Post on 01-Jun-2018
8/9/2019 LAPORAN LAWATAN KE LOJI RAWATAN AIR, KELANTAN
1/13
LOJI RAWATANAIR KELANTAN
Laporan Lawatan Ke
1
PENGENALAN SYARIKAT
Kerajaan negeri Kelantan telah mengambil keputusan untuk
menswastakan pengurusan bekalan air di Kelantan melalui penubuhan syarikat
usahasama milik bersama Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN) dan ThamesWater PLC yang diberi nama Kelantan Water Sdn Bhd (KWSB). Pada peringkat
permulaan Thames Water PLC memiliki saham sebanyak 70% manakala YAKIN
memiliki saham sebanyak 30% dalam KWSB. Perjanjian pemilikan saham dalam
KWSB adalah selama 25 tahun dan diakhiri perjanjian tersebut saham Thames
Water PLC akan menurun 30% manakala saham YAKIN akan meningkat
menjadi 70%.
KWSB mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Oktober 1995 setelah
mengambil alih semua tanggungjawab dari Jabatan Bekalan Air. KWSB juga
bertanggungjawab untuk mengendalikan bekalan air sedia ada, perawatan air
dan sistem pembekalan termasuk mengeluarkan bil dan mengutip hasil serta
memajukan keperluan penduduk negeri Kelantan.
Setelah beberapa tahun beroperasi di bawah KWSB, pada 29 April 1999,
Nama KWSB telah ditukar kepada Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) setelah PMBK
memiliki saham sepenuhnya 100% dalam AKSB merupakan sebuah syarikat
swasta milik Kerajaan Negeri atau government link company (GLC).
AKSB mempunyai pejabat operasi di setiap jajahan di Kelantan iaitu diKota Bharu, Bachok, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Machang,
Kuala Krai, Jeli, dan Gua Musang. Bagi pejabat jajahan Kota Bharu ianya telah
di bahagi kepada 3 kawasan kerana keluasannya yang besar iaitu Kota Bharu
Utara, Timur, dan Selatan. Semasa AKSB mengambilalih pengurusan daripada
KWSB dahulu jumlah pengeluaran bekelan air bersihbagi semua loji rawatan air
di Kelantan adalah sebanyak 184 juta liter air sehari (JLH).
8/9/2019 LAPORAN LAWATAN KE LOJI RAWATAN AIR, KELANTAN
2/13
LOJI RAWATANAIR KELANTAN
Laporan Lawatan Ke
2
SEJARAH PENUBUHAN MAKMAL PUSAT
Makmal Pusat Air Kelantan mula beroperasi pada Mac 1996 dengan kos
kapital sebanyak RM 450,000 dan terletak di tingkat atas bangunan
pentadbiran Loji Rawatan Air Kampun Puteh, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu,Kelantan. Idea penubuhan asal dicetuskan oleh perunding dari syarikat Thames
Water London pada tahun 1995. Pihak perunding berpendapat keperluan untuk
mengadakan sebuah makmal dalaman bagi menguji mutu air mentah dan air
minum secara berjadual. Oleh itu fungsi utama penubuhan Makmal Pusat Air
Kelantan adalah untuk menjalankan aktiviti pemantauan kualiti air di loji (end
product) dan sistem agihan.
Pihak makmal pusat akan memberikan khidmat nasihat teknikal kepada
pihak pengurusan demi memastikan kualiti bekalan air yang disalurkan kepada
pengguna mematuhi piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Aktiviti persampelan dan
penganalisaan ke atas semua sampel air dibuat mengikut garis panduan yang
ditetapkan oleh pihak KKM. Terdapat dua bilik makmal di sini iaitu makmal
mikrobiologi dan makmal analitikal.
