Post on 03-Nov-2019
PEMBANGUNAN PERISIAN BERBANTUKAN KOMPUTER UNTUK TOPIK
TEORI SET BERDASARKAN APLIKASI TEORI KECERDASAN PELBAGAI -
KECERDASAN LOGIK MATEMATIK.
NUR FAZLEENA M. YUNUS
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: PEMBANGUNAN PERISIAN BERBANTUKAN KOMPUTER UNTUK TOPIK TEORI SET BERDASARKAN APLIKASI
TEORI KECERDASAN PELBAGAI – KECERDASAN LOGIK MATEMATIK.
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
Saya NUR FAZLEENA M. YUNUS (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4.**Sila tandakan (√ )
√
Disahkan oleh
SULIT
TERHAD
TIDAK TERHAD
(Mengandungi maklumat berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
√
_________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: 2632 KG. PETAI BUBUS, EN. MEGAT AMAN ZAHIRI B. MEGAT 21200 KUALA TERENGGANU, ZAKARIA TERENGGANU DARUL IMAN. Nama penyelia Tarikh: 23 APRIL 2009 Tarikh: 23 APRIL 2009
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)”
Tandatangan : ……………………………………………………………..
Nama Penyelia : ENCIK MEGAT AMAN ZAHIRI BIN MEGAT ZAKARIA
Tarikh : 23 APRIL 2009
PEMBANGUNAN PERISIAN BERBANTUKAN KOMPUTER UNTUK TOPIK
TEORI SET BERDASARKAN APLIKASI TEORI KECERDASAN PELBAGAI –
KECERDASAN LOGIK MATEMATIK
NUR FAZLEENA M. YUNUS
Tesis ini dikemukakan
Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2009
ii
“Saya akui karya ini “Pembangunan Perisian Berbantukan Komputer Untuk Topik Teori
Set Berdasarkan Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai – Kecerdasan Logik Matematik”
adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah
saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ………………………………………………………………..
Nama Penulis : NUR FAZLEENA M. YUNUS
Tarikh : 23 APRIL 2009
iii
DEDIKASI
Untuk ayahanda dan bonda yang sangat kukasihi,
Encik M. Yunus Awang dan Puan Wook Besar
Semoga berbahagia disamping anakanda-anakandamu..
Tidak dilupakan insan tersayang,
Mohammad Hazrin Abu Hassan
Kaulah sumber inspirasiku, terima kasih kerana memahami diri ini..
Terima kasih atas segalanya..
Jutaan penghargaan kepada penyelia tersayang,
Encik Megat Aman Zahiri bin Megat Zakaria
Terlalu banyak pengorbanan yang dikau hulurkan..
Terima kasih atas segalanya..
Kepada rakan-rakan dan guru-guru dan pensyarah,
Suka duka bersama kalian akan tetap dikenang..
Terima kasih atas segalanya..
Semoga buah-buah kemanisan sentiasa menanti di ranting-ranting perjalanan..
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Syukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya serta
inayahNya, dapat saya menyiapkan pembangunan perisian ini dengan sempurnanya bagi
memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta
Pendidikan (Matematik).
Jutaan terima kasih yang tidak terhinggan kepada penyelia saya, Encik Megat Aman
Zahiri bin Megat Zakaria yang banyak memberikan bimbingan , tunjuk ajar dan panduan
sepanjang saya membangunkan perisian ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa dan ahli keluarga saya kerana banyak
memberi galakan dan semangat yang berterusan sepanjang penyelidikan ini.
Akhir sekali kepada sekali kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun
tudak langsung dalam menjayakan penyelidikan ini. Sesungguhnya yang baik itu datang
dari Allah dan yang serba kekurangan adalah kelemahan saya sendiri.
Nur Fazleena M. Yunus
April 2009
vi
ABSTRACT
This study conducted in order to develop education courseware based on Multiple
Intelligence Theory – Logic Mathematical Intelligence. The development is used
Hanaffin and Peck’s model which include three phases which are need assessment
phase, design phase and develop and implement phase. Using the Macromedia
Authorware 7.01 as the main platform, this project integrates both interactive and user-
friendly concepts. The development of this project mainly is for Mathematic subject
form four with the title of set theory. The implementation of CD-ROM used to run this
software. Besides, this software needs a medium size of storage and memory. By the
means of this development, hope that the students can learn mathematic easily and
maximize their multiple intelligences.
