Post on 17-Feb-2018
7/23/2019 Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu
http://slidepdf.com/reader/full/nota-lengkap-cempaka-putih-untukmu 1/22
Novel Cempaka Putih Untukmu Tg3 (Sambungan)
Ditulis oleh Cikgu Zainudin
Rabu, 30 November 2011 19:05
Cempaka Putih Untukmu
(Rohani Deraman)
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum
Tema
Novel ini bertemakan keakraban dan keikhlasan persahabatan antara dua orang remaja
walaupun berbeza latar belakang dan keturunan. Hartini dan Satiah bersahabat baik dan
persahabatan mereka kekal hingga ke akhir hayat.
Persoalan
1 / 22
7/23/2019 Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu
http://slidepdf.com/reader/full/nota-lengkap-cempaka-putih-untukmu 2/22
Novel Cempaka Putih Untukmu Tg3 (Sambungan)
Ditulis oleh Cikgu Zainudin
Rabu, 30 November 2011 19:05
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini, antaranya;
i. Kasih sayang antara keluarga.
Contoh: Keluarga Encik Hasrul dan Puan Sarah begitu menyayangi keluarga Pak Morit dan
Mak Sukin sehingga mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk kebaikan anak mereka
iaitu Hartini dan anak angkatnya Satiah. Encik Hasrul telah membawa Satiah ke hosp
ital manakala Puan Sarah mempelawa Mak Sukin tidur di rumahnya.
ii. Ketabahan menghadapi dugaan hidup.
Contoh: Satiah yang menghidap penyakit barah paru-paru tabah menghadapi penyakitnya da
n
tetap meneruskan persekolahannya di Sekolah Menengah Tanjung Bestari.
iii. Kebijaksanaan mengatasi masalah.
Contoh: Encik Hasrul berjaya membuktikan anaknya tidak bersalah dengan meminta kerjasama
pengetua dan beberapa pegawai polis Cawangan Narkotik supaya mengadakan pemeriksaan
mengejut di seluruh bilik asrama .
2 / 22
7/23/2019 Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu
http://slidepdf.com/reader/full/nota-lengkap-cempaka-putih-untukmu 3/22
Novel Cempaka Putih Untukmu Tg3 (Sambungan)
Ditulis oleh Cikgu Zainudin
Rabu, 30 November 2011 19:05
iv. Percaya kepada perkara karut.
Contoh : Pak Morit percaya bahawa penyakit Satiah berpunca daripada terlangkah ‘benda kotor’ dan dia perlu dihantar ke suatu tempat untuk membuang ‘benda’ yang ada pada
tubuhnya.
v. Sanggup berkorban menghadapi kehidupan baharu
Contoh: Keluarga Encik Hasrul dan Puan Sarah menerima dengan hati yang terbuka untuk
berpindah ke perkampungan orang asli dengan meninggalkan kehidupan yang selesa di
bandar.
Plot
Secara keseluruhannya plot novel Cempaka Putih digarap mengikut kronologi. Terdapat empat
peringkat garapan plot iaitu:
i. Permulaan
Cerita bermula dengan sebuah keluarga iaitu Encik Hasrul yang bertugas sebagai pegawai
3 / 22
7/23/2019 Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu
http://slidepdf.com/reader/full/nota-lengkap-cempaka-putih-untukmu 4/22
Novel Cempaka Putih Untukmu Tg3 (Sambungan)
Ditulis oleh Cikgu Zainudin
Rabu, 30 November 2011 19:05
kerajaan melalui Jabatan Pertanian telah ditawarkan berkhidmat di sebuah perkampungan
orang Asli. Ahli keluarga terpaksa mengikut Encik Hasrul berpindah ke tempat tersebut sebagai
menghormati beliau sebagai ketua keluarga.
ii. Perkembangan
Keluarga Encik Hasrul mengambil Satiah yang merupakan kawan karib Hartini sebagai anakangkat. Hubungan antara keluarga Encik Hasrul dan Pak Morit semakin erat. Hartini menjalani
kehidupan seperti biasa namun Satiah terpaksa bertarung dengan penyakit yang dihidapinya.
iii. Klimaks
Penyakit Satiah semakin serius walaupun Pak Morit telah menghantar anaknya berubat dengan
seorang dukun di Kampung Langsat. Satiah pengsan pada hari keputusan PMR diumumkan.
