Post on 24-Feb-2018
PERANAN NGO ISLAM TERHADAP PERLAKSANAAN ISLAH DAN
DAKWAH DALAM KALANGAN MASYARAKAT
NORSHIELA BINTI MD SAID
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
“PERANAN NGO ISLAM TERHADAP PERLAKSANAAN ISLAH DAN
DAKWAH DALAM KALANGAN MASYARAKAT”
NORSHIELA BINTI MD SAID
850722-02-5308
Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
(Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2009
iii
DEDIKASI
Andainya ada pahala dalam penghasilan kajian ini, ku hadiahkannya buat:
Ayahanda & Bonda tercinta..
Md Said Bin Hj. Ahmad dan Siti Mariam Bt Said
Doa...Pengorbanan..Semangat & Kasih sayang kalian
Buat aku teguh di sini.
Buat kekanda & adinda-adinda yang dikasihi..
Shahrizan, Nor Fatin dan Shazatul Najiha,
Janganlah leka dengan kenikmatan hidup yang sementara ini
Doaku agar kejayaan sentiasa mengiringi kalian.
Buat Bonda Siti Ani Bt Said yang disayangi..
Dorongan & sokonganmu menjadi pembakar semangatku
Segala jasamu tidak akan ku lupakan
Ku hargai kasih sayangmu sejak diriku kecil hingga dewasa kini.
Buat Pensyarah dan Guru..
Terutamanya Dr. Farahwahida Bt. Mohd Yusof
Sekalian Pensyarah PPIPS & Fakulti Pendidikan
Terima kasih di atas segala bimbingan & didikan
Semoga Allah membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran.
Sahabat-sahabat Seperjuanganku..
Terima kasih yang tidak terhingga atas segala jasa, pengorbanan dan tunjuk ajar
kalian
Memori kita bersama tetap terpahat kukuh dalam ingatanku buat selama-lamanya..
Salam penuh kasih sayang...
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ucapan
selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga serta
sahabat Baginda. Alhamdulillah, dipanjatkan sepenuh kesyukuran kepada Allah
S.W.T kerana dengan taufik dan hidayah-Nya, dapatlah penulis menyiapkan Projek
Sarjana Muda (PSM) ini dengan sempurna. Harapan semoga segala hasil usaha yang
sedikit ini dapat memberikan manfaat kepada semua.
Setinggi-tinggi penghargaan buat Dr. Farahwahida Bt. Mohd Yusof selaku
penyelia Projek Sarjana Muda (PSM) ini di atas sumbangan idea, penyemakan,
penyeliaan dan segala susah payah yang telah beliau sumbangkan sepanjang tempoh
menyiapkan projek ini. Semoga segala kerjasama dan pengorbanan masa yang telah
beliau curahkan akan mendapat balasan ganjaran yang sebaik-baiknya daripada Allah
S.W.T.
Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada kedua ibu bapa serta keluarga yang
tidak pernah jemu memberi sokongan dan dorongan. Begitu juga kepada para
pensyarah, rakan-rakan seperjuangan dan pihak-pihak yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung terutamanya pihak ABIM Negeri Johor yang sudi
membantu menyediakan pelbagai maklumat berkaitan kajian ini. Terima kasih
diucapkan di atas tunjuk ajar, kerjasama yang baik, perkongsian idea dan pandangan
serta kritikan yang membina agar kajian ini dapat dihasilkan dengan baik dan
sempurna. Segala budi dan jasa yang dicurahkan hanya Allah S.W.T yang dapat
membalasnya. Semoga kalian sentiasa beroleh rahmat dan perlindungan dari Allah
S.W.T.
v
ABSTRAK
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengetahui kegiatan islah dan dakwah
yang dijalankan kepada masyarakat Islam oleh ABIM Negeri Johor. Objektif kajian
ini ialah untuk mengenalpasti peranan ABIM Negeri Johor serta kaedah yang
digunakan terhadap perlaksanaan islah dan dakwah dalam kalangan masyarakat
Islam khususnya masyarakat di negeri Johor. Di samping itu, kajian ini juga
bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan perlaksanaan islah dan dakwah yang
dijalankan oleh ABIM Negeri Johor terhadap masyarakat. Di antara metodologi yang
digunakan untuk mendapatkan data bagi kajian ini ialah Metode Penentuan Subjek,
Metode Pengumpulan Data dan Metode Analisis Data. Secara keseluruhannya, hasil
kajian ini menunjukkan bahawa ABIM Negeri Johor memainkan peranan yang
sangat penting terhadap perlaksanaan islah dan dakwah dengan menyumbangkan
pelbagai usaha agar dapat menyuburkan kembali sinar Islam yang kian dicemari oleh
pelbagai isu keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat. Kaedah perlaksanaan
islah dan dakwah ABIM Negeri Johor direalisasikan secara berjamaah melalui
pelbagai pendekatan berdasarkan keperluan semasa dan keadaan masyarakat
setempat. Usaha-usaha ABIM Negeri Johor memberikan kesan yang
memberangsangkan melalui penerimaan masyarakat secara positif terhadap aktiviti
islah dan dakwah yang dijalankan. Namun, usaha-usaha tersebut hanya terkesan ke
atas sebilangan masyarakat sahaja, masih terdapat masyarakat yang mengabaikan
tanggungjawab mereka sebagai seorang Muslim. Di akhir kajian, beberapa cadangan
turut dikemukakan kepada ABIM Negeri Johor bagi memantapkan lagi usaha-usaha
islah dan dakwah yang dilaksanakan dalam kalangan masyarakat.
