Post on 17-Nov-2020
KERJA KURSUS : PROJEK TEKNOLOGI DALAM P&P
(EDU 3105)
NAMA NUR HAMIZAH BT. A.HAMID
ANGKA GILIRAN 1418
NO KAD PENGENALAN 920430-14-6424
PROGRAM PISMP SEMESTER 4
AMBILAN JANUARI 2012
KUMPULAN/UNIT PISMP 4.06
NAMA PENSYARAH
KURSUS PUAN MAZILAH BINTI HJ.ABDULLAH
TARIKH HANTAR 2 OGOS 2013
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM
2
ISI KANDUNGAN
Senarai Kandungan Muka Surat
Borang Maklum Balas
1.0 Rancangan Pengajaran Harian 1 - 4
2.0 Refleksi 5 – 8
Lampiran 9 - 11
1
1.0 Rancangan Pengajaran Harian
Mata pelajaran : Bahasa Arab
Kelas : 2 Pintar
Tarikh / Masa : 18 Julai 2013 / 8.00 Pagi – 8.30 Pagi
Bilangan Murid : 25 Orang (10 Lelaki + 15 Perempuan)
Tajuk : Mari Mewarna
Standard Kandungan : 3) Mendengar perkataan dan ayat yang mudah.
Standard Pembelajaran : 3.1 Mampu mendengar kalimah dan ayat serta mengulangnya sehingga faham.
6.1 Menyebut perkataan dan ayat mudah.
Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1) Menyebut 6 perkataan warna dengan sebutan yang betul.
2) Menentukan warna berdasarkan gambar yang diberikan.
3) Mengaitkan warna dengan benda yang berada di sekeliling.
Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif : Menentukan warna berdasarkan gambar yang dipaparkan.
Fokus Kemahiran : Mendengar dan Bertutur.
Penerapan Nilai : Keberanian.
Bahan Bantu Belajar : Video, LCD.
2
Catatan Aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran Isi Pelajaran Langkah /
Masa
Murid membaca doa secara beramai-ramai.
Mengucap dua kalimah syahadah
dan membaca doa:
أشهد أن لا إله إلا الله وأشهد أن محمدا رسول الله
علينا حكمتك وانشر علينا من خزائن رحمتك يا اللهم افتح .أرحم الرحمين
Pendahuluan
(2 Minit)
Bahan Bantu
Belajar:
- Video
- Guru menayangkan video.
- Guru bersoal jawab dengan murid tentang
video tersebut.
- Guru mengaitkan jawapan murid dengan
pelajaran yang akan dipelajari.
Video orang mewarna.
Set Induksi
(3 Minit)
Bahan Bantu
Belajar:
- Video
- Guru menunjukkan gambar-gambar yang
melambangkan warna melalui tayangan
video.
- Murid melihat paparan dan mendengar
sebutan perkataan.
Lihat dan dengar perkataan
warna:
1) Merah
2) Hitam
3) Putih
Langkah 1
(5 Minit)
3
4) Kuning
5) Hijau
6) Biru
Bahan Bantu
Belajar:
- Video
- Guru menyebut perkataan yang terdapat
dalam paparan video dengan sebutan yang
betul.
- Murid mendengar sebutan guru dan
mengulangnya secara kelas.
- Guru membahagikan murid kepada
beberapa kumpulan dan murid menyebut
perkataan mengikut kumpulan.
- Guru memilih beberapa orang murid untuk
menyebut perkataan secara individu.
Dengar dan sebut perkataan
dengan sebutan yang betul.
1) Merah
2) Hitam
3) Putih
4) Kuning
5) Hijau
6) Biru
Langkah 2
(8 Minit)
Bahan Bantu
Belajar:
- Video
- Guru menayangkan video kepada murid-
murid.
- Murid-murid menjawab soalan berdasarkan
soalan yang diajukan melalui video.
- Guru meminta beberapa orang murid untuk
Latihan: membezakan warna
melalui video yang ditunjukkan.
Langkah 3
(7 Minit)
4
menjawab soalan.
