Post on 11-Mar-2018
DOKUMEN SEBUTHARGA
NO. SEBUTHARGA : SHB/ANM/M/9/2016
TAJUK:
PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN LANSKAP DAN PEMBERSIHAN KAWASAN SELAMA DUA (2) TAHUN DI
SEKSYEN PERKHIDMATAN PUSAT REKOD (SPPR), PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
TARIKH TUTUP: ________________________
MAC 2016
ARKIB NEGARA MALAYSIA (KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN) JALAN TUANKU ABDUL HALIM 50568 KUALA LUMPUR
Nama Syarikat:…………………………………................
Alamat:………………………………………………………………………………………………………………………………………………………............................................
No.Daftar MOF :…………...............
Tempoh Daftar :……………….......
Taraf: Bumiputera / Bukan Bumiputera
16 MAC 2016
SENARAI SEMAKAN (BEKALAN/PERKHIDMATAN/KERJA)
Sila tandakan Bagi Dokumen-dokumen Yang Disertakan.
Bil.
Perkara/Dokumen
Untuk Ditanda
Oleh Syarikat
Untuk Ditanda
Oleh Jawatankuasa
Pembuka Sebut
Harga
1. Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Dari Kementerian
Kewangan (Bekalan/Perkhidmatan)
2. Salinan Sijil Akuan Bumiputera Dari Kementerian
Kewangan (Bekalan/Perkhidmatan)
3. Salinan Sijil Akuan Pembuat Dari Kementerian
Kewangan (Bekalan/Perkhidmatan)
4. Salinan Sijil Pendaftaran Dari Pusat Khidmat
Kontraktor (Kerja)
5. Salinan Sijil Taraf Bumiputera Dari Pusat
Khidmat Kontraktor (Kerja)
6. Salinan Sijil Pendaftaran Dari CIDB
7.
Borang Sebut Harga Telah Diisi Dengan Lengkap
(termasuk nilai tawaran dan tempoh siap) dan
Ditandatangani
8. Borang Maklumat Penyebut Harga
9. Pematuhan Kepada Spesifikasi
10. Katalog dan Brosur (jika berkaitan)
11. Cadangan Penyelenggaraan/Penyenggaraan
(jika perlu)
12. Senarai Kakitangan Teknikal (jika berkaitan)
/
Bil.
Perkara/Dokumen
Untuk Di tanda
Oleh Syarikat
Untuk Di tanda
Oleh Jawatankuasa
Pembuka Sebut
Harga
13.
Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank bagi Tiga
(3) Bulan Terakhir
14.
Borang Q
15 Surat Pendaftaran Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)
PENGESAHAN OLEH SYARIKAT
Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah
membaca dan memahami semua syarat-syarat
dan terma yang dinyatakan di dalam dokumen
sebut harga. Semua maklumat yang dikemukakan
adalah benar.
Tandatangan:
Nama:
Jawatan:
Tarikh:
UNTUK KEGUNAAN JABATAN
Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga
mengesahkan penerimaan dokumen bertanda
kecuali bagi perkara bil. ................... (jika ada).
Tandatangan:
Nama:
Jawatan:
Tarikh:
Tandatangan:
Nama:
Jawatan:
Tarikh:
NO. SEBUTHARGA : SHB/ANM/M/9/2016
PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN LANDSKAP DAN PEMBERSIHAN KAWASAN SELAMA DUA (2) TAHUN DI SEKSYEN
PERKHIDMATAN PUSAT REKOD (SPPR), PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.
KANDUNGAN
1.0 Notis Sebutharga
2.0 Kenyataan Sebutharga
3.0 Arahan dan Syarat-syarat Kepada Penyebutharga
4.0 Borang Sebutharga
5.0 Spesifikasi
6.0 Pematuhan Spesifikasi
7.0 Senarai Peralatan Yang Dicadangkan/Digunakan 8.0 Ringkasan Sebutharga (Pukal)
9.0 Jadual Harga
10.0 Borang Maklumat Latar Belakang Syarikat
11.0 Lampiran 1 – Surat Akuan Pembida
12.0 Kedudukan Kewangan Penyebutharga
(Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank bagi tiga (3) bulan terakhir)
13.0 Salinan Sijil-sijil Kementerian Kewangan dan Sijil-sijil Berkaitan
14.0 Senarai Kerja Semasa
15.0 Rekod Pengalaman Kerja
16.0 Profil Syarikat
17.0 Katalog dan Brosur (jika berkaitan)
PERINGATAN PENTING:
SILA SUSUN DOKUMEN SEBUT HARGA INI MENGIKUT TURUTAN DI ATAS. SETIAP PENYEBUTHARGA DIKEHENDAKI MEMBACA DAN MEMAHAMI KESELURUHAN BUTIRAN YANG TERKANDUNG DI DALAM DOKUMEN SEBUTHARGA INI SEBELUM MENYEMPURNAKANNYA. PENYEBUTHARGA YANG MEMBUAT KESILAPAN DAN TIDAK MEMATUHI MANA-MANA PERUNTUKAN DI DALAM DOKUMEN SEBUTHARGA INI TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.