v
ABSTRAK
Kajian adalah berkaitan mereka bentuk dan membangunkan sebuah satu perisian
pembelajaran berbantukan komputer yang menggunakan pendekatan Teori Kecerdasan
Pelbagai di mana Kecerdasan Logik Matematik dipilih sebagai pendekatan utama dalam
pembangunananya. Pembangunan perisian ini menggunakan model pembangunan
Hannafin & Peck yang mengandungi tiga fasa yang utama iaitu Fasa Analisa Keperluan,
Fasa Rekabentuk dan Fasa Pembangunan dan Pelaksanaan. Dengan berteraskan perisian
Macromedia Authorware 7 sebagai perisian utama, projek ini dilengkapkan dengan
elemen interaktif dan mesra pengguna. Projek ini dibangunkan khusus bagi matapelajaran
Matematik Tingkatan Empat dan tajuk yang dipilih adalah teori set. Perisian yang
dibangunkan ini juga akan dapat dilaksanakan (run) menerusi CDROM dan memerlukan
ruang storan dan saiz ingatan yang sederhana besar sahaja. Menerusi pembangunan
perisian ini, diharapkan agar pelajar dapat mempelajari matematik dengan lebih mudah
sekaligus dapat mengoptimakan kepelbagaian kecerdasan mereka.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
TAJUK i
PENGAKUAN PELAJAR ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang masalah 3
1.3 Pernyataan masalah 14
viii
1.4 Objektif pembangunan PBK 15
1.5 Kepentingan perisian 15
1.6 Batasan perisian 15
1.7 Definisi istilah 16
1.7.1 Teori Kecerdasan Pelbagai 16
1.7.2 Kecerdasan Logik Matematik 16
1.7.3 Matematik 16
1.7.4 Multimedia 17
1.7.5 Pembelajaran Berbantukan Komputer 17
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 18
2.2 Proses pemikiran minda 18
2.2.1 Konsep pemikiran minda 18
2.2.2 Bagaimana minda manusia memproses
Maklumat 20
2.3 Proses pembelajaran 21
2.3.1 Konsep proses pembelajaran 21
2.3.2 Konsep gaya pembelajaran 22
2.3.3 Model gaya pembelajaran 23
2.3.4 Implikasi gaya pembelajaran dalam proses
Pengajaran dan pembelajaran 25
2.4 Konsep kecerdasan minda 25
2.5 Konsep teori kecerdasan pelbagai 27
2.5.1 Konsep teori kecerdasan pelbagai 27
2.5.2 Kecerdasan logik matematik 29
2.5.3 Sejarah perkembangan teori kecerdasan
Pelbagai 30
2.5.4 Implikasi teori kecerdasan pelbagai dalam
Pengajaran dan pembelajaran 31
ix
2.6 Konsep matematik dan teknologi 32
2.6.1 Konsep matematik 32
2.6.2 Pembelajaran matematik 33
2.6.3 Masalah-masalah tentang konsep matematik 33
2.6.4 Integrasi teknologi dalam pembelajaran
Matematik 36
3 REKA BENTUK KAJIAN
3.1 Pengenalan 37
3.2 Model reka bentuk pengajaran yang digunakan dalam
Pembangunan perisian 37
3.2.1 Fasa analisis keperluan 38
3.2.2 Fasa reka bentuk 38
3.2.3 Fasa pembangunan dan pelaksanaan 39
3.3 Carta alir perisian
3.3.1 Carta alir
3.3.1.1 Carta alir perisian 39
3.3.1.2 Carta alir Note Zone 41
3.3.1.3 Carta alir Training Zone 42
3.3.1.4 Carta alir Test Zone 43
3.3.1.5 Carta alir Interactive Zone 44
3.3.2 Maklumat carta alir
3.3.2.1 Carta alir perisian 45
3.3.2.2 Carta alir Note Zone 45
3.3.2.4 Carta alir Training Zone 46
3.3.3.5 Carta alir Interactive Zone 47
3.4 Reka bentuk aplikasi
3.4.1 Reka bentuk informasi 47
3.4.1.1 Pendekatan pengajaran yang digunakan 47
3.4.1.2 Ciri-ciri pembelajaran 48
x
3.4.1.3 Cara mengintegrasikan ciri-ciri
Pembelajaran 48
3.4.2 Reka bentuk interaksi
3.4.2.1 Corak 49
3.4.2.2 Pendekatan 49
3.4.2.3 Metafora 50
3.4.2.4 Keutamaan 50
3.4.3 Reka bentuk antara muka
3.4.3.1 Animasi 50
3.4.3.2 Audio 51
3.4.3.3 Grafik 51
3.4.3.4 Teks 51
3.5 Pemilihan perisian untuk membangunkan perisian 52
3.5.1 Perisian utama 52
3.5.1.1 Macromedia Authorware 7.0 52
3.5.1.2 Kelebihan perisian 53
3.5.2 Perisian sokongan 53
3.5.2.1 Adobe Photoshop CS2 53
3.5.2.2 Jet Audio 7.0 53
3.6 Penyebaran perisian yang dihasilkan 54
3.6.1 Spesifikasi sistem main semula 54
3.6.2 Teknologi yang digunakan untuk penyebaran 55
4 HASIL REKA BENTUK KAJIAN
4.1 Pengenalan 56
4.2 Struktur asas dan kandungan perisian 56
4.3 Pembangunan perisian 59
4.4 Hasil reka bentuk perisian 60
4.4 Kelebihan reka bentuk perisian 73
xi
4.5 Penutup 74
5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 75
5.2 Perbincangan 76
5.3 Masalah-masalah yang dihadapi semasa proses
Pembangunan perisian 77
5.4 Kelebihan perisian 78
5.5 Kelemahan perisian 82
5.6 Kesimpulan 83
5.7 Cadangan kajian lanjutan 84
BIBLIOGRAFI 85
LAMPIRAN 91
xii
SENARAI RAJAH
No. Rajah Tajuk Muka Surat
3.1 Carta alir perisian 40
3.2 Carta alir ‘Note Zone’ 41
3.3 Carta alir ‘Training Zone’ 42
3.4 Carta alir ‘Test Zone’ 43
3.5 Carta alir ‘Interative Zone’ 44
4.1 Paparan tajuk perisian 60
4.2 Paparan ‘Section-Opening Scenario’ 61
4.3 Paparan ‘Learning Objectives’ 61
4.4 Paparan pendaftaran pengguna 62
4.5 Paparan pendaftaran pengguna baru 63
4.6 Paparan ‘Welcome Screen’ 63
4.7 Paparan menu utama 64
4.8 Paparan menu nota 65
4.9 Paparan nota 65
4.10 Paparan contoh soalan dalam nota 66
4.11 Paparan contoh jawapan dalam nota 66
4.12 Paparan menu latihan 67
4.13 Paparan contoh latihan 68
4.14 Paparan menu ujian 68
4.15 Paparan peneguhan positif 69
4.16 Paparan peneguhan negatif 69
4.17 Paparan menu interaktif 70
xiii
4.18 Paparan menu kamus 71
4.19 Paparan pilihan kamus 71
4.20 Paparan menu ‘Full-Fastest’ 72
4.21 Paparan menu ‘Brain Booster’ 72
4.22 Paparan permainan 73
5.1 Paparan ‘Section-Opening Scenario’ 78
5.2 Paparan rekod pengguna 79
5.3 Paparan ‘Checkpoint’ 80
5.4 Paparan tips belajar 80
5.5 Paparan ‘Standard Flow’ 81
5.6 Paparan ‘Journal Flow’ 81
5.7 Paparan laporan 82
xiv
SENARAI SINGKATAN
TIMSS Trends in International Mathematics and Science Study.
