Post on 11-Nov-2014
description
KARANGAN NARATIF
PENULISAN PENDAHULUA
N YANG MENARIK
Kenapa permulaan karangan penting?
• Untuk menarik minat pembaca
• Dapat menimbulkan tanda tanya dan suspens
• Supaya pembaca akan meneruskan pembacaan
Teknik yang sering digunakan…
• Teknik imbas kembali- Digunakan untuk menerangkan
tentang apa yang berlaku dahulu- watak utama melihat sesuatu perkara yang mengingatkan dia akan peristiwa tersebut
Teknik baharu menulis perenggan pendahuluan?
Sila tonton klip-klip video yang berikut…
Klip 1 Klip 2
Teknik penulisan yang akan dipelajari?
• Penggunaan dialog
• Penggunaan monolog
Apa itu dialog?• Pertuturan antara watak (dua atau lebih)
dalam karangan naratif.
• Dialog juga boleh mengandungi soal jawab, pernyataan fikiran, perasaan, pendapat dan lain-lain lagi.
• Penting kerana ia mengandungi maklumat, penerangan dan boleh membantu perkembangan cerita.
• Namun, dialog mesti mempunyai tujuan.
Contoh Penggunaan Dialog
“Malik, sudah lama tunggu?” tanya Iskandar yang seperti lipas kudung tergesa-gesa mendapatkan kawannya.“Janji pukul 9 pagi, sekarang sudah 9.20 pagi. Nyaris-nyaris, aku hendak tinggalkan tempat ini,” kata Malik geram. Benih-benih kemarahan jelas kelihatan di raut wajahnya.“Aku jumpa sesuatu yang ajaib, kau tahu.”“Apa dia?”“Batu hikmat.”
Apa itu monolog?• Pertuturan kepada diri sendiri
• Boleh disuarakan atau diucapkan dalam hati
• Tidak ditujukan kepada orang lain
• Tidak memerlukan reaksi ataupun jawapan daripada orang lain
• Tujuan Monolog = keluhan = rintihan
Contoh Penggunaan Monolog
• Monolog (disuarakan)“Sabarlah ayah, emak. Hajat ayah dan emak mahu nenek hendak naik haji pasti Aris tunaikan,” bisik Aris perlahan dengan wajah yang diseliputi awan kerisauan.
• Monolog (dalaman/diucapkan dalam hati)“Inilah agaknya erti kasih antara anak dan ibu,” detak hati kecil Rina. Tanpa disedarinya, air matanya mengalir di pipinya yang gebu.
Kerja Berkumpula
n
Arahan Untuk Kerja Kumpulan
1) Baca petikan pendek yang diberi2) Kenal pasti perkara penting mengenai
cerita tersebut 3) Bina dialog/monolog berdasarkan
perkara penting itu 4) Rujuk kepada rubrik untuk melihat sama
ada kamu menjawab mengikutkehendak soalan
Kerja Berkumpula
n15 min
Pembentangan Kumpulan
Apa yang sudah dipelajari
•
•Menggunakan pendekatan yang berbeza untuk memulakan karangan•Mengenal pasti ciri-ciri dialog dan monolog•Cara menggunakan dialog dan monolog untuk perenggan pendahuluan
Tugasan
Kamu dikehendaki membuat perenggan pendahuluan dengan
menggunakan dialog dan monolog. Baca soalan dengan teliti dan rujuk kepada rubrik untuk memastikan dialog dan monolog yang dibina
menepati kehendak soalan.
Selamat menulis!