Post on 22-Jan-2016
description
SEKOLAH MENENGAH AGAMA SETIU
22100 SETIU, TERENGGANU
KERJA KURSUS GEOGRAFI PMR 2013
KEGIATAN PENTERNAKAN KAMBING
DI KAMPUNG FELDA CHALOK BARAT, SG LEREK
21450, SETIU, TERENGGANU.
NAMA : NOR SUMAIAH BINTI CHE MT NOOR
KELAS : 3 C {AMANAH}
NO. KAD PENGENALAN : 980524-11-5340
NAMA GURU : ZULIANA BINTI TAIB
ANGKA GILIRAN :
TARIKH HANTAR :
1
BIL TAJUK HALAMAN
1 Penghargaan 3
2 Pendahuluan 4
3 Objektif Kajian 5
4 Kawasan Kajian
- Peta Daerah Setiu- Peta Kawasan Kajian- Lokasi Kajian
6 - 9
5 Kaedah Kajian 10
6 Dapatan Kajian 11 - 18
7 Rumusan 19
8 Lampiran 20 - 22
9 Rujukan 23
2
ISI KANDUNGA
N
Alhamdullilah , bersyukur kepada Allah s.w.t dengan rahmat dan hidayahnya dapat
saya menyiapkan kerja kursus ini. Tugasan kerja kursus ini banyak memberi pengetahuan
yang luas tentang persekitaran luar sekolah , ia juga dapat menambahkan lagi pengalaman.
Pertama sekali, penghargaan yang tak terhingga kepada Cikgu Zuliana binti Taib
selaku guru mata pelajaran geografi sekolah saya. Beliau banyak membantu saya dalam
menjayakan kerja kursus ini .
Tak lupa juga kepada pengetua sekolah saya, Cikgu Alias bin Yasin kerana telah
memberi kebenaran kepada saya untuk mendapatkan maklumat di kawasan kajian
tersebut .
Akhir sekali, ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan sekelas
kerana banyak memberikan tunjuk ajar. Kepada ibubapa saya, Wan Senani binti Wan
Mahmood dan bapa saya Che Mt Noor bin Che Ahmad kerana banyak memberi
sokongan kepada saya.
3
PENGHARGA
AN
Bagi memenuhi syarat untuk Penilaian Menengah Rendah (PMR) semua murid tingkatan 3
diwajibkan menjalankan kerja amali di lapangan. Murid-murid diberi peluang untuk memilih
antara tugasan 1 iaitu “Pengangkutan awam”dan tugasan 2 “Kegiatan penternakan”.
Jadi, saya telah memilih tugasan 2 iaitu tajuk kajian tentang kegiatan penternakan
kambing yang terletak di Kampung FeldaChalok Barat.
Saya memilih tempat kajian ini kerana banyak lokasi penternakan di kampung saya.
Malah ramai penduduk di kampung ini yang bekerja dalam bidang penternakan ini.
Masa yang diberikan kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini bermula pada bulan
Februari hingga bulan Mei. Saya akan menggunakan masa ini dengan sebaik mungkin untuk
menyiapkan kerja kursus ini bagi mencapai objektif kajian.
4
PENDAHULU
AN
Kajian ini dilaksanakan adalah untuk memenuhi objektif-objektif seperti berikut.
Objektif yang pertama kajian ini adalah untuk mengenal pasti konsep dan
jenis kegiatan yang terdapat di kawasan kajian iaitu di Kampung Felda Chalok Barat.
Selain itu, kajian ini juga adalah untuk mengetahui kepentingan kegiatan
penternakan kambing yang dikaji.Seterusnya, kajian ini juga bertujuan untuk
mengetahui masalah perkembangan kegiatan penternakan kambing yang
mempengaruhi kegiatan penternakan di kawasan kajian.
Disamping itu juga, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kesan negatif
kepada kegiatan tersebut dan memberi cadangan untuk mengurangkan kesan negatif
terhadap kegiatan penternakan kambing.
Akhir sekali, kajian ini juga bertujuan untuk menerapkan nilai atau unsur
patriotisme dalam dapatan kajian.