ABM Alat Bantu Mengajar
BBM Bahan Bantu Mengajar
KBSR Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
PBK Perisian Berbantukan Komputer
IQ Intelligence Quotient
PC Personel Computer
xv
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran Tajuk Muka Surat
A Trends in International Mathematics and Science Study 1999. 91
B Trends in International Mathematics and
Science Study 2003. 92
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Negara memerlukan lebih banyak pakar dalam bidang Sains dan Teknologi.
Bidang ini memerlukan mereka yang mempunyai kebolehan dalam mengasimilasi dan
mentafsir maklumat secara Matematik dan statistik. Matematik boleh dikatakan kunci
kepada peluang pekerjaan dan karier di mana kebolehan menyelesaikan masalah dalam
Matematik adalah mustahak sebagai asas pendominasian teknologi kini.
Kemunculan kanak-kanak istimewa Adi Putra, seorang pelajar sekolah rendah
yang memaparkan kebolehan luar biasa apabila menyelesaikan masalah Matematik
peringkat universiti dengan mudah mengemparkan masyarakat suatu ketika dahulu.
Malah, kebolehan beliau dalam mengajar subjek yang dianggap sukar oleh kebanyakan
pelajar peringkat menengah telah dianggap sebagai suatu kebolehan luar biasa.
2
Kebolehan menyelesaikan masalah Matematik adalah kebolehan yang perlu
digilap secara berterusan. Pelajar tidak boleh menganggap jika sekali belajar dan tidak
dapat memahami konsep Matematik itu, maka terus mengatakan bahawa dia tidak boleh
menguasai Matematik. Apabila menghadapi kesukaran, seseorang individu tidak boleh
beranggapan bahawa dirinya tidak memiliki kebolehan belajar Matematik. Seterusnya
berputus asa dan menyerah kalah. Sikap putus asa dan beranggapan Matematik hanya
untuk mereka yang pandai atau istimewa merupakan halangan utama dalam menguasai
subjek ini.
Kebolehan menguasai ilmu Matematik sebenarnya memerlukan teknik yang
perlu dipelajari. Secara analisisnya, ilmu Matematik memiliki ciri abstraknya yang
tertentu menyebabkan ramai pelajar bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia
beranggapan bahawa ia satu subjek yang sukar malah menakutkan. Menurut Ward dan
Marzano (2001), dua pertiga pelajar di Amerika contohnya memiliki sikap negatif
terhadap Matematik. Kebanyakan daripada pelajar ini tidak menyukai subjek
Matematik, malah pernah melalui pengalaman yang kurang selesa apabila belajar
Matematik sama ada diperlekeh oleh rakan ataupun diherdik oleh guru. Situasi ini
menyebabkan ramai pelajar cenderung beranggapan bahawa kebolehan Matematik
adalah satu kurniaan dan turut dipengaruhi oleh faktor genetik (Ward dan Marzano,
2001).
Sebaliknya pelajar dari Asia dilaporkan sering mengaitkan Matematik dengan
sikap kesungguhan. Pelajar di Singapura contohnya beranggapan kejayaan dalam
Matematik dipengaruhi usaha tekun untuk menguasai subjek ini dan bukan kurniaan
kepada golongan tertentu. Kesungguhan ini turut disokong dengan budaya berlumba
yang sengit untuk mencapai tahap akademik yang terbaik. Dengan itu kejayaan pelajar
negara Korea mencapai tangga teratas dalam ujian Matematik peringkat antarabangsa
(TIMSS) adalah berpunca daripada cara hidup mereka yang sungguh tekun berusaha.
Sikap kesungguhan menuntut ilmu Matematik dan juga ilmu-ilmu yang lain perlu dibina
3
secara beransur dalam diri pelajar sejak kecil lagi. Kesungguhan ini bukan
bermatlamatkan sekadar memperoleh markah tertinggi dalam ujian sekolah, tetapi wajar
menjadi keperluan harian yang sebati dengan kehidupan harian.
Keperluan menguasai ilmu Matematik turut didorong oleh sifat utililitinya yang
amat tinggi. Hampir semua bidang pekerjaan memerlukan pengetahuan Matematik.
Daripada mengira mudah sehingga kepada menjalankan analisis kompleks dalam
menyelesaikan masalah peringkat tinggi seperti dalam bidang penyelidikan dan
pembangunan yang diamalkan oleh kebanyakan syarikat besar. Seorang senator di
Amerika syarikat menganggarkan hampir 70 peratus pekerjaan abad kedua puluh satu
memerlukan pengetahuan Matematik.
Kepentingan penguasaan ilmu Matematik peringkat sekolah sudah menjadi
keperluan mendesak dan memerlukan perhatian sewajarnya daripada semua pihak
khususnya ibu bapa dan sekolah. Tidak hairanlah pusat tuisyen sekarang tumbuh seperti
cendawan bagi memenuhi keperluan ibu bapa yang mencari alternatif selain daripada
sumber sekolah bagi membantu keperluan pendidikan anak-anak mereka.
1.2 Latar belakang masalah
Secara globalnya, Matematik ditafsirkan dalam pelbagai kaedah dan cara.
