Post on 29-May-2019
PEMBANGUNAN RUANGAN KESENIAN DAN ISU SEMASA MATEMATIK DALAM MAJALAH WEB DINAMIK ’DUNIA MATEMATIK’
MOHD KHAIRIL ANUAR B MOHD ADNAN
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PEMBANGUNAN RUANGAN KESENIAN DAN ISU
SEMASA MATEMATIK DALAM MAJALAH WEB
DINAMIK ’DUNIA MATEMATIK’
SESI PENGAJIAN : 2008/2009
Saya : MOHD KHAIRIL ANUAR B MOHD ADNAN
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian mereka. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/
badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD Disahkan oleh
____________________________________ _______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : POS 179, KG PT TUNGGUL, PROF MADYA DR. ZALEHA ISMAIL JLN MUAR-BP, PT JAWA
84150, MUAR, JOHOR
Tarikh : 6 MEI 2009 Tarikh : 6 MEI 2009
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah san Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
(NAMA PENYELIA)
PENGAKUAN
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik)”
Tandatangan :
Nama Penyelia : PM Dr Zaleha Binti Ismail
Tarikh : 6 MEI 2009
PEMBANGUNAN RUANGAN KESENIAN DAN ISU SEMASA MATEMATIK DALAM MAJALAH WEB DINAMIK ’DUNIA
MATEMATIK’
MOHD KHAIRIL ANUAR B MOHD ADNAN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April 2009
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan :
Nama Penulis : Mohd Khairil Anuar b Mohd Adnan
Tarikh : 6 MEI 2009
DEDIKASI
TERISTIMEWA BUAT,
Patimah bte Sujak, Ibu yang amat Disayangi dan Dikasihi,
Adik-beradik Tersayang,
Segala Doa, Pengorbanan, Dorongan, Kesabaran Serta Kasih Sayang
Dari Kalian Amatlah Ku Sanjungi dan Ku Hargai…
KHAS BUAT,
Pembimbing yang dikasihi,
Segala bimbingan, Tunjuk Ajar dan Jasamu Tidak akan Ku Lupai …..
Teman-teman Seperjuangan
khasnya
Arinah bte Zaidan
Terima Kasih yang teramat
Di atas Sokongan dan Semangat yang diberi disepanjang Perkenalan.
Tanpamu segalanya tidak akan sempurna.
iv
PENGHARGAAN
Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang dan buat
junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Syukur Alhamdullilah kerana dengan
kudrat yang diberiNYA dapat saya menyiapkan projek ini. Segalanya adalah
keranaNYA.
Sekalung penghargaan buat penyelia yang dihormati, PM Dr Zaleha Binti
Ismail dan Encik Mohd Khalid b Kasmin yang telah banyak memberikan tunjuk ajar
dan sokongan bagi menyelesaikan projek ini. Segala dorongan, ilmu dan nasihat
yang diberikan banyak membantu dan sentiasa menjadi pedoman.
Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada keluarga tercinta serta rakan-
rakan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung diatas kerjasama yang
diberikan. Jasa kalian amat dihargai.
Wassalam.
v
ABSTRAK
Pandangan tentang matematik tercemar berikutan cara ia diajar disekolah.
Sistem persekolahan zaman sekarang berasaskan peperiksaan dimana pembelajaran
terlalu menumpukan kepada perkiraan dan penggunaan rumus manakala kaedah
pembelajaran terbatas kepada latih tubi. Oleh itu, pelajar mempunyai sikap yang
negatif terhadap matematik. Dalam realiti, matematik merupakan ilmu yang sangat
berguna untuk menjalani kehidupan seharian, menarik dan menyeronokkan. Dengan
mengaplikasikan teknologi e-pembelajaran, Dunia Matematik bertujuan untuk
mendedahkan sifat matematik sebenar menjangkaui matematik di bilik darjah kepada
masyarakat Malaysia terutamanya pendidik, pelajar serta ibu bapa. Ia menekankan
pembelajaran terbuka, pembelajaran kendiri dan pembelajaran kolaboratif dimana ia
membenarkan pelajar untuk belajar secara sendiri selain berinteraksi dengan objek
pembelajaran, guru dan rakan sebaya. Ruangan menu utama menonjolkan artikel
berkaitan matematik manakala ruangan menu aktiviti menonjolkan permainan
interaktif, kuiz atas talian dan soal selidik. Ruangan e-forum, komen dan
penghantaran artikel membenarkan pengguna berinteraksi dengan komuniti majalah
ini. Projek ini dibangunkan menggunakan sistem pengurusan kandungan Joomla dan
sistem pengurusan kursus Moodle dimana kedua-duanya merupakan perisian sumber
terbuka. Penulisan ini hanya menumpukan kepada ruangan Isu Semasa dan
Kesenian. Ruangan kesenian menerangkan tentang kesenian yang terdapat dalam
matematik, antaranya ketinggian menara, rekaan duit, jenaka dalam matematik, dan
keajaiban nombor. Manakala Isu Semasa pula menghuraikan tentang isu-isu yang
mempunyai perkaitan dengan matematik, antaranya isu PPSMI, harga minyak, dan
juga hiburan dalam matematik. Persekitaran pembelajaran dimantapkan dengan
grafik, audio dan video. Oleh itu, diharapkan kewujudan Dunia Matematik dapat
menerapkan sikap positif dan penghargaan terhadap matematik dalam komuniti
Malaysia.
