Post on 23-Jun-2015
Konsep Kurikulum
Definisi Kurikulum
Semua pembelajaran yang dirancang dan yang dipandu oleh pihak sekolah, sama ada yang berlaku dalam kumpulan atau individu.
Pengalaman-pengalaman pembelajaran yang dirancang dan dipandu dan hasil pembelajaran yang dibentuk melalui rekonstruksi sistematik pengetahuan dan pengalaman di bawah naungan sekolah, untuk perkembangan optima murid-murid dalam aspek kompetensi kendiri dan sosial.(Tanner, 1980)
Satu siri arahan yang dirancang secara kordinasi dan teratur untuk menghasilkan pencapaian murid-murid dalam kemahiran dan ilmu spesifik serta menyenaraikan cara-cara untuk mengaplikasikan ilmu ini dalam kehidupan praktikal.
Bahan-bahan pengajaran yang harus diliputi oleh murid-murid dan guru dalam proses pembelajaran. Kurikulum juga merangkumi cara-cara, pentadbiran, struktur dan penyampaian bahan-bahan pembelajaran tersebut.(www.iteawww.org/TAA/Glossary.htm)
Kurikulum yang baik
skop yang luas.
pendedahan kepada pengetahuan, kefahaman dan kemahiran baru.
pembahagian masa bagi setiap bahagian kurikulum yang seimbang dan mencukupi.
mengajar pelbagai mata pelajaran dan kemahiran.
Peranan guru ke arah keberkesanan kurikulum
memilih pengalaman dalam kurikulum yang berkaitan dengan pengalaman praktikal dan eksplisit murid.
memilih metodologi pengajaran yang sesuai dengan kebolehan dan bakat murid.
Konsep kurikulum
Kurikulum sebagai satu badan ilmu yang perlu diedarkan,
Kurikulum sebagai satu proses untuk mencapai matlamat hasil pembelajaran,
Kurikulum sebagai satu praksis, Kurikulum sebagai satu konteks.
Kurikulum sebagai satu badan ilmu pengetahuan
kurikulum merupakan satu set dokumen yang digunakan untuk melaksanakan semua sukatan mata pelajaran yang telah ditetapkan.
sukatan sesuatu mata pelajaran terdiri daripada pernyataan khusus, isi kandungan khusus dan pelbagai topik spesifik yang perlu disampaikan kepada murid.
Kurikulum
Sukatan pelajaran Pernyataan
khusus
Isi kandungan
Topik spesifik
Kurikulum sebagai satu proses
kurikulum merupakan satu proses interaksi antara guru, murid dan ilmu.
kurikulum merujuk kepada apa yang berlaku dalam bilik darjah serta apa yang dibuat dan dinilai oleh guru.
guru sentiasa bersedia dengan rancangan pengajaran yang lengkap dan menyeluruh.
guru sentiasa menilai proses pengajaran dan hasil pembelajaran.
Kurikulum sebagai praksis
kurikulum merupakan proses yang melibatkan pengalaman murid dan guru dalam interaksi dan perbincangan yang berterusan bagi menyelesaikan masalah.
kedua-dua pihak (murid dan guru) dianggap bermasalah.
Kurikulum sebagai konteks
Menurut Cornbleth (1990):
kurikulum dibentuk mengikut konteks-konteks yang spesifik dan perlu dinilai dalam konteksnya kerana kurikulum berdasarkan apa yang sebenarnya berlaku di dalam bilik darjah.
Kurikulum merupakan satu proses sosial berterusan yang melibatkan interaksi antara murid, guru, ilmu, kemahiran dan sikap yang perlu disampaikan.