Post on 24-Aug-2019
Pelan Strategik
PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
2016 - 2020
w w w . k e h a k i m a n . g o v . m y
Pelan Strategik
PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
2
Pelan Strategik PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
2016 - 2020
Kandungan
PRAKATA KETUA HAKIM NEGARA
SEKAPUR SIRIH
KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
RINGKASAN EKSEKUTIF
PEJABAT KETUA PENDAFTAR
MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA (PKPMP)
STRUKTUR MAHKAMAH DI MALAYSIA
STRUKTUR ORGANISASI PKPMP
OBJEKTIF PKPMP DAN PUNCA KUASA
STAKEHOLDERS DAN PELANGGAN
HALA TUJU STRATEGIK
NILAI -NILAI BERSAMA
TERAS STRATEGIK
ELEMEN PENENTU KEJAYAAN
MEKANISME PELAKSANAAN
KE ARAH PKPMP CEMERLANG 2020
KESIMPULAN
PENGHARGAAN
04
06
08
09 10
12
14
15
16
17
18
30
31
32
32
33
3
Pelan Strategik
PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
PRAKATA
KETUA HAKIM NEGARA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
dan Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan
ini untuk mengucapkan tahniah kepada Pejabat
Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP)
di bawah pimpinan YBhg. Dato’ Sri Latifah binti Haji
Mohd Tahar kerana telah berjaya menghasilkan
Pelan Strategik PKPMP 2016-2020. PKPMP telah
menyediakan Pelan Strategiknya yang pertama bagi
tahun 2011-2015 dan telah berjaya mencapai 86.16
peratus di mana sasaran yang ditetapkan adalah 80
peratus. Sebanyak 22 daripada 28 program yang
dirancang telah dilaksanakan sepanjang tempoh
Pelan Strategik tersebut. Pencapaian ini merupakan
satu kejayaan yang boleh dibanggakan.
Penyediaan dan pelaksanaan Pelan Strategik bagi
sesebuah Jabatan seperti PKPMP adalah amat
penting untuk memastikan hala tuju dan matlamat
PKPMP bukan sahaja dapat dilaksanakan tetapi
dinilai dan diukur keberkesanannya. Sistem
penyampaian keadilan bukan sahaja tertumpu
kepada penyelesaian kes di Mahkamah tetapi juga
melibatkan perkhidmatan di antara orang awam
dengan Mahkamah. Justeru, pada zaman yang
serba canggih dengan kepesatan pembangunan
teknologi ini, rakyat menuntut setiap perkhidmatan
yang diberikan mestilah bertunjangkan kecekapan,
keadilan dan ketelusan. Dengan adanya Pelan
Strategik PKPMP setiap pelaksanaan aktiviti dan
pencapaian dapat dikongsi dengan masyarakat
melalui pelbagai platform komunikasi dan media.
Dengan cara tersebut rakyat terutamanya pihak
berkepentingan (stakeholder) dapat membuat
penilaian secara terus terhadap pencapaian Badan
Kehakiman Malaysia.
4
2016 - 2020
Fokus utama Pelan Strategik PKPMP 2016-2020 bukan sahaja untuk meningkatkan jumlah
penyelesaian kes tetapi juga kualiti keputusan dan alasan penghakiman yang dihasilkan dan pada
masa yang sama memperkasa pengurusan organisasi. Para Hakim dan Pegawai Kehakiman sentiasa
diingatkan supaya menyelesaikan kes dalam tempoh yang ditetapkan dan munasabah serta yang
paling penting ialah menghakimi kes dengan adil serta menulis alasan penghakiman yang berkualiti.
Pemerkasaan pengurusan organisasi dapat memantapkan sistem penyampaian keadilan. Kunci bagi
setiap pengurusan yang berkualiti ialah kecekapan setiap pegawai dan kakitangan dari bawah hingga
pemimpin tertingginya. Dengan adanya Pelan Strategik PKPMP 2016-2020 ini, saya berharap semua
pegawai dan kakitangan dapat melaksanakan aktiviti yang telah dirancang dengan penuh komitmen
dan dedikasi. Pihak Pengurusan PKPMP disarankan untuk mewujudkan mekanisme yang ampuh untuk
mengukur tahap pencapaian Pelan Strategik ini termasuk kajian oleh badan bebas mengenai tahap
kepuasan pelanggan atau orang awam terhadap Badan Kehakiman Malaysia.
Akhir kata, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua
pegawai yang telah memberikan komitmen sepenuhnya semasa penyediaan Pelan Strategik PKPMP
2016-2020. Semoga segala usaha yang dibuat diberkati oleh Allah S.W.T. hendaknya.
Sekian, terima kasih.
YAA TUN ARIFIN BIN ZAKARIA Ketua Hakim Negara
5
Pelan Strategik
PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
SEKAPUR SIRIH
KETUA PENDAFTAR
MAHKAMAH
PERSEKUTUAN MALAYSIA
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T
kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya Pelan
Strategik PKPMP 2016-2020 dapat diteruskan untuk
menentukan teras strategik dan hala tuju PKPMP
bagi lima tahun yang akan datang.
Pada tahun 2011, Pejabat Ketua Pendaftar
Mahkamah Persekutuan Malaysia (PKPMP) telah
membangunkan Pelan Strategiknya bagi lima tahun
bermula tahun 2011-2015 dengan visi untuk menjadi
Badan Kehakiman Malaysia yang unggul dan
berwibawa menjelang tahun 2015. Pelan Strategik
tersebut telah dirangka berasaskan 4 objektif utama
iaitu memupuk kepercayaan dan keyakinan
terhadap Badan Kehakiman Malaysia, membangun
modal insan yang kompeten dan berprestasi tinggi,
memperkasa pengurusan organisasi, mengkaji dan
menambah baik dasar, undang-undang serta
peraturan Mahkamah.
Berdasarkan penilaian yang dijalankan sehingga 31
Disember 2015, pencapaian PKPMP adalah pada
tahap cemerlang dengan markah 86.16 peratus di
mana sasaran yang ditetapkan adalah 80 peratus.
Sebanyak 22 daripada 28 Program didapati berjaya
melepasi sasaran yang ditetapkan.
Walau bagaimanapun, sekiranya diteliti secara
terperinci kepada setiap Strategi dan Program yang
ditetapkan dalam Pelan Strategik PKPMP 2011-
2015, masih terdapat ruang bagi penambahbaikan
yang saya harap dapat diberi perhatian dalam Pelan
Strategik PKPMP 2016-2020.
Pelan Strategik adalah tahap perancangan tertinggi
dalam menentukan hala tuju sesebuah organisasi
dalam jangka masa panjang sekurang-kurangnya
6
2016 - 2020
3 hingga 5 tahun ke hadapan. Pelan Strategik digubal sejajar dengan Agenda Transformasi Kerajaan
untuk melonjakkan negara sebagai sebuah negara maju menjelang 2020.
