Post on 30-Jan-2018
MODUL PENGAJARAN KENDIRI (MPK) BERTAJUK FORMULA DAN
PERSAMAAN KIMIA TINGKATAN EMPAT KBSM BERASASKAN
STRATEGI PEMBELAJARAN MASTERI
PRESCILLA OLIVIA LO
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan
Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: MODUL PENGAJARAN KENDIRI (MPK) BERTAJUK FORMULA
DAN PERSAMAAN KIMIA TINGKATAN EMPAT KBSM
BERASASKAN STRATEGI PEMBELAJARAN MASTERI
SESI PENGAJIAN: 2009/2010
Saya PRESCILLA OLIVIA LO
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
____________________________ ____________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:
PPM 164, 88450,
KOTA KINABALU, SABAH EN ABDUL RAZAK BIN IDRIS
Nama Penyelia
Tarikh: __________________ Tarikh: ___________________
16 April 2010 16 April 2010
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia).”
Tandatangan :
Nama Penyelia: En Abdul Razak Bin Idris
Tarikh : April, 2010
MODUL PENGAJARAN KENDIRI (MPK) BERTAJUK FORMULA DAN
PERSAMAAN KIMIA TINGKATAN EMPAT KBSM BERASASKAN
STRATEGI PEMBELAJARAN MASTERI
PRESCILLA OLIVIA LO
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta
Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2010
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :
Nama Penulis : PRESCILLA OLIVIA LO
Tarikh : April, 2010
iii
DEDIKASI
Kepada Tuhan yang Maha Esa dan Maha Kuasa,
Ayah dan ibu yang amat saya hormati,
serta adik-adik yang amat saya kasihi.
iv
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi ucapan ribuan terima kasih kepada penyelia PSM saya Encik
Abdul Razak Bin Idris di atas tunjuk ajar yang diberikan di samping tidak jemu
memberikan bantuan sepanjang melaksanakan kajian ini.
Setinggi penghargaan juga dirakamkan kepada guru-guru berpengkhususan
kimia yang sudi memberi kerjasama, nasihat dan memudahkan proses penilaian modul
yang telah dibangunkan.
Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan yang sudi menbantu dan memberi nasihat serta tunjuk ajar kepada saya
dalam melengkapkan bab-bab dalam projek sarjana muda.
Penghargaan terhadap ayah, ibu dan adik-beradik yang amat saya sayangi atas
sokongan moral dan bantuan kewangan yang diberikan juga tidak dilupakan. Akhir
sekali, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat secara lansung atau tidak dalam memberikan sokongan, cadangan dan
sebagainya.
v
ABSTRAK
Setiap pelajar mempunyai tahap pencapaian serta kebolehan yang berbeza antara
satu sama lain. Maka penggunaan modul pengajaran kendiri (MPK) membolehkan
pembelajaran individu mengikut tahap kebolehan dan kemampuan individu. Oleh yang
demikian, sebuah modul pengajaran kendiri (MPK) yang bertajuk Formula dan
Persamaan Kimia tingkatan empat KBSM berdasarkan silibus Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) telah dibangunkan. Modul ini dibangunkan berasaskan strategi
pembelajaran masteri dan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium pengantaraan
dalam penyampaian bahan pembelajaran yang terkandung di dalamnya. Modul ini
mengandungi tiga submodul iaitu Chemical formula:empirical and molecular formula,
Chemical formula: ionic formula dan Chemical equation. Penentuan status kesesuaian
MPK adalah melalui penilaian formatif iaitu Penilaian Formatif Satu dengan Satu
(PFSS) sahaja. Dua guru pakar isi kandungan yang berpengalaman dalam subjek kimia
telah ditemubual. Satu draf modul dan senarai semak tentang pengujian kualiti MPK
telah disediakan. Hasil analisis penilaian telah menunjukkan MPK yang dihasilkan
mempunyai reka bentuk maklumat, isi kandungan, reka bentuk persembahan, strategi
pembelajaran, sifat mesra pengguna dan unsur motivasi yang mengikuti spesifikasi yang
telah ditetapkan. Modul ini juga konsisten dari segi reka bentuk dan penggunaan warna.
