itu dahulu. Bukan sekatan health giver yang ada masalah dari segi stres.
Houseman ada stres, jururawat ada stres, pakar-pakar pun ada stres. Akan tetapi, cikgu
pun ada stres. Kakitangan kerajaan pun ada stres. Ahli Parlimen pun ada stres.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Itu lagi stres.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said [Kuala Krau]: Ahli Parlimen
stres tidak dapat soalan tambahan.
[Ketawa]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Fasal Yang Berhormat Jelutong,
kacau.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said [Kuala Krau]: Tidak dapat,
tidak dapat ini stres juga.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Sila ikut peraturan mesyuarat.
DR. 23.10.2019 17
Dr. Lee Boon Chye: Jadi, itulah yang saya sebut kita harus bangunkan...
[Disampuk]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said [Kuala Krau]: Cinta tidak
terbalas ini. Nota dia bagi.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Itu surat cinta layang. Dia
layan nanti.
Dr. Lee Boon Chye: [Ketawa] Membangunkan keupayaan komuniti dan di
kalangan yang sekerja itu... [Disampuk]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Stres Yang Berhormat Jelutong
kacau.
Dr. Lee Boon Chye: Untuk membantu kita menangani stres ini. Kedua,
berkenaan dengan suicide registry. Memang hasrat kementerian untuk membangunkan
registry untuk cubaan bunuh diri. Akan tetapi, kita ada halangan juga untuk bangunkan
registry. Sebelum registry ini boleh dibangunkan, kita perlu decriminalize suicide. Ini
seharusnya menjadi langkah pertama di mana kalau kita tidak decriminalize suicide,
suicide akan menjadi under reporting. Tidak akan dilaporkan. Jadi, registry itu tidak akan
tepat dan tidak lengkap.
Jadi, kita memang bukan setakat kita menyokong supaya decriminalize suicide
oleh sebab registry tetapi kita juga menyokong kerana kita tidak mahu orang yang cuba
membunuh diri yang memerlukan rawatan dihukum sekali lagi oleh sebab panel kod
yang berkenaan. Jadi, kita cadangkan supaya panel kod yang berkenaan 305, 306 dan
309 dikaji semula dan memang di bawah AG Chambers. Jadi kalau berjalan lancar, kita
sasarkan tahun 2020 kita akan lancarkan registry untuk suicide. Sekian.
6. Tuan Yusuf bin Abd Wahab [Tanjong Manis] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan untuk menambah aset dan anggota untuk balai bomba di Bandar Baru Tanjong Manis. Kejadian kebakaran hutan dan rumah panjang yang berlaku baru-baru ini di Parlimen Tanjong Manis mengalami masalah kekurangan aset dan anggota untuk memadam kebakaran hutan seperti di Kg. Sedik dan kawasan-kawasan lain dan aset, seperti bot yang dipasang alat pemadam api, ketika berlaku kebakaran rumah panjang di Stalun yang tiada hubungan jalan darat.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Puan Hajah Zuraida binti
Kamaruddin]: Alhamdulillah. Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Manis. ‘Alakazam’
kalau boleh bomba datang dengan ‘Alakazam’, alhamdulillah. [Ketawa]
So, Yang Berhormat Tanjong Manis. Untuk pemakluman Yang Berhormat
Tanjong Manis mengenai bomba di Parlimen Tanjong Manis, setakat ini memang saya
DR. 23.10.2019 18
hendak maklumkan bahawa pada keseluruhannya memang balai-balai bomba yang
telah kita bina kelengkapannya bukan tidak cukup, tetapi tidak— lebih daripada apa yang
patut dia ada.
■1050
Jadi kita faham tentang kekurangan dari segi maksimumnya peralatan di balai-
balai bomba. Namun demikian setiap balai bomba yang kita tubuh kita pastikan minimum
qualification, minimum kriteria ditepati. Jadi kalau Tanjong Manis minimum itu ada 25
orang pegawai bomba dan bersama-sama dengan sebuah jentera bomba dan juga
peralatan pemadaman dan penyelamatan.
Namun demikian di peringkat KPKT, kita menggalakkan untuk Ahli-ahli Parlimen
untuk menubuhkan bomba sukarelawan di kawasan masing-masing dan juga bomba
komuniti agar dapat membantu sebagai first responder dalam keadaan-keadaan
kebakaran dalam tempat mereka. Jadi ini memang kita amat alu-alukan sekiranya kita
ada bajet. Insya-Allah untuk Bajet 2020 ada penambahan dan kita akan teliti balik and
kita cuba meningkatkan lagi peralatan bomba ini di kawasan-kawasan tertentu. Insya-
Allah, terima kasih.
Tuan Yusuf bin Abd Wahab [Tanjong Manis]: Terima kasih Yang Berhormat
Menteri, satu jawapan ingin saya dengar daripada Yang Berhormat Menteri, terima
kasih. Soalan tambahan saya kawasan saya ini Tanjong Manis masih banyak lagi rumah
panjang yang tidak dapat dihubungi dengan jalan darat. Beberapa bulan lalu terdapat
sebuah rumah panjang yang telah terbakar dan tidak ada cara untuk memadam
kebakaran tersebut kerana tidak ada jalan. Jadi dalam soalan saya juga ada menyebut
sebab bolehkah pihak bomba dibekalkan dengan bot-bot yang mempunyai peralatan
memadamkan kebakaran, memandangkan jarak rumah panjang tersebut bukannya jauh
sangat mungkin dalam setengah jam boleh sampai.
Jadi kalau bot-bot tersebut dilengkapkan dengan alat pemadam api seperti pam
air, mungkin dapat membantu memadamkan kebakaran di rumah panjang tersebut.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Sila Yang Berhormat Menteri.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin: Terima kasih Yang Berhormat Tanjong
Manis di atas soalan tambahan itu. Untuk makluman Yang Berhormat Tanjong Manis,
KPKT di bawah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia amat peka tentang keadaan
ini di mana kawasan-kawasan terpencil memerlukan khidmat bomba. Jadi sebab itu
KPKT telah memperkenalkan balai bomba kelas ‘E’. Ketika ini ada ‘A’, ‘B’, ‘C’, ‘D’, jadi
DR. 23.10.2019 19
kita telah memperkenalkan balai bomba kelas ‘E’ yang mana akan ditempatkan di
kawasan-kawasan terpencil, kawasan-kawasan pedalaman dan sebagainya.
Namun demikian, untuk tindakan awalnya saya minta Yang Berhormat Tanjong
Manis bentuk satu bomba sukarelawan di pulauan itu atau kawasan yang dimaksudkan
itu, di situ kita akan membantu dengan peralatan asas sekurang-kurangnya. So, jadi
saya harap ini dapat dilaksanakan dan kita boleh berhubung untuk memastikan bahawa
sekurang-kurangnya ada bomba sukarelawan buat masa awal ini. Terima kasih.
Tuan Yusuf bin Abd Wahab [Tanjong Manis]: Kalau ada peruntukan saya
akan bentuk sekarang juga Yang Berhormat Menteri.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami [Padang Serai]: Padang Serai, Padang Serai.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Sekarang saya menjemput
Yang Berhormat Padang Serai.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Bagan Serai kah Padang
Serai?
Tuan Karupaiya a/l Mutusami [Padang Serai]: Padang Serai.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Padang.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Padang. Ingat Bagan
Serai tadi.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Tadi Bagan sudah diberikan.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Bagan Serai ada lima
rumah terbakar tiga bulan lepas.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami [Padang Serai]: Tuan Yang di-Pertua bagi
peluang sebab Padang Serai hendak celebrate Deepavali itu pasal bagi peluang. Terima
kasih Tuan Yang di-Pertua.
Soalan saya Yang Berhormat Menteri, pada Rancangan Malaysia Ke-11 telah
diluluskan satu balai bomba di kawasan Parlimen Padang Serai. Setakat hari ini tidak
ada apa-apa pembinaan dilakukan. Boleh Yang Berhormat Menteri beri penjelasan.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Ya, Yang Berhormat Menteri.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin: Saya tidak ada maklumat terkini tetapi
pada dasarnya sekira ada disenaraikan dalam RMKe-11 insya-Allah akan dilaksanakan
dengan secepat mungkin. Jadi saya juga ingin mengucapkan Deepavali Nal Valthukal
kepada Yang Berhormat Padang Serai. Terima kasih.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami [Padang Serai]: Terima kasih Yang Berhormat
Menteri.
DR. 23.10.2019 20
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Ini keharmonian kita bila
bersama.
Tuan Jugah a/k Muyang @ Tambat [Lubok Antu]: Boleh minta satu soalan
tambahan.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Yang Berhormat Lubok Antu,
boleh sila. Singkat ya.
Tuan Jugah a/k Muyang @ Tambat [Lubok Antu]: Ya, terima kasih Tuan Yang
di-Pertua. Pada masa sekarang tidak ada balai bomba di kawasan Parlimen Lubok Antu,
difahamkan tapak telah diluluskan di kawasan pekan Engkilili untuk balai bomba dan
setakat manakah statusnya sekarang ini. Itu persoalannya.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Soalan spesifik, sila Yang
Berhormat.
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin: Terima kasih Yang Berhormat Lubok
Antu saya pun baru terima satu permintaan daripada Yang Berhormat Lubok Antu
melihatkan balai bomba di Engkilili seperti yang saya sebutkan tadi pada prinsipnya
sekiranya ada sudah disenaraikan insya-Allah akan dilaksanakan dalam masa yang
terdekat. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Ya, Dato' Sri Dr. Santhara;
Segamat. Sila.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar]: Tuan Yang di-Pertua, satu lagi.
Dato’ Seri Dr. Santhara [Segamat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua berikan
saya izin mengucapkan Selamat Hari Deepavali dan Deepavali Nal Valthukal kepada
semua rakyat Malaysia. Soalan Segamat, soalan nombor 7.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Ya, Yang Berhormat Menteri.
Sila.
7. Dato' Sri Dr. Santhara [Segamat] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan statistik peruntukan geran yang diberikan kepada setiap MPKK (kampung) dan bagaimana projek-projek kampung diberikan prioriti utama, seperti memperbaiki jalan raya, pemasangan lampu jalan dan lain-lain kemudahan asas seperti air dan elektrik (seperti lampu jalan), khususnya di Parlimen Segamat.
Menteri Pembangunan Luar Bandar [Datuk Seri Rina binti Mohd Harun]:
Bismillahir Rahmanir Rahim, terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga kepada Yang
Berhormat Segamat yang bertanyakan tentang soalan ini.
Untuk makluman Yang Berhormat sehingga September 2019, sebanyak 15
daripada 25 MPKK di Parlimen Segamat telah menerima peruntukan geran dengan kos
DR. 23.10.2019 21
sebanyak RM149,400,000. Permohonan boleh dibuat melalui Majlis Pengusahaan
Komuniti Kampung kepada pejabat daerah sebelum permohonan tersebut dikemukakan
kepada pejabat KPLB negeri. Maklumat lengkap berkaitan senarai program dan jumlah
geran MPKK, bagi setiap MPKK di Parlimen Segamat akan dikemukakan secara
bertulis.
Akan tetapi tujuan apabila kita memberikan geran ini antara lainnya adalah untuk
program-program untuk meningkatkan ekonomi dan juga keceriaan dan kesejahteraan
kampung. Yang kalau saya ingat di Segamat ini ada juga yang memohon untuk
membuat kelas kemahiran untuk membuat kuih untuk meningkatkan pendapatan di
kampung tersebut.
Manakala untuk permohonan Projek Jalan Luar Bandar (JLB), Projek Bekalan
Air Luar Bandar (BALB) dan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), Yang
Berhormat boleh mengemukakan permohonan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri
(UPEN) untuk disenaraikan dalam senarai keutamaan pembangunan kerajaan negeri.
Seterusnya UPEN akan memperakukan dan mengemukakan senarai berkenaan
kepada kementerian ini untuk diangkat kepada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA)
bagi kelulusan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12. Bagi JALB dari tahun 2010
sehingga 2018 sebanyak empat projek telah dilaksanakan di Parlimen Segamat dengan
kos sebanyak RM146.9 juta. Bagi bekalan air luar bandar pula, kementerian telah
menerima permohonan daripada kerajaan negeri untuk pembinaan infrastruktur air yang
turut melibatkan enam kampung di dalam Daerah Segamat. Kementerian sedang dalam
proses lantikan perunding yang kemudiannya akan menjalankan pengesahan skop dan
juga reka bentuk.
Untuk makluman Yang Berhormat dari tahun 2002 sehingga tahun 2018, melalui
program pemasangan lampu jalan kampung fasa satu sehingga fasa sembilan sebanyak
4,490 unit LJK telah dipasang di Parlimen Segamat melibatkan peruntukan sebanyak
RM2.25 juta. Pemasangan dibuat secara berperingkat dengan had maksimum
pemasangan LJK bagi setiap kampung adalah sebanyak 40 unit sahaja mengikut
keperluan dan juga keluasan kampung.
Jadi bagi program LJK Semenanjung Malaysia tahun 2019 sehingga tahun 2020,
untuk fasa ke-10 dijangka akan dimulakan pelaksanaannya pada bulan November 2019
dengan kuota sebanyak 200 unit LJK dengan pecahan 100 unit adalah jenis HPSV dan
40 unit adalah jenis LED akan dipasang di kampung-kampung yang layak di dalam
Parlimen Segamat dengan nilai peruntukan sebanyak RM189,440.
DR. 23.10.2019 22
Jadi untuk makluman Yang Berhormat permohonan bagi projek jalan
perhubungan desa, JPD dan Program Ameniti Sosial (PAMS) akan dibuat siasatan
terlebih dahulu bagi menentukan skop dan anggaran kos. Seterusnya senarai tersebut
akan disusun mengikut keutamaan sebelum diperakukan di peringkat kementerian
tertakluk kepada jumlah peruntukan yang diluluskan pada tahun semasa. Bagi tahun
2019, sebanyak empat projek JPD telah diluluskan di Parlimen Segamat melibatkan kos
sebanyak RM355,000. Sekian, terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Santhara [Segamat]: Yang Berhormat Menteri, sementara saya
menunggu PD menjadi PM, kalau dia jadi PM saya senyum sahaja dia akan luluskan
khas ini untuk Segamat. [Tepuk] Sementara menunggu ini saya terpaksalah tanya
apakah hadiah-hadiah projek-projek baru yang akan dilaksanakan di bawah
Kementerian Luar Bandar ini untuk Segamat pada tahun 2020, projek-projek baru.
Sebab saya telah pun menulis beberapa pucuk surat kepada kementerian masih lagi
menunggu balasan. Akan tetapi saya yakin ianya sedang dipertimbangkan.
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun: Yang Berhormat, kita baru sahaja bajet
Belanjawan 2020 baru sahaja diluluskan. Kita baru dapat untuk mengikut pecahan
negeri sedang dalam proses untuk detailskan tentang Belanjawan 2020. Saya yakin
selepas kita telah selesai perincian tentang bajet itu akan dibentangkan kepada semua.
Terima kasih.
◼1100
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Terima kasih. Era Barisan
Nasional dahulu, kita meluluskan RM200 juta untuk lampu jalan kampung. Jadi,
kampung-kampung di seluruh Malaysia ini teranglah dibanding masa lalu. Berapakah
jumlah peruntukan untuk lampu jalan kampung pada tahun hadapan? Kemudian, geran
ini saya lihat RM100 juta, bererti ia hanya untuk 10,000 kampung. Sedangkan kampung
di Malaysia ini, kampung utama– 16,481, kampung rangkaian lebih kurang 20,000,
bererti geran RM100 juta itu tidak cukup untuk bagi 10,000 setiap kampung. Apa
pandangan Yang Berhormat Menteri?
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun: Terima kasih. Ada dua soalan. Pertama,
tentang lampu jalan kampung. Sebenarnya untuk tahun 2019 ini peruntukan yang
diberikan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar sebanyak RM7 juta dan
untuk tahun 2020– RM10 juta. Walau bagaimanapun, untuk menerangi harapan
masyarakat luar bandar, untuk tahun 2019 ini ada penambahan daripada kerjasama
bersama dengan Kementerian Tenaga, ada penambahan daripada TNB sebanyak
10,000 unit. Untuk tahun hadapan juga kita telah pun mengemukakan permohonan
DR. 23.10.2019 23
sebanyak 50 juta untuk tahun hadapan supaya lampu jalan menggunakan peruntukan
dalaman untuk kita lebih banyakkan lagi lampu jalan di kampung-kampung, satu.
Kedua, tadi tentang MPKK. Peruntukan siling yang diberikan adalah RM100 juta,
untuk 2019 ini RM50 juta. Akan tetapi untuk tahun 2020 ini saya tengok kelulusan untuk
MPKK ini ada berkurangan sebanyak RM10 juta. Walau bagaimanapun, untuk kita terus
memberikan keupayaan kepada masyarakat di kampung ini saya akan usahakan juga
untuk tambahan kepada geran MPKK ini. Kalau tidak lebih, sekurang-kurangnya sama
seperti tahun lepas dan memang ada permintaan daripada banyak kampung untuk
dipertingkatkan lagi untuk jumlah geran ini. Terima kasih.
Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh [Ledang]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua. Soalan tambahan sebab saya pun di kawasan Parlimen Ledang ada 75
kampung, jadi agak banyak. Saya ingin mengajukan soalan berkenaan dengan birokrasi
dan dari segi cara mana geran ini diberikan kepada kampung-kampung? Maksudnya
sekarang, geran itu wujud, ada tetapi saya menerima aduan bahawa mereka ada
masalah untuk mengisi ataupun memohon.
Akhirnya ditolak, jadi menyebabkan proses itu agak panjang sementara mereka
dapat geran tersebut. Saya dapat lihat banyak kampung-kampung ini menjalankan
aktiviti-aktiviti tetapi akhirnya terpaksa mendapatkan peruntukan menggunakan
peruntukan daripada Yang Berhormat ataupun daripada ADUN. Jadi, saya harap geran
ini dapat dimanfaatkan secara lebih efisien. Apakah kaedah supaya proses itu dapat
dipermudahkan kepada kampung-kampung? Terima kasih.
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun: Terima kasih Yang Berhormat.
Sebenarnya seperti Yang Berhormat Pontian sebutkan tadi, kita ada lebih daripada
15,000 kampung tetapi peruntukan yang diberikan untuk tahun 2019 ini sebanyak RM50
juta. Jadi, inilah bila kita mengemukakan, kita memaklumkan kepada MPKK pada
awalnya tentang geran ini pada fasa yang pertama saya lihat tidak banyak kampung-
kampung yang mohon.
Bila selepas bulan Julai ini barulah nampak begitu ramai permintaan daripada
kampung-kampung yang mana kita berikan mengikut keutamaan dan siapa dahulu yang
apply. Tentang proses untuk memohon ini antara lainnya kita minta juga ketua kampung
ini untuk mengisi beberapa tentang profil kampung. Tujuan kita, walaupun saya
mendapat banyak permintaan daripada ketua-ketua kampung, “Yang Berhormat,
kenapa tidak bagi sahaja direct kepada kami, tidak payah kami mohon”. Tujuan kita
sebenarnya Yang Berhormat, untuk kita mengupayakan kepimpinan masyarakat di
kampung ini.
DR. 23.10.2019 24
Di kampung ini, sebab itulah diadakan salah satunya mereka ini diberikan latihan
bagaimana untuk membuat paper work, bagaimana mereka duduk berbincang apakah
yang diperlukan untuk di kampung tersebut. Inilah juga daripada pihak agensi juga
membantu daripada KEMAS, daripada MARA juga membantu bagaimana untuk
menyiapkan paper work ini. Pada permulaannya mungkin agaknya nampak agak sukar
tetapi saya yakin lama-kelamaan mereka akan lebih hebat lagi dalam menguruskan
kampung. Terima kasih.
8. Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh [Pasir Puteh] minta Menteri Kerja Raya menyatakan adakah pihak kementerian akan mengutamakan kerja penyelenggaraan dan pembaikan jalan raya Persekutuan di negeri Kelantan yang menjadi laluan perhubungan utama Pantai Barat dan Pantai Timur.
Menteri Kerja Raya [Tuan Baru Bian]: Terima kasih Yang Berhormat daripada
Pasir Puteh atas soalan yang dikemukakan. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli
Yang Berhormat, laluan yang dimaksudkan oleh Ahli Yang Berhormat ialah Lebuhraya
Timur Barat FT04 iaitu laluan perhubungan utama Pantai Barat dan Pantai Timur
menghubungkan Gerik, Perak sehingga ke Pasir Puteh, Kelantan yang melibatkan
panjang jalan 115.95 kilometer.
Setiap tahun kementerian akan memperuntukkan sebanyak RM2.38 juta bagi
pelaksanaan penyenggaraan rutin. Skop penyenggaraan rutin ini meliputi kerja-kerja
seperti tampalan lubang jalan, meratakan bahu jalan, memotong rumput, mencuci bahu
jalan, bersihkan sistem perparitan jalan dan pembetungan serta melakukan rondaan
pemeriksaan jalan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi skop kerja tampalan lubang jalan,
tindakan tampalan lubang jalan dilaksanakan dalam tempoh 24 jam oleh syarikat
konsesi selepas lubang jalan dikenal pasti. Penampalan lubang jalan ini adalah sebagai
langkah awal atau kaedah preventive, dengan izin, begitu tujuan faktor keselamatan
pengguna jalan sebelum kerja-kerja turapan kekal dilaksanakan di bawah skop
penyelenggaraan berkala pavement.
Bagi penyenggaraan berkala pada tahun 2018, sebanyak RM5.72 juta telah
diperuntukkan iaitu daripada jumlah tersebut sebanyak RM4.85 juta telah diperuntukkan
bagi penyelenggaraan berkala pavement. Sebanyak RM870 ribu telah diperuntukkan
bagi penyelenggaraan berkala bukan pavement di laluan tersebut. Manakala bagi tahun
2019, setakat Ogos 2018, kementerian telah memperuntukkan sebanyak RM2.98 juta
bagi penyelenggaraan berkala iaitu sebanyak RM2.6 juta telah diperuntukkan bagi
DR. 23.10.2019 25
penyelenggaraan berkala pavement sebanyak RM380 ribu telah diperuntukkan bagi
penyelenggaraan berkala bukan pavement di laluan tersebut.
Kementerian sentiasa komited untuk melaksanakan kerja-kerja
penyelenggaraan jalan Persekutuan, khususnya di jalan Lebuhraya Timur Barat FT04,
terutamanya penyelenggaraan berkala. Setiap tahun kementerian akan menyediakan
program penyelenggaraan berkala pavement dan berkala bukan pavement bagi
permohonan peruntukan kepada Kementerian Kewangan. Pelaksanaan
penyelenggaraan berkala ini adalah tertakluk kepada kelulusan peruntukan oleh
Kementerian Kewangan. Sekian, terima kasih.
Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh [Pasir Puteh]: Terima kasih atas
jawapan daripada pihak Menteri. Soalan yang saya maksudkan iaitu jalan raya
Persekutuan, walaupun dijawab lebuh raya, terima kasih banyak. Akan tetapi jalan raya
Persekutuan di negeri Kelantan yang terlalu banyak rosak. Saya sebut ada jambatan
yang jauh lebih sempit berbanding dengan jalan raya, terutamanya daripada Pasir Puteh
sampai ke Kota Bharu. Jalan-jalan seumpama ini sangat berbahaya kepada semua
pengguna-pengguna jalan raya. Jadi, saya selepas daripada ini akan serah surat
kepada pihak kementerian supaya dipertimbangkan. Sekian, terima kasih.
Tuan Baru Bian: Terima kasih Yang Berhormat Pasir Puteh. Secara dasarnya,
kita akan menyelenggarakan jalan di tiap-tiap negeri di seluruh negara. Sekiranya
keperluan ada dan semua ini permohonan dibangkitkan kepada kementerian. Sekiranya
ada spesifik kawasan Yang Berhormat very concerned with, dengan izin, silakan
memberi permohonan itu kepada kementerian. Terima kasih.
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed [Jeli]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Soalan ini berkaitan
Lebuhraya Timur Barat seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri dan kawasan
saya adalah terletak di sebelah lebuh raya ini. Ada dua kaedah untuk
menyelenggarakan jalan ini antaranya yang pertama untuk tampal seperti Yang
Berhormat sebut tadi dan yang kedua menurap sepenuhnya.
Adakah mengikut keterangan Yang Berhormat, yang disediakan untuk FT004 ini
adalah RM8.1 juta. Yang Berhormat, adakah Yang Berhormat setuju bahawa angka ini
tidak mencukupi memandangkan laluan ini adalah daripada Gerik sampai ke Pasir
Puteh? Adakah rancangan untuk menurap sepenuhnya jalan ini dan berapa kosnya?
DR. 23.10.2019 26
■1110
Keduanya, adakah untuk membesarkan? Lebuh raya ini hampir 40 tahun usianya
tetapi dua lorong daripada dahulu sehingga sekarang. Nama lebuh raya tetapi cuma dua
lorong. Jadi yang pertama, adakah rancangan untuk menurap sepenuhnya sepanjang
Gerik ke Pasir Puteh dan yang kedua, adakah rancangan untuk membesarkan lebuh
raya kerana traffic volume nya meningkat dengan ketara? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Terima kasih, sila Yang
Berhormat Menteri.
Dato’ Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu]: Tuan Yang di-Pertua, ada kaitan.
Tuan Baru Bian: Terima kasih.
Dato’ Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu]: Hulu Terengganu.
Tuan Baru Bian: ...Yang Berhormat Jeli. Terima kasih di atas soalan yang
dibangkitkan. Bagi tahap ini sudah dimaklumkan bahawa agihan untuk penyelenggaraan
seluruhnya di negeri atau negara kita ini tidak mencukupi Yang Berhormat. Akan tetapi
walau bagaimanapun, kita akan melaksanakan penyelenggaraan ini mengikut keperluan
dan mengikut prioriti yang telah dibangkitkan kepada kementerian.
Bagi rancangan-rancangan untuk menurap keseluruhan jalan raya ini atau
memperbesarkan laluan ini, saya akan respons secara in writing kerana tidak ada
maklumat di tangan saya tentang ini. Terima kasih.
Dato’ Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu]: Satu lagi Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Yang Berhormat Hulu
Terengganu.
Dato’ Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Berkaitan dengan soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Pasir Puteh.
Persoalan saya ialah berkaitan dengan Lebuhraya Timur-Barat iaitu perhubungan di
antara Tasik Kenyir dengan Aring yang dikatakan jalan ini terlalu teruk dan di samping
ia berlubang, ia juga gelap. Apakah tindakan Kementerian Kerja Raya terhadap jalan
tersebut? Terima kasih.
Tuan Baru Bian: Terima kasih Yang Berhormat, saya minta supaya
permohonan ini diangkat kepada kementerian supaya kita dapat meneliti perkara ini.
Seperti mana yang saya katakan tadi turapan atau penyelenggaraan ini akan mengikut
prioriti, sekiranya ia perlu kita akan laksanakan. Terima kasih.
DR. 23.10.2019 27
9. Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin [Masjid Tanah] minta Menteri Kesihatan menyatakan langkah kementerian untuk membendung penjualan atas talian rokok elektronik di kalangan remaja bawah umur.
Timbalan Menteri Kesihatan [Dr. Lee Boon Chye]: Terima kasih Tuan Yang
di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Ini isu rokok, bukan bunuh diri.
Timbalan Menteri Kesihatan [Dr. Lee Boon Chye]: ...Rokok elektronik atau
vape merupakan sejenis produk rokok yang baru pada masa kini. Masalah penggunaan
rokok elektronik atau vape di Malaysia telah bermula seawal tahun 2013 dan telah
memuncak penggunaannya di Malaysia pada tahun 2016.
Masalah ini bukan sahaja berlaku di Malaysia malahan ia juga merupakan satu
epidemik global yang mengundang kebimbangan pelbagai pihak. Sebagai contoh di
Malaysia, menurut kajian Tobacco and E-Cigarette Survey among Malaysian
Adolescents di kalangan pelajar di sekolah awam dan swasta antara umur 10 hingga 19
tahun, sejumlah 9.1 peratus di kalangan mereka adalah pengguna rokok elektronik
semasa ataupun dengan jumlah 300,000 orang pelajar.
Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengambil langkah untuk
membendung penjualan atas talian rokok elektronik bukan sahaja di kalangan remaja di
bawah umur malahan membendung masalah penggunaannya di kalangan rakyat
Malaysia amnya. Pelbagai agensi serta pihak berkaitan termasuk Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah digerakkan di bawah Jawatankuasa Kerja
Pakar bagi memperkukuhkan kawalan rokok elektronik yang dipengerusikan oleh saya
sendiri. Pihak SKMM boleh melakukan sekatan ke atas sesuatu laman web yang
menjual cecair rokok elektronik yang mengandungi nikotin apabila terdapat permohonan
oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia yang diberi kuasa di bawah Akta Racun
1952.
Selain itu, kerjasama telah dilakukan dengan pihak pentadbir media sosial bagi
menyekat mana-mana laman media sosial yang mempromosikan jualan rokok
elektronik. Sekian terima kasih.
Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin [Masjid Tanah]: Terima
kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya melihat angka 300,000 atau 9.1 peratus itu cukup
membimbangkan yang mana saya difahamkan 250,000 adalah daripada kalangan
pelajar lelaki dan 50,000 di kalangan pelajar wanita dan ini angka yang saya kira
semakin meningkat dan ada yang tidak dilaporkan. Soalan saya– malah ada kempen
DR. 23.10.2019 28
stop smoking, start vaping dan itu amat membimbangkan saya seorang ibu yang ada
empat orang anak lelaki dan begitu juga dengan sahabat-sahabat saya yang lain.
Soalan saya, bagaimanakah dan sejauh manakah kerajaan serius dalam
membendung atas talian kerana setakat tadi saya tengok baru dua minit masih ada lagi
yang upload di dalam Instagram tentang kempen bahan-bahan, tentang jus vape ini. Ini
perkara yang amat merisaukan. Saya berharap perhatian serius daripada pihak
kementerian. Terima kasih.
Dr. Lee Boon Chye: Terima kasih di atas pandangan daripada Yang Berhormat
Masjid Tanah. Kementerian memang mengambil serius berkenaan dengan penularan
iklan-iklan sedemikian di media sosial. Kementerian juga selalu memantau apa yang
dipamerkan dalam media sosial dan berkomunikasi serta bekerjasama erat dengan
SKMM supaya setiap kali ada iklan tersebut, kita akan bekerjasama dengan SKMM
supaya diturunkan iklan-iklan berkenaan.
Kementerian juga berdialog dengan mereka yang mengendalikan online
shopping seperti Shopee, Lazada dan sebagainya. Sekiranya ada bahan-bahan yang
tidak mengikut undang-undang di bawah Akta Racun, kita akan mengarahkan supaya
mereka turunkan secara sukarela. Jadi usaha kita akan berterusan dan kita juga perlu
satu kerjasama bukan setakat daripada kalangan kementerian tetapi juga daripada ibu
bapa supaya memantau tingkah laku anak-anak mereka supaya masalah ini tidak
berleluasa. Sekian.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Persoalan saya adalah Malaysia
merupakan negara yang kedua menjadi pengeluar cecair perisa vape ini. Jadi, adakah
Yang Berhormat Menteri akan berbincang dengan Kementerian Kewangan supaya
mewujudkan satu pencukaian untuk kita legalize kan vape ini kerana apa, kita tidak
boleh menghalang kerana ia memberi kesan jangka panjang kepada ekonomi negara.
Kalau kita tidak dapat kawal seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat
Masjid Tanah tadi, kita kata kita sudah jumpa SKMM untuk menghalang promosi tetapi
penularan ini berleluasa sangat dan negara kita merupakan negara yang kedua menjadi
pengeluar cecair vape ini. Pertama US, kedua kita dan ketiga, China. Minta pandangan
Yang Berhormat Timbalan Menteri berkaitan perkara ini.
Dr. Lee Boon Chye: Terima kasih Yang Berhormat Paya Besar. Kita memang
faham bahawa industri vape ini sebuah industri yang penting, yang memberi peluang
pekerjaan kepada ramai di kalangan remaja, khususnya kalangan golongan muda. Akan
tetapi kita mesti seimbangkan dari segi ekonomi dan impak kepada kesihatan. Kita lihat
DR. 23.10.2019 29
kepada data-data yang sedia ada menunjukkan bahawa ada kemungkinan vape ini tidak
begitu selamat sepertimana yang disebut-sebut bahawa ia boleh digunakan sebagai
gantian untuk merokok.
Akan tetapi setakat ini yang pertama, tidak ada bukti bahawa vape boleh
digunakan dengan berkesan untuk gantian merokok. Kedua, apakah kesan cecair vape
ini apabila disedut kepada paru-paru. Ini kita masih belum ada bukti bahawa kesan
jangka masa panjang itu belum dikenal pasti sama ada ia selamat atau tidak. Jadi, kita
perlu seimbangkan dari segi ekonomi dan juga kesihatan.
Oleh sebab itu kita mengadakan sebuah jawatankuasa khas untuk kita
berbincang dan kita juga engage dengan pengusaha vape dalam hal ini. Kita berharap
keadaan ini boleh dibendung kerana anak-anak kita khususnya di kalangan remaja
terpengaruh dengan vape ini dan mereka akan menjadi bakal perokok pada masa akan
datang, ini yang kita bimbangkan. Sekian.
■1120
10. Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai] minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi menjaga kebajikan keluarga mangsa tragedi tembakan di Masjid Christchurch, New Zealand.
Timbalan Menteri Luar Negeri [Dato’ Haji Marzuki bin Yahya]:: Bismillahir
Rahmanir Rahim. Assalamualaikum. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima
kasih kepada Yang Berhormat Kuala Krai atas pertanyaan yang dikemukakan. Tuan
Yang di-Pertua, kerajaan merakamkan penghargaan atas keprihatinan daripada
pelbagai pihak berhubung tragedi tembakan yang berlaku di dua buah masjid di
Christchurch, New Zealand pada 15 Mac 2019.
Kerajaan melalui Kementerian Luar Negeri dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di
New Zealand telah menghulurkan bantuan sewajarnya kepada mangsa serta waris yang
terlibat dalam insiden tersebut. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sejurus selepas
insiden tersebut pihak Suruhanjaya Tinggi telah mengambil tindakan segera untuk
menghubungi hospital. Pihak penguat kuasa dan agensi tempatan dalam urusan seperti
mengesan mangsa yang hilang, ujian DNA, proses pengecaman dan identifikasi mangsa
serta upacara pengebumian.
Pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Luar Negeri dan Suruhanjaya Tinggi
juga melawat para mangsa dan waris yang terlibat bagi memberikan semangat dan
sokongan moral kepada mereka serta memastikan hak dan kebajikan mereka sentiasa
terpelihara.
DR. 23.10.2019 30
Pihak Suruhanjaya Tinggi turut menyelaraskan lawatan kerja yang dilakukan
oleh Yang Berhormat Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, Menteri di Jabatan Perdana
Menteri yang datang melawat para mangsa dan waris mewakili Kerajaan Malaysia serta
mengadakan perbincangan dengan Kerajaan New Zealand. Sumbangan daripada ahli-
ahli Parlimen, syarikat swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan individu-individu lain juga
disampaikan oleh pihak Suruhanjaya Tinggi kepada pihak mangsa dan waris. Sekian,
terima kasih.
Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai]: Terima kasih Yang
Berhormat Timbalan Menteri. Saya maksudkan dengan soalan ini ialah berkaitan
dengan kebajikan ataupun kecaknaan selepas daripada kejadian tersebut. Saya bagi
contoh semasa musim haji baru-baru ini, Kerajaan Arab Saudi menjemput semua
keluarga mangsa yang terlibat ini menjadi tetamu kepada khadam dua tanah suci iaitu
untuk menunaikan haji. Jadi, maksud saya ialah apakah tindakan seterusnya oleh pihak
kerajaan ataupun langkah seterusnya untuk memastikan mereka yang terlibat ini dapat
dijaga ataupun mendapat layanan yang baik daripada pihak kerajaan?
Kedua, ialah adakah pihak Kementerian Luar melalui Kedutaan Malaysia di New
Zealand dan juga mana-mana negara lain telah melaksanakan hubungan jalin dengan
pihak persatuan umat Islam di sana dalam usaha bersama mengekang kempen
Islamophobia yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Terima kasih.
Dato’ Haji Marzuki bin Yahya: Terima kasih Yang Berhormat. Dalam hal isu
berkenaan dengan bantuan jangka masa panjang. Saya sekali lagi ingin tekankan
bahawa Kementerian Luar Negeri telah melaksanakan peranan seperti mana bidang
kuasa perwakilan kita yang berada di New Zealand iaitu di mana di bawah Konvensyen
Vena mengenai hubungan luar negara.
Jadi, selepas kejadian tersebut, kita juga telah memberi pelbagai bantuan melalui
NGO-NGO dan dalam masa yang sama kerajaan juga wakil kita di sana sentiasa
memantau rakyat kita di sana termasuk dengan keluarga yang ditimpa masalah ini
supaya sekiranya ada berlaku apa-apa masalah, boleh rujuk kepada kedutaan kita di
New Zealand.
Jadi, yang kedua berkenaan dengan Islamophobia dan kita kerajaan memanglah
memainkan peranan yang besar terutama Malaysia dalam mempromosikan
Islamophobia ini supaya semua memahami bahawa orang Islam ini bukanlah seperti
mana yang dijangkakan. Akan tetapi kempen ini akan terus dilakukan dan kita Malaysia
akan terus memberi kerjasama kepada mana-mana negara yang ingin bekerjasama
dalam kempen tersebut. Terima kasih.
DR. 23.10.2019 31
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, Setiawangsa ingin bertanya, adakah
kerajaan melihat identiti Malaysia yang unik, yang sangat majmuk mampu membantu
kita untuk memerangi semua bentuk kebencian antara tidak kira apa jua agama
termasuk Islamophobia dan juga ekstremisme-ekstremisme yang lain supaya kita dapat
mengatasi masalah ketegangan yang berlaku di seluruh dunia pada hari ini.
Dato’ Haji Marzuki bin Yahya: Ya seperti mana kita maklum dalam foreign
policy kita iaitu kita lebih kepada neutral dalam mana-mana juga pendirian negara lain.
Kita juga sentiasa menggalakkan supaya jalan perdamaian itu dapat dilakukan dari
proses perbincangan daripada berlakunya peperangan ataupun tindakan-tindakan yang
boleh merosakkan negara itu sendiri.
Maka dengan jelas bahawa mekanisme yang kita ada ini kita sentiasa
memainkan peranan melalui cara diplomatik dalam menangani isu-isu. Masalah
domestik kita juga adalah masalah yang mana kita dapat tangani secara majmuk. Begitu
juga dengan kedudukan kaum-kaum dalam negara Malaysia kita ini. Bukan bererti kita
hanya fokus kepada sesuatu kaum dan agama tetapi kita juga fokus kepada seluruh
rakyat Malaysia. Terima kasih.
11. Puan June Leow Hsiad Hui [Hulu Selangor] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan usaha-usaha kementerian bagi mempromosikan produk yang dihasilkan oleh usahawan desa dan membantu golongan ini menembusi pasaran antarabangsa.
Menteri Pembangunan Luar Bandar [Datuk Seri Rina binti Mohd Harun]:
Bismillahir Rahmanir Rahim. Terima kasih kepada Yang Berhormat yang bertanyakan
tentang beberapa usaha kementerian bagi mempromosikan produk industri yang
diusahakan oleh usahawan desa sehingga ke peringkat antarabangsa.
Jadi, Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian
Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah melancarkan Pelan Harapan Pembangunan
Luar Bandar untuk tahun 2018 hingga tahun 2023 yang mempunyai enam teras. Di
bawah teras yang kedua iaitu ekonomi luar bandar yang berdaya saing melalui strategi
keenam iaitu membangunkan persekitaran perniagaan yang kondusif.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
DR. 23.10.2019 32
KPLB telah merancang dan telah pun melaksanakan program yang dipanggil
Program Rural To Global. Di samping itu Dasar Pembangunan Luar bandar pula yang
telah dilancarkan pada Jun 2019 telah menggariskan strategi bagi memperkasakan
pemasaran produk dan perkhidmatan keluaran usahawan luar bandar bagi membina
rangkaian pasaran domestik dan global di bawah teras dua iaitu keusahawanan pemacu
pembangunan ekonomi.
Dalam hal ini, Program Rural To Global bertujuan membantu untuk membuka
akses kepada pasaran antarabangsa terutamanya usahawan-usahawan luar bandar
yang telah pun menghasilkan produk berkualiti, memenuhi piawaian untuk dieksport dan
berpotensi untuk pasaran yang hendak diterokai. Melalui program ini, KPLB telah
menyertai dua program promosi ekspo bertaraf antarabangsa iaitu Malaysia
International Halal Showcase (MIHAS) 2019 dan juga Ekspo Malaysia Fairs 2019 di
Singapura pada Julai yang lalu.
Selain daripada itu, KPLB juga telah, melalui Majlis Amanah Rakyat, membantu
usahawan desa untuk menembusi pasaran antarabangsa melalui Program Gate To
Global. Ia merupakan program yang dilaksanakan dengan kerjasama strategik bersama
dengan MATRADE dan juga SME Corp. Sehingga kini, ada banyak syarikat yang telah
pun berjaya memasarkan produk ke pasaran global seperti China, Brunei, Singapura
dan UAE.
Antara kemudahan yang disediakan pihak MARA kepada usahawan yang
menyertai program ini adalah program latihan dan bimbingan, kemudahan bantuan
kewangan dan penembusan pasaran halal global. Sehingga bulan Jun 2019, seramai
87 orang usahawan telah pun menerima manfaat melalui program tersebut. KPLB juga
mengambil inisiatif melaksanakan Program Desa Mall KPLB bagi memperluaskan
pasaran produk usahawan luar bandar ke luar negara melalui pemasaran atas talian
menggunakan platform Lazada, Shopee dan juga eBay.
Melalui program ini, usahawan diberi latihan dan bimbingan seperti produk
photoshoot, urusan pesanan dan pembayaran atas talian. Sehingga kini, seramai 1161
orang usahawan telah dilatih di bawah Program Desa Mall KPLB ini dan sejumlah
14,000 SKU diniagakan di platform dengan nilai jualan sebanyak RM1.25 juta. Terima
kasih.
Puan June Leow Hsiad Hui [Hulu Selangor]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan yang diberi. Adakah
kementerian merancang mengadakan produk yang baru selain daripada yang sedia
ada?
DR. 23.10.2019 33
■1130
Seiring dengan Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030, apakah inisiatif
tambahan yang dirangka oleh pihak kementerian untuk membantu usahawan desa bagi
mengembangkan lagi potensi perniagaan dan pasaran antarabangsa. Terima kasih.
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun: Apa yang saya sebut tadi itu adalah
program Rural to Global semua itu ya dan sebenarnya apabila kita melahirkan
usahawan-usahawan desa ini, apabila kita memberikan kursus dan bimbingan kepada
mereka, kita nak buka juga yang pentingnya minda mereka supaya mereka bersedia
untuk memasarkan produk, bukan sahaja di kampung, bukan sahaja di daerah dan di
negara tetapi malahan produk mereka boleh dipasarkan sampai ke luar negara.
Sekarang ini kita ada bawang goreng yang dieksport bukan sahaja ke Jepun
malahan juga ke Dubai dan banyak negara lain. Juga dengan kerepek kita dan juga kuih
kapit kita yang banyak juga dieksport. Jadi ini adalah antara program bimbingan latihan
yang kita berikan, persiapan mereka untuk menembusi sampai ke peringkat
antarabangsa dan kita memang bekerjasama dengan MATRADE. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Soalan tambahan kedua, Yang Berhormat Kuala Krau.
Silakan.
Dato’ Haji Salim Sharif [Jempol]: Eh! Yang Berhormat Kuala Krau baru sampai.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said [Kuala Krau]: Soalan nombor
satu sepatutnya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi Yang Berhormat Timbalan
Menteri dari Kementerian Pembangunan Usahawan menyatakan bahawa RM500 juta
disediakan di bawah Bank Pembangunan atau Bank SME, RM200 juta untuk wanita,
RM300 juta untuk PKS yang berdaya maju.
Cuma soalan saya, adakah KKLW ini berbincang dengan Kementerian
Pembangunan Usahawan bagaimanakah produk-produk dari desa ini dapat kita
majukan terus dari dalam negara ke luar negara di peringkat antarabangsa dengan
mendapat pembiayaan daripada SME dengan tidak banyak kerenahnya.
Kedua, adakah kementerian mewajibkan ketua delegasi kita ke luar negara
membawa kerepek, membawa bawang goreng, membawa baulu, dan kuih-kuih
tradisional desa ini untuk kita berikan jamuan semasa makan malam atau minum petang
bersama dengan delegasi di luar negara termasuk juga Tuan Yang di-Pertua. Apabila
ke luar negara, SUDR akan bawa kerepek, bawang goreng ini untuk sajikan kepada
rakan sejawat di luar negara. Terima kasih.
Datuk Seri Rina binti Mohd Harun: Okey, terima kasih. Pertama, bukan KKLW
sekarang KPLB. Kedua, kita memang apabila menjalankan program-program kita
DR. 23.10.2019 34
bersama dengan kementerian-kementerian lain. Sebagai contoh, bila kita baru sahaja
melaksanakan program Karnival Usahawan Desa 2019 yang telah pun mencapai
sasaran jualan sebanyak RM40 juta, kerjasama yang dibuat itu bukan sahaja di bawah
KPLB tetapi juga kementerian-kementerian lain yang berkaitan untuk menghasilkan
usahawan yang lebih berdaya maju. Sebab itu kerjasama bersama dengan kementerian,
agensi dan jabatan lain juga yang kita amalkan sekarang.
Kedua, tentang idea tadi. Saya ucapkan terima kasih, idea yang sangat bagus.
Insya-Allah nanti kita bolehlah— good idea untuk kita supaya produk-produk usahawan
luar bandar ini juga dapat kita perkenalkan di peringkat antarabangsa dan dalam masa
yang sama juga, kita telah pun dalam proses untuk meletakkan produk-produk
usahawan desa kita ini di enam international airport di Malaysia. Terima kasih.
Timbalan Menteri Sumber Manusia [Dato’ Mahfuz bin Haji Omar]: Yang
Berhormat Kuala Krau boleh jadi pembekal.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said [Kuala Krau]: Tak. Kekal
Yang Berhormat Menteri ini kalau Yang Berhormat PD jadi Perdana Menteri.
12. Dato’ Seri Haji Idris bin Jusoh [Besut] minta Menteri Kesihatan menyatakan status terkini berkaitan projek pembinaan ‘High Dependency Ward’ di Hospital Besut.
Timbalan Menteri Kesihatan [Dr. Lee Boon Chye]: Terima kasih Tuan Yang
di-Pertua. Kerajaan sentiasa berusaha untuk menambah baik penyampaian
perkhidmatan kesihatan di seluruh negara. Projek pembinaan High Dependency Ward
Hospital Besut secara tender terbuka telah diiklankan pada 27 Ogos 2019. Tarikh tutup
tender adalah pada 8 Oktober 2019 dan surat setuju terima dijangka akan dikeluarkan
kepada petender yang berjaya pada 20 Disember 2019. Fasa pembinaan dijangka akan
mengambil masa selama dua tahun bermula pada Januari 2020 dan siap pada Januari
2022. Sekian, terima kasih.
Dato’ Seri Haji Idris bin Jusoh [Besut]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri
yang telah bekerjasama untuk memastikan projek itu berjalan dengan baik dan untuk
memastikan penambahan peningkatan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk
tempatan, bilakah Hospital Besut nak dijadikan sebagai hospital berpakar.
Dr. Lee Boon Chye: Terima kasih Yang Berhormat Besut. Memang ada
permohonan daripada pihak hospital untuk naik taraf sebagai hospital pakar minor.
Memang dalam pertimbangan tetapi buat sementara waktu Hospital Besut,
perkhidmatan pakar-pakar adalah melalui Hospital Kluster Terengganu Utara yang
dibekalkan melalui lawatan pakar-pakar dari Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala
DR. 23.10.2019 35
Terengganu. Kita memang ada perubatan am, pakar bedah dan juga pakar psikiatri yang
buat lawatan berkala ke hospital tersebut. Memang dalam perancangan jangka masa
panjang mungkin kita boleh pertimbangkan untuk naikkan taraf kepada hospital pakar
minor. Kita telah terima permohonan dan akan dipertimbangkan. Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Soalan tambahan kedua kalau ada ya. Tidak ada ya.
Dengan itu tamatlah sesi Soal Jawab Lisan.
[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid [Padang Terap]: Tuan Yang di-Pertua, saya ada
usul persendirian yang saya bawa itu hari di bawah 18(1) iaitu yang berkaitan dengan
minta supaya pengharaman penerbitan komik, ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat
Bersama’, buku ini. [Menunjukkan buku komik tersebut] Jadi, kita telah melihat dan
mengkaji isi buku ini dan didapati – sebagai bekas Menteri Pendidikan, memang tidak
sesuai dan sangat bertentangan dengan perkara-perkara yang ada kaitan dengan di
bawah Akta Pendidikan. Buku ini pun dikeluarkan tidak mengikut saluran Kementerian
Pendidikan dan juga di bawah kelulusan Kementerian Dalam Negeri. Jadi, kita minta
supaya buku ini tidak diedarkan di sekolah dan buku ini diharamkan daripada
Kementerian Dalam Negeri. Itu yang kita bawa.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, mungkin Yang Berhormat belum dapat
surat saya ya? Sudah ke belum? Belum?
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid [Padang Terap]: Ada dibagi tadi tetapi saya tak
buka lagi.
Tuan Yang di-Pertua: Saya telah menolak usul itu sebab siasatan sedang
dijalankan dan ia tak menjadikan sesuatu yang mendesak dan memerlukan perbahasan
sekarang.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-
Pertua.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid [Padang Terap]: Buku ini telah dalam perhatian
Kementerian Dalam Negeri, mengharamkan penerbitan komik, ‘Inisiatif Jalur dan Jalan
Meraih Manfaat Bersama’.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Yang Berhormat, ikut
nasihat Tuan Yang di-Pertua. Baca surat itu dahulu.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Awak tak payah
buat kerja Tuan Yang di-Pertua lah, Yang Berhormat Jelutong! You don’t have to do
Speaker punya kerja.
DR. 23.10.2019 36
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid [Padang Terap]: Yang Berhormat Jelutong tak
payah bagi arahan. You bukan ketua darjah dalam Dewan ini.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Who are you
untuk bagi kerja? Buat kerja Tuan Yang di-Pertua? You shut up and sit down!
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid [Padang Terap]: Biar Tuan Yang di-Pertua—
Saya baru baca.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua: Kita sedang berbincang tentang edaran komik di sekolah.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: [Bercakap tanpa
pembesar suara] Biarlah Tuan Yang di-Pertua buat keputusan, ruling. You shut up,
senyap!
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Baling, tarik balik shut up, shut up itu.
Itu bukan perlakuan Parliamentary.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua: Tarik balik! Saya tidak akan menerima perkataan seperti
shut up dan sebagainya. Tarik balik.
[Dewan tepuk]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Wong Hon Wai [Bukit Bendera]: Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Tarik balik kah belum?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Oleh kerana buku ini diharamkan
di sekolah, ia juga diharamkan di luar sekolah.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa]: Tuan Yang di-Pertua, Tuan
Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Jadi kena bincang di sini, Tuan
Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Saya telah membuat keputusan berpandukan Peraturan
Mesyuarat 18. Ada perkara-perkara yang telah dipertimbangkan dalam lingkungan
Peraturan Mesyuarat 18. Jadi perkara ini sedang disiasat, jadi tak perlu disegerakanlah.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Akan tetapi isu
ini serius, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Boleh dibangkitkan melalui...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Isu ini untuk keselamatan.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-
Pertua.
DR. 23.10.2019 37
Tuan Yang di-Pertua: ...Soalan dan lain-lain.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Ini bukan soal pembangkang yang
bawa, ini ialah soal keselamatan.
Tuan Yang di-Pertua: Tugas saya sebagai Tuan Yang di-Pertua telah pun saya
jalankan. Saya telah membuat keputusan tak perlu dibahas di bawah Peraturan
Mesyuarat 18. Teruskan, teruskan usul.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid [Padang Terap]: Tuan Yang di-Pertua, saya dah
dapat surat Tuan Yang di-Pertua. Surat ini Tuan Yang di-Pertua tulis kepada saya
bahawa Kementerian Pendidikan tidak pernah mengeluarkan kebenaran dan kelulusan
untuk mengedar komik ini kepada institusi pendidikan.
■1140
Jadi, kita berharap bukan sahaja Kementerian Pendidikan, KDN kena ambil
tindakan kepada kumpulan yang hantar buku ini ke sekolah. Ini sebab telah menyalahi
di bawah Akta Pendidikan Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Yang Berhormat Padang Terap.
Tuan Yang di-Pertua: Ya, baik. Usul, teruskan usul, usul.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Oleh sebab.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Yang Berhormat Padang Terap.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said [Kuala Krau]: Perkara ini
penting Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Tuan Yang di-Pertua, sedikit sahaja.
Tuan Yang di-Pertua: Saya telah membuat keputusan, tidak perlu dibuka-buka
lagi. Keputusan telah dibuat.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said [Kuala Krau]: Mana ada kata
pengantarnya daripada pihak kementerian ini Yang Berhormat.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Takkan dalam Dewan ini tidak boleh
beri pandangan langsung.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said [Kuala Krau]: Yang
Berhormat. [Pembesar suara dimatikan]
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa]: Peraturan mana, peraturan
mana? Pakailah peraturan.
Tuan Yang di-Pertua: Saya telah membuat keputusan berasaskan apa yang
sedang berlaku sekarang.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa]: Peraturan mesyuarat, baca
lah.
DR. 23.10.2019 38
Tuan Yang di-Pertua: Edaran di sekolah-sekolah pun diselesaikan, tidak boleh
diedarkan lagi. Perkara ini sedang disiasat oleh KDN, apa lagi hendak bincangkan
sebagai sesuatu perkara yang mendesak? Teruskan usul.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Kita minta haramkan sewaktu
siasatan dijalankan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Tidak payah, tidak payah. Saya sudah buat keputusan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Usaha ini mempromosikan ideologi
komunis.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Walaupun telah disiasat.
Tuan Yang di-Pertua: Usul.
Tuan Yang di-Pertua: Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Akan tetapi, buku ini masih
beredar.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Tuan Yang di-Pertua, buku ini
mempromosikan ideologi komunis.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Komunis.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Sosialis dan komunis. Mana boleh
kita benarkan. Walaupun di siasat, haram dulu then baru boleh buat keputusan.
Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Peraturan.
Tuan Yang di-Pertua: Keputusan ini sudah dibuat berulang-ulang seperti biasa.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Dalam
Parlimen, tidak boleh sebut komunis.
Tuan Yang di-Pertua: Saya selaku Tuan Yang di-Pertua telah membuat
keputusan.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Akan tetapi,
buku komunis berleluasa di sekolah-sekolah.
Tuan Yang di-Pertua: Di situlah berakhir usul ini di bawah Aturan Mesyuarat 18.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Akan tetapi, ini
tidak adil Tuan Yang di-Pertua. This is not fair. Ini tidak adil.
Tuan Yang di-Pertua: Teruskan, teruskan.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami [Padang Serai]: Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Point of order.
DR. 23.10.2019 39
Tuan Karupaiya a/l Mutusami [Padang Serai]: Mereka sekarang promote itu
buku.
Tuan Yang di-Pertua: Usul seterusnya.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Takkan kita
hendak buat laporan polis di luar. Kita kat Dewan yang mulia ini, bincang dalam ini.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami [Padang Serai]: Promote kan itu buku, kalau kita
tutupkan orang tidak mahu tengok lagi sudah.
Tuan Yang di-Pertua: Aturan Mesyuarat 12(1).
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Point of order.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Tidak boleh lah,
this is not fair.
Tuan Wong Hon Wai [Bukit Bendera]: Peraturan 99 Tuan Yang di-Pertua.
Keputusan Tuan Yang di-Pertua adalah muktamad. [Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua: Memanglah, tidak perlu saya sebut. Memang itu aturan
Mesyuarat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Tuan Yang di-Pertua, point of
order. Tuan Yang di-Pertua, point of order.
Tuan Yang di-Pertua: Baik, point of order.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Okey, 36(4) yang sebelum itu
pengenalannya dulu. Buku ini walaupun sedang disiasat, tetapi sedang beredar di
pasaran. Jadi, kita minta supaya disiasat, dihentikan pengedaran. Itu yang sebab kita
hendak bincang Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Chang Lih Kang [Tanjong Malim]: Peraturan apa Yang Berhormat Arau?
Tuan Wong Hon Wai [Bukit Bendera]: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat
Arau masih berucap.
Tuan Chang Lih Kang [Tanjong Malim]: Ini peraturan mana?
Tuan Wong Hon Wai [Bukit Bendera]: Keputusan Tuan Yang di-Pertua adalah
muktamad, Yang Berhormat Arau masih berucap lagi.
Tuan Chang Lih Kang [Tanjong Malim]: Ya lah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Okey, tidak apa lah.
Tuan Yang di-Pertua: Ya, semua, semua duduk. Kita teruskan dengan usul.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Saya jumpa di akhirat Tuan Yang
di-Pertua.
Tuan Chang Lih Kang [Tanjong Malim]: Yang Berhormat Arau, ini peraturan
apa?
DR. 23.10.2019 40
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Tuan Yang di-Pertua, 36(4).
Tuan Chang Lih Kang [Tanjong Malim]: Peraturan mana?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Peraturan 36(4).
Tuan Chang Lih Kang [Tanjong Malim]: Peraturan 36(4), baca, baca, baca,
baca.
Puan Wong Shu Qi [Kluang]: Bacalah peraturan 36(4) itu apa?
Tuan Chang Lih Kang [Tanjong Malim]: Peraturan 36(4) baca.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Okey, semalam Yang Berhormat
Jelutong telah mengeluarkan perkataan kata bodoh kepada Yang Berhormat Tumpat
dan juga kepada saya. Tuan Yang di-Pertua tidak suruh tarik balik.
Tuan Yang di-Pertua: Siapa yang sebut?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Jelutong, tarik balik perkataan bodoh
kalau dia sebut.
Tuan Chang Lih Kang [Tanjong Malim]: [Ketawa] Ini perkara yang lain sudah
Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Jadi perkataan bodoh. [Perkataan
kurang jelas]
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa]: Tuan Yang di-Pertua, salah
peraturan. 36(4) Seksis.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Jadi saya hendak bagi tahu.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa]: Fasal seksis.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Ini semua bodoh!
Tuan Chang Lih Kang [Tanjong Malim]: Yang Berhormat Arau sudah berapa
tahun dalam Dewan? Salah.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa]: Salah peraturan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Dia kelmarin Tuan Yang di-Pertua,
kelmarin tidak bagi tarik balik.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa]: Peraturan salah.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]:..Speaker...
Tuan Yang di-Pertua: Saya dengar itu Yang Berhormat Baling, tarik balik. Tarik balik! Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Saya akan tarik
balik. Akan tetapi, kena lah adil. Dia cakap bodoh semua boleh. [Bercakap tanpa
menggunakan pembesar suara]
DR. 23.10.2019 41
Tuan Yang di-Pertua: Saya telah arahkan Yang Berhormat Jelutong untuk tarik
balik perkataan bodoh.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Dia tidak hormat
Tuan Yang di-Pertua. Bangun terus tarik balik. [Bercakap tanpa menggunakan
pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Baling menyebut saya berat sebelah.
Betul atau tidak? Tarik balik.
Tuan Noor Amin bin Ahmad [Kangar]: Tarik balik Yang Berhormat Baling.
Tuan Yang di-Pertua: Sekali lagi dia sebut saya berat sebelah, saya akan usir
keluar.
Seorang Ahli: Keluar, keluar.
[Dewan riuh]
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Bentara, usir. [Tepuk] Selama dua hari.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Saya sudah
tarik balik Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Keluar!
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Kenapa? Saya
sudah tarik balik.
Tuan Yang di-Pertua: Keluar!
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Duduk dulu.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Saya sudah
tarik balik. Kenapa saya hendak kena dihalau? Saya sudah tarik balik.
Tuan Yang di-Pertua: Bentara.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Kenapa tak
boleh? Saya tarik balik.
Tuan Yang di-Pertua: Ikut arahan Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: No, saya sudah
kata saya tarik balik.
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom [Tampin]: Keluar, keluar, keluar.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: No, saya sudah
tarik balik.
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom [Tampin]: Keluar.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Dia sudah tarik sudah.
Datuk Dr. Hasan bin Bahrom [Tampin]: Keluar, keluar.
DR. 23.10.2019 42
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Dihalau kalau
tak tarik balik. Saya tarik balik dengan hormatnya, yang cakap berat sebelah.
Tuan Yang di-Pertua: Ada dua perkara. Tarik balik, tetapi masih bercakap.
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Sudah tarik balik, sudah tarik balik.
Tuan Yang di-Pertua: Seolah-olah tidak mendengar arahan saya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Tuan Yang di-Pertua, dia sudah
tarik balik.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Tuan Yang di-
Pertua, mana ada pernah berlaku macam ini? Tidak, saya tidak keluar.
Tuan Yang di-Pertua: Ini taktik lama ya.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Tidak, saya
tidak keluar. [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua: Ini taktik lama. [Dewan riuh]
Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Sudah tarik balik Tuan Yang di-
Pertua, apa lagi? [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua: Dua hari. [Dewan riuh]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Tak dak keluar mana-mana.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami [Padang Serai]: Bagi cuti raya awal.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Jangan keluar.
Tuan Yang di-Pertua: Dua hari.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Tak dak keluar. Jangan keluar.
Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa]: Tuan Yang di-Pertua, Yang
Berhormat Arau pakai peraturan pun, peraturan salah.
Tuan Yang di-Pertua: Tarik balik perkataan itu.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa]: Peraturan Seksis.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Tuan Yang di-Pertua, saya
menghormati dan saya tarik balik. Tidak ada masalah.