5
OBJEKTIF
KAJIAN
Saya memilih penternakan kambing di Kampung Felda Chalok Barat sebagai lokasi
untuk saya membuat kajian ini. Perjalanan dari Kampung Felda Chalok Barat mengambil
masa 35 minit untuk sampai ke Sekolah Menengah Agama Setiu. Kawasan kampung saya
mudah untuk dikunjungi kerana tiada masalah untuk sebarang kenderaan besar mahupun
kecil. Luas kawasan kajian saya meliputi 6 1/2 km persegi.
Pola petempatan di Kampung Felda Chalok Barat adalah berbentuk petempatan berjajar.
Kebanyakkan rumah-rumah dan bangunan di kampung ini dibina rapat-rapat dan
kelihatan padat. Bentuk muka bumi di kawasan kajian saya ialah tanah pamah dan sesuai
untuk dijadikan kawasan penternakan, perniagaan, pertanian, perladangan dan sebagainya.
Pokok tebu, jagung, getah, dan sawit banyak ditanam disini. Punca hasil pendapatan utama
penduduk kampung ini ialah dari kegiatan menoreh getah dan kelapa sawit.
Nama asal Kampung Felda Chalok Barat diambil oleh seorang peladang dari negara
China. Beliau menaikkan taraf peladang sawit disini. Nama beliau ialah Cheng Lok.
Sempena nama beliau, penduduk setempat memberi nama kampung ini Felda sempena
ladang sawit dan Chalok Barat sempena nama Cheng Lok.
Terdapat beberapa kemudahan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan untuk
penduduk kawasan kajian ini. Antara kemudahan yang telah dibina di sini seperti balai polis,
sekolah menengah, sekolah rendah, taska, taman rekreasi, masjid, balai kampung, bekalan api
dan air yang mencukupi. Pekerjaan utama penduduk ialah peruncit, penoreh getah, petani dan
penternak.
6
KAWASAN
KAJIAN
‘;;[
7
PETA DAERA
H SETIU
Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Peta_Daerah_Setiu.png
8
PETA KAWASAN KAJIAN
Tajuk : Peta Lokasi Kampung Felda Chalok Barat
Petunjuk :
Sumber : Pemerhatian kawasan kajian
9
KAEDAH KAJIAN
LOKASI KAJIAN
Kandang Kambing yang dibina sendiri oleh penternak
Jenis Kambing yang diternak ialah Kambing Barbados
Pengkaji membuat pemerhatian di lokasi kajian
Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan
benar. Kaedah yang telah saya gunakan ialah :
Pemerhatian
Saya telah memerhati bentuk fizikal dan budaya di kampung FeldaChalok Barat.
Temu Bual
Saya telah mendapatkan maklumat berkaitan tajuk kajian dari 3 orang responden
Rujukan
Saya telah mendapatkan beberapa bahan rujukan seperti Buku teks Tingkatan 3 dan internet .
Soal selidik
Saya telah memberikan 20 borang soalselidik kepada penduduk kampung tentang kegiatan
penternakan kambing di sini.
.
10
8.1 Konsep dan jenis penternakan di kawasan kajian.
Menurut Wikipedia, penternakan adalah kegiatan mengembang biak untuk mendapatkan
manfaat dan hasil dari kegiatan tersebut. Pengertian penternakan tidak terbatas pada
pemeliharaan sahaja, memelihara dan menternak perbezaannya bergantung kepada tujuan
yang ditetapkan. Tujuan penternakan ialah mencari keuntungan dengan penerapan prinsip-
prinsip pengurusan pada faktor-faktor yang telah dikombinasikan dengan optimum.
Penternakan kambing adalah merupakan satu perniagaan. Ia merupakan satu bidang
usaha yang boleh mendatangkan keuntungan sekiranya ia dijalankan secara terancang,
sistematik dan berterusan. Setiap komponen kambing mempunyai nilai pasaran tersendiri.
Berikut ialah kegunaan komponen kambing yang mempunyai nilai komersial dan berpotensi
untuk dipasarkan :
i) Kambing – jualan hidup sebagai baka, daging sebagai makanan, haiwan peliharaan
ii) Susu kambing
iii) Kulit dan bulu kambing – kraftangan, tekstil
iv) Tanduk kambing – kraftangan.
v) Usus – benang jahitan pembedahan.
vi) Tinja – baja organik.
11
DAPATAN
KAJIAN
Jenis penternakan yang dijalankan di kawasan kajian saya ialah penternakan kambing.
