Post on 13-Jan-2016
description
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
BAHAGIAN A
“ Aktiviti Lakonan Murid Bagi Pemupukan Nilai Murni Dan Perpaduan Kaum : Analisis Di Pekan Pahang” Oleh Faizh Jalal & Ani Omar.
a) Nyatakan Tujuan Dan Rasional Kajian. 1
b) Pengkaji menjelaskan ‘Lakonan dan Drama’ 3
c) Dapatan Kajian 6
d) Implikasi Dapatan Kajian 9
BAHAGIAN B.
“Pemikiran Menakul Merentasi Pendidikan Moral di Sekolah Rendah” 11
BAHAGIAN C
Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Moral ( RPH ) 18
BIBLIOGRAFI
1
BAHAGIAN A
“ Aktiviti Lakonan Murid Bagi Pemupukan Nilai Murni Dan Perpaduan Kaum : Analisis Di Pekan Pahang” Oleh Faizh Jalal & Ani Omar.
a) Nyatakan Tujuan Dan Rasional Kajian.
Berlakon ialah salah satu teknik pengajaran yang digunakan dalam pembelajaran dan
pengajaran (P&P). Aktiviti lakonan menjadi lebih menarik apabila murid-murid dapat
berinteraksi dan berkomunikasi. Di samping menguji kemahiran berbahasa, murid juga
berpeluang melihat aksi rakan-rakan ketika berlakon. Selain menyeronokkan, murid-murid
juga lebih berkeyakinan ketika berhadapan dengan khalayak. Banyak faedah dan kebaikan
yang diperoleh apabila murid terlibat dalam aktiviti tersebut. Lakonan dapat memberi hiburan
dan memupuk nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, berdisiplin, berani, sabar dan
prihatin dengan persekitaran.
Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya, peradaban dan
agama kita. Antara objektifnya untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan
serta berakhlak mulia. Di samping bertanggungjawab mencapai kesejahteraan diri, murid
juga dapat memberi sumbangan kreativiti kepada masyarakat serta memperkaya bahan
kesusasteraan negara. Namun begitu, matlamat ini tidak akan dapat dicapai jika murid tidak
memberi kerjasama kerana murid perlu mencipta skrip berdasarkan prinsip Rukun Negara
yang menjadi asas dalam memupuk nilai-nilai murni dan perpaduan kaum. Dapatan kajian
ialah lakonan dapat melahirkan kecenderungan, minat serta bakat murid dalam membentuk
kemajuan negara.Amalan nilai-nilai murni dapat membentuk insan yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek. Penggunaan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dapat
membantu guru menyampaikan pengajaran dengan berkesan. Justeru rasional kajian ini
supaya murid dapat memahmai falsafah rukun negara dalam memupuk semangat jati diri,
mengamalkan nilai-nilai murid serta perpaduan kaum.
Lakonan ini membolehkan murid dapat menghayati dan mengenali sesuatu budaya
masyarakat dan dapat mengukuhkan ingatan dalam sesuatu perkara sambal dapat
meningkatkan kemahiran berbahasa. Aktiviti ini seterunya dapa membentuk bakat
kepimpinan serta bakat muri sekaligus dalat memantapkan nilai-nilai murni dalam norma
2
kehidupan. Secara umunya melalui lakonan negara ini membentuk generasi yang cinta akan
keharmonian dan perpaduan kaum.
b) Pengkaji menjelaskan ‘Lakonan dan Drama’
Pengkaji menjelaskan lakonan dan drama sebagai satu pertunjukkan atau perlakuan yang
disengajakan oleh manusia untuk berhubungan dengan manusia lain. Daya tarikan berjaya
dilakukan apabila ia mampu memikat meosi pembaca atau penonton. Ini menjelaskan bahawa
drama memerlukan sekumpulan manusia yang saling berinteraksi antara satu sama lain.
Mempunyai kepakaran dan kecekapan tertetnu untuk melakukan kegiatan tersebut. Aktiviti
berunsurkan drama, begitu bermanafaat kepada murid-murid kerana mereka akan meneroka
dan meraih pelbagai kemahiran baik secara langsung mahupun secara tidak langsung.
Sebagai contohnya, melalui aktiviti berdialog dengan menggunakan skrip, akan mengasuh
murid-murid membaca dan bertutur dengan menggunakan intonasi dan sebutan yang betul
dan jelas.
Seni drama atau teater merupakan satu cara belajar. Kanak-kanak dan remaja belajar
mengenal diri dan masyarakat melalui drama. Ini disebabkan elemen asas drama yang meniru
dan mencerminkan kehidupan induvidu serta masyarakatnya. Melalui aktiviti drama kreatif,
murid-murid dapat dibimbing berkomunikasi secara bersuara atau tanpa suara
(bodylanguage) dengan berkesan. Mereka juga boleh dilatih dengan penggunaan laras Bahasa
mengikut konteks dan situasi yang sesuai melalui aktiviti simulasi, main peranan dan
improvisasi. Di samping itu pembelajaran melalui drama akan menjadikan para pelajar
belajar dengan lebih bermakna dan menyeronokkan.
Drama merentas kurikulum, kerana ianya boleh diaplikasikan sebagai pendekatan atau
teknik pengajaran dan pembelajaran dalam semua mata pelajaran. Di samping itu,
aktivitidrama yang dilaksanakan di bilik darjah dapat menggalakkan interaksi dan kemahiran
berkomunikasi secara berkesan serta tepat. Sama seperti karya kesusasteraan yang lain,drama
sebagai teks, berperanan menyebarkan ilmu pengetahuan dan menjadi sumber rujukan
budaya masyarakat yang digambarkan. Guru boleh membimbing pelajar menghayati
kandungan teks atau skrip melalui pembacaan dan perbincangan tentang skrip yang dibaca.
Para pelajar dapat mendalami perihal manusia dan ragamnya serta memahami perilaku
manusia serta sosio budaya masyarakat melalui watak-watak yang dibina dalam skrip
tersebut.