Diharap MPK ini dapat membantu pelajar dalam menguasai pembelajaran Formula dan
Persamaan Kimia.
vi
ABSTRACT
Different student have different level of achievement and capability. Hence, the
use of self-instructional module (SIM) enable individualized learning based on
individual ability. Therefore, a self-instructional module (SIM) entitled Formula and
Chemical Equation for Form Four Chemistry KBSM was developed according to the
syllabus of Ministry of Education. This SIM was constructed based on the mastery
learning strategy and used English as a medium in delivering the learning material. This
module is divided into three submodules which are Chemical formula: empirical and
molecular formula, Chemical formula: ionic formula and Chemical equation. In order to
determine the effectiveness of this SIM, a formative evaluation through one to one
evaluation has been conducted. Two content-experts whom is an experience teacher in
chemistry had been interviewed. A draft of module and a checklist was distributed to the
content-expert for evaluation. The analysis of the evaluation showed that the SIM being
constructed has fulfilled the specification fixed in terms of information design, contents,
visual presentation, learning strategy, user-friendly and motivation. This module also has
a good consistency in terms of design and colour. Hopefully, through the use of this
module, students are able to master the topic of Formula and Chemical Equation easily.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Kepentingan / Rasional Kajian 5
1.6 Skop / Batasan Kajian 6
viii
1.7 Definisi Kajian 6
1.7.1 Formula Kimia 6
1.7.2 Persamaan Kimia 7
1.7.3 Modul 7
1.7.4 Modul Pengajaran Kendiri (MPK) 7
1.7.5 Pembelajaran Masteri 8
1.7.6 Model Teras-Cabang Shaharom (1994) 8
1.8 Penutup 8
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 9
2.2 Pendidikan Kimia di Malaysia 9
2.2.1 Masalah dalam Kimia 10
2.3 Model Reka Bentuk Pengajaran dalam Pembangunan
MPK 12
2.3.1 Model ADDIE 12
2.3.1.1 Analisis (Analysis) 13
2.3.1.2 Reka Bentuk (Design) 13
2.3.1.3 Pembangunan (Development) 14
2.3.1.4 Pelaksanaan (Implementation) 14
2.3.1.4 Penilaian (Evaluation) 14
2.4 Modul Pengajaran Kendiri (MPK) 15
2.4.1 Ciri- ciri MPK 16
2.4.2 Model Pembangunan MPK 16
ix
2.4.2.1 Model Burns (1972) 17
2.4.2.2 Model Klingstedt (1972) 18
2.4.2.3 Model Eijl (1976) 20
2.4.2.4 Model Meyer (1988) 21
2.4.2.5 Model Teras-Cabang Shaharom (1994) 22
2.5 Rasional Penggunaan Model Teras-Cabang Shaharom
(1994) 27
2.6 Status Penggunaan MPK di Malays 27
2.7 Unsur-unsur Dalam MPK 28
2.7.1 Teks 28
2.7.2 Grafik 29
2.7.3 Motivasi 29
2.8 Pembelajaran Masteri (Mastery Learning) 30
2.9 Penutup 32
3 REKA BENTUK MODUL
3.1 Pengenalan 33
3.2 Rasional Pemilihan Model ADDIE 34
3.2.1 Analisis 34
3.2.1.1 Matlamat Pembinaan Modul 34
3.2.1.2 Skop Isi Kandungan 35
3.2.1.3 Pengguna Sasaran 35
3.2.2 Reka Bentuk 35
3.2.2.1 Objektif Pembelajaran 35
3.2.2.2 Kaedah dan Strategi Pembelajaran 36
x
3.2.3 Pembangunan 37
3.2.3.1 Pengenalan 38
3.2.3.2 Isi Kandungan 39
3.2.3.3 Penilaian Kendiri 40
3.2.3.4 Pengukuhan 40
3.2.3.5 Maklum Balas 42
3.2.3.6 Rujukan 42
3.2.4 Pelaksanaan 43
3.2.5 Penilaian 43
3.3 Pemilihan Teks, Grafik dan Warna dalam MPK
Bercetak 46
3.4 Penggunaan Unsur Motivasi dan Mesra Pengguna
dalam MPK Bercetak 47
3.5 Perisian yang Digunakan dalam Pembangunan MPK
bercetak 48
3.6 Penutup 48
4 HASIL PEMBANGUNAN MODUL
PENGAJARAN KENDIRI (MPK)
4.1 Pengenalan 49
4.2 Kriteria / Komponen MPK 49
4.2.1 Pengenalan 52
4.2.1.1 Rasional 52
4.2.1.2 Aktiviti Utama 53
4.2.1.3 Praujian 54
xi
4.2.2 Isi Kandungan 56
4.2.2.1 Objektif Pembelajaran dan Isi
Kandungan 57
4.2.2.2. Aktiviti Pembelajaran Teras 59
4.2.3 Penilaian Kendiri 61
4.2.3.1 Ujian Diagnostik 61
4.2.4 Pengukuhan 63
4.2.4.1 Pemulihan 63
4.2.4.2 Pengayaan 65
4.2.5 Maklum Balas 65
4.2.6 Rujukan 66
4.3 Strategi Pembelajaran Masteri 67