Menurut Douglas dan Rock (2006), terdapat pelbagai pendapat yang memperihalkan
tentang maksud Matematik iaitu Matematik adalah suatu bahasa, Matematik adalah
suatu proses pemikiran dan Matematik adalah pengetahuan yang sistematik. Melalui
4
pendapat itu, jelas menunjukkan bahawa Matematik adalah sesuatu yang sangat global
dan mempunyai intipati yang sangat penting.
Sejajar dengan itu, Matematik sebenarnya adalah satu subjek yang sangat penting
dalam era global kini. Tanpa Matematik, seorang jurutera tidak dapat menggerakkan
mesinnya. Tanpa Matematik, seorang doktor tidak mampu menghasilkan ubat. Tanpa
Matematik juga, segala teknologi di dunia ini tidak dapat berfungsi. Menurut Souviney
(1989), satu konsep Matematik boleh ditakrifkan sebagai corak asas yang
menghubungkaitkan set-set objek atau tindakan-tindakan antara satu sama lain dan
pengajaran konsep-konsep Matematik merupakan satu usaha yang kompleks.
Secara istilahnya, Matematik menurut Kamus Matematik (1990), adalah
ditakrifkan sebagai ilmu yang berteraskan mantik, kajian ke atas nombor, saiz dan rupa
bentuk dan hubungan antaranya. Selain itu, menurut Kamus Matematik (1990),
Matematik juga dinyatakan sebagai perihal bukti, perihal ciri-ciri yang am dan niskala
tentang struktur alam dan fenomena , ilmu yang boleh dibina melalui teori set. Malahan,
menurut Kamus Matematik (1990) lagi, Matematik juga ditakrifkan sebagai sains unggul
bagi kelaratan semesta yang khusus, sains permodelan fenomena, masalah dan
sebagainya serta penyelesaiaannya, sains unggul bagi operasi-operasi biasa yang
dilakukan ke atas benda-benda alam persekitaran dan pemikiran.
Walaupun pengetahuan Matematik semakin penting, tetapi ada statistik yang
menunjukkan bahawa secara puratanya prestasi kecemerlangan Matematik adalah
menurun pada peringkat global. Menurut Vincent dan Thomas (2008), melalui
perbandingan TIMSS 1999 dan TIMSS 2003, purata antarabangsa untuk subjek
Matematik adalah menurun daripada 487 kepada 467. Berdasarkan statistik tersebut,
walaupun Malaysia berada di tangga ke 10 pada TIMSS 2003 dibandingkan di tangga ke
16 pada TIMSS 1999, tetapi purata prestasi akademik Matematik Malaysia adalah
5
menurun iaitu 519 pada TIMSS 1999 kepada 508 pada TIMSS 2003. Walaupun
demikian, prestasi akademik negara jiran, Singapura tetap meningkat iaitu 604 pada
TIMSS 1999 kepada 650 pada TIMSS 2003 dan kekal berada di tangga teratas.
Kefahaman tentang konsep pembelajaran akan membawa kepada kefahaman
tentang cara dan keadaan yang akan membolehkan sesuatu pembelajaran itu berjalan
lancar. Justeru itu, langkah-langkah untuk mengatasi masalah yang timbul juga dapat
dirancang. Menurut Ward dan Marzano (2001), pembelajaran adalah proses dalaman
yang dikawal sepenuhnya oleh pelajar dan dipengaruhi oleh motivasi, persepsi,
kemahiran dan pengetahuan. Manakala, menurut Gardner (1991), pembelajaran adalah
proses semulajadi yang diperoleh daripada pengalaman dan perkembangan kognitif
individu dalam bidang bahasa, seni dan Matematik. Sejajar dengan itu, dapat dijelaskan
bahawa, setiap individu mempunyai cara pemikiran yang berbeza.
Ini bersesuaian dengan pendapat yang mengatakan bahawa setiap individu
mencapai kecerdasan yang berbeza, mempunyai pendekatan masalah yang berbeza,
mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza, dan memerlukan cara yang berbeza untuk
menunjukkan kefahaman mereka tentang sesuatu perkara (Gallagher dan Gallagher,
1994; Gardner, 1983; Renzulli, 1998; Sternberg, 1985). Menurut Dunn dan Dunn
(1993), gaya pembelajaran adalah cara pelajar memberi tumpuan kepada proses analisis
dan mengingati maklumat baru dan sukar. Cara pelajar memberi tumpuan adalah
berbeza dari satu individu kepada individu yang lain. Terdapat segelintir pelajar yang
tidak dapat mengenalpasti gaya pembelajaran mereka.
Menurut Dunn dan Dunn (1993) lagi, terdapat tiga jenis gaya pembelajaran iaitu
gaya pembelajaran visual, audio dan kinestetik. Melalui gaya pembelajaran visual,
pelajar lebih cenderung melihat gambar dan demonstrasi. Manakala melalui gaya
pembelajaran audio, pelajar lebih cenderung mendengar syarahan dan memberikan
6
pendapat. Selain itu, melalui gaya pembelajaran kinestetik, pelajar lebih cenderung
untuk melakukan kerja-kerja amali dan melukis sesuatu.
Untuk meningkatkan penguasaan dalam bidang Matematik, gaya pembelajaran
Matematik yang sesuai harus dikenalpasti. Menurut Blumer (1969) dan Bauersfeld
(1988), peluang-peluang bagi kanak-kanak membina pengetahuan Matematik wujud
apabila mereka berinteraksi dengan guru dan rakan sebayanya. Manakala, menurut
Baroody dan Ginsburg (1990), pengetahuan Matematik tidak formal ini dibina dan
diperkembangkan oleh kanak-kanak kerana ia bermakna, menarik dan berguna kepada
mereka, dan perasaan ingin tahu yang ada pada kanak-kanak mendesak mereka untuk
menjadikan persekitaran bermakna, dan mempunyai keupayaan untuk menguruskannya.
