Post on 28-Nov-2015
description
(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU )
TAJUK 1 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
SINOPSIS
Tatabahasa merupakan peraturan atau sistem sesuatu bahasa yang
digunakan sama ada dalam bentuk lisan ataupun tulisan. Dua bidang utama
dalam kajian tatabahasa ialah morfologi dan sintaksis. Tajuk ini hanya akan
menghuraikan beberapa konsep penting dalam bidang morfologi. Secara
umumnya, topik ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara
berikut:
1.1 Takrif Morfologi
1.2 Struktur kata
1.3 Bentuk kata
1.4 Golongan kata
HASIL PEMBELAJARAN
i. Membuat rumusan tentang takrif morfologi.
ii. Menghuraikan aspek-aspek kajian dalam bidang morfologi bahasa
Melayu.
(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU )
Rajah 1.1: Kerangka Tajuk 1
1.1 Takrif
Secara umumnya morfologi merupakan istilah dalam bidang ilmu linguistik
yang menghuraikan sistem bahasa pada peringkat perkataan. Menurut Nik
Safiah Karim et al. (2011: 43), morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji
perkataan dari segi struktur, bentuk kata dan penggolongan kata.
Bagi Abdullah Hassan (2006) pula morfologi ialah satu bidang ilmu yang
mengkaji bentuk perkataan. Istilah ini dipinjam daripada biologi yang bermaksud
kajian tentang bentuk tubuh haiwan dan tumbuhan. Konsep bentuk ini diterapkan
kepada bentuk perkataan bahasa manusia, manakala mengikut Raminah Hj.
Sabran dan Rahim Syam (1985) pula, morfologi ialah satu bidang dalam kajian
bahasa yang mengkaji perkataan dan cara-cara pembentukkannya.
Kajian dalam bidang morfologi terdiri daripada tiga subbidang, iaitu:
Struktur kata
Bentuk kata
Penggolongan kata
(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU )
Aktiviti 1:
Sila buat nota ringkas berkaitan tentang takrif morfologi dan
bidang kajiannya.
1.2 Struktur kata
Struktur kata merupakan susunan bentuk bunyi ujaran (lisan) atau
lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Susunan bentuk
bunyi ujaran atau lambang ini boleh dikesan berdasarkan binaan suku kata.
Binaan suku kata dalam struktur bahasa Melayu terdiri daripada dua pola, iaitu:
i. Pola suku kata terbuka
ii. Pola suku kata tertutup
Pola suku kata terbuka ialah binaan struktur suku kata yang diakhiri
dengan huruf vokal a,e,i,o, dan u. Sebaliknya bagi pola suku kata tertutup,
binaan struktur suku katanya diakhiri dengan huruf konsonan. Pola suku kata ini
boleh hadir sama ada pada awal, tengah ataupun akhir suku kata sesuatu
perkataan. Perhatikan contoh berikut:
i. Pola suku kata terbuka :
o a + pi
o bo + la
o ke + re + ta
o a + ro + ma
(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU )
PerkataanSuku kata
awal tengah akhir
api a - pi
bola bo - la
kereta ke re ta
aroma a ro ma
Bagi setiap suku kata dalam perkataan di atas menunjukkan pola suku
kata terbuka. Cuba perhatikan huruf-huruf akhir setiap suku kata
berkenaan. Apakah huruf yang hadir pada akhir perkataan tersebut?
ii. Pola suku kata tertutup :
o bin + tang
o am + bil
o ker + tas
o teng + gi + ling
PerkataanSuku kata
awal tengah akhir
bintang bin - tang
ambil am - bil
kertas ker - tas
tenggiling teng gi ling
Perkataan-perkataan di atas menunjukkan pola suku kata tertutup.
Cuba perhatikan huruf-huruf akhir setiap suku kata berkenaan. Apakah
huruf yang hadir pada akhir perkataan tersebut?
(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU )
Pola suku kata akhir pula merujuk kepada kehadiran suku kata pada akhir
dalam setiap perkataan. Dalam binaan struktur kata bahasa Melayu, kehadiran
pola ini boleh terdiri daripada suku kata akhir terbuka ataupun suku kata akhir
tertutup.
Aktiviti 2:
Senaraikan lima perkataan yang menggandungi
i. pola suku kata akhir terbuka
ii. suku kata akhir tertutup.