4.3.1 Pemecahan kepada Unit Kecil 68
4.3.2 Ujian-ujian dalam Setiap Unit 68
4.3.3 Unsur Pengukuhan 69
4.4 Unsur Motivasi 69
4.4.1 Penggunaan Model ARCS 70
4.4.1.1 Attention 70
4.4.1.2 Relevance 71
4.4.1.3 Confidence 71
4.4.1.4 Satisfaction 71
4.5 Sifat Mesra Pengguna 71
4.6 Penilaian Formatif oleh Pakar Isi Kandung 72
4.7 Penutup 73
xii
5 KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 74
5.2 Perbincangan 74
5.2.1 Ulasan Hasil Penilaian Pakar 74
5.2.2 Kekuatan MPK 75
5.2.3 Kekurangan MPK 76
5.3 Rumusan Modul 76
5.4 Cadangan 78
5.4.1 Cadangan untuk Penambahbaikan MPK 78
5.4.2 Cadangan untuk Rujukan pada Kajian
Masa Hadapan 78
5.5 Refleksi 79
5.6 Penutup 80
RUJUKAN 81
LAMPIRAN A-B 85-90
xiii
SENARAI JADUAL
NO. TAJUK HALAMAN
3.1 Senarai objektif pembelajaran bagi setiap submodul 40
3.2 Pengagihan item dalam senarai semak 45
4.1 Pengagihan soalan praujian dalam ketiga-tiga submodul 54
4.2 Senarai subtopik dalam isi kandungan setiap submodul 57
4.3 Taburan unsur-unsur tambahan dalam isi kandungan MPK 58
4.4 Taburan pelbagai aktiviti pembelajaran teras dalam MPK 60
4.5 Taburan soalan bagi ujian diagnostik dalam MPK 62
4.6 Taburan isi kandungan dan aktiviti pemulihan dalam
MPK
64
4.7 Taburan isi kandungan dan aktiviti pengayaan dalam MPK 64
4.8 Hasil analisis maklum balas oleh dua orang guru pakar
terhadap lima aspek utama dalam bahagian B (33 Item)
senarai semak
73
xiv
SENARAI RAJAH
NO. TAJUK HALAMAN
2.1 Aliran kerja model ADDIE 13
2.2 Model Teras-Cabang Shaharom (1994) 23
2.3 Carta aliran Model Teras-Cabang Shaharom (1994) 26
3.1 Aliran kerja penghasilan MPK 45
4.1 Muka depan MPK bertajuk Formula dan Persamaan
Kimia
50
4.2 Muka depan submodul 1 bertajuk Chemical formula:
empirical and molecular formula
51
4.3 Paparan rasional bagi setiap submodul 52
4.4 Paparan aktiviti utama bagi submodul 1 53
4.5 Paparan arahan bagi submodul 1 55
4.6 Paparan praujian submodul 1 56
4.7 Paparan objektif pembelajaran dan isi kandungan bagi
submodul 1
58
4.8 Contoh unsur-unsur seperti Check Your Concept, Smart
Tips, Concept Focus dan Science Gallery
59
4.9 Aktiviti melengkapkan jadual dalam submodul 1 60
4.10 Aktiviti teka silang kata dalam submodul 2 61
4.11 Paparan ujian diagnostik bagi submodul 1 62
4.12
Paparan ringkasan konsep dalam bentuk peta minda pada
64
xv
bahagian pemulihan bagi Submodul 1
4.13 Paparan maklum balas bagi submodul 1 66
4.14 Paparan rujukan sebagai sumber tambahan 64
4.15 Paparan kata-kata motivasi 69
4.16 Paparan bagi peta minda 70
4.17 Buddy yang membantu dalam navigasi pelajar 72
xvi
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN NAMA PENUH
ADDIE Analysis, Design, Development, Implementation dan
Evaluation
ARCS Attention, Relevance, Confidence dan Satisfaction
KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
MPK Modul Pengajaran Kendiri
P&P Pengajaran dan Pembelajaran
PFKK Penilaian Formatif Kelompok Kecil
PFSS Penilaian Formatif Satu Dengan Satu
PPK Pusat Perkembangan Kurikulum
PSM Projek Sarjana Muda
UTM Universiti Teknologi Malaysia
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang senarai semak untuk pakar
isi kandungan 85
B Carta aliran MPK 88
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan memainkan aspek yang penting dalam menghasilkan generasi muda
yang berilmu dan berdaya saing. Pengiktirafan terhadap bidang pendidikan menjadikan
profesion perguruan sebagai agen yang penting dalam menyampaikan ilmu kepada para
pelajar. Guru perlu menyediakan pengajaran yang berkesan dan suasana pembelajaran
yang dapat meransang minat pelajar. Sehubungan dengan itu, guru perlulah menentukan
strategi pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pendekatan dan kaedah
pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Pendekatan
atau kaedah yang sesuai berpontensi untuk meransang pelajar belajar secara aktif dan
menghasilkan pembelajaran yang bermakna.