NOTIS SEBUTHARGA
Tawaran adalah dipelawa kepada Syarikat-Syarikat Tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang yang berkaitan dan masih sah tempohnya serta masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi perkhidmatan berikut :-
No.Sebutharga : SHB/ANM/M/9/2016 Tajuk Sebutharga : PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN LANSKAP DAN
PEMBERSIHAN KAWASAN SELAMA DUA (2) TAHUN DI SEKSYEN PERKHIDMATAN PUSAT REKOD (SPPR), PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.
Syarat Pendaftaran : Kod Bidang 221002 Tarikh Buka : 4 Mac 2016 (Jumaat) Tarikh Taklimat/ : 10 Mac 2016 (Khamis), jam 10.00 pagi Lawatan Tapak Di Bilik Mesyuarat Seksyen Perkhidmatan Pusat Rekod Lorong Produktiviti Off Jalan Sultan 46200 PETALING JAYA Tarikh Tutup : 16 Mac 2016 (Rabu) Kehadiran ke taklimat sebutharga adalah DIWAJIBKAN sebagai salah satu syarat untuk menyertai sebutharga ini. Penyebutharga yang tidak hadir ke taklimat, TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN permohonannya. Semasa sesi taklimat/lawatan tapak, wakil-wakil kontraktor hendaklah membawa Sijil Akuan Pendaftaran dari Kementerian Kewangan. Dokumen Sebutharga hanya boleh didapati dengan memuat turun dari laman portal rasmi Arkib Negara Malaysia iaitu www.arkib.gov.my sepanjang tempoh iklan sebut harga. Dokumen Sokongan Tawaran Sebutharga (hardcopy) yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri dan ditulis di sebelah kiri sampul Tajuk Sebutharga, No. Sebutharga dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di alamat seperti berikut:-
ARKIB NEGARA MALAYSIA, BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN,
SEKSYEN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN, TINGKAT BAWAH, WISMA WARISAN,
JALAN TUANKU ABDUL HALIM, 50568 KUALA LUMPUR.
Tarikh tutup tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh 16 Mac 2016 (Rabu). Sebutharga yang lewat diterima dari tarikh dan masa ditetapkan TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN. Arkib Negara Malaysia, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran.
2.0 KENYATAAN SEBUTHARGA 2.1 Perihal
Penyebutharga adalah dipelawa bagi membekalkan Perkhidmatan
Penyelenggaraan Lanskap dan Pembersihan Kawasan Selama Dua (2) Tahun
di Seksyen Perkhidmatan Pusat Rekod, Petaling Jaya (SPPR), Selangor Darul
Ehsan.
2.2 Perlaksanaan Sebutharga Tawaran sebutharga ini dilaksanakan secara manual.
2.3 Dokumen Sebutharga Pengambilan Dokumen Sebutharga hanya boleh diperolehi dengan memuat turun
melalui laman portal rasmi Arkib Negara Malaysia iaitu www.arkib.gov.my
sepanjang tempoh iklan sebutharga. Manakala bagi borang lampiran Q, hanya
diperolehi semasa sesi taklimat dan lawatan tapak.
2.4 Kod Bidang Sebutharga ini terbuka kepada semua pembekal yang berdaftar dengan
Kementerian Kewangan Malaysia sama ada bertaraf Bumiputera atau bukan
Bumiputera dengan kod bidang berikut:-
Tajuk Kod Bidang
Perkhidmatan Penyelenggaraan
Lanskap dan Pembersihan
Kawasan Selama Dua (2) Tahun
di Seksyen Perkhidmatan Pusat
Rekod, Petaling Jaya (SPPR),
Selangor Darul Ehsan.
221002
(Khidmat Kebersihan Dan Rawatan - Membersih
Kawasan)
2.5 Pertanyaan Am Sebarang pertanyaan mengenai urusan Sebutharga boleh dibuat ke alamat berikut:-
Arkib Negara Malaysia
Bahagian Khidmat Pengurusan
Seksyen Pembangunan Dan Penyenggaraan
Tingkat Bawah, Wisma Warisan
Jalan Tuanku Abdul Halim
50568 Kuala Lumpur.
(u.p.: Puan Hadijah binti Taib)
Tel: 03-6209 0600 samb. 694 Faks: 03-6205 6891
2.6 Pertanyaan Teknikal Sebarang pertanyaan teknikal hendaklah disalurkan kepada:-
Arkib Negara Malaysia
Bahagian Rekod Kerajaan
Seksyen Perkhidmatan Pusat Rekod
Lorong Produktiviti off Jalan Sultan
46200 Petaling Jaya
Selangor
(u.p: Encik Muttaqin Ariffin)
Tel: 03 7957 2614 Faks: -
2.7 Dokumen Sebutharga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam
sampul surat yang berlakri dan ditulis di sebelah atas kiri sampul Tajuk Sebutharga, Nombor Sebutharga yang disertai. Semua tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam peti Sebutharga di:-
ARKIB NEGARA MALAYSIA,
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN, SEKSYEN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN,
TINGKAT BAWAH, WISMA WARISAN, JALAN TUANKU ABDUL HALIM,
50568 KUALA LUMPUR.
Penghantaran hendaklah tiba di alamat di atas sebelum atau pada jam 12.00
tengahari pada tarikh tutup sebutharga.
