Post on 23-Feb-2017
LAPORAN TUGASAN LAPANGAN DI PUSAT KEBAJIKAN RUMAH ANAK YATIM & MISKIN AL-MUNIRAH
LOT 15772, JALAN JOHAN SETIA, OFF JALAN LANGAT,41200 KLANG
SELANGOR DARUL EHSAN
‘ PROGRAM DARI HATI KE HATI ’
DISEDIAKAN OLEH :
TUAN MUHAMMAD AIMAN FARHAN BIN TUAN ZAKARIA D20142069271
MOHD NOOR IZZUDIN BIN MOHAMED NAWI D20142069262
NOR HAFIZAH BINTI ABDULLAH D20142069270
PUTRI AMIRAH MUSLI HANIE BINTI MUSIRAN D20142069274
SITI NUR WAHEEDA BINTI AB HALIM D20142069278
SITI NOR MASLIZA BINTI MOHD NASIR D20142069286
MOHD SHAHRUL BIN GHAZALI D20142069293
NOR HAYATI BINTI MOHAMAD SUHAIMI D20111048276
SESI PENGAJIAN : 2014/2015
KOD KURSUS : HMF 3023 ( AKHLAK ISLAM )
NAMA PENSYARAH : DR. ABDUL MUNIR BIN ISMAIL
1.0 PENGENALAN
Para pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris adalah terdiri daripada pelajar
yang telah mengharungi pelbagai cabaran bagi melayakkan diri mereka untuk
melanjutkan pelajaran ke peringkat menara gading dan seterusnya mengejar cita-cita
yang ingin mereka capai.Manakala kebanyakkan anak-anak yatim adalah sebahagian
daripada generasi muda yang perlu diberi perhatian dan bimbingan agar mereka dapat
menentukan hala tuju hidup mereka dan bersedia untuk mengharungi cabaran yang bakal
mereka hadapi kelak.
Justeru, lawatan ini diharapkan agar dapat membantu golongan anak-anak yatim
untuk menentukan hala tuju hidup mereka dan melakukan persediaan awal untuk
mengejar cita-cita mereka melalui tunjuk ajar dan bimbingan pelajar-pelajar Universiti
Pendidikan Sultan Idris serta mewujudkan minat didalam hati mereka untuk memasuki
Universiti Pendidikan Sultan Idris apabila mereka dewasa kelak.
2.0 SEJARAH PENUBUHAN PUSAT JAGAAN ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN
AL-MUNIRAH
Rumah anak yatim ini difahamkan bukanlah dibawah naungan kerajaan negeri
dan hanya dikelolakan oleh seorang hamba Allah yang baik hati dan sungguh mulia demi
menjaga kebajikan anak-anak yatim piatu yang miskin dikawasannya.Rumah anak yatim
Al-Munirah telah ditubuhkan pada tahun 2008 dan ianya juga mempunyai cawangan di
Gurun, kedah.Anak-anak yatim yang tinggal di rumah Al-munirah ini berumur antara 5
hingga 17 tahun. Terdapat 2 fasa sebelum penubuhan Rumah anak yatim Al-Munirah
iaitu pada fasa 1 telah menelan kos perbinaan sebanyak RM450 000 untuk membeli tanah
dan menelan kos sebanyak RM900 000 untuk membina dewan makan, 8 bilik asrama
dimana 2 buah bilik telah digunakan sebagai pejabat dan stor dan 2 buah unit rumah
warden. Setelah tertubuhnya Rumah anak yatim Al-munirah, mereka telah menerima
sebanyak 40 orang anak yatim dan miskin di kompleks yang baru dibina itu.
Setelah beberapa tahun beroperasi dengan kemudahan serta kelengkapan yang
tidak mencukupi didapati masih banyak tanah yang ada dikawasan rumah anak yatim
yang masih boleh dibangunkan dengan membina fasiliti seperti surau, perpustakaan,
pejabat pentadbiran dan dewan serbaguna. Maka bermulalah fasa 2 penambahbaikan
dirumah anak yatim Al_munirah yang telah menelan kos sebanyak RM800 000.
