Post on 29-Sep-2015
PM INTAN HASHIMAH MOHD HASHIM
PP SAINS KEMASYARAKATAN
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
STU 242 PSIKOLOGI SOSIAL
TAJUK 6
STEREOTAIP, PREJUDIS DAN DISKRIMINASI
*
Prejudis 1
Tindakbalas emosi yg negatif kepada ahli kumpulan tertentu
Tidak suka kpd seseorang kerana keahliannya dlm satu kumpulan
Contoh: tidak suka seseorang kerana dia berlainan etnik, kepercayaan agama atau berlainan jantina, berat badan etc
*
Prejudis 2
Kita mungkin mengalami/mengamalkan prejudis, atau melihat orang lain mengalami/mengamalkan prejudis
Selalunya lebih bimbang jika prejudis @ ketidakadilan melibatkan ahli kumpulan sendiri
Kita cenderung melihat ahli kumpulan sebagai tidak bersalah atau mangsa
Prejudis mungkin biasa atau ekstrem
Streotaip dan Diskriminasi
Streotaip- kepercayaan tentang kumpulan sosial tentang tret yg mereka miliki bersama
Juga merupakan kerangka kognitif yg mempengaruhi pemprosesan maklumat sosial (skema)
Diskriminisi- Layanan/tingkahlaku berbeza (selalunya negatif) yg ditujukan kepada ahli kumpulan tertentu
Boleh menjadi jelas atau kurang jelas
Ada masanya dilihat sebagai wajar dan sah
Stereotaip (elemen kognitif) vs. prejudis (elemen afektif/emosi) vs. Diskriminasi (elemen tingkahlaku)
*
Bagaimana ahli kumpulan berbeza melihat ketidaksamaan
Persepsi tentang ketidaksamaan atau prejudis bergantung samada kita mangsa atau kumpulan yg mengamalkan prejudisme
Contoh: Kaum kulit putih AS melihat prejudis sebagai lebih rendah dan kemajuan kearah kesamaan semakin meningkat, berbanding kaum kulit hitam AS
Menurut teori prospek (Kahneman & Taversky, 2002), kita cenderung utk mengelak risiko (risk averse) dgn cara melihat kerugian lebih negatif berbanding melihat keuntungan sebagai positif
Kaum kulit putih melihat kesamaan sebagai kerugian dan cenderung melihat lebih tinggi (esktrem) manakala kaum kulit hitam melihat kesamaan sebagai keuntungan dan cenderung melihat sebagai lebih rendah
Stereotaip
Kepercayaan dan jangkaan yg kita ada tentang sesuatu kumpulan
Stereotaip merangkumi kepercayaan tentang tret, rupaparas fizikal, aktiviti digemari dan tingkahlaku
Contoh: wanita lemah lembut, ayu, suka menjahit dan berjalan dgn sopan
Boleh menjadi positif@negatif, diterima @ditolak
Strereotaip negatif tentang sesuatu kumpulan akan membawa kpd kebencian dan niat utk bertingkahlaku secara negatif kpd ahli kumpulan tersebut
Stereotaip tentang kumpulan yg dilihat mengancam kita lebih negatif
*
Stereotaip wanita
Tret wanita dilihat sebagai tidak sesuai utk berjawatan tinggi
Siling kaca- halangan utk wanita mencapai tempat teratas, walaupun mereka layak
Wanita yg memegang jawatan ketua masih menerima penilaian rendah berbanding rakan sejawatan mereka yang lelaki
Penghormatan berbeza juga menjadi satu lagi bentuk diskriminasi kpd wanita di tempat kerja
Tokenisme
Kesan penilaian mengunakan skala subjektif mungkin menunjukkan perbezaan penilaian lelaki dan wanita sama (sama bagus) tetapi penilaian mengunakan skala objektif mungkin berbeza (untung 100000 vs untung 88000)
Diskriminasi ke atas seseorang yang belum berkahwin
Kajian De Paulo (2006) menunjukkan adanyasinglism atau streotaip negatif dan diskriminasi terhadap mereka yg belum berkahwin
Mempunyai atribut negatif (tidak matang, tidak gembira)
Mengalami dikriminasi (proses penyewaan rumah, diskaun, polisi kerajaan)
Selalunya prejudis dan diskriminasi ini tidak disedari oleh golongan ini
Diskriminasi mungkin berpunca dari cubaan melindungi instituisi perkahwinan
Stereotaip- bagaimana ianya beroperasi dan berubah?