3.0 ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT KEPADA PENYEBUT HARGA
NO. SEBUTHARGA : SHB/ANM/M/9/2016
3.1 Cadangan Sebut harga
3.1.1 Penyebut harga hanya dibenarkan menghantar SATU (1) cadangan sahaja
bagi sebut harga yang ditawarkan.
3.1.2 Penyebutharga dilarang sama sekali membuat pindaan ke atas borang
yang telah disediakan.
3.1.3 Cadangan sebutharga (secara manual) yang lengkap dan sempurna diisi
hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebutharga yang disediakan sebelum
tarikh dan waktu tutup sebutharga. Peti sebutharga ditempatkan di alamat
seperti berikut:-
ARKIB NEGARA MALAYSIA,
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN, SEKSYEN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN,
TINGKAT BAWAH, WISMA WARISAN, JALAN TUANKU ABDUL HALIM,
50568 KUALA LUMPUR.
Penghantaran dokumen tawaran sebutharga hendaklah tiba di alamat ini sebelum
12.00 tengahari pada tarikh tutup sebutharga. Kelewatan menghantar dokumen
tawaran sebutharga tidak akan dilayan.
3.1.4 Kandungan di dalam cadangan kewangan dan cadangan teknikal
hendaklah dipisahkan seperti format berikut:
i. Notis Sebutharga
ii. Kenyataan Sebutharga
iii. Arahan dan Syarat-syarat Kepada Penyebutharga
iv. Borang Sebutharga
v. Spesifikasi
vi. Pematuhan Spesifikasi
vii. Senarai Peralatan Yang Dicadangkan/Digunakan
viii. Ringkasan Sebutharga (Pukal)
ix. Jadual Harga
x. Borang Q
xi. Borang Maklumat Latar Belakang Syarikat
xii. Lampiran 1 – Surat Akuan Pembida
xiii. Senarai Kerja Semasa
xiv. Rekod Pengalaman Kerja
xv. Kedudukan Kewangan Penyebutharga
(Salinan Penyata Bulanan Akaun Bank bagi tiga (3) bulan terakhir)
xvi. Salinan Sijil-sijil Kementerian Kewangan dan Sijil-sijil Berkaitan
a. Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat daripada Kementerian
Kewangan Malaysia
b. Salinan Sijil Akuan Bumiputera daripada Kementerian Kewangan
c. Salinan Surat Pendaftaran Pelaksanaan Cukai Barang dan
Perkhidmatan (GST) (jika berdaftar)
xvii. Profil Syarikat
xviii. Katalog dan Brosur (jika berkaitan)
3.1.5 Pihak kerajaan berhak menolak mana-mana dokumen yang tidak lengkap
atau lewat diterima.
3.2 Jangka Masa Sah Laku Sebutharga
Sebutharga mestilah sah laku dalam jangka masa sekurang-kurangnya 90 hari
daripada tarikh tutup Sebutharga.
3.3 Keperluan Dan Spesifikasi
Keperluan dan spesifikasi bagi skop perkhidmatan ini adalah dinyatakan dalam
Spesifikasi Teknikal.
3.4 Pindaan Dokumen Sebutharga
Pihak Kerajaan berhak pada bila-bila masa sebelum tarikh tutup Sebutharga
meminda dokumen Sebutharga dengan menyediakan Addendum. Kerajaan akan
memberi notis bertulis kepada Penyebutharga yang telah membeli dokumen
Sebutharga.
3.5 Pemberitahuan Tawaran
Kerajaan akan memberi notis bertulis dalam bentuk Surat Setuju Terima Sebut
harga kepada Penyebutharga yang berjaya apabila Sebut harganya dipersetujui
dalam jangka masa sah laku Sebut harga atau jangka masa tambahan yang
terlibat.
3.6 Cadangan Harga
3.6.1 Harga bagi semua perkara dan bidang kerja yang disebut hargakan
mestilah dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja dan hendaklah termasuk
semua kos perkhidmatan. Harga ini mestilah sah laku (valid) dalam tempoh
90 hari daripada tarikh tutup Sebutharga.
3.6.2 Harga-harga yang ditawarkan adalah termasuk semua kos seperti
pengangkutan, perkhidmatan, peralatan, insurans dan lain-lain yang
bersangkutan dengan Perkhidmatan ini.
3.6.3 Harga-harga yang ditawarkan dalam sebutharga ini adalah tetap dan tidak
boleh dipinda selepas sebutharga ditutup, dan akan berkuatkuasa selama
tempoh sahlaku sebutharga. Syarikat yang berjaya ditawarkan sebutharga
ini hendaklah mematuhi sepanjang masa kontrak berjalan dan tidak boleh
dibuat sebarang perubahan.