Tuan Yang di-Pertua: Apa masalahnya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Dan bertaubat, jangan berulang
lagi. [Ketawa]
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Tuan Yang di-
Pertua, saya sebut saya tarik balik tadi. Dengan hormatnya juga, kenapa saya dihalau?
I mean saya sudah awal-awal.
Tuan Yang di-Pertua: Saya tidak terima.
DR. 23.10.2019 43
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Kata dengan
hormatnya saya tarik balik, saya sudah sebut.
Tuan Yang di-Pertua: Saya tidak terima.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Kenapa saya
dihalau? Saya hendak tahu yang itu sahaja.
Tuan Yang di-Pertua: Keluar! Dua hari.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Saya tarik balik
dan saya kata.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua: Dua hari. Hari ini dan esok, datang balik hari Isnin. Hari
Isnin cuti, hari Selasa.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami [Padang Serai]: Tuan Yang di-Pertua, hari Isnin
cuti. Bagi dia balik hari Selasa.
Tuan Yang di-Pertua: Hari Selasa lah.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami [Padang Serai]: Ya, ya.
Seorang Ahli: Jangan sibuklah.
Tuan Yang di-Pertua: Hari Isnin Deepavali.
Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid [Padang Terap]: Jangan cakap banyak sangat.
Tuan Yang di-Pertua: Teruskan usul.
[Sesi untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT
11.45 pg.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tuan Mohamed Hanipa bin
Maidin]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 8.30 malam dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi, hari Khamis, 24 Oktober 2019.” Timbalan Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga [Puan Hannah Yeoh]:
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
DR. 23.10.2019 44
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan
masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang
dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Saya hendak tanya kenapa Tuan
Yang di-Pertua, kenapa hari ini marah satu macam sahaja?
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Dewan ini dah teruk
sangat dah. Dewan Parlimen ni teruk sangat dah. Bubar ja la.
Tuan Yang di-Pertua: Sudah keterlaluan.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Bubar ja Parlimen
ini.
Tuan Yang di-Pertua: Kita ada murid-murid sekolah di hadapan kita pada hari
ini.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Tuan Yang di-Pertua, kalau ada
murid sekolah, kita hendak bagi tahu pada murid sekolah bahawa yang di sebelah sana
ialah ‘Pakatan Bohong’, bukan Harapan.
RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2020
Bacaan Kali Yang Kedua
DAN
USUL
ANGGARAN PEMBANGUNAN 2020
Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan
yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2020 ini
dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada
Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.”
“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari lima puluh lapan bilion ringgit (RM58,000,000,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2020, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2020, yang
DR. 23.10.2019 45
dibentangkan sebagai Kertas Perintah 24 Tahun 2019, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai tersebut.” [22 Oktober 2019]
Seorang Ahli: Tuan Yang di-Pertua stress.
Tuan Yang di-Pertua: Tuan Yang di-Pertua memang stress, tetapi cool lah
semuanya. Setakat ini 101 orang telah membahas. Jadi, seterusnya saya ingin
menjemput Yang Berhormat Pontian yang sudah lama menunggu.
11.47 pg.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Assalammualaikum
warahmatullahi wabarakatuh. Maksud Surah Yusuf ayat 48 hingga 49.
Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Kemudian akan datang.
[Disampuk]
Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Yang Berhormat Baling masih belum
keluar lagi.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Selepas tempoh itu.
Seorang Ahli: Sibuklah.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Tujuh tahun kemarau yang
besar.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Baling hendak duduk situ, biar dia duduk
situ.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Yang akan menghabiskan
makanan.
Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Akan tetapi, keputusan telah dibuat.
Dia perlu keluar daripada Dewan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Yang kamu sediakan.
Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Tuan Yang di-Pertua.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Hoi ! Senyaplah.
Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Pontian. Jangan menghabiskan
masa ya.
Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Keputusan telah dibuat, dia sepatutnya
keluar daripada Dewan. Dia tidak menghormati Dewan.
DR. 23.10.2019 46
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said [Kuala Krau]: Masa dulu ada
peristiwa lagi teruk lagi, berhari-hari duduk dalam Dewan.
Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Bila?
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said [Kuala Krau]: Tengok dulu
you punya pemimpin dulu.
Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said [Kuala Krau]: Kalau hendak
tuding kita.
Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Dia harus keluar daripada Dewan.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said [Kuala Krau]: Yang
Berhormat Kota Melaka, you tengok dulu Yang Berhormat Bandar Puteri dulu macam
mana.
Tuan Khoo Poay Tiong [Kota Melaka]: Tuan Yang di-Pertua. [Pembesar suara
dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua: Perkara-perkara lama tidak perlu dibangkitkan. Saya
bukan menjadi Tuan Yang di-Pertua pada hari itu.
Datin Mastura binti Mohd Yazid [Kuala Kangsar]: There is precedent Tuan
Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said [Kuala Krau]: Pemimpin
tunjuk.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Akan tetapi.
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said [Kuala Krau]: Tunjuk teladan.
Ini pemimpin tunjuk teladan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Yang Berhormat Lim Kit Siang
duduk di sini walaupun digantung enam bulan. Dia masuk duduk, tidak ada masalah.
Kita tidak boleh sentuh, kita suruh dia keluar, dia tidak mahu keluar. Hendak buat
macam mana? Nasib lah Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa]: Dulu gaji pun tak bayar.
Sekarang gaji kita bukan tarik balik pun.
Tuan Yang di-Pertua: Saya. [Disampuk]
Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Mohamed Said [Kuala Krau]: Siapa kata gaji
tak bayar? Bayarlah gaji. [Pembesar suara dimatikan]
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Kuala Krau, sila duduk lah ya. Sebagai
seorang bekas Timbalan Yang di-Pertua, sila hormati arahan Tuan Yang di-Pertua
sekarang. Saya menjemput Yang Berhormat Pontian untuk meneruskan.
DR. 23.10.2019 47
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Bismillahir Rahmanir
Rahim, ulang balik. Maksud Surah Yusuf ayat 48 hingga 49, ‘Kemudian akan datang
selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar yang akan menghabiskan makanan
yang kamu sediakan kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan untuk dijadikan benih.
Kemudian akan datang pula sesudah dari itu tahun yang padanya orang ramai beroleh
rahmat hujan dan padanya mereka dapat hasil yang baik’. Pengajaran daripada ayat ini
ialah Allah mengajar kita tentang menabung dan membuat perancangan untuk masa
depan dalam menghadapi persediaan bagi menghadapi hari-hari yang sukar. Tuan
Yang di-Pertua, pantun.
Ikan todak masuk perigi,
Dapat berkawan ikan sembilang,
Saham tidak melonjak tinggi,
Bukti belanjawan tidak cemerlang.
■1150
Pohon selasih di tepi rumah,
Banyak cendawan di Gunung Daik,
Ringgit masih lagi lemah,
Bukti belanjawan tidaklah baik.
Indeks KLCI pada 22 Oktober, semalam 1574.09. Sebelum PRU-14, indeks KLCI
1895.18. Dengan lain perkataan susut 321 mata. Ringgit semalam RM4.19 untuk USD1,
masih tidak kembali kepada RM3.80 untuk USD1. Laporan Moody’s Investors Service,
satu agensi penarafan antarabangsa, minggu lepas 18 Oktober menyebut Malaysia
sukar capai sasaran defisit. Maksudnya jangkaan hutang akan lebih besar kerana
disebut dalam laporan itu pertumbuhan hasil dijangka perlahan dan kesukaran untuk
mengehadkan pembayaran. Saya ingin bertanya apa pandangan Kementerian
Kewangan tentang laporan Moody’s ini.
Tuan Yang di-Pertua, SPRM dan senarai 80 pada 7 Oktober 2019 yang mana
dalam bajet ini RM299 juta diberi kepada SPRM. Saya ingin menyatakan di sini bahawa
kompaun yang terlalu tinggi yang dikenakan adalah tidak munasabah terhadap mereka
yang disenaraikan 80 ini. Sebagai contoh, pemuda UMNO Pekan RM50,000; IPF Baling
RM50,000; diminta bayar RM2.5 juta Tuan Yang di-Pertua, 50 kali ganda kompaun,
untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat. Selepas itu ada lagi lima UMNO bahagian
dapat RM100,000 dikompaun RM2.5 juta, bermaksud 25 kali ganda. Pada pandangan
saya, kompaun ini terlalu tinggi dan tidak munasabah.
DR. 23.10.2019 48
Sementara itu, kes 1MDB ini baru dimulakan perbicaraan di Mahkamah Tinggi.
Belum lagi selesai Mahkamah Tinggi, belum selesai tentunya di Mahkamah Rayuan,
belum sampai tak tahu bila di Mahkamah Persekutuan. Mengapa SPRM memberikan
tawaran mengkompaun kesalahan seolah-olah mereka menjadi hakim, juri, kenapa?
Kenapa perkara ini berlaku? Satu lagi, saya ingin maklumkan dalam perbicaraan SRC,
sekurang-kurangnya dua saksi daripada SPRM dan pegawai Ambank mengaku RM640
juta deposit itu adalah daripada Kementerian Kewangan Arab Saudi dan Putera Faisal
dan tidak disebut wang daripada 1MDB. Ini mengenai 80 senarai itu.
Saya juga ingin memaklumkan di sini bahawa dana politik dalam peraturan
negara ini dibenarkan. Semua parti PH, DAP, PPBM, PAN, PKR, PAS, semuanya dapat
dana politik.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin [Rompin]: Mencelah sedikit.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Ya, sila.
Dato’ Sri Hasan bin Arifin [Rompin]: Tuan Yang di-Pertua, sebagai bekas
hakim, adakah ini bermakna contempt of court, maknanya perkara ini sedang
dibicarakan di mahkamah, SPRM mengambil tindakan seolah-olah mendahului
mahkamah. Adakah boleh disabitkan sebagai menghina mahkamah perkara yang
dilakukan oleh SPRM ini?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Terima kasih Yang
Berhormat Rompin. Apabila perkara itu belum diputuskan di mahkamah tetapi SPRM
telah memberikan kompaun kesalahan, seolah-olah SPRM mendahului keputusan
mahkamah. Itu yang dimaksudkan. Saya kembali kepada dana politik.
Dana politik ini dibenarkan dalam peraturan negara kita. Saya ingin tanya,
bilakah kerajaan ingin bentang rang undang-undang tentang dana politik supaya ianya
dapat dikawal dengan baik dan ada garis panduan yang boleh diikuti dan diguna pakai
oleh semua.
Seterusnya saya ingin bertanya, berapa ramai dalam senarai BSH dibandingkan
senarai BR1M? Diberitakan hampir dua juta orang yang terima BR1M tidak menerima
BSH. Kenapakah dua juta itu terkeluar dari senarai BSH?
Pertanyaan saya juga, berapa jumlah nelayan yang terima elaun bulanan ketika
era BN dibandingkan sekarang? Apa tujuan pemutihan yang dilaporkan ramai nelayan
terkeluar daripada senarai penerima? Mengapa insentif pendaratan ikan 10 sen ke 20
sen sekilo dihentikan?
Satu lagi soalan, berapa jumlah FDI Jun 2018 hingga Oktober 2019? Foreign
direct investment yang di lapor oleh MIDA dan MITI dan daripada jumlah itu berapa
DR. 23.10.2019 49
banyak adalah hasil daripada penjualan aset? Saya difahamkan dalam senarai FDI itu
termasuk penjualan aset oleh GLC, agensi-agensi seperti Khazanah dan lain-lain.
Adakah FDI jualan aset itu menjadi tumpuan sekarang?
Soalan yang keempat, daripada Mei 2018 hingga Oktober 2019, berapa jumlah
jualan aset semua kementerian, agensi, GLC, GLIC?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Yang Berhormat Pontian,
saya hendak minta penjelasan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Berapa jumlah jualan aset
itu? Ada anggaran bernilai RM30 bilion? Berapa yang dibuat secara tender terbuka dan
kepada semua kementerian yang terlibat menjual aset, sila jawab soalan ini. Juga saya
ingin tanya, bila ingin mula membeli aset? Yang Berhormat Jelutong, kemudian, akhir
sekali saya bagi.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Yang Berhormat Pontian,
saya ingin tanya berapa kompaun yang diberikan kepada Yang Berhormat oleh 1MDB?
Berapa jumlahnya?
Tuan Yang di-Pertua: Sila duduk, sila duduk.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Akhir sekali nanti saya akan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Berapa yang diterima
daripada wang 1MDB?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Saya tidak terima apa-apa
daripada wang 1MDB sebagaimana yang disebut oleh penyiasat polis dan juga SPRM
menunjukkan saya satu cek tunai yang saya tak terima walau satu sen.
Kelima, minta JPM menyatakan adakah kerajaan akan menaikkan gaji penjawat
awam dengan kadar lebih tinggi daripada apa yang sepatutnya seperti janji BN untuk
naikkan satu tambahan KGT selain KGT yang biasa. KGT itu ialah kenaikan gaji
tahunan.
Keenam, dana Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) jumlahnya begitu besar,
RM140.8 bilion. Jika dilabur dengan baik boleh membiayai pencen RM23.87 bilion yang
disebut oleh Yang Amat Berhormat Langkawi semalam. Apakah langkah-langkah untuk
memastikan jumlah dana ini ditingkatkan? Oleh kerana dana itu cukup besar, pada
pandangan saya ialah langkah kerajaan untuk memberhentikan skim pencen ini adalah
langkah yang silap.
Ketujuh, mengapakah kementerian penting seperti Kementerian Pembangunan
Usahawan diperuntukkan hanya RM539.8 juta? Tentu ia tidak mencukupi. Berapa
jumlah usahawan baru yang dilahirkan oleh kementerian ini sejak Mei 2018 hingga
DR. 23.10.2019 50
Oktober 2019 dan apakah bidang-bidangnya serta sasaran jumlah usahawan baru yang
nak diwujudkan pada tahun 2020?
Kelapan, berapakah daripada RM95 juta untuk ubah suai infrastruktur dan
kemudahan perubatan di seluruh negara itu diberi kepada Hospital Pontian? Adakah
kementerian akan membesarkan atau bina baru Hospital Pontian? Pembesaran ini
sebenarnya telah diumumkan sebelum ini tetapi sehingga sekarang ia tidak
dilaksanakan.
Soalan kesembilan, setakat manakah sambutan peneroka FELDA terhadap
cadangan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi berhubung penggabungan tanah-tanah
milik peneroka seperti dalam Kertas Putih? Berapakah sewa sebulan untuk 10 ekar
tanah setelah ianya digabung? Atas sebab apa peneroka membantah cadangan dalam
Kertas Putih ini?
Soalan kesepuluh, daripada RM8.4 bilion bajet untuk Kementerian
Pembangunan Luar Bandar, berapa yang diperuntukkan untuk menukar corak keceriaan
kampung-kampung tradisi dan berapa yang diguna untuk melahirkan usahawan IKS
yang berdaya saing?
Soalan 11, catuan air dibuat untuk kawasan Simpang Renggam, Kota Tinggi,
Pontian hampir dua bulan baru-baru ini. Tiada usaha konkrit dibuat oleh Kementerian
Air, Tanah dan Sumber Asli untuk memperbaiki Empangan Machap, loji air di Simpang
Renggam. Apa tindakan seterus yang akan dibuat bagi memastikan ia tidak berulang
seperti membina baru loji penapisan air di Sungai Benut atau Sungai Pontian Besar.
Pembenihan awan wajar dibuat agar kebarangkalian hujan boleh turun di kawasan-
kawasan empangan.
Soalan 12, adakah kerajaan bercadang untuk memecahkan Kementerian
Pendidikan kepada dua iaitu tambahan Kementerian Pengajian Tinggi disebabkan tugas
menjaga 10,208 sekolah dengan 4.94 juta murid, 419,904 orang guru adalah sangat
mencabar. Lagipun RM64.1 bilion ini adalah peruntukan yang sangat besar untuk dijaga
oleh seorang Menteri dan seorang Timbalan Menteri iaitu kira-kira 118 kali lebih besar
daripada Kementerian Pembangunan Usahawan yang cuma dapat RM539.8 juta.
Perkara 14, dilaporkan di dalam akhbar-akhbar kenyataan bekas CEO Lembaga
Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 16 Februari 2016, Tan Sri Shukor Mahfar
bahawa derma, dana, sumbangan politik tidak tertakluk kepada cukai. Dalam laman web
LHDNM juga ada menyebut bahawa pendapatan yang diperoleh di Malaysia dari luar
Malaysia adalah dikecualikan daripada cukai. Oleh itu, apakah asas LHDNM
mengenakan cukai yang begitu tinggi kepada Yang Berhormat Pekan?
DR. 23.10.2019 51
Soalan 15, peruntukan-peruntukan yang diumum...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Minta penjelasan Yang
Berhormat.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Untuk makluman, bukan
sahaja Yang Berhormat Pekan, anak perempuan dan anak lelaki beliau juga telah
diberikan notis tidak dibayar RM10.5 bilion dan RM37.6 million untuk Nazifuddin,
RM10.35 million untuk anak perempuan beliau.
■1200
Ini adalah notis yang diberikan untuk makluman.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Billion kah million?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Sebanyak RM37 million
untuk Nazifuddin dan RM10.3 million untuk anak perempuan beliau.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Saya rasa itu terlalu besar
angka itu Yang Berhormat Jelutong, baik check semula angka Yang Berhormat sebut
itu. Saya rasa million bukan billion.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Million, million, M-money,
million.
Tuan Cha Kee Chin [Rasah]: Juta.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Yang Berhormat Jelutong,
billion dengan million pun tidak boleh hendak bezakan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Yang Berhormat Pekan,
Yang Berhormat Pontian yang tidak faham. Saya kata million, juta.
Tuan Cha Kee Chin [Rasah]: Juta faham.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Million. Mula-mula sebut
billion, ingat telinga saya ini tidak dengar kah apa? [Ketawa] Yang Berhormat Pekan
kena RM1.65 billion cukai bukan million, billion. Saya tanya...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Yang Berhormat Pekan
RM1.65 billion, anak lelaki beliau RM37.6 million (juta), Nooryana Najwa RM10.3 million
(juta).
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Tidak payah sebut detail
saya tahu. Soalan saya ialah..
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Ini adalah hasil yang
sepatutnya dibayar kepada kerajaan yang boleh digunakan untuk manfaat rakyat.
Kenapa tidak bayar?
DR. 23.10.2019 52
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Saya hendak nyatakan di
sini bahawa CEO Lembaga Hasil menyebut bahawa derma politik tidak dikenakan cukai.
Kalau derma politik ini dikenakan cukai, saya ingin Lembaga Hasil mengumumkan
berapa cukai DAP kena bayar, berapa cukai PKR kena bayar, PH kena bayar, PPBM
kena bayar, PAN kena bayar berapa banyak cukai kerana semua mereka itu mendapat
derma politik.
Pembohong kalau parti-parti ini tidak dapat dana politik. Saya menyebut sekali
lagi bahawa CEO Lembaga Hasil menyebut dana politik tidak dikenakan cukai dan
pendapatan daripada luar Malaysia dalam laman web Lembaga Hasil, pendapatan luar
Malaysia tidak dikenakan cukai. Jika merujuk kepada RM2.6 billion yang sudah
dipulangkan, RM2.08 billion derma itu jika merujuk kepada derma itu dan dikenakan
cukai ini adalah satu perkara yang tidak adil kepada Yang Berhormat Pekan. Itu yang
saya maksudkan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Yang Berhormat, soalan
saya adalah kenapa Yang Berhormat Pekan dan anak-anak beliau tidak bayar cukai.
Kenapa mereka tidak membawa kes ini ke mahkamah? Ini adalah hasil untuk negara.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Siapa kata mereka tidak
bayar cukai? Mereka tidak bayar cukai ini, yang penting...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Beliau adalah bekas
Perdana Menteri. Kenapa lari daripada cukai hasil negara, kenapa?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Cukai pendapatan mereka
bayar yang ini adalah cukai tambahan yang kononnya perlu dibayar, sedangkan CEO
Lembaga Hasil kata tidak payah bayar. Saya tidak mahu lagi melayan Yang Berhormat
Jelutong, yang billion dengan million pun tidak faham! Ini yang akhir...
Tuan Yang di-Pertua: Teruskan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Peruntukan-peruntukan
yang diumumkan di Tanjong Piai diberi oleh beberapa kementerian seperti Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Pertanian, Kementerian
Belia dan Sukan dan lain-lain. Sila beri penjelasan, tujuan peruntukan-peruntukan itu.
Mana ia BERSIH atau BERSIH sudah dibersihkan. Kata Perdana Menteri, ia
adalah secara kebetulan. Betul kah kebetulan saya? Senyum Tuan Yang di-Pertua
apabila Yang Berhormat Langkawi menyebut peruntukan-peruntukan di Tanjong Piai ini
adalah secara kebetulan. Saya hendak pesan kepada pengundi-pengundi Tanjong Piai,
ambil saja segala peruntukan itu sebab peruntukan itu bukan duit mak bapa mereka.
[Ketawa]
DR. 23.10.2019 53
Ambil saja peruntukan pembangunan itu sebab duit itu bukan dari poket mereka
pun kerana ia duit rakyat, sebab kita semua bayar cukai Lembaga Hasil, SST 10 peratus,
dulu GST cuma enam peratus, cukai gula, cukai tanah, cukai pintu, RPGT, cukai
pelepasan macam-macam. Akan tetapi pesanan saya kepada pengundi Tanjong Piai,
undi tetap kepada calon Barisan Nasional. Pantun akhir:
Jika tuan pergi memancing,
Jangan lupa membawa umpan,
Jika tidak mahu kena kencing,
Jangan undi Pakatan Harapan. [Tepuk]
Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Pontian. Sekarang saya
menjemput Yang Berhormat Labuan, silakan.
12.04 tgh.
Datuk Rozman bin Isli [Labuan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas
peluang yang diberikan kepada Labuan untuk turut membahaskan Belanjawan 2020
yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan baru-baru ini. Satu belanjawan yang lebih
meyakinkan. Dengan masa yang terhad saya cuma akan menyentuh beberapa perkara
sahaja daripada banyak perkara penting yang ditekankan dalam belanjawan kali ini.
Saya sangat tertarik dengan inisiatif untuk Malaysia@Kerja yang disasarkan
untuk mewujudkan 350,00 peluang pekerjaan dalam masa lima tahun menerusi empat
program iaitu Graduan@Kerja, Wanita@Kerja, Watan@Kerja dan Perantis@Kerja.
Disasarkan selain mengurangkan graduan menganggur, kita juga mengurangkan
kebergantungan kepada pekerja asing sebanyak 150,000 dan seterusnya memberikan
peningkatan gaji kepada pekerja tempatan. Kita mahu rakyat yang bekerja walau apa
pun pekerjaan di negara ini boleh hidup dengan secukupnya dengan kenaikan
pendapatan melebihi kenaikan kos sara hidup.
Belanjawan kali ini juga banyak membuat pelaburan untuk ekosistem ekonomi
digital dan membantu meningkatkan daya saing industri pembuatan dan perkhidmatan
dan digandingkan dengan penggalakan pelaburan yang lebih agresif. Langkah-langkah
ini sangat penting untuk memastikan ekonomi kita terus mampan dan meningkat
sebagai destinasi pilihan pelaburan bernilai tinggi terutamanya dalam ketegangan
dagangan China–Amerika.
DR. 23.10.2019 54
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Boleh minta penjelasan,
Yang Berhormat Labuan?
Datuk Rozman bin Isli [Labuan]: Kita mesti pantas merebut peluang,
terutamanya untuk memikat syarikat-syarikat Fortune 500 dan global unicorn. Silakan.
Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Kinabatangan.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Terima kasih rakan saya
daripada Labuan. Sedar kah Yang Berhormat Labuan bahawa peluang pekerjaan yang
disyorkan oleh kerajaan itu salah satunya mengganti pekerjaan 3D iaitu dirty, difficult
and dangerous. Jadi apakah rakyat Labuan melihatkan bahawa rakyat Malaysia sudah
bersedia untuk menerokai pekerjaan-pekerjaan yang 3D tersebut terima kasih.
Datuk Rozman bin Isli [Labuan]: Negara kita sudah merangka untuk proses
mengubah ekonomi kapital kepada ekonomi yang akan melahirkan banyak peluang-
peluang pekerjaan yang bernilai tinggi. Dalam proses ke arah itu sudah tentulah kita
dalam transaction period dan tidak salah sebenarnya untuk sebahagian daripada rakyat
kita yang memang pun kita mahu mengambil pekerjaan-pekerjaan tersebut sekiranya
diberikan gaji yang setimpal.
Itulah yang dirangka dalam bajet kali ini supaya pekerjaan-pekerjaan ini juga
dapat diambil oleh rakyat tempatan tetapi dengan gaji yang lebih setimpal dengan 3D.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Malangnya gaji RM1,200
sahaja Yang Berhormat Labuan. [Ketawa]
Datuk Rozman bin Isli [Labuan]: Terima kasih. Belanjawan ini jelas
menggambarkan usaha yang serius sedang dibuat untuk memacu pertumbuhan dan
keberhasilan saksama ke arah kemakmuran bersama. Tanpa mengira latar belakang
kaum, jantina, agama dan sebagainya. Fokus utama adalah untuk mengecilkan jurang
antara yang miskin B40 dan yang kaya T20. Dalam erti kata lain kita mahukan negara
ini mempunyai kelompok kelas menengah atas atau middle class yang besar. Negara
berpendapatan tinggi biar ramai rakyat Malaysia yang layak bayar cukai pendapatan.
Dalam belanjawan ini nampak usaha untuk mengurangkan jurang pembangunan
antara wilayah apabila peruntukan kepada Sabah dan Sarawak bertambah. Akan tetapi
jurang antara Semenanjung Malaysia dengan Borneo Malaysia sekarang ini adalah
terlalu besar dan tidak cukup dengan hanya tambah sikit-sikit.
Terlalu banyak contoh untuk disebutkan. Sekolah daif hampir 2,000 kesemuanya
berada di Sabah dan Sarawak dan ada 91 buah sekolah sudah diisytiharkan tidak
selamat di duduki. Pencapaian akademik Sabah dan Sarawak sentiasa tercorot, rekod-
DR. 23.10.2019 55
rekod lain kadar pengangguran, kadar kemiskinan, kadar rumah setinggan, kadar kes-
kes kesihatan dan sebagainya memang negeri-negeri Borneo selalu champion.
Padahal negeri-negeri Borneo banyak kekuatan seperti sumber minyak dan gas,
kawasan tanah yang luas untuk pertanian, sumber laut yang kaya, kawasan semula jadi
yang cantik untuk pelancongan, sumber pekerja pun besar sehingga ramai yang
berpindah ke Semenanjung cari kerja.
Saya sebagai Ahli Parlimen sebelah sana berasa bertanggungjawab walaupun
pedas tetapi jujur mengingatkan kerajaan dan Dewan ini bahawa isu negeri-negeri di
Borneo tertinggal jauh dan rakyatnya merasakan layanan tidak adil sudah berlaku sekian
lama bukanlah perkara kecil.
■1210
Kena buat langkah yang drastik di mana perubahan struktur perlu dilakukan
kalau kita mahu melihat hasil yang cepat. Ekonomi cepat berkembang sekiranya banyak
pelabur datang. Kadar kemasukan pelaburan ke Semenanjung Malaysia jauh lebih
tinggi selama ini. Kenapa? Sebab infrastruktur dan ekosistem industri jauh lebih baik.
Enabling infrastructure cepat diadakan oleh kerajaan dan segala insentif-insentif
istimewa kepada pelabur diberikan.
Jadi sekarang sepatutnya giliran Borneo pula walaupun ianya terpaksa
memperlahankan sedikit progress di Semenanjung. Ianya berbaloi. Tuan Yang di-
Pertua, negara tidak akan rugi kalau kita mula bangunkan Borneo Malaysia dengan lebih
laju berganda supaya ianya seimbang sebab ianya adalah sebahagian dari Malaysia.
Saiz ekonomi negara akan menjadi lebih besar dengan banyak tanah-tanah yang luas
di Sabah dan Sarawak akan membangun pesat.
Walaupun saya sudah selalu perkatakan saya akan terus cakap lagi bahawa
tidak ada formula yang lebih baik selain penurunan kuasa atau devolution of power
kepada kerajaan negeri untuk kes Sabah dan Sarawak ini. Kita akan dapat
melaksanakan pembangunan dengan lebih efektif dan akan dapat mengurangkan
pembaziran yang disebabkan oleh salah keutamaan, pertindihan fungsi antara agensi-
agensi kerajaan negeri dan Pusat dan keputusan yang lambat dan salah...
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan [Keningau]: Yang Berhormat Labuan, boleh minta
jalan?
Datuk Rozman bin Isli [Labuan]: ...Seperti yang banyak berlaku selama ini.
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan [Keningau]: Yang Berhormat Labuan.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Keningau. Hendak beri?
DR. 23.10.2019 56
Datuk Rozman bin Isli [Labuan]: Kerajaan Pusat perlu cepat laksanakan
penurunan kuasa ini dan pada masa yang sama perkasakan sistem kawalan dalaman
dan tadbir urus yang baik. Silakan Yang Berhormat Keningau.
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan [Keningau]: Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Keningau.
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan [Keningau]: Sebentar tadi Yang Berhormat Labuan
mengatakan tidak ada jalan selain daripada penurunan kuasa. Tidakkah Yang
Berhormat Labuan percaya bahawa satu daripada yang penting, yang perlu diambil kira,
yang perlu dibuat adalah untuk memenuhi atau melaksanakan hak-hak Sabah di dalam
Perlembagaan termasuklah hasil-hasil yang perlu dibayar, royalti, eksport duti dan
sebagainya. Terima kasih.
Datuk Rozman bin Isli [Labuan]: Setuju 100 peratus. Tuan Yang di-Pertua,
sebaik berlakunya pertukaran kerajaan selepas PRU14 saya merasakan peluang untuk
pembetulan dan penambahbaikan dalam pentadbiran negara melalui institutional reform
akan menjadi lebih cerah disebabkan kelihatan ada political will dan keberanian untuk
membuat keputusan besar dan penting. Antaranya termasuklah keputusan untuk
menyegerakan devolution of power dan pemberian peruntukan yang besar kepada
negeri-negeri Borneo untuk mengurangkan ketidakseimbangan ini. Kerajaan Malaysia
baharu jangan lepaskan peluang keemasan ini. Binalah infrastruktur-infrastruktur seperti
yang menjadi pemboleh, enablers kepada pembangunan industri yang berpotensi di
Borneo.
Percepatkan pelaksanaan Pan Borneo dan tambah jajaran penting yang belum
masuk seperti menghubungkannya ke Labuan. Jambatan Labuan yang akan dibina
secara PFI tidak lama lagi mesti dihubungkan dengan Pan Borneo. Kita perlu bina
pelabuhan-pelabuhan yang moden di Sabah dan Sarawak termasuk Labuan. Borneo
Malaysia perlukan sistem pengangkutan barang yang efisien. Begitu juga pengangkutan
awam. Kalau di Semenanjung kita boleh buat ECRL dan high speed rail berbilion-bilion
ringgit walaupun kawasan berkaitan sudah ada perhubungan jalan raya yang baik,
kenapa susah sangat untuk buat di Sabah dan Sarawak? Jangan sampai Kalimantan,
Indonesia meninggalkan kita ke hadapan. Ibu kotanya sudah dalam proses berpindah
ke sana. Apa lagi.
Bekalan air dan elektrik yang cukup tanpa banyak gangguan, kami mahu sama
seperti Semenanjung. Kita mahu infrastruktur untuk kebaikan, untuk kesihatan yang
juga setaraf. Terima kasih, Labuan disebut mendapat peruntukan untuk naik taraf
hospital. Hospital Labuan perlu di naik taraf dari pakar minor kepada pakar major.
DR. 23.10.2019 57
Apabila Jambatan Labuan-Menumbok siap dibina nanti, rakyat dari Pantai Barat Selatan
dan pedalaman Sabah akan datang mendapatkan rawatan di Labuan sebab Hospital
Queen Elizabeth, Kota Kinabalu sudah semakin sesak. Lagipun Labuan adalah pusat
kewangan antarabangsa dan hab logistik minyak dan gas. Hospitalnya mestilah juga
serba lengkap dan bertaraf antarabangsa and the list goes on, dengan izin.
Kemudahan perlu ada untuk menarik pelabur-pelabur datang. Sekarang kita
semua tahu bahawa Sabah dan Sarawak menuntut hak mereka mengikut Perjanjian
Malaysia 1963. Jawatankuasa MA63 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri sudah pun dibentuk dan sudah banyak kali bermesyuarat. Apa lagi
tunggu lama-lama? Untuk minyak dan gas, Sabah dan Sarawak menuntut 20 peratus.
Sekarang ini untuk royalti, negeri dapat 5 peratus dan Persekutuan dapat 5 peratus.
Akan tetapi Persekutuan juga mendapat hasil dari dividen dan cukai pendapatan dari
Petronas dan anak-anak syarikat dan syarikat-syarikat lain yang mendapat kontrak dari
Petronas. Kenapa tidak semua pemberian royalti 10 peratus itu diberikan kepada
negeri?
Begitu juga mengenai 40 peratus dari kutipan hasil dari Sabah dan Sarawak
patut dikembalikan kepada negeri setiap tahun seperti yang terkandung dalam
Perjanjian Malaysia 1963 tersebut. Laksanakan ini segera dan pada masa yang sama
serahkanlah sebahagian besar tanggungjawab seperti perbelanjaan untuk kesihatan,
pelajaran dan lainnya yang patut kepada kerajaan negeri. Bukankah ini sekali gus kita
melaksanakan devolution of power yang memang kita mahu dan patut buat untuk Sabah
dan Sarawak dan patut sekalikan juga negeri Labuan diberikan empowerment walaupun
ia Wilayah Persekutuan.
Saya mahu kongsi sikit cerita dari Labuan. Baru-baru ini saya pergi melihat
sendiri keadaan Kolej Matrikulasi Labuan. Keadaannya mengejutkan dan menyedihkan.
Begitu juga dengan Kompleks Sukan Labuan, banyak facility sudah tidak boleh diguna.
Kolam renang sudah lima tahun jadi tempat bela ikan.
Ada lagi contoh kalau hendak sebut. Saya tanya dengan rakan-rakan penjawat
awam, dengan soalan bolehkah perkara seperti ini berlaku jika ianya berada di Wilayah
Persekutuan Putrajaya, bukan Wilayah Persekutuan Labuan. Jawapan yang diberikan,
no way. Tiada jalan yang akan dibiarkan sampai begitu. Apa ertinya semua ini? Adakah
kerana Labuan itu di Borneo, second class? Percayalah, keseimbangan pembangunan
dalam semua aspek fizikal, juga bukan fizikal yang lebih adil di antara Semenanjung dan
Borneo Malaysia adalah faktor paling utama untuk kita dapat melihat negara Malaysia
DR. 23.10.2019 58
ini mencapai potensinya. Saya tahu kerajaan dan Kementerian Kewangan terpaksa
berhadapan dengan kekangan-kekangan untuk mengimbangkan Belanjawan 2020 ini.
Akan tetapi mengurangkan jurang pembangunan antara Semenanjung Malaysia,
Sabah dan Sarawak adalah sangat penting dan teratas. Kita tidak boleh nafikan adanya
bibit-bibit kemarahan di kalangan rakyat sebelah Borneo. Kita sayangkan negara kita
dan kita kena betulkan sekarang. Kena pastikan Sabah, Labuan dan Sarawak mesti
leapfrog, mesti melonjak barulah boleh kejar Semenanjung Malaysia dan ini perlukan
peruntukan yang besar.
Ini peringatan yang sangat penting yang tidak boleh dipandang enteng. Bukan
saya hendak cakap Semenanjung Malaysia dan Borneo Malaysia ini seperti retak
menunggu belah. Akan tetapi cuma mahu mengingatkan bahawa dua tanah yang
memang sudah terbelah jauh oleh Laut China Selatan secara semula jadi ini perlu kita
sama-sama pastikan kepercayaan, cinta dan bangga sebagai satu negara terus
terpelihara dan subur. Kita mahu sense of urgency ini dikongsi di semua peringkat dan
tindakan diambil segera. Sekian, Yang Berhormat Labaun mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Labuan. Seterusnya
giliran Yang Berhormat Sik.
12.19 tgh.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik]: Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas ruang yang diberi untuk saya
bersama berbahas pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan 2020. Saya
mulakan dengan ucapan takziah yang sedalamnya kepada keluarga Allahyarham
Muhammad Naim Ahmad, petugas Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Daerah Sik
dan Allahyarham Adik Mohd Faris Iqbal Hafzal Nizam, 15 tahun yang telah terjatuh dan
mati lemas di pintu pam air Tanjung Sik, Kampung Charok Sik, kelmarin. Terima kasih
kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, PDRM
dan semua terlibat dalam operasi menyelamat.
Tuan Yang di-Pertua, saya mulakan perbahasan saya dengan bersama
membaca firman Allah SWT. [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Surah An-Nisa, Ayat-
58.
■1220
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang
berhak menerimanya dan menyuruh kamu apabila meletakkan hukum di antara manusia
supaya kamu meletakkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang
DR. 23.10.2019 59
sebaiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha
melihat.”
Tuan Yang di-Pertua, disaksikan bahawa dunia hari ini sedang mengalami defisit
parah dari segi moral dan akhlak. Defisit yang sangat mendalam dari segi amanah.
Lantaran itu, kita berdepan dengan situasi pengkhianatan global dan lokal yang sangat
ketara. Mereka yang diangkat menjadi pemimpin menjadikan kuasa politik sebagai tapak
untuk meraih sebanyak keuntungan untuk diri dan kerabat sendiri. Manifestasi daripada
pengkhianatan inilah disaksikan jutaan manusia dan rakyat menjadi mangsa kerakusan
dan ketamakan segelintir pemimpin.
Isu asas kepada salah urus negara adalah terletak kepada kepimpinan dan
sistem yang sedang didukung oleh pemimpin yang dimandatkan oleh rakyat.
Kepincangan terus berlaku dalam negara kita adalah disebabkan oleh intergriti yang
sudah tidak menjadi keutamaan dalam urus takbir negara. Integriti hanya menjadi retorik
apabila melibatkan pihak lawan akan tetapi membisu apabila terkena di pihak sendiri.
Malaysia adalah negara yang sangat berpotensi untuk dijadikan model terbaik
dalam kehidupan majmuk antara kaum dan agama. Kita tidak harus cuba menggadaikan
keamanan tanah air tercinta ini dengan emosi dan langkah yang tidak terkendali. Anak
cucu kita sedang menjadi saksi kepada semua tindakan kita. Senarai panjang langkah
yang sangat mengguris hati nurani rakyat menambah pincang masyarakat.
Pertama, kemenangan pilihan raya penguasa di sebelah sana yang sarat dengan
fitnah dan adu domba yang diulang-ulang tanpa rasa malu dan berdosa.
Kedua, manifesto pilihan raya hanya menjadi gula-gula sogokan untuk rakyat
yang dicampak buang apabila sudah berada di puncak kuasa.
Ketiga, memilih-milih pendakwaan dan tuduhan yang nawaitu hanya untuk
menjatuhkan musuh politik yang tidak bersama dengan kumpulannya.
Keempat, mendefinisikan rahmatan lil’ alamin dalam konteks yang sangat sempit
sehingga membiarkan Islam disudutkan dan bertebarnya liberisasi dalam agama.
Berkembangnya LGBT, merebaknya fitnah, menghina Islam dan Nabi SAW kononnya
atas sifat kebebasan bersuara yang dibawa dalam Malaysia Baharu. Ribuan kes yang
dilaporkan kepada JAKIM tidak harus diketepikan begitu sahaja.
Kelima, berleluasanya adu domba dan saling selak menyelak kain tanpa rasa
malu yang merebut untuk berada di kedudukan teratas pemerintah.
Keenam, mewajahkan penyatuan ummah dan muafakat nasional yang disokong
dan dihargai menyertai rakyat dengan kata-kata jelik, ekstrem, Taliban, isytihar perang
kepada bukan Islam dan berlumba-lumba untuk ke neraka.
DR. 23.10.2019 60
Ketujuh, menyamakan gerakan pengganas LTTE dengan perjuangan rakyat
Palestin dan Rohingya. Fitnah ini sangat memilukan dan mengguris hati seluruh umat
Islam. Mana mungkin perjuangan untuk membebaskan bumi yang dijajah oleh rejim
Zionis yang telah merampas tanah penduduk yang sah, memusnahkan tanaman yang
menjadi sumber pendapatan, merobohkan rumah dengan rakus dan tidak
berperikemanusiaan, menghalau rakyat dari kampung halaman, menjadi pelarian di
seluruh pelosok dunia dan membunuh jiwa-jiwa tidak berdosa yang tidak bersenjata
disamakan dengan gerakan politik bersenjata yang menjadikan rakyat dan pihak yang
tidak bersama dengan mereka sebagai musuh yang diperangi dengan ganas dan kejam.
Dalam soal ini saya merakamkan ucapan penghargaan kepada PDRM dan pihak
keselamatan negara yang terus komited untuk memastikan keamanan dan anasir-anasir
luar yang merosakkan negara dibanteras dengan sehabisnya.
Kelapan, meletakkan pihak yang menyuarakan kontrak sosial antara kaum
supaya dihormati sebagai kumpulan yang rasis dan mengancam kaum yang lain. Siapa
sebenarnya yang rasis? Jangan jadi seperti peribahasa Melayu menepuk air di dulang
terpercik ke muka sendiri.
Kongres Maruah Melayu yang bertitik tolak untuk mengangkat martabat Melayu
di bumi sendiri dan menyatukan bangsa yang terpecah selama ini telah diwajahkan
dengan wajah yang salah kononnya untuk mengetepikan bangsa yang lain dalam
negara yang tercinta ini. Sejarah dan realiti di hadapan kita tiada siapa yang boleh
nafikan bahawa bangsa Melayu lah bangsa yang paling toleransi dan bertolak ansur
dalam satu dalam catatan membentuk negara bangsa. [Tepuk] Tanah Melayu dan
Malaysia tidak salah untuk bangsa Melayu merasa risau dan bimbang jika mereka
ditolak beransur-ansur.
Di sini saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada pihak penganjur Kongres
Maruah Melayu atas langkah yang telah digerakkan. Kepada Naib Canselor Universiti
Malaya, anda adalah Pemimpin Negara, pembela bangsa dan pencinta ilmu intelektual
untuk anak bangsa. Tidak ada sepatah pun ucapan anda yang hendak merosakkan nilai
negara kita yang telah dibina oleh nenek moyang kita bersama. Teruskan keazaman
anda untuk membina negara yang disatukan semua bangsa yang saling menghormati
antara satu sama lain.
Kesembilan, ada pihak meracuni rakyat dan anak-anak sekolah dengan komik
yang murahan dan picisan. Saya mencadangkan untuk rakyat campakkan ideologi luar
yang diasing dalam pelik ini bersama dengan komik karut itu ke dalam tong sampah.
DR. 23.10.2019 61
[Tepuk] Jangan biarkan ideologi yang bercanggah dengan Perlembagaan kita ini
bertapak di bumi yang tercinta ini.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin meneruskan persoalan rakyat yang sepatutnya
menjadi inti pati dan mauduk dalam Belanjawan 2020. Pertama, dalam soal isu
penagihan dadah yang semakin meningkat. Menurut kenyataan Ketua Polis Negara
pada April lalu penggunaan dadah di negara kita kini berada pada tahap yang kritikal.
Data 2018 berdasarkan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menunjukkan
statistik yang sangat membimbangkan iaitu sebanyak 25,297 kes pada tahun lepas.
Sebanyak 7,793 kes merupakan kes berulang manakala selebihnya adalah 17,474 kes
yang baharu dikesan. Kerajaan terpaksa membelanjakan sebanyak RM500,000 sehari
bersamaan sekitar RM190 juta sebulan dan RM1.08 bilion setahun untuk memerangi
dadah. Separuh daripadanya bagi tujuan pemulihan di 29 pusat serenti di seluruh
Malaysia. Malangnya perbelanjaan besar ini sekadar menyaksikan hanya 20 hingga 25
persen penagih ini dapat dipulihkan.
Saya tertarik dengan saranan Kementerian Kesihatan berkenaan dasar
decriminalization sanction terhadap penagih dadah iaitu penyingkiran hukuman jenayah
bagi individu yang memilih dan menggunakan sebilangan kecil dadah. Justeru, saya
menyeru agar kajian terperinci terhadap saranan ini termasuklah kajian terhadap proses
pemulihan isu penagihan dadah berulang.
Tuan Yang di-Pertua, dalam menangani isu di negeri Kedah khususnya dan
Daerah Sik, saya memohon permintaan khusus pada Kementerian Kesihatan supaya
menambahkan lagi makmal patologi untuk proses urine test, dengan izin bagi mengenal
pasti kegunaan dadah terhadap individu yang ditahan oleh AADK atau polis khususnya
penyalahgunaan methamphetamin ataupun syabu yang semakin membimbangkan
pada ketika ini.
Pada ketika ini, makmal patologi ini hanya terdapat di Hospital Kepala Batas,
Pulau Pinang yang terpaksa menampung beribu-ribu kes ujian makmal yang melibatkan
penyalahgunaan dadah di negeri-negeri di sebelah utara, Perlis, Kedah dan Pulau
Pinang. Berlakunya queue yang panjang untuk mendapat keputusan ujian makmal iaitu
di antara tiga hingga lima bulan. Ini telah menyebabkan kesulitan di pihak AADK dan
polis untuk mempercepatkan proses mahkamah atas tangkapan yang melibatkan
dadah.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Boleh minta penjelasan
Yang Berhormat? Terima kasih. Yang Berhormat, dadah adalah musuh utama negara
dan terbukti bahawa masa depan sebuah negara itu kalau anak muda dia lemah longlai,
DR. 23.10.2019 62
tidak bermaya, tidak ada akal fikiran disebabkan diracuni oleh dadah, kenapa kerajaan
masih menganggap enteng perkara yang musuh utama negara ini? Terima kasih.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik]: Terima kasih Yang Berhormat
Kinabatangan. Ya, patutnya kerajaan mengambil serius dengan sebesar-besar usaha
untuk membanteras najis dadah ini dan kita perlu ada target besar supaya tidak ada lagi
penggunaan dadah di kalangan anak-anak muda kita. Terima kasih Yang Berhormat
Kinabatangan.
Seterusnya, saya ingin membangkitkan isu kesengsaraan penoreh getah. Saya
berasa terpanggil untuk menyentuh isu ini dan kesengsaraan penoreh getah yang
sangat dekat dengan kehidupan saya di daerah Sik. Warga penduduk di daerah Sik
khususnya yang menoreh getah mengikut semakan saya, mereka hanya dapat menjual
purata getah sekerap purata setiap hari hanya sekitar sekilo RM2.
Saya cukup yakin dan percaya bahawa bantuan musim tengkujuh sebanyak
RM200 juta untuk pekebun kecil adalah tidak memadai dan tidak mencukupi. Saranan
saya bahawa jumlah ini perlu dikaji untuk dinaikkan dan diberi tambahan kepada
penoreh-penoreh getah kita khususnya pada musim tengkujuh ini. Saya juga ingin
mencadangkan kepada kerajaan untuk mengenal pasti insentif pendapatan tambahan
bagi pekebun kecil seperti bantuan modal untuk tanaman hiliran seperti kulat, ulam-
ulaman di kebun-kebun getah mereka dan saya kira ia adalah satu langkah jangka
pendek bagi membantu pekebun-pekebun kecil.
■1230
Saya juga memohon khusus untuk pihak kerajaan melihat potensi penanaman
beras ataupun padi organik di daerah Sik yang secara sangat baik untuk menambah
pendapatan penduduk di sana dan memperluaskan satu usaha yang sangat baik bagi
kita mempromosi pertanian organik ini ke dalam masyarakat kita.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan soal isu yang
melibatkan alam sekitar iaitu isu Penang South Reclamation (PSR). Isu yang melibatkan
aktiviti tebus guna tanah tiga pulau buatan seluas 1,821.085 hektar di persisiran pantai
selatan Pulau Pinang. Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di dalam
Dewan yang mulia ini, PSR akan menjejaskan 4,996 nelayan, 1,422 nelayan tradisional
zon ‘A’, 51,144 tan metrik nilai RM550 juta setahun. Pendaratan perikanan tangkapan
marin di Pulau Pinang akan terjejas akibat kemusnahan kekal. Sebanyak 511 penternak
akuakultur ataupun ikan marin, 45,742 tan metrik atau RM1.67 bilion setahun. Operasi
perikanan rekreasi di tapak projek turut terjejas dianggarkan bernilai RM5.3 juta setahun.
DR. 23.10.2019 63
Kesan alam sekitar PSR juga perlu dibentangkan secara umum dan bukan
tertakluk kepada pihak-pihak yang terlibat sahaja. Kesan jangka panjang PSR juga perlu
dilihat secara keseluruhan menjangkau kawasan projek kerana sifatnya yang
menjejaskan ekosistem alam semula jadi dan seterusnya menjejaskan sumber ekonomi
beribu-ribu penduduk termasuklah kampung-kampung tradisional Melayu di pinggir-
pinggir pantai yang juga turut terlibat.
Seterusnya yang terakhir...
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Yang Berhormat Sik,
boleh sedikit?
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Bagan Serai minta laluan.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Terima kasih Tuan Yang
di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Sik. Saya ingin tanya kepada Yang Berhormat
Sik, memandangkan projek untuk menambak pulau ini, tiga pulau di PSR ini akan juga
melalui kawasan pantai barat, adakah perkara ini juga akan merosakkan ekosistem di
sepanjang pantai barat yang akan menyentuh kawasan perairan di Kuala Kurau, di
Tanjung Piandang dan juga Kuala Gula di kawasan Parlimen Bagan Serai? Saya ingin
tanya, saya dapat perkhabaran bahawa kelulusan EIA diberikan dengan begitu cepat
sekali oleh DOE kali ini. Adakah ini dilakukan dengan sebaik-baiknya ataupun ada
perkara-perkara lain yang sedang berlaku yang menyebabkan kelulusan ini cepat?
Terima kasih.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik]: Ya. Terima kasih Yang Berhormat
Bagan Serai. Ya, saya memang mendengar laporan yang dibuat oleh badan-badan alam
sekitar yang menyatakan projek PSR ini menyebabkan berlaku hakisan sehingga ke
Perak Utara dan juga menjejaskan sehingga ke Pulau Langkawi jauhnya langkah
ataupun kesan kepada biologi apabila berlaku projek ini. Kita menyarankan kepada
kerajaan supaya menilai dengan teliti untuk kelulusan projek ini untuk diteruskan. Tuan
Yang di-Pertua...
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff [Rantau Panjang]: Minta laluan.
Boleh kah sedikit?
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik]: Ya sedikit.
Tuan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Rantau Panjang.
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff [Rantau Panjang]: Ya, terima kasih
Yang Berhormat Sik. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan apa yang
disebutkan oleh Yang Berhormat. Kita dapat maklum bagaimana penambakan ini
pasirnya akan diambil daripada sekitar perairan daripada negeri Perak dan sudah tentu
DR. 23.10.2019 64
mempunyai kesan yang besar terhadap sistem yang ada di perairan di situ. Begitu juga
bagaimana apabila projek ini siap, yang akan membeli projek-projek ini adalah mungkin
daripada golongan kaya atau golongan yang daripada luar negara. Oleh sebab kos, kita
difahamkan harga binaan rumah yang akan dibina di atas tambakan itu harganya jutaan
ringgit. Apa pandangan Yang Berhormat dalam isu ini?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Yang Berhormat Sik, sedikit.
Yang Berhormat Jelutong pernah sebut dalam Dewan Rakyat ini bahawa rakyat di sana
setuju tentang tambakan laut itu, yang tidak setuju PAS dengan UMNO sahaja. Kata
Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik]: Ya, saya setuju tadi awal dengan
pandangan Yang Berhormat Rantau Panjang bahawa tidak ada keperluan untuk
menambah lagi rumah-rumah mewah di pulau yang akan dibina ini kerana rumah yang
sedia adapun banyak yang tidak dapat dijual.
Ya sudah pastilah dakwaan Yang Berhormat Jelutong itu tidak benar. Himpunan
kita pada dua bulan lepas, ribuan penduduk yang hadir membantah PSR ini. Tuan Yang
di-Pertua, yang terakhir...
Tuan Yang di-Pertua: Ya, sila menggulung ya.
Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik]: ...Saya merumuskan bahawa— saya
ingin membangkitkan soal isu kemiskinan rakyat di seluruh negara. Pelapor khas
kemiskinan hak asasi manusia yang kita telah mendengar laporannya bahawa jumlah
atau peratusan kemiskinan di Malaysia adalah lebih daripada 15 peratus. Ia memberi
kesedaran kepada kita di Dewan yang mulia ini bahawa ramai lagi rakyat di negara kita
yang berada dua paras kemiskinan. Sudah pastilah ini perlu diberi perhatian seluruhnya
oleh kita yang berada di sini dan ketika mana kita berbicara soal belanjawan ini, saya
ingin membaca sedikit metafora yang dibaca oleh sahabat saya Yang Berhormat Ustaz
Salim di Dewan Undangan Negeri Kedah kelmarin bagaimana kita menggambarkan
inilah bajet yang dibentangkan.
Seorang ibu kehabisan bekalan makanan ketika anak-anak sedang menangis
kelaparan di suatu malam. Dia mengambil belanga dan memasukkan batu lalu digoreng
sambil memujuk anak yang kelaparan supaya tidur dahulu. Nanti makanan ini masak,
ibu akan kejutkan kamu. Bila anaknya terjaga, dia kata kepada anaknya, tidurlah dulu
anakku, makanan masih lambat lagi untuk masak. Nanti masak, ibu akan kejutkan kamu
untuk dimakan. Demikianlah berulangnya sehingga ke pagi.
Janganlah projek-projek mega yang diumumkan oleh kerajaan dalam Bajet 2020
itu jadi seperti ini. Rakyat di kampung-kampung perlukan pembelaan pada waktu
DR. 23.10.2019 65
sekarang. Mereka seperti anak-anak kita yang sedang menahan kelaparan pada ketika
ini. Tuan Yang di-Pertua, sekian terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Sik.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak
tanya. Apakah Yang Berhormat Jelutong ada saham dalam projek pulau-pulau? Sebab
dia menyokong dengan hebatnya.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Arau dah berbahas kan hari itu?
Sekarang saya mempersilakan Yang Berhormat Sandakan.
12.36 tgh.
Puan Vivian Wong Shir Yee [Sandakan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua
kerana memberi peluang kepada Sandakan untuk mengambil bahagian dalam
perbahasan Belanjawan 2020. Ia juga adalah bajet perbahasan saya yang pertama
mewakili rakyat Sandakan dan juga sangat penting. [Dewan tepuk] Bukan untuk saya
sahaja tetapi rakyat saya. Perbahasan ini akan membuktikan pengundi Pakatan
Harapan, Warisan pada 11 Mei adalah sekali lagi pilihan yang betul.
Tuan Yang di-Pertua, walaupun perbahasan saya adalah disediakan oleh saya
dan team saya tetapi ianya suara 500,000 rakyat saya di Sandakan yang terletak di
2,000 kilometer dari Putrajaya. Saya percaya hampir sebahagian daripada Yang
Berhormat di dalam Dewan ini belum pernah singgah di Sandakan. Saya ingin
mengambil peluang ini untuk memperkenalkan Sandakan dan rakyat saya. Rakyat di
Sandakan adalah penuh dengan kasih sayang. Kami tinggal dalam harmoni tanpa
mengira bangsa, kaum dan agama. Selain itu, kadangkala rakyat Sandakan juga tinggal
dalam keadaan gelap oleh kerana keputusan elektrik dari semasa ke semasa. Makanan
laut juga adalah sangat segar.
Sebelum saya memulakan perbahasan saya, saya ingin mengucapkan syabas
dan tahniah kepada Menteri Kewangan dan kerajaan kerana pembentangan Belanjawan
2020 yang menarik dan mengandungi inisiatif yang jelas untuk membawa Malaysia yang
sempurna, a complete Malaysia, dengan izin. Jurang pembangunan sosioekonomi
antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak di antara kawasan bandar dan luar bandar
mesti dirapatkan. Melihat keadaan di Sabah adalah jauh lebih mengundur berbanding
dengan Semenanjung Malaysia.
Kita semua tahu akan betapa banyaknya cabaran yang perlu dihadapi dalam
menutup jurang antara timur dan barat khususnya dalam kualiti penjagaan kesihatan,
pendidikan, infrastruktur pengangkutan, pembekalan elektrik dan semua yang ada
DR. 23.10.2019 66
dalam senarai keutamaan wakil rakyat Sandakan. Walau bagaimanapun jurang ini
hanya menjadi lebih besar selepas 56 tahun sejak lahirnya Malaysia. Untuk mencapai
perkara di atas, kami memerlukan kesemua komitmen dan kolaborasi daripada kedua-
dua Kerajaan Persekutuan dan negeri untuk menjayakannya. Saya percaya akan
berlaku dengan pelancaran Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
Tuan Yang di-Pertua, walau bagaimanapun kita memerlukan dasar asas untuk
membantu kita mencapai WKB 2030. Pertama sekali, saya ingin menarik perhatian isu
keselamatan di Pantai Timur Sabah. Saya gembira dengan belanjawan untuk
Kementerian Pertahanan ditingkatkan daripada RM13.9 bilion kepada RM15.6 bilion
termasuk sebutan khas Fast Interceptor Craft, dengan izin untuk menjamin keselamatan
sempadan laut antara Sabah dan Filipina.
Saya difahamkan permasalahan yang paling besar dihadapi oleh ESSCOM pada
masa kini adalah berkaitan dengan isu penyelenggaraan dan logistik aset-aset udara
dan laut yang telah dialami kerosakan dan memerlukan perbaikan serta alat ganti. Ada
kalanya kerosakan yang berlaku perlu dibaiki di Semenanjung dan akan mengambil
masa yang agak lama. Saya sudah sangat jemu dengan jawapan yang diberi oleh kawan
dari Semenanjung setiap kali saya menjemput mereka ke Sabah. Jawapan yang diberi
adalah, “Ada lanun kah?”
■1240
Ekonomi Sandakan menjerut kemerosotan semenjak kes penculikan yang berlaku
pada tahun 2014 dan kes-kes penculikan yang berlaku dari semasa ke semasa di Pantai
Timur. Kes baru-baru ini adalah bulan lepas, di mana nelayan diculik di dalam sempadan
Sabah.
Selain daripada memerlukan lebih banyak aset yang berada dalam keadaan
bersedia, kita memerlukan strategi yang lebih baik untuk mengawal dan mengawasi
semua pergerakan kapal seperti pemasangan autonomic identification system (AIS)
dengan izin di Sabah.
Kerajaan juga boleh memberi subsidi kepada golongan nelayan untuk memasang
AIS. Kita juga memerlukan lebih banyak komitmen daripada semua pihak. Adalah
penting untuk memastikan keselamatan dan kedaulatan rakyat terutama nelayan kita.
Jika kita tidak dapat menjamin sempadan Pantai Timur, kita tidak akan dapat mengatasi
isu-isu orang tanpa kerakyatan, pendatang tanpa izin, pelarian, dasar pekerja asing dan
perhubungan diplomatik kita dengan Filipina.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: [Bangun]
Tuan Yang di-Pertua Tidak diberi Yang Berhormat.
DR. 23.10.2019 67
Puan Vivian Wong Shir Yee [Sandakan]: Masalah ini akan menjadi kian besar
jika tidak bertindak sekarang.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Boleh bertanya Yang
Berhormat Sandakan?
Puan Vivian Wong Shir Yee [Sandakan]: Sorry. Sangat panjang, saya tidak
habis. Sebagaimana Yang Berhormat Semporna, Ketua Menteri Sabah telah pun sering
kali menyebut...
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Oh! Hendak tanya
pembangunan Sandakan macam mana?
Tuan Yang di-Pertua: Duduk dahulu Yang Berhormat Kinabatangan.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Jawatankuasa
Pembangunan Sandakan tidak sebut pun. Hendak tanya Jawatankuasa Pembangunan
Sandakan ya?
Tuan Yang di-Pertua: Laluan tidak diberikan.
Puan Vivian Wong Shir Yee [Sandakan]: Tuan Yang di-Pertua, he’s interrupting
us. Kami menyeru untuk memberi keizinan...
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tidak tanya. Tanyalah
Menteri. Tanya Menteri. Kita ada tanya pembangunan Sandakan. Bukan salah pun.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Kinabatangan, sila duduk.
Puan Vivian Wong Shir Yee [Sandakan]: Sebagaimana Yang Berhormat
Semporna, Ketua Menteri Sabah telah sering kali menyeru untuk memberi keizinan
memindah Pangkalan Kem Tentera Lok Kawi dari Pantai Barat ke Pantai Timur kerana
Pantai Timur lah yang betul-betul memerlukannya.
Tuan Yang di-Pertua, saya harus mengakui bahawa adalah sedikit segan untuk
mengatakan bahawa sejak dari 20 tahun yang lalu atau lebih, setiap Ahli Yang
Berhormat atau wakil rakyat Sandakan sebelum saya telah membawa isu bekalan kuasa
di Sabah tanpa gagal.
Saya sekarang di sini sekali lagi menyuarakan tentang isu yang sama. Ia adalah
sangat susah apabila rakyat menyoalkan wakil rakyat mengapa pada era ini kami masih
tinggal dalam gelap gelita dari semasa ke semasa? Kami amat memerlukan pelan
tindakan segera bagi isu bekalan kuasa di Sabah yang mana keperluan kuasa elektrik
perlu dirancang dengan populasi penduduk dan perkembangan industri dan bukannya
hanya mengambil tindakan apabila bekalan kuasa elektrik berlaku gangguan yang
besar-besaran.
DR. 23.10.2019 68
Pelan yang sedia ada sekarang adalah melaksanakan Southern Grid ataupun
kembalikan Pelan Paip Gas Trans Sabah yang sedang dianalisis. Oleh sebab apabila
bekalan elektrik putus, masalah bekalan air juga akan terjejas oleh sebab pam air hanya
boleh berfungsi dengan sambungan elektrik.