3
Manakala melalui aktiviti gerak lakon pula, akan memupuk semangat berani tampil ke
hadapan tanpa malu dan segan, sekaligus akan menjadikan seorang murid yang bersikap
yakin diri, bertolak ansur dan seterusnya berupaya mencorakkan pembinaan personaliti diri
yang mantap. Kajian yang dilakukan oleh Faziah Sulaiman (1980) mendapati bahawa
pelaksanaan teknik drama dalam pedagogi Bahasa Melayu KBSR mampu mencapai objektif
program Bahasa Melayu melalui aktiviti lakonan, main peranan dan improvisasi. Misalnya
melalui teknik main peranan, murid-murid berupaya untuk bertutur dan mengeluarkan buah
fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbagai bentuk perhubungan. Hal ini
juga sejajar dengan pendapat Robiah Kulup Hamzah.
Hakikatnya dari segi teori, pelaksanaan teknik drama dalam amalan pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah mampu menyuburkan daya kognitif dan
kemahiran sosial murid-murid. Apa yang diharapkan agar strategi yang dirancang dengan
mengaplikasikan beberapa teknik drama mampu memberi semangat dan dimensi baru kepada
minat dan sikap murid-murid orang asli terhadap subjek BahasaMelayu khususnya dan
terhadap bidang pelajaran amnya. Sesungguhnya usaha murni
ini diharap dapat mengubah senario amalan pedagogi Bahasa Melayu ke arah yang lebih
mantap,kemas dan tersusun dalam usaha mengubah nasib masyarakat orang asli ke arah yang
lebih cemerlang dan terbilang.
Abdul Rahman Napiah (1984: 2) berpendapat: “..drama ialah bentuk karya fiksyen
atau cereka yang mementingkan dialog dan aksi watak. Sesebuah drama yang lengkap ditulis
dinamakan skrip..” Manakala Mustafa Kamal Yasin (1963: 23) pula menyatakan: “…drama
satu bentuk seni sastera untuk mempersembahkan terus perlakonan dan watak manusia
menerusi lakonan seseorang di hadapan para penonton..”. melalui aktiviti berdialog dengan
menggunakan skrip,akan mengasuh murid-murid membaca dan bertutur dengan
menggunakan intonasi dan sebutan yang betul dan jelas. Manakala melalui aktiviti gerak
lakon pula, akan
4
memupuk semangat berani tampil ke hadapan tanpa malu dan segan, sekaligus akan
menjadikan seorang murid yang bersikap yakin diri, bertolak ansur dan seterusnya berupaya
mencorakkan pembinaan personaliti diri yang mantap.
Menurut Rahman audien dalam masyarakat akan menilai drama dari dua aspek iaitu
skrip dan hasil. Drama akan dirakam dan diulang beberapa kali bagi mendaatakn adegan dan
aksi yang dikehendaki dan mengurangkan kesilapan pelakon ketika beraksi. Secara langsung
ini boleh membentuk kemahiran menakul dalam kalangan murid.
Secara umumnya drama, teater dan sketas menurut pengkaji ialah satu bentuk aktiviti
lisan yang melibatkan sekumpulan manusia saling berinteraksi. Mereka berlakon berdasarkan
bentuk perlakuan. Aksi-aksi yang dilakonkan akan mengambarkan kesenian karya, sekali gus
mengangkat martabat penulis dalam berkarya.
5
c) Dapatan Kajian
Berdasarkan kajian pertandingan drama merupakan satu cara untuk memupuk ideology
kebangsaan yang menjadi panduan mewujudkan negara yang bersatu pada dan berdaulat.
Salah satu cara untuk mengajak rakyat Malaysia da;am melaksanakan misi ini adalah
menghayat dan mengamalkan rukun negara. Kempen kepada golongan murid sekolah, remaja
dan beli dapat memacu pertumbuhan ekonomi dan menstabilkan ekonomi negara. Banyak
faedah dan kebaikan yang diperoleh apabila murid terlibat dalam aktiviti tersebut. Lakonan
dapat memberi hiburan dan memupuk nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, berdisiplin,
berani, sabar dan prihatin dengan persekitaran.
Dapatan kajian ini juga dapat memperlihatkan peranan Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKM) dahulunya
Kementerian Penerangan Malaysia amat penting bagi menggalakkan pertumbuhan minat dan
bakat berlakon murid berkembang secara terancang. Perkara ini sejajar dengan kegiatan
kokurikulum di sekolah yang bertujuan memupuk semangat perpaduan antara kaum dalam
kalangan murid Melayu, Cina, India dan juga pelbagai bangsa asing di Malaysia. Di samping
bertanggungjawab mencapai kesejahteraan diri, murid juga dapat memberi sumbangan
kreativiti kepada masyarakat serta memperkaya bahan kesusasteraan negara. Namun begitu,
matlamat ini tidak akan dapat dicapai jika murid tidak memberi kerjasama kerana murid perlu
mencipta skrip berdasarkan prinsip Rukun Negara yang menjadi asas dalam memupuk nilai-
nilai murni dan perpaduan kaum.
Dapatan kajian juga melihat kekuatan disiplin teater ini mampu menjadikan murid-murid
sekolah sebagai aste negara, perpaduan kaum dan nilai-nilai murni dapat dipupuk. Matlamat
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan dapat dicapai menerusi teras pembangunan modal
insan. Melalui teras ini system pendidkan akan melahirkan masyarakat Malaysia yang
moden, dinamij, bertatasusila lagi tekal peribadinya.
Penghasilan sebuah teater kanak-kanak atau remaja, merupakan satu usaha yang amat
bermakna kepada para pelajar. Peranan teater dalam pendidikan bukan sekadar melatih
kefasihan bertutur, kecekapan berkomunikasi, berfikir dan berketrampilan, malahan melalui
aktiviti berteater, murid boleh mempertingkatkan potensi diri dalam banyak aspek. Ini
termasuklah aspek perkembangan diri dan sosialnya. Teater merupakan seni persembahan
6
yang menggabungkan seni lakon dengan plbagai seni lain seperti seni muzik, seni tari, seni
pertukangan, seni bina, seni berbahasa dan seni yang lain. Oleh itu amat bertepatanlah, teater
menjadi medium unggul untuk menyampaikan pembelajaran secara bersepadu sebagaimana
yang diharapkan dalam pendidikan masa kini. Melalui penglibatan dalam aktiviti drama atau
teater, para pelajar digalakkan memaksimumkan semua aspek kecerdasan dalam diri mereka.
