Post on 05-Jun-2019
Penjagaan di
satu usaha bersamaMasa Depan,
Refleksi 2016 – 2017
01 Sorotan Utama Tahun Kewangan FY2016/2017
02 Kenyataan Pengerusi06 Lembaga Pengarah08 Program untuk
Tahun Kewangan FY2016/201738 Nota Pengurusan40 Senarai Program dan
Talian Perhubungan
Membangunkan RakyatMemberi sokongan dengan bermaruah untuk orang
perseorangan dan keluarga yang berada dalam kesusahan.
MembangunkanKeupayaan
Pendidikan, latihan dan daya usaha lain bagi meningkatkan peluang untuk menjamin mata pencarian.
MembangunkanMasyarakat
Memupuk keharmonian antara kaum dan agama serta menggalak pemahaman rentas budaya dan bahasa.
Pendidikan, latihan, kegiatan dan kempen untuk meningkatkan kesedaran dan persediaan dalam menghadapi kecemasan
berkaitan kesihatan, sekitaran dan bencana besar lainnya menjejas Singapura.
Membina SemulaKehidupan
Menghulur tangan membantu orang perseorangan yang kurang bernasib baik, keluarga atau masyarakat.
Kan
dung
an
Tujuan dan matlamat Temasek Foundation Cares adalah untuk menyumbang kepada kesejahteraan,
menjamin maruah dan mengukuh mata pencarian individu, keluarga dan masyarakat yang memerlukan
bantuan di Singapura, menerusi teras berikut:
1
2
3
4
MisiDan Daya Usaha Strategik
1
Soro
tan
Uta
ma
Tahu
n Ke
wan
gan
Sorotan Utama Tahun Kewangan FY 2016/2017
Geran Program:
$12,137,292
23 program
111,300penerima bantuan
menerusi
Temasek Dana Kesediaan Kecemasan
9,600penerima bantuan
menerusi Endowmen Balaji Sadasivan, Ee Peng Liang dan Temasek Foundation Cares
3,500
kanak-kanak
1,400
warga tua3,600 keluarga
1,100 belia
2
Refle
ksi Kenyataan Pengerusi
Tema “Penjagaan di Masa Depan, Satu Usaha Bersama”, yang mewajahi Laporan Tahunan tahun ini mencerminkan hubungan rapat yang dijalin dengan masyarakat, pemegang taruhan dan rakan-rakan kami. Bersama-sama mereka, kami sengaja merancang dan membentuk program dengan mengambil kira keperluan masyarakat kita untuk penjagaan hari ini dan masa depan.
Bagi Tahun Kewangan 2016/2017, Temasek Foundation Cares memulakan beberapa program percubaan dalam pelbagai bidang yang mampu meningkatkan kesejahteraan masyarakat. Kami membiayai 23 program dan membelanjakan lebih $12 juta menerusi pemberian geran untuk program yang memanfaatkan 9,600 warga Singapura secara langsung. Malah, Program ‘Kekal Bersedia’ kami memanfaatkan 111,300 orang dalam masyarakat. Kesemua program ini memenuhi tuntutan penjagaan masyarakat yang benar-benar kritikal lagi memerlukan.
Pada masa yang sama, mereka juga terkedepan dalam menangani keperluan penjagaan yang diperlukan masyarakat dalam masa terdekat.
“Bersama dengan (anggota masyarakat, pemegang taruhan dan rakan-rakan kami), kami telah memikirkan, merancang dan membentuk program yang memenuhi keperluan semasa dan masa depan masyarakat kita”
3
Keny
ataa
n Pe
nger
usi
Peduli Masyarakat Kita: Kesiapsiagaan Menghadapi Kecemasan
Program Kekal Bersedia – Kekentalan Psikologi Perniagaan (B-PREP) merupakan satu kerjasama dengan Hospital Besar Changi (CGH) dan 10 pertubuhan dengan gabungan kekuatan tenaga kerja mencapai 100,000 orang. Ia merupakan program pertama yang memberi tumpuan kepada kekentalan psikologi dalam masyarakat perniagaan. Melihat kepada cabaran keselamatan hari ini, program mercu tanda ini dimulakan tepat pada masanya.
Program ini membantu kakitangan membangunkan kemahiran dan keupayaan utama bagi mengurus dan memberi respons kepada kesan emosi akibat krisis dan kecemasan, yang boleh dialami sama ada trauma peribadi atau bencana besar.Syarikat-syarikat perniagaan akan juga dilengkapkan (selain pelan kesinambungan perniagaan yang biasa) kepada melaksanakan proses yang wajar bagi respons yang lebih bersepadu terhadap krisis.
B-PREP dirintis Temasek dan Sembilan Syarikat Portfolio Temasek sebagai anggota pengasas dan akan melindungi perniagaan tempatan yang merupakan ahli Persekutuan Perniagaan Singapura.
Kami juga sedang meneruskan usaha menyemai pesanan ‘Kekal Bersedia’ dalam masyarakat. Menerusi kerjasama dengan Kementerian Ehwal Dalam Negeri, buku cerita SGSecure yang diadaptasi secara khusus akan diagihkan kepada pelajar di sekolah-sekolah pendidikan istimewa. Buku-buku ini akan membolehkan pesanan tentang kesiapsiagaan menghadapi kecemasan dapat disampaikan kepada penuntut di sekolah-sekolah ini, selain ibu bapa mereka.
Penjagaan untuk Ibu dan Anak: Kesihatan Ibu dan Bayi Baru Lahir
Program Penjagaan GDM (Kencing Manis Gestasi Melitus) yang kami laksanakan dengan Hospital Kanak-Kanak dan Wanita Kandang Kerbau (KKH) telah merintis satu cara penjagaan tersusun bagi pengesanan awal kencing manis, baik sebelum mahupun selepas bersalin serta pendidikan lanjutan tentang GDM. Satu dalam bagi setiap lima wanita yang mengandung di Singapura menghadapi GDM, dan wanita yang mempunyai GDM menghadapi kemungkinan tujuh kali lebih tinggi mendapat kencing manis dalam hidup mereka. Jika ini tidak ditangani, penyakit kencing manis akan menjadi masalah kesihatan yang serius di Singapura. Program Penjagaan GDM, oleh itu, merintis soal penjagaan sosial dan kesihatan untuk ibu-ibu mengandung.
Membangunkan kekentalan psikologi dalam perniagaan adalah selari dengan Gerakan SGSecure kebangsaan. Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K Shanmugam, telah melancarkan daya usaha B-PREP bersama-sama dengan rakan utama.
Wanita yang dipastikan mengalami GDM semasa mengandung akan menerima penjagaan bagi menangani penyakit kencing manis sebelum bersalin dan rawatan susulan selepas bersalin di bawah Program Penjagaan GDM, bagi mengurangkan risiko sepanjang hayat dari mengalami penyakit kencing manis Jenis 2.
4
Refle
ksi
Bersama-sama KKH, kami juga melaksanakan program bank derma susu manusia yang pertama di Singapura. Susu manusia adalah sumber lebih selamat, penuh berkhasiat berbanding susu formula, yang menyebabkan bayi tidak cukup bulan jatuh sakit dan terdedah kepada pelbagai risiko seperti ketidaksesuaian susu yang menjejas usus dan berpotensi membawa maut yang dikenali sebagai nekrosis enterokolitis.
Program Bank Susu Manusia Yang Didermakan termasuklah satu kemudahan istimewa yang memproses, mempasteurkan dan menyimpan susu yang diderma manusia. Susu manusia kemudian akan diberikan kepada bayi yang lahir tidak cukup bulan dan bayi yang sakit di KKH, Universiti Nasional Singapura (NUH) dan Hospital Besar Singapura (SGH), apabila ibu mereka tidak boleh membekalkan susu badan untuk anak mereka.