Tuan Yang di-Pertua, Pantai Timur sekarang menghadapi margin simpanan
elektrik negatif 33 percent. Tanpa bekalan elektrik yang berpatutan dan stabil di negeri,
semua perundingan tentang perindustrian dan pelaburan asing malangnya hanya akan
menjadi satu perancangan yang penuh angan-angan. Sekiranya kadar pertumbuhan
purata ekonomi negeri-negeri di Malaysia Timur tidak meningkat dalam 10 tahun akan
datang, WKB 2030 akan kekal sebagai impian yang jauh dan bandar seperti Sandakan
juga akan menghadapi isu lumpuh pemikiran yang lebih serius ataupun brain drain,
dengan izin di mana semakin banyak anak siswazah, badan profesional telah berhijrah
ke bandar lebih maju untuk mencari peluang pekerjaan yang bersesuaian.
Dasar ketiga yang saya fokuskan adalah fasiliti sektor kesihatan kami. Saya ingin
memuji kualiti perkhidmatan kesihatan di Sabah telah kian bertambah baik sejak
pertukaran kerajaan. Di Sabah kami mempunyai tiga hospital awam dan empat hospital
swasta tertumpu di ibu negeri yang terletak di Pantai Barat Sabah. Manakala separuh
daripada 3.8 juta rakyat di Pantai Timur tidak diberi untuk kemudahan dan perkhidmatan
yang sebaiknya.
Sebagai contoh, di seluruh Sabah hanya mempunyai satu pusat kardiologi. Mana-
mana pesakit jantung contohnya di Sandakan perlu mengambil masa perjalanan kira-
kira enam jam melalui darat ke Kota Kinabalu untuk mengambil rawatan. Perjalanan
mengambil masa yang lebih lama oleh kerana keadaan jalan yang tidak baik.
Dengan itu, peruntukan untuk pembinaan Pan Borneo juga adalah sangat penting.
Mendiang bapa saya juga meninggal oleh kerana sakit jantung. Walaupun dia dihantar
ke hospital dalam tempoh 20 minit, saya tidak boleh bayangkan kalau saya perlu
menghantar bapa saya sebagai contoh dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur untuk
mendapatkan rawatan kritikal.
Bolehkah kami bayangkan aras kritikal perkhidmatan medical di Sabah. Di
Sandakan, kita hanya mempunyai satu hospital dengan 400 katil untuk menampung
penduduk sebanyak setengah juta serta daerah sekitarnya seperti Beluran dan
Kinabatangan. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan
atas peruntukan RM10.8 juta untuk menaik taraf Hospital Duchess of Kent pada awal
tahun ini. Saya harap kita dapat melihat lebih banyak peningkatan dalam RMKe-12.
DR. 23.10.2019 69
Tuan Yang di-Pertua, saya berasa sangat teruja apabila Belanjawan 2020
dibentangkan pada 11 Oktober 2019. Pertama adalah terdapat penumpuan
pembaharuan semua segmen masyarakat kita untuk mengambil bahagian dalam tenaga
kerja negara melalui Inisiatif Malaysia Kerja. Ia menggalakkan lebih ramai penduduk
tempatan untuk bekerja dan mengurangkan kebergantungan kita terhadap buruh asing.
Dasar Upah Minimum juga dibahaskan dalam Belanjawan 2020 dan dicadangkan
bahawa upah minimum di bandar-bandar terpilih utama akan dinaikkan ke RM1,200
sebulan bermula dari Januari 2020. Saya faham niat kerajaan adalah untuk memastikan
semua pekerja dapat hidup dengan lebih selesa dan ia juga akan membantu
mengurangkan kebergantungan kita terhadap tenaga kerja asing.
Walau bagaimanapun saya ingin membangkitkan bahawa dengan kadar minimum
yang baru, ia akan memberi implikasi yang serius kepada beratus-ratus pengusaha kecil
dan sederhana terutama di bandar sederhana seperti Sandakan. Ini terutamanya dalam
sektor pertanian dan perikanan yang sedang beroperasi di daerah ini, pengusaha akan
mengalami down sizing dengan izin oleh kerana kekurangan pasaran domestik yang
besar dan pasaran global untuk eksport yang lemah, tambahan peningkatan dalam kos
pengeluaran hasil.
Perkara ini boleh mengakibatkan satu lagi pemberhentian kerja berdasarkan
pengalaman sebelum ini. Akan tetapi jika hanya bandar utama yang meningkatkan kadar
upah minimum, bandar yang lain juga akan mengalami kekurangan bekalan pekerja jika
kami meningkatkan upah minimum melalui undang-undang tanpa peningkatan
produktiviti, ia akan membawa kepada inflasi yang besar pada akhirnya.
Mungkin kerajaan boleh menimbangkan kadar minimum diberikan mengikut tahap
pengajian atau pengalaman. Sebaliknya kami selaku kerajaan boleh melaksanakan
pembaharuan ekonomi yang serius untuk membebaskan dari sumpahan buruh asing
atau curse of cheap labour dengan izin. Kita perlu mengubah reka bentuk kerja kita
melalui penerapan teknologi dan inovasi. Contohnya penyerapan tahap mekanisme
yang lebih tinggi dalam bidang pertanian, pembinaan dan sebagainya.
Ijazah digitalisasi dalam sektor perkhidmatan kita akan mewujudkan lebih banyak
pekerjaan dan pekerjaan bergaji yang lebih tinggi sebab industri memerlukan kemahiran
dan pengetahuan graduan kita untuk menentang kerja manual. Ramai yang mahu
menyahut Revolusi Perindustrian 4.0 dan garis panduan untuk revolusi ini adalah tidak
ada jalan pintas untuk berjaya dalam pasaran global yang semakin kompetitif ini.
Tuan Yang di-Pertua, ini adalah masa yang mencabar bagi Malaysia Baru di mana
kita perlu sentiasa berhadapan dengan ancaman luaran dan dalaman. Kuasa global
DR. 23.10.2019 70
beralih dari kuasa tradisional seperti Eropah dibatasi oleh ketidakpastian. Secara
dalamnya, kita perlu berusaha untuk menyusun semula ekonomi kita untuk mencapai
WKB 2030 yang merupakan titik perhimpunan bagi menangani masalah-masalah ini.
Kita mempunyai visi apa yang kita perlukan sekarang adalah A&C atau action and
commitment, dengan izin untuk memenuhi keperluan asas seperti yang dinyatakan
sebelum ini dalam ucapan saya. Semua rakyat Sabah yakin dan percaya Kerajaan
Pakatan Harapan, Warisan sudah tiba masanya kerajaan baru kami menunjukkan
kesungguhan dalam memenuhi aspirasi dan harapan semua rakyat Sabah yang gagal
dicapai dahulu.
Kemudian kita benar-benar boleh maju sebagai satu bangsa. Sekali lagi saya ingin
mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kewangan atas pengkajian semula
pemberian peruntukan khas kepada Sabah untuk kali yang pertama sejak tahun 1963.
Ribuan terima kasih dahulu atas usaha menyelesaikan kesemua masalah yang
dibentangkan oleh Sandakan tadi. Dengan itu, saya menyokong Belanjawan 2020.
Sekian dan terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Sandakan. Sekarang saya
menjemput Yang Berhormat Kanowit. Ada?
■1250
12.50 tgh.
Datuk Aaron Ago Dagang [Kanowit]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana
memberi saya peluang untuk turut sama berbahas Bajet 2020.
Tuan Yang di-Pertua, terutama sekali saya ingin menyentuh peruntukkan yang
diberi kepada Sarawak untuk pembangunan kerana selalu disebut-sebutkan di Dewan
ini yang berjumlah mungkin dalam RM4.4 bilion atau RM4.6 bilion dan ramai rakan-rakan
di Sarawak menyatakannya ia tidak mencukupi ataupun tidak adil dan sebagainya.
Akan tetapi, saya ingin melihat ataupun memohon kepada kementerian ataupun
kerajaan untuk menyenaraikan di mana peruntukan ini sebenarnya? Sebab saya pun
telah mencuba untuk mencari sendiri ke mana wang sebanyak itu diagihkan bagi projek-
projek kita di Sarawak. Ini kerana apabila saya cuba untuk mencampurkan dari pelbagai
kementerian tidak juga sampai ke RM4.4 bilion. Itu pertama. Kedua, adakah peruntukan
untuk Pan Borneo termasuk dalam bajet RM4.6 bilion itu? ini saya mohon kepada
kementerian untuk penjelasan.
Kedua dalam bajet ini kita ketahui dalam soal jawab pun kita difahamkan banyak
projek yang tidak dapat dilaksanakan, projek sakit disebabkan pertukaran skop. Pada
DR. 23.10.2019 71
minggu hadapan, kita telah mendengar penjelasan daripada Kementerian Luar Bandar
beberapa projek jalan elektrik di negeri Sarawak telah diambil alih oleh kerajaan negeri.
Dalam hal ini, saya mohon macam mana wang yang tidak digunakan ini disebabkan
pertukaran projek atau disebabkan projek sakit. Macam Hospital Sri Aman telah pun
sakit beberapa tahun yang lalu dan ke manakah wang-wang ini digunakan. Kalau ia tidak
digunakan bermakna setiap tahun kita mempunyai surplus sebab duit ini tidak
digunakan.
Akan tetapi, kalau kita melihat di dalam buku yang disampaikan, bajet selalu
balance. Namun saya khuatir sebab apabila projek tidak dijalankan jadi bermakna duit
yang diperuntukkan kepada projek itu tidak akan digunakan. Jadi dalam hal itu saya
ingin juga memohon kementerian untuk memberi penjelasan sedikit sebab kita sebagai
wakil rakyat itu kita tidak akses dengan detil terhadap semua peruntukan-peruntukan
yang tidak dapat digunakan lebih-lebih lagi dalam negeri Sarawak.
Ramai juga rakan seperjuangan saya dari Sarawak dan juga Sabah telah
menyentuh beberapa isu berkenaan dengan kepentingan kita di Sarawak seperti isu
sekolah daif. Isu sekolah daif ini adalah isu amat penting bagi kita dan setiap tahun kita
telah pun berbahas dan memohon peruntukkan supaya kalau di Sarawak kita ketahui
beribu sekolah yang amat memerlukan pembinaan baharu atau naik taraf.
Apa yang jadi masalah sekarang ini, walaupun kerajaan negeri sudah membuat
kontra RM350,000 supaya sekolah daif di Sarawak ini dapat dibangunkan ataupun
dibina sekolah atau di naik taraf. Akan tetapi, masalahnya baru-baru ini saya melihat
senarai nama sekolah saya memberi contoh di kawasan Parlimen Kanowit yang diberi
prioriti untuk di naik taraf atau dibina baharu adalah sekolah yang tidak begitu daif. Ini
saya pun telah menyuarakan di peringkat negeri. Ini sebab, pemilihan sekolah ini saya
ingat tidak mengambil kira yang benar-benar daif ini.
Bagi Parlimen Kanowit beberapa sekolah yang di kawasan pedalaman yang
tidak ada jalan masih menggunakan perahu, memang daif bangunan bilik darjah pun
sudah usang, tempat asrama pun sudah tidak bagus lagi dan inilah sekolah yang patut
dibina baru ataupun diberi peruntukkan untuk di naik taraf. Akan tetapi malangnya dalam
senarai sekolah yang akan dinaik taraf di Kanowit adalah sekolah-sekolah yang
berdekatan dengan bandar-bandar besar yang ada jalan.
Mungkin kita faham sistem yang akan digunakan adalah sistem IBS dan sebab
itu kalau untuk kawasan pedalaman ini jauh yang tidak ada jalan, sistem ini tidak dapat
digunakan. Mungkin itulah sebabnya sekolah yang di hulu sungai ini, sekolah yang betul-
betul memerlukan peruntukkan ini tidak akan dibina dalam masa yang singkat ini.
DR. 23.10.2019 72
Jadi dalam hal ini saya mohonlah siapa-siapa yang dari kementerian atau
pegawai di Kementerian Pendidikan untuk melihat semula adakah kalau begitulah kita
memberi prioriti, I think that is not correct. Jadi, saya mohon kementerian dan pegawai-
pegawai yang terlibat dalam hal ini untuk sama-sama membawa ataupun mengambil
kira hal ini dan kalau dapat melibatkan wakil rakyat yang benar-benar ketahui keadaan
di sana.
Isu selanjutnya yang sering dibahaskan lebih-lebih lagi bagi kita di Sarawak dan
Sabah adalah isu MA63. Saya amat menyokong banyak perkara yang telah tertinggal
dan selama ini kita yang sebut-sebut, kita tidak boleh menunggu dalam 50 lebih tahun
lagi. Kita perlu meneruskan apa yang sepatutnya diturunkan pada negeri-negeri
Sarawak dan Sabah perlunya diturunkan dengan secepat mungkin sebabnya menjadi
isu politik dan sebagai. Ia juga merugikan kerajaan dan perhubungan antara kita di
Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung akan tidak seperti dahulu.
Juga dalam isu minyak dan gas. Dalam hal ini saya ingin kementerian atau
kerajaan memberi data yang sebenarnya pengeluaran minyak dan gas dari Sabah,
Sarawak dan Terengganu setiap tahun dan berapakah royalti yang telah dibayar kepada
negeri-negeri tersebut. Ia jelas, terang, telus supaya kita di Sabah Sarawak ini jelas
ketahui bahawa lima peratus royalti yang patut dibayar, akan dibayar dengan tepat dan
tidak diselewengkan ke negeri-negeri yang lain.
Dalam hal ini, bagi Sarawak kita telah enforce cukai ke atas hasil minyak dan
gas keluaran dari Sarawak untuk dibayar kepada Sarawak dalam kadar lima percent.
Malangnya, walaupun banyak syarikat-syarikat lain setuju bayarkannya tetapi syarikat
yang terbesar keluaran minyak Petronas di Malaysia ini tidak mahu bayar cukai lima
percent kepada negeri Sarawak.
Dalam hal ini saya mohon Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri Sarawak
untuk sampai ke meja perundingan dan selesaikanlah masalah ini sebabnya ia amat
menjadi isu yang besar bagi kita di Sarawak lebih-lebih lagi sekarang ini kita adalah
negeri yang paling mundur dan masih memerlukan bantuan banyak pembangunan
infrastruktur dan inilah satu daripada punca pendapatan kita yang boleh memberi wang
kepada kita untuk majukan infrastruktur kita di Sarawak.
Isu selanjutnya yang amat merunsingkan kita di Sarawak juga adalah isu harga
komoditi getah, lada, sawit yang makin menurun dan tidak nampak ia akan naik lebih-
lebih lagi kalau kita melihat dalam beberapa hari atau minggu yang lalu. Ianya adalah
disebabkan kita sendiri, pemimpin-pemimpin kita yang mungkin dengan kata-kata yang
tidak disenangi oleh negara-negara pengimport yang begitu besar seperti India, China.
DR. 23.10.2019 73
Kalau negara di EU memang dari dahulu masalah di sana adalah mereka ingin banned
importing of palm oil disebabkan isu environment, isu hidupan liar yang dikatakan kita
pengeluaran minyak sawit ini tidak mengambil kira masalah yang disebut-sebutkan oleh
mereka.
Dalam hal ini, saya fikir kementerian atau kerajaan perlu mengambil perkara
yang tegas supaya pekebun-pekebun kecil di Sarawak dan di semua negeri di Malaysia
ini dapat menikmati harga yang lebih bagus atau pun tinggi. Dalam hal ini juga, saya
melihat MPOB sudah mungkin tidak lagi memberi bantuan dari segi subsidi baja dan
sebagainya. Saya difahamkan ramai pekebun kecil mengatakan bahawa peruntukan
untuk subsidi baja yang amat diperlukan bagi peladang kecil sawit ini tidak ada memberi
peruntukan tersebut. Saya minta kementerian beri keterangan dalam hal ini, adakah ia
betul dan kalau tidak ataupun pertukaran yang diturunkan untuk dikurangkan setiap
tahun.
Seterusnya, isu yang amat penting juga dikuasai pedalaman di Sarawak ialah
isu program penyeragaman harga barang seperti beras, gula...
Tuan Yang di-Pertua: Sekarang sudah pukul 1. Kalau disambung...
Datuk Aaron Ago Dagang [Kanowit]: Saya sambung terus, sekejap sahaja lagi
dalam lima minit.
Tuan Yang di-Pertua: Lima minit?
Datuk Aaron Ago Dagang [Kanowit]: Ya, saya akan teruskan. Okey, dalam isu
harga barang, subsidi di kawasan pedalaman yang dikendalikan oleh KPDNKK. Apa
yang menjadi isu adalah di mana program ini dikendalikan melalui kontraktor. Saya ingat
setiap tahun setelah berbahas dalam hal ini dan saya pun telah menyentuh dengan
detail lagi bahawa program ini tidak memberi manfaat kepada yang disasarkan.
Oleh sebab, subsidi ini diberi melalui kontraktor dan ramai kontraktor yang
mengendalikan program ini tidak pun pernah pergi ke kawasan-kawasan pedalaman.
Dahulu saya pernah mencadangkan supaya kalaulah subsidi ini masih diteruskan, perlu
dibuat secara tersasar kepada mereka yang amat memerlukan peruntukan ini. Kita boleh
kendalikan ini seperti kita memberi melalui kupon dalam setahun kita boleh kirakan.
Mereka yang dekat dengan bandar-bandar ini tidak perlu lagi. Kita teruskan kepada
kawasan-kawasan-kawasan pedalaman, rumah-rumah panjang yang masih tidak ada
jalan, yang masih menggunakan perahu, yang memang cost of transport barang-barang
ini memang naik tinggi daripada di bandar-bandar dan sistem ini perlu kita ubah supaya
ia tersasar.
DR. 23.10.2019 74
Jikalau mengikut sekarang ini tidak tersasar, kontraktor-kontraktor yang dapat ini
tidak pernah pergi ke hulu sungai pun, mereka duduk di Kuching, Bintulu, di Sibu dan
mereka mengendalikannya di atas meja sahaja. Ini kalau dapat, kalau mahu teruskan
kita gunakan sistem kupon, tersasar kalau tidak kita boleh batalkan atau hapuskan
program penyeragaman harga barang melalui transport.
Jadi, oleh sebab masanya sudah habis, jadi saya berterima kasih kepada Tuan
Yang di-Pertua kerana memberi peluang sedikit untuk saya membahaskan dalam Bajet
2020, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Kanowit dan dengan itu
kita berhenti rehat sehingga pukul 2.30 petang. Izin saya bacakan giliran seterusnya ini
Yang Berhormat Sungai Siput akan menyusul, Yang Berhormat Jempol, Yang
Berhormat Kluang, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Sungai Besar, Yang
Berhormat Petrajaya, Yang Berhormat Putatan, Yang Berhormat Maran, Yang
Berhormat Tenom, Yang Berhormat Jerai dan seterusnya.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 tengah hari]
■1430
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan
mesyuarat]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Mohd Rashid Hasnon]: Ahli Yang Berhormat,
Majlis mesyuarat disambung semula. Saya ingin menjemput Yang Berhormat Sungai
Siput.
2.32 ptg.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam [Sungai Siput]: Salam sejahtera, salam
sayangi Malaysiaku. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan Sungai
Siput mengambil bahagian perbahasan Belanjawan 2020. Saya menyambut baik arah
tuju yang ingin dicapai Belanjawan 2020 yang bertemakan Memacu Pertumbuhan dan
Keberhasilan Saksama ke Arah Kemakmuran Bersama.
Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan 2020 juga memfokuskan menyediakan
peluang pekerjaan kepada golongan muda dan juga wanita serta membina satu
ekosistem untuk perkembangan ekonomi digital termasuk 5G di negara kita dalam
DR. 23.10.2019 75
persediaan untuk menghadapi Industri 4.0. Satu belanjawan yang baik bukan sahaja
bergantung kepada jumlah peruntukan yang ada, tetapi bagaimana dan di mana ia
diagihkan dan juga implementasi belanjawan tersebut.
Disebabkan masa yang sangat singkat, saya ingin memfokuskan perbahasan
saya kepada beberapa perkara sahaja terutamanya yang dekat di hati rakyat Malaysia
seperti pendidikan, kesihatan dan kemiskinan.
Pendidikan – Kementerian Pendidikan Malaysia terus menerima peruntukan
terbesar dalam Belanjawan 2020 membabitkan sebanyak RM64.1 bilion iaitu
peningkatan sebanyak RM3.9 bilion berbanding RM60.2 bilion pada belanjawan tahun
ini. Peruntukan ini telah mencerminkan komitmen kerajaan untuk melabur dalam bidang
pendidikan demi masa depan anak Malaysia. Kerajaan juga menambah peruntukan
penyelenggaraan dan menaik taraf sekolah daripada RM652 juta seperti diumumkan
dalam Belanjawan 2019 kepada RM735 juta pada tahun 2020. Kita memerlukan lebih
banyak dana untuk memperbaiki tahap dan mutu pendidikan di sekolah menengah
mahupun sekolah rendah di bawah kelolaan kerajaan. Bagi memastikan segala
peruntukan ini sampai kepada sekolah-sekolah yang betul-betul memerlukan, semua
pihak harus mempunyai tata kelola pemerintahan baik supaya ia sampai.
Tuan Yang di-Pertua, di Parlimen Sungai Siput terdapat sebanyak 50 buah
sekolah menengah dan sekolah rendah yang sering memohon bantuan kewangan dari
pejabat Parlimen untuk mereka melakukan sebarang program atau penyelenggaraan
bangunan sekolah-sekolah. Sebagai contoh, Sekolah Kebangsaan Kota Lama Kanan
memerlukan bangunan tambahan bagi menampung jumlah pelajar yang kini mencecah
seramai 300 orang pelajar. Pada tahun hadapan juga, kerajaan berhasrat untuk
membina beberapa sekolah baru di beberapa tempat. Namun, sekolah-sekolah lama
harus diberi perhatian kerana matlamat adalah untuk memastikan pelajar-pelajar ini
dapat bersekolah dalam keadaan persekitaran yang kondusif dan selesa. Reformasi
bukan sahaja melalui pertambahan jumlah peruntukan, tetapi menjadikan tempat
pendidikan sebagai satu persekitaran yang dapat merangsang kreativiti dan pemikiran
kritis pelajar-pelajar.
Tuan Yang di-Pertua, kita juga sedang berhadapan dengan pertumbuhan
ekonomi yang perlahan yang sebahagian besarnya disebabkan oleh persekitaran luaran
yang lemah dan keyakinan terhadap ekonomi domestik yang perlahan. Di dalam
keadaan ini, fokus seharusnya diberikan kepada usaha untuk merangsang permintaan
domestik dan bukannya menyuruh graduan yang telah melabur puluhan ribu ringgit
DR. 23.10.2019 76
untuk mendapat segulung ijazah menjual nasi lemak atau pun bekerja siang dan malam
sebagai Gojek.
Ini bukanlah penyelesaian yang rakyat harapkan daripada kerajaan, meskipun
tanpa disuruh oleh kerajaan sekalipun, mereka mungkin akan melakukan kedua-dua
perkara ini untuk memperoleh rezeki yang halal dan menyara kehidupan. Ini bermakna
peruntukan harus diberikan kepada sektor-sektor yang mewujudkan peluang pekerjaan
khususnya kepada graduate universiti dan pada masa yang sama menghasilkan aliran
masuk pertukaran asing. Elaun pelaburan semula bagi sektor-sektor ini perlu
diperkenalkan dan projek-projek yang mempunyai kandungan import yang tinggi boleh
ditangguhkan. Mungkin juga kerajaan perlu melihat semula tanah-tanah yang terbiar
yang perlu diusahakan bagi melakukan sebarang aktiviti seperti pertanian bagi
menghasilkan pendapatan dan seterusnya membuka peluang pekerjaan bagi penduduk
setempat.
Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang telah diumumkan dalam Bajet 2020,
kerajaan mengambil keputusan untuk menurunkan had harga kondominium dan
pangsapuri di kawasan bandar yang boleh dibeli oleh warga asing daripada RM1 juta
kepada RM600,000. Kelonggaran kepada pembeli warga asing ini dikhuatiri akan
menyebabkan pemaju terus membina perumahan dengan harga yang tinggi, lalu
mengabaikan keperluan untuk membina kediaman pada harga yang mampu dimiliki oleh
rakyat tempatan. Bagaimana kerajaan bercadang untuk mengelakkan pihak pemaju
daripada mengambil kesempatan ini.
Pada masa yang sama, isu lambakan pembinaan projek perumahan kos tinggi
perlu diambil serius dan fokus harus beralih untuk menawarkan perumahan kepada
kategori isi rumah M40 untuk memiliki kediaman sendiri.
■1440
Saya berpendapat kerajaan perlu menilai, mengemas kini prosedur pengeluaran
lesen pemaju perumahan di mana keupayaan kewangan pemaju harus diutamakan
kerana antara sebab berlakunya projek perumahan terbengkalai adalah pemaju gagal
mengurus perbelanjaan projek dengan baik. Oleh yang demikian, saya berharap
komitmen kerajaan untuk membina satu juta rumah mampu milik dalam tempoh 10 tahun
dapat direalisasikan untuk meningkatkan pemilikan hartanah oleh rakyat Malaysia
khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Masalah yang dihadapi oleh golongan keluarga muda khususnya adalah
ketiadaan rumah yang sesuai dengan tahap sosioekonomi mereka. Mereka berjawatan
eksekutif dan graduan dari institusi pengajian tinggi tetapi pilihan yang ada kepada
DR. 23.10.2019 77
mereka adalah terhad di mana mereka tidak mampu membeli rumah yang rata-rata
berharga RM350 ribu ke atas tetapi juga tidak layak memohon rumah kos rendah atau
sederhana rendah. Tuan Yang di-Pertua, kita harus dapat melihat wajah sebenar rakyat
di sebalik istilah B40 dengan memahami dan menyelami sanubari setiap rakyat tidak
kira kaum atau agama kerana empati melahirkan kesedaran sejagat bahawa kita semua
sama, kita semua manusia. Oleh itu, kemanusiaan mestilah menjadi nilai membina
perpaduan nasional paling teratas.
Sebelum kita mahu menaikkan tahap pendapatan dan kekayaan isi rumah B40,
kita harus mengkaji tahap sebenar permasalahan ini iaitu kesenjangan kekayaan dan
pendapatan yang cukup melebar dan menggunakan kayu ukur yang sewajarnya agar
penghapusan kemiskinan tegar dan relatif tercapai. Sebagai contoh, agak sukar
golongan B40 untuk mendapatkan bantuan kewangan untuk memiliki rumah.
Pembinaan rumah mampu milik di kawasan yang agak murah dengan jaringan
pengangkutan awam yang baik akan membantu golongan ini berjimat dan seterusnya
mempunyai lebihan pendapatan.
Sepertimana yang diperkatakan oleh mantan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli
sebelum ini bahawa misi membela rakyat dengan menaikkan pendapatan mereka dan
menganjakkan ekonomi negara ke paras pendapatan tinggi tidak dapat berlaku tanpa
menyelesaikan tiga masalah asas ekonomi Malaysia iaitu:-
(i) kekurangan modal akibat kelembapan pelaburan swasta;
(ii) tahap guna pakai teknologi yang rendah di dalam ekonomi; dan
(iii) tenaga kerja yang kurang berdaya saing dan inovatif.
Tanpa pelaburan swasta, sama ada dari dalam negeri atau luar negeri, ekonomi
kita akan ketandusan modal yang sangat-sangat diperlukan untuk berkembang dan
membawa masuk teknologi baru agar kita boleh melonjak ke paras ekonomi
berpendapatan tinggi. Ini selaras dengan hasrat Perdana Menteri untuk menyediakan
taraf hidup yang baik untuk semua rakyat Malaysia dan berharap perolehan semula
status sebagai Harimau Asia.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin memberi fokus kepada beberapa
isu kawasan Parlimen Sungai Siput. Pertama, masalah setinggan yang telah wujud
beberapa dekad yang lalu. Tuan Yang di-Pertua, di Parlimen Sungai Siput ada beberapa
kampung iaitu Kampung Veerasamy, Kampung Benggali, Kampung Sungai Buloh,
Kampung Bahari, Kampung Jala Lintang, Kampung Sinjung, Kampung Gopal dan
Kampung Perak Hydro di mana lebih 250 orang tinggal di rumah setinggan.
DR. 23.10.2019 78
Isu ini telah dibawa di peringkat perhatian kerajaan negeri dan saya telah
dimaklumkan Pejabat Daerah dan Tanah Sungai Siput di mana kerajaan negeri telah
mengenal pasti sebidang tanah untuk membina rumah kos rendah. Jadi saya memohon
dan merayu Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melihat perkara
ini dan memperuntukkan sejumlah dana untuk membina rumah kos rendah bagi
penduduk setinggan di Parlimen Sungai Siput.
Isu yang kedua adalah isu berkenaan dengan banjir di Parlimen Sungai Siput.
Tuan Yang di-Pertua, minggu lalu di mana hujan yang berterusan telah menyebabkan
beberapa kawasan dilanda banjir yang menyebabkan dan memberi kesan kepada
kehidupan harian di kawasan tertentu seperti di Kampung Tok Sirat di mana 12 keluarga
Melayu yang terpaksa menghadapi dugaan yang begitu besar. Saya telah dimaklumkan
mereka menghadapi keadaan yang sama saban tahun berulang kali dalam setiap tahun.
Jadi saya mohon supaya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
dapat melakukan kaji selidik untuk memindahkan perumahan mereka ke kawasan yang
lebih tinggi supaya tidak mengulang mala petaka yang mereka hadapi pada masa kini.
Bukan sahaja banjir berlaku di kawasan berkenaan, sebaliknya ia juga berlaku di
kawasan Pekan Lintang, Kampung Makmur, Kampung Trosor, Balai Polis Lintang dan
Sekolah Kebangsaan Lintang. Jadi saya harap Jabatan Pengairan dan Saliran akan
membuat kajian supaya peruntukan itu dapat digunakan untuk memperbaiki sistem
perparitan yang menyebabkan berlaku kebanjiran di kawasan ini.
Isu yang terakhir Tuan Yang di-Pertua ialah isu berkenaan kelewatan membayar
gaji kepada guru-guru tadika sekolah Tamil di Parlimen Sungai Siput. Saya difahamkan
sembilan guru tadika sekolah di Malaysia yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat
Batu Kawan di mana ia di bawah seliaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri di bawah
MITRA, tidak membayar gaji selama lima bulan yang lalu. Di mana mereka menghadapi
masalah kewangan untuk membayar hutang di bank, hutang bayar kereta dan
menguruskan keluarga. Jadi saya memohon Menteri berkenaan supaya menjelaskan
tunggakan hampir lima bulan itu dalam masa terdekat sebelum menjelang tiba Hari
Deepavali ini. Saya...
Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan]: Yang Berhormat Sungai Siput,
sedikit.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Ya, 30 saat.
Puan Kasthuriraani a/p Patto [Batu Kawan]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Apa pandangan Yang Berhormat sekiranya kita
menyarankan bahawa pembayaran fasa kedua gaji guru-guru tadika sekolah Tamil ini
DR. 23.10.2019 79
dibayar sebelum Hari Deepavali ini. So, tinggal beberapa hari sahaja lagi. Apa
pandangan Yang Berhormat Sungai Siput? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Terima kasih Yang
Berhormat Batu Kawan. Sila, Yang Berhormat Sungai Siput.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami [Padang Serai]: Sedikit. Terima kasih Tuan
Yang di-Pertua. Untuk pengetahuan berkenaan gaji tadika telah pun – saya sudah bayar
semalam sebanyak empat bulan. So, harap ambil perhatian.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Terima kasih Yang
Berhormat Padang Serai. Sila, Yang Berhormat Sungai Siput. Sila.
Tuan Kesavan a/l Subramaniam [Sungai Siput]: Terima kasih Yang
Berhormat Batu Kawan dan Yang Berhormat Padang Serai dan saya sepertimana yang
dimaklumkan kalau itu berita benar, kita berasa syukurlah dan mengucapkan terima
kasih kepada kementerian berkenaan kerana dapat selesaikan masalah ini.
Satu lagi masalah yang wujud di kalangan guru-guru tadika adalah di mana
mereka mengadu kepada saya di mana majikan mereka tidak memotong, majikan telah
memotong caruman PERKESO dan juga KWSP sejak bulan Januari yang lalu tetapi
caruman mereka tidak dibayar kepada PERKESO dan juga KWSP. Jadi saya harap
kementerian berkenaan mengambil perhatian untuk menyelesaikan isu ini.
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, saya ingin sekali lagi mengambil kesempatan
ini mengucapkan terima kasih kerana memberikan ruang kepada saya untuk mengambil
bahagian dan juga membawa suara Sungai Siput dan saya mengambil kesempatan ini
mengucapkan Selamat Hari Deepavali. Deepavali naal vaazhthukkal kepada seluruh
penganut agama Hindu di seluruh dunia. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Terima kasih Yang
Berhormat Sungai Siput. Sekarang, saya jemput Yang Berhormat Jempol diikuti oleh
Yang Berhormat Kluang, Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Sungai Besar dan
Yang Berhormat Petrajaya.
2.49 ptg.
Dato’ Haji Salim Sharif [Jempol]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang
memberi peluang kepada saya untuk sama-sama berbahas dalam belanjawan yang
bertajuk “Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama ke arah Kemakmuran
Bersama”. Tajuk yang cukup enak, cukup bagus didengar tetapi sebelum saya
mengutarakan beberapa pandangan dan juga perbahasan, ingin saya mengalu-alukan
kehadiran SK Seri Bayu Baling, Kedah. Selamat datang ke Parlimen. Dah makan kah
DR. 23.10.2019 80
belum? Belum makan, minta dekat Ahli Parlimen. Hari ini dia pun kena gantung, dia ada
dekat luar. [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Dia dekat luar.
■1450
Dato' Haji Salim Sharif [Jempol]: Tuan Yang di-Pertua yang dihormati, saya
melihat beberapa perbahasan, saya cuma ingin mengambil beberapa topik yang
berkisar kepada permasalahan rakyat iaitu inspirasi rakyat di kawasan luar bandar.
Saya ingin menarik perhatian di atas belanjawan yang dibentangkan pada
Jumaat yang lalu iaitu tentang peruntukan FELDA. Sejumlah RM810 juta diperuntukkan
untuk kebajikan masyarakat di FELDA. Pertamanya, RM250 juta untuk program
peningkatan pendapatan seramai 11,600 orang peneroka. Keduanya, RM300 juta untuk
menghapus kira faedah pinjaman peneroka. Ketiga RM100 juta bagi bekalan air FELDA.
Keempat, RM70 juta untuk perumahan generasi baharu peneroka FELDA. Kelima,
RM90 juta untuk menaiktarafkan jalan dan infrastruktur asas kepada FELDA. Apa yang
saya ingin bangkitkan iaitu isu mengenai peruntukan RM250 juta untuk program
peningkatan pendapatan seramai 11,600 orang peneroka.
Dato’ Jalaluddin bin Alias [Jelebu]: Yang Berhormat Jempol.
Dato' Haji Salim Sharif [Jempol]: Sedangkan peneroka di Malaysia sejumlah
112,000 orang. Jadi, ini bermaksud hanya 10 peratus sahaja peneroka mendapat
manfaat dari segi peruntukan itu. Keduanya, kadar purata bagi setiap orang berdasarkan
peruntukan ialah RM22,000 seorang.
Dato’ Jalaluddin bin Alias [Jelebu]: Boleh sikit Yang Berhormat?
Dato' Haji Salim Sharif [Jempol]: Sekejap, sekejap. Ketiganya, tentang janji-
janji untuk penghapusan hutang oleh PH yang lalu iaitu hutang peneroka semua
dihapuskan. Apa yang saya ingin menarik perhatian tentang peruntukan untuk
perumahan generasi kedua. Peruntukan ini diberi hanya RM70 juta sedangkan kawasan
saya di Jempol 600 unit rumah tidak siap kerana kekangan peruntukan, sudah
terbengkalai dua tahun. Jadi, kalau ikutkan RM70 juta untuk seluruh negara, mana
mungkin boleh menyiapkan 500 rumah generasi kedua di kawasan Jempol malah di
seluruh negara pun tidak mampu disiapkan. Ini mewujudkan lagi rumah-rumah
terbengkalai untuk generasi kedua di kawasan FELDA.
Dato’ Jalaluddin bin Alias [Jelebu]: Boleh sikit? Terima kasih Yang Berhormat
Jempol. Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Mohd Rashid Hasnon]: Sila Yang Berhormat
Jelebu.
DR. 23.10.2019 81
Dato’ Jalaluddin bin Alias [Jelebu]: Saya cuma sikit hendak celah soal FELDA
tadi. Yang Berhormat Jempol setuju tidak Kertas Putih sudah dibentangkan oleh
kerajaan pada bulan April 2019, pada sesi yang lepas. Dalam Kertas Putih itu kerajaan
sudah memperuntukkan RM250 juta untuk menyiapkan rumah generasi kedua FELDA
yang siap 70 peratus. Akan tetapi setakat ini, kawasan Parlimen Jelebu dan kawasan
Parlimen Jempol pun yang mana proses pembinaan rumah generasi kedua FELDA
melepasi 70 percent masih lagi tidak diusik, pertama.
Kedua, saya hendak tanya pandangan Yang Berhormat Jempol, banyak rumah
generasi kedua FELDA sekarang ini sudah siap. Sudah siap tetapi pengisian kepada
peserta-peserta oleh peneroka generasi kedua FELDA masih lagi tidak diambil tindakan
oleh kerajaan dan FELDA. Saya tanya pandangan Yang Berhormat Jempol tentang
masalah ini.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Mohd Rashid Hasnon]: Terima kasih Yang
Berhormat Jelebu.
Dato' Haji Salim Sharif [Jempol]: Ya, saya masih ingat di mana pembentangan
Kertas Putih tempoh hari tahun lepas ada menyebut soal RM250 juta untuk menyiapkan
semua rumah-rumah yang terbengkalai. Akan tetapi bila bajet yang baharu ini sudah
tinggal RM70 juta. Adakah RM250 juta campur dengan RM70 juta? Akan tetapi rumah
tidak berbuat lagi, tidak siap lagi dan akhirnya untuk membangunkan rumah ini terpaksa
guna kos yang sangat besar kerana bekalan yang ada, wiring-nya, dengan tangki airnya,
dan pintunya habis hilang. Ini kerana bila terbengkalai sudah pasti vandalisme ataupun
mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab mencuri barang-barang tersebut. Jadi,
saya setuju dengan Yang Berhormat Jelebu supaya ia dimasukkan sekali.
Bukan itu sahaja, malah dulu ada 40,000 anak muda yang boleh pinjaman
perumahan untuk buat di tanah sendiri, tanah ibu ayahnya dan boleh buat rumah. Akan
tetapi dalam bajet tersebut, bajet yang cukup murni tadi yang dinyatakan kesejahteraan
sama rata. Jadi, saya nampak ada jurang yang cukup besar antara bandar, luar bandar
dan di kawasan FELDA. Jadi, harap Yang Berhormat Menteri yang berkenaan, Yang
Berhormat Menteri Kewangan dapat mengambil kira pandangan-pandangan yang
diberikan agar ia tidak berlaku persisihan antara orang bandar dan juga orang kampung.
Keduanya, saya ingin membangkitkan juga isu kejatuhan harga getah dan harga
sawit terutamanya dalam kawasan FELDA, kawasan penanaman pekebun-pekebun
kecil. Kita pun sedia maklum oleh sebab ugutan daripada India yang tidak akan membeli
minyak sawit kita, sudah pastilah ia akan menyebabkan harga sawit akan merudum.
Begitu juga dengan China, terus mengurangkan pembelian minyak sawit dari Malaysia.
DR. 23.10.2019 82
Adakah dua-dua negara ini memberi impak yang besar kepada pendapatan peneroka
dan pekebun kecil? Apakah langkah kerajaan untuk mengekang keadaan ini supaya
peneroka dan pekebun ini tidak terlalu sengsara untuk menghadapi hari-hari di masa
hadapan.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar]: Yang Berhormat Jempol, sikit.
Yang Berhormat Jempol.
Dato' Haji Salim Sharif [Jempol]: Jadi, saya harap keadaan ini mesti ada dana
lain, dana lain supaya kalau berlaku kejatuhan harga ini, sudah pasti dana ini boleh
membantu mereka-mereka yang mengerjakan tanaman sawit dan juga peneroka yang
ada di kawasan-kawasan seluruh Malaysia. Bahaya kalau pendapatan rendah di bawah
RM1,000. Bagaimana mereka ini hendak menyara keluarga? Malah ada sebahagiannya
juga tidak dapat menyambung pelajaran kerana PTPTN pun tidak dapat sehingga hari
ini. Jadi, Yang Berhormat Paya Besar, sila.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar]: Tuan Yang di-Pertua, terima
kasih Yang Berhormat Jempol. Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat Jempol,
semalam kita dimaklumkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Industri Utama
bahawasanya ada peningkatan eksport minyak sawit dan barang hasil daripada sawit
ke negara China. Akan tetapi apakah pandangan Yang Berhormat Jempol harga CPO
ini masih berada di tahap yang terbawah walaupun ada peningkatan eksport ke China?
Adakah kita punya stok ini masih banyak, masih tidak mampu hendak dijual kepada
pihak-pihak yang memerlukan.
Ya, ini kesan daripada – mungkin kita hendak berniaga ini kita kena jaga hati
orang yang membeli. Kalau apa pun keadaan kita sebagai kita orang peniaga pun sudah
pasti menjaga pelanggannya. Akan tetapi saya lihat akhir-akhir ini perkara itu tidak
terjadi. Satu ayat yang boleh merosakkan semua. Maksud dia apa yang disebut oleh
Yang Berhormat Paya Besar itu benar. Kalau ia berlaku dalam keadaan ini, apa tindakan
kita untuk menyelamatkan mereka-mereka yang ada.
Saya dapati bahawa di kilang di kawasan Jempol sahaja ada enam kilang hari
ini tidak tahu minyak CPO hendak letak di mana, hendak letak di pangkalan di Klang
sudah penuh. Jadi, mana benda hendak diletak? Peneroka hantar lagi, hantar sawit
sampai kilang sawit menahan supaya tidak dapat untuk memproses kerana minyak stok
yang terlalu banyak di kawasan kilang ataupun dalam simpanan mereka ini. Jadi, ini
amat bahaya. Saya rasa masa kita bulan 10 atau bulan 11 ini tambahan juga dengan
musim tengkujuh.
DR. 23.10.2019 83
Saya ingin menarik perhatian juga fasal harga lantai getah. Sebahagiannya ada
menanam getah. Kita tidak boleh kata petani ini malas. Petani ini pergi menoreh, petani
yang mengambil buah sawit, buah sawit. Peranan kerajaan untuk memastikan harga
tersebut. Tidak kanlah hendak suruh peneroka jual sawit, tidak kanlah hendak suruh
penoreh getah jual getah. Mereka ini tahu mengeluarkan tetapi bila tidak ada duit, kata
jangan malas. Mereka ini dapat kerja apa? In kerana dasar kita dahulu kita sama-sama
suruh orang kampung tanam getah, tanam kelapa sawit. Apa tujuannya? Untuk menyara
hidup mereka. Kita tidak boleh salahkan mereka kerana salah kerajaan lah kerana tidak
dapat meningkatkan harga pasaran mereka.
Jadi, saya yakin dan percaya, kalau ada kebolehan dan kepakaran yang ada
Yang Berhormat Menteri yang ada ini, tolonglah jangan pergi ke luar negara semata-
mata hendak hantar gambar.
Tuan Chang Lih Kang [Tanjong Malim]: Yang Berhormat Jempol.
Dato' Haji Salim Sharif [Jempol]: Pergi ke luar negara semata-mata berjalan-
jalan.
Tuan Chang Lih Kang [Tanjong Malim]: Yang Berhormat Jempol.
Dato' Haji Salim Sharif [Jempol]: Perkara yang ini cukup bahaya. Jadi, saya
mahukan bahawa keadaan ini kita ubah mindset kita.
Tuan Chang Lih Kang [Tanjong Malim]: Minta laluan Yang Berhormat Jempol.
Yang Berhormat Jempol, Yang Berhormat Jempol.
Dato' Haji Salim Sharif [Jempol]: Supaya rakyat kita yakin dan percaya,
kerajaan baharu inilah telah membela nasib mereka.
Tuan Chang Lih Kang [Tanjong Malim]: Minta laluan Yang Berhormat Jempol.
Dato' Haji Salim Sharif [Jempol]: Kita tidak mahu mereka ini ibarat
‘melepaskan batok di tangga’. Biarkan keadaan itu berlaku dan menyalahkan rakyat
dalam soal yang ini.
Tuan Chang Lih Kang [Tanjong Malim]: Yang Berhormat Jempol, Yang
Berhormat Jempol, boleh minta laluan?
Dato' Haji Salim Sharif [Jempol]: Sorry, sorry. Saya tidak ada masa.
Tuan Chang Lih Kang [Tanjong Malim]: Banyak masa lagi.
Dato' Haji Salim Sharif [Jempol]: Ketiganya, Program Subsidi Petrol. Program
Subsidi Petrol, saya kena beritahu semua, selepas selesai – tidak perlu tanya, saya
hendak jawab, you akan tanya. Ada masa saya bagi.
Tuan Chang Lih Kang [Tanjong Malim]: Hendak tanya Yang Berhormat
Jempol ada cadangan ke tidak cadangan? [Ketawa]
DR. 23.10.2019 84
Dato' Haji Salim Sharif [Jempol]: Latar belakang subsidi petrol (PSP) yang
bakal diumumkan dan yang akan dilaksanakan pada Januari 2020. Bunyinya sedap,
Program Subsidi Petrol 95, sedap bunyinya. Akan tetapi kita tahu bahawa harga pasaran
petrol RON95 hari ini RM2.08 manakala diesel RM2.18. Saya ingin beritahu bahawa
kalau hendak bagi pun, bagilah betul-betul.
■1500
Kalau hendak bagi rakyat rasa, jangan bagi gula-gula. Kalau satu hari minyak
diberi subsidi 40 sen, tuan-tuan. Yang Berhormat bayangkanlah 40 sen ini. Nasi lemak
pun tak lepas. Teh tarik pun tak lepas. Apa yang ada boleh dengan 40 sen ini? Tak ada
apa. Bunyinya macam gah, saksama. Memacu ekonomi negara bersama. Apakah ini
pulangan kepada rakyat yang marhaen yang berada di kampung? Kalau hendak bagi
pun, bagi rasa betul-betul. Jangan pula sudah bagi, empat bulan baru dapat duit. Empat
bulan tuan-tuan. Itu pun RM30 sebulan...
Seorang ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Dato’ Haji Salim Sharif [Jempol]: Tunggu dapat dalam, tiga kali empat RM120
hendak tunggu empat bulan. Rakyat kena spend dahulu subsidi ini. Jadi di manakah
penyelidikan bak kata Yang Berhormat Menteri dahulu, telah melantik satu syarikat yang
dibayar RM25 juta, ‘GS Trust Sdn. Bhd.’ menyatakan bahawa satu model mekanisme
baharu. Bagaimana untuk kita menyelaraskan supaya subsidi ini tersasar bersasar
kepada rakyat? Akhirnya, cuma letakkan kepada BSH. Check dengan JPJ. Cuba
bayangkan yang mereka ini tak ada motor, tak ada kereta. Dia punya road tax pun tak
ada, duduk di kampung. Sudah pastilah tak dapat subsidi yang disebutkan tadi. Kalau
hendak bagi, bagi betul-betul. Kalau tak payah, jangan bagi. Supaya rakyat rasa bahawa
kesusahan itu tidak didengari, tidak dirasai oleh rakyat yang berada di luar bandar.
Jadi tuan-tuan yang dihormati, saya rasa BSH atau subsidi petrol ini sebenarnya
tak bersasar pun. Kalau boleh Yang Berhormat Menteri kaji balik. RM25 juta bagi pada
syarikat itu, takkanlah masuk melalui tunai. Apa sistem yang dibuat RM25 juta ini?
Rakyat sudah tanya ini. Dahulu Yang Berhormat Menteri jawab, saya ingat soalan saya.
Dia nyatakan satu mekanisme baharu akan diumumkan. Akhirnya, sebut kita akan bayar
tunai. Ini bank pun banyak. Boleh buat sistem yang ada. Akhirnya, masuk kepada BSH.
Yang ini tak betul. Saya harap perkara ini dapat pertimbangan supaya pihak yang
berwajib ataupun pihak kementerian semua mengkaji benda apa yang disebut itu.
Jangan flip-flop. Jangan hanya sekadar memenuhi permintaan janji-janji dusta sahaja.
Jadi tuan-tuan— Yang Berhormat, saya... [Disampuk] Saya terpaksa kejar masa,
satu minit. Saya ingin menyentuh soal PSP iaitu Program Sarapan Percuma. Seronok.
DR. 23.10.2019 85
Semua orang blanket. Susah, senang, kaya, anak Menteri, anak wakil rakyat, semua
dapat. Dahulu kita ada Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Pilih orang susah, orang
miskin yang ada, yang perlu kita bela. Hari ini, wakil rakyat daripada Lipis pun dapat,
anak wakil rakyat pun dapat bantuan. Malu tak? [Disampuk] Kalau anak wakil rakyat
makan pun malu, ini bukan hak dia. Hak rakyat yang susah. Jadi inilah saya nampak
Yang Berhormat Menteri ini tak buat kerja. Yang Berhormat Menteri ini jangan ingat tukar
kasut dahulu...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Yang Berhormat Jempol,
Jelutong minta penjelasan.
Dato’ Haji Salim Sharif [Jempol]: ...Nak bagi ini, semua tak ada. Jadi saya
harap perkara ini...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Yang Berhormat Jempol.
Dato’ Haji Salim Sharif [Jempol]: ...Hendaklah kita fikirkan bahawa...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Jelutong minta
penjelasan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Yang Berhormat Jelutong
tak standardlah.
Dato’ Haji Salim Sharif [Jempol]: ...Nak setup peruntukan 2.7 juta. Sebanyak
2.7 juta murid sudah dapat 800...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Dulu Yang Berhormat
Pekan makan duit ada tanya kah?
Dato’ Haji Salim Sharif [Jempol]: Hey Yang Berhormat Jelutong, duduk.
Jangan banyak cerita. Ini masa saya. Duduk Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Dahulu bila Yang
Berhormat Pekan makan duit, tak cerita kah?
Dato’ Haji Salim Sharif [Jempol]: Inilah muka perosak.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Yang Berhormat
Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Bila Yang Berhormat
Pekan makan duit rakyat, tak cerita?
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Yang Berhormat
Jelutong minta duduk. Sila. On balik, on balik. Jangan lupa on kan.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Yang Berhormat Jempol,
you kena pergi check dahulu Yang Berhormat Jempol.
DR. 23.10.2019 86
Dato’ Haji Salim Sharif [Jempol]: Saya ingin menyarankan agar RMT ini
ditambah baik, dan disasarkan kepada mereka-mereka yang betul-betul. Murid-murid
yang susah. Kalau ada lebihan, buat asrama desa. Pedalaman satu, dua, tiga tak ada
makan sekarang ini. Asrama pun tak terbela. Apakah duit yang ada RM1.6 bilion ini
dipergunakan untuk rakyat yang susah? Jadi jangan sampai keadaan ini...
Tuan Chang Lih Kang [Tanjong Malim]: Yang Berhormat Jempol.
Dato’ Haji Salim Sharif [Jempol]: ...Rakyat hari ini rasa tak betul.
Tuan Chang Lih Kang [Tanjong Malim]: Minta penjelasan Yang Berhormat
Jempol.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Sandiwara kah Yang
Berhormat Jempol?
Dato’ Haji Salim Sharif [Jempol]: Konsep yang dibuat...
Tuan Chang Lih Kang [Tanjong Malim]: Yang Berhormat Jempol.
Dato’ Haji Salim Sharif [Jempol]: ...Macam seolah-olah sejahtera. Akan tetapi
tidak sejahtera.
Tuan Chang Lih Kang [Tanjong Malim]: Yang Berhormat Jempol. Boleh minta
laluan?
Dato’ Haji Salim Sharif [Jempol]: Saya harap perkara ini diambil pertimbangan.
Begitu juga PTPTN...
Tuan Chang Lih Kang [Tanjong Malim]: Saya minta dua kali pun tak bagi.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Minta rumuskan.
Masa sudah tamat. Silakan.
Dato’ Haji Salim Sharif [Jempol]: Jangan— Sikit lagi, sikit lagi. Ini Yang
Berhormat Jelutong kacau. Apa ini. Jadi...
Dato’ Jalaluddin bin Alias [Jelebu]: Sekarang Yang Berhormat Jelutong, bagi
masa.
Dato’ Haji Salim Sharif [Jempol]: Tabung PTPTN. Saya hendak beritahu, tak
ada satu pun disebut. Orang kampung saya tanya, hendak masuk universiti kena ada
RM2,000-RM3,000 hendak bayar pendahuluan asrama dan sebagainya. Kena ada.
Kalau harga getah RM1.90, hendak buat apa. Pendapatan RM1,000 pun tak ada
sebulan. Lainlah gaji Yang Berhormat Jelutong, sampai RM20,000 lebih. Tak apa,
mampu. Jadi orang yang tak mampu, rakyat tak mampu ini di mana sumbernya. Kalau
tak ada duit, macam mana pun cari. Jangan membazir, meletakkan Program Sarapan
Percuma...
DR. 23.10.2019 87
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Yang Berhormat Jempol,
tak boleh lawan Yang Berhormat Pekan lah. Dia makan duit rakyat.
Dato’ Haji Salim Sharif [Jempol]: Jadi— ini masuk air, saya tak nak kira lah.
Tak apa. Saya anggap dia masuk air, memang tak tahu apa-apa...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Oi Yang Berhormat
Jelutong, gila kah?
Dato’ Haji Salim Sharif [Jempol]: Jadi saya harap— Tuan Yang di-Pertua, saya
pun sudah kelam kabut ini, sikit lagi sebelum... [Ketawa] Ini...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Yang Berhormat Jempol,
Jelutong minta penjelasan.
Dato’ Haji Salim Sharif [Jempol]: Sebelum saya...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Masa dahulu Yang
Berhormat Pekan belasah wang rakyat, kenapa tak soal?
Dato’ Haji Salim Sharif [Jempol]: Sebelum saya mengakhiri, ini Yang
Berhormat Jelutong...
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Yang Berhormat
Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Semasa Yang Berhormat
Pekan belasah wang rakyat, kenapa tak soal?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Mahkamah belum selesai
lah.
Datuk Seri Dr. Adham bin Baba [Tenggara]: Yang Berhormat Jelutong
melampau lah.
Dato’ Haji Salim Sharif [Jempol]: Perkara ini enam bulan sudah cakap, okey.
Sudah dua tahun cakap benda yang sama. Ini sakit kepala.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Baik, terima kasih
Yang Berhormat Jempol...
Dato’ Haji Salim Sharif [Jempol]: Sikit, hendak menggulung sudah. Sikit lagi.
Saya mengucapkan tahniah. Ini tahniah Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Mohamad [Lipis]: Bagi chance dia gulung.
Dato’ Haji Salim Sharif [Jempol]: Tahniah kepada...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: No, Yang Berhormat
Jempol. Rakyat hendak tahu. Dua tahun kah, enam bulan kah, wang rakyat apa jadi.
[Pembesar suara dimatikan]
DR. 23.10.2019 88
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Yang Berhormat
Jelutong. Sila. On-kan balik.
Dato’ Haji Salim Sharif [Jempol]: Tahniah kepada anggota polis. Tahniah dan
syabas saya ucapkan kerana mereka ini tak didendangkan. Dahulu zaman BN, ramai
ucapkan tahniah kerana berjaya membanteras keganasan pemberontak dan lain-lain.
Akan tetapi hari ini kita pihak pembangkang merakamkan jutaan terima kasih kerana
telah berjaya menyekat ancaman LTTE di Malaysia. Tahniah juga telah menangkap dua
pemimpin DAP yang terlibat dengan...
Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary [Pengkalan Chepa]: Tangkap Yang
Berhormat Jelutong, tangkap Yang Berhormat Jelutong.
Dato’ Haji Salim Sharif [Jempol]: ...Katanya dengan SOSMA. Jadi saya harap
perkara ini teruskan. Jangan takut sebagai...
Dato’ Sri Bung Moktar bin Raden [Kinabatangan]: Yang Berhormat Jelutong
tidak terlibat kah?
Dato’ Haji Salim Sharif [Jempol]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Baru disiasat sahaja,
belum dituduh.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Terima kasih Yang
Berhormat Jempol. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Kluang.
Tuan Chang Lih Kang [Tanjong Malim]: Yang Berhormat Pekan juga ditahan.
Yang Berhormat Pekan sudah di-charge lah.
3.07 ptg.
Puan Wong Shu Qi [Kluang]: Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Yang
di-Pertua. Sebelum saya masuk ke ucapan saya, saya ingin mengalu-alukan kehadiran
pelawat dari Universiti Putra Malaysia. [Dewan tepuk]
Terima kasih saya ucapkan Tuan Yang di-Pertua atas peluang untuk saya
mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2020. Pada pandangan saya,
belanjawan kali ini telah berjaya mengimbangkan antara aspek pembangunan dengan
aspek kesejahteraan masyarakat. Perkara ini turut dipersetujui oleh analisa dan laporan
oleh ahli akademik, pakar ekonomi dan komuniti perniagaan di dalam dan luar negara.
Contohnya, Bank Dunia telah memuji belanjawan kerajaan kali ini sebagai perbelanjaan
berhemah yang seimbang dalam memenuhi keperluan fiskal serta menangani realiti
ekonomi.
DR. 23.10.2019 89
Saya telah perhatikan bahawa ramai yang lebih memfokuskan kepada program
Malaysia Kerja dan ramai juga yang telah memberikan pandangan mereka terhadap
dasar baharu tersebut. Bagi saya, sebenarnya ada banyak lagi unsur-unsur lain dalam
Belanjawan 2020 yang patut diketengahkan. Contoh terbaik ialah usaha kerajaan untuk
membantu perusahaan kecil dan sederhana ataupun PKS untuk meningkatkan
produktiviti melalui automasi dan berkembang menuju Revolusi Industri 4.0. Dalam
aspek ini, geran padanan sebanyak RM500 juta untuk tempoh selama lima tahun
disediakan untuk membantu syarikat PKS melaksanakan pendigitalan. Hakikatnya
dalam dunia perniagaan hari ini, sistem EPOS, ERP dan sistem pembayaran gaji
elektronik merupakan kemudahan asas atau fundamental untuk sesebuah syarikat.
Namun, di Malaysia masih terdapat banyak syarikat PKS yang belum melaksanakan
sistem asas tersebut.
Kita ambil senario di negara China di mana restoran-restoran di negara tersebut
boleh menerima pesanan makanan melalui aplikasi telefon pintar. Sebaliknya di
Malaysia, kita masih lagi terpaksa menunggu pelayan restoran untuk datang ke meja
makan kita, mengambil pesanan kita, mengira jumlah yang perlu dibayar secara manual
dan sebagainya. Malah kebanyakan pelayan restoran di sini merupakan warga asing.
■1510
Bayangkan jika restoran kita melaksanakan sistem digital dan automasi, maka
pengusaha dapat menurunkan kos operasi dengan mengurangkan bilangan pekerja di
restoran beliau. Kalau kaedah manual perlu tiga orang pekerja, seorang pekerja untuk
ambil pesanan dan hantar makanan, seorang lagi untuk masukkan pesanan kepada
dapur dan seorang lagi untuk kira dan ambil pembayaran pelanggan. Pendigitalan
mampu untuk mengurangkan jumlahnya kepada seorang pekerja yang
bertanggungjawab menguruskan sistem aplikasi pintar tersebut.
Justeru, pekerja tersebut bolehlah dibayar dengan gaji yang lebih tinggi daripada
penjimatan kos operasi majikan. Malah, walaupun pekerjaan berkemahiran rendah,
mungkin akan berkurangan. Proses pendigitalan akan mewujudkan sektor-sektor serta
pekerjaan baru yang memerlukan kemahiran yang lebih tinggi sekali gus membayar
pampasan yang lebih lumayan kepada para pekerja. Teknologinya sudah ada, orang
lain pun sudah melaksanakannya. Kerajaan kini menyediakan geran bantuan. Maka
saya menyeru industri agar menyahut cabaran ini untuk mengembangkan lagi nilai
perniagaan mereka.
Tuan Yang di-Pertua, berita yang terbaik ialah geran padanan RM500 juta untuk
lima tahun ini bukan satu-satunya insentif untuk menggalakkan automasi. Dalam
DR. 23.10.2019 90
Belanjawan 2020, kerajaan juga ada menyediakan dana sebanyak RM550 juta sebagai
geran padanan automasi pintar kepada 1,000 buah syarikat pembuatan dan 1,000 buah
syarikat perkhidmatan. Sejumlah RM550 juta dalam setahun. Kaedahnya adalah setiap
RM2 yang dilabur oleh syarikat untuk melaksanakan automasi pintar akan dipadankan
dengan geran kerajaan sebanyak RM1. Melalui dasar ini sesebuah syarikat boleh
memohon geran padanan sehingga RM2 juta.
Tuan Yang di-Pertua, mungkin ada yang bertanya apa tujuannya untuk
melaksanakan segala semua automasi pintar dan pendigitalan ini. Lebih penting lagi,
apa kaitan automasi pintar dengan penyediaan peluang pekerjaan bagi rakyat Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya negara kita sedang menghadapi neo industrialisasi
pramatang ataupun dengan izin premature deindustrialization. Dalam tempoh dua dekad
ini, peratusan sumbangan industri pembuatan kepada Keluaran Domestik Negara Kasar
(KDNK) telah menyusut, manakala peratusan industri berkemahiran rendah meningkat.