Ini bertepatan pula dengan kepelbagaian kecerdasan yang telah dimasukkan sebagai
kemahiran nilai tambah dalam pendidikan. Aktiviti teater juga merupakan aktiviti yang
berpusatkan murid, kerana proses penghasilan teater itu sendiri pasti melibatkan penyertaan
mereka secara aktif.
Analisis Peluang yang disediakan oleh Negara dalam mempupuk perpaduan kaum
menerusi konsep penerapan nilai mumi merentas kurikulum merupakan strategi utama bagi
memastikan tercapainya matlamat kesepaduan pendidikan mengikut Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, demi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek. Nilai-nilai tersebut dapat membentuk sikap dan pemikiran manusia di
mana penghayatan nilai-nilai mumi akan membolehkan seseorang itu membuat keputusan
yang wajar dan bertanggungjawab ke atas akhlak dan perilakunya (Mohd. ArifHj Ismail,
Mohd Jasmy Abd. Rahman dan Rosnaini Hj. Mahmud, 2005).
Guru secara khususnya memainkan peranan penting dan mempunyai pengaruh yang
besar di dalam menerapkan nilai-nilai mumi. Melaluinya, pelajar dididik supaya berakhlak,
berrnoral dan mengamalkan budaya hidup yang mumi. Abd Rahim Abd Rashid (200 I) juga
menjelaskan pendidikan dan persekolahan perlu memainkan peranan yang berkesan bagi
menyemai dan menanamkan nilai-nilai mumi sebagai langkah membentuk dan melahirkan
masyarakat yang mempunyai kualiti moral, sosial dan kerohanian. Tanggungjawab bagi
mendidik dan memupuk nilai-nilai mumi tidak boleh diambil ringan. Nilai-Nilai mumi perlu
menjadi agenda utama dalam pembangunan negara, pembangunan pendidikan, penggubalan
dan pelaksanaan kurikulum, polisi dan dasar pembangunan sekolah dan mencorakkan
peranan dan tanggungjawab guru.
Ancaman Dalam Persekitaran. Aktiviti lakonan membolehkan murid lebi panjang
untuk berlatih dan menghayati sesuatu drama yang menuntut pengorbanan yang besar.
Keadaan ini menyebabkan ramai ibu bapa kurang menggalakkan anak-anak mereka
menceburi bidang ini dan enggan membenarkan anak mereka melakukan pementasan
7
terutama jika membabitkan pertandingan yang besar kerana takut proses pengajaran dan
pembelajaran mereka terjejas. Beberapa faktor mungkin boleh dikaitkan dengan hal ini.
Pertamanya, tidak boleh dinafikan bahawa segala bentuk aktiviti yang dijalankan itu, lebih
menjurus kepada gaya pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar (student
oriented). Gaya pengajaran dan pembelajaran ini sudah tentu menuntut kepada penyertaan
yang menyeluruh dan penglibatan yang aktif daripada murid. Murid-murid bukan sahaja
sebagai penonton dan pendengar yang setia (hanya memasang telinga dan membuka mata),
malah akan turut serta dalam sebarang aktiviti yang dirancangkan oleh guru.
Tambahan pula dengan perancangan yang rapi dan persediaan yang baik dibuat oleh
guru, sudah tentu hasilnya tentu membanggakan. Murid seronok belajar, manakala guru
seronok mengajar. Seandainya dapat dilaksanakan dalam bilik darjah sudah pasti akan
memberi impak yang positif dalam pengajaran dan pembelajaran
8
d) Implikasi Dapatan Kajian
Lakonan tanpa skrip memerlukan penglibatan murid secara sukarela untuk membawa
sesuatu watak. Murid harus memahami jalan cerita, watak dan nilai-nilai yang ada dalam
cerita itu. Kemudian kaitkan nilai-nilai yang ada dalam kehidupan seharian.Pendidikan
(Drama Education) bermakna melatih kanak-kanak atau pelajar dengan pelbagai teknik
drama seperti lakonan, penulisan skrip, pengarahan dan apresiasi drama. Manakala Teater
dalam Pendidikan (Theatre in Education) kita sebenarnya membicarakan tentang seni atau
aktiviti drama yang diintergrasikan ke dalam pendidikan. Dalam hal ini, pendidikan
bermakna bukan sahaja pemerolehan pengetahuan, tetapi yang lebih penting ialah proses
pembelajaran dan penguasaan kemahiran, ilmu dan pembentukan sikap pelajar yang terlibat.
Melalui pelbagai aktiviti drama, pelajar yang terlibat dapat mengenal diri mereka
lebih jelas, mengenal ruang dan persekitaran, memahami rakan serta meningkatkan
keupayaan mereka dalam pelbagai aspek. Teater dalam Pendidikan membolehkan kita
melatih para pelajar menajamkan sensitiviti mereka, meningkatkan kefahaman dan amalan
terhadap nilai murni masyarakat dan budaya mereka, mananamkan jati diri bangsa, serta
memperkembangkan daya imaginasi, kreativiti, konsentrasi, yakin diri serta kemahiran
berkomunikasi. Aktiviti teater boleh berfungsi sebagai satu kaedah terapi yang membantu
pelajar mempunyai masalah emosi dan fizikal. Drama dan teater juga berperanan membentuk
insan yang seimbang dan harmoni dari segi Intelek, rohani, emosi dan jasmani. Ini amat
sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara.
Drama merentas kurikulum, kerana ianya boleh diaplikasikan sebagai pendekatan atau
teknik pengajaran dan pembelajaran dalam semua mata pelajaran. Di samping itu, aktiviti
drama yang dilaksanakan di bilik darjah dapat menggalakkan interaksi dan kemahiran
berkomunikasi secara berkesan serta tepat. Sama seperti karya kesusasteraan yang lain,
drama sebagai teks, berperanan menyebarkan ilmu pengetahuan dan menjadi sumber rujukan
budaya masyarakat yang digambarkan.