vi
ABSTRACT
This study is carried out with purpose identify the reformation and
propasation activity conducted to the Muslim society by ABIM Johor. The objective
of the research is to acknowledge the functions and methods used towards the
implementation of reformation and propasation among Muslim society especially in
Johor. Other than that, this study also aims at examining the effectiveness of the
reformation and propasation implementation by ABIM Johor to the society. The
methodology used for collecting data in this study are Subject Decision Method,
Data Collection Method and Data Analysis Method. Overall, the findings of the
study show that ABIM Johor plays a significant role in the implementation of
reformation and propasation by supporting through numerous efforts to hourish the
light of Islam which is spoilt by social problems. In fact, the implementation methods
of the reformation and propasation by ABIM Johor is made possible together through
various approqches based on the current needs and the local society situation. The
efforts by ABIM Johor give great impacts through the positive acceptance by the
society towards the reformation and propasation activity. Yet, these efforts only
affect some community, while others still neglect their responsibilities as Muslims.
At the end of the study there are also some recommendations to ABIM Johor as to
strengthen the efforts of reformation and propasation carried out among the society.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI SINGKATAN xi
SENARAI LAMPIRAN
xiii
BAHAGIAN SATU
PENDAHULUAN
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
viii
1.7 Skop Kajian 8
1.8 Definisi Istilah 9
1.9 Kesimpulan 13
BAHAGIAN DUA
SOROTAN KAJIAN
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Peranan NGO Islam Dalam Melaksanakan Islah 16
Dan Dakwah
2.3 ABIM Negeri Johor
2.3.1 Sejarah Penubuhan ABIM Negeri Johor 21
2.3.2 Visi Dan Misi ABIM Negeri Johor 21
2.3.3 Objektif Penubuhan ABIM Negeri Johor 22
2.3.4 Struktur Organisasi ABIM Negeri Johor 23
2.3.5 Aktiviti-aktiviti Anjuran ABIM Negeri 25
Johor
2.4 Konsep Islah Dan Dakwah
2.4.1 Pengertian Islah Dan Dakwah 26
2.4.2 Kewajipan Islah Dan Dakwah 29
a) Dalil Kewajipan Islah 30
b) Dalil Kewajipan Dakwah 33
2.4.3 Metode Dakwah Rasulullah s.a.w 36
2.4.4 Kepentingan Islah Dan Dakwah Islamiah 41
2.4.5 Perkembangan Islah Dan Dakwah Di 45
Malaysia
2.4.6 Metodologi Islah Dan Dakwah 47
a) Dakwah Secara Jamaah 48
b) Dakwah Secara Fardiyah 50
2.4.7 Teknik Perlaksanaan Aktiviti Islah 52
ix
Dan Dakwah
2.4.8 Jenis-jenis Aktiviti Islah dan Dakwah 60
2.4.9 Cabaran Islah Dan Dakwah Masa Kini 63
2.5 Kajian Lepas 66
2.6 Kesimpulan 69
BAHAGIAN TIGA
METODOLOGI KAJIAN
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 70
3.2 Metode Penentuan Subjek 71
3.3 Metode Pengumpulan Data 72
3.3.1 Kajian Lapangan 72
3.3.2 Kajian Perpustakaan 73
3.3.3 Metode Dokumentasi 73
3.3.4 Metode Wawancara 74
3.4 Metode Analisis Data 76
3.4.1 Metode Induktif 76
3.4.2 Metode Deduktif 77
3.5 Kesimpulan 78
BAHAGIAN EMPAT
ANALISIS DATA
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 79
4.2 Peranan ABIM Negeri Johor Terhadap Perlaksanaan 80
Islah Dan Dakwah Dalam Kalangan Masyarakat
x
4.3 Kaedah-kaedah Yang Digunakan Oleh ABIM 87
Negeri Johor Terhadap Perlaksanaan Islah Dan
Dakwah Dalam Kalangan Masyarakat
4.4 Keberkesanan Perlaksanaan Islah Dan Dakwah 101
Yang Dijalankan Oleh ABIM Negeri Johor Dalam
Kalangan Masyarakat
4.5 Kesimpulan 108
BAHAGIAN LIMA