Darah keluar membuak-buak dari mulutnya sehingga Pak Morit akhirnya bersetuju menghantar
Satiah ke hospital untuk mendapat rawatan.
iv. Peleraian
Setelah bertahun-tahun menanggung penderitaan, akhirnya Satiah menemui ajal. Dalam
catatan hariannya, Satiah telah meminta Hartini supaya menanam pohon cempaka putih dipusaranya. Permintaan tersebut telah ditunaikan oleh Hartini sebelum dia kembali ke asrama.
4 / 22
7/23/2019 Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu
http://slidepdf.com/reader/full/nota-lengkap-cempaka-putih-untukmu 5/22
Novel Cempaka Putih Untukmu Tg3 (Sambungan)
Ditulis oleh Cikgu Zainudin
Rabu, 30 November 2011 19:05
Watak Utama
Hartini
i. Anak ketiga kepada Encik Hasrul dan Puan Sarah.
ii. Merupakan pelajar Tingkatan Tiga Teratai di Sekolah Menengah Kuala Batu.
Melanjutkan pelajaran tingkatan empat di Sekolah Menengah Gemilang Wawasan, Raub.
iii. Mempunyai kakak (Along), abang (Angah) dan adik bernama Amin.
iv. Seorang yang berani. Contoh: Hartini berani memujuk Pak Morit supaya bersetuju agar
Satiah dirawat di hospital.
v. Seorang yang tabah. Contoh: Hartini menerima kehilangan rakan karibnya dengan
tabah. Dia berjanji tidak akan menangis lagi.
vi. Seorang yang penyayang. Contoh: Hartini sangat menyayangi rakannya Satiah.
Buktinya sewaktu Satiah meninggal dunia Hartini pengsan dan tidak sedarkan diri. Agak sukar
bagi Hartini menerima hakikat bahawa rakan karibnya itu telah meninggal dunia.
vii. Seorang pelajar yang bijak. Contoh: Hartini merupakan seorang pelajar yang bijak. Diatelah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR iaitu 7A 1B.
5 / 22
7/23/2019 Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu
http://slidepdf.com/reader/full/nota-lengkap-cempaka-putih-untukmu 6/22
Novel Cempaka Putih Untukmu Tg3 (Sambungan)
Ditulis oleh Cikgu Zainudin
Rabu, 30 November 2011 19:05
Watak Sampingan
Satiah
i. Anak sulung kepada Pak Morit dan Mak Sukin
ii. Mempunyai adik iaitu Akob dan Amat.
iii. Rakan karib Hartini
iv. Menghidap penyakit barah paru-paru.
v. Seorang yang pendiam. Contoh: Tidak banyak bercakap di dalam kelas dan jarang ke
rumah kawan-kawan .
vi. Seorang yang tabah. Contoh: Satiah tabah menanggung kesakitan akibat penyakit
barah paru-paru.
vii. Seorang yang bijak. Contoh: Satiah merupakan pelajar cemerlang dalam peperiksaan
PMR. Beliau memperoleh keputusan 8A. Dia juga mahir dalam penulisan. Menyambung
pelajaran tingkatan empat di Sekolah Menengah Tanjung Bestari, Kuantan.
6 / 22
7/23/2019 Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu
http://slidepdf.com/reader/full/nota-lengkap-cempaka-putih-untukmu 7/22
Novel Cempaka Putih Untukmu Tg3 (Sambungan)
Ditulis oleh Cikgu Zainudin
Rabu, 30 November 2011 19:05
Encik Hasrul
i. Suami kepada Sarah .
ii. Mempunyai empat orang anak iaitu Along, Angah, Hartini dan Amin.
iii. Merupakan seorang kakitangan kerajaan di Jabatan Pertanian.
iv. Seorang yang bertanggungjawab. Contoh: Sebelum berpindah ke tempat baharu beliau
memastikan segala urusan persekolahan anak-anak dan keperluan tempat tinggal
diselesaikan terlebih dahulu.
v. Seorang yang baik hati. Contoh: Encik Hasrul telah menghantar Satiah ke hospital untuk
mendapatkan rawatan.
vi. Seorang yang menepati janji. Contoh: Encik Hasrul mengotakan janjinya untuk
mengadakan kenduri kesyukuran apabila Hartini dan rakan-rakannya mencapai keputusan
cemerlang dalam PMR.