Dalam bahasa Melayu, struktur katanya terdiri daripada dua jenis.; iaitu
struktur kata asli dan struktur kata pinjaman. Terdapat 11 jenis struktur suku
kata dalam bahasa Melayu. Hanya empat jenis struktur kata yang dikenal pasti
sebagai struktur kata asli, manakala bakinya terdiri daripada struktur kata
pinjaman bahasa asing.
1.2.1 Struktur Kata Asli
Berikut adalah contoh struktur suku kata asli bahasa Melayu:
Struktur kata asli Suku kata
v a + ku
vk am + bil
kv bo + la
kvk kam + bing
(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU )
1.2.2 Struktur Kata Pinjaman
Struktur suku kata pinjaman daripada bahasa asing berserta contohnya,
Struktur kata pinjaman Suku kata
kkv pro + jek
kkvk prak + tis
vkk ins +pi + ra + si
kvkk kon + teks
kkvkk kom + pleks
kkkv stra + te + gi
kkkkvk struk + tur
:
Aktiviti 3:
Sila senaraikan tiga perkataan bagi
i. struktur kata asli bahasa Melayu.
ii. struktur kata pinjaman bahasa asing.
Secara ringkasnya, struktur kata dalam bahasa Melayu terdiri daripada struktur
kata asli dan struktur kata pinjaman.
Rehat sebentar.
(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU )
1.3 Bentuk Kata
Perkataaan ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna,
yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa.
Setiap perkataan dimulai dan diakhiri oleh sempadan perkataan yang bersifat
abstrak dan hanya wujud dalam fikiran kita.
Bentuk kata boleh terdiri daripada satu mofem atau susunan beberapa
morfem. Proses pembentukan kata menghasilkan bentuk-bentuk kata seperti
yang berikut:
kata tunggal – terhasil melalui proses gabungan suku kata kata terbitan – terhasil melalui proses pengimbuhan kata majmuk – terhasil melalui proses pemajmukan kata ganda – terhasil melalui proses penggandaan
Bentuk Kata Proses Contoh Kata
Kata Tunggal Gabungan suku kata jalan
Kata Terbitan Pengimbuhan berjalan
Kata Majmuk Pemajmukan jalan raya
Kata Ganda Penggandaan berjalan-jalan
Perbincangan tentang bentuk dan proses pembentukan akan dijalankan semasa interkasi semuka
(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU )
1.4 Pengolongan Kata
Perkataan dalam sesuatu bahasa dapat digolongkan ke dalam golongan
tertentu. Antara kriteria yang diambil bagi menggolongkan sesuatu perkataan itu
ialah:
struktur fonologi atau bunyi
struktur morfem
sintaksis
semantik.
Tatabahasa Dewan (Nik Safiah Karim, et al., 2009:81) menggolongkan
perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu berdasarkan kriteria sintaksis dan
semantik. Kriteria sintaksis dilihat berdasarkan kehadiran sesuatu perkataan itu
sebagai konstituen dalam ayat, iaitu klausa dan frasa. Kriteria semantik pula
merupakan unsur yang memberi makna bagi sesuatu perkataan itu berdasarkan
situasi dan konteksnya.
Oleh yang demikian, golongan kata dalam bahasa Melayu dibahagikan
kepada empat, iaitu:
i. Kata nama
ii. Kata kerja
iii. Kata adjektif
iv. Kata tugas
Perbincangan tentang penggolongan kata ini akan dihuraikan dalam bab
berikutnya dalam modul ini.
(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU )
Buat Nota :
Bina peta minda berkaitan dengan bentuk kata, proses
pembentukan kata dan penggolongan kata.
Rehat sebentar, kemudian teruskan dengan aktiviti di bawah.
Aktiviti 4
1. Secara individu anda dikehendaki melayari internet untuk
mendapat bahan tentang definisi morfologi bahasa Melayu.
2. Selain itu, anda juga dikehendaki mengumpul maklumat
tentang Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu.
BACAAN TAMBAHAN
Nik Safiah et al. (2009). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU )
Asmah Haji Omar, (2009). Nahu Melayu Mutakhir Ed. 5. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan. (2006). Morfologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : PTS
Profesional.
Raminah Hj. Sabran dan Rahim Sham. (1985). Kajian Bahasa Untuk Pelatih
Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.
Hashim bin Musa, 1993, Binaan dan Fungsi Perkataan dalam Bahasa Melayu:
Satu Huraian dari Sudut Tatabahasa Generatif. Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur.