KESIMPULAN DAN CADANGAN
BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 109
5.2 Kesimpulan 109
5.3 Cadangan 113
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 116
5.5 Kesimpulan 117
BIBLIOGRAFI 118
LAMPIRAN
xi
SENARAI SINGKATAN
ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia
AIDS - Acquired Immune Deficiency Syndrome
a.s - ‘Alaihi Salam
ASEAN - Association Of South East Asian Nations
BINA - Angkatan Nahdhatul Islam Bersatu
BEST - Bengkel Sukarelawan Muda
Dr. - Doktor
En. - Encik
et.al - Dan lain-lain
FELDA - Federal Land Development Authority
Hj. - Haji
HELWA - Hal Ehwal Wanita
Ibid - (Latin Ibidem: pada empat, kitab, atau halaman yang
sama
IKIM - Institut Kefahaman Islam Malaysia
INDAH - Institut Dakwah dan Latihan Islam
IPT - Institut Pengajian Tinggi
IOA - Islamic Outreach ABIM
JAIN - Jabatan Agama Islam Negeri
JIM - Jamaah Islam Malaysia
KBI - Koperasi Belia Islam
KBS - Kementerian Belia Dan Sukan
KRJ - Kelab Remaja Jamaah Islah Malaysia
KPIJ - Kesatuan Pelajar Islam Johor
LAKIM - Program Latihan Kepimpinan Muda
xii
MAYC - Malaysian Association of Youth Clubs
Men. Menengah
MBA - Program Menjejaki Bumi Anbiya’
MPAT - Majlis Perhimpunan Agung Tahunan
NGO - Non Goverment Organisation
PAFA - Perkara Asas Fardhu Ain
PERKIM - Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia
PIBG - Persatuan Ibu bapa Dan Guru
Pn. - Puan
PROJET - Program Jejak Darul Takzim
PROKIM - Program Khidmat Komuniti
PKPIM - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
PPGM - Program Pembentukan Generasi Muslim
PSM - Projek Sarjana Muda
s.a.w - Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
Sdr. - Sudara
Sdn. Bhd - Sendirian Berhad
Sek. Sekolah
SMI - Sekolah Menengah Islam
SRI - Sekolah Rendah Islam
S.W.T - Subhanahu Wa Ta‘ala
SYC - Smart Youth Camp
Tn. - Tuan
t.t - Tanpa Tahun
USIA - United Sabah Islamic Association
WADAH Wadah Pencerdasan Ummah
YADIM - Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN
A Soalan Temubual
B Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat
Dari Fakulti Pendidikan
C Surat Akuan Daripada PPIPS
D Surat Kebenaran Membuat Rujukan
E Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat
Daripada ABIM Negeri Johor
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Islah dan dakwah merupakan suatu keperluan asas bagi memacu kemajuan
dan kesejahteraan umat Islam. Islah adalah suatu usaha untuk memperbaiki keadaan
masyarakat Islam, sama ada dari aspek akidah, akhlak, muamalah, kemasyarakatan,
perekonomian dan sebagainya (Ab. Aziz Mohd. Zin, 2005:1). Allah S.W.T
menjanjikan ganjaran pahala yang besar kepada hamba-Nya yang sentiasa
memperbaiki keadaan hidup mereka ke arah yang lebih sempurna di samping
mencari keredhaan-Nya di dunia dan akhirat.
Dakwah pula bermaksud menggesa manusia melakukan kebaikan serta
menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar agar mereka berjaya mencapai
kebahagiaan dunia dan akhirat (Syamsul Bahri, et.al, 2005: 45). Islah dan dakwah
sentiasa bergerak seiring dengan perubahan semasa tetapi masih mengekalkan
matlamatnya yang utama iaitu membimbing manusia mengagungkan Allah S.W.T
dalam menyusun kehidupan yang lebih sempurna. Hal ini menunjukkan bahawa
ajaran Islam sentiasa sesuai dengan peredaran masa dan tempat serta memberi ruang
kepada manusia untuk memperbaiki prasarana yang dapat memudahkan kehidupan
mereka. Kreativiti dan inovasi sangat digalakkan dalam Islam, tetapi ia mestilah
tidak melanggar segala perintah dan larangan Allah S.W.T.
