Post on 06-Dec-2015
Sistem Reka Bentuk Perindustriandi Malaysia
Siri Penerbitan “Panduan Harta Intelek”
1. Sistem Perlindungan Harta Intelek di Malaysia2. Soalan-soalan Lazim Harta intelek3. Sistem Paten di Malaysia4. Sistem Cap Dagangan di Malaysia5. Sistem Reka Bentuk Perindustrian di Malaysia6. Sistem Petunjuk Geografi di Malaysia7. Sistem Hakcipta di Malaysia8. Sistem Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu
di Malaysia9. Maklumat Am Mengenai Harta Intelek
Penafian
Buku panduan ini mengandungi maklumat asas mengenai tajuk yang berkaitan tetapi tidak bermaksud sebagai ganti kepada dokumen atau khidmat nasihat perundangan profesional.
Rujukan kepada produk dan perkhidmatan, nama syarikat, pertubuhan dan laman web tidak bermaksud sebarang sokongan atau pengiktirafan oleh MyIPO.
Hakcipta MyIPO (2009)
Tidak dibenar mengeluar ulang mana-mana bahagian penerbitan ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia.
©MyIPO April 2009
Panduan Harta Intelek - 5Sistem Reka Bentuk Perindustrian di Malaysia
Buku panduan ini bertujuan meningkatkan pengetahuan pembaca mengenai harta intelek. Penyediaan dokumen ini turut mengambil kira maklum balas yang diterima oleh MyIPO.
5
MAKLUMAT AM MENGENAI REKA BENTUK PERINDUSTRIAN
1.0 Maklumat Am
1.1 Definisi1.2 Tafsiran1.3 Barang dan Set Barang1.4 Reka Bentuk Perindustrian yang Boleh Didaftarkan1.5 Reka Bentuk Perindustrian yang Tidak Boleh Didaftarkan1.6 Pemohon1.7 Pemfailan1.8 Kepentingan Pendaftaran 1.9 Sempadan Perlindungan1.10 Tempoh Perlindungan1.11 Carian awam
2.0 Panduan mengisi Borang Permohonan (RP 1)
1. Nama dan Alamat Penuh Pemohon2. Nama dan Alamat Penuh Pencipta3. Nama Ejen4. Nama Barang atau Set Barang Berkenaan yang Digunapakai5. Kelas Barangan6. Permohonan Berbilang7. Permohonan Berkaitan8. Tuntutan Prioriti9. Instrumen yang Menyokong Pendaftaran.10. Permohonan Terbahagi11. Akuan12. Nama dan Nombor Telefon Pihak yang Boleh Dihubungi
6
3.0 Panduan Representasi 3.1 Contoh Representasi 3.2 Contoh Penerimaan Representasi
4.0 Prosedur Permohonan
5.0 Carta Aliran Prosedur Pendaftaran Reka Bentuk Perindustrian
6.0 Fi dan Borang Berkaitan
7.0 Ejen Berdaftar
8.0 Klasifikasi Locarno
9.0 Contoh Borang Permohonan 9.1 Permohonan Tunggal 9.2 Permohonan Berbilang
10.0 Alamat dan Nombor Telefon Pejabat Pendaftar Reka Bentuk Perindustrian
7
1.0 MAKLUMAT AM
1.1 Definisi Reka bentuk perindustrian ialah ciri bentuk, tatarajah, corak
atau hiasan yang digunakan pada sesuatu barang melalui apa-apa proses atau cara perindustrian, iaitu ciri yang ada pada barang siap, merupakan ciri yang menarik dan dinilaikan dengan pandangan mata… [Seksyen 3, Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996].
1.2 Tafsiran Reka bentuk perindustrian ialah rupa bentuk luaran secara
keseluruhan sesuatu barang atau produk. Bentuk atau tatarajah merupakan aspek tiga dimensi manakala corak atau hiasan merangkumi dua dimensi. Ciri-ciri tiga atau dua dimensi atau kedua-duanya sekali yang terdapat pada suatu barang siap hendaklah melalui kaedah perindustrian. Ciri-ciri tersebut akan memberi suatu penampilan yang unik pada suatu barang atau produk berkenaan.
1.3 Barang dan Set Barang
1.3.1 Barang Barang ialah apa-apa barang atau produk perkilangan
atau kraftangan dan termasuklah mana-mana bahagian barang atau kraftangan itu jika bahagian itu dibuat dan dijual secara berasingan.
