Post on 26-Jun-2015
PERKARA MUKA SURAT
PENGHARGAAN
OBJEKTIF KAJIAN
KAEDAH KAJIAN
HASIL KAJIAN
RUMUSAN
LAMPIRAN
RUJUKAN
Pertama sekali saya ingin menghadiahkan sekalung penghargaan kepada guru
matapelajaran Sejarah saya iaitu Pn. Dayang Melati bt. Abdullah di atas jasa dan
sumbangan beliau yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan yang
diberikan. Beliau sudah memberi penerangan yang secukupnya agar kami dapat
menyiapkan folio ini seperti yang diingini. Beliau juga tidak bosan untuk menjawab
semua soalan yang diajukan dan tidak pernah mengeluh jika diminta untuk memberi
penerangan tentang tugasan ini. Jasa dan sumbangan beliau telah banyak membantu saya
dan telah mendorong saya untuk menyiapkan tugasan ini mengikut syarat yang
ditetapkan.
Penghargaan ini juga saya tujukan khas buat ibu saya, Nazirah bt. Mohammed
Jahari dan juga bapa saya, Hadi bin Majunoh kerana telah banyak membantu saya dalam
mencari maklumat untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Saya amat menghargai jasa
mereka kerana sanggup menemani saya ke perpustakaan untuk mencari maklumat
berkaitan tajuk yang diberikan. Mereka juga telah membantu saya untuk mencari
maklumat berkaitan tokoh yang dipilih agar saya mempunyai maklumat yan mencukupi
untuk menyiapkan tugasan ini. Terima kasih juga saya ucapkan kerana telah memberi
semangat dan mendorong saya untuk menyiapkan tugasan ini.
Akhir sekali, apresiasi ini saya tujukan buat rakan – rakan saya yang telah banyak
membantu saya untuk menyiapkan tuasan ini. Terima kasih yang tidak terhingga saya
ucapkan kepada Farah Mawaddah bt Abdul Karim, Nurul Diyana bt Abu Bakar, Balqis
Farhana bt Shahrom, Nur Aishah bt Mohd. Nasir dan Farihah bt Aminuddin kerana telah
banyak memberi penerangan kepada saya tentang bagaimana untuk mnyiapkan tugasan
ini. Mereka juga telah banyak menyalurkan maklumat kepada saya berkaitan tokoh yang
dipilih. Merka juga telah memberi keyakinan kepada saya untuk memilih Dr. Sheikh
Muszaphar Shukor sebagai tokoh dalam menyiapkan tugasan ini.
Objektif saya dalam membuat kajian berkaitan tokoh yang dipilih iaitu Dr.Sheikh
Muszaphar Shukor di samping menyiapkan kerja khusus ini ialah untuk memupuk rasa
cinta dan bangga dalam diri dengan sumbangan tokoh yang dipilih kepada agama,
bangsa dan Negara. Melalui kajian ini, saya telah dapat mengetahui sumbangan dan jasa
yang telah ditaburkan oleh tokoh tersebut hingga beliau boleh dikenali ramai dan
disanjung tinggi oleh masyarakat.Sekali gus meyakinkan saya bahawa beliau adalah
tokoh yang dicari dan wajar untuk dihargai dan dikenang masyarakat.
Objektif kedua pula ialah untuk memahami dengan lebih mendalam perihal
salasilah dan biodata tentang tokoh yang dipilih. Ini memberi gambarn bagaimana tokoh
tersebut boleh berjaya sehingga mencapai impian dan matlamat tersendiri. Ini juga
memberi saya pengetahuan tentang latar belakang pendidikan dan keluarga tokoh
tersebut. Apabila saya melakukan kajian terhadap tokoh ini, secara tidak langsung telah
membuatkan saya mengenali tokoh tersebut dengan lebih mendalam.
Objektif kajian saya yang terakhir pula ialah saya dapat mempelajari proses
menghasil kajian sejarah mngikut prosedur yang betul. Guru, rakan dan ibu bapa saya
telah banyak membantu saya dalam mencari maklumat berkaitan tokoh yang dipilih.