TAJUK 2 GOLONGAN KATA
2.0 Sinopsis
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang golongan kata Bahasa
Melayu. Terdapat empat golongan kata yang dimuatkan dalam tajuk ini:
a. Kata Nama
b. Kata Kerja
c. Kata Adjektif
d. Kata Tugas
2.1 Kata Nama
Kata nama ialah perkataan yang boleh menjadi unsur inti pada binaan
frasa nama dan lazimnya kata ini menamakan orang, tempat atau benda. Kata
(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU )
nama dapat dibahagikan kepada tiga subgolongan, iaitu kata nama am, kata
nama khas dan kata ganti nama. Lihatlah rajah di bawah.
Kata Nama Am Kata Nama khas Kata Ganti Nama
Contoh bagi setiap subgolongan adalah seperti rajah di bawah.
Kata Nama Am Kata Nama Khas Kata Ganti Nama
Abstrak
roh mimpi keamanan perasmian
Hidup (manusia)
Hanif Syarifah Alawiyah
Tunjuk
itu ini
Konkrit
jari
Hidup (bukan manusia)
Hevea Brasilia (getah)
Diri (orang pertama)
ia
Kata Nama
(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU )
meja kipas rumah ladang durian
Manihot utilissima (ubi kayu)Si Belang Comel
saya aku beta kami
Tak hidup
Gunung Ledang Proton Wira Planet Marikh
Diri (orang kedua)
awak kamu anda
Diri (orang ketiga)
dia beliau mereka baginda
Diri (Tanya)
apa mana siapa
2.2 Kata Kerja
Kata kerja ialah kata yang menyatakan makna perbuatan atau perlakuan. Kata
kerja menjadi inti bagi binaan frasa kerja. Kata kerja mudah dikenali terutamanya kata
kerja terbitan. Apabila kata tersebut mempunyai imbuhan seperti yang disenaraikan di
bawah, kata tersebut ialah kata kerja.
Imbuhan Contoh
awalanme-, men-, mem-, meng-, menge-, ber-, ter-, di-, memper-,
(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU )
akhiran-kan, -i.
apitan
me-…-kan, men-…-kan, mem-…-kan, meng-…kan,
ber-…-kan, ber-…-an, di-…-kan, me-..-i, men-…i, meng-…-i,
di-…-i, memper-…-kan, memper-…-i, , diper-…-kan, diper-…-i
Kata kerja boleh dibahagikan kepada dua jenis seperti rajah di bawah:
Kata Kerja
Kata kerja transitif Kata kerja tak transitif
Aktif Pasif Berpelengkap Tanpa pelengkap
2.2.1 Kata Kerja Transitif
Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang
terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Objek ini
dipanggil penyambut.
(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU )
Contoh: Pemburu menembak rusa.
Kata ‘menembak’ ialah kata kerja transitif aktif kerana kata tersebut
perlu diikuti oleh objek (rusa) untuk melengkapkan maksudnya. Terdapat dua
jenis kata kerja transitif, iaitu kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif
pasif.
a) Kata kerja transitif aktif
Kata kerja ini umumnya ditandai oleh imbuhan me-,
me- … -kan, me- …-i, memper-, memper- …- kan,
memper-…-i.
Contoh dalam ayat:
1. Suzana menulis surat.
2. Murid-murid menaikkan bendera.
3. Guru Besar memasuki stor sukan.
4. Penghulu memperbesar anjung rumahnya.
5. Encik Zahari memperisterikan anak sulungnya.
b) Kata kerja transitif pasif
(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU )
Kata ini ialah hasil daripada perubahan ayat aktif menjadi ayat
pasif. Kata kerja ini umumnya ditandai oleh imbuhan di-, di-…-kan,
di-…-i, di-…-per, diper- …-kan, diper-…-i.
Contoh dalam ayat:
1. Surat ditulis oleh Suzana.
2. Bendera dinaikkan oleh murid-murid.
3. Setor sukan dimasuki oleh Guru Besar.
4. Anjung rumahnya diperbesar oleh Penghulu.
5. Anak sulungnya diperisterikan oleh Encik Zahari.
Walau bagaimanapun, bagi ayat pasif yang pelakunya orang pertama
dan kedua, bentuk kata kerja yang mempunyai imbuhan di-, di-...-kan, di-…-i.,
di-…-per, diper- …-kan, dan diper-…-i, tidak digunakan. Perhatikan bentuk
kata kerja dalam ayat pasif di bawah:
Ayat pasif diri ketiga Ayat pasif diri pertama dan kedua
Laporan itu ditulis oleh beliau.