1.3.2 Set Barang Set barang ialah sebilangan barang yang mempunyai
sifat umumnya yang sama dan biasanya dijual bersama-sama atau digunakan bersama-sama. Contoh: Set teko yang terdiri daripada teko, cawan dan piring.
8
1.4 Reka Bentuk Perindustrian yang Boleh Didaftarkan
Reka Bentuk Perindustrian yang hendak didaftarkan mestilah baru serta tidak pernah dizahirkan di Malaysia dan tidak terdapat di dalam Daftar Reka Bentuk Perindustrian. Ciri-ciri suatu reka bentuk boleh terdiri daripada bentuk dan tatarajah iaitu 3D atau corak dan hiasan iaitu 2D atau gabungan kedua-duanya sekali yang terdapat pada barang tersebut.
1.4.1 Bentuk dan tatarajah (Ciri 3D) Kebaharuan suatu reka bentuk yang dilindungi adalah
terletak kepada bentuk dan tatarajah yang terdapat pada barang berkenaan.
Contoh ciri 3D:
1.4.2 Corak dan hiasan (Ciri 2D) Kebaharuan suatu reka bentuk yang dilindungi adalah
terletak kepada corak dan hiasan yang terdapat pada barang berkenaan.
Contoh ciri 2D:
S A M P L E
S A M P L E
9
S A M P L E
1.4.3 Gabungan kedua-dua ciri 3D dan 2D Kebaharuan suatu reka bentuk yang dilindungi adalah
terletak kepada bentuk dan tatarajah serta corak dan hiasan yang terdapat pada barang berkenaan.
Contoh gabungan 3D dan 2D:
Nota: Kebaharuan yang dituntut bagi kedua-dua ciri bentuk dan
tatarajah atau corak dan hiasan adalah bertujuan untuk menghadkan tuntutan yang dibuat dalam permohonan.
1.5 Reka Bentuk Perindustrian yang Tidak Boleh Didaftarkan
(i) Tidak mempunyai nilai estetik yang jelas. (Seksyen 3). Contoh:
Kotak Wall paper Tin Kosong
S A M P L E
10
(ii) Kaedah atau prinsip pembinaan. [Seksyen 3(1)(a)] Contoh:
(iii) Ciri yang ditentukan semata-mata oleh fungsi [Seksyen 3(1) (b) (i)]. Contoh:
SAMPLE
SAMPLE
11
(iv) Ciri yang bergantung kepada rupa suatu barangan lain (integral parts) [Seksyen 3(1)(b)(ii)].
Contoh:
v) Perbezaan daripada segi butir-butir tidak material (tidak penting) atau ciri-ciri biasa yang digunakan dalam suatu perdagangan. [Seksyen 12(2)]
Contoh: Pensel bersaiz biasa (Pensel A) yang direka bentuk menjadi lebih pendek (Pensel B) atau berbeza dari segi ketirusan seperti dalam bulatan putus-putus.
Pensel A (telah sedia ada dalam pasaran)
Pensel B (permohonan baru) – tidak diterima
SAMPLE
12
(vi) Bertentangan dengan ketenteraman awam atau prinsip moral. [Seksyen 13].
1.6 Pemohon Pihak berikut adalah layak untuk memohon pendaftaran Reka
Bentuk Perindustrian
(i) Pencipta asal reka bentuk perindustrian.(ii) Pe r m o h o n a n b o l e h d i b u at s a m a a d a o ra n g
perseorangan ataupun oleh sebuah syarikat.(iii) Sekiranya pemohon bukan pencipta, pernyataaan
yang mewajarkan hak pemohon ke atas pendaftaran (statement justifying applicant’s right) perlu dikemukakan semasa pemfailan permohonan.
1.7 Pemfailan Pemfailan adalah diberikan berdasarkan kepada “first to file”.
Permohonan reka bentuk perindustrian perlu dibuat secepat mungkin atau sebelum sesuatu barang atau article dipasarkan kepada awam. Aspek kerahsiaan perlu diberi perhatian yang sewajarnya sebelum difailkan.