Guru boleh membimbing pelajar menghayati kandungan teks atau skrip melalui
pembacaan dan perbincangan tentang skrip yang dibaca. Para pelajar dapat mendalami
9
perihal manusia dan ragamnya serta memahami perilaku manusia serta sosio budaya
masyarakat melalui watak-watak yang dibina dalam skrip tersebut. Guru boleh membawa
pelajar meneroka pemikiran yang lebih luas dan mendalam tentang tema dan aspek-aspek lain
dalam sesebuah skrip melalui pendekatan atau kaedah yang sesuai.
Penghayatan skrip juga boleh dilaksanakan dengan aktiviti teater pembaca atau
pementasan teater. Selain itu, skrip juga boleh distrukturkan mengikut mata pelajaran
tertentu. Contohnya, untuk mengajarkan sejarah, guru boleh memilih skrip yang
mendokumentasikan kisah sejarah yang dipelajari atau membinanya sendiri bersama pelajar
dengan mengaplikasikan teknik improvisasi atau simulasi. Dasar yang digubal dalam suatu
sistem pendidikan perlu merujuk kepada asasnya iaitu falsafah pendidikan. Falsafah menjadi
teras kepadasistem pendidikan kerana terkandung pendidikan yang digunakan, ciri yang
hendak dicapai, kaedah pelaksanaan pendidikan yang akan digunakan, cirri yang hendak
dibentuk dalam diri individu yang menerima pendidikan dan liputan yang terangkum dalam
sistem pendidikan. Menurut Abdul Fatah Hasan, falsafah pendidikan merupakan suatu sistem
kepercayaan, pegangan atau prinsip am yang membincangkan pelbagai hal tentang
pendidikan dan pengajaran yang patut dilaksanakan di sekolah atau di dalam bilik darjah.
Dalam aspek pendidikan aktivit lakonan yang sesuai dapat mendidik generasi muda
dan seterusnya rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu
negara memperkembang ekonomi, perpaduan kaum dengan meningkatkan daya patriotisme
Tujuan ini dapat dicapai dengan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, bertanggungjawab dan berupayaan memberi sumbangan terhadap
kemakmuran negara. Cita-cita memperkembang ekonomi Malaysia telah menjadi salah satu
matlamat pendidika negara yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Seterusnya, faktor individu seperti potensi individu dapat dikembangkan melalui
proses pendidikan. Potensi individu ini meliputi aspek-aspek intelek rohani, emosi dan
jasmani. Perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu akan menjadi
insan yang seimbang dan harmonis. Insan yang seimbang dan
harmonis sentiasa mengamalkan sikap bersyukur, sentiasa menikmati ketenteraman jiwa
serta bersedia mengnadapi cabaran hidup dengan tenang. Cita-cita melahirkan individu yang
10
seimbang dan harmonis merupakan pernyataan utama dalam kandungan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
BAHAGIAN B.
“Pemikiran Menakul Merentasi Pendidikan Moral di Sekolah Rendah”
01. Pendahuluan
Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini, Kementerian Pelajaran telah menetapkan
pendidikan menengah diasaskan kepada konsep pendidikan sepadu (Wan Mohd Zahid Mohd
Noordin, 1993). Tegasnya, pelaksanaan KBSR dan KBSM seterusnya adalah berpandukan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia berpaksikan ketuhanan yang bertujuan untuk melahirkan
insan yang baik serta memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu. Menurut Layard (2007),
pembentukan sahsiah mestilah menjadi tujuan utama dalam setiap sistem pendidikan.
Pengembangan potensi ini akan menentukan corak manusia yang dihasilkan dan penerapan
nilai pula dapat menentukan jenis manusia tersebut. Hakikat ini adalah selaras dengan hasrat
dan penekanan Laporan Jawatan Kuasa Kabinet 1979, supaya semua pelajar di sekolah
rendah dan menengah diajar nilai-nilai murni melalui Pendidikan Moral (Wan Mohd Zahid
Mohd Noordin, 1993). Di samping itu nilai-nilai murni disisipkan melalui semua mata
pelajaran dan diperkukuhkan pula melalui kegiatan kokurikulum dan pembentukan budaya
sekolah yang positif.
1.2 Kepentingan Pendidikan Moral Terhadap Pembangunan Insan
Dalam konteks Malaysia, nilai murni telah diajar di sekolah melalui dua pendekatan, iaitu
secara integrasi merentas semua mata pelajaran dan secara khusus diajar sebagai mata
pelajaran Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral. Kedua-dua pendekatan ini telah
digunakan dengan mengambil kira Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi
penegasan kepada pembentukan sahsiah individu yang seimbang dan harmonis (Wan Hasmah
Wan Mamat, 2002). Menurut Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin (1998), “Di Malaysia,
tumpuan terhadap pendidikan nilai telah dinyatakan dengan jelas dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan sembilan cabaran dalam Wawasan 2020.”
Cabaran ini menjadi tanggungjawab sekolah secara langsung khususnya dengan
pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Moral. Sekolah sebagai sebuah institusi sosial
merupakan agen untuk menyalurkan nilai-nilai kemanusiaan yang mulia, diterima dan
diingini oleh masyarakat Malaysia. Oleh itu, peluang menyedari dan mengamalkan nilai-nilai
11
moral dapat dijalankan secara langsung dan tidak langsung di sekolah (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 1982).