Laporan itu saya tulis. Laporan itu kamu tulis.
Bendera dinaikkan oleh mereka sewaktu perhimpunan.
Bendera kami naikkan sewaktu perhimpunan. Bendera awak naikkan sewaktu perhimpunan.
Ucapan perasmian disampaikan oleh Guru Besar.
Ucapan perasmian akan saya sampaikan. Ucapan perasmian akan tuan sampaikan.
(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU )
Banyak kesalahan yang dilakukan oleh pengguna bahasa tentang penggunaan kata kerja pasif ini.
Contohnya:
Kereta yang mereka naiki telah melanggar seorang pejalan kaki.
Sepatutnya:
Kereta yang dinaiki oleh mereka telah melanggar seorang pejalan.
2.2.2 Kata kerja tak transitif
a) Berpelengkap
Kata kerja tak transitif berpelengkap mesti diikuti oleh pelengkap untuk
menyempurnakan maksud ayat.
Contoh: Adiknya menjadi doktor.
Kita mesti berbuat baik.
Kata ‘menjadi’ dan ‘berbuat’ ialah kata kerja tak transitif yang mesti
diikuti oleh pelengkap.
Contoh kata ‘doktor’ dan ‘baik’ untuk menyempurnakan maksud ayat
tersebut.
(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU )
Ayat yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan
Contoh: Doktor dijadikan oleh adiknya (salah).
Berdasarkan huraian di atas, kenal pasti dan catatkan pelengkap-pelengkap bagi tiga contoh ayat yang di bawah.
i) Pelengkap kata nama Mereka ada tetamu.
ii) Pelengkap kata adjektif Hubungan kedua-dua orang itu bertambah kukuh.
iii) Pelengkap frasa sendi nama. Pak Samad tinggal di Kampung Baru.
b)Tanpa pelengkap
Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang
boleh berdiri sendiri tanpa penyambut.
Contoh:
Budak itu menangis.
Ayahnya belum kembali.
Cikgu Zainal sedang bersembahyang.
(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU )
Kata kerja ini boleh diikuti oleh unsur keterangan. Lihatlah contoh di bawah:
Budak itu menangis kerana lapar.
Ayahnya belum kembali sejak semalam.
Cikgu Zainal sedang bersembahyang di biliknya.
2.3 Kata Adjektif
Kata adjektif dikenal juga sebagai kata sifat. Kata adjektif
menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata nama. Kata
adjektif boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. Ciri inilah yang
membezakan kata adjektif dengan kata nama atau kata kerja.
Contoh kata adjektif:
besar (sangat besar) rajin (sangat rajin) tinggi (tinggi sungguh) laju (laju sangat) banyak (banyak sekali) kasar (sungguh kasar)
Kata adjektif ada beberapa jenis seperti dalam rajah di bawah:
Bil. Kata adjektif Contoh
i. sifatan atau keadaan berani, pandai, kasar, lemah, sihat
ii. warna merah, biru, hijau, kuning, kelabu
(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU )
iii. ukuran panjang, pendek, kecil, nipis, renek
iv. bentuk bulat, bundar, lekuk, leper, lonjong
v. waktu baharu, lewat, lambat, awal, suntuk
vi. jarak jauh, dekat, hampir
vii. cara cepat, lincah, laju, lambat, selalu
viii perasaan rindu, benci, segan, ragu, sayang
ix. pancaindera sedap, bersih, cantik, bising, harum
Contoh dalam ayat:
a) Badan budak itu lemah kerana tidak makan beberapa hari.
b) Muka gadis itu merah apabila diusik rakan-rakannya.
c) Rambutnya pendek setelah dipotong oleh guru disiplin.
d) Permukaan batu itu lekuk akibat titisan air.
e) Murid-murid yang datang lewat akan dihukum.
f) Rumahnya jauh dari sekolah.
g) Kura-kura berjalan lambat.
h) Maznah rindu akan kampung halamannya.
i) Bilik darjah itu sentiasa bersih.
Kata adjektif dapat digunakan untuk menyatakan tiga darjah perbandingan,
iaitu:
Darjah Perbandingan Kata Adjektif
Contoh:
Darjah biasa. Pokok meranti itu tinggi.