2
Menjadi tanggungjawab seluruh umat Islam untuk melaksanakan islah dan
dakwah. Realiti kehidupan masyarakat Islam hari ini memerlukan pengurusan dan
perancangan yang cekap dalam melaksanakan islah dan dakwah sama ada secara
individu ataupun melalui organisasi tertentu. Corak kehidupan umat Islam sentiasa
berubah seiring perubahan persekitaran dan sosiobudaya. Malahan perubahan dalam
sosial masyarakat juga sangat membimbangkan terutamanya golongan remaja yang
semakin terjebak ke lembah kemaksiatan dan fenomena keruntuhan akhlak yang
semakin bermaharajarela. Justeru itu, dakwah sangat perlu bagi memastikan
perubahan yang berlaku bersesuaian dengan ajaran Islam yang memandu manusia ke
arah kesejahteraan (Fariza Md.Sham, et.al, 2000: iii).
Matlamat untuk membuat pengislahan dan berdakwah dalam masyarakat
Islam bukanlah suatu tugasan yang mudah bagi seseorang pendakwah atau badan-
badan dakwah. Hal ini demikian kerana terdapat banyak halangan yang perlu
ditempuhi serta diselesaikan dengan bijaksana, sabar, jujur, berdisiplin, amanah dan
cekap. Fenomena perubahan sosial pada masa kini juga perlu difahami dan dikaji
terlebih dahulu agar dapat menjamin kejayaan kegiatan islah dan dakwah yang
dilakukan serta memberi kesan di dalam diri setiap ahli masyarakat. Sebagaimana
Allah S.W.T berfirman bahawa telah berkata Luqman kepada anaknya:
¢ o_ ç6≈tƒ ÉΟ Ï%r& nο 4θn= ¢Á9$# öãΒ ù&uρ Å∃ρ ã÷è yϑ ø9$$Î/ tµ ÷Ρ $#uρ Çtã Ìs3Ζ ßϑ ø9$# ÷É9 ô¹$#uρ
4’n?tã !$ tΒ y7 t/$ |¹r& ( ¨β Î) y7Ï9≡sŒ ôÏΒ ÇΠ÷“ tã Í‘θãΒ W{$# ∩⊇∠∪
Maksudnya: Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala’ bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.
(Surah Luqman, 31: 17)
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Islah sangat penting dalam konteks pembangunan masyarakat yang
mempunyai kekuatan akidah, ketinggian sifat kemanusiaan, keluhuran budi pekerti
dan ilmu serta ketulusan hubungannya dengan Allah S.W.T. Dengan penerimaan
dakwah Islamiah yang berkesan dapat melahirkan insan yang sentiasa memanfaatkan
nikmat yang diberikan oleh Allah ke arah kebaikan dan tidak membawa
kemudharatan dalam hubungannya dengan manusia serta alam ini. Sebagaimana
Allah S.W.T berfirman:
$ tΒ uρ tβ%Ÿ2 š •/u‘ š Ï=ôγ ㊠Ï9 3“ tà) ø9$# 8Ν ù= Ýà Î/ $yγ è= ÷δ r&uρ šχθßsÎ= óÁ ãΒ ∩⊇⊇∠∪
Maksudnya: Dan Tuhanmu tidak sekali-kali hendak membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya, selagi mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri.
(Surah Hud, 11: 117)
Masyarakat Islam pada hari ini telah mengalami pelbagai perubahan sosial
dan budaya yang menyebabkan mereka lalai dalam mengamalkan ajaran Islam yang
sebenar. Fenomena masyarakat Islam kini juga menunjukkan mereka telah
dipengaruhi dengan pelbagai budaya negatif yang boleh meruntuhkan akhlak mereka
sebagai seorang Muslim. Situasi ini dapat dilihat di merata tempat khususnya di
Malaysia. Akhbar dan majalah serta media eletronik sering menyiarkan mengenai
keruntuhan akhlak dan peribadi Muslim. Mereka dilanda pelbagai masalah seperti
penyalahgunaan dadah, penagihan arak, AIDS, penceraian, kegiatan maksiat,
penderaan kanak-kanak, jenayah remaja dan gejala rasuah (Mahadi Osman, et.al,
1995: ix).
Masyarakat Islam kini semakin terpengaruh dengan budaya hedonisme iaitu
budaya yang mementingkan keseronokan dan hiburan yang keterlaluan seperti
pengaruh muzik pop dan rock Barat yang boleh membangkitkan emosi manusia. Hal
demikian boleh memberikan kesan negatif terhadap pembentukan sahsiah dan minda
4
terutamanya dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Selain itu, antara ancaman
yang paling utama terhadap pembangunan negara dan ummah ialah masalah dadah
yang tidak boleh dipandang remeh oleh setiap lapisan masyarakat. Situasi sebegini
memerlukan keprihatinan oleh semua pihak untuk menanganinya dengan pendekatan
yang bijak dan efektif. Fenomena perubahan sosial ini juga turut mewujudkan
masalah keruntuhan akhlak yang sangat membimbangkan dalam kalangan
masyarakat seperti meluasnya aktiviti melepak dalam kalangan remaja, pergaulan
bebas, perlumbaan haram, video lucah, sumbang mahram dan sebagainya.
