Post on 12-Apr-2018
7/21/2019 Mazhab Jumhur Dan Ahlul Usul
http://slidepdf.com/reader/full/mazhab-jumhur-dan-ahlul-usul 1/24
MUQADDIMAH
Penciptaan setiap yang hidup adalah mengikut sunnah Allah yang telah
diintegrasikan serasi dengan fitrah kejadiannya. Hakikat penciptaan yang maha hebat
daripada Yang Maha Mencipta telah mengaturkan kehidupan dengan begitu sistematik dan
saling berhubungan amat memerlukan bentuk-bentuk peraturan yang bersesuaian. Maha
Suci Allah yang maha Bijaksana telah memberi garis panduan dalam menetapkan peraturan
– peraturan tertentu sebagaimana termaktub di dalam Al Quran. Peraturan atau undang-
undang yang telah Allah S.W.T. tetapkan dan ditentukan kepada manusia adalah lengkap,
iaitu dengan meliputi aspek akhlak, ibadat, muamalat, politik dan sosial. Hal tersebut
kerana Allah S.W.T. yang mencipta manusia dan amat mengetahui apa yang diperlukan dan
sesuai dengan manusia itu. Dalam hal itu, segala peraturan agama dan hukum yang datang
daripada Allah dinamakan hukum syarak ( Abd Latif Muda 1997). Para ulama Islam
membahagikan hukum syarak iaitu apa yang terhasil daripada Al-Quran dan As-sunnah
sebagai "Ketetapan dari Allah ke atas perbuatan perbuatan hamba yang mukallaf sama ada
ia perlu dilakukan atau perlu ditinggalkan atau diberi pilihan untuk melakukannya atau
meninggalkannya.Pembahagian hukum syarak yang disepakati oleh jumhur ulama terdiri
daripada dua bahagian iaitu hukum taklifiyy dan hukum wad’iyy. Hukum taklifiyy adalah perbuatan yang dituntut oleh Allah ke atas mukallaf supaya melakukan atau meninggalkan
sesuatu perbuatan atau memilih sama ada melakukan atau tidak perbuatan tersebut. Hukum
wad’iyy pula merupakan tuntutan menjadikan sesuatu itu sebagai sebab atau syarat atau
penghalang ke atas wujudnya sesuatu hukum.
Tugasan ini, akan membincangkan mengenai ;-
I. Definisi Mazhab,Pengenalan mazhab Jumhur dan Mazhab Ahlul Usul.II. Sejarah Perkembangan mazhab dan Imam-Imam Mazhab Muktabar.
III. Pembahagian hukum menurut Mazhab Jumhur dan Mazhab Ahlul usul.
IV. Perselisihan dalam Mazhab Jumhur dan Mazhab Ahlul usul
V. Kesimpulan mengenai perbezaan pendapat dalam hukum syarak.
7/21/2019 Mazhab Jumhur Dan Ahlul Usul
http://slidepdf.com/reader/full/mazhab-jumhur-dan-ahlul-usul 2/24
1. DEFINISI MAZHAB
Maksud mazhab jika dilihat dari kalimah "Zahaba" ertinya pergi.Dari segi
bahasa pula ialah tempat untuk berjalan ataupun jalan itusendiri (Kamus al-Marbawi
2000).Dari segi istilahnya pula mazhab membawa maksud hukum-hukum yang terdiri dari
himpunan masalah.Mazhab boleh juga diistilahkan sebagai mengikut sesuatu yang
dipercayai atau dasar pendirian yang diikuti sebagaimana menurut kata-kata Imam As-
Syafi’ie: “Apabila telah sah hadis, maka itulah mazhabku.” (Apabila ada hadis yang sahih,
itulah mazhab atau dasar pendirian beliau.)Jadi,mazhab seharusnya difahami sebagai
sebuah disiplin ilmu (manhaj) untuk kita memahami al-Qur’an dan al-Sunnah.Di
Malaysia,kita berpegang kepada mazhab Syafi’ie khususnya dalam bab ibadat dan
munakahat atau disebut juga fardhu ’ain.Namun dalam bidang-bidang lain seperti
mu’amalat, jinayat, kehakiman dan perundangan serta isu-isu kontemporari, jelas
menunjukkan kerajaan dan umat Islam tidak terikat hanya kepada mazhab Syafi’ie.
1.1 SEJARAH KEMUNCULAN MAZHAB
Kewafatan Rasulullah s.a.w meninggalkan syari’at Islam yang terus
berkesinambungan dan dipraktikkan oleh para sahabat.Sebab itu,pada zaman para sahabatijtihad telah berkembang. Para sahabat mempunyai asas dan kaedah istinbat yang tersendiri
dalam menentukan hukum-hukum tertentu. Kaedah sahabat ini diwarisi oleh para Tabi’in
dan dimantapkan lagi dengan perletakan kaedah/ metode/ manhaj yang lebih jelas dan
tersusun.Manakala pada zaman Tabi’ al- Tabi’in dengan perluasan wilayah Islam,
perkembangan dan percampuran golongan Arab dengan masyarakat antarabangsa,
kemahiran bahasa menjadi agak terjejas.Sedangkan keperluan kepada ijtihad semakin
mendesak.Satu garis panduan yang jelas tentang kaedah memahami nas dan melaksanakanistinbat hukum perlu diwujudkan dan dipelajari oleh generasi ini. Maka, dari situlah
lahirnya imam-imam yang mencetuskan aliran utama dalam memahami hukum dan
mengeluarkan hukum-hakam feqah untuk diamalkan oleh kaum muslimin pada waktu itu.
Metod ahli Iraq yang berpusat di Kuffah pila dikenali sebagai aliran ahli rakyi
(menggunakan akal dan pendapat dalam mengeluarkan hukum-hakam dalam
menyelesaikan masalah yang baru) yang diketuai oleh Imam Abu Hanifah.Metod ahli Hijaz
pada waktu itu dikenali sebagai aliran ahli hadis Aliran ahli hadis kemudiannya dikenali
melalui tokohnya, iaitu Imam Malik.
7/21/2019 Mazhab Jumhur Dan Ahlul Usul
http://slidepdf.com/reader/full/mazhab-jumhur-dan-ahlul-usul 3/24
Perbezaan pendapat diantara kedua-kedua aliran ini pada asalnya harmoni.Tetapi
menjadi keruh apabila diwarnai dengan ketaksuban para pengikutnya.Untuk menyelesaikan
masalah ini, Imam al-Syafi’ie pula mambawa metod baru yang menggabungkan antara
kedua-dua aliran tersebut.Aliran baru ini dapat dilihat dalam disiplin ilmu baru yang
disusunnya, iaitu ilmu Usul al-Fiqh melalui karya agung beliau iaitu al-Risalah. Al-Risalah pada asalnya merupakan surat yang ditulis sempena permintaan rakannya iaitu Abdul
Rahman al-Mahdi agar beliau dapat menyelesaikan pertelagahan yang wujud diantara
kedua-dua aliran iaitu ahli hadis dan ahli rakyi. Surat itu menghimpunkan kaedah baru yang
beliau susun dan dikirimkan kepada abdul Rahman al-Mahdi. Hal itu telah memeranjatkan
al-Mahdi. Perasaan takjubnya terhadap Imam al-Syafi’ie dan juga surat itu telah
dirakamkan pada mukaddimah surat tersebut yang akhirnya dikenali sebagai buku Usul al-
Fiqh yang pertama dan ia dinamakan sebagai al-Risalah yang bermaksud surat.Metod Imam al-Syafi’ie akhirnya membentuk alirannya tersendiri dan mempunyai
para pengikut setia.Aliran ini akhirnya membentuk aliran ketiga di kalangan kaum
muslimin selepas dua aliran sebelumnya.Anak murid Imam al-Syafi’ie iaitu Imam Ahmad
ibn Hanbal pula telah memulakan aliran yang keempat dengan memodifikasikan aliran
Imam al-Syafi’ie dengan menumpukan kepada hadis dan periwayatannya.Ahmad Ibn
Hanbal berjaya mendapat pengikut yang ramai melalui perjuangannya yang cekal
mempertahankan akidah ahli sunnah dalam berhadapan dengan pihak penguasa yang
beraliran Mu’tazilah.
