Kuliah 2 p, k, t, s

Post on 13-Jan-2015

705 views 4 download

description

Presentation

Transcript of Kuliah 2 p, k, t, s

Kuliah 2: Pendekatan, kaedah, teknik, dan strategi

pengajaran bahasa

12 Oktober 2013

Pengurus : Profesor Madya Dr. Rohizani Yaakub (013-9226944) Pensyarah : Dr. Jamalsafri Saibon (Kota Kinabalu – 016-4556096) Dr. Ahmad Zamri Khairani (Kuching – 019-5492525) Dr. Aswati Hamzah (Pulau Pinang – 018-4056787)

KRB3053 - Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Sketsa Guru

“Kaedah pengajaran yang saya gunakan betul... tapi hasil yang

saya harapkan masih tidak tercapai.”

“Kalau begitu, adakah teknik-teknik yang awak gunakan itu

betul juga?”

“Teknik-teknik yang saya pakai tidak mungkin salah lagi”

“Oh ya! Strategi pengajaran macam mana pula?”

“Apa itu stra..."

PENDEKATAN

Pendekatan dimaksudkan sebagai arah atau hala yang diambil untuk menuju sesuatu sasaran.

Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.

Analogi – Memasak ikan

Pendekatan Timur

Keutamaan diberi kepada rasa dan rupa makanan tetapi tidak begitu mementingkan nilai kalori atau ciri-ciri makanan seimbang.

Pendekatan Barat

Keutamaan ditegaskan pada nilai kalori, nilai makanan dari segi zat makanan dan ciri-ciri makanan seimbang.

Teori Behavioris (Skinner)

Pendekatan-pendekatan ini wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang ingin diutamakan dan boleh digolongkan

mengikut:

Cara pengelolaan

murid

Cara fakta disampaikan

Keaktifan pengajaran atau murid

Pengajaran bahasa

Pengajaran mata

pelajaran lain.

Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk memulakan proses pengajaran…

sesuatu isi pelajaran,

sesuatu mata pelajaran,

beberapa mata pelajaran kemahiran

Jenis-jenis pendekatan

Pendekatan

Deduktif Induktif Eklektik Komunikatif

Pendekatan deduktif

Dipaksikan pada kepatuhan terhadap pendedahan awal tentang teori, hukum atau masalah tertentu.

Prosedur pengajaran dimulakan dengan pengenalan rumus.

Memulakan sesuatu pembelajaran dengan melihat sesuatu itu secara keseluruhan sebelum kesimpulan secara spesifik dibuat.

Ciri-ciri pendekatan deduktif

Mementingkan pengetahuan yang diperoleh & bukan kebiasaan.

Bersifat ideasionalisme untuk memperoleh pengetahuan.

Isi disusun bermula dengan keseluruhan kepada yang lebih kompleks.

Struktur isi & kognitif dapat memudahkan murid belajar.

Menekankan aspek pemahaman berbanding hafalan.

Memulakan pengajaran secara generalisasi kemudian diikuti contoh.

Selaras dengan linguistik tradisional & transformasi.

Mengutamakan aspek tulisan berbanding kemahiran lain.

Kekuatan

Cara mudah & sesuai untuk

sampai isi pelajaran.

Bermanfaat kepada murid yang pandai.

Sesuai digunakan

dalam pengajaran.

Murid berpeluang meniru dan menghafal

contoh yang diberikan

guru.

Kelemahan

Tidak sesuai untuk murid lemah.

Mengutamakan pengetahuan sedia ada

murid.

Guru perlu menguasai konsep dan contoh yang betul, tepat dan

jelas sebelum melaksanakannya.

Pendekatan Induktif

Ciri-ciri Pendekatan Induktif

Bermatlamatkan pembentukan kebiasaan.

Menggunakan pengalaman deria untuk memperoleh pengetahuan.

Penekanan kepada pengajaran berbentuk konkrit.

Kekerapan membuat ulangan dalam pelbagai konteks kemahiran.

Selaras dengan kehendak linguistik struktural.

Murid belajar sepenuhnya di bawah bimbingan guru.

Menekankan penglibatan murid yang aktif.

Bersifat saintifik.

Menekankan aspek lisan.

Kelebihan Kelemahan

Murid dibantu memahami konsep menerusi teknik penyoalan oleh guru.