Latar
Latar Masa
7 / 22
7/23/2019 Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu
http://slidepdf.com/reader/full/nota-lengkap-cempaka-putih-untukmu 8/22
Novel Cempaka Putih Untukmu Tg3 (Sambungan)
Ditulis oleh Cikgu Zainudin
Rabu, 30 November 2011 19:05
i. Pagi
Contoh: Pada pukul 9.00 pagi, Encik Hasrul sekeluarga bertolak dari Kuala Lumpur menuju ke
Jerantut
ii. Petang
Contoh: Pada suatu petang setelah keluarga Encik Hasrul tiba di rumah baharu, masyarakat
setempat menyambut kedatangan mereka.
iii. Malam
Contoh: Encik Hasrul mempelawa Pak Morit dan Mak Sukin bermalam di rumahnya kerana
keadaan Satiah yang masih lemah. Encik Hasrul bimbang penyakit Satiah berulang kembali.
Latar Tempat
i. Di Kuala Lumpur
Contoh: tempat tinggal asal keluarga Encik Hasrul.
8 / 22
7/23/2019 Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu
http://slidepdf.com/reader/full/nota-lengkap-cempaka-putih-untukmu 9/22
Novel Cempaka Putih Untukmu Tg3 (Sambungan)
Ditulis oleh Cikgu Zainudin
Rabu, 30 November 2011 19:05
ii. Di kampung Kuala Batu.
Contoh: sebuah perkampungan orang asli yang dihuni oleh Pak Morit dan Mak Sukin yang
juga merupakan tempat tinggal baharu Encik Hasrul dan keluarganya.
Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Batu
Contoh: Tempat Hartini , Satiah dan rakan-rakannya bersekolah sehingga tamat PMR.
Sekolah Menengah Gemilang Wawasan.
Contoh: Sekolah Berasrama Hartini setelah beroleh keputusan cemerlang dalam PMR.
iii. Pontian
Contoh: Tempat tinggal nenek Hartini dan di situlah Hartini belajar komputer selepas
peperiksaan PMR.
9 / 22
7/23/2019 Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu
http://slidepdf.com/reader/full/nota-lengkap-cempaka-putih-untukmu 10/22
7/23/2019 Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu
http://slidepdf.com/reader/full/nota-lengkap-cempaka-putih-untukmu 11/22
7/23/2019 Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu
http://slidepdf.com/reader/full/nota-lengkap-cempaka-putih-untukmu 12/22
Novel Cempaka Putih Untukmu Tg3 (Sambungan)
Ditulis oleh Cikgu Zainudin
Rabu, 30 November 2011 19:05
Teknik Penulisan
i. Pemerian
Contoh: Murid-murid dalam Tingkatan Tiga Teratai hanya 25 orang sahaja termasuk aku. Ada 15 orang murid perempuan dan 10 orang murid lelaki. Ketua kelas kami ialah Ali Sintok. Dia
murid yang cukup serius dan berdisiplin .
ii. Dialog
Contoh: “Yalah. Dua tiga hari lagi kita berangkat. Nenek tahu Tini rindu akan mama dan
kawan-kawan di sana. Sabarlah, nanti nenek uruskan tiket dulu,” kata nenek
iii. Imbas kembali
Contoh: Ketika membaca catatan demi catatan yang ditulis itu aku terasa seperti berada di sisi
Satiah. Aku seperti sedang bercakap dengannya. Bayangan peristiwa semasa bersama-sama
seperti hadir semula dalam hidupku. Semua peristiwa yang berlaku antara kami ditulis dengan
menarik .