Masyarakat pada zaman moden ini amat mudah terdedah dengan perkara-perkara
yang mendorong kepada kemaksiatan.
Oleh itu, mengislahkan masyarakat melalui pendekatan berdakwah kepada
mereka menjadi suatu tanggungjawab yang harus dipikul oleh setiap Muslim. Tugas
islah dan dakwah ini bukan hanya terletak di bahu ahli agama dan tanggungjawab
pendakwah semata-mata, tetapi ia juga menjadi tanggungjawab semua umat Islam.
Seseorang Muslim itu mesti menjadi benteng mempertahankan agamanya daripada
sebarang cabaran zaman.
Selaras dengan keperluan masyarakat yang memerlukan islah dan dakwah
dilaksanakan dengan lebih berkesan, sistematik dan meluas, maka pihak kerajaan dan
swasta telah menubuhkan beberapa institusi yang dikhaskan untuk tujuan tersebut
iaitu Non Government Organisation (NGO) Islam seperti Angkatan Belia Islam
Malaysia (ABIM), Jamaah Islah Malaysia (JIM) atau badan-badan kerajaan seperti
Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia
(PERKIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan sebagainya (Ghazali
bin Darusalam, 1996: 113). Kesemua badan dakwah ini bermatlamat untuk
memperbaiki keadaan masyarakat dan meyebarkan risalah Islam yang menekankan
kepada iman dan amal.
Walaupun telah ditubuhkan pelbagai pertubuhan dakwah di negara ini, tetapi
masalah sosial dan kemaksiatan masih lagi berleluasa dalam kalangan masyarakat,
seolah-olah tiada sesiapa yang menyeru mereka ke arah kebaikan serta mengajak
mereka memperbaiki keadaan hidup ke arah yang diredhai Allah S.T.W. Hal ini
5
demikian mungkin disebabkan dakwah yang telah dijalankan tidak mendatangkan
kesan yang mendalam terhadap masyarakat Islam di negara ini. Oleh itu, semua
pihak sama ada agensi-agensi kerajaan, badan-badan NGO yang bertanggungjawab
secara langsung terhadap hal ehwal keislaman perlu mencari modus operandi yang
sesuai untuk menggiatkan penyebaran mesej positif yang sesuai dengan fitrah
manusia (Fariza Md. Sham, et.al, 2000: 32).
1.3 Pernyataan Masalah
NGO Islam merupakan antara organisasi yang ditubuhkan untuk
mengislahkan masyarakat ke arah membina kehidupan yang lebih baik berteraskan
ajaran Islam yang suci. Selain itu, penubuhan badan dakwah tersebut bermatlamat
untuk membentuk masyarakat yang sentiasa taat kepada perintah Allah dengan
mengadakan seruan dakwah Islamiah kepada masyarakat Islam. Namun, realiti
kehidupan kini menunjukkan keadaan masyarakat di negara ini masih lagi
bergelumang dengan kemaksiatan dan keruntuhan modal insan sebagai seorang
Muslim, bahkan fenomena ini semakin berleluasa dan sangat membimbangkan.
Hanya segelintir sahaja masyarakat Islam di negara ini yang memegang teguh kepada
ajaran Islam yang sebenar sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Quran dan al-
Sunnah. Malah sebahagian masyarakat Islam lain masih jauh ketinggalan dan lalai
dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
Walaupun badan-badan dakwah telah diwujudkan di seluruh negeri, tetapi
masalah sosial dalam kalangan masyarakat Islam di negara ini semakin
membimbangkan. Mereka sangat memerlukan tarbiah dan didikan agama secara
berterusan dan bersistematik. Sebagai badan dakwah, NGO Islam perlu berperanan
dalam mengatur aktiviti dan program secara berkala untuk menjadikan masyarakat
memahami dan menghayati ajaran Islam yang suci serta memperbaiki kehidupan
mereka ke arah kebaikan.
6
Melihat kepada permasalahan ini, penyelidik menjalankan kajian khusus ini
terhadap NGO Islam iaitu Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Johor
Darul Takzim untuk mengenalpasti peranan ABIM dalam menangani masalah yang
melanda masyarakat Islam pada masa kini yang sangat memerlukan islah dan
dakwah dari pelbagai aspek serta seruan mentaati perintah Allah S.W.T. Di samping
itu, penyelidik juga mengkaji kaedah yang diaplikasikan oleh ABIM agar ianya
sesuai dan dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat serta keberkesanannya
dalam pembentukan masyarakat madani dan sejahtera.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengetahui kegiatan islah dan dakwah
yang dijalankan kepada masyarakat Islam oleh pihak ABIM Negeri Johor. Antara
objektif kajian yang ingin dicapai oleh penyelidik ialah:
1.4.1 Mengenalpasti peranan ABIM Negeri Johor terhadap perlaksanaan
islah dan dakwah dalam kalangan masyarakat.
