Post on 24-Jul-2015
DUB 1012 : PENGAJIAN MALAYSIA
TEMA : SEJARAH & LATAR BELAKANG
PENDUDUK MALAYSIA
MALAYSIA
• Masyarakat terdiri daripada pelbagai keturunan, etnik, warna kulit, agama, bahasa, kebudayaan, dll.
• Satu-satunya negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang berjaya mengekalkan keamanan dan perpaduan.
• Masyarakat majmuk mempunyai konsep dan sejarahnya yang tersendiri di Malaysia.
KAUM MELAYU
Ditafsirkan sebagai penduduk asal Tanah Melayu Sehingga tahun 1957, jumlah penduduk Melayu di
Tanah Melayu ialah 2, 427, 834 orang iaitu 49.8% drpd jumlah penduduk Tanah Melayu
Kegiatan ekonomi utama masyarakat Melayu persisir ialah perdagangan
Bagi negeri-negeri di pantai timur Semenanjung, penduduk Tanah Melayu tertumpu kepada kegiatan menangkap ikan (nelayan) dan bertani
Bagi kaum wanita di negeri Kelantan dan Terengganu, mereka bergiat dalam aktiviti perniagaan kecil-kecilan
Kegiatan ekonomi utama kaum Melayu ialah perdagangan di samping ekonomi sara diri lain seperti pertanian, penternakan, menangkap ikan dan mengutip hasil hutan
Penguasaan ekonomi kaum Melayu semakin berubah dan merosot setelah campur tangan British
Kemasukan buruh asing telah mengubah struktur ekonomi masyarakat Melayu
KAUM CINA
Sebelum kedatangan British, bilangan masyarakat Cina adalah terlalu kecil dan kebanyakannya bekerja sebagai peniaga sahaja
Penghijrahan masuk masyarakat Cina secara beramai-ramai berlaku selepas pengambilan Pulau Pinang oleh British dari tangan Sultan Kedah pada tahun 1786, pengambilan Singapura dari tangan Sultan Johor pada tahun 1819 dan selepas penubuhan Negeri-Negeri Selat pada tahun 1826
Kebanyakan masyarakat Cina ini berasal dari wilayah Kwangtung dan Tukuin. Ramai juga yang datang dari daerah Amoy, Sen-Yu, Hok-Chiu, Eng Chon dan lain-lain
Pada peringkat awal, buruh-buruh Cina bertumpu di tapak-tapak perlombongan awal seperti di Lukut dan Sungai Ujong
Penghijrahan semakin pesat sejajar dengan perkembangan akativiti perlombongan
KAUM INDIA
Kedatangan buruh India ke Tanah Melayu hanya ketara pada abad ke-19 dan ke-20, sebenarnya hubungan antara India dengan Semenanjung Tanah Melayu telah berlaku lebih awal lagi
Penghijrahan masyarakat India ke Tanah Melayu berlaku secara besar-besaran mulai tahun 1840-an
Kebanyakan buruh India datang dari Selatan India Mereka mula bekerja sebagai peladang di ladang-ladang
tebu dan kopi di Seberang Perai Tumpuan masyarakat India ini ialah di kawasan-
kawasan utama penanaman getah di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan
Catatan menunjukkan sejak tahun 1900 hingga 1910, iaitu seramai 48, 000 buruh India telah berhijrah ke Tanah Melayu
Angka ini meningkat secara mendadak 10 tahun kemudiannya, iaitu antara tahun 1911 hingga 1920 apabila dianggarkan seramai 908,000 buruh India berhijrah ke Tanah Melayu
90% daripada golongan penghijrahan terdiri daripada orang Tamil yang berasal Chennai, sementara selebihnya ialah Telegu dan Malayalam
Selain orang Tamil, terdapat juga orang Punjabi dan Ceylon
Kumpulan etnik penduduk India yang terbesar ialah orang Tamil yang terbentuk 80% daripada keseluruhan penduduk India di Tanah Melayu sementara orang Malayali meliputi 7%
Orang Telegu pula berjumlah 4% Selain kelompok etnik di atas, orang Punjabi turut
datang dan pada peringkat awalnya mereka bertugas dalam perkhidmatan polis dan kereta api serta menjadi pengawal keselamatan