Justeru itu, Pelan Strategik PKPMP 2016-2020 ini akan menjadi sumber rujukan utama kepada warga
PKPMP untuk merealisasikan hasrat YAA Ketua Hakim Negara menjadikan Badan Kehakiman
Malaysia cemerlang menjelang 2020 selari dengan moto Towards Judicial Excellence.
Demi meneruskan hala tuju dan kecemerlangan PKPMP, Pelan Strategik PKPMP 2016-2020 ini telah
mengambil kira keperluan masyarakat umum dan pihak yang berkaitan yang sering berurusan dengan
Badan Kehakiman Malaysia. Oleh itu, besarlah harapan saya agar pelaksanaan Pelan Strategik ini
terus kekal relevan dengan persekitaran semasa serta memenuhi kehendak stakeholders dan
pelanggan.
Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pegawai
yang begitu komited dan dedikasi semasa penyediaan Pelan Strategik PKPMP 2016-2020. Tidak
dilupakan juga pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
yang menjadi pembimbing dan pemudah cara dalam Bengkel Penyediaan Pelan Strategik PKPMP
2016-2020 yang diadakan pada 24 hingga 26 Mac 2016 di Hotel Concorde, Shah Alam, Selangor Darul
Ehsan.
Sekian, terima kasih.
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
DATO’ SRI LATIFAH BINTI HAJI MOHD TAHAR Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia
7
Pelan Strategik
PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
RINGKASAN EKSEKUTIF
Pelan Strategik PKPMP 2016-2020 adalah kesinambungan bagi Pelan Strategik PKPMP 2011-2015
yang telah dibangunkan berasaskan keperluan dan perkembangan isu semasa ke arah mewujudkan
Badan Kehakiman Malaysia yang unggul dan berwibawa.
Pelan Strategik PKPMP ini dirancang agar dapat memberi lonjakan kepada Badan Kehakiman
Malaysia cemerlang menjelang tahun 2020 dengan fokus kepada pengurusan organisasi dan
penyelesaian kes.
Selain itu, kelancaran program pelaksanaan adalah bergantung kepada komitmen yang padu daripada
warga PKPMP, jalinan kerjasama yang baik antara jabatan kerajaan, swasta, NGO dan golongan
sasar.
Pelan Strategik PKPMP ini menjadi suatu anjakan paradigma bagi PKPMP agar bergerak seiring
dengan Agenda Transformasi Kerajaan ke arah negara maju dalam acuan sendiri pada tahun 2020.
Justeru, 2 Teras Strategik telah ditetapkan iaitu–
(i) merekayasa pengurusan sumber manusia, kewangan, keselamatan dan perkhidmatan
untuk memartabatkan Badan Kehakiman Malaysia; dan
(ii) memperkasa pentadbiran dan penyampaian perkhidmatan keadilan untuk memartabatkan
Badan Kehakiman Malaysia sebagai penegak keadilan dan kedaulatan undang-undang.
Berdasarkan 2 Teras Strategik ini terdapat 11 Strategi dipilih untuk memastikan Visi dan Misi tercapai
melalui penyusunan Program, penetapan indikator sasaran dan tempoh sasaran.
Pelan Strategik PKPMP ini telah menyatakan secara komprehensif mengenai Punca Kuasa,
Stakeholders dan Pelanggan, Teras Strategik, Hala Tuju Strategik, Elemen Penentu Kejayaan dan
Mekanisme Pelaksanaan supaya PKPMP menjadi Badan Kehakiman Malaysia cemerlang menjelang
tahun 2020.
8
2016 - 2020
PEJABAT KETUA PENDAFTAR
MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA (PKPMP)
Sebagai sebuah jabatan kerajaan, PKPMP berperanan menguruskan hal ehwal kehakiman,
pentadbiran, perkhidmatan, perjawatan, kewangan, pembangunan, dasar dan teknologi maklumat.
Setakat bulan Januari 2016, terdapat sebanyak 416 buah mahkamah di seluruh Malaysia dengan 629
orang pegawai dan 4,318 kakitangan. Pada masa yang sama, PKPMP juga berperanan dalam hal
ehwal berkaitan keperluan fasiliti dan kebajikan Hakim-Hakim di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah
Rayuan dan Mahkamah Tinggi.
PKPMP diketuai oleh Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia Gred Turus III dengan dibantu
oleh Pegawai Pengurusan Tertinggi Gred JUSA A, B dan C di Istana Kehakiman serta Pengarah
Mahkamah Negeri dan Pegawai Kehakiman. Perjawatan Pegawai Kehakiman bermula daripada Gred
L41 hingga Turus III dengan gelaran jawatan Pendaftar sebagaimana peruntukan seksyen 3 Akta
Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91] atau Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret sebagaimana
peruntukan dalam Akta Mahkamah Rendah 1948 [Akta 92].
Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dan semua Pegawai Kehakiman dilantik oleh
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan Perundangan Malaysia (SPKP) yang ditubuhkan di bawah
Perkara 138 Perlembagaan Persekutuan.
Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia dan semua Pegawai Kehakiman adalah entiti yang
berasingan daripada Hakim-Hakim Mahkamah Atasan menurut Bahagian IX, Perkara 121 hingga 131A
Perlembagaan Persekutuan. Berhubung dengan pelantikan Hakim-Hakim dan Pesuruhjaya
Kehakiman, Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 [Akta 695] adalah terpakai. Suruhanjaya
Pelantikan Kehakiman (Judicial Appointment Commission) yang ditubuhkan pada 2 Februari 2009
dipertanggungjawabkan tentang perkara pelantikan Hakim-Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman.
9
Pelan Strategik
PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
STRUKTUR MAHKAMAH DI MALAYSIA
Penubuhan Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi dinyatakan dalam
Perkara 121 dan 122 Perlembagaan Persekutuan. Fasal (1) Perkara 121 memperuntukkan mengenai
bidang kuasa Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, manakala Perkara
182 pula memperuntukkan mengenai penubuhan Mahkamah Khas yang menjalankan prosiding
terhadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja.
Bagi setiap Mahkamah Atasan ini, terdapat Pegawai Kehakiman dan kakitangan PKPMP daripada
pelbagai gred yang ditempatkan untuk membantu urusan berkenaan dengan penjalanan kes.
Bagi Mahkamah Rendah pula, penubuhan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret adalah
menurut peruntukan Akta Mahkamah Rendah 1948 [Akta 92] yang menyatakan tentang bidang kuasa
mahkamah. Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret yang ditempatkan di Mahkamah Rendah seluruh
Malaysia berperanan untuk mendengar kes sivil dan jenayah. Mereka terdiri daripada Pegawai
Kehakiman Gred L41 hingga Gred JUSA B dengan dibantu oleh kakitangan daripada pelbagai gred.
YAA Ketua Hakim Negara, YAA Presiden Mahkamah Rayuan, YAA Hakim Besar Malaya dan YAA Hakim
Besar Sabah dan Sarawak adalah terlibat secara langsung dalam penentuan dasar utama PKPMP
khususnya tentang penetapan, pengurusan kes dan penentuan tempoh penyelesaian kes di mahkamah.