Pendidikan Moral telah memberi perhatian kepada peningkatan keinginan insan
mencapai pengetahuan yang unggul dan kefahaman dalam pelbagai perkara yang akan
membantu mereka membuat pilihan secara bebas berdasarkan pemikiran yang berkenaan
dengan isu-isu yang melibatkan mereka (Downey & Kelly, 1982). Ini selaras dengan
matlamat kurikulum Pendidikan Moral KBSM untuk membentuk manusia yang berperibadi
mulia melalui pemupukan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988). Proses pembentukan manusia yang berperibadi
mulia adalah satu rancangan jangka panjang yang memerlukan pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang praktikal. Ia memerlukan strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran berkesan untuk mencapai objektif-objektif seperti berikut; 1. Memperkukuh
dan mempertingkat amalan, tabiat dan tingkah laku yang selaras dengan sikap dan nilai moral
yang diperoleh pada peringkat sekolah rendah. 2. Menyedari, memahami dan menghayati
norma dan nilai murni masyarakat Malaysia. 3. Membentuk pemikiran yang rasional
berasaskan prinsip-prinsip moral.
Pendidikan Moral juga memainkan peranan penting dalam merealisasikan matlamat
pendidikan dan sebagai wardah untuk mencapai hasrat negara. Mata pelajaran ini merupakan
satu subjek yang penting di sekolah dalam melahirkan generasi yang berilmu, berdisiplin dan
berwawasan. Tambahan pula, dalam usaha melahirkan insan yang bermoral, peranan Guru
Pendidikan Moral memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan pelajarannya
dengan berkesan dan menjadi contoh (role model) kepada para pelajarnya. Dalam
penghidupan (sosialisasi), seseorang individu perlu melalui berbagai proses perkembangan
sehingga mencapai kematangan. Salah satu proses yang dialami ialah proses perkembangan
moral. Antara lain, proses sosialisasi pelajar akan mempengaruhi pemikiran, emosi dan
tingkah laku di mana akan memberi perubahan besar dalam kehidupan mereka.
Walaupun pelajar diajar secara langsung (delibrate) cara-cara tingkah laku, sikap-
sikap dan nilai-nilai yang baik di rumah dan di sekolah, tingkah laku, sikap dan nilai
kumpulan dalam masyarakat yang lain secara tidak langsung juga akan dipelajari oleh pelajar
hasil daripada tingkah laku atau perbuatan-perbuatan orang-orang dewasa di sekitarnya.
Ramai ahli sosiologi berpendapat bahawa kita tidak dilahirkan sebagai manusia, tetapi kita
menjadi manusia melalui proses interaksi atau sosialisasi. Sosialisasi mengubah organisme
bilogikal kepada insan sosial. Melalui sosialisasilah seseorang belajar isi kandung
12
kebudayaannya. Melalui sosialisasilah kebudayaan manusia dapat dipindahkan daripada satu
generasi kepada generasi yang lain.
Justeru, kepentingan proses sosialisasi pelajar di sekolah terutama dalam mempengaruhi
pemikiran, emosi dan tingkah laku mereka memang tidak dinafikan lagi. Oleh sebab itu,
mengikut sukatan pelajaran Pendidikan Moral (Pusat Perkembangan Kurikulum 1988),
penaakulan moral merupakan hasil yang penting dalam pengajaran Pendidikan Moral.
1.3 Definisi Pemikiran
Pemikiran merupakan proses yang menggunakan akal untuk menyelesaikan masalah. Proses
ini melibatkan aktiviti-aktiviti menyusun idea-idea atau perkara-perkara yang tersembunyi,
membuat kesimpulan untuk mendapatkan ilmu atau kemahiran baru yang boleh digunakan
untuk menyelesaikan masalah yang kian mencabar. Ringkasnya, pemikiran boleh diertikan
sebagai proses penyusunan maklumat, konsep atau idea yang berkaitan dengan melibatkan
penggunaan pandangan, gambaran, simbol, perkataan, akal dan rangsangan atau dorongan
yang tersembunyi.
Menurut Edward de Bono (1976), kemahiran berfikir dapat dikaitkan dengan
pemikiran lateral yang membawa maksud bukan sahaja menyelesaikan masalah, tetapi juga
melihat perkara itu berdasarkan pelbagai perspektif bagi tujuan menyelesaikan masalah .Bagi
Mayer (1977) pula, pemikiran adalah pengelolaan operasi-operasi mental tertentu yang
berlaku dalam minda atau sistem kognitif bagi tujuan menyelesaikan masalah.
Leming (1989), mendefinisikan pemikiran sebagai proses luar biasa yang digunakan
dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Gagasan ini juga mempunyai
persamaan dengan pandangan Marzano (1970) yang melihat pemikiran sebagai proses
menyelesaikan masalah dan perlakuan semula jadi yang kompleks.
1.4 Kemahiran Menakul
Kemahiran menaakul adalah salah satu daripada empat kemahiran teras dalam Kurikulum
Sepadu Sekolah Rendah KSSR selain daripada kemahiran membaca, menulis dan mengira.
Menaakul adalah proses membuat pertimbangan logik berasaskan faktor sebab dan akibat
seperti yang dinyatakan di dalam Kamus Dewan. Menaakul adalah proses semula jadi
13
minda manusia yang sentiasa memerhati dan akhirnya menilai pro dan kontranya sesuatu
subjek yang berada dalam penilaian mereka. Para sarjana mengungkapkan penaakulan itu
adalah proses kognitif sebab musabab terjadinya peristiwa atau perkara berasaskan
maklumat-maklumat seperti data dan fakta. Kemahiran menakul biasanya digunakan dalam
proses menyelesaikan masalah dan ia merujuk kepada kebolehan kognitif seseorang yang
melibatkan pemikiran secara sistematik dan abstrak. Penaakulan moral bermaksud proses
seseorang individu mencapai keputusan tentang apa yang patut dilakukan dalam sesuatu
dilema moral (Rest 1976). Kajian ini menggunakan definisi yang diutarakan oleh Gibbs,
Basinger dan Fuller (1992). Mereka telah mendefinisikan penaakulan moral sebagai sebab-
sebab atau justifikasi yang dipegang oleh individu untuk menghasilkan sesuatu keputusan
moral. Mengikut sukatan pelajaran Pendidikan Moral (Pusat Perkembangan Kurikulum
1988 ), penaakulan moral merupakan hasil yang penting dalam pengajaran Pendidikan Moral.