Sains amat ditekankan dalam bidang pendidikan untuk melahirkan masyarakat
yang progresif, berfikiran saintifik serta berilmu. Kurikulum Sains KBSM telah digubal
untuk murid sekolah menengah yang terdiri daripada dua mata pelajaran teras dan empat
matapelajaran elektif. Sains untuk sekolah menengah merupakan matapelajaran teras,
manakala Biologi, Fizik, Kimia dan Sains Tambahan merupakan matapelajaran elektif
yang hanya ditawarkan untuk murid menengah atas. Menurut PPK (2001), tujuan
matapelajaran Sains elektif diperkenalkan adalah untuk melahirkan murid yang
cenderung, minat dan berupaya dalam bidang Sains agar dapat menceburkan diri dalam
kerjaya berkaitan dengan Sains dan teknologi.
2
Matapelajaran Kimia telah diperkenalkan di semua sekolah menengah semenjak tahun
1972 untuk membekal murid dengan asas pendidikan kimia untuk membolehkan mereka
melanjutkan pelajaran ke bidang kimia. Kimia merupakan salah satu cabang sains yang penting;
ia membolehkan pelajar memahami apa yang belaku di sekeliling mereka (Sirhan, 2007).
Menurut PPK (2001), Kimia adalah satu disiplin dalam sains yang mengkaji tentang jirim secara
macroskopik dan microskopik, interaksi antara bahan dan penghasilan serta penggunaan bahan.
Sehubungan dengan itu, guru memainkan peranan yang penting dalam bidang
pendidikan. Para guru mempunyai tanggungjawab dalam pembangunan program pendidikan dan
ini merupakan tanggungjawab yang berat untuk menunjukkan kemampuan para pelajar hingga
mencapai tahap kriteria tertentu (Nitce Isa Medina, 2003). Guru mempunyai tanggungjawab
untuk menyediakan bahan P&P yang boleh membantu pelajar untuk memahami sesuatu isi
pelajaran. Contohnya, media cetak.
Bahan bercetak merupakan media pengajaran atau media maklumat yang terawal dan
hingga kini ia masih menjadi media utama dalam menyampaikan maklumat atau pengajaran
(Yusup, 2002). Modul Pengajaran merupakan salah satu bentuk bentuk dan format media cetak.
Menurut Yusup (2002), modul pengajaran terdiri daripada satu koleksi pengalaman
pembelajaran yang terancang dan tersusun, biasanya dalam bentuk pengajaran kendiri. Modul
pengajaran direka bentuk berasaskan unit-unit kecil dalam sukatan pelajaran
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Kimia telah diperkenalkan kepada murid tingkatan empat dan lima agar murid dapat
mempelajari ilmu kimia dari aspek teori, konsep serta aplikasinya dalam kehidupan harian
dengan lebih mendalam. Ilmu kimia perlu dikuasai oleh murid agar mampu menghadapi arus
perubahan dalam kehidupan yang bercirikan sains dan teknologi.
Kurikulum kimia melibatkan banyak konsep abstrak yang merupakan teras kepada
pembelajaran kimia dan cabang sains yang lain (Taber, 2002; dalam Sirhan, 2007). Sekiranya
konsep asas tidak difahami maka pelajar akan mengalami kesukaran untuk memahami konsep
atau teori seterusnya dalam kimia. Selain itu, kimia selalu dianggap sebagai suatu subjek yang
sukar menyebabkan pelajar mengelak daripada melanjutkan pelajaran dalam bidang kimia
(Sirhan. 2007).
