Post on 02-Jun-2018
8/10/2019 Laporan Big Fasa 5 Salmah
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-big-fasa-5-salmah 1/35
1.0 PENGENALAN PROGRAM BINA INSAN GURU
Guru adalah pembina generasi Malaysia. Pembangunan modal insan
berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan dalam usaha melahirkan rakyat yang
berilmu, berkemahiran serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul.
Bagi menjayakan wawasan dan matlamat pendidikan ini, guru-guru Malaysia perlu
memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang tinggi, penguasaan
kemahiran profesional yang mantap serta diperkasakan dengan penguasaan
kemahiran dan teknologi baru, penghayatan nilai dan etika keguruan serta kekuatan
peribadi dan sahsiah yang terpuji selaras dengan hasrat negara.
YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ketika
membentangkan Rancangan Malaysia ke-9 di Parlimen telah menegaskan
bahawa pendekatan kepada pembangunan modal insan haruslah secara holistik,
menekankan pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual,
pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi.
Selaras dengan hasrat ini, pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya
dan berpaksikan hasrat serta komitmen untuk membentuk, memupuk dan
melahirkan insan guru yang berkualiti, iaitu yang memiliki pengetahuan dan
ketrampilan profesional yang tinggi serta ciri dan kualiti sahsiah yang terpuji.
Kursus Bina Insan Guru (BIG ) merupakan suatu wahana ke arah pembinaan
dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Program ini
melibatkan semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan
Kepujian. Program ini direalisasikan dalam tiga fasa yang dilaksanakan ditempat
masing –masing dalam sepanjang tempoh pengajian. Melalui aktiviti yang
8/10/2019 Laporan Big Fasa 5 Salmah
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-big-fasa-5-salmah 2/35
dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan
pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi ke arah pembangunan diri sebagai
insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang
memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta sentiasa
bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi.
Pelaksanaan Bina Insan Guru ( BIG ) lebih menekankan kepada
pembelajaran di luar bilik darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi sebenar
dalam usaha memperkasakan ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak
keguruan di kalangan pelajar. Di samping program dan aktiviti yang dirancang
secara khusus, usaha pembinaan insan guru yang unggul ini juga diperkukuhkan
melalui aktiviti tutorial dan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG).
8/10/2019 Laporan Big Fasa 5 Salmah
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-big-fasa-5-salmah 3/35
2.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM BIG PPG
Program Bina Insan Guru ( BIG ) bermatlamat untuk melahirkan guru-guru
yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya
ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun
Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.
Pembinaan insan guru merupakan usaha berterusan sepanjang program pendidikan
keguruan berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan guru
adalah pembina generasi negara. Program BIG akan bermula dengan Peringkat 1-
Perkhemahan I ( 45 Jam ) yang akan dilaksanakan pada semester ke dua dan ke
tiga. 5 jam pertama di laksanakan di IPGK dan 40 jam lagi dilaksanakan secara
berasaskan sekolah ( school based ). Fokus aktiviti Peringkat 1 ini adalah untuk
memberi peluang kepada pelajar:
1. Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan
dan keperluan persekitaran yang berbeza.
2. Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan,
amalan atau aktiviti
3. Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.
4. Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta
membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan.
5. Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi,
kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai.
8/10/2019 Laporan Big Fasa 5 Salmah
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-big-fasa-5-salmah 4/35
6. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah.
7. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani (
spritual ) dan sosial.
8. Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam
melaksanakan tugas secara berkumpulan.
9. Berupaya berfikir secara reflektif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan
dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara
berterusan
3.0 OBJEKTIF MODUL PELAKSANAAN BIG PPG
Buku Panduan Pelaksanaan dan Modul BIG PPG ini bertujuan untuk
mencapai objektif berikut:
a. Menjadi rujukan dan panduan kepada pelaksana program BIG PPG di
Institut Pendidikan Guru di Malaysia
b. Memastikan wujudnya kesetaraan dan keseragaman dalam
pelaksanaan BIG PPG di Institut Pendidikan Guru di Malaysia
c. Memastikan pelaksanaan BIG PPG memenuhi matlamat kurikulum
dan mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan.