vi
ABSTRACT
The view about mathematics is distorted due to the way it is presented in
schools. Our schools have been exam oriented such that mathematics is considered
simply doing calculations and applying formulas in drill and practice setting.
Consequently, students have negative attitudes towards mathematics. In reality,
mathematics is useful in any walk of life, interesting and fun. Dunia Matematik is a
dynamic mathematics web magazine that applies e-learning technology as a means to
expose Malaysians, particularly, educators, learners and parents to the true nature of
mathematics beyond the classroom mathematics. It emphasizes on open learning,
independent learning and collaborative learning as it allows learners to learn
individually as well as through interactions with the learning objects, teachers and
peers. The main menu section features articles of current interest while the activity
features hands-on games, and online quizzes and survey. The e-forum, comment box
and article submission corner allow users to interact within the web magazine
community. This project runs on content management system Joomla and course
management system Moodle which are both open sourced. This writing is focused on
only two sections which are Isu Semasa dan Kesenian. The Kesenian section
describes the beauty of mathematics such as tower, money design, mathematical
humor and the magic number. while the Isu Semasa section describe on issues
related to mathematics such as PPSMI, world’s oil price and entertainment in
mathematics. The learning environment is enriched with graphic, audio and also
video. Finally it is hoped that the presence of Dunia Matematik will instill positive
attitude and appreciation towards mathematics in our community.
vii
SENARAI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
PENGAKUAN PELAJAR ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Projek 8
1.5 Kepentingan Projek 8
1.5.1 Pelajar 8
1.5.2 Guru 9
viii
1.5.3 Sekolah 9
1.5.4 Ibu bapa dan Masyarakat 9
1.6 Skop Dan Batasan Projek 10
1.7 Kerangka Teori Projek 11
1.8 Definisi Istilah 11
1.8.1 Pelajar 11
1.8.2 Majalah Web Matematik 13
1.8.3 Penggunaan 13
1.8.4 e-Pembelajaran 13
1.8.5 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) 13
1.8.6 Internet 14
1.8.7 Laman Web 14
1.8.8 Pengajaran 14
1.8.9 Kesenian 15
1.8.10 Pentaksiran 15
1.9 Penutup 16
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 17
2.2 Sikap Terhadap Matematik 18
2.3 E-Pembelajaran 19
2.3.1 Kelebihan E-Pembelajaran 21
2.3.2 Kelemahan E-Pembelajaran 23
2.4 Laman Web Matematik yang Lain 24
2.4.1 www.math.com (math.com) 24
2.4.2 www.mathematicsmagazine.com (mathmag) 25
2.4.3 +plus Math 26
2.5 Sosial Konstruktivism 29
2.6 Kesenian Matematik 30
2.7 Isu Semasa 30
2.8 Perisian Sumber Terbuka 31
2.8.1 Kelebihan Perisian Sumber Terbuka 33
ix
2.9 Joomla 34
2.9.1 Kelebihan Joomla! 35
2.10 Penutup 36
BAB 3 PROSEDUR PEMBANGUNAN
3.1 Pengenalan 37
3.2 Kaedah Pelaksanaan 37
3.2.1 Fasa Analisis (Analysis) 38
3.2.1.1 Kumpulan Sasaran 39
3.2.1.2 Topik 40
3.2.1.3 Strategi 41
3.2.2 Fasa Rekabentuk (Design) 41
3.2.3 Fasa Pembangunan (Development) 42
3.2.3.1 Pengurusan Media (Media Manager) 44
3.2.3.2 Pengurusan Seksyen (Section Manager) 46
3.2.3.3 Pengurusan Kategori (Category Manager) 48
3.2.3.4 Penulisan Artikel (Add New Article) 51