Penjagaan untuk Pesakit Tenat: Sokongan Pengasuh dan Paliatif
Penjagaan kesihatan dan perubatan punya batas. Apabila rawatan perubatan berakhir, pesakit memerlukan penjagaan akhir hayat. Temasek Foundation Cares mengambil langkah ke depan dengan merintis model baru atau mengukuhkan lagi model bagi penjagaan akhir hayat sedia ada bagi kedua-dua pesakit muda dan tua. Penjagaan hospis adalah satu cerminan penjagaan berterusan.
Penjagaan Hospis Pediatrik dan Demensia merupakan program yang dilaksanakan bersama Assisi Hospice menonjolkan model baru bagi penjagaan paliatif bagi pesakit demensia dan kanak-kanak yang sakit tenat yang dirawat di hospis itu. Model baru ini lebih mengutamakan pesakit dan meningkatkan kesejahteraan pesakit di tahap-tahap genting kehidupan mereka. Keluarga dan pengasuh pesakit juga menerima sokongan penjagaan berhati-hati dan semasa kematian.
Penjagaan untuk Golongan berisiko: Mobiliti Sosial dan Inklusif
Keluarga dan individu yang berisiko yang memerlukan tumpuan khas kami. Mereka perlu diperkasa bagi meningkatkan keupayaan mandiri, baik dari segi sosial mahupun ekonomi.
“Temasek Foundation Cares sememangnya kedepan dalam
merintis model baru atau memperkukuh model sedia ada bagi penjagaan sokongan akhir
hayat bagi kedua-dua pesakit tua dan muda.”
Ahli Terapi Muzik Tammy Lim menggunakan muzik untuk membantu pesakit yang berada di hujung nyawa di Assisi Hospice. Terapi muzik melengkapi khidmat perubatan, kejururawatan, psikososial dan lain-lain program terapi bagi mengurus keperluan pesakit dan pengasuh dengan lebih menyeluruh.
5
Keny
ataa
n Pe
nger
usi
Richard MagnusPengerusi
Yang benar
Penjagaan Bersama: Penghargaan
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Temasek Holdings dan Temasek Trust atas sokongan aktif mereka terhadap usaha kami. Pada September 2016, kami telah dinamakan semula sebagai “Temasek Foundation Cares” (sebelum ini “Temasek Cares”). Bersama-sama anggota Temasek Family of Foundations, kami memanfaatkan keupayaan bersama bagi mengukuhkan lagi pendekatan Temasek dalam menyediakan khidmat bagi memenuhi keperluan yang sentiasa berkembang untuk masyarakat yang meluas.
Saya juga merakamkan penghargaan kepada Anggota Lembaga Pengarah saya atas keghairahan dan kepercayaan mereka terhadap usaha kami. Pandangan arif mereka telah membolehkan banyak program sosial dilaksanakan dengan berkesan untuk warga Singapura.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan kami dalam masyarakat. Mereka berhati mulia dan sedia menyumbang bakti kepada rakyat Singapura.
Ia merupakan satu penghormatan dan keistimewaan besar dapat menyumbang kepada golongan memerlukan dan membenarkan kami menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka.
CareNights@Morning Star merupakan program bersama Morning Star Community Services yang menawarkan khidmat penjagaan pada sebelah petang untuk pelajar berusia 7 hingga 14 tahun dari keluarga berisiko dan memerlukan sokongan agar mereka mampu berdikari dalam aspek sosial dan ekonomi. Dengan menawarkan bantuan penjagaan kanak-kanak sementara, CareNights memberi ruang dan sokongan emosi kepada ibu bapa untuk membangunkan kerjaya mereka menerusi peningkatan kemahiran, dengan harapan menikmati pendapatan dan masa depan lebih baik. Keluarga dalam krisis juga boleh meluangkan masa yang ada untuk menangani cabaran yang dihadapi, seperti menjaga anggota keluarga mereka yang uzur.
Penjagaan Masa Depan: Langkah Seterusnya
Banyak yang harus dilakukan kerana rakyat kita pantas meningkat tua, penjagaan kesihatan dan sumber sokongan sosial yang terbatas. Kami telah mengenalpasti empat perkara yang perlu diberi tumpuan:
• Menggalak warga tua yang aktif bergiat cergas
• Membantu warga tua yang mengalami sakit kronik untuk menikmati kehidupan yang tenang
• Membangunkan struktur sokongan bagi penjaga
• Menyediakan sokongan untuk akhir hayat, kematian dan pengkabungan
Dalam soal kesiapsiagaan menghadapi kecemasan, kami telah mengarahkan satu kajian tentang tahap kesiapsiagaan masyarakat Singapura menghadapi kecemasan, satu langkah yang julung-julung kali dilakukan. Pemahaman lebih mendalam tentang keupayaan masyarakat kita di lapangan akan membolehkan kita membangunkan program kesiapsiagaan kecemasan yang memenuhi keperluan semasa. Sehingga laporan ini disiapkan, kajian itu bakal diselesaikan.
CareNights menyediakan sekitaran yang selamat dan positif bagi kanak-kanak berusia antara 7 hingga 14 tahun. Pidato dan drama, lagu dan tarian merupakan beberapa kegiatan pembelajaran untuk kanak-kanak, selain bimbingan akademik.
6
Refle
ksi
Pengerusi Richard Magnus
Pengarah Benedict Cheong
Bendahari Mohd Salleh Marican Pengarah
Pang Cheng Lian
Pengarah Zainul Abidin Rasheed
Lembaga PengarahFY 2016/2017
7
Lem
baga
Pen
gara
h
Pengarah Vemala K Rajamanickam
Pengarah Koo Tsai Kee
Lembaga PengarahFY 2016/2017
8
Refle
ksi
Program Bank Derma Susu Manusia Bank Susu Manusia pertama di Singapura yang menyediakan susu manusia yang selamat dan dipasteurkan untuk bayi yang sakit atau lahir tidak cukup bulan
Keibuan, Kesihatan Bayi dan Pembesaran Kanak-Kanak
Jumlah Penerima Bantuan
900 bayi sakit dan
dilahirkan tidak cukup bulan
(taksiran)
Matlamat• Menyediakan susu manusia yang didermakan dengan selamat dan dipasteurkan untuk bayi yang sakit dan yang lahir tidak cukup bulan
• Menyediakan zat terbaik untuk bayi yang lahir tidak cukup bulan dan bayi yang sakit pada waktu awal kelahiran mereka agar kesihatan dan ketumbesaran mereka bertambah baik
Penerima Bantuan
Bayi yang sakit dan yang lahir tidak cukup bulan di mana ibu mereka tidak dapat memberikan susu badan yang mencukupi untuk mereka
Rakan Kerja
Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (KKH) (Pentadbir)
Hospital Besar Singapura (SGH)
Hospital Universiti Nasional (NUH)
9
Program Bank Derma Susu Manusia Bank Susu Manusia pertama di Singapura yang menyediakan susu manusia yang selamat dan dipasteurkan untuk bayi yang sakit atau lahir tidak cukup bulan
Latar Belakang
1 dari setiap 10 bayi dilahirkan tidak cukup bulan di Singapura1
Program
Pemprosesan, pasteuran dan penyimpanan susu manusia di tempat penyimpanan yang sesuai, untuk diberikan kepada bayi yang lahir tidak cukup bulan, dan/atau yang sakit di bawah jagaan KKH, NUH dan SGH
Pengambilan penderma seramai 375 orang dengan syarat pengambilan yang ketat
Pembentukan program bank susu manusia pertama di KKH adalah untuk menyediakan susu manusia yang didermakan secara selamat dan dipasteurkan untuk bayi yang lahir tidak cukup bulan dan bayi yang sakit, di mana ibu mereka tidak dapat membekalkan susu badan yang cukup buat anak mereka
Susu formula meningkatkan risiko komplikasi, seperti ketidaksesuaian susu untuk badan dan berpotensi mengalami gangguan usus yang boleh membawa maut, yang dikenali sebagai nekrosis enterokolitis.