Sukar mendapat kerjasama daripada murid-murid.

Menggalakkan penglibatan murid yang aktif.

Masa yang digunakan terlalu lama untuk menyelesaikan masalah.

Murid mendapat bimbingan sepenuhnya daripada guru.

Guru terbeban kerana terlalu banyak persediaan yang perlu dibuat.

Penggunaan bahan bantu mengajar secara maksimum.

Tidak sesuai untuk murid yang pandai.

Murid berpeluang mengemukakan contoh sendiri.

Pendekatan Eklektik

Menggabungkan pendekatan deduktif dan

induktif.

Mengambil kelebihan daripada

kedua-dua pendekatan deduktif dan

induktif.

Tidak perlu terlalu terikat pada mana-mana pendekatan tetapi pengajaran

mestilah lebih luas, selain mudah diubah suai mengikut

keperluaan murid.

Ciri-ciri Pendekatan Eklektik

Satu cara mengajar bahasa yang menggunakan pelbagai kaedah.

Memberi peluang guru menggunakan usaha dan kreativiti sendiri.

Guru berpeluang mengajar mengikut kebolehan dan kemampuan murid.

Membolehkan murid berfikir secara terus dalam bahasa yang dipelajari.

Banyak menggunakan latihan dalam pengajarannya.

Kelebihan Kelemahan

Sesuai dilaksanakan untuk murid yang mempunyai pelbagai kebolehan.

Sukar memilih pendekatan yang hendak digunakan.

Murid berpeluang belajar dalam suasana yang lebih meyakinkan.

Tugas guru bertambah kerana terpaksa menyediakan banyak latihan.

Pengambilan ciri-ciri baik daripada beberapa pendekatan lain, boleh mengimbangkan kelemahan yang ada dalam pendekatan tersebut.

Tidak sesuai untuk murid yang lemah.

Memudahkan guru mentadbir pengajaran mereka sekali gus meningkatkan pemahaman murid.

Berpusatkan murid dalam P&P.

Berfokus pada bentuk-bentuk komunikatif seperti permohonan maaf, penceritaan, pelaporan dan

sebagainya.

Penyerapan bentuk gramatikal untuk tujuan komunikasi.

Menekankan proses komunikasi sebenar.

Menggunakan struktur bahasa yang sesuai mengikut tujuan komunikasi dan mengambil kira makna sosial

dalam penggunaan bahasa.

Pendekatan Komunikatif

KAEDAH

Kaedah bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip.

Terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.

Satu aktiviti pengajaran yang mempunyai langkah-langkah yang tersusun.

Analogi

Jika kita ingin memasak ikan maka kita perlu fikirkan apakah kaedah-kaedah memasak yang kita boleh gunakan. Sudah tentunya, kaedah-kaedah yang biasa kita gunakan ialah seperti menggoreng, merebus, memanggang atau

mengukus.

Jenis-Jenis Kaedah

Kaedah Pengajaran

Bahasa Melayu

Kaedah Nahu Terjemahan/ Tradisional

Terus

Bacaan/Ajuk Hafaz

Fonetik / Linguistik Eklektik

Audio-Lingual

Kod Kognitif

Komunikatif

1. Kaedah nahu terjemahan

Berfokus pada kemahiran menulis dan bukannya kemahiran lisan.

Tidak mementingkan fonetik ketika menggunakan kaedah ini.

Tujuan – untuk membolehkan murid memahami tatabahasa sesuatu bahasa di samping melatih mereka menulis menggunakan bahasa yang betul.

Beri peluang murid menterjemahkan bahan daripada bahasa asing ke bahasa jati atau sebaliknya.

Gabungan tatabahasa dengan terjemahan.

Ciri-ciri Kaedah Nahu Terjemahan

Berfokus pada aspek

tulisan.

Berteraskan pendekatan

deduktif.

Pengajaran dan

praktikalnya berdasarkan

ayat.

Menekankan hafazan

peraturan tatabahasa.

Mengekalkan bahasa

pertama sebagai sistem

rujukan.

Kelebihan Kaedah Nahu Terjemahan

Amat berkesan dalam kelas yang mempunyai murid cerdas yang berminat untuk menaakul konsep-konsep abstrak.