Stereotaip menyediakan maklumat tentang tret tipikal sesuatu kumpulan (wanita suka menangis)
Strereotaip menjadi seperti teori, memandu perhatian dan mempengaruhi aktiviti pemprosesan maklumat (memberi perhatian apabila kawan wanita menangis)
Maklumat yg bertentangan akan dikategorikan sebagai jenis-sub, stereotaip sukar diubah
Walaupun stereotaip berfungsi, ianya juga berasaskan motivasi dalaman (melindungi harga diri terutama sekiranya stereotaip tentang kumpulan sendiri lebih positif)
Hanya berubah jika ada perubahan pada hubungan kita dengan kumpulan itu (contoh: kita bertukar menjadi ahli kpd kumpulan itu)
Prejudis dan Diskriminasi; perasaan dan tindakan
Prejudis merupakan tindakbalas negatif terhadap seseorang berdasarkan keahlian beliau dalam sesuatu kumpulan
Bukan berbentuk personal
Individu prejudis cenderung memproses maklumat berbeza
Esen- karekteristik (biasanya bercorak biologikal) yg dikaitkan dgn kumpulan tertentu, digunakan sebagai justifikasi kpd layanan berbeza yg diberikan
Kumpulan minimal- pembahagian kumpulan yg dibuat dlm konteks kajian/eskperimen
Perasaan insidental- perasaan yg ditimbulkan sebelum bertemu dgn target
Jika perasaan insidental adalah marah (berbanding sedih atau neutral), prejudis meningkat
Kaitan implisit- kaitan yg tidak jelas antara keahlian dan tret
Ini dpt mempengaruhi tingkahlaku luaran
Sumber prejudis
Persepsi adanya ancaman kepada kesejahteraan atau harga diri kumpulan kita
Kepentingan mengekalkan harga diri
Adanya persaingan (Teori konflik realistik- pandangan bahawa prejudis kesan dari persaingan antara dua kumpulan)
Peranan kategori sosial di mana perbezaan mininal boleh ditimbulkan
Teori identiti sosial
Dikriminasi
Rasime moden- kepercayaan yg tidak ketara bahawa kumpulan minoriti menerima faedah tertentu dan diskriminasi tidak memberi kesan negatif kpd mereka
Mengukur sikap antara kumpulan yang tidak implisit
Sambungan paip Bona Fide
Melihat wajah kumpulan minoriti melambatkan proses bertindakbalas kpd perkataan positif
Teknik Mengurangkan Prejudis 1
Belajar tidak membenci kanak-kanak boleh belajar utk tidak membenci dari ibubapa atau instituisi yg mengalakkan diversiti
Kesan positif kontek membantu mengurangkan anziati dan prejudis (Sekolah Harmoni)
Mengubah kategori- Model identiti-dlm kumpulan yg sama mencadangkan jika ahli melihat mereka dalam kumpulan yg sama, prejudis dapat dikurangkan (1 Malaysia)
Teknik Mengurangkan Prejudis 2
Rasa bersalah secara kolektif boleh membantu mengurangkan sikap prejudis (Kajian Powel et al, 2005)
Belajar menolak stereotaip- pergantungan kpd stereotaip dapat dikurangkan jika kita menolak kebenarannya
Pengunaan pengaruh sosial di mana kepercayaan bahawa ahli kumpulan sendiri tidak ada stereotaip tertentu tentang kumpulan lain membantu mengurangkan stereotaip
Soalan tutorial 6
Bincangkan bagaimana prejudis dapat dikurangkan.Bagaimana teknik di atas dapat membantu meningkatkan hubungan antara kaum di Malaysia?