Post on 03-Feb-2018
Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis
2017), 42-79
42
KONSEP TASAWUF YANG MUKTABAR DALAM
AKIDAH
Jahid Sidek1
Abstrak:
Makalah ini membahaskan tentang konsep tasawuf yang muktabar dalam
akidah. Akidah yang dimaksudkan di sini ialah akidah Ahli al-Sunnah
Wa al-Jama’ah (ASWJ). Justeru, tasawuf yang muktabar dari sisi akidah
adalah tasawuf yang bebas daripada akidah dan keyakinan yang
bercanggah dengan Ahli al-Sunnah Wa al-Jama’ah. Tasawuf adalah
kesepaduan di antara aspek-aspek akidah dan syariah yang menatijahkan
penghayatan akhlak yang sunniyyah. Tasawuf merupakan roh agama.
Sebagaimana jasad tidak akan hidup tanpa roh, maka begitulah agama
tidak akan hidup tanpa tasawuf. Tasawuf adalah amalan yang mampu
meningkatkan akidah dan syariat. Dengan pengamalan tasawuf,
pengetahuan akidah dapat ditingkatkan ke tahap dhawqiy ruhiy dan
mencapai makrifatullah yang sebenar-benarnya. Penyimpangan akidah
dan syariat dapat dikawal dengan ilmu dan pimpinan yang benar. Selain
daripada aspek ilmu dan amalan yang sahih, institusi Shaikh yang
berautoriti juga amat berperanan bagi mengawal penyimpangan-
penyimpangan yang mungkin berlaku pada sesetengah pengamal.
Kata kunci: Tasawuf, Muktabar, Akidah
HONORABLE TASAWUF CONCEPT IN AKIDAH
Abstract
This article discusses about the concept of the venerated tasawuf in
akidah. Akidah here is akidah Ahli al-Sunnah Wa al-Jama’ah (ASWJ).
Hence, the venerated tasawuf in akidah is tasawuf that free from deviant
in akidah Ahli al-Sunnah Wa al-Jama’ah (ASWJ). Tasawuf combines
aspects of akidah and syariat that causes the life of good behaviour,
sunniyyah. Tasawuf also the soul of our religion. Like the body without a
1 Dr. Jahid Sidek memperolehi Ph.D pada tahun 1992 dalam bidang Pengajian
Islam (Usuluddin) daripada Universiti Malaya. Beliau merupakan Mantan Prof.
Madya Jabatan Dakwah dan Pembagunan Insan, Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya, ahli Jalsah Turuq Sufiyyah Jabatan Mufti Negeri Sembilan,
Pengasas Pusat Rawatan Islam Manarah (PRIM), Astana Budi, Lorong Beringin,
Batu 17 Kuang, Bandar Baru Sungai Buloh. Beliau juga adalah shaikh mursyid
bagi Tariqah Naqshbandiyyah Khalidiyyah.
Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis
2017), 42-79
43
soul is the same as religion without tasawuf. Tasawuf is the ritual that
can improve the akidah and syariat. With the ritual of tasawuf, the
knowledge of akidah can be improved to dhawqiy ruhiy stage and get the
real makrifatullah. The akidah and syariat that are deviant can be
controlled with real knowledge and leadership. Apart from the aspect of
authentic knowledge and practice, the authoritative Shaikh institution
also plays a role in controlling the possible deviations of some
practitioners.
Keywords: Tasawuf, Muktabar, Akidah
Pendahuluan
Kertas kerja ini akan menjelaskan konsep tasawuf yang muktabar
dalam akidah. Tasawuf yang muktabar dalam akidah, juga
bermakna muktabar dalam syariat, kerana akidah dan syariat tidak
boleh dipisahkan. Tasawuf adalah sebatian antara kedua-duanya
yang tidak boleh dipisahkan sama sekali. Mungkin tajuk yang
diberikan di atas bermaksud, agar tinjauan yang dibuat dalam
kertas kerja ini lebih menumpukan aspek akidah berbanding
dengan aspek syariat. Akidah yang dimaksudkan disini ialah
akidah Ahli al-Sunnah Wa al-Jamaah (ASWJ).
Tasawuf yang muktabar dalam akidah dapat ditinjau dari
beberapa aspek penting:
Pertama dari aspek sumbernya iaitu al-Quran dan sunnah
yang ditafsirkan dengan tafsiran yang muktabar.
Kedua dari aspek kedudukan dan peranan tasawuf dalam
akidah iaitu bagaimana tasawuf dapat menjadi satu benting akidah
ASWJ dan bagaimana ianya begitu penting dalam meningkatkan
ilmu dan kefahaman tauhid ke tingkat hakikat dan ma‘rifah?
Ketiga dari aspek amalan, bagaimana amalan dalam
tasawuf dilakukan dengan sebaik-baiknya yang menepati motif
tauhid yang sebenar?
Keempat dari aspek berbagai prinsipnya yang penting,
bagaimana prinsip tersebut merupakan satu mekanisma yang
memenuhi tuntutan akidah?
Kelima dari aspek disiplin pemantauan akidah, bagaimana
pemantauan akidah memberi kesan yang sangat positif?
Keenam berbagai-bagai isu dan masalah yang timbul
sepanjang zaman, dari dulu sehingga ke hari ini, iaitu isu dan
masalah yang timbul dari dalam dan luar tasawuf.
Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis
2017), 42-79
44
Kedudukan Tasawuf Dalam Islam
Tasawuf adalah merupakan satu madrasah kerohanian Islam yang
lahir bersama lahirnya Islam. Kandungan dalam tasawuf adalah
merupakan amalan Rasulullah s.a.w., golongan sahabat, tabi’in,
tabi at-tabi’in dan para salaf al-salih. Amalan tasawuf adalah
sunnah muttaba’ah. Ianya menjadi salah satu dari tiga rukun
agama Islam, iaitu Islam, Iman dan Ihsan. Shaikh Abu al-Hasan
al-Bushanji (W. 282H) seorang sufi, menegaskan dengan katanya:
التصوف اليوم اسم بال حقيقة وقد كان حقيقة بال
اسم
Maksudnya: “Tasawuf pada hari ini
(masa hidupnya Shaikh Abu al-Hasan al-
Bushanji) ada namanya tanpa ada
hakikatnya. Sesungguhnya pada masa
dahulu (zaman nabi s.a.w, sahabat,
tabi’in, tabi’ at-tabi’in) tasawuf ada
hakikatnya tanpa ada namanya.”2
Imam Muslim dalam kitab sahihnya meriwayatkan sebuah
hadith dari Umar al-Khattab yang megisahkan pertanyaan Jibril
a.s. kepada Rasulullah s.a.w. mengenai Islam, Iman dan Ihsan.
Mengenai Islam Rasulullah s.a.w memberi jawapan dengan
menyebutkan rukun Islam yang lima; mengenai Iman Rasulullah
s.a.w. menjawap dengan rukun Iman yang enam; mengenai Ihsan
Rasulullah s.a.w menjawap dengan sabdanya:
تراه اإلحسان أن تعبد هللا كأنك تراه فإن لم تكن
فإنه يراك
Maksudnya: “Ihsan anda beribadat
kepada Allah seolah-olahnya anda
melihatnya, jika anda tidak seolah-olah
melihatnya sesungguhnya Allah melihat
anda”.
2 Hujwiri, Ali ibn Uthman, Kashf al-Mahjub. Kaherah: Al-Majlis al-A‘la li al-
Shu’un al-Islamiyyah, 1974, hlm. 239.
Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis
2017), 42-79
45
Ihsan yang disebut dalam hadith ini adalah asas ilmu dan
amalan tasawuf. Jadi ilmu Ihsan adalah ilmu tasawuf. Shaikh
Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi, dalam kitabnya al-Shari‘ah
wa al-Tariqah menegaskan dengan kata-katanya, yang bermaksud:
“Tariqat sebenarnya adalah nama yang
sama maknanya dengan Ihsan yang
tersebut dalam hadith. Ia merupakan
jalan yang menyampaikan Ihsan. Ihsan
juga disebut dan dikenali dengan
tasawuf atau suluk. Anda boleh namakan
ilmu Ihsan itu dengan apa-apa istilah.
Semua lafaz istilah itu berlainan tetapi
maksudnya sama.”3
Dalam al-Quran terdapat beberapa ayat yang jelas yang
dapat dijadikan dalil yang membuktikan tasawuf memang lahir
bersama lahirnya Islam. Allah berfirman:
ي م مأ هو ٱلذي بعث في ٱلأ يأ وا مأ يتأ أ سو ا م ن
مة وإن كانوا حكأب وٱلأ كت م ٱلأ م مأ ويع ي تهۦ ويزك ءاي
بين ل مل لفي ض ) ٢(من قبأ
(Al-Jumu’ah 62:2)
Maksudnya: “Dialah (Allah) yang telah
mengutuskan seorang rasul (Nabi
Muhammad s.a.w) dalam kalangan
orang-orang (Arab) yang Ummiyyin,
dari bangsa mereka sendiri, yang
membacakan kepada mereka ayat-ayat
Allah (mengajar ummatnya mengenal
Allah), dan membersihkan mereka (dari
iktiqad yang sesat), serta mengajarkan
mereka Kitab Allah (hukum-hakam) dan
Hikmah (pengetahuan yang mendalam
mengenai hukum-hukum syara‘)…”
3 Kandahlawi, Muhammad Zakariyya bin Muhammad Yahya al-, Al-Shariah wa
al-Tariqah. t.tp. tt., hlm. 99.
Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis
2017), 42-79
46
Tazkiyyah ( م ي yang tersebut dalam ayat ini bermaksud ilmu ( ويزك
tazkiyyah al-nafs atau ilmu ihsan atau ilmu tasawuf atau ilmu hati,
kerana ilmu ihsan atau tasawuf tujuannya membersihkan zahir dan
batin manusia.
Hubungan Tasawuf dengan Akidah
Hadith Ihsan di atas adalah merupakan kata-kata atau ungkapan
yang menjadi anak kunci (keyword) yang penting untuk melihat
dan memahami dengan tepat hubungan tasawuf dengan akidah dan
syariat. Berdasarkan hadith Ihsan tersebut dapat dirumuskan
beberapa kesimpulan:
1) Tasawuf adalah merupakan natijah amalan yang
menggabungkan akidah dengan syariat atau tauhid dengan
fekah.
2) Tasawuf adalah amalan yang mampu meningkatkan
kedua-dua bidang akidah (tauhid) dan syariat (fekah).
3) Hanya dengan tasawuf akidah atau tauhid dapat dicapai
setinggi-tingginya iaitu hakikat dan ma‘rifah.
4) Tasawuf adalah ilmu dan amalan yang menumpukan
aspek rohani (hati, roh dan sirr) secara dhawqi ruhiy.
5) Tasawuf adalah merupakan roh bagi agama. Sebagaimana
jasad tidak akan hidup tanpa roh, maka begitulah agama
tidak akan hidup tanpa tasawuf.