Murid tersebut mempunyai kemampuan untuk memahami segala huraian bahasa yang diajar serta dapat mengingati peraturan-peraturan, bahasa dan perbendaharaan kata yang diajar.

Tidak memerlukan persediaan yang teliti dalam menyediakan bahan bantu mengajar kerana hanya melibatkan bahan bacaan sahaja.

Tegasnya, dalam kaedah ini guru perlu kreatif dalam perancangan dan pelaksanaan teknik pengajaran.

Kebanyakan bahan pengajarannya terdiri daripada buku teks.

Dapat diajar dalam jumlah murid yang ramai.

2. Kaedah terus

Menekankan pengajaran bahasa kedua dan bahasa asing yang dilaksanakan melalui penggunaan bahasa sasaran semata-mata.

Terjemahan dalam bahasa ibunda tidak boleh langsung dalam kaedah ini.

Murid mempelajari bahasa dengan cara mendengar pelbagai perbualan dalam bahasa sasaran dan kemudian melibatkan diri dalam perbualan tersebut.

Asas pengajaran adalah selari dengan cara murid mempelajari bahasa ibunda mereka seperti tanggapan ahli-ahli behavioris.

Murid belajar bahasa ibunda mereka dengan cara mendengar, meniru serta mengulangi perlakuan bahasa yang mereka dengari sehingga membentuk satu kelaziman bahasa.

Ciri-Ciri

Mempelajari sesuatu yang mudah sebelum sesuatu yang kompleks.

Mengutamakan sebutan yang betul, ulangan dan pengukuhan harus dibanyakkan, dan

Tidak mempelajari undang-undang tentang bahasa yang hendak dipelajari,

Mengutamakan bahasa lisan,

Timbulkan perasaan ingin tahu murid melalui soalan-soalan yang telah dirancangkan.

Pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman sedia ada.

Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya.

Kelebihan Kaedah Terus

Penglibatan murid secara aktif & menyeluruh.

Murid dapat berkomunikasi atau bertutur dengan cepat

dan lancar.

Menekankan aspek

penguasaan bahasa dalam komunikasi.

3. Kaedah bacaan/ajuk

Merupakan kaedah mengajar bahasa moden secara saintifik, iaitu dengan membandingkan antara dua bahasa.

Pemilihan bunyi yang dilakukan adalah sama bagi kedua-dua bahasa.

Dari segi pengajaran bentuk ayat pula, pengajaran dilakukan berdasarkan bahasa ibunda terlebih dahulu sebelum dipilih daripada bentuk ayat yang tiada dalam bahasa ibunda mereka.

Tujuan kaedah linguistik ini diajar adalah bagi membolehkan murid menggunakan bahasa yang telah diketahuinya untuk mempelajari bahasa baru dari segi bunyi.

Murid juga didedahkan dengan bahan-bahan nahu berdasarkan perbandingan antara tatabahasa yang dipelajari dengan bahasa yang telah diketahui.

Kelebihan

Murid dapat memahami serta bertutur dengan

sebutan yang betul dan lebih baik.

Murid mudah faham kerana guru bertutur menggunakan bahasa

penutur sebagai bahasa utama.

Pengajaran tatabahasa juga mudah

dilaksanakan kerana murid mudah

memahami perkara yang diajar oleh guru.

Guru menggunakan teknik latih tubi bagi

meningkatkan penguasaan

kemahiran bertutur murid.

Kelemahan

Kemahiran lisan murid, iaitu bertutur

diutamakan berbanding kemahiran

membaca dan menulis.

Guru perlu membuat pelbagai aktiviti bagi melatih

kemahiran lisan murid untuk berbahasa.

Guru mementingkan penggunaan bahasa

yang diutarakan oleh murid

berbanding makna ayat tersebut.

4. Kaedah audio-lingual

• Kaedah dengar-tutur. • Kemahiran mendengar & bertutur

diutamakan. • Menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti

dengan ajukan.

Ciri-ciri

Kaedah ini bermula dengan sebutan lisan.

Dialog dianggap realistik dan dilatih tubi secara berulang kali.

Latih tubi dan dialog dijalankan secara realistik dengan memberi perhatian terhadap intonasi yang betul.

Perkara yang menjadi objektif bagi kaedah ini ialah sebutan penutur jati bahasa itu.