12 / 22
7/23/2019 Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu
http://slidepdf.com/reader/full/nota-lengkap-cempaka-putih-untukmu 13/22
Novel Cempaka Putih Untukmu Tg3 (Sambungan)
Ditulis oleh Cikgu Zainudin
Rabu, 30 November 2011 19:05
iv. Monolog Dalaman
Contoh: “Apa agaknya yang sedang Satiah lakukan pada saat ini?”
v. Saspens
Contoh:: Hartini, Nora dan Najmi dipanggil oleh pengetua berkaitan kes pengedaran pil
ecstasy.
vi. Kejutan
Contoh: Hartini terkejut dengan kematian rakan karibnya Satiah, menyebabkan badannya
lemah longlai .
Gaya Bahasa
13 / 22
7/23/2019 Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu
http://slidepdf.com/reader/full/nota-lengkap-cempaka-putih-untukmu 14/22
Novel Cempaka Putih Untukmu Tg3 (Sambungan)
Ditulis oleh Cikgu Zainudin
Rabu, 30 November 2011 19:05
i. Diksi
Penggunaan bahasa Arab
Contoh: Allahyarhamah Satiah
ii. Penggunaan bahasa Inggeris
Contoh: `mood`,‘computer games’ , phobia
iii. Simile
Contoh: seperti kuntum bunga yang hampir layu (m/s 78),
teguh seperti tiang batu
14 / 22
7/23/2019 Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu
http://slidepdf.com/reader/full/nota-lengkap-cempaka-putih-untukmu 15/22
Novel Cempaka Putih Untukmu Tg3 (Sambungan)
Ditulis oleh Cikgu Zainudin
Rabu, 30 November 2011 19:05
iv. Kata ganda
Contoh: tempat-tempat, rumah-rumah, kelam-kabut.
v. Sinkope
Contoh: “Aku berasa tak sabar nak ke sekolah esok”
vi. Peribahasa
Contoh : ringan tulang, berbesar hati, sebusuk-busuk daging dikunyah-kunyah tetap juga boleh
dimakan, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga
vii. Hiperbola
Contoh: Udara sejuk menerjah tubuh
15 / 22
7/23/2019 Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu
http://slidepdf.com/reader/full/nota-lengkap-cempaka-putih-untukmu 16/22
Novel Cempaka Putih Untukmu Tg3 (Sambungan)
Ditulis oleh Cikgu Zainudin
Rabu, 30 November 2011 19:05
viii. Metafora
Contoh : Seronok sekali rasanya mendengar muzik alam yang begitu asli. ,
entahlah, rasanya kotak fikiranku belum dapat menjangkau sejauh itu.
ix. Personifikasi
Contoh: Hatiku berbunga rasa bangga
Nilai
16 / 22
7/23/2019 Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu
http://slidepdf.com/reader/full/nota-lengkap-cempaka-putih-untukmu 17/22
Novel Cempaka Putih Untukmu Tg3 (Sambungan)
Ditulis oleh Cikgu Zainudin
Rabu, 30 November 2011 19:05
i. Nilai keberanian
Contoh: Hartini berani memujuk Pak Morit supaya bersetuju membenarkan Satiah dirawat di hospital.
ii. Nilai ketabahan
Contoh: Penderitaan yang dialami oleh Satiah sangat menyakitkan. Walaupun dia mengalami
kesakitan yang teruk, dia tetap meneruskan pelajarannya di sekolah berasrama
penuh.
iii. Nilai bertanggungjawab
Contoh: Encik Hasrul merupakan seorang pegawai kerajaan yang bertanggungjawab, belia
u sanggup menerima tawaran berkhidmat di luar Bandar untuk memajukan masyarakat di sana.
iv. Nilai kasih sayang
Contoh: Hartini sangat menyayangi Satiah sehingga dia tidak dapat menerima kenyataan pemergian rakan karibnya itu pada peringkat awal.
17 / 22
7/23/2019 Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu
http://slidepdf.com/reader/full/nota-lengkap-cempaka-putih-untukmu 18/22
Novel Cempaka Putih Untukmu Tg3 (Sambungan)
Ditulis oleh Cikgu Zainudin
Rabu, 30 November 2011 19:05
v. Nilai kebijaksanaan
Contoh: Encik Hasrul bijak menangani masalah anaknya yang difitnah mengedar pil ecstasy
di sekolahnya
.
vi. Nilai kegigihan
Contoh : Satiah, Ineng, Sinda, Ambok, Meramu dan rakan-rakan yang lain gigih belajar
sehingga berjaya dalam peperiksaan PMR .