AGAMA & KEPERCAYAAN
KAUM MELAYU
Penduduk Melayu di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, amnya menganut agama Islam
Agama Islam dibawa masuk ke Tanah Melayu sejak abad ke-14 atau ke-15
Kesultanan Melayu Melaka memang terkenal sebagai pusat pemerintahan yang berperanan penting dalam memastikan penyebaran dan pengukuhan agama Islam
Agama Islam adalah berkonsepkan kepercayaan kepadaTuhan yang satu
Ajaran ini sememangnya berbeza dengan pegangan masyarakat di Tanah Melayu pada abad ke-7 hingga ke-13 sebelum ini yang menganut agama Hindu dengan konsep banyak Tuhan
Dalam agama Islam, al-Quran dijadikan sebagai sumber/asas hukum yang utama bersama-sama dengan panduan daripada amalan Nabi Muhammad SAW seperti hadis
Asas utama dalam ajaran Islam ialah Rukun Islam dan Rukun Iman
Ajaran Islam bermatlamat :a) Melahirkan manusia yang mempunyai konsep
kepercayaan yang betul, iaitu hanya percaya kepada kekuasaan Allah semata-mata
b) Melahirkan manusia yang mempunyai cara hidup yang tersusun dan bersistematik dalam setiap situasi kehidupan mereka
c) Melahirkan manusia yang bertanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi ini dan sekali gus melahirkan manusia yang mengenali diri dan mempunyai hala tuju hidup
KAUM CINA Golongan ini turut membawa bersama agama dan
kepercayaan yang dianuti mereka ke negara ini dan kekal mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing tanpa halangan dan sekatan
Taoisme a) Merupakan sistem falsafah dan keagamaan Cinab) Pengaruh Taoisme amat meluasc) Kepercayaan ini telah memperkaya ajaran
Confucianisme dan membantu memperluas ajaran agama Buddha serta memberikan semangat, inspirasi dan panduan akhlak kepada orang2 Cina
d) Taoisme berasal daripada perkataan Tao yang bermaksud 'Jalan' (The Way)
e) Sebagai satu sistem falsafah, Taoisme mengajar pengikutnya untuk mencapai ketenangan jiwa, kedamaian fikiran dan keharmonian emosi
f) 2 orang ahli falsafah Taoisme yang terkenal ialah Lao Tzu dan Chuang Tzu
g) Ajaran agama Tao telah diasaskan oleh Chang Ling yang dikenali sebagai T'ien Shih (The Heavenly Teacher) dalam kalangan para pengikutnya. Ajaran ini terbahagi dua, iaitu :
Cult of Immortality-Mengajar pengikutnya mencari kehidupan abadi menerusi meditasi, latihan pernafasan, gimnastik, mandi, seni seksual & perubatan
Way of the Heavenly Teacher- Dikembangkan oleh K'ou Ch'ien-chih
Fahaman Confucianisme
a) Pengasas >>> Kung Fu Tze (Confucius)
b) Lahir pada tahun 551SM dan meninggal dunia ketika berusia 72 tahun
c) Merupakan seorang tokoh yg mendapat pendidikan & pernah berkhidmat sebagai majistret dan menteri
d) Banyak menghabiskan masa ketika hayatnya dengan menyemak manuskrip2 lama & menyampaikan ajaran2 yang mulia dalam kehidupan
e) Conficius mengajar falsafah moral & sosial serta garis panduan tentang tingkah laku berlandaskan nilai2 abstrak seperti kasih sayang, keamanan, keharmonian, kemanusiaan, kebijaksanaan, keberanian dan kesetiaan
Konsep kekeluargaan dalam Confucianisme Sangat mementingkan organisasi kekeluargaan Dalam sesebuah keluarga, kasih sayang sesama
keluarga (hsiao), ukhuwah (ti), ketaatan kepada ibubapa dan abang sangat dititikberatkan
Menekankan kepatuhan kepada orang yang berkedudukan lebih tinggi
Susunan dalam masyarakat berdasarkan status dan tanggungjawab kepada keluarga
Terdapat satu sistem moral yang sangat penting dikenali sebagai Lima Jenis Perhubungan (Wu Lun)