Bahan Bantu
Belajar:
- Video lagu
- Guru menayangkan sebuah video lagu
berkaitan tajuk warna.
- Murid-murid menyanyi beramai-ramai.
Aktiviti pengukuhan
Penutup
(5 Minit)
5
REFLEKSI
NUR HAMIZAH BINTI A.HAMID 920430-14-6424
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Taala kerana di atas
nikmat yang diberikan saya berjaya menyelesaikan tugasan EDU 3105 ini dengan
sempurna. Alhamdulillah. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah S.A.W
kerana di atas perjuangan Baginda dalam menyampaikan dakwah, kita dapat kecapi
dan peroleh ilmu pada masa sekarang. Alhamdulillah.
Pada 2 Julai 2013 yang lalu, saya telah menerima tugasan kursus EDU 3105
iaitu Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Tugasan ini dinilai melalui aspek
penghasilan Bahan Bantu Belajar yang berbentuk video pendidikan dan Rancangan
Pengajaran Harian. Di samping itu juga, penulisan refleksi juga merupakan salah satu
aspek yang dinilai.
Tugasan ini adalah secara berpasangan. Oleh itu, pada hari tersebut saya telah
berbincang bersama rakan dan saya telah memilih, Liyana Binti Laily sebagai rakan
setugas saya untuk menjalankan tugasan kursus ini. Setelah itu, kami telah berbincang
dan kami telah memilih subjek Bahasa Arab, iaitu subjek major kami bagi menghasilkan
video pendidikan. Seterusnya, kami telah melihat tajuk-tajuk yang terkandung dalam
mata pelajaran Bahasa Arab dan kami telah memilih mata pelajaran Bahasa Arab
Tahun 2 mengenai tajuk “Hayya Nulawwin”.
Di awal permulaan tugasan, saya merasakan sedikit sukar berikutan tahap
pengetahuan saya dalam bidang teknologi adalah amat cetek. Tambahan pula, saya
tidak mempunyai minat yang mendalam dalam bidang ini. Bagaimanapun, tugasan ini
tetap diteruskan dan saya telah bertanya rakan-rakan yang lain mengenai perisian
6
video. Memandangkan saya hanya mengetahui perisian Cyberlink sahaja dan perisian
ini tidak terdapat tulisan jawi, saya telah meminta tunjuk ajar dan pandangan rakan.
Rakan saya iaitu, Nur Azmina telah mencadangkan kepada saya untuk menggunakan
perisian Movie Maker di awal pembikinan video. Alhamdulillah, masalah ini dapat saya
atasi dengan baik.
Setelah itu, saya bersama rakan setugas saya telah berbincang dan merangka
Rancangan Pengajaran Harian bagi peringkat awal. Kami telah menetapkan aktiviti
yang bersesuaian bagi tajuk yang kami pilih. Untuk proses penyemakan, kami telah
bertemu pensyarah pembimbing iaitu, Puan Mazilah Binti Abdullah. Alhamdulillah,
Rancangan Pengajaran Harian kami diterima dan beliau telah mencadangkan kepada
kami untuk membuat satu video pendidikan seperti cerita Dora. Kami telah mencuba
untuk menghasilkannya bagaimanapun ianya tidak berjaya berikutan kesukaran untuk
menghasilkan jalan ceritanya. Disebabkan itu, kami telah menukar perancangan video
kami.
Di peringkat awal penghasilan video, kami bersepakat untuk memuat turun video
dari you tube sahaja dan mengolahnya. Saya sendiri telah menjalankan perancangan
tersebut dan banyak masalah telah saya hadapi. Di antaranya, kesukaran untuk
memuat turun video disebabkan saya tidak mempunyai perisian memuat turun. Oleh itu,
saya telah memasukkan perisian memuat turun video terlebih dahulu. Setelah itu, saya
mencuba untuk menyunting video tersebut dan menambah perkataan arab. Saya tidak
menghadapi kesukaran untuk memasukkan penggunaan tulisan jawi kerana saya
menggunakan perisian Movie Maker. Bagaimanapun, masalah itu timbul semasa saya
menyunting video yang dimuat turun tersebut. Video tersebut agak sukar disunting dan
hanya memakan masa selama seminit sahaja. Ia amat tidak bersesuaian dengan
tempoh pengajaran. Oleh itu, saya telah mencuba menghasilkan video sendiri.