Sehingga kini, empat aliran yang dibincangkan tadi mendominasi aliran pemikiran
umat Islam dalam usaha mereka beramal dengan hukum-hukum syara’ melalui dalil-dalil
daripada al-Quran dan al-Sunnah.Aliran-aliran pemikiran yang terbina melalui kaedah-
kaedah yang tersendiri inilah yang dikenali sebagai mazhab.Mazhab-mazhab ini akhirnya
disandarkan kepada para pengasasnya.Contohnya, seperti Mazhab Maliki diambil sempena
nama pengasasnya iaitu Imam Malik bin Anas, Mazhab Hanafi diambil sempena nama
Imam Abu Hanifah bin Nu’man, Mazhab Syafi’e pula diambil sempena nama Imam
Muhammad bin Idris al-Syafi’e dan Mazhab Hanbali dinisbahkan kepada Imam Ahmad bin
Hanbal.
1.2 PEMBAHAGIAN GOLONGAN MAZHAB
Dalam Islam, istilah mazhab secara umumnya digunakan untuk dua tujuan iaitu dari
sudut akidah dan dari sudut fiqh.Mazhab akidah ialah apa yang bersangkut-paut dengan
soal keimanan, tauhid, qada’ dan qadar, hal-hal sam’iyat, kerasulan dan sebagainya. Antara
contoh mazhab-mazhab akidah Islam ialah Mazhab Ahli Sunnah wa al-Jama’ah,Mazhab
7/21/2019 Mazhab Jumhur Dan Ahlul Usul
http://slidepdf.com/reader/full/mazhab-jumhur-dan-ahlul-usul 4/24
Syiah,Mazhab Khawarij dan Mazhab Mu’tazilah.Setiap daripada kumpulan mazhab akidah
ini mempunyai mazhab-mazhab fiqhnya yang tersendiri.
Hingga ke saat ini,mazhab yang digunakan terbahagi atas dua kelompok besar yang
menjadi ikutan atau taklid umat Islam seluruh dunia iaitu mazhab golongan Sunni (Ahlus-sunnah wal Jamaah) dan mazhab golongan Syi’ah.Mengikut pendapat ulama Sunni,mazhab
muktabar yang boleh dibuat pendapat dan beramal untuk umum cuma empat mazhab yang
mengikut qaul yang rajih iaitu Hanafi,Maliki,Syafi’ie dan Hanbali.Keempat-empat mazhab
ini mempunyai peraturan, kaedah dan panduan yang sempurna lagi lengkap yang ditulis
oleh mereka dalam kitab masing-masing.Ianya juga bererti sejumlah fatwa atau pendapat-
pendapat seorang alim besar iaitu pelopor atau pengasas kepada setiap mazhab tersebut
yang bergelar Imam dalam urusan agama,baik dalam masalah ibadah ataupun lainnya.Selain golongan Sunni, golongan Syi’ah juga memiliki mazhab mereka sendiri.
Pada awalnya banyak mazhab yang terdapat pada golongan Syi’ah. Namun dalam
perkembangannya, saat ii hanya ada tiga mazhab yang masih bertahan. Ketiga mazhab
tersebut adalah Itsna ‘Asyariah (paling banyak diikuti), Ismailiyah dan Zaidiyah . Di dalam
keyakinan utama Syi’ah,Ali bin Abu Thalib dan anak-cucunya dianggap lebih berhak untuk
memegang tampuk kepemimpinan sebagai khalifah dan imam bagi kaum muslimin.Di
antara ketiga mazhab Syi’ah terdapat perbedaan dalam hal siapa saja yang menjadi
imam dan pengganti para imam tersebut pada saat ini.
1.3 PENGENALAN MAZHAB JUMHUR
Bagi Islam Sunnah, terdapat empat mazhab sahaja yang diiktiraf dan muktabar iaitu
Syafie, Maliki, Hanafi dan Hanbali.Keempat-empat mazhab ini mempunyai peraturan,
kaedah dan panduan yang sempurna lagi lengkap yang ditulis oleh mereka dalam kitab
masing-masing.Ia menjadi bahan tidak ternilai dalam perbendaharaan undang-undang
Islam.Kesemua mereka ini berada dalam bidang Usul al-Fiqh ataupun juga dikenali sebagai
mujtahid mutlaq.
Maka, sebab itulah keempat-empat mazhab ini dikenali sebagai Mazhab Jumhur yang
bermaksud aliran mazhab yang terkenal dan muktabar serta mempunyai panduan lengkap
dan menyeluruh. Ada juga mazhab-mazhab yang lain lagi selain daripada mazhab yang
empat, tetapi tidaklah begitu terkenal dan lengkap dan tidak mempunyai kaedah-kaedah
usul-usul dan tidak mempunyai kaedah-kaedah yang cukup yang dibukukan untuk
dijadikan panduan dalam bidang perundangan sebagaimana yang empat tadi.
7/21/2019 Mazhab Jumhur Dan Ahlul Usul
http://slidepdf.com/reader/full/mazhab-jumhur-dan-ahlul-usul 5/24
Para ulama’ selepas itu mengembangkan pula metod imam mazhab mereka dengan
mengeluarkan pelbagai fatwa baru yang dikenali sebagai mujtahid mazhab.Aliran mazhab
ini akhirnya bertambah luas apabila para pengikut mereka mula menyebarkan mazhab dan
ajaran imam masing-masing dengan mengeluarkan pelbagai fatwa baru untuk
menyelesaikan masalah semasa.Fatwa-fatwa mereka ini akhirnya memperkayakankhazanah hukum-hakam yang dikenali sebagai pendapat mazhab mereka. Mereka tidak
membina aliran mereka tersendiri tetapi sebaliknya, mereka berlindung dibawah payung
mazhab imam masing-masing dan menggunakan metod mereka dalam memahami al-Quran
dan al-Sunnah untuk mengeluarkan hukum-hukum syara’.
1.4 PENGENALAN MAZHAB AHLUL USUL
Mazhab ahlul usul ini sebenarnya adalah terdiri daripada mazhab fiqh yang masyhur iaitu Mazhab Ahli Sunnah Waljamaah yang terdiri daripada Mazhab Maliki, Hambali,
Syafie dan Hanafi. Mazhab ahlul usul secara ringkasnya bermaksud satu golongan atau ahli
yang pakar dan mahir dalam perkara pokok atau dasar yang digunakan berasaskan sumber
yang sahih iaitu Al-Quran dan Hadith – Hadith rasulullah S.A.W dalam memecahkan
masalah, atau mengistinbatkan hukum-hukum Islam.
Namun, k etiga-tiga Mazhab iaitu Maliki, Hambali dan Syafie lebih dikenali
sebagai Mazhab Jumhur yang mengklasifikasikan hukum syarak kepada lima
bahagian sahaja iaitu ijab , nadb, tahrim, karahah dan ibahah, manakala mazhab
Hanafi pula tetap dikenali sebagai Mazhab Ahlul Usul. Ini disebabkan, ulama Hanafi
menetapkan bahawa hukum taklifiyy terbahagi kepada tujuh bahagian iaitu fardu, ijab,
nadb, tahrim, karahah tahrim, karahah tanzih dan ibahah.
2. PENGASAS MAZHAB
Selepaspemergian Rasulullah s.a.w, para sahabat dan para Tabi’ien, maka lahirlah
aliran-aliran Mazhab Fiqhiyyah yang dipelopori oleh Imam-Imam Mujtahid yang terdiri
daripada Imam Abu Hanifah al-Nu’man, Imam malik bin Anas, Imam as-Syafi’ie dan
Imam Ahmad Ibn Hanbal. Mereka meupakan pelopor kepada kepada empat mazhab ahli
sunnah yang mashur iaitu mazhab Hanafi, Mazhab Maliki, Mazhab Syafi’ie dan Mazhab
Hanbali. Inilah mazhab-mazhab yang jumhur dan menjadi ikutan umat Islam di seluruh
dunia hari ini. Mazhab lain yang ada selain daripada yang empat ini sehingga hari ini dan
mempunyai pengikutnya adalah seperti mazhab Syiah Zaidiyyah dan Syia’h Imamiyyah,
namun ianya tidak jumhur dan bertentangan dengan aliran ahli sunnah wal jamaah.Selain
7/21/2019 Mazhab Jumhur Dan Ahlul Usul
http://slidepdf.com/reader/full/mazhab-jumhur-dan-ahlul-usul 6/24
itu, mazhab-mazhab seperti mazhab al Auza’iy, mazhab al-tabari dan lain-lain sudah
terhapus dan tidak berkesinambungan apabila tiada pengikutnya yang tinggal.