1.8 Kepentingan Pendaftaran
1.8.1 Hak eksklusif Sijil Pendaftaran Reka Bentuk Perindustrian yang
dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftaran Reka Bentuk Perindustrian boleh digunakan sebagai bukti yang sah dalam tuntutan hak milik berkenaan di mahkamah. Pemilik reka bentuk perindustrian berdaftar mempunyai hak eksklusif untuk membuat, mengimport, menjual, menyewa atau menggunakan bagi tujuan perdagangan atau perniagaan. Pemohon yang ingin
13
mengeksplotasikan reka bentuk perindustriannya di pasaran antarabangsa hendaklah memperolehi perlindungan di negara yang berkaitan.
1.8.2 Tindakan Perundangan Kebenaran daripada pemilik reka bentuk perindustrian
berdaftar hendaklah diperolehi sebelum menggunakan suatu reka bentuk perindustrian berkenaan. Pemilik berdaftar boleh mengambil tindakan melalui undang-undang sivil di bawah peruntukan Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996 dan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972.
1.9 Sempadan Perlindungan
Sesuatu reka bentuk perindustrian yang berdaftar di Malaysia adalah diberi perlindungan hanya di Malaysia. Untuk mendapatkan perlindungan di negara-negara lain, pemohon hendaklah membuat permohonan secara berasingan di setiap negara yang berkaitan.
Walau bagaimanapun, sekiranya pemohon ingin mendapatkan Tuntutan Tarikh Prioriti di negara yang menjadi ahli Konvensyen Paris, pemohon hendaklah memfailkan permohonan berkenaan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pemfailan di Malaysia.
1.10 Tempoh perlindungan
Suatu reka bentuk perindustrian berdaftar adalah diberi perlindungan selama 5 tahun dari tarikh pemfailan. Perlindungan boleh dilanjutkan selama 2 tempoh di mana setiap tempoh perlindungan selama 5 tahun. Ini bermakna tempoh maksimum perlindungan ialah selama 15 tahun.
14
1.11 Carian awam
Reka Bentuk Perindustrian yang telah berdaftar adalah dibuka untuk semakan awam. Butir-butir pendaftaran direkodkan dalam Daftar Reka Bentuk Perindustrian dan diterbitkan dalam Warta Kerajaan.
2.0 PANDUAN MENGISI BORANG PERMOHONAN (RP 1) Permohonan suatu reka bentuk perindustrian hendaklah
menggunakan Borang RP1. 1: Nama dan alamat penuh pemohon
Sila nyatakan nama dan alamat penuh pemohon. Sekiranya pemohon ialah individu, sila nyatakan kewarganegaraan pemohon. Jika pemohon merupakan perniagaan berasaskan perkongsian, sila senaraikan nama rakan kongsi yang lain. Bagi pemohon yang merupakan syarikat atau pertubuhan perbadanan, sila nyatakan negara dimana ianya didaftarkan atau diperbadankan.
2: Nama dan alamat penuh pencipta Nyatakan nama dan alamat penuh pencipta asal reka
bentuk perindustrian tersebut. Pencipta hendaklah orang perseorangan dan bukannya syarikat. Pencipta boleh lebih daripada seorang. Sekiranya pemohon dan pencipta adalah individu yang berbeza, hendaklah mengemukakan kenyataan yang mewajarkan hak pemohon ke atas pendaftaran di atas kertas yang berasingan yang telah diperakukan oleh pemohon, pencipta atau agen yang telah dilantik.
3: Nama ejen Jika pemohon melantik ejen untuk mewakilinya, sila nyatakan
nama dan alamat berserta nombor pendaftaran ejen tersebut. Ejen yang dilantik mestilah agen yang berdaftar sebagai Ejen
15
Reka Bentuk Perindustrian. Permohonan melalui ejen adalah diwajibkan bagi pemohon yang bukan warganegara Malaysia dan juga entiti perniagaan atau pertubuhan perbadanan yang mana alamat perniagaan adalah di luar Malaysia. Perlantikan ejen hendaklah dibuat dengan memfailkan Borang RP10.
4: Nama barang atau set barang berkenaan yang digunapakai
Deskripsi nama barang hendaklah ringkas dan tidak boleh mengandungi jenama atau model sesuatu barang. Adalah memadai menggunakan kata nama am sahaja. Deskripsi barangan mengikut KLASIFIKASI LOCARNO. Contoh: Kereta mainan, kereta, televisyen dan sebagainya.