Laporan Bank Negara pada tahun ini telah mengesahkan bahawa 36 peratus
dalam peningkatan gaji pekerja dalam tempoh tahun 2010 sehingga tahun 2017
sebenarnya di dorong oleh pemindahan fokus ekonomi kepada sektor intensif buruh dan
yang menawarkan gaji rendah seperti industri pemborongan dan peruncitan, makanan
dan pembinaan. Dari sudut pekerjaan, kita boleh nampak dengan jelas ketidakpadanan
antara peluang pekerjaan yang disediakan oleh pasaran berbanding kelayakan para
pekerja kita.
Dalam aspek ini, Bank Negara telah memerhatikan bahawa dalam tempoh tahun
2010 hingga tahun 2017, bilangan graduan setiap tahun adalah lebih kurang 173,000
orang, manakala bilangan pekerjaan berkemahiran tinggi yang diwujudkan hanya lebih
kurang 98,000. Keadaan ini mengesahkan kajian Khazanah Research Institute bahawa
95 peratus pekerja muda dalam sektor pekerjaan, tidak mahir. Sebanyak 50 peratus
pekerja dalam sektor pekerjaan berkemahiran rendah sebenarnya mempunyai
kelayakan yang menjangkaui pekerjaan mereka.
Saya tidak nafi adanya pekerja yang tidak mempunyai kemahiran untuk
menghadapi cabaran masa kini. Tidak sekali pun berhasrat untuk memajukan diri.
Namun, kita tidak wajar untuk pukul rata semuanya. Saya sendiri sudah banyak kali
menyaksikan dengan mata sendiri pemandu e-hailing yang bekerja lebih 10 jam, malah
12 jam sehari untuk menampung kos sara hidup yang tinggi. Orang Malaysia tidak
malas, malah mereka sanggup bertungkus-lumus untuk mencari nafkah hidup. Apatah
lagi jika mereka ditawar gaji yang munasabah.
DR. 23.10.2019 91
Justeru, saya amat bersetuju dengan belanjawan kali ini yang di satu sisi,
kerajaan akan menyediakan satu dana yang cukup besar untuk PKS melaksanakan
automasi bagi meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kebergantungan kepada
buruh asing. Di satu sisi yang lain, kerajaan juga menggalakkan majikan untuk
mengambil pekerja tempatan dan menggalakkan pekerja tempatan masuk ke pasaran
kerja.
Tuan Yang di-Pertua, pengangguran mempunyai kesan sosioekonomi dan
peribadi yang amat mendalam. Mereka yang tidak mendapat kerja selama setahun akan
memasuki satu kitaran tanpa penghujung. They will enter into a vicious cycle dengan
izin, khususnya bagi seorang anak muda yang baru tamat pengajian dan tidak berjaya
mendapat kerja kerana...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Yang Berhormat Kluang.
Puan Wong Shu Qi [Kluang]: Dikatakan – minta maaf ya. Saya habiskan
perenggan ini terlebih dahulu. Mereka akan masuk satu vicious cycle iaitu mereka tamat
pengajian dan tidak berjaya mendapat kerja kerana dikatakan tiada mempunyai
pengalaman. Mereka akan terperangkap dalam kitaran tersebut. Jika tidak mendapat
kerja, maka tidak ada pengalaman. Jika dia ada pengalaman, maka tidak mendapat
kerja.
Justeru, melihat kepada realiti pekerjaan masa kini yang jauh berbeza dengan
masa lampau, maka kerajaan ada kewajipan untuk memainkan peranan sebagai
pemangkin di fasa permulaan kerjaya anak muda. Yang Berhormat Pekan, maaf bukan
Yang Berhormat Pekan. Yang Berhormat Pontian. [Dewan ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Sila Yang Berhormat
Pontian, sila.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Jauh itu, jauh. Negeri pun
lain. Tadi Yang Berhormat Kluang menyebut geran padanan itu hanya untuk 2,000
syarikat jika tidak silap pendengaran saya. Di dalam Malaysia ini, PKS berjumlah
900,000 orang Yang Berhormat. Jadi, sehingga bila boleh tercapai 900,000 itu? Jadi
cadangan kita adalah supaya geran itu diturunkan nilainya, dengan itu lebih banyak
syarikat boleh dapat geran padanan. Apa pandangan Yang Berhormat?
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Sila Yang Berhormat
Kluang.
Puan Wong Shu Qi [Kluang]: Terima kasih Yang Berhormat Pontian.
Cadangan baik. Akan tetapi saya rasa sudah cukup kita bermula dengan 2,000 syarikat
DR. 23.10.2019 92
pada tahun pertama. Ini adalah satu permulaan yang amat penting yang tidak pernah
dilaksanakan dulu.
Seorang Ahli: [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] Betul.
Puan Wong Shu Qi [Kluang]: Iaitu kita bermula dengan 2,000 syarikat tahun
pertama sahaja. Bayangkan impak itu pada pasaran kita. Biarlah kita bersama-sama
bermula sekarang.
Belanjawan 2020 ini berjaya mengenal pasti isu-isu ini dan meletakkan dasar-
dasar yang bersesuaian bagi menangani mereka. Syabas saya ucapkan kepada
saudara Yang Berhormat Menteri Kewangan. Saya tidak menafikan bahawa mekanisme
pelaksanaan perlu diperhalusi lagi supaya pihak majikan dan pekerja akan sama-sama
mendapat manfaat. Namun, secara keseluruhannya, dasar automasi dan pendigitalan
SEDA Program Malaysia Kerja akan menstrukturkan semula ekonomi agar lebih
berdaya saing dan bernilai tinggi sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan bergaji
munasabah kepada rakyat Malaysia dan menyumbang kepada ekonomi negara. Tuan
Yang di-Pertua, dalam kita berusaha untuk...
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir [Setiu]: Yang Berhormat Kluang, Setiu
minta laluan.
Puan Wong Shu Qi [Kluang]: Nanti saya masuk ke isu lain sudah...
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir [Setiu]: Berkait dengan...
Puan Wong Shu Qi [Kluang]: Nanti kalau ada masa saya akan bagi.
Tuan Shaharizukirnain bin Abd Kadir [Setiu]: Berkait dengan isu pekerja.
Puan Wong Shu Qi [Kluang]: Minta maaf ya. Saya tinggal tiga minit sahaja.
Ada tiga isu lagi. Maaf.
Dalam kita berusaha untuk menstrukturkan semula ekonomi, kita tidak boleh
mengabaikan pekerja-pekerja kita yang berulang alik setiap hari di antara Johor Bahru
dan Singapura. Justeru, saya amat mengalu-alukan inisiatif Kerajaan Pusat untuk
menambah kaunter embark di Tambak Johor dan Link Kedua.
Selain daripada kebajikan penunggang motosikal, saya ingin membangkitkan isu
pemandu lori yang terpaksa menunggu sekurang-kurangnya tiga ke empat jam untuk
kelulusan kastam dan imigresen di sempadan Johor tersebut. Lebih malang lagi,
sepanjang tempoh yang lama tersebut mereka tidak boleh pergi ke bilik air ataupun
berehat di tempat lain.
◼1520
Saya faham sepenuhnya kegeraman mereka kerana masa menunggu yang
panjang ini sudah tentu memanjangkan waktu kerja tanpa produktiviti. Malah, ia
DR. 23.10.2019 93
mengurangkan masa untuk berada bersama keluarga serta menjejaskan kualiti
kehidupan. Justeru, saya menggesa Kementerian Kewangan serta Kementerian Dalam
Negeri akan meneliti masalah ini dan menyediakan satu pendekatan yang lebih
menyeluruh sebagai penyelesaiannya.
Tuan Yang di-Pertua, saya amat mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk
mengurangkan cabutan khas daripada 11 kali kepada lapan kali setahun. Ini kali kedua
Kerajaan Pakatan Harapan mengurangkan jumlah cabutan khas. Sekiranya kita
bandingkan dengan tahun 2017, sebanyak 26 kali cabutan khas telah diluluskan oleh
Barisan Nasional. Bermula tahun 2000, hanya lapan kali diizinkan.
Tuan Noor Amin bin Ahmad [Kangar]: Minta sedikit Yang Berhormat Kluang.
Tadi saya mendengar Yang Berhormat Kluang bercakap tentang cabutan khas, satu
pengurangan yang saya fikir banyak daripada 26 kali kepada lapan kali. Adakah ini
menunjukkan bahawa kerajaan yang ada pada hari ini lebih serius dalam menangani isu
perjudian?
Puan Wong Shu Qi [Kluang]: Betul. Saya setuju dengan kawan saya, Yang
Berhormat Kangar. Kerajaan sekarang, government of the day lebih serius dan kita walk
the talk, dengan izin. [Tepuk] Saya juga menyokong cadangan kerajaan untuk
meningkatkan hukuman...
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Janji pilihan raya walk the
talk kah? Yang Berhormat, janji pilihan raya walk the talk kah?
Puan Wong Shu Qi [Kluang]: Saya juga menyokong cadangan kerajaan untuk
meningkatkan hukuman mandatori minimum bagi penjudi haram.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah [Lenggong]: Itu janji auta.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man [Kubang Kerian]: Saya minta laluan, Yang
Berhormat Kluang. Yang Berhormat Kluang, minta laluan. Sedikit.
Puan Wong Shu Qi [Kluang]: Sudah tidak ada masa, maaf. Namun, kita perlu
cara yang lebih kreatif untuk membendung aktiviti perjudian haram. Mereka yang
bermain judi sekarang terlibat dalam cabutan di luar negara dan menjalankan aktiviti judi
atas talian. Operasi mereka semuanya atas talian. Maaf ya, Tuan Yang di-Pertua. Bagi
saya dua minit lagi.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Rumuskan, rumuskan.
Puan Wong Shu Qi [Kluang]: Pertaruhan atas talian, pengumuman cabutan atas
talian, hanya transaksi wang dijalankan secara offline. Semua ini bermaksud, amat sukar
untuk pihak berkuasa mengesan transaksi haram ini. Oleh itu, kerajaan tidak dapat
mengawal kegiatan tersebut. Pada masa yang sama, pengendali judi haram yang
DR. 23.10.2019 94
mengguna pakai sistem kredit akan menyebabkan penjudi terjebak dengan hutang dan
akhirnya mengakibatkan pelbagai masalah keluarga dan masyarakat. Penjudi yang
membeli nombor 4D dengan pengendali berlesen tidak boleh berhutang. Mereka tidak
dapat beli sekiranya tiada tunai dalam poket. Jadi, ruang untuk penagihan serius dan
hutang lebih rendah kalau kita banding dengan aktiviti judi haram. Untuk mengatasi
masalah judi haram, saya berharap kita boleh think out of the box, dengan izin.
Bagaimanakah kita mengawalkan aktiviti judi berlesen dan mencegah perjudian haram
pada masa yang sama.
Tuan Yang di-Pertua, isu terakhir ini isu yang penting untuk kawasan saya. Buat
masa ini catuan air telah berlanjutan selama beberapa minggu di kawasan Simpang
Renggam. Walaupun hujan hampir setiap hari. Kawasan saya bersebelahan sahaja dan
saya difahamkan paras air empangan Sembrong Barat tidak boleh melebihi 8.5 meter.
Namun, kita perlu paras air melebihi sembilan meter untuk memastikan bekalan air yang
lebih stabil. Isu paras air yang membimbangkan ini berlaku kerana masalah struktur
empangan belum dapat diselesaikan selepas satu tahun. Saya rasa telah cukup lama
kita menunggu. Kerajaan perlu mengambil tindakan penyelesaian serta-merta. Lebih
genting lagi, kita mesti segerakan pembinaan loji rawatan air di Empangan Kahang.
Semua penduduk tempatan tahu Empangan Kahang yang dibina oleh kerajaan dahulu
tiada loji rawatan air.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah [Lenggong]: Tuan Yang di-Pertua suruh
berhenti.
Puan Wong Shu Qi [Kluang]: Maaf, saya akan gulung.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Ini saya sokong sebab ia
berlaku juga di Pontian. 40 tahun kami memerintah, sekalipun tidak pernah dicatu air.
Baru setahun setengah, air sudah dicatu oleh Pakatan Harapan. Teruk betul kerajaan.
Kerajaan paling teruk dalam dunia.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah [Lenggong]: Kelemahan kerajaan negeri
kot. Kerajaan negeri lemah.
Tuan Noor Amin bin Ahmad [Kangar]: Sejak jadi pembangkang ini...
Puan Wong Shu Qi [Kluang]: Yang Berhormat Pontian, kalau hendak ikut rekod,
saya rasa rekod dahulu memang teruk. Tidak perlu banding, tidak perlu besarkan,
kerajaan yang teruk. Sekarang masih tidak menyelesaikan masalah.
Tuan Karupaiya a/l Mutusami [Padang Serai]: Dahulu tutup mata sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Yang Berhormat
Kluang, masa sudah tamat.
DR. 23.10.2019 95
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah [Lenggong]: Confirm kerajaan negeri
lemah.
Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary [Pengkalan Chepa]: Duduklah Yang
Berhormat Kluang, masa sudah habis. Duduk, duduk.
Puan Wong Shu Qi [Kluang]: Saya akan gulung.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah [Lenggong]: Cukuplah, masa sudah
habis.
Puan Wong Shu Qi [Kluang]: Empangan Kahang yang dibina oleh kerajaan dulu
tanpa bina sama dengan loji rawatan air.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah [Lenggong]: Bincang kerajaan negerilah.
Kerajaan negeri lemah itu.
Puan Wong Shu Qi [Kluang]: Memang tidak masuk akal tetapi kerajaan hari ini
mengambil semua masalah ini...
Datuk Seri Dr. Adham bin Baba [Tenggara]: Dulu pernah jadi ADUN Senai. Ahli
Parlimen.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Dulu air tidak pernah kena
catu. Sekalipun air tidak pernah dicatu. Sudah 40 tahun, air paip tidak pernah dicatu.
Teruk kerajaan ini.
Puan Wong Shu Qi [Kluang]: Dengar saya kata.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah [Lenggong]: Kerajaan Negeri Johor
lemah, confirm.
Tuan Noor Amin bin Ahmad [Kangar]: Saya Google, ada masalah Yang
Berhormat Pontian...
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Yang Berhormat
Lenggong, sudah dua kali bercakap tanpa kebenaran Tuan Yang di-Pertua. Saya catat,
siapa yang bercakap tanpa kebenaran saya, saya catat. Sila.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tuan Yang di-Pertua,...
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Masa sudah tamat.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tuan Yang di-Pertua, boleh
sedikit? Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Jelutong banyak kali mencelah, Tuan
Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Saya pun catat juga
Yang Berhormat Jelutong.
DR. 23.10.2019 96
Puan Wong Shu Qi [Kluang]: Tuan Yang di-Pertua, suka tidak suka, kita perlu
mempercepatkan proses pembinaan kerana penduduk tidak akan menerima apa-apa
alasan sekiranya masalah catuan air tidak diperbaiki.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Yang Berhormat
Kluang.
Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Lebih dua minit ini. Lima minit dah.
Puan Wong Shu Qi [Kluang]: Saya akan gulung. Rakyat di luar sana sudah penat
mendengar pasal kaum, kaum, kaum.
Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Jawi tidak porno. Tulisan jawi tidak...
Puan Wong Shu Qi [Kluang]: Rakyat Malaysia tidak kira Cina, Melayu, India,
Iban, Kadazan, semuanya inginkan sebuah negara yang aman, bersatu padu di mana
kemakmuran dikongsi bersama.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Baik.
Puan Wong Shu Qi [Kluang]: Saya mengajak Ahli-ahli Yang Berhormat...
Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Porno.
Puan Wong Shu Qi [Kluang]: ...di dalam Dewan yang mulia ini tidak kira parti,
ayuh kita menyokong usaha kerajaan melaksanakan Belanjawan 2020 demi
kepentingan rakyat. Kita ketepikan kepentingan politik kita kepada kepentingan rakyat.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Baik, terima kasih
Yang Berhormat Kluang. Baik, terima kasih Yang Berhormat Kluang.
Dr. Abdul Latiff bin Abdul Rahman [Kuala Krai]: Terima kasih Yang Berhormat
Kluang. Masa sudah habis.
Puan Wong Shu Qi [Kluang]: Demi rakyat, dalam Belanjawan 2020 ini seperti
diumumkan tajuk utama Berita Harian, hampir semua dapat. Saya menyokong
sepenuhnya Rang Undang-undang Perbekalan 2020. Sekian.
Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary [Pengkalan Chepa]: Terima kasih
Kluang. Sila duduk.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Sila duduk. Terima
kasih Yang Berhormat Kluang. Terima kasih Yang Berhormat Kluang. Saya jemput
sekarang Yang Berhormat Jerai.
3.46 ptg.
Tuan Sabri bin Azit [Jerai]: Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
[Membaca ayat Al-Quran] “Wahai orang yang beriman, jangan kamu khianati Allah dan
Rasul-Nya. Jangan kamu khianati amanah yang diberikan padahal kamu mengetahui”.
DR. 23.10.2019 97
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas peluang yang diberikan
kepada saya untuk membahaskan Belanjawan 2020 yang bertemakan ‘memacu
pertumbuhan dan keberhasilan saksama ke arah kemakmuran bersama’. Ada pantun.
Saya buka untuk perbahasan petang ini.
Gunung Jerai cantik dipandang,
Sawah padi luas terbentang,
Bajet 2020 selesai dibentang,
Tunaikan janji usahlah temberang.
Saya menyingkap kembali tema Belanjawan 2019 yang dibentangkan tahun
lepas, Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera. Sebelum kita berbicara
soal Belanjawan 2020, kita perlu juga menilai kembali sejauh mana pencapaian
Belanjawan 2019 terlebih dahulu. Adakah kini Malaysia kian berwibawa? Adakah
keadaan ekonomi kita semakin cerah atau kian parah? Adakah rakyat semakin sejahtera
di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan sekarang?
Suka atau tidak, hakikatnya rakyat di luar sana tidak pun dapat merasai nikmat
keindahan di bawah pentadbiran Kerajaan Malaysia Baharu. Nasib hidup mereka kian
suram, sesuram senja malam. Kos sara hidup, harga barang terus naik, walau dijanjikan
harga akan turun apabila GST dimansuhkan. Nasib petani, pesawah, nelayan, penoreh
getah, peneroka masih tidak terbela. Saya sebagai Ahli Parlimen dari negeri jelapang
padi ingin menyuarakan keluhan hati pesawah. Mereka mengadu masalah menunggu
benih padi yang sah masih belum kunjung tiba sejak dua bulan yang lalu. Bekalan yang
sudah dihantar pembekal masih belum mencukupi untuk mengerjakan sawah. Saya
menuntut penjelasan Kementerian Pertanian berkenaan isu ini. Adakah ia kerana wujud
unsur monopoli syarikat sehingga gagal memenuhi bekalan permintaan yang
diperlukan? Saya mohon Yang Berhormat Menteri namakan syarikat ini.
Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Mohd Salahuddin Hasan berjanji pada 30
September 2019 yang lalu bahawa isu kekurangan bekalan ini akan dapat diselesaikan
pada minggu ini juga. Begitu juga soalan yang saya tanyakan baru-baru ini, turut
dijanjikan oleh Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan isu padi benih ini. Beliau
sendiri mendedahkan punca masalah ini ialah apabila ada syarikat pembekal gagal
membekalkan benih padi kerana menghadapi masalah penyimpanan.
■1530
Pesawah pula menjadi mangsa akibat kegagalan syarikat. Saya berharap
tindakan yang tegas diambil terhadap mana-mana syarikat yang telah terbukti gagal dan
tidak mampu melaksanakan kontrak yang sudah diberikan.
DR. 23.10.2019 98
Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Yang Berhormat Jerai, minta laluan
sedikit.
Tuan Sabri bin Azit [Jerai]: Ya, sila.
Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Terima kasih Yang Berhormat,
terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya minta, minggu lepas Yang Berhormat Menteri
Pertanian jawab masalah isu padi benih. Isu baja pun tidak selesai, isu padi benih pun
tidak selesai. Akan tetapi, dia jawab dalam masa seminggu kita akan selesai. Minggu
lepas dia jawab. Saya balik pergi ke kawasan, sampai sekarang tidak selesai dan malah
tahun lepas lagi sudah dibangkitkan isu baja dan isu padi benih ini. Tidak selesai-selesai
sampai sekarang. Adakah Menteri ini suka berjanji tetapi tidak dapat menunaikan lagi
janji-janji. [Disampuk] Walk the talk, kepala hotak dia. [Dewan ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Yang Berhormat
Pendang, saya tak gemar dengar perkataan ‘kepala hotak’.
Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Saya tarik balik ‘kepala hotak’.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Sila tarik balik.
Tuan Sabri bin Azit [Jerai]: Masukkan ucapan beliau dalam ucapan saya
kecuali ‘kepala hotak’.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Saya minta Yang
Berhormat Pendang tarik balik.
Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Saya tarik balik ‘kepala hotak’.
Beberapa Ahli: [Berucap tanpa menggunakan pembesar suara] [Ketawa]
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man [Kubang Kerian]: Yang Berhormat Jerai,
Yang Berhormat Jerai minta laluan sedikit.
Tuan Sabri bin Azit [Jerai]: Kecuali kepala hotak.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man [Kubang Kerian]: Minta laluan Yang
Berhormat Jerai.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Teruskan Yang
Berhormat Jerai berbahas dengan baik.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man [Kubang Kerian]: Yang Berhormat Jerai,
minta laluan sedikit.
Tuan Sabri bin Azit [Jerai]: Ya.
Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man [Kubang Kerian]: Tuan Yang di-Pertua,
saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Jerai isu benih padi ini banyak kali
dikemukakan dalam Dewan ini dan di luar. Nampaknya masih belum selesai dan
menjadi satu masalah kepada petani-petani kita. Saya hendak tanya, apakah isu ini
DR. 23.10.2019 99
pernah berlaku sebelum ini dan mekanisme yang dibuat oleh kerajaan lama dan
kerajaan baharu supaya kita boleh mencari jalan penyelesaian kepada isu ini. Terima
kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Sila Yang Berhormat
Jerai.
Tuan Chan Ming Kai [Alor Setar]: Yang Berhormat Jerai, minta laluan. Terima
kasih. saya ingin tanya pandangan Yang Berhormat Jerai. Memang sebenarnya
masalah ini berlaku kerana konsesi yang diberi kepada kerajaan dulu untuk sembilan
syarikat itu hanya akan tamat dalam hujung tahun ini. Maka, taklimat pun sudah diberi
untuk syarikat baru untuk tahun depan.
Cuma hendak tanya kepada pihak Yang Berhormat Jerai bahawa apakah
pandangan sekiranya kita wujudkan mekanisme di mana syarikat yang sudah dilantik
tetapi tidak mampu menghasilkan benih padi pada waktu musim yang sampai. Maka,
kerajaan trigger-kan apa mekanisme untuk dapatkan bekalan benih daripada syarikat
luar daripada senarai tersebut. Ini kerana apa yang kita nampak masalah sekarang
adalah, kerana sudah lantik sembilan syarikat itu, maka bila dia tidak mampu hendak
buat pun, kita terpaksa hendak tunggu dia.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Sila Yang Berhormat
Jerai.
Tuan Sabri bin Azit [Jerai]: Ya, saya setuju.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Yang Berhormat Jerai,
boleh tambah sedikit fasal ini?
Seorang Ahli: Lah, ada lagi.
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Yang Berhormat Jerai sedar
tak bahawa apabila kerajaan tarik subsidi, tidak lagi beri subsidi maka benih padi itu
bertambah mahal. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Sila Yang Berhormat
Jerai.
Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Tadi ini, saya baru tarik balik, tak
done hendak bagi soalan. Baru conclusion.
Tuan Sabri bin Azit [Jerai]: Tidak apa, masukkan dalam ucapan saya.
Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Monopoli sejarah benih padi ini
penting. Adakah pihak kementerian memonopoli benih padi? Itu yang saya hendak
tanya. Jadi kita minta Yang Berhormat Jerai tolong jawab.
DR. 23.10.2019 100
Tuan Sabri bin Azit [Jerai]: Minta Menteri yang jawab kan insya-Allah lepas ini.
Saya ingin tahu apakah status pelaksanaan. Sebelum itu, apabila disebut isu monopoli
ini Tuan Yang di-Pertua, saya teringat akan pengumuman yang dibuat oleh Menteri
Pertanian dan Industri Asas kira-kira sebulan selepas PRU 14 pada 6 Jun 2018. Beliau
berkata, monopoli Syarikat Padiberas Nasional (BERNAS) sebagai pengeluar beras
negara akan dihentikan. Saya ingin tahu, apakah status pelaksanaan penamatan
monopoli itu? Apakah kerajaan berhasrat mengembalikan semua peranan Lembaga
Padi dan Beras Negara (LPN) sebagai penjaga industri padi dan beras tempatan.
Isu ini amat penting kerana ia melibatkan isu sekuriti makanan negara dan
kebajikan pemain industri termasuk petani, pengilang serta rakyat sebagai pengguna
akhir. Kita tidak mahu pula menjadi seperti tikus membaiki labu. Petani amat
mengharapkan pembelaan terhadap nasib mereka apabila monopoli dipecahkan,
namun jangan pula nasib mereka diabaikan apabila pemain baru industri padi masuk ke
gelanggang. Saya berharap peruntukan sebanyak RM43 juta untuk pembangunan
industri pertanian 4.0 dapat dimanfaatkan sepenuhnya agar baka yang berkualiti dan
berproduktiviti tinggi dapat dihasilkan. Sekali gus mengurangkan kebergantungan kita
sebagai import hasil pertanian daripada negara asing.
Saya juga turut ingin membangkitkan isu Pertubuhan Peladang Negeri Kedah
(PPN). Mengapa kementerian membuat pindaan secara tergesa-gesa peraturan
Pertubuhan Peladang 2019 tanpa mengambil kira pandangan dan perbincangan secara
menyeluruh dengan anggota PPN, yakni Pertubuhan Peladang Negeri. Menteri dilihat
menjadikan Pertubuhan Peladang sebagai kenderaan politik Parti Amanah Negara.
Melalui pelantikan Ahli Jemaah Pengarah (AJP) di peringkat Pertubuhan Peladang
Kawasan (PPK) yang terdiri daripada hanya kalangan ahli PAN atau Parti Amanah
Negara. Inilah wajah Malaysia baharu.
Pengerusi PPN Kedah dan negeri-negeri lain merasa amat kecewa kerana
agensi itu kini berhadapan dengan terlalu banyak campur tangan politik khususnya
Menteri yang banyak membuat keputusan tanpa persetujuan ahli. Mengapa kini lantikan
seramai lima orang Ahli Jemaah Pengarah AJP PPN dibuat secara terus oleh Menteri.
Manakala, hanya empat lagi dipilih dalam kalangan ahli dalam mesyuarat agung.
Demokrasi jenis apa yang dibawa oleh Menteri? PPN turut mempersoalkan keputusan
Mesyuarat Agung NAFAS sebelum ini yang memutuskan pembayaran elaun kepada
Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan dan AJP yang dibuat secara tetap setiap
bulan.
DR. 23.10.2019 101
Tindakan ini secara jelas telah melanggar akta pertubuhan itu kerana ia
sepatutnya diputuskan oleh Pendaftar Lembaga Pertubuhan Peladang. Dalam kerajaan
sebelum ini, mereka yang dilantik ke jawatan berkenaan menerima elaun secara tidak
tetap dan mereka masuk dalam Peladang untuk membantu Peladang. Pendaftar LPP
yang akan memutuskan berapa jumlah elaun yang harus dibayar berdasarkan
keuntungan. Sila.
Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah [Lenggong]: Saya hendak respons apa
yang Yang Berhormat Jerai sebut tadi Tuan Yang di-Pertua. Campur tangan Menteri
dan kementerian dalam menentukan kepimpinan Lembaga Pertubuhan Peladang,
nampak sangat tidak demokratik. Apabila lantikan Menteri lima, dipilih empat, sudah
pasti bila menentukan Pengerusi Lembaga Pengarah, akan dimenangi oleh lantikan
Menteri. Jadi, apakah pandangan Yang Berhormat Jerai, ini menunjukkan bahawa
sangat jelas kerajaan mahu campur tangan dalam organisasi yang sepatutnya terbuka
dan dibiarkan rakyat menentukan masa depan. Apa pandangan Yang Berhormat Jerai?
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Berkaitan Yang Berhormat
Jerai. Dalam manifesto mereka menyebut bahawa orang-orang politik tidak akan jadi
pengerusi-pengerusi. Akan tetapi, begitu banyak sekali agensi-agensi yang orang-
orang politik jadi pengerusi. Adakah ini satu lagi pembohongan kepada manifesto?
Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Bohong terus. [Berucap
tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Sila Yang Berhormat
Jerai bagi ulasan.
Tuan Sabri bin Azit [Jerai]: Macam saya sebut tadilah.
Tuan Chang Lih Kang [Tanjong Malim]: Yang Berhormat Jerai.
Tuan Sabri bin Azit [Jerai]: Kita harap...
Tuan Chang Lih Kang [Tanjong Malim]: Yang Berhormat Jerai, boleh sedikit?
Tadi Yang Berhormat Pontian, I hendak respons sedikit tentang...
Tuan Sabri bin Azit [Jerai]: Tidak apalah, saya bagi lah.
Tuan Chang Lih Kang [Tanjong Malim]: Terima kasih. Tadi Yang Berhormat
Pontian kata dalam Manifesto Pakatan Harapan tidak ada boleh dilantik pengerusi dari
kalangan orang politik. Akan tetapi, itu adalah GLC yang dilantik kini adalah badan-
badan berkanun. Kalau badan berkanun pun tidak boleh lantik, itu buat apa jadi
kerajaan. Baik jadi pembangkang.
Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Hello, minta.
DR. 23.10.2019 102
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Sila, terima kasih
Yang Berhormat Tanjong Malim.
Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Tuan Yang di-Pertua, minta sedikit
Yang Berhormat Jerai. Ini PPK, kami kawasan peladang, sawah padi. You bukan
kawasan sawah padi, you bukan tahu yang sebenarnya ‘woket’ yang di bawah yang
berlaku itu. Sekarang ini kita hendak minta... [Disampuk] Tidak apa, yang ‘woket’ itu
rujuk dekat ustaz-ustaz yang ada di situ.
Seorang Ahli: ‘Woket’ itu apa?
Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Premis, premis. You tidak tahu
budaya sawah padi. Saya hendak minta Yang Berhormat Jerai, tolong minta Menteri
Pertanian supaya jangan campur tangan politik dan masukkan ahli-ahli PAN menjadi
Ahli Lembaga Pengarah PPN dan juga PPK di setiap kawasan. Kalau tidak, sampai bila
pesawah tidak akan maju. Minta.
Tuan Sabri bin Azit [Jerai]: Terima kasih Yang Berhormat Pendang. Apa yang
diminta, itulah yang saya akan minta juga. Okey, seterusnya.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Tiga minit lagi.
Seorang Ahli: Jangan bagi laluan sudah.
Seorang Ahli: Tambah tiga minit lagi.
Tuan Sabri bin Azit [Jerai]: Saya juga ingin membangkitkan Tuan Yang di-
Pertua berkenaan pelaksanaan jawi di sekolah. Saya menyambut baik hasrat murni
Menteri Pendidikan yang menyebut ruang penulisan tulisan jawi akan disediakan dalam
majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya berharap mekanisme pelaksanaan
ini akan diperkemas lagi agar terbitan majalah Tamadun Islam, Tunas Cipta dan Dewan
Pelajar dapat disebar luaskan lagi kepada semua sekolah tanpa mengira jenis sekolah.
Perlu disarankan dalam Dewan yang mulia ini. Jawi di sekolah rendah sekarang
hanya diberi masa setengah jam seminggu dan ini tidak mencukupi. Mohon dikaji
pelaksanaan tersebut dan saya cadangkan supaya dipanjangkan masa pengajaran jawi
sehingga satu jam untuk satu minggu.
■1540
Manakala program kerajaan harus memanfaatkan Munsyi Dewan Jawi yang
sekarang ini seramai 51 orang agar program Klinik Jawi dan Kursus Pengkaedahan
Tulisan Jawi dapat diperbanyakkan lagi. Cuma saya terkilan, saya sendiri sebagai
Munsyi Dewan (Jawi) Dewan Bahasa dan Pustaka sudah mula dihalang daripada
menjadi tenaga pengajar kursus tersebut bukan oleh DBP tetapi oleh KPM kerana saya
menjadi Ahli Parlimen pembangkang.
DR. 23.10.2019 103
Tuan Haji Awang bin Hashim [Pendang]: Apa ini teruk daripada BN ini?
Tuan Sabri bin Azit [Jerai]: Saya amat berharap Yang Berhormat Menteri dapat
meneliti isu ini kerana niat saya hadir ke sekolah adalah untuk berkongsi ilmu dan
kemahiran yang saya miliki bukannya berceramah politik. Atas semangat Malaysia
baharu sepatutnya pemikiran songsang sekatan atas sebab politik wajar dihentikan.
Jikalau tidak, tidak ada bezanya Malaysia baharu dengan Malaysia yang dulu-dulu.
Hasrat murni Yang Berhormat Menteri yang berjanji di dewan yang mulia ini pada tahun
lepas kelihatannya tidak disambut pula oleh pelaksana di peringkat negeri dan daerah.
Saya juga ingin membawa suara hati guru mata pelajaran Islam yang memohon
agar peruntukan untuk kegiatan pendidikan Islam dan moral ditingkatkan. Dalam
keadaan suasana cabaran masalah sosial yang kian parah, kita amat memerlukan
pendidikan agama yang secukupnya agar ia menjadi benteng yang kukuh dalam jiwa
anak-anak pelajar. Saya juga ingin tahu sejauh manakah program KAFA dan JQAF
dipraktikkan secara amali di sekolah. Sebagai contoh, amalan solat berjemaah. Apakah
pendirian KPM terhadap sekolah yang mewajibkan pelajarnya solat terlebih dahulu
sebelum pulang ke rumah.
Isu bebanan tugas guru juga di antara janji utama Yang Berhormat Menteri ketika
mula memegang jawatan tersebut. Jadi, saya ingin tahu apakah langkah penyelesaian
yang sudah dan akan dibuat oleh KPM bagi menyelesaikan isu guru yang turut
dibebankan dengan kerja pentadbiran sedangkan tugas hakiki mereka ialah mengajar
dan mendidik dan adakah KPM turut bersedia menaikkan elaun warden asrama?
Dalam keadaan pertambahan bilangan pelajar asrama, sudah tiba masanya
elaun ini dinaikkan agar ia sedikit sebanyak melegakan hati warga pendidik yang sudi
berkhidmat menjadi warden. Mereka juga mempunyai komitmen kepada keluarga
masing-masing namun demi tugas, mereka berkorban. Kita tidak mahu guru pula yang
menjadi mangsa terkorban akibat disaman ratusan ribu, malah jutaan ringgit kerana kes
buli yang berlaku di asrama. Persoalan kebajikan warga pendidik ini amat penting. Kita
cakna dan ambil peduli kerana merekalah membentuk acuan pemimpin masa hadapan
negara yang akan duduk berbahas pula dalam Dewan yang mulia ini pada satu hari
nanti.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Mohd Rashid Hasnon]: Yang Berhormat
Jerai, masa dah tamat. Minta rumuskan.
Tuan Sabri bin Azit [Jerai]: Ada lagi lima helai ini. Tadi saya bagi banyaklah
kepada Yang Berhormat Pendang, kepada semualah. PH pun saya bagi juga. Akhir
sekali, saya ingin membangkitkan aduan yang saya peroleh berkenaan kualiti secara
DR. 23.10.2019 104
langsung sidang Parlimen oleh RTM dan TM. Kita menyebut berkenaan Wawasan 2020,
kereta terbang, internet jalur lebar dan 5G tetapi cuba kita lihat kualiti siaran langsung
Parlimen. Mengapa siaran langsung berkualiti tinggi HD yang disiarkan oleh RTM hanya
sehingga jam 12 tengah hari sahaja? Pengguna Unifi TV TM yang menonton siaran
Parlimen di channel 633 hairan mengapa siaran sudah tidak lagi HD sepenuhnya seperti
sebelum PRU14 dahulu. Saya mohon penjelasan punca kepada isu ini berlaku dan
apakah penyelesaiannya. Sekian sahaja ucapan saya, terima kasih Tuan Yang di-
Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Mohd Rashid Hasnon]: Terima kasih Yang
Berhormat Jerai. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Sungai Besar.
3.43 ptg.
Tuan Muslimin bin Yahaya [Sungai Besar]: Bismillahir Rahmanir Rahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, salam perjuangan,
salam Sayangi Malaysiaku, salam harapan. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua
atas peluang untuk Sungai Besar mengambil bahagian dalam perbahasan kali ini.
Sungai Besar menggunakan peluang yang diberi untuk membahas pembentangan bajet
kedua Malaysia baharu Kerajaan Pakatan Harapan pada Mesyuarat Ketiga, Penggal
Kedua, Parlimen Ke-14.
Selaku penyokong Pakatan Harapan, pastinya saya menyokong pembentangan
bajet kali ini dan saya sebenarnya sangat bertuah kerana sentiasa berada di blok
kerajaan walaupun kerajaan sudah bertukar sejak 9 Mei 2018. Sebagai penyokong
kerajaan, tidak ada sebab untuk kita membantah pembentangan bajet pada kali ini
sebagaimana mereka yang sewaktu dengannya. Akan tetapi, saya menganggap inilah
belanjawan yang sehabis baik yang mahu kerajaan berikan dan yang terbaik untuk
rakyat dan ramai rakyat di luar sana yang faham kecuali yang tidak mahu faham dan
mahu bersama kerajaan memacu pertumbuhan dan keberhasilan saksama ke arah
kemakmuran bersama.
Kita tahu mereka mahu bersama kerajaan membangunkan semula negara.
Mereka mahu bersama kerajaan memperkasakan semula negara. Mereka mahu
bersama kerajaan mereformasikan tadbir urus negara. Paling mudahnya Tuan Yang di-
Pertua, rakyat ibaratnya kalau cangkat itu sama-samalah didaki. Kalau lurahnya, biarlah
sama-sama dituruni. Ini kata rakyat. Kalau sambalnya kita colek, kuahnya biarlah sama-
sama kita hirup. Kalau seliang bagai tebu, serumpunnya biarlah bagai serai. Kalau
kundurnya menjalar ke hulu, labunya menjalar ke hilir, pucuknya sama-sama kita getis.
DR. 23.10.2019 105
Tangkainya sama-sama kita rasa. Dalam apa cara sekalipun, rakyat mahu susah
senang membangunkan semula negara ini dapat dilaksanakan secara bersama-sama.
Tuan Yang di-Pertua, dalam keadaan kewangan yang tidak mewah, nampaknya
kerajaan baharu Pakatan Harapan masih serius meneruskan pembangunan
infrastruktur. Inisiatif untuk rakyat tetap menjadi keutamaan, kebajikan rakyat tetap
diteruskan. Pengangguran tetap menjadi agenda keutamaan, peluang kerja tetap
diteruskan malah insentif menggantikan 2.2 juta pendatang asing juga disediakan. Ada
galakan perbelanjaan pengguna termasuk pelan rangsangan dan tidak semudah untuk
memenuhi keperluan semua. Jauh lebih baik daripada kita meneruskan tradisi lama.
Tuan Yang di-Pertua, kita ucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana
menyempurnakan Bantuan Sara Hidup berfokus kepada lebih 4.3 juta isi rumah
termasuk golongan petani, penternak, nelayan, orang tua, orang muda dan OKU. Kita
juga mengucapkan terima kasih atas kepelbagaian subsidi. Subsidi sebenarnya kalau
ikut dalam bajet, meningkat daripada RM22.3 bilion tahun 2019 kepada RM24.2 bilion
pada tahun 2020. Ini khas untuk diberikan kepada rakyat dan sebenarnya telah berlaku
peningkatan bajet pada kali ini.
Kita juga mengucapkan terima kasih kerana kerajaan memberi keutamaan
kepada perkembangan bakat, minat dan kecenderungan rakyat dan kita juga
mengucapkan terima kasih kerana kerajaan tetap mengutamakan pembangunan
bumiputera, usahawan bumiputera dan kita kena pastikan bumiputera berpeluang
menguasai sekurang-kurangnya 30 peratus enlarging the cake, dengan izin termasuk
kontrak dan sebagainya. Termasuklah yang berkaitan dengan syiar Islam. Kita juga
mengucapkan terima kasih kerana kerajaan meletakkan pendidikan sebagai agenda
paling penting penentu kepada perwatakan negara pada masa hadapan. Ada tata
susilanya, ada nilai kesopanannya, ada tingkah laku yang baik dan tidak melahirkan
generasi yang biadab. Kita tetap mengutamakan soal pekerjaan dan paling kita
berterima kasih kerana rakyat terus bersama dengan Kerajaan Pakatan Harapan.
Tuan Yang di-Pertua, saya pemimpin yang dilahirkan, dibesarkan, diangkat
sebagai wakil rakyat daripada kawasan pertanian. Kita mengucapkan terima kasih
kepada kerajaan terus memberi perhatian kepada kumpulan petani, penternak dan
nelayan. Pertanian terus mendapat perhatian daripada segi bantuan dan subsidi. Bagi
bajet tahun ini sahaja, sebanyak RM885 juta disediakan berbanding RM796 juta pada
tahun lepas. Pada keseluruhan, bajet untuk pertanian dan industri asas tani meningkat
sebenarnya daripada RM4.4 bilion kepada RM4.9 bilion pada tahun ini. Maksudnya bajet
untuk petani tetap meningkat dan tidak kurang sebagaimana yang dinyatakan.
DR. 23.10.2019 106
Tuan Yang di-Pertua, tetapi sebenarnya walaupun bajet meningkat, bagi
pesawah berjumlah lebih 170,000 yang mengusahakan lebih 670 hektar, hari ini Tuan
Yang di-Pertua, mereka menghadapi hari-hari yang suram, hari-hari yang sukar
daripada segi produktiviti, penghasilan dan pengeluaran. Tahap sekarang, hasil yang
tinggi per hektar kalau ikut kata P.Ramlee, sudah sampai tahap kadang-kadang dan
jarang-jarang. Maksudnya, hasil semakin menurun.
■1550
Maka sebab itu saya ingin menyampaikan perjuangan para pesawah dan para
petani supaya kerajaan baharu ini menjadi champion kepada kemahuan mereka. Tuan
Yang di-Pertua, apa yang mereka mahu? Mereka mahu pemutuan padi, potongan padi
dikembalikan dari 17 peratus sebagaimana dahulu berbanding sekarang 20 peratus.
Mereka berjuang 17 peratus potongan ini sehingga kerajaan terdahulu tumbang dan
mereka tidak mahu kerajaan baharu ini meneruskan dasar terdahulu apa lagi dalam
keadaan hasil yang sangat teruk dengan pelbagai penyakit BLB, BPB dan lain-lain. Bagi
orang Sungai Besar, BLB itu dikaitkan dengan ‘Bawaan Laluan Bangla’.
Oleh sebab itu kebanyakan penyakit memang datang daripada pendatang asing
yang bekerja di sawah pada waktu itu dan mereka mahukan siling— ini perjuangan
mereka. Mereka mahukan siling dinaikkan daripada— siling harga padi ini dinaikkan
daripada RM1,200 kepada RM1,300. Kalau dalam bajet kali ini kerajaan mampu
lakukan, pertama, pemutuan dikembalikan kepada 17 peratus dan harga siling
dinaikkan kepada RM1,300 per tan, saya yakin 170,00 keluarga pesawah akan gembira
dan pasti kerajaan baharu ini akan jadi champion di mata rakyat dan kita tidak mewarisi
dasar dan polisi yang lama.
Tuan Yang di-Pertua, Pantai Barat Semenanjung merupakan jelapang padi yang
paling bermutu, paling moden dan paling konsisten dengan sistem pengairan yang
terbaik di Asia Tenggara di bawah seliaan IADA Barat Laut Selangor. Cumanya kaedah
pengairan yang termoden ini sudah berusia 40 tahun, kejuruteraan daripada Korea
sudah sangat uzur dan kita mahukan sebuah sistem pengairan yang lebih baik supaya
kawasan pantai kawasan barat laut Selangor ini terus menjadi penyumbang kepada
jaminan makanan negara.
Tuan Yang di-Pertua, kita gembira dengan penyediaan RM550 juta dana
pinjaman untuk tanaman semula sawit melalui program Sayangi Sawitku. Kita tahu sawit
merupakan satu komuniti penyumbang kepada pendapatan negara dan masalah yang
berlaku adalah harga sawit yang sangat ding dong pada hari ini. Hal ini sebenarnya telah
meresahkan lebih daripada 400,00 pekebun kecil sawit. Cuma apa yang kita
DR. 23.10.2019 107
mengharapkan rintihan daripada pekebun sawit, kita mahu kerajaan mengkaji semula
penyediaan pembiayaan ini walaupun hanya dengan interest dua peratus untuk
tanaman semula sawit kita hendak dikembalikan dalam bentuk geran sebagaimana
sebelumnya.
Tuan Yang di-Pertua, kita gembira TVET terus diberi perhatian oleh kerajaan.
Kelahiran tenaga mahir sangat penting walaupun sehingga kini urusan TVET dari segi
kesepakatan di peringkat beberapa kementerian masih belum jelas. Masih lagi ada
kumpulan keluaran vokasional yang teraba-raba dengan pengiktirafan pensijilannya.
Beratus ribu graduan dikeluarkan dengan harapan menjadi tenaga mahir, boleh
menggantikan 2.2 juta tenaga asing tetapi masih lagi teraba-raba dari segi pengiktirafan.
Pada bahas tahun lepas, saya pernah menyentuh berkaitan dengan lulusan Diploma
Vokasional Malaysia yang masih belum dapat pengiktirafan daripada 615 kursus ini
sejak tahun 2013, Tuan Yang di-Pertua.
Daripada 615 kursus, hanya 12 sahaja yang mendapat akreditasi penuh.
Maknanya daripada pihak MQA. Sebanyak 500 program dapat akreditasi sementara dan
360 program baru menjalani proses penilaian. Kalau kita tidak buat sesuatu, bermaksud
kita hanya meneruskan tradisi, polisi dan dasar lama. Alhamdulillah pihak Yang
Berhormat Menteri Pendidikan telah bertindak pantas menubuhkan task force khas
memberi perhatian serius kepada permasalahan TVET.
TVET terus mendapat peruntukan besar RM5.9 bilion berbanding RM5.7 billion
pada bajet yang lepas dan apa yang kita mahu pengurusan dan pentadbiran TVET ini
sepatutnya di bawah satu badan induk yang menyelaras semua institusi TVET termasuk
dari segi pengiktirafan, laluan ke IPTA dan bukannya diurus oleh pelbagai kementerian,
yang akhirnya bergerak bersendirian. Cuma persoalannya nanti, kita mahu tahu setakat
mana task force tersebut telah berjaya menggabungkan semua TVET di peringkat
kementerian.
Tuan Yang di-Pertua, kita ucapkan terima kasih dan penghargaan kepada
kerajaan dalam menyediakan soal pekerjaan. Menjadi perhatian yang sangat serius oleh
kerajaan baharu Pakatan Harapan. Kita tahu beratus ribu graduan sedang menganggur.
Sebab itu dalam bahas yang lepas saya telah minta supaya sebuah bank data berkaitan
pekerjaan diwujudkan. Kita hendak tahu berapa ramai keluaran investigative
kedoktoran, farmasi, saintis dan sebagainya yang dikeluarkan oleh IPTA, IPTS dan
daripada luar negara.
Kita hendak tahu juga berapa ramai orang realistik dalam bidang kejuruteraan,
dalam bidang teknikal, dalam bidang mekanikal yang telah dikeluarkan dan sedang
DR. 23.10.2019 108
menganggur. Kita hendak tahu juga berapa ramai orang bidang artistik, orang sosial,
orang enterprising apa lagi dalam bajet yang lepas disebut sebagai hendak wujudkan
sebuah negara keusahawanan. Berapa ramai dalam bidang perniagaan, bidang
business yang masih menganggur sampai sekarang. Kita hendak tahu juga berapa
ramai orang profesional yang masih menganggur sampai sekarang.
Maka sebab itu, kita hendak kerajaan terus memacu jauh ke depan dan kita tidak
mahu mewarisi tradisi yang sedia. Apa yang terdahulu, yang lama kita kena bezakan
pendekatan dan kita hendak tanya RM400 juta yang diwujudkan untuk penyelidikan
setakat mana mampu untuk memastikan bahawa bidang pekerjaan ini kita tahu dari segi
bank datanya, berapa ramai bidang-bidang yang menganggur sekarang ini. Beratus ribu
yang sedang menganggur.
Tuan Yang di-Pertua, kita ucapkan terima kasih kerana kerajaan memberi
perhatian juga berkaitan dengan hakisan. Saya duduk di kawasan pantai barat
Semenanjung Malaysia. Kita tahu dalam kajian kerentanan pantai, di garis pantai
Semenanjung, pantai barat kita mengalami hakisan yang sangat teruk. Ini menimbulkan
kebimbangan kepada rakan-rakan nelayan dan mereka yang duduk ataupun tinggal di
kawasan jajaran garis pantai. Maka dengan ini kita minta supaya kerajaan menyediakan
peruntukan yang lebih baik untuk memastikan bahawa kerentanan pantai ataupun garis
pantai di kawasan pantai barat akan mendapat perhatian daripada kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua, kita bangga kerajaan terus memberi perhatian kepada
warga emas, warga tua. Pada tahun ini diberi peruntukan sebanyak RM4.6 juta untuk
129 pusat harian warga emas bagi manfaat 37,000 warga emas. Akan tetapi Tuan Yang
di-Pertua, pada saya peruntukan ini sangat-sangat sedikit. Bayangkan tenaga kerja di
pusat tersebut bagi jawatan penyelia hanyalah RM600 sebulan. Pembantu Penyelia I
bergaji RM400 sebulan, Pembantu Penyelia II bergaji RM400 sebulan.
Bagi pemandu yang ada Unit Penyayang hanya RM650 sebulan. Jauh lebih
daripada garis kemiskinan dan sangat miskin. Kita mahu kerajaan mengkaji semula
termasuk pemberian sarapan pagi kepada warga emas yang hanya bernilai RM1.40
sahaja. Jadi yang ini kita minta supaya diberi perhatian yang sangat serius kepada
warga-warga tua yang banyak menyumbang jasa dan bakti kepada pembangunan
negara.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Yang Berhormat.
Tuan Muslimin bin Yahaya [Sungai Besar]: Terakhirnya.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Ya.
DR. 23.10.2019 109
Tuan Muslimin bin Yahaya [Sungai Besar]: Ayuh kepada Kerajaan Pakatan
Harapan, kita ubah tradisi, kita ubah tadbir lama, kita ubah polisi lama, kita ubah dasar
lama, kita reform dengan memenuhi kehendak rakyat, dengari keperluan rakyat.
Jangan nanti sudah terhantuk baru hendak tergadah,
Sudah kecurian baru hendak berkunci pintu,
Sehabis kelahi baru teringat silat,
Sudah kalah baru hendak berkubu,
Kita baru hendak mengambil pengayuh,
Orang sudah sampai ke seberang.
Saya juga hendak mengucapkan Selamat Deepavali nal valthukal kepada rakan-
rakan India kita dan Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong bajet pada kali ini.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
■1600
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Terima kasih Yang
Berhormat Sungai Besar. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Petrajaya, diikuti oleh
Yang Berhormat Putatan, kemudian diikuti oleh Yang Berhormat Tenggara.
4.00 ptg
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof [Petrajaya]: Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam Sejahtera, terima kasih Tuan
Yang di-Pertua kerana memberi peluang dan kesempatan pada saya untuk turut serta
dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2020 pada hari ini. Sebelum saya
meneruskan perbahasan saya, saya ingin mengalu-alukan pelawat daripada
Persekutuan Tarian Naga dan Singa Malaysia. [Tepuk]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Sila.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof [Petrajaya]: Ibarat di luar bagai madu, di
dalam bagai hempedu. Kelihatan inilah, kelihatan indah luarannya namun tidak
sedemikian di dalamnya. Itulah gambaran sebenar Belanjawan 2020 yang telah
dibentangkan oleh Yang Berhormat Bagan, yang juga Menteri Kewangan pada 11
Oktober lalu, terutama untuk rakyat Sarawak. Seperti dikatakan rakan saya Yang
Berhormat Batang Sadong sebelum ini, kami di Sarawak bukanlah golongan yang
bersikap hard to please dengan izin. Kerana hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah
Sarawak dan Sabah hanya menerima lebih kurang separuh daripada peruntukan
DR. 23.10.2019 110
pembangunan yang dijanjikan dalam Manifesto Kerajaan Pakatan Harapan. Jumlah
yang diperuntukkan iaitu RM9.6 bilion atau 17.1 peratus daripada keseluruhan dana
pembangunan belanjawan 2020 dengan Sarawak hanya menerima RM4.4 bilion dan
Sabah RM5.2 bilion.
Manifesto PH telah menjanjikan 30 peratus dana pembangunan akan diagihkan
kepada Sarawak dan Sabah tetapi kenapa hanya 17.1 peratus yang diperuntukkan. Jika
beginilah caranya kerajaan Pakatan Harapan mengagihkan peruntukan untuk Sarawak
dan Sabah, hasrat untuk merapatkan jurang pembangunan antara Sarawak, Sabah dan
Semenanjung nampaknya tidak akan dapat dicapai dalam masa terdekat terutama dari
segi infrastruktur. Ini kerana kerajaan Pakatan Harapan sendiri tidak mampu untuk
menunaikan apa yang telah dijanjikan dalam Manifesto kepada rakyat Sarawak itu
sendiri. Tuan Yang di-Pertua, berhubung kait dengan pemberian khas di bawah Perkara
112 (d), semasa pembentangan bajet oleh Menteri Kewangan baru-baru ini, Yang
Berhormat Menteri Kewangan telah menyatakan dalam para 118 bahawa pemberian
khas di bawah Perkara 112 Perlembagaan Persekutuan merupakan sebahagian
daripada geran Persekutuan. Sejak tahun 1969, kadar pemberian khas tahunan ini iaitu
sebanyak RM26.7 juta untuk Sabah dan RM16 juta untuk Sarawak belum pernah
disemak semula.
Oleh itu buat pertama kalinya bermula tahun 2020, kerajaan Pakatan Harapan
bercadang untuk menggandakan kadar tersebut pada RM53.4 juta untuk Sabah dan
RM30 juta untuk Sarawak. Bagi menunjukkan keprihatinan terhadap rakyat di Sabah
dan Sarawak, kerajaan akan menggandakan lagi kadar pemberian khas sehingga
RM106.8 juta untuk Sabah dan RM64 juta untuk Sarawak dalam tempoh lima tahun.
Bunyinya manis, namun sebelum saya menjelaskan mengenai kenyataan ini, ingin saya
membuat perhatian Ahli-ahli Dewan yang mulia ini mengenai perbincangan keperluan
kajian semula pemberian khas pada negeri Sarawak di bawah Perkara 11 (d)
Perlembagaan Persekutuan.
Seperti mana semua yang sedia maklum, kerajaan Persekutuan telah
menubuhkan satu Jawatankuasa Khas Kabinet iaitu Jawatankuasa PEMANDU untuk
menyemak pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963. Beberapa mesyuarat telah
dilaksanakan dan salah satu perkara yang telah dibincangkan ialah perkara berkaitan
keperluan kajian semula pemberian khas pada negeri Sarawak di bawah Perkara 112
(d) Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan Negeri Sarawak yang diketuai oleh Yang
Amat Berhormat Ketua Menteri telah membentangkan perkara ini untuk
dipertimbangkan oleh pihak Jawatankuasa Khas ini. Di dalam mesyuarat jawatankuasa
DR. 23.10.2019 111
teknikal, untuk menyemak pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 pada 14 Januari 2019,
mesyuarat telah bersetuju bahawa perkara berkaitan keperluan kajian semula
pemberian khas pada negeri Sarawak di bawah perkara 112 (d) Perlembagaan
Persekutuan ini dibincangkan di dalam kluster kewangan.
Melalui mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kluster Kewangan antara Kerajaan
Persekutuan dan kerajaan negeri yang diadakan pada 18 April 2019, Kerajaan Negeri
Sarawak telah mengemukakan satu garis panduan bagi melaksanakan semakan
semula pemberian khas kepada Kerajaan Persekutuan. Kementerian Kewangan telah
diminta untuk mempertimbangkan dan memberi maklum balas ke atas garis panduan
yang dikemukakan. Walau bagaimanapun, sehingga ke mesyuarat Jawatankuasa
PEMANDU Khas Kabinet terkini yang diadakan pada 23 Julai 2019, Kementerian
Kewangan masih lagi belum memberi maklum balas terhadap draf dan garis panduan
yang dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak.
Oleh yang demikian, memandangkan perbincangan mengenai perkara ini masih
belum lagi dimuktamadkan, ingin saya kemukakan beberapa soalan kepada Yang
Berhormat Menteri Kewangan mengenai ucapan beliau semasa pembentangan Bajet
2020 seperti yang dinyatakan di atas. Pertama, adakah keputusan untuk mengagihkan
jumlah yang diumumkan pada Sabah, Sarawak itu adalah keputusan persendirian oleh
Yang Berhormat Menteri Kewangan. Kedua, adakah ianya dibincang dan dipersetujui
dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet iaitu Jawatankuasa PEMANDU.
Sekiranya belum dipersetujui, kenyataan Yang Berhormat Menteri Kewangan tersebut
jelas bercanggah dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Khas ataupun
Jawatankuasa Kabinet. Yang ketiga, adakah fungsi mesyuarat Jawatankuasa Kabinet
ataupun Jawatankuasa PEMANDU yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri sekiranya Yang Berhormat Menteri Kewangan boleh secara unilateral
membelakangi mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet ini.
Yang keempat mengenai garis panduan. Adakah garis panduan berhubung
semakan semula pemberian khas telah dimuktamadkan? Jadi saya mohon Yang
Berhormat Menteri Kewangan untuk menjelaskan perkara ini. Isu seterusnya ialah
mengenai penyelenggaraan sekolah daif di Sarawak. Fokus ke arah usaha membaik
pulih dan membina semula sekolah daif di Sarawak umpama tidak diberi keutamaan
oleh Kerajaan Persekutuan sejak selepas Pilihan raya Umum yang ke 14. Jika dalam
Belanjawan 2018 yang diumumkan pada 2017, Sarawak dan Sabah masing-masing
mendapat RM1 bilion untuk sekolah daif bagi tahun 2018 dan 2019, namun apabila
DR. 23.10.2019 112
kerajaan bertukar selepas PRU 14, peruntukan berkenaan telah ditarik balik dan tidak
diteruskan oleh kerajaan baru.
Kini kerajaan Sarawak sebaliknya perlu membayar hutang RM1 bilion pada
Kerajaan Persekutuan terlebih dahulu, barulah Kerajaan Persekutuan meneruskan
projek membaik pulih dan membina semula sekolah daif di Sarawak. Sarawak telah
diminta membayar pendahuluan RM350 juta yang sudah pun dijelaskan dan peruntukan
itulah yang akan digunakan untuk membaik pulih sekolah daif di Sarawak. Di Sarawak
untuk makluman kita semua, terdapat sejumlah 1,002 sekolah daif dengan 14 di tahap
kritikal. Kalau dikira sejumlah RM3 bilion diperlukan untuk membaik pulih semua
sekolah daif berkenaan.
Justeru itu, saya ingin mendapat penjelasan dan jawapan daripada Yang
Berhormat Menteri Kewangan. Pertama berapakah peruntukan sebenar untuk sekolah
daif di Sarawak dan tolong nyatakan senarai nama sekolah-sekolah yang akan dibina di
Sarawak pada tahun 2020 nanti. Yang kedua, jika mahu mendengar perincian
pelaksanaan - kita mahu mendengar perincian pelaksanaan projek sekolah daif di
Sarawak. Ini kerana Sarawak sudah membayar RM350 juta sebagai bayaran awal untuk
sejumlah RM1 bilion sebagai kontra pinjaman. Malangnya ia tidak diperincikan di dalam
pembentangan Belanjawan 2020. Yang ketiga dari segi keseluruhan bajet pendidikan
juga, kenapa hanya RM783 juta diperuntukkan untuk baik pulih sekolah daif di seluruh
negara.
Apabila RM1.7 bilion telah diperuntukkan untuk melaksanakan program sarapan
percuma. Kenapa tidak terus berpegang dengan polisi khusus untuk golongan B40
seperti Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang hanya perlu peruntukan RM289
milion. Apakah rasional untuk melakukan perubahan ini? Yang keempat, terdapat lebih
100 sekolah daif di Sarawak sahaja dan saya hendak tanya Menteri Kewangan adakah
ianya merasakan RM783 juta yang diperuntukkan untuk sekolah daif seluruh negara
dalam Belanjawan 2020 ini mencukupi khasnya untuk mempercepatkan sama ada baik
pulih mahupun bina semula sekolah daif di Sarawak.
Isu seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh jawapan Menteri
Kerja Raya ketika menjawab soalan Yang Berhormat Saratok pada 14 Oktober yang
lalu, menyatakan tiga jambatan diluluskan untuk Sarawak oleh kerajaan terdahulu telah
dibatalkan kerana ia berada dalam bidang kuasa kerajaan negeri dan bukan di bawah
jalan Persekutuan.
DR. 23.10.2019 113
■1610
Soalannya adakah ini menjadi dasar kerajaan sekarang? Kalau benar ia menjadi
dasar kerajaan sekarang, mengapakah tidak ada konsistensi dalam konteks dasar dan
pelaksanaan dasar-dasar ini? Contoh yang jelas dalam peruntukan 2020 ini sahaja
mengapa Yang Berhormat Menteri Kewangan memperuntukkan sejumlah RM100 juta
bagi pembinaan sistem kereta kabel baharu di Bukit Bendera Pulau Pinang? Oleh sebab
cable car ini adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Mengapa Jambatan
Sarawak bawah bidang kuasa kerajaan negeri dibatalkan? Akan tetapi di negeri lain
boleh diberi, khususnya di Pulau Pinang. Adakah disebabkan Yang Berhormat Menteri
Kewangan itu sendiri pernah menjadi Ketua Menteri di Pulau Pinang?