Ketaatan anak Penghormatan yang patut diberi oleh anak kepada
ibubapa Menekan kuat konsep pemujaan dan penyembahan
terhadap keluarga terutama nenek moyang yang telah meninggal dunia
Sebarang kebaikan atau keburukan yang dilakukan oleh seseorang akan merujuk kepada perbuatan dan gambaran terhadap seluruh keluarganya
Konsep Yin dan Yang Semua benda yang ada di dunia ini merupakan
gabungan unsur pasif (Yin) dan unsur aktif (Yang) Gabungan Yin dan Yang akan membawa keamanan dan
keharmonian Konsep ini menjadi teras kepada amalan masyarakat
Cina sehingga kini Yang (kuasa positif) dalam alam seperti panas matahari,
bumi dan kering, iaitu tanda2 yang melambangkan kepintaran, kekuatan dan kepimpinan
Yin (kuasa negatif) melambangkan kuasa2 negatif alam seperti sejuk, bulan dan lautan yang melambangkan sifat2 lemah, gelap dan pasif
Jen Bermatlamat membentuk seorang individu bermoral
tinggi dan sempurna Menganggap manusia mempunyai sifat baik semula jadi Manusia perlu sentiasa bersedia dan membuat
kebajikan, mempunyai perasaan empati dan persahabatan
Semua perasaan ini perlu disemai untuk tujuan menguntungkan masyarakat atau orang lain
Ajaran ini boleh dikatakan sebagai perasaan berperikemanusiaan
Chun Zhi Bermaksud manusia yang benar, manusia yang
sempurna dan manusia yang terbaik Disamakan dengan konsep insan kamil (Manusia
Sempurna) dalam agama Islam
Konsep Li Bermaksud kesopanan, budi pekerti dan pelaksanaan
upacara2 (rites) Bertujuan mewujudkan sebuah negara yang stabil,
pemerintah harus mengendalikan sistem pentadbiran berdasarkan konsep ini serta konsep Jen
Nilai Te Bermaksud persetujuan warganegara kepada nilai moral
yang merupakan prasyarat untuk menjadi anggota masyarakat
Jika pemimpinnya terdiri dari kalangan orang yang mampu mengabdikan diri secara jujur kepada kepentingan bersama dan memiliki watak dan kelakuan yang baik supaya boleh melahirkan penghormatan
KAUM INDIA
Agama Hindu ialah agama yang paling banyak dianuti oleh kaum India
Setiap penganut Hindu perlu sentiasa menyesuaikan diri untuk hidup demi masyarakatnya dan berusaha memuaskan hati nenek moyang dan tuhan-tuhannya
Sebagai balasan, Tuhan-tuhan akan menjauhkan mereka daripada penyakit dan sebarang bencana, memanjangkan usia dan membantu mereka menewaskan musuh dalam sebarang peperangan
Terdapat beberapa ciri yang terkandung dalam agama Hindu ini
Kepercayaan kepada dewa-dewa
Asas agama Hindu ialah Tuhan yang satu Namun, penjelmaan dewa menjadikan agama Hindu
sering dilihat beraliran politeisme, walaupun tidak tepat Konsep ketuhanan merangkumi elemen monoteisme
(satu tuhan), politeisme (banyak tuhan), henoteisme (struktur tuhan mengikut kekuasaan), dan panteisme (semua benda adalah tuhan)
Konsep karma dan kelahiran semula Mereka percaya bahawa kelahiran mereka ke dalam
salah satu kasta amat dipengaruhi oleh kelakuan mereka semasa dalam hayat terdahulu
Keperibadian dlam hayat yang sedang dilalui perlulah baik dan berbudi supaya mereka berada dalam kasta yang baik dalam kehidupan yang akan datang
Unsur yang menentukan kasta mana yang harus diduduki selepas kelahiran semula ialah karma
Hukum-hukum karma perlu dipatuhi untuk memastikan kebahagiaan, kemakmuran, dan usia yang panjang
Kitab-kitab Veda Kitab Veda ialah kitab yang menjadi panduan dalam
masyarakat pengamal agama Hindu Kitab-kitab ini mengandungi riwayat hidup, amalan-
