Post on 25-Jun-2015
description
PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN(KBK)
PEMATUHAN KONTRAK DAN PEMAKAIAN SKOP PERKHIDMATAN PENJELASAN MENGENAI TERMA DAN PELANGGARAN SYARAT KONTRAK
UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET PPD PORT DICKSON
LATAR BELAKANG & PENDAHULUAN
Pihak KPM telah menswastakan perkhidmatan KBK dengan hasrat untuk memastikan kualiti perkhidmatan yang baik diberikan di semua Institusi-institusi Pendidikan/ Sekolah di bawah KPM.
Oleh yang demikian, diharap penjelasan ini dapat meningkatkan kefahaman kepada Jabatan Pengguna dari segi penguatkuasaan kontrak bagi mengelak timbulnya isu kekeliruan dan
ketidakfahaman berkaitan dokumen kontrak.
UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET PPD PORT DICKSON
LATAR BELAKANG & PENDAHULUAN
Diharap Jabatan Pengguna berupaya memastikan perkhidmatan yang diberikan dapat memberi nilai faedah yang baik bagi setiap ringgit yang dibelanjakan (value for money) kepada pihak kerajaan.
UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET PPD PORT DICKSON
PEKELILING PEROLEHAN BIL. 1 TAHUN 2011
BIL. ISU TINDAKAN RUJUKAN
1. Pihak Kontraktor diberi amaran sebelum dikenakan tindakan pemotongan bayaran
Tiada surat amaran akan dikeluarkan sebelum tindakan pemotongan bayaran dikenakan. Surat amaran akan dikeluarkan selepas pemotongan dikenakan supaya kesalahan yang sama tidak berulang
2. Pihak Kontraktor dimaklumkan terlebih dahulu bagi persediaan sebelum diaudit
Tiada sebarang pemakluman dimaklumkan sebelum melaksanakan pemantauan kerana pihak kontraktor perlu sentiasa melaksanakan perkhidmatan dengan cemerlang
A. PENGURUSAN PEKERJA
UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET PPD PORT DICKSON
PEKELILING PEROLEHAN BIL. 1 TAHUN 2011
BIL. ISU TINDAKAN RUJUKAN
3. Tindakan denda secara backdated
Tindakan pemotongan bayaran secara backdated boleh dikenakan sekiranya terdapat bukti pelanggaran terma-terma kontrak oleh pihak kontraktor
4. Pekerja yang berumur melebihi 58 tahun
Bagi pekerja yang melebihi Tempoh had umur 58 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat dipersetujui oleh pihak kerajaan serta mempunyai rekod kesihatan yang baik dan disahkan oleh Hospital/ Klinik Kerajaan Sahaja.
Klausa 7.1 (d)
UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET PPD PORT DICKSON
PEKELILING PEROLEHAN BIL. 1 TAHUN 2011
BIL. ISU TINDAKAN RUJUKAN
5. Jawatan Penyelia, pemandu lori dan kelindan lori dimasukkan ke dalam jumlah pekerja bagi setiap zon sekolah
Pihak Kerajaan tiada halangan jika kos yang melibatkan keperluan pekerja tersebut ditanggung sepenuhnya oleh pihak kontraktor
6. Memotong jaminan bon pihak kontraktor yang telah tamat tempoh kontrak
Kerajaan berhak memotong apa-apa wang yang kena dibayar kepada kontraktor oleh kerajaan, sama ada sebagai denda atau pampasan daripada mana-mana perjanjian yang ditandatangani dengan kerajaan.
Pemotongan jaminan bon adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat bon pelaksanaan.
Klausa 12.3
UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET PPD PORT DICKSON
PEKELILING PEROLEHAN BIL. 1 TAHUN 2011
BIL. ISU TINDAKAN RUJUKAN
1. Ketidakhadiran pekerja tanpa menjejaskan mutu perkhidmatan
Pihak syarikat dikenakan tindakan pemotongan bayaran seperti berikut :
Pemotongan = (GPS/30.5)*BH*BP
GPS : Gaji Pokok Sebulan BH : Bilangan hari tidak bertugas BP : Bilangan pekerja tidak bertugas
Klausa 12.2
2. Ketidakhadiran pekerja yang menjejaskan kualiti perkhidmatan
Pihak syarikat dikenakan tindakan denda sebanyak 20% daripada nilai kontrak bulanan bagi premis yang terlibat.
Klausa 12.1 (d)
B. KUALITI DAN PERKHIDMATAN
UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET PPD PORT DICKSON
PEKELILING PEROLEHAN BIL. 1 TAHUN 2011
BIL. ISU TINDAKAN RUJUKAN
3. Ketidakcukupan pekerja (sepanjang bulan tanpa pengganti
Pihak syarikat dikenakan tindakan denda sebanyak 20% daripada nilai kontrak bulanan bagi premis yang terlibat.