3.2.3.5 Pengurusan Pengguna (User Manager) 53
3.2.3.6 Pengurusan Menu (Menu Manager) 55
3.2.3.7 Pengurusan Bahasa (Language Manager) 57
3.2.3.8 Pengurusan Halaman Utama
(Front Page Manager) 58
3.2.3.9 Poll Manager 59
3.2.3.10 Template Manager 61
3.2.3.11 Pembangunan Bahan Kesenian Matematik 61
3.2.3.12 Pembangunan Bahan Isu Semasa dalam
Matematik 62
3.2.4 Fasa Pelaksanaan (Implementation) 62
3.2.5 Fasa Penilaian (Evaluation) 63
3.3 Penutup 63
x
BAB 4 HASIL PEMBANGUNAN MAJALAH WEB MATEMATIK
4.1 Pengenalan 64
4.2 Carta Alir Majalah Web Matematik yang Dibangunkan 65
4.3 Bahan Pembelajaran 66
4.4 Paparan Hasil Majalah Web Dunia Matematik 66
4.4.1 Paparan Daftar Masuk 67
4.4.2 Paparan Halaman Utama 68
4.4.3 Paparan Bahan Pembelajaran 69
4.4.3.1 Isu Semasa dalam Matematik 69
4.4.3.2 Kesenian Matematik 76
4.4.4 Paparan Komen 82
4.4.5 Paparan Keluaran Lepas 82
4.4.6 Paparan Dunia Matematik 83
4.4.7 Paparan e-Forum 84
4.4.8 Paparan Komuniti 85
4.5 Ciri-ciri Majalah Web Matematik 86
4.5.1 Interaktif 86
4.5.2 Mesra Pengguna 86
4.5.3 Grafik 87
4.5.4 Teks 87
4.5.5 Animasi 88
4.6 Penutup 88
BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 89
5.2 Perbincangan 89
5.2.1 Pembinaan Majalah Web Dunia Matematik
Berasaskan Objektif 90
5.2.2 Pembangunan Majalah Web Berasaskan
Model ADDIE 90
5.2.3 Pembangunan Majalah Web Berasaskan
xi
Teori Sosial Konstruktivisme 91
5.3 Kelebihan Majalah Web Matematik 91
5.4 Kelemahan Majalah Web Dunia Matematik 92
5.5 Masalah – masalah yang dihadapi 92
5.5.1 Kekurangan Kepakaran dan Pengalaman 93
5.5.2 Kekangan Masa 93
5.5.3 Bahan dan Sumber Rujukan 93
5.5.4 Capaian Internet 94
5.6 Cadangan 94
5.7 Penutup 95
RUJUKAN 101
LAMPIRAN 105
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
1.1 Kerangka Teori Projek 12
2.1 Paparan skrin halaman utama math.com 25
2.2 Paparan skrin halaman utama mathmag 26
2.3 Paparan krin halaman utama +plus magazine 27
3.1 Aliran fasa berdasarkan Model ADDIE 38
3.2 Carta alir penulisan artikel. 42
3.3 Carta proses pembangunan majalah web
Dunia Matematik 43
3.4 Carta alir proses ‘upload’ gambar 44
3.5 Paparan skrin media manager 45
3.6 Paparan skrin proses upload media 45
3.7 Carta alir memasukkan grafik / video 46
3.8 Paparan skrin Section Manager 47
3.9 Paparan skrin menambah seksyen 47
3.10 Paparan skrin Category Manager 48
3.11 Paparan skrin menambah kategori 49
3.12 Carta alir proses pengurusan kategori 50
3.13 Paparan skrin menambah artikel
(pemilihan seksyen) 52
3.14 Paparan skrin menambah artikel
(pemilihan kategori) 52
3.15 Carta alir bagi proses penulisan artikel 53
3.16 Paparan skrin User Manager 54
xiii
3.17 Paparan skrin menambah pengguna 55
3.18 Paparan skrin Menu Manager 56
3.19 Paparan skrin menambah menu 56
3.20 Carta alir proses mewujudkan ruangan bagi
menu utama dan top menu 57
3.21 Paparan skrin Language Manager 58
3.22 Paparan skrin Front Page Manager 59
3.23 Paparan skrin menambah polls 60
3.24 Paparan skrin Polls Manager 60
3.25 Paparan skrin Template Manager 61
4.1 Carta alir majalah web dinamik ‘Dunia
Matematik’ yang dibangunkan 65
4.2 Paparan pendaftaran pengguna baru. 67
4.3 Paparan Home 69
4.4 Paparan artikel isu semasa matematik keluaran
pertama 70
4.5 Paparan artikel isu semasa matematik keluaran
kedua 70
4.6 Paparan artikel isu semasa matematik keluaran
