KPT6044 Kajian Tinjauan_ppt

Post on 20-Nov-2014

323 views 1 download

description

 

Transcript of KPT6044 Kajian Tinjauan_ppt

KPT 6044PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

(Kumpulan A)Prof Mdya Dato’ Dr. Abd Latif Hj Gapor

Disediakan oleh:NGO CHOOI HONGM20121000788

Penggunaan Komputer Dalam Kehidupan Harian di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah

Laporan Kajian Tinjauan:

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan media

elektronik komputer dalam kehidupan harian di kalangan pelajar sekolah rendah

ABSTRAK

• Media elektronik telah menjadi sebuah agen pengubah masa.

• Perkembangan industri media berkembang pada pertengahan abad 1990an apabila kerajaan telah mengubah dasarnya terhadap perkhidmatan penyiaran.

• Komputer merupakan salah satu media elektronik yang amat popular.

• Penggunaan komputer pada masa kini telah menjadi sebahagian dalam hidup kita.

LATAR BELAKANG KAJIAN

• Komputer telah menjadi senjata pada zaman sekarang dan masa akan datang.

• Komputer merupakan saluran maklumat bagi memperolehi pengetahuan dan hiburan.

• Pelajar kini lebih berminat berinteraksi dengan komputer sama ada bermain ‘game’ komputer atau melayari internet.

• Penyalahgunaan komputer boleh mengundang berlakunya pelbagai kesan terhadap masyarakat terutamanya pelajar.

PERNYATAAN MASALAH

• Mengenal pasti hubungan antara jantina dengan jangkamasa melayari internet.

• Mengenal pasti perkaitan jantina terhadap program yang dilayari dari internet.

• Mengenal pasti penggunaan komputer di kalangan pelajar terhadap tujuan pembelajaran.

• Menganalisa pandangan pelajar tahun 4 terhadap kemudahan internet.

OBJEKTIF KAJIAN

• Sejauh manakah hubungan antara jantina dengan jangkamasa melayari internet?

• Adakah perkaitan jantina terhadap program yang dilayari dari internet?

• Sejauh manakah penggunaan komputer di kalangan pelajar terhadap tujuan pembelajaran?

• Apakah pandangan pelajar tahun 4 terhadap kemudahan internet?

SOALAN KAJIAN

• Sampel kajian adalah terdiri daripada 5 orang murid tahun 4 di SJK (C) Hwa Lian 1, Pulau Pangkor, Perak.

• Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk temu bual berstruktur.

• Aspek yang difokuskan dalam kajian ini ialah menganalisis penggunaan komputer di kalangan pelajar di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Hwa Lian 1, Pulau Pangkor, Perak.

BATASAN KAJIAN

• membolehkan ibu bapa melakukan pemantauan laman web yang dilayari oleh anak-anak mereka agar bersesuaian dan memberi manfaat kepada anak mereka.

• menyedarkan masyarakat supaya tidak menyalahgunakan penggunaan komputer.

KEPENTINGAN KAJIAN

• Media elektronik- Media elektronik adalah media yang meggunakan elektronik atau energy elektromekanis bagi pengguna akhir untuk mengakses kontennya. Sumber media elektronik yang familiar bagi pengguna umum antara lain adalah rakaman video, rakaman audio, presentasi multimedia, dan komputer.

DEFINISI OPERASIONAL

• Komputer- Komputer merupakan mesin boleh atur cara yang direka untuk membaca dan melaksanakan urutan sesebuah senarai arahan yang membuatkan ia melakukan operasi aritmetik dan logik berdasarkan angka binari. Pada asasnya, komputer dibentuk sebagai penyimpanan data, dan unit pemprosesan pusatnya berfungsi sebagai unit kawalan serta mengandungi unit logik aritmetik.