8/10/2019 Laporan Big Fasa 5 Salmah
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-big-fasa-5-salmah 5/35
8/10/2019 Laporan Big Fasa 5 Salmah
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-big-fasa-5-salmah 6/35
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN
14000 BUKIT MERTAJAM
PULAU PINANG
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
KERTAS KERJA
PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 5 / 2014
BENGKEL DAN LAWATAN BENCHMARKING
KUMPULAN
PENDIDIKAN ISLAM KUMPULAN 2
AMBILAN JUN 2011
PENSYARAH PEMBIMBING
EN SALLEH BIN MISLAN
MENTOR
USTAZAH NADZIRAH RADEN SALIM
8/10/2019 Laporan Big Fasa 5 Salmah
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-big-fasa-5-salmah 7/35
1.0 TUJUAN
Melaksanakan Program Bina Insan Guru ( bengkel /lawatan) Peringkat Kelima yang
diwajibkan ke atas semua pelajar Program Pensiswazahan Guru di InstitutPendidikan Guru.
2.0 LATAR BELAKANG
Kursus ini bertujuan memupuk kesedaran tentang perkembangan kemahiran latihan
dan penandarasan. Pelajar didedahkan dengan guru dan perundangan, mandat,
Akta 550 (1986), Surat Pekeliling Ikhtisas, Pekeliling Perkhidmatan, fungsi Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN) dan sektor-sektor serta fungsi dan peranan Pegawai
Pendidikan Daerah (PPD) / Zon / Bahagian dan PKG. Lawatan ‘benchmarking. Ciri-
ciri kepimpinan, pengurusan sekolah, iklim sekolah infrastruktur sekolah serta
Infostruktur kurikulum di sekolah.
3.0 ASAS PERTIMBANGAN
3.1 Program yang dipilih mestilah memberikan manfaat kepada pelajar
PPG dalam membentuk insan guru yang seimbang.
3.2 Bengkel yang dilaksanakan mampu meningkatkan kualiti peribadi dan
profesionalisme seorang guru.
3.3 Mendedahkan guru dengan rasa tanggungjawab dan keperuan
mengenai penadbiran program.
8/10/2019 Laporan Big Fasa 5 Salmah
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-big-fasa-5-salmah 8/35
4.0 STRATEGI PELAKSANAAN
4.1 Nama Program : BENGKEL DAN LAWATAN BENCHMARKING
4.2 Objektif :
4.2.1 Didedahkan dengan komuniti pendidikan yang wujud di sekolah.
4.2.2 Memahami dan mengenalpasti maklumat- maklumat yang
berkaitan dengan Surat Pekeliling Ikhtisas dan Arahan
Perkhidmatan
4.2.3 Mengetahui isu berkaitan dengan perundangan peraturan dan
pekeliling ikhtisas pendidikan.
4.2.4 Memahami dan melihat sendiri peranan dan fungsi PPD, BTP
dan PKG dalam pengurusan pendidikan dalam memartabatkan
bidang pendidikan di Malaysia selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan .
4.2.5 Memahami dan mengenalpasti bentuk- bentuk pengurusan
cemerlang. .