2.1 MAZHAB HANAFI
Diasaskan oleh Nu`man Bin Tsabit. Lahir pada tahun 80 Hijrah. Beliau adalah
seorang berjiwa besar dan berakhlak tinggi. Juga beliau seorang yang bijak dalam ilmu
pengetahuan. Cekap memberikan satu-satu keputusan bagi masalah-masalah yang dihadapi.
Oleh kerana beliau seorang yang berpengetahuan, bijak dan berakhlak mulia, maka beliau
dapat membuat perhubungan yang rapat dengan pembesar negara. Ia mendapat tempat yang
baik dalam masyarakat dan berjaya menyandang jawatan yang tinggi dalam pemerintahan.Iman Abu Hanifah terkenal sebagai seorang alim dalam ilmu fiqh di negeri Iraq.
Dan beliau juga sebagai ketua ahli fikir (ahli ra`u). Golongan cerdik pandai pada masa itu
menyifatkan beliau sebagai "akal dalam ilmu pengetahuan". Semasa hidupnya, beliau dapat
menuruti bermacam-macam pertumbuhan dan perkembangan ilmu pengetahuan, baik di
bidang ilmu dan politik mahupun ilmu agama. Zaman beliau memang dikenali sebagai
zaman pertumbuhan politik, agama dan ideologi-ideologi yang bermacam-macam. Beliau
dapat hidup dalam dua zaman pemerintahan Umaiyah dan juga di zaman pemerintahan
`Abasiyah. Sungguhpun Abu Hanifah seorang yang luas pemikiran dan banyak ilmu. Tetapi
beliau sangat merendah diri. Beliau tidak terpedaya dengan fikirannya sendiri. Dan beliau
pernah berkata "Bahawasanya pendapat kami adalah salah satu dari pendapat dan jika
didapati pendapat yang lebih baik dan tepat maka pendapat itu lebih benar dan utama".
Abu Hanifah seorang yang berperibadi tinggi dalam majlis perbahasan. Beliau tidak
sekali-kali menghina mereka yang berbahas dengan mereka. Mereka tidak pernah
mengkafirkan sesiapa yang berbahas dengannya, kerana beliau berpendapat : "Sesiapa yang
mengkafirkan seseorang maka ia terlebih dahulu kafir dari orang itu."
2.2 MAZHAB MALIKI
Pengasas mazhab Maliki ialah Malik Bin Anas, lahirnya di kota Madinah dalam
tahun 93 hijrah. Beliau dilahirkan 13 tahun selepas lahirnya Iman Abu Hanifah. Semasa
hidupnya, Iman Malik dapat menurut dua corak pemerintahan Umaiyah dan Abasiyah, di
mana perlingkahan sengit dua pemerintahan sering terjadi. Di masa itu juga pengaruh ilmu
pengetahuan Arab, Parsi dan Hindi tumbuh dengan suburnya dikalangan masyarakat di
waktu itu. Iman Malik menghafaz Al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah S.A.W.
7/21/2019 Mazhab Jumhur Dan Ahlul Usul
http://slidepdf.com/reader/full/mazhab-jumhur-dan-ahlul-usul 7/24
Ingatannya sangat kuat dan menjadi adat kepadanya. Manakala beliau mendengar hadith-
hadith daripada guru-guru, terus disimpulkan tali bagi menyenangkan perhitungan bilangan
hadith-hadtih yang sudah beliau pelajari.
Pada permulaan hidup Imam Malik bercita-cita menjadi biduan tetapi ibunya
menasihatkan supaya beliau meninggalkan cita-cita itu, dan meminta beliau supayamempelajari ilmu fiqh, beliau menerima nasihat ibunya dengan baik. Iman Malik adalah
seorang guru yang miskin, pernah satu hari kayu bumbungnya rumahnya telah roboh, terus
beliau menjual kayu itu untuk mendapat sedikit wang untuk perbelanjaan hidupnya, tetapi
pada akhirnya beliau dimurahkan Allah akan rezekinya sehingga beliau menjadi seorang
kaya. Setelah beliau menjadi seorang kaya, beliau memakai pakaian yang mahal dan
memakai bau-bauan yang baik. Imam Malik adalah seorang yang aktif dalam menuntut
ilmu. Beliau banyak membuat perhubungan dengan ahli-ahli hadith dan ulama. Imam Malik dianggap sebagai ketua atau imam bagi ilmu hadith. Sanad-sanad (sandararan-sandaran)
yang dibawa oleh beliau termasuk salah satu sanad-sanad yang terbaik dan benar. Beliau
seorang yang dipercayai, adil dan kuat ingatannya, cermat dan halus memilih rawi-rawi
hadith. Pendek kata Imam Malik adalah orang yang tidak diragui dalam konteks ini. Imam
Malik tetap berpegang teguh S.A.W. dalam menganggap hadith-hadith itu petunjuk,
penyuluh kepada manusia. Tidak harus seseorang meninggalkan dan membelakangkannya.
Sebelum Imam Malik menjadi guru, beliau lebih dahulu mendalami dalam bidang pelajaran
sehingga kadang-kala beliau tidak tidur. Setelah fikiran beliau matang dan benar-benar
berkebolehan barulah beliau mengajar.
Hukum-hukum fiqh yang diberikan oleh Imam Malik adalah berdasarkan Al-Quran
dan hadith. Imam Malik menjadikan hadith sebagai pembantu bagi memahami Al-Quran,
Imam Malik sangat cermat dalam memberi penerangan dan hukum-hukum. Beliau berfikir
panjang sebelum memberi satu-satu hukum atau fatwa. Beliau pernah berkata : "Kadang-
kala aku berjaga satu malam suntuk untuk mencari jawapan bagi satu-satu soalan yang
dikemukakan kepada aku". Apabila beliau ditanya satu-satu hukum, beliau terus berkata
kepada penanya "Pulanglah dahulu supaya aku dapat berfikir". Ramai manusia merendah-
rendahkan Imam Malik dengan sebab beliau melewatkan menjawab sebarang pertanyaan.
Imam Malik menangis dan berkata "Aku bimbang kerana aku akan disoal satu hari nanti
dalam ( hari kiamat)".
2.3 MAZHAB SYAFI’IE
Mazhab Syafie adalah diasaskan oleh Muhamad bin Idris Al-Syafie. Beliau
dilahirkan pada tahun 105 hijrah, sebuah bandar yang bernama Ghizah di Palestin . Beliau
7/21/2019 Mazhab Jumhur Dan Ahlul Usul
http://slidepdf.com/reader/full/mazhab-jumhur-dan-ahlul-usul 8/24
seorang miskin, tetapi kaya dengan semangat dan bercita-cita tinggi dalam menuntut ilmu.
Beliau banyak mengembara dalam menceduk dan menimba ilmu. Imam Syafie dianggap
seorang yang dapat memadukan antara hadith dan fikiran dan membentuk undangundang
fiqh. Pada permulaannya beliau cenderung dalam bidang sastera dan syair-syair, tetapi
beliau mengubah pendiriannya kepada mempelajari ilmu fiqh dan hadith hingga sampailah beliau ke kemuncak yang paling tinggi dalam bidang tersebut. Imam Syafie ialah imam
yang ketiga mengikut susunan tarikh kelahiran. Beliau adalah penyokong kepada ilmu
hadith dan pembaharu agama (mujaddid) bagi abad yang ke-2 hijrah. Imam Ahmad Bin
Hanbal pernah berkata : diceritakan kepada nabi muhamad S.A.W. bahawa Allah
menghantar kepada umat ini seorang pembaharu kepada agama, Umar Bin Abdul Aziz
dihantar untuk abad yang pertama dan aku harap Imam Syafie merupakan mujadid abad
yang kedua. Nama asalnya ialah Muhamad Bin Idris, lahir di bandar Ghazah di Palestin pada
tahun 105 hijrah, inilah tarikh paling masyur dikalangan ahli sejarah. Beliau adalah
keturunan Bani Hashim dan Abdul Mutalib. Keturunannya bertemu dengan keturunan
Rasulullah S.A.W pada datuk Rasulullah iaitu Abdul Manaf. Semasa muda Imam Syafie,
hidup dalam kemiskinan, hingga beliau terpaksa mengumpul batu-batu, belulang, pelepah
tamar dan tulang-tulang untuk ditulis diatasnya, terkadangkadang beliau terpaksa pergi ke
tempat-tempat perhimpunan orang ramai meminta kertas untuk menulis pelajarannya.