Kajian yang dijalankan ke atas kanak-kanak di tadika oleh Baroody dan
Ginsburg (1990), menunjukkan bahawa kanak-kanak sendiri membina pengetahuan
Matematik yang tidak formal sebelum mereka mengikuti kelas formal di sekolah. Jelas
di sini bahawa pembelajaran Matematik memerlukan suatu kaedah yang boleh menarik
perhatian pelajar tersebut untuk lebih mendalaminya. Memahami cara pembelajaran
pelajar tidak hanya sekadar fokus kepada hasil pembelajarn tetapi seharusnya kepada
proses pemikiran dan pembelajaran. Menurut Tajul Ariffin (1998), guru yang sering
menggunakan kaedah dan pendekaan yang sama akan menyebabkan responden rasa
bosan terhadap pengajaran guru. Jika pendekatan pembelajaran yang dipilih tidak sesuai
dengan pelajar, maka akan timbul masalah yang jika tidak diberikan perhatian yang
khusus akan mengakibatkan masalah yang lebih kompleks.
Dalam bidang Matematik, masalah sering dikaitkan dengan aktiviti
pematematikan. Menurut Kamus Matematik (1990), masalah ditakrifkan sebagai
sesuatu yang memerlukan penyelesaian, perkara, soal ataupun soalan yang memerlukan
7
jawapan. Setiap individu akan berdepan dengan masalah dalam aktiviti seharian
mereka. Masalah timbul apabila sesuatu itu berlaku tidak seperti yang dijangkakan.
Dalam Matematik, terdapat banyak masalah yang menyebabkan prestasi
akademik Matematik semakin menurun. Kemerosotan ini sering dikaitkan dengan sikap
mereka seperti tidak berminat atau dengan mengatakan Matematik itu sukar dan berasa
takut semasa mempelajari Matematik serta persepsi negatif yang lain. Menurut Dickins
dan Wood (1989), seringkali pelajar mengatakan bahawa mereka tidak mahu
menyelesaikan masalah yang sukar kerana mereka tidak dapat mengenalpasti kaedah
yang perlu digunakan untuk menyelesaikan masalah itu. Dengan itu, mereka tidak
berminat dan bermotivasi untuk belajar. Akibat daripada itu, pelajar akan ponteng
sekolah.
Selain itu, menurut Mohd. Salleh Lebar (2007), kemudahan asas dan fizikal yang
tidak mencukupi akan menjejaskan proses pembelajaran di sekolah. Ini menunjukkan
bahawa kekurangan ABM dan BBB di sekolah juga merupakan satu faktor kemerosotan
akademik Matematik pelajar. Selain itu, kesukaran pelajar dalam menguasai Matematik
telah menyebabkan mata pelajaran ini sering kali menimbulkan kebimbangan bukan
sahaja kepada pelajar bahkan guru-guru dan ibu bapa. Kebimbangan ini menjadi
semakin serius apabila mata pelajaran tersebut diajarkan dalam Bahasa Inggeris. Kesan
daripada kurikulum baru KBSR dan KBSM, pelajar mempunyai masalah dalam
mempelajari Matematik akibat daripada penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar dalam subjek tersebut. Menurut Mohd Salleh Lebar (2007), jika pelajar tidak
memahami segala penyampaian dan pengajaran guru semasa proses pengajaran dan
pembelajaran kerana penggunaan bahasa, maka pastinya ia akan membawa kepada
masalah pembelajaran kepada pelajar tersebut.
8
Selain itu, faktor dalaman yang mempengaruhi pelajar dalam menguasai subjek
Matematik adalah faktor miskonsepsi iaitu salah faham dalam memahami pengetahuan
Matematik. Menurut Grossman (1983), kebanyakan pelajar mempunyai miskonsepsi
dalam mempelajari konsep asas Matematik. Menurut Ferrini-Mundy dan Graham
(1991), pelajar mempunyai masalah dalam mempelajari konsep fungsi kerana mereka
lebih cenderung untuk menghafal formula.
Dalam memahami konsep fungsi, pelajar seharusnya fokus kepada kefahaman
bukannya kepada formula. Kebanyakan pelajar memahami konsep fungsi dan hubungan
melalui formula yang dihafal. Selain itu, dalam memahami konsep had, pelajar
seharusnya membezakan konsep had dari perspektif umum dan konsep had dari
perspektif Matematik (Tall dan Schwarzenberger, 1978; Tall dan Vinner, 1981). Dari
perspektif umum, had didefinisikan sebagai batasan atau sempadan untuk sesuatu
perkara. Manakala, dari perspektif Matematik, had didefinisikan sebagai menghampiri
nilai sebenar tetapi tidak sama dengan nilai sebenar.
Selain itu, pelajar juga mempunyai masalah dalam membuktikan suatu
persamaan dalam Matematik (Hitt, 1989; Martin dan Harel , 1989; Moore, 1991; Lewis
dan Anderson, 1985). Dalam konsep Matematik, setiap persamaan yang dinyatakan
perlu dibuktikan kebenarannya. Jika pelajar tidak dapat mentakrifkan bagaimana
persamaan itu timbul, mereka akan cenderung untuk menghafal persamaan tersebut dan
tidak dapat mengaplikasikannya dalam penyelesaian masalah.
Selain itu, kebanyakan pelajar mempunyai masalah yang serius dalam
memahami konsep asas Matematik iaitu operasi nombor yang melibatkan penambahan,
penolakan, pendaraban dan pembahagian. Menurut Douglas dan Rock (2006), masalah
ini timbul kerana pelajar menggunakan kaedah atau algorithm yang salah untuk
menyelesaikan operasi yang terlibat. Sebagai contoh, dalam operasi penolakan 823 –
9
169, pelajar yang mempunyai miskonsepsi dalam penolakan akan memberikan jawapan
746. Ini kerana pelajar itu menolak daripada nombor besar kepada nombor kecil untuk
setiap tempat. Pelajar itu bertindak demikian kerana mereka beranggapan, nombor yang
besar tidak boleh ditolak dari nombor yang kecil.