4.2.6 Memahami dan menghayati budaya kerja cemerlang dan
mengaplikasikan dalam pengurusan pendidikan seharian
4.3 Peserta : Kumpulan Pendidikan Islam (Lampiran A)
4.4 Tarikh : 17 November 2014
4.5 Tempat : SK Seri Ampang , Ipoh, Perak Darul Ridzuan
4.6 Jadual : Lampiran B
8/10/2019 Laporan Big Fasa 5 Salmah
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-big-fasa-5-salmah 9/35
4.7 Jawatankuasa Pelaksanaan
4.7.1 Jawatankuasa Induk
Pengerusi : En . Mahadi bin Che Hasim
Timbalan Pengerusi : En Mohd Azrim bin Daud
Setiausaha : Hasni binti Saman
Bendahari
AJK
:
:
Pn Rosmiza bt Hassan
En Jerry Maslan bin MokhtarPn Sanisah bt IbrahimPn Muna bt Mohd Yusof
4.7.2 Jawatankuasa Kerja
Pengacara Majlis : En Mohd Nadzri bin OsmanPembaca Doa : En Razanee bin YaakobPengangkutan : En Zahril Amin bin Abd Halim
En. Azlan bin MamatPendaftaran : Pn. Nafizah bt Md Akhir
Pn Muna bt YusofJurugambar : En. Ahmad Faizal Affendi bin Zainol
Pn Salmah bt Abd ManapDokumentasi : Pn Maimunah bt Amin
: Pn Sanisah bt IbrahimPn. Faizah bt Hj Osman
Buku Program : Pn Maizatolasman bt Abd WahabPn NorAziah bt Ismail
Makanan : Pn Norazi binti Jusoh
Pn SIti Hadijah bt SamsuriPn Ruslinaizam bt Mohd SallehPn. Normah b Abd GhaniPn. Wan Marziyana bt Wan IbrahimPn. Norizan bt Abd Rahman
Cenderahati/ Banner : Pn Rohana bt AbdullahPn.Jamilah bt Abd RahmanPn. Zunaidah bt Zaini
8/10/2019 Laporan Big Fasa 5 Salmah
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-big-fasa-5-salmah 10/35
5.0 IMPLIKASI
Anggaran Perbelanjaan
PERKARA KOS
PERBELANJAAN
JUMLAH SUMBER KEWANGAN
Makanan guru RM 10.00 x 27 orang RM 270.00
Sumbangan dari pelajar
PPG ( RM 50 x 27 )
RM 1350.00
Banner RM 70.00
Pengangkutan RM 800.00
Cenderahati RM 140.00
Lain-lain RM 50.00
JUMLAH BESAR RM 1330.00
6.0 SENARAI PESERTA (Lampiran A)
7.0 TENTATIF PROGRAM
MASA PERKARA / AKTIVITI
8.00 – 8.30 pg PENDAFTARAN PESERTA
8.30 - 9.30 pg Bengkel 1 ( Guru dan Perundangan)
9.30 – 10.30 pg Bengkel 2 ( Akta 550)
10.45 – 12.15 tgh Lawatan Penanda Aras ( Pentadbir )
12.15 – 1.00 ptg Lawatan kawasan sekolah
1.00 ptg PENUTUP
8/10/2019 Laporan Big Fasa 5 Salmah
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-big-fasa-5-salmah 11/35
8.0 PENUTUP
Semoga program Bengkel dan Lawatan Penanda Aras ini berjalan dengan
lancar seperti yang dirancangkan dengan kerjasama semua pihak untuk
mencapai objektif dan matlamat yang dikehendaki. Pendedahan aktiviti
seperti ini akan dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan memberi
pengalaman kepada para guru di bawah program PPG untuk mendekatkan
diri dengan komuniti. Pengalaman ini sangat berguna sebagai seorang
pendidik dan terlibat secara langsung dalam profesion keguruan.
Ahli kumpulan Pendidikan Islam, Program Pensiswazahan Guru, Institut
Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun memohon pertimbangan pihak
pengurusan Sekolah Kebangsaan Sri Ampang untuk membenarkan kami
melaksanakan program ini di sekolah tuan.
Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,
………………………. ………………………..
(HASNI BT SAMAN ) ( MAHADI BIN CHE HASIM )
Setiausaha Program BIG Pengerusi Program BIG
8/10/2019 Laporan Big Fasa 5 Salmah
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-big-fasa-5-salmah 12/35
LAPORAN
PROGRAM
8/10/2019 Laporan Big Fasa 5 Salmah
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-big-fasa-5-salmah 13/35
LAPORAN AKTIVITI
SEBELUM PROGRAM
Pada 1 November 2014 satu taklimat BIG Fasa 5 telah diadakan oleh Unit
Kokurikulum IPGKTB di Dewan Aminuddin Baki. Taklimat ini bermula jam 8.00 Pagi
dan melibatkan semua pelajar PPG kohort satu. Taklimat ini memberi pendedahan
kepada pelajar PPG cara pelaksanaan BIG Fasa 5 kali ini . Seperti biasa pelajar-
pelajar PPG diminta melaksanakan program mengikut kumpulan masing-masing.