Menurut seorang ahli hadith, al-Hafiz Ibn Rajab al-Hanbali dalam
kitabnya Jami’ al-‘Ulum wa-Hikam bahawa apa bila seseorang
berada di tingkat Ihsan seperti yang disebutkan di dalam hadith,
orang tersebut melalui dua tahap. Tahap pertama ketika berada
dalam keadaan “seolah-olah melihat Allah”. Di tahap ini orang
tersebut telah dikurniakan oleh Allah ma‘rifah, boleh digelarkan
sebagai arif. Bagaimanapun di tahap ini sifat kehambaannya
belum sempurna, masih banyak kekurangannya. Oleh kerana itu
orang tersebut dikenalai sebagai arif naqis.4
Tahap kedua ialah ketika berada dalam keadaan “Allah
sentiasa melihat atau memantau dirinya”. Pada tahap ini orang
tersebut telah dikurniakan oleh Allah sifat kehambaan yang
sempurna dan hati yang ikhlas. Oleh sebab itu orang tersebut
4 Ibn Rajab, ‘Abd al-Rahman ibn Shihab al-Din, Jami’ al-‘Ulum wa-Hikam, Juz.
1. Beirut: Mu’assah al-Risalah, hlm. 125-134.
Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis
2017), 42-79
47
digelarkan sebagai arif kamil, kerana sifat kehambaannya telah
disempurnakan oleh Allah.
Ihsan yang tersebut bila dipandang dari sudut dhawqi
ruhiy, di tahap pertama orang tersebut sedang difana’kan oleh
Allah, berada di dalam fana’ fi ‘llah. Di tahap kedua pula orang
tersebut telah dikeluarkan oleh Allah dari fana’ fi ‘llah ke medan
baqa’ bi ‘llah.
Dapat disimpulkan tasawuf yang muktabar dalam akidah
ialah tasawuf yang diletakan dengan teguh dan sempurna di atas
asas akidah ASWJ. Tasawuf telah berjaya menjadi satu madrasah
yang penting memainkan peranan dalam usaha menjaga keutuhan
dan kesucian akidah ASWJ. Disamping itu tasawuf dapat
meningkatkan akidah ASWJ ke tahap setinggi-tingginya dari
tingkat ilmu dan kefahaman bertempat di akal, meningkat kepada
hakikat dan ma’rifah di hati dan roh.
Tokoh-tokoh tasawuf adalah merupakan tokoh-tokoh akidah
ASWJ. Golongan sufiyyah sepanjang zaman dari dulu dan
sekarang dapat sanjungan sebagai ulamak ASWJ. Imam ‘Abd al-
Qahir al-Baghdadi dalam kitabnya Usul al-Din dan al-Farq Bayna
al-Firaq menegaskan dengan kata-katanya yang bermaksud:5
“Golongan yang ke enam (di antara golongan ASWJ) ialah
golongan ahli zuhud dan ahli tasawuf yang mempunyai pandangan
yang tajam (dalam memahami agama). Mereka hidup dengan cara
serdahana, membuat berbagai latihan kerohanian. Mereka mampu
mengambil iktibar atau pengajaran yang benar dan mendalam
mengenai ajaran agama. Mereka bersifat redha dengan apa yang
Allah takdirkan. Mereka bersifat qana’ah (berpada) dengan rezeki
yang Allah kurniakan. Mereka tidak mengejar kemewahan.
Mereka menyedari sedalam-dalamnya bahawa pendengaran,
penglihatan (akal) dan hati akan disoal kelak (di akhirat) mengenai
baik atau buruknya. Mereka sentiasa muhasabah diri sampai
mengenai perkara-perkara yang sehalus-halusnya atau sekecil-
kecilnya. Mereka membuat persediaan yang baik untuk kehidupan
hari akhirat. Mereka bercakap menggunakan ibarat dan isyarat,
mengikut cara ahli hadith. Mereka tidak bercakap perkara yang
kosong dan sia-sia. Mereka tidak melakukan kebaikan kerana riak
5 Baghdadi, ‘Abd al-Qahir ibn Tahir, Al-Farq bayna al-Firaq wa Bayan al-Firaq
an-Najiyyah minhum. Kaherah: Maktabah Ibn Sina, hlm. 273-274.
Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis
2017), 42-79
48
dan tidak meninggalkan amalan yang baik disebabkan malu
kepada manusia. Agama mereka adalah tauhid sebenar dan
menafikan penyamaan Allah dengan makhluk. Mazhab mereka
mengenai kerohanian ialah menyerah kepada Allah dan tawakal.
Mereka taat kepada perintah Allah, menyerah penuh sebagai
hambaNya. Mereka redha terhadap apa yang ditakdirkan oleh
Allah dengan hati dan perbuatan. Al-Quran ada menyebutkan hal
keadaan mereka seperti itu.” Firman Allah:
ل فضأ ذو ٱلأ تيه من يشاء وٱلل يؤأ ل ٱلل لك فضأ ذ
عظيم ٢١ٱلأ
(Al-Hadid 57:21)
Maksudnya: “…yang disediakan bagi
orang-orang yang beriman kepada Allah
dan Rasul-rasulNya; yang demikian
ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya
kepada sesiapa yang dikehendakiNya;
dan Allah sememangnya mempunyai
limpah kurnia yang besar…”
Imam Ghazali pula berkata:
لسابقون لطريق اإني مت يقيا أن الصوفية هم
هللا خاصة وأن سيرتم أحسن السير وطريقم
لطرق وأخالقم أزكى الخالق ...فان اأصوب
جميع حركاتم وسكاتم في ظاهرهم وباطم
مقتبسة من نو مشكاة البوة
Maksudnya: “Sesungguhnya aku tahu
secara pasti bahawa golongan sufiyyah
adalah mereka yang khusus bersungguh-
sungguh mengutamakan jalan Allah.
Sirah zahir dan batin mereka adalah
sebaik-baik sirah. Perjalan mereka
adalah perjalanan yang paling benar.
Akhlak mereka adalah sebersih-bersih
akhlak. Sesungguhnya gerak dan diam
Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis
2017), 42-79
49
mereka sama ada zahir mahupun batin
adalah imbasan dari cahaya permata
kenabian.”6
Berasaskan al-quran dan sunnah
Tasawuf yang muktabar dalam akidah dapat dilihat dari keteguhan
memegang dua sumbernya iaitu al-Quran dan sunnah. Apa juga
isu dan masalah akidah baik mengenai asas-asasnya mahupun
persoalan furu’nya dirujuk kepada al-Quran dan hadith. Tentunya
al-Quran dan hadith yang dihurai dan ditafsirkan mengikut
pandangan ulamak ASWJ atau pandangan ahli tafsir yang berada
dalam arus perdana Islam. Shaikh Abu al-Qasim Junayd al-
Baghdadi (W. 297H) menegaskan dengan katanya yang terkenal:
ما هذا مقيد بالقران والسة
Maksudnya: “Ilmu (tasawuf) kita ini
tercanai dengan al-Quran dan sunnah”7
Oleh kerana para salik tidak ada kemahiran dan keahlian mengenai
al-Quran dan sunnah maka untuk menentukan mereka tetap
berpegang kepada al-Quran dan sunnah, dalam fekah, diwajibkan
keatas mereka mengikut salah satu mazhab sunni yang empat,
Hanafi, Maliki, Shafi’i atau Hanbali. Mereka tidak dibenarkan
mengikut mazhab yang lain seperti Syiah dan seumpamanya. Di
dalam akidah diwajbkan keatas mereka berpegang teguh kepada
mazhab atau aliran ASWJ.
Apa juga natijah atau pengalaman amalan dalam
perjalanan mujahadah para salik, wajib dirujuk kepada al-Quran
dan sunnah. Jika di dapati berlawanan dengan al-Quran dan
sunnah, wajiblah ditinggalkan atau diabaikan. Oleh sebab itulah
maka shaikh mursyid yang menbimbing para muridnya mestilah
mengetahui tafsiran ayat-ayat al-Quran dan hadith, khasnya yang
berkaitan dengan akidah dan syariat yang diperlukan atau yang
asas.
6 Ghazali, Muhammad bin Muhammad al-, Al-Munqidh min al-Dhalal, dlm.
Majmu‘at Rasa’il. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, t.t., hlm. 57-58. 7 ‘Isa, ‘Abd al-Qadir, Haqa’iq ‘an al-Tasawwuf, Halab: Dar al-‘Irfan, 2001.
Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis
2017), 42-79
50
Berpegang dengan prinsip-prinsip aswj.
Tasawuf yang muktabar dalam akidah tetap berpegang dengan
beberapa prinsip akidah ASWJ antaranya ialah:8
1) Tanzih atau taqdis, maksudnya Allah tetap Maha Suci
daripada diserupakan dengan makhluk. Allah tidak
berjisim, tidak bertempat, tidak ada arah seperti depan,
belakang, kiri, kanan, atas dan bawah. Zat Allah tidak
boleh dikenal, hanya Allah sahaja yang mengenal ZatNya.
Usaha mengenal ZatNya dilarang. Allah berfirman:
سهۥ نفأ كم ٱلل ٢٨ويحذ
(Ali Imran 3:28)
Maksudnya: “…dan Allah memberi
amaran supaya kamu tidak mengenal
ZatNya…”
Permasalahan Ayat-Ayat Mutasyabihat
Firman Allah:
ت هن هو ٱلذي كم حأ ت م ه ءاي أ ب م كت ك ٱلأ يأ أنزل
غ مأ زيأ ا ٱلذين في قوب فأمت ب ب وأخر متش
كت أم ٱلأ
هۦ وي تغاء تأأ ة وٱبأ فتأ تغاء ٱلأ ه ٱبأ أ به م فيتبعون ما تش
و وما م تأأ م يعأ أ ع سخون في ٱلأ وٱلر ٱلل يهۥ إ
ب ا وما يذكر إ د نأ يقولون ءاما بهۦ كل م
ب ب لأ لوا ٱلأ ٧أو
(Ali Imran 3:8)
Maksudnya: “ Dialah (Allah) yang telah
menurunkan al-Quran; sebahagian dari
al-Quran itu adalah ayat-ayat muhkamat
(ayat-ayat yang terang dan jelas
maknanya) ; ayat-ayat muhkkamat itulah
merupakan kandungan al-Quran yang
8 GhazzÉlÊ, Imam AbË ×Émid MuÍammad bin MuÍammad al-IljÉm al-‘AwwÉm
an ‘Ilm al-KalÉm, dlm. Majmu‘at RasÉ’il. Beirut: DÉr al-Kutub al-‘Ilmiyyah,
t.t..
Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis
2017), 42-79
51
asas , banyaak dan penting; dan
sebahagian yang lain ayat mutasyabihat;
Adapun mereka yang dalam hati mereka
ada penyakit penyimpangan dari
kebenaran , sentiasa suka mengikuti ayat
mutasyabihat itu untuk menimbulkan
fitnah dan mahukan takwilannya
mengikut sesuka hati mereka; dan tidak
ada sesipa yang mengetahui
takwilannya, kecuaali Allah; adapun
orang yang benar dan teguh ilmu mereka
berksta : “kami beriman dengan ayat-
ayat itu; semuanya dari sisi Tuhan kami
(Allah); dan tidak ada yang mampu
taadhakkur kecuali golongaan ulul-
albab”
Mengenai ayat-ayat mutasyabihat ulama’ tasawuf
berpegang kepada akidah ASWJ iaitu tidak menggunakan
pengertian makna zahir perkataan atau makna hakiki, tetapi
menerima ayat mutasyabihat tersebut dengan makna yang Allah
kehendaki yang Allah sendiri tahu; atau ditakwilkan dengan
takwilan yang sesuai dengan sifat-sifat Allah dan tidak ditentukan
dengan hanya satu takwilan sahaja.
Lebih jauh lagi tasawuf mengajarkan pengamalnya supaya
membersihkan diri zahir dan batin dari unsur syirik jali dan khafi.
Kedua-dua syirik ini dianggap oleh golongan sufiyyah sebagai
sama sahaja dan mesti dijauhkan.
Menurut sufiyyah, syirik jali disebabkan waham pada
akal, maka waham tersebut boleh dihapuskan demgan ilmu tauhid
yang benar. Sebab itu para salik diwajibkan menuntut ilmu tauhid
selain dari ilmu fekah dan tasawuf. Syirik khafi pula disebabkan
waham di dalam hati atau roh . Ianya hanya akan hilang Allah
limpahkan nur al-wisal ke dalam hati. Ibn ‘Ata’illah menyebutkan:
أود غيك ألواد ليخرجك من سجن وجودك إلى
فضاء شود
Maksudnya; “Allah melimpahkan
(dalam hati) tanda nur warid al-wisal
Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis
2017), 42-79
52
supaya mengeluarkan diri anda dari
penjara wujud diri anda sendiri, ke
luasnya medan musyahadah pandangan
mata hati”.
Untuk menajamkan lagi kefahaman dan kesedaran para
salik mengenai syiri khafi, maka ditekankan seccara bersunggh-
sungguh larangan pergantungan hati kepada yang lain dari Allah,
seperti bergantung kepada makhluk atau amal atau merasa ada
amal.
2) Tasdiq iaitu beriman hingga sampai tahap tasdiq apa-apa
kepercayaan yang disampaikan oleh Rasulullah
s.a.w.seperti yang dimaksudkan dalam sabdanya.Tasawuf
sememangnya menitik beratkan tercapainya tahap tasdiq
bukan hanya mengenai iman, tetapi juga mengenai
berbagai sifat hati (maqamat qalbiyyah).Misalnya as-sidq
fi al-tawbah.
3) Al-‘Ajzu atau mengakui diri lemah. Maksudnya mengakui
dirinya tidak boleh mengetahui apa yang dimaksukan oleh
Allah yang sebenar, bukan menjadi urusan dan
perkerjaannya.
4) Sukut atau mediamkan diri. Maksudnya jangan bertanya-
tanya tentang maksudnya yang sebenar, dan jangan
menyelaminya secara medalam. Sedar bertanya
mengenainya adalah bid’ah. Menyelami sedalam-
dalamnya boleh kufur tanpa disedari. Tasawuf
mengajarkan mengenai ayat- ayat mutasyabihat wajib
berpegang dengan kaedah ASWJ.
5) Imsak, tidak boleh menghuraikan sesuatu lafaz dengan
bahasa-bahasa lain, tidak boleh menambah atau
mengurangkan dan sebagainya.
6) Al-Kaff, tidak tercari-cari atau terfikir-fikir mengenai
masalah akidah. Tasawuf mengajarkan agar para salik
tidak cenderog hati untuk memikir-mikir berbagai
pengalaman rohani, tetapi mereka hendaklah segera
kembali mengharap kurnia dan rahmat Allah dengan
membaca doa munajat yang diajarkan:
إلي أنت مقصودي وضاك مطوبي ) )
Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis
2017), 42-79
53
7) Taslim, menerima dan menyerahkan masalah akidah
kepada pakarnya. Tidak boleh diitikadkan sesiapa pun
tidak tahu maksudnya, sehingga Rasulullah s.a.w. dan
para sahabat dan para wali pun disangka tidak tahu.
Tasawuf juga mewajibkan para salik sentiasa bersikap
demikian serta semua isu dan masalah mesti dirujuk
kepada shaikh mereka.
Dhikrullah Dan Tafakkur
Telah diterangkan di atas tasawuf sama maknanya dengan ihsan.
Ihsan pula adalah amalan yang meningkatkan akidah dan syariat
hingga ke tahap ihsan. Akidah meningkat bertambah sempurna,
dari ilmu dan kefahaman akidah di akal, ke tahap hakikat dan
ma’rifah di hati dan roh. Apakah amalan yang dapat segera
meningkatkan akidah? Rasulullah s.a.w telah memberikan
jawapanya, apabila Saidina Ali bertanya kepadanya mengenai
soalan yang sama. Sabdanya:
و جراأيا ى يك بدوام ذكرهللا سرا
Maksudnya: “Ya Ali, wajiblah engkau
sentiasa dhikrullah secara sir atau
jihar.”9
Berdasarkan kepada hadith nabi tersebut amalan yang
menyegerakan peningkatan akidah hingga sampai kepada hakikat
dan ma’rifah ialah sentiasa kekal dhikrullah. Imam Abu al-Qasim
Junayd al-Baghdadi (W. 297H) menegaskan dengan katanya:
حد ا العم بل يصل اذكر هللا كن قوي في هذ
الى هللا ا بدوام الذكر
Maksudnya: “Dhikrullah adalah rukun
yang utama di dalam ilmu (tasawuf) ini,
bahkan seseorang (salik) tidak akan
sampai kepada (hakikat dan ma’rifah)
9 Hadith riwayat al-Thabrani dan al-Bazzar dengan isnad yang hasan.
Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis
2017), 42-79
54
Allah kecuali dengan terus kekal
berzikir.”10
Menerusi dhikrullah seseorang mukmin akan dikurniakan
oleh Allah musyahadah hati terhadap ayat-ayat Allah yang berada
di alam malakut. Ayat 190 dan 191 surah Ali ‘Imran menjadi bukti
yang jelas bahawa hanya dengan dhkirullah Allah akan kurniakan
musyahadah hati terhadap ayat-ayat Allah yang tersirat dalam
semua kejadianNya. Golongan ulu ‘l-albab dikurniakan oleh Allah
musyahadah ayat-ayat Allah di alam malakut kerana mereka
sentiasa berzikir dan bertafakur, seperti yang Allah sebutkan
dalam ayat 191 surah Ali ‘Imran.
Apa yang dicapai menerusi kaedah mengenal Allah secara
dhawqi ini ialah peningkatan ilmu dan kefahaman yang berkaitan
dengan Allah kepada haqiqat dan al-ma’rifah secara wahbiy
(kurniaan Allah secara langsung).
Empat Tingkat Dhikrullah
Menerusi tingkat-tingkat dhikrullah, dapat juga dilihat bagaimana
peranan dhikrullah dalam peningkatan ilmu dan amal. Menurut
Ibnu Ata’illah ada empat tingkat dhikrullah;
1) Dhikr ghaflah,
2) Dhikr yaqadzah,
3) Dhikr hudur
4) Dhikr ghaybah.11
Di tingkat pertama, dhikr ghaflah hati masih berada dalam
keadaan lalai (ghaflah) walaupun dhikr sudah diamalkan. Siapa
sahaja yang berhati lalai maka ia tergolong dalam golongan orang
awam. Bila dhikr meningkat kepada dhikr yaqadzah, maka hati
yang lalai bertukar menjadi sedar (yaqazah). Hati menjadi
yaqazah kerana Allah telah limpahkan ke dalam hati nur al-
intibah. Dengan peningkatan keadaan hati tersebut maka hati
mula dapat digunakan untuk memahami apa juga perkara yang
tidak boleh difahami oleh akal. Orang yang berhati yaqazah ini
digelarkan sebagai golongan salik.
10 Qushayri, Abu al-Qasim al-, Al-Risalah al-Qushayriyyah. Beirut: Maktabah
al-‘Asriyyah, 2005, hlm. 221. 11 Ibn ‘Ajibah, Ahmad ibn Muhammad, Ib’ad al-Ghumam ‘an Iqaz al-Himam fi
Sharh al-Hikam. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 2009, hlm. 105.
Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis
2017), 42-79
55
Bila dhikr berada ditingkat hudur dan ruang hati telah
diterangi dengan nur al-iqbal maka ruang hati semakin terang dan
hati juga semakin tertumpu dan asyik kepada Allah. Keupayaan
hati untuk memahami berbagai isyarat daripada Allah akan dapat
lebih diterima dan difahami. Hamba Allah seperti ini akan menjadi
semakin hampir kepada Allah dan sifat kehambaannya juga
semakin sempurna. Dengan ini dapat kita lihat bagaimana ia dapat
peningkatan ilmu dan amal. Orang mukmin di tingkat ini dikenali
dengan gelaran khawwas (salik yang khawwas).
Akhir sekali bila dhikr sampai ke tingkat yang tertinggi
iaitu tingkat ghaybah, maka ruang hati telah dipenuhi dengan
limpahan nur al-wisol. Dengan itu maka hamba Allah ini
disampaikan oleh Allah kepada hakikat dan ma’rifah. Sifat
kehambaannya menjadi sempurna. Hamba Allah ini sampai ke
tingkat Ihsan dan menjadi seorang muhsin. Orang ini juga
digelarkan sebagai khawwas al-khawwas (salik yang khawwas al-
khawwas)
Dapat kita simpulkan dari tingkat-tingkat dhikr di atas,
seseorang dapat mencapai peningkatkan ilmu dan amal. Dengan
kata-kata yang lebih tepat, menerusi dhikrullah akidah dapat
ditingkatkan sampai di kemuncaknya, iaitu hakikat dan ma‘rifah.
Amalan juga akan menjadi sebaik-baik amal.
Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis
2017), 42-79
56
Jadual 1: Peringkat-peringkat zikir
Daripada unsur dhikrullah inilah maka timbulnya amalan
tarekat. Oleh itu dhikrullah yang dimaksudkan adalah dhikrullah
yang diajarkan dalam salah satu daripada mana-mana turuq
sufiyyah. Oleh yang demikian maka sangat tepat apa yang telah
ditegaskan oleh Sheikh Muhammad Zakariyya Kandahlawi,
tarekat adalah jalan yang menyampaikan seseorang ke tingkat
ihsan.
Institusi Shaikh
Tasawuf yang muktabar dalam akidah mesti ada pimpinan shaikh,
kerana tasawuf adalah madrasah kerohanian yang merupakan
duplicate atau salinan madrasah kerohanian Rasulullah s.a.w.