Sumbangan dari orang ramai dan pihak bukan kerajaan (NGO) telah mempercepatkan
lagi proses mengumpul dana untuk menjayakan fasa 2 ini. Objektif pembinaan fasa 2
ialah menyediakan sebuah tempat yang selesa untuk beribadat dan menjalankan program-
program ilmu untuk anak-anak yatim, merapatkan silaturahim antara anak yatim dengan
masyarakat disekeliling dengan berkumpul disuatu tempat selesa pada satu masa tertentu
dan menempatkan pejabat tetap untuk pentadbiran dan pengurusan supaya lebih efisien
ketika menerima kunjungan orang ramai. Sehingga kini seramai 51 orang anak yatim (22
lelaki dan 29 perempuan) yang tinggal di rumah ini.Anak-anak yatim yang berada disini
turut dihantar bersekolah di sekolah yang berdekatan dari sekolah rendah hinggalah ke
sekolah menengah.Terdapat juga pelajar tahfiz yang turut berkongsi menggunakan fasiliti
atau kemudahan yang ada di rumah anak yatim Al-munirah namun mereka tidak tinggal
sekali dengan anak-anak yatim.Pelajar tahfiz ini tinggal di bangunan yang berhampiran
kawasan tersebut.
Rumah anak yatim Al-Munirah ini ditadbir oleh Haji Faisal bin Yeslam sebagai
pengetua dan dibantu oleh Ustaz Zamani dan Ustaz Sidek sebagai warden serta En. Jalil
sebagai ketua kerani dan dibantu oleh 4 staf yang lain iaitu En. Rahim, En. Zakaria, En.
Sayuti dan Pn. Maimun bagi melancarkan pergerakkan di rumah anak yatim ini.
Menurut pengelola tempat tersebut, En.Jalil, sebelum ini sebuah syarikat swasta,
TOSHIBA, telah bermurah hati untuk memberi sumbangan setiap bulan namun setelah
syarikat tersebut menutup cawangannya di Malaysia, kini mereka terpaksa mengharapkan
belas ihsan dari masyarakat untuk meneruskan kehidupan harian.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Menziarahi anak-anak yatim di Persatuan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-
Munirah.
3.2 Mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar Universiti Pendidikan Sultan
Idris yang mengambil bahagian dengan anak-anak yatim di Persatuan Kebajikan
Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah.
3.3 Mendedahkan nilai bekerjasama dalam kalangan anak-anak yatim di Persatuan
Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah.
3.4 Mendedahkan akan kepentingan fokus dalam melakukan sesuatu perkara.
3.5 Menyelami perasaan yang dilalui oleh anak-anak yatim di Persatuan Kebajikan
Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah.
4.0 MAKLUMAT PROGRAM
4.1 Nama Program : Program Dari Hati ke Hati
4.2 Tarikh Program : 28 & 29 Mac 2015
4.3 Lokasi Program : Persatuan Kebajikan Rumah Anak-Anak Yatim dan
Miskin Al-Munirah
5.0 JUSTIFIKASI
5.1 Program Dari Hati ke Hati Mahasiswa bersama anak-anak yatim di rumah Persatuan
Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah ini merupakan program yang dikelolakan
sepenuhnya oleh ahli kumpulan tiga kursus Akhlak Islam ISMP Pendidikan Moral. Melalui
program ini, penganjur yang merupakan pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI) dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan pengurusan sesuatu
program.
Penganjuran program bersama anak yatim ini adalah sangat penting kerana ianya
merupakan salah satu tanggungjawab pelajar bagi melaksanakan tugasan yang diberikan. Selain
itu, program ini juga akan membawa manfaat kepada anak-anak yang terpilih.