Sumber yang selamat dan zat asli diperlukan untuk bayi yang sakit dan yang lahir tidak cukup bulan.
“Bayi pramatang punya system pencernaan yang sensitif. Mereka tidak boleh menghadam susu formula dengan baik. Susu ibu lebih selamat dan ia secara semulajadi mengandungi antibodi. Jika ada bank susu manusia, ia akan membantu mengurangkan tekanan ke atas ibu-ibu seperti kami. Bayi kami yang lahir tidak cukup bulan juga boleh menerima khasiat terbaik dan peluang lebih baik untuk hidup.”
1 Sumber: http://www.todayonline.com/daily-focus/health/premature-births-rise-singapore
Disebabkan kekurangan bekalan susu ibu,
80% bayi pramatang dan bayi yang sakit menerima susu formula, sama ada sebahagian atau sepenuhnya, sewaktu mereka dirawat di hospital.
Puan Eden Ang, ibu Emmanuelle yang lahir semasa berusia 27 minggu dalam kandungan
10
Refle
ksi
Program Penjagaan GDM (Kencing Manis Gestasi Melitus) Program perintis yang menyediakan penjagaan tersusun dan pendidikan untuk wanita yang menghidapi GDM
Jumlah Penerima Bantuan
5,400 wanita(taksiran)
Penerima Bantuan
Wanita mengandung berisiko atau telah dikesan mengidapi GDM
Rakan Kerja
Hospital Wanita dan Kanak-Kanak
Matlamat• Membangunkan corak penjagaan untuk golongan ibu yang mengalami GDM, yang bermula sebelum melahirkan bayi dan terus menghadapinya
• Mengurangkan risiko sepanjang hayat golongan ini dari menghadapi Kencing Manis Jenis ke-2
Keibuan, Kesihatan Bayi dan Pembesaran Kanak-Kanak
11
2 Sumber: Tan KH, Kwek K, Ng MJ, Yeo SH, Wright A, Tagore S, Chern B. Introduction of the IADPSG Criteria for Screening and Diagnosis of Gestational Diabetes Mellitus. SingHealth Duke-NUS Scientific Congress 2016.
Latar Belakang
Risiko GDM ke atas ibu-ibu
• 7 kali lebih mudah mengalami kencing manis jenis ke-2 pada masa depan
Positif
Negatif
Pemeriksaan tahunan merangkumi:
• Pemeriksaan kencing manis
• Konsultasi
• Pendidikan menggalak kesihatan
Risiko GDM ke atas bayi • Kelahiran tidak cukup bulan
• Bayi mempunyai berat badan melampau
• Proses bersalin yang rumit
• Tekanan gula dalam darah yang rendah semasa bersalin
• Bayi yang lahir mati
Program
GDM adalah keadaan yang berlaku semasa mengandung.
Kaedah penjagaan tersusun selepas bersalin yang baru
Ujian untuk Kencing Manis Jenis ke-2 (6 minggu selepas bersalin)
Dirujuk untuk rawatan susulan dengan rakan penjaga kencing manis
Penjagaan susulan oleh Rakan-Rakan Penjagaan Kesihatan Masyarakat dan Pengemudi Penjagaan Kencing Manis
1 dari setiap 5 wanita di Singapura mengalami GDM2.
Penjagaan lebih baik semasa mengandung
Pemeriksaan awal GDM (mulai minggu ke 24 hingga 28 ketumbesaran)
Pendidikan mengenai GDM dan penjagaan susulan yang teratur
Sekiranya diuji positif bagi GDM
Pengetahuan tentang GDM dan kemudahan mendapat rawatan bagi ibu-ibu yang mengalami GDM diperlukan.
12
Refle
ksi
Khidmat Pembangunan Bersepadu Kanak-Kanak (KIDS) 0-3Program perintis yang menyediakan perkhidmatan bersepadu kesihatan, sosial dan pembesaran kanak-kanak untuk kanak-kanak berisiko (berumur 0 hingga 3) bersama ibu mereka
Mercu Tanda Pencapaian dalam Pembesaran Kanak-Kanak
90% kanak-kanak berusia 12 tahun, yang mengikuti program, telah menikmati tahap pembesaran yang normal (berdasarkan Ages and Stages Questionnaires®). Mengikut kajian asas, hanya 60% kanak-kanak dibawah usia 5 tahun menikmati pembesaran normal.
Keibuan, Kesihatan Bayi dan Pembesaran Kanak-Kanak
Sejak program dimulakan pada 2014 hingga 2016
Berat badan selepas kelahiranBayi ibu-ibu yang mengambil bahagian lebih awal mencatatkan timbangan berat lebih baik sejurus dilahirkan.
Imunisasi
Lebih 80% kanak-kanak menerima suntikan mengikut jadual imunisasi berbanding 60% menurut kajian asas.
Memahami Keperluan Pembesaran Kanak-Kanak Keluarga punya pemahaman yang baik (berdasarkan Tinjauan Hasil Dapatan Keluarga) dan mampu sumbang kepada keperluan pembesaran anak mereka
13
Matlamat• Memanfaatkan sepenuhnya pembesaran dan pembelajaran kanak-kanak berusia 0 hingga 3 tahun yang datang dari keluarga berisiko
• Mengadakan model khidmat sokongan sosial dan kesihatan bersepadu untuk anak-anak berisiko dan ibu-ibu mereka
Rakan Kerja
Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (KKH) (Pentadbir)
Pusat Khidmat Keluarga Ang Mo Kio Penerima Bantuan
150 ibu dan
anak-anak
Penerima Bantuan
Ibu dan anak kini mengikuti program KIDS 0-3
Melakukan sebegini akan juga membolehkan anak-anak ini meneroka keadaan sekeliling menerusi pandangannya.
Tugas saya juga melihatkan langkah memberi kuasa kepada ibu bapa agar lebih bersedia dalam soal pertumbuhan dan kebesaran si anak. Saya membantu ibu bapa berhubung antara ibu bapa-anak dengan memberi tumpuan kepada keperluan sekarang budak itu menerusi isyarat yang mereka boleh perhati, dan menggalak penglibatan ibu bapa semasa waktu rehat.”
“Tugas saya merangkumi kesihatan dan pembesaran kanak-kanak selain kesejahteraan ibu dan keluarga menerusi lawatan ke rumah.
Semasa kunjungan ini, saya memantau dan menyelaraskan mercu tanda pembesaran kanak-kanak dengan memperkenalkan kegiatan yang sesuai menurut usia yang dapat disertakan dalam kegiatan harian kanak-kanak. Sebagai contoh, jika seseorang budak dalam usia dua hingga tiga bulan, saya akan sarankan meletakkannya di atas perut agar membantu ketumbesarannya dan menguatkan otot tengkuk dan saraf utama lainnya.