Mereka telah memberitahu saya cara-cara tertentu bagi mendapatkan maklumat yang
lengkap. Dengan cara ini, saya dapat mencari maklumat yang lengkap berkaitan tokoh
yang saya pilih melalui pelbagai cara yang telah dicadangkan. Secara tidak langsung ini
akan memudahkan saya untuk mencari informasi berkaitannya lagi jika diberi tugasan
seperti ini kerana saya sudah tahu cara yang boleh diguna pakai untuk mencari maklumat.
Dalam proses menghasilkan dan menyiapkan tugasan ini, saya telah
menggunakan beberapa kaedah tertentu untuk memudahkan saya mendapatkan maklumat
yang lebih lengkap berkaitan tokoh yang dipilih. Antara kaedah-kaedah tersebut ialah:
Melayari Internet
Kaedah ini merupakan kaedah pertama yang terlintas di fikiran saya sebaik sahaja
mendapat tugasan ini. Ini kerana dengan kecanggihan zaman teknologi masa kini, kita
boleh mencari apa sahaj maklumat yang diinginkan. Saya tela menggunakan kaedah ini
dengan sebaiknya. Alhamdulillah saya mendapat maklumat seperti yang diinginkan
dengan begitu mudah sekali. Melalui kaedah ini, saya telah mendapat hampir 60%
maklumat untuk menyiapkan kerja khusus ini.
Penyelidikan Perpustakaan.
Melalui kaedah ini, saya telah membuat penyelidikan dan kajian di Perpustakaan
Awam Jawi untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berkaitan dengan tokoh
yang dipilih. Maklumat yang diperoleh dari sumber perpustakaan tersebut telah dibuat
salinan fotokopi untuk memudahkan saya memasukkan semula maklumat tersebut ke
dalam folio ini.
Analisis Bahan
Dalam mencari maklumat berkaitan tokoh yang saya pilih ini, saya juga telah
menggunakan kaedah menganalisis bahan yang diperoleh termasuklah sumber daripada
surat khabar, majalah, risalah dan sebagainya. Melalui kaedah ini saya telah dapat
mengumpul lebih banyak maklumat dan bahan bukti untuk dimasukkan ke dalam kerja
khusus ini. Saya telah mengumpul keratan akhbar, majalah, risalah dan bahan lain untuk
dijadikan bahan rujukan pada masa yang akan datang. Kaedah ini telah membantu saya
untuk melengkapkan lagi maklumat yang diperoleh.
Lompat ke: pandu arah, gelintarYang Amat Berbahagia Tun
Abdullah bin Ahmad Badawi
Perdana Menteri Malaysia ke-5Dalam pejabat
31 Oktober 2003 – 3 April 2009
RajaTuanku Syed SirajuddinTuanku Mizan Zainal Abidin
Timbalan Najib bin Tun RazakDidahului oleh Mahathir bin MohamadDigantikan oleh Najib Razak
Kawasan Kepala Batas
Lahir26 November 1939 (umur 69)Kepala Batas, Pulau Pinang
Parti politik UMNO
PasanganEndon Mahmood Ambak (meninggal dunia Okt 2005)Jeanne Abdullah
Agama Islam
Sebelum terpilih sebagai angkasawan pertama Negara, nama Dr. Sheikh
Muszaphar Shukor,37, sudah pun dikenali di Negara ini menerusi penglibatan beliau
dalam dunia peragaan. Mengenali angkasawan ini, secara peribadi pasti ramai yang
bersetuju bahawa dia sememangnya layak untuk diangkat sebagai wira moden Negara
dan ikon kepada generasi muda hari ini.
Nama penuh bagi angkasawan pertama Negara ini ialah Dr. Sheikh Muszaphar
Shukor Al- Masrie bin Sheikh Mustapha Shukor. Jejaka yang berumur 37 tahun ini
dilahirkan pada 27 Julai 1972 di salah sebuah hospital di Seremban, Negeri Sembilan.
Beliau yang masih memegang status bujang ini merupakan anak ketiga daripada lima
orang adik-beradik yang kesemuanya adalah lelaki.
Anak pasangan Sheikh Mustapha Shukor dan Zuraidah Sheikh Ahmad ini
membesar dengan latar belakang pendidikan yang sangat cemerlang. Beliau memulakan
sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan St. Paul, seremban. Kemudian beliau
menyambung persekolahnnya di alam menengah di Maktab Rendah Sains Mara Muar,
Johor.
