Post on 26-May-2015
i
DEDIKASI
Khas buat ayahanda, Hj Ramli Bin Hj Abdul Rahman dan bonda Hjh Ramlah Binti Hj Saadun,
isteri tercinta Khaireen Nor Binti Kharibon, serta anak-anak yang dikasihi Nur Syafiqah Nabiilah Binti Rosdi,
Muhammad Iskandar Zharif Bin Rosdi dan Muhammad Irfan Salahuddin Bin Rosdi,
Pencapaian ke tahap ini berkat doa dan restumuBuat rakan-rakan seperjuangan Saiful Shah Rizal Bin
Samsudin , Saadah Bt Masrani, Sakthi Rekka A/P Jayagogolan, Roshaliza binti Rahmat dan Muhamad Zaizi
Bin Omar serta pensyarah yang dedikasiPn Hjh Sarebah Binti Warman jutaan terima kasih atas
segala bantuan dan tunjuk ajar.
Semoga jasa kalian semua diberkati Tuhan.
ii
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya, dapat jua
akhirnya saya menyiapkan Penulisan Kajian Tindakan ini sebagai memenuhi
keperluan syarat tugasan individu Pengurusan Pembelajaran bagi semester 2
(2010/2011) ini. Kejayaan ini telah memberi gambaran tentang kesungguhan saya
dalam menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran sebagai persediaan untuk saya
meneruskan pembelajaran dalam program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sekolah
Rendah (Sains) KPM-UTHM ini.
Ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan saya tujukan kepada semua
guru dan pensyarah yang telah memberikan ilmu dan tunjuk ajar yang berguna
selama ini, Khasnya kepada Pn Hjh Sarebah Binti Warman selaku pensyarah
akademik Pengurusan Pembelajaran. Jasa dan budi puan, hanya Tuhan yang mampu
membalasnya. Penghargaan dan terima kasih ini juga saya tujukan kepada Prof.
Madya Hj Yusuf Bin Jamar pensyarah akademik Perkembangan Pendidikan
Malaysia di atas perkongsian ilmu dan bimbingan yang diberikan.
Penghargaan ini juga ditujukan khas buat Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan
Pelajaran Negeri Johor, pihak sekolah, ketua guru-guru disiplin, kaunselor serta
guru-guru yang sedia memberikan kebenaran dan komitmen dalam menjalankan
kajian ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada isteri tersayang, Khaireen Nor
Binti Kharibon yang begitu sabar dan memahami situasi saya. Penghargaan ini juga
ditujukan kepada rakan seperjuangan serta kepada semua yang telah sudi
memberikan kerjasama dan dorongan yang begitu tinggi. Semoga dengan terhasilnya
tugasan ini, dapatlah kita manfaatkannya bersama sebagai persediaan kepada kita
nanti untuk sama-sama berjaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan seterusnya
mengaplikasikan pengetahuan yang ada dalam pengajaran dan pembelajaran.
iii
Akhir kata, semoga kita bersama-sama menempa kejayaan di dalam program ini dan
seterusnya menjadi guru yang berkualiti, jujur dan ikhlas dalam membentuk modal
insan negara yang berkualiti. Insyaallah..
Sekian, terima kasih.
iv
09 – 18 MEI 2011MASALAH DISIPLIN MURID DI SALAH SEBUAH SEKOLAH RENDAH
DI BANDAR DI DAERAH JOHOR BAHRU
Oleh
Rosdi Bin RamliSK Kangka Tebrau, Johor Bahru
Abstrak
Penyelidikan ini mengkaji tentang masalah disiplin murid di salah sebuah sekolah pinggir Bandar, di daerah Johor Bahru. Kajian ini merupakan satu kajian kes berbentuk tinjauan deskriptif. Subjek kajian terdiri daripada 20 orang murid yang ada rekod salahlaku dari sekolah yang dikaji. Data dikumpul dengan menggunakan kaedah temubual separa struktur dengan guru dan murid – murid. Hasil temuduga disokong oleh rekod/penyata rasmi salahlaku / masalah disiplin bagi tahun 2008 di sekolah yang dikaji. Rekod / penyata rasmi di sekolah adalah mengikuti kriteria – kriteria yang ditentukan oleh Bahagian Sekolah – Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (1998). Data yang diperolehi dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan kualitatif. Hasil kajian menunjukkan berbagai jenis salahlaku berlaku di sekolah yang dikaji. Pada keseluruhannya, 20 daripada enrolmen 565 orang murid ( 313 orang murid Tahap 1 dan 252 orang murid Tahap 2), bersamaan 3.54% pernah melakukan perbuatan salahlaku sepanjang tahun 2010. Walaupun peratus murid yang melakukan salahlaku adalah kecil, namun terdapat peningkatan dari setiap tahun dimana salahlaku itu adalah kebanyakkannya dari jenis salahlaku yang berulangan. Tindakan susulan diambil berdasarkan dapatan penyelidikan. Semoga dari hasil kajian ini sedikit sebanyak dapat membantu para pendidik, pentadbir mahupun pengurus sekolah untuk merancang strategi atau pendekatan dan seterusya mengambil tindakan susulan yang terbaik bagi menangani masalah ini. Seterusnya, diharap hasrat “Sifar Salah laku” murid khasnya di sekolah yang dikaji akan menjadi kenyataan.
v
KANDUNGAN
TAJUK
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN
2.0 LATAR BELAKANG MASALAH
3.0 PENYATAA MASALAH
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
5.0 KEPENTINGAN KAJIAN
6.0 SKOP DAN BATASAN KAJIAN
7.0 TINJAUAN LITERATUR
8.0 METODOLOGI KAJIAN
8.1 Rekabentuk Kajian
8.2 Populasi dan Sampel Kajian
8.3 Instrumen Kajian
8.4 Prosedur Melaksanakan Kajian
8.5 Analisis Data
i
ii - iii
iv
v - vi
1 – 3
3
3 – 4
5
5 – 6
6
6 – 9
9
9
9
10
10 – 11
11
11 - 12
vi
8.5.1 Rekod Jenis Salahlaku, Gender dan Bilangan Murid Yang Terlibat Dan Jumlah Kekerapan Kes Salahlaku
8.5.2 Perbandingan Kekerapan Salahlaku antara Murid mengikut Gender
8.5.3 Punca Salahlaku Murid – Murid Tahap 2, Tahun 2010
8.5.4 Jenis Tindakan Disiplin / Hukuman yang Telah Diambil, Tahun 2010
8.6 Analisis Kualitatif
8.6.1 Bentuk / Jenis masalah disiplin murid
8.6.2 Bilangan murid terlibat dan kekerapan salahlaku
9.0 DAPATAN KAJIAN
9.1 Punca Salahlaku
9.1.1 Faktor diri murid
9.1.2 Faktor keluarga
9.1.3 Faktor persekitaran
9.1.4 Faktor sekolah
10.0 CADANGAN DAN IMPLIKASI KAJIAN
11.0 KESIMPULAN
RUJUKAN
LAMPIRAN 1
LAMPIRAN 2
12 – 13
13 – 14
14 - 15
16
16
17
17
18
18
18
18 – 19
19
19 – 24
24 – 25
26 – 27
28 – 29
30 - 31