Post on 15-May-2015
PANDUAN MENJAWAB KERTAS BAHASA MELAYU PENULISAN UPSR
2010
PANITIA BAHASA MELAYUSJK(C) GUNONG RAPAT
BAHAGIAN A
1.Tugasan/soalan/stamp yang disediakan adalah berdasarkan dimensi diri, keluarga, dan masyarakat di sekeliling murid.
Contoh karangan, gotong-royong, Keluarga Saya, Makanan Kegemaran, Sekolah Saya, Sukan, dan sebagainya.
BAHAGIAN A
2. Penggunaan perkataan ‘ sedang ’ hanya digunakan untuk 1 atau 2 ayat.
Tidak sesuai digunakan untuk
kesemua ayat kerana akan mengurangkan ‘ impression ’.
BAHAGIAN A
3. Jika murid menulis lebih 5 ayat, hanya 5 ayat pertama akan dipilih. Contoh ; 1. Ali dan keluarganya sedang melakukan kerja masing- masing di ruang tamu rumah mereka. Ali membuat
kerja sekolahnya di sebuah meja. 2. Siti mengajar adiknya melukis gambar dengan bersungguh- sungguh, mereka melukis gambar sambil duduk di atas karpet. 3. Encik Samad asyik membaca surat khabar untuk
mengetahui berita yang berlaku. Beliau duduk di atas sofa
dengan sopan. 4. Puan Aishah menyediakan minuman untuk
keluarganya, Syarifah membantu ibunya menyediakan makanan
di dapur. 5. Nenek Ali menyapu sampah di ruang tamu dengan menggunakan penyapu.
1
2
3
45
BAHAGIAN A
4. Bagi soalan/tugasan/stamp “ Bina ayat berdasarkan
aktiviti-aktiviti ”, jika murid menulis aktiviti
yang sama, walaupun orang yang berlainan , ayat/aktiviti tersebut dikira sebagai idea berulang ( akan mengurangkan markah ). Contoh ; 5. Dewi asyik membaca buku di sebuah meja
untuk menambah pengetahuan.
2. Mei Ling membaca buku cerita yang menarik dengan
tekun.
BAHAGIAN A
5. Bagi stamp/tugasan/soalan berdasarkan gambar,
jawapan tidak boleh ditulis sebagai
“ Gambar tersebut menunjukkan …..……… ”
tetapi mesti ditulis sebagai “ Suasana dalam gambar tersebut menunjukkan …………. ”.
BAHAGIAN A
6. Kesalahan menulis perkataan “ menconting ” dan “
memconting ”, “ mebuat ” atau “ menbuat” adalah kesalahan ejaan yang
berulang.
BAHAGIAN A
7. Penyediaan stimulus/grafik/ gambar bersiri ( bahagian A
) harus menggunakan nombor pada
setiap gambar atau menggunakan anak panah yang menunjukkan urutan cerita. Jangan guna perkataan “ selepas itu, kemudian, dan sebagainya ”.
BAHAGIAN B
8. Bagi stamp/tugasan/soalan Bahagian B
(menulis karangan), jika murid menulis 1 idea sahaja tetapi menulis beberapa huraian berdasarkan idea tersebut, jawapan tersebut boleh dinilai
bermula pada aras cemerlang. Murid- murid hendaklah menulis sekurang- kurangnya 5 isi penting berserta dengan huraian dan contoh. Susun mengikut perenggan bagi setiap isi.
BAHAGIAN B
9. Penggunaan perkataan bahasa Inggeris/bahasa lain akan dinilai
sebagai salah ejaan dan menggunakan simbol palang ( / ).
BAHAGIAN B
10. Penggunaan perkataan yang salah,
tetapi perkataan tersebut terdapat
dalam kamus dan mempunyai sesuatu
makna yang lain, akan dianggap
sebagai kesalahan perkataan. Contoh, murid menulis
perkataan ‘ kerang ’, sepatutnya ditulis
perkataan ‘ kerana ’.
BAHAGIAN B
11. Bagi eviden/jawapan yang tidak menjawab soalan/terpesong,
maksima 5 markah sahaja akan diberikan
manakala menyalin soalan, 1 markah
sahaja diberikan.
BAHAGIAN B
12. Kesalahan format ( tidak tulis sesuatu
format seperti alamat surat ) akan
ditolak 1 markah. Contoh, murid tidak tulis perkataan kata panggilan ‘ saudara/saudari ’ pada surat kiriman atau dalam karangan syarahan/ucapan. Saudara, Tujuan saya menulis surat ini adalah…….