(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU )
Darjah bandingan Mona setinggi ibunya.
Rozi lebih tinggi daripada adiknya.
Darjah penghabisan Gunung Kinabalu gunung yang tertinggi
di Malaysia.
Kata adjektif mempunyai imbuhan se- dan ter- yang menunjukkan darjah perbandingan. Oleh itu, sekiranya anda terjumpa perkataan seperti contoh di bawah, anda perlu golongkan perkataan tersebut dalam kata adjektif.
sebesar sebesar-besar terbesar
sepandai sepandai-pandai terpandai
secantik secantik-cantik tercantik
seputih seputih-putih terputih
pantas sepantas terpantas
2.4 Kata Tugas
Kata Tugas ialah perkataan yang hadir dalam ayat, klausa, atau frasa
untuk mendukung sesuatu tugas, sama ada sebagai penghubung,
penerang, penguat, penentu, pendepan, penafi, pembenar, pemeri atau
tugas-tugas lain.
Lihatlah jenis-jenis kata tugas.
Bil. Kata Tugas1. Kata hubung
2. Kata seru
3. Kata Tanya
4. Kata perintah
5. Kata pangkal ayat
6. Kata Bantu
(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU )
7. Kata penguat
8. Kata penegas
9. Kata nafi
10. Kata pemeri
11. Kata sendi nama
12. Kata pembenar
13. Kata arah
14. Kata bilangan
15. Kata penekan
16. Kata pembenda
Kata-kata tugas di atas dapat dikelompokkan dalam empat kelompok,
iaitu:
i. Kata penyambung ayat
ii. Kata praklausa
iii. Kata prafrasa
iv. Kata pascakata
2.4.1 Kata Penyambung Ayat
Kata Penyambung Ayat ialah kata hubung, iaitu sejumlah perkataan
yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga
menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat
majmuk.
(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU )
Kata Penyambung Ayat(kata hubungan)
Kata hubung gabungan Kata hubung pancangan
Relatif Komplemen keterangan
Kata Praklausa
Kata praklausa ialah sejumlah perkataan yang terletak di hadapan
klausa. Lihatlah jenis kata praklausa di bawah:
Kata Praklausa
Seru tanya pembenar
pangkal ayat
perintah
(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU )
2.4.2 Kata Prafrasa
Kata pembenar ialah sejumlah perkataan yang terletak di
hadapan frasa, iaitu sama ada frasa nama, frasa kerja, atau frasa
adjektif. Jenis-jenis kata prafrasa adalah seperti yang di bawah:
penguat
bantu penegas
bilangan Kata Prafrasa nafi
arah pemeri
sendi nama
2.4.3 Kata pascakata
Bentuk –nya berfungsi sebagai penekan dan pembenda.
i. Kata penekan
Kata penekan ialah satu bentuk yang memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya.
Contoh:
Nampaknya rumah itu akan runtuh pada bila-bila masa.
(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU )
ii. Kata pembenda
Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama.
Contoh:
Tingginya pokok itu 30 kaki.Beratnya guni itu 40 kilogram.
TAJUK 3 SINTAKSIS
3.1Sinopsis
Sintaksis dapat ditakrif sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat, frasa, dan klausa.
(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU )
Modul ini akan menjelaskan kepada anda tentang bidang sintaksis bahasa Melayu yang merangkumi aspek:
Takrif : Frasa Klausa Ayat
Binaan Frasa Klausa Ayat
3.2 Frasa
Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Binaan frasa tidak mengandungi subjek dan predikat. Dalam susunan tatabahasa frasa boleh menjadi konstituen kepada klausa ataupun konstituen frasa itu sendiri.
Cuba anda perhatikan contoh-contoh dalam jadual di bawah:-
FRASA
(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU )
Kucing Seekor kucing Seekor anak kucing Seekor anak kucing jantan
Binaan ayat dasar bahasa Melayu terdiri daripada konstituen utama iaitu subjek dan predikat. Unsur-unsur yang membentuk dua konstituen utama ayat-ayat dasar bahasa Melayu seperti berikut:
i. FN + FNii. FN + FKiii. FN + FAiv. FN + FS
Untuk memahami perbincangan di atas, cuba anda perhatikan contoh-contoh di bawah:
Subjek Frasa Nama
Predikat Susunannya
Ahmad Petani. FN + FN
Cikgu mengajar saya. FN +FK
Kucing itu sangat manja. FN + FA
Ayah ke Kuala Lumpur. FN + FS
3.2.1Jenis-Jenis Frasa
Terdapat empat jenis frasa dalam bahasa Melayu iaitu Frasa Nama, Frasa Kerja, Frasa Adjektif dan Frasa Sendi Nama.