Banyak lagi perkara kalau saya hendak bangkitkan, rujukkan dalam Bajet 2020
ini. Ada ke tidak konsisten dari segi apa yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri
dengan apa yang dilaksanakan di peringkat pelaksanaan ini. Malahan, kalau kita hendak
melihat projek untuk Penang Cable Car ini dahulu pernah ada bantahan sebenarnya
oleh ‘Save Penang Hill’ untuk supaya projek ini tidak diteruskan. Akhir sekali Tuan Yang
di-Pertua, kalau ikut tema bajet ini Wawasan Kemakmuran Bersama untuk rakyat Sabah
dan Sarawak, salah satu apa yang dihasratkan. Malangnya dalam Belanjawan 2020 juga
kerajaan telah mengumumkan pengambilalihan empat lebuh raya di Lembah Klang dan
ini pastinya akan melibatkan kos berbilion ringgit. Turut diumumkan diskaun tol di Lebuh
Raya PLUS. Sabah dan Sarawak tidak mendapat sebarang manfaat daripada apa yang
diumumkan ini, termasuklah mereka yang bukan berada di dalam tol di Lembah Klang.
Jadi, mengapakah mereka ini terpaksa menanggung bebanan untuk membayar
pampasan kepada sebahagia orang yang menikmati kemudahan yang telah
disediakan? Jadi, ini persoalan. Kalau kita mengatakan kemakmuran bersama,
bagaimanakah kita dapat imbangi perkara ini? Oleh sebab ianya akan mengambil
perbelanjaan daripada pembangunan, walhal pembangunan sebahagian tempat Sabah,
Sarawak, Kelantan dan sebagainya masih jauh ketinggalan. Kalau kita tidak membayar
pampasan ini sudah pasti kita dapat meneruskan apa yang sudah ada dan penjimatan
daripada membayar pampasan itu dapat digunakan untuk kita meneruskan
pembangunan di kawasan-kawasan yang masih jauh ketinggalan.
Begitu juga kalau kita melihat di Lembah Klang sahaja begitu banyak sudah
manfaat, termasuklah ada ECRL, MRT, LRT dan banyak projek-projek lain yang sedang
dibina dan mengapa ini tidak dapat dibina juga di kawasan-kawasan yang jauh
ketinggalan? Untuk itu, saya merasakan kalau kita melihat juga dalam dada akhbar, apa
juga di war-war kan pada masa ini oleh kerana Kerajaan Persekutuan ialah untuk
DR. 23.10.2019 114
membangunkan Lebuh Raya Trans-Borneo. Saya pun tidak tahu di mana Lebuh Raya
Trans-Borneo ini. Kajian sama ada sudah dibuat, adakah jajaran ini sudah
dimuktamadkan? Akan tetapi sudah diumumkan bahawa projek ini akan dijalankan. Bila
saya semak dalam bajet, nampaknya belum ada peruntukan bajet untuk Lebuh Raya
Trans-Borneo. Apa yang ada ialah meneruskan Lebuh Raya Pan Borneo. Ini disebabkan
mungkin Jakarta akan dipindahkan ke East Kalimantang. Oleh sebab itu, mungkin ada
hasrat untuk membina kan.
Memang saya sokong. Akan tetapi sebelum kita melaksanakan, perlulah
diadakan kajian terperinci dan di mana jajarannya untuk memastikan bahawa cost
benefit analysis dan social impact itu dapat dijalankan sebaiknya oleh kerajaan. Jangan
kita umumkan sesuatu yang belum muktamad, yang belum termaktub dalam peruntukan
bajet itu sendiri tetapi telah diumumkan untuk diberi fokus. Jadi, untuk itulah bagi saya
dalam Belanjawan 2020 ini...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Yang Berhormat, sedikit
Pontian.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Pontian.
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof [Petrajaya]: Yang Berhormat Pontian cepat
ya, masa sedikit lagi.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Ya, Pan Borneo Highway
ini merupakan satu projek pemangkin ribuan kilometer antara Sarawak dan Sabah. Pada
pandangan Yang Berhormat selaku bekas Menteri, setakat mana kemajuan projek itu?
Adakah ia berjalan dengan memuaskan ataupun tersangkut-sangkut sekarang ini?
Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof [Petrajaya]: Yang Berhormat, saya pun
hanya sekadar mengikuti apa yang berada di dada akhbar. Apa yang diumumkan ialah
akan berlaku penamatan pada Project Delivery Partners (PDP). Sebelum saya- bila
tempoh saya habis dahulu disebabkan pilihan raya, kita tahu bahawa projek ini berada
di hadapan jadual pelaksanaan. Akan tetapi sekarang ini saya kira mungkin akan timbul
permasalahan disebabkan PDP ditamatkan. Apabila PDP ditamatkan, makna akan
berlaku perubahan kaedah pelaksanaan. Jadi, apakah kaedah pelaksanaan? Belum ada
kepastian yang ditentukan. Apabila tiada kepastian, maka akan menyebabkan banyak
perkara terjejas. Sama ada dari segi kontraktor mahupun konsultan. Mereka tidak dapat
kepastian, apakah kaedah yang baharu? Adakah meneruskan kaedah yang telah
ditetapkan dahulu, di mana perjanjian sudah ditandatangani, kaedahnya, bayaran bila?
Semuanya sudah ditetapkan. Sekarang ini kalu berlaku perubahan, saya anticipate
bahawa projek ini akan berlaku kelewatan. Bila berlaku kelewatan, ia akan
DR. 23.10.2019 115
menyebabkan kos meningkat. Saya khuatir akhirnya bila kos meningkat, akhirnya projek
ini nanti akan terjejas dari segi pelaksanaannya. Itu yang lebih saya khuatiri tetapi saya
akan memantau untuk memastikan apa yang dijanjikan oleh kerajaan sekarang untuk
meneruskan Pan Borneo mengikut masa, mengikut kos yang ditetapkan akan dapat
dilaksanakan.
Pada masa ini, perjanjian dahulu, PDP yang akan menanggung. Kalau mereka
berlaku kelewatan, tidak mengikut standard, maka PDP yang akan terpaksa membayar
pada kerajaan. Adakah kelewatan nanti kerajaan yang akan menanggung? Itu saya tidak
pasti, cuma saya hendak merumuskan Tuan Yang di-Pertua. Untuk Belanjawan 2020
Pakatan Harapan kali ini saya kira banyak menaburkan janji-janji baharu, sedangkan
janji lama, terutama dalam manifesto PRU yang Ke-14 pun tidak mampu ditunaikan,
terutama kepada rakyat Sarawak. Jadi, bagaimana rakyat Sarawak boleh mempercayai
janji-janji baharu yang dilafazkan, terutama dalam Bajet 2020 ini? Apakah jaminan
Kerajaan Persekutuan bagi memastikan apa yang diumumkan untuk Sarawak tidak akan
di bakul sampah kan seperti apa yang berlaku kepada manifesto PRU Ke-14. Jadi, saya
akhiri perbahasan belanjawan kali ini dengan dua rangkap pantun;
Kerat bemban di ukir-ukir,
Ukir satu buat serunai,
Janji seribu mainan bibir,
Sedangkan satu payah di tunai.
Anak ayam di atas pagar
Turun ke tanah memakan padi,
Adat hutang perlu dibayar,
Adat berjanji mesti ditepati.
Terima kasih. [Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Petrajaya. Seterusnya
Yang Berhormat Putatan. Silakan.
4.17 ptg.
Tuan Awang Husaini bin Sahari [Putatan]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih
saya ucapkan kerana diberi peluang berhujah pada hari ini. Saya mulakan perbahasan
saya di peringkat dasar Bajet 2020 ini dan saya dahului dengan ucapan terima kasih
atas peruntukan untuk Sabah berjumlah RM5.2 bilion dan juga RM53 juta untuk bayaran
khas. Tuan Yang di-Pertua, isu kewangan adalah satu-satunya perkara yang boleh
DR. 23.10.2019 116
memecahbelahkan sebuah keluarga. Begitu juga di dalam sebuah Persekutuan, kita
boleh berpecah belah disebabkan kutipan hasil dan pengagihan yang tidak sama-rata.
Isu kewangan amat genting, tersilap perkiraan dalam menangani isu ini mungkin kita
boleh melihat negara Malaysia yang dicintai ini bertelingkah tak berkesudahan. Dewan
yang Mulia ini bukan tempat membahaskan polemik politik. Dewan yang Mulia ini adalah
untuk membahaskan keperluan dan perbelanjaan untuk membangunkan negara.
Tuan Yang di-Pertua, saya ambil contoh Sabah. Para pemimpin kini sama ada
di sebelah sini kerajaan ataupun di sebelah sana seharusnya menganggap pemimpin
dari Sabah masih di dalam kepompong kejahilan tentang pembentukan Malaysia 56
tahun yang lalu. Pemimpin Sabah, rakyat Sabah keseluruhannya sekarang lebih matang
dan lebih mengetahui tentang hak-hak mereka apabila Sabah bersetuju untuk
membentuk Malaysia. Saya lihat dan mengikuti pelbagai usaha telah diambil oleh
Kerajaan Sabah dan Sarawak untuk menyelesaikan kemelut ini secara bijak dan melalui
rundingan. Namun hasilnya, Kerajaan Pusat setakat ini masih gagal untuk bertolak ansur
ke tahap yang diespektasi oleh rakyat Sabah dan Sarawak. Saya berpendapat ini satu
perkara yang senang dilakukan sebenarnya oleh Kerajaan Sabah dan Sarawak, namun
implikasinya kepada Malaysia amatlah berat. Putrajaya seharusnya sedar bahawa
mereka telah melanggar amanah yang diberikan melalui Perjanjian Malaysia 1963.
■1620
Tuan Yang di-Pertua, sebelum ini ramai orang Sabah dan pemimpin-pemimpin
Sabah tidak faham apa ia Perjanjian 63. Sejak daripada itu, ramai orang Sabah dan
pemimpin Sabah belajar secara tidak formal apa itu Perjanjian 63 dan apa ia hak-hak
orang Sabah mengikut perjanjian tersebut. Pada ketika ini, hampir setiap hari aktivis-
aktivis di Sabah, para akademik-akademik di Sabah membuat roadshow, membuat
seminar untuk memberi peringatan atau memberi tahu maklumat-maklumat kepada
rakyat Sabah tentang apakah sebenarnya isi perjanjian ini.
Malang sekali hingga sekarang ini, ramai antara wakil-wakil rakyat di Dewan
yang mulia ini masih lagi tidak begitu mengetahui tentang perjanjian ini. Ramai pula di
antara mereka yang berpendapat, Perjanjian Malaysia 1963 ini adalah sama seperti
social contract. Akan tetapi sebaliknya, Perjanjian 63 adalah satu perjanjian yang
bertulis, setebal 235 muka surat dan telah ditandatangani oleh Kerajaan United
Kingdom, Persekutuan Tanah Melayu Sabah, Sarawak dan Singapura. Perjanjian 1963
adalah perjanjian antarabangsa yang telah didaftarkan oleh Kerajaan United Kingdom
di Bangsa-bangsa Bersatu.
DR. 23.10.2019 117
Tuan Yang di-Pertua, adalah patut perjanjian ini sebagai satu perjanjian
antarabangsa tidak dihormati di negara ini? Adakah pemimpin Putrajaya sedar bahawa
peruntukan Perlembagaan yang diberikan dalam Perkara 169, Perlembagaan Malaysia
itu sendiri? Adakah setiap wakil rakyat dan setiap Menteri ataupun Timbalan Menteri
yang telah bersumpah menjaga Keluhuran Perlembagaan, tidak peka dengan
peruntukan perjanjian ini yang telah dimasukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan
pada 20 Ogos 1963?
Tuan Yang di-Pertua, persoalan-persoalan ini adalah persoalan yang hari-hari
kami dengar apabila kami balik ke Sabah. Oleh yang demikian, adalah menjadi
tanggungjawab kami Ahli-ahli Parlimen di Sabah dan Sarawak untuk menyuarakan apa
yang disampaikan oleh rakyat Sabah ini dengan berterusan. Saya juga bersetuju dengan
sahabat saya daripada Sungai Besar tadi bahawa kita minta dan kita berharap agar
kerajaan sekarang ini, Kerajaan PH yang kita sayangi ini boleh menjadi champion
kepada satu isu yang amat penting di negara kita ini.
Tuan Yang di-Pertua, setiap wakil rakyat adalah penggubal undang-undang dan
undang-undang yang telah dibentuk tidak boleh melebihi had yang diberikan oleh
Perlembagaan Malaysia. Surat cara yang agung di negara ini. Hanya mahkamah sahaja
yang boleh mentafsir isi kandungan Perjanjian Malaysia, bukan Perdana Menteri, bukan
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, bukan Menteri Kewangan dan sudah tentu bukan wakil-
wakil GLC seperti Petronas. Mereka semua tiada hak mentafsir kandungan Perjanjian
1963. Oleh kerana Perjanjian 1963 adalah perjanjian antarabangsa yang ditandatangani
oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sabah, Kerajaan Sarawak dan Kerajaan
Singapura. Jadi, bagaimana boleh Kerajaan Persekutuan lebih berkuasa daripada
Kerajaan Sabah dan Sarawak di dalam kes-kes tertentu. Contoh nyata, Menteri
Kewangan ada menyentuh Fasal 112D, Perlembagaan Malaysia di dalam ucapan Bajet
2020 itu. Namun, beliau tidak menyentuh Jadual 10(44), Item 2, Perlembagaan Malaysia
yang mana jelas mengatakan apa jua hasil yang dikutip oleh Persekutuan daripada
Sabah, 40 peratus hendaklah dikembalikan kepada Sabah. Adakah peruntukan RM53
juta yang diucapkan oleh Menteri Kewangan itu merupakan 40 peratus hasil
Persekutuan yang dikutip daripada Sabah? Berdasarkan kepada angka ini, bererti
Kerajaan Pusat hanya mengutip RM132 juta daripada Sabah. Ini sebenarnya tidak
masuk akal apabila keluaran dalam negara kasar Sabah menyumbang RM80 bilion
daripada ekonomi negara pada tahun lepas.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengunjurkan beberapa soalan untuk tatapan
Menteri-menteri berkenaan. Soalan-soalan itu adalah seperti begini. Adakah pemimpin-
DR. 23.10.2019 118
pemimpin kita sedar bahawa Akta Pembangunan Petroleum 1974 bercanggah dengan
Perlembagaan Malaysia? Sedar kah pemimpin-pemimpin ini bahawa Perintah 7, 1969
tidak lagi berkuat kuasa di perairan Sabah dan Sarawak? Sedar kah kita bahawa Akta
Pelantar Benua 1966 tidak boleh berkuat kuasa di perairan Sabah dan Sarawak? Sedar
kah kita bahawa Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 tidak boleh berkuat kuasa di perairan
Sabah dan Sarawak? Apabila semua akta ini tidak boleh berkuat kuasa di perairan
Sabah dan Sarawak, bagaimana boleh Akta Wilayah Laut 2012 berkuat kuasa di Sabah?
Sekiranya semua undang-undang ini tidak boleh diterima kuasa di perairan
Sabah dan Sarawak, kuasa dari manakah yang digunakan oleh Kerajaan Pusat untuk
membenarkan Petronas melakukan kerja-kerja eksplorasi dan pengeluaran minyak
mentah dan gas di pelantar benua Sabah dan Sarawak? Saya mengangkat isu ini
disebabkan minyak dan gas adalah salah satu sumber asli pendapatan Sabah. Namun,
pengagihan hasil daripada sumber ini adalah amat kecil untuk Sabah walaupun Sabah
pemilik pelantar benua. Atas nama sahaja Sabah dan Sarawak pemilik buat masa ini,
sektor minyak dan gas ini diusahakan oleh Petronas dan dilindungi oleh Kerajaan Pusat
tanpa persetujuan penuh oleh Kerajaan Sabah.
Selain daripada itu, isu ini juga berkait rapat dengan mengawal selia aktiviti
perikanan laut dalam. Apabila Perintah 7, 1969 dikuatkuasakan pada bulan Ogos 1969,
semua wilayah laut negeri-negeri ini dikecilkan hanya kepada tiga batu nautika. Namun,
apabila ia dihapuskan pada tahun 2011, bererti wilayah laut Sabah dan Sarawak balik
kepada pemilik asal. Mengikut United Nations Convention on the Law of the Sea
(UNCLOS), keluasan wilayah laut Sabah tidak lebih daripada 350 batu nautika dari
pantai. Ini disebabkan wilayah laut Sabah berada atas pelantar benua dan ini pula telah
diberikan oleh Ratu British sejak tahun 1954 lagi.
Saya ingin bertanya kepada Menteri Pertahanan Malaysia, undang-undang yang
mana yang digunakan untuk mengawal selia pengeluaran lesen perikanan laut dalam di
Wilayah Sabah? Tuan Yang di-Pertua, di mana juga di dalam dunia ini sekiranya
berhutang, hutang tersebut tidak dinyatakan di mana-mana dokumen. Namun, semua
hutang mesti ditunjukkan sebagai hutang di dalam penyata imbangan ataupun balance
sheet atau akaun negara. Di mana di dalam Bajet 2020 ini ataupun bajet yang sebelum
ini, ditulis menunjukkan Kerajaan Pusat mempunyai hutang kepada Sabah, tidak ada.
Saya harap sesuatu boleh dilakukan untuk mengimbangi perkara ini.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyentuh Belanjawan 2020 ini
untuk negeri Sabah. Saya ingin menyentuh strategi ke-4, memajukan komoditi.
Pertamanya, saya ingin mengucapkan kepada Kementerian Kewangan atas RM200 juta
DR. 23.10.2019 119
kepada RISDA dan Lembaga Industri Getah bagi bantuan musim tengkujuh. Akan tetapi
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bercakap tentang peruntukan RM10 juta untuk naik
taraf infrastruktur asas di kawasan FELDA tetapi tidak ada pula untuk kawasan Lembaga
Industri Getah Sabah. Tanpa jalan raya di estet-estet ini, agak sukar untuk pekebun-
pekebun kecil kita mengeluarkan hasil-hasil getah mereka.
Sukacita saya maklumkan di sini bahawa Lembaga Industri Getah Sabah pernah
mendapat sekali sahaja peruntukan sebanyak RM25 juta pada tahun 2012 untuk
membina infrastruktur di kawasan estet-estet Lembaga Industri Getah Sabah. Lepas itu,
peruntukan itu tidak pernah wujud lagi. Saya harap Kementerian Kewangan akan
menimbangkan permohonan ini agar Lembaga Industri Getah Sabah akan dapat
peruntukan sebagaimana peruntukan di dapat oleh RISDA untuk infrastruktur di
kawasan LIGS.
Seterusnya, tentang penanaman semula kelapa sawit sebanyak RM550 juta
dengan faedah 2 peratus. Saya mencadangkan dan merayu bagi pihak Sabah dan
Sarawak agar pinjaman kepada pekebun kecil ini dipanjangkan kepada penanaman
baharu juga dan tidak tertakluk kepada penanaman semula kelapa sawit ini. Alasan saya
adalah seperti berikut. Kawasan tanah yang belum diterokai di Sabah dan Sarawak
amatlah luas. Saya difahamkan oleh MPOB negeri Sabah, terdapat banyak
permohonan-permohonan daripada pekebun-pekebun kecil untuk membuka kawasan
yang baharu. Kedua adalah diakui oleh pakar-pakar yang telah membuat kajian bahawa
tanah di Sabah adalah yang tersubur di dunia untuk penanaman kelapa sawit ini.
Tentang alasan saya pertama tadi, ia berbeza dengan di Semenanjung kerana di
Semenanjung tanah itu sudah hampir kesemua sudah diusahakan, cuma penanaman
semula perlu dijalankan. Sabah tidak, ia berbeza.
Seterusnya, saya ingin menyentuh tentang strategi ke-10 pengangkutan. Terima
kasih di atas kelulusan RM50 juta untuk menaik taraf landasan kereta api di Tenom.
Saya juga berharap agar kementerian menimbang untuk menaik taraf Lapangan
Terbang Tawau dan Sandakan yang kini amat pesat didatangi pelancong-pelancong
asing.
■1630
Permohonan ini telah pun diajukan oleh kerajaan negeri melalui Yang Amat
Berhormat Ketua Menteri Sabah. Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada
kawasan saya P173 Putatan. Bidang pendidikan adalah bidang yang amat mendesak di
tempat saya di mana satu sekolah menengah perlu dibina dengan kadar segera. Setakat
DR. 23.10.2019 120
ini saya difahamkan bahawa sebuah sekolah iaitu SMK Kem Lok Kawi telah pun di
peringkat akhir dan telah pun dimasukkan di dalam rolling plan keempat.
Saya harap tidak ada – saya pembinaan untuk SMK Kem Lok Kawi ini dapat
dijalankan dengan secepat mungkin. Saya juga memohon agar sebuah sekolah rendah
dapat dibina di tempat saya. Untuk pengetahuan di sekolah rendah di tempat saya
sekarang ini terlalu sesak dan sekolah tidak mencukupi dan banyak sekolah yang sudah
mengadakan proses pinjam meminjam kelas kerana satu sekolah tidak mempunyai
kelas yang cukup dan terpaksa meminjam kelas daripada sekolah yang lain. Saya juga
memohon agar sebuah sekolah agama rakyat dapat dibina di tempat saya melalui
peruntukan Persekutuan ini. Untuk pengetahuan, tapak akan dapat saya sediakan di
kawasan Parlimen saya.
Seterusnya, sebuah poliklinik atau klinik perlu dibina di Pulau Gaya iaitu salah
satu kawasan yang mempunyai penduduk seramai 10,000 orang tetapi tidak ada satu
klinik pun di sana. Untuk pengetahuan, Pulau Gaya ini adalah sebuah pulau yang
terletak betul-betul berdepan dengan Bandaraya Kota Kinabalu. Walau bagaimanapun,
setakat ini saya dimaklumkan bahawa kerja-kerja untuk mengenal pasti tapak telah pun
dijalankan dan saya berharap program untuk membina klinik di Pulau Gaya ini dapat
dijalankan dengan tanpa ada apa-apa masalah.
Untuk memajukan bidang perikanan di tempat saya, Putatan ini adalah satu
kawasan yang kaya dengan hasil lautnya. Saya memohon agar satu projek untuk
tembok pemecah ombak dan juga untuk mendalamkan muara Sungai Putatan dapat
diluluskan. Ini untuk memudahkan nelayan-nelayan di tempat saya untuk mendaratkan
hasil-hasil mereka sampai ke jeti di Putatan.
Terakhir Tuan Yang di-Pertua, velodrom untuk di Semenanjung ini kita sudah
ada tiga buah velodrom yang telah beroperasi dan telah pun berjaya mengeluarkan
bintang-bintang berbasikal seperti Rosman Alwi dan juga sebagainya. Akan tetapi bagi
Malaysia Timur hinggalah sekarang ini tahun 2019 menjangkau ke tahun 2020, di Sabah
dan Sarawak tidak ada satu velodrom pun yang dibina.
Saya berharap dan saya memohon kepada kerajaan agar sebuah velodrom
boleh dibina di tempat saya di Putatan dan Putatan akan menyediakan tempat yang
sesuai untuk pembinaan velodrom ini. Saya harap dengan pembinaan velodrom basikal
di tempat saya ini boleh memacu pertumbuhan ekonomi dan juga agar kawasan Sabah
dan Sarawak boleh terdedah kepada sukan antarabangsa. Setakat ini sahaja Tuan Yang
di-Pertua, saya mohon menyokong, terima kasih.
DR. 23.10.2019 121
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Putatan, sekarang giliran
Yang Berhormat Tenggara, silakan, ada?
4.33 ptg.
Datuk Seri Dr. Adham bin Baba [Tenggara]: Bismillahir Rahmanir Rahim,
terima kasih Tuan Yang di-Pertua di atas ruang untuk saya terlibat dalam perbahasan
Rang Undang-undang Perbekalan 2020. Saya mulakan perbahasan dengan merujuk
kepada Indeks Kebahagiaan Dunia, Malaysia pada awalnya berada di tangga 35 negara
paling bahagia di dunia. Berdasarkan kajian oleh World Happiness Report 2018 yang
dijalankan oleh United Nations Sustainable Development Solutions Network (SDSN).
Akan tetapi kedudukan terkini pada tahun 2019 telah jatuh ke tangga 80 dalam masa
tidak sampai setahun Kerajaan Pakatan Harapan memerintah dan ia jatuh sebanyak 45
tangga. Saya ada satu trending yang dipanggil #Rakyat tidak happy.
Indeks Kebahagiaan ini sepatutnya dijadikan penanda aras di kala Bajet 2020
oleh pihak kerajaan dalam memastikan kemaslahatan rakyat. Salah satu kayu ukur
utama yang diambil kira dalam penyediaan indeks ini ialah tahap kepuasan hati rakyat
terhadap kerajaan terutamanya tumpuan pihak kerajaan dalam isu-isu asas. Saya
berterima kasih dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan, ada sini? Kerana
banyak perkara tentang kesihatan akan dibangkitkan.
Jika kita lihat dari aspek kesihatan, pihak kerajaan boleh memainkan peranan
lebih banyak. Sering kali kita lihat klinik dan juga hospital kerajaan menerima kunjungan
pesakit yang sangat ramai. Kehadiran ini semestinya melibatkan kos yang tinggi,
contohnya yang paling ketara dapat di lihat di Hospital Serdang dan juga Hospital Sungai
Buloh dan lain-lain hospital. Pesakit yang datang terpaksa menunggu giliran sekurang-
kurangnya dua hingga tiga jam untuk bertemu doktor.
Seterusnya, berdasarkan laporan kajian Jabatan Audit Negara 2018, hospital
kerajaan di Malaysia telah menerima peningkatan jumlah kedatangan pesakit antara 5.7
peratus hingga 95.6 peratus di Unit Kecemasan dan Trauma. Perkara ini Tuan Yang di-
Pertua menyebabkan:
(i) kesesakan yang teruk;
(ii) waktu menunggu yang lebih lama; dan
(iii) menjejaskan kecekapan perkhidmatan.
Jumlah katil perlu ditambah lagi. Pada tahun 2018 kita hanya ada 46,611 buah
katil. Jika kita lihat pada kadar pesakit di hospital ekoran peningkatan kos rawatan dan
DR. 23.10.2019 122
ubat-ubatan di hospital, klinik swasta telah meningkat, hal ini adalah ekoran tahap
kesihatan rakyat semakin meningkat.
Jadi Tuan Yang di-Pertua, pihak Menteri mesti turun kesemua jabatan atau Unit
Kecemasan Trauma in dan perkasakan unit ini, naikkan moral semangat staff, tingkatkan
jumlah katil dan pakar di unit kecemasan dan harap ditambah malah prosedur
pengurusan pesakit juga dapat diperkemaskan. Bilangan doktor dengan populasi juga
perlu diselaraskan, nisbah sekarang adalah 1:530 populasi. Jikalau boleh cuba capai
sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu 1:400 dalam tempoh dua tahun. Jadi
berdasarkan nisbah ini, kita memerlukan lagi 32,500 orang doktor. Bilangan ini juga
perlulah merangkumi pakar dan kaunselor dalam bidang terutama sekali psikiatri ekoran
peningkatan masalah mental di kalangan rakyat yang semakin meningkat.
Tuan Yang di-Pertua, disebabkan tekanan hidup, jumlah rakyat yang muflis
semakin ramai, anggaran baru-baru ini dikeluarkan setiap tahun adalah seramai 20,000
orang. Kadar penceraian juga bertambah, wanita Malaysia ramai yang berkahwin
dengan warga asing pun bertambah. Indeks Kesejahteraan Psikologi pula menunjukkan
Malaysia hanya di tahap sederhana iaitu skor 6.9 peratus berbanding 10.
Jadi, kerajaan patut menjadikan isu beban kerja dan stress kepada barisan
hadapan di hospital kerajaan yang semakin bertambah sebagai keutamaan. Mereka
juga mendengar bahawa skim pencen dikhabarkan akan dimansuhkan, beban kerja pula
bertambah dari semasa ke semasa. Ini menyebabkan rakyat semakin tertekan dan
produktiviti mereka terjejas dan #Rakyat tidak happy. Untuk itu, perkara yang dinyatakan
tadi mestilah diambil perhatian serius oleh pihak kerajaan. Satu cadangan yang saya
ingin utarakan ialah Kementerian Pendidikan Malaysia boleh wujudkan satu syllabus
kesejahteraan bagi menangani isu ini bermula di peringkat bawah.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil contoh berkenaan dengan
pemerkasaan penjagaan diri ataupun penjagaan kendiri, minta izin dalam bahasa
Inggeris self care. Saya igin mengambil contoh Amerika Syarikat. Pada tahun 2013 telah
membelanjakan sebanyak USD2.8 trilion dalam sistem penjagaan kesihatannya.
Sekiranya tiada lagi perubahan yang dilakukan oleh pihak kerajaan, kita mungkin akan
menjadi seperti Amerika Syarikat kerana dana yang dikeluarkan oleh kerajaan Amerika
Syarikat dalam penjagaan kesihatan bertambah. Jadi untuk memastikan rakyat terus
bahagia, kementerian perlu memperkasakan program penjagaan kendiri atau self care
sebagai agenda utama mereka, hal ini dapat meringankan beban kerajaan terhadap
sistem penjagaan kesihatan.
DR. 23.10.2019 123
■1640
Di United Kingdom misalnya kerajaan telah menanggung kos sebanyak RM1.3
bilion di convert kepada pound bagi penyakit yang boleh dirawat sendiri. Antara penyakit
yang ringan yang boleh rawat ialah batuk ringan, selesema, kesesakan hidung, sembelit,
demam, sakit gigi, senak perut atau pedih hati yang sedikit, mata kering, dan saya
hendak tanya apa langkah-langkah yang dijalankan oleh pihak Kementerian Kesihatan
untuk meningkatkan maklumat dan kesedaran untuk penjagaan kendiri ini? Jabatan
apakah yang diberikan tugas ini?
Kerajaan ataupun Kementerian Kesihatan seharusnya lebih bersikap proaktif
dalam mendidik dan juga meningkatkan kesedaran umum mengenai hal ini. Korea
Selatan sebagai contoh bertindak bijak apabila memilih mempromosi dasar pencegahan
berbanding pemulihan. Dalam jangka masa panjang langkah ini terbukti menjadi
penyelesaian kepada agenda pengurangan kos. Contoh, Kerajaan Korea Selatan
menyerap keseluruhan kos perubatan untuk rakyatnya dengan syarat mereka
melakukan pemeriksaan perubatan setiap tahun tanpa gagal untuk setiap rakyatnya
bukan berdasarkan had umur 40 tahun sahaja seperti dalam bajet 2020.
Terdapat juga beberapa pilihan lain yang boleh diteroka seperti penubuhan
hospital sosial di mana banda bukan kerajaan NGO menguruskan hospital dalam
bangunan yang diberikan oleh kerajaan. Akta baharu juga boleh dirangka boleh dikenali
sebagai Akta Penjagaan Mampu Milik yang mewajibkan kerajaan untuk menyediakan
penjagaan kesihatan mampu milik. Dalam bajet 2020 jika RM59 juta boleh
diperuntukkan bagi menambah bilangan ambulan melalui kerjasama dengan
perkhidmatan ambulan NGO, mengapa penubuhan atau pun penerokaan sosial
bersama NGO tidak boleh dilaksanakan? Tindakan untuk menyesuaikan kos insurans
premium kepada pendapatan juga boleh diperkenalkan bagi memastikan semua rakyat
Malaysia mampu memiliki.
Tuan Yang di-Pertua, ini penting juga berkenaan dengan pengurangan cukai
makanan sihat. Saya di sini ingin mengutarakan cadangan pada pihak kerajaan
terutama Kementerian Kesihatan bagi memastikan taraf kesihatan rakyat Malaysia
dapat ditingkatkan. Kita pihak kerajaan sepatutnya boleh mengurangkan kadar cukai
bagi makanan sihat yang diimport. Antara perkara yang boleh kita ketengahkan
makanan import ialah seperti ikan salmon, ikan tuna, minyak zaitun, oatmeal dan beras
perang. Beras perang ini dikehendaki oleh ramai rakyat Malaysia Tuan Yang di-Pertua.
Buah-buahan seperti epal dan avokado, sayur-sayuran, minyak ikan – minyak ikan ada
DR. 23.10.2019 124
kebaikan untuk mengurangkan depression dan ia adalah seperti omega-3 rated fish oil,
saffron yang boleh juga mengurangkan depression.
Ini semua bagi mengelakkan penyakit-penyakit seperti kencing manis, sakit
jantung, darah tinggi, dan obesiti yang boleh kita gelar sebagai penyakit gaya hidup,
lifestyle disease. Rakyat Malaysia dari dahulu suka dengan makanan dan minuman yang
bertentangan dengan makanan good lifestyle. Hal ini perlu dibendung. Kita mesti
galakkan rakyat consume makanan-makanan sihat dan berzat. Sebab itu saya mohon
agar contoh makanan dan minuman yang sihat untuk gaya hidup diberi pengecualian
cukai. Menurut statistik yang diperoleh daripada Kajian Kesihatan dan Mobiliti
Kebangsaan pada tahun 2015, menunjukkan Malaysia telah menjadi sebuah negara
obes, obes ini gemuklah. Di mana seorang dalam dua orang dewasa mempunyai berat
badan berlebihan sekali gus menjadikan Malaysia dengan rakyat yang berlebihan berat
badan dengan jangkaan populasi yang berlebihan berat badan sebanyak 33 peratus dan
obesiti sebanyak 18 peratus. Jadi, saya harap permasalahan ini dapat diatasi.
Masalah penyakit mental, seperti kemurungan juga sudah mula menular di
kalangan rakyat. Jadi dengan usaha yang dicadangkan ini dapat diharapkan
mengurangkan risiko penularan penyakit yang tidak dikawal ini menjadi lebih wabak
yang lebih besar terutama sekali apabila janji-janji manifesto tidak dapat ditunaikan
dalam bajet 2020 yang tidak menguntungkan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh sedikit mengenai Skim MySalam...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Yang Berhormat Tenggara.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Pontian.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Yang Berhormat Tenggara
seorang doktor perubatan dan ada memiliki beberapa buah klinik, tahniah. Tadi Yang
Berhormat Tenggara kata cadangan supaya pengecualian cukai kepada makanan sihat
supaya makanan itu boleh diturunkan kosnya. Apa pandangan Yang Berhormat
Tenggara untuk kerajaan memikirkan untuk pengecualian cukai kepada multivitamin
supaya orang-orang kampung, anak-anak sekolah dapat membelinya dengan harga
yang lebih murah daripada sekarang dan juga vitamin-vitamin lain yang diperlukan oleh
seseorang untuk hidup sihat dikecualikan cukai. Apa pandangan Yang Berhormat
Tenggara?
Datuk Seri Dr. Adham bin Baba [Tenggara]: Yang Berhormat Pontian, saya
sangat setuju. Ini kerana orang yang nutrisi yang kekurangan mungkin berlaku dan
multivitamin sepatutnya menjadi agenda utama dimasukkan di dalam semua bajet
tahunan kalau boleh kerana ada tempat-tempat tertentu di negara kita memerlukan
DR. 23.10.2019 125
bantuan-bantuan multivitamin. Dia bukan multivitamin sahaja ubat-ubat yang berkaitan
dengan vitamin kompleks juga. Jadi, saya setuju supaya perkara yang ditimbulkan oleh
Yang Berhormat Pontian kita ambil kira.
Tuan Yang di-Pertua, mengenai Skim MySalam kita sentuh juga. Ia dikatakan
melindungi sebanyak 4.3 juta penduduk, tambah tahun depan 1.5 juta, kerana tingkatkan
daripada umur dahulu 18 ke 55 tahun sekarang naik ke 58 tahun. Akan tetapi, apa yang
diberitahu tahun lepas ialah bajet sebanyak RM2 bilion. Rupanya bajet tersebut
diserakkan kepada lima tahun bermakna setiap tahun mendapat RM400 juta. Jadi, Skim
MySalam dianggarkan membayar tidak sampai RM3 juta tahun ini dan ia tidak dapat
dinikmati oleh ramai rakyat. Berapakah tuntutan yang telah dilakukan oleh rakyat setakat
ini?
Akan tetapi, kita lihat data-data mengenai pesakit boleh diperoleh oleh
Kementerian Kesihatan daripada rekod pesakit di hospital. Tadi saya sebut kesesakan
berlaku di hospital, tidak akanlah tiada orang untuk membuat claim kepada pegawai-
pegawai yang bertanggungjawab menjayakan skim ini? Jadi, apa yang kita hendak
sekarang ini pihak kementerian lakukanlah supaya rakyat mengenali, mendapat
maklumat skim ini dan belanjakanlah – janganlah RM397 juta lagi tidak terpakai dan ini
tentu sekali menguntungkan syarikat insuran yang telah pun diberikan pengecualian
untuk tidak menyenaraikan saham 30 peratus kepada orang tempatan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga bangkit lagi hal berkenaan dengan isu
TVET. TVET Tuan Yang di-Pertua, kita lihat bahawa pada hari ini pemerkasaan latihan
TVET dan juga teknikal sangat penting. Apa yang saya hendak sentuh ialah kita
membicarakan berkenaan dengan TVET yang memberikan perkhidmatan kemahiran.
Satu perkara yang perlu dilihat ialah sudut iaitu higher TVET ataupun TVET diaras tinggi.
Ini bermaksud pemerkasaan dalam bidang profesional. Kita ada engineering technology
dan ini program-program berteras TVET boleh diwujudkan bagi menggantikan program
yang telah digugurkan oleh beberapa universiti sebelum ini kerana mendepani revolusi
industri 4.0.
Hal ini sebenarnya, merupakan senario yang baharu, landskap baharu
pendidikan di mana golongan ahli akademik berasaskan TVET dilahirkan dan program
TVET beraras tinggi sebenarnya boleh diwujudkan sehingga ke peringkat doktor falsafah
supaya banyak percambahan idea boleh dihasilkan. Idea-idea baharu
diketengahkan. Apa yang penting sekali TVET harus tinggi saya perlukan untuk mereka
membina dan mencari jalan supaya bahan-bahan atau perubatan-perubatan dibina
DR. 23.10.2019 126
sendiri dalam negara kita seperti mesin-mesin perubatan yang digunakan di klinik dan
juga di hospital.
Selain daripada itu, bidang-bidang higher TVET di peringkat bidang railway.
ECRL akan dibina daripada Kelantan hingga ke Port Klang, teknologi lif walaupun kita
ada highway, kita ada lif yang dikhabarkan baru-baru ini terjatuh, tidak dapat
diselenggara dan juga precision engineering, engineering kejituan bersesuaian dengan
InvestKL yang dinyatakan oleh pihak kita tempoh hari. Ia ada kaitan dengan global
competitive index 2019 di mana Malaysia tidak dapat menaikkan ranking yang mana
dahulu kita berada di tahap 37 pada tahun 2013 dan jatuh pada 27 pada tahun 2018 dan
kita kekal pada tahap 27. Ini boleh kita lakukan supaya isu yang berkaitan dengan kadar
upah dapat kita selenggarakan dengan baik dan boleh menarik ramai pelabur ke dalam
negara.
Tuan Yang di-Pertua, saya gulung, akhir sekali Kerajaan Pakatan Harapan perlu
memberi fokus kepada mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing,
berpendapatan dan kemahiran rendah. Kita tingkatkan kapasiti pekerja tempatan
berkemahiran dan tinggi higher TVET, meneroka bidang ekonomi baharu yang lebih
kreatif dan inovatif serta memberi penumpuan pada aspek pendidikan dan juga
pembangunan, research and development (R&D). Saya melihat belanjawan yang
dibentang ini adalah satu belanjawan yang ada kekurangan dan tidak menggembirakan
rakyat. Hal ini kerana belanjawan ini menyebabkan berlaku kelompangan dalam
pelaksanaan kelak. Rakyat juga akan terkesan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk
menyokong.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Tenggara. Sekarang ini
giliran Yang Berhormat Tenom. Selepas Yang Berhormat Tenom, Yang Berhormat
Segamat, Yang Berhormat Tanjung Manis, Yang Berhormat Beruas, Yang Berhormat
Parit, Yang Berhormat Ranau, Yang Berhormat Baram dan seterusnya.
■1650
4.50 ptg.
Puan Noorita binti Sual [Tenom]: Kanzayan dan salam sejahtera. Tuan Yang
di-Pertua, terima kasih kerana memberikan saya ruang dalam membahaskan
Belanjawan 2020 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan di Dewan Rakyat
pada 11 Oktober yang lalu. Tahniah saya ucapkan kepada Kerajaan Pakatan Harapan
kerana telah berjaya membentangkan satu bajet yang boleh disifatkan sebagai
DR. 23.10.2019 127
komprehensif, berimbang dengan mengutamakan kepentingan rakyat daripada pelbagai
lapisan masyarakat walaupun negara masih dibebani dengan hutang yang tinggi.
Belanjawan 2020 kali ini diperuntukkan sebanyak RM297 bilion atau 18.4 peratus
daripada KDNK. Daripada jumlah tersebut, RM241 bilion adalah perbelanjaan mengurus
dan RM56 bilion adalah perbelanjaan pembangunan. Walaupun bajet ini tidak sempurna
100 peratus, namun saya percaya Belanjawan 2020 adalah paksi pertama ke arah
Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 selari dengan tema belanjawan kali ini ‘Memacu
Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama ke Arah Kemakmuran Bersama’. Cuma saya
sangat berharap elemen atau aspek yang menyebut ‘keberhasilan saksama ke arah
kemakmuran bersama’ dapat diterjemahkan dan dirasai oleh segenap lapisan
masyarakat termasuk di Sabah dan Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, di sini saya hendak menyentuh belanjawan pembangunan
sebanyak RM56 bilion kerana saya dapati terdapat maklumat di luar sana yang kurang
tepat tafsirannya apabila menyentuh belanjawan pembangunan ini dengan mengatakan
daripada RM56 bilion tersebut, Sabah dan Sarawak mendapat RM9.6 bilion atau 17
peratus daripada keseluruhan belanjawan pembangunan dan Semenanjung mendapat
RM46.9 bilion atau 83.7 peratus daripada belanjawan pembangunan. Tafsiran itu adalah
salah kerana daripada RM56 bilion belanjawan pembangunan itu, sebanyak lebih
kurang RM25.9 bilion belanjawan pembangunan adalah diberikan kepada keseluruhan
jabatan-jabatan dan kementerian-kementerian yang terdapat di seluruh negara
termasuk di Sabah dan Sarawak.
Sebagai contohnya, di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani,
elaun sara hidup nelayan sebanyak RM152 juta; Program Bekalan Integrasi Tanaman
sebanyak RM150 juta. Kementerian Pembangunan Usahawan untuk program
keusahawanan sebanyak RM20 juta; TEKUN sebanyak RM150 juta ataupun di bawah
Kementerian Pertahanan untuk kelengkapan tentera darat sebanyak RM704.6 juta dan
kelengkapan tentera udara sebanyak RM383 juta dan sebagainya. Jadi jika ditolak
belanjawan pembangunan yang saya sebutkan tadi, hanya RM30.1 bilion sahaja yang
diberikan kepada negeri atau disebut secara spesifik untuk pembangunan di dalam
sesebuah negeri termasuklah apa yang diberikan kepada negeri Sabah sebanyak RM52
bilion dan Sarawak sebanyak RM44 bilion. Jadi sebenarnya Sabah dan Sarawak
menerima lebih kurang 31.9 peratus daripada belanjawan pembangunan 2020 yang
disebut spesifik kepada negeri-negeri di Malaysia.
Di dalam Belanjawan 2020 ini juga, pemberian khas di bawah Perkara 112D
Perlembagaan Persekutuan kepada Sabah dan Sarawak yang tidak pernah dinaikkan
DR. 23.10.2019 128
semenjak 50 tahun lalu juga diberi perhatian. Bagi Sabah, pemberian khas itu yang
selama ini menjadi statik sebanyak RM26.7 juta dinaikkan kepada RM53.4 juta pada
tahun hadapan di mana kerajaan seterusnya bercadang untuk menggandakannya
sehingga RM106 juta dalam tempoh lima tahun. Jadi saya ingin mengucapkan terima
kasih kepada keprihatinan Kerajaan PH.
Seterusnya, saya ingin menyentuh beberapa point dalam Belanjawan 2020 yang
telah dibentangkan yang pada pendapat saya merupakan inisiatif yang baik daripada
kerajaan yang menyentuh tentang bantuan terhadap wanita dan ibu. Pertama, saya ingin
mengalu-alukan inisiatif kerajaan untuk memberi insentif gaji RM500 sebulan selama
dua tahun kepada wanita yang kembali bekerja kerana bagi saya, ini dapat memberi
galakan dan rangsangan kepada wanita-wanita yang setelah menjadi ibu agak
keberatan untuk kembali bekerja atas sebab-sebab yang tersendiri.
Kedua, menambah baik persekitaran kerja bagi para wanita dan ibu bapa iaitu
dengan menambahkan jumlah peruntukan daripada RM10 juta pada bajet tahun lalu
kepada RM30 juta pada bajet kali ini untuk penyediaan lebih banyak taska terutamanya
di hospital dan sekolah yang mana ini sudah tentu dapat mengurangkan kos
penghantaran anak-anak ke taska atau tadika. Persoalan saya kepada Kementerian
Wanita, Keluarga dan Masyarakat, daripada jumlah tersebut berapakah taska yang akan
dibangunkan di negeri Sabah dan di mana?
Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya sebut pada awalnya, tidak ada bajet
sempurna. Sebagai wakil rakyat Tenom dari negeri Sabah, saya juga ingin
mengemukakan beberapa isu dan usul yang penting untuk diambil perhatian oleh
kerajaan baharu ini.
Pertama, isu pendidikan. Daripada maklumat yang saya dapat Tuan Yang di-
Pertua, Sabah merupakan antara negeri yang paling rendah tahap pencapaian
pendidikannya. Ini bukannya suatu isu yang asing sebab dari tahun 2014 sehingga tahun
2017, ranking Sabah dalam SPM adalah yang terbawah sekali mengikut gred purata
negeri. Ini bukan disebabkan oleh budak-budak Sabah itu malas dan guru-guru tidak
tahu mengajar tetapi ekosistem pembelajaran itu yang tidak kondusif. Bukan sahaja
kerusi, meja atau keperluan lain sangat daif tetapi di Sabah juga masih terdapat sekolah
dua sesi iaitu sesi pagi dan petang yang mana tidak terdapat di Semenanjung. Di Sabah
terdapat 1,300 buah sekolah, 91 buah sekolah disahkan tidak selamat, 587 buah
sekolah daif yang mana 27 buah sekolah daif tersebut berada di kawasan Tenom.
Walaupun Bajet 2020 ini diperuntukkan sebanyak RM783 juta untuk membaik
pulih sekolah daif di Sabah dan Sarawak, namun ianya masih belum mencukupi.
DR. 23.10.2019 129
Dianggarkan sebanyak RM3 bilion diperlukan untuk menyelesaikan masalah sekolah-
sekolah daif ini di Sabah. Jadi saya berharap agar Kementerian Kewangan dan
Kementerian Pendidikan dapat mengambil perhatian tentang isu ini.
Isu kedua berkaitan dengan Sabah ialah isu pembangunan infrastruktur luar
bandar. Saya dapati dalam Bajet 2020 ini, daripada RM10.9 bilion untuk pembangunan
luar bandar, diperuntukkan sebanyak RM470 juta untuk projek bekalan air luar bandar
bagi Sabah dan Sarawak, RM500 juta untuk projek bekalan elektrik luar bandar di
seluruh Malaysia dan RM326 juta untuk projek pembangunan jalan luar bandar di negeri
Sabah. Ini juga merupakan satu peningkatan belanjawan yang diberikan oleh pihak
kerajaan kepada kawasan luar bandar khususnya di negeri Sabah.
Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, jumlah ini juga sebenarnya tidak
mencukupi untuk menyelesaikan masalah pembangunan infrastruktur di kawasan luar
bandar di negeri Sabah. Keluasan negeri Sabah bersamaan dengan 22.2 peratus
daripada keseluruhan kawasan negara Malaysia dan mempunyai jumlah penduduk yang
ketiga tertinggi di Malaysia. Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, dana pembangunan
yang besar diperlukan untuk menyamakan dan mendekatkan jurang pembangunan
infrastruktur di antara Sabah dan negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, pada 24 Julai 2019 yang lalu, kita dikejutkan dengan berita
seorang budak tadika perempuan berumur enam tahun yang lemas akibat jatuh dari
lubang jambatan gantung ketika pulang dari sekolahnya. Kejadian itu berlaku di
Kampung Porotawoi, Tongod, Kinabatangan. Bayangkan kejadian tersebut berlaku ke
atas anak-anak kita. Di Sabah, banyak jambatan gantung yang perlu dibina dan dibaiki.
Di daerah kawasan saya, Tenom juga banyak. Di Kampung Kuala Pangi contohnya
tempat saya, kadang-kadang budak sekolah tunggu sehingga jam 7.00 malam di tebing
sungai, tunggu ibu bapa datang ambil guna perahu. Tunggu bukan dalam keadaan yang
selesa, tunggu dengan nyamuk. Jadi sebab itu saya mohon agar keperluan
pembangunan infrastruktur yang ada di Sabah ini mendapat perhatian serius dan
sewajarnya daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
Seterusnya saya ingin menyentuh tentang isu Mini Estet Sejahtera (MESEJ) di
Sabah. Tuan Yang di-Pertua, projek Perumahan Masyarakat Setempat (PMS) dalam
MESEJ di Sabah ini dibiayai oleh dana yang disumbangkan oleh FELDA kepada
Kerajaan Negeri Sabah. Namun, saya dimaklumkan semenjak tahun 2015, FELDA telah
memberhentikan pemberian berkenaan.
Justeru itu Tuan Yang di-Pertua, adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan
Persekutuan untuk membantu menyalurkan peruntukan yang mencukupi bagi membina
DR. 23.10.2019 130
33 buah rumah PMS seperti di MESEJ Kampung Mansalu, Ranau; MESEJ Kampung
Bunang, Keningau; MESEJ Kampung Lumiri, Keningau; MESEJ Kampung Salinatan,
Nabawan dan MESEJ Kampung Taburan, Kota Belud.
Selain itu, saya juga ingin mengutarakan permasalahan MPKK di negeri Sabah
yang mana saya dimaklumkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar Negeri
Sabah, terdapat keperluan untuk menambah sebanyak 500 MPKK memandangkan
kuota MPKK yang ada sekarang tidak pernah ditambah sejak 30 tahun yang lalu. Jadi
banyak kampung baharu yang tidak mempunyai MPKK selalunya bermasalah apabila
bersangkutan dengan penyaluran maklumat pembangunan kampung.
Tuan Yang di-Pertua, era tahun 2020 memberi satu gambaran kehidupan masa
kini semakin matang dalam gaya hidup digital. Masyarakat berurusan tanpa tunai,
perniagaan berasaskan aplikasi, negara pintar dan perkhidmatan alam maya. Saya
melihat di dalam Belanjawan 2020, kerajaan akan membangunkan infrastruktur yang
diperlukan bagi membentuk digital Malaysia melalui pelaksanaan Pelan Gentian Optik
dan Kesalinghubungan Negara sepanjang lima tahun.
■1700
Menerusi kesalinghubungan di kawasan pedalaman di Malaysia khususnya di
Sabah dan Sarawak akan ditingkatkan untuk memastikan tiada pihak terpinggir dalam
era digital yang mana SKMM akan memperuntukkan RM250 juta untuk menyediakan
akses jalur lebar menerusi teknologi satelit. Saya sangat berharap kawasan Parlimen
Tenom tidak akan tercicir dalam pembangunan kesalinghubungan digital ini. Sebagai
contoh, masih banyak kampung di Parlimen Tenom yang masih belum mempunyai
coverage telekomunikasi dan jalur lebar. Terdapat beberapa menara telekomunikasi
yang sudah dibina namun belum berfungsi.
Jadi saya ingin bertanya kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia,
apakah status terkini mengenai menara-menara ini. Saya berharap kerja-kerja menara
komunikasi ini disegerakan seiring dengan cadangan kerajaan untuk menubuhkan 14
pusat peningkatan digital sehenti di semua negeri untuk memudahkan akses
pembiayaan dan pembangunan kapasiti perniagaan.
Tuan Yang di-Pertua, masih berkait di bawah Kementerian Komunikasi dan
Multimedia. Saya berterima kasih kepada RTM yang selama ini menyokong dan
menyebar luas berhubung hal ehwal masyarakat Murut di negara ini. Saya juga
mengalu-alukan kesudian RTM menerusi Sabah VFM iaitu sebuah stesen radio kerajaan
pelbagai bahasa Sabah yang dikendalikan RTM sendiri. Bahasa Murut diguna pakai
secara meluas menerusi corong-corong udara selain bahasa Dusun, Kadazan dan
DR. 23.10.2019 131
Bajau menerusi frekuensi 93.1 megahertz Keningau dan Tenom. Saya percaya ramai
pendengar-pendengar masyarakat Murut senantiasa ternanti-nanti menerusi siaran
radio ini, malahan masyarakat Murut bukan setakat di Sabah malahan berada di negara
Brunei dan sempadan Kalimantan.
Jadi, saya hendak mencadangkan pula kepada RTM supaya menyediakan
saluran khas TV untuk masyarakat Murut. Mungkin ada program masyarakat Murut
untuk airtime di RTM 1 atau RTM 2 atau mungkin dalam siaran berita yang memuatkan
berita bahasa Murut bagi tempoh lima minit dalam Berita Wilayah. Saya percaya kita
ada penonton yang cukup ramai seperti mana pendengar radio. Sekarang ini pun kita
sudah mempunyai platform yang baik dan siaran yang lebih baik secara digital oleh RTM
dengan lebih meluas. Walau bagaimanapun, terpulanglah kepada RTM untuk melihat
kepentingan penyampaian maklumat dan berita kerana setiap informasi boleh
dipelbagaikan dengan cara komunikasi yang pelbagai.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan dan berterima kasih dengan
peruntukan sebanyak RM50 juta yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan untuk
menaik taraf landasan kereta api di kawasan Gorge Line antara Stesen Halogilat ke
Tenom, sekali gus saya melihat akan ada satu lonjakan pembangunan ekonomi dalam
sektor terutamanya sektor pelancongan dan pertanian di daerah Tenom. Rakyat Tenom
sudah menunggu lama supaya usaha menaik taraf itu dapat dilaksanakan bagi
keselesaan dan keselamatan penumpang. Namun saya ingin mendapatkan penjelasan
lebih lanjut daripada Kementerian Kewangan sama ada peruntukan itu adalah merujuk
kepada projek menaik taraf landasan yang sedang dalam pelaksanaan di laluan
berkenaan atau merupakan tambahan kepada peruntukan yang sedia ada untuk projek
ini iaitu melibatkan tambahan skop kerja baru, menaik taraf landasan dari Tenom lama
ke Stesen Tenom dengan jarak 1.8 kilometer.
Penggantian landas kayu kepada landas konkrit dari Stesen Halogilat ke Stesen
Beaufort sejauh 22 kilometer dan pembinaan semula landasan dari Stesen Tenom ke
Stesen Melalap sejauh 16 kilometer. Saya memohon pencerahan mengenai perkara ini
kerana saya dan penduduk-penduduk di kawasan saya amat ternanti-nanti bilakah
projek menaik taraf landasan kereta api dari Stesen Halogilat ke Stesen Tenom ini akan
siap sepenuhnya.
Selain daripada itu, penduduk-penduduk di kawasan saya dan sekitarnya juga
amat berharap agar kualiti perkhidmatan kereta api di kawasan pedalaman ini dapat
diberi perhatian serius dan ditingkatkan dengan kadar segera dengan pelaksanaan tiga
projek baharu yang saya sebutkan tadi. Walau bagaimanapun, saya percaya projek-
DR. 23.10.2019 132
projek ini dan peruntukan yang diberikan masih belum cukup untuk mentransformasikan
perkhidmatan kereta api di negeri Sabah untuk sekurang-kurangnya setanding dengan
perkhidmatan rail di Semenanjung Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, daerah Tenom ini memang terkenal dengan hasil-hasil
pertaniannya terutama kopi. Walau bagaimanapun, supply coffee beans dengan izin,
tidak mencukupi kepada pengilang-pengilang kopi yang di daerah Tenom. Sebahagian
besar coffee beans yang ada diambil daripada negara jiran di Indonesia.
Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, dan selaras dengan kejatuhan harga komoditi
utama seperti kelapa sawit dan getah yang banyak memberi kesan kepada petani-petani
di kawasan saya, saya amat berharap agar Kementerian Pembangunan Luar Bandar
melalui program AET (Aktiviti Ekonomi Tambahan) dapat membantu pihak kerajaan
negeri melalui agensinya, SLDB untuk membiayai dana pembangunan infrastruktur
seperti perumahan pekerja, jalan ladang dan bangunan pejabat di ladang Kampung ...
yang mana saya difahamkan sebanyak 600 pokok kopi dan komuniti lain telah ditanam
di ladang tersebut dan dana pembiayaan pembangunan infrastruktur itu nanti akan
memanfaatkan seramai lebih kurang 602 ketua isi rumah. Oleh itu, pertanyaan saya
kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar ialah apakah status terkini
permohonan SLDB bagi ladang Kampung ..., Tenom.
Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali, saya ingin menyentuh keperluan bangunan
atau Rumah Persekutuan di daerah Tenom yang memerlukan lokasi yang lebih baik,
bangunan yang lebih kondusif serta sepusat. Pada masa ini, kebanyakan bangunan
jabatan Kerajaan Persekutuan banyak disewa di bangunan kedai bukan milik kerajaan
dan ini melibatkan kos sewa yang tinggi. Ada sewaan yang mencecah RM2000 hingga
RM3000 sebulan dan saya melihat keadaan bangunan itu sudah lama dan tidak
kondusif, malahan keadaan atau kedudukan bangunan itu juga tidak teratur serta tidak
sesuai untuk dijadikan kawasan berurusan rakyat dan kerajaan. Jadi saya mohon
Kerajaan Pusat di sini menilai semula keadaan dan kedudukan bangunan atau Rumah
Persekutuan di daerah Tenom supaya disusun semula.
Imej dan identiti Kerajaan Persekutuan perlu ditonjolkan secara positif supaya
rakyat yang berurusan pun mudah untuk mendekati setiap perkhidmatan yang
ditawarkan oleh Kerajaan Persekutuan dengan lebih efektif dan efisien. Akhir sekali
Tuan Yang di-Pertua, tahniah kepada Kerajaan PH atas Bajet 2020. Tenom menyokong.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Tenom. Selepas ini
mungkin kita panggil Yang Berhormat Tanjong Manis dululah, bergilir-gilir ya.
DR. 23.10.2019 133
Pembangkang dahulu. Yang Berhormat Tanjong Manis, silakan. Selepas itu Yang
Berhormat Segamat. Ya, silakan Yang Berhormat Tanjong Manis.
5.06 ptg.
Tuan Yusuf bin Abd Wahab [Tanjong Manis]: Okey. Terima kasih Tuan Yang
di-Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahiim, Assalammualaikum warahmatullaahi
wabarakatauh dan salam sejahtera. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan
Yang di-Pertua kerana memberikan peluang dan ruang kepada saya untuk turut sama
berucap bagi membahaskan pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan 2020
yang bertemakan ‘Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama Ke Arah
Kemakmuran Bersama’. Sehubungan dengan itu, saya turut mengucapkan tahniah
kepada Kerajaan Pakatan Harapan yang telah berjaya membentangkan Rang Undang-
undang Perbekalan atau Belanjawan untuk kali kedua pada 11 Oktober 2019 yang lalu
di Dewan yang mulia ini.
Tuan Yang di-Pertua, kita sememangnya mengalu-alukan berita mengenai
belanjawan ini kerana ia akan menjadi garis panduan dan hala tuju peruntukan dan
perbelanjaan negara kita pada tahun hadapan. Sekilas pandang, banyak reaksi yang
berbeza-beza mengenai belanjawan yang telah dibentangkan pada kali ini. Ramai yang
gembira dengan belanjawan ini tetapi tidak kurang juga yang tidak berpuas hati. Walau
apa sekalipun, saya berharap agar pihak yang membentangkan belanjawan ini
mengambil sikap terbuka dan dapat mendengar dan membuat penilaian mengenai
komen-komen, pendapat-pendapat dan saranan-saranan berkenaan belanjawan ini
demi kemakmuran dan kesejahteraan kita bersama.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian kepada jumlah peruntukan
pembangunan untuk negeri Sarawak dalam belanjawan yang berjumlah RM4.4 bilion
untuk tahun 2020. Kita mengakui memang peruntukan kali ini ada bertambah sedikit jika
dibandingkan dengan peruntukan sama untuk tahun 2019 iaitu berjumlah RM4.3 bilion.
Sarawak dan Sabah bersama-sama menandatangani perjanjian untuk membentuk
Malaysia pada tahun 1963 tetapi negeri Sabah menerima peruntukan sejumlah RM5.2
bilion dalam belanjawan kali ini. Lebih daripada jumlah yang diperuntukkan untuk negeri
Sarawak.
Saya suarakan ini kerana rata-rata rakyat di negeri Sarawak turut merasa hairan
kenapa jumlahnya tidak sama. Kalau nak dikira daripada segi keluasan negeri, Sarawak
jauh lebih besar dari negeri Sabah, maka sepatutnya mendapat lebih peruntukan.
Orang-orang di kawasan saya pun pandai membuat perbandingan. Mereka berpendapat
DR. 23.10.2019 134
Sarawak sepatutnya mendapat peruntukan yang sama banyak atau lebih banyak
daripada negeri Sabah. Kalaulah saban tahun kami di Sarawak mendapat peruntukan
yang lebih kecil daripada Sabah dan Semenanjung, apabila nanti sampai tahun 2030
iaitu Tahun Wawasan Kemakmuran Bersama, negeri-negeri di Semenanjung dan Sabah
boleh diandaikan sudah jauh berlari di hadapan atau dengan kata orang Sarawak, sudah
‘berekot’ jauh di hadapan, manakala kami di Sarawak masih lagi berjalan dan
ketinggalan jauh di belakang.