Bahan pita rakaman boleh digunakan sepenuhnya, lebih - lebih lagi jika gurunya bukan penutur jati bahasa yang diajar itu.

Kebaikan Kelemahan

Murid mudah menerima pelajaran kerana aktiviti latih tubi.

Membebankan guru kerana keperluan tenaga yang banyak untuk menjalankan latih tubi.

Murid berpeluang meniru & menghafaz perkara yang diajarkan guru.

Memerlukan tempoh masa yang agak panjang untuk dilaksanakan.

Kesalahan yang dilakukan murid akan dibetulkan oleh guru & mereka diminta mengulang-ulang perkataan yang betul.

Murid bosan kerana terlalu banyak latihan oral.

Murid hilang keyakinan untuk belajar kerana menganggap pembelajaran hanya tertumpu kepada aktiviti oral sahaja.

5. Kaedah komunikatif

Murid akan menjadi ahli dalam komuniti.

Mereka akan melalui proses interaksi dengan rakan-rakan

dalam komuniti tersebut.

Matlamat – memastikan murid-murid belajar cara-cara berkomunikasi menggunakan bahasa yang ingin dipelajari

mengikut gaya sendiri.

Ciri-ciri

Memupuk semangat kekitaaan & perasaan keselamatan.

Kebolehan murid meningkat maju & mula berdikari.

Peranan guru sebagai pembimbing.

Guru mengenal pasti sejauh manakah situasi pembelajaran yang baru ini boleh menggugat proses pembelajaran yang mantap.

Guru perlu menyokong & memahami sifat murid dalam usaha untuk menguasai bahasa tersebut.

Peringkat awal pelaksanaan – murid boleh bergantung kepada guru.

Proses pembelajaran meningkat – murid perlu berdikari.

Kebaikan Kelemahan

Membantu murid mengurangkan rasa cemas & takut.

Tidak sesuai dilaksanakan untuk kelas yang terdiri dari pelbagai jurusan.

Membantu murid menangani faktor-faktor yang mengancam diri mereka seperti kerap kali melakukan kesalahan.

Guru sukar memastikan murid berminat terhadap tajuk yang diperbincangkan & menarik minat mereka menyertainya.

Menyemai sikap bersaing secara sihat. Guru terpaksa menguasai & fasih bahasa pertama & bahasa kedua.

Murid berpeluang berbincang bebas tanpa mengambil kira tahap penguasaan bahasa mereka.

Guru hilang fokus terhadap aras kesukaran jika murid membangkitkan struktur tatabahasa yang kompleks.

Murid bebas bercakap tentang apa juga topik.

Bilangan murid dalam sebuah kelas antara 6-12 orang sahaja.

Memantapkan penguasaan murid dalam perbualan & struktur ayat.

Membantu meningkatkan kemahiran dalam tatabahasa.

Murid dibenarkan menggunakan bahasa pertama & meningkatkan bahasa kedua.

TEKNIK

Kemahiran-kemahiran khusus dalam menjayakan

sesuatu kaedah dikenali sebagai teknik.

Bolehlah dinyatakan bahawa semua kaedah

mempunyai teknik-teknik tertentu yang disusun

dengan sistematik.

Analogi

Andaikan kita ingin memasak ikan dengan kaedah

menggoreng, kita mesti memanaskan kuali terlebih dahulu sebelum mencurahkan minyak ke dalamnya. Untuk

mengelakkan ikan melekat pada kuali, sedikit garam perlu dimasukkan ke dalam minyak yang telah panas di kuali. Api

juga harus dikawal supaya tidak terlalu panas. Kesemua tindakan yang spesifik ini adalah disebut sebagai teknik

menggoreng.

Definisi

Teknik ialah satu taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu pengajaran bagi bahagian bahasa tertentu.

Pengendalian sesuatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam kelas untuk mencapai sesuatu objektif pembelajaran.

Alat yang digunakan oleh guru bahasa untuk menyampaikan sesuatu bahan pengajaran yang telah dipilih.

Bahan yang dipilih haruslah sejajar dengan teknik yang digunakan, selain seirama dengan kaedah yang dipilih.