(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU )
3.2.1.1Frasa Nama (FN)
Frasa nama ialah binaan yang dari sudut nahu boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat. Perhatikan contoh-contoh di bawah:
Frasa NamaPredikat
Inti Penerang
Guru bahasa Melayu itu sungguh kreatif.
Kakak budak lelaki itu sudah berpunya.
3.2.2 Frasa Kerja ( FK )
Frasa kerja ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya kata kerja. Kata kerja tersebut boleh merupakan kata kerja tak transitif (KKTT) atau kata kerja transitif (KKT) . KKTT boleh hadir bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan perkataan, manakala KKT mesti diikuti oleh objek atau unsur-unsur lain.
Untuk memahami perbincangan di atas, cuba anda perhatikan contoh-contoh binaan frasa kerja di bawah:-
Frasa NamaPredikat
Inti inti
Ibu bapa
dijemput hadir.
Hutan rimba perlu dijaga.
(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU )
Subjek Frasa Kerja Kata kerja
Mereka membaca buku. KKT
Salmah menyanyi di atas pentas. KKTT
Adik menangis tersedu-sedu.KKTT
Burung itu membuat sarang di atas dahan. KKT
Senaraikan KKTT dan KKT yang terdapat di dalam contoh-contoh ayat di bawah.
SubjekFrasa Kerja
Kata kerjaObjek
keterangan
1. Adik2. Hujan3. Ayah4. Pemburu5. Ibu6. Guru
tidur. turun membaca menembak memasak menyuruh
- - buku. burung. nasimurid-muridnya
dengan lebatnya.
di dapur.berlari pantas.
3.2.3 Frasa Adjektif (FA)
Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sifat atau adjektif sebagai kata intinya. Frasa adjektif yang dibincangkan ialah yang berfungsi sebagai predikat, sebagai unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat. Sebagai unsur keterangan kata adjektif hadir sesudah kata kerja dan sebagai unsur penerang kata adjektif hadir sesudah kata nama.
(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU )
Untuk memahami perbincangan di atas, cuba anda perhatikan contoh-contoh dalam jadual di bawah:-
Subjek (FN) Predikat Fungsi Frasa Adjektif
1.Dia 2.Ahmad 3. Kucing
rajinberlari sangat lajubinatang jinak
FA sebagai predikatFA sebagai unsur keteranganFA sebagai unsur penerang
SubjekFrasa Adjektif
Kata bantu PenguatKata
AdjektifPenguat
1. Adik2. Hujan3. Ayah4. Pemburu5. Nenek6. Hari
sudahmasih--masihmasih
--amatsangat--
pandai.lebat.gembira.cekap.cantikgelap
----amat.benar.
3.2.1.4 Frasa Sendi Nama (FS)
Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu. Kata sendi nama ialah bentuk morfem atau kata yang diletakkannya di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama yang sering digunakan dalam bahasa Melayu termasuklah di, ke, dari, daripada, pada, kepada, untuk, akan, bagi, hingga, oleh, dengan, tentang, sampai dan sebagainya.
(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU )
Untuk memahami perbincangan di atas, cuba anda perhatikan contoh-contoh binaan frasa sendi nama dalam jadual di bawah:-
Subjek Predikat
1. Ayah
2. Surat itu
3. Hadiah
ke bandar.
daripada ibu.
untuk ayah.
SubjekFrasa Sendi Nama
Kata sendi nama
Kata nama arah
Frasa Nama Keterangan
1. Saya
2. Adik
3. Ayah
4. Pemburu
5. Nenek
6. Peniaga itu
dari
ke
di
dari
ke
ke
-
-
belakang
dalam
dalam
belakang
Johor Bahru
sekolah
rumah
hutan
belukar
keretanya
-
-
-
-
mencari kayu.
mengambil sesuatu
3.3 Klausa
Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat yang menjadi konstituen kepada ayat. Klausa terbahagi kepada dua jenis iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas.
(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU )
Klausa bebas ialah klausa yang boleh berdiri sendiri dan boleh bersifat sebagai ayat lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna.Klausa yang tidak dapat berdiri sendiri disebut sebagai klausa tak bebas.