3.6.4 Fi perkhidmatan yang dijana melalui ePerolehan akan dikenakan kepada
pembekal/syarikat yang dilantik adalah seperti berikut:
a. Kadar Fi perkhidmatan sebanyak 0.8% bagi setiap transaksi tertakluk
kepada had maksimum berjumlah RM9,600.00 bagi transaksi yang
bernilai RM1.2 Juta atau lebih bagi perolehan atau kontrak yang
melibatkan hanya sekali bayaran (one-time payment); dan
b. Kadar Fi Perkhidmatan sebanyak 0.4% bagi setiap transaksi tertakluk
kepada had maksimum berjumlah RM4,800.00 bagi transaksi yang
bernilai RM1.2 Juta atau lebih bagi perolehan atau kontrak yang
melibatkan beberapa kali bayaran (multiple payment) sama ada
melalui Jadual Penghantaran (Delivery Schedule), Pencapaian
Perkhidmatan (Milestone), Bayaran Kemajuan (Progressive
Payment) atau atas permintaan (as-and-when-required) yang
ditetapkan dalam tempoh kontrak.
3.7 Insurans
Syarikat dengan perbelanjaan sendiri dikehendaki mengambil polisi insurans yang
diperakui iaitu Insuran Tanggungan Awam, Insuran Pampasan Pekerja dan lain-
lain polisi yang difikirkan perlu dan diminta oleh Kerajaan. Polisi insuran yang
diperakui dan resit premium yang telah dibayar hendaklah dikemukakan kepada
Kerajaan dalam masa empat belas (14) hari selepas notis penerima tawaran.
3.8 Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)
3.8.1 Semua tawaran harga oleh syarikat hendaklah dikemukakan tanpa
kenaan GST.
3.8.2 Syarikat hendaklah mengisytiharkan status pendaftaran dan
mengemukakan salinan Surat Pendaftaran Pelaksanaan Cukai Barang
dan Perkhidmatan (GST) kepada Jabatan ini.
3.8.3 Sekiranya syarikat yang berjaya adalah berdaftar GST dengan Jabatan
Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan akan mengeluarkan Surat Setuju
Terima kepada syarikat dengan tawaran harga termasuk kenaan GST.
3.8.4 Bagi syarikat yang mengisytiharkan tidak dikenakan cukai dibawah Akta
GST, namun akan menjadi syarikat yang berdaftar GST setelah ditawarkan
perolehan tersebut, maka syarikat hendaklah memaklumkan dengan
segera kepada Jabatan ini perubahan status pendaftaran syarikat tersebut
di bawah Akta GST.
3.9 Iklan
Tiada maklumat mengenai kontrak boleh disiarkan di dalam akhbar, majalah atau
alat pengiklanan yang terkini melainkan jika pengiklanan itu telah pun dihantar dan
diluluskan oleh Kerajaan Malaysia terlebih dahulu.
3.10 Penyerahan Dokumen Sebutharga
3.10.1 Setiap cadangan sebutharga (secara manual) hendaklah dimasukkan
ke dalam satu (1) sampul surat dan dilabelkan seperti berikut:-
Sampul ini hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan di
sebelah kiri (atas) dituliskan seperti berikut:-
SHB/ANM/M/9/2016
PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN LANSKAP DAN PEMBERSIHAN KAWASAN SELAMA DUA (2) TAHUN DI SEKSYEN PERKHIDMATAN PUSAT REKOD (SPPR), PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.
3.12 Peringatan Mengenai Kesalahan Rasuah
3.11.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi,
meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan
daripada, mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu
kesalahan jenayah di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.
3.11.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan
kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar
atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat
Badan Pencegah Rasuah atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan
berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta
Pencegahan Rasuah 1997.
3.11.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap
anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau
pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan
rasuah di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.
3.11.4 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran
berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan di
bekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi
dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan
berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Pencegahan
Rasuah 1997.
3.12 Kaedah Pelaksanaan Integrity Pact Dalam Perolehan Kerajaan Melalui Sistem
ePerolehan
3.12.1 Penyebut harga adalah tertakluk kepada Surat Arahan Perbendaharaan
(SAP) mengenai pelaksanaan Integrity Pact bagi mengukuhkan usaha ke
arah meningkatkan integriti dan ketelusan dalam perolehan Kerajaan.
3.12.2 Sehubungan dengan itu penyebutharga DIWAJIBKAN mengisi Surat
Akuan Pembida seperti di Lampiran 1
4.0 Kesimpulan
Penyebutharga adalah dinasihat berhati-hati di dalam penyediaan semua
maklumat dan memastikan maklumat yang perlu diisi di semua jadual adalah
dipatuhi.
BORANG SEBUT HARGA
Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, Tingkat 2, Wisma Warisan, Jalan Tuanku Abdul Halim, 50568 Kuala Lumpur Tuan, NO. SEBUTHARGA : SHB/ANM/M/9/2016 PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN LANSKAP DAN PEMBERSIHAN KAWASAN SELAMA DUA (2) TAHUN DI SEKSYEN PERKHIDMATAN PUSAT REKOD (SPPR), PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.
Saya/kami yang bertandatangan di bawah, dengan ini mengemukakan tawaran bagi
perkhidmatan yang disebuthargakan dengan harga berjumlah Ringgit Malaysia:
………...…………………......……….……......……………………………………………………
………………………………............................................................……………………………
……..….. Sahaja (RM...........................). Tawaran ini mempunyai sah laku untuk tempoh
selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh sebutharga ini ditutup.
