Penolong Kanan Kokurikulum

Post on 06-Dec-2015

246 views 1 download

description

Contoh surat kiriman rasmi kepada pengetua

Transcript of Penolong Kanan Kokurikulum

Penolong Kanan Kokurikulum,SMK Changkat Beruas,Jalan Taiping,32700 Beruas,Perak Darul Ridzuan .

30 April 2015

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MENGGUNAKAN PADANG SEKOLAH UNTUK PERLAWANAN PERSAHABATAN BERSAMA BEKAS PELAJAR .

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk .

2. Untuk makluman pihak tuan, pasukan bola sepak sekolah bercadang untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan bekas pelajar seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 1 Mei 2015 ( Jumaat )Masa : 5.00 – 6.30 Petang

3. Oleh yang demikian, kami berharap agar pihak sekolah dapat meluluskan permohonan kami. Sebarang kecederaan yang dialami adalah dibawah tanggungjawab kami sendiri .

4. Keprihatinan pihak tuan untuk member kebenaran ini saya ucapkan jutaan terima kasih .

Sekian,

“MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,(ADY ISKANDAR BIN AZMAN)