Klausa 12.1 (d)
4. Pekerja hadir tapi tidak melaksanakan tugas
Pihak syarikat dikenakan tindakan denda sebanyak 20% daripada nilai kontrak bulanan bagi premis yang terlibat.
Klausa 12.1 (d)
5. Khidmat pasukan pemotong rumput bergerak
Boleh menubuhkan pasukan memotong rumput bergerak tanpa menjejaskan bilangan pekerja di sekolah dan kos ditanggung oleh pihak kontraktor
UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET PPD PORT DICKSON
PEKELILING PEROLEHAN BIL. 1 TAHUN 2011
BIL. ISU TINDAKAN RUJUKAN
6. Hari sabtu dimasukkan sebagai hari cuti
Pihak kontraktor perlu melaksanakan perkhidmatan pada setiap hari (mengikut negeri-negeri) seperti yang telah ditetapkan dalam dokumen kontrak. Tempoh hari bekerja dan cuti adalah seperti yang telah dipersetujui oleh kedua belah pihak.
Klausa 2 (d)
7. Masa bertugas bagi pekerja di sekolah dua sesi juga dibahagikan kepada dua sesi bekerja
Pihak kerajaan tiada halangan dengan perkara ini. Walau bagaimanapun pembahagian sesi bekerja ini harus mengikut kesesuaian dan mendapat persetujuan dari pihak kerajaan
Lampiran B (Skop Perkhidmatan)
Klausa (f)
UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET PPD PORT DICKSON
PEKELILING PEROLEHAN BIL. 1 TAHUN 2011
BIL. ISU TINDAKAN RUJUKAN
8. Memohon bayaran tambahan sekiranya diarah bertugas pada hari ahad
Tiada bayaran tambahan untuk tugas pada hari ahad kerana berada di luar skop kontrak
9. Tempoh penggantian pekerja dalam masa 2 jam perlu diubah
Perkara tersebut tidak dapat dipertimbangkan buat masa ini.
Klausa 8.4
10. Menjalankan kerja yang tiada dalam skop perkhidmatan
Kerja-kerja yang dijalankan adalah di luar skop perkhidmatan. Pihak kerajaan tidak boleh membayar atas perkhidmatan yang tidak dibekalkan atau diberikan oleh kontraktor kerana ia melibatkan penambahan kos perkhidmatan
Lampiran B (Skop Perkhidmatan)
UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET PPD PORT DICKSON
PEKELILING PEROLEHAN BIL. 1 TAHUN 2011
BIL. ISU TINDAKAN RUJUKAN
11. Pemotongan rumput luar pagar (2 kaki)
Pemotongan rumput 2 kaki dari pagar sekolah perlu dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun jika kawasan tersebut berada dalam premis persendirian, pemotongan rumput tidak perlu dilaksanakan.
12. Punca kuasa bagi menjalankan pemantauan dan pemotongan
Mana-mana Ketua Jabatan, pegawai atau kakitangan KPM, JPN, PPD, IPG, Pusat Koko, Pusat Matrikulasi, agensi atau sekolah (Pengetua/ GB) yang berkenaan dalam perjanjian kontrak telah diberi kuasa sepenuhnya oleh KSU dalam memastikan pelaksanaan kerja dijalankan dengan sempurna oleh pihak kontraktor yang berkaitan.
UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET PPD PORT DICKSON
PEKELILING PEROLEHAN BIL. 1 TAHUN 2011
BIL. ISU TINDAKAN RUJUKAN
1. Pemilihan jenama peralatan/ barangan yang bebas selagi mematuhi piawaian yang ditetapkan
Pihak kontraktor perlu melaksanakan perkhidmatan dengan menggunakan bahan, kenderaan, mesin, peralatan atau kelengkapan yang digunakan seperti yang dinyatakan dalam dokumen kontrak.
Klausa 2(b)
2. Peralatan yang perlu berada dalam zon sekolah/ kontrak
Peralatan yang diperlukan berada dalam zon sekolah/ kontrak perlu ada sewaktu pelaksanaan pemantauan dijalankan
C. PEMBEKALAN PERALATAN/ BAHAN
UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET PPD PORT DICKSON
SKOP PERKHIDMATAN
a) melaksanakan Perkhidmatan mengikut Skop Perkhidmatan seperti di lampiran B (m/s: 33);
b) Melaksanakan perkhidmatan menggunakan bahan dan peralatan seperti di lampiran C dan lampiran D;
c) Mempunyai Polisi Insurans Perlindungan yang meliputi perlindungan untuk Kerajaan, harta benda yang dikawal dan pekerja.
d) Melaksanakan perkhidmatan dengan menggaji pekerja mengikut skim perkhidmatan pekerja seperti Lampiran G.
UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET PPD PORT DICKSON
LAMPIRAN B
1. Membuang semua sampah sarap dan bahan-bahan buangan di tapak pelupusan sampah yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan;
2. menanggung kos / saman/ denda yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan berkenaan di atas kesalahan berhubung pembuangan sampah sarap yang dikendalikan oleh Kontraktor;
UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET PPD PORT DICKSON
LAMPIRAN B
3. membekal baja bagi pokok-pokok bunga dan pokok besar berdasarkan senarai yang ditetapkan dalam tender;
4. apabila diperlukan, Kontraktor hendaklah membekalkan seorang atau lebih pekerja untuk menjalankan kerja-kerja yang ditentukan;
5. Masa bertugas bagi pekerja adalah dari 7.00 pagi hingga 4.00 petang bagi sekolah satu sesi dan 7.00 pagi hingga 6.00 petang bagi sekolah dua sesi;
UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET PPD PORT DICKSON
LAMPIRAN B
6. Kontraktor hendaklah memastikan rekod kedatangan pekerja dan jadual bertugas dikemas kini pada setiap hari;
7. Kontraktor hendaklah membayar gaji pekerja pada minggu pertama pada bulan berikutnya;
8. Kontraktor hendaklah meletakkan tanda AMARAN ketika kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan bagi mengelakkan berlakunya kemalangan kepada pelajar-pelajar dan juga kakitangan sekolah/ Institusi Pelajaran berkenaan;
UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET PPD PORT DICKSON
UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET PPD PORT DICKSON
UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET PPD PORT DICKSON
UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET PPD PORT DICKSON
UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET PPD PORT DICKSON
UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET PPD PORT DICKSON
KONTRAKTOR HENDAKLAH MEMASTIKAN
Pemakaian seragam atau uniform kontraktor dan tanda nama semasa melaksanakan tugas;
Melaksanakan perkhidmatan mengikut arahan Kerajaan pada setiap masa;
Melaksanakan perkhidmatan dengan profesional, berdisplin, sopan dan berbudi bahasa.
UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET PPD PORT DICKSON
TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR
Membaiki kerosakan milik Kerajaan berpunca dari kecuaian pekerja;
Apa-apa berkenaan dengan kebajikan pekerja;
Perlindungan insurans pekerja;
Perbelanjaan pengangkutan pekerja dari dan ke premis;
Penginapan dan tempat tinggal pekerja
Perbelanjaan makanan dan minuman pekerja
UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET PPD PORT DICKSON
TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR
Caruman KWSP dan PERKESO;
Perbelanjaan perubatan dan rawatan pekerja;
Penyimpanan dan tempat penyimpanan peralatan atau kelengkapan perkhidmatan;
Pematuhan peruntukan undang-undang berkenaan dengan pekerja
Pembuangan sampah sarap
UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET PPD PORT DICKSON
MAKLUMAT PEKERJA, PEMERIKSAAN DAN PENGGANTIAN PEKERJA
Nama, gambar, nombor telefon pekerja
Kelayakan dan latar belakang pekerja
Jadual bertugas pekerja
Laporan harian atau bulanan perkhidmatan
UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET PPD PORT DICKSON
HAK KERAJAAN
Klausa 8.4, sekiranya Kerajaan atas apa-apa sebab, tidak berpuas hati termasuk tetapi tidak terhad akibat daripada kecuaian, kelalaian, kesalahan tingkah laku, perbuatan dan budi bahasa, mana-mana pekerja, Kontraktor hendaklah tanpa apa-apa kelewatan, menggantikan pekerja tersebut dalam masa dua (2) jam dari tarikh notis bertulis atau makluman secara lisan diberikan oleh Kerajaan menggantung tugas pekerja tersebut daripada melaksanakan di Premis dengan SERTA MERTA
UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET PPD PORT DICKSON
PERALATAN/ KELENGKAPAN PERKHIDMATAN
Kontraktor hendaklah memastikan peralatan/ kelengkapan di senggara dengan bersih, kemas, teratur atau tersusun pada setiap masa.
UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET PPD PORT DICKSON
PENUTUP
Jika berlaku sebarang pertikaian berkaitan dengan perjanjian kontrak, perkara tersebut hendaklah diselesaikan secara baik di antara kedua belah pihak.
Jika tiada sebarang penyelesaian, isu tersebut boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian (Klausa 20) yang dipengerusikan oleh KSU KPM atau wakil yang dilantik
UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET PPD PORT DICKSON
PENUTUP
Diharap pengurusan pemantauan KBK dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik dan berkesan
Mengambil tindakan dengan lebih yakin apabila berlaku pelanggaran syarat kontrak dengan seragam
Kerjasama Pengetua/ Guru Besar adalah diperlukan ke atas pengurusan yang teratur dan sempurna bagi pelaksanaan Kontrak KBK di sekolah.
UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET PPD PORT DICKSON
TERIMA KASIH
UNIT PEROLEHAN & PENGURUSAN ASET PPD PORT DICKSON
SEKIAN