5.2 Program Dari Hati Ke Hati ini kami laksanakan di Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim
dan Miskin Al-Munirah kerana penghuni dirumah tersebut merangkumi golongan kanak-kanak
dari yang berumur 7 tahun sehingga remaja yang berumur 17 tahun. Pada pandangan kami ini
adalah satu kelebihan dimana kami akan dapat memberikan sebanyak mungkin pendedahan
bukan sahaja kepada remaja yang berada di peringkat sekolah menengah malah mereka yang
berada di peringkat sekolah rendah. Kami berpendapat, mestipun tidak terlambat untuk
membantu para remaja yang berada di peringkat sekolah menengah menentukan hala tuju
mereka selepas perperiksaan kelak, namun pada masa yang sama ianya tidaklah juga terlalu awal
untuk memberikan motivasi kepada kanak-kanak disana untuk mula berusaha daripada awal
demi mengejar kejayaan pada masa hadapan. Selain itu kemudahan yang disediakan dirumah
kebajikan berkenaan seperti pemancar lcd,pembesar suara dan mikrofon telah banyak membantu
untuk kami melaksanakan aktiviti-aktiviti yang kami rancangkan. Rumah kebajikan tersebut
turut mempunyai tempat yang selesa dan ruang yang luas untuk kami melaksanakan aktiviti kami
dimana mereka ada menyediakan dewan untuk yang kedudukanya agak selamat kerana ia jauh
dari jalan raya. Oleh itu, kami dapat melaksanakan aktiviti yang kami rancang tanpa rasa
bimbang sekiranya terdapat kanak-kanak keluar bermain berhampiran dengan kawasan jalan
raya.
6.0 KUMPULAN SASARAN
Peserta program terdiri daripada 51 orang anak-anak yatim di Persatuan Kebajikan Rumah Anak-
Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah yang terdiri daripada 22 orang lelaki dan 29 perempuan dari
umur 7 tahun sehingga 17 tahun.
7.0 ORGANISASI PROGRAM
SENARAI AHLI JAWATANKUASA
Pengarah Program : Tuan Muhammad Aiman Farhan Bin Tuan Zakaria
1. Bertanggungjawab ke atas keseluruhan program.
2. Bertanggungjawab mengatur mesyuarat dan taklimat
3. Menentukan atur cara program.
4. Memastikan program berjalan dengan lancer.
Penolong Pengarah : Mohd Noor Izzuddin Bin Mohamed Nawi
1. Bertanggungjawab membantu tugas pengarah
2. Membantu pengarah merancang, mentadbir dan melaksana
aktiviti
3. Mengetuai mesyuarat semasa ketiaadaan pengarah
Setiausaha : Nor Hafizah Binti Abdullah
1. Menyediakan proposal dan laporan program
2. Mencatat dan merekod mesyuarat yang dijalankan
3. Merekod dan menguruskan surat-menyurat
Penolong Setiausaha : Siti Nur Waheeda Binti Ab Halim
1. Bertanggungjawab membantu tugas setiausaha
2. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh pengarah
Bendahari : Siti Nor Masliza Binti Mohd Nasir
1. Bertanggungjawab menguruskan hal kewangan
2. Menyimpan dan merekod urusan berkaitan kewangan
3. Membentang laporan kewangan setiap kali mesyuarat
Penolong Bendahari : Putri Amirah Musli Hanie Binti Musiran
1. Bertanggungjawab membantu tugas bendahari
2. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh pengarah
Ahli Jawatankuasa : Mohd Shahrul Bin Ghazali
: Nor Hayati Bin Mohamad Suhaimi