Imam Syafie menghafaz Al-Quran dengan mudah, iaitu semasa beliau masih kecil
lagi, beliau menghafaz dan menulis hadith-hadith. Beliau sangat tekun mempelajari kaedah-
kaedah dan nahu bahasa Arab. Untuk tujuan itu beliau pernah mengembara ke kampung
dan tinggal bersama dengan puak Hazyal selama 10 tahun. Kerana puak ( kabilah ) Hazyl
terkenal suatu kabilah yang paling baik bahasa Arabnya. Imam Syafie banyak menghafaz
syair-syair dan qasidah dari puak Hazyl, begitu juga beliau banyak menumpukan masa dan
tenaganya kepada sastera dan sejarah pada masa mudanya, tetapi Allah menghendaki dan
melorongkan kepadanya dalam bidang ilmu fiqh.
Di antara sebabnya, pada suatu hari Imam Syafie bersyair sambil menunggang kuda
bersama-sama beliau seorang lelaki. Lalu berkata lelaki itu ”Tidak sesuai engkau bersyair
kerana itu boleh menjatuhkan maruah. Alangkah baiknya belajar ilmu fiqh.” Kata-kata itu
sangat memberi kesan kepada Imam Syafie. Dari sejak itu beliau menumpukan masa dan
tenaga kepada ilmu fiqh. Salah seorang guru Imam Syafie dalam pelajaran ilmu fiqh dan
hadith ialah Imam Malik. Ilmu fiqh yang dibawa oleh Imam Syafie adalah merupakan satu
zaman perkembangan ilmu fiqh dalam sejarah perundangan Islam kerana beliaulah yang
7/21/2019 Mazhab Jumhur Dan Ahlul Usul
http://slidepdf.com/reader/full/mazhab-jumhur-dan-ahlul-usul 9/24
menghimpunkan atau menyatukan ilmu fiqh ahli-ahli akal dan fikir dengan ilmu fiqh ahli-
ahli akal dan hadith.
Ilmu fiqh Imam Syafie juga merupakan ikatan sunnah dan qias, dan pemikiran
dengan beberapa pertimbangan dan sekatan sebagaimana ia juga ilmu fiqh yang
menetapkan cara-cara atau peraturan untuk memahami Al-Quran dan Al-Hadith. Juga iamenetapkan kaedah-kaedah pengeluaran hukum dan kesimpulannya. Lantaran itulah beliau
berhak dianggap penaja bagi ilmu usul fiqh.
2.4 MAZHAB HANBALI
Nama bagi pengasas Imam Hanbali ialah Ahmad Bin Mohamad Bin Hanbal. Lahir
di bandar Baghdad pada tahun 164 hijrah. Ibnu Hanbal adalah dari keluarga miskin, kerana
bapanya tidak meninggalkan di waktu matinya melainkan sebuah rumah yang kecil yangdidiaminya. Untuk menampung kehidupannya, belaiu terpaksa bekerja di kedai jahit untuk
mengambil upah. Ibnu Hanbal menuntut ilmu sepanjang hayatnya. Beliau tetap
mempelajari hadith sehingga beliau menjadi seorang imam, orang pernah berkata
kepadanya: "Sampai bilakah engkau nak menuntut ilmu? Padahal engkau sudah mencapai
darjat paling tinggi dan engkau telah menjadi imam bagi seluruh umat Islam?" Imam Ibnu
Hanbal menjawab: "Aku menuntut ilmu dari hujung dunia hinggalah ke pintu kubur."
Memang benar beliau tidak pernah jemu menuntut ilmu sepanjang hayatnya. Imam Syafie
adalah salah seorang dari guru Ahmad Bin Hanbal. Ibnu Hanbal bertemu Imam Syafie
semasa di Hijaz, sewaktu beliau menunaikan fardu haji, Imam Syafie mengajar di Masjidil
Haram. Ibnu Hanbal mempelajari daripadanya, kemudian mereka bertemu pula pada kali
kedua di Baghdad, Imam Syafie menasihatinya supaya beliau mengikutnya ke Mesir. Imam
Ibnu Hanbal bercadang mengikutinya tetapi niatnya tak sampai.
3. PEMBAHAGIAN HUKUM SYARAK MENGIKUT PENDAPAT MAZHAB
JUMHUR DAN MAZHAB AHLUL USUL.
Hukum syarak ialah kalam (khitab) Allah S.W.T yang berkaitan dengan perbuatan
mukallaf yang mengandungi tuntutan ( ) ke atas mukallaf supaya melakukan atau
meninggalkan sesuatu perbuatan, atau mengandungi pilihan ( ) sama ada hendak
melakukan sesuatu atau tidak atau berkaitan dengan perkara yang lebih umum dari
perbuatan mukallaf dari segi menjadikan sesuatu sebagai sebab, syarat atau penghalang
bagi adanya sesuatu yang lain, atau menjadikan keadaan sesuatu sebagai sah atau fasid.
Ketetapan ini diketahui berdasarkan penelitian terhadap dalil-dalil Syara' iaitu al-Quran, as-
7/21/2019 Mazhab Jumhur Dan Ahlul Usul
http://slidepdf.com/reader/full/mazhab-jumhur-dan-ahlul-usul 10/24
Sunnah, Ijma', Qias dan sebagainya oleh para ahli Fiqh atau Mujtahid. Daripada
pengertian hukum syarak di atas dapatlah dirumuskan bahawa hukum syarak ini terbahagi
kepada dua jenis iaitu Hukum Taklifi dan Hukum Wadhi’
3.1 Hukum Taklifi
Hukum Taklifi adalah hukum yang mengandung perintah, larangan, atau memberi
pilihan terhadap seorang mukallaf untuk berbuat sesuatu atau tidak berbuat. Perbuatan-
perbuatan hamba mengikut hukum taklifi berada dalam tiga kelompok besar iaitu;
i) Perbuatan-perbuatan yang dituntut supaya dilakukan.
Jika jenis tuntutan adalah jazam (yakni mesti), maka ia dinamakan Fardhu atau Ijab.
Adapun jika jenis tuntutan adalah tidak jazam (tidak mesti), iaitu hanya galakan sahaja,
maka ia dinamakan Nadb.
ii) Perbuatan-perbuatan yang dituntut supaya ditinggalkan.
Jika jenis tuntutan supaya ditinggalkan itu adalah jazam (yakni mesti), maka ia
dikategorikan sebagai Tahrim. Adapun jika jenis tuntutan adalah tidak jazam (tidak
mesti), iaitu hanya galakan sahaja, maka ia dinamakan Karahah.
iii) Perbuatan-perbuatan yang diberi pilihan
Ini bermaksud terserah kepada manusia sama ada ingin melakukannya atau
meninggalkannya dan ia dinamakan Mubah
3.1.1 Pembahagian Hukum Taklifi Menurut Mazhab Jumhur ( Maliki, Syafi’ie dan
Hanbali )
Menurut mazhab jumhur, perbuatan-perbuatan mukallaf mengikut hukum Syarak
terbahagi kepada lima bahagian iaitu;
I. Ijab
Khitab Allah yang meminta supaya melakukan sesuatu perkara dengan tuntutan
yang pasti.Iaitu perbuatan-perbuatan atau amalan-amalan yang mesti atauwajib dilakukan
7/21/2019 Mazhab Jumhur Dan Ahlul Usul
http://slidepdf.com/reader/full/mazhab-jumhur-dan-ahlul-usul 11/24
di mana jika ditinggalkan akan berdosa. Contohnya solat lima waktu dan zakat. Firman
Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 110;
…
Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat …
Ayat di atas menjelaskan bahawa solat dan zakat itu adalah Wajib kerana ia satu
bentuk tuntutan yang pasti (jazmun) iaitu berdasarkan dalil qat'i, al-Quran al-Karim.
