Post on 30-Sep-2015
description
LAPORAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-41
TAHUN 2015
SK PARIT PENGHULU
Pada 26 Mac 2015 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu telah mengadakan
Mesyuarat Agung PIBG untuk kali yang ke 41. Mesyuarat agung ini telah diadakan di
Dewan Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh
YB.Datuk Hasan Bin Abd Rahman,Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan
merangkap ADUN Sungai Rambai. Alhamdulillah kehadiran para ibu bapa dan guru
pada tahun ini adalah memuaskan. Pada mesyuarat ini juga telah diadakan
penyampaian cenderahati penghargaan dan anugerah kecemerlangan UPSR 2014.
Berikut adalah gambar-gambar yang dapat diambil sekitar mesyuarat agung ini
berlangsung. Semoga dengan kelancaran mesyuarat agung ini akan menjadikan
Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu terus cemerlang dan terbilang.