1. Bertanggungjawab sepenuhnya kepada pengerusi
2. Membantu urusan pentadbiran dan pelaksanaan aktiviti
3. Bertanggungjawab melaksanankan tugas yang diarahkan oleh
pengarah
8.0 TENTATIF PROGRAM
21 Mac 2015 (Sabtu)
8.00 pagi : - Berkumpul dan taklimat daripada ketua kumpulan
- Bertolak dari Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) ke
rumah anak- anak yatim
10.30 pagi : - Tiba di rumah anak -anak yatim dan miskin Al-Munirah
- Berjumpa dengan pengetua rumah anak-anak yatim
11.00 pagi : - Persiapan memulakan LDK
- Anak-anak yatim mula berkumpul
- Nyanyian Lagu Tema Program
- LDK 1 (Ice Breaking)
1.00 tengahari : - Makan tengahari dan solat zohor berjemaah
2.30 petang : - LDK 2
4.30 petang : - Minum petang dan solat asar berjemaah
5.30 petang : - Riadah
7.00 petang : - Makan malam dan persiapan solat maghrib berjemaah
- Tazkirah maghrib
9.00 malam : - LDK 3
11.00 malam : -Bacaan Doa Rabitah
- Minum malam dan tidur
22 Mac 2015 (Ahad)
5.00 pagi : -Qiamulai, Solat subuh berjemaah
- Kuliah subuh
7.30 pagi : -Senaman Berirama
8.00 pagi : - Sarapan pagi
8.30 pagi : - LDK 4
11.00 pagi : - Persiapan majlis penutup
-Ketibaan tetamu jemputan
-Ucapan pengarah program
-Ucapan pengetua rumah anak-anak yatim Al-Munirah
-Ucapan penghargaan dari Dr. Abdul Munir Bin Ismail
(Pensyarah Kursus Akhlak Islam)
-Tayangan video sepanjang program berlangsung
- Bacaan Doa Rabitah
2.00 petang : -Berangkat pulang dari rumah anak yatim Al- Munirah
4.00 petang : -Sampai di Kolej Harun Aminurrashid UPSI
9.0 AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN
9.1 LDK 1 : Ice Breaking
Kaedah pelaksanaan : membahagikan peserta kepada 5 kumpulan.
Setiap kumpulan terdiri daripada 7 dan 8 orang ahli
dan diwakili seorang fasilitator.Aktiviti ini sebagi
perkenlan anak-ank yatim dengan para mahasisiwa.
Matlamat : untuk sesi berkenalan dan mengeratkan hubungan
silaturrahim antara mahasiswa dan anak-anak yatim.
Hasil / Dapatan : i) Dapat mengenal penghuni rumah anak-anak
yatim di Al-Munirah.
ii) Dapat meningkatkan keyakinan diri dalam diri
setiap anak-anak yatim ketika berhadapan dengan
orang awam atau masyarakat.
9.2 LDK 2 : Sahabatku, Kehidupan.
Kaedah Pelaksanaan : Para peserta diminta untuk melukis wajahnya
sendiri. Setelah itu, hasil lukisan dikumpulkan dan
lukisan tersebut diberikan semula kepada peserta
yang bukan empunya lukisan tersebut.
Matlamat : Untuk mengetahui kepastian dalam mengenali
sahabat mereka.
Hasil / Dapatan : i) Dapat memupuk nilai persahabatan yang erat
antara peserta.
ii) Dapat menyedarkan para peserta bahawa
pentingya mengenali kawan dengan sebenarnya.
9.3 LDK 3 : Malam Apresiasi dan Wasiatku
Kaedah Pelaksanaan :
i) Para peserta diminta untuk membuat satu persembahan secara berkumpulan.
ii) Para peserta diminta untuk menulis satu pesanan sebagai wasiat terakhir
sebelum mereka meninggal dunia.
Hasil / Dapatan : i) Dapat memupuk semangat bekerjasama antara
ahli kumpulan.
ii) Dapat memupuk sikap mengenang jasa terhadap
orang lain.