Aktiviti yang boleh dijalankan untuk BIG pada kali ini dikenali dengan nama Program
Sayangi Kawasan Sekolah.
Selesai sahaja sesi taklimat , mesyuarat dijalankan mengikut kelas masing-masing.
Langkah pertama ialah memilih sekolah untuk dijalankan program tersebut dan
tarikh pelaksanaannya. Setelah mendapat kata putus daripada semua ahli kumpulan
maka SK Seri Ampang , Ipoh , Perak telah dipilih sebagai lokasi program untuk kali
ini bertarikh 17 November .2014 . Seterusnya proses pelantikan jawatankuasa yang
terdiri daripada penyelaras, setiausaha dan juga jawatankuasa kecil yang lain.
Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.
MESYUARAT BIG KALI 1 DI
DEWAN AMINUDIN BAKI
8/10/2019 Laporan Big Fasa 5 Salmah
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-big-fasa-5-salmah 14/35
SUASANA KETIKA PROGRAM DIJALANKAN
1.PENDAFTARAN
Pendaftaran bermula pada jam 8.00 pagi oleh jawatankuasa pendaftaran. Setiap
peserta dikehendaki menandatangani borang pendaftaran yang disediakan.
Alhamdulillah pendaftaran telah berjalan dengan lancar seperti yang telah
diharapkan. Ternyata semua pihak telah memberi kerjasama sepanjang sesi
pendaftaran dijalankan.
Pendaftaran telah ditutup pada jam 8.30 pagi.
Sesi endaftaran eserta bi fasa 5/2014
8/10/2019 Laporan Big Fasa 5 Salmah
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-big-fasa-5-salmah 15/35
2. SARAPAN PAGI
Setelah selesai sesi pendaftaran semua pelajar guru PPG dijemput untu bersarapan pagi
dengan pelbagai jenis hidangan yang amat menyelerakan.
3. TAKLIMAT RINGKAS KEPADA GURU
En Mahadi Che Hasim selaku pengerusi program telah memberikan satu taklimat
ringkas kepada pelajar guru PPG pada jam 8.30 pagi. Beliau menjelaskan tentang
perjalanan program . Beliau mengucapkan terima kasih kepada guru-guru PPG
untuk melaksanakan program BIG Fasa 5 ini.
Bersarapan bersama penceramah
jemputan
8/10/2019 Laporan Big Fasa 5 Salmah
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-big-fasa-5-salmah 16/35
4.PROGRAM BERMULA
4.1 UCAPAN PENGERUSI MAJLIS
Sebaik sahaja selesai sesi taklimat , program dimuakan dengan ucapan
aluan pengerusi majlis. En Nadzri bin Othman telah dipertanggungjawabkan untuk
mempengerusikan majlis dapam program BIG Fasa 5 kali ini.
4,2 BACAAN DOA
Seterusnya bagi memberlkati program Big ini maka
sudah semestnyadimulai dengan bacaan doa. Bacaan
doa ini telah dipimpin oleh En Razanee bin Yaakob
8/10/2019 Laporan Big Fasa 5 Salmah
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-big-fasa-5-salmah 17/35
4.3 SLOT BENGKEL
Selesai sahaja bacaan doa , mak
bermulala slot bengkel berkaitan tajuk
yang telah dipilih iaitu penguursan
perundangan dan Akta 550. Tajuk ini
telah disampaiakan oleh pencermah
jemputan iaitu Encik Khairulannuar bin
Abd Rahman. Beliau telah
membicincangkan perkara yang berkaitan
dengan undang-undang yang perlu
diketahui oleh para guru sepanjang
berada di sekolah bersama dengan
pelajar, Manakala dalam tajuk Akta 550
beliau telah memberikan beberapa
tugasan kepada beberapa kumpulan. Setiap
kumpulan diminta membentangkan kembali apa yang teah dibincangkan dalam
kumpulan. Diakhir sesi bengkel, beliau telah membuat rumusan berdasarkan apa
yang telah dibentangkan.