8/9/2019 LAPORAN LAWATAN KE LOJI RAWATAN AIR, KELANTAN
3/13
LOJI RAWATANAIR KELANTAN
Laporan Lawatan Ke
3
FUNGSI MAKMAL PUSAT
Aktiviti utama yang dijalankan adalah penganalisaan sampel air. Analisis
yang dijalankan termasuklah ujian kimia bukan organik, mikrobiologi,
kandungan besi dan kandungan organik. Kesemua parameter ujian dikelaskandi dalam kumpulan I, II, III dan IV. Aktiviti lain yang dijalankan ialah menangani
masalah kualiti air yang di hadapi oleh pengguna dengan melawat premis
berkenaan untuk mengenal pasti punca sebenar masalah.
Pihak makmal turut memberi nasihat dan bantuan teknikal/saintifik
kepada pihak operasi, individu dan pihak lain yang memerlukannya seperti
pihak istana, sekolah, hospital, perkapalan dan lain-lain agensi, khususnya
dalam hal-hal berkaitan kualiti air.
8/9/2019 LAPORAN LAWATAN KE LOJI RAWATAN AIR, KELANTAN
4/13
LOJI RAWATANAIR KELANTAN
Laporan Lawatan Ke
4
MAKLUMAT LAWATAN
Tarikh Lawatan : 28 Hb Oktober 2014
Lokasi Lawatan : Loji Rawatan Air Kampung Puteh, Jalan Kuala Krai,Kota Bharu, Kelantan.
Bil. Pelajar Terlibat : 24 Orang
Cuaca : Baik
Tentatif Lawatan : 8.30 am - Pelajar berkumpul di perkarang bas.
9.00 am - Bas bertolak ke LRA Kg. Puteh.
9.30 am - Pelajar tiba di LRA Kg. Puteh dan
sarapan pagi di bilik mesyuarat.
10.15 am - Mendapat taklimat ringkas daripada
En. Azman & En. Wan Khairuddin.
10.50 am - Melawat makmal mikrobiologi.
11.30 am - Melawat proses rawatan air.
12.05 pm - Pelajar bertolak ke ILPKB.
8/9/2019 LAPORAN LAWATAN KE LOJI RAWATAN AIR, KELANTAN
5/13
LOJI RAWATANAIR KELANTAN
Laporan Lawatan Ke
5
MAKLUMAT DIPEROLEHI
Loji Rawatan Air, Kg. Puteh mempunyai kapasiti 45.00 MLD pengambilan air. Jenis
pengambilan air di loji ini ialah pengambilan air bawah tanah.
8/9/2019 LAPORAN LAWATAN KE LOJI RAWATAN AIR, KELANTAN
6/13
LOJI RAWATANAIR KELANTAN
Laporan Lawatan Ke
6
Proses Rawatan Air Di Loji
Terdapat dua sumber air mentah bagi loji-loji di Kelantan iaitu sumber air
permukaan (air sungai) atau air bawah tanah (air telaga). Kelebihan AKSB ialah
satu-satunya syarikat perawatan air minum yang menggunakan air bawah
tanah sebagai sumber air mentahnya. Secara asasnya, proses rawatan air
terbahagi kepada 5 peringkat iaitu:-
AIR MENTAH DARI SUNGAI/
BAWAH TANAH
PENGUDARAAN PreChlorine &Pre -Lime
PENGENTALAN &
PENGGUMPALANLarutan Alum & Polimer
PEMENDAPAN
(Aliran Mendatar Plet Lamella)
PENAPISAN
(Rapid Sand Graviti)
PENGKLORINAN Postklorin
PEMBETULAN pH PostLime
PENGAGIHAN AIR
(Tangki Simpanan Air)
8/9/2019 LAPORAN LAWATAN KE LOJI RAWATAN AIR, KELANTAN
7/13
LOJI RAWATANAIR KELANTAN
Laporan Lawatan Ke
7
Pengambilan Sumber Air
Pengambilan air bawah tanah (telaga) jenis telaga tiub digunakan untuk
mendapatkan sumber air di LRA Kg. Puteh. Pembinaan telaga tiub memerlukankos yang lebih tinggi. Air yang dikeluarkan dari telaga tiub selalunya
mempunyai kualiti yang baik dan boleh terus digunakan.