Beliau menamatkan pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjan dalam pengkhususan
pembedahan ortopedik di Hospital Kebangsaan Malaysia(HUKM). Terdahulu, dia
mengikuti pengajian yang sama di Kasturba Medical College ,Manipal di India dan
pernah bertugas di beberapa buah hospital antaranya Hospital Seremban, Hospital Kuala
Lumpur dan Hospital Selayang.
Pengalaman berharganya dalam bidang ortopedik yang tidak kurang mencabar itu
juga telah menjadi asset penting untuk kejayaan Dr Sheikh Muszaphar sehingga berjaya
mencapai apa yang diimpikannya selama 25 tahun iaitu untuk menjadi angkasawan
pertama Negara.
Sifat dedikasi dalam kerjaya dan keinginan untuk berjaya dalam apa jua yang
diceburinya juga menjadi pembakar semangat kepada setiap langkahnya dalam
mengharungi cabaranbergelar angkasawan pertama Negara.
Dr. Sheikh Muszaphar Shukor merupakan angkasawan pertama Negara. Sebelum
beliau bergelar angkasawan Negara, beliau telah pun dikenali ramai melalui
pembabitannya dalam dunia peragaan. Sifat ingin tahu dan ingin mencuba dalam pelbagai
bidang menjadikan beliau berjaya sehingga dikenali ramai. Banyak sumbangan yang
telah disumbangkan beliau kepada agama, bangsa dan Negara.
Bertugas sebagai Pakar Ortopedik di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia
sudah pun melambangkan bahawa dia telah memberi banyak sumbangan dalam dunia
perubatan yang diceburinya. Beliau juga telah banyak memberi ilmu kepada para
penuntut di Hospital Unversiti Kebangsaan Malaysia kerana beliau pernah menjadi
pensyarah di ditu.
Sumbangan beliau kepada masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama jelas
dapat dilihat apabila beliau melakukan aktiviti sukarela dalam bidang perubatan.. Antara
sumbangan sukarela beliau ialah membantu mewujudkan sebuah hospital di Afghanistan
bersama Mercy pada tahun 2002. Beliau juga menjadi sukarelawan untuk menyertai
program kemanusiaan bersama Mercy di Kemboja pada tahun 2003.
Selain bertugas sebagai Pakar Bedah Ortopedik, beliau juga telah mengusahakan
sebuah restoran iaitu Restoran Rebung. Beliau telah bergabung kepakaran dan tenaga
bersama Chef Ismail untuk mengusahakan dan memajukan restoran tersebut..
Setelah bergelar angkasawan Negara yang pertama, tugas beliau semakin
bertambah dan telah banyak memberi sumbangan kepada masyarakat terutamanya
generasi muda pada masa kini. Beliau tidak kedekut ilmu dengan menyampaikan ilmu
pengetahuan beliau dalam bidang sains angkasa kepada generasi muda terutama para
pelajar.
Pembabitan beliau dalan bidang angkasa lepas dan bergelar angkasawan pertama
Negara bukan sahaja menyumbang kepada pemupukan bidang sains di kalangan rakyat
terutama generasi muda, tetapi ia juga memberi manfaat secara tidak langsung kepada
kemajuan sains dunia apabila angkasawan Negara menjalankan eksperimennya.
Eksperimen yang telah dijalankan di Seten Angkasa Antarabangsa (ISS)
merangkumi tiga aspek penting iaitu penyelidikan mengenai sel, mikrob dan
penghabluran proten.. Malahan eksperimen ini telah banyak menymbang kea rah
kebaikan dalam bidang perubatan.
Beliau juga telah banyak menymbang masa dan tenaga untuk menghadiri
jemputan yang diterima bagi menceritakan pengalaman beliau selama beliau berada di
angkasa lepas dan bagaimana beliau boleh berjaya sehingga menjadi angkasawan
pertama Negara.
Dr. Sheikh Muszaphar tidak menrima banyak gelaran dan penghargaan . Ini
mungkin kerana penceburan beliau yang masih baru dalam bidang ini. Namun
bagaimanapun, kesungguhan dan kegigihan beliau untuk menjadi angkasawan pertama
Negara sehingga berjaya mengharumkan nama Negara sangat dikagumi oleh masyarakat
yang berbilang bangsa.