Loo Soh Teng, Pengunjung Kesihatan Masyarakat (program KIDS 0-3), Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK
14
Refle
ksi
Program Sokongan Pengasuh untuk keluarga yang mempunyai anak sakit kronikProgram perintis sokongan pengasuh untuk keluarga yang mempunyai anak berpenyakit kronik dan memerlukan penjagaan jangka panjang di rumah
Penjagaan Paliatif dan Sokongan Pengasuh
Matlamat• Membantu pengasuh yang berisiko kemurungan dengan memberikan pencegahan awal bagi kesihatan mental
• Melatih satu rangkaian jurulatih bagi menawarkan khidmat penjagaan sementara
• Menyediakan sokongan pengasuh bagi bantuan sementara
Rakan Kerja
Hospital Wanita dan Kanak-Kanak
Jumlah Penerima Bantuan
480 keluarga
40
jururawat terlatih
Penerima Bantuan
Pengasuh dan keluarga kanak-kanak yang berpenyakit kronik
15
Program
Latar Belakang
• Membangunkan sukatan pendidikan untuk melatih jururawat bagi memberikan penjagaan pediatrik sementara
• Menyediakan penjagaan sementara di rumah untuk keluarga yang mempunyai anak yang mengalami sakit kronik
• Menyediakan pemeriksaan di rumah dalam kesihatan mental dan pemantauan bagi pengasuh
• Campur tangan dan sokongan dalam menangani kesihatan mental ditawarkan kepada pengasuh yang didapati berisiko mengalami tekanan dan kemurungan
Kanak-kanak yang berpenyakit kronik yang memerlukan rawatan dan penjagaan di rumah bagi jangka panjang, dan mereka yang bergantung kepada alat penyambung hayat, memerlukan penjagaan berterusan pengasuh. Ini mengakibatkan ahli keluarga dan pengasuh menghadapi tekanan fizikal, kewangan, emosi dan sosial yang hebat.
Ramai pengasuh ini berisiko tinggi menghadapi kemurungan.
Bantuan praktikal dan sokongan kesihatan mental diperlukan untuk kumpulan keluarga yang benar-benar tertekan ini.
16
Refle
ksi
Program Penjagaan Demensia Hospis Wad hospis khusus demensia yang pertama di Singapura
Penjagaan Paliatif dan Sokongan Pengasuh
Rakan Kerja
Hospis Assisi
Penerima Bantuan
Pesakit demensia yang tenat dan ahli keluarga atau pengasuh mereka
Matlamat• Mengadakan wad hospis khusus untuk pesakit demensia dengan sepasukan pakar pelbagai bidang
• Menyediakan penjagaan secara peribadi untuk pesakit demensia di bawah jagaan paliatif
Jumlah Penerima Bantuan
120 warga emas yang
mengalami demensia dan
pengasuh mereka
17
• 1 dalam 10 orang berusia 60 tahun ke atas di Singapura terjejas dengan demensia3
• Menjelang 2030, pesakit demensia dijangka meningkat dari 40,000 kepada
92,000
Latar Belakang
Program
3 Sumber: http://www.straitstimes.com/singapore/health/proposed-national-registry-will-make-it-easier-to-track-down-missing-dementia
Penjagaan perubatan bersifat peribadi menurut nilai dan kehendak pesakit
Penjagaan kejururawatan memberi tumpuan kepada pesakit, termasuk jadual makan dan mandi
Pelan penjagaan lanjutan dan persidangan keluarga diadakan bagi mengetahui kehendak dan kesukaran dihadapi dalam soal rawatan
Sokongan pengasuh dan kematian yang tersusun
Sebuah pasukan khas pelbagai bidang yang dilatih dalam penjagaan demensia memberikan rawatan yang tertumpu kepada pesakit dan pengasuh.
Pasukan doktor dan jururawat yang berpengalaman dalam penjagaan paliatif untuk demensia dan geriatrik
Ahli Fisioterapi Pakar diet
Ahli terapi Lukisan/muzik/perhubungan
Pekerja perubatan sosial
Pasukan terdiri daripada:
Pesakit demensia memerlukan penjagaan khusus disebabkan penyakit itu. Sebuah wad khusus disediakan di hospis dengan sekitaran yang selesa dan memenuhi keperluan seseorang pesakit demensia di bawah jagaan paliatif.
18
Refle
ksi
Program Penjagaan Pediatrik HospisHospis menyediakan wad pediatrik khusus yang pertama di Singapura
Penjagaan Paliatif dan Sokongan Pengasuh
Matlamat
• Mengadakan wad pediatrik khusus yang pertama di hospis dengan sepasukan pakar penjagaan pediatrik
• Memberi penjagaan paliatif yang bersifat peribadi kepada kanak-kanak yang sakit tenat
Rakan Kerja
Hospis Assisi
Jumlah Penerima Bantuan
126 kanak-kanak dan keluarga
mereka
Penerima Bantuan
Kanak-kanak sakit tenat dan keluarga mereka
19
Kanak-kanak yang mengalami penyakit yang membawa maut seperti barah, ketakteraturan darah, kecacatan bentuk sejak lahir dan kegagalan organ memerlukan:
Sebuah pasukan khas yang pakar dalam pelbagai bidang dalam penjagaan pediatrik akan bekerja rapat dengan pakar pediatrik utama kanak-kanak bagi menyediakan penjagaan yang mengutamakan kanak-kanak dengan keadaan penyakit yang boleh membawa maut. Keluarga pesakit juga akan menerima sokongan pengasuhan dan kematian secara tersusun.
Pasukan pelbagai bidang ini merangkumi:
Latar Belakang
Program
Kebergantungan pada sokongan mekanisme luaran sepanjang hayat
Seorang doktor berpengalam dalam penjagaan paliatif dan pediatrik
Seorang jururawat terlatih dalam Amalan Lanjutan
Ahli terapi Lukisan/muzik/perhubungan/fisio
Pakar diet
Penjagaan paliatif dan perubatan yang khusus
Kanak-kanak yang memerlukan penjagaan lebih rapi atau memerlukan penjagaan rawatan rapi untuk sementara akan meraih faedah dengan adanya penjagaan paliatif pediatrik khusus di wad kanak-kanak yang dikhaskan hospis.
“Dia lebih responsive dan memberi kerjasama. Saya dapat lihat dari apa yang dizahirkan. Beliau kini gembira dan sering ketawa. Ini yang membuat saya gembira. Kehidupan kini berbeza. Di sini, saya mendapat bantuan, dan beliau dapat bermain dengan yang lain. Beliau juga dapat mendengar muzik. Kesemua ini adalah perkara yang beliau minat. Beliau dijaga dengan baik; jururawat sangat teliti.”
Puan Sally Lim, ibu Kelly Ho berusia 17 tahun, yang mengalami penyakit Gaucher dan
dijaga di wad pediatrik hospis
20
Refle
ksi
Sokongan Akademik untuk Pelajar Sekolah Menengah Spectra Membantu pelajar lemah untuk meningkatkan kemampuan mereka
Sokongan Pembelajaran dan Pendidikan
Rakan Kerja
Sekolah Menengah Spectra
99 pelajar telah memanfaatkan bantuan Pembimbing Membaca & Mengira dan Ahli Psikologi Pendidikan.
Jumlah Penerima Bantuan
100 pelajar(2017 - 2018)
Penerima Bantuan
Pelajar yang memerlukan bantuan tambahan bagi membaca dan mengira di peringkat asas atau memerlukan sokongan pembelajaran / akademik
Pembimbing Membaca dan Mengira tambahan akan digajikan untuk membantu pelajar Menengah 4 aliran ‘N’.
Program
Intervensi
• Mengadakan sesi pertemuan untuk membantu pelajar dengan keperluan khas
Sokongan
• Menyediakan sokongan dalam darjah untuk pelajar kurang upaya dalam pembelajaran
• Menyediakan sokongan sementara antara peringkat Sekolah Menengah serta dari peringkat Sekolah Menengah ke peringkat pascamenengah
• Menarik peluang bekerja sambil belajar di perusahaan bagi pelajar kurang upaya
Kesemua pelajar yang dibantu maju ke peringkat pendidikan selanjutnya pada 2015 dan 2016.