5 : Kelas barangan Bagi permohonan reka bentuk perindustrian, pengkelasan
barang boleh dibuat dengan merujuk kepada Klasifikasi Antarabangsa untuk Reka Bentuk Perindustrian yang dikenali sebagai KLASIFIKASI LOCARNO. Hanya satu kelas dan sub-kelas yang harus diisi bagi satu permohonan. Contoh : 06-01 (Kerusi)
6 : Permohonan berbilang Dua atau lebih reka bentuk perindustrian boleh difailkan
dengan menggunakan satu borang permohonan dengan syarat reka bentuk perindustrian tersebut berada dalam kelas barangan yang sama. Salinan permohonan berkenaan hendaklah difailkan dalam jumlah yang sama bagi permohonan berbilang.
7: Permohonan berkaitan Sila nyatakan nombor permohonan atau nombor pendaftaran
reka bentuk perindustrian yang terdahulu yang hendak dikaitkan dengan suatu permohonan. Terdapat dua keadaan dimana permohonan berkaitan dapat dipohon:
(i) Pertama Sekiranya pemohon atau pemilik ingin mendaftar
corak dan hiasan yang sama pada permohonan atau
16
pendaftaran terdahulu (contohnya seperti hiasan pada piring), pemohon boleh mengaitkan permohonan tersebut dengan permohonan yang terdahulu (contohnya hiasan yang ada pada cawan) yang dipohon sebelum ini.
(ii) Kedua Pemohon membuat pengubahsuaian pada reka bentuk
perindustrian yang terdahulu dan memfailkan reka bentuk perindustrian tersebut sebagai permohonan yang baru. Pengubahsuaian ini tidak akan mengubah ciri atau bentuk substantial reka bentuk yang terdahulu.
Bagi kedua-dua kes tersebut, reka bentuk perindustrian mestilah dipunyai oleh pemilik yang sama.
8: Tuntutan prioriti Ruangan ini hanya perlu diisi jika terdapat tuntutan prioriti.
Jika terdapat tuntutan prioriti, tarikh pemfailan dan negara di mana tuntutan prioriti dituntut hendaklah dinyatakan. Tuntutan prioriti hendaklah dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pemfailan terawal dibuat. Sesalinan permohonan terdahulu yang diperaku oleh pejabat pendaftaran dari negara berkenaan hendaklah dikemukakan.
9: Instrumen yang menyokong pendaftaran Sekiranya pemohon dan pencipta adalah individu yang
berbeza, butiran penyerahhakan kepada pemohon oleh pencipta hendaklah dinyatakan. Sebagai contoh, melalui dokumen serahhak (deed of assignment) ataupun kontrak pekerjaan dan sebagainya.
10: Permohonan terbahagi Suatu permohonan hendaklah mengandungi satu reka
bentuk perindustrian kecuali untuk permohonan berbilang. Sekiranya didapati lebih daripada satu reka bentuk, maka pemohon akan diminta mengekalkan satu reka bentuk sahaja dan mengeluarkan reka bentuk selebihnya.
17
Sekiranya pemohon berminat untuk mendaftarkan reka bentuk selebihnya, pemohon boleh memfailkannya sebagai permohonan terbahagi dalam tempoh pemprosesan permohonan asal. Nombor permohonan dan tarikh pemfailan permohonan asal hendaklah dinyatakan pada ruangan ini.
11: Akuan Sila tandatangani dan nyatakan nama. Sekiranya pemohon
menandatangani bagi pihak syarikat, nyatakan jawatan penandatangan. Bagi pemohon yang diwakili oleh ejen, nama ejen perlu dinyatakan.
12: Nama dan nombor telefon pihak yang boleh dihubungi Pemohon boleh menamakan seorang ejen atau mana-
mana orang yang boleh dihubungi berkenaan permohonan yang difailkan. Sekiranya pemohon bukan pencipta, satu pernyataan mewajarkan hak pemohon ke atas pendaftaran, (statement justifying applicant’s right) perlu dilampirkan semasa mengemukakan borang permohonan.
3.0 PANDUAN REPRESENTASI
(a) Representasi hendaklah difailkan dalam enam (6) salinan dan perlu dikemukakan bersama dengan borang permohonan.
(b) Representasi yang difailkan sama ada dalam bentuk:
(i) Gambar foto Gambar foto hendaklah berukuran 12.5sm X 9sm dan
terang. Latar belakang untuk suatu gambar foto hendaklah polos (plain) dan tidak terdapat pantulan cahaya dan bayang-bayang. Foto tersebut tidak boleh mengandungi imej selain daripada yang hendak didaftarkan.