Selain itu, dalam operasi penambahan 4567 + 7968, pelajar yang mempunyai
miskonsepsi dalam penambahan akan memberikan jawapan 14635. Ini kerana pelajar
itu menambah setiap tempat dengan nombor yang melebihi sembilan. Pelajar itu
bertindak demikian kerana mereka beranggapan, nombor yang melebihi sembilan perlu
ditambah pada setiap tempat kerana nilainya sama. Selain itu, dalam operasi pendaraban
92 x 63, pelajar yang mempunyai miskonsepsi dalam pendaraban akan memberikan
jawapan 6296. Ini kerana pelajar itu meletakan hasil darab kedua di tempat yang sama
dengan hasil darab pertama. Pelajar itu bertindak demikian kerana beranggapan,
nombor yang didarab mempunyai nilai yang sama. Masalah-masalah yang timbul ini
perlu diatasi dengan segera memandangkan situasi ini menjadi semakin serius.
Pelbagai cadangan telah dikemukakan untuk mengatasi masalah yang berlaku
ini. Antaranya adalah yang telah dinyatakan oleh Dickins dan Wood (1989), iaitu
pembelajaran secara praktikal. Guru seharusnya menunjukkan pelbagai contoh jawapan
kepada soalan yang berlainan supaya pelajar dapat mengenalpasti algorithm yang betul
untuk menyelesaikan soalan. Guru juga perlu menggunakan model atau diagram untuk
menerangkan maksud soalan yang dibincangkan supaya pelajar jelas apa yang mereka
perlu selesaikan.
Selain itu, sebelum mengajar dalam satu topik yang baru, guru perlu
memperkenalkan subjek itu berdasarkan pengetahuan sedia ada pelajar. Ini
membolehkan pelajar itu mudah untuk memahami topik baru tersebut. Pendekatan
Mastery Learning juga boleh diberikan perhatian, iaitu pelajar perlu mengukuhkan topik
10
yang telah dipelajari sebelum beralih ke topik seterusnya. Selain itu, pendekatan
pembelajaran baru iatu menggunakan teknologi dalam pembelajaran perlu
dititikberatkan. Dalam pembelajaran Matematik, penggunaan kalkulator dan komputer
akan memberikan motivasi kepada pelajar untuk terus mempelajari Matematik kerana ia
lebih mudah.
Selain itu, menurut Mohd. Salleh Lebar (2007), perubahan dalam budaya sekolah
perlu dibuat sama ada melakukan perubahan secara eksplisit atau additive. Antara
cadangan yang dikemukakan adalah memperbanyak konsep penyelesaian masalah dan
menggalakkan pelajar membuat sendiri. Guru hanyalah sebagai pembimbing dan
pemudahcara sahaja. Cadangan lain adalah mempelbagai kemudahan alat mengajar dan
tidak berdasarkan penggunaan kaedah lama. Sebolehnya, dalam suatu tajuk pengajaran,
guru seharusnya juga menerangkan tujuan pengajaran dan mengaitkan dengan pelbagai
situasi. Selain itu, menurut Wehlage, Rutter dan Turnbaugh (1987), menyarankan
penggunaan pengajaran secara individu diperkenalkan agar murid-murid mendapat
kefahaman yang lebih mendalam dalam proses pengajaran.
Dalam mengatasi masalah pembelajaran, telah banyak kajian yang dibuat untuk
mencari langkah yang sesuai dalam meningkatkan prestasi pelajar. Antara kajian yang
pernah dibuat adalah ‘Projek Kajian Keberkesanan Sekolah Connectinut’ yang
dilakukan untuk mengkaji keberkesanan sekolah-sekolah di negara barat. Melalui
dapatan kajian ini, dapat dinyatakan bahawa pelajar boleh meningkatkan pencapaian
akademik melalui kemudahan pengajaran (Shoemaker, 1982).
Selain itu, kewujudan sekolah berkonsepkan bestari mula mengambil tempat.
Konsep sekolah tersebut ialah pelajar mendapat kemahiran yang tinggi dalam mata
pelajaran Matematik, Sains dan yang berkaitan dengan kemahiran dalam teknologi
pendidikan. Menurut kenyataan Berita Harian (24.1.97), tiga buah sekolah bestari
11
pertama di negara ini yang dilengkapi pelbagai kemudahan pengajaran dan pembelajaran
berteknologi moden akan mula beroperasi pada Januari 1999. Pembentukan sekolah
bestari akan bertambah menjadi 80 buah sekolah kemudian secara berperingkat-
peringkat. Menjelang tahun 2000, kira-kira 500 buah sekolah bestari akan dibina di
seluruh negara di mana 300,000 pelajar akan menggunakan kemudahan. Sehubungan
dengan itu, menurut kenyataan Berita Harian (24.3.97), kurikulum yang bersepadu dan
mengambil kira pelbagai aspek keperluan akan diperkenalkan di sekolah bestari.
Pendekatan pembelajaran berbantukan komputer dalam empat mata pelajaran iaitu,
Sains, Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan diperkenalkan.
Peralihan baru dalam era global sekarang mengambarkan kepentingan
penggunaan teknologi dalam pembelajaran. Teknologi membawa perubahan kepada
program Matematik, kaedah Matematik dan cara Matematik dipelajari. Menurut
Douglas dan Rock (2006), perubahan aspek teknologi dalam Matematik adalah
melibatkan kebolehan guru untuk memilih cara dan kaedah berteraskan teknologi yang
sesuai untuk meningkatkan kefahaman pelajar dalam subjek Matematik. Elemen
multimedia adalah teras kepada penggunaan teknologi. Menurut Douglas dan Rock
(2006) lagi, pengajaran yang kreatif dan penggunaan teknologi yang sesuai akan
meningkatkan kualiti kurikulum dan kualiti pembelajaran pelajar.