Bagaimana para sahabat dipimpin oleh Rasulullah s.a.w. maka
begitulah para salik dalam tasawuf mesti dipimpin oleh shaikh
yang berkelayakan yang memenuhi syarat-syarat yang telah
ditetapkan. Keperluan pimpinan shaikh bagi para salik, menurut
Shaikh Abdul Qadir Al-Jilani (W. 562H) adalah merupakan
keperluan semulajadi yang tidak boleh ditinggalkan. Malaikat
yang di langit pun dipimpin oleh guru iaitu Adam a.s.
sebagaimana yang diceritakan oleh Allah dalam al-Quran.
مأ قال مائ ا أنبأهم بأسأ فم مأ مائ م بأسأ ـادم أنبئأ قال ي
ض أ ت وٱلأ و م ب ٱلس م غيأ أ ألمأ أقل لكمأ إن ي أ
دون وما م ما تبأ أ تمون وأ ٣٣كتمأ تكأ
(Al-Baqarah 1: 33)
Maksudnya: “Allah berfirman: Wahai
Adam! Terangkanlah nama benda-benda
ini semua kepada mereka (malaikat).
Maka setelah Nabi Adam menerangkan
(mengajarkan) nama benda-benda itu
kepada mereka, Allah berfirman:
Bukankah Aku telah katakan kepada
kamu, bahawasanya Aku mengetahui
segala rahsia langit dan bumi dan Aku
mengetahui apa yang kamu nyatakan
dan apa yang kamu sembunyikan?”.
Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis
2017), 42-79
57
Allah berfirman:
وكونوا مع ا ٱلذين ءاموا ٱتقوا ٱلل أي دق ي ين ٱلص
١١٩
(At-Tawbah 9:119)
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang
beriman bertaqwalah kamu kepada Allah
dan hendaklah kamu berserta dengan
golongan sodikin”.
Allah SWT juga berfirman:
وٱتبعأ سبيل منأ أناب إلي
(Al-Luqman 31 :15)
Maksudnya: “…dan ikutilah jalan orang-
orang yang benar-benar kembali
kepadaKu (zahir dan batin, iaitu orang
yang bergelar منيبين yang disebut oleh
Allah di dalam Ar-Rum: 31)”.
Shaikh Dr. Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya
Qadhiyyat al-Tasawwuf,12 menegaskan dengan katanya:
و بد فى التصوف من شرط جوهري. هو
وهى ”البركة"دق أالتأثير الروحى أو بتعبير
تتأتى ا بواسطة شيخ. ومن ها كانت السسة.
وهل السسة ا بركات تتقل من شيخ الى مريد
Maksudnya: “Dalam tasawuf mestilah
ada suatu syarat yang terpenting iaitu
kesan rohani, atau dengan kata-kata
yang lebih tepat lagi, ialah keberkatan.
Keberkatan itu tidak akan sampai
kecuali dengan wasitah atau perantaraan
seorang shaikh. Dari sinilah maka
timbullah salasilah. Salasilah itu
sebenarnya tidak lain dari keberkatan
12 Mahmud, Shaykh ‘Abd al-Halim, Qadiyyat al-TaÎawwuf: al-Munqidh min al-
DhalÉl. Kaherah: Dar al-Ma‘arif, t.t..
Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis
2017), 42-79
58
dari berbagai keberkatan yang berpindah
dari seorang Shaikh kepada seorang
murid.”
Institusi shaikh ini adalah merupakan salah satu
mekanisme kawalan dan peningkatan akidah ASWJ. Di atas telah
diterangkan bahawa golongan sufiyyah adalah merupakan salah
satu golongan dari pelbagai golongan ASWJ. Para shaikh sentiasa
memantau akidah para muridnya menerusi kedua-dua kaedah
mekanisma dakwah bi ‘l-lisan dan bi ‘l-hal.
Menerusi shaikh juga, haqiqat dan ma‘rifatullah akan
dilimpahkan oleh Allah ke dada atau hati para murid, sebagaimana
Allah limpahkan hakikat dan ma‘rifah daripada hati Jibril ke hati
Rasulullah s.a.w., dan daripada hati Rasulullah s.a.w. ke hati para
sahabat. Dalam akidah ASWJ sememangnya mengakui adanya
ilmu yang didapati dengan usaha ikhtiar (kasbiy), dan di samping
itu ada ilmu yang mesti didapati menerusi kurniaan Allah (secara
wahbiy). Oleh sebab itulah maka para salik diwajibkan melakukan
atau melaksanakan suhbah (selalu berdampingan) bersama shaikh
mereka, seperti sahabat melakukan suhbah bersama Rasulullah
s.a.w.
Menghubungkan Syariat Dengan Hakikat
Tasawuf yang muktabar dalam akidah tidak memisahkan antara
syariat dengan hakikat sama sekali, malahan bersungguh-sungguh
untuk mengukuhkan hubungan kedua-duanya. Sebenarnya, syariat
dan hakikat dalam hubungan ini, sangat berkaitan dengan istilah
zahir dan batin. Iaitu zahir syariat dan batin syariat. Seperti
firman Allah Ta’ala:
ري ة لذكأ و ١٤وأقم ٱلص
(Taha 20:14)
Maksudnya: “Dirikanlah sembahyang
untuk mengingati Aku.”
Kelakuan sembahyang (rukun qawliy, rukun fi`liy), adalah zahir
Syariat, sedangkan mengingati Allah dalam hati adalah batin
Syariat. Sebab itulah sesetengah orang sufi menyabutkan: “Syariat
itu adalah zahir Hakikat dan Hakikat itu adalah batin Syariat”
atau “Syariat itu ialah jasad Hakikat dan Hakikat itu pula ialah
ruh Syariat.”
Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis
2017), 42-79
59
Sebagaimana ruh tidak boleh dipisahkan daripada
manusia, kalau dipisahkan, jasad jadi mayat dan ruh hilang lenyap,
maka begitulah antara Syariat dan Hakikat, tidak boleh dipisahkan.
Kalau dipisahkan rosak kedua-duanya. Misalnya, ajaran fahaman
agama kebatinan, mereka memisahkan antara Syariat sembahyang
dan Hakikat sebahyang. Mereka sembahyang di dalam hati, dan
mereka istilahkannya dengan solat daim. Mereka memahami ayat
14 surah Taha yang tersebut di atas, bahawa tujuan solat adalah
mengingti Allah. Maka apabila mereka mendakwa bahawa telah
mengingati Allah, maka mereka telah solat. Sebenarnya, mereka
tidak melakukan kedua-keduanya, sembahyang mereka tidak
lakukan, mengingati Allah pun tidak lakukan. Kerana,
sembahyang itu adalah pintu untuk sampai kepada hakikat
mengingati Allah. Bila sembahyang tidak dilakukan, maka tidak
masuk kepada hakikat mengingati Allah. Allah berfiman:
ا ب و بيوت منأ أبأ توا ٱلأ وأأ
(Al-Baqarah 1: 189)
Maksudnya: “Hendaklah kamu masuk
ke rumah melalui pintu-pintunya.”
Berdasarkan kepada ayat di atas, orang-orang sufi
mengunakan ayat tu sebagai dalil secara Isyhariy, iaitu kalau
masuk ke sebuah rumah mestilah melalui pintunya, maka
begitulah juga seorang yang mahu masuk ke dalam hakikat,
mestilah menerusi pintu Syariat. Oleh itu, orang-orang sufi
membuat ungkapan yang tekenal: “Syariat adalah pintu Hakikat”
atau “yang zahir adalah pintu bagi yang batin”.
Contohnya, pada syariat atau zahirnya, orang sembahyang
mengadap ka`bah untuk menyampaikan hakikat menghadap zat
Allah yang Wajibal Wujud, yang tidak ada sesuatu serupa
denganNya. Bila seorang yang sembahyang, tidak mengadap
ka`bah atau kiblah, maka tidak sah, kerana tidak ada syariatnya
dan juga tidak akan sampai kepada hakikat menghadap zat Allah
S.W.T.
Contoh lain ialah, Nabi Musa, untuk sampai kepada
hakikat wujud Allah, dikehendaki oleh Allah untuk merenung
bukit Tur Sina’ dengan mata kepala dan juga dengan mata hati.
Bila Bukit Tursina itu hilang atau lenyap dari pandangan hati
Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis
2017), 42-79
60
barulah nabi Musa sampai kepada hakikat wujud Allah. Ternyata
yang zahir pintu kepada yang batin atau syariat adalah pintu
hakikat, kedua-duanya tidak boleh di pisahkan.
Kesimpulannya, jelaslah Hakikat dan Ma`rifah itu sangat
penting seperti juga Syariat dan Tarekat. Kerana inilah, maka
Imam Malik mengatakan:
“Siapa belajar dan beramal dengan
Fekah sahaja, ia jadi fasik (dosa besar),
dan siapa yang belajar dan beramal
dengan Tasawuf sahaja dia jadi zindik
(terkeluar dari Islam). Siapa yang
menggabungkan kedua-duanya (Fekah
dan Tasawuf), maka ia akan sampai
kepada Hakikat.”
Menitik beratkan aspek rohani
Tasawuf yang muktabar dalam akidah juga menitik beratkan aspek
rohani. Telah diterangkan di atas, tasawuf adalah ilmu dan amalan
yang menumpukan aspek rohani (hati, roh dan sirr) secara dhawqi
rohiy. Tumpuan aspek rohani adalah selaras dengan kehendak
Islam sebenar. Rasulullah s.a.w. bersabda:
إنما المال باليات وانما لكل امرء ما نوى
Maksudnya: “Bahawasanya berbagai
amalan (disertai) dengan berbagai niat
dan hanyasanya bagi seseorang (dapat
kebaikan dari amalannya) setakat apa
yang diniatkan”.
Amalan ialah gerak jasad (حركة الجسم(, niat pula adalah
gerak hati (حركة القب). Bila gerak hati baik maka amalan pun jadi
baik. Sebaliknya bila gerak hati buruk maka amalan pun jadi
buruk. Oleh sebab itu, tasawuf menekankan usaha dalam aspek
hati. Rasulullah s.a.w. bersabda:
ذا صحت صح الجسد جسد مضغة إالإن في أ
إذا فسدت فسد الجسد كه أ وهي القبوكه
Maksudnya: “Sesungguhnya dalam jasad
anak Adam, ada satu mudghah, bila
Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis
2017), 42-79
61
ianya baik, maka baiklah (perbuatan)
seluruh anggota. Sebaliknya, jika
mudghah itu rosak, maka rosaklah
(perbuatan) seluruh anggota. Mudghah
itulah hati.”13
Rasulullah s.a.w juga bersabda:
و إلى صوكم أجسامكمإن هللا يظر إلى
ولكن يظر إلى قوبكم
Maksudnya; “Sesungguhnya Allah tidak
melihat (menilai dan mengira) tubuh
badan kamu semata-mata, juga tidak
melihat rupa kamu, akan tetapi Allah
melihat hati kamu.”14
Tasawuf telah menggunakan kaedah takhalli (mujahadah
membuangkan sifat-sifat buruk madhmumah) dan tahalli
(menghiaskan sifat-sifat baik mahmudah) sebagai mekanisma
memperbaiki dan membersihkan aspek rohani (hati). Kedua-dua
mujahadah tersebut dilakukan dengan mengharap semata-mata
kepada kurnia dan rahmat Allah. Hanya dengan kurnia dan
rahmat-Nya, kedua-dua mujahadah akan berhasil. Allah berfirman:
ل ٱلل فضأ نأ ولوأ متهۥ ما زكى مكم م حأ كمأ و يأ يم سميع ي من يشاء وٱلل يزك كن ٱلل
ا ول أحد أبد ا
٢١
(An-Nur 24: 21)
Maksudnya: “… dan kalaulah tidak
kerana limpah kurnia Allah dan
rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak
ada seorang pun di antara kamu menjadi
bersih selama-lamanya; akan tetapi
Allah membersihkan sesiapa yang
dikehendaki-Nya dan ingatlah Allah
13 Hadith Muttafaq ‘alayhi. 14 Hadith riwayat Muslim daripada Saidina Abi Hurairah r.a..
Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis
2017), 42-79
62
Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui.