(ii) Lukisan Lukisan hendaklah berukuran 12.5sm X 9sm. Garis lukisan
hendaklah terang. Lakaran tangan adalah tidak diterima.
18
(c) Representasi yang dikemukakan hendaklah menggunakan kertas (saiz A4) dan hanya menggunakan sebelah muka surat. Setiap helaian muka surat perlu dinomborkan bagi menunjukkan jumlah bilangan muka surat bagi setiap set representasi.
(i) Contoh Permohonan Biasa: Sekiranya terdiri daripada 1 permohonan sahaja, contoh
penomboran representasi adalah seperti berikut:
Muka surat 1 daripada 4, Muka surat 2 daripada 4 dan seterusnya atau 1/4, 2/4,...;
(ii) Contoh Permohonan Berbilang: Sekiranya terdiri daripada 3 permohonan berbilang,
contoh penomboran representasi adalah seperti berikut: 1.1 daripada 3, 1.2 daripada 3, ... ; atau 1.1/3, 1.2/3, 1.3/3;
2.1/3, 2.2/3, 2.3/3; 3.1/3,3.2/3 dan 3.3/3.
(d) Sudut pandangan yang terdapat pada representasi hendaklah diberi nombor dan dilabelkan dengan keterangan yang ringkas.
(i) Contoh Permohonan Biasa: 1.1 pandangan perspektif, 1.2 pandangan depan, 1.3 pandangan belakang, 1.4 pandangan atas,… dan…;
(ii) Contoh Permohonan Berbilang: 1.1 pandangan perspektif, 1.2 pandangan depan, 1.3 pandangan belakang, 1.4 pandangan atas, … dan…; 2.1 pandangan perspektif, 2.2 pandangan depan, 2.3 pandangan belakang, 2.4 pandangan atas, … dan…;
(e) Representasi hendaklah tidak retak, berkedut atau berlipat.
(f ) Representasi hendaklah jelas supaya boleh disalin semula.
19
(g) Sekiranya perlindungan hanya untuk bahagian tertentu, maka bahagian tersebut hendaklah ditunjukkan dengan jelas. Sebagai contoh pemohon boleh:
(i) Melukis garisan penuh pada bahagian yang hendak dilindungi (claim) manakala bahagian yang tidak dilindungi dengan garisan putus-putus; atau
(ii) Membuat bulatan atau mewarna pada bahagian yang hendak dilindungi.
(h) Bagi reka bentuk perindustrian yang terdiri daripada suatu corak permukaan berulangan hendaklah menunjukkan corak penuh dan bahagian ulangan yang mencukupi dari segi panjang dan lebar. Panjang dan lebar hendaklah berukuran tidak kurang daripada 18sm x 13sm x 18sm x 13sm.
(i) Suatu representasi hendaklah mengandungi sudut pandangan yang mencukupi untuk menunjukkan keseluruhan rupa bentuk yang dipohon.
(j) Jika terdapat perkataan, huruf atau angka pada reka bentuk perindustrian dalam suatu permohonan, suatu kenyataan pelucutan hak kepada penggunaan eksklusifnya hendaklah dinyatakan pada setiap representasi (disclaimer).
(k) Perkara yang perlu terdapat pada muka surat pertama suatu representasi ialah lukisan atau gambar foto, pernyataan kebaharuan atau kenyataan pelucutan jika berkaitan.
3.1 Contoh Representasi
Representasi boleh dikemukakan sama ada dalam bentuk foto atau lukisan.
20
3.1.1 Foto
21
22
MY 01-00414
MY 01-00736MY 06-00748
MY 04-00074 MY 06-00962
MY 02-00061
3.1.2 Lukisan
23
3.2 Contoh Penerimaan Representasi Representasi yang jelas perlu dikemukakan bagi setiap
permohonan diterima untuk pendaftaran Reka Bentuk Perindustrian.
4.0 PROSEDUR PERMOHONAN
Pemfailan suatu permohonan hendaklah disertakan dengan :-
(i) Borang RP 1 yang lengkap diisi dalam Bahasa Malaysia atau ID Form 1 dalam Bahasa Inggeris.
(ii) Enam (6) set representasi. (iii) Satu kenyataan Pernyataan Kebaharuan.(vi) Bayaran fi pemfailan yang sepenuhnya.(v) Pernyataan mewajarkan hak pemohon ke atas pendaftaran di
mana perlu.