II. Nadb
Iaitu perbuatan-perbuatan atau amalan-amalan yang digalakkan melakukannya oleh Syarak
iaitu diberi pahala sesiapa yang melakukannya, namun tidaklah berdosa jika
ditinggalkannya. Contohnya Solat sunat rawatib berdasarkan hadith Nabi s.a.w.
Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW telah bersabda ; "Sesiapa yang bersembahyang enam
rakaat sesudah Maghrib tiada diselang antaranya dengan sesuatu bicara nescaya samalah
pahalanya dengan ibadat dua belas tahun.'Riwayat Ibnu Majah, Ibn Khuzaimah dan At-
Turmuzi.
Hadith di atas menunjukkan bahawa anjuran supaya bersolat sunat rawatib adalah Sunat
(Mandub) bukannya Wajib.
III. Tahrim
Iaitu amalan-amalan atau perbuatan-perbuatan yang mesti ditinggalkan di mana jika
dilakukan akan berdosa.Contohnya seperti larangan meminum arak berdasarkan firman
Allah dalam Surah Al-Maidah ayat 90:
7/21/2019 Mazhab Jumhur Dan Ahlul Usul
http://slidepdf.com/reader/full/mazhab-jumhur-dan-ahlul-usul 12/24
“ Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan
pemujaan berhala, dan mengundi nasib Dengan batang-batang anak panah, adalah
(Semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya
supaya kamu berjaya.”
Ayat di atas menjelaskan bahawa perbuatan meminum arak itu adalah Haram kerana iasatu bentuk tuntutan yang pasti (jazmun) iaitu berdasarkan dalil qat'i iaitu al-Quran al-
Karim.
IV. Karahah
Menurut mazhab jumhur maksud hukum ini ialah amalan-amalan atau perbuatan-
perbuatan yang digalakkan meninggalkannya iaitu diberi pahala kepada orang yang
meninggalkannya (kerana Allah), namun tidak dikira berdosa jika dilakukannya. Contohnya
seperti duduk di dalam masjid sebelum solat tahayyatul masjid berdasarkan Sabda
Rasulullah S.A.W :
:)
)
Maksudnya : Apabila kamu masuk ke dalam masjid, janganlah duduk sehingga solat dua
rakaat (solat sunat tahayyatul masjid).
Dalil ini membawa kepada hukum makruh perbuatan tersebut kerana tuntutan yang
tidak tegas ini dapat diketahui melalui lafaz larangan ( Nahi) tetapi terdapat Petunjuk
(qarinah) yang meunjukkan tuntutan itu tidak secara keras.
V. Mubah
Iaitu perbuatan-perbuatan atau amalan-amalan yang diserah kepada pilihan manusia
samaada ingin melakukannya atau meninggalkannya di mana sebarang pilihannya tidak
akan membawa implikasi dosa atau pahala. Misalnya, firman Allah swt dalam surah Al-
Jumu’ah ayat 10;
Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi
(untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa Yang kamu hajati dari
7/21/2019 Mazhab Jumhur Dan Ahlul Usul
http://slidepdf.com/reader/full/mazhab-jumhur-dan-ahlul-usul 13/24
limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam Segala keadaan),
supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat).
Ayat tersebut menunjukkan hukum kepada perbuatan berusaha mencari rezeki selepasSolat Jumaat adalah harus melalui lafaz suruhan (amr) kerana ada Petunjuk (qarinah)
yang menunjukkan diberi kebebasan.
3.1.2 Pembahagian Hukum Taklifi Menurut Pendapat Mazhab Alul Usul ( Al-
Hanafiah)
Golongan Hanafiyah pula membahagikan Hukum Taklifi kepada 7 bahagian iaitu:-
I. Fardhu
Khitab atau titah Allah yang menuntut melakukan sesuatu perbuatan dengan
tuntutan yang pasti yang berdasarkan dalil Qat’i. Contohnya, membaca mana-
mana surah dalam solat adalah Fardhu kerana ia berdasarkan dalil qat'i iaitu
firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Maka bacalah apa yang mudah (bagimu)
dari Al-Quran”(Al-Muzammil 73:20) .
II. Ijab
Khitab atau perintah Allah yang menuntut melakukan sesuatu perbuatan
dengan tuntutan yang pasti berdasarkan dallil zhanni iaitu dalil yang sabit
dengan jalan khabar atau hadis ahad. Contohnya membaca surah al-Fatihah
pula adalah Wajib kerana ia berdasarkan dalil yang zanni iaitu Hadith Ahad
dalam sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Tidak sah sembahyang orang
yang tidak membaca al-fatihah”
III. Tahrim
Iaitu khitab atau titah Allah yang menuntut meninggalkan sesuatu perbuatan
dengan tuntutan yang pasti berasaskan dalil Qat’i.
Dengan demikian secara sederhana dapat dikatakan bila ditinggalkan perbuatan
itu pelakunya akan mendapat pahala dan bila dilaksanakan berdosa. Haram ada
dua macam, yaitu:
a) Haram li-dzatihi, yaitu perbuatan yang diharamkan oleh Allah, karena
bahaya tersebut terdapat pada perbuatan itu sendiri. Sebagai contoh
makan bangkai, minum khamr, berzina, dll.
7/21/2019 Mazhab Jumhur Dan Ahlul Usul
http://slidepdf.com/reader/full/mazhab-jumhur-dan-ahlul-usul 14/24
b) Haram li-ghairi/aridhi, yaitu perbuatan yang dilarang oleh syariat dimana
adanya larangan tersebut bukan terletak pada perbuatan itu sendiri, tetapi
perbuatan tersebut dapat menimbulkan haram li-dzatihi. Sebagai contoh
jual beli memakai riba, melihat aurat wanita, dan lain-lain.
IV. Karahah Tahrim
Iaitu khitab atau perintah Allah yang menuntut meninggalkan sesuatu dengan
tuntutan pasti berasarkan dalil zanni. Contohnya hukum memakai sutera dan
emas bagi golongan lelaki menurut Mazhab Hanafi adalah Karahah Tahrim
sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w dalam Hadith Ahad yang bermaksud “
Dihalalkan emas dan sutera bagi kaum wanita umatku, dan diharamkan ke atas
kaum laki-laki”.
V. Karahah Tanzih
Maksudnya ialah tuntutan syarak supaya meninggalkan sesuatu dengan tuntutan
yang tidak tegas mereka namakan karahah tanzih. Menurut Mazhab Hanafi,
makruh tanzih sama seperti hukum makruh pada pendapat mazhab jumhur iaitu
tuntutan tidak pasti untuk meninggalkannya. Ia tidak mesti ditinggalkan, diberi
pahala jika ditinggalkan dan tidak mendapat apa-apa siksa jika
dilakukan.Misalnya seperti larangan syarak daripada berwudhu’ menggunakan
air sisa minuman binatang buas.
VI. Nadb
Iaitu khitab atau titah perintah Allah yang menuntut melakukan sesuatu
perbuatan dengan tuntutan yang tidak pasti.
Ahli ushul Hanafiyah tidak menyamakan antara sunnat dengan mandub (nafl).
Menurut mereka, bahawa yang disuruh oleh syara' itu terbagi empat, yaitu (1)
Fardlu; (2) Wajib; (3) Sunnah; dan (4) Nafl (Mandub).
Mereka membagi sunnat kepada dua macam:
1. Sunnat hadyin, yaitu segala rupa pekerjaan yang dilaksanakan untuk
menyempurnakan kewajiban-kewajiban agama, seperti adzan dan jama'ah.
1. Sunnat zaidah, yaitu segala pekerjaan yang bukan merupakan bahagian untuk
menyempurnakan perintah agama, hanya termasuk terpuji bagi yang
melakukannya, seperti pekerjaan yang dilakukan Rasulullah ketika makan,
minum dan tidurnya yang menjadi kebiasaannya.
7/21/2019 Mazhab Jumhur Dan Ahlul Usul
http://slidepdf.com/reader/full/mazhab-jumhur-dan-ahlul-usul 15/24
VII. Mubah.
Iaitu titah Allah yang membuatkan pilihan untuk melakukan sesuatu atau
meninggalkannya. Dalam kata erti yang lain ialah jika melakukannya atau tidak
maka tidak ada pahala atau dosa diberikan. Sama seperti penerangan mubah pada pendapat Jumhur Ulama.