2. Saya/kami yang bertandatangan di bawah ini bersetuju sepenuhnya:
a) Bahawa tawaran ini akan dijadikan asas oleh Kerajaan untuk penerimaan
tawaran kami;
b) Bahawa Kerajaan tidak terikat untuk menerima sebutharga dengan harga
yang terendah atau mana-mana sebutharga atau memberi apa-apa sebab
di atas penolakan sesuatu sebutharga;
c) Bahawa Kerajaan berhak untuk menerima keseluruhan atau sebahagian
daripada tawaran Penyebutharga mengikut pakej atau menerima tawaran
pakej yang sama daripada lebih satu Penyebutharga;
d) Bahawa keputusan jawatankuasa sebutharga adalah muktamad;
e) Bahawa sekiranya tawaran kami diterima maka satu kontrak yang formal
akan ditandatangani antara pihak kami dengan Kerajaan selaras dengan
tawaran yang diberikan;
f) Bahawa Borang Sebut harga (Borang Tawaran sebut harga) berserta
dengan Surat Setuju Terima Sebut harga ini hendaklah menjadi
sebahagian daripada kontrak yang mengikat antara Kerajaan dan
Penyebutharga walaupun kontrak yang formal belum dilaksanakan;
g) Bahawa kami bersetuju untuk menyempurnakan perkhidmatan dalam
tempoh yang dinyatakan;
h) Bahawa sekiranya kami menolak tawaran ini atau jika maklumat yang
diberikan adalah palsu, Kerajaan boleh menarik balik penganugerahan
sebutharga yang diberikan dan membawa kes ini ke Mahkamah; dan
i) Bahawa kami akan mematuhi segala syarat-syarat seperti mana yang
dinyatakan di dalam dokumen sebutharga ini.
Bagi pihak Penyebutharga: Tandatangan Penyebutharga : …………………………………………………….
Nama Penuh : …………………………………………………….
No. Kad Pengenalan : …………………………………………………….
Alamat/Cop Syarikat : …………………………………………………….
…………………………………………………….
…………………………………………………….
Di hadapan:
Tandatangan Saksi : …………………………………………………….
Nama Penuh Saksi : …………………………………………………….
No. Kad Pengenalan Saksi : …………………………………………………….
Alamat : …………………………………………………….
…………………………………………………….
…………………………………………………….
SPESIFIKASI TEKNIKAL
PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN LANSKAP DAN PEMBERSIHAN KAWASAN SELAMA DUA (2) TAHUN DI
SEKSYEN PERKHIDMATAN PUSAT REKOD (SPPR), PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.
SHB/ANM/M/9/2016
1. KERJA-KERJA HARIAN
1.1. Membersih, menyapu, memungut dan membuang sampah/daun kering di
kawasan bangunan SPPR dan di atas bumbung bangunan SPPR.
1.2 Membersih longkang utama dan longkang sekeliling bangunan SPPR.
1.3. Menyapu, memungut dan membuang daun kering, ranting dan dahan kayu
mati/gugur di keliling SPPR.
1.4. Menyiram pokok-pokok bunga dalam pasu dan di atas tanah.
1.5. Memungut dan membuang sampah di keliling laman bangunan SPPR dan
di kumpulkan di suatu tempat yang sesuai sebelum dibawa keluar untuk
pelupusan.
1.6. Menyapu dan membuang sampah, ranting kayu, dahan dan daun-daun
kering yang terdapat pada jalan masuk ke SPPR.
2. KERJA-KERJA MINGGUAN
2.1. Memangkas/memotong semua pokok bunga di dalam pasu dan diatas
tanah mengikut keperluan dan kesesuaian.
2.2. Memotong rumput dikeliling kawasan SPPR – 2 minggu sekali.
2.3. Membersih/memotong rumput pada tebing longkang – 2 minggu sekali
2.4. Menyapu dan membuang sampah/rumput selepas pemotongan rumput.
2.5. Membersih/membuang rumput liar/lalang bagi pokok-pokok bunga di dalam
pasu, diatas tanah dan petak-petak bunga di seluruh kawasan SPPR
2.6. Memotong, menebas dan membuang ranting/dahan/pelepah pokok yang
rosak/kering/patah.
2.7 Mengelap, mengilat dan membersihkan semua papan tanda dengan
menggunakan bahan yang bermutu serta peralatan yang bersesuaian
detempat tempat berikut :-
(a) Pintu pagar hadapan SPPR
(b) Pintu masuk utama bangunan SPPR
(c) Seluruh kawasan SPPR
3. KERJA-KERJA BULANAN
3.1. Korek lubang, buat batas, isi tanah dalam pasu bagi menanam pokok bila
perlu.
3.2. Mengembur tanah bagi pokok-pokok bunga di dalam pasu dan atas tanah.
3.3. Tambah tanah (top soil) di pangkal pokok-pokok bunga – membaja 2
minggu sekali.
3.4. Menjaga dan mewujudkan landskap yang sesuai bagi kawasan SPPR atau
mengikut kehendak pihak pengurusan SPPR.
3.5. Memotong akar akar kayu yang menghalang aliran longkang.
3.6. Menebang dan memotong pokok-pokok yang tidak diperlukan dan pokok-
pokok kayu liar yang dirasakan tidak sesuai untuk dijadikan landskap
semulajadi bagi kawasan laman SPPR.
3.7. Membersihkan longkang di sekeliling bangunan dan longkang utama SPPR
dengan “Water Jet”.