Bapa saya sendiri iaitu Che Mt Noor b Che Ahmad merupakan salah
seorang penternak kambing kecil-kecilan. Beliau berjinak-jinak
dalam bidang ini pada awal tahun 2010. Jenis kambing yang diternak
ialah Kambing Barbados. Kambing ini diternak adalah untuk
mendapatkan daging dan susunya. Pada asalnya ayah saya menternak
tiga ekor sahaja yang terdiri dua ekor betina dan seekor jantan dan berkembang biak menjadi
sebelas ekor semuanya. Kambing ini tinggal di dalam kandang khas yang agak sederhana
besar yang dibina sendiri oleh ayah saya.
Selain daripada penternakan kambing, penduduk kampung ini juga ada yang
menternak lembu, ayam, itik dan ikan keli. Berikut adalah bilangan penternak yang menternak
pelbagai jenis ternakan hasil daripada borang soalselidik yang telah diedarkan.
1.1 Jadual Jenis Ternakan di Kampung Felda Chalok
JENIS TERNAKAN BILANGAN PENTERNAKKambing 3Lembu 5Ayam 4
Itik 3Ikan Keli 2
( Sumber : Pemerhatian di kawasan kajian )
1.2 Carta Pai Jenis Ternakan di Kampung Felda Chalok
KAMBINGLEMBUAYAMITIKIKAN KELI
12
8.2 Kepentingan kegiatan penternakan di kawasan kajian.
8.2.1 Sumber Pendapatan
Berdasarkan daripada pemerhatian dan temu bual penduduk Kampung Felda Chalok Barat,
kegiatan penternakan kambing ini memberikan sumber pendapatan yang agak lumayan jika
dikomersialkan dan merupakan satu pelaburan jangka panjang. Selepas bersara, ayah saya
telah menjadikan kegiatan penternakan kambing ini sebagai sumber pendapatan sampingan.
Kebanyakkan pelanggan membeli kambing untuk dibuat akikah, korban dan juga majlis
perkahwinan. Penternak boleh menjualnya sendiri di pasar Tani atau Pasar Besar. Dengan
cara ini, penternak akan mendapat keuntungan yang lebih baik.
8.2.2 Bekalan Makanan
Selain itu, dengan adanya kegiatan penternakan kambing ini dapat memberi bekalan
makanan yang mencukupi kepada penduduk setempat. Hasil daripada temubual, mereka tidak
perlu lagi ke pekan untuk membeli daging segar tetapi boleh mendapatkan daging segar di
kawasan kajian.
13
KEPENTIN
GAN
KEGIATAN
PENTERN
AKAN
SUMBER PENDAPATAN
PELUANG PEKERJAAN
BEKALAN MAKANAN
8.2.3 Peluang Pekerjaan
Menurut salah seorang responden yang ditemubual, dengan adanya kegiatan
penternakan kambing ini juga dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk
kampung di Felda Chalok Barat terutama kepada penduduk yang mempunyai taraf
pendidikan yang rendah. Tambahan pula, pekerjaan ini tidak memerlukan kelulusan yang
tinggi berbanding kerja profesional dan separuh profesional. Bidang penternakan ini boleh
diibaratkan bulan jatuh ke riba bagi golongan yang kurang terpelajar untuk tidak bergelar
pengganggur.
Secara keseluruhannya, saya amat bersyukur kerana dengan adanya kegiatan
penternakan di kawasan kajian saya telah memberi banyak faedah dari segi sumber
pendapatan, bekalan makanan dan memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat di
Kampung Felda Chalok Barat.
8.3 Faktor yang mempengaruhi kegiatan penternakan di kawasan kajian.
14
PASARAN / PERMINTAAN
WARISAN
KELUARGA
IKLIM
8.3.1 Pasaran / Permintaan
Berdasarkan daripada temubual dan soalselidik yang dilakukan, kegiatan penternakan
kambing ini sentiasa mendapat pasaran kerana permintaan yang tinggi oleh penduduk di
sekitarnya. Ini adalah kerana daging kambing sangat sedap untuk dimakan. Banyak juga
permintaan dalam bentuk daging segar, sosej dan burger malah susu kambing juga mendapat
sambutan dimana dipercayai mampu mengubati beberapa penyakit antaranya asma dan
penyakit kuning pada bayi. Maka, tidak hairanlah jika ramai penternak mencemur diri dalam
bidang ini malah berusaha untuk membesarkan skala penternakan mereka untuk menampung
permintaan pasaran daging kambing yang selalu tidak mencukupi terutama sekali ketika
musim perayaan.