Alhamdulillah, ia berhasil.
7
Setelah menghasilkan video, kami mendapati video tersebut masih pendek dan
tidak bersesuaian. Kami telah meminta pendapat rakan-rakan yang lain sekali lagi dan
pendapat mereka amat positif. Salah seorang rakan kami, Aidha telah mencadangkan
kepada kami untuk melakonkan situasi di kedai pakaian. Kami telah mengambil
cadangan tersebut dan telah menulis skrip lakonan dalam Bahasa Arab. Setelah itu,
kami turut mengadakan penyemakan bersama Pensyarah Bahasa Arab, Ustazah
Sumaiyah Binti Sulaiman bagi menyemak tatabahasa arab yang kami gunakan dalam
skrip. Seterusnya, kami juga turut meminta rakan-rakan yang lain untuk berlakon.
Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan dan kami berjaya menghasilkan satu video
pendidikan.
Proses seterusnya adalah pemurnian Rancangan Pengajaran Harian dan video
pendidikan. Kami telah menggabungkan video yang telah kami bina dan menjadikannya
sebagai satu video. Bagaimanapun, satu lagi masalah yang tidak dijangka perlu kami
hadapi. Ketika kami membuka semula video yang telah kami gabungkan, terdapat
beberapa bahagian yang rosak dan tidak dapat dibuka. Bagi mengatasinya, kami
terpaksa mengeditnya semula. Inilah masalah dan dugaan yang perlu kami hadapi
sepanjang pembikinan video. Bagaimanapun, ia amat banyak memberi pengalaman
kepada kami. Memandangkan video ini merupakan video pertama yang saya hasilkan,
terlalu banyak pengalaman yang saya peroleh.
Melalui tugasan ini, saya kefahaman saya terhadap perkembangan kognitif
individu semakin bertambah. Seperti yang diketahui, kanak-kanak yang sedang
membesar melalui proses perkembangan kognitif dari satu peringkat ke satu peringkat.
Semasa di alam persekolahan, perkembangan kognitif murid-murid adalah perkara
yang penting. Sewajarnya guru menyedari hakikat tersebut dan seorang guru yang
berjaya berupaya untuk merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan.
8
Dengan itu, saya sebagai bakal guru seharusnya merancang suatu perancangan
pengajaran dan pembelajaran yang memberi kesan terhadap perkembangan kognitif
murid-murid. Melalui pembikinan video ini, ia dapat menjadi salah satu cara bagi saya
mengembangkan kognitif murid-murid. Contohnya, di dalam video yang saya dan rakan
telah hasilkan, kami telah menggabungkan imej yang melambangkan warna dengan
audio. Melalui cara ini, murid-murid akan lebih memahami isi pelajaran guru dengan
cara mereka melihat dan mendengar sebutan audio melalui video tersebut.
Seterusnya, kami juga turut memasukkan video bagi aktiviti latihan dan
pengukuhan. Kami telah membina soalan dengan memasukkan pilihan jawapan.
Melalui pilihan jawapan yang diberikan, murid-murid akan berfikir dan memberikan
jawapan di masa itu. Di sini, kognitif murid-murid akan semakin berkembang.
Secara keseluruhannya, tugasan ini amat memberi impak yang besar kepada
saya. Tambahan pula, pembikinan video yang dihasilkan adalah hasil usaha saya
bersama rakan. Semoga pengetahuan dan pengalaman yang saya perolehi sepanjang
proses penghasilan tugasan ini akan membantu saya dalam merancang pengajaran
dan pembelajaran. Insya Allah, di masa hadapan saya akan membuat video pendidikan
yang lain pula bagi mencipta suatu kelainan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
9
10
11