9.4 LDK 4 : Sukaneka dan Bergotong-royong
Kaedah Pelaksanaan :
i) Para pelajar diminta untuk berada di dalam kumpulan yang telah
dibahagikan serta bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti sukaneka dan
bergotong-royong dalam membersihkan kawasan di sekitar rumah anak
yatim tersebut.
Hasil / Dapatan : i) Dapat memupuk sifat bekerjasama antara
satu sama lain dan mengekalkan sifat
menjaga kebersihan dalam keperibadian dan
kehidupan.
10.0 PERBELANJAAN DAN SUMBER DANA
PENDAPATAN RM
Sumbangan Ahli 320.00
Sumbangan Pelajar UPSI 1194.00
Sumbangan Orang Awam 366.00
Sumbangan Ahli Keluarga 1300.00
JUMLAH 3180.00
PERBELANJAAN RM
Peralatan Program
- Kertas A4
- Plastik
- Biskut
- Tali rapiah
- Pen marker
- Belon – 11
- Masking tape
- Kertas mahjong – 14
- Bola pingpong
- Pita pelekat
- Kismis
- Sampul surat
- Ubat stapeler
7.00
7.00
4.00
2.00
8.00
20.00
2.00
7.00
8.00
2.00
7.00
3.00
1.00
Cenderahati
- Alat tulis
- Kain pelekat – 4
- Kain pasang – 4
- Beg kertas – 60
237.00
60.00
100.00
50.00
Pengangkutan
- Van
- Minyak
- Tol
200.00
150.00
70.00
Buku Dr. Abdul Munir bin Ismail 32.00
Sumbangan kepada rumah anak yatim 1000.00
Sumbangan untuk anak yatim 1020.00
Wang awasan 83.00
Buah tangan 100.00
Jumlah 3180.00
11.0 CABARAN
Sebelum Program
Kekangan Masa Untuk Mengutip Dana
Halangan atau cabaran yang perlu ditempuhi oleh kumpulan kami sebelum program
dilaksanakan adalah kekangan masa untuk mengutip dana. Hal ini demikian kerana, jadual kuliah
yang dimiliki oleh beberapa orang individu dalam kumpulan kami adalah tidak sama. Justeru, hal
ini telah menyukarkan kutipan dana berlaku secara menyeluruh. Tambahan pula, jumlah kutipan
dana menjadi terhad pada waktu siang kerana sebahagian pelajar tidak berada di kolej kediaman
masing-masing. Walau bagaimanapun, ahli kumpulan kami mencuba sedaya upaya untuk
merancang masa dengan lebih baik agar kutipan dana dapat dilakukan secara bersama.
Kesukaran Mencari Tempat Yang Sesuai Untuk Melaksanakan Aktiviti
Sejurus kami menerima tugasan yang telah diberikan kepada kami, kami mendapati
bahawa kami mempunyai kesukaran dalam mendapatkan rumah kebajikan yang sesuai untuk
melaksanakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.Hal ini demikian kerana kebanyakkan rumah
kebajikan yang ada telah mempunyai perancangan mereka sendiri yang ingin dilaksanakan pada
tarikh berkenaan, tidak kurang juga terdapat rumah anak-anak yatim yang bilangan penghuninya
terlalu sedikit dan terdapat juga penghuni rumah anak-anak yatim tersebut hanya terdiri dari
golongan kanak-kanak yang terlalu muda untuk menjalani aktiviti yang dirancangkan.
Tersesat Semasa Berkunjung ke Rumah Anak Yatim.
Halangan yang seterusnya sebelum program dijalankan adalah kami tersesat semasa
berkunjung ke rumah anak yatim. Hal ini demikian kerana, ahli kumpulan kami tidak pernah
berkunjung ke rumah anak yatim tersebut dan kesesatan tersebut telah memakan masa selama
tiga jam sebelum sampai ke destinasi yang dituju.