■1710
Pandai juga orang-orang di kawasan saya membuat andaian sebegini. Tuan
Yang di-Pertua, satu lagi saya ingin bangkitkan. Jumlah peruntukan pembangunan
untuk negeri Sabah dan Sarawak yang berjumlah RM9.6 bilion adalah bersamaan
dengan 17.1 peratus daripada jumlah keseluruhan peruntukan pembangunan sebanyak
RM56 bilion. Hanya 17.1 peratus sahaja dan bukannya 30 peratus seperti yang pernah
diuar-uarkan sebelum ini.
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Boleh dapat penjelasan?
Tuan Yusuf bin Abd Wahab [Tanjong Manis]: Kami- banyak lagi. Nanti kalau
ada masa saya bagi ya.
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Itu selit pun, hendak bagi tahu tepat.
Tuan Yusuf bin Abd Wahab [Tanjong Manis]: Kami di Sarawak dan saya ada
mendengar keluhan rakan-rakan dari Sabah juga merasakan peruntukan ini sangat kecil
jika dibandingkan dengan hasil keluaran negeri Sabah dan Sarawak yang
disumbangkan kepada Kerajaan Pusat untuk belanjawan ini. Tuan Yang di-Pertua,
berkenaan dengan pemberian khas tahunan kepada negeri Sarawak di bawah Perkara
112, Perlembagaan Persekutuan iaitu sebanyak RM32 juta. Kami mengucapkan terima
kasih kepada kerajaan kerana telah menyemak semula jumlah tersebut dari RM16 juta
semenjak tahun 1969 dulu iaitu kepada RM32 juta pada tahun 2020. Jumlah RM32 juta
setahun ini akan dinaikkan kepada RM64 juta setahun dalam tempoh lima tahun.
Walau bagaimanapun, kami ingin tahu apakah formula dan perkiraan yang telah
diguna pakai oleh Menteri untuk mendapatkan jumlah tersebut? Saya juga telah
membuat perkiraan ringkas, sehingga tahun 1969 negeri Sarawak menerima sebanyak
RM16 juta setiap tahun. Jika dinaikkan sebanyak RM1 juta setiap tahun dari tahun
tersebut sehingga tahun 2020, kita sepatutnya menerima lebih kurang RM64 juta
setahun dan bukannya RM32 juta. Ini saya andaikan pertambahan sebanyak RM1 juta
sahaja setahun.
DR. 23.10.2019 135
Jadi, angka RM32 juta ini perlulah dijelaskan. Bagaimana ia dikira dan dinilai?
Apakah pihak Kerajaan Negeri Sarawak sudah dibawa berbincang mengenai perkiraan
ini dan apakah Kerajaan Negeri Sarawak sudah bersetuju dengan cara perkiraan dan
penilaian ini? Kami berharap Yang Berhormat Menteri boleh memberi penjelasan
supaya mendapat persetujuan bersama demi untuk mencapai kemakmuran bersama.
Tuan Yang di-Pertua, Projek Pan Borneo adalah berita yang sangat
menggembirakan kepada kami di Sarawak. Oleh kerana pada suatu hari nanti kami akan
berpeluang untuk sama-sama merasa betapa mudah dan senangnya untuk kami naik
kenderaan dan pergi dari satu bandar ke bandar lain di sepanjang jajaran Pan Borneo
dengan penuh keselesaan. Maka, dapatlah kami mengembangkan silaturahim,
perpaduan dan perniagaan kami kerana semakin mudah untuk kami berhubung dan
meniaga hasil tanaman dan hasil titik peluh kami di bandar-bandar utama sepanjang
jajaran lebuh raya tersebut. Projek yang sedang rancak berjalan ini, kami tetap bersabar
menunggu projek ini siap. Walaupun sebagai pengguna jalan raya, begitu banyak
lencongan dan cabaran yang kami hadapi ketika projek ini masih dalam pembinaan.
Begitu ramai juga rakyat tempatan dan juga rakyat dari Semenanjung yang bekerja demi
menjayakan projek ini, walaupun bekerja dalam panas terik matahari dan hujan.
Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa
kontraktor Project Delivery Partner (PDP), dengan izin, untuk projek ini akan ditamatkan
kontraknya tidak lama lagi. Seramai lebih 500 orang pekerja tempatan dan dari
Semenanjung juga akan kehilangan pekerjaan pada awal tahun hadapan. Saya
berharap pihak kementerian akan menjaga kebajikan mereka dengan mengambil
semula mereka ini bekerja dalam satu entiti baru yang akan mengambil alih projek ini.
Seperti mana yang dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya baru-baru ini.
Tuan Yang di-Pertua, yang paling penting bagi kami di Sarawak, janganlah
berlaku apa-apa kelewatan kepada projek ini. Setelah sekian lama kami menunggu
projek ini siap, kami sudah berangan-angan merasakan keselesaan menggunakan
Lebuh Raya Pan Borneo yang tanpa tol ini. Janganlah ada kelewatan kepada projek ini
disebabkan oleh pertukaran cara pelaksanaan projek ini. Kami mohon kepada pihak
Yang Berhormat Menteri yang juga berasal daripada Sarawak, supaya peruntukan
tahunan untuk Lebuh Raya Pan Borneo ini diteruskan dan ditambah lagi supaya
kemajuan projek ini tidak terjejas. Kami berharap kementerian akan memastikan projek
ini akan dapat disiapkan mengikut jadual atau lebih bagus lagi dapat disiapkan lebih
awal daripada jadual.
DR. 23.10.2019 136
Tuan Yang di-Pertua, seperti yang kita maklum, Kementerian Pendidikan telah
mendapat peruntukan yang paling banyak dalam belanjawan pada tahun 2020 iaitu
sebanyak RM64.1 bilion. Peruntukan yang banyak ini membuktikan bahawa pihak
kerajaan mengambil berat tentang isu-isu yang berkaitan dengan pendidikan demi masa
depan anak-anak kita semua. Dengan adanya peruntukan yang besar ini, kita di
Sarawak berharap agar peruntukan ini dibahagikan dengan seadil-adilnya supaya
negeri-negeri yang benar-benar memerlukan peruntukan ini mendapat perhatian yang
sewajarnya. Khususnya negeri Sarawak yang masih serba kekurangan dari segi
prasarana pembelajaran, termasuk tenaga pengajar, kemudahan-kemudahan yang
serba kekurangan dan yang paling selalu dibangkitkan adalah masalah sekolah daif di
negeri Sarawak.
Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, isu sekolah daif ini sentiasa
dibangkitkan oleh setiap rakan-rakan GPS dari Sarawak kerana ia memang sangat
kritikal, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman Sarawak. Terdapat
sebanyak 1,020 buah sekolah yang dikategorikan sekolah daif di Sarawak dengan 415
buah sekolah iaitu hampir separuh daripada jumlah tersebut yang boleh dikategorikan
sebagai sudah tersangat daif sehingga sukar untuk diperbaiki dan perlu dibina semula.
Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri Sarawak telah menawarkan sejumlah
RM1 bilion sebagai pembayaran awal hutang kerajaan negeri untuk disalurkan semula
kepada negeri Sarawak untuk membaiki sekolah-sekolah daif ini. Namun, oleh sebab
kaedah pelaksanaannya tidak dipersetujui, maka tawaran tersebut telah ditolak oleh
kerajaan. Kerajaan negeri juga telah membuat pembayaran sebanyak RM350 juta
sebagai bayaran hutang kepada Kerajaan Pusat. Namun, saya mendapati tiada butiran
mengenai pembayaran tersebut dalam belanjawan pada kali ini. Saya mohon
penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri Kewangan mengenai perkara ini untuk
makluman kami di Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, dalam belanjawan kali ini, kerajaan memperuntukkan
sebanyak RM783 juta untuk memperbaiki sekolah-sekolah daif dengan keutamaan
kepada negeri Sarawak dan Sabah. Oleh itu, saya memohon agar negeri Sarawak
diberi bahagian yang lebih besar daripada peruntukan berkenaan. Saya minta Yang
Berhormat Menteri mengambil perhatian kepada beberapa contoh yang saya
kemukakan ini. Pada bulan Jun 2019 yang lalu, kita ada mendengar mengenai kejayaan
beberapa pelajar dari sebuah sekolah di kawasan saya iaitu SK Bruit yang telah melakar
sejarah dengan berjaya merangkul Johan Emas Pertama Keseluruhan Inovasi
Kebangsaan (ComPEx) melalui kejayaan mereka menghasilkan buku Sains IT.
DR. 23.10.2019 137
Mereka berasal dari sebuah sekolah yang termasuk dalam kategori daif dan
perlu di baik pulih. Walaupun dalam keadaan sekolah yang serba kekurangan dan
kedaifan, pelajar-pelajar ini berjaya menghadapinya dengan tabah dan cekal sehingga
berjaya di peringkat kebangsaan. Ini lah contoh, inilah sebab mengapa Kementerian
Pendidikan perlu memberi lebih peruntukan kepada sekolah-sekolah tersisir dan di
pedalaman Sarawak supaya pelajar-pelajar mempunyai peluang untuk lebih berjaya
dalam pendidikan. Kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang
tahu.
Untuk maklumat Yang Berhormat Menteri juga, di kawasan Parlimen saya
terdapat dua buah sekolah yang akan dibina baru iaitu SK Penibong dan SK Serdeng.
Apabila kami memeriksa spesifikasi sekolah-sekolah tersebut, terdapat banyak
kekurangan kemudahan pada sekolah-sekolah tersebut seperti tiada dewan makan,
tiada peruntukan untuk penyambungan elektrik dan air dan juga rumah guru yang tidak
mencukupi. Oleh itu, saya berharap supaya Yang Berhormat Menteri dapat memberi
penjelasan sama ada peruntukan untuk sekolah tersebut mencukupi atau tidak sehingga
terdapat kekurangan kemudahan sebegitu rupa.
◼1720
Kalaulah betul-betul ada kekurangan peruntukan untuk sekolah-sekolah ini, saya
berharap kementerian akan menambah peruntukan secukupnya daripada belanjawan
ini supaya sekolah-sekolah ini siap sempurna dari segi kemudahannya nanti. Masa tidak
lama lagi. Jadi, saya cuba melompat sedikitlah, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-
Pertua, saya ingin menyentuh sedikit mengenai penetapan harga runcit siling bagi
RON95 pada RM2.08 seliter dan diesel pada RM2.18 seliter untuk negeri Sabah dan
Sarawak. Semasa menjawab soalan lisan pada 15 Oktober 2019, Menteri telah
menjelaskan mekanisme bagaimana penetapan harga siling tersebut ditetapkan. Beliau
ada menyebut bahawa kadar penggunaan minyak RON95 dan diesel di Sabah dan
Sarawak adalah rendah.
Sebagai negeri pengeluar minyak terbesar, kami merasakan bahawa harga siling
tersebut sepatutnya lebih rendah lagi dari RM2.08. Oleh kerana negeri kami sebagai
negeri pengeluar minyak dan penggunaan minyaknya adalah kecil seperti yang
dimaklumkan oleh Menteri pada waktu itu. Jadi, tidaklah menjadi beban kepada kerajaan
sekiranya harga siling minyak diturunkan kepada suatu harga yang lebih rendah lagi dan
bukannya RM2.08 seperti yang dimaklumkan. Lagipun, penggunaannya adalah rendah.
Maka, tidaklah merugikan sangat kepada kerajaan. Ini pasti berita gembira kepada
penduduk luar bandar dan pedalaman di Sarawak yang masih bergantung kepada bot-
DR. 23.10.2019 138
bot kecil sebagai mod pengangkutan utama mereka dan juga kepada pemilik generator
sebagai punca bekalan elektrik di rumah-rumah mereka. Saya harap Menteri dapat
mengkaji semula formula penetapan harga siling minyak bagi negeri Sabah dan negeri
Sarawak.
Sebagai penggulungan Tuan Yang di-Pertua, saya berharap Menteri Kewangan
dapat memberi peruntukan yang lebih daripada Belanjawan 2020 kepada negeri
Sarawak. Ini sejajar dengan sumbangan hasil bumi dari negeri Sarawak kepada
keseluruhan pendapatan dalam negara kita. Biarlah kita sama-sama mencapai
Wawasan Kemakmuran Bersama pada tahun 2030 dengan kemajuan negeri Sarawak
setaraf dan setanding dengan majunya negeri-negeri lain di Malaysia. Saya akhiri
ucapan saya dengan serangkap pantun.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Belanjawan 2020 sudah dibentang,
Tambahlah peruntukan Sarawak wahai Yang Berhormat Menteri.
Sekian, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Manis. Sekarang
giliran Yang Berhormat Segamat. Silakan.
5.23 ptg.
Dato’ Seri Dr. Santhara [Segamat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana
mengizinkan saya menyertai perbahasan Belanjawan 2020. Belanjawan ini secara
dasarnya adalah satu bajet yang baik dan kita mendapati terdapat pelbagai inisiatif yang
telah diumumkan. Saya mendapati bahawa rakan-rakan seperjuangan saya telah pun
menyatakan semua inisiatif dan juga sebagainya. Oleh kerana masa yang diberikan
hanya beberapa minit, maka saya tidak mahu mengulangi. Akan tetapi pada masa yang
sama, saya ingin melihat kepada beberapa perkara yang saya fikirkan bagaimana
kerajaan boleh memperhalusi lagi dalam pelaksanaan belanjawan ini. Pertama sekali,
kita mendapati bahawa terdapat RM299 bilion dalam belanjawan ini secara jumlah
anggaran Perbelanjaan Persekutuan dan OE adalah sebanyak RM241 bilion berbanding
dengan DE sebanyak RM56 bilion.
Saya juga ingin bertanya kepada Menteri Kewangan bahawa klasifikasi di antara
OE dengan DE. Saya risau ada kalanya ada di antara OE ini juga dimasukkan sebagai
DE dan saya rasa perlukan satu pentakrifan yang betul kerana DE ini amat penting. Ini
kerana ia mempunyai multiplier effect dengan adanya projek-projek baru yang boleh
DR. 23.10.2019 139
dilaksanakan. Salah satunya adalah dalam Pakatan Harapan menyatakan bahawa kita
akan mengurangkan atau menghapuskan tol secara berperingkat. Menteri Kewangan
telah menyatakan bahawa ada cadangan untuk membeli kembali agar tol ini dapat
dikurangkan kepada 18 peratus. Akan tetapi pada masa yang sama mungkin kerajaan
juga boleh melihat sama ada membelanjakan sebanyak RM5 bilion lebih untuk
mengurangkan sebanyak 18 peratus tol ataupun membayar satu jumlah di mana untuk
mengelakkan daripada tol itu dinaikkan dalam jangka masa yang masih ada di antara
lapan tahun sehingga sembilan tahun.
Jika kita dapat berbuat demikian, seandainya RM1.5 bilion boleh dibayar agar tol
tidak dinaikkan, maka rakyat dapat menikmati tetapi kita dapat jimatkan hampir RM3.5
bilion untuk projek pembangunan yang memberikan multiplier effect yang lebih baik. Ini
satu yang harus dikaji oleh Khazanah. Begitu juga Khazanah dan juga agensi-agensi
yang lain juga harus berfikir dan Kementerian Kewangan adakah mereka mahu berada
dalam business tol? Dalam perniagaan tol ataupun tidak atau sama sekali membiarkan
kepada persendirian dan juga sebagainya. Akan tetapi dalam hal ini kita mendapati
kerajaan harus memainkan satu peranan yang penting kerana ia melibatkan kebajikan
untuk rakyat dan juga sebagainya.
Satu lagi, Menteri Kewangan juga menyatakan mengenai percukaian dan kita
mendapati cukai dinaikkan. Di mana cukai korporat Malaysia adalah lebih kurang 24
peratus, in direct tax sebanyak enam peratus dan juga personal tax sebanyak 28 peratus
dan ditambah lagi dua kepada mereka yang mendapati pendapatan lebih daripada RM2
juta ini. Walaupun ia baik untuk jangka pendek tetapi dalam jangka panjang, ramai di
antara tokoh-tokoh korporat, khususnya untuk multi nasional ini mereka mungkin tidak
berminat bekerja di Malaysia. Mungkin mereka akan berpindah ke Singapura ataupun
mereka sendiri akan mengambil satu pakej gaji yang kecil di Malaysia dan seterusnya
mengambil pendapatan di luar negara dan juga sebagainya ataupun pembayaran di
Cayman Islands ataupun sebagai stok dan juga sebagainya. Maksudnya, walaupun
hanya 2,000 orang yang mendapati lebih daripada RM2 juta ini tetapi berapa ramai kah
yang akan membayar dua tahun daripada sekarang atau mereka mungkin mengambil
pakej-pakej lain? Pakej dalam bentuk saham dan juga sebagainya. Jika mereka dibayar
di Cayman Islands, kita tidak akan tahu pun untuk sebarang perkhidmatan dan kita akan
kehilangan cukai tersebut.
Ini sesuatu yang harus dikaji kerana ia akan merugikan dalam jangka masa
panjang dan juga kita akan dapati bahawa tokoh-tokoh profesional ini akan berpindah
ke Singapura kerana Singapura akan mengenakan 17 peratus untuk syarikat dan juga
DR. 23.10.2019 140
personal tax hanya 22 peratus. Maka, kita harus kompetitif dengan Singapura. Ini suatu
yang kita harus kaji dan juga sebagainya. Saya berharap bahawa Kementerian
Kewangan telah pun kaji dan juga agar setiap penggal mereka akan mengeluarkan satu
statement keefektifan sistem percukaian ini. Seterusnya, mengenai fringe benefit dan
juga sebagainya. Kita mendapati ada lagi banyak cara lain di mana kita boleh
meningkatkan pendapatan. Contohnya, capital gain tax. Kalau orang menjual saham
dapat berjuta-juta atau pun berbilion ataupun IPO, tidak dikenakan RM1 tax pun. Akan
tetapi kalau warga kampung yang menjual sayur, yang mendapat RM4,000 pendapatan,
di cukai.
Maka, ini sudah tentu harus kita kaji. Begitu juga dengan syarikat-syarikat.
Contohnya, kadang-kadang ada syarikat ini merupakan syarikat RM2 ataupun syarikat
RM500 modal berbayar. Kadang-kadang mereka tidak membayar cukai langsung
ataupun membayar kurang daripada RM100,000 setahun. Akan tetapi kita mendapati
pengarah-pengarahnya Tuan Yang di-Pertua, menggunakan Mercedes Benz S-Class
dan juga menggunakan BMW 7-Series dan juga sebagainya. Maka, kita tidak ada satu
ketetapan di mana sistem percukaian di Malaysia. Sepatutnya kita harus mengkaji,
hanya bagi syarikat yang membayar cukai pendapatan yang tinggi, maka dibenarkan
berapa banyak kereta, berapa banyak aset, berapa banyak yang boleh berbaki.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Setiawangsa.
Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad [Setiawangsa]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua. Yang Berhormat, saya rasa itu satu point yang baik. Setiawangsa ingin bertanya,
adakah Yang Berhormat setuju tentang dua perkara. Pertama ialah mengurangkan
discretionary, kuasa discretionary yang ada di tangan Menteri Kewangan dan juga
Pengarah LHDN dalam soal cukai yang banyak, mungkin menimbulkan persoalan.
Kedua, adakah kita perlu cari jalan supaya sistem percukaian kita lebih mudah tetapi
mungkin lebih efektif dalam mengumpul hasil untuk negara?
Dato’ Seri Dr. Santhara [Segamat]: Saya bersetuju dengan pendapat dan
cadangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Setiawangsa dan juga dimasukkan
sebahagian daripada ucapan saya. Oleh kerana kita harus pastikan bahawa terlalu
banyak kuasa pada satu tangan, maka boleh disalahgunakan atau ditafsirkan salah
guna. Walau diberi atau dikecualikan pun nanti akan dipersalahkan juga oleh pihak-
pihak tertentu. Malah, saya sendiri kalau saya bayar cukai dan saya mendapati saudara
tidak membayar, maka secara prinsipnya, lumrah manusia, kita akan katakan bahawa
ia tidak betul dan juga isu rasuah dan juga sebagainya ataupun salah guna kuasa.
DR. 23.10.2019 141
■1730
Maka saya terima cadangan itu dan harus Kementerian Kewangan melihatnya.
Seterusnya saya juga mendapati bahawa subsidi petroleum ataupun diesel bahan api
dan saya yakin diperlukan satu big data untuk mengkaji sebelum satu pelaksanaan.
Contohnya kalau B40 versus M40, kalau B40 diberikan RM30 sebulan.
Pada mulanya kita difahamkan bahawa satu kementerian yang
bertanggungjawab iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna (KPDNHEP) tapi sekarang kita mendapati bahawa ada cadangan di bawah
KPDNHEP akan buat untuk B40 dan juga MOF akan buat untuk M40. Maka satu
digunakan kad dan juga sebagainya tapi kalau syarikat-syarikat yang menggunakan kad
memberikan secara percuma maka kita terima tapi seandainya ada sebarang
pembayaran maka kita anggapnya sebagai satu pembaziran.
Sepatutnya hanya satu kementerian yang menerajui, you can’t have two tigers
in the mountain dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Itu satu harus yang kita kaji dan
sebagainya. Big data ini adalah suatu yang penting contohnya fact sheet dan juga
sebagainya, vital statistics. Walaupun kita mendapati bahawa Kementerian Kewangan
telah membentangkan tapi banyak fakta dan juga data kita belum ada di antara Ahli-ahli
Yang Berhormat, contohnya berapa banyak penerima, berapa banyak yang terlibat dan
juga sebagainya. Ini merupakan satu yang penting, maka cadangan saya adalah
KPDNHEP mestilah menjadi peneraju projek tersebut dan harus mempunyai big data
dan dia patut menjadi custodian kepada data-data ini maka harus boleh dikaji dan
sebagainya. Maka kerajaan boleh menjalankan program yang lebih spesifik.
Berkenaan dengan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi pula dengan Wawasan
Kemakmuran Bersama, sesuatu yang saya terima baik dan juga sebagainya tapi pada
masa yang sama saya yakin bahawa kerajaan melalui Khazanah Nasional dan juga
agensi pelaburan yang lain harus pastikan bahawa mereka bukan saja melaungkan
hendak menolong syarikat-syarikat bumiputera tetapi mereka harus menolong, bukan
saja menyebut tapi haruslah melabur dalam syarikat-syarikat bumiputera.
Contohnya baru-baru ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada
menyatakan bahawa syarikat bumiputera seperti Weststar merupakan syarikat ketiga
terbesar helikopter di dunia dan juga sebagainya. Persoalannya adakah Kerajaan
Malaysia pernah melabur dalam syarikat bumiputera tersebut. Contohnya KKR satu
syarikat investment yang terbesar di Amerika Syarikat melabur di atas syarikat
bumiputera ini, dia percaya dengan orang bumiputera ini tetapi takkan kita kerajaan
sendiri tidak melabur. Ini sesuatu yang harus dikaji.
DR. 23.10.2019 142
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan
Mesyuarat]
Selain daripada hanya hendak membeli tol dan juga sebagainya kita juga harus
menggunakan wang untuk melabur agar boleh mendapatkan pendapatan yang jauh
lebih tinggi. Ini satu yang harus kita melihat daripada perspektifnya. Contohnya, kalau
syarikat tersebut juga merupakan satu peneraju dalam bidang helikopter dan juga
sebagainya, mereka boleh membelikan helikopter ataupun kerajaan membelikan
helikopter untuk polis, untuk PDRM, untuk tentera dan juga sebagainya. Kalau tentera
itu lain ia boleh tapi kalau PDRM dan agensi lain, PLUS dan sebagainya, mereka boleh
lease helikopter tersebut daripada syarikat tersebut.
Maka tidak perlu ada begitu banyak capital expenditure tapi hanya melibatkan
operation expenditure yang akan jauh lebih menguntungkan. Ini sesuatu yang harus kita
kaji dan sebagainya.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Boleh Yang
Berhormat?
Dato’ Seri Dr. Santhara [Segamat]: Sila.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Terima kasih Tuan
Yang di-Pertua. Setuju kah Yang Berhormat kalau saya katakan kerajaan mengetepikan
syarikat-syarikat bumiputera dalam membuat pelaburan itu sebaliknya banyak
membantu syarikat-syarikat bukan bumiputera sebagai contoh EPF. EPF banyak dana
yang dibantu siapa? Ekor pun ada, berapa bilion? Ini kerajaan tidak betul ini. Betulkan,
Yang Berhormat Jelutong apa geleng-geleng kepala?
Dato’ Seri Dr. Santhara [Segamat]: Terima kasih kepada cadangan diberikan.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Terima kasih Yang
Berhormat Pasir Salak.
Dato’ Seri Dr. Santhara [Segamat]: Akan tetapi saya agak menafikan
pelaburan. Memang diketahui bahawa kerajaan memang banyak melabur dalam
syarikat-syarikat bumiputera khususnya bila Yang Berhormat Pekan sendiri sebagai
Perdana Menteri – saya menerajui Masterskill tapi saya tahu bahawa banyak kewangan
diberikan melalui Ekuinas dan juga kepada syarikat-syarikat bumiputera.
Malah syarikat saya walaupun kita di antara yang terbesar pada masa itu, 10
yang terbesar di dunia, kita tidak mendapat sebarang pelaburan. Akan tetapi saya yakin
bahawa apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi bahawa kerajaan yang baharu
DR. 23.10.2019 143
ini haruslah lebih peka dan juga lebih sensitif dan mereka harus mencari entrepreneur
bumiputera yang berwibawa.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Duit tidak ada
macam mana?
Dato’ Seri Dr. Santhara [Segamat]: Ya?
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Kata tidak ada duit.
Dato’ Seri Dr. Santhara [Segamat]: Itu yang cadangan.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Perdana Menteri
kata tidak ada duit, Menteri Kewangan pun kata tidak ada duit, macam mana hendak
melabur.
Dato’ Seri Dr. Santhara [Segamat]: Yang Berhormat, saya rasa kalau saya
Menteri Kewangan saya akan jawab tapi memandangkan saya hanya Ahli Parlimen
biasa saya benarkan Yang Berhormat Menteri Kewangan menjawab tersebut. Pada
masa yang sama kita mendapati bahawa ekonomi bumiputera desa, ekonomi
bumiputera desa adalah sesuatu yang dekat dengan hati saya dan saya mendapati
bahawa masyarakat bumiputera, belia-belia Melayu khususnya mereka mempunyai
masa, tenaga kerja, kepakaran, minat dan mahu berusaha.
Akan tetapi malangnya kita mendapati bahawa sebelum ini walaupun ada
kementerian-kementerian di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan juga
sebagainya tetapi tidak ada satu program yang komprehensif. Contohnya kali ini kita
mendapati Kementerian Pembangunan Usahawan mendapat RM122 juta ia naik
kepada RM325 juta. Ada kalanya baik di mana kalau Kementerian Pembangunan
Usahawan ini dapat mengadakan contohnya kraf tangan dan juga sebagainya.
Kita mendapati bahawa perkampungan itu boleh buat ataupun mahupun Orang
Asli, mahupun di FELDA dia boleh buat dan sepatutnya ia di pasarkan. Bila kita hendak
pasarkan ke dunia kita mendapati kraf tangan buatan amat mahal di luar negara. Orang
bayar dalam bentuk dolar tapi kita hendak pastikan barangan ini sampai ke sana.
Bagaimana? Kita ada Kementerian Pelancongan, kita bekerjasama dengan mereka.
Mereka bukan saja hendak membawa masuk pelancong tetapi mereka juga boleh
memasarkan produk ini.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Santhara [Segamat]: Ini satu harus yang kita lihat di luar kotak.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Yang Berhormat Segamat.
Dato’ Seri Dr. Santhara [Segamat]: Kita tidak boleh hanya mengikut cara
pemikiran lama, kita harus fikir cara pemikiran yang baru dan sebagainya.
DR. 23.10.2019 144
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Saya hendak minta
pandangan Yang Berhormat setuju kah tentang perkara yang dibangkitkan oleh Yang
Berhormat Pasir Salak tadi. Kita lihat syarikat-syarikat seperti FELDA, FELCRA, Tabung
Haji dan sebagainya kebanyakannya mengalami kerosakan isu rasuah dan sebagainya
di bawah pimpinan yang lalu. Walaupun ketika itu kita memberi tumpuan kepada
memajukan lagi aset-aset dan kepentingan rakyat bumiputera. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Santhara [Segamat]: Terima kasih kepada pandangan yang
diberikan saya rasa kes itu berada di mahkamah dan seluruh rakyat Malaysia
mengetahui. Saya yakin bahawa apabila mahkamah menjatuhkan keputusannya maka
kita bolehlah membuat satu keputusan yang lebih tepat dan itu merupakan pendirian
saya sebagai tokoh korporat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Jadi fakta yang
dibentangkan oleh Yang Berhormat Pasir Salak tadi itu tidak betullah.
Dato’ Seri Dr. Santhara [Segamat]: Memang saya sudah nyatakan tadi saya
kurang bersetuju, saya telah pun menyatakan boleh rujuk kepada Hansard. Khususnya
kepada pembangunan seperti sin tax dan juga kita mendapati bahawa cukai yang dikutip
daripada arak adalah sebanyak RM2.3 bilion, cukai yang dikutip daripada judi sebanyak
RM2.78 bilion iaitu hampir RM5.13 bilion daripada sin tax kalau termasuk rokok adalah
sebanyak RM8.42 bilion.
Ada kalanya bagus kalau sin tax ini, duit yang digunakan ini boleh juga digunakan
untuk melabur kembali kepada komuniti-komuniti yang mempunyai masalah arak dan
berjudi, gengsterisme dan juga sebagainya. Kalau boleh baik kalau lima peratus ini
digunakan untuk menolong mereka kembali dalam bentuk satu pembangunan modal
insan dan sebagainya.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Yang Berhormat,
minta rumuskan 33 saat lagi.
Dato’ Seri Dr. Santhara [Segamat]: Ya, saya faham.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Baik.
Dato’ Seri Dr. Santhara [Segamat]: Terima kasih. Pada masa yang sama
Kementerian Pendidikan mendapat RM64 bilion plus saya mengucapkan terima kasih
dan juga sebagainya tetapi memandangkan masa tidak mengizinkan dan saya ingin
menggulung. Pada masa yang sama saya menyokong bajet ini tapi pada masa yang
sama dan juga kepada Kementerian Pendidikan, saya minta agar dari segi persamaan
– masyarakat bukan Melayu tidak minta persamaan, dia hanya minta sedikit keadilan
dalam pendidikan.
DR. 23.10.2019 145
Ini saya hendak nyatakan bahawa terdapat hampir lebih kurang lapan pelajar
yang merayu kepada saya sendiri, mereka mendapat CGPA 4.00 dan juga mendapat
MUET 4 dan mereka tidak diberikan pengajian perubatan langsung, ini dari pelajar
golongan B40. Keluarga yang susah tapi saya faham bahawa Yang Berhormat Menteri
telah berjanji bahawa telah mencari kerusi perubatan di universiti IPTA dan juga
sebagainya.
Saya mengakhiri ucapan saya, saya berharap bahawa kementerian akan melihat
nama-nama ini Devishwarnan CGPA 4.00 dan MUET 4, Rutha Priya CGPA 4.00 dan
MUET 4, Givita CGPA 4.00 dan MUET 4...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Banyak lagi kalau
itu hendak bawa ke Parlimen Tuan Yang di-Pertua. Bukan empat orang, lima orang
banyak lagi.
Dato’ Seri Dr. Santhara [Segamat]: Saya hendak ia dicadangkan diberikan
pertolongan dan sebagainya...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tidak bolehlah
macam itu.
Dato’ Seri Dr. Santhara [Segamat]: Yang Berhormat, kepada pelajar-pelajar
bumiputera yang merayu kepada saya, saya telah pun menolong dan juga sebagainya
semuanya telah berjaya daripada Parlimen Segamat. Pada masa yang sama saya
ucapkan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan yang sentiasa peka dan
membantu dan juga sebagainya.
Saya harap dengan bajet ini mereka boleh melakukan dengan lebih terbaik.
Dengan ini saya menyokong Belanjawan 2020.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Terima kasih Yang
Berhormat Segamat. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Beruas.
■1740
5.40 ptg.
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana
membenarkan saya bangun untuk membahaskan Belanjawan 2020. Tahniah dan
syabas saya ucapkan kepada kerajaan kerana telah membentangkan satu belanjawan
yang begitu menyeluruh dan banyak memanfaatkan rakyat. Sungguhpun iklim ekonomi
dalam negara dan juga di antarabangsa memang mencabar.
Bagi mencapai matlamat kerajaan, saya ingin syorkan beberapa syor dan
cadangan agar ianya dapat dilaksanakan untuk mencapai matlamat kerajaan dan juga
DR. 23.10.2019 146
cadangan untuk memperbaiki perkara-perkara yang hendak dilakukan atau sedang
dilakukan oleh pihak kerajaan.
Pertama, saya ingin menyatakan bahawa wawasan kemakmuran bersama
membawa pertumbuhan yang lebih saksama untuk seluruh negara merupakan satu
matlamat yang amat baik dan kita nampak kerajaan begitu adil sekali. Di negeri-negeri
pantai timur kita ada East Coast Rail Link (ECRL) bernilai berpuluh bilion ringgit akan
dilaksanakan.
Di Sabah dan Sarawak, Pan Borneo highway akan dilaksanakan dan juga untuk
Sabah dan Sarawak mereka diberi peruntukan kelebihan iaitu RM5.2 bilion...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Yang Berhormat.
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: ...untuk Sabah...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Yang Berhormat, itu
semua projek Barisan Nasional dulu itu tadi.
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Kerajaan Barisan Nasional hanya umumkan.
Pihak Kerajaan Pakatan.......
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Mana boleh
umumkan. Kita sudah start sudah buat.
Tuan Wong Kah Woh [Ipoh Timur]: Cakap saja sudah buat ini Barisan.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: You all buat apa.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar [Tanjong Karang]: Sudah buat sudah.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Sudah buat.
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar [Tanjong Karang]: Sudah buat sudah.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Yang pergi gantung,
stop work itu fasal apa? Mengaku sajalah.
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Pihak kerajaan Pakatan Harapan memang adil
dan saksama, tidak kira apa projek pun, asalkan yang memanfaatkan rakyat, kita
Kerajaan Pakatan Harapan begitu adil sekali dan diteruskan dilaksanakan.
Sungguhpun...
Tan Sri Haji Noh bin Haji Omar [Tanjong Karang]: Kecuali GST lah tidak terus.
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: ...negeri-negeri Pantai Timur, negeri-negeri di
bawah parti lawan, kita pun laksanakan ECRL. Begitulah juga kita nampak ada
peruntukan yang lebih untuk Sabah RM5.2 bilion dan juga Sarawak RM4.5 bilion iaitu
bersamaan dengan 17 peratus dan juga 4.8 peratus daripada RM30 bilion perbelanjaan
pembangunan untuk negeri-negeri. Saya amat kecewa pemimpin-pemimpin parti lawan
di Sabah dan Sarawak masih tidak puas hati lagi....
DR. 23.10.2019 147
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Celahan.
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Kalau jumlah ini diberikan kepada negeri
Perak....
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Yang Berhormat
lebih baik sebut apa projek baru kerajaan Pakatan Harapan.
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Nanti.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Apa projek baru
dalam belanjawan itu yang dibawa oleh...
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Nanti, nanti dengar.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: ...kerajaan Pakatan
Harapan. Ini semua projek Barisan Nasional dulu tidak payah sebutlah.
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Tuan Yang di-Pertua, tanpa kebenaran. Harap
hormatlah.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Minta maaf ya.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Yang Berhormat
Pasir Salak, siap-siap ya.
Beberapa Ahli: [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Saya buat catatan
berapa kali tanpa izin saya.
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Jadi...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Tuan Yang di-Pertua,
Yang Berhormat Pasir Salak hendak menunjuk di hadapan Yang Berhormat Pekan ini.
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Jadi kerajaan Pakatan Harapan begitu baik
sekali membawa pembangunan kepada Sabah dan Sarawak. Saya tadi katakan kalau
jumlah ini RM4.5 bilion atau RM 5.2 bilion diberi kepada negeri Perak, saya dan warga
Perak memang bersyukur. Tapi nampaknya parti-parti lawan di Sabah, Sarawak tidak
begitu bersyukur sungguhpun diberikan jumlah yang begitu banyak dan adalah tidak
tepat...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Yang Berhormat Beruas,
boleh mencelah.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [Sibuti]: Boleh mencelah sikit tuan?
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: ...dan adalah tidak tepat peratusan yang
diberikan oleh....
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Yang Berhormat Beruas,
saya mohon pencelahan.
DR. 23.10.2019 148
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: ...parti-parti lawan kerana peruntukan lain...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Mereka tidak puas hati
sebab 20 peratus royalti yang dijanjikan tidak ditunaikan.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [Sibuti]: Yang Berhormat Beruas, Yang
Berhormat Beruas.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Yang Berhormat
Pontian, kalau tidak dapat kebenaran, saya tidak benarkan Yang Berhormat Pontian
bercakap. Peraturan 37(2), rujuk. Baik Yang Berhormat Beruas teruskan.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [Sibuti]: Saya minta mencelah Yang
Berhormat Beruas.
Tuan Noor Amin bin Ahmad [Kangar]: Yang Berhormat Beruas, boleh minta
sikit.
Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [Sibuti]: Dari Sarawak.
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Noor Amin bin Ahmad [Kangar]: Okey, terima kasih Yang Berhormat
Beruas. Saya mendengar perbahasan tadi. Cuma saya hendak sebut semula, kelmarin
saya mendedahkan bagaimana dalam Laporan Ketua Audit Negara pada Oktober 2017
menunjukkan bahawa pengumuman oleh pentadbiran terdahulu dari segi pelaksanaan
pembaikan sekolah daif hanya mencapai 22 peratus pelaksanaannya. Dalam maksud
lain ialah ia terpaksa dipanjangkan lagi.
Tadi Yang Berhormat Beruas menceritakan tentang projek-projek oleh
pentadbiran lalu yang diteruskan. Itu bagi saya menunjukkan bahawa pentadbiran
Pakatan Harapan hari ini bukanlah pentadbiran yang mahu membalas dendam. Kita
membuat penilaian dan kita melaksanakan apa yang bagus. Tetapi pada masa yang
sama, oleh kerana projek-projek yang gagal ataupun projek-projek yang bagus untuk
kita teruskan ini juga sedikit sebanyak telah menghadkan ruang fiskal untuk kita
melaksanakan pelbagai program baru dan termasuklah janji-janji yang kita hendak
laksanakan. Setuju atau tidak?
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tuan Yang di-
Pertua.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Mohon dengan baik.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Apa projek yang
gagal itu apa dia?
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Terima kasih Yang
Berhormat Kangar.
DR. 23.10.2019 149
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Terima kasih. Saya teruskan dalam ucapan...
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Yang Berhormat Beruas,
boleh saya mohon dengan baik?
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Tuan Yang di-Pertua, kerana tidak cukup
masa, saya ada empat perkara yang hendak dibangkitkan.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Kata ingin berlaku adil pada
Kelantan dan Terengganu. Royalti pun tidak bagi.
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Jadi, saya sekarang hendak bincang tentang
hal....
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Yang dikatakan
projek yang gagal itu yang......
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Sekejap. Yang
Berhormat Beruas, you bagi ataupun tidak, Yang Berhormat Pontian ataupun Yang
Berhormat Pasir Salak bercakap, mencelah, Yang Berhormat Beruas?
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Tidak dibenarkan.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Tidak bagi. Saya
tidak bagi kebenaran.
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Jadi, saya ingin nyatakan bahawa angka-
angka peratusan yang dinyatakan oleh beberapa Yang Berhormat daripada parti lawan
Sabah, Sarawak itu tidak benar kerana peruntukan lain merupakan peruntukan am untuk
seluruh negara di mana Sabah dan Sarawak juga akan mendapat manfaat.
Saya ingin mohon kepada kerajaan sekarang, sebenarnya inilah ucapan yang
hendak saya sampaikan. Memang saya hendak tunjukkan kerajaan adil, saksama dan
dalam semangat wawasan kemakmuran bersama, saya berharap negeri Perak yang
telah berdekad-dekad dipinggirkan akan diberikan perhatian oleh kerajaan dalam
membangunkan infrastrukturnya. Kita tahu di Kuala Lumpur pun kerajaan telah
membelanjakan lebih RM80 bilion untuk LRT, MRT. Tetapi sampai hari ini saya tidak
nampak mana-mana projek yang ada bilion-bilion nya untuk negeri Perak. Hari ini saya
mohonlah jangan lagi pinggirkan negeri Perak.
Tiga projek yang saya mohon dilaksanakan. Bagi saya kalau tiga projek ini
dilaksanakan, negeri Perak akan membangun dengan pesatnya. Pertama, landasan
kereta api daripada Ipoh ke Batu Gajah dan ke Pelabuhan Lumut Maritim Terminal di
Kampung Aceh, setuju. Yang Berhormat Lumut setuju juga.
DR. 23.10.2019 150
Kedua, menaik taraf pelabuhan LMT untuk menjadi satu pelabuhan yang
memberi perkhidmatan kontena. Sekarang ini LMT hanya memberi perkhidmatan kargo
pukal, or we call bulk cargo dan pelabuhan ini merupakan pelabuhan antarabangsa.
Ketiga, lapangan terbang antarabangsa di Bagan Serai yang merupakan
rancangan asal atau awal, Northern Corridor Implimentation Authority. Masa itu
dinamakan UMAT, Utara Malaysia Airport Terminal yang akan memberi perkhidmatan
kepada semua negeri-negeri di kawasan utara dan dengan WCE yang akan siap tidak
lama lagi, saya rasa negeri Perak akan maju ke depan. Tidak payah lagi ada masalah
infrastruktur.
Ingin saya nyatakan di sini kalau pihak kerajaan persekutuan tidak ada dana
masa ini, berikanlah kelulusan secara prinsip kepada kerajaan negeri Perak dan kita
akan usahakan dengan private finance initiative (PFI).
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Yang Berhormat.
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Tapi kalau ada duit seperti yang telah diberikan
berbilion-bilion kepada negeri lain, tolonglah juga berikan beberapa bilion kepada negeri
Perak.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Yang Berhormat.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Sila
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi [Bagan Datuk]: Saya daripada Perak.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Yang Berhormat
Bagan Datuk, sila.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi [Bagan Datuk]: WCE tidak melalui
Beruas. Jadi, Beruas akan tertinggal bila WCE ini tidak masuk dan pada waktu yang
sama, WCE merentasi Jambatan Sungai Perak. Ianya melalui kawasan saya dan Lumut.
Walaupun faedahnya akan diperolehi juga oleh Pasir Salak. Adakah Yang Berhormat
bersetuju agar penyiapan jambatan itu disegerakan kerana ada hasrat untuk
menundanya. Jadi, saya ingin mencadangkan dan bersetuju dengan Yang Berhormat
Beruas jika jajaran WCE ini dibawa ke Beruas juga.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Yang Berhormat Beruas.
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Saya hendak membuat pembetulan kepada
Yang Berhormat Bagan Datuk. Memang WCE ini ada melalui pekan, tepi dengan Pekan
Beruas.
■1750
Jadi memanglah jambatan itu di Telok Intan itu haraplah disiapkan dengan
secepat mungkin supaya jajaran WCE ini dapat digunakan sepenuhnya tidak lama lagi.
DR. 23.10.2019 151
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Yang Berhormat Beruas,
saya ada satu soalan. Sedikit sahaja.
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Tak ada masa, mohon maaf.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tak ada masa,
duduk.
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Perkara kedua yang ingin saya bangkitkan ialah
kerajaan perlu memberhentikan monopoli pengurus lapangan-lapangan terbang di
Malaysia. Selain daripada lapangan terbang di Senai, semua lapangan-lapangan
terbang di Malaysia diurus tadbir oleh Malaysian Airport Holdings Berhad. MAHB
merupakan sebuah syarikat di Bursa Saham dan saya sangat mengalu-alukan
cadangan daripada pihak kerajaan untuk memberhentikan monopoli MAHB dalam urus
tadbir lapangan-lapangan terbang di Malaysia.
Saya tidak setuju dengan teguran Datuk A. Kadir Jasin terhadap Yang Berhormat
Menteri Pengangkutan kerana dikatakan rancangan kerajaan ini akan menyebabkan
atau telah menyebabkan saham MAHB turun mendadak. Tujuan utama kerajaan adalah
untuk menjaga kebajikan rakyat, bukannya syarikat-syarikat perniagaan termasuk
syarikat-syarikat yang ada kaitan dengan kerajaan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Yang Berhormat, penjelasan.
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Jika— okey saya habiskan dahulu.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Pasal ingatan Yang Berhormat
Menteri menyebabkan MAHB... [Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Yang Berhormat
Arau, jika tak dapat kebenaran, saya pun tidak akan dapat beri kebenaran. Peraturan 37
kata dapat kebenaran daripada floor. Saya ikut peraturan terima kasih. Sila
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Yang Berhormat Arau sabar. Saya sedang
jelaskan. Jika GLC tidak boleh bersaing di pasaran, ia tidak harus lagi terlibat dalam
perniagaan. Rakyat tidak boleh dijadikan mangsa untuk memastikan GLC-GLC ini terus
mengaut keuntungan yang lumayan. Saya bagi dua misalan kenapa kerajaan harus
membuka sesuatu industri kepada pasaran supaya ia lebih memanfaatkan rakyat.
Semasa perkhidmatan telefon di bawah Jabatan Pos dan Telekom Malaysia, begitu
susah sekali untuk sesuatu talian telefon di pasang di rumah persendirian. Ramai
terpaksa membayar rasuah. Saya masih ingat masa kecil untuk mendapat talian
dipasang kepada rumah persendirian. Apabila kerajaan membuka bekalan talian kepada
pihak swasta, sekarang ini kita nampak syarikat-syarikat telco bersaing dan berlumba-
lumba untuk mencari pelanggan dengan tawaran terbaik.
DR. 23.10.2019 152
Sebelum adanya AirAsia saya masih ingat Malaysia Airlines System (MAS)
memohon kepada kerajaan untuk menaikkan tambang penerbangan domestik dikatakan
tidak menguntungkan akan tetapi apabila AirAsia masuk ke dalam pasaran, ia telah
menawarkan tambang jauh lebih rendah daripada MAS untuk penerbangan domestik
dan ia masih menguntungkan.
Terdapat juga aduan adanya konflik kepentingan conflict of interest dalam urus
tadbir lapangan-lapangan terbang iaitu pemegang saham terbesar MAHB adalah
Khazanah Nasional Berhad dan Khazanah— mohon maaf. MAS ataupun Malaysia
Airports Berhad adalah anak syarikat kepada Khazanah Nasional. Terdapat aduan
MAHB menyekat sesetengah laluan penerbangan syarikat lain supaya ia tidak bersaing
dengan penerbangan Malaysia Airlines. Saya sesungguhnya percaya tidak adanya
monopoli rakyat akan dapat menggunakan lapangan-lapangan terbang di Malaysia
dengan harga yang lebih murah.
Perkara ketiga yang saya ingin bangkitkan...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Tuan Yang di-Pertua,
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Tak ada masa melainkan Tuan Yang di-Pertua
bagi lima minit tambahan kerana...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Eh, bagi. Ini Tuan Yang di-Pertua
baguslah. Don’t worry.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Saya tidak akan bagi
tambahan terlalu lama.
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Bagi lima minit. Jadi, tiada masa tambahan
lebih. Mohon maaf Yang Berhormat Arau. Saya terpaksa ke perkara ketiga ingin saya
bangkitkan. Sangat penting.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Sedikit sahaja. Kenyataan Yang
Berhormat Menteri ini telah menyebabkan MAHD jatuh 50 sen pada... [Pembesar suara
dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Yang Berhormat
Arau, boleh saya baca peraturan 37? Seseorang ahli tidak boleh mengganggu ahli yang
sedang bercakap kecuali (b) jika hendak meminta penjelasan mengenai apa-apa
perkara yang dikeluarkan oleh ahli yang sedang bercakap itu— ahli yang diberi beralah
dan duduk dan ahli yang hendak mengganggu itu dipanggil oleh Pengerusi.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Peraturan mesyuarat Tuan Yang
di-Pertua.
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
DR. 23.10.2019 153
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Masa pun dah habis.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Tidak, saya tidak
benarkan. Saya minta supaya Yang Berhormat Beruas teruskan ucapan.
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Perkara
ketiga yang ingin saya bangkitkan ialah seruan saya kepada kerajaan untuk selamatkan
industri minyak sawit. Industri ini tidak lagi menguntungkan. Kerajaan harus hapuskan
cukai-cukai yang dikenakan kerana tahap mengikut harga lama tidak boleh dipakai lagi.
Pertama, cukai eksport yang dikenakan ke atas CPO apabila mencapai harga
RM2,250 ke atas. Tahun ini— sekarang ini 4.5 peratus, disyorkan tahun depan tiga
peratus. Bagi saya cukai ini harus dihapuskan kerana dengan harga sekarang ini—
semalam RM2,317 kerajaan pun mula mencukai cukai eksport. Padahal kita tahu
dengan harga RM2,317 ini, tidak lagi begitu menguntungkan bagi rakyat jelata. Kalau
dengan harga RM2,317...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Saya tanya sedikit?
Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Saya jelaskan, habiskan. Duduk.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Nak tanya. Apa
sebab harga kelapa sawit jatuh-jatuh ini apa pasal? Okey. [Ketawa]
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Jadi apa yang kerajaan boleh lakukan, kita
lakukan dahulu sebelum kita mencari jalan tentang masalah antarabangsa. Jadi, bagi
saya dengan harga RM2,250 ini, seorang peladang hanya mendapat lebih kurang
RM100 seekar. Kalau enam ekar pun RM600. Memang jauh kurang daripada gaji
minima. Jadi, ini bukan harga yang tinggi, jadi kerajaan tidak harus mengenakan cukai
eksport lagi.
Kedua, ring for tax atau ring for levy 15 peratus ke atas CPO apabila ia mencapai
RM2,500. Ring for tax ini dikenakan pada 1 Julai 2008. Tuan Yang di-Pertua, masa itu
kos untuk mengeluarkan satu metrik tan Fresh Food Bunches (FFB) hanyalah RM80.
Hari ini ia bagi pekebun-pekebun kecil adalah lebih kurang RM250. Jadi dan masa itu
apabila dia dilaksanakan cukai, harga pasaran CPO adalah RM3,500 per metrik tan dan
juga masa itu nilai ringgit memang tinggi jauh lebih tinggi daripada sekarang. Memang
masa itu dianggap ring for tax akan tetapi hari ini kepada harga RM2,500 ini...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Tuan Yang di-Pertua, perkara
35...
DR. 23.10.2019 154
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: ...Seorang peladang hanya boleh mendapat
lebih kurang...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Yang Berhormat Beruas.
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: ...RM 160 satu ekar.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: You dapat lebih masa sebab saya
yang minta tadi.
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Tidak, saya habiskan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Bagi saya cakaplah.
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Bagi saya jelaskan semua. Nanti saya kalau
Tuan Yang di-Pertua beri masa, saya bagi peluang.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Minta rumuskan dan
tamatkan.
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Baik, Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tuan Yang di-
Pertua.
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Hari ini kalau harga RM2,500...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tuan Yang di-
Pertua, menghapuskan cukai itu tidak membantu pekebun kecil kelapa sawit. itu
membantu tokeh-tokeh besar sahaja boleh eksport.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Minta kebenaran.
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Oleh sebab itu saya memohon cukai
dihapuskan. Jadi, hari ini dengan harga RM2,500 ini seekar pada puratanya seorang
peladang kecil. hanya dapat RM 160 satu ekar. Kalau beliau mempunyai enam ekar pun
hanya sekadar sebulan RM 960.
Ini pun bukannya macam dahulu. Ini bukan satu pendapatan yang lumayan
kerana masa dahulu kos untuk pengeluaran FFB tahun 2008 hanya RM80. Hari ini
sudah jadi RM250. Kita sudah kehilangan keuntungan RM170 setiap metrik tan kerana
kos semua barang sudah naik gaji pekerja pun sudah naik dan wang ringgit Malaysia
sudah menurun. Jadi, harapan saya levi 15 peratus ini dihapuskan.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Baik, terima kasih.
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Ketiga, cukai di Sabah dan Sarawak.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Menggulung.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Sila tamatkan.
DR. 23.10.2019 155
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Dan juga cukai sales tax di Sabah dan Sarawak
pun harus dihapuskan. Jadi, Tuan Yang di-Pertua ada lagi cukai sales RM13 per metrik
tan untuk CPO dan juga kalau syarikat itu untung, dia mesti bayar 24 peratus cukai.
■1800
Jadi bagi saya kerajaan mestilah dalam keadaan yang memang kita kata very
challenging time. Kerajaan haruslah tolong industri yang tenat ini. Dahulu memberikan
pendapatan yang lumayan kepada negara. Jangan kita masih cukai satu industri yang
sekarang tidak menguntungkan. Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, bagi saya tiga minit
lagi untuk habiskan.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Saya tak benarkan
tiga minit. Seringkasnya please.
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Ringkas, akhir sekali tentang CPO ini saya
minta kerajaan mengkaji, ikutlah Indonesia kalau mereka boleh menggunakan biodiesel
sebanyak 30 peratus, kenapa Malaysia tidak boleh?
Akhir sekali ialah struktur cukai ke atas pengusaha-pengusaha mesti dikaji
semula. Jangan kita sembelih angsa yang lahirkan telur emas. Bagi mereka yang...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Saya setuju.
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: ...Pendapatan daripada perniagaan atau
industri
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Saya menyatakan Yang
Berhormat Beruas, saya setuju.
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Diusahakan oleh mereka. Peratusan cukai
yang dikenakan boleh dikatakan jauh lebih tinggi...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Very good.
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: ...daripada dinyatakan kerana sistem pengiraan
cukai sekarang ini menyebabkan cukai sebenar jauh lebih tinggi daripada yang
dinyatakan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Yang Berhormat.
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Saya bagi satu contoh, jika pendapatan
sesuatu syarikat ataupun SME atau orang perseorangan yang mengusahakan sesuatu
industri sederhana, pendapatannya dikatakan mendapat keuntungan RM150,000 dan
dikenakan cukai 24 peratus dan cukai yang boleh dibayar adalah RM 36,000.
Akan tetapi wang sebenar yang pengusaha ini boleh bawa balik ke - untuk
keluarga dia hanya RM100,000. Ini adalah kerana sistem percukaian sekarang, susut
nilai peralatan jentera, kereta dan perbelanjaan makanan dengan pelanggan-pelanggan,
DR. 23.10.2019 156
petrol dan lain-lain lagi, tidak dibenarkan sebagai perbelanjaan yang boleh ditolak.
Sebahagian besar perbelanjaan ini diambil kira or APEX. Jadi, kalau RM100,000 yang
dibawa balik, dia mesti bayar RM36,000 yang dikira atas dikatakan keuntungan
RM150,000 itu, dia hanya bayar dapat bawa balik untuk keluarga RM64,000 sahaja.
Jadi, pendapatan bersih hanya RM60,000...
Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary [Pengkalan Chepa]: Tuan Yang di-
Pertua, sudah lebih banyak ini Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: ...Akan tetapi cukai dia RM30,000.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Sudahlah itu
cukuplah. Cukup. Cukup.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Yang Berhormat
Beruas saya minta tamatkan Yang Berhormat Beruas.
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Jadi, ini...
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Please sudah terlalu
banyak sudah.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Ni banyak sangat
masalah ini Tuan Yang di-Pertua. Macam mana ada kemakmuran bersama ini.
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Saya habiskan dengan menyatakan saya minta
kerajaan supaya...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Macam mana
ekonomi hendak maju ini. Hendak memacu pertumbuhan ekonomi, macam-macam
masalah kita dengar ini.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Baik.
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: ...Memberikan penolakan kepada semua
perbelanjaan ini.
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Ini retorik sahaja ini.
Ekonomilah, kemakmuran bersamalah, kalau macam ini punya masalah ini kita tengok.
[Pembesar suara dimatikan]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Yang Berhormat
Beruas, saya minta terus tamatkan ucapan.
Dato’ Ngeh Koo Ham [Beruas]: Saya tamatkan. Saya memohon kerajaan
dalam struktur cukai ini membenarkan semua perbelanjaan ini dikira sebagai
perbelanjaan yang boleh ditolak untuk menggalakkan pengusaha-pengusaha untuk
bekerja lebih keras dan rajin kerana kalau hanya dia dapat bawa balik satu tahun
RM64,000 cukai RM 36,000 itu tidak menggalakkan pengusaha-pengusaha.
DR. 23.10.2019 157
Jadi, ini angsa yang lahirkan telur emas, kita galakkan mereka, berikanlah semua
perbelanjaan yang dibelanjakan boleh ditolak dan tidak di cukai kan atas perbelanjaan
yang dikatakan tidak dibenarkan. Sekian, saya mencadangkan dan menyokong
cadangan perbelanjaan Bajet 2020. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua,
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Terima kasih Yang
Berhormat Beruas.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Tuan Yang di-Pertua, sekarang
saya hendak umumkan kehadiran.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Sekarang saya ingin
menjemput Yang Berhormat Parit.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Ya, saya hendak umumkan
kehadiran. Saya hendak tahniah kepada graduan UUM, Nur Athirah Rushami Zien yang
meraih 4.0 flat selama tujuh semester berturut-turut dalam bidang undang-undang dan
perniagaan dan Majlis Konvokesyen UUM Ke- 28 baru-baru ini. Tahniah kerana menjadi
anak Perlis yang hebat dan dahsyat, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Sila Yang Berhormat
Parit.
6.05 ptg.
Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria [Parit]: Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamualaikum warahmatulallahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih
Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana
memberi ruang kepada saya juga untuk membahaskan Rang Undang-undang
Perbekalan 2020 pada petang yang berbahagia ini.
Belanjawan 2020 merupakan sebuah belanjawan yang sudah pasti amat
ditunggu-tunggu oleh rakyat keseluruhannya kerana rakyat mengharapkan belanjawan
ini mampu meringankan bebanan rakyat. Namun, ia nya hanyalah belanjawan yang
menghampakan rakyat. Harapan hanyalah sekadar tinggal harapan. Rakyat ibarat
“melukut di tepi gantang”. Saya merasakan Belanjawan 2020 ini jelas gagal untuk
memberikan kesejahteraan kepada rakyat keseluruhannya.
Tuan Yang di-Pertua, saya akan menyentuh beberapa perkara dalam
perbahasan ini. Pertama saya ingin menyentuh tentang isu pendidikan. Rakyat sudah
tentu dan pastinya tidak akan lupa kepada laungan tawaran pendidikan percuma oleh
Pakatan Harapan sewaktu PRU Ke-14 yang lalu. Namun begitu, sungguh malang sekali
DR. 23.10.2019 158
tiada sebarang usaha merealisasikan janji pendidikan percuma ini selepas menang
PRU. Jelas di sini janji PH ini ibarat “murah di mulut mahal di timbangan”.
Terdapat pelbagai inisiatif istimewa yang telah pun diberikan oleh kerajaan
kepada peminjam PTPTN, antaranya adalah seperti peminjam yang mendapat Ijazah
kelas pertama, pinjaman tersebut boleh ditukar menjadi biasiswa. Inilah antara limpahan
inisiatif yang dinikmati oleh para pelajar sewaktu Kerajaan Barisan Nasional memerintah
yang diterajui oleh Yang Berhormat Pekan dan juga Yang Berhormat Bagan Datuk. Kini,
tiada lagi inisiatif seperti ini yang dapat dinikmati oleh pelajar. Inilah bukti secara jelas
ketidakpedulian Pakatan Harapan terhadap mahasiswa. Saya ingin bertanya kepada
pihak kerajaan, adakah pihak kementerian berhasrat untuk mengembalikan inisiatif
pembayaran balik PTPTN seperti yang pernah diberikan oleh Kerajaan Barisan
Nasional.
Tuan Yang di-Pertua, pengumuman kerajaan untuk menurunkan harga rumah
tidak terjual yang berharga.
Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan [Pontian]: Yang Berhormat Parit.
Mengenai PTPTN ini saya rasa Kerajaan Pakatan Harapan ini buat u-turn banyak kali.
Pertama, mereka kata pendidikan percuma. Selepas itu u-turn. Gaji RM4,000 baru bayar
PTPTN. Kemudian kita menjerit di Dewan ini, bila mereka menang, gaji RM1,000 sudah
kena bayar PTPTN. Kita bangkang, sekarang ini gaji RM 2,000, baru kena bayar PTPTN.
Baru-baru ini dalam Bajet 2020, sepatah perkataan PTPTN pun tidak ada dalam
bajet. Apa pandangan Yang Berhormat Parit? Apa sudah jadi?
Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary [Pengkalan Chepa]: Yang Berhormat
Parit.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Seminit. Seminit. Sambung dia,
Yang Berhormat, apakah Yang Berhormat bersetuju sekarang negara kita, mempunyai
Lim Duck Prime Minister sebab Prime Minister in waiting telah umum dia akan ambil alih.
Jadi, dengan itu dia akan jadi Perdana Menteri yang tempang.
Puan Maria Chin binti Abdullah [Petaling Jaya]: Tidak ada kaitanlah Yang
Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Apakah Yang Berhormat
bercadang untuk minta Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Langkawi datang
isytiharkan dia hendak satu penggal ataupun sampai bulai Mei? Kalau tidak kita akan
jadi mangsa.
Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary [Pengkalan Chepa]: Yang Berhormat
Parit sedikit sahaja. Sedikit sahaja. Apa yang disebut oleh Yang Berhormat Pontian tadi
DR. 23.10.2019 159
itu yang saya hendak sebutkan. Jadi setuju tidak Yang Berhormat Parit kalau kita tukar
PTPTN menjadi ‘PTPTIPU’? [Ketawa]
Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria [Parit]: Okey, terima kasih Yang Berhormat
Pontian. Sebenarnya kalau kita lihat bukanlah satu perkara yang mudah untuk
menguruskan dan juga mentadbir dan juga merancang.