3.2 Hukum Wadhi’
Hukum Wadhi’ ialah khitab Allah yang berkaitan dengan menjadikan sesuatu sebagai
Sebab, Syarat, Mani’ (penghalang), Sah atau Fasid( Batal) sesuatu hukum.
3.2.1 Sebab.Iaitu sesuatu yg dijadikan oleh syariat sebagai tanda bagi adanya hukum. Sebagai contoh
gelincir matahari menjadi sebab wajib solat Zuhur.
3.2.2 Syarat.
Syarat ialah menetap atau menjadikan sesuatu sebagai syarat. Tidak adanya syarat berarti
pasti tidak adanya hokum. Contohnya seperti hadis Nabi ”tidak solat mereka yang tidak ada
wudhuk padanya”. Disini menunjukkan wudhuk menjadi syarat sah solat dan sekiranya
tidak ada wudhuk tidak sah solat. Melainkan disaat tidak terdapat air, sakit yang
menyebabkan tidak dapat menyentuh air dan lain-lain yang menjadikan ganti kepada
wudhuk adalah tayammum.
3.2.3 Al-Mani’ ( Penghalang).
Al-Mani’ (penghalang) ialah perkara syara’ yang dengan adanya ia menafikan tujuan yang
dikehendaki oleh sebab atau hukum. Contohnya seperti menjadikan haid dan nifas sebagai
perkara yang menghalang sah solat atau puasa.
3.2.4 Sah.
Iaitu sesuatu perbuatan yg telah dilakukan oleh mukallaf dengan cukup syarat-syarat dan
rukun-rukun yang diminta oleh syarak seperti sah solat jika cukup syarat dan rukun.
3.2.5 Fasad (Batal)
Iaitu sesuatu perbuatan yg telah dilakukan oleh mukallaf dengan syarat atau rukun yang
tidak cukup seperti batal solat jika tidak cukup syarat dan rukun.
7/21/2019 Mazhab Jumhur Dan Ahlul Usul
http://slidepdf.com/reader/full/mazhab-jumhur-dan-ahlul-usul 16/24
4. PERKARA KHILAF DALAM MAZHAB JUMHUR DAN AHLUL USUL
Apabila membincangkan mengenai kekhilafan, perselisihan ataupun perbezaan
pendapat tentang hukum sesuatu perkara antara ulama dan aliran mazhab adalah disebabkan
terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada wujudnya perbezaan tersebut. Namun
sesuatu yang pasti dan harus difahami ialah perbezaan yang berlaku tidaklah terkeluar daripada perkara dasar atau pokok sesuatu hukum itu, tetapi hanyalah dari sudut perkara
cabang atau furu’ sahaja.
Jika ditinjau dari sudut perselisihan antara mazhab jumhur dan ahlul usul ini, ianya
lebih berkisar tentang pembahagian hukum taklifi yang mana jumhur berpegang kepada
lima hukum taklifi, manakala ahlul usul tetap berpendirian hukum taklifi terbahagi kepada
tujuh bahagian. Mazhab Hanafi membezakan perkara fardhu dan wajib, mengkelaskan
perkara haram (Tahrim), perkara makruh yang mendekati haram ( Karahah tahrim) dan perkara makruh ( Karahah Tanzih) secara berasingan.
Jumhur ulama berpendapat bahawa fardhu dan wajib adalah sama maknanya,
Fardhu adalah wajib dan wajib adalah fardhu. Menurut Abd al-Ra’uf Mufdi Kharabisah
( 2005 ) Kedua-duanya adalah perintah Allah dengan tuntutan yang pasti dan mesti adalah
wajib sama ada ia disabitkan dengan dalil yang qat’iyy atau zanniyy. Sedangkan Ulama
Hanafi tegas membezakan keduanya,menurut mereka kefardhuan sesuatu hukum disabitkan
dengan dalil yang qat’iyy melalui al-Quran, sunnah mutawatir atau ijma’.Manakala wajib
pula disabitkan dengan dalil zanni seperti hadith ahad dan qiyyas. Begitu juga dengan
Tahrim dan Karahah Tahrim, menurut jumhur ulama keduanya adalah sama maknanya,
sementara di sisi ulama hanafi adalah dua perkara yang berbeza.
Sesetengah ulama seperti Al-Amidi dan Al-razi berpendapat bahawa perbezaan di
antara dua golongan ini hanya dari segi bahasa sahaja kerana jelas adanya kesepakatan di
antara kedua-dua mazhab ini berkaitan asas penetapan hukum bagi kedua-dua perkara
fardhu dan wajib ini ialah kedua-duanya adalah melalui perintah yang tegas.Pada realitinya
perbezaan ini membawa kesan yang berlainan.Menurut Hanafi keingkaran terhadap
perintah fardhu seperti mengingkari perintah solat dan zakat membawa kepada hukum
kafir, manakala tidaklah kufur jika mengingkari hukum wajib seperti mengerjakan solat
tanpa membaca surah al-fatihah. Solatnya tetap sah,tetapi menanggung dosa.Jumhur ulama
pula mengatakan tidak membaca fatihah di dalam sembahyang boleh mengakibatkan batal
sembahyangnya.
Sebenarnya apa yang dilihat sebagai perbezaan perletakan hukum fardhu dan wajib
di antara mazhab jumhur dan ahlul usul hanafiyah adalah disebabkan perbezaan dalam
pentafsiran firman Allah dalam surah al-muzammil 73:20 :
7/21/2019 Mazhab Jumhur Dan Ahlul Usul
http://slidepdf.com/reader/full/mazhab-jumhur-dan-ahlul-usul 17/24
“ Oleh itu bacalah mana-mana Yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-
Quran (dalam sembahyang) ”
Menurut pendapatImam Hanafi ayat ini adalah titah Allah yang menuntut
melakukan sesuatu perbuatan dengan tuntutan yang pasti,ianya bersifat umum yang bermaksud membaca apa-apa sahaja ayat dari al-Quran ketika solat adalah fardhu.
Menurut Imam Syafi’ie yang dimaksudkan dengan ayat tersebut ialah surah al-
fatihah, kerana Rasulullah s.a.w selalu membaca surah al-fatihah ketika solat, kemudian
Baginda s.a.w bersabda yang maksudnya: “ Solatlah kamu sekalian sebagaimana kamu lihat
solatku”. Manakala menurut ImamHanafi membaca al-fatihah dalam solat pula adalah
perkara wajib.
Walaubagaimanapun perbezaan pengertian fardhu dan wajib adalah perbezaan
istilah, kerana jumhur ulama tidak mengingkari adanya perbezaan antara dalil qat’i dan
dalil zanni dan tidak berbeza pendapat tentang orang yang ingkar suatu yang didasarkan
kepada dalil qat’i adalah kafir. Sementara orang yang ingkar hukum berdasarkan dalil zanni
adalah fasik.Oleh itu imam al-Amidi dalam bukunya berpendapat bahawa perbezaan
menetapkan hukum wajib dan fardhu dari aspek jelas dan tidak jelas,atau dari aspek kuat
dan lemah, tidak akan menimbulkan perbezaan adanya hakikat hukum wajib.
4.1 Punca perbezaan pendapat antara kedua-dua mazhab
Menurut pandangan Dr. Yusuf Qaradhawi, Imam-imam berselisih kerana syariat
Allah diturunkan dalam bentuk nas-nas. Manusia tidak dapat lari daripada perselisihan di
dalam memahami nas-nas. Ini adalah suatu yang tabi'e (semulajadi) dalam kehidupan.
Manusia di dalam perselisihan mereka terbahagi kepada dua iaitu golongan yang
mengambil berat tentang zahir lafaz dan golongan yang mengambil berat tentang maksud
lafaz.