YAA Ketua Hakim Negara juga melantik Hakim-Hakim Pengurus untuk menyelia prestasi pelupusan kes di
Mahkamah seluruh Malaysia melalui Arahan Amalan Hakim Besar Malaya Bil. 2 Tahun 2009.
YAA Ketua Hakim Negara menetapkan bidang kuasa Mahkamah Tinggi di beberapa lokasi yang
dibahagikan mengikut keperluan subjek perkara. Contohnya di Mahkamah Kuala Lumpur,
pembahagian dibuat untuk Mahkamah Tinggi Sivil, Dagang, Jenayah, Keluarga dan Rayuan dan
Kuasa-Kuasa Khas. Mahkamah Tinggi Dagang mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes
Admiralti, Muamalat, Harta Intelek dan Pembinaan.
Bagi Mahkamah Rendah pula, Mahkamah Sesyen Khas iaitu Mahkamah Khas Rasuah ditubuhkan
pada tahun 2011, Mahkamah Khas Alam Sekitar ditubuhkan pada tahun 2012, Mahkamah Khas
Koroner ditubuhkan pada tahun 2014 dan Mahkamah Khas Antipencatutan ditubuhkan pada tahun
2015 adalah untuk mendengar kes spesifik yang berkaitan. Mahkamah Sesyen Khas ini diketuai oleh
Hakim Mahkamah Sesyen Gred JUSA C.
Dengan penubuhan Mahkamah Sesyen Khas dan peningkatan bidang kuasa Mahkamah Sesyen dan
Mahkamah Majistret dapat memberi lebih ruang kepada proses penyelesaian dan pelupusan kes yang
lebih efisien. Peruntukan undang-undang tentang Pengurusan Kes di bawah Aturan 34 Kaedah-
Kaedah Mahkamah 2012 dan rundingan bagi pengakuan bersalah (Plea Bargaining) bagi kes jenayah
menurut seksyen 172C Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] turut membantu proses penyelesaian kes
dan pelupusan kes.
10
2016 - 2020
STRUKTUR MAHKAMAH DI MALAYSIA
MAHKAMAH PERSEKUTUAN MAHKAMAH KHAS
MAHKAMAH ATASAN
MAHKAMAH RAYUAN
MAHKAMAH TINGGI MAHKAMAH TINGGI
MALAYA SABAH & SARAWAK
MAHKAMAH SESYEN
MAHKAMAH RENDAH
MAHKAMAH MAJISTRET
11
Pelan Strategik
PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
STRUKTUR
PKPMP telah menstrukturkan semula organisasinya pada tahun 2016 demi memantapkan pengurusan organisasi
CARTA
PEJABAT KETUA PENDAFTAR
KETUA
MAHKAMAH
MALAYSIA
PENDAFTAR MAHKAMAH TIMBALAN KETUA
RAYUAN PENDAFTAR I (OPERASI)
(JUSA B) (JUSA A)
TIMBALAN KANAN PENDAFTAR PENDAFTAR MAHKAMAH PENDAFTAR PENGARAH BAHAGIAN PENGARAH BAHAGIAN PENDAFTAR MAHKAMAH TINGGI SABAH MAHKAMAH TEKNOLOGI MAKLUMAT DATA, STATISTIK DAN
MAHKAMAH RAYUAN TINGGI MALAYA DAN SARAWAK RENDAH MALAYA
DAN E-KEHAKIMAN SEMAKAN KONTRAK
(JUSA C) (JUSA B) (JUSA B) (JUSA B) (JUSA C) (JUSA C)
TIMBALAN
TIMBALAN
TIMBALAN
TIMBALAN
PENDAFTAR
TIMBALAN
TIMBALAN
KANAN
KANAN
KANAN
TIMBALAN
PENDAFTAR MAHKAMAH TIMBALAN
PENDAFTAR
PENDAFTAR
PENDAFTAR
PENGARAH
PENGARAH
PENGARAH
(PENTADBIRAN) RENDAH PENGARAH
MAHKAMAH
MAHKAMAH
MAHKAMAH
TEKNOLOGI
DATA DAN
SEMAKAN
MAHKAMAH SABAH DAN E-KEHAKIMAN
TINGGI
TINGGI SABAH
RENDAH
MAKLUMAT
STATISTIK
KONTRAK
RAYUAN SARAWAK (L54)
MALAYA
DAN SARAWAK
MALAYA
(PTM F52)
(L54)
(L52)
(L54)
(L54)
(JUSA C)
(JUSA C)
(JUSA C)
KETUA UNIT
SIJIL AMALAN
GUAMAN PENGARAH PEJABAT TIMBALAN
PENGARAH BAHAGIAN
(L44)
KETUA HAKIM NEGARA
KANAN PENDAFTAR PENGANTARAAN (MEDIASI)
DAN PENYELIDIKAN
MAHKAMAH PERSEKUTUAN
DAN PELAKSANAAN
MAHKAMAH
MALAYSIA KEHAKIMAN PERSEKUTUAN MALAYSIA
(JUSA C)
(JUSA C)
(JUSA C)
TIMBALAN
KETUA UNIT PENGARAH
BAHAGIAN PESURUHJAYA PENGANTARAAN SUMPAH (MEDIASI) DAN
(L48) PELAKSANAAN KEHAKIMAN
(L54)
PENGARAH PENGARAH PENGARAH PENGARAH PENGARAH PENGARAH PENGARAH MAHKAMAH MAHKAMAH MAHKAMAH MAHKAMAH MAHKAMAH MAHKAMAH MAHKAMAH
JOHOR SELANGOR KUALA LUMPUR PAHANG TERENGGANU MELAKA KELANTAN
(JUSA B) (JUSA B) (JUSA B) (JUSA C) (JUSA C) (JUSA C) (JUSA C)
12
2016 - 2020
ORGANISASI PKPMP
dan memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan secara keseluruhannya.