sambung…

• Internet- Internet adalah suatu jaringan komputer yang satu

dengan yang lain saling terhubung untuk keperluan komunikasi dan informasi. Sebuah komputer dalam satu jaringan internet dapat berada di mana saja. Internet juga diertikan sebagai jaringan komputer di seluruh dunia yang berisikan informasi dan sebagai sarana komunikasi data yang berupa suara, gambar, video dan juga teks.

sambung…

• Intranet- Intranet adalah jaringan komputer-komputer yang

saling tersambung digunakan suatu sistem organisasi. Intranet berfungsi mengkomunikasikan komputer satu dengan yang lain, persis seperti internet tetapi layanannya terbatas, tidak seluas dan seberangam di internet.

sambung…

• Rangkaian- Rangkaian adalah dua kumpulan atau lebih sistem

komputer yang dihubungkan antara satu sama lain melalui wayar atau tanpa wayar. Ia adalah untuk menyambungkan dua atau lebih komputer bersama-sama dengan keupayaan untuk berkomunikasi dengan satu sama lain dan berkongsi sumber.

sambung…

• Menurut Addullah dan Mawaddah dalam kajiannya, didapati bahawa permasalah akhlak pelajar dapat dilihat kecenderungan pelajar menghabiskan masa untuk berhibur dan kurang menjalankan kerja-kerja yang berfaedah. Pelajar lebih suka meluangkan masa menonton rancangan televisyen serta melayari internet atau berchatting bagi mengurangkan tekanan kerja yang mereka hadapi.

TINJAUAN LITERATUR

• Abdul Wahab mengulaskan dalam kajiannya yang berkaitan bidang pendidikan, usaha mempertingkatkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran terus dipergiatkan bagi melahirkan generasi muda yang celik komputer dan sentiasa peka dengan perkembangan teknologi semasa.

sambung…

• Abdul Razak dan Daniel Chan menyatakan bahawa penggunaan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan adalah selaras dengan hasrat negara kita untuk meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. Penggunaan teknologi maklumat membolehkan pendidikan di negara kita menjadi lebih kompetitif dan dapat bersaing di peringkat antarabangsa.

sambung…

• Dengan adanya media elektronik, masyarakat mengakses suatu kandungan, dan informasi kejadian saat ini dengan cepat. Di sini peranan media sebagai pengawalan sosial sangat diperlukan, jangan sampai dengan segala kemudahan akses media, fungsi pengawalan sosial ini menjadi disalah gunakan, misalnya dengan menyebarkan berita bohong.

(ID-ESOCIAL, 9 May 2012)

sambung…

• Berita Harian (April 2011), media sebagai satu produk teknologi. Kemajuan yang wujud daripada perkembagan teknologi bukan saja boleh memberikan manfaat dan kesan positif tetapi ia juga boleh mendatangkan pengaruh buruk. Ini terpulang kepada mereka yang menggunakan teknologi itu. Malangnya, apa yang terlihat ialah betapa menyeluruhnya pengaruh negatif media terhadap orang ramai, lebih-lebih lagi terhadap corak hidup mereka.

sambung…

METODOLOGI

• Reka bentuk Kajian- berbentuk deskriptif- kaedah kualitatif - temu bual berstruktur

• Instrumen Kajian - 4 soalan temu bual berstruktur

3 soalan berkaitan penggunaan komputer harian. 1 soalan pendangan responden tentang kemudahan internet.

• Lokasi Kajian- Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Hwa Lian 1, Pulau Pangkor, Perak.

• Sampel Kajian - 5 orang murid tahun empat

3 orang lelaki 2 orang perempuan

• Prosedur Pengumpulan Data- Pengumpulan data melalui temu bual berstruktur.- Hasil temu bual berstruktur ditranskripsikan dari rakaman audio ke dalam bentuk tulisan

• Analisis Data- Data-data yang dikumpulkan melalui temu bual berstruktur disusun secara kualitatif.

ANALISIS DATADAN

DAPATAN

Soalan Kajian a:Sejauh manakah hubungan antara jantina dengan jangkamasa melayari internet?