3.8. Membersih dan memotong akar akar kayu dan tumbuhan pada pagar di
sekeliling kawasan SPPR.
4. PERALATAN/BAHAN-BAHAN
4.1. Semua jenis peralatan dan mesin yang berkaitan kerja-kerja tersebut adalah
di bawah tanggungjawab pihak Syarikat.
4.2. Tanah, plastik sampah, racun, baja pokok dan benih pokok dibekalkan oleh
Syarikat.
5. TENAGA KERJA
5.1. Pekerja tetap bagi mengendalikan perkhidmatan di atas ialah seramai 1
(satu) orang.
5.2. Pekerja yang bertugas hendaklah memberi bantuan kepada Pengurus dan
Kakitangan dalam apa jua tugas yang diminta bagi menjayakan majlis rasmi
Jabatan.
6. MASA BEKERJA
6.1. Isnin hingga Jumaat - 8.00 pagi hingga 5.00ptg
6.2. Cuti Mingguan - Sabtu dan Ahad
7. ARAHAN AM/KEHENDAK JABATAN
7.1. Pihak Syarikat hendaklah lebih prihatin terhadap kerja-kerja perkhidmatan
yang ditetapkan dalam Jadual Kerja bagi mencapai penyenggaraan yang
berkualiti.
7.2. Penyelia Syarikat diminta berbincang dengan pihak Jabatan mengenai taraf
perkhidmatan yang diberi termasuk disiplin pekerja serta perkara-perkara
lain berkaitan dengan unsur-unsur kontrak sekurang-kurangnya sekali
sebulan.
7.3. Sebarang pindaan Jadual di atas adalah tertakluk kepada kehendak
Jabatan.
7.4. Syarikat hendaklah menyediakan kad perakam waktu (punch card) dan
hendaklah dikemukakan bersama-sama semasa menghantar invois
bulanan.
7.5. Setiap pekerja hendaklah menggunakan kad perakam waktu mengikut
masa yang ditetapkan dan dilarang mengetip kad perakam waktu orang
lain.
PEMATUHAN SPESIFIKASI
PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN LANDSKAP DAN PEMBERSIHAN KAWASAN SELAMA DUA (2) TAHUN DI
SEKSYEN PERKHIDMATAN PUSAT REKOD (SPPR), PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.
SHB/ANM/M/9/2016
BIL. PERKARA PEMATUHAN (YA/TIDAK)
1.0 KERJA-KERJA HARIAN
1.1 Membersih, menyapu, memungut dan membuang sampah/daun
kering di kawasan bangunan SPPR dan di atas bumbung
bangunan SPPR.
1.2 Membersih longkang utama dan longkang sekeliling bangunan
SPPR.
1.3 Menyapu, memungut dan membuang daun kering, ranting dan
dahan kayu mati/gugur di keliling SPPR.
1.4 Menyiram pokok-pokok bunga dalam pasu dan di atas tanah.
1.5 Memungut dan membuang sampah di keliling laman bangunan SPPR dan di kumpulkan di suatu tempat yang sesuai sebelum dibawa keluar untuk pelupusan.
1.6 Menyapu dan membuang sampah, ranting kayu, dahan dan daun-
daun kering yang terdapat pada jalan masuk ke SPPR.
2.0 KERJA-KERJA MINGGUAN
2.1 Memangkas/memotong semua pokok bunga di dalam pasu dan
diatas tanah mengikut keperluan dan kesesuaian.
2.2 Memotong rumput dikeliling kawasan SPPR – 2 minggu sekali.
2.3 Membersih/memotong rumput pada tebing longkang – 2 minggu
sekali
2.4 Menyapu dan membuang sampah/rumput selepas pemotongan
rumput.
2.5 Membersih/membuang rumput liar/lalang bagi pokok-pokok bunga
di dalam pasu, diatas tanah dan petak-petak bunga di seluruh
kawasan SPPR
2.6 Memotong, menebas dan membuang ranting/dahan/pelepah
BIL. PERKARA PEMATUHAN (YA/TIDAK)
pokok yang rosak/kering/patah.
Mengelap, mengilat dan membersihkan semua papan tanda
dengan menggunakan bahan yang bermutu serta peralatan yang
bersesuaian detempat tempat berikut :-
(a) Pintu pagar hadapan SPPR
(b) Pintu masuk utama bangunan SPPR
(c) Seluruh kawasan SPPR
3.0 KERJA-KERJA BULANAN
3.1 Korek lubang, buat batas, isi tanah dalam pasu bagi menanam
pokok bila perlu.
3.2 Mengembur tanah bagi pokok-pokok bunga di dalam pasu dan
atas tanah.
3.3 Tambah tanah (top soil) di pangkal pokok-pokok bunga –
membaja 2 minggu sekali.
3.4 Menjaga dan mewujudkan landskap yang sesuai bagi kawasan
SPPR atau mengikut kehendak pihak pengurusan SPPR.
3.5 Memotong akar akar kayu yang menghalang aliran longkang.
3.6. Menebang dan memotong pokok-pokok yang tidak diperlukan dan
pokok-pokok kayu liar yang dirasakan tidak sesuai untuk dijadikan
landskap semulajadi bagi kawasan laman SPPR.