ORGANISASI
MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
PENDAFTAR
PERSEKUTUAN
(TURUS III)
TIMBALAN KETUA PENGARAH
PENDAFTAR II (POLISI)
MAHKAMAH NEGERI
(JUSA A)
PENGARAH PENGARAH PENGARAH PENGARAH
BAHAGIAN LATIHAN
BAHAGIAN
BAHAGIAN DASAR BAHAGIAN HAL EHWAL DAN
PEMBANGUNAN
PELAPORAN
DAN PERUNDANGAN ANTARABANGSA
KAPASITI KEHAKIMAN
UNDANG-UNDANG
(JUSA C)
(JUSA C)
(JUSA C) (JUSA C)
TIMBALAN TIMBALAN
TIMBALAN PENGARAH
TIMBALAN
TIMBALAN
PENGARAH
PENGARAH LATIHAN DAN
PENGARAH
PENGARAH
PELAPORAN
HAL EHWAL PEMBANGUNAN
DASAR
PERUNDANGAN
UNDANG-
ANTARABANGSA KAPASITI
(L54)
(L54)
UNDANG
(L54) KEHAKIMAN
(L54)
(L54)
PENGARAH BAHAGIAN PENGARAH
PENGARAH
STRATEGIK, INOVASI,
BAHAGIAN
UNIT INTEGRITI
NAZIRAN DAN KORPORAT
PENGURUSAN
(L54)
(JUSA C)
(PTD JUSA C)
TIMBALAN TIMBALAN
TIMBALAN
PENGARAH
PENGARAH PENGARAH
PERANCANGAN
NAZIRAN DAN KOMUNIKASI
STRATEGIK
SIASATAN AM KORPORAT
DAN INOVASI
(L54)
(L48)
(L54)
PENGARAH
PENGARAH
PENGARAH PENGARAH
PENGARAH
PENGARAH
PENGARAH
MAHKAMAH
MAHKAMAH MAHKAMAH MAHKAMAH MAHKAMAH MAHKAMAH MAHKAMAH
NEGERI
PERLIS SARAWAK PULAU PINANG PERAK KEDAH SABAH
SEMBILAN
(JUSA C) (JUSA C) (JUSA C) (JUSA C) (JUSA C) (JUSA C)
(JUSA C)
13
Pelan Strategik
PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
OBJEKTIF PKPMP DAN PUNCA KUASA
OBJEKTIF
Melaksanakan pentadbiran kehakiman yang adil, berkualiti, telus dan efisien berlandaskan
Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang.
PUNCA KUASA
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
AKTA DAN KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH
• Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91]
• Akta Mahkamah Rendah 1948 [Akta 92]
• Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 [P.U. (A) 376/95] • Kaedah-Kaedah Mahkamah Rayuan 1994 [P.U.(A) 524/94]
• Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 [P.U.(A)205/2012]
ORDINAN
• Ordinan Mahkamah Rendah Sabah 1954 (Sabah Bab 29)
• Ordinan Mahkamah Rendah Sarawak 1955 (Sarawak Bab 42)
ARAHAN AMALAN & PEKELILING
• Arahan Amalan Ketua Hakim Negara
• Arahan Amalan Hakim Besar Malaya
• Arahan Amalan Hakim Besar Sabah dan Sarawak
• Arahan Amalan Mahkamah Khas
• Arahan Amalan Mahkamah Rayuan
• Arahan Amalan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia
• Arahan Amalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya
• Arahan Pentadbiran Timbalan Ketua Pendaftar (Polisi)
• Surat Penting Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya
• 1Pekeliling Perbendaharaan (1PP) 2014 Kementerian Kewangan Malaysia
• Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
• Pekeliling Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia
• Pekeliling Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya
14
2016 - 2020
STAKEHOLDERS DAN PELANGGAN
STAKEHOLDERS
• Ketua Hakim Negara • Presiden Mahkamah Rayuan • Hakim Besar Malaya • Hakim Besar Sabah dan Sarawak
PELANGGAN DALAMAN
• Hakim Mahkamah Persekutuan • Hakim Mahkamah Rayuan • Hakim Mahkamah Tinggi • Pesuruhjaya Kehakiman • Hakim Mahkamah Sesyen • Timbalan Pendaftar • Majistret • Penolong Kanan Pendaftar • Penolong Pendaftar • Warga PKPMP
PELANGGAN LUARAN
• Jabatan Peguam Negara • Polis Diraja Malaysia (PDRM) • Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan • Majlis Peguam Malaysia • Peguam bela dan Peguam cara • Pertubuhan Bukan Kerajaan • Swasta • Orang Awam
15
Pelan Strategik
PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
HALA TUJU STRATEGIK
VISI Kehakiman Cemerlang Menjelang 2020
MISI
Melestari Pengurusan Kehakiman yang Adil, Berkualiti, Telus dan Efisien
Berlandaskan Perlembagaan dan Undang-Undang
MOTO
Towards Judicial Excellence
16
2016 - 2020
NILAI - NILAI BERSAMA
ADIL
Amanah A
L Dinamik
Lestari
D
I Integriti
17
Pelan Strategik
PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
TERAS STRATEGIK
Dalam pembentukan Teras Strategiknya, PKPMP telah mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan
peluang penambahbaikan. Pelan Strategik PKPMP 2016-2020 telah menetapkan 2 Teras Strategik.
TERAS STRATEGIK 1
Merekayasa pengurusan sumber manusia, kewangan, keselamatan dan perkhidmatan untuk
memartabatkan Badan Kehakiman Malaysia
PKPMP berhasrat untuk meningkatkan kepakaran pegawai dan kakitangannya dalam bidang undang-
undang. Pada masa yang sama untuk menerapkan unsur versatil dalam bidang lain agar mereka dapat
memanfaatkan keupayaan diri dengan melaksanakan tugasan multitasking. Teras Strategik ini dapat
memupuk budaya kerja berpasukan dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain.
Tambahan pula dengan adanya automasi dalam pengurusan kewangan, peraturan-peraturan dan tatacara
kewangan, PKPMP dapat memacu usaha untuk memenuhi keperluan stakeholders dan pelanggan.
Pelbagai program yang dirancang mampu meningkatkan pematuhan kepada panduan pengurusan pejabat
yang lengkap, membudayakan sense of belonging dan meningkatkan suasana pejabat yang lebih kondusif.
Terdapat 6 Strategi yang dikenal pasti mampu untuk merealisasikan sasaran yang dinyatakan iaitu –
1.
Memantap kesiapsiagaan, kawalan terhadap
ancaman dalaman dan luaran
2. Memperkasa keupayaan tadbir
urus organisasi
3. Memperkasa penyampaian perkhidmatan STRATEGI
6UNTUK pentadbiran kehakiman
MEREALISASIKAN
SASARAN
4. Memperkukuh budaya integriti di PKPMP
5. Memperkasa hala tuju strategik pengurusan sumber manusia
6. Membudaya pengurusan kewangan yang
sistematik dan value for money
18
1.
2016 - 2020
Memantap kesiapsiagaan, kawalan terhadap ancaman dalaman dan luaran
Dalam usaha meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap kewibawaan Badan Kehakiman Malaysia,
PKPMP telah menggariskan Strategi untuk memantap kesiapsiagaan dan kawalan terhadap ancaman
dalaman dan luaran. Strategi ini bermula dengan memantap sistem keselamatan terhadap 3 perkara
iaitu keselamatan individu dan bangunan, program dan perisian serta keselamatan tatakerja.