8.3.2 Warisan Keluarga
Berdasarkan kepada soalselidik yang telah dijalankan, kegiatan penternakan kambing ini
kebanyakkannya merupakan warisan turun-temurun oleh kebanyakan keluarga penduduk
Kampung Felda Chalok Barat ini.
8.3.3 Iklim
Menurut salah seorang responden yang telah ditemubual, iklim dan cuaca di Kampung Felda
Chalok Barat ini sering dilanda musim tengkujuh. Mereka menjadikan kegiatan penternakan
kambing ini sebagai sumber pendapatan sampingan. Ini adalah kerana apabila musim hujan,
penduduk kampung tidak boleh keluar untuk bekerja terutama mereka yang bekerja sebagai
penoreh getah.
Saya berbangga sebagai rakyat Malaysia kerana kegiatan ekonomi tradisional seperti
penternakan kambing ini masih berterusan di kawasan kajian saya.
15
8.4 Kesan negatif kegiatan penternakan di kawasan kajian.
8.4.1 Pencemaran Bau
Berdasarkan daripada temubual, penghasilan tahi kambing ini sering menwujudkan
pencemaran bau jika tidak diuruskan dengan betul dan mengakibatkan pencemaran dikawasan
kandang kambing. Keadaan berkenaan boleh menyebabkan berlakunya serangan beberapa
jenis penyakit kepada kambing yang diternak seperti penyakit radang paru-paru terutama pada
ternakan tua dan terlalu muda. Jika tidak di seliakan dengan baik akan berlaku longgokan tahi
kambing dimana kuantiti ini akan bertambah banyak. Keadaan ini akan menyebabkan
pencemaran alam sekitar terutama masa keadaan lembab atau apabila hari hujan.
16
PENCEMARAN BAU
SENSITIVITI MASYARAKAT
PENCEMARAN AIR
KUATKUASA UNDANG-UNDANG
PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
WUJUDKAN KAWASAN PADANG
RAGUT
8.4.2 Pencemaran Air
Melalui pemerhatian saya, aktiviti penternakan menghasilkan bahan organik seperti najis
ternakan akan mengalir mengikut aliran air apabila hujan lebat. Kebiasaannya, aktiviti
penternakan dijalankan berhampiran dengan kawasan tadahan air dan akan menyebabkan
kualiti air di kawasan tadahan akan turut terjejas.
8.4.3 Sensitiviti Masyarakat
Melalui temubual, kambing ternakan ini juga dibiarkan sahaja daripada kandang dan
menyebabkan kambing-kambing ini menceroboh kawasan atau kebun penduduk kampung di
sini. Apabila keadaan ini berlaku, menyebabkan hasil tanaman penduduk kampung seperti
sayur-sayuran musnah disebabkan tiada pengawasan secara berkala oleh penternak.
Secara keseluruhan, sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab, kita perlu
memastikan aktiviti penternakan ini tidak memberi kesan negatif terhadap penduduk sekitar.
Kita harus peka terhadap masalah yang diutarakan dan sentiasa mencari jalan
menyelesaiannya.
8.5 Cadangan untuk mengurangkan k esan negatif kegiatan penternakan di kawasan
kajian.
17
8.5.1 Kuatkuasa Undang-undang
Melalui temubual yang saya lakukan, tindakan tegas perlu diambil untuk mengatasi masalah
bau dan air ini. Aduan atau laporan perlu dibuat di Jabatan Alam Sekitar atau di Jabatan
Perkhidmatan Haiwan yang berhampiran. Jabatan ini perlu membuat pemantauan dan
mendenda penternak yang tidak mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan dengan denda
yang setimpal. Kerjasama daripada semua pihak amat penting bagi menjaga alam sekitar
daripada terus tercemar.
8.5.2 Pendidikan Alam Sekitar
Melalui temubual juga, saya mendapati penternak-penternak ini perlu diberi pendidikan alam
sekitar yang sewajarnya. Pendidikan ini boleh dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan
yang berdekatan. Selain itu, penternak juga boleh mendapatkan khidmat nasihat secara
percuma di sini. Ini akan memberi kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar.