Selain itu, menurut Sterling dan Gray (1991) dan Sasser (1990), penggunaan
komputer dalam pembelajaran Matematik akan meningkatkan prestasi pelajar. Secara
umumnya, kalkulator dan komputer adalah perkakasan yang membantu dalam
kefahaman, meningkatkan kecekapan dan meningkatlkan tahap kejituan (Douglas dan
Rock, 2006). Suasana pembelajaran berasaskan multimedia memerlukan guru yang
serasi dengan teknologi dan berkemampuan menerapkan teknologi dalam kurikulum.
12
Menurut Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir (2005), multimedia dapat
diistilahkan sebagai suatu proses komunikasi interaktif berasaskan penggunaan
teknologi komputer yang merangkumi penggunaan media audio visual seperti teks,
grafik, audio, video dan animasi manakala aplikasi multimedia bagi tujuan pengajaran
dan pembelajaran memanfaatkan setiap elemen multimedia yang disediakan. Dengan
adanya interaktiviti sebagai salah satu elemen dalam persembahan, proses pembelajaran
menjadi lebih fleksibel (Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir, 2005). Oleh itu,
penggunaan komputer itu akan menarik minat pelajar untuk mempelajari Matematik
kerana konsep multimedia yang diterapkan iaitu elemen teks, animasi, video, audio dan
grafik.
Memandangkan penggunaan komputer semakin penting dalam semua bidang,
guru seharusnya mengambil langkah tegas untuk menerapkan elemen teknologi dalam
pembelajaran. Pembelajaran berbantukan komputer adalah salah satu jalan
penyelesaiannya. Di sini, dinyatakan bagaimana pembelajaran berbantukan komputer
yang menggunakan pendekatan Teori Kecerdasan Pelbagai mampu membantu guru-guru
dalam menyelesaiakan masalah pelajar dalam menguasai subjek Matematik. Menurut
Baharuddin et al. (2002), pembelajaran berbantukan komputer adalah satu pendekatan
yang menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Manakala,
Teori Kecerdasan Pelbagai adalah satu model kognitif yang menekankan kepada
penjelasan bagaimana seorang individu menggunakan kecerdasan yang dimiliki untuk
menyelesaikan masalah dan menghasilkan sesuatu (Ronis, 2007). Dalam proses
pembelajaran, pelajar perlu berfikir secara aktif dan berkesan untuk memastikan proses
pembelajaran berlaku secara optimum.
Dalam menjelaskan konsep berfikir secara kreatif, seorang intelektual iaitu Goldberg
telah mengemukakan ‘Whole Brain Theory’ iaitu mengenai penggunaan kedua-dua
bahagian otak untuk berfikir. Beliau juga menyatakan bahawa penggunaan kedua-dua
bahagian otak ini akan meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran. Teori ini juga
13
membawa kepada penemuan teori kognitif yang baru iaitu, ‘Multiple Intelligences
Theory.’ Menurut Gardner (1983), secara umumnya, manusia mempunyai lapan
kecerdasan yang berbeza dari seorang dengan yang lain iaitu kecerdasan verbal-
linguistik, kecerdasan logik-Matematik, kecerdasan visual-ruang, kecerdasan kinestetik,
kecerdasan muzik, kecerdasan interpersonal, kecerdasan intrapersonal, dan kecerdasan
naturalis.
Setiap individu mempunyai hampir kesemua lapan kecerdasan itu. Tetapi,
berbeza pada keupayaan individu sama ada mempunyai kekuatan pada satu kecerdasan
sahaja. Perbezaan pada kecerdasan dalam diri individu tidak hanya membawa
kepentingan kepada diri individu itu sahaja tetapi turut mempengaruhi masyarakat
setempat. Dengan kecerdasan yang berbeza ini, masyarakat boleh bekerjasama dalam
membangunkan struktur sosial, ekonomi dan pentadbiran setempat. Daripada lapan
kecerdasan tersebut, kecerdasan logik-Matematik adalah sesuai untuk diterapkan di
dalam pembelajaran berbantukan komputer ini.
Kecerdasan logik-Matematik adalah kebolehan mendekati masalah secara logis,
memahami nombor dan pola abstrak, dan mengecam dan menyelesaikan masalah yang
memerlukan penaakulan (Chapman, C. 1993). Menurut Ali Abd. Ghani et al. (2001),
dalam konteks pembelajaran, pelajar yang mempunyai kecerdasan ini lebih cenderung
untuk bekerja dengan nombor, menganalisis situasi, menunjukkan ketepatan dalam
menyelesaikan masalah, dan bekerja dalam situasi yang memerlukan penyelesaian tepat.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru untuk menarik perhatian pelajar adalah
membina rajah Venn, menggunakan permainan strategi, melibatkan pelajar dalam
menunjukkan kefahaman tentang sesuatu dengan menggunakan objek konkrit, merekod
maklumat dalam graf, dan mewujudkan aktiviti membuat garis masa dan melukis peta.
14
1.3 Pernyataan masalah
Matematik adalah satu keperluan dalam kehidupan individu dewasa kini. Setiap
lapis masyarakat mengaplikasikan Matematik dalam kehidupan seharian. Tanpa
Matematik, segala aktiviti seharian tidak dapat dijalankan. Akibat daripada masalah
dalaman dan luaran yang timbul semasa proses pembelajaran Matematik, pelajar sukar
untuk menguasai Matematik. Kesukaran untuk mempelajari Matematik timbul kerana
subjek Matematik tidak dapat diterangkan dengan baik dan pelajar tidak dapat
mengenalpasti algorithm yang sesuai untuk menyelesaikan masalah. Implikasinya,
pelajar akan mengatakan Matematik itu adalah satu subjek yang sukar dan
membosankan. Seorang guru Matematik seharusnya menyediakan suasana
pembelajaran yang kondusif untuk menarik minat pelajar menguasai subjek Matematik.