Sejak bermula program pada 2014 hingga 2016
21
Sokongan Akademik untuk Pelajar Sekolah Menengah Spectra Membantu pelajar lemah untuk meningkatkan kemampuan mereka
Program Dermasiswa PendidikanMembantu pelajar memerlukan dengan perbelanjaan berkaitan pendidikan
Jumlah Penerima Bantuan
350 pelajar (2017 - 2018)
Penerima Bantuan
Pelajar kurang upaya
Program
350 pelajar dikenalpasti untuk menerima dermasiswa.
Sejak bermula program pada 2014 hingga 2016
“Saya gembira membancuh kopi dan belajar bagaimana menggunakan mesin kopi, terutamanya dalam menjadikan susu berbuih. Saya bercita-cita menjadi barista satu ketika nanti!”
Nur Qamarina Binte Khairudin, pelajar Menengah 4 di Sekolah Menengah Spectra
dan penerima Dermasiswa Pendidikan
89% penerima mencatatkan kehadiran di sekolah untuk sekurang-kurangnya 80%.
Dermasiswa ditawarkan kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah untuk membantu mereka dengan perbelanjaan berkaitan pendidikan agar mereka dapat mengikuti persekolahan lebih kerap.
22
Refle
ksi
Program untuk Berhubungan dengan Ibu Bapa di Sekolah Menengah Crest Menyokong Sekolah Menengah Crest dalam berhubungan dengan ibu bapa dan memperkukuh hubungan kekeluargaan
Sokongan Pembelajaran dan Pendidikan
Menganjurkan kegiatan bagi memperkukuh hubungan antara rumah-sekolah dan ibu-bapa-anak
Program
“Ia adalah sesuatu yang amat menyeronokkan dan ‘syiok’ kerana dapat merapatkan hubungan dan bergaul dengan rakan sedarjah, rakan sekolah dan ibu bapa lain dalam keadaan yang santai seperti sesi membuat pizza. Kami dapat memanfaatkan kelebihan orang lain sedang kami berusaha meningkatkan keupayaan diri sendiri.”
Mohd Noor, pelajar Menengah 3 Sekolah Menengah Crest
Menggalak usaha merapatkan hubungan keluarga menerusi jalinan masyarakat
15 acara diadakan, melibatkan 993 ibu bapa / penjaga.
Sejak dimulakan program pada 2013 hingga 2016
Jumlah Penerima Bantuan
200 keluarga
(2017 - 2018)
“Saya adalah sukarelawan di Crest PAL (Crest Parent Active Link). Cucu saya dan saya mendapat pelbagai peluang untuk mengunjungi tempat-tempat menarik selain mengambil bahagian dalam acara yang diadakan. Sebagai contoh, kami menyertai sesi membuat pizza baru-baru ini. Pelajar belajar memasak semasa mengikuti kelas Hospitaliti semasa di tingkatan rendah, jadi ibu bapa dan datuk nenek dapat juga belajar dari anak dan cucu mereka.”
Puan Rohani, nenek Mohd Noor
Program ini memberi sokongan kepada pihak sekolah dalam bentuk:
Penerima Bantuan
Pelajar Sekolah Menengah Crest dan ahli keluarga mereka
23
Program untuk Berhubungan dengan Ibu Bapa di Sekolah Menengah Crest Menyokong Sekolah Menengah Crest dalam berhubungan dengan ibu bapa dan memperkukuh hubungan kekeluargaan
Anugerah untuk Pelajar Menggalak pelajar yang cemerlang dan memberi sokongan kepada yang memerlukan bantuan
Rakan Kerja
Sekolah Menengah Crest
Jumlah Penerima Bantuan
284 pelajar (2017 - 2018)
Penerima Bantuan
Pelajar memerlukan bantuan dan/atau mereka yang telah berjaya dalam pembelajaran mereka
Program
Anugerah Penjagaan Kental Yayasan menghargai pelajar yang telah mengatasi cabaran peribadi dan mencatat kemajuan baik dalam pelajaran mereka
Anugerah Pendidikan Temasek Foundation Cares diberikan kepada pelajar yang telah mencatat keputusan yang baik di Menengah 2 dan 3
Dermasiswa untuk membantu pelajar dari keluarga bergaji kecil dengan diberikan peluang latihan sambil belajar dalam bidang kejuruan bagi mengurangkan kos pakaian untuk keluar bekerja, tambang pengangkutan dan makanan
Sejak dimulakan program pada 2013 hingga 2016
18 menerima Anugerah Penjagan Kental Temasek Foundation Cares. Kesemua mereka maju ke peringkat pendidikan selanjutnya.
30 pelajar menerima anugerah bagi pencapaian akademik.
24
Refle
ksi
Terapi Pekerjaan bagi Pelajar Istimewa Sekolah Assumption Pathway Program Perintis untuk membantu pelajar kurang upaya yang memerlukan latihan kejuruan
Sokongan Pembelajaran dan Pendidikan
Matlamat• Menyediakan terapi pekerjaan untuk pelajar kurang upaya dengan menyediakan latihan kejuruan untuk mereka
• Membantu pelajar ini memilih dan menyokong mereka dalam bidang yang diceburi
Rakan Kerja
Sekolah Assumption Pathway (APS)
Jumlah Penerima Bantuan
90 pelajar
(taksiran)
Penerima Bantuan
Pelajar kurang upaya dalam soal pembelajaran atau keperluan lain
Dibiayai Endowmen
Ee Peng Liang
25
Latar Belakang
Pelajar yang kurang upaya dalam penggunaan anggota tubuh badan, koordinasi dan kemampuan deria lainnya diberi bantuan dalam melakukan latihan amali semasa mengikuti bimbingan dalam bidang kejuruan.
Terapi pekerjaan boleh membantu mereka memilih bidang yang sesuai dan meningkatkan keupayaan mereka untuk berfungsi.
Program
30 pelajar kurang upaya dari kelompok Tahun 2 Sekolah Assumption Pathway akan dipilih untuk menyertai program intervensi ini. Mereka akan diberi sokongan sehingga tamat pendidikan mereka di Tahun 4.
Rangka Kerja IntervensiPenilaian awal semasa Tahun 2:
Membantu pelajar memilih laluan kejuruan mereka untuk Tahun 3
Melengkapkan pelajar dengan kebolehan menampung kesukaran yang dihadapi semasa menjalani latihan kejuruan menerusi pemerhatian dalam kelas dan bantuan yang dihulurkan
Bekerja dengan pihak majikan untuk menyokong pelajar semasa tempoh percubaan di tempat kerja
Latihan amali pada Tahun 3 dan 4:
Melakar Pelan Pendidikan Perseorangan bagi setiap pelajar mengikut kemampuan dan keperluan mereka
Di sekolah yang memberi tumpuan kepada latihan kejuruan, pelajar Sekolah Assumption Pathway akan memanfaatkan program intervensi perintis yang diadakan bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan dalam soal pembelajaran agar dapat melakukan dengan baik semasa latihan vokasional mereka.
26
Refle
ksi
Kekal Bersedia – Program Kental Psikologi Perniagaan (B-PREP) Program perintis untuk membantu perniagaan membangunkan kekentalan psikologi dan kesiapsiagaan pekerja bagi kesan emosi akibat kejadian kritikal
Kesiapsiagaan Kecemasan
Matlamat
• Melakar sebuah model bagi kekentalan psikologi dalam perniagaan di Singapura
Rakan Kerja
Capitaland Limited
Changi General Hospital
Keppel Corporation Limited
Mapletree Investments Pte Ltd
SATS Ltd
Sembcorp Industries Ltd
Singapore Airlines Limited
Singapore Business Federation
Singapore Technologies Engineering Ltd
SMRT Corporation Ltd
SP Group
Temasek International
Dengan sokongan daripada
Institut Kesihatan Mental
Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK
Penerima Bantuan
Pekerja syarikat tempatan
27
Latar Belakang
Program
Apabila kejadian kecemasan dan kritikal berlaku, kekentalan psikologi dan emosi pekerja dan pihak berkepentingan adalah genting dalam pemulihan individu atau syarikat.
