Post on 18-Jun-2015
BAB 7 UJIAN-UJIAN DAN TEKNIK DALAM PENGAUDITAN
Pengenalan
- Dalam proses pengauditan terdapat dua tatacara utama yang dilaksanakan
untuk mengumpul bukti-bukti yang akhirnya dijadikan sandaran untuk membuat
laporan audit
- Tatacara-tatcara tersebut adalah tatacara pematuhan dan tatacara penyokongan
Tatacara Pematuhan
- ia terdiri daripada ujian-ujian yang direka dengan tujuan untuk mencapai satu
tingkat kemajuan bahawa kawalan-kawalan dalaman yang akan digunakan
sebagai sandaran kerja nanti adalah sebenar-benarnya diamalkan dengan
berkesan
- tatacara-tatacara ini termasuklah ujian-ujian permohonan untuk memeriksa
dokumen-dokumen yang menyokong satu urus niaga bagi mendapatkan bukti
bahawa kawalan dalaman beroperasi dengan betul dan di luluskan untuk
sesuatu niaga
- ia juga melibatkan pertanyaan mengenai pemerhatian kawalan-kawalan yang
tidak meninggalkan jejak audit
- sebagai contoh,memastikan bahawa siapa sebenarnya melaksanakabn sesuatu
tugas dan bukan hanya menentukan siapakah yang sepatutnya melakukan tugas
tersebut
Ujian-ujian Yang Dijalankan
1. Prosedur dalam memahami system kawalan dalaman
- juruaudit mesti berpuas hati/ memberi perhatian kepada rekabentuk dan operasi
system kawalan dalaman pelanggan
- tujuan prosedur ini dilaksanakan untuk mendapatkan bukti bagi menyokong
kerja-kerja audit
- antara prosedur yang dijalankan:
i. mendapatkan maklumat daripada juruaudit lepas
ii. pertanyaan kepada kakitanagn entity
iii. membaca polisi dan system manual entity
iv. memeriksa dokumen dan rekod
2. Ujian Pemeriksaaan
- memeriksa dokumen-dokumen sokongan untuk dijadikan bukti audit
- semua dokumen sokongan mesti diluluskan/mendapat pengesahan
- ia adalah untuk memastikan butir-butir dalam dokumen betul
3. Ujian Perlaksanaan Semula
- ia melibatkan pengulangan semula kerja-kerja yang telah dilaksanakan oleh
pelanggan
4. Pertanyaan Dan Pemerhatian
- ujian ini dijalankan untuk mencari bukti audit yang hanya boleh didapati hasil dari
sama ada pertanyaan atau pemerhatian
- contoh: pengasingan tugas antara pekerja
- boleh dibuat dalam bentuk temu duga atau soal selidik
Tatacara Penyokongan
- Tatacara penyokongan adalah merupakan ujian-ujian yang direka bentuk untuk
mengumpul bukti-bukti audit yang dapat memastikan samaada butir-butir
mengenai maklumat yang dihasilkan dari sistem perakaunan itu adalah lengkap,
tepat dan sah
- Tatacara-tatacara ini merangkumi ujian-ujian terperinci ke atas urusniaga dan
baki akaun, menganalisa nisbah-nisbah dan arah alir penting yang merangkumi
hasil penyiasatan ke atas perubahan-perubahan item luar biasa
- Kesilapan yang ditemui di dalam menjalankan tatacara penyokongan akan
menyebabkan juruaudit perlu mengubahsuai penilaian yang telah dibuat ke atas
kawalan adalah mencukupi
Ujian-ujian yang dijalankan
1. Ujian jalan terus
- Membuat pengesahan sama ada system yang diamalkan oleh pelanggan sama
dengan system yang direkod oleh juruaudit
- Juruaudit akan memilih beberapa urusniaga yang telah berlaku dan mengesan
semula urusniaga dari mula sehingga selesai
2. Prosedur analitikal
- Ujian-ujian yang dibuat secara perbandingan – amaun sebenar dengan amaun
jangkaan, tahun lepas dengan tahun semasa, industri dengan syarikat
- Jika ada perbezaan yang ketara mungkin wujudnya fraud
3. Ujian terperinci atas baki
- Ia menfokuskan kepada pengesahan akaun di penyata kewangan
- Objektif terperincinya :
Jumlah yang disenaraikan berpatutan
Jumlah yang disenaraikan wujud
Aset yang disenaraikan dimiliki
Jumlah yang wujud telah disenaraikan
Jumlah yang disenaraikan telah dinilai
Jumlah dalam imbangan duga diklasifikasikan dengan betul
Urusniaga yang hampir dengan tarikh KKK direkod dalam period ia
berlaku
Penjelasan yang perlu dibuat
Teknik-teknik ujian audit
Terdapat 6 teknik utama dalam melaksanakan ujian audit;
i. Pemeriksaaan
ii. Pertanyaan
iii. Pemerhatian
iv. Pengesahan
v. Tatacara semakan audit
vi. Perlaksanaan semula
Pemeriksaan
- Melibatkan penyemakkan semula/ penelitian rekod dan dokumen
- Pemeriksaan aset nyata secara fizikal
- Ia dapat memberi bukti tentang kewujudan aset dan dokumen
- Ia bertujuan untuk membuktikan bahawa catatan dan rekod menggambarkan
urusniaganya yang sebenar telah berlaku, jumlah yang betul telah direkod dalam
akaun yang betul.
Pertanyaan
- Ia melibatkan proses pemerolehan maklumat yang berkaitan daripada seseorang
didalam atau di luar syarikat
- Ia boleh dibuat samada dalam bentuk formal atau tidak formal, secara bertulis
atau lisan
- Darjah kebolehpercayaan bergantung pada tanggapan juruaudit
- Ia merupakan teknik yang lemah
Pemerhatian
- Melalui ini juruaudit melihat sendiri sesuatu proses atau tatacara yang dilakukan
oleh kakitangan syarikat pelanggan untuk memastikan samada proses/ tatacara
dilaksanakan dengan sempurna
- Bukti yang didapati hanya boleh dipercayai semasa pemerhatian dibuat namun
samada perlaksanannya sama sepanjang masa kurang diyakini
Pengesahan
- Tatacara untuk mendapatkan pengakuan daripada pihak luar tentang kewujudan
dan penilaian aset
- Ia merujukan kepada situasi tertentu seperti aset yang disimpan oleh pihak
ketiga
- Pengesahan positif: pihak ketiga dikehendaki memberi maklum balas terhadap
semua maklumat yang diminta
- Pengesahan negative: pihak ketiga dikehendaki memberi maklum balas
terhadap semua maklumat yang salah sahaja
Tatacara semakan analititk
- Ia teknik mengkaji nisbah kewangan yang penting, arah aliran maklumat
kewangan, memeriksaan sisihan luar biasa dan sisihan yang tidak dijangka
- Sekiranya terdapat perbezaan ketara, juruaudit mesti siasat dan cari keterangan
mengenainya
- Apabila keterangan di perolehi, juruaudit mesti melihat samada ia selaras
dengan keadaan perniagaan pelanggan dan keadaan keliling
- Jika terdapat bukti wujudnya salahnyataan dalam penyata kewangan,juruaudit
mesti melaksanakan ujian-ujian tambahan
Perlaksanaan semula
- Ia melibatkan proses mengulangi tugasan yang telah dijalankan oleh pelanggan
- Ia dapat memastikan kerja-kerja yang dilaksanakan oleh pelanggan betul