3.7 Membersihkan longkang di sekeliling bangunan dan longkang
utama SPPR dengan “Water Jet”.
3.8 Membersih dan memotong akar akar kayu dan tumbuhan pada
pagar di sekeliling kawasan SPPR.
4.0 PERALATAN/BAHAN-BAHAN
4.1 Semua jenis peralatan dan mesin yang berkaitan kerja-kerja
tersebut adalah di bawah tanggungjawab pihak Syarikat.
4.2 Tanah, racun, baja pokok dan benih pokok dibekalkan oleh
BIL. PERKARA PEMATUHAN (YA/TIDAK)
Syarikat.
5.0 TENAGA KERJA
5.1 Pekerja tetap bagi mengendalikan perkhidmatan di atas ialah
seramai 1 (satu) orang.
5.2 Pekerja yang bertugas hendaklah memberi bantuan kepada
Pengurus dan Kakitangan dalam apa jua tugas yang diminta bagi
menjayakan majlis rasmi Jabatan.
6.0 MASA BEKERJA
6.1
HARI MASA
Isnin hingga Khamis 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Cuti Mingguan Sabtu dan Ahad
7.0 ARAHAN AM/KEHENDAK JABATAN
7.1 Pihak Syarikat hendaklah lebih prihatin terhadap kerja-kerja
perkhidmatan yang ditetapkan dalam Jadual Kerja bagi mencapai
penyenggaraan yang berkualiti.
7.2 Penyelia Syarikat diminta berbincang dengan pihak Jabatan
mengenai taraf perkhidmatan yang diberi termasuk disiplin pekerja
serta perkara-perkara lain berkaitan dengan unsur-unsur kontrak
sekurang-kurangnya sekali sebulan.
7.3 Sebarang pindaan Jadual di atas adalah tertakluk kepada
kehendak Jabatan.
7.4 Syarikat hendaklah menyediakan kad perakam waktu (punch
card) dan hendaklah dikemukakan bersama-sama semasa
menghantar invois bulanan.
7.5 Setiap pekerja hendaklah menggunakan kad perakam waktu
mengikut masa yang ditetapkan dan dilarang mengetip kad
perakam waktu orang lain.
Pengesahan daripada Penyebut Harga:
__________________________________
Tandatangan Penyebut Harga
Nama : ...........................................................
No. K/P : ...........................................................
Alamat : ...........................................................
...........................................................
...........................................................
...........................................................
Tarikh : .............................
SENARAI PERALATAN YANG DICADANGKAN/DIGUNAKAN
Senarai Alat/Mesin Yang Akan Digunakan Dalam Perkhidmatan Penyelenggaraan Landskap Dan Pembersihan Kawasan Selama Dua (2) Tahun Di Seksyen Perkhidmatan Pusat Rekod (SPPR), Lorong Produktiviti off Jalan Sultan, 46200 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Bil Jenis Mesin/ Bahan-bahan Jenama Kuantiti Yang
Akan Digunakan
1. Mesin rumput jenis sangkut
2. Mesin Pemotong pokok
3 Baja pokok bunga/ tanaman
4. Tong sampah
5. Gunting
6. Penyapu sampah
7. Parang
8. Plastik Sampah
9. Gerabak Sorong ( trolley )
10. Alat Meracun
11. Paip getah
12. Alat mengembur dan mencakar
13. Bekas siraman
Bil Jenis Mesin/ Bahan-bahan Jenama Kuantiti Yang
Akan Digunakan
14. Lain-Lain Peralatan (sila nyatakan):
Nota : Sila isikan jenama dan kuantiti yang akan digunakan Pengesahan daripada Penyebut Harga:
__________________________________
Tandatangan Penyebut Harga
Nama : ...........................................................
No. K/P : ...........................................................
Alamat : ...........................................................
...........................................................
...........................................................
...........................................................
Tarikh : .............................
RINGKASAN SEBUT HARGA (PUKAL)
TAJUK: PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN LANSKAP DAN PEMBERSIHAN KAWASAN SELAMA DUA (2) TAHUN DI SEKSYEN PERKHIDMATAN PUSAT REKOD (SPPR), PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.
NO.SEBUTHARGA : SHB/ANM/M/9/2016
Bil Butir-butir kerja Kadar Harga
Sebulan (RM)
Jumlah Harga 2 Tahun
(RM)
A.
Perkhidmatan Penyelenggaraan Lanskap Dan Pembersihan Kawasan Selama Dua (2) Tahun
………………… …………………
Jumlah dibawa ke Borang Sebut Harga (RM)
……………………
Jumlah harga pukal sebanyak Ringgit Malaysia (dengan perkataan):
……………………………………………………………………………………….………………
………………………………………………………………………….……………………………
……………………………………………………………….………………………………………
__________________________________
Tandatangan Penyebut Harga
Nama : ...........................................................
No. K/P : ...........................................................
Alamat : ...........................................................
...........................................................
...........................................................
Tarikh : ..............................
ASAS PERKIRAAN PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN LANSKAP DAN PEMBERSIHAN KAWASAN
SELAMA DUA (2) TAHUN DI SEKSYEN PERKHIDMATAN PUSAT REKOD (SPPR), PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.