1. Teknik Syarahan

Teknik Penerangan Teknik pengajaran yg asas. Melibatkan guru menyampaikan/ persembahan lisan tentang fakta dan prinsip, Lebih berpusatkan kepada guru. Pendekatan yang jelas untuk penyampaian kandungan. Ada sedikit penglibatan murid melalui penyoalan dan perbincangan.

2. Teknik Latih Tubi

• Aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.

• Tujuannya adalah untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran, di samping menjamin ketekalan ingatan.

3. Teknik Soal Jawab

• Teknik yang kerap digunakan oleh guru. • Mewujudkan interaksi antara guru dengan

murid. • Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru

bertanyakan soalan dan murid akan menjawab soalan tersebut.

• Mempunyai aras kesukaran soalan.

4. Teknik Perbincangan

• Teknik ‘brainstorming’ • Murid digalakkan berfikir secara kreatif dan

aktif untuk menghuraikan pendapatnya. • Semua pendapat dicatat. • Sesuai untuk mendapatkan banyak maklumat.

5. Teknik Main Peranan & Simulasi

Merupakan teknik pengajaran yang digunakan untuk menjelaskan sesuatu konsep/situasi.

Dalam simulasi, murid akan berlakon dan mereka akan mempelajari sesuatu konsep daripada lakonan tersebut.

Selalunya, dalam setiap simulasi melibatkan garis panduan/peraturan yang perlu dipatuhi.

Penting: Pastikan adanya perbincangan semasa atau selepas simulasi. Perbincangan tersebut perlu bagi memastikan proses

pembelajaran berlaku.

6. Teknik Drama/Lakonan

Teknik drama adalah untuk melatih murid menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik seperti jeda, nada & intonasi, selain bukan linguistik yang membabitkan mimik muka, gerak tangan, kepala & sebagainya dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.

Komponen yang terletak bawah teknik drama, iaitu: Mimos Improvisasi Simulasi Pantomin Teater bercerita Mestamu Main peranan

7. Teknik Permainan

Aktiviti dinamik. Memberi peluang murid memperoleh latihan intensif,

pembelajaran bermakna & membuat diagnostik. Menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa. Hala tuju yang bertepatan dengan kehendak sistem

pendidikan negara & FPN. Objektif yang tersirat:

Merangsang interaksi verbal. Menambah kefasihan & keyakinan. Menyediakan konteks pembelajaran yang kaya dengan

persekitaran penaakulan ilmu pengetahuan. Alat yang dapat mengikis rasa bosan. Alat pemulihan, pengukuhan & pengayaan.

8. Teknik Penyelesaian Masalah

• Teknik pembelajaran yang dilaksanakan di bawah penyeliaan guru.

• Murid diberi permasalahan dan diminta untuk cuba menyelesaikan masalah tersebut.

• Dapat memupuk kemahiran berfikir.

Strategi

• Kebijaksanaan dalam pemilihan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran.

• Berdasarkan objektif pengajaran. • Melibatkan pemilihan bahan, masa dan

sebagainya. • Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu

susunan pendekatan dan kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa, dan kemudahan secara optimum.

Analogi: Memasak Ikan (5kg) Kita perlu merancangkan pendekatan dan kaedah yang boleh

digunakan supaya dapat kepuasan dan faedah yang paling banyak dengan menggunakan masa, tenaga serta sumber yang paling minimum.

Umpamanya: kita menggoreng kepalanya, merebus ekornya, memanggang tulang diikuti dengan mendidihnya dalam sup, menjeruk telurnya dan sebagainya.

Kaedah manakah yang kita buat terlebih dahulu? Pendekatan timur atau barat yang patut diikuti untuk memasak? Rancangan yang lengkap ini boleh disebut sebagai strategi

memasak.

Klasifikasi

Strategi

Berpusat Guru

Berpusat Murid

Berpusatkan Bahan

Berpusatkan Masalah

Strategi Berpusatkan Guru

Strategi konvensional yang masih diamalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Ekoran perkembangan sistem pendidikan, khususnya

teknologi maklumat dan komunikasi telah menyebabkan strategi ini kurang dipraktikkan

di dalam bilik darjah.

Ciri-ciri Strategi Berpusatkan Guru

Guru memainkan peranan utama untuk menguasai & mengawal proses pengajaran & pembelajaran.

Murid bersifat pasif dalam pembelajaran.