INDIKATOR SASARAN TAHUN/ BAHAGIAN
SASARAN STRATEGI PROGRAM (BILANGAN/ TEMPOH BERTANGGUNG-
(KUANTITI/
PERATUSAN) SASARAN JAWAB KUALITI)
Memantap 1. Program Warga 50% warga Julai 2016 Bahagian Teknologi
Kesiapsiagaan, kesedaran PKPMP PKPMP hingga Maklumat dan
Kawalan keselamatan Julai 2020 e-Kehakiman /
Terhadap ICT Bahagian Strategik,
Ancaman untuk warga Inovasi, Naziran dan
Dalaman PKPMP Korporat
dan Luaran 2. Mengukuhkan Perkakasan 70% 2 kali setahun Bahagian Teknologi
pelaksanaan dan aset ICT perkakasan mulai Julai Maklumat dan
Security mahkamah dan aset ICT 2016 hingga e-Kehakiman
Posture dilindungi dilindungi Julai 2020
Assessment dari ancaman
(SPA) dalaman dan
luaran
3. Pemantauan Pengguna 70% pengguna 2017 hingga Bahagian Teknologi
berkala sistem 2020 Maklumat dan
terhadap e-Kehakiman
tatacara kerja
dalam sistem
e-kehakiman
4. Program Warga 50% warga Julai 2016 Bahagian Pengurusan
kesedaran PKPMP PKPMP hingga
ancaman Julai 2020
keselamatan
fizikal dan
dokumen
19
Pelan Strategik
PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
2. Memperkasa keupayaan tadbir
urus organisasi
Pengurusan organisasi yang mantap adalah penting untuk mengekalkan perkhidmatan yang
cemerlang. Oleh itu, Strategi memperkasa keupayaan tadbir urus organisasi PKPMP dimulakan
dengan pengurusan rekod dan fail secara efektif, penyampaian perkhidmatan yang bersistematik dan
penyediaan suasana pejabat yang kondusif.
INDIKATOR SASARAN TAHUN/ BAHAGIAN
SASARAN STRATEGI PROGRAM (BILANGAN/ TEMPOH BERTANGGUNG-
(KUANTITI/ PERATUSAN) SASARAN JAWAB
KUALITI)
Memperkasa 1. Mengukuhkan Pelaksanaan Pelaksanaan 2016 hingga Bahagian
Keupayaan Tadbir pengurusan sistem fail, 10% setahun 2020 Pengurusan
Urus Organisasi rekod dan fail klasifikasi rekod
dan fail
2. Memperkukuh Meningkatkan Peningkatan 2016 hingga Bahagian
penyampaian penggunaan 10% setahun 2020 Pengurusan
perkhidmatan koleksi
perpustakaan Perpustakaan
dan maklumat
3. Meningkatkan Meningkatkan Penurunan 2016 hingga Bahagian
suasana prasarana dan 10% aduan 2020 Pengurusan
pejabat yang fasiliti jabatan warga PKPMP
lebih kondusif dan orang
awam
Memperkasa Penurunan 10% 2016 hingga Bahagian
sistem teguran audit 2020 Pengurusan
penyelenggaraan
aset
Mengoptimum Peningkatan 2016 hingga Bahagian
ICT dalam 10% 2020 Pengurusan
penyampaian penggunaan
perkhidmatan teknologi
maklumat
20
2016 - 2020
3. Memperkasa penyampaian perkhidmatan
pentadbiran kehakiman
Demi memperkasa penyampaian perkhidmatan kehakiman, Strategi PKPMP untuk membuat kompilasi
bagi semua Arahan Amalan, Pekeliling dan sebagainya. Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa diwujudkan
untuk menjadi perantara PKPMP dengan organisasi antarabangsa. Selain itu, Program yang dirancang
dapat memudahkan pengguna mengakses sistem atas talian seperti e-Lawatan PKPMP dan e-PJS
(Pesuruhjaya Sumpah) bagi memudahkan akses awam.
INDIKATOR SASARAN TAHUN/ BAHAGIAN
SASARAN STRATEGI PROGRAM (BILANGAN/ TEMPOH BERTANGGUNG-
(KUANTITI/ PERATUSAN) SASARAN JAWAB
KUALITI)
Memperkasa 1. Kompilasi dasar 1 Arahan Pra 1957: 20% Pra 1957: Bahagian Dasar
Penyampaian kehakiman Amalan 2016 hingga dan Perundangan
Perkhidmatan PKPMP Pasca 1957: Jun 2017
Pentadbiran 80%
Kehakiman Pasca 1957:
Julai 2017
hingga
Disember
2020
2. Mengembangkan Rangkaian Dua kali 2017 hingga Bahagian
rangkaian pelbagai, setahun 2020 Hal Ehwal
perhubungan serantau dan Antarabangsa
antara Badan dua hala
Kehakiman
Malaysia
dengan Badan
Kehakiman/
Pertubuhan
Antarabangsa
3. Mewujudkan Bilangan Peningkatan Oktober Bahagian Strategik,
Portal e-Lawatan pelawat ke 80% pelawat 2016 hingga Inovasi, Naziran
PKPMP Portal setahun Disember dan Korporat /
e-Lawatan 2020 Bahagian Teknologi
PKPMP Maklumat dan
e-Kehakiman
4. Merekayasa One Stop Peningkatan 2016 hingga Unit Pesuruhjaya
Portal Centre 80% pelawat 2020 Sumpah /
Pesuruhjaya Bilangan setahun Bahagian Teknologi
Sumpah (e-PJS) pengguna Maklumat dan
Portal e-PJS e-Kehakiman
21
Pelan Strategik
PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
4. Memperkukuh budaya integriti di PKPMP
Demi memperkukuh budaya integriti di PKPMP selari dengan Pelan Integriti Nasional, Strategi ini
dirancang untuk menitikberatkan tatatertib dan budaya kerja berintegriti di kalangan semua warga
PKPMP. Program yang disusun ini akan diselaraskan dengan Pelan Integriti Organisasi PKPMP.
INDIKATOR SASARAN TAHUN/ BAHAGIAN
SASARAN STRATEGI PROGRAM (BILANGAN/ TEMPOH BERTANGGUNG-
(KUANTITI/ PERATUSAN) SASARAN JAWAB
KUALITI)
Memperkukuh 1. Mewujudkan Pelan Integriti Pelan Integriti 2016 Unit Integriti
Budaya Integriti Pelan Integriti Organisasi Organisasi
di PKPMP Organisasi PKPMP PKPMP
PKPMP diwujudkan
2. Melaksana Laporan 3 laporan 2016 hingga Unit Integriti/ Pusat
dan Pelaksanaan setahun 2020 Tanggungjawab
memantau Pelan Integriti (PTJ)
Pelan Integriti Organisasi
Organisasi PKPMP
PKPMP
22
2016 - 2020
5. Memperkasa hala tuju strategik
pengurusan sumber manusia
Demi memperkasa pengurusan sumber manusia yang berkualiti dan mencerminkan kewibawaan
Badan Kehakiman Malaysia, Strategi ini menyediakan Program latihan seperti yang terkandung dalam
Pelan Operasi Latihan (POL). Pengurusan sumber manusia adalah penting untuk meningkatkan
kompetensi dan keupayaan warga PKPMP dalam melaksanakan tugasan harian masing-masing.
Perluasan penggunaan aplikasi HRMIS secara meluas kepada semua warga PKPMP membolehkan
pengkalan data yang lengkap dan boleh diakses secara mudah.