amalan politik, kebudayaan, tempat, pakaian, minuman, dan sebagainya
Kitab-kitab ini juga mengandungi ramalan-ramalan tentang kedatangan seorang nabi
MASYARAKAT SARAWAK Mempunyai lebih kurang 28 kumpulan etnik peribumi Kaum majoriti di Sarawak meliputi orang Iban (Dayak
Laut), orang Melayu dan orang Melanau
Orang Iban Orang Iban tidak mempunyai agama tertentu Mereka masih berpegang kepada ajaran animisme Pegangan ini banyak dipengaruhi oleh unsur2 yang
dibawa oleh fahaman Hindu-Buddha Selepas kedatangan kuasa2 Barat, agama Kristian telah
dibawa masuk Kini, sebahagian besar masyarakat Iban beragama
Kristian
Orang Iban berpegang kuat kepada kepercayaan tradisional mereka
Contoh, kepercayaan 'miring' iaitu jampi serapah yang dilakukan atas tujuan menolak bala
Mereka sangat patuh kepada pantang larang (mali) Akan ditimpa bala atau kematian sekiranya melanggar
pantang larang Kepercayaan lain berdasarkan tafsiran mimpi Aktivit harian dipengaruhi oleh tafsiran mimpi mereka Aktiviti boleh dibatalkan sekiranya mendapat mimpi yang
tidak baik
Orang Melayu Berpegang kepada agama Islam Agama ini membentuk ciri-ciri perkampungan mereka
seperti bersatu-padu, bertatasusila, bertanggungjawab dan sebagainya
Terdapat masjid di setiap kampung yang menjadi pusat segala kegiatan keagamaan selain bersembahyang
Terdapat juga madrasah yang berperanan sebagai pusat kegiatan Islam
Mereka juga percaya kepada pantang larang tertentu Pantang larang diamalkan bertujuan memelihara
keharmonian kaum dan kampung seluruhnya
Masyarakat Melanau Asalnya merupakan pagan(tidak mempunyai agama) Kini, ramai yang beralih kepada agama Islam dan
Kristian ekoran pemerintahan Kesultanan Brunei dan kedatangan keluarga Brooke
Sebelum mereka memeluk Islam, mereka juga mempunyai kepercayaan terhadap kuasa ghaib dan kuasa luar biasa
Mereka percaya dunia ini mempunyai tiga lapisan iaitu atas, pertengahan dan bawah yang didalamnya mempunyai unsur baik dan jahat
Kuasa2 ghaib yang menjaga setiap lapisan tidak boleh diganggu
Sekiranya diganggu, masyarakat Melanau akan ditimpa penyakit atau kesusahan
Makhluk2 ini dikenalik sebagai 'jin', 'ipok', 'amok', 'tow', dan 'during'
Sekiranya makhluk ini mengamuk, khidmat dukun atau bomoh digunakan untuk memujuknya
Namun, ekoran pemodenan dan anutan Islam, kepercayaan terhadap kuasa halus semakin berkurangan
MASYARAKAT SABAH
Dikatakan mempunyai lebih daripada 32 suku kaum Masyarakat Kadazan-Dusun ialah masyarakat terbesar Asalnya mereka memegang kepercayaan animisme Sebahagian kecil daripada mereka telah memeluk
agama Islam dan Kristian Di kawasan pedalaman, ramai yang masih pagan (tiada
agama)
Masyarakat Kadazan-Dusun
Percaya kewujudan syurga dan neraka Bagi golongan pagan, mereka percaya sesiapa yang
mati, rohnya akan dibawa pergi ke Gunung Kinabalu Percaya kepada pantang larang dan tafsiran mimpi Mimpi buruk boleh mempengaruhi keputusan dalam
kehidupan mereka Mempunyai upacara pemujaan seperti 'kaamatan'(pesta
menuai)
Masyarakat Bajau
Hampir semua beragama Islam Anutan ini menjadi pegangan mereka dalam segala
aspek kehidupan Mengamalkan upacara2 agama seperti berkhatan, akad
nikah, khatam al-Quran dan lain-lain Mereka percaya kepada 'jin' iaitu sejenis makhluk yang
dianggap mempunyai kuasa luar biasa Percaya konsep 'tulah' iaitu malapetaka yang ditimpa
apabila melanggar adat atau peraturan Kepercayaan begitu semakin pupus