Komunikasi sehala sahaja.

Fokus murid pada hafalan & tidak melakukan interpretasi.

Tidak mengambil kira ciri-ciri perbezaan murid dari segi kebolehan & minat yang wujud.

Murid tidak kreatif, selain tiada daya inisiatif untuk meneroka ilmu-ilmu yang baru.

Sesuai digunakan dalam aktiviti bercerita, iaitu guru perlu mengawal sepenuhnya jalan cerita

Strategi Berpusat Murid

Memanfaatkan penglibatkan murid

sebagai pemain utama dalam proses pengajaran

& pembelajaran.

Sesi pembelajaran dimulakan dengan usaha-usaha untuk

menggalakkan murid supaya terlibat

secara aktif dalam P&P.

Guru bertindak sebagai fasilitator

dalam proses pengajaran bahasa.

Ciri-ciri Strategi Berpusatkan Murid Masa banyak diperuntukkan kepada murid untuk meneroka & menyelesaikan masalah dengan bantuan guru.

Komunikasi dua hala.

Guru mengamalkan corak kepimpinan demokratik.

Murid bebas untuk bertanya dan mengemukakan pendapat.

Penekanan pembelajaran terhadap pencapaian objektif.

Aktiviti perbincangan dijalankan lebih kerap untuk memupuk sifat kerjasama & toleransi.

Guru berpeluang untuk berinteraksi dengan murid.

Strategi Berpusatkan Bahan

1. Memberi penekanan kepada

bahan untuk membantu

pengajaran guru.

2. Terbahagi kepada dua:

•Bahan Pengajaran •Bahan Pembelajaran

3. Membolehkan

murid memahami isi

pelajaran 4. Perkara utama –

penggunaannya dapat meningkatkan minat

dan kefahaman murid.

5. Tidak semestinya semua sesi P&P perlukan

bahan

Ciri-ciri Strategi Berpusatkan Bahan

Penggunaan bahan dalam pengajaran memudahkan guru dalam pengajaran.

Penggunaan bahan berpada-pada dalam

satu-satu masa.

Keperluan penguasaan guru dalam kemahiran

penggunaan alat, khususnya yang

berasaskan teknologi.

Kewujudan bahan pengajaran membantu

murid mengikuti pelajaran tanpa kehadiran guru.

Peranan guru adalah dominan, murid hanya perlu memberi tindak balas terhadap bahan.

Kewujudan sifat-sifat berdikari dalam kalangan

murid.

Murid terlatih dalam satu pasukan yang saling

bekerjasama untuk memastikan sesuatu

tugasan dapat disiapkan.

Strategi Berpusatkan Masalah

Ciri-ciri Strategi Berpusatkan Masalah

Kewujudan asas mengenal pasti masalah, mencari maklumat, membuat dan menguji hipotesis, menilai dan membuat rumusan.

Murid bebas memberikan idea, bekerjasama, meningkatkan kefahaman serta ingatan.

Penglibatan murid dalam pembelajaran adalah sepenuhnya.

Strategi Pendekatan Kaedah Teknik

Pertimbangan terhadap teori, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran

Abstrak Terdapat pemeringkatan.

Lebih khusus, spesifik & tidak terbatas penggubalannya

Rancangan yang teratur untuk capai matlamat

Cara guru mendekati murid Ada susunan

Benar-benar berlaku di dalam kelas berdasarkan aktiviti pengajaran

Strategi berpusatkan guru Strategi berpusatkan murid Strategi berpusatkan bahan Strategi berpusatkan masalah

Pendekatan Induktif Pendekatan Deduktif Pendekatan Eklektik Pendekatan Komunikatif

Kaedah Natural / Tradisional Kaedah Tatabahasa Terjemahan / Nahu Terjemahan Kaedah Terus Kaedah Ajuk Hafaz / Bacaan Kaedah Linguistik Kaedah Kod Kognitif Kaedah Bahasa Komuniti / Komunikatif Kaedah Oral-Aural / Audio-Lingual

Teknik Syarahan, Latih tubi & latih amal, Soal Jawab, Perbincangan, Main Peranan & Simulasi, Drama / Lakonan, Permaianan, Penyelesaian Masalah

Teknik

Pendekatan

Kaedah

Strategi

Rumusan