Pengetahuan Moral yang diuji di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia untuk pelajar tingkatan 5
juga adalah berasaskan penilaian penaakulan moral (Jeevajothi 1997).
Kohlberg (1975) mengatakan bahawa penaakulan moral bukan sahaja merupakan
salah satu faktor yang menggerakkan tingkah laku moral tetapi penaakulan moral juga adalah
faktor paling penting yang pernah dikaji dan terbukti dapat menggerakkan tingkah laku
moral. Kohlberg membicarakan bahawa bagaimana individu boleh bertingkah laku moral
jika dia tidak faham dan tidak berfikir tenang sebab kenapa dia patut bertingkah laku
sebegini.
Antara lain, Kohlberg (1975) telah menyokong pendiriannya dengan dapatan berikut.
Beliau dan Krebs mendapati bahawa hanya 15% subjek kajian yang beroperasi di tingkat
poskonvensional meniru dalam sesuatu peperiksaan berbanding dengan 55% subjek kajian
yang beroperasi di tingkat konvensional dan 70% subjek yang beroperasi di tingkat
prakonvensional. Ini bermaksud, semakin tinggi tingkat penaakulan moral individu, semakin
tinggi kemungkinan dia bertingkah laku moral.
Dalam perkembangan yang sama, Blasi membuat rumusan tentang 72 kajian yang mengkaji
hubungan antara penaakulan moral, masalah delinkuen dan ciri-ciri yang berkaitan dengan
delinkuen (Kitwood 1990). Beliau mendapati bahawa tingkah laku moral adalah berkait
dengan penaakulan moral. Misalnya subjek delinkuen menaakul di tingkat yang lebih
rendah.
14
02. Kemahiran Menakul Merentasi Pendidikan Moral Di Sekolah Rendah
Menaakul adalah proses semula jadi minda manusia yang sentiasa memerhati dan akhirnya
menilai pro dan kontranya sesuatu subjek yang berada dalam penilaian mereka. Para sarjana
mengungkapkan penaakulan itu adalah proses kognitif sebab musabab terjadinya peristiwa
atau perkara berasaskan maklumat-maklumat seperti data dan fakta. Berdasarkan maklumat-
maklumat itu kemudiannya masalah diselesaikan secara literal. Ia juga sedikit sebanyak
melibatkan proses membuat keputusan di dalam kehidupan seharian berpaksikan logik akal
dan sandaran kepada impaknya keputusan. Menaakul, membantu murid-murid membuat
inferens berdasarkan kemahiran memahami faktor sebab dan akibat.
Kemahiran menaakul menggalakkan murid-murid meneroka dan mengembara ke
alam akal fikir secara tuntas untuk menjana idea baru apabila berhadapan dengan risiko. Ia
memerlukan mereka berfikir secara teliti dan fleksibel. Kemahiran menaakul memerlukan
minda yang stabil dan berasaskankan faktor-faktor seperti berfikiran kritis, kreatif dan
inovatif, berani dan bijak menyoal, ghairah dengan rasa ingin tahu, mempunyai inisiatif
berfikir sendiri dan fleksibel, saling bekerjasama, sanggup mengambil risiko, berpandangan
jauh dan bijak membuat bandingan. Pada asasnya, menaakul adalah sebahagian daripada
proses berfikir. Takah-takah berfikir seperti berfikir secara kreatif dan kritis adalah
penyumbang kepada gerak kerja penaakulan untuk menentukan logik dan rasionalnya sesuatu
perkara. Akhirnya ia akan membuahkan strategi berfikir iaitu konsep mengkonsepkan atau
menumpu kepada titik tumpu masalah, menyelesai dan membuat keputusan.
Guru-guru perlu lebih kreatif dalam memberikan aktiviti-aktiviti yang lebih mencabar
kepada pelajar sebagai asas dalam melahirkan pelajar yang mampu membuat penaakulan
secara logik dan sistematik yang mana akhirnya mereka mampu bersaing dalam dunia
pekerjaan yang semakin mencabar. Pemikiran secara kritikal sperti menjalankan kajia,
membuat hubung kait dan menilai segala aspek permasaalahan dari pelbagai situasi adalah
amat perlu bagi melahirkan pelajar yang berfikiran aras tinggi.
Setiap pelajar mempunyai potensi kearah pemikiran aras tinggi dan kemahiran
menaakul merupakan satu asas dalam mengembangkan potensi tersebut terutamanya dalam
matematik. Untuk menjadikan pelajar itu lebih yakin dan mampu menjana idea pembelajaran
sendiri, mereka perlu berkembang dalam kebolehan berfikir secara logic dan bertindak
dengan lebih kreatif. Untuk membekalkan situasi pembelajaran berkenaan berlaku, adalah
15
penting penekanan diberikan kepada kemahiran menaakul dalam apa jua aktiviti
pembelajaran yang dijalankan.
Dr . Zailah Zainudin, IPG Kampus Raja Melewar menerangkan Kemahiran Menakul adalah
seperti berikut:
Pemahaman dan penguasaan kemahiran kritis, kemahiran kreatif dan strategi berfikir akan menjadi lebih mudah sekirannya seseorang individu berkebolehan membuat penaakulan secara induktif dan deduktif. Melalui penaakulan secara induktif seseorang boleh membuat satu kesimpulan atau pengitlakan, manakala penaakulan secara deduktif seseorang boleh membuat pertimbangan dari satu situasi umum ke beberapa contoh atau situasi yang spesifik. Kemahiran menaakul ini bertindak sebagai pelincir semasa menggunakan kemahiran kritis, kreatif dan startegi berfikir.
Definisi Membuat Penaakulan Kemahiran membuat pertimbangan secara logik, rasional, adil
dan saksama. Kemahiran digunakan untuk Meningkatkan keberkesanan:
(i) Membuat interpretasi, analisis, sintesis, penilaian, pengitlakan dan kesimpulan.