Pengangkutan Sukar Didapati
Halangan sebelum program yang seterusnya adalah mengenai kesukaran dalam
mendapatkan pengangkutan untuk menuju ke rumah anak yatim tersebut.Hal ini demikian
kerana, ahli kumpulan kami tidak mempunyai kenderaan sendiri.Kami terpaksa mencari kereta
sewa untuk ke destinasi yang dituju.
Semasa Program
Kesukaran Mendapatkan Barang Keperluan
Halangan semasa program yang pertama adalah kesukaran mendapatkan barang
keperluan.Hal ini demikian kerana, lokasi rumah anak yatim di Persatuan Kebajikan Rumah
Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah adalah terletak di kawasan pedalaman.Rumah anak yatim
ini terletak jauh dari bandar. Oleh hal yang demikian, kumpulan kami terpaksa keluar ke lokasi
yang lebih jauh untuk mencari sesuatu yang diperlukan dengan kadar segera.
Perubahan Pada Tentatif Yang Telah Dirancang
Pada hari program, kami terpaksa menganjak masa pada sebahagian aktiviti yang telah
dirancang.Hal ini disebabkan oleh, terdapatnya sebahagian penghuni di rumah anak yatim
tersebut tidak dapat menyertai aktiviti yang telah dirancang kerana mengikuti kelas tambahan
serta menjalani aktiviti kokurikulum di sekolah.Oleh itu, kami terpaksa memanjangkan masa
bagi memberi peluang kepada mereka untuk menyertai aktiviti yang telah dirancang oleh
kumpulan kami.
Kesukaran untuk menarik minat peserta
Ketika kami mula-mula melakukan aktiviti yang dirancang, kami dapati bahawa para
peserta yang menyertai program ini seolah-olah tidak berminat untuk menyertai program
ini.Mereka kurang memberikan kerjasama dalam aktiviti yang kami jalankan dan mereka seolah-
olah bosan melakukan aktiviti tersebut.Kami kemudian mengambil inisiatif untuk memahami
punca mereka bosan dengan aktiviti yang kami jalankan dan kami dapati hampir kesemua
aktiviti yang kami jalankan pada ketika itu adalah aktiviti yang telah banyak kali mereka lakukan
sehinggakan mereka mampu untuk menghafal gerakan-gerakan tersebut. Oleh yang demikian
kami terpaksa memikirkan langkah yang lain bagi menarik minat mereka dan akhirnya kami
berjaya menjadikan aktiviti yang kami jalankan sedikit menarik dan unik berbanding dengan apa
yang pernah mereka lalui.
Selepas Program
Tidak ada sebarang permasalahan yang dialami selepas program selesai.
12.0 CADANGAN PENERUS PROGRAM
Sepanjang proses perancangan dan pelaksanaan program, terdapat beberapa kelemahan
yang cabaran yang terpaksa kami hadapi bagi menjayakan program tersebut. Oleh itu kami telah
memikirkan berberapa langkah penambahbaikanyang boleh dipertimbangkan oleh kumpulan lain
bagi meningkatkan lagi keberkesanan aktiviti yang mereka ingin jalankan:
Memulakan aktiviti pengutipan wang sumbangan lebih awal
Adalah lebih baik sekiranya persediaan dibuat lebih awal seperti pengutipan wang
sumbangan dibuat sebaik sahaja selepas mendapat arahan untuk menjalankan program ini. Hal
ini kerana pengumpulan wang sumbangan merupakan sesuatu yang sukar dilakukan dan akan
mendapat beberapa kekangan semasa menjalankannya. Adalah sebaiknya pelajar menyediakan
resit sebagai bukti bahawa saluran kutipan wang sumbangan akan disalurkan kepada pihak yang
benar.