ketiga 71
4.7 Paparan artikel isu semasa matematik keluaran
keempat 72
4.8 Paparan artikel isu semasa matematik keluaran
kelima 72
4.9 Paparan artikel isu semasa matematik keluaran
keenam 73
4.10 Paparan artikel isu semasa matematik keluaran
ketujuh 74
4.11 Paparan artikel isu semasa matematik keluaran
kelapan 74
4.12 Paparan artikel isu semasa matematik keluaran
kesembilan 75
4.13 Paparan artikel isu semasa matematik keluaran
kesepuluh 75
xiv
4.14 Paparan artikel kesenian matematik keluaran
pertama 76
4.15 Paparan artikel kesenian matematik keluaran kedua 77
4.16 Paparan artikel kesenian matematik keluaran
ketiga 77
4.17 Paparan artikel kesenian matematik keluaran
keempat 78
4.18 Paparan artikel kesenian matematik keluaran
kelima 78
4.19 Paparan artikel kesenian matematik keluaran
keenam 79
4.20 Paparan artikel kesenian matematik keluaran
ketujuh 80
4.21 Paparan artikel kesenian matematik keluaran
kelapan 80
4.22 Paparan artikel kesenian matematik keluaran
kesembilan 81
4.23 Paparan artikel kesenian matematik keluaran
kesepuluh 81
4.24 Paparan contoh – contoh komen oleh pengguna 82
4.25 Paparan Keluaran Lepas 83
4.26 Paparan Dunia Matematik 84
4.27 Paparan e-Forum 85
4.28 Paparan Komuniti 85
xv
SENARAI JADUAL
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN 2.1 Perbezaan antara Dunia Matematik dengan
majalah web yang lain. 28
xvi
SENARAI LAMPIRAN
NO. LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A NRIC 2008 100
B Jenaka Matematik 103
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dewasa ini, perkembangan teknologi semakin berkembang dengan pesat.
Perkembangan teknologi ini melibatkan kesemua sektor seperti perniagaan, sosial dan lain-
lain. Sektor pendidikan juga tidak dapat lari dari bergerak seiringan dengan kepesatan
perkembangan teknologi pada masa kini.
Bidang pendidikan yang suatu masa dahulu banyak bergantung kepada pensil dan
kertas sahaja, kini mula menerokai bidang yang baru. Bermula dengan terciptanya marker
dan papan putih, peranan kapur dan papan hitam mula dikurangkan. Teknologi marker dan
papan putih lebih mudah digunakan kerana kurangnya habuk semasa memadam tulisan.
Seterusnya tercipta pula OHP dimana ia mengurangkan masa guru menulis didalam kelas
tetapi isi pembelajaran tetap sama. Dari OHP, datang pula teknologi LCD dan juga komputer.
Pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dimana guru dapat menambah elemen
tambahan seperti media untuk menarik perhatian para pelajar.
Selain perkembangan teknologi dalam peralatan yang digunakan, kerajaan juga mula
memperkenalkan cara pembelajaran atau sistem persekolahan yang dapat menyaingi
perkembangan teknologi pada zaman kini. Sekolah Bestari, sebuah institusi pembelajaran
yang direka semula secara sistematik dari segi amalan pembelajaran-pengajaran dan
pengurusan sekolah untuk membantu para pelajar menghadapi Zaman Teknologi Maklumat.
Sekolah ini memfokuskan usaha melahirkan pelajar yang kreatif dan berupaya menjana idea-
2
idea baru. Selain itu, dapat melahirkan golongan pemikir yang bukan hanya mampu
mengeluarkan ilmu pengetahuan yang sedia ada, malah mampu menjana minda ke arah
pengetahuan yang baru. Keistimewaan sekolah bestari ialah pendedahan dari peringkat awal
kepada semua pelajarnya tentang penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.