8/10/2019 Laporan Big Fasa 5 Salmah
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-big-fasa-5-salmah 18/35
4.3 SLOT TAKLIMAT OLEH GURU BESAR SK SERI AMPANG
Selesai sahaja sesi bengkel, program
diteruskan dengan taklimat berkaitan
lawatan penanda aras yang telah
disampaikan oleh YM Raja Zainalabidin bin
Raja Yahaya. Beliau telah memberi
penjelasan berkaitan sekolah yang telah
dberikan anugerah sekolah kluster
kecemerlangan. SK Seri Ampang telah
mendapat pelbagai anugerah, bagi
anugerah Kluster Kecemrlangan yang
diterima pada 2011, sekolah ini telah
menunjukkan kecemerlangannya dalam
bidang kurikulum dan kokurikulum. Kluster
dalam Bahasa Inggeris dibuktkan dengan adanya The Oasis iaitu pusat
pembelajaran Bahasa Inggeris. Seterusnya Kluster ICT melalui aplikasi onine yang
tealh ditadbir oleh YM Raja Zainalabidin bin Yahaya , guru besar SK Seri Ampang.
Manakala dalam bidang kokurikulum, telah dibuktikan melalui pertandingan LawnBall yang telah bertanding di peringkat antarabagsa.
8/10/2019 Laporan Big Fasa 5 Salmah
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-big-fasa-5-salmah 19/35
4.4 PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA PIHAK SEKOLAH
Sebagai tanda terima kasih dia
atas kesudian pihak sekolah,
pelajar PPG Pendidikan Islam
telah memberikan cendererhati
kepada pihak sekolah..
Penyampaian cenderahati ini telah
disempurnakan oleh Encik Mahadi
bin Che Hasim , Pengerusi Big
Fasa 5 2014
4.5 SESI BERGAMBAR.
Sesi bergambar telah diadakan sebagai tanda kenangan .
8/10/2019 Laporan Big Fasa 5 Salmah
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-big-fasa-5-salmah 20/35
4.6 LAWATAN PERSEKITARAN SEKOLAH
Program diteruskan lagi dengan sesi melawat persekitaran sekolah, Antara bilik
yang dilawati ialah Bilik Oasis iaitu bilik pembelajaran Bahasa Inggeris, bilik j QAF,
surau sekolah yang telah mendapat anugerah surau terbaik, dan bertemu bual
dengan guru Sekolah Kebangsaan Seri Ampang.
8/10/2019 Laporan Big Fasa 5 Salmah
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-big-fasa-5-salmah 21/35
4.7 SEPATAH KATA PENYELARAS BIG
En. Mahadi bin Che Hasim selaku penyelaras program menyampaikan sepatah dua
kata kepada peserta program sebagai penyuntik semangat kepada semau ahli
kumpulan bagi menerusakan perjuangan. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih
kepada pihak sekolah yang telah memberi keizinan untuk ahli kumpulan PA2 PPG
Sem 7 ini untuk melaksanakan program BIG Fasa 5 di sekolah ini. Beliau juga
merakamkan setinggi penghargaan kepada semua ahli kumpulan yang telah
bekerjasama dan bersungguh menjalankan aktiviti ini.
8/10/2019 Laporan Big Fasa 5 Salmah
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-big-fasa-5-salmah 22/35
4.8 HARAPAN PENSYARAH
En Salleh bin Mislan selaku fasilitator program BIG fasa 5 telah memberikan
sentuhannya melalui ucapan beliau. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah
kepada kumpulan PA 2 diatas kejayaan melaksanakan program BIG kali ini. Beliau
juga mengucapkan tahniah kepada ahli kumpulan PA2 kerana berjaya menyiapkan
tugasan ini. Semangat dan kerjasama yang padu dalam kumpulan telah dapat
membuahkan hasil yang membanggakan. Beliau meminta agar setiap laporan yang
akan disediakan mengikut format yang telah ditetapkan dan rakaman yng dibuat
berbentuk pengetahuan ICT.Beliau berharap agar semangat ini dapat diteruskan
dalam aktiviti BIG yang seterusnya.