Ketiga-tiga responden murid lelaki yang ditemu bual bersependapat bahawa mereka menggunakan kebanyakan masa lapang dalam melayari internet. Secara purata, mereka melayari internet lebih daripada enam jam seminggu.

“… satu hari sudah lebih dua jam…” (responden lelaki a)

seorang responden murid perempuan (responden perempuan a) menyatakan bahawa dia tidak melayari internet tiap-tiap hari. Responden murid perempuan yang kedua (responden perempuan b) memberitahu bahawa dia jarang melayari internet di mana tidak melebihi dua jam seminggu.

“kadang kala, online sangat boringlah…” (responden perempuan b)

sambung…

Soalan Kajian b:Adakah perkaitan jantina terhadap program yang dilayari dari internet?

o Responden murid lelaki memberi jawapan yang sama bahawa permainan komputer diutamakan semasa melayari internet. Manakala, responden murid perempuan menyatakan bahawa selain permainan komputer, mereka juga suka bersembang dengan kawan-kawan yang bertalian internet.

“..seronok menghantar mesej melalui online…” (responden perempuan a)

“saya suka sembang di ‘facebook’…” (responden perempuan b)

Soalan Kajian c:Sejauh manakah penggunaan komputer di kalangan pelajar terhadap tujuan pembelajaran?

Hasil dapatan bagi kelima-lima responden, sama ada murid lelaki mahupun murid perempuan, menyatakan bahawa mereka tidak menggunakan komputer untuk tujuan pembelajaran. Mereka hanya menggunakannya apabila disuruh oleh guru untuk sesuatu tugasan rumah sahaja.

Soalan Kajian d:Apakah pandangan pelajar tahun 4 terhadap kemudahan internet?

Ketiga-tiga responden murid lelaki berpendapat bahawa kemudahan internet membantu mereka berseronok dalam permainan komputer. Walau bagaimanapun, mereka selalu menghadapi masalah kelancaran.

“..ketidaklancaran menyebabkan saya terpaksa berhenti main ‘game’..” (responden lelaki c)

Bagi responden murid perempuan b, menyatakan bahawa dia boleh mengakses internet untuk bersembang dengan kawan. Selain itu, dia juga boleh menyebarkan maklumat tertentu dengan menghantar mesej melalui internet.

Responden murid perempuan a menekankan bahawa mengakses internet memudahkannya mendapat maklumat yang diperlukan. Dia juga boleh mengkongsi maklumat, gambar dan sebagainya melalui internet.

sambung…

• Murid lelaki menggunakan masa yang lebih untuk melayari internet, berbanding dengan murid perempuan.

• Murid lelaki lebih kepada permainan ‘game’ komputer, berbanding dengan murid perempuan yang suka bersembang dan menghantar mesej melalui internet selain bermain ‘game’ komputer.

KESIMPULAN DAPATAN

• Pelajar-pelajar tidak menggunakan komputer untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran, kecuali tugasan yang diperlukan dengan penggunaan komputer.

• Pelajar-pelajar suka mengakses internet pada waktu lapang untuk berkomunikasi dan mengkongsi sebarang maklumat dengan kawan mereka. Selain itu, mereka juga berhibur kepada kandungan yang terdedahkan dalam internet.

sambung…

• Pelajar-pelajar menghabiskan masa yang lebih dalam permainan ‘game’ komputer. Dengan ini, pengkaji berharap pihak ibu bapa memberi perhatian yang lebih dan memantau anak-anak mereka supaya tidak leka dan asyik dalam permainan ‘game’ komputer.

• Implikasi dari kajian ini dapat dijadikan renungan bersama untuk membantu generasi muda dalam penggunaan komputer yang bermanfaat dalam kehidupan harian. Kerjasama semua pihak adalah perlu bagi memperbaiki tahap penggunaan komputer di kalangan pelajar.

PENUTUP

Sekian, terima kasih