DITOLAK DITERIMA
07-00060-0101 MY 07-00060-0101
07-00003-0101 MY 07-00003-0101
24
5.0 CARTA ALIRAN PROSEDUR PENDAFTARAN REKA BENTUK PERINDUSTRIAN
CARTA ALIRANPROSEDUR PERMOHONAN REKA BENTUK PERINDUSTRIAN
(AKTA REKA BENTUK PERINDUSTRIAN 1996)
PERMOHONAN(Borang RBP1)
* Sila rujuk Peraturan-Peraturan Reka Bentuk Perindustrian untuk prosedur terperinci.
SIJIL PENDAFTARAN
PEWARTAAN
PINDAAN & PENERIMAAN(Tempoh diberi
3 bulan)
Mematuhi
FORMALITI & PEMERIKSAANMemenuhi definisi dan syarat?
MAKLUMBALAS(Tempoh diberi
3 bulan)
Tidak mematuhisyarat
PERMOHONANDIANGGAP
DITARIK BALIK
RAYUAN MAHKAMAH TINGGI(HARTA INTELEK)
Bantahan
Diterima
SEMAKAN KEBAHARUAN(Selepas 6 bulan dari tarikh prioriti
beserta fi pewartaan)
Tidak
Mematuhi
Mematuhi
PERMOHONANDITOLAK
Tidak mematuhisyarat
Fi berbilang pertama & tunggal - RM400Fi berbilang berikutnya - RM200Fi pewartaan setiap sudut pandangan - RM 50
25
6.0 FI DAN BORANG BERKAITAN
BORANG PERKARA / PROSEDUR BAYARAN(RM)
ID 1 Permohonan bagi pendaftaran reka bentuk perindustrian:
(i) bagi satu reka bentuk 400.00
(ii) untuk setiap reka bentuk tambahan yang 200.00 dinyatakan (Peraturan 5)
Penyiaran untuk setiap sudut pandangan 50.00 representasi yang terkandung dalam permohonan (Peraturan 10 dan 22 )
ID 2 Permohonan bagi pelanjutan tempoh pendaftaran atau bagi tempoh kedua :- a) satu reka bentuk perindustrian 600.00 b) setiap reka bentuk tambahan 300.00
atau bagi tempoh ketiga :- a) satu reka bentuk perindustrian 800.00 b) setiap reka bentuk tambahan 400.00
Surcaj yang akan dikenakan dibawah 100.00 subseksyen 25(3) berkenaan dengan tempoh tangguhan dalam membuat permohonan bagi pelanjutan tempoh pendaftaran atau bagi setiap tempoh satu bulan [tidak melebihi 6 bulan keseluruhan]. (Peraturan 23 )
ID 3 Permintaan untuk kemasukan semula suatu reka 600.00 bentuk perindustrian berdaftar. (Peraturan 24) Surcaj yang akan dikenakan dibawah 50.00 subperaturan 24(4): Untuk setiap tempoh satu bulan (tidak melebihi 6 bulan keseluruhan)
ID 4 Notis bantahan terhadap kemasukan semula 50.00 reka bentuk perindustrian. (Peraturan 25)
26
ID 5 Pemohonan untuk merekodkan 200.00 penyerahhakan, perpindahan atau kuatkuasa undang-undang lain kepada suatu reka bentuk perindustrian berdaftar atau permohonan untuk mendaftarkan suatu reka bentuk perindustrian. (Peraturan 26)
ID 6 Permohonan bagi pembetulan Daftar atau 100.00 permintaan bagi pembatalan pendaftaran. (Peraturan 27)
ID 7 Pengemukaan suatu salinan permohonan Percuma kepada Mahkamah. (Peraturan 28) ID 8 Notis Perintah Mahkamah bagi pembetulan Daftar. 100.00 (Peraturan 29) ID 9 Permintaan untuk meminda suatu permohonan 100.00 untuk mendaftarkan suatu reka bentuk perindustrian atau suatu reka bentuk perindustrian berdaftar. (Peraturan 30 ) ID 10 Perlantikan atau pertukaran ejen dan 30.00 pertukaran alamat penyampaian. (Peraturan 32 and 40) ID 11 Permohonan bagi pendaftaran sebagai Ejen 1,000.00 Reka Bentuk Perindustrian. [Peraturan 33 (2)]
ID 12 Permohonan bagi pelanjutan pendaftaran 400.00 sebagai Ejen Reka Bentuk Perindustrian. [Peraturan 33 (7)]
ID 13 Permintaan bagi perlanjutan masa: 200.00 Bagi setiap tempoh satu bulan (jumlah tidak melebihi tiga bulan). 50.00
(Peraturan 43)
ID 14 Permintaan bagi salinan atau cabutan terperaku atau tidak terperaku catatan, dokumen, dsb.: (a) untuk salinan atau cabutan terperaku 10.00 satu muka surat (b) untuk salinan atau cabutan tidak terperaku 5.00 (Peraturan 45 ) satu muka surat
27
7.0 EJEN BERDAFTAR
Pemohon boleh mengemukakan sendiri borang permohonan atau melantik ejen untuk bertindak bagi pihaknya. Ejen yang dilantik perlu mendaftar dengan Pendaftar Reka Bentuk Perindustrian. Ejen akan mewakili pemohon dalam semua komunikasi. Alamat ejen merupakan alamat penyampaian surat-menyurat.