8/10/2019 Laporan Big Fasa 5 Salmah
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-big-fasa-5-salmah 23/35
4.9 MAKAN TENGAHARI
Guru-guru PPG dihidangkan dengan masakan ala kampung . Makanan yang di
sediakan menyelerakan dan mencukupi.
MENJAMU SELERA DI WAKTU MAKAN TENGAHARI
8/10/2019 Laporan Big Fasa 5 Salmah
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-big-fasa-5-salmah 24/35
5.0 SELEPAS PROGRAM
Selepas selesai program pelajar-pelajar PPG telah bergambar bersama-sama
dengan guru besar SK Seri Ampang sebagai kenangan .
Setiap AJK diminta menyediakan laporan bagi setiap jawatankuasa kerja
untuk didokumentasikan. Setiap ahli berbincang di dalam setiap unit jawatankuasa
masing-masing dan menyerahkan laporan kepada jawatankuasa dokumentasi untuk
dikumpulkan.
Program BIG pada hari ini berakhir apabila pelajar-pelajar PPG pulang ke
destinasi masing-masing.
8/10/2019 Laporan Big Fasa 5 Salmah
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-big-fasa-5-salmah 25/35
LAPORAN
JAWATANKUASA
KECIL
8/10/2019 Laporan Big Fasa 5 Salmah
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-big-fasa-5-salmah 26/35
LAPORAN JAWATANKUASA KECIL
LAPORAN KEWANGAN
PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 5
KELAS PENDIDIKAN ISLAM 2 / 2014
IPGM KAMPUS TUANKU BAINUN
PENDAPATAN JUMLAH PERBELANJAAN JUMLAH
1. Kutipan Pelajar PA 2
( RM50 x 27 )
2. Baki BIG Fasa 4
RM 1350.00
RM 100.00
1. Banner2. Hadiah dan
Cenderahati
3. Makan Pagi /
Tengahari
4. Buku
Program
RM 75.00
RM 100.00
RM 300.00
RM 10.00
JUMLAH PENDAPATAN RM 1450.00 JUMLAH
PERBELANJAAN
RM 485.00
Baki di tangan RM 965.00
JUMLAH BESAR RM 1450.00 JUMLAH BESAR RM 1450.00
Disediakan oleh,
…………………………
( ROSMIZA BT HASSAN)Bendahari Program Bina Insan Guru Fasa 5/ 2014
Kelas Pendidikan Islam 2 IPGMKTB
8/10/2019 Laporan Big Fasa 5 Salmah
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-big-fasa-5-salmah 27/35
BROSUR DAN BUKU PROGRAM
Brosur yang disediakan sebanyak 30 keping untuk diedarkan kepada peserta
kursus. Brosur akan diemelkan kepada peserta kursus untuk pelaporan. Kos
penyediaan brosur sebanyak RM 10.00
PENDAFTARAN
Pendaftaran bermula seawal 8.00 pagi di kantin SK Seri Ampang. Seramai 27 orang
peserta PPG telah didaftarkan.
DOKUMENTASI
Mengumpul bahan-bahan dari setiap jawatankuasa kerja dan menghasil satu
dokumentasi untuk dihantar kepada pihak BIG, IPG Kampus Tuanku Bainun, Bukit
Mertajam.
Ajk Dokumentasi berbincang cara untuk menghasilkan dokumentasi yang bertepatan
dengan kehendak pensyarah.
MAKANAN DAN MINUMAN
Makanan disediakan untuk sarapan pagi dan makan tengahari. Makanan yang
disediakan memuaskan dan cukup menyelerakan.. Menu yang disediakan juga
menepatai citarasa semua peserta. Layanan yang diberikan semasa waktu makan
cukup memuaskan.