Sebab-sebab berlakunya perbezaan pendapat antara para imam mazhab bukanlah
disengajakan oleh mereka tetapi ia adalah sesuatu yang sememangnya wujud disebabkan
faktor-faktor tertentu yang tidak dapt dielakkan. Adalah ditegaskan bahawa perbezaan itu
hanyalah dalam hal-hal furu’ (cabang) dan tidak melibatkan prinsip. Secara umumnya
perbezaan ini timbul kerana beberapa sebab iaitu:
i) Faktor kemanusiaan. Manusia dicipta dengan kebolehan yang berbeza-beza,sama ada secara fizikal atau mental. Perbezaan mental lebih tepat diertikan
7/21/2019 Mazhab Jumhur Dan Ahlul Usul
http://slidepdf.com/reader/full/mazhab-jumhur-dan-ahlul-usul 18/24
sebagai perbezaan seseorang itu menafsir sesuatu dalil al-Qur’an dan al-
Sunnah untuk mengeluarkan sebuah hukum. Ini hanya berlaku terhadap dalil
yang bersifat umum sehingga memungkinkan pemahaman yang berbeza.
ii) Faktor sejarah. Pada zaman para imam mazhab, tidak terdapat suasana yang
memudahkan mereka untuk memperolehi hadis-hadis atau duduk bersamamembicarakan sesuatu hal agama. Para imam mazhab terpaksa berhijrah ke
sana sini di seluruh dunia Islam untuk mencari hadis-hadis Rasulullah s.a.w.
Suasana ini ada hubung-kaitnya dengan hukum yang dikeluarkan oleh
seseorang imam mazhab itu di mana setiap daripada mereka akan
mengeluarkan pendapat berdasarkan hadis-hadis yang sempat mereka terima
sahaja.
iii) Faktor bahasa. Para Imam telah berselisih disebabkan oleh perselisihanmereka dalam menentukan maksud perkataan-perkataan yang mempunyai
banyak makna. Begitulah juga dengan sebahagian perkataan yang membawa
maksudnya yang hakiki dan `majazi' (bukan makna hakiki). Sebahagian
Imam mengambil maknanya yang hakiki dan sebahagian yang lain
mengambil maknanya yang `majazi'. Firman Allah:
"Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan
diri mereka (dari berkahwin) selama tiga quru '. " Al-Baqarah: 228
Apakah yang dimaksudkan dengan quru'? Di dalam bahasa, perkataan ini
memberi makna haid dan juga suci. Sebagai contohnya, firman Allah dalam
surah Al-Maidah: 6:yang bermaksud:
"Atau kamu sentuh perempuan.”
Adakah yang dimaksudkan di sini bersentuh, seperti pandangan Ibnu Omar
atau ianya adalah kiasan bagi persetubuhan, seperti pandangan Ibnu `Abbas?
Perbezaan dalam menafsir istilah-istilah bahasa inilah yang mendatangkan
perselisihan pendapat dalam memutuskan hukum sesuatu keadaan tersebut.
iv) Faktor penilaian dan pengkelasan sesuatu dalil. Perselisihan antara imam-
imam mazhab juga berlaku dalam penilaian dan pengkelasan sesuatu dalil.
Misalnya Istihsan pula menjadi sumber hukum mazhab Hanafi sedangkan
tiga mazhab lagi tidak mengambilnya sebagai sumber hukum. Istihsan ialah
kebaikan umum atau yang lebih baik sebagai contoh perempuan yang
berjunub dilarang membaca Al-Quran sepertimana didalam hadith Nabi.
Dengan dalil ini adakah perempuan yang sedang haidh termasuk didalam
larangan ini atas jalan qias.Maka mazhab Hanafi membolehkan perempuan
7/21/2019 Mazhab Jumhur Dan Ahlul Usul
http://slidepdf.com/reader/full/mazhab-jumhur-dan-ahlul-usul 19/24
sedang haidh membaca Al-Quran kerana yang lebih baik baginya dibenarkan
membaca Al-Quran kerana masa haidh adalah panjang sedangkan masa
junub boleh ditamatkan dengan mandi.
v) Perbezaan dalam memahami al-Qur'an.
Al-Qur'an adalah pegangan pertama semua Imam Mazhab dan ulama.mereka hanya berbeza dalam memahaminya, disebabkan:
a. Ada sebahagian lafaz al-Qur'an yang mengandung lebih dari satu erti
(musytarak)
b. Susunan ayat Al-Qur'an membuka peluang terjadinya perbezaan pendapat
Huruf "fa", "waw", "aw", "illa", "hatta" dan lainnya mengandung banyak
fungsi yang tergantung konteksnya.
c. Perbezaan memandang lafaz 'am - khas, mujmal-mubayyan, mutlak-muqayyad, dan nasikh-mansukh. Lafaz al-Qur'an adakalanya mengandung
makna umum
vi) Berbeza dalam memahami dan memandang kedudukan suatu hadis.
Mereka juga berbeza pandangan dalam:
a. Kedudukan hadith.
b. makna suatu hadith
5. KESIMPULAN
Kepelbagaian pendapat di antara ulama hanya mencakupi perselisihan
dan perbezaan pendapat dalam masalah furu’iyyah, sebaliknya mereka utuh
bersatu mempertahankan perkara dasar dan pokok sesuatu perintah yang
disyari’atkan dalam al-Quran dan assunnah.Dalam mencari titik kesaksamaan
perlu kepada perbahasan dan pengkajian secara menyeluruh dalam usaha
menggabungkan setiap pendapat yang paling rojih(kuat) secara terperinci
melalui kaedah usul fiqh,ijtihad dan qias serta memperhalusi percanggahan
dan tarjih antara dalil yang digunapakai oleh para imam Mujtahid Mutlaq
tersebut.Kajian ini dinamakan fiqh muqarin(fiqh perbandingan)yang juga
merupakan salah pengkhususan di Universiti al-Azhar,Mesir.Ia merupakan satu
jalan untuk kita perolehi pendapat yang terkuat tanpa mengira pendapat
mazhab manapun selagi mana ia menepati Al-Quran danAs-sunah.Tembok yang
terbina di sekeliling minda kita haruslah dirobohkan untuk menerima fiqh ini
apatah lagi ada antara kita yang masih taksub dengan satu-satu mazhab.
7/21/2019 Mazhab Jumhur Dan Ahlul Usul
http://slidepdf.com/reader/full/mazhab-jumhur-dan-ahlul-usul 20/24
Perselisihan satu pendapat adalah suatu hikmah yang
terkandung didalamnya rukhsah-rukhsah yang banyak,sesuai dengan
perinsip islam itu sendiri sebagai satu agama yang mudah.Nabi sendiri telah
menunjukkan kepada kita satu uswah yang baik contohnya seperti dalam
sirah,terdapat dua orang sahabat yang bertayamum kerana tiada air,makasetelah selesai sholat mereka telah menjumpai air,maka salah seorang
dari mereka berwudhu dan mengulangi sholatnya,sedangkan seorang lagi tidak
mengulanginya,apabila dirujuk kepada Nabi s.a.w, Rasulullah berkata kepada
yang tidak mengulangi shalatnya, “Kamu telah mengikuti sunnah dan shalat yang kamu
lakukan telah cukup bagimu. Sedangkan kepada yang mengulangi wudhu dan shalatnya
beliau berkata, ‘Kamu mendapatkan dua pahala.” (HR. Abu Dawud dan an-Nasai,
dishahihkan oleh syaikh al-Albani)Allah memberikan keluasan di dalam agama bagi pandangan dan pemahaman yang
berbeza. Sesuatu yang sesuai untuk satu suasana mungkin tidak sesuai untuk suasana lain
dan suatu yang sesuai untuk satu zaman mungkin tidak sesuai untuk zaman yang lain.
Sebagai contoh cuba kita lihat masalah wudhuk bagi mereka yang hendak tawaf, mengikut
Mazhab Syafie batal wuduk dengan sebab bersentuh perempuan yang halal berkahwin,
dengan itu telah kita ketahui di dalam Masjid Haram orang terlalu ramai, jadi kita yang
bermazhab Syafie sukar memelihara wudhuk kita, maka di haruskan bagi kita bertaklid
mazhab Hambali yang mengatakan tidak batal wudhuk dengan sebab bersentuh
perempuan yang halal nikah.