Fasa 1 (Selesai)
Fasa 2 (Sedang berlangsung)
Konsepsualisasi model B-PREP
Mengenalpasti keupayaan asas bagi 10 syarikat terlibat
Melaksanakan komponen dalaman model B-PREP ke atas 10 syarikat terlibat: • Kemahiran utama, keupayaan, proses
• Struktur Organisasi
Membangunkan panduan pembelajaran tempatan bagi kekentalan psikologi
Membangunkan panduan B-PREP untuk dibentangkan kepada sektor perniagaan di Singapura
Dengan hampir dua pertiga penduduk Singapura berada dalam pasaran pekerjaan, syarikat-syarikat Singapura memerlukan sebuah model bagi membimbing mereka untuk menangani insiden kritikal yang dihadapi pekerja mereka.
28
Refle
ksi
Kekal Bersedia – Buku cerita mengenai SGSecure untuk pelajar di Sekolah Pendidikan Khas Pembangunan dan pengagihan buku cerita ‘Kekal Bersedia’ untuk pelajar istimewa
Kesiapsiagaan Kecemasan
Matlamat• Membantu pelajar dari sekolah pendidikan khas lebih bersiap sedia dalam menghadapi kecemasan menerusi Gerakan SGSecure dan inisiatif ‘Kekal Bersedia’
Rakan Kerja
Kementerian Ehwal Dalam Negeri
Sekolah Pendidikan Khas
Penerima Bantuan
Pelajar di sekolah pendidikan khas
Jumlah Penerima Bantuan
seramai 10,000
pelajar dan pengasuh mereka
29
Sebuah buku cerita SGSecure telah diterbitkan oleh Kementerian Ehwal Dalam Negeri, dengan konsultasi Kementerian Pendidikan, untuk membimbing pelajar tentang apa yang harus mereka lakukan jika berlakunya serangan ganas.
Buku ini membawa pesanan utama SGSecure, seperti nasihat “Lari, Sembunyi, Beritahu”, dan menyertakan maklumat tentang trauma kanak-kanak yang disediakan Temasek Foundation Cares dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK.
Dua versi buku cerita yang diadaptasikan akan diterbitkan dan diagihkan kepada pelajar istimewa yang berada di peringkat rendah atas dan seterusnya.
Program
Buku ini akan mempunyai ciri-ciri berikut:
Braille Cetakan bersaiz besar
Cetakan Sentuhan
Huruf yang sesuai untuk pembaca yang mengalami kesukaran untuk belajar
Pelajar di sekolah pendidikan khas akan diserapkan ke dalam SGSecure dan inisiatif ‘Kekal Bersedia’, agar mereka lebih bersedia semasa menghadapi kecemasan. Buku cerita yang mengadaptasikan secara khasnya kisah ‘Kekal Bersedia’ diperlukan untuk disampaikan kepada pelajar istimewa.
Latar Belakang
30
Refle
ksi
Kekal bersedia – Program Mengkaji Kesiapsiagaan Masyarakat Singapura dalam menghadapi kecemasan Kajian perintis untuk memahami tahap persediaan masyarakat dan secara peribadi di Singapura
Kesiapsiagaan Kecemasan
Matlamat
• Memahami tanggapan semasa, sikap dan kelakuan peribadi dan masyarakat terhadap kesiapsiagaan menghadapi kecemasan
• Mengenalpasti keperluan kesiapsiagaan peribadi dan masyarakat
31
Temasek Holdings melancarkan Dana Kesiapsiagaan Kecemasan Temasek (T-PREP) pada Mac 2014 untuk membantu masyarakat Singapura bersiap sedia menghadapi krisis dan kecemasan. Dana T-PREP diuruskan oleh Temasek Foundation Cares di bawah inisiatif ‘Sentiasa Bersedia’.
Satu kajian berkenaan kesiapsiagaan menghadapi kecemasan melibatkan 2,000 isi rumah Singapura akan dilaksanakan menerusi tinjauan dan temuduga.
Latar Belakang
Program
Program 'Kekal Bersedia’ merangkumi:
Maklumat menyeluruh tentang tahap kesiapsiagaan individu dan masyarakat Singapura dalam menghadapi kecemasan diperlukan untuk memberi panduan kepada pembangunan masa depan program ‘Kekal Bersedia’.
Pengagihan Kit Permulaan ‘Kekal Bersedia’ kepada 1.2 juta isi rumah di Singapura
Sokongan psikologikal pascatrauma untuk kanak-kanak dan keluarga
Membantu perniagaan mempersiapkan kakitangan mereka menghadapi krisis, ancaman dan kesan psikologikal.
Membangunkan kekentalan penduduk dengan melatih
pemimpin masyarakat dalam bantuan kecemasan bagi
kesihatan mental
Membekalkan 100 teksi SMRT dengan AED
Membekalkan masyarakat dengan pengetahuan, penggunaan serta alat Defibrilator Luar Automatik (AED)
Kit Permulaan ‘Kekal Bersedia’
Rangkaian Tangani Trauma dan Situasi Sukar untuk
Kanak-Kanak
Program Psikologikal Kekentalan Perniagaan (B-PREP)
Projek eMHFA(S) (Bantuan Kecemasan Kesihatan
Mental Singapura)
AED Beroda
Menghidupkan semula Jantung
32
Refle
ksi
32
PenjagaanMalam@Morning Star Khidmat penjagaan pelajar bagi masa singkat sebelah petang untuk kanak-kanak dari keluarga berisiko
Mobiliti Sosial dan Inklusi
Matlamat• Menyediakan sekitaran yang selamat dan positif pada sebelah petang untuk kanak- kanak di peringkat sekolah rendah dan menengah rendah
• Menyediakan khidmat penjagaan sementara untuk kanak-kanak bagi ibu bapa dan penjaga mereka
Rakan Kerja
Khidmat Komuniti Morning Star
Penerima Bantuan
Kanak-Kanak berusia 7 hingga 14 tahun yang datang dari keluarga berisiko
Jumlah Penerima Bantuan
540 kanak-kanak dan keluarga
mereka
3333
Terdapat 430 pusat penjagaan pelajar (SCC) di Singapura yang menjaga kanak-kanak berusia antara 7 hingga 14 tahun.
Hanya tiga SCC menawarkan khidmat pada sebelah petang.
Latar Belakang
“Pada masa ini saya sedang belajar tentang Penjagaan Bayi di peringkat Sijil Lanjutan. Hanya emak saya yang ada untuk menjaga anak saya bila saya hadiri kelas dua kali seminggu pada waktu malam, jadi saya meletakkan anak lelaki saya yang tua, Aaron, di CareNights. Ini membolehkan saya memberi tumpuan kepada pelajaran.