Memang untuk kata orang, memberi janji itu memang boleh untuk dilakukan akan
tetapi tidak dapat dilaksanakan. Itu bezanya Kerajaan Barisan Nasional dengan
Kerajaan Pakatan Harapan [Tepuk]. Walaupun Yang Berhormat Pekan sentiasa dicerca
dan sebagainya, akan tetapi perancangan itu untuk melihat kesejahteraan rakyat,
kemakmuran dan sebagainya, itu dinilai.
Jadi, Yang Berhormat Jelutong jangan banyak hal. Duduk.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Saya minta penjelasan.
Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria [Parit]: Tak payahlah Yang Berhormat
Jelutong. Itu kelebihan, kelebihan. Jadi, yang Yang Berhormat Arau itu masuk dalam
saya punya, bagi Yang Berhormat Menteri Kewangan, dia boleh jawab ataupun tidak.
Okey.
◼1810
Seterusnya, pengumuman kerajaan untuk menurunkan harga rumah tidak terjual
yang berharga RM1 juta kepada 600 ribu bagi pemilikan asing memperlihatkan secara
jelas kerajaan mesra kepada pemaju berbanding menyelesaikan permasalahan
pemilikan rumah yang dihadapi oleh rakyat.
Tuan Noor Amin bin Ahmad [Kangar]: Boleh minta sedikit Yang Berhormat
Parit.
Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria [Parit]: Yang Berhormat Kangar tunggulah
dahulu, saya hendak habiskan yang ini dahulu. Malah, keputusan kerajaan pada hari ini
telah memberi ruang dan memudahkan warga asing untuk memiliki rumah. Tidakkah
tindakan ini jelas seperti pepatah Melayu, dengar Yang Berhormat Jelutong, “Kera di
hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.” Apabila saya meneliti dengan lebih
mendalam...
Tuan Noor Amin bin Ahmad [Kangar]: Yang Berhormat Parit, minta sedikit
sahaja.
Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria [Parit]: ...ucapan belanjawan. Belum habis
lagi.
Tuan Noor Amin bin Ahmad [Kangar]: Minta sedikit sahaja, hendak tanya
rumah yang mahal-mahal ini buat masa bila?
DR. 23.10.2019 160
Dato’ Mohd Nizar bin Haji Zakaria [Parit]: Yang Berhormat Kangar duduklah
dahulu. Saya dapati tiada langsung inisiatif yang dinyatakan oleh kerajaan untuk
membina rumah baharu mampu milik. Apakah usaha yang telah pun dijalankan oleh
kementerian bagi membina rumah mampu miliki yang berharga rumah RM300 ribu ke
bawah? Apakah usaha yang telah dilaksanakan oleh kementerian bagi membina rumah
yang bersesuaian dengan kemampuan ekonomi rakyat pada masa yang akan datang?
Ia berbeza sebagaimana disebut oleh Yang Berhormat Beruas sebentar tadi. Tuan Yang
di-Pertua, saya juga hendak menyentuh tentang penjawat awam. Penjawat awam
diibaratkan sebagai tunjang kepada pembinaan sebuah negara. Tanpa penjawat awam
sudah tentulah proses perjalanan pembangunan sesebuah negara tidak dapat
dijalankan dengan baik. Saya boleh bersetuju terhadap pemberian Pergerakan Gaji
Tahunan (PGT) diawalkan sebelum tarikh pergerakan gaji kepada penjawat awam yang
meninggal dunia dalam perkhidmatan seperti diumumkan di dalam Belanjawan 2020.
Namun, pada pandangan saya apa yang lebih penting, kerajaan perlu memberikan
perhatian terhadap penjawat awam yang sedang berkhidmat dengan memberikan
tumpuan terhadap kenaikan gaji tahunan penjawat awam seiring dengan peningkatan
kos sara hidup pada masa kini.
Sudahlah tiada sebarang pengumuman menggembirakan buat penjawat awam
sepanjang Pakatan Harapan menjadi kerajaan, penjawat awam dihadiahkan pula
dengan satu surat edaran bertajuk ‘Kawalan Saiz Perkhidmatan Awam Yang Bertujuan
Mengurangkan Perjawatan Di Kementerian dan Agensi Kerajaan Sebanyak Satu
Peratus Pada Tahun 2019’. Inilah hadiah besar Kerajaan Pakatan Harapan buat
penjawat awam yang telah pun memberikan sokongan dan dukungan kepada Kerajaan
Pakatan Harapan sewaktu PRU14 yang lalu. Benarlah kata pepatah Melayu, “Harapkan
sokong, sokong membawa rebah.” Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya rakyat
menyambut baik pengumuman kerajaan di dalam Belanjawan 2020 berhubung dengan
bantuan khas secara one-off sebanyak RM500 kepada setiap imam, bilal, penjaga
masjid dan guru takmir. Namun, rakyat tidak sedar sebenarnya Kerajaan Barisan
Nasional pernah memberikan jumlah bantuan one-off yang lebih besar, Yang Berhormat
Jelutong dengar. Iaitu sebanyak RM1,500 kepada golongan ini sewaktu Bajet 2018 yang
dibentangkan oleh Yang Berhormat Pekan.
Namun, saya juga melihat peruntukan hal ehwal Islam di bawah Jabatan
Perdana Menteri menerima bajet sebesar RM1.3 bilion di dalam Belanjawan 2020 ini.
Namun, saya ingin bertanya kepada kerajaan, adakah terdapat sebarang insentif yang
DR. 23.10.2019 161
disediakan untuk para pelajar jurusan agama yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar
negara? Tuan Yang di-Pertua, saya hendak pantun petang ini;
Berjemaah subuh di Teluk Sena,
Tidak di lupa solat rawatif,
Pekebun kecil semua merana,
Ke mana mahu mengadu nasib.
Teluk Sena itu dekat kampung sayalah, Yang Berhormat Arau. Saya ingin menyuarakan
kegusaran oleh rakyat berhubung tentang benih padi yang bersubsidi sebagai mana
yang disebut oleh Yang Berhormat Tanjong Karang khususnya, begitu juga dengan Ahli-
ahli Yang Berhormat. Kegagalan pihak kerajaan menyelesaikan isu ini akan
mengakibatkan proses penyemaian padi akan tergendala. Mengenai padi ini ataupun
bendang ini, bukan suatu perkara yang mudah, ia mesti ada jadual. Kalau ada bendang,
ada sawah, benih tidak ada, mana mungkin kita boleh untuk menanam padi.
Kesan lain dari kelewatan ini pula boleh mengakibatkan muncul beberapa
masalah lain seperti kemasukan benih padi tidak bersubsidi. Perkara ini sudah pasti
akan membebankan pesawah yang mungkin terpaksa membeli benih padi daripada
pihak lain pada harga yang tinggi. Adakah kerajaan telah menyiasat punca berlakunya
kekurangan bekalan benih padi bersubsidi? Adakah kerajaan telah menyediakan jadual
dan jumlah sebenarnya keperluan permintaan benih padi bersubsidi di seluruh negara?
Malang jika kita dengar bahawa kerajaan pada hari ini menyebutkan masalahnya adalah
masalah kerajaan terdahulu. Ini sebenarnya tidak sepatutnya berlaku kerana kita perlu
untuk menghargai golongan-golongan petani, pesawah-pesawah yang berada di luar
bandar dan sebagainya yang memerlukan bantuan daripada pihak kerajaan. Tuan Yang
di-Pertua, dalam kesempatan ini juga saya ingin juga bertanya. Sewaktu era
pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional yang dahulu, kerajaan telah bersetuju untuk
memasukkan kawasan Parlimen Parit ke dalam sebahagian Projek Kawasan
Pembangunan Pertanian Bersepadu (EIDA) Seberang Perak. Namun begitu, saya ingin
mengetahui apakah status terkini projek tersebut? Bilakah ia akan mula dilaksanakan?
Di mana saya tidak melihat ia berada di dalam Belanjawan 2020 yang dibentangkan.
Tuan Yang di-Pertua, pekebun dan peneroka sawit pada masa kini sedang
mengharungi badai yang begitu besar ekoran daripada ketidaktentuan harga komoditi
sawit di dunia. Saya ingin membangkitkan keraguan berkenaan insentif skim
penanaman semula sawit yang diumumkan oleh kerajaan di dalam belanjawan ini. Saya
dapati insentif ini telah ditukar menjadi bentuk pinjaman oleh Kerajaan Pakatan Harapan,
berbanding geran penanaman semula sewaktu zaman Kerajaan Barisan Nasional. Saya
DR. 23.10.2019 162
ingin bertanya kepada pihak kementerian, apakah usaha pelaburan baharu komoditi
sawit yang telah pun berjaya diperoleh? Apakah status terkini kerajaan terhadap
cadangan untuk menggantikan tanaman sawit dengan buluh? Macam hari itu, saya
bertanya kepada Yang Berhormat Menteri buluh apa yang sesuai untuk ditanam di
dalam negara kita ini? Akan tetapi tidak disebut. Sepatutnya kalau hendak buat basikal,
buluh apa namanya? Kalau hendak buat kain, apa namanya? Kalau hendak buat minyak
wangi, apa namanya? Ini kerana ia perlu dijelaskan dan ia bukan boleh untuk disebut
sesuka hati sahaja. Akan tetapi ia memerlukan kepada perancangan supaya apa
perkara yang hendak kita lakukan ini ada manfaatnya kepada rakyat dan juga
masyarakat.
Tuan Yang di-Pertua, menurut kenyataan media Kementerian Hal Ehwal
Ekonomi, Felcra Berhad akan mengagihkan dividen keuntungan berjumlah RM27.59
juta kepada 46,922 peserta FELCRA di seluruh negara. Saya ingin bertanya sebab ada
dimaklumkan juga kepada saya bahawa ada sesetengah koperasi yang telah pun
menjalankan kerja-kerja, khususnya di ladang, baik membaja, meracun, dan mengambil
buah. Akan tetapi tidak dibayar upah mereka ataupun imbalan kepada mereka. Saya
ingin bertanya, kenapakah perkara ini berlaku? Oleh sebab kita dimaklumkan bahawa
disebut bahawa pengurusan yang tidak betul di masa yang lalu dan sebagainya. Inilah
yang sering disebut oleh kerajaan yang ada pada hari ini. Oleh sebab mereka tidak
mampu untuk berbuat sesuatu, maka mereka menyalahkan orang lain dan sebagainya.
Saya hendak mengajak, hendak menyeru kepada kerajaan yang ada pada hari ini.
Jangan lah asyik hendak menyalah dan janganlah cuba untuk berdendam sepanjang
masa, yang paling penting, kita hendak bangunkan negara kita ini. Tuan Yang di-Pertua,
saya juga ingin menyentuh sedikit berkenaan dengan sensitiviti agama. Baru-baru ini
tular di media sosial, kontroversi mengenai satu usul perdebatan yang bertajuk ‘Islam
Tidak Menghalang Aktiviti Homoseksual’, dalam pertandingan debat.
■1820
Perkara ini perlu diberikan perhatian serius oleh kerajaan kerana seolah-olah
terdapat usaha serta gerakan untuk meliberalisasikan agama Islam. Sekiranya kerajaan
takut untuk bertindak terhadap usaha serta gerakan ini, sudah tentu ia akan
mengganggu keamanan antara agama dan kaum, kerajaan jangan jadi pengecut untuk
bersuara mengenai isu ini. Adakah kerajaan sedar bahawa terdapat individu ataupun
gerakan tertentu yang cuba mengganggu gugat sensitiviti agama di negara kita serta
apakah respons kerajaan terhadap isu ini? Apakah bentuk yang telah dilaksanakan
terhadap penganjur program debat tersebut serta apakah jaminan kerajaan bahawa isu
DR. 23.10.2019 163
ini tidak akan berulang? Oleh sebab masa amat mencemburui Tuan Yang di-Pertua,
saya hendak menyebut tentang di kawasan saya, khususnya di Parlimen Parit di dalam
daerah Perak Tengah bersama-sama dengan Yang Berhormat Pasir Salak. Di dalam
Rancangan Malaysia Kesepuluh, Hospital Seri Iskandar telah pun diluluskan. Jadi,
dalam pertanyaan saya baru-baru ini, Menteri menjawab ia akan dilaksanakan.
Cumanya saya inginkan kepastian supaya hospital baru di Seri Iskandar di dalam Perak
Tengah ini perlu dilaksanakan segera.
Kedua, mengenai Jalan Parit Seputeh, sebenarnya ia juga telah pun diluluskan.
Saya juga ingin bertanya kepada Menteri, bilakah projek melebar lurus Jalan Parit
Seputeh ini akan dilaksanakan? Jadi, saya ucap terima kasih kerana memberi ruang
kepada saya untuk turut serta berbahas di dalam Belanjawan 2020 pada petang yang
berbahagia ini, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Mohd Rashid Hasnon]: Terima kasih Yang
Berhormat Parit, sekarang saya jemput Yang Berhormat Ranau, diikuti oleh Yang
Berhormat Baram.
6.22 ptg.
Tuan Jonathan bin Yasin [Ranau]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kerana
ada kesempatan sekali lagi untuk membahaskan bajet. Pertama sekali, saya ingin
mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Harapan kerana terdapat
kenaikan dari segi bajet kali ini untuk negara dan juga khususnya bagi negeri Sabah,
ada kenaikan sebanyak RM200 juta daripada RM5 bilion kepada RM5.2 bilion. Kita
sangat mengalu-alukannya kerana banyak memberi tumpuan kepada jalan raya,
bekalan air bersih dan sebagainya untuk membantu rakyat Sabah.
Walau bagaimanapun, pada nada yang sama saya juga ingin meminta supaya
kerajaan yang memerintah sekarang ini memberi beberapa pertimbangan untuk rakyat
negeri Sabah. Ini kerana kita dapati bahawa kita sedang menuju ke arah model ekonomi
di mana wawasan kemakmuran bersama itu mahu kita nikmati di dalam negara ini. Apa
yang ingin saya tekankan ialah dalam tempoh rancangan 11 Rancangan Malaysia yang
telah dijalankan daripada tahun 1966 sehinggalah pada tahun 2018, di Semenanjung
telah mendapat peruntukan pembangunan sebanyak RM464.8 bilion, manakala di
Sabah dan Sarawak masing-masing hanya mendapat RM71.65 bilion dan RM61.9
bilion. Terdapat perbezaan yang sangat ketara iaitu lebih kurang RM331.25 bilion dari
segi peruntukan pembangunan. Ini belum termasuk dengan dari segi peruntukan
tentang perolehan dan juga emolumen dan sebagainya. Ini kerana kalau di campur
DR. 23.10.2019 164
amaunnya akan menjadi sangat besar berbanding Semenanjung, Sarawak dan juga
Sabah.
Oleh sebab itu, kita minta supaya pembahagian peruntukan yang tidak seimbang
ini yang kita lihat di antara ketiga-tiga wilayah ini dapat diperbaiki supaya tidak ada
perbezaan yang sangat ketara antara ketiga-tiga buah wilayah ini. Jika misalnya kita
melihat pada tahun lalu, Sabah telah diberikan royalti minyak lebih kurang RM1.703.5
bilion. Daripada ini, kita dimaklumkan melalui Menteri Ekonomi bahawa royalti yang
diberi kepada Sabah dan Sarawak itu adalah daripada hasil bersih setelah ditolak cukai.
Ini bermaksud, lima peratus itu pada anggapan kami RM1.7 bilion itu adalah merupakan
lima percent bersih daripada keseluruhan hasil minyak. Jadi ertinya, kalau kita melihat
kepada jumlah sebenar 100 peratus keuntungan bersih yang diperolehi oleh
PETRONAS daripada Sabah sahaja, ia mencakupi nilai lebih kurang RM38 bilion hasil
bersih. Ini kerana kita tahu pada tahun yang lalu PETRONAS juga telah membayar cukai
kepada kerajaan sebanyak RM18 bilion dan daripada sini kita dapat tahu bahawa Sabah
sahaja sebanyak RM38 bilion lebih. Jika RM38 bilion lebih ini di campur dengan hasil
Kerajaan Negeri Sabah yang diperolehi melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri,
jumlahnya lebih kurang RM4.2 bilion. Maka, jumlah keseluruhan kita tahu pendapatan
daripada Sabah ini, daripada maklumat dan data yang diberikan oleh kerajaan, ia
mencapai lebih daripada RM38 bilion hasil bersih yang diterima oleh Kerajaan
Persekutuan daripada negeri Sabah tetapi yang dikembalikan itu hanya RM6.703 bilion,
termasuklah royalti minyak. Persoalannya, adakah agihan hasil ini adil kepada terutama
kepada Sabah dan juga Sarawak? Oleh kerana kita tahu kelompangan ataupun
perbezaan itu sangat ketara. Saya ingin menyentuh berkaitan dengan PETRONAS.
Tuan Yang di-Pertua, kerana apabila rakyat Sabah dan Sarawak misalnya mahu
menyentuh tentang minyak sebanyak 20 peratus royalti. Selalu kita akan diberikan
dengan jawapan daripada pihak kerajaan bahawa kedudukan kewangan PETRONAS
dan kerajaan akan terjejas sekiranya sebanyak 20 percent diberikan mengikut jumlah
hasil keluaran kasar. Pembayaran royalti pula akan dilakukan berdasarkan keuntungan
selepas cukai. Ada juga kenyataan daripada pihak kerajaan mengatakan sekiranya
pihak PETRONAS dikehendaki memberikan 20 percent royalti daripada jumlah hasil
pengeluaran kasar kepada negeri-negeri pengeluar minyak, ia akan memberikan
implikasi yang serius kepada kedudukan kewangan syarikat dan kerajaan.
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua, Sabah
telah mendapat pembayaran royalti pada tahun lalu sebanyak RM1.703 bilion pada
tahun 2018. Jadi, kita tahu pada dasarnya, PETRONAS telah mendapat keuntungan
DR. 23.10.2019 165
bersih sebenarnya yang diperolehi daripada minyak ini ialah sebanyak RM34 bilion.
Akan tetapi yang dikembalikan itu hanya RM1.73. Jika sekiranya diambil kira sebanyak
20 percent bersih itu, sepatutnya ia lebih kurang RM6.81 bilion yang harus dibayar
kepada Kerajaan Negeri Sabah. PETRONAS selama ini Tuan Yang di-Pertua, berpuluh
tahun telah mendapat keuntungan yang sangat besar. Sebahagai daripada negeri-
negeri pengeluar, pada awalnya hanya Sabah dan Sarawak yang mengeluarkan minyak
ini. Sehingga sekarang aset PERTRONAS telah di katakan setakat 31 Disember 2017,
mencapai sehingga RM599.8 bilion. Manakala mereka juga telah mencatatkan
keuntungan bersih pada tahun lalu lebih kurang RM45.5 bilion dan di mana ia telah
meningkat pendapatan PETRONAS sebanyak RM223.6 bilion. Melalui Fortune Global,
PETRONAS telah diletakkan sebagai syarikat yang ke-95 terbesar pada tahun 2008.
Pada tahun 2009, telah dikatakan sebagai yang ke-80 terbesar. Syarikat PETRONAS
dikatakan sebagai 13 paling banyak membuat keuntungan di dunia. Kenapa saya
memetik perkara di atas? Oleh kerana saya berpendapat bahawa sebenarnya jika pun
20 peratus hasil bersih dibayar kepada negeri Sabah, ia tidak menjejaskan kewangan
kerajaan dan kewangan PETRONAS. Ini kerana keuntungan PETRONAS masih sangat
besar daripada pendapatan daripada Sabah dan juga Sarawak serta negeri-negeri
pengeluar minyak yang lain.
Jika dilihat keuntungan bersih yang diperolehi oleh PETRONAS adalah
sebanyak RM45.5 bilion. Maka, ini tidak sedikit pun menjejaskan pendapatan
PETRONAS sekiranya royalti 20 percent bersih itu diberikan kepada Sabah, Sarawak
dan juga Terengganu dan juga Kelantan. Oleh sebab itu, saya ingin mencadangkan
kalaulah sekiranya daripada hasil negeri Sabah, Sarawak, Kelantan dan juga
Terengganu tidak boleh diberi sebanyak 20 percent itu, maka minta supaya kita tuntut
daripada PETRONAS yang keseluruhan keuntungan itu supaya tidak menjejaskan
keuntungan PETRONAS sendiri. Kita hanya minta sebanyak 20 percent dan di bahagi-
bahagikan secara percentage kepada negeri-negeri pengeluar minyak. Ini kerana
selama berpuluh tahun keuntungan kita sudah banyak dikaut dan sehingga begitu besar
PETRONAS sekarang yang mempunyai dana yang cukup besar untuk menampung
keperluan pembesaran PETRONAS. Akan tetapi bagi kita di Sabah dan Sarawak, kita
melihat daripada hati kita yang dalam, ketika kita melihat anak-anak kampung tidak
dapat menyambung sekolah. Saya pergi melawat ke Sipitang, budak tidak dapat
sambung ke tingkatan satu, sudah tujuh bulan tidak dapat sambung kerana miskin,
terpaksa kerja di kampung, tolong ibu bapa.
DR. 23.10.2019 166
■1830
Bila kita lihat, pakaian pun susah mahu beli, makanan susah mahu beli, ubat
hospital pun susah mahu pergi, ke tempat mana lagi bila mereka terpaksa ke review...
Kinabalu daripada Ranau. Kemiskinan ini ialah kemiskinan daif yang sudah kita lihat
berpuluh-puluh tahun. Bagaimana mungkin kami di Sabah dengan hasil yang berbilion-
bilion tetapi rakyat hidup di dalam keadaan daif, papa kedana, susah dan menderita
sehingga rakyat kami terpaksa lari ke Australia, terpaksa lari ke Singapura, terpaksa lari
ke Korea dan Taiwan untuk mencari pekerjaan bagi anak-anak kami sedangkan
berpuluh-puluh bilion hasil daripada Sabah sendiri.
Jadi sebab itu saya merayu, bukan saya benci kepada rakan-rakan kita di
Semenanjung, tidak. Kami hanya menuntut apa yang hak kami. Berilah hak kami yang
telah dipersetujui. Sebenarnya minyak ini jika diikut kepada perjanjian asal, seluruhnya
territorial boundary kita itu semuanya masuk dalam Kerajaan Negeri Sabah, begitu juga
Sarawak. Akan tetapi kita berbesar hati memberikan sebanyak hasil kepada kerajaan
dan juga Petronas. Oleh sebab itu kita mahu supaya ada pengadilan, supaya ini tidak
berterusan tetapi haruslah dilakukan keadilan supaya dikembalikan apa yang wajar
untuk negeri Sabah dan juga Sarawak ataupun kepada Terengganu dan juga pengeluar
minyak yang lain.
Ada yang mengatakan bahawa kenapa Sabah 5 percent pun tidak – RM5 bilion,
RM6 bilion atau RM4 bilion Sarawak tidak berterima kasih. Sabah ini besar, daripada
Yang Berhormat Beruas, kawasan mereka hanya 300 lebih kilometer persegi. Sabah ini
begitu luas keluasannya, 73,631 kilometer persegi. Penduduk negeri Sabah ini 3.9 juta
orang sedangkan penduduk Perak baru 326,000 orang. Harus ada perbedaan, harus
melihat kepada faktor sebenar di tempat, di lokasi yang kita lihat.
Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary [Pengkalan Chepa]: Yang Berhormat
Ranau, minta sedikit celah.
Tuan Jonathan bin Yasin [Ranau]: Point yang ingin saya tekankan di sini.
Pertama yang harus saya tekankan, kalau sekiranya kita mahu supaya ada pembaikan
kepada yang sedang berlaku dalam negara sekarang, kita tidak mahu hubungan ini
menjadi retak antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri. Kita mahu supaya 20
percent hasil minyak kita dikembalikan. Kalau dikira daripada hasil bersih, Petronas
mampu untuk melakukannya.
Ustaz Haji Ahmad Marzuk bin Shaary [Pengkalan Chepa]: Yang Berhormat
Ranau, sedikit.
DR. 23.10.2019 167
Tuan Jonathan bin Yasin [Ranau]: Tidak, saya habiskan dulu, banyak point
saya. Kedua, peruntukan undang-undang berkaitan percukaian hendaklah
diperbetulkan. Bagi syarikat-syarikat Semenanjung Persekutuan yang menjalankan
operasi mereka di Sabah, maka diwajibkan untuk mereka membayar cukai di negeri
Sabah supaya kelihatan 40 percent hasil bersih itu di dalam LHDN negeri Sabah dan
hasilnya harus diguna dan diserah balik kepada Kerajaan Negeri Sabah.
Ketiga yang harus saya katakan di sini ialah Kerajaan Persekutuan mestilah
menunaikan tanggungjawab mereka di bawah Perlembagaan Seksyen 21, Bahagian IV,
Jadual Kesepuluh berkaitan dengan 40 percent. Ini telah disentuh oleh ramai kawan
saya daripada Sabah. Kita minta supaya perjanjian ini harus ditunaikan. Ingin saya
ingatkan semula, refresh di dalam Dewan kita yang berbahagia ini bahawa pembentukan
negara ini telah ditandatangani di Marlborough House London pada awal pagi 9 Julai
1963 merupakan pusat Komanwel rasmi yang telah mengikat kita menjadi suatu negara
yang mana kita sebut sebagai Malaysia pada hari ini.
Ia bukan perjanjian yang dibuat di ceruk-ceruk lorong atau di kedai kopi ataupun
di tempat permainan tetapi ianya telah ditandatangani di PBB sendiri, merupakan
perjanjian antarabangsa yang harus dihormati oleh pihak-pihak yang telah masuk di
dalam perjanjian ini kerana dasar kepada undang-undang antarabangsa itu jelas
mengatakan ‘pacta sunt servanda’ iaitu mengatakan ‘agreements are to be kept’, janji
mesti ditunaikan. Ini adalah dasarnya ketika kita sama-sama membentuk negara ini, ini
adalah dasarnya dan kita berharap bahawa Kerajaan Persekutuan bukan sahaja
memperkuatkan, memperkukuhkan Perlembagaan dan juga apa yang telah dipersetujui
dalam Perjanjian Malaysia tetapi sama-sama memeliharanya supaya negara ini di dalam
kemudi yang sesuai, yang tepat, yang betul supaya kita menuju ke satu tempat di mana
semua orang menjadi berpuas hati dalam pentadbiran negara ini.
Oleh sebab itu saya juga mengharapkan supaya yang keempat, dalam sikap
yang gembira ketika kita menjalani Wawasan Kemakmuran Bersama, terdapat
kelompangan-kelompangan di masa lalu yang harus kita lihat dan yang harus
diperbetulkan. Saya berterima kasih kerana saya mempunyai seorang rakan daripada
Universiti Malaya dan kemudiannya menjadi seorang pengajar, mengambil master dan
sebagainya. Beliau telah membuat satu kajian, Revisiting Malaysia Agreement 1963,
Specific Reference on Federal Financial Obligation. Beliau telah membuat kajian,
membuat perbandingan dari tahun 1963. Saudara Yusak... [Tidak jelas] Sama-sama di
Universiti Malaya dahulu. Beliau telah mengkaji tentang peruntukan-peruntukan yang
DR. 23.10.2019 168
diberikan oleh Kerajaan Persekutuan. Saya akan sebut sedikit sahaja, capitation grant
pada tahun 1970 sepatutnya dibayar RM12.84 juta tetapi hanya diberi RM356 ribu.
Pada tahun 1970 – 1975, terdapat kekurangan untuk capitation grant sebanyak
RM42 juta, sehingga sekarang belum dibayar. Antara 1976 – 1985, jumlah capitation
grant yang sepatutnya dibayar kepada Kerajaan Persekutuan, kepada Sabah sebanyak
RM176,575,000 tetapi jumlah yang telah dibayar hanya setakat RM72 juta, terdapat
kelompangan sebanyak lebih kurang RM103 juta. Pada tahun 1986 sehingga 1994 juga
terdapat kelompangan lebih kurang RM124 juta. Pada 1995 – 2012 terdapat
kelompangan RM2 juta. Begitu juga dengan di antara 2013 dengan 2017. Kita berharap
bahawa kelompangan ini akan ditutupi oleh Kerajaan Persekutuan supaya ianya tidak
hanya kita memandang kepada wawasan di hadapan tetapi apa yang berlaku di
belakang, kekurangan yang di belakang itu haruslah diperbaiki, haruslah ditangani
supaya kita semua dapat bergerak bersama membawa wawasan yang baik untuk
seluruh negara ini.
Kelima berkaitan special grant. Memang terdapat kelompangan-kelompangan
tetapi perkara ini saya rasa sudah banyak disentuh oleh rakan-rakan sebentar tadi. Saya
cuma minta dalam masa sesingkat ini, saya meminta kerajaan memberi tumpuan di
daerah saya, daerah Ranau, jalan kampung Tawaras sampai kepada Kampung
Kaingaran. Begitu juga Kampung Pinawantai, Togop Darat, Kampung Nawanon diberi
perhatian. Begitu juga Jalan Pahu, Kampung Walop, Penulangon, Tinanom dan
Kampung Gewit diberi perhatian. Jalan Rumantai, Miruru, Mentabok, Kampung
Mangkadait, semuanya juga diberi perhatian. Begitu juga kepada SK Pekan Ranau yang
sudah berusia lebih 80 tahun, minta supaya sekolah ini dibina baru kerana keadaannya
sangat jauh berbeda dengan sekolah-sekolah yang baru dibina.
Untuk menggulung perbahasan saya, jangan lupa SMK Kundasang. Sudah
bertahun-tahun menunggu untuk dibina. Selalu sudah dijanjikan tetapi pelaksanaannya
kita lihat, kita harap SMK Kundasang, Ranau, SMK Karagasa, Ranau yang sudah
dikatakan juga sebagai tidak selamat dan Hospital Baru Ranau akan dapat diberi
perhatian oleh pihak kerajaan. Sekian dan terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Terima kasih Yang
Berhormat Ranau. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Baram, kemudian diikuti oleh
Yang Berhormat Pasir Gudang, kemudian Yang Berhormat Jerantut.
DR. 23.10.2019 169
6.38 ptg.
Tuan Anyi Ngau [Baram]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih
kerana diberi laluan untuk terlibat dalam membahas Bajet 2020.
Tuan Yang di-Pertua, rata-rata bajet yang telah dibentangkan oleh Yang
Berhormat Menteri Kewangan tempoh hari mendapat pelbagai reaksi daripada rakyat.
Kita tahu juga di Dewan ini rata-rata wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak seolah-olah
mengatakan bahawa bajet ini kurang memuaskan hati. Pokoknya saya rasa Tuan Yang
di-Pertua ialah oleh kerana peruntukan pembangunan yang telah disalurkan selama ini
baik tahun yang lepas mahupun tahun-tahun yang sebelum itu yang diluluskan oleh
peruntukan Persekutuan ini tidak cukup, kurang daripada yang amat-amat diperlukan
oleh Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah.
Saya percaya dan saya yakin bahawa apa yang telah disebut oleh wakil rakyat
daripada Sabah dan Sarawak ini memang mempunyai asas dan adalah realiti yang
sebenarnya sebab kita tahu, umum tahu Tuan Yang di-Pertua, bahawa sebut sahaja
negara mana yang miskin? Saya rasa kita akan silap kalau kita kata Sarawak dan Sabah
ini tergolong seperti dalam kategori di Selangor ataupun Penang atau Johor.
■1840
Sebab kita di Sabah dan Sarawak, umum tahu bukan sahaja kali ini di Dewan
ini, bahkan saya rasa bertahun-tahun yang sudah, umum tahu Sarawak dan Sabah ini
merupakan negeri yang kita boleh kata memang hakikat dia pun ialah negeri yang
memerlukan sentuhan kewangan daripada Kerajaan Persekutuan ini. Saya ambil
contoh, kita tahu di negeri Sarawak, kemudahan asas pun belum ada. Pan Borneo baru
sedang dibina sejak dua tiga tahun yang lepas sedangkan laluan highway yang ada di
Semenanjung ini sejak bila? Kita pun tidak tahu tetapi kita di Sarawak dan Sabah sedang
masih dalam pelaksanaan lagi, belum lagi menikmati tetapi inilah keadaan yang
sebenarnya berlaku.
Kalau Pan Borneo belum lagi siap Tuan Yang di-Pertua, apatah lagi kawasan-
kawasan yang dalam seperti luar bandar termasuklah Baram. Saya mahu tanya dengan
Yang Berhormat Menteri yang bertanggungjawab, berapa panjang jalan persekutuan
yang ada di kawasan Baram dan mungkin di Sarawak? Ini kita sebut berkenaan dengan
laluan ataupun jalan raya persekutuan.
Saya percaya Menteri Pembangunan Luar Bandar pun tahu bahawa kalau kita
fikir berkenaan dengan jalan-jalan yang pergi ke kawasan luar bandar seperti kawasan
Baram, saya percaya yang kita ada pada hari ini bukannya jalan yang bertar, yang R1
Modified pun belum ada Tuan Yang di-Pertua. Terpaksa kita gunakan jalan balak. R1
DR. 23.10.2019 170
Modified pun belum ada. Inilah keadaan yang sebenarnya yang berlaku ini di kawasan
Sabah dan Sarawak ini sedangkan rakyat di Sarawak dan Sabah dia tahu ini memang
kawasan yang cukup luas.
Dengan peruntukan RM5 bilion untuk Sabah dan RM4.4 bilion untuk Sarawak,
saya rasa kalau kita hendak mencapai Shared Prosperity Vision 2030 dengan izin, saya
tak nampaklah. Supaya pada masa 2030 nanti, keadaan yang kita ada di negeri
Sarawak dan negeri Sabah itu, adakah setaraf dengan apa yang ada di Semenanjung
Malaysia pada hari ini? Mungkin pada masa itu nanti, ini untuk kebaikan kita punya
perpaduan negara kita ini. Minta supaya apa yang dilaungkan, apa yang telah
disebutkan oleh wakil-wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak ini bukan sahaja akan
didengar ataupun dicatat dalam nota-nota tertentu tetapi tidak dilaksanakan. Kita mahu
supaya apa yang disebut sebab ini adalah kebenaran, ini adalah realiti. Apa yang disebut
ini mesti dilaksanakan walaupun secara perlahan-lahan.
Kita tahu jalan-jalan di Sarawak dan di Sabah memang dua kali lima kot? Kalau
kita cakap berkenaan dengan sekolah-sekolah daif, sebanyak 1,020 buah sekolah di
Sarawak yang dikategorikan sebagai daif. Tuan Yang di-Pertua, di kawasan saya,
kawasan Baram, saya difahamkan bahawa daripada 66 buah sekolah rendah yang ada
di kawasan Baram, sebanyak 51 buah sekolah dikategorikan daif ini. Ini saya rasa
memang kalau kita kira dia dalam peperiksaan UPSR ataupun SPM, kita ini memang
cemerlanglah itu tetapi ini yang terbalik ini. Kita cemerlang tetapi kita punya keadaan itu
memang amat menyedihkan. Kita minta dengan ikhlas dan saya merayu agar
peruntukan yang telah dicadangkan untuk pendidikan pada tahun ini banyaklah. Untuk
tahun depan dan untuk tahun seterusnya lebih banyak lagi peruntukan ini diberi kepada
negeri-negeri seperti Sarawak dan Sabah ini bukan sahaja daripada segi peruntukan
pendidikan, malahan juga untuk kementerian-kementerian yang lain.
Sarawak, saya difahamkan lebih 40 peratus adalah kawasan pedalaman.
Penduduk saya rasa mungkin hampir sama macam di kawasan pedalaman. Saya rasa
apa yang disebut oleh rakan dari sebelah tadi yang mengatakan bahawa orang
pedalaman ini miskin itu tidak ada yang tidak betul dekat situ. Itulah keadaan yang
sebenar dan kita mahu sebut di Dewan ini saya rasa oleh kerana kita mengatakan
bahawa melalui Dewan inilah, Dewan yang mulia inilah kita dapat menggerakkan
pembangunan kita ini supaya apa yang Kerajaan PH sudah tetapkan, Shared Prosperity
Vision ini menjelang 2030, ini akan menjadi realiti. Inilah perasaan, inilah rintihan, inilah
kemahuan kita di dalam GPS ini.
DR. 23.10.2019 171
Kita akui, saya rasa saya punya rakan dari GPS pun kita sedia maklum kalau
semua peruntukan pembangunan ini, lebih RM50 bilion ini pergi ke Sabah dan Sarawak
pun kita pun tak adil. Akan tetapi yang kita hendak itu sebab kita memang seperti yang
disebut lebih-lebih lagi dalam dua tiga tahun ini katakan bahawa Sabah dan Sarawak
merupakan equal partners, orang kata. Ini yang rakyat sebut ini Tuan Yang di-Pertua,
equal partners dan saya percaya kakitangan kerajaan yang membuat atau mengumpul
data-data ini memang kalau saya jadi– dahulu saya jadi kakitangan kerajaan juga Tuan
Yang di-Pertua. Kalau macam ini punya data, mungkin untuk beri Sarawak ataupun
Sabah itu mungkin tak dapatlah sebab economic planning itu.
Akan tetapi adakah kita ini oleh kerana keadaan mungkin daripada segi
kependudukan, mungkin lebih tidak berapa ramai ataupun kos yang terlalu tinggi dan
where is the worth for the dollar itu, mungkin mereka akan kata, “oh! Yang Berhormat
Menteri, Yang Amat Berhormat, ini mungkin tidak viable”, dia orang kata. Namun, saya
rasa untuk perpaduan negara kita, untuk kita menyejahterakan visi negara kita ini sebab
kita ini adalah satu keluarga yang besar seperti yang ditubuhkan pada tahun 1963 itu.
■1850
Di situlah, berasaskan kepada perjuangan semangat itu. Saya mohon supaya
yang berkuasa sekarang, khususnya rakan kita yang ada di kerajaan pada hari ini.
Untuk menggunakan kuasa yang ada ini seperti yang kita laung, yang dilaung-laungkan
dulu. Ini kalilah, kita cakap dulu. Jadi, ini kalilah kita membangunkan negara kita sama-
sama demi untuk kesejahteraan kita punya rakyat ini. Jadi, untuk kawasan saya, saya
rasa kita akan bangkitlah dalam jawatankuasa— di peringkat jawatankuasa dan saya
harap mohon GPS sangat mengharapkan supaya apa yang disuarakan oleh kita dari
wakil-wakil dari Sabah dan Sarawak ini diterjemahkan kepada action dan vision ini
selepas ini nanti. Sekian, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Terima kasih Yang
Berhormat Baram. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Pasir Gudang, diikuti
oleh Yang Berhormat Jerantut, kemudian Yang Berhormat Lubok Antu, kemudian Yang
Berhormat Cameron Highlands. Sila, Yang Berhormat Pasir Gudang.
6.51 ptg.
Tuan Hassan bin Abdul Karim [Pasir Gudang]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua. Bismillahir Rahmanir Rahim, Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh
dan salam sejahtera. Saya ingin memulakan ucapan saya ini mengucapkan tahniah
kepada Menteri Kewangan, Yang Berhormat Bagan kerana berjaya membentangkan
DR. 23.10.2019 172
belanjawan ini. Dalam keadaan yang ekonomi negara kita banyak masalah hutang,
harga komoditi yang rendah, harga minyak yang rendah dan juga masalah ekonomi
global yang suram. Kita telah mendengar kritikan-kritikan daripada pihak pembangkang
terhadap belanjawan yang dibentangkan ini untuk tahun 2020.
Saya percaya bukan semuanya kritikan yang pedas itu tiada asas. Mana yang
ada merit itu, pihak eksekutif kerajaan ambil maklum. Begitu juga ramai di pihak
kerajaan, Ahli-ahli Parlimen kerajaan yang telah menyatakan sokongan dan juga pujian
terhadap beberapa pendekatan yang dibuat oleh kerajaan dalam belanjawan ini dan
pujian serta sokongan itu saya lihat perkara yang munasabah yang ada asasnya.
Jadi saya terus terang berkata pada akhirnya, saya akan menyokong belanjawan
ini. Bukan kerana semata-mata saya di pihak kerajaan, tetapi pada keseluruhannya.
Selepas lihat keseluruhannya, maknanya saya menganggap belanjawan ini
bertanggungjawab walaupun ada di sana sini kelemahan yang boleh diperbaiki dan
diperbetulkan.
Tuan Yang di-Pertua, kalau saya terus hanya menimbulkan kembali perkara-
perkara yang baik yang telah disebutkan itu saya rasa tidak ada nilai tambah. Jadi saya
ingin mengemukakan pandangan-pandangan saya ini. Bukan kritikan atau teguran,
tetapi cadangan untuk diambil kira. Sebentar tadi, Yang Berhormat Ranau sahabat saya
dari Sabah dan sebentar tadi Yang Berhormat Baram daripada Sarawak.
Sebelum ini Ahli-ahli Parlimen daripada Kelantan dan Terengganu membawakan
perkara tidak puas hati mereka terhadap agihan-agihan kekayaan negara ini khususnya
keempat-empat negeri ini adalah pengeluar minyak dan gas. Saya melihat ini perkara
yang asas Tuan Yang di-Pertua. Kita kembali bahawa negara kita ini sistemnya
federalism. Sabah dan Sarawak adalah wilayah, dua wilayah. Semenanjung satu lagi,
tiga. Ada undang-undangnya iaitu Perjanjian Malaysia 1963, Perlembagaan
Persekutuan dan yang terbaharu iaitu janji di dalam manifesto menjelang pilihan raya
yang lalu.
Begitu juga Kelantan dan Terengganu adalah negeri-negeri di bawah
Persekutuan Malaysia, mereka ialah negeri pengeluar minyak. Jadi saya rasa sudah
sampai masanya, ertinya jangan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Saya rasa
saya Tuan Yang di-Pertua, menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen
Hubungan Negeri-negeri dan Persekutuan. Saya rasa tidak adil kalau kita tidak
kembalikan hak Sabah dan Sarawak. Tidak adil kalau kita tidak kembalikan hak
Kelantan dan Terengganu. [Tepuk]
DR. 23.10.2019 173
Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas]: Hidup Yang Berhormat Pasir
Gudang.
Tuan Hassan bin Abdul Karim [Pasir Gudang]: Soalnya begini. Logik saya,
saya bukan seorang ahli ekonomi. Negeri yang mundur wilayahnya antaranya Sabah
dan Sarawak. Di Semenanjung, negeri yang mundur wilayahnya berbanding Pantai
Barat ialah Pantai Timur. Itu dari segi perbezaan maju mundur antara wilayah. Kita kata
kini hendak ada Wawasan Kemakmuran Bersama, hendak rapatkan jurang itu. Satu
lagi, kita sebut bahawa jurang perbezaan antara etnik, antara kaum. Antara kaum-kaum
di Sabah dan Sarawak yang miskin ini rakyat peribumi. Di Kelantan dan Terengganu
rakyat yang miskin ini rakyat Melayu. Jadi, senang saja logik saya. Kalau salah boleh
betulkan, Yang Berhormat Menteri.
Kalau kita kembalikan hak ini kepada Sabah dan Sarawak, kita kembalikan hak
mereka Kelantan dan Terengganu. Kita tidak kisah, kerajaan siapa yang berkuasa di
Sabah, Sarawak, Kelantan dan Terengganu. Itu pilihan rakyat mereka. Jadi, saya
percaya kalau wang itu diuruskan dengan baik, Kelantan dan Terengganu boleh
membangunkan negeri mereka, memperbaiki kehidupan rakyat. Begitu juga di Sabah
dan Sarawak.
Saya mendengar tadi sahabat daripada Yang Berhormat Ranau, daripada Yang
Berhormat Baram dan sebelum ini rasanya kalau tiap-tiap tahun, tiap-tiap kali
belanjawan benda ini diungkit lagi, saya rasa ingat Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin
hendak bagi tahu, Sabah dan Sarawak adalah rakan kita dalam Persekutuan. Mereka
bukan tanah jajahan. [Dewan tepuk] Kita kena hormati, kita kena hormati. Tidak
perlulah daripada wakil rakyat daripada Sabah dan Sarawak memohon, merayu. Ini hak
mereka. Saya bercakap ini sebagai Ahli Parlimen dari Semenanjung yang mahu
keadilan di negara kita ini. [Dewan tepuk]
Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada perkara yang lain. Sistem cukai. Kita
kata jurang kaya dan miskin negara kita ini terlalu luas. Memang benar, Tuan Yang di-
Pertua. Ada 40 orang, bukan 40 peratus. Sebanyak 40 individu di Malaysia— boleh
dikira 40. Menguasai kekayaan negara kita lebih 24 peratus GDP. Kalau saya salah,
tegur saya. Malah, di Amerika pun yang kapitalis besar itu tidak semacam ini. Saya
menyokong penuh Wawasan Kemakmuran Bersama, ya kemakmuran bersama. Secara
mudahnya ialah sistem cukai dikemas kini.
DR. 23.10.2019 174
■1900
Saya menyokong ketegasan kerajaan dan ketegasan Yang Berhormat Bagan
terus menolak GST, kita kekalkan SST. Saya sungguh kagum ada political will power
terutama Yang Berhormat Bagan yang mahu hendak melaksanakan hanya dalam
beberapa bulan sahaja, kita telah mansuhkan GST, kita perkenalkan SST. Inilah
reformasi pertama janji kita telah kita tunaikan...
Beberapa Ahli: Sokong... [Tepuk]
Tuan Hassan bin Abdul Karim [Pasir Gudang]: Banyak kebaikan. Tidak
mengapa saya ulang – positifnya daripada SST itu yang diperkenalkan. Walaupun
sistem ini ada kelemahannya juga, seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Bagan
tentang inflasi. Saya harap sistem SST ini kita memperluaskan lagi iaitu saya baru baca
beberapa hari ini. Yang Berhormat Menteri Kewangan, Bagan telah ada cadangan untuk
memperkenalkan sistem terhadap ekonomi bayangan black economy. Kalau ini kita
laksanakan, banyak revenue, banyak hasil dapat dipungutkan.
Satu lagi, kita perlu perkenalkan Tuan Yang di-Pertua, cukai-cukai yang lain,
luxury tax, cukai kemewahan ini. Ada orang yang ada kereta dalam satu keluarga, miliki
banyak kereta yang mewah. Kita kenakan.
Carbon tax misalnya di Pasir Gudang. Ada kilang besar. Saya tak nak sebutlah.
Ada dua kilang mengeluarkan karbon dioksida. Kenakanlah cukai. Itulah sebab yang
menderita itu rakyat kami. Memanglah karbon dioksida itu bukanlah gas yang beracun
seperti sesetengahnya, tetapi kalau keluar ke udara, tercemar juga.
Lagi satu cukai inheritance tax iaitu cukai harta pusaka. Saya lihat ramai nominee
yang tidak diketahui, tiba-tiba apabila meninggal dunia keluarga mereka mewarisi harta
sampai bilion ringgit. Jadi, sudah sampai masa untuk difikirkan caranya.
Tuan Yang di-Pertua, pada dua, tiga minit yang terakhir ini, izinkan saya
menyentuh isu kawasan saya Parlimen Pasir Gudang. Pertama, saya ucap terima kasih
kepada kerajaan, khususnya Yang Berhormat Bagan dan kerajaan keseluruhannya
yang telah meluluskan Projek Pembinaan Hospital Pasir Gudang, sejak diluluskan dalam
Rancangan Malaysia Kesebelas yang bernilai kos RM500 juta dengan 304 buah katil.
Saya ingin bertanya kepada Menteri yang berkenaan, saya dengar khabar ada
kelewatan proses tender pada pembinaan Hospital Pasir Gudang. Walaupun projek
telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan tetapi ada kelewatan proses tender. Jadi,
saya minta Menteri berkenaan apabila menggulung perbahasan ini nanti dapat
menjelaskan kepada Parlimen, apa sebabnya ada kelewatan itu.
DR. 23.10.2019 175
Saya berharap benar supaya Hospital Pasir Gudang ini yang kita semua tahu
ada masalah pencemaran dan sebagainya, ia sebuah kawasan pekerja, pada akhirnya
akan dapat dibina sebelum pilihan raya umum yang akan datang.
Satu lagi Tuan Yang di-Pertua, saya minta kepada kerajaan fikir baik-baik,
timbang baik-baik. Dahulu kita ada Syarikat Penerbangan Malaysia iaitu MAS, dijual dan
diserahkan kepada individu, private, swasta rugi dan bebannya sampai sekarang kita
tanggung. Syarikat kapal terbang, sistem penerbangan Malaysia ini.
Jadi, saya minta kerajaan kekalkanlah projek Highway PLUS. Highway PLUS ini
harta negara yang dikuasai oleh Khazanah Nasional dan juga KWSP. Saya minta
janganlah dijual Highway PLUS ini kepada pihak swasta sebab pernah berlaku, bukan
satu, dua iaitu syarikat-syarikat milik negara, syarikat yang strategik ini perlu diteruskan
dikawal oleh pemerintah, oleh kerajaan.
[Timbalan Yang di-Pertua (Tuan Nga Kor Ming) mempengerusikan Mesyuarat]
Akhir sekali Tuan Yang di-Pertua, dalam seminggu lagi tempoh akhir bulan
Oktober ini, 30 hari bulan perjanjian dengan Singapura tentang pembinaan RTS atau
rapid transit system antara Bukit Cagar dengan Woodlands, Singapura akan tamat.
Soalnya jadi atau tidak akan ditentukan dalam tujuh, lapan hari ini. Saya minta kerajaan
teruskanlah projek ini untuk mengatasi masalah yang dialami oleh lebih 300,000 rakyat
setiap hari.
Saya ingin bertanya dan ingin soalan ini dijawab di Parlimen. Saya dengar tanah
tapak projek RTS di Bukit Cagar itu, asalnya milik Kerajaan Persekutuan, bagaimana
boleh terlepas menjadi milik pihak yang lain? Saya ingin jawapan daripada kerajaan.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Sila gulung.
Tuan Hassan bin Abdul Karim [Pasir Gudang]: Itulah sahaja Tuan Yang di-
Pertua. Pada akhirnya seperti di awal saya sebut, saya menyokong cadangan
pembentangan Belanjawan 2020 oleh kerajaan. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Terima kasih Yang Berhormat
Pasir Gudang. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Jerantut. Selepas itu Yang
Berhormat Lubok Antu. Sila.
7.07 mlm.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]: Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Terima kasih Tuan
DR. 23.10.2019 176
Yang di-Pertua kerana memberikan ruang kepada saya untuk turut bersama dalam
perbahasan Belanjawan 2020.
Saya hendak mulakan perbahasan saya dengan membaca Surah Yasin ayat
65... [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Antara maksudnya, “pada waktu kami
mematerikan- yakni menutup mulut mereka dan memberi peluang kepada tangan
mereka untuk memberitahu Kami kesalahan masing-masing, dan kaki mereka pula
menjadi saksi tentang apa yang telah mereka lakukan semasa hidup”. Kemudian saya
hendak hadiahkan dua rangkap pantun.
Siakap senohong;
Gelama ikan duri;
Bercakap bohong;
Boleh jadi Menteri.
Pergi ke kedai membeli kain;
Kena air kainnya basah;
Kalau kita menjadi pemimpin;
Harus berlaku jujur dan amanah.
Saya hendak mengambil kesempatan ini juga untuk merakamkan terima kasih,
tahniah yang tidak terhingga kepada Menteri KPKT yang masih lagi setia bersama
dengan kita, menghormati Parlimen ini walaupun dalam kesibukan tugas... [Tepuk]
Timbalan Menteri Kementerian Kerja Raya juga turut hadir, Timbalan Menteri KPDNKK
juga hadir dan Timbalan Menteri Wilayah juga hadir. Jadi, ini merupakan satu komitmen
kepada Dewan ini, dan satu komitmen kepada rakyat dan kita harap mereka ini terus
berjaya, insya-Allah.
Seorang Ahli: Jadi Menterilah.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Jangan lupa, Tuan Yang di-
Pertua juga ada sini.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]: Oh! Ya, Tuan Yang di-Pertua...
[Ketawa] Betul, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sorry, saya tidak sebut.
Tuan Yang di-Pertua, pada hemat saya bajet yang telah dibentangkan ini ada
kebaikan. Walau bagaimanapun, bajet ini juga turut menyuburkan sikap perkauman dan
mengayakan yang kaya, memiskinkan yang miskin.
DR. 23.10.2019 177
Melalui pemerhatian saya ialah peruntukan antaranya dalam bidang pendidikan,
ekonomi dan juga perumahan. Bagaimana kita boleh mencapai hasrat kemakmuran
bersama?
Menyorot kepada industri sawit negara yang telah menghapuskan bantuan
kepada penanam-penanam sawit dan digantikan dengan RM550 juta pinjaman tanam
semula walaupun dengan kadar faedah yang rendah, dan RM30 juta untuk R&D. Ini bagi
saya merupakan langkah jangka panjang dan tidak dapat menyelesaikan kemelut yang
sedang dihadapi oleh lebih kurang 762,635 peneroka dan juga pekebun kecil yang
sedang bergelut dengan kejatuhan harga sawit di pasaran.
■1910
Saya hendak bertanya kepada kerajaan, khususnya Menteri yang
bertanggungjawab. Apakah langkah-langkah jangka pendek yang mungkin dirangka
oleh kerajaan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh pekebun-pekebun kecil kita.
Bertambah malang lagi apabila pihak Kerajaan India yang sebelum ini menjadikan
negara pengimport utama minyak kita daripada pekebun-pekebun kecil dan juga
syarikat-syarikat besar di Malaysia.
Kalau kita lihat pada tahun 2018, India telah pun mengimport minyak bernilai
USD1.665 bilion dari Malaysia dan jumlah tan nya 2.514008 juta tan metrik. Negara
China 2.5 juta tan, kedua-dua negara ini merupakan sumber eksport besar negara kita
yang memungkinkan aliran harga minyak sawit di pasaran Malaysia berada pada tahap
yang boleh diterima oleh semua orang dan menggerakkan ekonomi dalam negara.
Akan tetapi dengan adanya langkah-langkah yang diambil oleh dua buah negara
kebelakangan ini, kita bimbang industri sawit yang menjejaskan pendapatan peneroka
dan juga pekebun kecil ini akan terus menghimpit mereka. Kalau sebelum ini, kerajaan
yang terdahulu menjaga hubungan baik antara dua negara ini kerana kita sedar sebagai
negara yang menguasai rakyatnya ramai, menggunakan minyak ini banyak. Kita jaga
mereka dengan menghantar dua orang yang bertaraf Menteri menjadi duta khas.
Tujuannya semata-mata untuk menjaga keakraban, menghormati kedua-dua
negara ini dan sikap saling menghormati antara dua negara inilah yang memungkinkan
penghormatan diberi kepada Malaysia untuk terus menghantar minyak sawit ke negara
mereka. Jadi..
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar]: Boleh?
Dato’ Seri Dr. Santhara [Segamat]: Mencelah.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Yang Berhormat Paya Besar.
DR. 23.10.2019 178
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar]: Terima kasih Tuan Yang di-
Pertua, terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Saya hendak minta pandangan Yang
Berhormat Jerantut berkaitan hubungan di antara negara penerima eksport minyak sawit
ini sebab apa yang kita ketahui, harga sawit CPO di Indonesia, di Thailand dan Malaysia
sendiri agak berbeza jauh.
Kenapa harga di Indonesia boleh mencatat sehingga USD590 berbanding
dengan Malaysia hanya USD480. Maknanya ada lebihan lebih kurang USD110. Kalau
kita dapat menjaga hubungan diplomasi yang begitu baik, sudah pastinya harga kita
akan menyamai harga yang dieksport oleh Indonesia.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]: Terima kasih Yang Berhormat
Paya Besar.
Dato’ Seri Dr. Santhara [Segamat]: Boleh mencelah.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Ya Yang Berhormat Segamat.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]: Ya, sikit saja.
Dato’ Seri Dr. Santhara [Segamat]: Selain daripada apa yang diterangkan oleh
Yang Berhormat, adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa India juga sebenarnya
menuntut saudara Zakir Naik dan mereka melihatnya berkali-kali. Saya rasa ini isu yang
sensitif dan apa pandangan Yang Berhormat?
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]: Terima kasih kepada Yang
Berhormat Segamat, orang yang baik hati. Saya tak nak menjawab perkara itu, cuma
saya jawab tadi sebab itulah kita hantar orang yang bertaraf duta, bertaraf Menteri
kepada dua negara ini hendak menjaga hubungan.
Bila kita sudah ada hubungan yang baik, tidak timbul masalah. Kalau tidak,
selepas ini Kerajaan Malaysia akan ambil tindakan kepada Liberation Tigers of Tamil
Eelam (LTTE). Tindakan kepada mereka yang menyokong LTTE akan turut menerima
tekanan daripada India. Mengapa? Oleh kerana LTTE ini di belakangnya ialah orang
India.
Jadi, ini menimbulkan suasana yang tidak aman dalam negara kita. Jadi
cukuplah kita di situ.
Tuan Noor Amin bin Ahmad [Kangar]: Boleh minta sikit.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]: Saya hendak beralih kepada...
Tuan Noor Amin bin Ahmad [Kangar]: Yang Berhormat Jerantut boleh saya
minta sikit.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]: Cukup dulu lepas ini kang lama
saya layankan susah. Jadi, masukkan dalam ucapan Yang Berhormat Paya Besar tadi.
DR. 23.10.2019 179
Tuan Noor Amin bin Ahmad [Kangar]: Sikit saja berkaitan dengan Uyghur.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]: Saya sudah kata tunggu,
duduklah tidak reti kah?
Tuan Noor Amin bin Ahmad [Kangar]: Tidak boleh?
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]: Jadi, saya hendak cakap tadi
fasal Yang Berhormat Paya Besar masukan dalam ucapan saya.
Mengenai Menteri yang mencadangkan tanaman buluh ini juga untuk jangka
panjang. Berapa lama buluh ini boleh memberikan hasil sedangkan peneroka dan
pekebun kecil terhimpit dengan masalah penurunan harga.
Apakah Menteri tidak boleh bekerjasama dengan kementerian-kementerian lain
dalam Kerajaan Pakatan Harapan ini. Sebagai contoh negara kita sekarang ini
memerlukan nanas MD2 yang dihantar ke China. China memerlukan 100 kontena, kita
mampu hantar 15 kontena dan ini mungkin boleh menyelesaikan pendapatan peneroka
dan pekebun kecil kalau Menteri-menteri kita ini boleh duduk bersama-sama. Kita
haraplah kerjasama antara kementerian ini akan membuahkan hasil.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyorot perkara yang kedua yang dalam
catatan saya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Yang Berhormat, sikit.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]: Ya.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Yang Berhormat, apakah Yang
Berhormat sedar bahawa negara sekarang diancam oleh masalah kepimpinan apabila
Yang Berhormat Port Dickson mengisytiharkan dia akan ambil alih dalam tahun depan
menyebabkan Perdana Menteri adalah Perdana Menteri yang tempang.
Tuan Willie anak Mongin [Puncak Borneo]: Yang Berhormat Arau, tidak ada
benda lain kah Yang Berhormat Arau?
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Jadi, apakah Yang Berhormat
bercadang hendak minta Yang Berhormat Langkawi datang untuk menjelaskan sama
ada dia akan bagi bulan Mei ataupun hendak satu penggal? Itu masuk dalam ucapan.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]: Terima kasih Yang Berhormat
Arau. Saya juga setuju dengan pandangan Yang Berhormat Arau dan saya minta masuk
sebahagian daripada ucapan saya. Cuma sedikit saya hendak ulas, saya amat bersetuju
kerana para pelabur sudah pastilah menjauhkan negara kita daripada mereka kerana
ketidakpastian, apakah dasar pemimpin yang bakal mengambil alih negara ini dalam
keadaan yang ketidaktentuan ini.
DR. 23.10.2019 180
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh tentang bidang pendidikan. Saya
terlibat dalam pendidikan ini lebih daripada 30 tahun. Menyaksikan perjalanan sistem
pendidikan negara yang terbaik yang memungkinkan kita berada dalam Dewan ini.
Kalau sistem pendidikan kita tidak baik, tidak mungkin kita berada di sini. Akan tetapi
akhir-akhir ini.
Tuan Sabri bin Azit [Jerai]: Minta laluan Yang Berhormat Jerantut.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Ya, Yang Berhormat Jerai
minta laluan.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]: Sikit saja, tinggal empat minit
sudah.
Tuan Sabri bin Azit [Jerai]: Terima kasih Yang Berhormat Jerantut. Dalam
sejarah Universiti Malaya, tidak pernah berlaku TNC dimalukan dalam Majlis
Konvokesyen. Bersetuju kah Yang Berhormat Jerantut sistem didikan perlu didahului
dengan mendidik adab sebelum ilmu yang lain.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]: Terima kasih Yang Berhormat
Jerai. Saya sangat bersetuju dan ini antara perkara yang saya hendak sentuh.
Tuan Yang di-Pertua, saya melihat akhir-akhir ini seolah-olah Penyata Razak
yang menjadi dasar pendidikan negara kita kian malap dan perlahan-lahan kita dibakar
api perkauman kerana melalui pendekatan-pendekatan kita hari ini. Melihat kepada
dana ataupun peruntukan pendidikan dalam Belanjawan 2019 berjumlah RM12 juta
diberi kepada sekolah persendirian Cina dan ditambah kepada RM15 juta dalam Bajet
2020, peningkatan sebanyak RM3 juta.
Peruntukan yang diberikan oleh kerajaan kepada sekolah persendirian Cina
dianggap pada saya adalah menambah kepada penghalang perpaduan negara kita.
Tindakan kerajaan untuk membantu sekolah mewah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Tuan Yang di-Pertua, saya
ingin gunakan peraturan.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Ya peraturan mana.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: 36(10)(c).
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Baca.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: “Perkataan-perkataan
yang harus menaikkan perasaan bersakit-sakit hati atau bermusuh-musuhan di antara
satu kaum dengan kaum dalam Malaysia.”