Pelaksanaan LDK yang sesuai
Sebelum memilih aktiviti-aktiviti yang ingin dilaksanakan, para pelajar seharusnya
mendapatkan sedikit maklumat mengenai aktiviti-aktiviti motivasi yang pernah diikuti oleh
golongan sasaran. Hal ini demikian kerana golongan anak-anak yatim kebiasaanya adalah
golongan yang telah banyak mengikuti program-program motivasi dan mereka akan mudah
bosan jika pelajar turut melakukan aktiviti yang sama. Oleh itu para pelajar seharusnya
memikirkan aktiviti-aktiviti yang baharu agar para peserta tidak melakukan perkara yang sama
dan berasa seronok untuk terus menyertai aktiviti yang dirancang. Selain itu, penyediaan
rancangan tambahan adalah perlu sebagai persediaan sekiranya perancangan asal gagal
dilaksanakan.
Memastikan Kesemua Barang Keperluan Sedia Ada
Para pelajar seharusnya memastikan kesemua barang-barang yang diperlukan untuk
melaksanakan aktiviti telah cukup dan dalam keadaan baik. Ini adalah bagi memastikan
kelancaran aktiviti yang akan dilaksanakan dan para pelajar tidak perlu keluar untuk mencari
barang-barang tersebut sehingga boleh menyebabkan pelajar sesat dan menganggu perjalanan
program.
Memastikan masa untuk menjalankan aktiviti adalah sesuai dengan jadual golongan sasaran
Sebelum menetapkan tentatif program para pelajar seharusnya memastikan terlebih
dahulu bahawa golongan sasaran tidak mempunyai sebarang aktiviti pada ketika itu. Hal ini
demikian kerana sekiranya golongan sasaran tidak dapat menghadirkan diri ke aktiviti yang telah
dirancang, ini akan mengakibatkan perangcangan aktiviti tersebut terganggu dan menjadikan
suasana kurang meriah.
13.0 PENUTUP
Alhamdulillah, akhirnya “Program dari hati ke hati anak-anak yatim dan miskin al-Munirah
bersama pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris” berjaya dilaksanakan dengan jayanya hasil
usaha kami bersama. Program ini dilaksanakan dua hari satu malam pada 28 dan 29 April 2015
iaitu hari sabtu dan ahad bertempat di Rumah Anak-anak Yatim dan Miskin Al-Munirah di
Klang. Pelbagai faedah yang diperoleh hasil daripada program ini. Antara faedah yang diperoleh
ialah dapat mengerat silaturahim, dapat menyelami perasaan anak-anak yatim dan sebagainya.
Hal ini secara tidak langsung telah mencapai objektif program. Aktiviti-aktiviti yang
dijalankan mendapat sambutan dan kerjasama yang baik dari pihak anak-anak yatim. Diharapkan
program yang dijalankan selama dua hari satu malam ini dapat mengeratkan lagi ukhwah yang
terjalin dan mudah-mudahan jalinan ukhwah yang dibina terus berkekalan. Diharapkan lagi apa
yang kami sampaikan dan apa yang anak-anak yatim peroleh melalui program ini berguna dan
dapat digunakan pada masa akan datang. Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan program ini dengan jayanya.
Seterusnya, bertuahnya kami kerana ditawarkan menjadi fasilitator bagi satu program
buat anak-anak yatim dan miskin Al-Munirah yang dijangka akan diadakan pada bulan
November ini. Kami difahamkan bahawa pihak anak-anak yatim dan miskin Al-Munirah ingin
mengadakan satu program yang masih dalam proses perancangan. Kepercayaan yang diberikan
sekali lagi oleh pihak kebajikan anak-anak yatim dan miskin kepada kami membuatkan kami
lebih bersemangat dan lebih teperinci dalam merancang beberapa aktiviti baru buat mereka.
LAMPIRAN
Disini kumpulan kami lampirkan alamat video “Montaj” sepanjang program dijalankan yang
dimuatnaik di Youtube sebagai panduan kumpulan akan datang. Kami juga turut memuatnaik
laporan program di SlideShare.
Alamat Montaj:
https://www.youtube.com/watch?v=tXfx5Xj3oFE&feature=youtu.be