Khidmat penjagaan yang disediakan termasuk menyelia kerja rumah, belajar sambil bermain penggayaan, riadah dan kegiatan yang merapatkan hubungan anak dan ibu bapa
Khidmat penjagaan pelajar pada sebelah petang akan ditawarkan dari 6.00 petang hingga 9.45 malam di empat pusat Morning Star
Program
6.00pm 6.30pm 7.00pm 8.00pm 9.00pm 9.30pm
Ketibaan Bimbingan Akademik
Jamuan Ringan
Makan Malam Isnin– Pembentukan Sikap dan Akhlak
Tues – Melukis sebagai Terapi
Wed – Lagu dan Tarian
Thurs – Pidato dan Drama
Fri – Projek Resipi / Program Keselamatan
Pulang bersama ibu bapa
Contoh jadual program:
Debbie Cheng, ibu Aaron yang telah menghadiri program CareNights
Sebelum ini, tidak ada sesiapa yang boleh membimbing dia dalam pelajaran, tetapi di sini ada orang yang boleh melakukannya. Dia ada kawan untuk bermain, ada juga terapi lukisan dan banyak lagi. Dia suka datang ke mari. Saya rasa lebih selamat mengetahui dia meluangkan masa bermutu di sini.”
Lebih banyak pusat penjagaan pelajar sebelah petang diperlukan untuk ibu bapa atau penjaga menempatkan anak-anak mereka kerana:
• Menghadiri kursus peningkatan kemahiran
• Menangani situasi keluarga yang mencabar
34
Refle
ksi
Dermasiswa STAR Membantu bekas penjenayah yang memerlukan bantuan dengan latihan dan pendidikan
Mobiliti Sosial dan Inklusi
Matlamat• Menyediakan bantuan kewangan kepada bekas penjenayah mengikuti latihan kejuruan dan latihan berasaskan kemahiran
• Membantu mereka meraih kemahiran untuk bekerja dan kemandirian
Rakan Kerja
Dana Riben Kuning
Jumlah Penerima Bantuan
10 bekas
penjenayah (2016 - 2017)
Penerima Bantuan
Bekas penjenayah yang mengikuti kursus Kelayakan Kemahiran Tenaga Kerja (WSQ), kursus Institut Pendidikan Teknikal (ITE) atau kursus Politeknik (Diploma)
35
4 Sumber: http://www.straitstimes.com/singapore/courts-crime/recidivism-rates-remain-low-and-stable-due-to-strong-community-support-for
Program
28 pelajar telah menerima Dermasiswa Star Temasek Foundation Cares.
14 telah menamatkan pengajian mereka.
Sejak program dimulakan pada 2009 hingga 2015
Latar Belakang
Kira-kira 88% tidak menerima pendidikan melepasi peringkat menengah.
Tahap pendidikan golongan penjenayah4
157
3,652
Tiada Pendidikan
Sekolah Rendah
Menengah
Pra - U
Vokasional4,665
158657
313
Institusi Pengajian Tinggi
Terdapat
9,602 penjenayah4 dalam penjara Singapura pada 31 December 2015.
Latihan kejuruan, peningkatan kemahiran dan meningkatkan pendidikan membolehkan bekas penjenayah mendapat pekerjaan dan kembali ke pangkuan masyarakat. Sokongan kewangan membolehkan mereka meneruskan latihan dan pendidikan.
Bekas penjenayah disokong dengan dana untuk menampung sebahagian yuran kursus dan perbelajaan kehidupan mereka.
Menerusi program Dermasiswa STAR, pelajar-pelajar ini mengikuti kursus peringkat Sijil dan Diploma yang memberi mereka peluang pekerjaan, seperti:
• NITEC Mechatronik • NITEC Tinggi dalam Teknologi Mekanikal• Diploma dalam Kejuruteraan Digital dan Kejuruan • Diploma Kejururawatan • Diploma Kejuruteraan Marin • Diploma Sains Nautikal • Diploma Praktikal Perniagaan • Diploma Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik • Diploma Kejuruteraan Am • Diploma Pengurusan Sistem dan Operasi • Diploma Pengurusan dan Penggalak Kesihatan
36
Refle
ksi
Matlamat• Ramai ahli terapi dan jururawat dilatih untuk sektor penjagaan masyarakat menerusi pemberian anugerah pengajian dan geran latihan
Rakan Kerja
Agensi Penjagaan Bersepadu (Pentadbir)
Institut Pendidikan Teknikal
Politeknik Nanyang
Politeknik Ngee Ann
Politeknik Republik
Institut Teknologi Singapura
Balaji Sadasivan – Projek Membangun Keupayaan Penjagaan Kesihatan Membangunkan keupayaan masyarakat dalam sektor penjagaan di Singapura
Membangunkan Keupayaan
Dibiayai Endowmen
Balaji Sadasivan
37
Ganesan Maniam, pelajar peringkat Diploma dalam Kejururawatan di bawah
Anugerah Pengajian Balaji Sadasivan
“Di hospital, tempoh penginapan pesakit secara amnya tidak lama. Saya ingin menceburi bidang penjagaan masyarakat kerana ingin meluangkan sebanyak masa yang boleh untuk membantu pesakit. Dalam proses itu, kami dapat menjalin hubungan lebih rapat dengan mereka.
Saya melihat fisioterapi sebagai satu cara untuk membantu orang. Apabila saya selesai pengajian, saya akan ke rumah penjagaan Peacehaven kelolaan Salvation Army. Orang ada beritahu saya bahawa jika saya bekerja di hospital, saya akan menikmati gaji lebih tinggi, tetapi itu perkara kedua bagi saya; saya ingin membantu masyarakat.”
Chan Mei Fei, penerima anugerah pertama yang melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Fisioterapi di bawah Anugerah Pengajian Balaji Sadasivan
40 anugerah telah diberikan secara keseluruhan:
Ijazah Sarjana Muda Sains Fisioterapi 1
Diploma dalam Fisiotherapi 8
Diploma dalam Terapi Pekerjaan 17
Diploma dalam Khidmat Kesihatan 3
Diploma dalam Kejururawatan 9
NITEC dalam Kejururawatan 2
Sejak program dimulakan pada 2010
“Pada ketika itu saya sedang bekerja dalam industri perbankan apabila saya jatuh pengsan dan dibawa ke hospital. Saya mengalami serangan jantung dan tersedar di ICU. Jururawat memberi dorongan dan menggalakkan saya untuk kembali pulih. Selepas itu, saya memutuskan untuk menyertai bidang kejururawatan.
Semasa pengajian, saya ditugaskan di Hospital Tan Tock Seng dan St Luke. Saya minat dalam bidang penjagaan warga tua kerana saya rasa saya mampu membuat warga emas berasa senang. Saya begitu gembira setiap kali seorang pesakit warga tua menunjukkan peningkatan dalam pemulihan dan saya mahu terus membantu mereka.”
38
Refle
ksi
Nota Pengurusan
Bagi Tahun Kewangan (FY) 2016/2017, Temasek Foundation Cares memperuntukkan $12,137,292 dalam bentuk geran bagi menyokong 23 program kesihatan dan penjagaan sosial. Kesemua program ini memanfaatkan 9,600 warga Singapura serta ahli keluarga mereka dan pengasuh. Selain itu, program ‘Kekal Bersedia’ kami telah menjangkau 111,300 orang dalam masyarakat bagi memaklumkan, mendidik dan membangunkan keupayaan dalam soal kesiapsiagaan kecemasan.
Jumlah penerima faedah meningkat dari 6,500 pada FY 2015/2016 kepada 9,600 pada FY 2016/2017. Ini mencerminkan peningkatan dalam peruntukan geran selain tumpuan kami dalam menyokong program yang tinggi kesannya selain berlapisan yang memenuhi keperluan rakyat Singapura dari setiap peringkat kehidupan.
Sebagai contoh, kami bekerjasama dengan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) untuk membangunkan bank susu manusia pertama di Singapura. Ia membantu dalam menyediakan susu badan yang dipasteurkan untuk lebih 900 bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan atau bayi yang sakit dalam masa tiga tahun. Kami juga merintis sebuah program baru dengan KKH untuk melakar corak penjagaan yang tersusun untuk ibu-ibu yang mengalami penyakit kencing manis semasa mengandung. Ini boleh memanfaatkan 5,400 ibu dalam masa tiga tahun.