INDIKATOR
SASARAN TAHUN/ BAHAGIAN
STRATEGI
PROGRAM (BILANGAN/ TEMPOH BERTANGGUNG- SASARAN
PERATUSAN) SASARAN JAWAB
Memperkasa 1. Membangunkan POL disediakan Diwujudkan 2016 hingga Bahagian Latihan
Hala Tuju Pelan Operasi setiap tahun setiap tahun 2020 & Pembangunan
Strategik Latihan (POL) Kapasiti
Pengurusan Kehakiman
Sumber
Manusia 2. Memantapkan Pelaksanaan Pelaksanaan 2016 hingga Bahagian Latihan
pengurusan latihan yang 80% latihan 2020 & Pembangunan
latihan dirancang setiap yang dirancang Kapasiti
tahun dalam setahun Kehakiman
3. Membangunkan Pelan Operasi Mewujudkan 2016 hingga Bahagian
Perancangan Penggantian Pelan Operasi 2020 Pengurusan
Penggantian Penggantian
(Successor Plan)
4. Perluasan Pelaksanaan Pelaksanaan 2016 hingga Bahagian
penggunaan modul HRMIS 80% pengguna 2020 Pengurusan
aplikasi HRMIS secara meluas
5. Jawatankuasa Bilangan 1 mesyuarat 2016 hingga Bahagian
Khas mesyuarat sebulan 2020 Pengurusan
penempatan Jawatankuasa
Pegawai Khas
Kehakiman
6. Pemutihan Maklumat 99% pengisian 2016 hingga Bahagian
perjawatan perjawatan yang mengikut 2020 Pengurusan
berintegriti waran
23
Pelan Strategik
PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
6.
Membudaya pengurusan kewangan yang sistematik dan value for money
Demi membudayakan pengurusan kewangan yang sistematik dan value for money, Strategi ini
menyediakan Program penambahbaikan pembelian peralatan dan perkakasan pejabat secara
berhemah. Selain itu, aktiviti untuk meningkatkan kesedaran kepada semua warga PKPMP agar
mengamalkan budaya berjimat cermat dan mengurangkan pembaziran.
INDIKATOR SASARAN TAHUN/ BAHAGIAN
STRATEGI PROGRAM (BILANGAN/ TEMPOH BERTANGGUNG- SASARAN
PERATUSAN) SASARAN JAWAB
Membudayakan 1. Menambah baik Peralatan dan Semakan 2016 hingga Bahagian Teknologi
Pengurusan perkakasan perkakasan inventori aset 2020 Maklumat dan
Kewangan Yang ICT dan yang mencukupi setiap tahun e-Kehakiman/
Sistematik dan peralatan pejabat kepada semua Bahagian
Value For Money warga Pengurusan
PKPMP
2. Meningkatkan Penurunan jumlah Penurunan 70% 2016 hingga Bahagian
pematuhan ketidakpatuhan ketidakpatuhan 2020 Pengurusan/
tatacara Arahan AP (14 % setiap Cawangan
Perbendaharaan Perbendaharaan tahun) Pengurusan
(AP) Kewangan
3. Mengurangkan Mewujudkan 2017 2017 Bahagian
pembaziran dan Garis Panduan Pengurusan/
membudayakan Langkah Cawangan
langkah berjimat Penjimatan Pengurusan
cermat PKPMP Kewangan
4. Mengenal pasti Setiap Bahagian Pelaksanaan 2016 hingga Bahagian
keutamaan di Istana 50% 2020 Pengurusan/
dan justifikasi Kehakiman dan pematuhan Cawangan
permohonan PTJ menyediakan penyediaan Pengurusan
pembelian unjuran unjuran Kewangan/ PTJ
perbelanjaan 2
tahun ke hadapan
24
2016 - 2020
TERAS STRATEGIK 2
Memperkasa pentadbiran dan penyampaian perkhidmatan keadilan untuk memartabatkan Badan
Kehakiman Malaysia sebagai penegak keadilan dan kedaulatan undang-undang
PKPMP berhadapan dengan cabaran semasa khususnya tentang penyebaran maklumat tidak tepat
dan tidak sahih mengenai Badan Kehakiman Malaysia melalui perkembangan pesat sistem komunikasi
dan ICT. Teras Strategik ini dapat mentadbir PKPMP dan memastikan penyampaian perkhidmatan
yang adil kepada semua menurut peruntukan undang-undang.
Pemerkasaan pentadbiran dan penyampaian perkhidmatan keadilan adalah untuk memartabatkan
Badan Kehakiman Malaysia sebagai Penegak Keadilan dan Kedaulatan Undang-Undang.
Terdapat 5 Strategi yang dikenal pasti mampu untuk menjayakan Teras Strategik ini iaitu –
1. Mengukuhkan 2.Memantapkan
kolaborasi strategik sistem
dengan penyampaian
stakeholders maklumat Mahkamah
5 STRATEGI
5. Pengurusan
UNTUK
3.Mengoptimumkan MENJAYAKAN
TERAS STRATEGIK
dan penyelesaian penggunaan
kes yang efektif infrastruktur
sedia ada
4.Mengkaji semula
dan menambah baik dasar,
undang-undang dan Arahan
Amalan
25
Pelan Strategik
PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
1.
Mengukuhkan kolaborasi strategik dengan stakeholders
Demi mengukuhkan kolaborasi strategik dengan stakeholders, Strategi ini menyediakan Program yang
mantap dengan penglibatan semua pihak berkepentingan. Oleh itu, apa-apa isu berbangkit dapat dikaji
dan diselesaikan dengan kaedah mesyuarat berkala dan jalinan kerjasama dengan organisasi serantau
dan antarabangsa.
INDIKATOR SASARAN TAHUN/ BAHAGIAN
SASARAN STRATEGI PROGRAM (BILANGAN/ TEMPOH BERTANGGUNG-
(KUANTITI/
PERATUSAN) SASARAN JAWAB KUALITI)
Mengukuhkan 1. Mesyuarat Bilangan 4 kali setahun 2016 Pengurusan Tertinggi
Kolaborasi berkala bersama mesyuarat hingga PKPMP / Pengarah
Strategik stakeholders– 2020 Mahkamah Negeri /
Dengan (a) Jabatan Bahagian Strategik,
Stakeholders Peguam Negara Inovasi, Naziran dan
(b) Majlis Peguam Korporat
Malaysia
(c) PDRM
(d) Jabatan Imigresen
Malaysia
(e) Jabatan Penjara
Malaysia
2. Judicial Internship Bilangan 2 orang 2016 Pejabat Ketua
pegawai setahun hingga Hakim Negara
2020 dan Penyelidikan
Mahkamah
Persekutuan
Malaysia
3. Mengadakan/ Bilangan 3 kali setahun 2016 Bahagian Latihan
menyertai seminar program hingga dan Pembangunan
yang dilaksanakan 2020 Kapasiti Kehakiman /
oleh Badan Bahagian Hal Ehwal
Kehakiman Serantau Antarabangsa
atau Antarabangsa
26
2.
2016 - 2020
Memantapkan sistem penyampaian maklumat Mahkamah
Demi memantapkan sistem penyampaian maklumat mahkamah, PKPMP perlu memastikan semua
maklumat yang tepat dan sahih disampaikan dengan pantas. Dalam era teknologi ICT yang pantas
berubah, kecanggihan komunikasi membolehkan berita tidak sahih tersebar dengan cepat. Strategi ini
dapat memantapkan sistem penyampaian maklumat mengenai mahkamah melalui saluran media,
pembelajaran awam, kajian kepuasan pelanggan dan sebagainya.