Formula kimia dan persamaan kimia merupakan subtopik dalam sukatan matapelajaran
kimia tingkatan empat. Persamaan kimia merupakan salah satu nadi utama bagi pelajar untuk
menguasai mata pelajaran kimia (Suriani, 2000). Menurut Adawiyah (2004), didapati
penguasaan pelajar terhadap formula kimia berada pada tahap yang rendah. Pelajar juga
mempunyai masalah dalam membina persamaan kimia.
Dalam suatu kajian awal (Johnstone, 1974; dalam Sirhan G., 2007), formula dan
persamaan kimia merupakan salah satu topik yang sukar menurut pandangan murid-murid.
Menulis persamaan kimia yang seimbang merupakan konsep asas dalam kimia dan penting bagi
mempelajari topik seterusnya dalam subjek kimia. Contohnya, acid dan bes, elektrokimia, dan
garam. Namun, masih terdapat pelajar yang gagal menulis persamaan kimia seimbang
berdasarkan bilangan mol dengan betul. Dalam sukatan Kimia KBSM, topik formula dan
persaman kimia telah dikenal pasti sebagai suatu topik yang agak sukar difahami di peringkat
SPM (Suriani, 2000).
Dalam banyak situasi pembelajaran di negara kita, penggunaan buku teks masih lagi
diamalkan dalam proses P & P di sekolah. Buku teks yang digunakan secara meluas dalam P & P
kurang mencabar minda pelajar. Dengan mempersembahkan bahan secara logical dan dalam
4
bentuk yang sudah ditentukan, buku teks dikatakan tidak menggalakkan para pembaca berfikir
atau membuat penyusunan atau rumusan mereka sendiri ( Kassim, 2006). Ini seterusnya,
menggalakkan pembelajaran secara hafalan. Maklumat dalam buku teks yang ringkas juga tidak
menggalakkan pembelajaran yang lebih mendalam. Hal ini menyebabkan pelajar kurang aktif
semasa P&P.
Pada masa kini, pengajaran dan pembelajaran berasaskan computer (Computer-based
teaching and learning materials) banyak digunakan dalam bidang pendidikan. Namun, perisisan
yang berkualiti sukar dihasilkan. Kekurangan tenaga mahir dan faktor masa merupakan
penghalang kepada pembinaan perisian yang bermutu. Sungguhpun semakin ramai tenaga
pengajar telah terdedah kepada penggunaan komputer, tidak ramai yang mempunyai kemahiran
untuk menggunakan komputer dalam pemelajaran (Norhashim, Mazenah dan Rose, 1996).
Selain itu, kos yang tinggi juga diperlukan bagi membangun perisian yang bermutu tinggi. Hal
ini demikian kerana kos yang tinggi diperlukan untuk mengupah tenaga mahir.
Malah di sesetengah sekolah, masih belum mempunyai makmal komputer untuk
digunakan. Terdapat juga sekolah yang mengalami masalah kekurangan komputer di mana
pelajar terpaksa berkongsi komputer semasa proses P & P. Ini secara tidak lansung menyebabkan
terdapat pelajar yang tercicir dalam proses P & P tersebut. Bilangan tenaga pengajar yang
mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang komputer tidak dapat menampung bilangan
pelajar (Nadiatulmila, 2004).
Kesimpulannya, bagi mengatasi masalah-masalah seperti penglibatan pelajar yang kurang
aktif dalam proses P&P, dan isi kandungan buku teks yang ringkas dan tidak menggalakkan
penggunaan minda pelajar, maka salah satu cara penyelesaian yang baik ialah dengan membina
sebuah MPK. Penggunaan MPK membolehkan para pelajar belajar mengikut masa dan
kecepatan sendiri.
5
1.3 Pernyataan Masalah
Formula dan Persaman Kimia telah dikenal pasti sebagai topik yang sukar dan
merupakan subtopik yang menjadi asas bagi tajuk-tajuk berikutnya dalam subjek Kimia. Maka,
pembina telah memilih untuk membangunkan MPK bercetak bagi subjek kimia tingkatan empat
bertajuk Formula dan Persamaan Kimia berasaskan pembelajaran masteri.
1.4 Objektif Kajian
Objektif bagi kajian ini adalah membangunkan MPK bercetak bagi subjek kimia
tingkatan empat yang bertajuk Formula dan Persamaan Kimia yang mempunyai ciri-ciri seperti
berikut:
i. berdasarkan pembelajaran masteri
ii. mempunyai reka bentuk maklumat yang menepati silibus KPM
iii. mempunyai reka bentuk persembahan yang menarik
iv. mempunyai unsur motivasi
v. bersifat mesra pengguna