Jumlah geran yang diperuntukkan bagi program untuk FY 2016/2017 meningkat 23 peratus berbanding FY 2015/16. Ini sebahagian besarnya disebabkan oleh sebuah dana endowmen yang baru dari Temasek Holdings, sebahagiannya dikhususkan untuk program-program yang menyokong pekerja bergaji kecil yang merupakan anggota empat kesatuan sekerja yang dipilih, yakni Kesatuan Gabungan Pekerja Awam Bergaji Hari (AUPD), Kesatuan Pegawai-Pegawai Pelabuhan (POU), Kesatuan Pekerja Pelabuhan Singapura (SPWU) dan Kesatuan Pekerja-Pekerja Tenaga dan Gas (UPGE). Kesemua program ini menyediakan dermasiswa dan anugerah pendidikan untuk pendidikan anak-anak ahli, sokongan perubatan dan kebajikan, dan subsidi bagi latihan meningkatkan kemahiran.
Nisbah1 perbelanjaan kami untuk FY 2016/2017 adalah 13.1 peratus, yang sejajar dengan kelakonan kami sepanjang beberapa tahun lalu.
Pasukan di Temasek Foundation Cares telah meningkat sejajar dengan peningkatkan jumlah dan nilai endowmen. Pasukan 11 orang sekarang dipimpin Cik Woon Saet Nyoon, Ketua Eksekutif dan Encik Kee Kirk Chuen, Timbalan Ketua Eksekutif.
1 Untuk FY 2016/17, “Nisbah Perbelanjaan” telah ditafsirkan semula sebagai nisbah Perbelanjaan Modal dan Operasi bagi Belanjawan
Yang Memperuntukkan Geran Program untuk tahun kewangan.
39
Not
a Pe
ngur
usan
Temasek Foundation Cares mempunyai Dasar Percanggahan Kepentingan di mana kesemua Pengarah dan kakitangan dimaklumkan, dan mengisytiharkan sebarang percanggahan atau kepentingan keduaan dalam sesuatu keadaan dan berkecuali dalam membuat keputusan dalam mana-mana mesyuarat di mana perkara yang yang menimbulkan percanggahan dibincangkan.
Laporan Pengarah dan Penyata Kewangan untuk Tahun Kewangan FY 2016/2017 boleh didapati di www.temasekfoundation-cares.org.sg.
BELANJAWAN KESELURUHAN
2014 – 2015
2015 – 2016
2016 – 2017
$13,288,473
$11,133,308
$13,731,667
JUMLAH GERAN KOMITED UNTUK
PROGRAM
2014 – 2015
2015 – 2016
2016 – 2017
$12,203,677
$9,850,000
$12,137,292
JUMLAH PROGRAM
2014 – 2015
2015 – 2016
2016 – 2017
15
13
23
2014 – 2015
2015 – 2016
2016 – 2017
4,900
6,500
9,600JUMLAH
PENERIMA BANTUAN
(tidak termasuk penerima bantuan di bawah Temasek
Dana Kesediaan Kecemasan)
40
Refle
ksi
Sokongan Akademik untuk Pelajar Sekolah Menengah Spectra
Sekolah Menengah SpectraTel: 6320 7140 Emel: S_B_Sivaganesh@spectra.edu.sg
Anugerah untuk Pelajar
Sekolah Menengah CrestTel: 6899 2779 Emel: eileen_ong@crestsec.edu.sg
Balaji Sadasivan – Projek Pembangunan Keupayaan Penjagaan Kesihatan (Dibiayai Endowmen Balaji Sadasivan)
Agensi Penjagaan Bersepadu Tel: 6632 1144Emel: BalajiSA@aic.sg
Program Sokongan Pengasuh untuk Keluarga dengan anak berpenyakit kronik
Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KKTel: 6394 8189 Emel: Evelyn.Seah.SN@kkh.com.sg
PenjagaanMalam@Morning Star
Khidmat Masyarakat Morning StarTel: 6285 1377 Emel: imelda@morningstar.org.sg
Program Penjagaan Demensia di Hospis
Hospis Assisi Tel: 6832 2850 Emel: juliet.ng@assisihospice.org.sg
Program Bank Susu Manusia
Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KKTel: 6394 1986 Emel: milkbank@kkh.com.sg
Program Dermasiswa Pendidikan
Sekolah Menengah SpectraTel: 6320 7140Emel: S_B_Sivaganesh@spectra.edu.sg
Program Penjagaan GDM (Kencing Manis Semasa Mengandung)
Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KKTel: 6394 1319 Emel: tan.kok.hian@singhealth.com.sg
Khidmat Pembangunan Bersepadu Kids (KIDS) 0-3
Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KKTel: 6451 1252 Emel: Florence.goh.ps@kkh.com.sg
Terapi Pekerjaan untuk Pelajar Istimewa Sekolah Assumption Pathway (Dibiayai Endowmen Ee Peng Liang)
Sekolah Assumption PathwayTel: 6879 3900Emel: cecilia_nathen@ite.edu.sg
Program Penjagaan Pediatrik Hospis
Hospis Assisi Tel: 6832 2850 Emel: juliet.ng@assisihospice.org.sg
Program Berhubungan dengan Ibu Bapa di Sekolah Menengah Crest
Sekolah Menengah CrestTel: 6899 2779 Emel: eileen_ong@crestsec.edu.sg
Dermasiswa STAR
Dana Riben KuningTel: 6513 3597Emel: Vannesa_Goh@score.gov.sg
Kekal Bersedia – Program Kekentalan Psikologi Perniagaan (B-PREP)
Hospital Besar Changi Tel: 6426 8931 Emel: lyvia_leong@cgh.com.sg
Kekal Bersedia – Program untuk Mengkaji Tahap Kesiapsiagaan Masyarakat Singapura
Temasek Foundation CaresTel: 6828 8752 Emel: TFCares@temasekfoundation.org.sg
Kekal Bersedia – Buku Cerita SGSecure untuk sekolah-sekolah bagi Pelajar Istimewa
Temasek Foundation CaresTel: 6828 8752 Emel: TFCares@temasekfoundation.org.sg
Senarai Program Dan Talian Perhubungan
41
The
togetherfuture of care,
Reflection 2016 – 2017共同关怀未来
Penjagaan di Masa Depan, Untuk Masa Depan
வருங்கால நலனுக்கா் இன்றே அக்றறேப்படு்ி்றேகாம்
Makalah ini mengandungi Laporan Tahunan Temasek Cares “Refleksi 2016 – 2017”.
Laporan penuh boleh didapati dalam cakera padat (CD-ROM) yang disertakan bersama.
这本手册包含淡马锡关怀基金会 财政年度报告“2016 – 2017年度
回顾”的重点。欲阅读完整内容,可浏览随手册附上的光碟。
together
cerminan
2016 – 2017
cerminan
2016 – 2017
cerminan
2016 – 2017
cerminan
2016 – 2017
The
togetherfuture of care,
cerminan
2016 – 2017
The Directors’ Report and Financial Statements for FY 2016/2017 are available at www.temasekfoundation-cares.org.sg.
The
togetherfuture of care,
回顾 2016 – 2017Refleksi 2016 – 2017்பிரதி்பலிபபு 2016 – 2017
cerminan
2016 – 2017
cerminan
2016 – 2017
cerminan
2016 – 2017
Temasek Foundation Cares CLG Limited Co. Regn No. 200909154Z60B Orchard Road #06-18 Tower 2The Atrium@OrchardSingapore 238891Tel: (65) 6828 8752Fax: (65) 6828 8652Email: TFCares@temasekfoundation.org.sg www.temasekfoundation-cares.org.sg