8/10/2019 Laporan Big Fasa 5 Salmah
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-big-fasa-5-salmah 28/35
CENDERAHATI/BANNER
Hadiah diberi untuk sekolah sebagai tanda penghargaan berbentuk plak dan sijil.
Sumbangan saguhati kepada penceramah berbentuk hamper dan wang bernilai
RM 100. Banner yang dikehendaki dapat disiapkan dengan sempurna. Bayaran
untuk banner 3x6 ini ditaja oleh Maxmy Enterprise
JURUGAMBAR
Gambar dan rakaman video dapat diambil dengan baik menggunakan kamera yan
telah ditaja oleh Pn Sanisah bt Hashim, salah seorang peserta PPG. Setiap gambar
dan rakaman akan diedarkan kepada setiap peserta PPg untuk dijadikan bahan
laporan.
8/10/2019 Laporan Big Fasa 5 Salmah
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-big-fasa-5-salmah 29/35
ANALISIS SWOT
8/10/2019 Laporan Big Fasa 5 Salmah
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-big-fasa-5-salmah 30/35
ANALISIS SWOT
KEKUATAN PROGRAM
Keseluruhan program yang dianjurkan telah berjaya dilaksanakan disebabkan hasil
kerjasama dengan pihak pentadbir sekolah. Kami berasa amat bertuah kerana dapat
mengadakan Bengkel dan Lawatan Penanda Aras dalam BIG Fasa 5 kali ini di SK
Seri Ampang. Kami juga diberi kebenaran dan kepercayaan untuk menggunakan
kemudahan prasarana sekolah sepanjang tempoh program. memang banyak
membantu melancarkan program yang dirancang, disamping suasana sekolah yang
permai.
Kekuatan yang membuka jalan ke arah kejayaan program BIG Fasa 5
kali ini, ialah dengan adanya semangat berpasukan dari kelas kami sendiri yang
amat mantap. Masing-masing mengambil berat dan tahu tanggungjawab tugas yang
telah diamanahkan hasil persetujuan tugas yang dipikul dari mesyuarat pemilihan
lokasi dan jawatankuasa. Ini adalah hasil dari pengalaman yang kami pelajari dan
perolehi melalui program yang telah dianjurkan dari BIG Fasa 4.
KELEMAHAN PROGRAM
Program atau majlis yang dirancang dan dilaksanakan adakalanya tidak sempurna,
Ada kelemahan yang dapat dilihat semasa program dilaksanakan, antaranya ada
kalangan kami yang sampai lewat ke lokasi kerana agak sukar mencari sekolah
berkenaan . Namun ia dapat diatasi dan akhirnya sampai juga ke sekolah yang
dituju.
8/10/2019 Laporan Big Fasa 5 Salmah
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-big-fasa-5-salmah 31/35
Kelemahan yang berikutnya, adalah disebabkan kekangan masa untuk
menyusun dan memilih tarikh yang sesuai. Akan tetapi diatas semangat untuk
berjuang semua kelemahan dapat di atasi dengan jayanya.
PENAMBAHBAIKAN
Hasil dari pemerhatian yang terdapat dalam kelemahan semasa program
dilaksanakan, maka perlu ada penambahbaikan sebagai panduan untuk digunakan
dalam sebarang aktiviti sama ada dalam kumpulan kami atau di sekolah untuk masa
akan datang.
Pertama sekali, semua dalam kalangan kami perlu memastikan dengan
terperinci lokasi sekolah yang hendak dituju. Misalnya, perlu penerangan ringkas
dan plan kasar tentang lokasi sekolah dari guru sekolah berkenaan. Selian itu,
menggunakan panduan ‘GPS’ atau mencari lokasi sekolah yang hendak dituju
melalui internet. Pembahagian tugas disusun secara spesifik untuk lebih
memudahkan perjalanan program.
