Post on 16-Dec-2015
description
a
1. PENDAHULUAN
Panitia Bahasa Melayu dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah, Kelab Seni dan Kebudayaan Sekolah dan Panitia Pendidikan Seni Visual Sekolah Kebangsaan Raub Jaya akan mengadakan aktiviti bulan kemerdekaan bagi mengisi takwim tahunan sekolah. Sambutan kemerdekaan ini melibatkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan dengan harapan mendapat sambutan daripada semua pihak yang terlibat. Sambutan ini merupakan salah satu cara menaikkan semangat patriotik di kalangan murid-murid SK Raub Jaya.
2. RASIONAL
Sambutan bulan kemerdekaan merupakan satu sambutan yang diadakan di seluruh Negara sempena merayakan kemerdekaan yang telah dikecapi oleh negara di samping memperingati jasa tokoh-tokoh kemerdekaan Negara. Sambutan ini secara tidak langsung dapat menyemai dan menanam perasaan cinta akan Negara di kalangan murid-murid sekolah ini.3. OBJEKTIF
3.1 Memupuk dan menyemarakan semangat Patriotism di dalam jiwa murid-murid sekolah supaya terus
kekal sehingga dewasa.
3.2 Menguji pengetahuan am murid dan menilai tahap kepekaan terhadap isu semasa.
3.3 Mencetus dan menyemarakkan perasaan, suasana dan semangat kemerdekaan.
3.4 Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan seterusnya mengeratkan perpaduan.
3.5 Mencungkil bakat terpendam murid di samping menyediakan ruang agar murid-murid menggunakan
kreativiti mereka semasa menjalankan kempen.
3.6 Mewujudkan komitmen dan daya saing antara murid melalui penyertaan dalam pertandingan
yang diadakan.
3.7 Membantu murid meningkatkan tahap keyakinan diri ketika berhadapan dengan penonton
semasa mengadakan persembahan.
4. TARIKH PELAKSANAAN
4.1 18 Ogos sehingga 12 September 2014
4.2 18 Ogos 2014 Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2014
4.3 12 September 2014 Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan 2014.
5. SASARAN DAN PENGLIBATAN
5.1 Semua murid, guru dan kakitangan SK. Raub Jaya.
6. KETERANGAN PROGRAM
6.1 Sila rujuk Lampiran A
7. AHLI GERAK KERJA
7.1 AJK INDUK
Pengerusi
:En. Mohd Nazri bin Romly
Timbalan Pengerusi
:En. Abu Bakar bin Mat Lela
Naib Pengerusi 1
:En. Junaidi bin Abdul Hamid
Naib Pengerusi 2
:Pn. Kamariah binti Md. Kundor
Penyelaras Program
:En. Tajul Ariffin bin Othman
Setiausaha
:Pn. Jamazaliza binti Ibrahim
Bendahari
:Pn. Aniza binti Kamaruddin
7.2 AJK PELAKSANA
7.1 Sila rujuk Lampiran B dan Lampiran C
8. SUMBER KEWANGAN
Sumber KewanganJumlah
8.1 Kewangan SekolahRM500
9. ANGGARAN PERBELANJAAN
9.1 Sila rujuk Lampiran D
10. PENUTUP
Penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat Sekolah Kebangsaan Raub Jaya ini memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak bagi meningkatkan pencapaian murid secara menyeluruh dalam usaha membentuk imej sekolah yang positif.Disediakan oleh:
..................
(PN. JAMAZALIZA BT. IBRAHIM)
Setiausaha
Program Sambutan Bulan Kemerdekaan
SK. Raub Jaya.
Disemak oleh:
(EN. ABU BAKAR B. MAT LELA)
GPK Kokurikulum
SK. Raub Jaya.
Disahkan oleh:
(EN. MOHD NAZRI B. ROMLY)
Guru Besar
SK. Raub Jaya.
SK RAUB JAYA, RAUB, PAHANG.
KERTAS KERJA
SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE-57
PERINGKAT SEKOLAH 2014
Tarikh Laksana : 11 Ogos 2014 hingga 16 September 2014
Tempat: SK. RAUB JAYA