Disamping itu, pihak kerajaan perlu menyediakan fasiliti yang mencukupi kepada
pihak sekolah supaya cara pengajaran yang yang digunakan dapat mengoptimumkan
penggunaan teknologi pada zaman sekarang. Selain itu, pihak yang berkenaan juga perlulah
merangka satu sistem pengajaran yang bersesuaian dengan penggunaan teknologi kerana
kaedah pengajaran konvensional dan kaedah pengajaran berasaskan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) mempunyai perbezaan yang ketara dari segi pedagoginya. Di awal tahun
90-an apabila multimedia kerap dibincangkan, maka di situlah bermulanya idea untuk
membangunkan perisian yang menggunakan grafik, audio, dan animasi yang berorentasikan
kepada alam yang sebenarnya. (Abd Aziz Kulop, 2000)
Selain itu, e-pembelajaran juga mendapat tempat dalam dunia pendidikan pada masa
kini. Menurut Maslim Masrom (2007) :
Concept e-learning is the use of ICTs (e.g. Internet, computer, telephone,
radio, video, and others) to support teaching and learning activities. E-
learning is also known as online learning. The pedagogical thinking around e-
learning is closely related to the computer-based training. The point is to
deliver courses for students.
Seharusnya e-pembelajaran merupakan suatu pembelajaran yang membolehkan
pembelajaran kendiri dijalankan dengan lebih berkesan. Pelajar dapat memilih masa dan
tempat yang dirasakan paling bersesuaian untuk belajar. Oleh itu, pelajar akan lebih
berpeluang menguasai setiap topik yang terdapat dalam kurikulum disebabkan keselesaan
semasa pembelajaran.
3
Dewasa ini, pendidikan matematik lebih memberi tumpuan kepada penggunaan ICT
dalam pengajaran dan pembelajaran. Untuk membolehkan pelajar dapat menguasai
matapelajaran dengan sepenuhnya, satu usaha perlu dilakukan supaya pelajar dapat
menguasai kemahiran menggunakan komputer terlebih dahulu. Majalah web matematik
dilihat sebagai salah satu alternatif yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam
matematik.
1.2 Latar Belakang Masalah
Kebanyakan masyarakat sering menganggap matematik sebagai satu benda yang
terasing daripada kehidupan sebenar. Subjek matematik selalunya salah difahami oleh pelajar
bahawa ia terlalu akademik dan berpusatkan peperiksaan. Kebanyakan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih menumpukan kepada isi kandungan dalam buku teks dan hanya mengejar
tarikh peperiksaan. Konsep yang berasaskan peperiksaan ini adalah bercanggah dengan
falsafah pendidikan negara yang mana pendidikan adalah bertujuan membantu pelajar dalam
memperkembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani secara
menyeluruh dan bersepadu.
Menurut Wan Zah Wan Ali (2005), matematik merupakan salah satu mata pelajaran
yang penting. Bidang kejuruteraan mahupun kedoktoran juga tetap memerlukan asas
matematik sebelum boleh melangkah lebih jauh. Maka sebab itu, subjek ini diajar di semua
peringkat pendidikan kerana ia sangat diperlukan dalam kehidupan seharian. Namun, kepada
mereka yang tidak menghargai matematik dan mampu menghayati keindahan matematik,
subjek ini juga terkenal sebagai tidak menarik, kering dan membosankan. Anggapan seperti
ini timbul adalah berpunca daripada cara pelajar melihat matematik. Matematik dilihat
sebagai tiada kaitan dengan alam sekitar dan kehidupan seharian pada sebilangan mereka.
Andaian seperti ini yang menyebabkan perbincangan sama proses pengajaran dan
pembelajaran, menjadi sangat kaku. Fakta yang dibincangkan juga dianggap asing oleh
mereka.
4
Apabila matematik dipelajari hanya untuk peperiksaan, maka keindahan matematik
yang sebenar tidak dapat dirasai. Seharusnya proses pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan dapat membantu pelajar mengaplikasikan apa yang telah dipelajari di sekolah ke
dalam kehidupan seharian mereka. Di samping menggunakan matematik dalam
menyelesaikan masalah. Maka pembentukan insan yang mempunyai sahsiah yang baik dan
seimbang dapat dijayakan. Jika mentaliti pelajar menganggap matematik hanya untuk
peperiksaaan, maka proses pembelajaran yang berlaku adalah secara hafalan. Ini
menyebabkan minda pelajar tidak dapat dilatih. Maka terhasillah pelajar yang tidak
berkembang maju dan tidak berfikiran terbuka.