Penghargaan pertama yang diterima oleh beliau ialah diiktiraf sebagai cosmonaut
Oleh Pengerusi Agensi Angkasa Persekutuan Rusia, Anatoly Perminov dalam satu majlid
di Star City, Rusia. Beliau juga telah diiktiraf sebagai angkasawan secara rasmi oleh
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA).
Beliau telah menerima anugerah Dato’ Setia Negeri Sembilan (DSNS) daripada
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Jaafar Tuanku Abdul Rahman sempena
Hari Keputeraan ke-86 baginda di Istana Besar Seri Menanti pada 19 Julai.
itu beliau juga menerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2008
pada 20 Mac 2008 di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur kerana telah mencipta sejarah
menjadi rakyat Malaysia yang pertama bergelar angkasawan dan menjejakkan kaki di
Stesen Angkasa Antarabangsa.
Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor juga menerima anugerah Kencana Canselor
Universiti Sains Malaysia (USM) yang disampaikan olehRaja Perlis Tuanku Syed
Sirajuddin Putra Jamalullail selaku Canselor USM kerana sumbangan besar beliau dalam
bidang sains dan penerokaan angkasa. Anugerah itu dikeluarkan sempena
konvokesyen USM ke-37 pada Mac lalu.
Walaupun tidak banayak gelaran, anugerah dan penghargaan
yang diterima oleh beliau, usaha yang dipamerkan serta kejayaan
yang dapat dilihat telah membuktikan bahawa Dr. Sheikh Muszaphar
Shukor sememangnya layak untuk di gelar tokoh. Kegigihan beliau
untuk mengharumkan maruah bangsa, agama dan Negara sudah
cukup untuk meyakinkan kita bahawa beliau sememangnya wajar
dicontohi.
Alhamdulillah, akhirnya setelah bertungkus-lumus berusaha untuk mencari
maklumat dan menyiapkan kerja khusus ini, akhirnya ianya telah berjaya disiapkan
mengikut format yang ditetapkan. Setelah saya berjaya menyiapkan kerja khusus ini,
terdapat beberapa rumusan yang boleh saya kongsi bersama. Saya telah mengelaskan
kesemua rumusan tersebut kepada tiga aspek iaitu kesan daripada kajian mengenai
kepada diri, bangsa dan agama.
Berikut merupakan rumusan yang telah saya konklusikan:
Kesan dan kenpentingan daripada kajian kepada diri.
Apa yang dapat saya rumuskan sepanjang kajian saya untuk mencari maklumat berkaitan
tokoh Dr. Sheikh Muszaphar ialah bukan senang untuk berjaya. Kajian menunjukkan
bahawa beliau telah banyak berusaha untuk bergelar angkasawan pertama negara.
Kejayaan beliau bergelar angkasawan pertama negara telah menyuntik semangat individu
terutamanya generasi muda untuk berusaha gigih dan berjaya seperti beliau.
Beliau telah mendorong kebanyakan individu untuk berusaha, tidak mudah putus
asa dan sentiasa mempunyai rasa ingin berjaya dalam setiap bidang yang diceburi
walaupun ianya mustahil. Beliau telah membuktikan bahawa individu dari rakyat
Malaysia mampu pergi jauh setanding dengan negara maju yang lain. Kajian yang
dilakukan juga memberikan saya banyak informasi yang lebih mendalam mengenai
beliau. Dalam menyiapkan kerja khusus ini juga telah mngajar saya bagaimana cara
untuk menghasilkan kajian ilmiah mengikut prosedur yang betul. Selain itu sewaktu
menjalankan kajian ini secara tidak lansung saya telah menjalin kerjasama dan tolong-
menolong antara saya dengan beberapa orang rakan yang lain
Kesan dan kepentingan kajian kepada bangsa.
Kejayaan beliau merealisasikan impian Negara untuk menghantar angkasawan
pertama ke angkasa lepas benar-benar telah membanggakan seluruh rakyat Malaysia.