Dewasa kini, elemen teknologi adalah penting dalam membantu proses
pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan teknologi dalam pembelajaran akan
memudahkan guru menarik minat pelajar dan seterusnya membolehkan pelajar
menguasai Matematik dengan baik. Penerapan teori yang bersesuaian juga perlu
dititikberatkan. Penerapan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam proses pengajaran dan
pembelajaran semakin menjadi perhatian kini. Teori ini penting kerana mampu
menganalisis kecerdasan individu dan membantu individu itu menyelesaikan masalah
dalam kehidupan seharian. Penekanan kepada kecerdasan yang dimiliki akan dapat
menarik perhatian individu terbabit untuk mempelajari tentang sesuatu perkara.
Sehubungan dengan itu, satu projek pembangunan pembelajaran berbantukan
komputer menggunakan penerapan Teori Kecerdasan Pelbagai – kecerdasan logik-
Matematik telah dihasilkan untuk membantu guru-guru mengurangkan masalah
penguasaan subjek Matematik di kalangan pelajar.
15
1.4 Objektif kajian
Fokus utama pembangunan perisian ini adalah untuk membangunkan perisian
yang berasaskan Teori Kecerdasan Pelbagai – Kecerdasan Logik Matematik. Secara
khususnya, ia bertujuan untuk:
i. mereka bentuk perisian berbantukan komputer untuk topik Teori Set
berdasarkan Teori Kecerdasan Pelbagai – Kecerdasan Logik
Matematik.
ii. membangunkan perisian berbantukan komputer untuk topik Teori Set
berdasarkan Teori Kecerdasan Pelbagai – Kecerdasan Logik
Matematik.
1.5 Kepentingan kajian
Dapatan kajian ini diharapkan dapat memberi input yang penting kepada pihak-
pihak yang terlibat seperti pelajar dan guru. Dengan itu, kajian ini diharapkan dapat
membantu pelajar menguasai topik Teori Set dengan jelas dan menyelesaikan masalah
yang berkaitan dengan topik berkenaan. Selain itu, kajian ini diharapkan dapat
membantu guru mengajar pelajar menguasai topik Teori Set dengan jelas seterusnya
membimbing pelajar menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan Topik Set. Oleh
itu, kajian ini juga diharapkan dapat membentuk pemikiran pelajar ke arah pemikiran
yang lebih sistematik berdasarkan Kecerdasan Logik Matematik.
16
1.6 Batasan kajian
Perisian yang dibangunkan ini terbatas kepada individu yang mempunyai
kecenderungan kepada kecerdasan logik mateamtik sahaja. Selain itu, perisian ini juga
tidak menyediakan ujian untuk mengenlpasti kecerdasan individu atau pengguna. Dalam
pada itu, perisian ini hanya mengimplikasikan topik teori set sahaja. Oleh itu,
penggunaan perisian ini hanya terbatas kepada topik Teori Set Tingkatan Empat sahaja.
1.7 Definisi istilah
Definisi Istilah ini menbincangkan mengenai istilah yang ditekankan dan berkait
rapat dengan pembangunan perisian. Istilah yang dibincangkan adalah istilah Teori
Kecerdasan Pelbagai meliputi aspek Kecerdasan Logik Matematik dan istilah
pembelajarn berbantukan komputer.
1.7.1 Teori Kecerdasan Pelbagai
Satu model kognitif yang menekankan kepada penjelasan bagaimana seorang
individu menggunakan kecerdasan yang dimiliki untuk menyelesaikan masalah dan
menghasilkan sesuatu. Teori ini menekankan kepada aspek penggunaan kedua-dua
bahagian otak untuk memproses maklumat. Tetapi, melalui pembangunan perisian ini,
penekanan diberikan kepada kecerdasan logik matematik. Kecerdasan ini merangkumi
17
kebolehan mendekati masalah secara logis, memahami nombor dan pola abstrak, dan
mengecam serta menyelesaikan masalah yang memerlukan penaakulan. Ciri-ciri teori
kecerdasan ini diintegrasikan di dalam perisian untuk membolehkan pengguna
meningkatkan tahap kebolehan kecerdasan logik matematik ke peringkat yang lebih
tinggi.
1.7.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer:
Satu pendekatan yang menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan
pembelajaran. Pendekatan yang berbentuk sistematik ini memudahkan pengguna
memahami isi kandungan pelajaran dengan lebih mendalam. Untuk itu, pembelajaran
berbantukan komputer diterapkan dengan elemen multimedia dan elemen interaktif
untuk menarik minat pengguna. Secara istilahnya, multimedia adalah suatu proses
komunikasi interaktif berasaskan penggunaan teknologi komputer yang merangkumi
media audio visual seperti teks, grafik, audio, video dan animasi. Manakala, interaktif
pula membolehkan pengguna berinteraksi dengan perisian.
1.8 Penutup
Perkembangan teknologi yang semakin pesat memberi implikasi yang tinggi
kepada negara terutamanya bidang pendidikan. Untuk itu, kerajaan mengambil langkah
yang drastik untuk mengintegrasikan elemen teknologi dalam pendidikan. Elemen
teknologi ini meliputi aspek penggunaan multimedia dan pembangunan perisian
18
komputer sebagai langkah alternatif kepada proses pengajaran dan pembelajarn. Oleh
itu, diharapkan pembangunan perisian berbantukan komputer ini mampu membantu
pelajar untuk menguasai topik Teori Set dengan menggunakan pendekatan berteraskan
Teori Kecerdasan Pelbagai – Kecerdasan Logik Matematik.