Para pelajar juga sebahagiannya sukar memahami dan mempelajari subjek matematik
ini. Mereka menghadapi masalah dengan subjek ini, lalu terus menganggap bahawa subjek ini
adalah satu mata pelajaran yang sukar. Justeru pelajar gagal mendapat keputusan yang baik
terutamanya pelajar-pelajar di kawasan luar bandar. Maka pelbagai kaedah pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan bagi mengatasi masalah. Sesetengah sekolah mendapat
kemudahan pendidikan yang serba kekurangan dan ini mungkin menyebabkan pelajar fobia
dan sukar menguasai bidang matematik ketika di peringkat pengajian tinggi. Terdapat
masalah-masalah yang dapat dikenalpasti dalam pendidikan matematik di Malaysia.
Antaranya ialah pendekatan latih tubi tanpa pendedahan konsep yang mencukupi, kaedah
pembelajaran yang membosankan, dan kekurangan kemudahan pembelajaran yang terkini.
(Mohammad Khatim 2003)
Kebanyakan pembelajaran di sekolah hanya dilakukan secara pembelajaran
tradisional. Hanya disekolah-sekolah bestari dan beberapa sekolah lain yang terletak di
Bandar sahaja yang dibekalkan dengan kemudahan komputer. Terdapat juga sekolah yang
sehingga kini tidak mempunyai kemudahan perpustakaan apatah lagi kemudahan teknologi
komputer. Menurut Nik Aziz Nik Pa (1995), guru seharusnya bukan sekadar berperanan
menyampaikan maklumat yang terdapat dalam buku teks kepada pelajar, tetapi mereka
berperanan untuk mewujudkan komunikasi antara pelajar. Maka, penggunaan elemen seperti
e-pembelajaran boleh mewujudkan komunikasi antara guru dengan pelajar dan pelajar
dengan bahan pengajaran melalui ruangan forum, komen, latihan dan sebagainya.
5
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), dalam usaha memantapkan sistem
pendidikan negara telah mewujudkan PIPP iaitu Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-
2010. PIPP akan menjadi garis panduan pembangunan pendidikan negara secara menyeluruh
sepanjang tempoh lima tahun dalam Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9). Teknologi
Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT)
merupakan antara aspek yang ditekankan dalam sistem pendidikan. Sasaran KPM adalah
dapat melahirkan masyarakat yang progresif dan saintifik, serta berilmu dalam membentuk
warganegara yang kreatif dan kritis serta berketrampilan dalam mengamalkannya.
Seharusnya proses pengajaran dan pembelajaran matematik khususnya, menumpukan
kepada matematik sebagai proses inkuiri penemuan berasaskan konstruktivisma,
pembelajaran masteri, pembelajaran kontekstual dan penerapan modal insan. Kaedah
pengajaran dan pembelajaran seharusnya dipelbagaikan dan lebih berpusat kepada pelajar.
Kaedah e-pembelajaran dilihat sebagai suatu langkah yang bersesuaian dengan objektif
tersebut. Kemudahan e-pembelajaran yang terdapat dalam rangkaian teknologi maklumat,
sistem telekomunikasi dan pangkalan data membolehkan segala maklumat terkini disalurkan
dengan mudah dan pantas. Justeru itu, pembangunan majalah web matematik akan menjadi
saluran maklumat dan penghubung antara pelajar tanpa kekangan masa dan tempat serta
menjadi pendorong ke arah pelajar yang berdaya saing.
Sehubungan dengan itu, kemahiran menggunakan komputer seharusnya diterapkan
terlebih dahulu kedalam diri para pelajar. Disebabkan hal tersebut, KPM telah menggariskan
tiga dasar utama dalam pembudayaan ICT dalam pendidikan. Dasar pertama ialah
mengutamakan peranan dan fungsi ICT sebagai mata pelajaran dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Seterusnya memastikan semua pelajar celik ICT. Dan yang terakhir
ialah menggalakkan penggunaan ICT dalam meningkatkan produktiviti, kecemerlangan dan
keberkesanan dalam sistem pengurusan. Beberapa program juga dirangka oleh KPM untuk
menerapkan ICT dalam diri pelajar, antaranya ialah projek pengkomputeran dan makmal
komputer, projek Sekolah Bestari, penyediaan infrastruktur dan rangkaian jalur lebar
Schoolnet, dan TV pendidikan.