(ii) Membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Kemahiran menakul di peringkat sekolah yang diterapkan oleh guru, akan dapat
mengelakkan diri pelajar daripada terjebak dalam pelbagai pengaruh negatif luar yang tidak
memberikan apa-apa faedah dan manfaat. Bekas Perdana Menteri, Tun Sri Dr. Mahathir
Mohamad memperkenalkan subjek Pendidikan Moral di peringkat sekolah rendah dan
sekolah menengah adalah bertujuan memupuk nilai-nilai murni remaja sejak di bangku
sekolah. Hal ini demikian kerana negara memerlukan generasi yang berpengetahuan,
berwibawa dan berwawasan, berdisiplin, hemah tinggi, dedikasi, berfikiran luas serta positif.
Guru-guru dan keadaan sekolah yang kondusif boleh membantu para pelajar untuk
mewujudkan nilai murni dalam diri mereka. Kewujudan nilai-nilai murni ini dapat
melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi juga bidang
kokurikulum. Sebagai contohnya, guru-guru yang menunjukkan sikap positif boleh menjadi
role model kepada para pelajar. Tambahan pula, keadaan sekolah yang kondusif dan lengkap
dengan kemudahan pembelajaran dapat memudahkan para pelajar belajar dan seterusnya
dapat memupuk sikap pasif dalam diri mereka. Begitulah caranya sekolah dapat membantu
para pelajarnya menjadi seorang yang memiliki nila-nilai murni dalam diri mereka.
16
Selaras dengan kepentingan Perkembangan Moral mengikut skema Kohlberg (1975)
mengatakan bahawa penaakulan moral bukan sahaja merupakan salah satu faktor yang
menggerakkan tingkah laku moral tetapi penaakulan moral juga adalah faktor paling penting
yang pernah dikaji dan terbukti dapat menggerakkan tingkah laku moral. Kohlberg
membicarakan bahawa bagaimana individu boleh bertingkah laku moral jika dia tidak faham
dan tidak berfikir tenang sebab kenapa dia patut bertingkah laku sebegini. Justeru, Guru
Pendidikan Moral harus bersedia mengajar nilai-nilai moral sekaligus memperkembangkan
pengetahuan moral pelajar agar mencapai matlamat untuk melahirkan individu yang bermoral
tinggi. Tambahan Loganathan (1995) penaakulan moral yang matang adalah penting kerana
pemikiran yang rasional memudahkan pembelajaran dan penerapan nilai-nilai murni dalam
kalangan remaja di sekolah.
Selain itu, Guru Pendidikan Moral haruslah bertanggungjawab menyalurkan objektif-
objektif seiring dengan penerapan nilai-nilai murni Pendidikan Moral dalam kalangan murid.
Di bawah rancangan KBSR dan KBSM, nilai-nilai murni diterapkan bukan sahaja dalam
mata muridan Pendidikan Moral tetapi juga dalam semua mata muridan yang lain.Selaras
dengan Falsafah Pedidikan Kebangsaan, KBSR dan KBSM digubal berdasarkan kepada
prinsip kesepaduan unsur-unsur yang membolehkan potensi individu berkembang secara
menyeluru dan seimbang. Justeru itu, bagi mencapai matlamat Pendidikan Kebangsaan,
murid-murid sekolah akan diberi peluang menghayati nilai-nilai murni serta
mengamalkannya dalam kehidupan seharian mereka. Keadaan ini sejajar dengan perkembang
moral kognitif murid berkenaan dengan ‘pertimbangan moral’ (moral judgement) Kohlberg
(1987) dalam Chang Lee Hoon (2005) yang mengklasifikasikan terdapatnya tiga ciri
pertimbangan moral bagi golongan murid iaitu (i) pertimbangan tentang nilai bukan fakta (ii)
pertimbangan sosial yang melibatkan pertimbangan tentang manusia dan (iii) pertimbangan
normatif atau preskriptif, pertimbangan tentang patut, hak dan tanggungjawab dan bukan
pertimbangan nilai tentang kecenderungan sendiri.
Sejajar dengan tanggungjawab besar para guru seperti yang terkandung dalam Etika
Profesion Perguruan (EPP), Guru Pendidikan Moral juga tidak lepas daripada tanggungjawab
ini. Ikrar dalam EPP, ‘.... dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing
anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima
tatasusila berikut sebagai panduan’ (Yahya Buntat, et.al, 2003). Dengan menjalankan tugas
penuh dedikasi sebagai seorang pendidik, adalah diharapkan bahawa matlamat pendidikan
kebangsaan dapat dicapai bagi menghasilkan murid-murid yang bertanggungjawab dan
17
mempunyai akhlak yang bermoal tinggi serta mulia. Adalah diharapkan juga para murid
menolak sikap devian mereka agar tidak terlibat dalaam gejala vandalisme di tempat awam
ataupun sekolah.
18
BAHAGIAN C
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN MORAL ( RPH )
Mata Pelajaran : Pendidikan Moral
Tahun : 4
Tarikh : 30 Julai 2015
Hari : Isnin
Masa : 8.00 pagi – 9.00 pagi
Jangka Masa : 1 jam (60 minit)
Bilangan murid : 21 orang
Bidang : Nilai berkaitan dengan perkembangan diri
Nilai : Kepercayaan kepada Tuhan
Tajuk : Menghormati agama lain
Pengetahuan sedia ada : Murid telah mempelajari tentang pegangan agama masing-
masing.
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
Kognitif
i. Menyenaraikan 5 cara menghormati sahabat
ii. menjawab 3 soalan berdasarkan temuramah
Afektif
i. Menghargai kedamaian kaum di Malaysia
ii. Menghormati guru dan rakan sekelas
Perlakuan
i. Menghormati agma-agama yang terdapat di Malaysia
ii. menjaga nama baik diri sendiri
19
Gabungjalin : Muzik, Pendidikan Islam
Unsur KBKK : Membuat Inferens
Pendekatan : Pendekatan perkembangan nilai kognitif dan pembelajaran koperatif.
Strategi : Pemusatan murid dan bahan
: Gambar, Lagu Hari Raya, Tahun Baru Cina dan
Deepavali, Video Hari Raya, Tahun Baru Cina dan
Deepavali, kertas manila.