Natijahnya ialah terbentuknya ahwal qalbiyyah dan
maqamat qabiyyah yang baik. Akan terbentuklah ahwal qalbiyyah
seperti hati yang yaqazah (hidup dan sedar) hudur (kuat
tumpuannya kepada Allah), salim (hati yang hanya di dalamnya
Allah sahaja), mutmainnah, ikhlas, khusyuk, lembut dan
sebagainya. Apabila ahwal qalbiyyah baik, maka maqamat
qalbiyyah jadi baik. Hati akan bersifat taubat, sabar, syukur, takut
kepada Allah, roja’ (bergantung kepada rahmat Allah), zuhud,
tawakal, reda dan mahabbah.
Tanpa Unsur-Unsur Akidah Yang Salah
Tasawuf yang muktabar dalam akidah mestilah bersih dari semua
unsur akidah juga syariat yang menyalahi Islam. Shaikh mursyid
yang sebenar yang memenuhi syarat shaikh, mampu menjaga apa
juga unsur-unsur yang salah dari meresap dan mempengaruhi para
muridnya. Antara unsur-unsur yang menyalahi akidah dan syariat
adalah seperti berikut:
1) Fahaman golongan hululiyyah yang mengiktikadkan Allah
mesra dalam makhluk seperti mesranya gula dalam air,
terutamanya di dalam makhluknya yang cantik seperti
manusia yang cantik. Anggota kumpulan ini melihat
kejadian yang cantik akan disembah. Antara pemimpin
mereka bernama Abu Hilman Dimshaqi. Fahaman ini telah
diijmakkan oleh jumhur ulama, terkeluar daripada Islam.
2) Fahaman golongan ittihadiyyah yang mengiktikadkan
tuhan dan makhluknya bersatu dalam keadaan tuhan tetap
tuhan, makhluk tetap makhluk seperti bila kita paku papan
atau kayu, papan tetap papan, paku tetap paku. Kumpulan
ini juga telah diijmakkan oleh ulama, terkeluar daripada
Islam.
3) Fahaman golongan mushabbihah (golongan yang
menyerupakan Allah dan makhluk seperti Allah bertangan,
bertangan, bermata, berjari, berwajah, bertempat, duduk di
arash dan sebagainya), mujassimah dan seumpamanya.
Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis
2017), 42-79
63
4) Fahaman akidah agama kebatinan yang mengiktikadkan
seseorang yang solat yang disembah dialah menyembah
berdasarkan firman Allah:
بدون أ أنا فٱ ه إ إل ٢٥
(Al-Anbiya’ 21:25)
Maksudnya: “… Bahawa sesungguhnya
tiada Tuhan (yang berhak disembah)
melainkan Aku, oleh itu beribadatlah
kamu kepadaKu”
5) Kepercayaan yang diasaskan kepada kashaf atau sangkaan
atau mimpi atau suara yang didengar dan sebagainya,
semata-mata dengan meninggalkan al-Quran dan sunnah.
Kepercayaan jenis ini berpengaruh luas di kalangan
pengamal tasawuf sekarang. Misalnya, dakwaan kononnya
tokoh-tokoh ulama tertentu yang sudah meninggal, datang
menemui seorang individu dan akhirnya individu tersebut
menjadi muridnya.
6) Akidah yang diasaskan kepada pengalaman rohani yang
menyalahi al-Quran dan sunnah seperti dakwaan boleh
pergi ke arash, melawat syurga dan neraka, melawat tujuh
lautan, melihat makhluk yang ajaib, dapat mempelajari
makna al-Quran yang berada di Luh Mahfuz, kembara roh
ke mana sahaja yang dikehendaki dengan menaiki
kenderaan kalimah Allah, kebolehan melawat Jibril pada
malam tertentu atau sebaliknya, dilawati Jibril pada waktu-
waktu tertentu, melihat nabi-nabi dan rasul-rasul yang
terdahulu, melihat Sayyidah Maryam, kepercayaan orang
yang sudah mati dipercayai pada hakikatnya masih hidup
semata-mata didasarkan individu tersebut menemuinya dan
berbual-bual, kepercayaan menemui wali-wali Allah dari
seluruh dunia dan diajak masuk ke dalam mesyuarat exco
wali Allah. Diberi berbagai gelaran yang molok-molok
Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis
2017), 42-79
64
oleh para wali Allah seperti gelaran Qutub, Sultan Arifin,
Abdal, Autad dan sebagainya.dan berbagai-bagai lagi.
7) Berbagai kepercayaan agama yang bukan Islam seperti
kepercayaan roh shaikh atau roh wali-wali tertentu kembali
ke pusat ibadat atau tempat-tempat tertentu, terutamanya
pada masa-masa tertentu, kerana itu perlu disediakan
hidangan.
8) Kepercayaan wali-wali Allah mempunyai power atau
kuasa yang luar biasa.
Pemantauan Akidah
Dalam disiplin tasawuf yang muktabar dalam akidah mempunyai
pemantauan akidah dengan jelas. Pemantauan akidah dalam
tasawuf dapat dilihat dari 2 sudut, pertama dari sudut adab, kedua
dari sudut berbagai larangan yang mesti dijaga dan dijauhkan.
Pemantauan akidah dari sudut adab adalah berkaitan
dengan adab terhadap Allah dan terhadap guru.
Adab terhadap Allah yang paling penting ialah sentiasa
ingat namaNya, merasakan kewujudanNya, merasakan sifat-sifat
kebesaranNya dan dan sifat-sifat kesempurnaanNya sehingga hati
benar-benar takut kepada Allah dan bergantung harap kepada
rahmatNya. Adab ini dirumuskan oleh golongan sufiyyah dari
firman Allah SWT:
ا وطمعا ف ا وه خوأ وٱدأ
(Al-A’raf 7:56)
Maksudnya: “…Hendaklah kamu sebut
dan ingatkan Allah (dalam keadaan hati
kamu) takut kepada kebesaranNya dan
bergantung kepada rahmatNya yang
sempurna...”
Adab terhadap Allah yang disebutkan adalah satu
mekanisme yang paling baik dan berkesan dalam usaha menjaga
akidah dan hubungan seseorang dengan Allah SWT.
Adab terhadap guru juga adalah didasarkan kepada adab
sahabat terhadap Rasulullah s.a.w. Dalam tasawuf adab tasawuf
perlu dijaga sebaik-baiknya, kerana adab terhadap guru dianggap
anak tangga yang menyampaikan adab terhadap Allah. Bila
Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis
2017), 42-79
65
seseorang salik gagal menjaga adab terhadap guru, maka bererti
gagallah juga dalam adab terhadap Allah. Selalu disebutkan oleh
golongan sufiyyah, keredhaan guru adalah anak tangga yang
menyampaikan keredhaan Allah. Di atas telah diterangkan dari
shaikh atau guru Allah akan limpahkan keberkatan atau syafaat ke
dalam hati murid. Jika buruk adab terhadap guru, maka Allah tidak
akan melimpahkan keberkatan gurunya ke dalam rohani murid
tersebut.
Pemantauan Akidah Dari Sudut Larangan adalah seperti di
bawah ini:
a) Terasa Ada Amalan
Maksudnya seseorang itu merasakan bahawa dirinya telah banyak
berbuat amal soleh; banyak sembahyang, banyak puasa, banyak
zikir, banyak sedekah dan sebagainya lagi. Jika ada rasa demikian
maka rosaklah perjalanan kerohaniannya. Rasa yang demikian itu
bukan sahaja akan menimbulkan sifat riak, ujub dan sebagainya
tetapi ianya boleh menyebabkan syirik atau menyengutukan Allah.
Oleh kerana itu seseorang salik itu dikehendaki merasa-rasakan
secara bersungguh-sungguh bahawa segala amalnya yang soleh itu
adalah kurnia Allah semata-mata, hal Allah semata-mata, dari
Allah semata-mata.
Setelah rasa begitu dapat dihayati sebenar-benarnya, maka
InSyaAllah ia akan dikurniakan oleh Allah Tauhid Af’al atau
tauhid pada perbuatan Allah, di mana seorang itu pada peringkat
tersebut dapat melihat keesaan perbuatan Allah semata-mata akan
tercapailah ketiga-tiga syarat bagi penerimaan amal iaitu ikhlas,
fana’ (amalan diri dalam perbuatan Allah) dan benar-benar berasa
bahawa tidak ada daya dan kekuatan kecuali Allah semata-mata.
Kesimpulannya: Bila terasa ada amal maka Tauhid Af’al tidak
akan tercapai.
b) Panjang Angan-Angan Keduniaannya
Saidina Ali (r.a.) pernah menyebutkan bahawa panjang angan-
angan keduniaan adalah punca segala kesalahan atau dosa. Orang
yang panjang angan-angan keduniaannya sentiasa lena dihayun
oleh berbagai jenis angan-angannya. Pada setiap saat hatinya
berkata-kata: “Aku akan buat ini, buat itu. Kalau aku buat ini
akan jadi begini dan kalau aku buat yang lain akan jadi begitu…”
Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis
2017), 42-79
66
Tegasnya ia akan dilamun oleh berbagai fikiran dan
rancangannya sendiri yang tidak akan ada titik perhentiannya sama
sekali. Hal demikian adalah mengambarkan bahawa
orang tersebut jahil terhadap Tauhid, sebab orang yang jahil
Tauhid itu menurut Ibn Ata’illah hatinya sentiasa berkata:
“Apakah yang akan aku buat.”
Orang yang benar Tauhidnya pula menurut beliau, hatinya
sentiasa berkata:”Apakah yang Allah akan buat terhadap dirinya
itu”. Di samping itu orang yang panjang angan-angan keduniaan
itu hatinya akan menjadi gelap disebabkan berbagai gambaran
kebendaan sentiasa memenuhi ruang di hatinya sehingga Allah
tidak akan mendapat ruang di hati lagi, pada hal hati itu untuk
Allah. Nabi bersabda, ertinya: “Hati itu rumah Allah” Maksudnya
hati itulah tempat yang dipilih dan dibersihkan oleh Allah dan
dimuliakan sebagai jalan perhubungan antara Allah dengan
hambaNya. Oleh itu hati itu tidak boleh dimasuki sesuatu yang
lain dari Allah.