1.4.2 Mengenalpasti kaedah yang digunakan oleh ABIM Negeri Johor untuk
melaksanakan islah dan dakwah dalam kalangan masyarakat.
1.4.3 Mengenalpasti keberkesanan perlaksanaan islah dan dakwah yang
dijalankan oleh ABIM Negeri Johor dalam kalangan masyarakat.
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif yang telah dinyatakan di atas, maka persoalan kajian
yang ingin dijawab ialah :
7
1.5.1 Apakah peranan ABIM Negeri Johor terhadap perlaksanaan islah dan
dakwah dalam kalangan masyarakat?
1.5.2 Apakah kaedah yang digunakan oleh ABIM Negeri Johor untuk
melaksanakan islah dan dakwah dalam kalangan masyarakat?
1.5.3 Sejauhmanakah keberkesanan perlaksanaan islah dan dakwah yang
dijalankan oleh ABIM Negeri Johor dalam kalangan masyarakat?
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini hanya tertumpu di dalam lingkungan badan pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) iaitu Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Johor Darul
Takzim yang ditubuhkan khas untuk merancang dan menjalankan program-program
dakwah di peringkat negeri dan daerah. Dengan itu, kajian ini diharap dapat
dimanfaatkan oleh pihak ABIM sendiri, badan-badan NGO Islam yang lain, Jabatan
Agama Islam Negeri Johor, Persatuan-persatuan Islam sama ada di peringkat sekolah
rendah dan menengah mahupun di peringkat universiti.
Kajian ini diharap dapat membantu pihak ABIM untuk meningkatkan kualiti
pengurusan dan metodologi islah dan dakwah yang terdapat di dalam organisasi
mereka. Segala kelemahan dan kekurangan dalam organisasi mereka perlu
diperbaharui dan diperbaiki bagi mencapai matlamat utama penubuhan badan
dakwah tersebut. Setiap ahli jawatankuasa ABIM juga perlu memainkan peranan
masing-masing agar segala aktiviti yang dijalankan dapat memberi kesan yang
mendalam dalam diri setiap ahli masyarakat Islam khususnya di negara ini.
Selain itu, kajian ini diharapkan dapat membantu badan-badan NGO Islam
yang lain untuk merancang strategi dan teknik berdakwah yang efektif serta mencari
hala tuju perjuangan mereka yang sebenarnya. Hal ini supaya segala tanggungjawab
8
yang dilaksanakan itu akan mendapat manfaat dan pulangan yang baik sama ada di
dunia mahupun di akhirat. NGO Islam yang lain seperti Jamaah Islah Malaysia
(JIM), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Jamaah Tabligh Malaysia
dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) juga dapat memantapkan lagi
pengurusan organisasi mereka untuk menyebarkan dakwah Islamiah secara
berterusan.
Kajian ini juga bermanfaat kepada pihak pengurusan Jabatan Agama Islam
Negeri Johor sebagai satu panduan untuk merancang serta melaksanakan program
yang dapat menarik perhatian masyarakat. Walaupun Jabatan Agama Islam Negeri
Johor merupakan badan dakwah kerajaan, tetapi ia perlu membina satu ikatan yang
akrab dengan pihak NGO Islam agar dapat bekerjasama dan bersatu dalam
menghadapi cabaran dakwah pada masa kini yang sememangnya memerlukan
paduan tenaga pelbagai pihak.
Akhirnya, kajian ini diharap dapat membantu persatuan-persatuan Islam sama
ada di peringkat sekolah rendah dan menengah atau di peringkat universiti dalam
merangka program untuk membantu menyemarakkan lagi aktiviti islah dan dakwah
dalam kalangan pelajar serta masyarakat secara amnya. Terdapat banyak program
keagamaan yang boleh diwujudkan di institusi pengajian tersebut seperti
mengadakan Kuiz Maal Hijrah, Musabaqah, Sambutan Awal Muharam, Ihya’
Ramadhan, Maulid al-Rasul, Majlis Israk Mi’raj dan Qiyamullail. Didikan dan
penerapan Islam sejak daripada peringkat sekolah dapat memberikan keuntungan
yang besar kepada masyarakat Islam pada masa akan datang.