INDIKATOR SASARAN TAHUN/ BAHAGIAN
SASARAN STRATEGI PROGRAM (BILANGAN/ TEMPOH BERTANGGUNG-
(KUANTITI/ PERATUSAN) SASARAN JAWAB
KUALITI)
Memantapkan 1. Penyaluran Jumlah 5 kes setahun 2016 hingga Pejabat Pendaftaran
Sistem maklumat penerimaan 2020 Mahkamah
Penyampaian kepada media kes Persekutuan / Pejabat
Maklumat Pendaftar Mahkamah
Mahkamah Rayuan / Bahagian
Strategik, Inovasi,
Naziran dan Korporat
2. Outreach Public Bilangan 12 kali program 2016 hingga Pengarah Mahkamah
Education and Program 2020 Negeri / Bahagian
Awareness on Strategik, Inovasi,
Judicial Function Naziran dan Korporat
3. Kajian Kepuasan Bilangan Setahun sekali 2016 hingga Pengarah Mahkamah
Pelanggan Kajian dan analisa 2020 Negeri / Bahagian
mengenai Kepuasan kajian Strategik, Inovasi,
Penyampaian Pelanggan memastikan Naziran dan Korporat
Perkhidmatan 80% pelanggan
Kehakiman berpuas hati
4. Program Bilangan Setahun sekali 2016 hingga Pengarah Mahkamah
bersama Media Program 2020 Negeri / Bahagian
atau Media Strategik, Inovasi,
Engagement Naziran dan Korporat
27
Pelan Strategik
PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
3. Mengoptimumkan penggunaan infrastruktur sedia ada
Demi mengoptimumkan penggunaan infrastruktur sedia ada, Strategi ini dilaksanakan untuk meneruskan budaya
mengoptimumkan sumber/ruang/peluang sedia ada dengan sebaiknya. Penggunaan insfrastruktur sedia ada di
mahkamah seperti sistem Court Recording Transcription (CRT), penempatan Hakim Mahkamah Sesyen di
Mahkamah Sesyen Khas dan Pusat Mediasi menjadi pemangkin kepada penyelesaian dan pelupusan kes yang
pantas dan berkesan. Ini secara tidak langsung dapat menjimatkan masa dan kos mahkamah.
INDIKATOR SASARAN TAHUN/ BAHAGIAN
SASARAN STRATEGI PROGRAM (BILANGAN/ TEMPOH BERTANGGUNG-
(KUANTITI/ PERATUSAN) SASARAN JAWAB
KUALITI)
Mengoptimumkan 1. Melatih 1 transcriber 80% 2016 hingga Bahagian
Penggunaan Jurubahasa/ bagi setiap Mahkamah 2020 Pengurusan /
Infrastruktur Sedia Pembantu Mahkamah Sesyen Pejabat Pendaftar
Ada Tadbir Undang- Sesyen mempunyai Mahkamah
Undang (PTUU) Jenayah seorang Rendah Malaya /
untuk menjadi di seluruh transcriber Bahagian Latihan
transcriber dan Malaysia dan Pembangunan
mengoptimumkan Kapasiti Kehakiman
penggunaan CRT
2. Menempatkan Setiap 80% 2016 hingga Pejabat Pendaftar
Hakim Mahkamah Mahkamah perjawatan di 2020 Mahkamah
Sesyen (HMS) Sesyen Khas Mahkamah Rendah Malaya /
pakar dan mempunyai Sesyen Khas Pejabat Pendaftar
bertauliah di HMS yang terdiri daripada Mahkamah
semua Mahkamah pakar dan HMS pakar dan Rendah Sabah dan
Sesyen Khas bertauliah bertauliah Sarawak
dalam bidang
undang-undang
spesifik
3. Memantau Setiap PTJ 14 PTJ seluruh 2016 hingga Bahagian
dan menyelia mempunyai Malaysia 2020 Pengantaraan
pelaksanaan Pegawai mempunyai (Mediasi) dan
proses Mediasi Mediasi Pegawai Pelaksanaan
Mediasi Kehakiman / Pusat
Mediasi Negeri
28
2016 - 2020
4.Mengkaji semula dan menambah baik dasar, undang-undang dan
Arahan Amalan Demi mengkaji semula dan menambah baik dasar, undang-undang dan Arahan Amalan, Strategi ini
disediakan untuk memastikan semua peruntukan undang-undang adalah mengikut Perlembagaan
Persekutuan dan keperluan semasa. Penggubalan dan kompilasi Arahan Amalan perlu seragam dan
tersedia bagi kegunaan dan sumber rujukan semua Pegawai Kehakiman, Pegawai dan Kakitangan PKPMP.
INDIKATOR SASARAN TAHUN/ BAHAGIAN
SASARAN STRATEGI PROGRAM (BILANGAN/ TEMPOH BERTANGGUNG-
(KUANTITI/ PERATUSAN) SASARAN JAWAB
KUALITI)
Mengkaji Semula Mewujudkan Bilangan 2 kajian dan 2016 Bahagian Dasar dan
Dan Menambah suatu Task-force kajian dan kompilasi hingga Perundangan
Baik Arahan untuk mengkaji kompilasi Arahan Amalan 2020
Amalan semula Arahan Arahan setahun
Amalan yang lapuk. Amalan
Penambahbaikan
Arahan Amalan juga
merangkumi kompilasi
dan penjilidan Arahan
Amalan secara teratur
5.
Pengurusan dan penyelesaian kes yang efektif
Demi pengurusan kes yang efektif, Strategi ini disediakan untuk memastikan aspek pengurusan kes
yang berkesan dan pantas. Pengurusan dan penyelesaian kes yang dibuat dalam tempoh yang
ditetapkan dapat memastikan keadilan tercapai. Selaras dengan Strategi ini, semua Pegawai
Kehakiman, Pegawai dan Kakitangan PKPMP perlu diberi latihan yang sewajarnya.
INDIKATOR SASARAN TAHUN/ BAHAGIAN
SASARAN STRATEGI PROGRAM (BILANGAN/ TEMPOH BERTANGGUNG-
(KUANTITI/ PERATUSAN) SASARAN JAWAB
KUALITI)
Pengurusan Kes Ketepatan Pengurusan 100% 2016 Pengarah
Yang Efektif pengurusan data dan data dan hingga Mahkamah Negeri
statistik kes statistik 2020 / Bahagian Data,
adalah terkini Statistik dan
Semakan Kontrak
29
Pelan Strategik
PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
ELEMEN PENENTU KEJAYAAN
Dalam melaksanakan Pelan Strategik PKPMP, PKPMP telah mengenal pasti 5 elemen penentu
kejayaan yang berikut:
1
2
3
4
5
PENETAPAN HALA TUJU
Penetapan hala tuju yang jelas adalah perkara utama dalam pembentukan
Pelan Strategik. Hala tuju ini perlu difahami oleh semua peringkat agar
Strategi yang disusun dapat dilaksanakan dengan lancar. Hala tuju Pelan
Strategik PKPMP ini perlu dimaklumkan kepada semua warga PKPMP
agar mereka mampu mencari titik persamaan di antara tugas dan
tanggungjawab mereka dengan fungsi Program yang diatur dan dirancang.