Perselisihan dan perbezaan pendapat di kalangan fuqaha bukanlah disebabkan nafsu
sehingga lahirnya fahaman mengikut mazhab. Mereka hanya berbeza bukan berpecah
dalam beberapa perkara yang dipanggil sebagai furu'iyyah (perkara cabang) mengenai
masalah fiqh(hukum) yang tidak jelas disebabkan tidak ada nas yang qat'i (putus) atau
adanya kesamaran dari segi hukum. Para imam yang empat juga tidak menyuruh
pengikut-pengikutnya mereka berpegang teguh dengan pendapat mereka bahkan
menasihatkan pengikutnya membandingkan qaul mereka dengan kitab dan
sunah dan saling menghormati pendapat yang lain.Sebagai contoh,Imam
Syafi’ie ketika mengimamkan sholat subuh bersama pengikut Imam
Ahmad,beliau tidak membaca doa qunut kerana menghormati imam mereka.
Perbezaan fiqhiah ini bukanlah suatu kekurangan.Bahkan ia merupakan satu
kebaikan, rahmat dan nikmat dari Allah kepada para hambaNya yang beriman dan
merupakan kekayaan perundangan terbesar dan keistimewaan yang patut dibanggakan
oleh umat Islam. Jalan terbaiknya ialah umat Islam harus bersatu dalam mazhab Ahli
Sunnah wal Jamaah yang mencerminkan pemikiran Islam yang benar di mana Rasulullah
7/21/2019 Mazhab Jumhur Dan Ahlul Usul
http://slidepdf.com/reader/full/mazhab-jumhur-dan-ahlul-usul 21/24
SAW dan khulafa’ Ar-Rasyidin yang telah diumumkan oleh Nabi SAW sebagai
kesinambungan dari Sunnahnya sebagaimana sabda baginda s.a.w yang bermaksud:
“Kamu harus mengikut Sunnahku dan sunnah para khulafa’ yang dipilih sesudahku.
Berpegang teguhlah kepadanya dan gigitlah ia dengan gerahammu.”
Bayangkanlah apa yang akan terjadi sekiranya semua umat Islam bersepakatmenerima hanya satu pandangan sahaja dalam semua perkara (menolak pandangan-
pandangan lain).
6. PENUTUP
Dalam hadith Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Thabarani , "Bahawa pada
akhir zaman, umat ku terbahagi pada 73 golongan, hanya satu golongan sahaja yang
dapat memasuki syurga manakala yang lain terjun kedalam neraka. Maka sahabatnya punbertanya, siapakah golongan yang satu tersebut , ya RasuluLlah? Jawab baginda Ahlul
Sunnah Wal Jamaah.
Maka kita selaku ummat Muhammad s.a.w wajib berpegang dan memasukkan diri
ke dalam kelompok yang dianjurkan oleh baginda s.a.w iaitu golongan Ahlul Sunnah Wal
Jamaah. Para imam mazhab fiqh Islam yang empat tidak sekali-kali mempunyai tujuan
untuk memecah-belahkan umat Islam. Mereka hanya berusaha untuk menyampaikan
ajaran agama bagi memudahkan umat Islam mencapai ketaatan kepada Allah dan Rasul-
Nya.
Keempat-empat Imam tersebut bila memberi fatwa atau berijtihad atau
mengeluarkan hukum, mereka merujuk kepada Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.
Kalau ada mana-mana pihak yang mengikuti salah satu dari 4 mazhab tersebut, ertinya
mereka juga telah mengikut Al-Quran dan Hadis. Tidak boleh dikatakan tidak mengikut Al-
Quran dan hadis.
Justeru itu, kita janganlah sesekali memperlekeh mazhab saudara islam kita yang
lain. Biarpun berbeza mazhab tapi matlamat hidup kita adalah sama, iaitu untuk
mengabdikan diri hanya kepada Allah semata-mata. Wujudnya 4 mazhab adalah kerana
sayangnya Allah kepada kita. Allah memberikan kita keringanan (rukhsah) dalam beribadat
jadi bersyukurlah atas kurniaan Allah. Mengikut mazhab tidak bermaksud tidak mengikut
Nabi s.a.w,ini kerana pendapat Imam-Imam Mazhab hanya berpandukan al-Quran dan
hadith,kita seorang manusia yang cetek ilmu pengetahuan agama tentunya tidak mampu
berijtihad dengan sendiri. Maka berpeganglah kepada salah satu daripada mereka ini dan
juga satu syarat yang perlu diketahui, kita harus tahu apakah dalil yang dipegang oleh
7/21/2019 Mazhab Jumhur Dan Ahlul Usul
http://slidepdf.com/reader/full/mazhab-jumhur-dan-ahlul-usul 22/24
mereka dalam penilaian sesuatu hukum bukanlah bertaklid secara sembrono sahaja. Pendek
kata kita perlu mempunyai asas dan mengkaji tentang tatacara penetapan sesuatu hukum.
(6338patah perkataan)
7. SENARAI RUJUKAN
Abd. Latif Muda [&] Rosmawati Ali@Mat Zin(1997) Pengantar usul fiqh.Kuala Lumpur.
Pustaka Salam.
Akmal Haji Muhammad Zain.(1998) Bimbingan Lengkap Fardhu Ain.Kampung Baru
Kuala Lumpur. Darul Nu’man.
Fath al-Bayanuni(1994) Memahami Hakikat Hukum Islam (edisi terjemahan oleh Zaid
Husein) Surabaya, Mutiara Ilmu.
Hafiz Firdaus Abdullah( 2003) Pedoman-pedoman bermazhab Dalam Islam. Atas Talian :
http://hafizfirdaus.com/ebook/PedomanMazhab/index.php [ 8 Februari 2011]
7/21/2019 Mazhab Jumhur Dan Ahlul Usul
http://slidepdf.com/reader/full/mazhab-jumhur-dan-ahlul-usul 23/24
Imam Az-Zabidi (2004). Ringkasan Shahih Al-Bukhari.Selangor:Crescent News (KL) Sdn.Bhd.
Khairul Azhar Abd. Aziz.(2010). Perkembangan Mazhab Dalam Sejarah Islam. Atas
Talian:http://azharazizblog.blogspot.com/2010/01/perkembangan-mazhab-dalam-sejarah-
islam.html[3 Mac 2011]
Mohamad Rozali Jamil al-Hafiz (2010) Fatwa Dr.Yusuf Al-Qaradawi-Bertaklid Pada
Mazhab. Atas Talian: http://tahfiz.net/madrasah/?p=127. [ 23 Februari 2011].
Muhammad Ramzi bin Omar.(1999). Pembahagian Akidah Ahli Sunnah Waljamaah.
Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Pustaka ilmi.
Mustofa Muhammad Asy-Syaka’ah.(1995) . Islam Tidak Bermazhab . Kuala
Lumpur.Syarikat S. Abdul Majeed & Co.
Mustaf a Said al-Khin.(2000) Al-Kafi Wal Wafi fi Usulil Fiqh al- Islami.Lubnan. Muassasah
ar-Risalah.
Salamon, Husin and Mustari, Mohd Ismail and Mohamed, Ahmad Kilani and Jasmi ,
Kamarul Azmi and Sayed Ahmad, Sayed Mahussain (2003) Kesan Perbezaan Aliran
Mazhab Terhadap Kesatuan Masyarakat Islam. Satu Kajian Kes Ke atas Kakitangan
Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Skudai, Johor. Project Report. Centre for Islamic
Studies and Social Development. (Unpublished)
Nurdinie, Syahirah, Ainun Mardziah, Nur Syuhaidah.(2010) Pengenalan Usul Fiqh.Atas
Talian: http://usulfiqh20102011.blogspot.com/2010/11/pengenalan-usul-fiqh.html
[2 Februari 2011]
Sofiah Abu Bakar, Norashikin Abd. Halim, Hurul Farahin, Norshahira.(2010). Fardhu dan
Wajib:Antara Jumhur Ahli Usul dan Mazhab Hanafi.Atas Talian:http://usulfiqh20102011.blogspot.com/2010/11/fardhu-dan-wajib-antara-jumhur-ahli.html.[2 Februari 2011]
Tafsir Pimpinan al-Rahman (1995). Kuala Lumpur, Jabatan Perdana Menteri.
Yanggo, Huzaemah Tahido.(2003). Pengantar Perbandingan Mazhab. Jakarta. Logos, Cet.
III.
Yusof al-Qardhawi.(1998) . Panduan Memahami Syariat Islam. Batu Caves Selangor,
7/21/2019 Mazhab Jumhur Dan Ahlul Usul
http://slidepdf.com/reader/full/mazhab-jumhur-dan-ahlul-usul 24/24
Pustaka Ilmi