1.7 Skop Kajian
Kajian ini tertumpu kepada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri
Johor Darul Takzim mengenai peranan mereka dalam melaksanakan gerakan islah
dan dakwah dalam kalangan masyarakat Islam di negara ini khususnya di Negeri
Johor. Kajian ini juga menfokuskan kepada kaedah-kaedah yang digunakan oleh
9
ABIM dalam menggerakkan aktiviti-aktiviti islah dan dakwah serta pendekatan yang
di gunakan bagi mencapai objektif penubuhan NGO Islam tersebut dalam arena
perubahan sosial masyarakat kini. Selain itu, kajian ini juga terbatas kepada
keberkesanan atau penerimaan masyarakat terhadap program-program yang telah
dijalankan serta pengaruhnya terhadap pembentukan akhlak mereka.
1.8 Definisi Istilah
Beberapa istilah yang digunakan dalam kajian ini membawa maksud yang
tersendiri. Ia memerlukan kepada definisi yang terperinci untuk mengelakkan
daripada berlakunya sebarang kekeliruan dalam memahami kajian yang dijalankan.
Hal ini sangat perlu memandangkan maksud istilah di dalam kajian ini mungkin
sedikit berbeza berdasarkan penggunaannya. Istilah-istilah tersebut adalah seperti
berikut :
1.8.1 Peranan
Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 1178) mendefinisikan maksud peranan
sebagai bahagian yang dipegang dalam sesuatu tugas atau pekerjaan. Manakala
dalam Kamus Bahasa Melayu Nusantara (2003: 2048) pula bermaksud tugas
(tindakan, pekerjaan) yang dilakukan oleh seseorang dalam sesuatu keadaan atau
peristiwa (untuk mencapai sesuatu). Peranan yang dimaksudkan dalam kajian ini
ialah tugas-tugas yang telah ditetapkan oleh ABIM terhadap perlaksanaan islah dan
dakwah dalam kalangan masyarakat Islam di negara ini.
10
1.8.2 NGO Islam
Perkataan NGO merupakan singkatan daripada Non Government
Organisation. Merujuk kepada Kamus Dwibahasa Oxford Fajar (Joyce M. Hawkins,
1996: 228), Non bermaksud bukan dan Government ialah pemerintah atau kerajaan
(Ibid: 141). Manakala Organization merupakan organisasi atau pertubuhan (Ibid:
236). Oleh itu, yang dimaksudkan dengan Non Government Organisation ialah
Pertubuhan Bukan Kerajaan.
Islam ialah agama yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w (Kamus
Za’ba, 2000: 485). Manakala menurut Mu’jam al-‘Arab al-Malayuwi al-Kabir (2006:
1174) pula Islam bermaksud menerima dan patuh apa yang dibawa oleh Nabi
Muhammad s.a.w.
Definisi Islam menurut Abdul Karim Zaidan (2002: 12) ialah ketundukan,
penyerahan diri dan kepatuhan kepada Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam.
Ketundukan ini pula perlu dilakukan dengan penuh kesedaran dan kerelaan bukan
terpaksa. Semua makhluk tunduk di bawah ketentuan Allah S.W.T dan Sunnatullah
sama ada dari segi kewujudannya, kesinambungannya dan kehancurannya. Dalam
hal ini manusia tidak berbeza dengan makhluk-makhluk lain. Berlainan pula dalam
soal ketundukan kepada Allah S.W.T, Tuhan sekalian alam dengan penuh kerelaan.
Soal inilah yang menjadi landasan Islam dan perlu dilaksanakan oleh manusia. Bukti
ketundukan yang sempurna kepada hukum Allah S.W.T dilihat berdasarkan
sejauhmana keredaan dan penerimaan sepenuhnya kepada hukum ini tanpa ada
syarat dan alasan. Islam dalam pengertian inilah yang merupakan agama Allah
S.W.T yang diredai di sisi-Nya dan diwahyukan kepada para rasul-Nya untuk
disampaikan kepada seluruh manusia.
Dalam konteks kajian ini, Non Government Organisation (NGO) Islam ialah
pertubuhan Islam bukan kerajaan atau pihak swasta seperti Angkatan Belia Islam
Malaysia (ABIM), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Yayasan
11
Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
dan Jamaah Islah Malaysia (JIM).
1.8.3 Islah
Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 590) mendifinisikan perkataan islah
sebagai usaha untuk mengembalikan sesuatu keadaan kepada suatu keadaan yang
betul, tepat dan sesuai. Perkataan islah mengikut takrifan dalam al-Miftah Mu’jam
’Asri (2007: 180) ialah pembaharuan, pembaikan dan reformasi.
Manakala dalam Lisan al-‘Arab jilid 2 (2005: 295) pula, islah membawa
maksud meluruskan, memperbaiki dan mengelokkan. Islah yang dimaksudkan dalam
kajian ini ialah usaha untuk memperbaiki keadaan orang Islam berdasarkan kepada
pelbagai aspek dalam kehidupan.