PENGURUSAN YANG DINAMIK
Pelaksanaan Pelan Strategik PKPMP memberi penekanan kepada
penambahbaikan mekanisme, pelaksanaan dan pemantauan.
Pengurusan yang dinamik akan berupaya menentukan sejauh mana
kejayaan perancangan yang ditentukan dan dapat meningkatkan
kecekapan dan keberkesanan sistem kerja.
SUMBER KEWANGAN
Perancangan jangka panjang yang melibatkan semua pihak adalah perlu
demi memastikan keperluan kewangan mencukupi bagi pelaksanaan
Program yang dirancang tanpa menjejaskan operasi sedia ada.
PEMANTAPAN PENGGUNAAN ICT
Perancangan dan pelaksanaan dasar ICT yang menyeluruh adalah
tonggak utama dalam memastikan keberkesanan Pelan Strategik PKPMP.
Oleh itu, perancangan strategik dasar ICT PKPMP dinyatakan dengan
jelas demi memastikan kejayaan keseluruhan Pelan Strategik ini.
KERJA BERPASUKAN
Kerja berpasukan adalah elemen penting dalam memastikan kejayaan
Pelan Strategik PKPMP ini. Sokongan dan kerjasama padu di antara
pihak pengurusan dan kumpulan pelaksana pada semua peringkat
adalah kunci kejayaan Badan Kehakiman Malaysia.
30
2016 - 2020
MEKANISME PELAKSANAAN
Demi memastikan Pelan Strategik PKPMP ini dilaksanakan pada semua peringkat dalam tempoh 5 tahun, Strategi dan Pelan Tindakan yang dirancang perlu dipantau dan dikaji semula sebagaimana jadual yang berikut:
BIL. PERKARA CADANGAN TEMPOH
1. Mesyuarat Pemantauan Pelan Strategik Setiap 6 bulan
2. Penilaian Pencapaian melalui Laporan Setiap tahun
3. Penilaian Keberkesanan dan Kajian Semula Pelan Strategik 2018 & 2020
Jadual : Perancangan Pemantauan dan Penilaian Pelan Strategik.
Penilaian pencapaian Pelan Strategik PKPMP ini dipantau melalui Laporan Pelaksanaan Pelan
Strategik yang disediakan setiap tahun. Keberkesanan pelaksanaan strategi, objektif strategik, program
dan tahap penyampaian sasaran prestasi yang ditetapkan melalui kajian semula Pelan Strategik atau
kajian keberkesanan yang dibuat pada tahun 2018. Kajian keberkesanan turut mengambil kira
perubahan persekitaran dan tumpuan strategik PKPMP.
Demi memastikan pemantapan tadbir urus dan pelaksanaan Pelan Strategik PKPMP ini berjalan
dengan lancar, berkesan dan mantap, suatu jawatankuasa khas ditubuhkan pada peringkat
Pengurusan Tertinggi yang dinamakan sebagai Jawatankuasa Pelan Strategik PKPMP 2016-2020.
Keanggotaan Jawatankuasa ini terdiri daripada –
JAWATANKUASA PELAN STRATEGIK PKPMP 2016-2020
Pengerusi Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia
Timbalan Pengerusi Timbalan Ketua Pendaftar I (Operasi)
Setiausaha Pengarah Bahagian Strategik, Inovasi, Naziran dan Korporat
Anggota (1) Timbalan Ketua Pendaftar II (Polisi)
(2) Pendaftar Mahkamah Rayuan
(3) Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya
(4) Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak
(5) Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya
(6) Pendaftar Mahkamah Rendah Sabah dan Sarawak
(7) Pengarah-Pengarah Bahagian
(8) Pengarah Pengurusan
(9) Anggota lain yang dilantik
Jawatankuasa ini adalah penyelaras utama yang memantau, menilai dan mengkaji semula keberkesanan
pelaksanaan Pelan Strategik PKPMP berdasarkan kepada pengukuran dan pelan tindakan yang ditetapkan.
31
Pelan Strategik
PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
KE ARAH PKPMP CEMERLANG 2020
Menjelang tahun 2020, PKPMP menjadi sebuah organisasi Kehakiman yang cemerlang dan dihormati
kerana berjaya merekayasa pengurusan sumber manusia, kewangan, keselamatan, pentadbiran dan
perkhidmatan. Kejayaan PKPMP dapat memartabatkan Badan Kehakiman Malaysia menjadi Penegak
Keadilan dan Kedaulatan Undang-Undang.
KESIMPULAN
Pelan Strategik PKPMP 2016-2020 menggariskan tumpuan Teras Strategik dan sasaran Strategi untuk
mencapai Visi dan Misi PKPMP menjelang tahun 2020. Pelan Strategik PKPMP ini menjadi panduan
hala tuju organisasi Kehakiman ke arah meningkatkan keupayaan pentadbiran kehakiman yang efisien.
Komitmen dan kerjasama padu daripada semua peringkat warga PKPMP diperlukan demi memastikan
matlamat Pelan Strategik ini kekal relevan ke arah menjadi Badan Kehakiman Malaysia yang cemerlang.
Pelan Strategik PKPMP 2016-2020 diharap menjadi garis panduan kepada semua warga PKPMP
untuk menjadikan Badan Kehakiman Malaysia sebuah Badan berprestij dan cemerlang.
32
2016 - 2020
PENGHARGAAN
PKPMP
Merakamkan penghargaan dan
ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang
terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung
dalam menyediakan
Pelan Strategik PKPMP 2016-2020
33
Pelan Strategik
PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
ISTANA KEHAKIMAN
34
2016 - 2020
Dari kanan ke kiri: YAA Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli bin
Ahmad Makinudin (Hakim Besar
Malaya), YAA Tun Arifin bin Zakaria
(Ketua Hakim Negara), YAA Tan
Sri Dato’ Seri Md. Raus bin Sharif
(Presiden Mahkamah Rayuan) dan
YAA Tan Sri Datuk Seri Panglima
Richard Malanjum (Hakim Besar
Sabah dan Sarawak)
Perarakan (Procession)
semasa Majlis Pembukaan
Tahun Perundangan
Tahun 2016
Perarakan (Procession)
semasa Majlis Pembukaan
Tahun Perundangan Sabah
dan Sarawak Tahun 2016
35
Pelan Strategik
PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
ISTANA KEHAKIMAN
36
2016 - 2020
ISTANA KEHAKIMAN
37
Pelan Strategik
PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
BENGKEL PENYEDIAAN
PELAN STRATEGIK PKPMP 2016-2020
38
2016 - 2020
39
Pelan Strategik
PEJABAT KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
40