8.5.3 Mewujudkan kawasan padang ragut
Melalui pemerhatian saya, kawasan padang ragut perlu diwujudkan bagi mengelakkan haiwan
ternakan menceroboh kawasan tanaman penduduk kampung. Perkara ini akan berjaya
dilaksanakan jika semua penternak bekerjasama dan bermuafakat untuk mengadakan kawasan
padang ragut di kawasan kajian. Secara tidak langsung, keharmonian di kawasan kajian dapat
dijaga.
18
Penternakan adalah kegiatan mengembang biak untuk mendapatkan manfaat dan hasil dari
kegiatan tersebut. Terdapat pelbagai jenis ternakan yang terdapat di kawasan kajian saya antaranya
ialah penternakan kambing, lembu, ayam, itik dan ikan keli. Kegiatan penternakan kambing adalah
penting di Kampung Felda Chalok Barat kerana ia menjadi sumber pendapatan penduduk setempat.
Kepentingan lain ialah menyediakan bekalan makanan dan seterusnya memberi peluang pekerjaan
kepada penduduk sekitar. Kegiatan penternakan ini mendapat sambutan kerana permintaan dan
pasarannya yang tinggi serta ia merupakan kegiatan ekonomi warisan turun-temurun lagi. Selain itu,
kegiatan penternakan ini juga dipengaruhi oleh iklim di kawasan setempat yang sering menerima
hujan dan menyebabkan penduduk mencari alternatif lain iaitu dengan menjalankan kegiatan
penternakan. Walaubagaimanapun, penduduk di kawasan kajian saya menghadapi beberapa
masalah berkaitan dengan penternakan kambing ini dimana berlakunya pencemaran bau dan
pencemaran air. Selain itu, pencerobohan kawasan tanaman juga sering berlaku di kawasan kajian.
Saya ingin mencadangkan beberapa langkah untuk membantu mengurangkan masalah tersebut
seperti menguatkuasakan undang-undang seperti pemantauan dan khidmat nasihat oleh pihak yang
berkenaan, pendidikan alam sekitar kepada penternak dan juga penduduk sekitar serta mewujudkan
kawasan padang ragut di kawasan kajian. Saya berharap Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang
berhampiran prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh penduduk di Kampung Felda Chalok
Barat. Kerjasama dari semua pihak sangat penting bagi mengatasi masalah yang dihadapi di kawasan
kajian. Saya juga amat berbangga kerana kegiatan penternakan yang merupakan salah satu kegiatan
ekonomi tradisional masih lagi dijalankan di kawasan kajian ini.
19
RUMUSAN
20
LAMPIRAN
21
22
BUKU
Khaw Ah Seng, Habibah Hj Lateh, Tan Koh Lim (2004). Buku Geografi Tingkatan 3, PTS Publicatios & Distributors Sdn Bhd. Ipoh.
Mohammad Ismail, Khaw Ah Seng (2006). Buku Success Geografi PMR. Oxford Fajar Sdn Bhd. Selangor.
INTERNET
Penternakan. Wikepedia Ensiklopedia Bebas http://ms.wikipedia.org/wiki/Penternakan dimuat turun pada 20 April 2013.
Perikanan dan Penternakan meningkatkan pendapatan keluarga http://telecentre.my/kampungberiawaulu/index.php/ms/perikanan-dan-penternakan.html dimuat turun pada 22 April 2013.
Peta Daerah Setiu http://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Peta_Daerah_Setiu.png dimuat turun pada 15 April 2013.
Blog Panitia Geografi SMK Taman Daya 2, Johor Bahru, Johor. http://smktd2geografi.blogspot.com/2013_04_01_archive.html dimuat turun pada 18 April 2013.
Blog Kerja Kursus Geografi http://isyayy.blogspot.com/2013/02/kerja-kursus-geografi-pmr-2013-konsep.html dimuat turun pada 18 April 2013.
ORANG SUMBER
Che Mt Noor b Che Ahmad. 541226-11-5129. Ditemubual pada 10 April 2013
Wan Senani bt Wan Ahmad. 590318-03-5338. Ditemubual pada 10 April 2013
Muhd Zulkifli b Ibrahim. 838120-03-5221. Ditemubual pada 10 April 2013
23
RUJUKAN