Pengajaran
i. Kita hendaklah ikhlas dalam persahabatan
Contoh: Hartini dan Satiah telah menjalin hubungan persahabatan dengan ikhlas walaupun
berbeza kaum. Satiah menjadi teman belajar, menangis dan ketawa Hartini.
18 / 22
7/23/2019 Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu
http://slidepdf.com/reader/full/nota-lengkap-cempaka-putih-untukmu 19/22
Novel Cempaka Putih Untukmu Tg3 (Sambungan)
Ditulis oleh Cikgu Zainudin
Rabu, 30 November 2011 19:05
ii. Kita hendaklah saling menyayangi.
Contoh: Keluarga Hartini amat menyayangi Satiah walaupun Satiah hanyalah anak angkat
mereka dan berasal daripada anak orang Asli.
iii. Kita hendaklah bijak menyelesaikan masalah
Contoh: Encik Hasrul bijak menyelesaikan masalah anaknya yang telah difitnah mengedar pil
ecstasy
iv. Kita hendaklah bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan
Contoh: Hartini, Satiah dan rakan-rakan yang lain bersungguh-sungguh belajar secara berkumpulan untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan PMR.
v. Kita hendaklah berpegang kepada janji
19 / 22
7/23/2019 Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu
http://slidepdf.com/reader/full/nota-lengkap-cempaka-putih-untukmu 20/22
Novel Cempaka Putih Untukmu Tg3 (Sambungan)
Ditulis oleh Cikgu Zainudin
Rabu, 30 November 2011 19:05
Contoh: Encik Hasrul telah menunaikan janjinya dengan mengadakan kenduri kesyukuran
setelah Hartini dan rakan-rakannya berjaya dalam PMR
vi. Kita janganlah menganiaya orang lain
Contoh: Junainah telah menganiaya Hartini dengan meletakkan pil ecstasy di dalam almari. P
erbuatannya telah terbongkar dan dia telah menerima balasan.
Soalan
i. Tuliskan tema novel ini.
ii. Senaraikan 3 persoalan yang terdapat di dalam novel ini?
Jawapan
20 / 22
7/23/2019 Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu
http://slidepdf.com/reader/full/nota-lengkap-cempaka-putih-untukmu 21/22
Novel Cempaka Putih Untukmu Tg3 (Sambungan)
Ditulis oleh Cikgu Zainudin
Rabu, 30 November 2011 19:05
i. Novel ini membawa tema keakraban dan keikhlasan persahabatan antara dua orangremaja, iaitu Hartini dan Satiah yang bersahabat baik walaupun berbeza latar belakang dan
keturunan. Persahabatan mereka kekal hingga ke akhir hayat.
ii. Tiga persoalan yang terdapat dalam novel ini ialah kasih sayang antara keluarga.Contoh: Keluarga Encik Hasrul dan Puan Sarah begitu menyayangi keluarga Pak Morit dan
Mak Sukin sehingga mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk kebaikan anak mereka
iaitu Hartini dan Satiah. Encik Hasrul telah membawa Satiah ke hospital manakala Puan
Sarah mempelawa Mak Sukin tidur di rumahnya. Persoalan kedua
ketabahan menghadapi dugaan hidup. Contoh: Satiah yang menghidap penyakit barah
paru-paru tabah menghadapinya dan tetap meneruskan persekolahannya di Sekolah
Menengah Tanjung Bestari. Ketiga persoalan kebijaksanaan mengatasi masalah. Contoh: EncikHasrul berjaya membuktikan anaknya tidak bersalah dengan meminta kerjasama pengetua dan
beberapa pegawai polis Cawangan Narkotik supaya mengadakan pemeriksaan mengejut di
seluruh bilik asrama.
21 / 22
7/23/2019 Nota Lengkap Cempaka Putih Untukmu
http://slidepdf.com/reader/full/nota-lengkap-cempaka-putih-untukmu 22/22
Novel Cempaka Putih Untukmu Tg3 (Sambungan)
Ditulis oleh Cikgu Zainudin
Rabu, 30 November 2011 19:05