NO.SEBUTHARGA : SHB/ANM/M/9/2016
Bil. Keterangan Unit
Ukuran
Kuantiti/
Kekerapan
Kadar
Sebulan
(RM)
Jumlah
24 Bulan
(RM)
1 Gaji pekerja
– 1 orang (minima) Bulan 24 ……………… …………………..
JUMLAH (A) …………………..
3 Caruman KWSP
(daripada Jumlah (A)) Bulan 24 ……………… …………………..
4 Caruman PERKESO
(daripada Jumlah (A)) Bulan 24 ……………… …………………..
5 Purata kos alat-alat kerja
dan mesin-mesin Bulan 24 ……………… …………………..
6 Susutan nilai mesin-mesin Bulan 24 ……………… …………………..
7 Kos Pentadbiran dan
keuntungan Bulan 24 ……………… …………………..
JUMLAH KESELURUHAN
(Dibawa ke Ringkasan Sebut Harga Pukal) ……………… …………………..
LATAR BELAKANG SYARIKAT
(Arahan kepada Syarikat :- semua butir-butir di dalam borang ini hendaklah diisikan oleh Syarikat dengan betul dan lengkap dan dikembalikan bersama-sama dengan borang
sebutharga. Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan sebutharga ini ditolak atau/ dan mengakibatkan tindakan tatatertib diambil ke atas Syarikat berkenaan )
Bahagian A : Maklumat Asas 1. Nama Syarikat : ………………………………………………................................ 2. Alamat Syarikat : ………………………………………………................................ ………………………………………………................................. 3. No. Tel. Pejabat : ………………………………………………................................ 4. No. Pendaftaran Dengan Kementerian Kewangan : ………………………………………………................................ 5. Tarikh Didaftarkan : ………………………………………………................................ 6. Tempoh Sah Pendaftaran : Dari……………………… Hingga …………................. 7. ( i ) Taraf Bumiputra : Ya / Tidak * ( ii ) Tarikh Kuatkuasa : ………………………………………………..................... ( iii) Tarikh Tamat : ………………………………………………..................... 8. Bagi Syarikat Sdn Bhd, nyatakan : a) Modal Dibenarkan : ……………………………………………….................... b) Modal Berbayar : ……………………………………………….................... * potong mana tidak berkenaan
Ahli-Ahli Syarikat / Pemilik
i) Ahli Lembaga Pengarah
Bil Nama Jawatan Saham Modal
Dipegang
ii ) Ahli- Ahli Pengurusan
Bil Nama Jawatan Kelulusan
Akademik/ Ikhtisas
LAMPIRAN 1
SURAT AKUAN PEMBIDA
PERKHIDMATAN PENYELENGGARAAN LANSKAP DAN PEMBERSIHAN KAWASAN
SELAMA DUA (2) TAHUN DI
SEKSYEN PERKHIDMATAN PUSAT REKOD (SPPR),
PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.
NO. SEBUTHARGA: SHB/ANM/M/9/2016
Saya,………...………............................. No.Kad Pengenalan …………….................... yang
mewakili …………................................................. nombor Pendaftaran
…….......................…… dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu
yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana
individu dalam Jabatan Arkib Negara Malaysia atau mana-mana individu lain, sebagai
sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas. Bersama ini dilampirkan
Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat
pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya, atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati cuba
menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam Jabatan Arkib Negara
Malaysia atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut
harga* seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut
diambil:
2.1 Penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; atau
2.2 Penamatan kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; dan
2.3 Lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan yang
berkuat-kuasa.
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau
mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam
tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan
perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
atau balai polis yang berhampiran.
Yang Benar,
……….................………….. (Nama dan No. KP) Cop Syarikat : Catatan: i) *Potong mana yang tidak berkenaan. ii) Surat akuan ini hendaklah dikemukakan bersama Surat Perwakilan Kuasa
SENARAI KERJA SEMASA a)
Nama Kontrak
Agensi Tempoh
Masa Harga
Kontrak
Tarikh Nama & No. Telefon Pegawai Yang
Bertanggungjawab Untuk dihubungi
Mula Tamat
REKOD PENGALAMAN KERJA
Nota: Sila sertakan bukti
Nama Kontrak
Agensi Tempoh
Masa Harga
Kontrak
Tarikh Nama & No. Telefon Pegawai Yang
Bertanggungjawab Untuk dihubungi
Mula Tamat
15.0 KEDUDUKAN KEWANGAN SYARIKAT
1. Sila sertakan dokumen berikut:
Salinan Penyata Bulanan Bank bagi tiga (3) bulan terakhir sebelum tarikh
tutup Sebutharga.
Sebutharga yang tidak disertakan dengan salah satu dokumen di atas akan
DITOLAK.
15
16.0 SALINAN SIJIL-SIJIL KEMENTERIAN KEWANGAN DAN SIJIL-SIJIL BERKAITAN
1. Sila sertakan salinan Sijil Akuan Pendaftaran dan Sijil Akuan Bumiputra yang
telah disahkan.
2. Sila sertakan Surat Pendaftaran Pelaksanaan Cukai Barang dan
Perkhidmatan (GST) (jika berdaftar)
3. Sila sertakan lain-lain sijil yang berkaitan (jika ada)
16