Peralatan yang sesuai digunakan untuk mengorek sehingga sampai ke
akuifer tertakung yang mungkin terletak berates meter ke dalam tanah. Batang
paip dengan saiz yang sesuai akan dimasukkan ke dalam lubanag yang
dikorek untuk menjadikan telaga tiub.
Lubang yang dikorek mestilah tegak untuk memudahkan kemasukan
batang paip tersebut. Batang paip yang akan dimasukkan kedalam akifer
mestilah berliang untuk memudahkan air masuk ke dalam telaga.
Batang paip lain yang tidak berliang di atas akuifer akan menahan
kemasukan air dan bahan cemar lain ke dalam telaga. Batang paip tersebut
akan menahan kemasukan air dan bahan cemar lain ke dalam telaga. Batang
paip tersebut seharusnya mempunyai diameter luar yang sama dengan
diameter telaga supaya kedudukan tiub stabil dan kukuh di dalam tanah.
Papak konkrit dibina di permukaan tanah di bahagian atas telaga untuk
mengelakkan air cemar bertakung dan meresap masuk ke dalam telaga.
Penyaringan
Pada permulaan, serpihan kayu, dedaun, tumbuhan akuatik dan
bendasing yang terapung akan diasingkan melalui proses saringan. Selepas
disaring, bahan terampai yang lebih padat akan dibuang dengan
membenarkan air mengalir melalui kebuk yang mana ia akan mendap kedasar.
8/9/2019 LAPORAN LAWATAN KE LOJI RAWATAN AIR, KELANTAN
8/13
LOJI RAWATANAIR KELANTAN
Laporan Lawatan Ke
8
Pengudaraan
Air mentah yang dipam dicampur dengan udara di ruang pengudaraan.
Proses pengudaraan menghasilkan oksigen dari atmosfera bagi pengoksidaan
besi dan mangan terlarut kepada bentuk tidak larut bagi tujuan
menyingkirkannya. Proses ini juga membantu membuang rasa dan bau yang
tidak menyenangkan.
Koagulasi dan Flokulasi
Koagulan, lazimnya tawas ditambah bagi membentuk partikel mikroskopik di
dalam air. Ia kemudiannya diadun dengan lembut bagi membolehkan partikelkecil di dalam air berlaga dan bergabung bagi membentuk kentalan yang
boleh mendap.
Sedimentasi
Kentalan dibenarkan mengalir melalui tangki sedimentasi seseragam yang
mungkin untuk suatu tempoh yang cukup panjang untuk membolehkannya
mendap. Air yang jernih akan dikumpulkan dari bahagian atas.
Bagi kentalan yang ringan, proses yang berbeza akan digunakan. Gelembung
udara minit digunakan di dalam proses ini. Kentalan akan melekat pada
gelembung udara dan terapung ke atas. Air jernih akan dikumpulkan dari dasar
tangki. Proses ini dinamakan Pengapungan Udara Terlarut.
Penapisan
Air yang telah mendap akan melalui penapis yang memerangkap partikel halus
dan bakteria. Air yang bersih kemudiannya akan memasuki tangki air jernih.
Penapis akan dicuci menggunakan kaedah backwash dengan kerap melalui
kombinasi adunan udara dan air bagi memastikan kelancaran operasi.
8/9/2019 LAPORAN LAWATAN KE LOJI RAWATAN AIR, KELANTAN
9/13
LOJI RAWATANAIR KELANTAN
Laporan Lawatan Ke
9
Disinfeksi / Pelarasan pH
Air di dalam tangki jernih akan diinfeksi bagi menghapuskan mikroorganisma
yang kekal di dalam air selepas proses penapisan. Klorin bergas atau kompaun
klorin lazimnya digunakan untuk tujuan pembasmian kuman. Paras pH
diselaraskan menggunakan kapur atau abu soda.
Tangki Air Jernih
Air yang telah dirawat akan dikumpul dan disimpan di dalam tangki air jernih
bagi tujuan pengagihan.