Samalah keadaan hati itu seperti Kaabah, kerana Kaabah
itu adalah dikatakan sebagai Rumah Allah. Kalau Kaabah itu mesti
bersih dari perkara-perkara yang boleh menjatuhkan kesuciannya,
maka begitu jugalah dengan hati, ia mesti bersih dari sesuatu yang
mengotori ruang hati serta mengelapkannya.
Dari angan-angan keduniaan itu maka akan timbullah
berbagai sifat tercela seperti tamak, hasad dengki, gemar
kemasyhuran dan sebagainya. Perlu diingatkan bahawa sebahagian
daripada angan-angan keduniaan itu ialah angan-angan seorang itu
mengenai akhirat, tetapi cita-cita dan angan-angan itu telah
dikotori oleh berbagai kehendak nafsunya.
Ramai orang terjerat di dalam perangkap ini tidak dapat
menyedari dirinya itu sendiri. Misalnya, seorang itu
membanyakkan usahanya berzikir siang dan malam, tetapi hati
kecilnya terlintas bahawa dengan berbuat demikan maka ia akan
cepat menjadi wali atau menjadi seorang shaikh atau lekas fana’
dan sebagainya. Sepatutnya ia bercita-cita supaya dapat
ma’rifatullah dan keredhaanNya.
Demikian juga seorang salik yang berhenti dari kerja
mencari rezeki atau berhenti dari belajar Ilmu Islam kerana
didorong supaya cepat naik maqam atau cepat mencapai matlamat
perjalanannya; kononnya jika ia menumpukan zikir dan beramal
Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis
2017), 42-79
67
ibadat sahaja maka cepatlah sampai kepada matlamat yang dituju.
Sebenarnya hal demikian itu masih dipenuhi nafsu keduniaan yang
pada zahirnya macam cita-cita akhirat.
c) Perasan Dirinya Telah Menjadi Wali
Sifat demikian adalah berlawanan dengan kehendak Allah, kerana
Allah melarang seseorang itu dari perbuatan mengaku diri sendiri
itu suci dan bersih. Allah berfirman,
م بمن ٱتقى أ هو أ ٣٢فال تزكوا أنفسكمأ
(An-Najm 53:32)
Maksudnya: “Maka janganlah kamu
mengaku bahawa diri kamu itu suci.
Dialah (Allah) yang lebih mengetahui
tentang orang-orang yang bertakwa.”
Sebuah hadith qudsi menyebutkan yang bermaksud:
“Tanda kecelakaan (masuk neraka) itu
empat perkara: (Pertama), Lupakan
dosa-dosa yang dilakukan, pada hal
dosa-dosa itu masih utuh di sisi Allah.
(Kedua), Ingatkan berbagai kebaikan
yang dilakukan, pada hal ia tidak tahu
samada kebaikan itu diterima atau
ditolak oleh Allah. (Ketiga),
Memandang orang yang di atas
mengenai hal keduniaan. (Keempat),
Memandang orang yang di bawah (lebih
rendah) mengenai hal-hal agama. maka
Allah berfirman (kepada orang ini):
"Aku mahukan orang ini, tetapi ia tidak
mahukan Aku, maka Aku pun
tinggalkan sahaja”
Sebenarnya, bila seseorang itu tinggi darjatnya di sisi
Allah, maka ia akan terasa rendah; bila ruhaninya bersih, maka ia
terasa kotor dan banyak dosa; bila telah menjadi wali, maka terasa
dirinya masih jauh dari kecintaan Allah. Sebaliknya, orang yang
masih bergelumang dengan dosa itu biasanya merasakan dirinya
sudah bersih, sudah menjadi wali Allah. Oleh yang demikian
Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis
2017), 42-79
68
seseorang itu yang terasa telah menjadi wali itu telah tersimpang
jauh dari arah perjalanannya yang sebenar. Ia tidak akan sampai ke
matlamat yang dituju dan ia tetap jatuh tersungkur yang sukar
untuk bangun semula.
d) Memandang Makhluk
Bila ramai orang berada di sekelilingnya, kerana menyokong dan
menyukainya maka ia berasa seronok, suka dan senang hati.
Sebaliknya, bila orang ramai menjauhkan diri daripadanya maka ia
berasa susah hati. Sifat demikian boleh merosakkan keruhanian
seseorang salik, kerana pada hakikatnya ia masih memandang
makhluk dan tidak memandang Allah. Di samping itu, sifat
demikian itu menunjukkan bahawa ia masih sukakan
kemasyhuran, kemuliaan, keagungan dan sifat-sifat lain yang
seumpamanya.
Semua sifat tersebut adalah pakaian Allah bukan pakaian
makhluk atau manusia. Ibrahim bin Adham berkata: “Seseorang
yang tidak meninggalkan kemuliaan kepada kehinaan, ia tidak
akan sampai ke darjat orang yang solihin”. Seorang murid Shaikh
Abu Yazid Al-Bustami pernah mengadu kepadanya bahawa ia
telah beramal di bawah pimpinan Shaikh Abu Yazid selama 30
tahun, tetapi ia terasa tidak mendapat apa-apa perubahan, masih
tetap di tahap dahulu juga, maka apakah yang menyebabkan jadi
begitu? Shaikh Abu Yazid Al-Bustami menjelaskan bahawa jika
muridnya itu beramal selama 1,000 tahun lagi pun, tetap tidak
akan berubah keadaan dirinya itu, kecuali ia membuang semua
sifat berasa mulia dan tinggi di mata masyarakat itu.
Seorang itu dikehendaki menjadi hamba Allah, bukan
hamba manusia. Bila seseorang itu suka kepada manusia, maka ia
jadi hamba manusia, bukan hamba Allah. Seorang hamba Allah
hanya sibuk dengan Allah, senang dengan Allah, cinta hanya
terhadap Allah, harapannya hanya pada Allah dan tidak kepada
yang lain.
e) Tenggelam Dalam Kasyaf Dan Mimpi
Sifat tersebut akan mendorongkan salik untuk berpegang terhadap
berbagai tafsiran kasyaf dan mimpi yang dialaminya itu. Lama
kelamaan ia akan disesatkan oleh syaitan menerusi tafsiran-
tafsiran kasyaf mimpi itu sendiri, tanpa dapat menyedari kesalahan
dirinya itu sampai bila-bila. Malahan setiap ia beramal, maka ia
Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis
2017), 42-79
69
mengharapkan untuk mendapat kasyaf dan mimpi yang baik-baik
atau yang ia anggap dapat menguntungkan dirinya.
Bagaimana akibatnya nanti bila dia itu terkasyaf atau
bermimpi bahawa si pulan itu berzina, si pulan bin pulan itu mesti
dibunuh dan sebagainya lagi? Tentu akan menimbulkan fitnah
besar di dalam masyarakat. Ternyata orang yang berpegang
terhadap kasyaf dan mimpi itu telah hanyut dari tujuan
perjalanannya yang dirumuskan dalam doa munajatnya sendiri.
f) Seronok Dengan Dhikrullah
Sifat ini juga dilarang, kerana ianya boleh melalaikan seseorang
itu dari mengingati Allah yang sebenar. Apa yang disuruh oleh
Allah ketika berzikir atau berwirid itu ialah mengingati Allah,
seronok dan senang hati terhadap Allah, bukan terhadap wirid dan
zikir yang dibaca itu. Jika seronok dan senang hati dengan wirid
dan zikir yang dibacakan itu, maka samalah juga ia seronok
mendengar lagu atau nyanyian dari penyanyi.
Sifat tersebut akan menjadi hijab, kerana seseorang akan
terhenti di tahap wirid dan zikirnya itu sahaja, sedang
perjalanannya yang sebenar masih jauh lagi.
Bagaimana jika seseorang itu mendapat mimpi? Jika
mimpi itu baik maka hendaklah ia bersyukur dan jika sebaliknya
maka hendaklah ia berlindung dengan Allah, jalan terus, jangan
dihiraukan sangat mimpi itu.
g) Berpuas Hati Dengan Waridat Atau Natijah Zikir
Demikian juga berbagai pemandangan ruh atau mata hati terhadap
rahsia-rahsia perjalanan menuju Allah itu adalah juga termasuk di
dalam makna al-waridat itu.
Di kalangan ahli Tariqat di Malaysia ini, al-waridat itu di
istilahkan sebagai natijah-natijah zikir. Al-Imam Al-Ghazali
mengibaratkan orang yang berasa seronok dan lazat dengan al-
waridat itu seperti anak-anak kecil yang menangis, lalu diberikan
gula-gula atau anak-anak patung, maka iapun merasa seronok lalu
diam dan berhenti dari menanggis, kerana ia puas hati dengan
gula-gula atau anak-anak patung itu.
Al-Imam al-Ghazali juga mengambarkan bahawa
perjalanan ruhani seseorang menuju Allah itu dapat disamakan
dengan perjalanan seseorang menemui raja yang bersemayam di
atas singgahsana di dalam istananya; bila seseorang yang mahu
Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis
2017), 42-79
70
menemuinya maka keluar dari rumahnya untuk menemui raja itu,
sudah tentu akan mengambil masa yang lama disebabkan
perjalanannya yang jauh itu; dalam perjalanannya itu tentu ada
kampung, kebun, ladang, dan berbagai pemandangan lagi; bila
sampai di kawasan istana pula tentulah pemandangan lebih
menarik dan indah. Jika seseorang salik itu tertarik dengan
pemandangan-pemandangan itu semua dan berasa seronok, sudah
tentulah ia akan terlupa tujuan asal untuk menemui raja itu.
Apa yang paling membahayakan ialah seseorang itu
berasa telah sampai kepada raja yang dituju, pada hal ia masih
jauh lagi dari istana atau mungkin juga ia masih berlegar-legar di
halaman istana. Oleh yang demikian, maka sifat berasa lazat,
seronok dengan al-waridat itu menjadi hijab hati atau ruhani yang
merosakkan perjalanannya. Lebih hebat lagi bila seseorang itu
telah dihantui dan dicandui oleh perasaan seronok dan lazat
dengan al-waridat tersebut.
Di tahap tersebut, orang tersebut akan dihanyutkan oleh
al-waridat itu sendiri, sehingga bila satu masa nanti al-waridat
terasa tidak ada maka hati kecilnya mula berperangsangka buruk
terhadap Allah, dirinya sendiri, terhadap gurunya dan para
sahabatnya.