8/10/2019 Laporan Big Fasa 5 Salmah
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-big-fasa-5-salmah 32/35
REFLEKSI KENDIRI
8/10/2019 Laporan Big Fasa 5 Salmah
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-big-fasa-5-salmah 33/35
REFLEKSI KENDIRI
Bersyukur kepada Allah s.wt yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu
kerana dengan izin-Nya saya telah berjaya menamatkan salah satu komponen
wajib yang mesti dilalui semasa kursus perguruan ini iaitu menjalani program
Bina Insan Guru (BIG) pada 17 November 2014.. Kumpulan saya iaitu dari
kumpulan Pendidikan Islam Pendidikan Rendah (PA 2) telah mengadakan
program Bengkel dan Lawatan Penanda Aras di SK Seri Ampang,Ipoh, Perak
Darul Ridzuan. Program Bina Insan Guru (BIG) fasa 5/2014 ini merupakan satu
program yang memberi banyak pengalaman serta pengetahuan dan input yang
berguna kepada saya. Saya berasa sangat bersyukur dan gembira kerana
berpeluang mengikuti program yang cukup membina ini. Segala input yang saya
dapat ini sangat berguna dalam kehidupan seharian saya sebagai seorang pendidik.
Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya. Saya berasa amat
beruntung kerana melalui bengkel yang diadakan telah dapat memberi
penambahan ilmu dalam perundangan sekolah dan Akta 550. Benkel yang
dijalankan telah mmebri pendedahan kepada saya tentang hak dan peranan
guru dalam undang –undang pendidikan. Melalui lawatan penanda aras pula
saya dapat menimba ilmu berkaitan ICT yang amat berfaedah terutama dalam
era globalisasi ini. Aplikasi yang disediakan banyak memberi kemudahan dan
kebaikan kepada guru di SK Seri Ampang. Guru Besar SK Seri Ampang juga
telah berbesar hati berkongsi ilmu tentang penggunaan Rancangan Pengajaran
Harian secara dalam talian.
8/10/2019 Laporan Big Fasa 5 Salmah
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-big-fasa-5-salmah 34/35
Sepanjang menjalani program ini, saya juga telah dapat mengenalpasti
kelemahan dan kelebihan saya. Dengan pelbagai aktiviti yang menguji minda
dan fizikal melalui kekangan masa serta cubaan dan dugaan, ia mampu
memberi saya suatu anjakan paradigma terhadap perubahan sikap saya
sendiri. Saya cuba memperbaiki dari semasa ke semasa dengan harapan
saya dapat pengalaman berguna seterusnya dapat merealisasikannya di suatu
masa nanti.
Akhir sekali ,apa yang dapat saya pelajari melalui BIG ini adalah sikap yang sentiasa
ingin mencari ilmu. Semua benda yang berada di sekeliling kita merupakan guru
yang sentiasa memberi pelbagai ilmu kepada kita. Namun semua ilmu itu tidak akan
datang dengan petikan jari sahaja. Jadi tanggungjawab kita adalah mencari dan
mengggali ilmu-ilmu tersebut. Ilmu sangat penting untuk menghadapi apa jua
rintangan yang tidak dapat kita duga. Manusia tanpa ilmu merupakan manusia yang
paling malang dan miskin dalam dunia ini. Dalam kehidupan seorang guru, ilmu
didada haruslah mencukupi. Ilmu yang harus ada pada seorang guru bukan sahaja
dari segi intelek, malah dari semua segi kehidupan ini. Ini kerana guru dijadikan
tempat rujukan dan mendapatkan apa jua maklumat. Maka, kita haruslah terus
mencari ilmu-ilmu yang baru untuk memantapkan ilmu yang sudah kita dapat.
Maka kesimpulan yang boleh dibuat ialah semangat bekerjasama amat
penting dalam kehidupan seharian kita untuk memudahkan sesuatu pekerjaan.
Disediakan oleh:
SALMAH BT ABD MANAP
PENGAJIAN AGAMA 2 / JUN 2011
8/10/2019 Laporan Big Fasa 5 Salmah
http://slidepdf.com/reader/full/laporan-big-fasa-5-salmah 35/35