6
Seiring dengan hasrat kerajaan dalam pembudayaan komputer, kewujudan majalah
web matematik dilihat bertepatan. Pengaplikasian majalah web matematik berpusatkan
pelajar dan ia juga menggalakkan pembelajaran secara konstruktivisma. Disamping itu,
majalah web matematik juga menggalakkan pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dalam
pembelajaran. Pelajar akan berpeluang meneroka majalah web dengan sendiri dan mendapat
pengalaman secara ‘hands on’. Pelajar juga dapat membuat rujukan dalam pembelajaran
matematik, membaca informasi berkenaan aplikasi matematik dalam pelbagai bidang,
mengetahui isu semasa berkaitan aktiviti-aktiviti matematik dan pendedahan sejarah
matematik bagi meningkatkan tahap kefahaman serta pengetahuan para pelajar.
Pendekatan pengajaran tradisi yang berasaskan “chalk and talk” tidak berapa menarik
minat atau merangsang proses pembelajaran kerana tidak melibatkan kesemua panca indera
(Megat Aman Zahri, 2000). Tetapi dengan e-pembelajaran, guru dapat menambah elemen
media ke dalam bahan pengajaran. Oleh itu, para pelajar akan lebih tertarik untuk mengikuti
pembelajaran dan lebih seronok menghayati topik yang yang disampaikan.
Selain itu, jika terdapat pelajar yang kurang memahami isi pengajaran pada hari
tertentu, pelajar tersebut cenderung mendiamkan diri kerana malu dan takut diketawakan jika
bertanya soalan. Tetapi masalah ini dapat diselesaikan dengan menggunakan e-pembelajaran.
Pertanyaan yang dilakukan dalam bentuk dua hala dan tidak diketahui oleh orang lain.
Oleh yang demikian, penggunaan e-pembelajaran sebagai bahan dalam pengajaran
dan pembelajaran matematik merupakan satu alternatif untuk meringankan beban guru bagi
menangani pelajar-pelajar yang terdiri dari pelbagai tahap pemikiran. Berdasarkan kepada
penerangan yang diberikan, pembangunan majalah web matematik sejajar dengan kehendak
pendidikan masa kini yang dapat memberi manfaat kepada pelajar dan guru. Justeru itu, guru
perlu menggabungjalinkan penggunaannya dalam pengajaran agar proses pembelajaran akan
lebih bermakna.
7
1.3 Pernyataan Masalah
Mentaliti para guru dan pelajar bahawa pengajaran dan pembelajaran pada hari ini
lebih bertumpukan kepada peperiksaan telah menyumbang kepada kaedah pengajaran
sebegini. Pernyataan ini juga disokong oleh Peter Grootenboer (2004) yang membuat kajian
tentang persepsi pelajar tentang pembelajaran matematik. Kaedah ini dikatakan lebih senang
dan tidak perlu menyediakan bahan bantu mengajar. Namun pengajaran seperti ini tidak
dapat menggalakkan pelajar untuk mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat. Bagi
melahirkan pelajar yang mampu berfikir secara kritis dan kreatif serta berkemahiran generik
yang tinggi, e-pembelajaran merupakan antara langkah yang boleh diambil.
Perkembangan e-pembelajaran dalam dunia pendidikan merupakan satu cabang
teknologi maklumat yang mampu memperbaiki masalah-masalah dalam sistem pendidikan
matematik negara dewasa kini. Justeru, dengan wujudnya majalah web ‘Dunia Matematik’
ini, diharap ianya dapat menyediakan bahan pengetahuan matematik yang komprehensif
menjangkau matematik di sekolah supaya pelajar dapat mendalami aplikasi perisian
matematik dan mengenali fakta-fakta menarik yang berkaitan dengan matematik.
1.4 Objektif Projek
Objektif bagi projek Majalah Web Matematik ini ialah :-
i. Membangunkan majalah web matematik menggunakan sistem pengurusan kursus
topik ‘kesenian matematik’.
ii. Membangunkan majalah web matematik menggunakan sistem pengurusan kursus
topik ‘isu semasa dalam matematik’.