BAHAGIAN B
13. Bagi surat kiriman, murid hanya menulis alamat, pengenalan,
dan penutup, maksima 6 sahaja boleh diberikan.
BAHAGIAN B
14. Kesalahan menulis perkataan ‘ kawan ku ’, ‘ boleh lah ’ dan
lain-lain, dianggap sebagai kesalahan
ejaan.
BAHAGIAN B
15. Bagi surat rasmi, nama penulis mesti
ditulis di atas alamat pengirim.
Contoh ;
Chong Mei KuanSJKC Batu Sembilan Cheras,43200 Cheras,Selangor Darul Ehsan.
BAHAGIAN B
16. Penggunaan kata nama ‘ saya ’ dan
lain-lain tidak boleh diulang dalam
sesuatu ayat. Contoh ; Saya dan keluarga saya pergi ke pasar malam pada……..
Saya sentiasa membantu guru-guru saya untuk membuat kerja…..
BAHAGIAN C
17. Bagi Stamp/tugasan/soalan berbentuk
petikan ( Bahagian C ) yang disediakan tidak
ada nilai-nilai tersurat akan diberikan. Murid mesti peka dan dapat menentukan nilai berdasarkan ayat dalam petikan.
Contoh ; Semua murid dan guru membuat kerja yang diberikan supaya persekitaran sekolah menjadi bersih dan selesa.( nilai murni : bekerjasama, rajin, bertanggungjawab dan lain-lain yang berkaitan )
BAHAGIAN C
18. Panjang jawapan/eviden ( Bahagian C ),
adalah antara 40 hingga 55 patah perkataan.
Lebih perkataan tidak akan dipotong markah,
tetapi jangan terlalu panjang sehingga
menyamai jawapan karangan bahagian B.
19. Bagi Eviden/jawapan yang melebihi 4 nilai/pengajaran, hanya 4 nilai pertama sahaja akan diterima.
BAHAGIAN C
20. Nilai/pengajaran dan contoh/huraian
mesti ditulis seperti yang terdapat
dalam petikan sahaja. Contoh/huraian yang ditulis sendiri/tidak berdasarkan petikan, akan dinilai bermula dari aras baik ( bergantung kepada kesesuaian huraian/cara murid mengulas )
BAHAGIAN C
21. Jika murid menyalin nilai dan huraian daripada petikan dan hanya menambah perkataan “ Kita perlu………….seperti…………. ”, penilaian hanya dibuat bermula dari aras memuaskan.
Contoh ( rujuk no. 17 ) ; Kita hendaklah membuat kerja yang diberikan seperti semua murid dan guru supaya persekitaran sekolah menjadi bersih dan selesa. Jawapan sepatutnya ditulis ; Kita hendaklah bekerjasama seperti semua murid dan guru membuat kerja yang diberikan supaya persekitaran menjadi bersih dan selesa.
BAHAGIAN C
22. Bagi jawapan ( Bahagian C ) yang ditulis dalam bentuk
‘ point form ’, maksima 3 markah sahaja akan
diberikan. ( nilai sahaja tanpa menulis huraian )
Contoh :23.Kita mesti rajin.24.Kita harus bertanggungjawab.25.Menghormati26.Menyayangi ibu bapa27.Menghargai masa
BAHAGIAN C
23. Penggunaan penanda wacana mestilah bersesuaian. ** Tambahan pula tidak sesuai digunakan kerana bagi penanda wacana ini mestilah ditulis untuk menghubungkan ayat sebelumnya. ** Akhirnya tidak sesuai kerana perkataan ini sesuai digunakan untuk jawapan yang berbentuk cerita. Bahagian C bukan karangan cerita. Penanda wacana yang sesuai digunakan ;Selain itu, Di samping itu, Seterusnya, Akhir sekali
BAHAGIAN C
24. Jika menulis contoh/huraian dari
petikan, jangan gunakan kata nama
secara umum ( seperti mereka, dia, dan
sebagainya ). Jawapan sepatutnya ditulis ;
Kita mesti …..…… seperti ahli-ahli Pengakap …….……..Kita patut ………….. seperti para penduduk ……………
SEKIAN, TERIMA KASIH
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN
SEMOGA BERJAYA MENDAPAT KEPUTUSAN
YANG CEMERLANG