Untuk memahami proses pembentukan klausa, cuba anda perhatikan contoh-contoh di bawah
Klausa bebas/klausa utama Klausa tak bebas
Awak pandai kerana awak rajin belajar
Kami akan hadir sekirannya hari tidak hujan
Mereka akan datang walaupun tanpa diundang
Klausa tak bebas Klausa bebas/klausa utama
Beritahu cikgu bahawa kami akan menghantar tugasan esok
Untuk berjaya kita kena berusaha dengan gigih.
Demi maruah Kita perlu berjuang habis-habisan.
3.4 Ayat
(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU )
Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat.
Contohnya:
Ahmad sedang membuat kerja rumah.
Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu:
(i) Ahmad sedang ...(ii) ... membuat kerja rumah.
Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).
Lihat contoh-contoh berikut dan kaji unsur-unsur (frasa) yang mendasari ayat.
Subjek Predikat Rumus Pola Ayat
Ahmad mengulangkaji tatabahasa FN + FN
Cikgu ke sekolah FN + FS
Fatimah amat rajinFN + FA
Ah Chong seorang usahawan FN + FN
3.4.1 Pola Ayat Dasar
Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa.
(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU )
Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis pola ayat dasar seperti berikut:
Pola Jenis Pola Subjek Predikat
1. FN + FN Encik Sharin ejen insuran,
2. FN + FK Dia menjerit kesakitan,
3. FN + FA Budak itu sangat nakal,
4. FN + FS Pejabat saya di Kuala Terengganu,
Tahukah anda bahawa daripada pola-pola ayat dasar inilah
terbitnya ayat-ayat yang lain yang lebih kompleks sama ada
ayat tunggal atau ayat majmuk, ayat pendek atau panjang, ayat
aktif atau ayat pasif dan sebagainya
3.4.2 Binaan Ayat
Bahagian subjek dan bahagian predikat merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat dalam bahasa Melayu. Subjek dan predikat mempunyai unsur-unsur frasa tertentu. Dalam bahasa Melayu,bahagian subjek ayat terdiri daripada frasa nama sahaja, manakala bahagian predikat ayat boleh terdiri sama ada frasa nama, frasa kerja, ataupun frasa sendi nama. Perhatikan contoh di bawah:
Subjek Ayat Predikat
Unsur frasa Unsur frasa
Ah Tian FN guru senaman. FN
Tipah FN FK
(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU )
membeli gula.
Suara ketua pengawas itu
FN serak-serak basah. FA
Munainady FN ke sekolah. FS
Jadual di atas menunjukkan rumus binaan ayat yang mudah. Bahasa subjek ayat dibina oleh frasa nama, manakala predikat ayat dibina sama ada oleh frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.
3.4.3 Ayat Dasar dan Ayat Terbitan
Perhatikan ayat berikut:
Pelajar itu membaca buku.
Ayat ini terdiri daripada satu klausa kerana mempunyai satu subjek (pelajar itu) dan satu predikat (membaca buku).
Ayat seperti ini dipangil ayat dasar kerana menjadi punca penerbitan ayat-ayat lain.
Jika kita hendak menambah maklumat kepada maklumat kepada maklumat asas itu dengan penerangan kepada maklumat asas itu dengan peneragan kepada subjek atau penerangan kepada predikat, maka ayat berkenaan boleh menjadi seperti berikut:
Pelajar tingkatan enam itu membaca buku. (tingkatan enam
menjadi penerang kepada pelajar, iaitu subjek ayat)
(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU )
LATIHAN
1.Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan anda faham akan penggunaan dan maksudnya.
i. jari-jari ii. suka-sukaiii. tinggi-tinggiiv. angan-angan
2.Tulis semula ayat-ayat di bawah ini supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud asal ayat-ayat tersebut. Bukan semua anak muda berjaya dalam hidup. Mereka berhijrah ke kota. Mereka meninggalkan kampong halaman. Ada antara mereka yang tidak mendapat kerja. Mereka hidup melarat. Mereka mengharapkan belas kasihan orang ramai. Ada juga yang mengharapkan kiriman wang dari kampung. Mereka sepatutnya tinggal di kampung. Mereka boleh mengusahakan sawah dan bendang. Mereka tidak harus mengejar sesuatu yang tidak pasti.
(PKP 3116 SISTEM BAHASA MELAYU )