20
LANGKAH
ISI
PELAJARAN AKTIVITI GURU AKTIVITI MURID CATATAN
Set Induksi
(10 minit)
Sambutan perayaan pelbagai kaum di Malaysia.
Guru menayangkan video tiga sambutan perayaan utama di Malaysia.
a. Agama apakah yang dianuti dalam video tersebut?
b. Mengapakah kita perlu menghormati agama-agama di Malaysia?
c. Bagaimanakah cara untuk menghormati agama lain?
Guru mengaitkan video dengan tajuk pelajaran yang akan diajarkan.
Murid menonton video dan cuba memahami kandungan video yang ditonton.
Murid memahami hubungan video tersebut dengan tajuk yang akan diajar oleh guru.
BBM
Video
Langkah 1
(15 minit)
Agama dan tempat ibadat
Guru meminta beberapa orang murid daripada pelbagai kaum untuk menceritakan agama masing-masing dan tempat ibadat serta perayaan.
a. Mengapa manusia memerlukan agama dalam hidup?
b. Mengapa perlu menyambut
Murid mendengar dan mencatat isi penting daripada apa yang diceritakan oleh rakan.
BBM
Muzik latar iaitu lagu Hari Raya, Tahun Baru Cina dan Deepavali.
21
perayaan?
Guru membuat kesimpulan daripada jawapan pelajar dan menerangkan 3 anutan agama yang utama di Malaysia dan tempat ibadat bagi agama tersebut.
Soal jawab dari murid jika kurang faham dan membuat catatan hasil daripada penerangan guru.
Langkah 2
(20 minit)
Gambar-gambar yang berkaitan dengan agama dan tempat ibadat.
G Gambar berkaitan pakaian tradisi setiap kaum.
Guru meletakkan gambar-gambar yang berkaitan dengan mencampur-campurkan gambar tersebut.
Murid dibahagikan kepada lima kumpulan dan wakil setiap kumpulan dikehendaki mengambil kad gambar tersebut dengan memadankan pada sudut papan hitam.
Murid dikehendaki mencantumkan gambar pakaian tradisi kaum berdasarkan jigsaw puzzle
BBM
Gambar rumah ibadat, pakaian tradisi setiap kaum.
Langkah 3
(10 minit)
Kepentingan menghormati agama orang lain
Guru menerangkan kebaikan menghormati agama orang lain dalam konteks negara Malaysia yang pelbagai kaum.
Murid diminta memberikan pendapat masing-masing daripada aktiviti yang dijalankan.
Contoh jawapan
1.toleransi
2.menghormati
3.bersaupadu
Penerangan
Bersoal jawab
22
Penutup
(5 minit)
Rumusan.
Video lagu Hari Raya.
Aktiviti mewarna.
Guru meminta wakil murid membuat rumusan mengenai kepentingan menghormati agama lain
Guru mengajak murid menyanyikan lagu tersebut.
Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan dan mengedarkan kertas manila pelbagai warna.
Kad terbaik akan dipaparkan di papan kenyataan di dalam kelas.
Murid membuat rumusan secara ringkas dan padat mengenai kepentingan menghormati agama lain
Murid menyanyikan lagu tersebut dengan edaran lirik lagu oleh guru.
Murid mencipta kad ucapan Selamat Hari Raya untuk keluarga mereka dan menyiapkan di rumah masing-masing.
Rumusan murid
BBM
Video
BBM
Edaran kertas manila
23
BIBLIOGRAFI
Abdul Karim Abdullah (1983). Teaching of moral education in secondary school inMalaysia. Tesis Sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan. Ohio University.
Abdullah Ahmad Badawi (2007). Pelan induk pembangunan pendidikan 2006-2010 EdisiPelancaran Kata alu-aluan Perdana Menteri Malaysia. [on-line].Didapati:http://www.moe.gov.my/pusat jab pdf/2006/pip.
Abdul Rahim Tahir (2001). Ke arah pembangunan profesionalisme keguruan. KertasKerja yang dibentangkan dalam Seminar Penyelidikan Pendidikan 2001 diMaktab Perguruan Kota Bharu, Kelantan.
Abdul Rahman Md. Aroff (1986). Pengenalan pendidikan moral: Siri pendidikan fajarbakti. Petaling Jaya: Fajar Bakti.
Abdul Rahman Md. Aroff., & Chang Lee Hoon (1994). Pendidikan moral. PetalingJaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Abd. Rafie Mahat (2001). Pendidikan moral dalam dunia globalisasi: Ke arah masadepan di Malaysia. Ucap utama dalam Persidangan Kebangsaan Pendidikan
24
LEMBARAN KERJA PENDIDIKAN MORAL
PERAYAAN DI MALAYSIA
Sesungguhnya Malaysia kaya dengan tradisi-tradisi bagi kaum masing-masing. Di Malaysia
terdapat 3 kaum utama iaitu kaum melayu, cina, dan india. Dari kaum-kaum tersebut, mereka
mempunyai perayaan mereka tersendiri seperti kaum melayu meraikan perayaan Aidilfitri dan Aidiladha. Bagi kaum cina pula mereka akan
meraikan perayaan Tahun Baru Cina. Manakala kaum india pula akan meraikan perayaan
Deepavali. Selain itu juga dari perayaan yang kita dapat lihat tadi, mereka mempunyai makanan
dan pakaian yang tersendiri ketika meraikan hari perayaan tersebut.
Antara makanan bagi perayaan Aidilfitri & Aidiladha ...
Ketupat palas, lemang dan rendang ..
25
Biskut Raya
Dodol
Biskut Raya
26
Ketupat
Biskut Raya
Antara makanan untuk Perayaan Tahun Baru Cina
27
Buah Limau
Kuih Bulan
Yee Sang
Antara makanan bagi Perayaan Deepavali
28
Muruku
Laddhu
29
Tosei
Seterusnya pakaian mereka juga melambangkan jenis-jenis perayaan mereka..
Antara pakaiannya ialah ..
DEEPAVALI
30
TAHUN BARU CINA
HARI RAYA AIDILFITRI
31
32