Beliau telah membuktikan bahawa bangsa kita tidak lemah dan mampu berdiri sama
tinggi setaraf dengan Negara maju yang lain yang telah menghantar angkasawan mereka
ke angkasa lepas. Beliau telah menyuntik semangat bangsa untuk terus berusaha agar
masyarakat tidak menjadi mundur dan menjadi bangsa yang dihormati serta disanjungi.
Beliau telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia mampu melakukan apa sahaja selagi
adanya usaha yang berterusan dan sentiasa menanam rasa ingin berjaya dalam setiap
bidang.
Kajian yang telah dilakukan memberi saya satu pengalaman dan kemahiran yang
baru iaitu menemu bual orang ramai mengenai pendapat mereka terhadap tokoh yang
telah dipilih. Kajian ini penting untuk menyedarkan masyarakat bahawa kita sebenarnya
mampu melakukan apa sahaja selagi ada keinginan. Selain menyeru masyarakat untuk
mencipta lebih banyak kejayaan, ia juga penting untuk memberi semangat dan dorongan
kepada masyarakat untuk maju dalam pelbagai bidang.
Kesan dan kepentingan kajian kepada Negara.
Setelah menyelesaikan kerja khusus ini, barulah saya sedar bahawa telah
banyak perkara yang disumbangkan oleh Dr. Sheikh Muszaphar Shukor kepada Negara
walaupun hanya melalui satu kejayaan iaitu bergelar angkasawan pertama Negara. Ini
semua adalah hasil titik peluh kerajaan yang ingin menjadikan Malaysia salah sebuah
Negara maju setanding dengan Negara maju yang lain. Pencapaian beliau dalam bidang
tersebut telah mengharumkan nama Negara di persada dunia. Ini telah membuktikan
bahawa Malaysia sudah mampu bergerak seiringdengan negara maju yang lain malahan
mungkin akan mengorak langkah yang lebih jauh lagi.
Apa yang dapat saya rumuskan adalah beliau telah berjaya membuka pandangan
Negara lain terhadap Malaysia. Melalui kajian yang dijalankan untuk mendapatkan
maklumat ini saya telah berjaya mengenal pasti kaedah terbaru untuk mencari maklumat
yang berkaitan di mana dengan membuat pemerhatian dan berfikir secara positif
mengenai kesan program Angkasawan Negara kepada Negara. Selain itu saya dapat
menjalin kerjasama yang erat dengan rakan-rakan dan masyarakat Malaysia sendiri untuk
mendapatkan pandangan mereka.
GAMBAR
PETA/PELAN LOKASI
ILUSTRASI ATAU LAKARAN YANG BERKAITAN
RUJUKAN PERPUSTAKAAN
Perpustakaan Tuanku Nur Zahirah, Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya.
Perpustakaan Awam Jawi, Pulau Pinang.
RUJUKAN INTERNET
http://images.google.com.my/imgres?imgurl=http://
farm4.static.flickr.com/
3253/2743182245_58a458c9dd_o.png&imgrefurl=http://flickr.com/
photos/29376106%40N06/2743182245/
&usg=__6r9cghvZu5W9IMk_hwZwRyV5t3E=&h=284&w=515&sz=68&
hl=en&start=18&tbnid=bLifdD33vb5ylM:&tbnh=72&tbnw=130&prev=/
images%3Fq%3Dpeta%2Bbaikonur,cosmodrome%26gbv%3D2%26hl
%3Den%26sa%3DG
http://www.program%20angkasawan%20negara.com/
http://images.google.com.my/images?
hl=en&um=1&sa=1&q=program+angkasawan+negara&btnG=Search+i
mages
http://www.mosti.com/
http://images.google.com.my/images?
gbv=2&hl=en&q=peta+baikonur,cosmodrome&sa=N&start=72&ndsp=1
8
RUJUKAN MAJALAH
Majalah Estidotmy Edisi 67(Rabu,26 September 2007)-Program
Angkasawan Negara-
Majalah Estidotmy Edisi 12( Rabu, 29 Januari 2003-Agensi
Angkasa Negara-
Majalah Estidotmy Edisi 48( Rabu, 22 Februari 2006)-Angkasawan
Pertama
RUJUKAN SURAT KHABAR
Metro (Isnin,22 Oktober 2007)
Mega Utusan Malaysia (Isnin,29 Oktober 2007)
New Straits Time (Rabu,10 Oktober 2009)