Bagaimana mahu menerima al-waridat itu? Terimalah
dengan bersyukur kepada Allah, jika ianya tidak berlawanan
dengan Al-Quran dan sunnah Nabi dan jika tidak berlawanan
dengan kata-kata ulama yang arif billah. Tetapi janganlah
dihiraukan sangat al-waridat tersebut. Jika al-waridat tersebut
berlawanan dengan Al-Quran dan Sunnah Nabi atau pandangan
ulama arif billah, maka hendaklah ianya kita sisihkan sahaja,
jangan pandang langsung.
Di sinilah letaknya bahawa seseorang itu mesti terus
menimba ilmu, tauhid, feqah dan tasauf, kerana tanpa ilmu sukar
untuk menentukan al-waridat itu hak atau batil.Seorang yang tidak
mahu mengerjakan sembahyang, tidak mahu menceburkan diri
dalam masyarakat atau sebagainya, pada hal gurunya tidak ada
mengajarkan demikian adalah berpunca dari kesilapannya sendiri
iaitu terlalu berpegang terhadap al-waridat, walaupun ia jahil
mengenai Al-Quran, Sunnah Nabi dan pandangan para ulama yang
sebenarnya.
Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis
2017), 42-79
71
h) Negatif Dengan Janji-Janji Baik Allah
Allah SWT menyuruh hamba-hambaNya untuk berbuat baik,
malahan Allah SWT menyuruh supaya para hambaNya itu
berlumba-lumba untuk berbuat berbagai kebaikan. Allah SWT
berfirman,
ت ر خيأ تبقوا ٱلأ فٱسأ
(Al-Baqarah 1:148)
Maksudnya: “Hendaklah kamu
berlumba-lumba untuk membuat
berbagai kebaikan.”
Kebaikan yang Allah perintahkan untuk dilakukan selain
daripada perkara-perkara yang difardhukan adalah terlalu banyak.
Oleh itu, seseorang, setelah menunaikan yang difardhukan, maka
hendaklah ia aktif, cergas dan bersegera berbuat kebaikan.
Ingatlah bahawa orang yang berhenti (waqif) itu adalah
orang yang masih mula berjalan, seorang salik pula adalah
berjalan terus (sair) sedang seorang yang telah sampai kepada
hakikat (wasil) pula adalah sentiasa terbang, bukan hanya
ruhaniyahnya tetapi juga aspek zahirnya.
Contoh kita ialah Nabi Muhammad s.a.w. Tidakkah
Baginda itu sentiasa aktif, cergas dalam hidupnya untuk berbuat
kebaikan yang sebaik-baiknya. Sebab itulah Allah menyatakan
bahawa hamba-hamba Allah yang sebenarnya itu ialah mereka
yang mendengar ajaran Allah lalu melakukan yang terbaik sekali.
سهۥ ل فيتبعون أحأ قوأ تمعون ٱلأ ٱلذين يسأ
(Az-Zumar 39:18)
Maksudnya: “Hamba-hamba Allah yang
sebenar itu ialah mereka yang
mendengar ajaran Allah lalu diikuti
(dibuat) dengan sebaik-baiknya…”
i) Berpegang Kepada Sangkaan-Sangkaan
Perjalanan ruhaniyah adalah amat sulit dan banyak liku-likunya
yang mudah menyesatkan, lebih sulit dan lebih bahaya lagi jika
dibandingkan dengan perjalanan di dalam hutan dara yang terlalu
Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis
2017), 42-79
72
tebal. Oleh itu ia perlukan ilmu yang tepat dan benar sebagaimana
yang ada di dalam Al-Quran dan Sunnah Nabi serta yang terdapat
di dalam kitab-kitab yang muktabar.
Jika seseorang hanya berpandu kepada sangkaan-
sangkaannya sahaja, sudah tentulah ia akan sesat. Dari sudut yang
lain pula dapat kita gambarkan bahawa jalan keruhanian itu seperti
sebuah cermin yang bersih, tetapi ada garis pembahagi sebelah kiri
dan kanan; sebelah kiri adalah iblis dan kesesatan sedang sebelah
kanan adalah yang hak atau yang benar yang dikehendaki oleh
Allah.
Tetapi garis pembahagi di cermin yang memisahkan kiri
dan kanan itu tidak nampak dan terlalu sukar untuk dilihat
sehingga orang yang berjalan di atasnya telah jauh terseleweng ke
kiri, tetapi ia masih yakin berada di sebelah kanan (Ia telah sesat,
tetapi ia merasakan masih berada di dalam kebenaran).
Hanya bila kita berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah
serta pandangan ulama yang arif billah sahajalah yang dapat
menyedarkan diri samada kita telah sesat atau berada di dalam
kebenaran Allah. Kebanyakan kesesatan dan tindakan serta
tingkah laku pengamal-pengamal ilmu tasawuf yang menyalahi
syariat Islam adalah berpunca dari sangkaan-sangkaan mereka
sendiri seperti yang disebutkan itu.
j) Waspada Terhadap Syaitan
Penipuan syaitan mudah berlaku di kalangan orang jahil,
terutamanya seseorang yang jahil murakkab iaitu ia jahil dan tidak
mahu belajar serta tidak mahu mendengar kebenaran yang
disampaikan kepadanya, malahan ia bersikap bodoh sombong
dengan sifat kejahilan dirinya itu.
Contoh-contoh penipuan syaitan itu ialah seperti tidak
mahu sembahyang kononnya ia telah melakukan sembahyang
daim (hatinya terus sembahyang tanpa putus), berjudi itu rezeki
yang Allah beri juga seperti sumber-sumber rezeki lainnya, kerana
hakikat rezeki itu datangnya dari Allah belaka; berdoa itu syirik
kerana bila berdoa bererti menuduh Allah tidak tahu untuk
mengurus diri para makhluknya, sembahyang itu syirik kerana ada
niat sengaja aku sembahayang, tidak sembahyang dosa besar, dosa
besar diampunkan, tetapi syirik tidak diampunkan.
Oleh itu tidak melakukan solat adalah lebih baik daripada
melakukannya. Kata-kata si jahil seperti itu adalah merupakan
Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis
2017), 42-79
73
kata-kata loyar buruk semata-mata. Mereka akan dimasukkan ke
neraka oleh Allah dengan cara yang amat menyakitkan hatinya.
Tegasnya Allah akan berloyar buruk terhadap mereka.
Misalnya, orang itu akan dimasukkan di dalam satu bekas
dan bekas itu dimasukkan ke neraka; bila mereka bertanya
mengapa mereka dimasukkan ke neraka, maka Allah menjawab
bahawa Allah tidak membakar mereka tetapi hanya mahu
membakar bekas itu sahaja.
Berbagai Isu Dan Masalah Akidah Dalam Tasawuf
Ada beberapa isu dan masalah yang perlu kita sebutkan dan
bincangkan di sini khasnya isu dan masalah yang berkaitan dengan
masalah khilafiah. Antaranya ialah masalah Konsep Wahdat al-
Wujud, Nur Muhammad, Rabitah Shaikh,Tawasul, Martabat
Tujuh, Pembahagian Tasawuf Sunni dan Falsafi, Kekeramatan,
Fana’ Fillah, Yaqazah dan lain-lain.
Sebelum kita membincangkan masalah-masalah tersebut,
kita perlu menyedari dengan jelas pandangan beberapa ulama’
tasawuf, bahawa istilah-istilah dalam tasawuf khasnya yang
menyentuh pengalaman mujahadah rohani secara dhawqi hanya
ulama’ tasawuf sahaja yang dapat memahami konsepnya yang
sebenar. Ulama’ yang bukan sufi tidak boleh membincangkannya.
Jika ulama’ yang bukan sufi yang paling bijak sekalipun tidak
mampu menjelaskan maksud istilah-istilah tasawuf dengan betul
dan tepat. Istilah tasawuf yang kelihatan paling mudah pun
ternyata mereka tidak tahu maksudnya yang sebenar. Sebagai
contoh, makna ghaflah (hati yang lalai) dan yaqazah (hati yang
sedar), mereka tak akan mampu menjelaskan konsep kedua-
duanya dengan betul dan tepat, walaupun dilihat dari segi zahir
istilah tersebut sesiapa pun faham. Hanya seorang yang pernah
dikurniakan oleh Allah dihilangkan ghaflah hatinya dan
ditukarkan dengan yaqazah yang akan dapat menjelaskan maksud
kedua-dua istilah tersebut. Setengah Ulama’ tasawuf menegaskan
dengan ungkapan mereka yang terkenal,
من لم يذق يدي
Maksudnya: “Siapa tak merasai realiti
pengalaman rohani secara zhawqi, ia
tidak akan tahu sebenar-benarnya”.
Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis
2017), 42-79
74
1) Konsep Wahdat al-Wujud.
Bagi golongon sufiyyah, tidak ada apa-apa masalah yang berat.
Shaikh Dr Abdul Halim Mahmud dapat menyelesaikan maknanya
dengan mudah iaitu beliau menambahkan satu perkataan di hujung
wahdat al-wujud iaitu dengan kalimah Allah, maka jadilah
wahdatu wujudi ‘llah. Oleh itu wahdat al-wujud bermakna keesaan
wujud Allah. Setengah orientalis menterjemahkan wahdat al-
wujud dengan the oneness of god. Malangnya ada sarjana Islam
menterjemahkan wahdat al-wujud dengan panteisme. Panteisme
lebih menepati dengan fahaman Hululiyyah dan Ittihadiyyah.
Shaikh Abd al-Wahhab Sh’arani (w, 974) dalam kitabnya al-
Yawaaqit wa al-Jawahir menegaskan sesiapa yang mahu
mengetahui maksud Wahdat al-Wujud sebenar, hendaklah
membaca dan telitikan terlebih dahulu kitab-kitab tauhid yang
dikarang oleh Ibnu ‘Arabi. Pandangan tauhid Ibnu ‘Arabi adalah
serupa dengan pandangan tauhid ASWJ. Kerana itu, tidak
munasabah konsep Wahdat al-Wujud berlawanan dengan fahaman
tauhid yang menjadi pegangan Ibnu ‘Arabi sendiri.15
2) Nur Muhammad
Mengenai Nur Muhammad juga masalah khilafiyyah. Punca
berlakunya khilaf ialah mengenai dalil hadith yang diriwayatkan
oleh Imam Abd al-Razzaq al-San‘ani dalam al-Musannaf.
Golongan yang menolak konsep Nur Muhammad berpendapat
mengenai hadith mengenai Nur Muhammad adalah hadith yang
dhaif. Golongan yang menerima konsep Nur Muhammad
menegaskan hadith yang diriwayatkan oleh Imam ‘Abd al-Razzaq
itu hadith sahih. Di samping itu ada 2 ayat al-Quran yang
menyebutkan secara langsung mengenai Nur Muhammad. Salah
satunya ialah firman Allah:
بين ب م وكت نو ن ٱلل ١٥قدأ جاءكم م
(Al-Maidah 5:15)
Maksudnya: “Sesungguhnya telah
datang kepada kamu daripada Allah satu
15 Sha‘rani, Shaykh ‘Abd al-Wahhab al-, al-Yawaqit wa al-Jawahir fÊ
Bayan ‘Aqa’id al-Akabir. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, 1997.
Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis
2017), 42-79
75
nur dan sebuah kitab yang nyata
kebenarannya.”
Kalimah Nur dalam ayat tersebut, semua ahli tafsir menafsirkan
dengan makna Nabi Muhammad s.a.w. Ayat kedua ialah:
ا ير ا ا م نهۦ وسراج ا بإذأ يا إلى ٱلل ٤٦ودا
(Al-Ahzab 33:46)
Maksudnya: “Dan juga sebagai penyeru
(umat manusia seluruhnya) kepada
agama Allah dengan taufiq yang
diberiNya dan sebagai lampu yang
menerangi”.
ا ير ا ا م Juga ditafsirkan oleh setengah ahli tafsir dengan makna وسراج ا
Nabi Muhammad s.a.w.
3) Rabitah Shaikh
Mengenai Rabitah Shaikh,, pamphlet yang dikeluarkan oleh
setengah pihak berkuasa agama menjelaskan hukumnya haram
seperti menyembah berhala atau menyembah Waad dan Suad yang
dilakukan oleh umat Nabi Nuh a.s. Jabatan yang sama
mengeluarkan satu pamphlet yang lain pada tahun 2010,
menjelaskan Rabitah Shaikh harus.
4) Tawassul
Tawassul pula adalah merupakan masalah khilafiyyah yang sudah
lama bermula dari kemunculan Ibnu Taimiyyah (w, 728H) dengan
pandangannya yang sangat ganjil kerana berlawanan dengan
pandangan ulama’ yang berada di arus perdana pada masa itu.
Banyak kitab telah ditulis kesalahan pandangan Ibnu Taimiyyah
mengenai Tawassul.
5) Martabat Tujuh
Martabat Tujuh juga bukanlah masalah yang besar dan rumit.
Mereka yang tidak menerima konsep Martabat Tujuh pun, pada
hakikatnya berada dalam Martabat Tujuh, tanpa disedari oleh
mereka. Ketujuh-tujuh martabat terdapat dalam al-Quran.
Wahdah, Ahadiah (daripada Ahad), Wahidiah (daripada al-
Wahid), Alam Misal (dalam al-Quran dicontohkan para Malaikat
mengetahui anak-anak Adam a.s. akan membuat kerosakan dan
Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis
2017), 42-79
76
pembunuhan, mereka dapat tahu daripada Alam Mithal, Di zaman
nabi Allah Yusuf a.s. bermimpi 7 ekor lembu gemuk diikuti
dengan 7 ekor lembu kurus adalah Alam Mithal, wujudnya Alam
Arwah tidak boleh dinafikan. Demikian juga Alam Ajsam iaitu
alam nyata ini dan akhir sekali Alam al-Insan al-Kamil. Al-
Marhum Prof Hamka, yang pada mulanya menolak Martabat
Tujuh, akhirnya beliau menjumpai dalilnya di dalam Al-Quran,
lalu beliau mengakui kebenarannya.
Pembahagian Tasawuf Sunni dan Falsafi
Sebenarnya pembahagian tersebut dilakukan oleh tokoh-tokoh di
luar tasawuf. Secara ringkas mereka mengakui kebenaran Tasawuf
Sunni kerana disandarkan kepada al-Quran dan sunnah, sedangkan
Tasawuf Falsafi lebih banyak dipengaruhi oleh berbagai konsep
yang diragukan kebenarannya seperti kasyaf, karamah, fana’ dan
lain-lainnya. Tasawuf Falsafi juga dianggap banyak dipengaruhi
unsur-unsur mistik dari agama lain. Ramai tokoh-tokoh besar
Islam telah menolak adanya Tasawuf yang tidak didasarkan
kepada al-Quran dan sunnah. Al-Hafiz Imam as-Sayuti (w. 911H)
dalam kitabnya Ta’yid Haqiqatil-‘Aliyyah menegaskan kalaulah
tasawuf itu tidak ada dalilnya dalam sunnah tentulah ahli hadith
seperti dirinya atau seperti Ibnu Hajar Asqolani, atau Abu Nuaym
al-Isfihani merupakan orang yang mula-mula mengatakannya.16
Kesimpulannya pembahagian tersebut merupakan satu isu untuk
memomok-momokkan atau menakut-nakutkan, membimbang-
bimbangkan peminat dan pengamal tasawuf.
1. Kekeramatan
Mengenai kekeramatan, sememangnya wujud di dalam Islam.
Ulama’ Tasawuf menegaskan kalau nabi dan rasul dikurniakan
Allah mukjizat, maka para wali Allah dikurniakan karamah. Orang-
orang yang soleh kadang-kadang dikurniakan ma’unah. Wujudnya
kekeramatan bagi para wali dan ma’unah bagi orang saleh tidak
dapat dinafikan. Apa yang menjadi masalah ialah berbagai
dakwaan bohong yang selalu berlaku dalam masyarakat Islam.
Demikian juga perbezaan antara karamah, ma’unah dengan sihir
dan istidraj masyarakat Islam tidak dapat membezakannya. Selalu
16 Sayuti, Jalal al-Din ‘Abd al-Rahman ibn al-Kamal Abi Bakr al-, Ta’yid al-
Haqiqah al-‘Aliyyah wa Tashyid al-Tariqah al-Shadhiliyyah. Beirut: Dar al-
Kutub al-‘Ilmiyyah, 2006.
Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis
2017), 42-79
77
berlakulah kekeliruan mengenai masalah tersebut. Dalam tasawuf
cukup jelas, karamah yang dikehendaki ialah karamah
maknawiyyah. Seperti Ilmu yang luas dan mendalam yang Allah
kurniakan lalu diabadikan sebahagiannya dalam kitab-kitab yang
mereka karang. Seperti juga al-Quran adalah mukjizat Rasulullah
s.a.w. yang terbesar dan kekal hingga hari kiamat.
2. Yaqazah
Yaqazah biasanya diertikan dan dimaksudkan melihat Rasulullah
s.a.w. dalam keadaan jaga atau di dalam mimpi. Menurut Imam
Sayuti dalam kitabnya Tanwir al Halak Fi Jawazi Ru’yatin-Nabi
Wal Malak,17 berlakunya pada orang-orang yang layak adalah
harus, yang menjadi masalah ialah berbagai dakwaan yang bohong.
Golongan sufiyyah tidak terlibat dengan dakwaan yang bohong
tersebut. Pengakuan setengah sufi, bahawa mereka pernah
dikurniakan oleh Allah melihat nabi mempunyai maksud atau
motif sebagai iktibar bukan untuk kebanggaan.
Kesimpulan
Kesimpulannya semua isu dan masalah yang disebutkan tidaklah
meninggalkan impak buruk yang besar dalam tasawuf yang
muktabar di bidang akidah.
Pada hakikatnya, ajaran tasawuf dan tarekat adalah bersumber
daripada al-Qur’an dan al-Sunnah serta berpandukan pada amalan
para Salaf al-Salih. Daripada perbincangan kita sebelum ini
dapatlah disimpulkan bahawa tasawuf dan tarekat adalah ilmu,
metodologi dan tradisi ASWJ yang sahih dan muktabar yang
diwarisi daripada Rasulullah s.a..w dan Salaf al-Salih secara
bersanad daripada satu generasi demi satu generasi. Ia adalah
perincian bagi aspek al-Ihsan sebagaimana yang disebutkan dalam
Hadith Jibril. Malah sebagaimana yang ditegaskan oleh Shaikh
Muhammad bin Siddiq al-Ghumari bahawa barang siapa yang
menolak tarekat sufiyyah iaitulah aspek al-ihsan tersebut, maka
seseungguhnya agamanya adalah cacat.18
17 Sayuti, Jalal al-Din ‘Abd al-Rahman ibn al-Kamal Abi Bakr al-, Tanwir al-
Halak fi Ru’yat al-Nabiyyi wa al-Malak. Kaherah: Dar al-Ameen, 1993. 18 Isa, ‘Abd al-Qadir, Haqa’iq ‘an al-Tasawwuf, Halab: Dar al-‘Irfan, 2001, hlm.
25.
Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis
2017), 42-79
78
Rujukan
Baghdadi, ‘Abd al-Qahir ibn Tahir, Al-Farq bayna al-Firaq
wa Bayan al-Firaq an-Najiyyah minhum. Kaherah:
Maktabah Ibn Sina, hlm. 273-274.
Ghazali, Muhammad bin Muhammad al-, Al-Munqidh min
al-Dhalal, dlm. Majmu‘at Rasa’il. Beirut: Dar al-
Kutub al-‘Ilmiyyah, t.t..
____________, al-IljÉm al-‘AwwÉm an ‘Ilm al-KalÉm,
dlm. Majmu‘at RasÉ’il. Beirut: DÉr al-Kutub al-
‘Ilmiyyah, t.t..
Hujwiri, Ali ibn Uthman, Kashf al-Mahjub. Kaherah: Al-
Majlis al-A‘la li al-Shu’un al-Islamiyyah, 1974.
Ibn ‘Ajibah, Ahmad ibn Muhammad, Ib’ad al-Ghumam ‘an
Iqaz al-Himam fi Sharh al-Hikam. Beirut: Dar al-
Kutub al-‘Ilmiyyah, 2009..
Ibn Rajab, ‘Abd al-Rahman ibn Shihab al-Din, Jami’ al-
‘Ulum wa-Hikam, Juz. 1. Beirut: Mu’assah al-
Risalah, 1999.
‘Isa, ‘Abd al-Qadir, Haqa’iq ‘an al-Tasawwuf, Halab: Dar
al-‘Irfan, 2001.
Kandahlawi, Muhammad Zakariyya bin Muhammad Yahya
al-, Al-Shariah wa al-Tariqah. t.tp. t.t..
Mahmud, Shaykh ‘Abd al-Halim, Qadiyyat al-TaÎawwuf: al-
Munqidh min al-DhalÉl. Kaherah: Dar al-Ma‘arif,
t.t..
Jahid Sidek, “Konsep Tasawuf Yang Muktabar Dalam Akidah” Jurnal Qalbu 4.3 (Dis
2017), 42-79
79
Qushayri, Abu al-Qasim al-, Al-Risalah al-Qushayriyyah.
Beirut: Maktabah al-‘Asriyyah, 2005, hlm. 221.
Sayuti, Jalal al-Din ‘Abd al-Rahman ibn al-Kamal Abi Bakr
al-, Ta’yid al-Haqiqah al-‘Aliyyah wa Tashyid al-
Tariqah al-Shadhiliyyah. Beirut: Dar al-Kutub al-
‘Ilmiyyah, 2006.
_____________, Tanwir al-Halak fi Ru’yat al-Nabiyyi wa
al-Malak. Kaherah: Dar al-Ameen, 1993.
Sha‘rani, Shaykh ‘Abd al-Wahhab al-, al-Yawaqit wa al-
Jawahir fÊ Bayan ‘Aqa’id al-Akabir. Beirut: Dar
Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, 1997.