Pengagihan Air
Takungan perkhidmatan
Tangki Imbangan
Stesen Pengepaman
Pengagihan Bekalan Air
Dari tangki air jernih di loji rawatan air, air terawat dipam melalui sistem saluran
yang panjang bagi mengimbangi takungan dengan ketinggian yang
mencukupi untuk pengagihan menggunakan graviti ke takungan
perkhidmatan di dalam pelbagai pusat permintaan. Sistem pengepaman
kedua akan digunakan bagi kawasan yang tidak dapat memanfatkan graviti
bagi tujuan pembekalan air.
8/9/2019 LAPORAN LAWATAN KE LOJI RAWATAN AIR, KELANTAN
10/13
LOJI RAWATANAIR KELANTAN
Laporan Lawatan Ke
10
Piawaian Air Minum Selamat Berpandukan Kementerian Kesihatan Malaysia
Kumpulan Parameter Unit Bacaan Standard
GII Coliform cfu/100ml 0
E-coli cfu/100ml 0
Turbidity NTU Tidak melebihi 5
Colour TCU Tidak melebihi 15
pH - 6.59.0
Free CI2 Mg/l 0.25.0
GII TDS Mg/l Tidak melebihi 1500
Chloride Mg/l Tidak melebihi 250
Ammonia Mg/l Tidak melebihi 1.5
Nitrate Mg/l Tidak melebihi 10
Iron Mg/l Tidak melebihi 0.3
Fluorida Mg/l 0.40.6
Hardness Mg/l Tidak melebihi 500
Aluminium Mg/l Tidak melebihi 0.2
Manganese Mg/l Tidak melebihi 0.1
GII Cadmium Mg/l Tidak melebihi 0.003
Arsenic Mg/l Tidak melebihi 0.01
Cyanide Mg/l Tidak melebihi 0.07
Lead Mg/l Tidak melebihi 0.01
Chromium Mg/l Tidak melebihi 0.05
Copper Mg/l Tidak melebihi 1
8/9/2019 LAPORAN LAWATAN KE LOJI RAWATAN AIR, KELANTAN
11/13
LOJI RAWATANAIR KELANTAN
Laporan Lawatan Ke
11
Zinc Mg/l Tidak melebihi 3
Sulphate Mg/l Tidak melebihi 250
Selenium Mg/l Tidak melebihi 0.01
Silver Mg/l Tidak melebihi 0.05
Magnesium Mg/l Tidak melebihi 150
Bromoform Mg/l Tidak melebihi 0.1
Mercury Mg/l Tidak melebihi 0.001
Sodium Mg/l Tidak melebihi 200
Chloroform Mg/l Tidak melebihi 0.2
Program Persampelan KKM Air Terawat
Air terawat ialah air minuman yang tulen yang boleh diminum dengan risiko
yang rendah dan tidak memudaratkan kesihatan manusia pada jangkamasa
panjang.ia telah melalui proses rawatan yang lengkap di loji air termasuklah
proses disinfeksi iaitu menghapuskan mikroorganisma merbahaya seperti E.coli.
(Berpandukan kepada National Standard For Drinking Water Quality, KKM,
January 2004)
Kumpulan LOJI SRO DIST. SYST
Kump.1 (GI) W W M
Kump.2 (GII) M M Y/2
Kump.3 (GIII) Y/4 Y/2 Y/2
Kump.4 (GIV) Y/4 Y Y
8/9/2019 LAPORAN LAWATAN KE LOJI RAWATAN AIR, KELANTAN
12/13
LOJI RAWATANAIR KELANTAN
Laporan Lawatan Ke
12
GAMBAR LAWATAN
Proses pengudaraan Proses pengentalan Tangki pengenapan
Jentera digunakan untukmembuat telaga
Sistem perpaipan ke tangkipengudaraan
Sistem perpaipan keluar
Tangki simpanan air Tempat untuk memasukan
klorin
Ujian makmal
8/9/2019 LAPORAN LAWATAN KE LOJI RAWATAN AIR, KELANTAN
13/13
LOJI RAWATANAIR KELANTAN
Laporan Lawatan Ke
Taklimat ujian makmal Peralatan digunakan Colilert untuk ujian air
Sepectrometer untuk
menentukan pH value
Perlatan untuk ujian pH Perbezaan hasil ujian pH