Ucapan tadi berniat untuk melaga-lagakan kaum-kaum yang berlainan walaupun
itu bukanlah apa yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan, tapi Yang Berhormat
DR. 23.10.2019 181
cuba menunjukkan persepsi kepada rakyat di sana bahawa Menteri Kewangan memberi
keutamaan kepada satu kaum berbanding dengan kaum yang lain. Saya minta Yang
Berhormat tarik balik kenyataan itu.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]: Cukup. Inilah masalah Yang
Berhormat Jelutong. Kita belum habis lagi terang, belum habis lagi bentang sudah
serang terus.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Yang Berhormat saya
dengar ucapan tadi.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]: Adakah saya menggalakkan
perkauman. Saya cakap tadi saya bimbang ini menambahkan semangat perpaduan.
Saya sebagai guru, saya sebagai pendidik saya tahu apa yang saya cakap.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: That is not what you say.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]: Saya tidak sebut rasis. Duduk,
ini floor saya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Saya minta Yang
Berhormat tarik balik kenyataan itu.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]: Saya tidak akan tarik balik sebab
saya tidak sekali-kali bercakap..
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Tuan Yang di-Pertua,
itulah apa yang dimaksudkan.
Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar]: Duduklah.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]: Duduk Yang Berhormat
Jelutong. Berhemah secara berbahas, beradab. Inilah masalah...
[Pembesar suara dimatikan].
◼1920
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Ya, Ahli Yang Berhormat-
kedua-dua. Yang Berhormat Jelutong bangkitkan peraturan mesyuarat. Maka, kita di
bawah Perkara 36, kenalah bagi dia baca ya. Akan tetapi...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Behave yourself!
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: ...Sama ada setuju ataupun
tidak, saya rasa Yang Berhormat Jerantut, kita fokus kepada pembentangan bajet.
Jangan...
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]: Saya tidak menuduh Tuan
Yang di-Pertua, saya bimbang sebagai orang yang berlatar belakangkan pendidikan...
DR. 23.10.2019 182
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: No, that’s not what you
say. That is not what you say.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Tidak apa.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Jangan putar belit fakta.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]: Duduk, duduk, dengar! Saya
tidak putar belit.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Jangan putar belit fakta.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]: Saya tidak...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Saya faham bahasa
Malaysia.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]: Tuan Yang di-Pertua, ini floor
saya. Saya sudah habis 2-3 minit.
Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [Kuala Terengganu]:
Saya dengar dia sebut perkataan...
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Sila duduk.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]: Tolong ajar Yang Berhormat
Jelutong.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Yang Berhormat Jerantut,
sila teruskan.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]: Tolong ajar, saya bukan bersifat
rasis. Isteri saya berkhidmat di sekolah Cina dan rakan-rakan saya orang Cina ramai.
Saya bercakap demi kepentingan masa depan negara kita.
[Tepuk]
Kalau berlaku kerana sikap perkauman kita seperti ditunjukkan oleh Yang
Berhormat Jelutong, apa hendak jadi pada negara kita?
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Yang Berhormat.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Tuan Yang di-Pertua,
saya minta dia tarik balik kenyataan itu.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]: Jangan, jangan.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Saya rasa adil.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Saya minta beliau tarik
balik kenyataan bahawa saya bersikap perkauman. Saya minta kamu tarik balik.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]: Saya tidak...
DR. 23.10.2019 183
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Yang Berhormat Jelutong,
sila duduk. Yang Berhormat Jerantut, kita jaga bahasa. Jangan tuduh Ahli yang lain
rasis ya, boleh?
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]: Yang Berhormat Jelutong,
jangan mulakan tuduhan kepada saya. Saya tidak bersikap begitu. Saya dengar
ucapan Yang Berhormat Jelutong yang sentiasa memanaskan hati orang lain, termasuk
saya. Akan tetapi saya sabar, Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi bila saya kena hendak
bercakap soal masa depan negara, soal keselamatan negara kita, apakah salah?
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Yang Berhormat, kesabaran
adalah sebahagian daripada iman.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]: Saya sabar. Kalau saya tidak
sabar, saya melompat, Tuan Yang di-Pertua. Saya sabar, saya duduk di sini. Cuma
suara saya, saya perlu tegas.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Yang Berhormat sekarang
hendak...
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]: Dengan keselamatan negara.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: ...dekat waktu Maghrib ya.
Kita sabar.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]: Ya, kerana dekat waktu
Maghrib lah saya marah. Tuan Yang di-Pertua, insya-Allah depan Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Teruskan, teruskan.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]: Tujuan saya bercakap ini
supaya kita kembali kepada dasar.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Sila menggulung Yang
Berhormat.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]: Perpaduan negara kita tidak
ada kompromi, tidak ada siapa yang boleh selamat kalau kestabilan dalam negara kita
tergugat akibat daripada perkauman, sentimen perkauman yang dibakar sama ada
secara langsung atau tidak langsung, termasuk kita yang di dalam Dewan ini.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Termasuk Jelutong!
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]: Tuan Yang di-Pertua, boleh saya
ambil seminit sebagai rumusan?
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Yang Berhormat Arau, jangan
jadi batu api. Walaupun duduk tempat...
DR. 23.10.2019 184
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]: Betul, saya setuju. Akan tetapi
Yang Berhormat Arau cakap benar sebagai orang yang lama dalam negara kita ini.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Ya, sila menggulung ayat
terakhir. Masa sudah tamat.
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]: Ya, saya hendak gulung.
Walaupun saya banyak lagi ini. Ada dua pantun sajalah, Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Sila, tapi haraplah...
Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]:
Cari ilmu banyak sendi,
Duduk beradab semasa bersantap,
Saling menuduh rendahnya budi,
Di sini tempat lahirnya biadap.
Warga desa gali tanah,
Bila mati akan dikubur,
Jadi orang haruslah amanah,
Mesti terus berbicara jujur.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Yang Berhormat, saya hendak
bagi tahu, kami berpuas hati dengan Tuan Yang di-Pertua, yang saya rasa biased
dengan kami. Akan tetapi hari ini Tuan Yang di-Pertua bagus. Akan tetapi yang dua lagi,
kenapa lagi dia orang kepala angin? Kenapa dia orang tinggi-tinggi suara? Tuan Yang
di-Pertua macam ini bagus.
Tuan Noor Amin bin Ahmad [Kangar]: Tidak baik, tidak baik kata macam itu
dekat Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Tuan Yang di-Pertua,
saya minta Yang Berhormat Arau tarik balik kenyataan ‘kepala angin’ kepada Tuan Yang
di-Pertua-Tuan Yang di-Pertua yang lain.
Seorang Ahli: Tarik balik.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Sungguh kurang sopan.
Seorang Ahli: Apa hal kau ni?
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Yang Berhormat Arau.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Apa makna ‘kepala angin’?
DR. 23.10.2019 185
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Yang Berhormat Arau,
janganlah, tarik balik kenyataan ‘kepala angin’.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Hei! Yang Berhormat Jelutong.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Lebih-lebih lagi- Jangan
‘hei’, ‘hei’, cakap secara berhemah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Ya.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Lebih-lebih lagi bila Tuan
Yang di-Pertua tidak ada di sini.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Apa makna Yang Berhormat
Jelutong, apa makna ‘kepala angin’? Apa makna ‘kepala angin’?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Apa makna, saya pun
tidak tahu. Akan tetapi memang kurang sopan. Itu adalah kenyataan kurang sopan.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: ‘Kepala angin’ ini adalah marah-
marah.
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Saya minta Yang
Berhormat Arau, tolonglah jangan gunakan kenyataan itu...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Fasal apa tidak boleh guna?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: ...apabila Tuan Yang di-
Pertua tidak ada di sini.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: ‘Kepala angin’ ini maknanya
marah-marah. Tahu tidak? Salah kah guna ‘marah-marah’? Ini bahasa sayang.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Yang Berhormat Arau,
jangan buatlah Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Akan tetapi saya minta
Yang Berhormat Arau, tolong tarik baliklah.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Kamu tarik balik, kamu tarik balik,
suruh saya tarik balik. Kamu yang tarik balik.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Sebenarnya...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: ‘Kepala angin’ ini bahasa sayang-
sayanglah di Perlis. Kau kenapa, kenapa kau kepala angin sangat?
Tuan Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji [Jelutong]: Mana ada bahasa
sayang.
Tuan Noor Amin bin Ahmad [Kangar]: Yang Berhormat Arau, jom kita pergi
surau, jom.
DR. 23.10.2019 186
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Dia tidak faham bahasa. Dari
lutong pergi ke Jelutong.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Nanti kita jumpa Yang
Berhormat Arau di luar, tukar-tukar pendapat tentang bahasa Perlis dan bahasa
kebangsaan. Sila, saya jemput Yang Berhormat Lubok Antu. Selepas itu, Yang
Berhormat Cameron Highlands. Sila.
7.24 mlm.
Tuan Jugah a/k Muyang @ Tambat [Lubok Antu]: Terima kasih Tuan Yang
di-Pertua kerana memberi ruang untuk saya berbahas di Dewan yang mulia ini. Tuan
Yang di-Pertua, Belanjawan 2020 yang menyaksikan pelbagai insentif dan peruntukan
diberikan pada Sarawak adalah bukti komitmen Kerajaan Pakatan Harapan untuk
membangunkan negeri ini secara inklusif serta seimbang demi kesejahteraan rakyat.
Peruntukan dinaikkan untuk Sarawak dalam Belanjawan 2020 itu membuktikan
komitmen Kerajaan Pakatan Harapan. Ini sekali gus menunjukkan prestasi ekonomi
negara mempunyai kemajuan positif dan berada di landasan yang betul. Dengan itu,
kerajaan mempunyai keupayaan untuk meningkatkan peruntukan kepada negeri
Sarawak. Pemberian khas di bawah Perkara 112D, Perlembagaan Persekutuan
merupakan sebahagian daripada geran Persekutuan.
Buat kali pertama sejak 1969, pemberian khas tahunan RM16 juta untuk
Sarawak seperti yang diperuntukkan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 belum pernah
disemak semula. Oleh itu, buat pertama kalinya bermula tahun 2020 kerajaan
bercadang untuk menggandakan kadar tersebut kepada RM32 juta untuk Sarawak. Bagi
menunjukkan keprihatinan terhadap rakyat di Sarawak, kerajaan akan menggandakan
lagi kadar pemberian khas sehingga RM64 juta untuk Sarawak dalam tempoh lima
tahun. Ini harus dilihat sebagai satu keikhlasan, komitmen pentadbiran Kerajaan
Pakatan Harapan ke arah merealisasikan Perjanjian Malaysia 1963.
Justeru, ini adalah indikator yang bagus. Walaupun ekonomi dunia merudum
pada ketika ini, namun kerajaan masih mampu mengekalkan positiviti. Terima kasih
Kerajaan Pakatan Harapan. Selain itu, Belanjawan 2020 ini juga realistik dan holistik. Ia
adalah langkah positif diambil oleh Kerajaan Pakatan Harapan ke arah merealisasikan
antara inti pati terkandung dalam MACC 3. Meskipun dibuat secara berperingkat, namun
usaha itu bakal memberi manfaat besar pada penduduk di Sarawak. Ini kerana
peruntukan ini boleh digunakan bagi memperkasakan lagi penggunaan di seluruh
DR. 23.10.2019 187
pelosok Sarawak, terutama dalam aspek infrastruktur dan prasarana asas untuk
kemudahan serta keselesaan rakyat Sarawak.
Namun, apa yang lebih penting sekarang ini adalah bagaimana kesemua
peruntukan ini boleh dilaksanakan secara efektif dan efisien, sekali gus memastikan ia
sememangnya sampai kepada rakyat di peringkat akar umbi. Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pendidikan Malaysia telah menerima peruntukan terbesar yang berjumlah
RM60.2 bilion atau 19.1 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan kerajaan tahun
2019.
Perbelanjaan ini juga memberikan tumpuan kepada membaik pulih sekolah daif
dan peruntukan sebanyak RM783 juta pada tahun 2020, terutamanya di Sabah dan
Sarawak. Dengan peruntukan sebanyak RM783 juta pada tahun 2020, saya menggesa
agar Kementerian Pendidikan Malaysia memberi keutamaan terhadap penyelesaian
masalah dan kesulitan yang dihadapi di sekolah-sekolah daif di kawasan Parlimen
Lubok Antu. Sekolah Menengah Kebangsaan SMK Lili terdesak memerlukan bilik kelas
untuk pembelajaran.
Keadaan sekolah tersebut disaksikan sendiri oleh pegawai Kementerian
Pendidikan yang membuat lawatan pada 10 Februari lalu susulan daripada aduan
mengenai kedaifan dan keusangan SMK Lili. Keperluan satu blok sebelas unit untuk
kelas amat terdesak. Memandangkan sekarang mereka ditempatkan di bawah kuarters
guru. Bilakah perkara ini dapat diselesaikan? Begitu juga keadaan sekolah-sekolah luar
bandar seperti sekolah kebangsaan SK Danga Menyebat, SK Danga Menjuau, SK Tibu
dan Ulung Kari dan juga SK Entalau. Prasarana pendidikan amat penting dan
sewajarnya diberi perhatian penuh oleh kerajaan.
■1930
Hanya Pendidikan yang dapat mengatasi kemiskinan khususnya di luar bandar
Sarawak. Saya yakin masalah kemiskinan di luar bandar Sarawak boleh diselesaikan
melalui pendidikan. Saya merujuk kepada dasar pembangunan inklusif. Dalam inti pati
Belanjawan 2020, Kerajaan Persekutuan telah merancang untuk memperluaskan
liputan infrastruktur asas bagi kawasan luar bandar terutama sekali Sabah dan Sarawak.
Salah satu daripada keutamaan Kerajaan Persekutuan ialah untuk membina jalan raya
luar bandar Sabah dan Sarawak dan telah memperuntukkan RM1 bilion untuk tujuan
tersebut. Peruntukan bagi pembangunan jalan raya luar bandar dan juga perhubungan
desa di Sarawak sebanyak RM224 juta ini akan memberi faedah kepada seramai
145,000 penduduk.
DR. 23.10.2019 188
Justeru itu, saya amat berharap mendapat manfaat dari peruntukan RM224 juta
tersebut. dengan ini saya mendesak kerajaan membina infrastruktur jalan raya
menghubungkan Aiman Resort Batang Ai, Kenanga Jelok dan menaik taraf Jalan Ulu
Skrang perlu disegerakan. jalan raya ini juga akan menjadi alternatif utama kepada ke
seluruh penduduk daerah Lubuk Antu yang berada di Lingkaran empangan Batang Ai.
Kemudahan jalan raya tersebut akan memainkan peranan penting untuk melonjakkan
peluang sosioekonomi kepada penduduk setempat. Baik yang menetap di huluan
ataupun hiliran empangan Batang Ai. Semua ini akan membantu mentransformasikan
ekonomi penduduk di Lubok Antu.
Tuan Yang di-Pertua, pada pembentangan belanjawan yang lalu untuk 2020 kira-
kira RM587 juta diperuntukkan untuk Projek Bekalan Air Luar Bandar di mana RM470
juta untuk Sabah dan Sarawak bagi memenuhi sasaran 99 peratus akses kepada air
bersih. Kita menyambut baik usaha kerajaan memenuhi sasaran 99 peratus akses
kepada air bersih di Sarawak.
Belanjawan 2020 telah memperuntukkan kira-kira RM470 juta untuk Projek
Bekalan Air Luar Bandar di Sabah dan Sarawak adalah berita baik bagi penduduk di
Parlimen Lubuk Antu. Masalah bekalan air bersih terawat yang sekian lama tiada
penyelesaian di kawasan hilir Engkilili sehingga sekarang belum ada tanda-tanda
sebarang pelaksanaan sebagai penyelesaian dalam waktu terdekat. Oleh itu, saya
sangat-sangat berharap agar penduduk di kawasan hilir Engkilili akan mendapat
manfaat daripada RM470 juta Belanjawan 2020 yang diperuntukkan untuk Projek
Bekalan Air Luar Bandar.
Tuan Yang di-Pertua, sudah tiba masanya Kerajaan Pakatan Harapan
melakukan perubahan demi keseimbangan bilangan penjawat awam dengan
mengambil kira komposisi semua kaum tanpa mengabaikan kualiti baik semasa
pengambilan awal atau kenaikan pangkat selepas lantikan KPSL. Isu ini bukan isu
sensitif akan tetapi pelaksanaan dasar-dasar oleh kerajaan dahulu menjadikan isu
sensitif. Seperti yang pernah didedahkan oleh sebuah akhbar tempatan daripada
seramai 1,478 kakitangan orang Sarawak, 54 peratus merupakan Melayu diikuti Dayak
28 peratus dan Cina 17 peratus.
Ketidakseimbangan kaum lebih ketara bagi jawatan pegawai kanan.
Berdasarkan perangkaan bagi gred 41 hingga 54 serta jawatan utama sektor awam
JUSA dalam perkhidmatan awam Sarawak terdapat ketidakseimbangan yang amat
ketara dari segi pecahan kaum yang ada di Sarawak. Bagi gred JUSA, 65 peratus adalah
Melayu manakala Dayak dan Cina hanya 17 peratus. Peratus ini jelas bertentangan
DR. 23.10.2019 189
dengan komposisi kaum di negeri ini iaitu Melayu, Melanau 29.8 peratus, Dayak 45.3
peratus, Cina 24 peratus. Saya menggesa agar tindakan holistik dan segera dapat
diambil demi kebaikan dan penyusunan semula perkhidmatan awam yang adil untuk
semua kaum.
Apa yang telah dilakukan oleh kerajaan terdahulu membenarkan dasar tidak
sihat dan tidak adil seperti ini seharusnya disemak semula dan diteliti oleh Kerajaan
Pakatan Harapan dalam usaha membina Malaysia baharu yang adil kepada semua
rakyatnya. Apakah kerangka masa untuk melaksanakan perancangan itu supaya
keseimbangan kaum dalam sektor awan negeri dapat dicapai sesuai dengan komposisi
penduduk Sarawak. Jika ada, apakah perancangan Kerajaan Pakatan Harapan untuk
menyelesaikan masalah ini? Rakyat Sarawak sentiasa menjadi kebanggaan yang punya
keharmonian dalam pelbagai kaum bersama-sama menjalinkan perpaduan yang kukuh.
Tuan Yang di-Pertua, dalam Belanjawan 2020 kerajaan telah menyediakan
peruntukan untuk Orang Asli, India dan Cina. Saya membayangkan kalau kita lihat kaum
majoriti di Sarawak iaitu kaum Dayak ianya terangkum dalam bumiputera. Namun
apabila terangkum di bawah bumiputera apa yang membimbangkan ia akan terangkum
di bawah majoriti bumiputera iaitu orang Melayu. Jadi, inilah yang membimbangkan.
Besar kemungkinan kalau kita tidak uruskan dengan baik ia akan memperluaskan jurang
sedia ada.
Justeru itu, saya mencadangkan dan menggesa kerajaan mewujudkan satu dana
yang dikhaskan kepada bumiputera di Sarawak. Dengan itu saya percaya geran
Persekutuan dan peruntukan sewajarnya sesuai dengan janji asal ketika Malaysia
ditubuhkan akan dapat dilaksanakan lebih telus. Pada masa yang sama, pembangunan
wilayah seimbang dan inklusif akan diberi tumpuan supaya dapat mengurangkan jurang
pembangunan antara negeri serta kawasan luar bandar.
Perhatian rapi perlu diberi terhadap pengagihan pendapatan dan kekayaan
kerana kemajuan ke arah mengurangkan kemiskinan akan terbantut melainkan
penambahbaikan dengan pengagihan pendapatan dan kekayaan wujud seiring dengan
pengurangan kemiskinan. Ini penting untuk memastikan supaya kesenjangan antara
Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia dirapatkan.
Tuan Yang di-Pertua, Belanjawan 2020 yang telah dibentangkan dilihat adil dan
menyeluruh dalam konteks berdepan dengan ekonomi yang belum pulih ketika ini.
Peruntukan di buat mengambil kira seluruh rakyat termasuk di negeri yang bukan
ditadbir oleh Pakatan Harapan. Kerajaan mengambil langkah belanjawan dengan terus
berbelanja untuk membangunkan walaupun berdepan dengan ruang fiskal yang terhad.
DR. 23.10.2019 190
Apabila sasaran defisit fiskal dinaikkan kepada 3.2 peratus daripada sasaran asal iaitu
3.0 peratus yang diumumkan sebelum ini ia memberi isyarat bahawa kerajaan akan lebih
aktif dalam menjana pertumbuhan ekonomi tahun depan. Inisiatif dan insentif yang
diumumkan adalah untuk memastikan tiada siapa ketinggalan dalam menikmati
limpahan ekonomi yang diharapkan oleh kerajaan.
Di samping itu, kerajaan juga dilihat terus menerus memberi bantuan subsidi
yang mana Bantuan Sara Hidup (BSH) terus dikekalkan. Majlis Pengurusan Komuniti
Kampung (MPKK) oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dilaksanakan dengan
cara profesional tanpa sebarang prasangka politik dari sebelah kerajaan GPS. MPKK
tiada unsur untuk menolak memecahbelahkan kaum di Sarawak. Tiada unsur untuk
menyekat ketua rumah sebagai ketua kaum. Ia adalah dipilih oleh rakyat sendiri bukan
dipilih oleh lantikan oleh orang politik. Jadi, kenapa kita tolak MPKK sebab kalau di
Semenanjung Barisan Nasional, PAS, UMNO semua menerima dana daripada Kerajaan
Pusat. Kenapa tidak kita?
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Yang Berhormat, sila
menggulung.
Tuan Jugah a/k Muyang @ Tambat [Lubok Antu]: Kita harus sedar
pelaksanaan MPKK bukan memecahbelahkan masyarakat. Secara keseluruhannya
belanjawan ini memberi tindakan kepada sosioekonomi rakyat golongan bawahan
menangani kos sara hidup yang agak mencabar. Adalah penting untuk kita memberi
tumpuan yang lebih besar menangani kemiskinan dan matlamat kementerian untuk
merangka Rancangan Malaysia Kedua Belas bagi memastikan kita mencapai
kesepakatan dalam inspirasi semangat perkongsian kemakmuran bersama untuk
semua rakyat Malaysia dalam mencapai cita-cita sebagai sebuah negara maju.
■1940
Dalam usaha membina Malaysia baharu, adalah lebih telus bukanlah semata-
mata hanya mewujudkan angka-angka yang sekadar membuatkan kita rasa gembira.
Dengan ini, saya ingin mengakhiri perbahasan saya dengan penuh harapan semoga kita
di dalam Dewan yang mulia ini berjaya mencapai kesepakatan dalam menangani
kemiskinan untuk merealisasikan sebuah Malaysia yang adil berkongsi kemakmuran
bersama kepada semua rakyat.
Sebelum saya mengakhiri ucapan saya, saya ingin bertanya kepada
Kementerian Kesihatan, bilakah Klinik Kesihatan Lubok Antu dilaksanakan? Begitu juga
dengan bekalan air bersih kawasan Lubok Antu. Akhir sekali, jika anda ingin melihat
masa lalu, lihatlah keadaan sekarang. Jika anda ingin mengetahui masa hadapan,
DR. 23.10.2019 191
lihatlah tindakan sekarang. Dengan ini, saya menyokong sepenuhnya Belanjawan 2020.
Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Terima kasih Yang Berhormat
Lubok Antu. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Cameron Highlands. Akan
tetapi, jangan banyak kali akhirnya, akhirnya. Akhirnya tetapi tidak berakhir pun.
7.42 mlm.
Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor [Cameron Highlands]: Bismillahir Rahmanir
Rahim. Tuan Yang di-Pertua, memandangkan masa membahas yang singkat, Cameron
Highlands hanya akan memfokuskan kepada dua sektor sahaja iaitu isu masyarakat
Orang Asli dan juga PDRM. Konvensyen Orang Asli Kebangsaan yang telah diadakan
pada April 2019, menghasilkan sebanyak 137 resolusi dengan matlamat menyediakan
Pelan Pembangunan Masyarakat Orang Asli Nasional bagi tempoh 2021 sehinggan
2030.
Syabas, selepas enam bulan daripada tarikh konvensyen tersebut, pelan strategi
masih belum dizahirkan dan Cameron Highlands tidak akan hairan jika dalam enam
bulan lagi Pelan Pembangunan Masyarakat Orang Asli Nasional ini akan masih berada
di meja perancangan di Kementerian Jabatan Perdana Menteri. Apa yang nyata, tidak
akan dapat dilaksanakan pada 2020 kerana tiada bajet yang diperuntukkan.
Pelan Pembangunan Nasional Orang Asli dilihat sebagai road map dengan izin,
pembangunan tersebut daripada tahun 2021 hingga tahun 2030. Syabas juga Cameron
Highlands mengucapkan kepada Kerajaan Pakatan Harapan kerana begitu yakin akan
dapat memerintah sebagai kerajaan sehingga 2030 walaupun senario politik negara
nampaknya tidak begitu menentu.
Ucapan Yang Berhormat Bagan telah menyatakan peruntukan yang diagihkan
kepada pembangunan masyarakat Orang Asli sebanyak RM140 juta. Sebanyak RM50
juta untuk menyediakan kebajikan dan bantuan manakala tambahan RM83 juta untuk
pembangunan ekonomi, pendidikan dan infrastruktur Orang Asli. Amat jelas dalam
pelaksanaan ini, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) adalah agensi utama kerajaan
yang akan mengurus tadbir peruntukan kewangan ini.
Apa yang Cameron Highlands ingin mendapat penjelasan pada Menteri
Kewangan ialah pertama, bagaimana agihan akan dibuat? Secara telus, berapa jumlah
diagih kepada setiap negeri bagi tujuan perbelanjaan? Peruntukan yang diagihkan ini
perlu ditadbir urus secara telus, bermatlamat memperoleh dengan izin, output optimum
DR. 23.10.2019 192
tanpa sebarang ketirisan disebabkan salah guna kuasa atau tidak kecekapan mana-
mana pihak atau individu yang diamanah menguruskan tadbir kewangan ini.
JAKOA hendaklah menetapkan pelan strategi sejajar peruntukan Belanjawan
2020 serta mempunyai mekanisme untuk mengukur pencapaian KPI yang dapat
memberi gambaran sebenar sama ada peruntukan kewangan telah dibelanjakan
dengan betul bagi memperoleh outcome yang telah ditetapkan. Bagi perbelanjaan tahun
2019, perkara berkaitan pemantauan ini tidak berlaku dan salah satu outcome negatif
adalah kejadian di mana pembayaran kepada pengusaha perkhidmatan bas untuk
Orang Asli tertunggak sehingga lima hingga enam bulan.
Setelah siasatan dan pertanyaan dibuat, Ketua Pengarah JAKOA menyalahkan
Kementerian Kewangan kerana tidak membayar manakala Kementerian Kewangan pula
menyalahkan pihak JAKOA. Ini akhirnya menggagalkan usaha memberi perkhidmatan
efisien kepada anak-anak Orang Asli yang bersekolah. Perkara begini wajar diberi
perhatian.
Tuan Yang di-Pertua, dalam membahaskan Bajet 2020, Cameron Highlands
akan fokus kepada isu-isu mengenai Orang Asli. Pentadbiran dan pengurusan,
persoalan yang timbul adalah kenapa JAKOA diletakkan di bawah Jabatan Perdana
Menteri, portfolio Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial? Ia memberi gambaran
persepsi umpama Orang Asli adalah isu keselamatan negara dan perlu disatupadukan
dengan masyarakat majmuk Malaysia. Walhal, isu utama masyarakat Orang Asli adalah
pembangunan ekonomi dan sosial.
Kepimpinan, pengetahuan, pengurusan kewangan JAKOA. Pelantikan seorang
pengurus iaitu Ketua Pengarah JAKOA bagi mentadbir JAKOA hendaklah seorang yang
mahir dalam pengurusan organisasi awam, berpengetahuan dalam pengurusan
kewangan dan projek, adalah tidak wajar pelantikan dibuat atas dasar kecenderungan
politik seseorang itu. Ini bagi memastikan pengurusan agensi utama bagi pembangunan
masyarakat Orang Asli adalah seorang yang berpengalaman, berpengetahuan dan
bersesuaian dengan portfolio yang dipegangnya. Manakala, urus tadbir menyalurkan
bantuan, kebajikan dan kewangan selalu mendapat rungutan. Lambat dan tidak dapat
walaupun masyarakat Orang Asli layak memperoleh. Jadi, perkara-perkara begini perlu
diperbetulkan.
Kedua, isu ekonomi. Penyusunan semula projek Tanaman Secara Berkelompok
(TSK) dan Tanaman Secara Bermusim (TSB) getah dan kelapa sawit agar lebih
menguntungkan masyarakat Orang Asli serta menyediakan bantuan asas yang
diperlukan bagi menjayakan projek tersebut melalui pengurusan efisien yang cekap dan
DR. 23.10.2019 193
bantuan material dalam bentuk teknologi penanaman moden perlu diadakan.
Pembangunan ekopelancongan, promosi dan memperkenalkan industri
ekopelancongan di kawasan pedalaman yang berpotensi bagi menjana pendapatan
masyarakat Orang Asli setempat.
Latihan TVET skill. Memperbanyakkan ruang dan peluang bagi masyarakat
Orang Asli menyertai program ini. Menjanakan sumber ekonomi baharu. Kerajaan perlu
memperkenalkan sumber ekonomi baharu bagi menjana pendapatan jangka panjang
masyarakat Orang Asli.
Ketiga dalam isu pembangunan infrastruktur asas dan perumahan. Pembinaan
jalan baharu dan menaikkan taraf yang sedia ada perlu dikekalkan bagi kemudahan
perhubungan di kawasan pedalaman untuk memudahkan pergerakan masyarakat
Orang Asli yang secara langsung menambah nilai impak pembangunan ekonomi dan
sosial demi kebajikan masyarakat Orang Asli. Ini adalah satu cara bagi merangsang
serta mempercepatkan pembangunan di kawasan masyarakat Orang Asli.
Elektrik dan air. Pembinaan dan penambahbaikan grid talian elektrik dan
pembekalan air bersih perlu disediakan bagi kawasan yang masih belum ada
kemudahan.
Perumahan, didapati adalah sangat kritikal. Bantuan pembinaan rumah-rumah
baharu bagi menampung penambahan penduduk dan keluarga di perkampungan Orang
Asli yang bersesuaian. Jumlah peruntukan juga perlu diagih bagi pembinaan rumah-
rumah PRT ini.
Manakala isu-isu pendidikan. Bantuan percuma secara total perlu diberi kepada
semua pelajar Orang Asli keseluruhan peringkat pembelajaran baik di prasekolah,
rendah, menengah, universiti atau di luar negara. Bantuan bukan sahaja berkaitan yuran
persekolahan, pembelajaran atau asrama bahkan persiapan sebelum sekolah atau ke
pusat pengajian tinggi perlu diperuntukkan juga seumpamanya bantuan uniform
sekolah, kasut, wang saku dan pengangkutan. Ini telah semasa zaman Barisan Nasional
diberi percuma bagi masyarakat Orang Asli.
Isu kelima, kesihatan. Peruntukan adalah perlu bagi memperkasakan Hospital
Orang Asli Batu 12, Gombak, Selangor yang dibina khusus bagi perkhidmatan kesihatan
masyarakat Orang Asli. Peruntukan ini adalah untuk membaik pulih serta menaik taraf
hospital tersebut bagi mempertingkatkan kesihatan khusus bagi masyarakat Orang Asli.
Selain itu, menyediakan bantuan kebajikan bagi keluarga yang menemani pesakit Orang
Asli yang dimasukkan ke dalam hospital di seluruh negara.
DR. 23.10.2019 194
Isu keenam, masalah belia. Sejumlah peruntukan perlu diadakan bagi
melaksanakan program-program intervensi pendedahan agar isu dan masalah sosial di
kalangan masyarakat Orang Asli terutama belia-belia dapat dikekang dan dikurangkan.
Ini melibatkan isu-isu pengambilan dan ketagihan minuman alkohol murah, perkahwinan
wanita masyarakat Orang Asli dengan warga asing tanpa izin, budaya lepak dan
merempit di kalangan belia Orang Asli serta isu-isu sosial yang lain. Ini berasaskan
prinsip masyarakat yang sihat, minda dan fizikal membawa kesejahteraan masyarakat.
Apa yang menarik isu ketujuh ini adalah isu tanah Orang Asli.
■1950
Jika dilihat secara makro, punca utama kegagalan adalah tiada peruntukan
khusus bagi menyelesaikan isu tanah Orang Asli. Apa yang dimaksudkan di sini
walaupun kerajaan negeri bersetuju mengagihkan kawasan untuk diwartakan sebagai
tanah Orang Asli, tiada peruntukan khusus bagi tujuan ukur tanah, land survey
diperuntukkan. Kerajaan perlu menyediakan peruntukan untuk tujuan ini kerana tidak
kemungkinan kerajaan negeri memberi percuma atau mengetepikan caj ini yang
merupakan sumber pendapatan negeri. Beban tanggungan ini perlu diambil alih oleh
Kerajaan Pusat. Bagi Cameron Highlands, kos ini boleh menjangkau anggaran berjuta-
juta ringgit dan ini perlu diambil kira dalam peruntukan.
Pengetahuan kerja isu tanah. JAKOA sebagai badan yang diamanahkan
menjalankan urus takbir dalam isu pemetaan tanah Orang Asli didapati kurang efektif
disebabkan mereka kurang pengetahuan dalam urusan tuntutan dan pewartaan tanah
Orang Asli mengikut peruntukan Kanun Tanah Negara serta kurang koordinasi yang baik
semasa berurusan dengan pejabat tanah di peringkat negeri. Adalah perlu kerajaan
memantau perkara ini dengan menetapkan KPI pencapaian oleh JAKOA setiap negeri
untuk urusan ini. Selain itu, melatih dan memberi sokongan yang wajar bagi kakitangan
yang dipertanggungjawabkan agar dapat melaksana tugas yang sempurna.
Kepada sektor PDRM yang dekat di hati saya. Merujuk Belanjawan 2020,
Kementerian Kewangan Malaysia dalam strategi 15, perkukuhkan institusi tadbir urus
integriti, dalam isu penubuhan IPCMC, akta penubuhan tersebut mesti berlandaskan
Perlembagaan dan rules of law. Walaupun apa sekali pun niat suci kerajaan, teras
pelaksanaan sesuatu dasar dan undang-undang mestilah mempunyai punca kuasa
yang sah sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan.
Selain itu, reformasi pembangunan organisasi PDRM perlu dimartabatkan
secara menyeluruh dalam bentuk pemodenan tatakerja, pengurusan teknologi,
pembangunan infrastruktur serta penambah baik perkhidmatan dalam aspek gaji, elaun,
DR. 23.10.2019 195
perumahan dan yang berkaitan agar setanding dengan negara-negara maju
bermatlamat rakyat akan mendapat perkhidmatan yang terbaik daripada PDRM.
Dalam mencapai objektif ini, dilihat belanjawan tidak memfokuskan peruntukan
secara jelas sebagaimana secara holistik. Bagi PDRM, dilihat tiada perubahan kepada
penambahan baik terma perkhidmatan pasukan polis dalam bentuk skim perkhidmatan,
kenaikan gaji, penambahan elaun dan peruntukan pendapatan bahagian peralatan
logistik serta pembangunan kuarters diagihkan kepada pindaan di dalam Bajet 2020.
Peruntukan hanya mementingkan outcome dalam soal integriti dan ketulusan
perkhidmatan yang diberi oleh PDRM tanpa mengambil kira input iaitu kewangan. Hanya
menekankan penggubalan Akta IPCMC tanpa mengambil kira pembangunan organisasi
dan menambahbaikkan terma perkhidmatan.
Dicadangkan perkara baharu untuk bidaran iaitu mewujudkan skim khas
perkhidmatan polis merangkumi penambahan baikkan sistem saraan, emolumen dan
skim perkhidmatan PDRM. Menjayakan kebajikan meningkat tahap pengurusan
kewangan yang efisien yang diurus sendiri oleh PDRM di bawah kementerian baharu
diterajui Menteri khas menjaga hal ehwal PDRM. Disarankan satu kementerian baharu
iaitu kementerian PDRM untuk mengurus isu-isu PDRM.
Kedua, menambahbaikkan sistem siasatan. Mewujudkan perjawatan juru
bahasa bagi membantu pegawai penyiasat bagi kes-kes yang melibatkan warga asing.
Membangunkan sistem laporan polis berintegriti dan stabil, meningkatkan tahap latihan,
menyediakan kelengkapan dan kemudahan siasatan yang moden.
Ketiga, menaik taraf kemudahan dan keperluan logistik, memberi sokongan
prasarana selayaknya kepada PDRM, membangunkan sistem ICT dan pengurusan
yang berintegriti, meningkat dan menambah baik keperluan kenderaan, menaik taraf
sistem internet, memperuntukkan keperluan peralatan persenjataan dan latihan
termoden.
Keempat, menjadikan premis dan kuarters PDRM yang baik dan berkualiti iaitu
membaik pulih kuarters yang rosak, membangunkan peruntukan polis yang baharu,
menyediakan naik taraf pusat latihan, menaik taraf lokap polis dan kelengkapan
keselamatan dengan pemantauan teknologi tinggi.
Kelima, memperkukuhkan peruntukan undang-undang jenayah yang sedia ada
agar lebih relevan ke arah merealisasi tanggungjawab polis di bawah peruntukan
seksyen 363 Akta Polis 1967.
Untuk kesimpulan ini, ia bermaksud satu kementerian khusus bagi PDRM
diwujudkan dan pada dasarnya diperkasakan suruhanjaya pasukan polis sebagaimana
DR. 23.10.2019 196
perkara 140 Perlembagaan Persekutuan dan adalah amat perlu skim perkhidmatan polis
dikaji semula.
Tuan Yang di-Pertua, sebagai rumusan Cameron Highlands mencadangkan
peruntukan bagi masyarakat Orang Asli perlu dipertingkatkan sejumlah yang lebih
realistik bagi menampung semua perbelanjaan mengurus dan pembangunan
masyarakat Orang Asli ke angka yang melebihi RM140 juta yang diperuntukkan dalam
Bajet 2020.
Perlu ditekankan penambahbaikan kelemahan Bajet 2020 dalam aspek iaitu
pertama, pengurusan kewangan di peringkat pelaksana terutama JAKOA dan
Kementerian Kewangan. Pengurusan dan strategik yang efektif bagi jaka masa yang
pendek dan panjang yang boleh dipantau melalui pencapaian KPI yang ditetapkan bagi
pengawasan dan ulang kaji sama ada program projek tersebut mencapai objektif.
Ketiga, pengurusan projek memastikan mereka yang mengendali projek untuk
masyarakat Orang Asli yang berpengetahuan dan berpengalaman bagi mengelak
ketirisan atau kegagalan projek selain mempertingkatkan integriti mereka yang
diamanahkan untuk melaksanakan projek ini.
Keempat, Perkara 8(5)(c) dalam Perlembagaan memberi laluan kepada kerajaan
untuk memberi semua ini. Ini kerana the Orang Asli is classified as somebody special
dalam Perlembagaan. You can look at perkara— dengan izin 8(5)(c) perkara
Perlembagaan.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Sila menggulung.
Tuan Ramli bin Dato’ Mohd Nor [Cameron Highlands]: Dewan yang mulia ini,
hendaklah kita semua menerima hakikat bahawa masyarakat Orang Asli masih jauh
ketinggalan dari segi pembangunan sosial, ekonomi, minda dan infrastruktur asas
pembandingan kepada masyarakat mainstream negara. Saya menggulung. Dengan ini
Cameron Highlands mencadangkan agar peruntukan bagi masyarakat Orang Asli
ditambah sekurang-kurangnya sekali ganda daripada apa yang dicadangkan oleh Yang
Berhormat Menteri Kewangan. Manakala bagi PDRM perkara yang dinyatakan terlebih
awal tadi hendaklah direalisasi dengan peruntukan sewajarnya dibeli.
Akhir sekali, jika kerajaan benar-benar serius dan ikhlas ingin menangani isu
pembangunan dan kebajikan masyarakat Orang Asli sejajar dengan tema Bajet 2020
iaitu “Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama ke arah Kemakmuran
Bersama”. Untuk mencapai matlamat teras tiga mewujudkan masyarakat yang bersatu,
inklusif dan saksama, maka perlu wajiblah kerajaan ambil kira semua cabaran atau isu-
DR. 23.10.2019 197
isu yang telah dibentangkan secara comphrehensive ini. Cameron Highlands, rest his
case. Sekian.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Terima kasih Yang Berhormat
Cameron Highlands. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat Saratok, selepas itu
Yang Berhormat Lawas. Sila.
7.57 mlm.
Tuan Ali anak Biju [Saratok]: Saya bukan yang terakhirlah. Tuan Yang di-
Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya terlibat di dalam perbahasan
Belanjawan 2020 ini. Pertama, saya ingin menyentuh dengan isu kemakmuran bersama
2030. Saya amat mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk melaksanakan tujuan
pembangunan negara yang dipanggil Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 untuk 10
tahun yang akan datang. Daripada 10 sasaran utama yang diberikan perhatian khusus,
saya ingin mengambil pandangan mengenai satu isu yang iaitu jurang di antara
kumpulan etnik dan pembangunan wilayah iaitu jurang pendapatan.
Ketidakseimbangan pembangunan di antara wilayah adalah amat ketara sekali
kalau kita memandangkan Sabah Sarawak dengan Semenanjung Malaysia. adalah
amat mengaibkan seperti yang dilaporkan sebuah surat khabar tempatan dengan kajian
pembangunan luar bandar yang menyatakan bahawa tujuh daerah yang termiskin di
Malaysia terletak di Sarawak iaitu Pakan, Lubok Antu, Song, Kanowit, Selangau,
Semunjan dan Daro. Sarawak antara tiga negeri yang terkaya di Malaysia tetapi memiliki
tujuh daripada 10 daerah termiskin di Malaysia dan kesemua daerah ini untuk makluman
Tuan Yang di-Pertu,a adalah penduduknya, majoritinya golongan bumiputera berbangsa
Dayak dan Melayu.
Selama 30 tahun bermula pada tahun 1992, warga Sarawak dibuai visi indah
Wawasan 2020 yang telah menyasarkan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian
dan rakyatnya maju berpendapatan tinggi. Namun, di sebalik berbagai-bagai usaha yang
telah dilaksanakan bagi mencapai agenda nasional ini, kita tetap ketinggalan dan
berkurangan. Malahan, jurang pendapatan semakin bertambah, bukan berkurangan.
Oleh yang demikian, kita mesti memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama ini akan
mengambil kira secara fokus ke peringkat akar umbi agar semua rakyat dapat menikmati
kemakmuran negara.
■2000
Peluang-peluang mesti diberikan kepada semua etnik, kaum untuk menyertai
proses pembangunan. Peluang pekerjaan di sektor awam, bantuan pendidikan dan
DR. 23.10.2019 198
keusahawanan sebagai contoh harus diimbangkan antara kumpulan etnik. Kita tidak
mahu keadaan di mana sebahagian kumpulan etnik seperti Dayak atau Melayu di luar
bandar merasa terpinggir dan tidak dipedulikan.
Belanjawan 2020 Tuan Yang di-Pertua, saya menerima baik belanjawan untuk
Sarawak yang berjumlah RM4.4 bilion. Ada pertambahan jika dibandingkan dengan
belanjawan yang dahulu. Juga menyambut baik pemberian khas berjumlah RM32 juta
untuk tahun 2020 dan akan bertambah sehingga RM64 juta dalam tempoh lima tahun
lagi.
Pemberian ini mungkin tidak memuaskan bagi sebahagian warga Sarawak,
namun demikian kita harus melihat pertambahan ini amat munasabah kalau
dibandingkan dengan peruntukan semasa pemerintahan terdahulu.
Peruntukan sebanyak RM470 juta untuk bekalan air luar bandar dan sebanyak
RM500 juta untuk bekalan elektrik. Jikalau peruntukan yang sama atau lebih pada masa
lima tahun yang akan datang, unjurannya ialah hampir keseluruhannya Sabah dan
Sarawak akan menikmati keperluan asas air dan elektrik.
Manakala peruntukan sekolah daif yang berjumlah RM783 juta, mungkin tidak
setimpal dengan taraf kedaifan yang berlaku sekarang. Akan tetapi, permulaan oleh
Kerajaan Persekutuan dalam usaha menangani masalah kedaifan sekolah di Sarawak.
Oleh itu, saya menyeru peruntukan yang berterusan dalam perbelanjaan pada tahun
yang mendatang.
Sarawak sememangnya memerlukan peruntukan pembangunan yang lebih
besar dari Kerajaan Persekutuan seperti yang disuarakan oleh semua Wakil Rakyat
Sarawak baik dari PH ataupun GPS. Oleh sebab itu, amat pelik apabila Ketua Menteri
Sarawak sendiri pada 9 Oktober 2019 mengatakan, “kita akan membangunkan Sarawak
dengan acuan sendiri tanpa bergantung kepada bantuan dari Putrajaya”, ini kenyataan
beliau. Kenyataan ini seolah-olah menyangkal hujah yang dikemukakan oleh Wakil
Rakyat Sarawak di Dewan yang mulia ini.
Pertambahan bantuan sara hidup para nelayan daripada RM200 kepada RM250
sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan sara hidup mereka. Ini adalah berita
baik untuk nelayan-nelayan di Saratok terutamanya nelayan di Kerigat dan Kampung
Kabong.
Tuan Yang di-Pertua, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)- saya ingin
mengalu-alukan usaha Kerajaan Persekutuan menubuhkan MPKK di Sarawak. Setelah
sekian lama mencuba untuk membawa MPKK ke Sarawak, warga Sarawak menyambut
baik penubuhan MPKK ini. Melalui saluran MPKK inilah nanti bantuan Kerajaan
DR. 23.10.2019 199
Persekutuan akan lebih dirasai oleh penduduk di peringkat akar umbi terutamanya yang
terletak di luar bandar.
Saya amat tersentuh dengan sambutan hangat yang ditunjukkan oleh rumah
panjang dan kampung di Sarawak dan kita yakin sasaran penubuhan sekurang-
kurangnya 3,000 daripada 5,900 MPKK menjelang bulan Januari 2020. Meskipun
nampak setiap hari ada golongan berkepentingan menyatakan penentangan seperti
yang dilaporkan oleh akhbar tempatan, namun pada hakikatnya, jauh lebih ramai yang
menerimanya.
Penubuhan MPKK di Sarawak amat bertepatan memandangkan arahan oleh
Kerajaan Negeri Sarawak yang melarang Pengerusi JKK iaitu tuai rumah dan ketua
kampung untuk menghadiri program atau aktiviti yang dianjurkan oleh Wakil Rakyat atau
Menteri dari PH. Larangan ini menyulitkan kerjasama antara rakyat dan Kerajaan
Persekutuan untuk membangunkan kampung dan rumah panjang. Dengan tertubuhnya
MPKK ini nanti, penduduk luar bandar lebih menghargai bantuan dan inisiatif yang
disediakan oleh Kerajaan Pusat.
Ahli MPKK boleh menerangkan usaha-usaha murni daripada Kerajaan
Persekutuan ini dan sekali gus menepis isu antiMalaya yang dilaung-laungkan oleh
pihak yang tidak bertanggungjawab demi kepentingan politik mereka. Akan tetapi yang
menyedihkan sekali ialah apabila Kerajaan Negeri Sarawak menentang penubuhan
MPKK dengan alasan yang tidak munasabah. Saban hari GPS termasuk Ketua Menteri
sendiri, Timbalan Ketua Menteri, Menteri Kabinet, ADUN dan Ketua Masyarakat
membuat kenyataan membantah MPKK di kawasan-kawasan mereka.
Alasannya mereka berikan adalah- begini sebagi contoh, MPKK ini dibuat untuk
memecahbelahkan masyarakat kampung dan rumah panjang. MPKK ini adalah usaha
Kerajaan Persekutuan untuk menjajah Sarawak. Kononnya MPKK ini akan menjejaskan
status autonomi dan Imigresen Sarawak. MPKK ini bertentangan adat orang Dayak,
MPKK ini bertentangan dengan Perjanjian MA63. MPKK ini merupakan penghinaan
terhadap tuai rumah panjang. MPKK ini cubaan Kerajaan Persekutuan untuk melantik
tuai rumah yang kedua.
Ada yang menerima ugutan sekiranya membentuk MPKK, tidak akan memberi
bantuan atau projek lagi. Malahan seorang Menteri Kanan mengumumkan bahawa
penubuhan MPKK ini seperti pengisytiharan perang terhadap negeri Sarawak. Oh!
Dahsyat ini.
Saya dengan sekerasnya menyangkal dayah propaganda politik kotor
menentang MPKK ini yang dimomokkan oleh GPS. MPKK bukan menjajah Sarawak,
DR. 23.10.2019 200
MPKK tidak memecah belah masyarakat, tidak melanggar adat kaum Dayak, tidak
bertentangan dengan Perjanjian MA63, tidak menghina ketua rumah panjang, malahan
di sebaliknya mengiktiraf Tuan Pengerusi rumah sebagai ketua adat. Semestinya juga
bukan pengisytiharan perang. MPKK adalah bukan pertubuhan haram, hak penubuhan
persatuan termaktub di bawah perundangan Perlembagaan Persekutuan, Artikel
10(c)(1) - Kebebasan Menubuhkan Mana-mana Pertubuhan Terjamin Dalam
Perlembagaan Malaysia.
Justeru itu, mana-mana pihak yang mempertikaikan penubuhan MPKK di
Sarawak secara tidak langsung menentang Perlembagaan Persekutuan negara
Malaysia. Tuduhan dan ancaman seperti ini amatlah bertanggungjawab dan kerana
hasutan liar seperti di ataslah yang sebenarnya boleh menjadi pemangkin dan penyebab
kepada perpecahan antara masyarakat di rumah panjang dan kampung. Oleh yang
demikian, saya merayu agar golongan yang menentang ini bersikap lebih terbuka dan
mengutamakan rakyat lebih daripada dengan kepentingan politik semata-mata.
Sebenarnya, MPKK ini adalah berlandaskan JKKP yang diguna pakai oleh
Barisan Nasional dahulu di seluruh Malaysia kecuali Sarawak. JKKP dahulu ini di bawah
naungan Kementerian Luar Bandar di mana salah seorang daripada Timbalan
Menterinya adalah anak Sarawak sendiri. Oleh itu tidak perlulah hendak menakut-
nakutkan rakyat Sarawak dengan MPKK yang sama dengan JKKP dahulu, jadilah
pemimpin yang bertanggungjawab.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kita Sarawak bersyukur walaupun
bantahan, hasutan yang bertali arus dari GPS, namun penerimaan MPKK secara meluas
telah menunjukkan warga Sarawak sebenarnya amat bersyukur. Syabas Anak Sarawak!
Tuan Yang di-Pertua, peruntukan untuk menyukat tanah adat. Berkenaan
dengan isu ketiadaan peruntukan untuk kerja menyukat tanah adat bumiputera ataupun
native customary rights land, maka saya menyeru Kementerian Kewangan meneliti
semula ketiadaan tersebut. Saya mencadangkan agar peruntukan khas diberikan
kepada Sarawak untuk menyukat tanah adat hanya di bawah seksyen 18 sahaja, bukan
seksyen 6 Kanun Tanah Sarawak.
Kami penduduk Sarawak amat memerlukan tanah kami disukat untuk menaikkan
taraf hidup kami. Usaha Kerajaan Negeri Sarawak yang menyukat tanah- seksyen 6
menimbulkan keresahan dan kesangsian di kalangan penduduk asal memandangkan
tanah di bawah seksyen 6 adalah tanah milik kerajaan. Kami hendak menukar tanah
seksyen 6 ini kepada seksyen 18 dan usaha penyukatan ini memerlukan dana daripada
Kerajaan Persekutuan.
DR. 23.10.2019 201
Tuan Yang di-Pertua, Dasar Rumah Panjang Negara. Penghuni rumah panjang
Sarawak amat menghargai pengumuman yang dibuat oleh Kementerian Perumahan
dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di mana Menteri mengumumkan penubuhan
Jawatankuasa Rumah Panjang Negara. Ini merupakan satu titik sejarah bagi lebih 6,000
buah rumah panjang masyarakat Dayak di Sarawak.
Ini menunjukkan keprihatinan Kerajaan Persekutuan di bawah Pakatan Harapan
terhadap kesejahteraan hidup penghuni rumah panjang yang telah sejak sekian lama
diabaikan dan tidak mewujudkan Jawatankuasa Khas ini dan KPKT datang untuk
membantu menaik taraf kualiti kediaman mereka kepada yang lebih selesa bersesuaian
dengan zaman sekarang.
Jawatankuasa ini juga telah diberi tanggungjawab mengkaji semula sistem
perumahan warga rumah panjang agar mendapat kehidupan yang lebih moden. Banyak
kejadian malapetaka contohnya kebakaran berlaku kerana tidak bersesuaian reka
bentuk dan bahan binaan. Saya menerima banyak sokongan daripada masyarakat
rumah panjang di Sarawak untuk menjayakan dasar ini. Sehubungan itu, saya menyeru
kepada KPKT untuk menyediakan peruntukan yang berpatutan untuk membantu
masyarakat rumah panjang membina tempat kediaman yang selesa.
■2010
Tuan Yang di-Pertua, projek pembangunan di Saratok. Saya ingin meminta
pencerahan dari kementerian berkenaan dengan beberapa projek pembangunan di
Saratok. Projek ini sepatutnya dimulakan kerja fizikalnya di tapak pembinaan pada tahun
2019 ini. Akan tetapi masih lagi belum bermula. Projek yang pertama ialah:
(i) menaik taraf Jalan Kupang–Bajau dengan anggaran RM90 juta;
(ii) menurap Ulu Kerian fasa 2 anggaran RM16 juta;
(iii) menaik taraf Jalan Kabo dengan anggaran RM10 juta;
(iv) pembinaan gantian penuh 30 bilik darjah asrama 600 pelajar dan
berkaitan di SK Abang Leman dengan anggaran RM45 juta;
(v) pembinaan kuarters kelas ‘F’ IADA, Saratok dengan anggaran
RM5 juta; dan
(vi) pembinaan bangunan pejabat dua tingkat berek berkaitan di
depot Alit dengan anggaran RM5 juta.
Saya juga memohon projek tambahan berikut daripada Kementerian Luar
Bandar iaitu:
(i) menaik taraf Jalan Ulu Awik sepanjang 12 kilometer;
(ii) menaik taraf Jalan Mudong sepanjang lima kilometer; dan
DR. 23.10.2019 202
(iii) menaik taraf Jalan Kampung Perpat.
Saya juga menyeru agar Kementerian Kesihatan untuk menaik taraf klinik
kesihatan di Nanga Budu yang sekarang ini tidak ada cukup kuarters untuk staf dan
doktor di klinik tersebut. Dengan ini, saya ingin menyudahi ucapan saya dengan
menyokong Belanjawan 2020 ini. Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Terima kasih Yang Berhormat
Saratok sebab membawa suara Sarawak. Sekarang saya menjemput Yang Berhormat
Lawas, sila.
8.12 mlm.
Dato’ Henry Sum Agong [Lawas]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana
memberi peluang kepada saya untuk turut sama membahaskan bajet kerajaan untuk
tahun hadapan yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri Kewangan di Dewan
yang mulia ini pada petang Jumaat, 11 Oktober 2019.
Tuan Yang di-Pertua, bajet yang dibentangkan dilihat sebagai bajet sederhana
khusus bagi negeri Sarawak yang diperuntukkan sebanyak RM4.4 bilion. Apabila
mengambil kira fakta seperti saiz Sarawak yang hampir sama luas dengan
Semenanjung Malaysia. Kedua, peruntukan bajet untuk pelaksanaan projek mega iaitu
Lebuhraya Pan Borneo yang sedang dijalankan dan ketiga, peruntukan bajet yang
dispread out dengan izin untuk tempoh lima tahun bagi projek-projek yang tidak sempat
dilaksanakan dalam tempoh masa yang singkat.
Sehubungan itu, saya ingin bertanya kepada pihak Kementerian Kerja Raya iaitu:
(i) berapakah peruntukan Bajet 2020 yang dikhaskan untuk
menyiapkan Lebuhraya Pan Borneo;
(ii) bilakah sektor jalan tersebut di kawasan Daerah Limbang dan
Lawas dijalankan; dan
(iii) apakah jajaran Jalan Pan Borneo ini masih menggunakan jajaran
jalan sedia ada atau sebaliknya.
Seterusnya Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin bertanya kepada Kementerian
Kesihatan. Berapakah peruntukan bajet yang disediakan untuk pembinaan hospital
Daerah Lawas yang tergendala lama. Sejak PH mengambil alih kerajaan, belum ada
tanda-tanda projek ini dijalankan. Bila dimulakan pelaksanaannya dan dijangka siap?
Tuan Yang di-Pertua, dalam keadaan negara menghadapi ekonomi yang kurang
baik, harga barang-barang keperluan melambung naik dan harga produk utama seperti
kelapa sawit, getah, lada dan lain-lain turun, kerajaan haruslah memberi fokus terhadap
DR. 23.10.2019 203
usaha untuk menterjemahkan hasrat, agenda dan janji Kerajaan PH untuk membela
nasib rakyat. Di antaranya janji RM30 bilion untuk Sabah dan Sarawak atau 17.1 peratus
daripada bajet pembangunan dan 20 peratus hasil minyak dan gas untuk Sarawak dan
lain-lain.
Selain itu Tuan Yang di-Pertua, usaha ke arah keseimbangan dari segi
pembangunan di Sarawak juga Sabah dan merapatkan jurang pendidikan pelajar bandar
dan luar bandar dan kemiskinan di kalangan masyarakat perlu diutamakan. Dengan
peruntukan bajet yang disediakan, saya berharap kerajaan akan memberi keutamaan
terhadap pelaksanaan projek-projek prasarana, infrastruktur asas dan kemudahan
awam yang diperlukan rakyat.
Sehubungan itu, saya ingin bertanya kepada Kementerian Pendidikan, apakah
usaha kementerian untuk memperbaiki keadaan sekolah daif di kawasan Parlimen
Lawas sebanyak 31 buah daripada 35 buah sekolah yang terdapat di Lawas termasuk
empat buah SMK. Berapa jumlah peruntukan dan berapa buah sekolah yang akan
dibangunkan semula dan berapa yang akan dibaikpulih.
Untuk makluman, terdapat lima buah sekolah SK di kawasan Lawas yang telah
mendapat kelulusan pembaikan di bawah IBS gagal disiapkan. Apakah langkah
kerajaan selanjutnya bagi menyelesaikan masalah ini. Selain itu, terdapat lagi sebuah
sekolah yang tergendala pelaksanaannya iaitu SK Long Sukang dan kontraktor
ditamatkan.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya pihak kementerian tentang janji
pembinaan bangunan baru SK Awat-awat, sebuah MRSM yang baru di Lawas. Juga
permohonan untuk menggantikan SMK Lawas dengan bangunan baru kerana sudah
uzur dan tidak mempunyai ruang untuk extension, dengan izin.
Di samping itu Tuan Yang di-Pertua, rakyat dan kerajaan haruslah berdamping
rapat dalam mengatasi segala rintangan. Ini perkara yang saya utarakan berlainan
daripada pendapat yang diutarakan oleh Yang Berhormat wakil dari Saratok. Terdapat
sedikit perbalahan di pihak rakyat jelata akibat penubuhan jawatankuasa baru MPPK di
setiap kampung di pedalaman. Bayangkan sebuah kampung yang mempunyai
penduduk atau pintu rumah purata 30 ke 40 buah rumah, terbahagi dua di antara
jawatankuasa yang baru MPPK dan JKK kampung.
Untuk makluman, ketua kaum atau ketua kampung di Sarawak yang juga
dijadikan pengerusi setiap jawatankuasa JKK dilantik oleh kerajaan negeri di bawah
ordinan negeri dan diwarisi sejak dulu lagi selaras dengan adat resam dan budaya kaum
di Sarawak. Maka dengan itu, kita melakar sejarah dengan melihat Allahyarham Apai
DR. 23.10.2019 204
Temenggung juga seorang ketua kaum terkenal dan ketua-ketua kaum yang lain seperti
Penghulu Tawi Sli yang menjadi Ketua Menteri Kedua Sarawak menyokong kuat
pembentukan Malaysia 50 tahun dahulu.
Tuan Yang di-Pertua, disebabkan keluhan masyarakat terhadap langkah yang
diambil, lebih baik biarlah kerajaan negeri mengusahakan yang terbaik untuk peringkat
kampung dengan Kerajaan Pusat memberi kerjasama dan bantuan kewangan yang
diperlukan untuk merealisasikan hasrat bersama iaitu ke arah mentransformasikan dan
membawa pembangunan seimbang ke seluruh kawasan dan penduduk negeri dan
negara yang tercinta ini. Sekian, terima kasih.
■2020
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Ahli-ahli Yang Berhormat,
terima kasih kepada Yang Berhormat Lawas. Setakat ini seramai 127 orang Ahli
Parlimen telah pun berjaya mengambil bahagian dalam perbahasan. Syabas saya
ucapkan. Saya minta Yang Berhormat Menteri bawa usul 12(1). Ya, Yang Berhormat
Kota Raja, sila.
USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN
DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT
8.21 mlm.
Menteri Pertahanan [Tuan Mohamad bin Sabu]: Tuan Yang di-Pertua, saya
mohon mencadangkan:
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), tanpa menghiraukan usul yang terdahulu, saya mohon mencadangkan Majlis Mesyuarat pada hari ini ditangguhkan sekarang dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10.00 pagi hari Khamis, 24 Oktober 2019.”
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan [Datuk Wira Dr. Mohd. Hatta bin
Md. Ramli]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Ahli-ahli Yang Berhormat,
sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah
usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
DR. 23.10.2019 205
Timbalan Yang di-Pertua [Tuan Nga Kor Ming]: Ahli-ahli Yang Berhormat,
Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Khamis, 24 Oktober
2019.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 8.21 malam]