Pemohon dari luar negara mesti memfailkan Borang RP 10 untuk melantik ejen yang akan mewakilinya dalam segala urusan dengan Pendaftar.
8.0 KLASIFIKASI LOCARNO
Class 1 Foodstuffs
Class 2 Articles of clothing and haberdashery
Class 3 Travel goods, cases, parasols and personal belongings, not elsewhere
specified
Class 4 Brushware
Class 5 Textile piecegoods, artificial and natural sheet material
Class 6 Furnishing
Class 7 Household goods, not elsewhere specified
Class 8 Tools and hardware
Class 9 Packages and containers for the transport or handling of goods
Class 10 Clocks and watches and other measuring instruments, checking and
signaling instruments
Class 11 Articles of adornment
Class 12 Means of transport or hoisting
Class 13 Equipment for production, distribution or transformation of electricity
Class 14 Recording, communication or information retrieval equipment
Class 15 Machines, not elsewhere specified
Class 16 Photographic, cinematographic and optical apparatus
Class 17 Musical instruments
Class 18 Printing and office machinery
Class 19 Stationery and office equipment, artists’ and teaching materials
Class 20 Sales and advertising equipment, signs
Class 21 Games, toys, tents and sports goods
Class 22 Arms, pyrotechnic articles, articles for hunting, fishing and pest killing
28
Class 23 Fluid distribution equipment, sanitary, heating, ventilation and air-
conditioning equipment, solid fuel
Class 24 Medical and laboratory equipment
Class 25 Building units and construction elements
Class 26 Lighting apparatus
Class 27 Tobacco and smokers’ supplies
Class 28 Pharmaceutical and cosmetic products, toilet articles and apparatus
Class 29 Devices and equipment against fire hazards, for accident prevention
and for rescue
Class 30 Articles for the care and handling of animals
Class 31 Machines and appliances for preparing food or drink not elsewhere
specified
Class 99 Miscellaneous
29
9.0 CONTOH BORANG PERMOHONAN
9.1 Permohonan Tunggal
30
31
9.2 Permohonan Berbilang
32
33
10.0 Alamat dan Nombor Telefon Pejabat Pendaftar Reka Bentuk Perindustrian
Permohonan, surat-menyurat dan pertanyaan hendaklah dimajukan kepada :
Ibu Pejabat
Perbadanan Harta Intelek Malaysia, Tingkat 32, Menara Dayabumi, Jalan Sultan Hishamuddin, 50623 Kuala LumpurNo. Telefon : 603-2263 2100 (Operator) : 603-2274 5113 (Meja Bantuan) : 603- 2263 2198/2199 (Perkhidmatan Kaunter)No. Faks : 603-2274 1332 E-mel Korporat : general@myipo.gov.my
Cawangan:
Perbadanan Harta Intelek Malaysia (Cawangan Sarawak),Lot 9936, (Sub Lot 5), Tingkat 3, Queen’s Court, Block E,Jalan Wan Alwi,93350 Kuching, SarawakNo. Telefon : 6082-459075No. Faks : 6082-455052
Perbadanan Harta Intelek Malaysia (Cawangan Sabah),Tingkat 6, Blok C, Kompleks KUWASA,49, Jalan Karamunsing, 88000 Kota Kinabalu, SabahNo. Telefon : 6088-233571No. Faks : 6088-257046
68