1.8.4 Dakwah
Maksud dakwah dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 305) ialah
kegiatan menyeru dan meyakinkan orang lain supaya menerima sesuatu kepercayaan.
Manakala dalam Kamus al-Ma’rifah (2004: 233) pula dakwah bermaksud panggilan
dan sumpah. Mu’jam al-’Arab al-Malayuwi al-Kabir (2006: 748) pula mentakrifkan
perkataan dakwah sebagai seruan. Dakwah dalam konteks kajian ini adalah kegiatan
menyeru dan meyuruh masyarakat Islam menjalani kehidupan sebagai seorang
Muslim yang sentiasa taat kepada perintah Allah S.W.T.
Ensiklopedia Islam (1994: 280) mendefinisikan dakwah sebagai setiap
kegiatan yang bersifat menyeru, mengajak dan memanggil orang untuk beriman serta
taat kepada Allah S.W.T sesuai dengan garis akidah, syariat dan akhlak Islamiah.
Dari segi bahasa, dakwah adalah kata dasar (masdar) dari kata kerja “da'a-yad'u”
12
yang bererti panggilan, seruan atau ajakan. Kata dakwah yang dirangkaikan dengan
kata “ilmu” dan kata “Islam” menjadi “ilmu dakwah” dan “dakwah Islam” atau al-
dakwah al-Islamiah.
Definisi dakwah menurut Ahmad Asnawi Hj. Hassan (1980: 2) ialah
mengajak manusia dengan cara yang benar sesuai dengan perintah Allah S.W.T
untuk kemaslahatan dan kebahagiaan mereka di dunia dan juga akhirat.
Pengertian dakwah dalam Bahasa Arab yang paling menonjol ialah meminta
tolong, beribadat, memandu, menjemput, mengajak, memanggil, menyeru dan
melaung. (Ab. Aziz bin Mohd Zin, 2005: 1)
1.8.5 Masyarakat
Maksud masyarakat berdasarkan Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (2005:
552) ialah umat manusia, kelompok manusia, komuniti, bangsa, kaum, suku, puak,
kumpulan etnik, ras, orang ramai, penduduk dan mujtamak.
Berdasarkan takrifan dalam Ensiklopedia Global, Edisi Milenium (2001:
155), masyarakat membawa maksud kumpulan orang yang hidup dan bergaul
bersama di suatu tempat (kampung, bandar, pinggir bandar dan lain-lain) atau
mengikut golongan dan bangsa (melayu, cina, india dan lain-lain) ataupun mengikut
agama (Islam, Kristian dan lain-lain).
Selain itu, masyarakat juga dimaksudkan sebagai kumpulan individu yang
berinteraksi dan mengambil bahagian yang sama dalam kebudayaan. Setiap ahli
masyarakat mempunyai ciri-ciri yang tersendiri hasil perkembangan sejarah dan
persekitaran. Ia termasuklah keperluan hidup iaitu dari segi pengeluaran makanan,
sistem sosial dan sistem nilai yang hampir sama. (Mohd Salleh Lebar, 2007: 40).
13
Islah dan dakwah merupakan satu usaha murni yang perlu dijalankan secara
berterusan. ABIM Negeri Johor telah ditubuhkan bertujuan untuk menjalankan usaha
islah dan dakwah kepada masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini. Oleh itu,
dalam kajian ini, penyelidik telah menentukan beberapa objektif kajian bagi melihat
tindakan yang dilakukan oleh ABIM Negeri Johor dalam memperbaiki akhlak
masyarakat Islam pada hari ini dan usaha untuk mengajak masyarakat mengamalkan
ajaran Islam yang sebenar.
1.9 Kesimpulan
Bab ini mengandungi pengenalan, latar belakang masalah, pernyataan
masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, skop kajian, dan
definisi istilah yang menjelaskan gambaran keseluruhan tajuk kajian yang akan
dijalankan. Pada bahagian latar belakang masalah, perkara yang disentuh adalah
berkaitan dengan masalah perubahan sosial dan akhlak dalam kalangan masyarakat
Islam yang bergelumang dengan kemaksiatan. Manakala pada bahagian penyataan
masalah membincangkan tentang peranan NGO Islam dalam mencari penyelesaian
kepada masalah yang terjadi dalam kalangan masyarakat. Turut dinyatakan dalam
bab ini ialah objektif atau tujuan penyelidikan dijalankan. Penyelidik turut
membataskan kajian ini dalam skop kajian Manakala pada bahagian definisi istilah,
penyelidik memberikan definisi berdasarkan tajuk serta mengikut penafsiran yang
jelas berdasarkan rujukan yang dibuat. Diharap dengan kajian ini dapat memberi
manfaat kepada semua yang terlibat dalam mengendalikan perlaksanaan gerakan
islah dan dakwah khususnya di Negeri Johor.